77
Bil. 27 Rabu 17 Disember 2014 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

Bil. 27 Rabu 17 Disember 2014

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

Diterbitkan Oleh:

CAWANGAN PENYATA RASMI

PARLIMEN MALAYSIA

2014

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 (Halaman 25) Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 (Halaman 34) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 (Halaman 56)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

8. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan

9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

10. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

16. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

23. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

24. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

25. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

27. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

28. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat - (Kelantan)

29. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

30. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

31. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

32. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka)

33. “ Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

34. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

35. ” Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

ii DN 17.12.2014

36. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

47. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

50. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

51. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

52. “ Datuk Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

53. “ Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

61. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

65. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

66. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Lamien bin Sawiyo

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Ismalinda binti Ismail

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir

Hazliyana binti Yahaya

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:
Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Rabu, 17 Disember 2014

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam

sejahtera dan selamat pagi. Semua Ahli Yang Berhormat. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana dapat kita meluluskan Belanjawan 2015 malam tadi sungguhpun sampai tengah malam. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak- kementerian dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Tanpa membuang masa saya silakan pertanyaan nombor 1, Yang Berhormat Datuk Megat Zulkarnain.

1. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta Menteri Wilayah

Persekutuan menyatakan, apa usaha, perancangan dan tindakan kementerian mewajahkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai jiwa dan sentuhan yang mencerminkan keberadapan Melayu..

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Pelan

Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) telah mengenal pasti kawasan khusus terdiri dari kawasan rizab Melayu, kampung tradisi dan kampung-kampung baru yang memerlukan perhatian khas daripada segi pelaksanaan, perancangan dan pembangunan dan memastikan ia tidak ketinggalan jauh daripada arus pembangunan.

Kawasan rizab Melayu diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan Enakmen Tanah 1987 untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki tanah terutama di kawasan bandar.

Kementerian Wilayah Persekutuan juga menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu bertujuan untuk menyelaraskan perancangan, pembangunan dan pengurusan serta mengoptimumkan penggunaan tanah khususnya di Kampung Baru. Antara tujuan lain adalah untuk menggalakkan penglibatan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi bandar raya melalui pembangunan yang terancang di kawasan rizab Melayu.

Selain daripada perancangan pembangunan Kampung Baru, satu Pelan Panduan Pembangunan Kawasan Kampung Tradisional telah dihasilkan bagi tujuan menentukan hala tuju pembangunan kawasan kampung tradisional selain dari Kampung Baru. Pelan panduan ini merangkumi aspek kawalan zon guna tanah, kepadatan serta garis panduan pembangunan yang perlu dipatuhi dalam memastikan persekitaran yang berkualiti di samping mengekalkan dan memelihara identiti tradisional sedia ada.

Kampung tradisional yang terlibat adalah seperti Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Hulu, Kampung Sungai Mulia, Kampong Sungai Merali dan Kampung Puah dengan jumlah kawasan keseluruhan seluas 584.90 ekar.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

2 DN 17.12.2014

Semua perancangan ini bertujuan untuk mengekalkan nilai kebudayaan, kesenian dan seni bina bangunan warisan Melayu di kawasan yang telah dikenal pasti dan dengan ini secara langsung dapat memastikan nilai peradaban Melayu akan terus kekal di Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang disampaikan di Dewan yang mulia ini dan kita juga hendak menghargai usaha yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan daripada segi untuk meningkatkan taraf dan juga meningkatkan perkampungan-perkampungan penempatan Melayu.

Cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang disebut tadi ialah penempatan-penempatan Melayu. Mungkin ada cadangan-cadangan daripada kementerian bagaimana peradaban Melayu ini dapat dilaksanakan, antara contohnya mungkin boleh mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini dengan tulisan-tulisan menggunakan Bahasa Melayu contohnya, supaya tidak timbul soal kekeliruan. Hari ini kalau kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab itu generasi muda ini kadang-kadang keliru dengan status dan sebagainya sebab kita tidak mewajahkan Bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai sebuah bandar yang ada peradabannya.

Saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Hari ini orang Cina boleh berbangga- kita ucapkan tahniah, ada pusat komersial Chinatown contohnya, orang India ada dengan Little India. Akan tetapi, di mana ada satu centre yang boleh mengatakan inilah wajah Melayu? Ada keseniannya di situ, ada kebudayaannya, ada seni kraf orang Melayunya, ada rumah-rumah Melayunya. Penempatan Melayu kita setuju tetapi pusat komersial yang boleh kita katakan kepunyaan dan berwajah peradaban Melayu.

Mungkin ada perancangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun kementerian sendiri bagaimana ia dapat dilaksanakan supaya ia nanti boleh memberi manfaat yang cukup besar kepada generasi akan datang supaya tidak lupa asal usul mereka, tidak lupa kepada sejarah mereka. Ini yang kita khuatir ia akan berlaku pada masa-masa akan datang dan akhirnya orang lupa sejarah dan asal usul. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator. Pandangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Yang Berhormat diambil kira.

■1010

Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, memang kita ada sebuah kawasan iaitu kawasan Kampung Bharu yang telah pun diadakan sebagai kampung peradaban Melayu di mana abad dan segala tradisi dan kebudayaan Melayu memang dipelihara di kawasan itu. Kawasan itu memang telah pun diuruskan oleh satu perbadanan iaitu Perbadanan Kampung Bharu untuk memastikan nilai dan ciri-ciri Melayu tidak hilang dari Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama

semua Ahli Yang Berhormat, saya ada dapat maklum daripada Yang Berhormat yang dia tidak begitu sihat. Kalau sekiranya apa-apa, saya ingat Yang Berhormat boleh jumpa dia di luarlah. Minta kerjasama sikit kerana Yang Berhormat sebelah itu dia...

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Saya lihat, kalau boleh kita terus ke

pertanyaan nombor 2, Yang Berhormat, ada masalah sikit.

2. Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif @ Mohd Sharif minta Menteri Kewangan

menyatakan, berapa ramai sepatutnya pembayar cukai yang sepatutnya mengisytiharkan pendapatan mereka tetapi gagal berbuat demikian dan apakah langkah pihak lembaga hasil selanjutnya.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 3

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Terima kasih Yang

Berhormat Senator Dato’ atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bilangan pembayar cukai pendapatan individu yang gagal mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bagi tahun taksiran 2013 adalah seramai 226,000 orang bersamaan dengan 3.8 peratus daripada jumlah 5.88 juta orang individu yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi bilangan pembayar cukai pendapatan syarikat pula, bilangan yang gagal mengisytiharkan pendapatan pada tahun 2013 adalah berjumlah sebanyak 136,000 buah syarikat bersamaan dengan 24 peratus daripada jumlah 562,000 buah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN sentiasa mengambil tindakan secara berterusan ke atas pembayar cukai pendapatan individu dan syarikat yang gagal mengisytiharkan pendapatan. Ini bagi memastikan pematuhan oleh pembayar cukai dan kutipan hasil diperoleh oleh kerajaan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara langkah-langkah utama yang diambil oleh LHDN adalah seperti berikut:

(a) membangkitkan anggaran cukai di bawah seksyen 90, paragraf 3, Akta Cukai Pendapatan terhadap pembayar cukai yang gagal menghantar borang nyata cukai pendapatan;

(b) aktiviti audit dijalankan meliputi audit lapangan (field audit) dan audit kerja (major desk audit) bagi memastikan jumlah pendapatan yang diisytiharkan dan cukai yang dibayar adalah tepat. Bagi pembayar cukai syarikat dan juga pembayar cukai individu yang menjalankan perniagaan, LHDN akan menjalankan audit lapangan dengan menyemak dokumen-dokumen di premis pembayar cukai; dan

(c) LHDN juga akan mengeluarkan arahan potongan gaji, Arahan CP38 kepada majikan untuk membuat potongan tambahan secara ansuran bulanan terhadap gaji pekerjanya yang mempunyai cukai tunggakan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya, apa perancangan kerajaan bagi memantapkan pendapatan daripada segi sumber memandangkan jangkaan pengurangan pendapatan kerajaan akibat kejatuhan harga minyak kerana peratus penyumbang yang paling besar dalam cukai petroleum, 30 peratus daripada pendapatan negara. Jadi, apa sumber lain kalau berlaku kejatuhan minyak dunia berterusan, akan berlakulah daripada segi hasil cukai yang diperoleh.

Keduanya, untuk mencapai negara maju, berapakah jumlah yang perlu disasarkan pembayar cukai? Saya ambil kira contohnya di Amerika Syarikat, pembayar cukai negaranya, individu dan syarikat menjangkau 57 peratus. Itu di negara maju, manakala di Malaysia ini apa sasaran kita bagi kita mencapai negara maju daripada segi pembayar cukai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan.

Sebenarnya tadi soalan tambahan telah keluar daripada tajuk LHDN, tetapi saya cuba sedaya upaya untuk menjawab secara umum.

Daripada segi pendapatan, kita boleh melihat semenjak transformasi kerajaan dijalankan terutamanya daripada segi ekonomi, pendapatan daripada segi sumber petroleum, daripada segi jumlah peratus daripada jumlah pendapatan negara kita telah kian menurun dari dahulu pada tahun 2008 kalau tak salah, ia merangkumi 40 peratus tetapi sehingga sekarang ia telah menurun sehingga 29 peratus. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sedang memastikan terdapat sumber-sumber yang lain yang boleh menjana pendapatan untuk memastikan kita tidak terlalu bergantung hanya kepada sumber petroleum sebagai pendapatan utama negara kita.

Nombor dua, daripada segi sasaran jumlah pembayar cukai. Sebenarnya daripada segi sasaran, kita ingin melihat daripada segi bahawa terdapatlah pengurangan daripada segi kes-kes di mana pembayar cukai tidak membuat fail ataupun tidak membuat return mereka.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

4 DN 17.12.2014

Itu matlamat yang utama. Kita tidak mempunyai sasaran berapa yang harus membayar cukai kerana kalau kita dibuat perbandingan dengan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat merupakan salah satu, sebuah negara yang tidak mengenakan GST.

Di negara kita, kita mengenakan rejim GST seperti 160 buah negara dengan tujuan untuk memastikan bahawa daripada segi cukai yang dikutip adalah lebih stabil dengan adanya GST. Sekian, terima kasih.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Selamat pagi, salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang cukai ini, saya dapati ada banyak daripada bidang profesional ataupun businessman, cukai yang dibayar itu kurang tetapi kehidupan dia, kereta, tempat tinggal semua begitu mewah sekali. This dalam bahasa Inggeris, “People living beyond their means”.

Saya hendak tahu, sama ada apa tindakan ini, adakah apa-apa undang-undang dalam Akta Cukai sekarang ini untuk mereka yang membayar cukai kurang ini tetapi dapat membeli rumah yang begitu mahal, membeli kereta yang begitu mahal, hidup yang begitu mewah. Adakah kerajaan bercadang mengeluarkan satu akta seperti people living beyond their means supaya mereka yang hidup ini tetapi tak bayar cukai betul-betul, itu pun salah. Saya hendak tahu sama ada undang-undang ini ada atau kerajaan bercadang hendak buat seperti itu? Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat

Senator. Sebenarnya daripada segi pada masa sekarang mengikut Akta Cukai Pendapatan, memang kalau terdapat pemberi maklumat, mereka sebenarnya diberi juga ganjaran kalau mereka memberi maklumat terutamanya kepada mereka yang mungkin tidak membayar cukai pendapatan yang setimpalnya.

Akan tetapi daripada segi LHDN, mereka telah mempertingkatkan terutamanya mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator dan kita dapat melihat secara keseluruhan walaupun kadar pertumbuhan negara kita pada lima tahun ini secara purata adalah sebanyak 5 peratus, tetapi daripada segi pendapatan yang dikutip oleh LHDN telah meningkat secara mendadak. Malah kalau saya melihat daripada segi kes yang dikendalikan.

Sebagai contoh untuk membangkitkan isu-isu audit lapangan dan audit major, hanya pada tahun 2013 sahaja untuk field audit, cukai dan penalti yang dikutip adalah sebanyak RM740 juta dan untuk desk audit ini seperti yang Yang Berhormat Senator ini adalah untuk kita menyemak semula sama ada pembayar-pembayar cukai ataupun syarikat yang memberi borang penyata pendapatan dan memberi cukai pendapatan mereka adalah sebenarnya betul. Maka melalui field audit dengan desk audit ini, kita boleh menyemak dan kita telah mendapati melalui desk audit ini khasnya desk audit 2013, kita telah mengenakan cukai pendapatan dan penalti sebanyak RM2.2 bilion. Ini jelas menunjukkan bahawa LHDN sedang mempertingkatkan dan akan meneruskan usaha mereka. Saya yakin dengan undang-undang pada masa sekarang masih mencukupi, tetapi kalaulah terdapat penambahbaikan, kita sedia mendengar. Sekian, terima kasih.

3. Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa pencapaian Women Directors Programme

setakat ini, terutamanya daripada segi jumlah yang telah dilatih bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 berbanding sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]: Assalamualaikum warrahmatullahi

wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah yang menanyakan soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor korporat pada penghujung tahun 2016 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Jun 2011, kerajaan telah mengambil tindakan affirmative untuk memastikan kumpulan wanita yang kompeten dapat diketengahkan sebagai ahli Lembaga Pengarah di Syarikat Awam Tersenarai (PLC).

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 5

■1020

Bagi menjayakan usaha ini, kementerian telah melaksanakan inisiatif Program Pengarah Wanita ataupun Women’s Directors Programme (WDP). Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal ataupun melaksanakan peranan sebagai ahli lembaga pengarah menerusi kaedah latihan yang berstruktur, mengambil kira kemahiran teknikal dan juga soft skill.

Bagi tahun 2012 seramai 220 orang telah berjaya dilatih mengikut program tersebut berbanding sasaran 200 orang calon yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013 pula Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berjaya melatih seramai 500 orang calon ahli Lembaga Pengarah Wanita berbanding sasaran 500 orang bagi tahun ini 2014 hingga Disember seramai 245 orang calon pengarah telah pun menjalani latihan berbanding sasaran 250 orang.

Selain itu satu daftar- registry Ahli Lembaga Pengarah Wanita juga disediakan yang menyenaraikan calon wanita korporat yang kompeten dan sesuai yang boleh dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Sebagai usaha untuk mempromosikan program ini dan juga menggalakkan penyertaan wanita sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat tersenarai awam, kementerian mempergiatkan promosi melalui pelbagai aktiviti seperti promosi melalui media, persidangan yang menemukan pihak industri dan persatuan program serta sesi networking.

Malah kementerian juga dalam persediaan untuk menubuhkan 30 peratus kelab atau club 30 peratus seperti yang dilaksanakan di United Kingdom. Kelab yang dipimpin oleh tokoh korporat ini telah berjaya melonjakkan peratus wanita di dalam Lembaga Pengarah Wanita di syarikat tersenarai awam di United Kingdom. Kita juga berharap perkara yang sama akan berlaku di negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan seterusnya Yang Berhormat Senator

Dato’ Mohd. Suhaimi.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum

saya bertanya soalan Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada 10 usahawan wanita yang berjaya di Malaysia:

- Lisa Fong daripada OSCAR Footwear;

- Dato’ Siti Nurhaliza daripada SimplySiti;

- Rozita Ibrahim daripada Sendayu Tinggi Sdn. Bhd.;

- Azizah Omar daripada Omar Ali Holding;

- Helen Read daripada Ms Read Sdn. Bhd.;

- Dato’ Dr. Jannie Tay - The Hour Glass Limited;

- Datin Mina Cheah Fong daripada Rampai Niaga;

- Faiza Bawumi Sayed Ahmad daripada Faiza Marketing;

- Neeta Gosalia daripada Neeta’s Herbal; dan

- Datuk Dr. Maznah binti Abd. Hamid daripada Securiforce.

Ini sepuluh orang yang berjaya. Saya ucapkan tahniah.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini keluar dalam berita bahawa ada syarikat-syarikat perhotelan yang telah mendiskriminasikan kaum wanita khususnya yang memakai tudung. Saya juga ingin menyatakan bahawa MAS juga diskriminasi kerana pramugari-pramugari yang memakai tudung tidak ada di dalam MAS.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri adakah PLC-PLC, public listed company ini, dengan izin, mendiskriminasikan sama ada kaum Cina, kaum Melayu ataupun kaum India di Malaysia ini. Khusus soalan saya ini kepada yang bertudung ataupun wanita-wanita India yang mahu dimasukkan di dalam PLC Cina ataupun yang hendak dimasukkan ke dalam PLC Melayu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

6 DN 17.12.2014

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih Yang

Berhormat Senator yang begitu prihatin terhadap pembelaan kaum wanita untuk mencapai 30 peratus ini. Tuan Yang di-Pertua dalam negara kita ini diskriminasi satu perkara yang kita tidak mahu wujud sama ada dia berasaskan gender, agama, suku kaum ataupun sama ada dia orang kurang upaya ataupun dia bukan warganegara. Tidak ada diskriminasi seperti itu.

Sekiranya ada berlaku diskriminasi kita mempunyai Akta Gantian 1955, seksyen 60(1) di mana siapa yang berasa dirinya telah didiskriminasikan sebab pakai tudung sebagai contohnya maka mereka bolehlah melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja. Ada rakan colleague saya di sini daripada Timbalan Menteri Sumber Tenaga boleh kita buat laporan kepada pihak mereka ini.

Setahu kami di PLC pula tidak ada amalan seperti yang demikian yang tidak membenarkan wanita yang bertudung untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah ataupun wanita daripada suku kaum yang lain untuk masuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah. Sekiranya kalau ada pertuduhan seperti ini, kalau ada aduan maka bolehlah dimaklumkan kepada kita untuk kita siasat dan ambil tindakan yang sesuai. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ya silakan Yang Berhormat Dato’ Adam.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

memberi peluang kepada seorang lelaki menanyakan hal ehwal seorang wanita. Saya sangat menyokong program ini, program yang pada saya memberi manfaat, peluang kepada kaum wanita untuk sama-sama membuat keputusan peringkat tertinggi dalam syarikat-syarikat sama ada GLC ataupun public listed company, dengan izin.

Saya ingin menanyakan program yang terperinci macam mana kita hendak mencapai perancangan kita ini. Oleh sebab saya berkata begitu oleh sebab dalam public listed company pun ada sudah wanita-wanita sekarang yang berjawatan tinggi membuat keputusan-keputusan yang baik, prestasi kerjanya juga baik. Adakah kementerian misalnya memanggil mereka ataupun kita buat program kepada orang yang di luar syarikat. Akan tetapi kalau itu keadaannya macam mana kita pula hendak memasukkan mereka ke dalam syarikat? Jadi ini memerlukan perancangan yang sangat teliti. Bolehkah saya bertanya dengan kementerian bagaimana program terperinci sebenarnya. Terima kasih.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih Yang

Berhormat Senator Dato’ Adam. Pertamanya saya juga turut sama mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 10 orang wanita yang telah berjaya di dalam negara kita ini. Kita berharap supaya akan lebih ramai lagi wanita yang akan mencapai kejayaan mempunyai syarikat-syarikat mereka sendiri.

Berkaitan dengan usaha untuk kita mencapai 30 peratus wanita dalam sektor korporat ini contohnya khususnya menjadi, masuk ke dalam Board of Directors ini kita mempunyai satu daftar registry yang telah kita wujudkan untuk Ahli Lembaga Wanita yang mula beroperasi pada bulan April 2012. Sebagai sumber calon wanita korporat yang kompeten dan sesuai untuk dilantik.

Setakat ini sehingga Oktober tahun ini seramai 1,015 orang wanita telah mendaftarkan dalam registry tersebut. Ertinya dibuka secara online. Mereka yang berminat, mereka yang mempunyai kriteria yang tertentu yang mana sekurang-kurangnya mempunyai ijazah ataupun professional degree dalam apa juga disiplin mereka ini layak untuk mendaftar. Kita hendak tahu daripada segi apakah posisi yang terakhir mereka pegang dalam Senior Decision Making seperti CEO, CFO, managing director, general manager ataupun sebagai practitioner undang-undang, ketua sumber manusia. Dia tidak terhad

ataupun tidak- orang dari luar sahaja. Dalam syarikat itu pun boleh.

■1030

Kita membuka kepada semua, Tuan Yang di-Pertua. Jadi mereka terus sahaja ke dalam registry ini dan selepas itu mereka akan kita panggil untuk mengikuti kursus-kursus yang kita laksanakan. Daripada kursus-kursus yang tadi itu, technical dan juga soft skills itu, maka kita dapatlah jumlah mana yang telah saya sebutkan tadi dalam jawapan saya yang pertama tadi. Dari situ, nama mereka akan terletak di dalam kita punya direktori registry ini, www.wcdregistry.com.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 7

Daripada sinilah nanti, syarikat-syarikat yang berminat untuk melantik wanita

menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat mereka boleh mendapatkan source ini. Modul sourcing ini telah pun diguna pakai oleh KWSP, Affin Bank, Microsoft, CIMB Bank, MBSB dan banyak-banyak lagi. Mereka yang ingin dapatkan wanita yang kompeten, yang kita sudah latih ini, boleh mereka dapatkan dari sini.

Setakat ini sehingga November 2014, 71 lantikan baru placement pengarah wanita

di syarikat awam tersenarai telah pun dapat dilaksanakan. Harapan kita agar lebih ramai lagi dapat dilakukan. Oleh kerana itulah baru-baru ini kita telah mengadakan program di mana kita adakan Persidangan Pengarah Wanita 2014 pada 9 Disember 2014 di mana telah kita jemput syarikat-syarikat yang terkemuka di dalam Malaysia ini untuk bersama-sama dengan kita mengadakan persidangan meja bulat dengan wanita-wanita yang telah kita latih ini supaya mereka dapat berkenalan di antara satu sama lain dapat menimba ilmu lagi dan networking dan mengetahui lagi apakah keperluan yang diinginkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Dari situ, sudah ada resolusi. Pertamanya ialah pengiktirafan kepada syarikat yang telah mencapai target sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan. Kita akan buat itu. Setakat ini, saya ingin memberitahu di sini bahawa PLC yang telah capai 30 peratus antaranya ialah MK Land. Tahniah. Kita harap akan ramai lagi yang lakukan ini.

Kedua, resolusinya GLC perlu mencapai sasaran ini sehingga penghujung tahun 2015. Sebenarnya saya ingin maklumkan di sini kalau di Germany, mereka sudah meluluskan legislation supaya 30 peratus sektor swasta melantik daripada kalangan kaum wanita. Akan tetapi di Malaysia ini, kita masih lagi menggunakan Tuan Yang di-Pertua secara persuasive. Sekiranya ini tidak berlaku, Yang Berhormat Menteri sudah beritahu baru-baru ini bahawa, jika tidak berlaku, barulah kita menggunakan pergi kepada legislation pula.

Ketiga, mengadakan program permentoran kepada peserta. Peserta-peserta ini sudah kita latih, akan tetapi kita akan adakan sistem mentor dengan syarikat-syarikat yang terkenal dan juga mereka yang sudah pun menjadi ahli lembaga pengarah berpengalaman luas.

Keempat, menubuhkan kelab 30 peratus di Malaysia yang mana telah berlaku di United Kingdom dalam tempoh lima tahun. Walaupun mereka belum capai lagi 30 peratus, tetapi sudah capai 22 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita juga pada tahun hadapan, inshaaAllah akan menubuhkan kelab 30 peratus ini

Kelima, meningkatkan visibility melalui pelbagai platform, seperti media yang bersesuaian. Kita akan adakan hubungan yang baik dengan media, dalam negara kita Malaysia ini, supaya kita menjadikan peserta kita ini lebih visible ataupun kelihatan dengan kebolehan mereka kepada calon-calon syarikat yang ingin melantik mereka. InshaaAllah, seperti apa yang berlaku di United Kingdom sekarang ini katanya berebut-rebut syarikat-syarikat ini mahu memastikan jangan mereka jadi kosong, tidak ada wanita dalam lembaga pengarah. Kita juga berharap di Malaysia ini nanti, berebut-rebut lah syarikat-syarikat ini meminta mengisikan wanita menjadi ahli lembaga pengarah mereka. Terima kasih.

4. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah guru

yang berpencapaian rendah walaupun latihan tambahan diberi yang masih tidak ditamatkan perkhidmatan mereka. Penjelasan diperlukan kerana Malaysia mempunyai masalah berlebihan guru, dan adakah kementerian bercadang hendak menggantikan guru bermutu rendah dengan guru yang lebih berkualiti.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberi ucapan saya, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Berbahagia Datuk Rosmee Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, anakanda beliau meninggal dunia semalam.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

8 DN 17.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, saya terus menjawab soalan. Tuan Yang di-Pertua, di bawah anjakan keempat, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Pemisah ataupun Exit Policy, dengan izin. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ataupun PPP dan Anggota Kumpulan Pelaksanaan (AKP) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaan secara dalaman. Berdasarkan pekeliling sedia ada dan mengambil kira pandangan agensi Pusat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar pemisah ini adalah terpakai ke atas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang berprestasi rendah menerusi penilaian bersepadu bagi PPP dan LNPT bagi AKP. Selama tiga tahun berturut-turut prestasi rendah selepas mengikuti program continuous professional development, dengan izin, dan juga kaunseling. Berdasarkan LPNT tahun 2013 Yang Berhormat, seramai 116 orang PPP yang sedang menjalani kursus peningkatan kompetensi guru kerana berprestasi rendah. Seramai 116 orang guru ini adalah daripada jumlah guru sebanyak 445,000 lebih guru, maksudnya peratusannya rendah, 0.03 peratus. Walau bagaimanapun, kita masih tidak berpuas hati dengan angka ini. Proses Exit Policy, dengan izin, ini saya pasti akan mengurangkan lagi masalah ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu bagus. Kita setuju bahawa pekerjaan guru itu suatu pekerjaan yang mulia dan harus disanjung oleh masyarakat. Oleh sebab itu pekerjaan sebagai seorang guru itu tidak boleh dianggap sebagai satu pekerjaan yang last resort, kerana tiada pilihan yang lain. Maka di sini saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah kriteria-kriteria yang dapat dipersetujui antara Kementerian Pelajaran dan CUEPACS tentang cara pemilihan guru-guru untuk berkhidmat dalam sekolah-sekolah? Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pemilihan guru kini menjadi satu pemilihan yang begitu berkualiti. Contoh, untuk pelajar-pelajar memasuki IPGM, sekurang-kurangnya pelajar itu harus mendapat 5A dalam SPM. Bukan sahaja itu, walaupun pelajar itu mendapat 5A, tidak semestinya beliau akan diberi tempat untuk mengambil latihan IPGM ataupun jurusan di IPGM kerana masih ada lagi unsur-unsur yang lain, contohnya ujian kendiri, ujian kecergasan, ujian bertulis dan sebagainya, ujian psikometri juga diadakan. Selepas itu, tamat sudah latihan dalam IPGM Yang Berhormat Senator, ada temu duga lagi. Mungkin kelayakannya cukup, akan tetapi sekiranya pelajar itu gagal dalam temu duga maka pelajar itu tidak akan menjadi cikgu.

Saya setuju dengan apa yang dikatakan sebentar tadi oleh Yang Berhormat, profesion guru ini bukan satu profesion, dengan izin, the last resort. Sekiranya ada yang menjadi guru sebagai last resort, minta maaf lah, mereka tidak layak menjadi guru. Bagi saya menjadi guru ini merupakan satu peluang kita melaksanakan tanggungjawab kita. Saya sentiasa mengatakan, bukan sahaja saya, malah di Kementerian Pendidikan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Pendidikan II, sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II, sentiasa mencari ruang dan peluang bagaimana kita dapat memartabatkan lagi profesion keguruan ini.

■1040

Kita dalam proses perbincangan. Dalam isu dasar pemisah contohnya, ada beberapa kriteria di mana kita berbincang dengan JPA dan cadangan-cadangan dengan JPA ini juga kita akan bincang bukan sahaja dengan CUEPACS tetapi juga dengan NUTP. Proses perbincangan ini satu proses yang akan diteruskan. Akan tetapi Yang Berhormat, saya bersetuju benar dengan adanya dasar pemisah ini, kerana kita tidak mahu disebabkan ‘setitik nila, rosak susu sebelanga’. Tidak hendak langsung. Terima kasih Menteri.

Kita akan teruskan dan kita berharap guru-guru dan bakal guru juga harus sedar bahawa tanggungjawab seorang guru ialah tanggungjawab yang begitu mulia. Tuan Yang di-Pertua, seorang guru mungkin dia tidak menjadi penyelamat nyawa seperti doktor tetapi Yang Berhormat, seorang guru ialah penyelamat generasi dan generasi ini bukan angkanya tidak terhad. Generasi ada keluarga...

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 9

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: …Jadi pendidik, maka kita

sedar...

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Yang Berhormat...

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: ...Kementerian Pendidikan telah…

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Bolehkah mencelah?

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Sebentar, saya habiskan

jawapan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, biarkan habis dahulu dan selepas itu

Yang Berhormat bertanya.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Kita di kementerian akan sentiasa

memastikan dan akan memartabatkan profesion perguruan di mana boleh, kita akan membantu guru-guru ini untuk memastikan profesionalisme guru ini akan terus dikekalkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Datuk Seri Haji Abd. Halim.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih banyak dan kepada Menteri kita pun terima kasih. Saya hendak bertanya juga tadi jumlah yang kita tamatkan perkhidmatannya. Saya juga hendak mengatakan bahawa guru ialah seorang pendidik. Pendidik yang melahirkan insan kamil, yang berilmu dan beriman. Ingatlah falsafah hidup ini, guru pendidik ini ada dia punya kepuasan, kepuasan beriman tadi. Seorang orang kaya akan berpuas hati jika mempunyai berjuta-juta duit di dalam bank dan berderet rumah kerja. Kepada seorang pengemis, dapat makan dua kali sehari sudah berpuas hati. Akan tetapi seorang pendidik itu, dia akan berpuas hati dan beriman jika dapat melahirkan ramai pemimpin yang baik di negara ini. Itu dia. Tanya sahaja Tan Sri kita, tanya kepada Dato’ Dr. Firdaus , itu kepuasan.

Jadi daripada Yang Berhormat tadi kata hendak dibuangkan perkhidmatannya, saya hendak tanya apakah khusus cukup itu, cukup untuk kita menolong dia. Ini kita mesti cari. Kita jangan cuba hendak mencari salah guru sahaja. Apakah bentuk yang kita berikan dia tadi? Kepuasan kepada dia tadi iaitu apakah bentuk latihan yang kita berikan kepada mereka ini tadi dan yang penting sekali supaya dia cinta bangsanya, cinta kepada anak murid, itu sangat mustahak sekali iaitu an example born teacher, dengan izin.

Born teacher susah tetapi kita melatih kan dia tadi. Saya juga ingin memberi

peringatan bahawa saya hendak tanya adakah akan bertambah lagi jumlah yang kita hendak buang ini? Ingat pesanan yang saya hendak beri masa itu, Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pelajaran. Masa meeting itu, saya mendengar dia kata…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Soalan Yang

Berhormat mesti ringkas, tepat dan jangan meleret-leret.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Jadi, saya kata sudahkah? Kita

mesti ingat jangan hanya menyalahkan guru itu, tetapi apa yang kita boleh menolong dia. Sudah kah kementerian melakukan perkara itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Seri. Seperti mana yang saya katakan sebentar tadi, jumlah guru lebih daripada 445,000 orang. Daripada 445,000 itu, tahun 2013 hanya 116 orang guru ini sahaja yang kita belum buang lagi. Kita memastikan mereka menjalani kursus kompetensi untuk meningkatkan kompetensi mereka. Maka hasrat kementerian tidak sama sekali hendak mengeluarkan guru, tetapi Yang Berhormat Senator, tanggungjawab guru ini sangat penting.

Kalau ada guru yang bermasalah, bukan niat kita untuk memisahkan guru itu daripada sistem perkhidmatan, tetapi niat kita untuk memastikan anak didik guru itu akan mempunyai satu sistem pendidikan yang terbaik. Contohnya, saya. Sehingga hari ini, saya bersyukur kerana saya telah mendapatkan guru-guru yang baik. Tanggungjawab guru sangat penting.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

10 DN 17.12.2014

Akan tetapi sekiranya seorang guru itu melakukan kesilapan, kita sentiasa melibatkan semua guru-guru yang lain, tidak betul. Kita ada 99.7 peratus guru-guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka. Pernah kah kita mengucapkan terima kasih kepada mereka? Tidak. Ada di antara kita cuba membesarkan perkara guru-guru yang 0.03 peratus ini. Ramai guru mengorbankan masa, tenaga dan kehidupan mereka juga hanya semata-mata untuk melihat anak didik mereka berjaya. Kadang-kadang anak mereka sendiri terpinggir. Inilah profesion keguruan. Yang Berhormat Timbalan Menteri II seorang guru cemerlang.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua.

5. Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai minta Menteri Wilayah Persekutuan

menyatakan, apakah perancangan pihak DBKL bagi menambah jumlah rumah-rumah Perumahan Awam sedia ada dan juga bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyewa sedia ada dapat memiliki rumah sendiri. Apakah mekanisme yang digunakan bagi menentukan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dapat menikmati kemudahan ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Projek Pembangunan Rumah PPR MTEN yang baru adalah terletak di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Program Penjualan Rumah Perumahan Awam (PA) dan rumah PPR telah dimulakan sejak bulan Oktober 2009 yang melibatkan keseluruhan 45,357 unit. Manakala harga yang ditawarkan di antara RM21,500 hingga RM30,200 seunit bagi Perumahan Awam DBKL yang mempunyai sebuah bilik hingga kepada dua buah bilik dan bagi PPR MTEN dan PA DBKL yang mempunyai tiga buah bilik dijual pada harga RM35,000 seunit.

Status penjualan rumah sehingga 31 Oktober adalah berjumlah 11.204 unit iaitu hanya 24.7 peratus yang telah terjual. Susulan daripada itu, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan antara pihak kementerian bersama DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan bagi menarik minat penyewa untuk membeli unit rumah PPR MTEN dan PA DBKL ini. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi telah melaksanakan sesi taklimat program penjualan rumah PPR MTEN dan DBKL.

Ini termasuklah sesi dialog antara pengurusan atasan kementerian dan DBKL bersama penduduk pada tahun 2009 dan siri ulangan turut diadakan pada tahun 2014. Taklimat ini memberikan pemahaman yang lebih lanjut mengenai kepentingan dan faedah memiliki rumah sendiri pada harga yang sangat rendah. Sebagai inisiatif untuk menggalakkan pembelian ini, pihak kerajaan juga telah mewujudkan dana khas di bawah Skim Pembiayaan Khas (SPK) bagi memudahkan pinjaman perumahan dibuat. Antara inisiatif lain yang telah dilaksanakan termasuk pengeluaran notis bertulis kepada penyewa, mengadakan karnival bank, menyediakan kaunter jualan rumah dan bancian di PPR MTEN serta Perumahan Awam DBKL ke atas penyewa yang tidak memuktamadkan persetujuan pembelian rumah ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator juga, antara mekanisme yang digunakan untuk mempertimbangkan kelayakan permohonan bagi membeli rumah ini melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan. Antara aspek yang dipertimbangkan iaitu menyemak sama ada penyewa sedia ada mempunyai tunggakan, memiliki rumah dalam jarak 35 kilometer radius dari pusat bandar, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500, status perkahwinan dan juga warganegara. Secara keseluruhannya, setakat ini program penjualan rumah ini masih diteruskan walaupun penjualan masih kurang menggalakkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya dalam

masalah ini ramai yang meminta Yang Berhormat apabila sudah baik nanti- kalau sekiranya mereka bermasalah, Yang Berhormat layan merekalah.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 11

Ini kerana masalah ini, saya tahu Yang Berhormat pada hari ini tidak berapa sihat. Saya sedia maklum dan semua nampaknya memberikan kerjasama. Saya mempersilakan pertanyaan seterusnya nombor enam, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah.

■1050

6. Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) langkah-langkah oleh pihak kementerian dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan; dan

(b) bagaimana kementerian melihat cabaran media baru, peranan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sokongan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mampu menyumbang ke arah pemerkasaan bahasa kebangsaan.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, antara usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan, kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:

(i) menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasa Bahasa Kebangsaan melalui kempen “Cintailah Bahasa Melayu” dan kegiatan kebahasaan. Empat buah komponen kegiatan diberi tumpuan dalam sambutan BBK ini iaitu majlis pelancaran, “Kembara Bahasa”, “Malam Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Semarak Bahasa”.

(ii) penubuhan bahagian pengembangan bahasa pelbagai kaum oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara usaha yang dilakukan bagi membantu SJK(C), SJK(T) dan SMP(C) untuk meningkatkan dan memantapkan pengetahuan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu termasuklah kursus pengajaran dan pembelajaran untuk guru-guru SJK(C), SJK(T) dan SMP(C). Aktiviti kebahasaan yang melibatkan murid-murid SJK(C), SJK(T), SMP(C) dan Orang Asli seperti Festival Bahasa dan Sastera, Anugerah Pendidik Bahasa kepada guru-guru di SMPC yang berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kemunculan blog dan laman web yang pesat yang tidak menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul, terus memberikan cabaran kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi memantau penggunaan bahasa kebangsaan di media elektronik, termasuklah media baru sebuah jawatankuasa penggunaan bahasa dalam media elektronik telah dibentuk pada tahun 2013.

Dalam peranan institusi pengajian tinggi awam pula, dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di IPT, Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar sektor pengajian tinggi di Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan audit pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT. Enam buah universiti telah diaudit iaitu:

(i) Universiti Malaya;

(ii) Universiti Kebangsaan Malaysia;

(iii) Universiti Putra Malaysia;

(iv) Universiti Utara Malaysia;

(v) Universiti Malaysia Sarawak; dan

(vi) Universiti Malaysia Terengganu.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

12 DN 17.12.2014

Bermula pada 17 September 2014 sehingga 2 Oktober 2014. Dapatan audit menunjukkan penggunaan Bahasa Melayu dalam Laporan Penyelidikan dan Penerbitan adalah sangat lemah. Penerbitan buku akademik berbahasa Melayu adalah sederhana dan penerbitan berbahasa Melayu tidak diambil kira untuk perjawatan dan kenaikan pangkat. Oleh itu, setiap universiti awam perlu memberikan penekanan kepada aspek Bahasa Melayu dalam aktiviti akademik mulai tahun 2015 dan dasar memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi akan dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara.

Antara usaha yang dilakukan termasuklah penubuhan jawatankuasa bersama penggunaan Bahasa Kebangsaan DBP dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan atau MKD. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan GLC. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan warga GLC dan kerjasama dengan GLC dalam pembentukan dan penyelarasan istilah semasa.

Pada suku tahun pertama tahun 2015, tahun depan audit Bahasa Melayu di lima syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) akan dilaksanakan iaitu:

(i) Khazanah Nasional,

(ii) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,

(iii) Permodalan Nasional Berhad,

(iv) Lembaga Tabung Haji; dan

(v) Lembang Tabung Angkatan Tentera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang sentiasa menggunakan nada dan laras Bahasa Melayu yang begitu baik sekali. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian berpandangan ketidaktentuan dasar dalam pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Melayu diubah ke bahasa Inggeris dan diubah semula ke Bahasa Melayu? Ini menjadi antara penyumbang kenapa Bahasa Melayu pada pandangan sayalah, tidak dihormati. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat

Senator Datin. Yang Berhormat Senator Datin minta pandangan, bukan satu soalan sebenarnya. Kita sedar bahawa penggunaan Bahasa Malaysia ini penting. Sebenarnya tidak, sebenarnya berlaku satu keputusan kita ubah dari semasa ke semasa. Kita nampak keperluan Bahasa Malaysia ini pembelajaran sains dan matematik ini kita kekalkan, kita akan balik kepada Bahasa Malaysia. Itu satu bab.

Malah sebentar lagi saya akan menjawab soalan berkaitan STEM. Akan tetapi Yang Berhormat, dasar MBMMBI ini akan kita laksanakan, akan kita ketatkan. Penggunaan Bahasa Malaysia kita sedar sangat penting dan semua dasar yang digubal untuk memperkasakan dan menambahbaikkan lagi mutu Bahasa Malaysia, bukan sahaja tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini tanggungjawab kita semua. Kita harus membantu anak-anak kita menggunakan Bahasa Malaysia sebanyak yang boleh dan di mana kita harus betulkan, betulkan.

Kalau ada isu-isu yang mana Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membantu untuk pelaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia kita sedia. Kita sedia menerima pandangan, kita sedia mendapat kritikan juga kalau ada kelemahan, kita ada cara-cara bagaimana kita dapat menambah baik. Itu hasrat kita, dan hasrat ini dapat dilaksanakan sekiranya kita ada kerjasama. Syukur pada tuhan kerjasama cukup tetapi kita dapat menambahbaikkan lagi. Kerjasama dengan semua badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta kerana kita semualah akan memastikan bahawa bahasa kebangsaan kita ini dapat dimartabatkan lagi. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 13

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai dengan penggunaan bahasa baku yang diketengahkan oleh kerajaan tidak lama dulu. Satu lagi saya mohon penjelasan mengenai dengan syarat pembelajaran Bahasa Kebangsaan institusi pendidikan swasta kepada pelajar asing. Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Yang Berhormat Senator, terima

kasih atas soalan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penggunaan bahasa baku ini saya rasa sejak kebelakangan ini tidak lagi wujud. Kita menggunakan bahasa dengan apa yang diajar di sekolah. Contoh, apabila saya belajar di sekolah, penggunaan bahasa baku ini tidak begitu diberi penekanan. Itu hanya merupakan satu sifat bagaimana kita untuk memberi pronunciation itu biasanya. Akan tetapi secara lumrahnya apa yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia ialah Bahasa Malaysia yang diajar di sekolah bahasa seperti biasa.

Soalan yang kedua, Yang Berhormat minta tadi ialah tentang penggunaan bahasa- minta boleh tidak beri peringatan kepada saya aspek yang kedua Yang Berhormat Senator, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Saya mohon penjelasan mengenai syarat wajib

pembelajaran Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan swasta bagi pelajar asing.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih, untuk institusi

pendidikan swasta, memang diwajibkan. Malah kita telah mewajibkan pelajar-pelajar di IPTS, semua pengendali IPTS, kita telah mewajibkan mereka bahawa Bahasa Malaysia ini wajib. Malah Yang Berhormat, dalam peperiksaan SPM wajib lulus Bahasa Malaysia. IPTS juga akan melihat antara syarat kemasukan IPTS juga lulus Bahasa Malaysia.

■1100

Maka, IPTS akan melaksanakan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Malah, untuk pelajar-pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia juga kita mewajibkan mereka memahami Bahasa Malaysia dan kita kini mempunyai ramai pelajar dari negara-negara lain yang fasih menggunakan Bahasa Malaysia. Kita megah kerana Bahasa Malaysia kini menjadi satu bahasa yang diguna pakai oleh ramai anak yang belajar di negara kita, hampir 100,000 orang rakyat dari negara lain yang mempelajari Bahasa Malaysia di negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

7. Dato' Lim Nget Yoon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sebab-sebab

sebilangan rakyat Malaysia meninggalkan negara kita untuk menyertai IS.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian menerusi Polis Diraja Malaysia

berbincang dengan agensi-agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa agama dari semasa ke semasa untuk menilai terhadap punca utama penglibatan segelintir rakyat Malaysia dengan meninggalkan negara untuk menyertai kumpulan pengganas militan IS ataupun Islamic State. Berdasarkan penilaian ini, secara keseluruhannya terdapat beberapa fakta yang mendorong kepada penglibatan mereka. Antaranya ialah:

(i) kurangnya didikan asas agama yang menyebabkan golongan ini mudah terpengaruh dengan ajaran agama Islam yang ekstremis. Di samping itu, wujudnya kumpulan-kumpulan yang menyalahtafsirkan ajaran Islam khususnya mengenai konsep jihad;

(ii) penghapusan dosa iaitu konsep penghapusan dosa;

(iii) jalan mudah untuk ke syurga telah menarik minat mereka untuk menyertai gerakan tersebut. Bahkan golongan ini juga masih percaya bahawa kumpulan Islamic State inilah satu-satunya

kumpulan yang mampu untuk menubuhkan negara Islam sepenuhnya mengikut acuan radikal mereka;

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

14 DN 17.12.2014

(iv) rasa kebencian dalam kalangan masyarakat Islam terhadap kuasa Barat juga pendorong kepada golongan ini untuk bertindak memperjuang menentang kuasa besar yang dianggap sebagai musuh Islam.

Pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa juga dianggap gagal untuk menangani masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Secara tidak langsung, turut menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berjuang bersama kumpulan pengganas ini. Pada masa yang sama, kumpulan ini turut menggunakan media massa sosial secara meluas bagi menyebarkan fahaman perjuangan mereka dalam mempengaruhi masyarakat umum dan mereka ini mendapat sokongan serta merekrut anggota baru khususnya golongan belia yang mahu merealisasikan agenda kumpulan tersebut.

Ia diburukkan lagi dengan pengaruh rakan sebaya, peer group yang juga memainkan peranan dalam mempengaruhi golongan ini untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kumpulan ekstremis agama khususnya kumpulan pengganas militan ISIS ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang

Berhormat atas jawapan. Dalam jawapan Timbalan Menteri, kita nampaklah usaha kerajaan untuk membanteras IS ini orang mengikuti IS ini. Akan tetapi, ada pihak tertentu mengatakan kenyataan bahawa orang yang mengikut IS ini sebagai jaguh. Jadi, yang kenyataan ini memanglah mendorong orang menyertai IS. Adakah kenyataan ini menentang prinsip kerajaan kita dan apakah tindakan atau langkah-langkah boleh diambil ke atas kenyataan tersebut?

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya

ucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat itu tadi. Sebenarnya, memang kalau kita lihat seseorang pejuang agama dari sudut jihad yang sebenarnya memanglah boleh dikatakan seorang jaguh. Akan tetapi apa yang saya sebutkan tadi, ini jaguh yang salah sebab jihad yang diperjuangkan mereka ini adalah tidak wujud dan pentafsiran mereka berhubung dengan jihad ini juga salah dan konsep penghapusan dosa itu juga salah.

Akan tetapi oleh sebab mereka hendak mendorong masyarakat umum untuk memasuki kumpulan mereka, maka mereka mengatakan mereka ini jaguh sebenar. Jadi inilah yang perlu kita atasi, itulah kenapa bekerjasama di antara pegawai keselamatan kita khususnya pihak polis dan special branch dalam cawangan polis untuk mengatasi perkara-perkara yang disebutkan ini tadi. Ia bukan sahaja soalan militancy Tuan Yang di-Pertua tetapi ialah persoalan yang besar sekali kita hadapi di sini ialah soalan ideologi. Itulah kenapa apabila kita melihat perkara ini kita secara serentak untuk mengatasi masalah ini.

Pertama, kita mengadakan untuk memperkemas kini kan sistem maklumat kita yang kita akan sambung dengan pihak Interpol untuk mengetahui siapa mereka yang bakal masuk ataupun hendak masuk ke negara kita ini supaya kita boleh memantau. Apabila sistem maklumat ini diperkemas kini nanti, kita inshaaAllah boleh mengetahui siapa yang sampai ke negara kita. Kedua, kita akan berkongsi maklumat ini dengan rakan dan jiran kita, negara-negara jiran kita, Indonesia, Singapura, Thailand dan sebagainya.

Begitu juga yang ketiga, kita akan berkongsi maklumat yang kita dapati iaitu apabila saya kata kita iaitu pihak polis dengan pihak agensi-agensi lain umpamanya, pihak agensi Military Intelligence, pihak Jabatan Imigresen, Jabatan Keselamatan Negara dan pihak ini juga yang mendapat maklumat yang lain, pihak Military Intelligence, pihak imigresen dan pihak MKN yang mendapat maklumat yang berlainan daripada kita akan juga berkongsi bersama maklumat-maklumat mereka.

Jadi tindakan yang terakhir ialah kementerian bersama dengan pihak MKN iaitu Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia sekarang mengorak langkah untuk memberi maklumat ini, menyebar maklumat ini kepada target group yang tertentu, sasaran yang tertentu di dalam negara ini.

Sehingga sekarang ini kita telah membuat pencerahan iaitu memberi maklumat secara terbuka kepada pihak-pihak universiti, institusi-institusi pengajian tinggi, kepada pihak pelajar-pelajar dan juga kepada agensi-agensi kerajaan supaya mengetahui, apakah sebenarnya perjuangan IS ini dalam konteks negara kita?

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 15

Ini supaya semua pihak mengetahui konsep dan perjuangan ini adalah perjuangan

yang salah dan tidak mengikut garis panduan undang-undang bahkan muzakarah pihak Majlis Fatwa pun telah diadakan pada 21 Oktober hingga 22 Oktober baru-baru ini telah menekankan keputusan-keputusan mereka yang kita bawa ke seluruh negara untuk dimaklumkan kepada masyarakat umum supaya pihak negeri Majlis Fatwa Negeri juga menerima apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana agama Islam adalah di bawah kerajaan negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Timbalan

Menteri yang telah memberi jawapan tuntas yang dapat memberi penjelasan yang baik kepada kita. Saya tengok tadi penjelasan yang begitu rapi dan begitu juga langkah-langkah yang telah diambil dan saya ucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Dalam Negeri. Saya melihat apa yang telah disebutkan tadi banyak daripada aspek keselamatan dan saya juga melihat daripada penerangan tadi ialah golongan ini lahir daripada pemikiran dan juga pegangan akidah.

■1110

Jadi saya melihat perkara ini belum begitu sampai kepada sasaran di bawah walaupun telah ada disebut tadi melalui jabatan agama dan mufti dan sebagainya. Jadi saya ingin mengetahui sejauh mana peranan yang telah dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan khasnya yang berkaitan dengan agama Islam di dalam menangani hal-hal seperti ini. Ini kerana saya yakin dan percaya kalau semua para guru, penceramah di masjid, jabatan-jabatan agama bekerjasama, saya rasa perkara ini cepat sampai kepada masyarakat. Cuma saya nak tahu sejauh mana peranan mereka ini sekarang. Terima kasih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, persoalan

ini amat tepat sekali. Sebenarnya saya baru memberi arahan kepada pegawai saya supaya saya hendak menubuhkan sebuah badan kerana kita ada sedikit halangan oleh sebab soalan agama, akidah dan sebagainya itu adalah di pihak negeri. Bahkan keputusan yang dibuat ataupun fatwa yang dibuat oleh Majlis Pengarah Kebangsaan pun tidak boleh diserap begitu sahaja kepada pihak negeri-negeri, padahal kuasa di negeri itulah menentukan imamnya, tok bilalnya, tok khatibnya, pensyarahnya bahkan pendakwah-pendakwah yang datang ke negara ini juga menerusi kuasa agama kerajaan negeri.

Jadi dalam keadaan sedemikian, saya memikirkan bahawa perlu kita mengadakan di peringkat kementerian ini satu Jawatankuasa untuk membincangkan perkara ini bersama dengan pihak-pihak kuasa agama negeri dan selepas itu kita nak mencari satu mekanisme yang tertentu supaya tiap-tiap orang yang datang ke negara ini untuk berceramah agama, bukan sahaja peringkat dalaman kita sendiri, penceramah yang datang ke negara kita ini, mereka yang akan memberi khutbah di negara kita ini, mereka yang itu ada garis panduan-garis panduan tertentu. Jangan dimasukkan ataupun diselitkan ideologi-ideologi yang boleh memesongkan rakyat Malaysia dan akan mendorongkan rakyat Malaysia untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti ekstremisme ini. Jadi ini dalam kita punya sasaran.

Terima kasih dengan soalan ini sebab saya tak sebut dalam jawapan asal ini sebabnya benda ini kita dah aturkan hanya menunggu masa sebab dia menjangkau daripada kuasa Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dan bagaimana kita mewujudkan satu mekanisme untuk memantau penceramah-penceramah. Kedua, untuk mengadakan satu mekanisme macam mana tiap-tiap pendakwah dan penceramah itu diberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti keagamaan mereka di negara ini tidak memesongkan rakyat Malaysia.

Ketiga, walaupun pendakwah-pendakwah ini bukan dibawa oleh kerajaan tetapi dibawa pihak NGO, pihak parti ataupun pihak individu. Mencari mekanisme yang menyeluruh supaya tidak negara Malaysia ini menjadi sarang yang boleh dikatakan mengeluarkan pendapat yang memesongkan agama Islam itu sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

pertanyaan nombor lapan, Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam yang telah pun memberitahu saya dia tidak ada kerana sesuatu hal dan mewakilkan kepada Yang Berhormat Khalid. Silakan.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

16 DN 17.12.2014

8. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad [Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Pendidikan

menyatakan, langkah strategik kementerian dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan muda dalam bidang sains dan matematik bagi meningkatkan kemampuan tenaga manusia dan industri sains, teknologi dan inovasi menjelang Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menekankan kepentingan dan menggalakkan murid atau pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik. Usaha yang dirancang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Usaha-usaha tersebut adalah seperti berikut:

(i) menekankan pendekatan berasaskan inquiry dan penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik yang digubal. Melalui pendekatan ini, murid diberi ruang dan peluang meneroka konsep sains dan matematik melalui aktiviti hands on dan minds on, dengan izin;

(ii) mempertingkatkan bimbingan kerjaya dalam bidang STEM kepada murid;

(iii) mengadakan program pusat pembelajaran sains dan memberi peluang kepada murid yang mendapat gred ‘C’ dalam Sains dan Matematik mengikuti aliran sains;

(iv) menambah baik kemudahan makmal sains melalui pembekalan peralatan STEM;

(v) menekankan konsep pengajaran yang berbentuk kreatif, inovatif dan menyeronokkan dalam bilik darjah khususnya dalam kurikulum standard sekolah rendah ataupun KSSR;

(vi) menjenamakan semula mata pelajaran elektif teknikal kepada mata pelajaran elektif ikhtisas dengan memberi tumpuan kepada bidang yang berasaskan teknologi dan kejuruteraan;

(vii) memulakan inisiatif menjalin kerjasama bersama industri dan badan profesional dengan pemberian pensijilan berganda atau dwi pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa; dan

(viii) penglibatan Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) dengan

izin, memastikan murid mahir dalam pengetahuan, aplikasi dan penaakulan bagi menguasai konsep sains dan matematik.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil beberapa inisiatif dalam perkara ini di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti berikut:

(i) penubuhan Malaysian Technical University Network ataupun MTUN yang dianggotai oleh empat buah universiti iaitu Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Teknikal Melaka. MTUN ditubuhkan untuk melahirkan pelajar dalam jurusan teknikal seperti bidang kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan;

(ii) penawaran biasiswa MyBrain Science, MyMaster, MyPHD, MyPHD Industry serta SLAB dan SLAI untuk menggalakkan pelajar-pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang sains;

(iii) penubuhan pusat kecemerlangan (COE) di IPTA dalam pelbagai bidang kepakaran memacu pelaksanaan program-program penyelidikan di IPTA;

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 17

(iv) memperkenalkan program promosi pendidikan untuk program

sains seperti Karnival Pengajian Tinggi Negara, Jom Masuk U, secara tidak langsung maklumat mengenai pendidikan yang ditawarkan di IPTA dapat disalurkan terus kepada pelajar serta ibu bapa; dan

(v) program sekolah kluster kecemerlangan dengan IPTA yang telah dilaksanakan sejak 2007. Program ini memberi ruang kepada SKK dan IPTA berbincang dengan lebih mendalam dan terperinci berkaitan program dan aktiviti yang boleh dijalankan bersama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kementerian melihat program STEM iaitu Science, Technology, Engineering and Mathematic, mampu menyumbang ke arah melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang ini? Apakah tahap kerjasama dengan MOSTI dan agensi inovasi lain dalam merencana program pendidikan jangka panjang serta mengenal pasti jumlah tenaga kerja yang bakal diperlukan menjelang 2020? Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat

Senator, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian sentiasa bekerjasama dengan semua agensi dan juga kementerian-kementerian lain yang ada sangkut paut dengan aspek sains dan teknikal. Malah kita melaksanakan strategi mencapai dasar 60:40 aliran sains teknikal dan sastera. Maksudnya 60 peratus pelajar-pelajar yang masuk ke IPTA akan diambil dalam bidang jurusan sains dan 40 peratus dalam bidang sastera.

Dalam TIMSS atau Trends in International Mathematics and Science Study tadi juga kita memberi lebih latihan kepada anak-anak murid dan juga guru-guru yang akan mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik. Kedua-dua ini dijalankan secara serentak kerana kesinambungan ini sangat penting kerana outputnya akan memastikan dalam masa depan sama ada pencapaian kita dalam bidang sains dan teknikal khususnya STEM.

■ 1120

Kerajaan memberi pengkhususan ataupun penekanan yang begitu tinggi dalam aspek STEM malah bukan sahaja daripada segi pendidikan di sekolah menengah dan IPTA, kita juga bekerjasama dengan politeknik, kita juga bekerjasama dengan kolej komuniti yang mana kita beri penekanan dan pengkhususan dalam mata pelajaran sains dan teknikal kerana negara kita apabila menjelang tahun 2020 memerlukan pekerja-pekerja mahir dan pekerja-pekerja mahir ini kebanyakan daripada mereka harus ada kelayakan dan keupayaan dalam bidang sains dan teknikal. Malah semua daripada aspek sekolah menengah, daripada aspek IPTA, daripada aspek vokasional, politeknik, kolej komuniti semua kita akan menyusun supaya penambahan atau memperkasakan pembelajaran bidang sains dan teknikal (STEM) ini akan diberi pengkhususan dan kepentingan. Sentiasa akan kita beri kepentingan. Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah yang sebenarnya adakah kita mempunyai guru-guru yang mencukupi untuk mengajar mata pelajaran sains dan teknikal ini. Istimewa pula di kawasan-kawasan luar bandar kerana saya pengerusi PIBG salah satu daripada sekolah di Kelantan. Selalunya kita tidak mencukupi guru-guru dalam aliran sains dan teknologi dan juga bahasa Inggeris. Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Terima kasih atas soalan tersebut. Keperluan guru ini merupakan satu keperluan yang sentiasa kita perlukan malah seperti mana yang saya katakan sebentar tadi dalam jawapan yang lebih awal kepakaran guru-guru khasnya apabila kita melatih guru-guru kita memastikan guru-guru ini memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

18 DN 17.12.2014

Contoh sekurang-kurangnya 5A ini dalam peperiksaan SPM akan membantu kita mendapatkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang mata pelajaran tersebut malah kita juga memberi pengkhususan dalam opsyen-opsyen yang diminta oleh guru-guru dan setiap kali apabila kita ada pengambilan guru-guru di IPGM kita berdasarkan unjuran keperluan guru-guru di seluruh negara tidak kira di bandar atau luar bandar dan kita akan sentiasa memastikan guru-guru yang dihantar tidak kiralah sama ada bandar atau luar bandar memenuhi semua keperluan.

Malah Bahagian Perancangan Dasar EPR ini di Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan membuat satu unjuran berdasarkan kepada keperluan dan kita akan memastikan semua guru yang dilatih mempunyai cukup kelayakan dan dapat memberi pengajaran dan pembelajaran yang cukup efektif tanpa mengira di mana mereka ditempatkan mahupun di bandar ataupun di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

9. Datuk Jamilah Sulaiman minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah

kementerian akan menetapkan peraturan supaya majikan swasta memperuntukkan elaun COLA untuk pekerja mereka seperti mana yang dinikmati oleh penjawat awam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah atas soalan tentang Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur dan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional dan negara kerana saban tahun setiap bajet dibentangkan tidak pernah meninggalkan tanggungjawab dalam membela nasib hidup golongan miskin dan pendapatan rendah. Justeru itu, pelbagai program diteruskan seperti BR1M, baucar buku, pemberian pendidikan awal sekolah, perhatian kepada orang kurang upaya dan sebagainya. Sementara tentang pekerja Tuan Yang di-Pertua begitu juga tidak ditinggalkan.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, buat masa ini kerajaan ataupun Kementerian Sumber Manusia belum lagi bercadang untuk melaksanakan kaedah bayaran elaun sara hidup ataupun cost of living allowance, dengan izin, secara tetap kepada pekerja-pekerja swasta tempatan. Ketika ini Kementerian Sumber Manusia sedang menguatkuasakan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 372] yang mensyaratkan gaji minimum perlu kepada seorang pekerja iaitu RM900 bagi semenanjung dan RM800 bagi Sabah, Sarawak dan juga Labuan. Kerajaan telah melaksanakan Dasar Gaji minimum bermula pada tahun 2013 yang mana matlamat utama dasar tersebut adalah untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga dapat dipenuhi.

Dalam hal ini salah satu kriteria utama penetapan kadar gaji minimum pendapatan garis kemiskinan yang digunakan sebagai indicator bagi menentukan keperluan asas pekerja dan keluarga pekerja. Selain itu, indeks harga pengguna juga digunakan bagi menyelaraskan kadar gaji minimum dengan kadar peningkatan kos sara hidup. Sehubungan itu, elemen kos sara hidup seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak sebenarnya telah diambil kira dalam penetapan gaji minimum yang akan dikaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun supaya selari dengan keadaan ekonomi semasa. Cuma kita tidak mengistilahkan sebagai COLA.

Untuk makluman Dewan yang mulia, cadangan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bagi pekerja swasta adalah tertakluk kepada budi bicara majikan masing-masing. Kerajaan tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk mewajibkan majikan membayar elaun COLA atau elaun-elaun seumpamanya kepada pekerja mereka.

Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa menggalakkan perbincangan konstruktif antara pekerja dan majikan bagi mendapatkan terma-terma penggajian terbaik yang dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan. Bagi pekerja-pekerja sektor swasta yang mempunyai kesatuan sekerja pemberian elaun COLA boleh dimasukkan sebagai salah satu terma dalam proses perundingan bersama ataupun collective bargaining antara kesatuan pekerja dan pihak majikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 13, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177].

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 19

Manakala bagi pekerja yang tidak diwakili oleh kesatuan sekerja, perkara ini boleh

dibincangkan dalam Jawatankuasa Perundingan Bersama Antara Majikan Dan Pekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 13.5 juta orang pekerja swasta di Malaysia yang telah menyumbang kepada kemakmuran negara. Daripada jumlah tersebut seramai 40 peratus daripada pekerja swasta yang berpendapatan rendah. Persoalannya pekerja swasta masih memerlukan banyak pembelaan khususnya dalam membantu pekerja berpendapatan rendah menangani beban sara hidup yang semakin meningkat. Dengan pendapatan gaji minimum RM900 adakah mampu golongan ini mengharungi kehidupan yang penuh mencabar khususnya di kawasan bandar. Oleh itu, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah Akta Buruh 1955 masih lagi relevan diguna pakai pada situasi sekarang bagi membela nasib pekerja yang kian susah terutamanya penetapan gaji minimum RM900 yang masih dianggap rendah.

Adakah telah tiba masanya Akta Buruh ini dipinda supaya dapat memberi lebih banyak sokongan dan pembelaan kepada pihak pekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah atas keprihatinan yang cukup tinggi kepada pekerja-pekerja khususnya golongan rendah ini. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin hendak betulkan sedikit mungkin kalau silap saya- 13.5 juta ini mungkin workforce ataupun tenaga kerja. Kita ada lebih kurang 13 juta ataupun 14 juta dan pekerja swasta saya kira lebih kurang enam juta. Jadi walau bagaimanapun isu ataupun persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah itu ada kebenarannya Tuan Yang di-Pertua. Cuma kita melihat, saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua enam juta orang pekerja swasta ini katalah ada cadangan untuk berikan COLA ini sebanyak RM300 sebulan. Kita kira saya buat sedikit calculation mungkin plus-minus ketepatannya ialah RM1.8 bilion akan terpaksa dibayar oleh majikan kepada pekerja ini.

■1130

Oleh sebab itulah, kita tidak melarang bahkan kita menggalakkan majikan untuk merundingkan dengan pekerja supaya mencari jalan apakah cara pendekatan yang boleh digunakan bagi membantu, meningkatkan ataupun meringankan beban taraf hidup pekerja ini?

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, izinkan saya beri sedikit penjelasan. Oleh

sebab kita ada hari ini dan esok, saya bersama-sama Timbalan saya telah membuat keputusan supaya soal jawab lisan hari ini kita panjangkan sampai jam 12 tengah hari. Ini kerana memandangkan suasana rang undang-undang dan sebagainya, kita boleh mengetahui dan memikirkan yang sesuai. Maka, kementerian elok bersedia kalau sekiranya ada soalan-soalan, kita harap sama-sama beri kerjasama. Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara elaun yang ada dibayar oleh majikan kepada pekerja, saya sebutkan sedikit, ialah elaun kedatangan, elaun makan, elaun dobi, elaun uniform, elaun pengangkutan, elaun insentif, elaun syif, elaun suri rumah, elaun panas, elaun ibu tunggal, elaun telefon, elaun senioriti. Ini Tuan Yang di-Pertua, ada juga dibayar contohnya di Kemboja. Jadi ini antara elaun-elaun yang dibayar oleh sebahagian majikan kepada pekerja-pekerja mereka.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

20 DN 17.12.2014

Dua hari lepas saya berjumpa dengan sebuah persatuan majikan di Malaysia ini yang mereka menyatakan bahawa mereka memberi makanan kepada pekerja mereka setiap hari kurang lebih RM20 setiap hari termasuk pekerja asing. Jadi ini tidak ambil kira.

Saya kira kementerian mengambil pandangan yang cukup positif. Mungkin saya telah berbincang dengan pihak kementerian dengan pegawai-pegawai kita bagaimana kita boleh mencari jalan supaya aspek-aspek ini diambil kira seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman tadi. Sudah tentulah bagi kita sendiri kalau RM900 gaji minimum di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak agak berat untuk dipikul oleh pekerja-pekerja ini.

Bagi saya, sudah tentulah saya bersetuju kalau boleh RM1,200, RM1,500. Kenapakah tidak? Kerana itu untuk kebajikan pekerja kita. Akan tetapi persoalannya, apakah majikan kita mampu untuk melaksanakan ini semua? Mungkin perundingan perlu dibuat di antara majikan dan pekerja dan mungkin juga sokongan yang diberikan oleh kerajaan.

Berbalik kepada Akta Kerja 1955, Tuan Yang di-Pertua. Kita tengah membuat kajian sekarang. Sebenarnya usaha telah diambil oleh kementerian kerana pada saya, banyak seksyen ataupun perlu penambahbaikan dibuat pada akta-akta yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia ini bagi kita membela masa depan, nasib pekerja-pekerja ini. Saya ingat pandangan Yang Berhormat itu cukup baik dan insya-Allah, saya

akan bawa kepada kementerian untuk kita memastikan merealisasikan kehidupan yang lebih baik untuk pekerja-pekerja kita di negara kita ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Ya? Saya belum panggil Yang Berhormat.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih. Mohon maaf. Tuan Yang

di-Pertua, lebih kurang 40 tahun yang lalu pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak jadi Perdana Menteri, waktu itu berlaku krisis ekonomi yang hebat yang melanda negara ini. Banyak perusahaan dan perniagaan yang terjejas akibat daripada krisis ekonomi tersebut. Salah satu inisiatif yang diambil oleh pemerintah di bawah Allahyarham Tun Abdul Razak ialah memperkenalkan apa yang dipanggil special relief allowance ataupun elaun sara hidup khas yang diberikan kepada golongan yang sepatutnya mendapat elaun tersebut.

Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah ada inisiatif oleh kementerian dalam membincang, berunding dan bermesyuarat dengan pihak-pihak yang berkepentingan atau disebut stakeholders di negara ini yang menjurus kepada usaha untuk memperkenalkan elaun yang kita sebutkan pada pagi ini. Maknanya, kalau misalnya pemerintah mengatakan kami nasihatkan majikan untuk membayar elaun bantuan khas kepada golongan pekerja, maka sebagai balasan, majikan tersebut akan diberi rebat dalam cukai atau sebagainya.

Adakah usaha ini dibuat, selain daripada Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa pekerja bolelah merundingkan dengan majikan. Secara teorinya boleh tetapi secara praktiknya ini mungkin tidak boleh berlaku. Maknanya, bolehlah kita kata rundinglah dengan majikan sendiri. Dalam pengalaman yang ada, kita mungkin boleh buat.

Timbalan Yang di-Pertua: Cukup itu Yang Berhormat. Saya rasa Menteri faham.

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud atas soalan ini. Oleh sebab itu saya sebutkan awal tadi, pelaksanaan gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan Ini, antara asas yang dipertimbangkan ialah yang tadi termasuklah sara hidup, taraf hidup tadi. Gaji minimum ini kalau ikut aktanya, kita buat semakan semula dalam setiap dua tahun sekali. Sekarang ini tempoh semakan telah dibuat. Kita mendapatkan pandangan daripada berbagai-bagai pihak termasuk majikan, pekerja dan sebagainya dan pihak kerajaan.

Dalam Majlis Perunding Gaji Minimum ini, pihak-pihak yang ada kepentingan dengan majikan dengan pekerja dengan pakar-pakar dan sebagainya ada bersama dan mereka membincangkan.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 21

Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, ada cadangan daripada beberapa pihak

yang mencadangkan supaya gaji minimum ini kita tetapkan RM1,200 sebulan. Sudah tentulah ini tambahan- maknanya kalau kita kira RM900 plus RM300 jadi RM1,200. Cuma kadang-kadang istilah ini juga kita guna.

Oleh sebab itu saya mencadangkan kepada kementerian saya, kalau boleh kita tengok balik seperti mana yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Selagi COLA ini dipanggil COLA walaupun kita sudah ambil kira dalam aspek-aspek yang lain, kalau kita tidak berikan secara itu mungkin dia tidak akan habis walaupun kerajaan telah- pelbagai usaha dibuat melalui gaji minimum dan sebagainya.

Oleh sebab itulah saya kira perundingan dibuat dan kita serius Tuan Yang di-Pertua. Saya serius sebab saya melihat bahawa sumbangan pekerja-pekerja ini amat penting kepada majikan. Saya percaya seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, kalau kita letakkan sahaja kepada majikan, sudah tentulah susah kita hendak melihat merealisasikannya. Akan tetapi sudah tentulah perundingan bersama antara kerajaan, pekerja dan majikan perlu diadakan dan melalui majlis bersama Perundingan Gaji Minimum ini, walaupun kita tidak sebut sebagai COLA tapi yang penting ialah kita dapat menambahkan elaun kepada pekerja-pekerja swasta ini.

Jadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kita serius dan kita memberi perhatian kepada nasib yang menimpa ataupun dialami oleh pekerja-pekerja ini. InshaaAllah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

10. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) sejauh manakah aktiviti pengurup wang yang dipantau oleh

kementerian; dan

(b) sedarkah kementerian aktiviti pemindahan wang secara tradisional atau "hawala" berkemungkinan besar menjadi penyumbang wang haram dipindah keluar secara berleluasa dan transaksi ini amat sukar dikawal disebabkan tiadanya rekod kawalan dan jumlah yang tetap.

Timbalan Menteri kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Terima kasih Yang

Berhormat Senator, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perniagaan pengurup wang aktiviti perniagaan perkhidmatan wang yang tertakluk di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 atau dikenali sebagai APPW. Sehingga akhir September 2014, terdapat 407 orang pengurup wang yang telah diberikan lesen di bawah APPW untuk menjalankan aktiviti pengurup wang.

■1140

Aktiviti-aktiviti pengurup wang berlesen sentiasa diselia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan mereka mematuhi kriteria minimum layak dan sesuai, dengan izin, fit and proper bagi orang yang utama bertanggungjawab, key responsible person, keperluan-keperluan operasi termasuk menyimpan rekod yang teratur dan langkah-langkah pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan.

Sehubungan dengan ini BNM menjalankan pemeriksaan di premis ke atas pemegang lesen. BNM, Bank Negara Malaysia juga diberi kuasa di bawah APPW untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap keperluan undang-undang termasuk mengenakan penalti kewangan dan pembatalan lesen perniagaan.

Aktiviti pemindahan wang secara tidak formal atau hawala menyalahi undang-undang kerana ia terdedah kepada risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang tinggi. Dalam usaha menangani isu ini, langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil termasuklah usaha untuk mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan pengiriman wang di mana satu orang pengurup wang yang layak boleh juga di lesen untuk memberi perkhidmatan pengiriman wang atau menjadi ejen kepada penyedia perkhidmatan pengiriman wang.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

22 DN 17.12.2014

Nombor dua, penyedia perkhidmatan pengiriman wang juga dibenarkan untuk membuka premis sementara di kawasan-kawasan tertentu seperti di kilang dan kawasan ladang bagi memberi perkhidmatan terutamanya untuk pekerja-pekerja asing yang berada di kawasan terpencil dan di luar bandar. Sekian, terima kasih.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab. Cuma kalau kita lihat penggunaan hawala ini ataupun selalunya diguna oleh penjenayah untuk memindahkan

wang keluar negara. Kalau kita lihat satu kes baru ini yang mana kumpulan penjenayah dari warga Amerika Latin yang telah menggodam mesin ATM dan dilaporkan telah mengeluarkan wang ke luar negara sedikit demi sedikit. Satu lagi kes seperti PATI, kumpulan beberapa PATI yang mengirim wang pulang ke negara mereka tetapi dilaporkan setelah bertahun-tahun wang itu tidak diterima. Jadi saya rasa mesti ada sedikit loopholes, dengan izin, dalam perkara ini.

Jadi soalan saya kepada kementerian, perlukah Akta Pengurup Wang ini dikaji semula dan dijadikan lebih komprehensif dengan keadaan dunia semasa yang sangat sistematik ataupun dengan internet yang begitu berleluasa. Jadi perlukah akta ini dikaji semula dan yang kedua servis caj yang dikenakan oleh pengurup wang adalah lebih murah daripada servis caj yang dikenakan oleh pihak bank. Jadi bila ada perbezaan ini menyebabkan pengurup ini beroperasi dengan pelbagai transaksi. Ada kalanya mereka pula seperti bank. Jadi di manakan pengawalan yang boleh kita kuatkuasakan daripada aspek ini. Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat.

Sebenarnya daripada segi pengurup wang ini yang boleh menyediakan aktiviti untuk pengiriman wang. Selepas kerajaan telah memperkenalkan akta iaitu Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, kita dapat melihat terutamanya daripada jumlah kiriman wang ke luar negara melalui saluran kiriman wang secara formal, di mana kita mempunyai rekod. Pada tahun 2008, ia hanya sebanyak RM8.6 bilion tetapi pada tahun 2013 ia telah meningkat sehingga RM25.1 bilion dan pada tahun ini sehingga September 2014, ia telah mencapai RM23.1 bilion.

Maka kerajaan sentiasa dan Bank Negara sentiasa mengawal dan membuat audit terutamanya kepada 407 buah lesen yang telah diberi kepada pengurup wang ini untuk membendung isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Tadi mengenai servis caj ini adalah kerana daripada segi bank ia mempunyai banyak kos daripada segi pelaburan untuk memastikan mereka mempunyai infrastruktur dan sebagainya dan untuk pengurup wang, sebenarnya daripada segi infrastruktur kos dia adalah kurang, maka mereka boleh mengadakan caj yang lebih rendah.

Nombor dua, yang penting kita menyediakan lebih banyak platform supaya pekerja-pekerja asing atau orang yang ingin mengirim wang ini menggunakan sistem yang formal supaya kita boleh merekodkan amaun yang dikeluarkan dari negara kita. Bahkan kita mendapat maklum balas bahawa kebanyakan macam pekerja-pekerja asing, dia sebenarnya tidak ingin masuk bank untuk membuat aktiviti-aktiviti tersebut. Maka mengadakan pengurup wang ini dapat membendung isu di mana kita tidak dapat mengawal atau monitor jumlah wang yang dikirimkan. Maka saya yakin dengan akta ini kita tentu akan sentiasa mengkaji dan jikalau terdapat penambahbaikan kita akan bentangkan dalam Dewan. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya berhubung dengan penguatkuasaan. Seperti yang kita tahu kalau kita ke luar negara, ada dibentangkan, di notislah siapa yang carry USD10,000 ke atas mesti beritahu dan isi borang yang terjadi di negara-negara lain. Di negara-negara lain seperti Singapura, US dan Australia kita ditanya sama ada carry kah tidak lebih wang daripada apa yang dihadkan. Akan tetapi di sini adakah kementerian mengetahui bahawa yang pertama sekali, booth itu

tidak ada orang, macam mana kita hendak buat.

Kedua, tidak ada siapa pun yang kawal selia. Kita hendak bawa, saya fikir kalau bawa briefcase RM30 juta, heavylah, tapi tidak ada orang yang tahu. Ada kementerian dan negara tahu bahawa kita tidak ada kawal seliaan di airport kita, di KLIA kerana pegawai itu pun tidak ada di booth yang dikhaskan di situ. Itu soalan saya, terima kasih.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 23

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan. Yang Berhormat sebenarnya tadi diberi contoh bahawa kalau bawa briefcase RM30 juta itu tentu akan

melalui X-ray dan saya yakin pegawai-pegawai tentu akan melihat terutamanya daripada segi pegawai-pegawai yang mengawal, daripada segi semua airport dia ada security clearance, tetapi itu di bawah sebenarnya pihak Imigresen.

Namun untuk yang menanya daripada segi wang sama ada terdapat jumlah yang diambil itu adalah melebihi had, kalau Yang Berhormat Senator mempunyai data seperti yang mengatakan pegawai tidak bertugas, mungkin saya boleh menyemak semula dengan pihak imigresen apakah langkah-langkah yang dijalankan untuk memastikan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat itu dapat diselesaikan. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Saya sudah test ini, minta maaf,

sikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat

bincang dengan dia, kalau boleh secara bertulis ya, bincang dengan kementerian.

11. Datuk Seri Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta Menteri Pendidikan menyatakan,

langkah untuk mengkaji semula sistem pendidikan dan pembelajaran di sekolah vernakular kerana masih terdapat murid lepasan sekolah vernakular tidak berjaya bertukar dan menguasai Bahasa Malaysia seperti kes yang telah dilaporkan di Kem PLKN baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil maklum kes yang telah dilaporkan di Kem Program Latihan Khidmat Negara dan memandang serius akan laporan tersebut. Dapatan kajian terhadap 14,000 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010 yang menunjukkan bahawa seramai 604 atau 4.3 peratus orang peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu sememangnya mendukacitakan. Ini daripada 14,000 orang pelatih, 604 orang, maksudnya 4.3 peratus. Walaupun peratusnya kecil, namun kita kecewa dan dukacita.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketidakupayaan warganegara Malaysia berbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan negara perlu diberikan perhatian berat oleh semua pihak. Dari sisi pendidikan, sistem persekolahan, kurikulum, pedagogi dan pentaksiran merupakan aspek yang akan dinilai semual sebagai langkah memastikan semua lapisan masyarakat berbilang kaum dapat menguasai Bahasa Melayu dengan sempurna.

■1150

Antara aspek yang perlu dimantapkan ialah pentaksiran kecekapan berbahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Wajaran dalam pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat bagi kemahiran mendengar dan bertutur akan diteliti semula. Hal ini kerana pemberatan pada kemahiran membaca dan menulis dalam sistem pentaksiran sedia ada kemungkinan atau memungkinkan murid masih lulus dalam peperiksaan awam walaupun mereka gagal bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan.

Kedua, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan diperkukuh dengan mengambil kira profil bahasa pertama murid-murid bukan Melayu. Pendekatan komunikatif untuk membina keyakinan berinteraksi akan dijadikan strategi utama dan dijalinkan dengan pendekatan lain yang berkesan, kelas dan kem di luar waktu jadual akan dijadikan strategi pemulihan dan penyebatian atau dengan izin, immersion camps. Aspek kompetensi guru Bahasa Melayu, aspek ketiga. Ujian kecekapan berbahasa untuk guru Bahasa Melayu akan dilaksanakan untuk memastikan hanya guru yang mencapai tahap kecekapan berbahasa yang baik untuk mengajar mata pelajaran ini.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

24 DN 17.12.2014

Aspek keempat iaitu kurikulum kelas peralihan. Pada peringkat menengah kurikulum Bahasa Melayu dan amalan Bahasa Melayu bagi kelas peralihan akan disemak semula supaya pembelajaran dalam tahun berkenaan dapat mengukuhkan kecekapan berbahasa murid dan membantu mereka mengikuti mata pelajaran dalam penghantar Bahasa Melayu dengan baik. Di peringkat sekolah rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggubal Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang menekankan kemahiran berkomunikasi melalui kemahiran mendengar dan bertutur serta aspek seni bahasa yang menggalakkan murid berkomunikasi secara langsung di dalam bilik darjah sebagai asas kepada penguasaan kemahiran berkomunikasi.

Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melaksanakan intervensi pada peringkat awal persekolahan rendah melalui Program Literasi dan Numerasi (LINUS) pada Tahap Satu. PROTIM atau dikenali sebagai Program Pemulihan Tahap 2 di luar jadual waktu sekolah di SJK dan Program Bimbingan (PROBIM) di sekolah menengah. Kewujudan kelas peralihan juga sebagai persediaan murid lepasan sekolah vernakular untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik. Selain itu terdapat juga langkah-langkah yang telah diambil di peringkat sekolah menengah seperti berikut. Kurikulum Kelas Peralihan.

Pada peringkat menengah kurikulum Bahasa Melayu dan amalan Bahasa Melayu bagi kelas peralihan akan disemak semula supaya pembelajaran dalam tahun berkenaan dapat mengukuhkan kecekapan berbahasa murid dan membantu mereka mengikuti mata pelajaran dlm penghantar Bahasa Melayu yang baik. Aspek yang kedua di sekolah mengah ialah pentaksiran kecekapan berbahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.

Wajaran dalam pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat bagi kemahiran mendengar dan bertutur akan diteliti semula. Hal ini kerana pemberatan pada kemahiran membaca dan menulis dalam sistem pentaksiran sedia ada memungkinkan seperti mana yang saya cakap sebentar tadi. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga akan dikenal pasti kompetensi guru Bahasa Melayu ujian kecekapan untuk guru Bahasa Melayu akan dilaksanakan untuk memastikan hanya guru yang mencapai tahap kecekapan seperti mana yang saya bentangkan tadi.

Pentaksiran kecekapan bahasa dan pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kewajaran dalam pentaksiran sekolah dan pentaksiran Pusat bagi kemahiran mendengar seperti mana akan dikaji semula. Ini antara perancangan-perancangan yang telah diambil kira oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan pelajar-pelajar masa hadapan kita akan memastikan bahawa bukan sahaja dari segi menulis, mungkin dalam peperiksaan penulisan mereka dapat ‘A’, tetapi bertutur ini lemah. Dalam cadangan-cadangan ini kita pasti kita akan menambah baik sistem penggunaan Bahasa Melayu secara berleluasa. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan satu jawapan yang BERNAS. Adakah sistem yang guna pakai dalam kelas peralihan selama setahun bagi pelajar-pelajar yang memperoleh gred rendah dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan masih relevan dan mampu membolehkan pelajar-pelajar ini menguasai Bahasa Malaysia digunakan di peringkat menengah.

Saya juga ingin mengetahui pecahan kaum murid-murid yang hadir di PLKN ini tidak dapat bertutur dalam Bahasa Malaysia, boleh kah tidak bagi saya pecahan mengikut kaum. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sila Yang Berhormat

Menteri. Jawab secara ringkas ya.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Ya Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Senator sama ada sistem perolehan ini efektif, saya pasti ia efektif. Akan tetapi Yang Berhormat kita harus ambil maklum, anak-anak berada di sekolah dalam jangka masa mungkin tidak lebih dari lapan jam. Lebih dari lapan jam mereka berada di suasana sekitar keluarga. Keluarga juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak kita dapat menguasai Bahasa Kebangsaan.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 25

Kepentingan ini sangat-sangat penting. Malah dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia, memberi penekanan kepada penambahbaikan mutu bahasa. Kita memberi kalau tidak silap saya dalam Bab 7, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting untuk memastikan penggunaan bahasa selaras. Seperti mana yang saya cakap tadi tanggungjawab ibu bapa penting tanggungjawab guru. Kita boleh melaksanakan. Ada kejayaan, anak-anak dari kelas peralihan dapat menguasai bahasa kebangsaan. Soalan kedua seperti mana yang dikatakan sebentar tadi 604 orang pelajar. Pecahan 604 orang pelajar ini tidak ada bersama saya buat masa ini. saya akan bagi maklumat ini kepada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab

masa tidak mengizinkan, maka setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita untuk hari ini. Silakan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO.2) 2014

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

11.58 pg.

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan iaitu satu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dibacakan kali kedua.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 yang dicadangkan tersebut adalah bagi membolehkan pelaksanaan langkah percukaian yang diumumkan dalam Bajet 2015 di samping melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 29 fasal yang dibahagikan kepada empat bab seperti berikut.

Bab I Permulaan. Dalam bab permulaan, terdapat dua fasal seperti berikut. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan (No.2) 2014 dan fasal 2 menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Bab II pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bab II terdiri daripada 21 fasal iaitu fasal 3 hingga 23 fasal adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut.

Fasal 3 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Kesemua pindaan kepada akta mempunyai tarikh kuat kuasa mulai tahun taksiran 2015 dan tahun-tahun taksiran berikutnya kecuali fasal 11, fasal 13, fasal 14, perenggan 15(a) fasal 17, fasal 18, fasal 19 subperenggan 20(a) iv(A) dan perenggan 22(a) yang mula berkuat kuasa apabila akta ini dikuatkuasakan sementara perenggan 15(b) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

Fasal 4 bertujuan memotong proviso kepada subseksyen 5(1) dan memasukkan subseksyen baru 5(1A) bagi memperuntukkan bahawa pendapatan daripada pengeluaran caruman Skim Persaraan Swasta yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 109G tidak diambil kira sebagai pendapatan dalam menentukan pendapatan bercukai.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

26 DN 17.12.2014

■1200

Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 29 seperti berikut- memasukkan perenggan baru 29(3)(aa) yang menetapkan bahawa pendapatan faedah kepada pemberi pinjaman yang sepatutnya dibayar oleh pihak peminjam bagi pinjaman antara individu yang mempunyai hubungan persaudaraan dianggap dapat diterima apabila ia dituntut oleh pemberi pinjaman.

Memasukkan subseksyen baru 29(4) yang memperuntukkan bahawa sebarang pendapatan pengajian, faedah, diskaun, sewa, royalti atau apa-apa pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain yang sepatutnya diterima daripada individu yang mempunyai hubungan persaudaraan atau syarikat berkaitan dalam satu tahun taksiran semasa hendaklah dianggap boleh diterima dalam tahun taksiran berikutnya apabila pendapatan tersebut dituntut.

Memasukkan subseksyen baru 29(5) bagi menjelaskan bahawa takrif “relative” dan “transaction”, dengan izin, adalah sama seperti dalam sub seksyen 140(8).

Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 46 seperti berikut- meminda subseksyen 46(1)(d) untuk menaikkan amaun pelepasan maksimum daripada RM5,000 kepada RM6,000 ke atas pembelian alat sokongan asas bagi kegunaan diri sendiri, isteri, anak, dan ibu bapa kurang upaya dan meminda subseksyen 46(1)(g) untuk menaikkan amaun pelepasan maksimum daripada RM5,000 kepada RM6,000 ke atas perbelanjaan rawatan penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan dan anak.

Fasal 7 bertujuan meminda subseksyen 48(2)(b) untuk menaikkan amaun pelepasan maksimum bagi anak kurang upaya dari RM5,000 kepada RM6,000 bagi setiap seorang anak.

Fasal 8 bertujuan memasukkan subseksyen baru 60(4C) bagi membenarkan perniagaan insurans menuntut potongan ke atas perbelanjaan yang dilakukan dalam mengurus pelaburan atau hak (rights) yang berkaitan dana hayat, dana am dan dana pemegang saham.

Fasal 9 bertujuan meminda seksyen 60AA berhubung layanan cukai pendapatan ke atas perniagaan takaful seperti berikut- meminda sub perenggan 5(b)(iii), 5(b)(viii), 7(b)(iii) dan 7(b)(viii) bagi menjelaskan bahawa potongan cukai yang dibenarkan untuk perbelanjaan komisen, perbelanjaan pengurusan dan pemberian diskaun oleh perniagaan takaful di bawah dana am hanya dibenarkan kepada perniagaan takaful am yang menggunakan prinsip mudarabah sahaja.

Meminda subperenggan (9)(a)(iii) dan (10)(a)(iii) bagi menetapkan bahawa untuk perniagaan takaful yang berasaskan prinsip wakalah, pendapatan fi wakalah yang diterima oleh dana pemegang saham dari dana keluarga adalah tidak dikenakan cukai.

Memasukan subperenggan baru 9(a)(vi) dan 10(a)(iv) bagi menetapkan bahawa lebihan aktuari yang dipindahkan daripada dana keluarga kepada dana pemegang saham adalah dikenakan cukai ke atas dana pemegang saham.

Meminda subperenggan (9)(b)(iii), (9)(b)(iv), (10)(b)(iii) dan (10)(b)(iv) bagi menjelaskan bahawa potongan cukai untuk perbelanjaan komisen, perbelanjaan pengurusan dan pembelian diskaun oleh pemegang takaful di bawah dana pemegang saham melalui peruntukan-peruntukan tersebut hanya dibenarkan kepada perniagaan takaful am yang menggunakan prinsip wakalah.

Memasukkan subseksyen baru 60AA(10A) bagi membenarkan perniagaan takaful menuntut potongan ke atas perbelanjaan yang dilakukan dalam menguruskan pelaburan atau hak yang berkaitan dengan dana keluarga, dana am dan dana pemegang saham.

Fasal 10 bertujuan memasukkan subseksyen baru 60(3A) bagi memperuntukkan bahawa syarikat bertujuan khas, special purpose vehicle (SPV) adalah termasuk SPV yang ditubuhkan oleh suatu Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Dana Amanah Harta Tanah (PTF) yang semata-mata bagi maksud penerbitan sekuriti Islam.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 27

■1200

Fasal 11 bertujuan memasukkan subseksyen baru 75B(3) dan 75B(4) bagi memperuntukkan bahawa setiap ahli kongsi dalam perkongsian yang bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad akan terus bertanggungjawab ke atas cukai pendapatan masing-masing bagi tahun taksiran sebelum pertukaran perkongsian menjadi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Untuk syarikat yang bertukar kepada PLT pula bertanggungjawab ke atas liabiliti cukai bagi tahun-tahun taksiran sebelum pertukaran syarikat menjadi PLT adalah dipindahkan kepada PLT.

Fasal 12 bertujuan meminda subseksyen 77C(1) supaya kriteria individu yang layak memilih untuk tidak mengemukakan borang nyata cukai pendapatan diperluaskan kepada individu yang ada menerima manfaat pengajian dan tempoh pengajian pula kurang dari 12 bulan.

Fasal 13 bertujuan memasukkan subseksyen baru 91(5) bagi memperuntukkan bahawa tempoh had masa untuk membangkitkan taksiran ke atas kes pindaan harga ditetapkan kepada tujuh tahun selepas berakhirnya satu tahun taksiran.

Fasal 14 bertujuan meminda subseksyen 99(4) bagi meluaskan asas, mengemukakan rayuan ke atas taksiran yang diisytiharkan oleh pembayar cukai supaya meliputi pendirian, ketetapan atau amalan pentadbiran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri semasa taksiran dibangkitkan.

Fasal 15 bertujuan meminda seksyen 107C seperti berikut:

(i) meminda subseksyen 107C(4A) bagi mengenakan syarat kelayakan supaya selain daripada mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas pada tahun taksiran syarikat tersebut hendaklah diperbadankan dan bermastautin di Malaysia untuk menikmati kadar cukai konsesi dan kemudahan tidak perlu mengemukakan anggaran cukai dalam tempoh dua tahun taksiran selepas penubuhannya; dan

(ii) meminda subseksyen 107C(12) untuk menetapkan bahawa tarikh akhir pengemukaan bayaran ansuran cukai syarikat ditukar dari hari yang ke-10 dalam satu bulan, ke hari yang ke-15 bagi maksud penyeragaman tarikh akhir pembayaran.

Fasal 16 bertujuan memasukkan seksyen baru 110C berhubung pemindahan had lebihan aktuari daripada dana keluarga kepada dana pemegang saham. Layanan cukai yang ditetapkan adalah nilai cukai ke atas bahagian lebihan yang dipindahkan tersebut dibenarkan tolakan terhadap nilai cukai yang boleh dikenakan ke atas pendapatan dana keluarga.

Fasal 17, fasal 18 dan fasal 19 bertujuan meminda subseksyen 112(1), 115(1) dan 120(1) untuk menaikkan jumlah denda maksimum daripada RM2,000 kepada RM20,000. Ini melibatkan kesalahan gagal mengemukakan borang cukai atau mengisytiharkan cukai, meninggalkan negara tanpa membayar cukai dan lain-lain kesalahan yang berkenaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Fasal 20 bertujuan meminda kadar cukai pendapatan selaras dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 seperti berikut:

(i) meminda perenggan 1, Bahagian I, Jadual 1 untuk menurunkan kadar cukai pendapatan individu bermastautin di antara satu hingga tiga digit mata peratusan mulai pendapatan bercukai RM5,000. Kadar untuk banjaran cukai tertinggi iaitu pendapatan melebihi RM400,000 ditetapkan sebanyak 25 peratus;

■1210

(ii) meminda perenggan 1A, Bahagian I, dalam Jadual 1, untuk menurunkan kadar cukai yang dikenakan ke atas individu bukan bermastautin daripada 26 peratus kepada 25 peratus;

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

28 DN 17.12.2014

(iii) meminda perenggan 2, Bahagian I, dalam Jadual 1, untuk menetapkan cukai pendapatan ke atas sesuatu syarikat, badan amanah, wasi, penerima dan perkongsian liabiliti terhad pada kadar 25 peratus pada tahun taksiran 2015 dan 24 peratus bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya; dan

(iv) meminda perenggan 2A, 2D, Bahagian I, Jadual 1 untuk mengenakan kadar cukai pendapatan ke atas sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau sebuah perkongsian liabiliti terhad yang bermastautin di Malaysia dan mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2,500,000 pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran seperti berikut:

(a) kadar cukai sebanyak 20 peratus dalam tahun taksiran 2015 dan 19 peratus dalam tahun-tahun taksiran berikutnya ke atas RM500,000 yang pertama; dan

(b) kadar cukai sebanyak 25 peratus dalam tahun taksiran 2015 dan 24 peratus dalam tahun-tahun taksiran berikutnya ke atas pendapatan melebihi RM500,000.

Fasal 20 juga turut meminda Bahagian IV, dalam Jadual 1, untuk menurunkan kadar cukai pendapatan koperasi sebanyak satu hingga dua digit mata peratusan bagi pendapatan bercukai melebihi RM150,000. Kadar untuk banjaran cukai tertinggi iaitu pendapatan melebihi RM750 ditetapkan sebanyak 24 peratus.

Fasal 21 bertujuan meminda seksyen Jadual 3 seperti berikut:

(i) meminda subperenggan 8(1) dalam Jadual 3, bagi menjelaskan bahawa hanya seseorang yang mempunyai konsesi atau lesen untuk mengeluarkan balak sahaja yang layak menuntut elaun modal perbelanjaan hutan. Elaun modal tersebut adalah bagi perbelanjaan pembinaan jalan dan bangunan di mana aktiviti pembalakan dijalankan;

(ii) meminda subperenggan 19A(1), dalam Jadual 3, supaya setiap aset bernilai kecil yang layak diberi layanan istimewa dengan membenarkan tuntutan elaun modal sepenuhnya dalam tempoh satu tahun dinaikkan nilainya daripada RM1,000 kepada RM1,300;

(iii) meminda subperenggan 19A(1), dalam Jadual 3, untuk memperuntukkan bahawa jumlah maksimum perbelanjaan aset bernilai kecil yang layak menerima layanan istimewa di atas dinaikkan dari RM10,000 kepada RM13,000; dan

(iv) meminda subperenggan 42(1), dalam Jadual 3, untuk menetapkan bahawa pembayar cukai perlu memaklumkan pemilihan salah satu layanan cukai sama ada elaun bangunan industri, elaun pertanian atau elaun hutan dalam penyata cukai bagi tahun semasa.

Fasal 22 bertujuan meminda Jadual 6 seperti berikut:

(i) meminda perenggan 12B dalam Jadual 6 bagi menjelaskan lagi layanan cukai ke atas pemegang saham yang menerima dividen, bagi tujuan menentukan pendapatan larasan ke atas dividen. Sebarang perbelanjaan dalam memperoleh dividen tersebut tidak layak menuntut potongan;

(ii) meminda perenggan 20A dalam Jadual 6 untuk menjelaskan bahawa sebarang kerugian larasan yang terbit daripada dana anuiti tertangguh tidak akan diambil kira; dan

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 29

(iii) meminda subperenggan 35A dalam Jadual 6 supaya

pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima oleh unit amanah daripada institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau Akta Perbankan Islam 1983 adalah juga diperluaskan kepada institusi kewangan yang dikawal selia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

Fasal 23 bertujuan meminda Jadual 7A seperti berikut:

(i) memasukkan subperenggan baru 2A(2) ke dalam Jadual 7A bagi menjelaskan kaedah penarikan balik pemberian elaun pelaburan semula (EPS). Sekiranya aset dilupuskan dalam tempoh lima tahun daripada perolehan aset tersebut, maka EPS yang telah dituntut perlu ditarik balik; dan

(ii) memasukan perenggan baru 4A ke dalam Jadual 7A untuk menjelaskan bahawa hanya projek yang layak di bawah perenggan 8, Jadual 7A sahaja boleh menuntut elaun pelaburan semula.

Bab III, pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab III yang terdiri daripada tiga fasal iaitu Fasal 24 hingga 26 bertujuan meminda Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967. Pindaan-pindaan berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Fasal 24 bertujuan menyatakan pindaan ke atas fasal 25 yang mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini;

(ii) Fasal 26 pula akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2015;

(iii) Fasal 25 bertujuan memasukkan subseksyen baru 39(5) yang memperuntukkan bahawa tempoh had masa untuk membangkitkan taksiran ke atas kes pindaan harga adalah ditetapkan kepada tujuh tahun selepas berakhirnya satu tahun taksiran; dan

(iv) Fasal 26 bertujuan meminda takrif “due date” dalam subseksyen 49A(16) bagi menetapkan tarikh akhir pengemukaan bayaran ansuran cukai ditukar dari hari ke-10 dalam suatu bulan ke hari yang ke-15.

Bab IV pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Bab IV mempunyai tiga fasal iaitu fasal 27 hingga fasal 29 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Pindaan-pindaan berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Fasal 27 menyatakan pindaan ke atas Akta ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015;

(ii) Fasal 28 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 21B(1) agar jumlah yang dipegang disimpan retention sum, dengan izin,

berhubung dengan pelupusan suatu aset yang boleh dikenakan cukai dinaikkan daripada 2 peratus hingga 3 peratus;

(iii) Fasal 29 bertujuan meminda Jadual 2 kepada akta seperti berikut:

(a) meminda sub-sub perenggan 4(3)(d) dalam Jadual 2 bagi menjelaskan bahawa pelupusan sesuatu harta tanah milik seseorang yang telah meninggal dunia dan harta diperoleh sebelum 1 Januari 1970. Maka, nilai harga perolehan untuk tujuan pengiraan cukai keuntungan hartanah adalah berdasarkan nilai pasaran hartanah itu pada 1 Januari 1970;

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

30 DN 17.12.2014

(b) memasukkan sub-sub perenggan baru 12(2)(a) dalam Jadual 2 bagi memperjelaskan lagi penentuan harga pemerolehan sesuatu harta tanah yang diberikan sebagai hadiah antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak atau datuk, nenek dan cucu, iaitu atas dasar kasih sayang. Pemberian harta tanah tersebut adalah dianggap tidak menerima untung atau rugi;

(c) mencadangkan sub-sub perenggan baru 12(2)(b) dalam Jadual 2 bagi memperuntukkan penentuan harga pemerolehan untuk harta tanah yang dihadiahkan antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak atau datuk, nenek dan cucu di kalangan pemberi yang bukan warganegara atau pemastautin tetap. Penerima harta tanah hendaklah dianggap memperoleh harta tanah itu pada harga perolehan yang dibayar oleh pihak pemberi selepas mengambil kira perbelanjaan yang dibenarkan; dan

(d) mencadangkan sub-sub perenggan baru 12(2)(c) dalam Jadual 2 bagi memperuntukkan layanan penentuan harga pemerolehan untuk harta tanah yang dihadiahkan antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak atau datuk, nenek dan cucu bagi pemberi warganegara atau pemastautin tetap. Bagi harta tanah yang dihadiahkan dalam tempoh lima tahun selepas tarikh perolehan, pihak penerima hendaklah dianggap memperoleh harta tanah itu pada harga perolehan yang dibayar oleh pihak pemberi selepas mengambil kira perbelanjaan yang dibenarkan.

Sementara bagi aset yang dihadiahkan selepas melebihi tempoh lima tahun daripada tarikh pemerolehannya, pihak penerima hendaklah dianggap memperoleh harta tanah pada harga pasaran semasa iaitu pada tarikh pemberian dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa

yang menyokong?

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis

ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967, dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

■1220

Ada sesiapa yang hendak membahaskan rang undang-undang ini kerana setakat ini saya cuma menerima tiga nama dari Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ada lagi di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membahaskan rang undang-undang ini sila hantarkan nama kepada saya sekarang. Dipersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit. Silakan Yang Berhormat.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 31

12.20 tgh.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mempunyai tiga perkara yang saya ingin sampaikan dalam perbahasan saya mengenai pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967. Pertama ialah saya memohon agar kerajaan menilai pindaan semula sub fasal 6(b) di mana menaikkan potongan individu bagi perbelanjaan perubatan dinaikkan kepada RM6,000. Terutama kepada wanita yang memohon agar pelepasan diberikan kepada back-to-back kepada bil perbelanjaan kos bersalin secara caesarean atau perubatan pediatrik anak yang dilahirkan dikecualikan sepenuhnya. Ini permintaan wanita yang bekerja dan terdiri daripada kelas menengah yang tidak mendapat BR1M juga termasuk dalam kumpulan ini, kita juga memohon untuk kakitangan yang mengidap penyakit kronik seperti kanser yang memerlukan rawatan yang panjang juga diberi pelepasan.

Kedua ialah pelepasan tanggungan bagi anak yang dinaikkan di mana bagi bayi sampai 7 tahun umur dinaikkan dari RM1,000 kepada nilai yang lebih munasabah kerana kos susu yang tinggi dan kos penjagaan anak-anak di taska atau tabika. Kos jagaan anak sekarang telah meningkat kepada RM400 sebulan. Kos susu untuk 5kg sebulan dalam RM150 sebulan. Purata perbelanjaan setahun bagi penjagaan anak dan susu dalam RM6,600. Jadi, saya mohon kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai bagi mereka yang mempunyai anak yang berumur di bawah 7 tahun.

Perkara tiga, yang terakhir ialah bagi menggalakkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan. Saya mencadangkan di perkara 8, agar pelepasan cukai maksimum RM1,000 dinaikkan kepada RM2,000 agar dapat memberi jumlah yang maksimum kepada pembayar cukai. Ini kerana hasil kerajaan dalam kutipan cukai pendapatan 2013 mencecah RM26,429,000 dan ini adalah lebih daripada apa yang telah dianggarkan. Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Silakan.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Saya mohon untuk yang kedua Rang

Undang-undang Kawalan Bekalan.

Timbalan Yang di-Pertua: Okeylah. Seterusnya Yang Berhormat To’ Puan Hajah

Zaiton.

12.23 tgh

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua

kerana memberikan sekali lagi peluang dan kesempatan untuk saya turut serta dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang mengemukakan satu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Keuntungan Harta Tanah 1976 bagi melaksanakan cukai yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dalam Bajet 2015.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan Bab 2 rang undang-undang kewangan ini yang menyentuh fasal 3 hingga 23 berhubung dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin kepada pesara swasta di mana kerajaan telah memotong proviso kepada subseksyen 5(i) dan memasukkan subseksyen baru 5(1A), Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengecualikan pendapatan daripada pengeluaran caruman Skim Persaraan Swasta sebagai pendapatan dalam menentukan pendapatan bercukai.

Pada masa lalu, ia dianggap pendapatan dan termasuk dalam pendapatan bercukai bagi pendapatan daripada pengeluaran caruman Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS). Langkah kerajaan ini dijangka akan meningkatkan lagi

pekerja swasta dalam Skim Persaraan Swasta. Berhubung dengan itu saya ingin mendapat penjelasan kerajaan bilangan kakitangan swasta yang akan mendapat manfaat ini bagi tahun 2015 berjumlah pengeluaran caruman Skim Persaraan ini bagi tahun 2015.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

32 DN 17.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, PRS ini merupakan langkah kerajaan bagi mengadakan skim pelaburan jangka masa panjang untuk menambah simpanan dana persaraan kepada golongan yang bekerja swasta atau bekerja sendiri secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan berkawal selia.

Langkah kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan PRS ini akan dapat memacu pertumbuhan industri pencen swasta. Bagi menyelaraskan sistem pencen sedia ada dengan perubahan ekonomi dan sosiodemografi dan langkah kerajaan adalah berpandangan jauh kerana apabila negara mencapai wawasan sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi maka mesti mempunyai kerangka sosial yang kukuh dan mampan bagi memastikan simpanan persaraan negara itu mencukupi.

PRS ini membentuk aspek penting dalam industri pencen swasta dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di masa persaraan melalui simpanan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan berapakah bilangan kakitangan swasta yang sedang mencarum dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) ini dan apakah syarikat-syarikat yang menjadi penyelia bagi Skim Persaraan Swasta (PRS) masih ini? Apa langkah kerajaan bagi terus menggalakkan orang ramai menyertai PRS ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib yang terus prihatin kepada pembentangan Bajet 2015 yang lalu. Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 khususnya pindaan subseksyen 46(1)(d) yang menaikkan pelepasan maksimum dari RM5,000 kepada RM6,000 ke atas pembelian alat sokongan bagi kegunaan diri sendiri, isteri, anak dan ibu bapa kurang upaya.

Begitu juga pelepasan maksimum kepada RM5,000 kepada RM6,000 ke atas perbelanjaan rawatan penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan dan anak. Selain itu pindaan subseksyen 48(2)(b) untuk menaikkan amaun pelepasan maksimum bagi anak kurang upaya dari RM5,000 kepada RM6,000. Sesungguhnya langkah kerajaan ini membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan alat sokongan dan rawatan serta anak-anak kurang upaya.

Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan menimbangkan agar perbelanjaan rawatan penyakit serius dipanjangkan kepada ibu bapa selain diri sendiri, pasangan dan anak. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan takrifan penyakit serius. Adakah termasuk penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kerosakan buah pinggang?

Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya ingin menyentuh fasal 20 yang bertujuan meminda kadar cukai pendapatan selaras dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan GST pada 1 April 2015.

■1230

Saya ingin menyentuh langkah kerajaan yang meminda perenggan 1, Bahagian I, bagi Jadual 1 untuk menurunkan kadar cukai pendapatan individu yang bermastautin iaitu di antara satu hingga tiga digit mata peratusan mulai pendapatan bercukai RM5,000.

Berdasarkan jadual yang diberikan, hanya yang berpendapatan bercukai chargeable income, RM15,000 akan mula dikenakan cukai pada kadar 1 peratus.

Saya mengalu-alukanlah langkah kerajaan ini Tuan Yang di-Pertua bagi membantu golongan yang berpendapatan sederhana yang mungkin terjejas dengan pelaksanaan GST kelak.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan pindaan Bahagian IV, dalam Jadual 1 untuk menurunkan kadar cukai pendapatan koperasi sebanyak satu hingga dua digit mata peratusan bagi pendapatan bercukai melebihi RM150,000.

Langkah kerajaan ini sudah barang pasti adalah penting bagi melindungi koperasi dan ahli-ahli koperasi yang secara langsung atau tidak langsung terjejas dengan pelaksanaan GST. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan setakat manakah cukai pendapatan koperasi ini dikenakan memandangkan banyak koperasi yang kurang berdaya maju atau berdaya saing serta memberikan dividen kepada ahli-ahlinya.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 33

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya berharap Rang Undang-undang Kewangan

No.2 ini yang antaranya meminda Akta Cukai Pendapatan ini akan membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memperkasakan lagi pengurusan fiskal kerajaan. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Memandangkan tak

ada lagi yang hendak membahaskan rang undang-undang ini maka saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.

12.32 tgh.

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Terima kasih atas Yang

Berhormat-Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan dan juga membahaskan mengenai rang undang-undang ini.

Daripada segi Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit telah membangkitkan beberapa cadangan terutamanya untuk meningkatkan daripada segi pelepasan anak, penyakit serius dan juga meluaskan skop penyakit serius.

Kementerian Kewangan sentiasa akan mengambil maklum mengenai cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator untuk pertimbangan pada masa hadapan. Akan tetapi, kalau kita melihat daripada segi maklumat yang saya terima, sebenarnya pada tahun 2013 daripada jumlah pendapatan individu yang aktif dengan LHDN sebanyak 5.8 juta. Akan tetapi, yang dikenakan yang perlu membayar cukai pendapatan hanya sebanyak 2 juta dan dijangka dengan adanya pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana terdapat pengurangan terutamanya cukai di antara 1 peratus hingga 3 peratus, maka dianggarkan daripada 2 juta itu ada 300,000 lebih banyak individu yang mungkin tidak perlu bayar cukai lagi.

Maka, daripada segi individu yang dikenakan cukai ini bukan kian meningkat tetapi dia adalah pada amaun yang masih rendah iaitu sebanyak 1.7 juta hingga 2 juta. Daripada segi cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin mengenai terutamanya caruman skim persaraan swasta, sekarang kerajaan sedang menggalakkanlah terutamanya private retirement scheme yang ditanya-tanyakan itu di mana kerajaan telah memberi pengecualian cukai atau tax deduction sebanyak RM3,000

untuk mereka yang mencarum terutamanya dalam Skim PRS di mana maklumat adalah terdapat di www.ppa.my di mana terdapat lapan buah syarikat yang mengendalikan PRS ini.

Untuk menggalakkan lagi terutamanya pemuda untuk menceburi atau memasuki PRS ini, mereka yang mengcontribute sebanyak RM1,000 atau mencarumkan RM1,000 akan diberi top up sebanyak RM500 sekali sahaja dalam tempoh lima tahun di mana PRS ini dijalankan untuk menggalakkan lebih banyak orang mencarum untuk memastikan daripada segi pada masa persaraan, terdapat dana-dana yang mencukupi.

Ini kerana pada masa sekarang mengikut maklumat yang kita ada daripada segi EPF ini, kebanyakan boleh dikatakan 69 peratus daripada mereka yang mempunyai hanya saving RM50,000 ke bawah. Maka adalah penting kita mewujudkan skim persaraan swasta ini dengan lebih menggalakkan orang ramai mencarum dan salah satu cara adalah untuk memberi pengecualian cukai pendapatan.

Daripada segi data, saya sebenarnya tidak mempunyai maklumat tersebut. Saya boleh memanggil pegawai untuk secara bertulis kepada Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin supaya mendapat maklumat. Akan tetapi, kita memang melihat daripada segi semenjak kerajaan melancarkan program ini, ia mendapat sambutan yang baik terutamanya daripada pekerja-pekerja swasta memandangkan ia mempunyai manfaat pengecualian cukai. Daripada segi GST pindaan ini, memang kerajaan mengadakan pindaan ini untuk mengurangkan beban kepada individu terutamanya pembayar cukai pendapatan.

Dengan adanya pelaksanaan GST, maka daripada segi cukai pendapatan mereka juga dikurangkan dari 1 peratus hingga 3 peratus.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

34 DN 17.12.2014

Untuk koperasi pula, saya tidak mempunyai maklumatlah, berapa buah koperasi yang sekarang membayar cukai, dan berapa yang tidak membayar cukai? Maka itu sesuatu yang saya akan ambil daripada LHDN untuk diberi kepada Yang Berhormat Senator. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

■1240

RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN BEKALAN (PINDAAN) 2014

Bacaan Kali Yang kedua dan Ketiga

12.41 tgh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Tuan Pengerusi, saya mohon

mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara berkaitan atau bersampingan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Kawalan Bekalan 1961 digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi.

Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti-aktiviti haram seperti perbuatan menyorok atau enggan menjual barangan kawalan. Selaras dengan pelaksanaan pengurusan, subsidi bahan petroleum kenderaan, pindaan perlu dibuat kepada akta ini bagi memasukkan peruntukan yang membolehkan Yang Berhormat Menteri membuat peraturan yang berkaitan dengan pengurusan subsidi dan pengenaan fi berhubung dengannya. Skop cadangan pindaan kepada akta ini memberi perhatian untuk menjelaskan bagi kuasa Yang Berhormat Menteri dalam membuat peraturan-peraturan dan memasukkan seksyen baru untuk memberi kuasa kepada pengawal bagi beberapa perkara yang berkaitan dengan akta ini.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 35

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan ini

mengambil kira peningkatan kes melibatkan barang kawalan dan subsidi, keperluan hukuman yang deterrent kepada pesalah dan keperluan menyusun semula subsidi negara.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 21 November 2014, antara lain juga telah bersetuju agar Akta Kawalan Bekalan 1961 dipinda berdasarkan keperluan kepada persediaan rasionalisasi subsidi, membanteras penyelewengan barang kawalan dan juga meningkatkan kadar penalti denda. Antara ciri-ciri utama kepada cadangan pindaan ini adalah seperti berikut:

(i) untuk memberi punca kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berhubung rasionalisasi subsidi;

(ii) memberi kuasa tambahan kepada Pengawal untuk melupuskan apa-apa kenderaan, vessel atau barang lain yang dirampas bagi kesalahan di bawah seksyen 20, Akta 122 sekiranya apa-apa kenderaan, vessel atau barang lain tersebut tidak dituntut dalam

tempoh 30 hari;

(iii) memperjelaskan kuasa mahkamah untuk melucutkan hak apa-apa kenderaan, vessel atau barang lain yang digunakan untuk tujuan melakukan kesalahan; dan

(iv) meningkatkan penalti denda.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan adalah seperti berikut.

Pertama, subseksyen 6(2)(k) untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi mengehadkan kuantiti apa-apa barang kawalan yang boleh diperoleh atau dipegang oleh mana-mana orang atau golongan orang, termasuk memperuntukkan pendaftaran orang atau golongan orang itu, pengeluaran kad pengguna oleh Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengawal dan pengenaan syarat fi atau caj berkenaan dengan pengeluaran kad pengguna itu.

Kedua, subseksyen 20(4) dipinda untuk menjelaskan bahawa apa-apa barang kawalan yang dijumpai dalam perjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah subseksyen 20(2) boleh dipindahkan oleh Pengawal, pegawai bekalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor.

Ketiga, memasukkan subseksyen baru 20(5) yang bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pengawal untuk melupuskan apa-apa kenderaan, vessel atau barang lain yang dirampas bagi kesalahan di bawah seksyen 20, Akta 122 sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 30 hari. Subseksyen 22(1) dan 22(2) yang bertujuan untuk menaikkan penalti denda bagi suatu kesalahan yang dilakukan oleh individu dan badan korporat.

Keempat, menggubal semula subseksyen 26 untuk menjelaskan bahawa jika seseorang disabitkan dengan suatu kesalahan, mahkamah boleh membuat perintah perampasan secara keseluruhan atau sebahagian apa-apa kenderaan, vessel, harta

tertuduh atau barang lain yang dengannya suatu kesalahan telah dilakukan dan membuat perintah menyerahkan harta tertuduh yang dirampas kepada Pengawal atau mana-mana orang yang dinamakan oleh Pengawal atau Pengawal. Pengawal hendaklah memberi arahan berkenaan dengan pelupusan harta tertuduh itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis

ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Dengan itu saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

36 DN 17.12.2014

12.46 tgh.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

sejahtera. Terlebih dahulu sebelum saya boleh membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 ini, ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Mutaffifiin. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Celakalah bagi orang-orang yang curang dalam menakar dan menimbang iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka meminta dicukupkan tetapi apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi.”

Jadi, iktibar daripada ayat ini ialah begitu sekali Islam menjaga pengguna-pengguna. Islam mencela peniaga-peniaga yang menipu dalam perniagaan dan disebut di sini mengurangkan dalam timbangan dan lebih-lebih lagi apa-apa jua aktiviti yang boleh menganiaya para pengguna. Saya terus kepada perbahasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Pertama, berkait dengan seksyen 62(k) di

fasal 2. Di sini pindaan yang paling utama ialah melibatkan tentang pengeluaran Kad Pengguna oleh Pengawal. Sekiranya kita sorot ke belakang, sebelum ini ada ura-ura untuk diperkenalkan Kad Pengguna, terutamanya bagi mengawal pembelian petroleum bersubsidi.

Apabila kita lihat kepada situasi hari ini, subsidi petroleum, harganya telah pun diapung. Di mana lagi keperluan kepada seksyen ini sedangkan harga petroleum hari ini telah diapung ataupun adakah kemungkinan peruntukan ini disediakan sebegitu rupa bagi memenuhi keperluan kemungkinan harga subsidi selepas ini tidak lagi diapung tetapi kembali kepada keadaan seperti sedia kala. Itu yang pertama.

Kedua, berkait dengan pindaan di seksyen 20 iaitu di fasal 3 di mana ia telah menyebut tentang rampasan barang-barang sama ada barang-barang yang terlibat dengan kesalahan ataupun yang secara langsung terlibat dengan kesalahan ataupun tidak secara langsung. Maka, di sini saya ingin bertanyakan, sekiranya terdapat barang-barang yang mudah rosak yang dirampas. Ini kerana dalam peruntukan ini menyebut tentang 30 hari barulah sama ada barang itu boleh dilupus ataupun tindakan lain sebagainya. Bagaimanakah jika keadaannya jika barang-barang yang dirampas itu melibatkan barang-barang yang mudah rosak? Apa tindakan yang sewajarnya dilakukan berdasarkan peruntukan ini, peruntukan dalam undang-undang ini bagi barang-barang yang mudah rosak?

■1250

Di sini saya ingin mengutarakan mungkin berkait dengan kaedah pelupusan barang-barang. Berkait dengan kaedah pelupusan barang-barang, saya ingin menyentuh di sini tentang satunya seperti barang-barang mercun. Sekiranya dilihat pada musim-musim perayaan, memang kita sangat jelas dan mengetahui mercun ataupun bunga api ini ada yang diharamkan untuk dijual dan sama sekali tidak boleh dijual. Akan tetapi malangnya, apabila hari raya menjelang, main bunga api ini begitu berleluasa. Apabila saya tanya, “Di manakah dapat kan bekalan bunga api ini?”, apa yang amat memeranjatkan diberitahu, anggota penguat kuasa yang memberi secara percuma dan kadang-kadang menjual dengan harga yang begitu murah. Maknanya, sesetengah barangan yang dirampas, yang sepatutnya dilupuskan secara musnah, ada ketikanya tidak dimusnahkan, tetapi diagih-agihkan.

Jadi saya mohon mungkin itu adalah bagi undang-undang yang lain, akan tetapi kaedah-kaedah pelupusan ini perlulah diperketat dan didisiplinkan agar dipatuhi sewajarnya. Sekiranya ia mesti dimusnahkan, maka ia wajib dimusnahkan dengan bukti-bukti jelas ia dimusnahkan. Tidak boleh sama sekali diambil tindakan sewenang-wenangnya untuk mengagih-agihkan dan menjual kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya.

Seterusnya, saya juga merujuk kepada seksyen yang sama, yang menyebut tentang pemindahan. Persoalannya di sini, apabila barang-barang yang dirampas itu melibatkan barang-barang yang tidak ekonomik untuk dipindahkan. Sebagai contoh bekalan yang terlalu banyak, mungkin boleh melibatkan sebuah stor yang besar.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 37

Adakah berdasarkan peruntukan undang-undang ini, barang-barang yang tidak

ekonomik untuk dipindahkan ini masih perlu dipindahkan? Atau cukup sekadar ia disita ataupun dikunci di tempat berkenaan sahaja, tidak perlu dipindahkan. Adakah keadaan-keadaan ini telah pun dipertimbangkan dalam peruntukan ini yang menyebut perkataan memindahkan.

Seterusnya berkait dengan harga barang terkawal. Saya ingin merujuk kepada Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pemantauan Harga Maksimum) (No.5) 2014. Di mana dalam perintah tersebut menyatakan antara barang yang dikawal harga daripada tarikh 18 Oktober sehingga 27 Oktober 2014, telur. Ini saya ambil satu contoh. Jika kita lihat kepada rang undang-undang ini, telur adalah tidak termasuk 11 barangan yang terkawal, tetapi bagi tempoh-tempoh tertentu, seumpamanya pada 18 Oktober sehingga 27 Oktober 2014 yang lepas, telur telah dikategorikan sebagai barangan terkawal dengan harganya yang telah ditetapkan, iaitu saya ambil contoh di sini, harga peruncit di Kelantan bagi telur gred ‘A’ 36 sen sebiji, bermakna RM10.40 bagi 30 biji iaitu sehingga 27 Oktober 2014, ini adalah harga bagi peruncit.

Agak memeranjatkan sebagaimana yang telah saya sebut baru-baru ini. Sekiranya kita membeli telur-telur di kedai runcit di kampung-kampung, sebaik selepas 27 Oktober, sekitar November dan sehingga sekarang, harga telur telah naik mendadak. Sekarang di kedai-kedai runcit telah pun meletakkan harga sehingga RM13 bagi 30 biji telur gred ‘A’. Sebelum ini pada 27 Oktober 2014, harga yang ditetapkan sebagai barang terkawal di bawah Perintah RM10.40.

Jadi, apakah selepas daripada tarikh harga terkawal itu, peruncit, pemborong dan juga pengeluar mengambil peluang untuk menaikkan harga dengan begitu mendadak? Ini saya ambil satu contoh. Kalau kira harga barang-barang kawalan yang mengikut tempoh ada banyak lagi. Akan tetapi saya ambil contoh satu sahaja, iaitu telur.

Seterusnya yang keempat. Sebelum ini sekiranya berlaku pengisytiharan kenaikan harga minyak, peniaga-peniaga mengambil kesempatan, mungkin kesempatan ataupun betul-betul ikhlas berniaga. Jika kita perhatikan, sekiranya kerajaan mengisytiharkan kenaikan harga minyak di stesen-stesen petrol terutamanya, apabila berlaku kenaikan minyak keesokan harinya, awal petang lagi mereka telah menaikkan papan tanda, notis mengatakan minyak habis. Apakah ini benar-benar berlaku ataupun ini suatu muslihat untuk mendapat keuntungan yang lebih? Jadi saya minta pihak kementerian memantau dan menjawab persoalan ini. Apakah pihak kementerian mengambil sikap memantau dan menguatkuasakan dan memerhati tindakan-tindakan yang biasa dibuat oleh peniaga-peniaga stesen-stesen petrol?

Seterusnya berkait dengan barang-barang yang terkawal juga, di mana terdapat 11 jenis barang yang dikategorikan sebagai bekalan-bekalan yang terkawal, termasuklah gula, tepung, minyak dan sebagainya. Cuma saya ingin memohon penjelasan di sini, berkait dengan gula. Bagi peringkat pengeluar, berapakah lesen pengeluar gula yang dikeluarkan di seluruh Malaysia dan bolehkah dinamakan ataupun disenaraikan lesen-lesen pengeluar ataupun pengilang-pengilang gula ini bagi seluruh Malaysia? Adakah tepat jika terdapat dakwaan kononnya harga gula di Malaysia adalah tinggi berbanding dengan harga gula di negara-negara lain sedangkan kita juga merupakan pengeluar tebu antara yang terbesar selain dari Thailand? Jadi setakat itu sahaja, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Puan

Hajah Mariany binti Mohammad Yit.

12.58 tgh.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hujahan saya

ringkas sahaja iaitu mengenai pindaan di seksyen 20. Saya mohon mencadangkan supaya seksyen 3(a) supaya tidak mengehadkan kepada polis inspektor semasa di dalam semasa menjalankan carian itu, carry out the search, supaya ditambahkan dalam seksyen 20.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

38 DN 17.12.2014

Saya ingin mencadangkan selepas perkataan “police officer”, ia dipanjangkan kepada “personnel Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia”, bagi kuat kuasa seludup barang kawalan menggunakan vessel.

Saya juga ingin mencadangkan untuk memasukkan juga JPJ dan juga SPAD bagi kuat kuasa pengangkutan darat supaya dapat membantu penguatkuasaan seludupan barang kawalan bagi kenderaan berat. Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya kita tidak

ramai yang hendak membahaskan rang undang-undang ini, yang ada menghantar nama kepada saya cuma ada empat orang. Kalau ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk membahaskan rang undang-undang ini, sila hantarkan nama Yang Berhormat kepada saya supaya senang kita mengatur masa kita pada hari ini. Kita cuma ada lima rang undang-undang termasuk yang ini untuk dibahaskan. Esok hari terakhir untuk kita bersidang, jadi saya rasa lebih baiklah kalau Yang Berhormat turut serta membahaskan semua rang undang-undang yang belum dibentangkan.

Dengan itu Yang Berhormat, waktu kita sekarang tepat pukul 1 tengah hari, maka saya kena tangguhkan dewan ini sehingga jam 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

2.32 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera. Kita sambung semula persidangan kita. Saya dapati sekarang ini Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit. Sambung atau dah habis sudah? Kalau sudah habis, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin.

2.33 ptg.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sekali lagi memberi peluang dan kesempatan kepada saya mengambil bahagian sama dalam membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014.

Sebelum saya memulakan perbahasan tentang Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah mencapai prestasi cemerlang bagi tahun 2014 ini dalam bidang penguatkuasaan francais dan penjaja sebagaimana yang dipaparkan dalam Berita Harian. Tahniah Yang Berhormat Menteri. Saya percaya KPDNKK akan terus cemerlang seterusnya selepas ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah mengemukakan pindaan Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] yang saya percaya tepat pada masa, keadaan dan situasinya khususnya dalam konteks mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan, bukan sahaja bagi memastikan bekalan yang mencukupi tetapi juga harga yang berpatutan. Walaupun pindaan akta ini meliputi lima fasal sahaja tetapi tidak dinafikan ia amat penting kepada kerajaan, pengilang atau peniaga dan pengguna serta rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian berhubung langkah kerajaan mengemukakan pindaan ini bagi persediaan pelaksanaan rasionalisasi subsidi, membanteras penyelewengan barang kawalan dan cadangan menaikkan kadar penalti denda.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 39

Berhubung dengan rasionalisasi subsidi seperti gula, tepung dan sebagainya ini,

saya ingin mencadangkan agar kerajaan khususnya KPDNKK mewujudkan makmal harga bagi mengkaji secara mendalam berhubung harga bekalan yang ditetapkan kerajaan. Makmal harga perlu diwujudkan sesuai dengan perkembangan masa kini termasuk usaha kerajaan untuk membendung kenaikan harga barang. Kerajaan juga menghadapi tekanan daripada pengguna kerana kenaikan harga barang kawalan yang berterusan. Maka, makmal harga ini perlu diwujudkan bagi mengkaji secara objektif tentang penetapan harga barang. Makmal ini juga perlu dianggotai oleh pakar profesional dan ahli akademik serta ahli industri untuk mengenal pasti kos pengeluaran sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa harga sesuatu barang perlu ditetapkan daripada peringkat pembekalan bahan mentah lagi. Kos pengeluaran atau pengilangan dan supply chain atau pengedaran sehingga kepada pemborong dan peruncit. Amalan masa kini untuk mengawal di peringkat peruncit agak terlewat kerana harga telah ditetapkan berdasarkan harga yang ditetapkan pengedar. Tidak banyak yang dapat dilakukan di peringkat akhir begini iaitu pada peruncit ini sahaja kerana alasan yang sering diberi oleh peruncit telah mendapatkan bekalan dengan harga yang telah tinggi. Tidak mungkin peruncit-peruncit akan menjual barang harga yang lebih rendah daripada harga yang dibekalkan oleh pengedar.

Maka, makmal harga perlu diwujudkan bagi mengetahui komponen kos sebenar yang terlibat di semua peringkat daripada peringkat pembekalan bahan mentah, pengilang atau pengeluar, pemborong dan pengedar serta peruncit. Kita tidak menghalang pengeluar dan pengilang mendapat keuntungan tetapi kerajaan wajib memantau pengilang dan pengeluar yang sering kali mengaut keuntungan berlebihan. Saya percaya makmal harga akan mampu membuat kajian yang menyeluruh tentang penetapan harga barang kawalan. Dalam hubungan ini, saya berharap kerajaan turut menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2010 dengan lebih berkesan lagi termasuk di peringkat pengeluar dan pengilang.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini juga disebabkan langkah kerajaan melaksanakan pengurusan subsidi bahan petroleum kenderaan. Skop kepada cadangan pindaan ini juga memberi kuasa Yang Berhormat Menteri dalam membuat peraturan-peraturan bagi pengawalan harga minyak petroleum kenderaan ini. Pada masa kini, kerajaan mengambil pendekatan atau mekanisme purata harga satu bulan bagi penetapan harga APM atau stesen minyak. Saya mendapat pandangan daripada pakar-pakar yang terlibat dengan industri atau perdagangan minyak yang menyatakan syarikat-syarikat minyak seperti Shell mengikat kontrak harga minyak dari Singapura dengan harga Mean of Platts- Singapore (MOPS) dalam masa tiga hari atau kadangkala three-plus-one ataupun lima hari.

Sebaliknya, penetapan purata minyak selama sebulan ini akan mewujudkan time gaps atau jurang masa yang boleh mewujudkan ketirisan dan seterusnya merugikan

pengguna. Ini telah diambil kesempatan untuk menuduh kerajaan tidak cekap dalam menetapkan harga minyak petroleum kenderaan ini.

Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, agar kerajaan menggunakan pendekatan yang mirip kepada amalan syarikat-syarikat minyak yang mengikat kontrak secara singkat selama tiga hari sahaja.

■1440

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, adakah kerajaan bercadang mengkaji semula mekanisme yang digunakan sekarang seperti memendekkan purata harga minyak dari satu bulan kepada satu tempoh yang lebih pendek supaya lebih efisien dalam penetapan harga petroleum kenderaan bagi kepentingan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan pindaan ini yang bertujuan mengawal harga barangan terkawal selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, bagi menggantikan SST. Kerajaan menjangkakan akan berlaku kenaikan harga selepas pelaksanaan GST. Pada masa ini, kadar cukai melalui SST sebanyak 10 peratus sedangkan kadar cukai GST 6 peratus. Saya berpendapat kenaikan harga selepas pelaksanaan GST dapat dibendung jika kerajaan mengambil langkah-langkah yang lebih strategik.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

40 DN 17.12.2014

Pertamanya, jika kerajaan dapat bekerjasama dengan pengeluar dan pengilang dengan memastikan pengilang tidak mengenakan kadar cukai seperti SST iaitu 10 peratus tetapi pengilang dan pengeluar mengenakan hanya 6 peratus. Kerajaan haruslah bekerjasama dengan GLC dan syarikat-syarikat gergasi seperti Mydin, Carrefour, Giant serta pengilang dan pengeluar yang besar kerana syarikat-syarikat besar ini pelaras harga dalam pasaran atau pemimpin kepada paras harga barangan dan penyumbang kepada penetapan indeks harga pengguna.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, sejauh manakah kerajaan akan mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar dan pengilang untuk mengawal kenaikan harga barang? Ada kajian yang menunjukkan jika kerajaan mampu bekerjasama dengan 60 peratus syarikat pengeluar dan pengilang yang besar-besar ini, maka harga barangan akan dapat dikawal. Ini kerana syarikat-syarikat besar ini sebenarnya yang menjadi penyelaras harga dalam pasaran, manakala peruncit pula hanya akan mengikut trend aliran harga di pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, selain langkah bekerjasama dengan pengilang dan pengeluar ini, saya ingin menggesa kerajaan dalam memperkasakan Akta Kawalan Bekalan ini kerana turut memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 bagi mengekang tindakan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (GST) dilaksanakan tahun depan, terutamanya jika akta sedia ada gagal digunakan sebaik-baiknya.

Saya juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya turut sama memantau dan bertindak terhadap pengilang dan pemborong yang melakukan perkara sama. Saya berharap agar kerajaan mengambil langkah-langkah dan penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 itu bersungguh-sungguh supaya jangan ada peniaga ambil kesempatan menaikkan harga. Apabila GST dilaksanakan, kerajaan perlu memastikan setiap kedai mempamerkan senarai barang yang sebelum ini ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan kepada barang-barang yang dikenakan GST. Biar kita nampak perbezaan di situ Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dengan pindaan seksyen 22(1), Akta Ibu berhubung dengan denda kepada individu atau orang perseorangan termasuk pengarah dan pegawai syarikat korporat yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] ini yang dinaikkan dari RM100,000 kepada RM1 juta. Juga bagi kesalahan berikutnya dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM3 juta.

Begitu juga dalam seksyen 22(2) denda yang dikenakan kepada syarikat korporat yang melanggar Akta 122 ini dinaikkan kepada RM250,000 kepada RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya daripada denda RM505,000 kepada RM5 juta. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan denda kepada individu dan orang perseorangan termasuk pengarah dan pegawai syarikat serta denda kepada syarikat.

Saya percaya langkah kerajaan ini akan dapat membendung kegiatan haram seperti menyorok atau enggan menjual barangan kawalan. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, sama ada kerajaan bercadang mengenakan hukuman yang lebih berat iaitu denda dan penjara berbanding dengan hukuman sekarang yang ada denda atau penjara atau kedua-duanya sekali iaitu denda dan penjara berbanding hukuman sekarang, denda atau penjara atau kedua-dua sekali.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengingatkan kerajaan dan KPDNKK, walaupun kita mempunyai undang-undang yang begitu tegas dan menggerunkan, ia tidak bermakna jika penguatkuasaan KPDNKK tidak berfungsi secara berkesan. Saya difahamkan bahagian penguatkuasaan KPDNKK telah berkhidmat dengan cemerlang dan bercadang mengambil lebih peratus anggota penguatkuasaan tahun depan iaitu 2015.

Ini kerana saya yakin dan percaya bahawa penguatkuasaan KPDNKK akan terus berkhidmat dengan cemerlang. Terutama apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua perbahasan saya, dengan ini saya mohon menyokong dan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator,

sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 41

2.47 ptg.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana diberi peluang bersama-sama membahaskan Akta 122, Akta Kawalan Bekalan 1961 ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa pindaan akta ini amat bertepatan dengan masanya. Sungguh pun begitu, saya ingin menyentuh sedikit beberapa perkara. Antaranya pertama, mengenai pegawai. Menyentuh fasal 3 untuk meminda seksyen 20 akta ini, sub fasal 3(a) dan 3(b) yang menyatakan kuasa menahan ini pada kuasa pegawai bekalan dan pegawai polis yang setaraf inspektor. Apakah maksud inspektor polis sahaja dibenarkan membuat penguatkuasaan jika ketiadaan pegawai KPDNKK?

Mohon diperjelaskan mengenai pegawai setaraf di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mungkin di sepadan pegawai kastam atau mungkin pegawai RELA, UPP atau pegawai daerah atau pegawai pertanian dan sebagainya. Mohon Yang Berhormat Menteri juga menjelaskan bagaimana pula tangkapan awam? Sesungguhnya ada di luar sana ada warganegara kita yang begitu bertanggungjawab dan sanggup membuat tangkapan awam ke atas kegiatan penyeludupan.

Seterusnya mengenai dengan kerumitan penguatkuasa kita- Akta 122. Perkara ini saya sentuh berkenaan dengan beberapa kes tangkapan yang berlaku di Malaysia yang melibatkan kesalahan di bawah Akta 122 ini terlepas disebabkan oleh beberapa sebab teknikal, ini termasuk ketiadaan pegawai yang berkelayakan sewaktu tangkapan. Perkara yang sama juga saya ingin kaitkan dengan siri tangkapan di perairan Sabah tahun 2013. Dari 21,745 pemeriksaan, 13 peratus dari 1,133 tangkapan melibatkan kesalahan di bawah akta ini.

Daripada keseluruhan pengendalian kes ini, rata-rata kes ini melibatkan prosedur pendakwaan yang agak kompleks dan melibatkan masa yang panjang. Ini disebabkan APMM, agensi yang dipertanggungjawabkan tidak dapat membuktikan kes dengan jelas. Contohnya pada 14 Mac 2014 yang lalu di Tawau, satu tangkapan dibuat ke atas aktiviti penyeludupan keluar barangan kawalan termasuk tepung, gula pasir dan minyak masak dari Tawau ke negara jiran. Tangkapan oleh penguat kuasa Daerah maritim Tawau DM18 hanya rampasan dibuat tiada tangkapan dibuat.

■1450

Tiada visa ditahan kerana kurangnya kemahiran pengawal dalam mengendalikan kes dan faktor-faktor lain. Alasannya tiada tangkapan dibuat kerana tiada pengakuan bagi barangan tersebut amat menyedihkan. Begitu juga pada 3 Jun 2014, di tempat yang sama di perairan Pulau Mataking, Semporna sebuah bot dipintaskan APMM Daerah Tawau. Kes disabitkan atas kesalahan cubaan menyeludup 14 tong petrol di negara jiran. Sekali lagi pendakwaan gagal dibuat namun dua orang yang berada di atas bot ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Saya menarik perhatian Dewan mengenai peristiwa pada 20 November yang lalu, di Daerah APMM Maritim Sandakan di bawah Operasi Pluto Timur di mana sebuah bot kumpit ditahan. Dakwaan utama ialah di bawah Akta Imigresen 1963 bukan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana prosedur yang agak payah dan memerlukan kertas kerja yang banyak bagi tujuan pembuktian walaupun jelas ada sembilan buah tong gas LPG dan tong minyak pelincir tanpa kebenaran. Kita mohon pihak kementerian melihat ini kerana memandangkan pantai dan laut kita sangat luas bagi aktiviti penyeludupan. Penguatkuasaan dan pendakwaan perlulah dipertingkatkan dan dipandang serius. Semoga dengan pindaan seksyen 26 akta ini dapatlah pendakwaan kepada vessel dan pemilik vessel diadakan.

Seterusnya yang ketiga, penguatkuasaan rasuah. Penguatkuasaan selalunya diikuti dengan penangkapan dan seterusnya dikuti aktiviti rasuah. Sukacita saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap satu kes yang terjadi dalam sebuah operasi KPDNKK di negeri Kedah tidak lama dahulu. Ia dalam Ops Nano pada 22 Oktober 2010 di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu. Tangkapan dibuat di bawah Akta 122 namun terdapat aktiviti merasuah pegawai KPDNKK sebanyak RM4,000.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

42 DN 17.12.2014

Namun tidak ada kes rasuah dikaitkan kerana pelbagai masalah teknikal termasuk kegagalan membuktikan satu kes prima facie. Sekali lagi pegawai yang diberi kuasa juga haruslah diberikan ilmu mengenai integriti dan kaedah pendakwaan.

Mohon pihak kementerian memberitahu Dewan mengenai apakah proses pelahiran pegawai KPDNKK ini dan apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan mutu jawatan khasnya mereka yang berada di bahagian penguatkuasaan. Difahamkan bahawa telah ada pada tahun ini pihak kementerian membuka banyak perjawatan penguatkuasaan daripada mereka yang berlatarbelakangkan perundangan. Apakah status mereka ini dan apakah mereka ini juga mencukupi untuk menjalankan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan KPDNKK di seluruh negara?

Akhir sekali, saya sangat bersetuju dengan pindaan Akta 122 ini dan dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Shahanim.

2.53 ptg.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kementerian atas pembentangan dan usaha mereka melalui rang undang-undang ini.

Secara keseluruhannya, saya melihat akta ini sangat baik khususnya kepada kementerian bagi mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi di pasaran. Namun begitu, sering kali berlaku kurangnya penguatkuasaan yang berkesan dan efisien daripada pihak kementerian sehingga menyebabkan wujud masalah kekurangan bekalan ekoran daripada tindakan tidak bertanggungjawab pengeluar, pengilang dan pihak-pihak tertentu.

Mereka ini dilihat cuba mengambil kesempatan dengan menyembunyikan barang-barang kawalan ini sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan stok di pasaran khususnya ketika musim perayaan. Ekoran daripada masalah itu, harga barangan akan meningkat naik sehingga membebankan pengguna dan rakyat yang akhirnya akan meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan dan kegagalan pihak berkuasa akan menyebabkan pihak pembangkang menyerang dan melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada kerajaan sedangkan isu ini disebabkan oleh pihak ketiga yang mahu menggunakan jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Malah ada yang merasakan tindakan tidak bertanggungjawab ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bagi menghakis keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Sebagai contoh pindaan fasal 4, seksyen 22, Akta 122 yang bertujuan menaikkan penalti denda terhadap mereka yang didapati bersalah. Secara keseluruhannya ia merupakan langkah yang terbaik kerana akan menyebabkan mereka yang terlibat ini takut untuk melakukan kesalahan. Namun bagi saya, sekiranya pelaksanaan dan penguatkuasaan yang kurang, ia tetap tidak memberikan sebarang makna dan kesan yang menyeluruh.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada 29 Oktober Yang Berhormat Menteri telah mengeluarkan kenyataan di mana memaklumkan bahawa di seluruh Malaysia terdapat 3,000 orang pegawai penguat kuasa dan kekosongan hanya untuk menambah 170 orang sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita perlu menambahkan pegawai untuk menjadi penguat kuasa bagi memantau harga, bagi saya kalau kita perlu tambah 1,000, kita tambahkan 1,000. Kalau perlu 2,000, kita kena tambahkan 2,000. Itu semua untuk ataupun demi kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak maklumkan di sini ialah kebanyakan yang akan mengambil kesempatan ini ialah kedai-kedai runcit seperti di kampung-kampung dan di taman-taman. Di mana sekiranya pegawai-pegawai ini yang sedia ada iaitu 3,000 orang dan akan ditambahkan 170 orang lagi, saya kira tidak mencukupi.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 43

Saya juga di sini ingin menyarankan kepada semua pengguna Malaysia yang

bijak, kita ada hand phone, kita perlu mengambil gambar dari sekarang di mana kalau kita

pergi ke sebuah kedai dan melihat harga susu di kedai tersebut, mulai bulan ini kita ambil gambar.

Kalau harga sebuah tin susu hari ini RM53, bulan Januari 2015, kita pergi semula ke kedai yang sama dan ambil gambar lagi, jadi tengok, berapakah perbezaannya? Selepas GST dilaksanakan nanti, sekali lagi kita ambil gambar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau pihak pengguna sendiri yang bertanggungjawab, kalau kita dapat bertanggungjawab dengan mengambil satu inisiatif untuk membantu kerajaan, sekiranya terdapat kenaikan yang mendadak kita boleh menyalurkan kepada pihak kementerian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita harapkan agar kerajaan khususnya pihak kementerian memandang serius akan perkara ini dan segera mencari mekanisme terbaik untuk penambahbaikan pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit mengenai perniagaan atau membeli barang atas talian atau online yang kini membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan yang dianggap mudah, cepat dan menjimatkan. Trend pembelian online yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui seperti perkhidmatan penghantaran melalui Poslaju, trend itu semakin ketara sejak tiga tahun yang lalu apabila jumlah pengeposan barangan meningkat dalam tempoh tersebut.

Pada tahun 2011, sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 40 juta pada tahun 2013. Kalau dalam Ramadan, bulan puasa peningkatan pengeposan 25 hingga 30 peratus terutamanya dua minggu terakhir sebelum hari raya. Sebut sahaja apa yang kita inginkan, produk pakaian, tudung, barangan bayi, makanan, pakej percutian, barangan elektronik dan segala-galanya ada. Tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli-belah dan meredah kesesakan di jalan raya, semuanya boleh dibeli di hujung jari dan sampai terus ke tangan pembeli. Contohnya baju batik yang saya beli daripada peniaga di Terengganu, hujung jari sahaja. Dalam masa tiga hari, saya dapat Tuan Yang di-Pertua.

■1500

Cuma yang menjadi masalah ialah masih ramai dalam kalangan pengguna yang mengambil mudah ketika berbelanja dek keghairahan mendapatkan satu barang yang diinginkan. Saya difahamkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mengikut rekod kes penipuan urus niaga atas talian meningkat secara mendadak. Tahun 2013 lalu sebanyak 1,891 kes dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM6.2 juta iaitu bertambah 140 kes berbanding 1,751 kes pada 2012.

Kes yang dilaporkan yang membabitkan lebih 40 jenis produk dan perkhidmatan yang antaranya baucar percutian, barangan elektronik, telefon, perkhidmatan percetakan, pakaian, aksesori wanita, ubat-ubatan dan kereta terpakai. Saya difahamkan negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan menjadi tiga buah negeri tertinggi merekodkan kes tuntutan yang difailkan berkaitan pembelian dan perkhidmatan online. Jadi saya hendak tahu setakat mana sebenarnya ketegasan kementerian menggariskan Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang dikuatkuasakan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat.

3.01 ptg.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk sama-sama turut berbincang Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 yang telah dibentangkan di Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pembentangan yang telah dibuat sebentar tadi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

44 DN 17.12.2014

Ini merupakan satu keprihatinan yang dilihat untuk meningkatkan kebaikan daripada akta yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat ada tiga kumpulan yang terbabit dalam akta ini.

Pertama ialah pengeluar; kedua, pengguna; ketiga, penguatkuasaan. Tiga bentuk kumpulan ini merupakan elemen yang utama dalam akta ini dan juga dalam kehidupan harian kita dan kita secara sedar atau tidak sedar kita adalah termasuk salah seorang daripada kumpulan itu dan yang ramai ialah pengguna. Kalaupun tidak pengeluar ataupun tidak termasuk dalam penguat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, sudah pastilah undang-undang atau akta ini dibuat untuk mengawal supaya pihak-pihak yang melakukan aktiviti itu mengikut saluran yang baik. Oleh sebab itu dalam hubungan ini saya apabila mendengar pembentangan tadi saya tidak dapat merasakan suatu keperluan kenapa ia perlu dibuat secara sungguh-sungguh. Walaupun saya memahami ia merupakan satu keperluan tetapi mungkin Menteri kita tidak menyatakan dengan sungguh-sungguh kenapa ia perlu. Itu yang saya tengoklah.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, kita ada tiga buah komponen yang saya sebut tadi secara mudah. Kita ada pengguna, kita ada penguat kuasa dan kita ada pengeluar. Biasanya pengeluar ini mereka akan meletakkan harga, kadang-kadang ikut peraturan dan kadang-kadang tidak mengikut peraturan. Itu biasa terjadi. Kadang-kadang kita melihat mereka menyorok barang dan kadang-kadang mereka menyorok barang untuk menaikkan harga atau dengan bahasa yang lain kita panggil untuk meninggikan harga.

Dalam hubungan ini Tuan Yang di-Pertua, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian supaya melebarkan maklumat kepada semua pihak khasnya kepada mereka yang beragama Islam sama ada dia pengeluar, peruncit, pengguna, penguat kuasa bahawa apa pun yang mereka lakukan mereka adalah tidak terkeluar daripada lingkungan ubudiyah pada Allah, ibadah. Pengeluar ialah mengeluarkan barangan untuk memberi khidmat kepada orang lain. Penjual juga memberi khidmat kepada orang lain.

Begitulah juga penguat kuasa memberi khidmat kepada masyarakat. Pembeli juga mendapat khidmat dari orang lain. Semua tadi dalam kegiatan-kegiatan itu kalau mereka merasakan mereka melakukan dalam konteks ubudiyah dan ibadah maka tidak timbul masalah penyalahgunaan kuasa, menyorokkan dan sebagainya dan tidak timbul masalah rasuah. Kalau saya kira semua orang memahami bahawa dia melakukan transisi itu dalam konteks ubudiyah.

Bayangkan seorang yang hendak mendapatkan barangan. Kalau kita hendak pergi ke kedai kita hendak beli sebotol air. Di situ berlaku penukaran atau transisi di mana kita mendapat sebotol air dan penjual mendapat sedikit wang. Kadang-kadang kita pergi ke kedai membeli air atau kita pergi ke supermarket kita membeli barangan yang sangat banyak, penuh troli. Adakah terbayang di kalangan pembeli dan juga penjual dia sedang melakukan ubudiyah. Tidak terasa sebab dia kata ini perkara biasa.

Sedangkan kalau kita hendak lihat perkara ini dapat ganjaran pahala atau sebaliknya kita lihat kalau seorang masuk kedai dia ambil sebotol air tidak membayar sudah pasti dia rasa berdosa. Begitulah juga halnya kalau orang melakukan dengan transisi yang betul, jual beli maka ia sebenarnya melakukan ubudiyah. Kalau kedua-dua pihak atau semua pihak merasakan hal ini maka saya yakin dan percaya kita tidak menghadapi masalah-masalah pelanggaran peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini saya ingin melihat kepada Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 6(2)(k) Akta 122 ini iaitu untuk memberi, mengehadkan kuantiti memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tengok ini merupakan satu perkara yang perlu kita sama-sama lihat di sini bagi mengehadkan kuantiti apa-apa barang kawalan diperoleh atau dipegang mana-mana orang atau golongan yang termasuk peruntukan pendaftaran atau orang atau golongan orang itu. Di sini kita melihat bahawa Menteri perlu diberi kuasa lebih untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dan saya percaya dengan kuasa yang lebih ini perjalanan akta ini akan lebih berkesan.

Perkara yang kedua yang saya hendak lihat di sini kita ada dalam akta ini menaikkan penalti daripada sekian kepada sekian.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 45

Daripada kalau kita tengok daripada RM100,000 kepada tidak melebihi RM1 juta

dan seterusnya. Saya hendak tahu sejauh ini, setakat ini akta yang lama sebelum dipinda, adakah denda-denda itu telah berlaku sampai maksimum atau belum lagi. Saya bersetuju denda ini diberi satu pengajaran yang besar tetapi hendak tahu adakah pernah berlaku dalam pelaksanaan ini denda itu diberi sampai maksimum. Satu.

■1510

Kedua, berapa peratuskah yang telah kita naikkan denda ini sebagaimana yang tercatat di sini? Kita hendak naikkan berapa peratus? Kemudian seterusnya kita melihat di sini daripada segi pelupusan. Pelupusan ini ada kuasa yang diberi kepada pihak pegawai dan ada juga kuasa yang diberi kepada mahkamah. Kuasa yang diberi kepada mahkamah ialah fasal 5 seksyen ini, di mana kita melihat kalau ada barangan yang ditahan, kalau sekiranya barangan itu merupakan barangan yang cepat rosak maka perlu ia disegerakan.

Cuma masalah pelupusan ini Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita tengok proses mahkamah ini akan mengambil masa yang agak lama. Kalau kita katakan kenderaan yang disita atau ditahan itu mungkin akan buruk kalau dia makan beberapa tahun dan apabila ia telah lama, telah buruk maka sudah pastilah nilai barangan itu akan berkurangan.

Jadi saya melihat di sini, saya tidak tahu pihak mana yang menyita. Saya tengok banyak kereta yang telah ditahan oleh pihak kastam mengambil masa yang lama. Begitulah juga saya tengok ada kereta yang ditahan di balai polis mengambil masa yang lama dan sampai buruk. Saya tidak tahu siapa yang menahan, tetapi soalnya apabila proses mahkamah itu kadang-kadang mengambil masa yang lama dan barangan-barangan itu termasuk kereta dan sebagainya yang disita, yang ditahan ia akan susut nilai. Kadang-kadang mungkin jadi besi buruk sahaja.

Jadi kalau begitu, saya merasakan kita pihak KPDNKK perlu ada satu mekanisme untuk mempercepatkan proses perbicaraan dalam kes-kes seperti ini supaya ia tidak tertangguh lama dan bilai barang yang dirampas itu boleh dijual atau boleh dilelong atau boleh dilupuskan dengan cara-cara yang telah ditetapkan dan hasilnya boleh dimasukkan kepada wang catuan dengan lebih baik. Kalau saya tengok sini ia akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan.

Jadi ini juga boleh memberi pengajaran kepada banyak pihak. Saya yakin dan percaya juga pihak di sini kalau kita tengok pihak pengawal diberi kuasa untuk menjual atau melupuskan kenderaan vessel atau barangan lain dan hasil jualan itu jika ada hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan. Jadi subseksyen 3(b) dengan fasal 5, perenggan 5(a)(ii) itu merupakan satu perkara yang perlu diberi titik berat supaya yang pertama, kes-kes itu dapat diselesaikan dengan cepat. Kedua ialah kalau sekiranya ada hasil daripada lelongan atau yang ditahan itu lebih baik dibuat lebih awal supaya ia dapat diselesaikan dengan baik dan hasilnya daripada kesalahan itu boleh dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya yakin dan percaya dengan pelaksanaan ini mudah-mudahan apa yang telah dirancang oleh KPDNKK dapat berjalan dengan baik dan begitulah juga masyarakat akan lebih terjamin dan selesa. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Dato' Khairudin bin Samad.

3.14 ptg.

Dato' Khairudin bin Samad: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014.

Pertama saya menyokong penuhlah kementerian Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan bahawa kementerian hendak bagi kuasa kepada pihak polis, inspektor. Saya rasa inspektor ke atas untuk membuat serbuan, membantu kementerian dalam soal ini.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

46 DN 17.12.2014

Bukan itu sahaja, sepatutnya kementerian juga harus melihat untuk mengambil lebih ramai lagi penguat kuasa. Banyak sangat kedai, banyak sangat kilang, ambil lebih ramai pegawai penguat kuasa yang boleh membantu kementerian dalam menyelesaikan masalah-masalah yang rakan-rakan saya sebutkan tadi.

Pertama kita mesti lihat kalau ambil pegawai, gaji jangan gaji minimum RM900 itu sahaja. Gaji mesti dilihat supaya lebih, jadi kalau orang hendak rasuah pun dia tidak berani hendak rasuah sebab gaji. Ini bagi gaji RM700 suruh jadi penguat kuasa, pakai uniform hebat, orang bagi RM1,000 pun dia lupa diri. Jadi itu yang boleh berlaku rasuah. Jadi kalau kita boleh bagi gaji yang lebih sedikit, hendak tampung ini biar dia tangkap banyak-banyak, jadi bila dapat denda banyak boleh tampung bayar gaji dia. Jadi dia pun boleh buat kerja yang lebih berkesan.

Kemudian kena ada sumpah taat setia, jangan berlaku rasuah. Perkara yang ini pun kita kena jaga sebab Tuan Yang di-Pertua Pengerusi rasuah ini. Jadi kena jaga juga yang ini. Kena ada sumpah Tuan Yang di-Pertua. Sumpah supaya mereka ini tidak buat. Kalau dia buat kurung dia dahulu. Ini kita kena cari jalan macam mana untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, saya melihat macam kata Dato' Dr. Johari tadi, barang yang dirampas disimpan terlalu lama. Masalahnya apa? Mahkamah. Oleh sebab hendak tunggu mahkamah. Jangan kata barang yang dirampas, yang kita difahamkan 300,000 orang ada dalam depot sekarang ini itu pun tunggu terlalu lama, duit kita bayar, duit tax payer, dengan izin, dok bayar bagi makan kepada pendatang tanpa izin yang ada dalam depot yang tidak boleh balik negara asal.

Ini semua kerana hendak menunggu keputusan mahkamah. Jadi barang-barang simpan lama. Kadang-kadang stor KPDNKK itu pun boleh meletup kerana mercun macam kata Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah tadi, mercun pun simpan. Jadi simpan stor, saya takut stor KPDNKK pun meletup, sebab pernah ada kilang buat mercun terbakar di Sungai Buloh.

Kita bukan kata mercun ini tidak boleh bawa masuk. Itu satu hal. Akan tetapi ada kilang buat mercun. Saya pun tidak faham. Bila terbakar baru saya tahu ada kilang mercun di Malaysia. Kilang mercun dan bunga api padahal tidak boleh, diharamkan. Di Singapura juga diharamkan tetapi tidak ada orang bakar. Akan tetapi di sini diharamkan ada kilang bukan setakat seludup masuk. Kawan-kawan saya yang di Perlis, di utara Kedah ini, depa tahulah macam mana hendak bawa masuk Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]

Depa tahu macam mana hendak bawa masuk. Ada kadang-kadang kawan-kawan bisik pada saya, “Dato’, raya nak dekat Dato’, tidak mahukah bawa mercun, mercun bom pun ada” [Ketawa] Mercun bom, yang bulat-bulat itu mercun bom. Ini semua Tuan Yang di-Pertua kita kena lihat semula. Pesta Putrajaya tidak [Ketawa] Pesta Putrajaya kita main bunga api yang betul. Itu pertandingan bunga api.

Ada kawan-kawan tegur Tuan Yang di-Pertua, itu pertandingan bunga api seluruh dunia. Sebanyak 15 buah negara mengambil negara. Malaysia dapat nombor dua. Okeylah itu. Itu bukan barang seludup. Itu dibeli, dibayar. Saya dengar kata syarikat itu bayar RM2.5 juta untuk hendak bakar bunga api. Ambil bagi makan rakyat miskin lagi bagus [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, kemudian penetapan harga petrol ini, kerana kita sekarang ini sekejap harga minyak naik, sekejap turun. Saya khuatir dia turun sampai RM1.50, harga roti canai masih tahap itu tidak turun. Masa naik teh tarik pun naik harga. Masa turun belum ada yang turun harga. Akan tetapi sekarang ini kalau kita mengikut pasaran, kita tetapkan harga hari ini oleh sebab minyak sudah turun kita turun, harga teh tarik pun turun. Sebulan lagi minyak naik harga, harga teh tarik naik balik. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, confused 30 juta orang rakyat Malaysia termasuk kita yang ada dalam Dewan yang mulia ini akan confused. Jadi kita mesti cari satu kaedah macam mana hendak selesaikan masalah ini.

■1520

Sebab ada sungutan bila turun harga petrol, ada orang yang gembira. Orang yang kerap berjalan, visit Malaysia ini. Cuti-cuti Malaysia. Bila cuti-cuti Malaysia ini dia seronok ke utara–selatan, utara–selatan. Bagi dia, harga minyak turun dia seronok. Hujung minggu, cuti-cuti Malaysia tetapi bila harga minyak naik, dia jadi tak seronok.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 47

Jadi, ada orang yang seronok, ada orang yang tak seronok. Yang naik dan turun,

sama. Yang nak mengambil kesempatan untuk nak naikkan harga pun seronok sebab harga petrol naik 4 sen, harga teh tarik naik 50 sen contohnya atau harga barangan lain. Semua naik lebih daripada- tak kena-mengena. Harga gula naik 20 sen pun teh tarik naik sampai seringgit, sampai 50 sen lebih.

Jadi, ini pun tak ada kena-mengena, takkan kita minum teh tarik, tiga kilo gula? Tak masuk akal tetapi apa KPDNKK buat dalam soal ini? Jangan tengok barang yang dijual di kedai-kedai runcit sahaja. Di restoran-restoran ini juga saya minta kalau boleh pegawai-pegawai pergi lihat harga yang dipamerkan dan harga sebenar yang dijual. Yang ini juga menjadi masalah kepada rakyat. Jadi, KPDNKK kena melihat semua sekali.

Kemudian, bila sentuh pasal harga minyak ini tadi saya teringat juga pada rakan-rakan kita yang menjadi operator minyak. Mereka ini dapat komisen 5 sen satu liter, 5 sen ke-6 sen satu liter. Sampai bila dia nak kaya saya pun tak tahu sebab yang kaya selalu syarikat minyak. Apakah jadi kepada kawan-kawan kita yang menjadi operator ini? Ada yang gulung tikar. Dia bagi buka mart. Mart pula barang yang dijual ditentukan oleh syarikat minyak bukan pekedai, bukan operator itu. Tak boleh, dia tidak boleh menentukan.

Yang ini pun masalah. Jadi kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh kementerian lihat ini semua. Kalau dia berniaga di situ, kadang-kadang McD ada di situ, KFC ada di situ.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan stesen minyak ini adalah bidang saya, saya cuma nak maklumkan kepada Yang Berhormat, akan ada dalam bulan depan lebih kurang sepuluh orang rakan niaga Petronas akan menutup stesen minyak mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Khairudin bin Samad: Saya ingat tadi Yang Berhormat Puan Shahanim

pun tauke minyak. Saya seronok nak pergi pam petrol di tempat dia, rupanya dia pun bersimpati macam saya. Ini berlaku, Tuan Yang di-Pertua. Mart yang ada pun dia untung, KFC dalam itu pun dia untung sehinggakan mesin ATM di situ pun dapat kepada syarikat minyak bukan dapat kepada operator. Jadi, ini tidak adil. Kalau tanya saya, tidak adil.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Ketawa]

Dato' Khairudin bin Samad: Belum sign, belum boleh campur. Jadi, kita kena

lihat yang ini. Ini masalah sebenarnya, masalah kepada operator-operator ini sebab bila harga minyak naik, dia yang jahatnya dia tak hantar tank yang diminta itu sebab dia tahu harga minyak akan naik, dia tak hantar. Bila harga minyak naik baru dihantar. Kadang-kadang kita pergi ke stesen minyak tengah malam nak isi, kebanyakan bila tahu harga minyak nak naik esok, dia malam ini sampai pukul 12 dia pergi isi minyak. Beratur Tuan Yang di-Pertua, saya ingat queue nak naik feri Pulau Pinang rupanya queue nak isi minyak sebab 12.01 minit, harga minyak naik. Jadi sampai pukul 12 beratur.

Kadang-kadang kawan yang queue di belakang itu dia sampai-sampai dah 12.30, memang harga pun dah tinggi. Masalah dia kadang-kadang dia sampai, minyak pun tak ada. Minyak tak ada ini bukan sebab apa, sebab oleh sebab syarikat minyak tak hantar minyak. Dia buat cerita jammed lah apa dan sebagainya sebab esok harga minyak naik,

jadi dia untung lebih tetapi kalau harga minyak nak turun, dia jadi kelam kabut. Ini berlaku. KPDNKK kena tengok. Saya minta Yang Berhormat Menteri, tolong ambil perhatian. Yang ini semua masalah yang rakyat hadapi.

Kemudian, Senator Puan Hajah Khairiah tadi juga sebut pasal harga-harga barang yang dijual di supermarket dan sebagainya, yang sorok barang. Saya nak sentuh yang pertama Tuan Yang di-Pertua, penipuan yang berlaku di supermarkets dengan harga jualan murah. Bila dia sebut hari ini ada jualan murah, dia hantar brosur, flyer ke rumah dengan izin, di situ sebut susu F&N kurang 10 sen, Nescafe kurang 20 sen, misalan. Ini semua

tarikan, penipuan yang sedang dilakukan. Bila kita pergi, kita takkan nak beli susu sahaja di situ lepas itu kita balik. Bila kita sampai di situ, ini kebanyakan suri rumahlah.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

48 DN 17.12.2014

Saya tak pernah pun pergi beli jadi saya dengar daripada rakyat, ini rintihan rakyat. Pasal itu kita minta elaun lebih sebab kita mendengar suara rakyat, satu Malaysia bukan satu Parlimen. Ini berlaku, ini berlaku. Dia masuk ke supermarket, dia beli barang. Beli susu

dan yang lain-lain. Rupanya yang lain itu mahal gila, mahal yang kita pun tak sedar sebab kita ambil tengok itu, ambil ini, nampak itu kebas ini, dia jadi macam itu.

So, bila kita masuk dalam supermarket, kita akan beli barang yang macam itu. Lepas itu kita tengok pula supermarket lagi satu, milo pula murah. Milo murah, maggi mee murah so kita masuk pergi beli. Yang ini orang lain pula kena tapi dia beli barang lain. Beli susu mahal daripada supermarket tadi melainkan Tuan Yang di-Pertua, kita dapat banyak brosur jadi kita pergi kedai ini, kita beli balik kira-kira tolak harga minyak lebih mahal daripada lain sebab dia atur banyak supermarket. Makna dia terlupa dia dah bayar duit minyak kereta, dia pergi semua supermarket. Atur supermarket pun satu hal, bayar tol pun satu hal, parking lagi. Jadi bila dia mengatur terlalu banyak, jadi masalah.

So, sekarang ini kementerian tolong ambil perhatian. Kalau murah, biar murah betul jangan menipu dua barang murah, yang lain mahal. Tempat lain, barang yang ini murah yang lain mahal. Tempat ini, barang yang ini murah yang itu mahal. Ini yang menjadi masalah kepada rakyat. Jadi berbaloilah kalau elaun kita naik sebab kita menyuarakan untuk rakyat. Jadi rakyat pun tak marah. Rakan-rakan kena ingat.

Tuan Yang di-Pertua: Panjang kah lagi Yang Berhormat?

Dato' Khairudin bin Samad: Tak, tak. Nak habis dah Tuan Yang di-Pertua. Tuan

Yang di-Pertua, saya pasal jam tiga petang ini. Tuan Yang di-Pertua tengok semua mengantuk.

Tuan Yang di-Pertua: Betul, betul.

Dato' Khairudin bin Samad: Bila saya bangun, semua terbeliak mata. Terima

kasih banyak-banyak Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong.

Seorang Ahli: Eh! Habis?... [Dewan riuh]

Dato' Khairudin bin Samad: Taklah, Tuan Yang di-Pertua dah tanya. Ada kawan-

kawan nak bercakap lagi. Saya kalau nak celoteh Tuan Yang di-Pertua, boleh tetapi banyak kawan yang nak bercakap, kita bagi chance.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Dato' Khairudin bin Samad: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sekarang saya persilakan yang terakhir,

Yang Berhormat Dato' Dr. Asyraf.

3.28 ptg.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian, pihak kerajaan kerana melakukan satu inisiatif yang penting bagi saya untuk mendatangkan pindaan kepada Akta Kawalan Bekalan 1961. Saya ingin turut berbahas dalam kerangka beberapa pindaan yang ingin dilakukan seperti mana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri awal tadi bahawa semangat pindaan rang undang-undang ataupun Akta Kawalan Bekalan 1961 ini berdasarkan keperluan kepada persediaan rasionalisasi subsidi membanteras penyelewengan barangan kawalan dan juga meningkatkan kadar penalti.

Saya ingin memulakan perbahasan dengan berkongsi dengan sidang Dewan sekalian ayat Al-Quran yang amat penting dalam kerangka untuk kita memahami kepentingan akta ini. Dalam surah An-Nisa’ ayat 135, dengan izin saya bacakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 49

■1530

Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi, yang menerangkan kebenaran kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang yang didakwa itu kaya atau miskin, maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun enggan daripada menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Saya sebutkan ayat ini kerana dalam konteks prinsip kawalan barangan ataupun kawalan harga, kita banyak berbincang tadi soal kenaikan harga dan sebagainya. Secara prinsip umumnya memang Islam mengiktiraf soal kebebasan ataupun pasaran bebas. Pasaran bebas makna dalam erti kata kerajaan sebenarnya secara prinsipnya tidak boleh menentukan harga ataupun terlibat secara langsung dalam hendak menafikan hak mana-mana pihak sama ada penjual mahupun pembeli. Pernah berlaku pada zaman Nabi SAW apabila berlakunya kenaikan harga secara mendadak, maka ada di kalangan penduduk Madinah yang datang kepada Nabi dan memohon Nabi agar melakukan sesuatu terutamanya dalam menentukan harga supaya tidak berterusan naik.

Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah lah yang menentukan harga dan memberi rezeki. Aku berharap dapat bertemu Allah tanpa seorang pun di antara kamu menuntut ku kerana kezaliman dalam darah dan harta.” Maknanya Nabi SAW tidak mahu terlibat ataupun mencampuri urusan pasaran. Seolah-olah Islam ini mengiktiraf apa yang pernah disebutkan dalam konteks dunia kapitalis berasaskan pemahaman Adam Smith yang pernah mengemukakan karya masyhurnya, Wealth of Nations iaitu menyerahkan penentuan harga ini kepada secara mutlak kepada pasaran. Bahkan perbincangan di kalangan cendekiawan-cendekiawan Islam mengatakan bahawa memang secara prinsipnya, kita, kerajaan dan sesiapa saja tidak boleh mencampuri dalam urusan apabila pasaran itu berlaku dengan baik.

Cuma persoalannya dalam dunia hari ini yang penuh dengan kebobrokan, penuh dengan penindasan, penipuan termasuk isu-isu menipu daripada segi barangan, menyorok barangan yang disebut dalam Islam sebagai ihtikar. Yang ini membuatkan ulama seperti Ibn Taymiyyah mengatakan adalah harus untuk kerajaan melakukan tindakan pembetulan. Ya.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, silakan.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih, saya hanya hendak bertanya

satu perkara saja mengenai pasaran yang disebut, adakah ini juga termasuk kebebasan developers untuk mengaut untung semahu-mahunya dalam pembinaan rumah. Saya terfikir tetapi tidak sempat hendak sebut dalam perbahasan Tuan Yang di-Pertua, tidakkah agaknya masalah kenaikan harga rumah yang tinggi sekarang ini akan dapat diatasi jika dibataskan keuntungan kepada, yang boleh diambil oleh kontraktor ini sebab saya rasa antara perkara yang menyebabkan harga rumah itu melambung ialah kerana kontraktor sendiri dibiarkan mengaut untung semahu-mahunya saja tanpa memikirkan masalah yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan tidak begitu tinggi.

Jadi adakah juga pasaran bebas yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf itu patut kita dibenarkan juga kontraktor ini melakukan demikian. Maksud saya tidakkah lebih wajar kalau kontraktor ini dibataskan profit margin mereka dalam pembinaan.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih sahabat saya, ayahanda

saya Yang Berhormat Dato' Dr. Firdaus. Oleh sebab itu saya sebutkan tadi secara prinsipnya memang dalam Islam kerajaan tidak boleh mencampuri urusan pasaran ini tetapi seperti mana saya sebutkan tadi perbahasan ulama termasuklah ulama seperti Ibn Taymiyyah. Apabila berlakunya sedikit sebanyak penipuan, penindasan dan unsur-unsur yang boleh membawa kepada kezaliman. Contoh dalam yang diberikan tadi.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

50 DN 17.12.2014

Dalam Islam, dalam surah Al’ Imran Allah menyebutkan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling makan memakan harta sesama kamu secara yang tidak sah, secara batil melainkan perniagaan itu dijalankan secara suka sama suka”.

Maknanya, prinsip dengan izin, mutually agreement ataupun mutual agreement satu prinsip yang memang diiktiraf dalam Islam. Maknanya, pembeli dan penjual berhak menentukan harga apa sahaja selagi mana kedua-dua pihak diberikan kebebasan untuk menentukan harga secara adil.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, lagi seorang bangun Yang Berhormat.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Mohon mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya cuma ingin mohon pandangan Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat ada kalanya perlukah kementerian melihat adakah disebabkan monopoli sesuatu produk itu menyebabkan harga naik. Sebagai contoh, hanya sebuah syarikat yang dibenarkan mengimport simen atau bata. Jadi yang menyebabkan kita hanya terpaksa merujuk kepada dia dan pengawalan harga itu tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga daripada aspek gula dan barangan-barangan yang lain. Jadi monopoli itu harus kita pertimbangkan semula.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Ya, saya setuju dengan Yang

Berhormat. Sebab itulah dalam hujah saya ini saya ingat hendak menyokong kerajaan bahawa akta ini amat diperlukan hari ini. Walaupun saya katakan pasaran itu dibenarkan berjalan dengan bebas tetapi secara prinsipnya sekiranya berlakunya unsur-unsur lain yang boleh mengganggu gugat keadilan dalam pasaran tersebut termasuklah apa yang di istilah ulama sebagai ihtikar. Adanya nilai-nilai monopoli, adanya nilai-nilai menyorok barang supaya harga itu akan naik. Kan dalam konteks pasaran, permintaan dan penawaran itu boleh berlaku secara baik tanpa ada unsur-unsur penyalahgunaan, maka harga itu akan ditentukan oleh supply and demand.

Akan tetapi malangnya apabila adanya unsur-unsur monopoli tadi, adanya unsur-unsur sorokan barang, adanya unsur-unsur akibat kerakusan sesetengah pihak untuk mendapatkan keuntungan mudah ataupun melebihi had dan melampau batas. Ini lah keperluan untuk kerajaan mendatangkan peruntukan-peruntukan ataupun undang-undang yang dapat menjaga kepentingan awam yang lebih besar.

Ini ada disebut dalam kaedah fiqah... [Bercakap dalam bahasa Arab] Sesebuah

pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk menentukan apa juga hukum, apa juga tindakan bagi menjaga maslahah rakyat yang lebih besar. Jadi dalam konteks inilah saya kira niat kerajaan untuk mengadakan rang undang-undang dengan pindaan untuk kawal berlakunya penyimpangan dan penyelewengan dari segi barangan dan sebagainya, saya rasa ini satu tindakan yang baik.

Cuma, ada beberapa perkara yang saya bangkitkan sebagai satu pemerhatian dan perhatian kepada pihak KPDNKK. Yang pertama, apabila kita bercakap soal keadilan, dia tidak boleh lari daripada soal ihsan. Sebab itulah setiap hari Jumaat orang Islam mendengar khutbah Jumaat yang disebut oleh khatib yang dibacakan ayat... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Allah sesungguhnya menyarankan kamu supaya berlaku adil dan adil itu dikaitkan dengan ihsan”. Maknanya ada kasihan belas. Apa yang saya maksudkan di sini ialah memang baik apabila hendak diberikan kuasa kepada pengawal untuk melupuskan kenderaan, vessel ataupun barangan yang lain yang dirampas.

Cuma dalam konteks keadilan dan juga ihsan ini juga, saya ingin bertanya kepada KPDNKK apakah keadilan itu dilihat dalam konteks kerajaan semata-mata ataupun pihak yang disebut dengan izin, dalam bahasa Inggeris- aggrieve party ataupun hak yang

terkilanlah kerana barangnya dirampas, vesselnya dirampas. Apa perlu contohnya di dalam rang undang-undang ini dibuat satu peruntukan supaya dalam kita hendak melupuskan, hendak memberikan kuasa kepada pengawal itu, sekurang-kurangnya memberikan notis umpamanya kepada pihak yang akan dirampas supaya notis itu dapat dijawab umpamanya dan setelah segala usaha untuk mendapatkan keadilan daripada kedua-dua pihak ini tidak berjaya, maka barulah maknanya the last option, dengan izin Tuan Yang di-Pertua maknanya kita boleh merampas barangan vessel kenderaan yang diperuntukkan di bawah seksyen 20, Akta 122 ini.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 51

■1540

Itu yang pertama. Yang keduanya ialah tadi pun ramai rakan saya yang sudah sebutkan, soal penguatkuasaan. Saya kira memang mana-mana akta yang dibentangkan, memang cantik, hasrat memang mulia. Rasionalnya cukup indah. Akan tetapi apabila kita bercakap soal penguatkuasaan, ini sentiasa dibangkitkan oleh rakyat di luar sana. Bagaimanakah penguatkuasaan ini dapat berlaku dengan adil? Kita dapat lihat contohnya, apabila pada zaman Nabi SAW.

Apabila Nabi memperkenalkan sistem perniagaan secara Islam, memperkenalkan pasar. Nabi sendiri yang turun untuk mengawal selia, Nabi sendiri yang monitor, dengan izin, ataupun menguatkuasakan sesuatu perkara. Bahkan, ia bukan menguatkuasakan secara ‘musimat’, ia buat penguat kuasa secara berterusan, bahkan kadang-kala Nabi membuat penguatkuasaan secara tanpa disedari. Maknanya, buat secara random, dengan izin. Ini penting.

Dalam satu hadis, Nabi buat secara random ini dengan salah seorang penjual.

Nabi seluk tangan dia ke dalam gandum yang dijual itu, di bawahnya basah, di luarnya nampak kering. Nabi tanya, kenapakah di bawah basah ini? Maka, peniaga tadi mengatakan, ‘Oh, terkena hujan semalam’. Nabi bertanya, ‘Kenapakah kamu tidak mendedahkan apa yang berada di bawah? Apakah kamu hendak menipu?’ Akhirnya Nabi menyebutkan... [Memetik istilah Arab] ‘Siapa yang menipu, bukan daripada kalangan ku’. Ini contoh yang paling baik.

Bahkan, pernah juga Nabi menstrukturkan pengawalseliaan dengan melantik seorang sahabat yang bernama Sa’id bin Sa’id bin Al-As bin Umaiyah untuk mengawal selia dan mengawasi urusan perniagaan dan pasaran di Makkah. Ini semua hendak menunjukkan bahawa penguatkuasaan ini penting. Kalau kita tidak cukup seperti mana tadi Yang Berhormat Dato’ Khairudin katakan tadi penguat kuasa tidak cukup, kita kena tambah. Pastikan keadilan ini dapat betul-betul dirasai oleh rakyat secara keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, inilah dua perkara yang saya rasa penting untuk saya bangkitkan bagi pemerhatian KPDNKK, yang saya perlukan juga pencerahan. Saya rasa Dewan yang mulia ini perlukan pencerahan. Berasaskan hujah-hujah tadi, saya ingin turut menyokong Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014. Sekian. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Wa’alaikumussalam, sekarang saya persilakan Yang

Berhormat Menteri menjawab.

3.43 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Seramai lapan orang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Mengenai dengan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 yang dibawa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Keseluruhan lapan-lapan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyokong dan mengucapkan tahniah kepada kementerian di atas pindaan ataupun Rang Undang-undang Kawalan Bekalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada perbahasan Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Pertama, mengenai dengan kaedah pelupusan barang mudah rosak.

Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 12, Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntukkan mengenai dengan tindakan yang diambil selepas rampasan barang-barang kawalan dan barang-barang lain yang menjadi subject matter kesalahan yang

dibuat.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

52 DN 17.12.2014

Sekiranya diputuskan bahawa pendakwaan dibuat terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan bagi mana kesalahan di bawah akta iaitu seksyen 12(1)(a), memberi kuasa kepada pengawal untuk sama ada menjual ataupun menyimpan barang-barang kawalan tersebut sehingga selesai. Bagi barang-barang kawalan mudah rosak yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, berbahaya ataupun mudah terbakar seperti petrol, diesel, gas dan barang-barang harian, tindakan yang diambil menjual barang-barang kawalan tersebut dan nilai hasil jualan barang-barang kawalan tersebut disimpan sehingga kes selesai. Penjualan barang-barang kawalan tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah juga bangkit mengenai dengan isu kenaikan harga barang kawalan selepas musim perayaan. Untuk makluman Yang Berhormat, selepas tamatnya tempoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, harga jualan tidak dikawal secara perundangan. Akan tetapi peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993. Sekiranya ada aduan, peniaga menaikkan harga secara tidak munasabah atau melakukan pencatutan. Tindakan boleh diambil di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan kita memberi notis kepada peniaga untuk menjelaskan kepada bahagian penguat kuasa, mengapa tindakan menaikkan harga dilakukan oleh peniaga tersebut.

Jadi, sekiranya kita rasa harga yang diletakkan itu tidak munasabah dan Yang Berhormat Senator juga ada bangkit mengenai pengeluar gula di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai pengeluar gula di Malaysia ini ada empat. Yang pertama, Malayan Sugar Manufacturing Company Berhad; kedua, Central Sugar Refinery Sdn. Bhd.; ketiga, Gula Padang Terap; dan keempat, Kilang Gula Felda Perlis.

Untuk makluman Dewan ini, bekalan gula mentah untuk kesemua kilang gula diimport dari negara luar, terutamanya dari Brazil dan Thailand. Pada masa ini semua pengilang masih lagi terikat dengan kontrak pembelian gula tidak bertapis daripada pembekal luar negara menerusi long term contract (LTC) bagi tempoh 2012 hingga 2014. Long term contract ini dilaksanakan bagi setiap tiga tahun sekali bagi memastikan bekalan gula dalam negara adalah mencukupi dan harga adalah stabil. Tujuan LTC ini diadakan untuk melindungi negara dari apa-apa perubahan luar jangka yang mungkin berlaku dalam pasaran komuniti gula antarabangsa.

Yang Berhormat juga ada membangkitkan mengenai sama ada relevan ataupun tidak pengeluaran kad berkaitan dengan pengurusan subsidi berikutan penarikan balik subsidi petrol oleh kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) ini mula dilaksanakan pada 1 Mac 2008. Sebagai langkah kerajaan untuk menyalurkan subsidi diesel pada 11 kategori pengangkutan awam. Jadi, Program SKDS ini masih dilaksanakan sehingga kini bagi mengurangkan kos operasi syarikat pengangkutan. Jadi, sebab itu masih relevan kita mengeluarkan kad ini supaya hendak memastikan masih ada lagi minyak yang kita beri subsidi iaitu kepada pengangkutan awam dan juga kepada pihak nelayan.

Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai dengan stock-out di stesen minyak. Sebagai makluman Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan merupakan kementerian yang bertanggungjawab terhadap petrol dan pam-pam stesen ini. Apa yang penting sekali ialah kita hendak pastikan supaya bekalan petrol dan diesel di seluruh stesen minyak ini tidak mengalami stock-out, bahawa petroleum boleh menjejaskan keperluan pengguna untuk mendapatkan bekalan minyak. Walau bagaimanapun, bagi bekalan RON97 dan RON95, kecuali di sempadan Semenanjung Malaysia, tiada kuota yang ditetapkan dan ia dikawal sepenuhnya oleh syarikat minyak masing-masing. Itu Yang Berhormat Senator Khairiah.

■1550

Keduanya Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit. Terima kasih kepada Yang Berhormat mengenai dengan cadangan menurunkan kuasa kepada pegawai APMM di kawasan laut ataupun JPJ, SPAD dan sebagainya. Untuk makluman Dewan, pegawai APMM memang telah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961 di kawasan maritim Malaysia. Bagi pegawai JPJ dan juga SPAD dan lain-lain agensi penguat kuasa perlu penurunan kuasa di bawah akta tersebut.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 53

Namun, penguatkuasaan secara bersama memang dilaksanakan dengan agensi-

agensi penguatkuasaan yang lain dan dari semasa ke semasa sekiranya agensi lain menahan kenderaan lain, siasatan masih boleh dilakukan oleh anggota penguat kuasa KPDNKK.

Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin mengenai dengan mewujudkan makmal harga bagi barangan bekalan melibatkan pakar profesional, akademik dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia kita mengamalkan perdagangan secara bebas. Jadi harga barangan tertakluk kepada banyak faktor, antaranya ialah kos pengeluaran, import dan sebagainya. Kerajaan sentiasa mengadakan engagement dengan pengilang-pengilang dan juga pemborong dan persatuan-persatuan

yang berkaitan bagi memastikan agar harga sentiasa mengikuti dan juga mencukupi dan terkawal.

Jadi kita sentiasa mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pemborong dan juga persatuan-persatuan untuk memastikan barang-barang ini mencukupi dan harga seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin mengenai harga petrol guna sistem APM, purata sebulan mohon cadang guna mungkin lebih kurang daripada itu. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kerajaan menetapkan purata sebulan di dalam menentukan harga seperti yang ditetapkan dalam manage float yang berlaku sekarang ini dan cadangan supaya dipendekkan, kerajaan akan mengkaji sama ada bersesuaian atau tidak sebelum kita laksanakan. Akan tetapi untuk sekarang ini memang sebulan kita letakkan harga untuk stesen-stesen minyak di seluruh negara dan harga-harga ini akan kita tentukan mengikut harga purata dalam bulan-bulan sebelum dari bulan berkenaan. Contohnya kalau untuk bulan Januari, kita akan pasti tengok purata dalam bulan Disember daripada segi harga di peringkat antarabangsa dan sebagainya.

Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin juga langkah-langkah kerjasama di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat besar. Untuk makluman Yang Berhormat, kempen penurunan harga telah pun kita adakan dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun 2014 dahulu. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan supaya harga barangan ini seperti yang telah ditetapkan.

Penyertaan daripada peserta-peserta dalam kempen ini begitu menggalakkan dan kalau fasa pertama dahulu lebih daripada 10 buah syarikat dengan 957 buah cawangan telah mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga yang kita laksanakan. Terima kasih kepada Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin.

Keempatnya Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat- bagaimana jika tangkapan dibuat oleh pegawai polis, kastam dan juga APMM? Minta kementerian kaji. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Kawalan Bekalan iaitu Akta 122 memberikan kuasa kepada pegawai polis berpangkat inspektor ke atas untuk membuat tangkapan dan juga sitaan.

Akta 122 ini juga memberi kuasa kepada pegawai kastam untuk menguatkuasakan Akta 122 dengan kebenaran bertulis oleh pengawal. Daripada segi APMM pula memang mempunyai kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan di perairan Malaysia yang melibatkan Akta Kawalan Bekalan seperti yang saya sebutkan di awal tadi. Kementerian mengambil maklum dan kerjasama bersama dengan pihak APMM untuk meningkatkan dari segi penguatkuasaan di seluruh negara. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat.

Kelima Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff mencadangkan ditambah anggota penguat kuasa. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Satu cadangan yang cukup baik untuk penambahan pegawai penguat kuasa untuk membolehkan kita menjalankan penguatkuasaan dengan lebih baik. KPDNKK mengakui bilangan anggota penguat kuasa yang sedia ada memang tidak mencukupi berbanding dengan bilangan premis perniagaan dan juga industri yang ada di dalam negara.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

54 DN 17.12.2014

Namun KPDNKK mempunyai hubungan yang agak erat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA dan yang sentiasa menyokong dan membantu dalam isu perjawatan anggota penguatkuasaan. Jadi para pengguna juga boleh membantu dengan menyalurkan maklumat dan juga aduan agar anggota penguat kuasa boleh melaksanakan tugas dengan lebih baik. Selain daripada itu, KPDNKK juga mendapat kerjasama daripada agensi-agensi yang lain.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Ya sila.

Dato’ Khairudin bin Samad: Tuan Yang di-Pertua, yang ini kalau hendak tambah

penguat kuasa ini saya minta kalau boleh janganlah ambil pegawai kontrak. Pegawai kontrak ini tiga tahun, lima tahun dia plan hendak beli rumah pun tidak boleh. Kita duduk

cakap pasal perumahan. Jadi ambil tetap terus. Jadi dia boleh merancang untuk hendak beli rumah, untuk hendak buat simpanan. Kalau boleh jangan ambil pegawai kontrak. Terima kasih.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Khairudin bin Samad. Memanglah kalau boleh kita hendak supaya, ini bergantung kepada kelulusan daripada pihak JPA. Sekiranya pihak JPA mengizinkan untuk kita mengambil pegawai secara terus, kita ambil terus. Kalau tidak mencukupi membolehkan kementerian cuma sebagai pegawai kontrak. Selepas daripada itu mungkin kita boleh daripada kontrak itu terus ditetapkan sekiranya diluluskan oleh pihak JPA.

Jadi selain daripada ini kita ada kerjasama dengan agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian yang lain untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan. Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff juga- sejauh mana ketegasan KPDNKK dalam penguatkuasaan perlindungan pengguna dalam urus niaga atas talian?

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini KPDNKK telah mewujudkan Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2013 bagi meningkatkan perlindungan hak-hak pengguna dalam urus niaga atas talian iaitu online kerana sekarang ini sudah begitu ramai menjalankan perniagaan melalui online.

Peraturan ini mewajibkan peniaga ataupun penjual atas talian online ini untuk memaparkan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran syarikat, nombor telefon, e-mel dan lain-lain di laman web atau pun Facebook, blog ataupun Instagram mereka. Mereka

juga diwajibkan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan.

Jadi jika kita dapati peniaga-peniaga, kerana kita buat pemantauan dan sekiranya mereka tidak mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan, tindakan akan kita ambil terutama mereka mesti mendaftar walaupun secara online, daftar perniagaan dimestikan untuk pengusaha-pengusaha ini.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari Bin Mat. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Keperluan pindaan perenggan 6. Untuk makluman, pindaan yang dicadangkan kepada seksyen 6 perenggan 6(2)(k) adalah bagi membolehkan Menteri membuat peraturan untuk mengehadkan kuantiti barang kawalan. Sebagai contoh rasionalisasi subsidi apabila diperlukan.

■1600

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Mengenai dengan denda sama ada sampai ke maksimum atau pun tidak, setakat ini terdapat beberapa kes di mahkamah yang telah dikenakan denda maksimum sebanyak RM100,000. Di samping itu, kebanyakan hukuman-hukuman denda di bawah Undang-undang KPDNKK adalah lebih daripada RM100,000. Oleh sebab itu kita naikkan daripada segi denda dalam pindaan ini.

Yang Berhormat Datuk Khairudin mengenai sepuluh orang operator minyak. Ini pencelahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Puan Shahanim.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 55

Ini kita mohon Yang Berhormat untuk memberikan maklumat terperinci berhubung

perkara tersebut bagi kita buat semakan oleh kementerian kerana kita pun rasa risau juga apabila 10 orang operator stesen minyak Petronas akan tutup pada bulan hadapan. So, kita perlukan maklumat dan kerjasama daripada Yang Berhormat untuk memberi maklumat kepada kita.

Yang Berhormat Senator Datuk Khairudin juga mengenai dengan penipuan yang berlaku di supermarket berkaitan dengan jualan murah. Sekiranya mana-mana syarikat perniagaan atau pun supermarket meletakkan harga yang mengelirukan atau pun menipu mengenai dengan harga, tindakan boleh diambil ataupun dibuat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 di mana seksyen 12 memperuntukkan kesalahan jika mana-mana orang ataupun peniaga meletakkan harga yang mengelirukan ataupun palsu, kita boleh mengambil tindakan sekiranya diberi maklumat oleh orang ramai kepada kementerian ataupun kepada pihak penguat kuasa.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, yang kelapan ialah Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf mengenai dengan isu keperluan notis rampasan dan pelucut hak. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai dengan rampasan dan juga perlucutan hak barang-barang yang dirampas, pihak kementerian akan bertindak secara adil dengan memberikan notis sewajarnya kepada pemilik-pemilik mengenai dengan rampasan dan perlucutan hak yang akan dibuat di bawah seksyen 22 dan 26.

Pihak kementerian juga telah menyediakan SOP untuk tujuan-tujuan rampasan dan perlucutan supaya keadilan dapat dicapai seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf tadi kerana kita juga merasakan ada pihak yang terkilan sekiranya perkara-perkara ini tidak diberi perhatian. Yalah, bila kita rampas barang-barang orang ini, kita perlu- dan kita sentiasa melihat supaya keadilan ini wujud dalam kita melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah kementerian ataupun untuk penguat kuasa menjalankan tugas.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf juga mengenai dengan monopoli sesuatu produk. Dalam hal ini, kerajaan telah memperkenalkan Akta Persaingan 2010 yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2012 dan mengikut akta ini, sesebuah perusahaan tidak dilarang untuk menjadi monopoli ataupun dominan dalam sesebuah pasaran barangan atau perkhidmatan. Namun, ia menjadi suatu kesalahan apabila perusahaan itu menyalahgunakan kedudukan dominannya. Contohnya mengawal pengeluaran, membataskan pelaburan atau enggan bekalkan sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan sengaja atau tanpa apa-apa sebab.

Jadi, Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah agensi untuk memantau isu ini dan sekiranya terdapat, Suruhanjaya Persaingan ini akan mengambil tindakan. Ada tindakan-tindakan yang telah kita ambil sebelum ini kepada syarikat-syarikat yang kadang-kadang mereka berpakat menaikkan harga dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja yang hendak saya jelaskan dalam perbahasan yang telah disertai oleh rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat seramai lapan orang sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan serahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

56 DN 17.12.2014

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

RANG UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN JURUTERA (PINDAAN) 2014

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.08 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]:

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini adalah bertujuan untuk meliberalisasikan profesion kejuruteraan di Malaysia demi melaksanakan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan prinsip persaingan perdagangan. Ini adalah berasaskan keputusan kerajaan bahawa sektor perkhidmatan dibuka untuk penyertaan dan pemegang ekuiti asing sebanyak seratus peratus menjelang tahun 2012.

Dalam konteks ini, keputusan tersebut bermaksud subsektor perkhidmatan profesional iaitu kejuruteraan hendaklah dibuka untuk penyertaan dan penubuhan pemegangan ekuiti oleh pihak asing bermula tahun 2012. Namun, terdapat sedikit kelewatan kerana pindaan-pindaan yang disyorkan perlu dirunding dan dijelaskan kepada semua pihak yang terlibat.

Buat masa kini, Lembaga Jurutera Malaysia atau LJM selepas berunding dengan pihak-pihak berkaitan bercadang agar pembukaan untuk penyertaan dan pemegang ekuiti perkhidmatan kejuruteraan akan dibuat secara berperingkat sehingga mencapai 100 peratus jika perlu.

■1610

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan itu, akta yang mengawal perkhidmatan kejuruteraan yakni Akta Pendaftaran Jurutera 1967 kini dipinda dengan mengambil kira perkara-perkara utama seperti yang berikut:

(i) keperluan untuk memperketat kawalan perundangan terhadap amalan kejuruteraan ataupun engineering practice, dengan izin, oleh jurutera profesional, jurutera siswazah, teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak atau inspector or works, dengan izin, bagi memastikan keselamatan, kesihatan, kepentingan rakyat dan negara sentiasa terpelihara;

(ii) keperluan untuk mengadakan peraturan berkaitan amalan kejuruteraan supaya kelayakan-kelayakan berkaitan jurutera profesional, jurutera siswazah, teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak atau inspector of works, dengan izin, menepati benchmark antarabangsa dan adalah berlandaskan standard

perlakuan profesional yang tinggi; dan

(iii) menyediakan pathway, dengan izin, teratur yang bersesuaian dengan graduan dan pekerja bidang kerja kejuruteraan terlibat bagi meningkatkan kecekapan serta upward mobility, dengan

izin, mereka.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Akta Pendaftaran Jurutera 1967 sebelum ini telah dipinda sebanyak enam kali.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 57

Antara pindaan penting yang dilakukan sebelum ini adalah untuk memperluaskan

skop kerja syarikat kejuruteraan sebagai disiplin, multidisiplin, mengakreditasikan penyemak bertauliah independent checker, dengan izin, serta mengenakan denda maksimum terhadap salah laku profesional terlibat.

Kini selain keperluan perdagangan bebas, pindaan terbaru mendaftar dua bidang kerja kejuruteraan iaitu teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak ataupun inspector of works yang berada dalam rangkaian pembinaan supaya ia diletakkan di bawah skop kawalan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) untuk bidang kerja berkaitan dan kualiti kerja berkaitan diselia dengan rapi.

Secara keseluruhannya, pindaan ini akan mempertingkatkan pencapaian perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan subsektor berkaitan supaya ia setanding dengan standard subsektor berkaitan luar negara dan mampu menjadi tarikan pelaburan dan perdagangan. Selain daripada itu, ia menggalakkan persaingan sihat dan di samping itu memperbanyakkan peluang bagi kepakaran negara menceburi pasaran baru di luar negara. Lebih penting, pindaan tersebut juga akan menjaga keselamatan dan kepentingan orang awam dengan menghalang kemasukan engineering import, dengan izin, yang tidak bermutu daripada sumber luaran yang diragui standardnya.

Tuan Yang di-Pertua, bersama pindaan ini juga telah disediakan kawalan ataupun safeguard measures dengan izin, untuk memastikan kualiti perkhidmatan kejuruteraan tempatan ditingkatkan dan kepentingan keselamatan dan kesihatan rakyat serta negara dipertahankan. Antaranya ialah syarat bahawa hanya jurutera profesional dengan perakuan amalan sahaja dibenarkan mengemukakan pelan, kaji selidik kejuruteraan, lukisan, skim cadangan, laporan, reka bentuk atau kajian kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia.

Bagi mendapatkan perakuan amalan tersebut, seseorang jurutera profesional baik tempatan, mahupun asing perlu menduduki dan lulus ujian kompetensi profesional atau professional competency examination, dengan izin. Tujuannya adalah untuk memastikan

profesional memahami semua perkara peruntukan yang menyentuh perundangan tempatan seperti Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, keperluan badan berkuasa seperti TNB, bekalan air Indah Water dan sebagainya. Prosedur yang sama telah diamalkan oleh badan profesional di negara maju.

Untuk makluman, hanya jurutera profesional dengan perakuan amalan sahaja boleh mengemukakan pelan, lukisan dan sebagainya kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia demi memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti bagi memastikan kepentingan dan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua, antara pindaan utama ialah pertama fasal 4 yang bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 138 yang membolehkan Yang Berhormat Menteri melantik anggota Lembaga daripada kalangan jurutera profesional dengan perakuan amalan berdaftar dan meneruskan pelantikan anggota tersebut sekiranya Majlis Institusi Jurutera (Malaysia) tidak mencalonkan perwakilannya dari kalangan jurutera profesional dengan perakuan amalan sebagai anggota Lembaga dalam tempoh masa tiga puluh hari sebelum habis tempoh jawatan sebagai anggota lembaga.

Fasal 5 yang bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 138 bagi membolehkan Lembaga melantik satu Jawatankuasa untuk menjalankan peperiksaan penilaian profesional bagi penerimaan masuk seorang jurutera profesional dan untuk menjalankan peperiksaan kecekapan profesional bagi pengeluaran perakuan amalan kepada jurutera profesional.

Fasal 7 yang bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 138 bagi memasukkan butir-butir jurutera profesional dengan perakuan amalan, teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak ataupun inspector of works ke dalam daftar.

Fasal 8 yang bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 138 bagi membenarkan pendaftar menyiarkan dalam mana-mana media lain termasuklah media elektronik selain Warta dan akhbar nasional, butir-butir orang yang berdaftar yang pendaftarannya telah digantung, dibatalkan, dipotong atau dimasukkan semula di bawah Akta 138.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

58 DN 17.12.2014

Fasal 9 yang bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 138 bagi memastikan hanya mereka yang berdaftar dan nama yang dimasukkan dalam Daftar Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) sama ada sebagai jurutera profesional dengan perakuan amalan, jurutera berijazah, teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak inspector of works, dengan izin, sahaja boleh menggunakan apa-apa nama, gelaran atau jawatan untuk memperihalkan atau mengemukakan diri sebagai orang berdaftar di bawah Akta 138 supaya orang ramai tidak terkeliru dengan pemakaian gelaran tersebut.

Fasal 10 dan 11 pula bertujuan meminda seksyen 7A dan 7B Akta 138 masing-masing untuk menetapkan bahawa syarikat perunding kejuruteraan sama ada pemilik tunggal (sole proprietor), dengan izin, atau perkongsian (partnership), dengan izin, akan dimiliki 100 peratus oleh jurutera profesional dengan perakuan amalan dan juga syarikat korporat. Buat masa ini akan dimasukkan ke dalam peraturan-peraturan (regulations), dengan izin, sebanyak 70 peratus ekuiti syarikat kejuruteraan akan dimiliki oleh jurutera profesional dengan perakuan amalan dan syarikat ini boleh menawarkan bakinya 30 peratus kepada sesiapa sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, langkah membenarkan 30 peratus saham terbuka kepada sesiapa dalam syarikat kejuruteraan merupakan langkah berani yang akan membantu terutamanya syarikat kejuruteraan perunding yang tidak dapat berkembang disebabkan kekurangan modal dan kemahiran keusahawanan. Selama ini, kebanyakan syarikat berkenaan tidak mempunyai keupayaan untuk meneroka pasaran luar negara. Akan tetapi melalui pindaan akta ini, peluangnya diwujudkan sekarang yang membolehkan syarikat kejuruteraan meneroka pasaran luar dan mewujudkan peluang pekerjaan baru di negara ini.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah kawalan, aspek pemilikan ekuiti dan keanggotaan pengarah syarikat akan dikaji dari semasa ke semasa. Penetapan itu akan dibuat melalui peraturan-peraturan (regulations), dengan izin, dan garis panduan dengan menggunakan kuasa Menteri mengikut komitmen kerajaan kepada Perjanjian Perdagangan Bebas dan keperluan liberalisasi bersifat progresif.

■1620

Pindaan fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 8A ke dalam Akta 138 bagi membolehkan Jurutera Profesional mengemukakan kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia, pelan atau lukisan berhubung dengan kelengkapan, loji atau keluaran khusus yang direka cipta oleh atau pun dijual olehnya atau majikannya.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 10, Akta 138 bagi membolehkan pendaftaran jurutera asing yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga.

Fasal 16 bertujuan memotong seksyen 10A dari Akta 138 berhubung dengan pendaftaran jurutera asing sebagai Jurutera Sementara memandangkan ia tidak lagi relevan susulan daripada pindaan kepada seksyen 10.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 10B, Akta 138 untuk membenarkan Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan untuk didaftarkan sebagai Penyemak Bertauliah ataupun independent checker dengan izin.

Fasal 18 adalah untuk memasukkan seksyen baru 10C, 10D dan 10E ke dalam Akta 138 bagi mendaftar Teknologis Kejuruteraan, Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan dan Pemeriksa Tapak atau Inspector of Works, dengan izin.

Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Akta 138 bagi mengadakan peruntukan bagi pembaharuan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada Pemeriksa Tapak oleh Pendaftar.

Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 14A, Akta 138 bagi membolehkan Lembaga melantik anggota Jawatankuasa Tatatertib.

Fasal 24 bertujuan untuk meminda seksyen 17 Akta 138 untuk membolehkan Lembaga mengenakan syarat tertentu bagi kemasukan semula seseorang yang mana namanya telah dipotong daripada Daftar.

Fasal 21 dan fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 14A, dan 24A masing-masing bagi memperuntukkan kuasa pada Lembaga untuk melantik anggota Jawatankuasa Tatatertib dan anggota Jawatankuasa Penyiasat berkaitan salah laku profesional.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 59

Tuan Yang di-Pertua, segala cadangan pindaan akta ini mendukung tunjang

Program Transformasi Ekonomi Negara di mana sektor kejuruteraan akan menyumbang kepada GDP negara.

Sektor kejuruteraan juga satu sektor penting yang menyokong sektor-sektor ekonomi lain seperti perkilangan, minyak dan gas dan juga pertanian. Ia juga berpotensi menarik pelaburan dan seterusnya membantu dalam pertumbuhan dan pemantapan sektor kejuruteraan.

Untuk makluman, mengikut International Federation of Consulting Engineers (FIDIC) dengan izin, kuantum keseluruhan professional engineering service, dengan izin, pada tahun 2013 dalam USD330 bilion. Dalam sektor pengangkutan, bangunan dan kemudahan pembangunan tanah, perparitan, kejuruteraan air dan kumbahan yang mengambil kira program pembangunan di beberapa buah negara emerging economies, dengan izin, angka tersebut dijangka meningkat dalam tahun-tahun yang mendatang.

Sementara itu, perdagangan China-Malaysia ekoran five years program for economic and trade cooperation antara tahun 2013 hingga tahun 2017 menjanjikan USD160 bilion menjelang tahun 2017. Ini merupakan peluang terbaik bagi kepakaran tempatan dalam pembinaan kejuruteraan dan perkhidmatan reka bentuk untuk bersaing dan meraih keuntungan.

Kecemerlangan kejuruteraan adalah amat penting bagi menarik pelaburan asing Foreign Direct Investment (FDI) dan menggalakkan perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan dan inovasi bagi menunjukkan khidmat kejuruteraan yang memerlukan kemahiran tinggi pada masa hadapan seperti kejuruteraan angkasa lepas, automobil, teknologi hijau dan teknologi yang berkaitan dengan alam sekitar serta lain-lain di mana syarikat-syarikat kejuruteraan tempatan memerlukan pelaburan dari syarikat-syarikat korporat gergasi (corporate giant), dengan izin, sama ada dari dalam mahupun di luar negara.

Industri yang tidak kompetitif tidak akan meyakinkan pengguna dan orang awam kerana industri berkenaan sentiasa akan mengharapkan subsidi dan sokongan kerajaan. Kini telah tiba masanya untuk berubah dan kementerian melihat pembukaan industri perunding kejuruteraan sebagai peluang terbaik untuk membolehkan firma-firma perunding kejuruteraan tempatan memperluaskan perdagangan di peringkat global. Kemunculan Malaysia sebagai regional hub, dengan izin, perkhidmatan kejuruteraan profesional dalam

tempoh terdekat perlu menjadi misi semua yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2009, Washington Accord telah ditandatangani yang memberikan penarafan dan pengiktirafan kepada pendidikan kejuruteraan. Menerusi perjanjian ini, pendidikan kejuruteraan tempatan disamatarafkan dengan 15 signatory yang

lain iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Ireland, Japan, Korea, Russia, New Zealand, Chinese, Taipei, Hong Kong, Singapura, Turki dan institusi-institusi tahap satu di India dan Sri Lanka.

Ini membolehkan mobiliti graduan dan peluang mendapat pekerjaan oleh jurutera di kalangan negara-negara yang terlibat. Dalam perkataan lain, pendidikan kejuruteraan tempatan telah dinaik taraf, level up, dengan izin, dan dimartabatkan.

Lembaga Jurutera Malaysia akan mempertingkatkan usaha untuk menyelia dan mengeluarkan garis panduan kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan supaya mereka sentiasa menepati standard yang ditetapkan. Kesan sampingannya ialah Malaysia akan menjadi hab pendidikan kejuruteraan yang menarik di Asia Pasifik.

Amalan lama dan perniagaan biasa dalam mengawal perniagaan jurutera perunding telah ketinggalan zaman dan telah membantutkan perkembangan industri. Kementerian ini berpendapat bahawa melalui pindaan-pindaan yang disyorkan, industri perunding kejuruteraan akan menjadi robust dan vibrant, dengan izin, demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Saya dengan ini memohon supaya Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 seperti yang dijelaskan sebentar tadi diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

60 DN 17.12.2014

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada sesiapa

yang menyokong?

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis

ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Mengikut senarai nama yang telah saya terima tadi kita ada lima orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak membahaskan rang undang-undang ini. Mengikut susunan nama kita mulakan dengan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman dan selepas itu diminta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bersedia. Yang Berhormat Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah, Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah dan Yang Berhormat Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman.

Saya lihat di dalam Dewan kita sekarang ada seramai mungkin under 16 orang

sahaja yang berada di dalam Dewan. Yang selain itu saya tidak tahu ke mana. Kita ada kurang lebih 66 orang Ahli-ahli Senator tetapi yang lain itu saya tidak tahu ke mana. Kalau ada berada di luar itu, sila masuk. Teruskan Yang Berhormat Tan Sri.

4.28 ptg.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang pindaan ini.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Jurutera kerana atas inisiatif untuk membentangkan Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) demi untuk mencapai matlamat kerajaan meliberalisasikan ekonomi negara termasuk industri perkhidmatan dan syarikat-syarikat profesional.

Saya percaya ia akan mencapai matlamat dasar liberalisasi untuk meningkat kualiti dan integriti, menggalakkan inovasi dan kemampuan dan meningkat kapasiti profesional supaya setanding dengan piawaian dunia. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, terlewat sedikit tetapi tak apalah, better late than never.

Akta profesion saya telah dibentangkan dan ditukar untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dalam tahun 2011. So, we are a little bit earlier, dengan izin.

■1630

Saya ada beberapa pendapat dan juga pertanyaan pada Lembaga Jurutera melalui Kementerian Kerja Raya berhubung dengan rang undang-undang yang sedang dibentangkan hari ini. Pertama berhubung dengan reciprocal arrangement, dengan izin. Apabila rang undang-undang ini dilulus, kita akan membuka ruang untuk syarikat-syarikat dan individu dari luar negara untuk memegang ekuiti dalam syarikat-syarikat engineering dalam negara ini.

Saya percaya hasrat dasar liberalisasi negara ialah bukan sahaja membuka ruang kepada syarikat negara datang membuat kerja profesion di negara kita, tetapi yang lebih mustahak ialah syarikat-syarikat profesional kita berpeluang untuk membuka cawangan-cawangan di luar negara untuk kepentingan ekonomi negara daripada segi pelaburan, pendapatan dan keuntungan dari luar negara.

Saya nampak sementara kita liberalize, negara-negara lain khususnya di ASEAN tidak membuat reciprocal arrangement, dengan izin. Ini pengalaman saya sendiri. Saya juga ahli profesional dari industri realistik, kita telah liberalize dengan pegangan sehingga 49 peratus kepada pemegang-pemegang saham luar negara. Akan tetapi negara-negara lain masih istimewa pula, negara-negara ASEAN masih tidak membuat demikian dan kita tidak dibenarkan menubuhkan syarikat atau memegang ekuiti.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 61

Dalam hal ini, saya meminta kementerian dan kementerian-kementerian yang lain

terlibat, istimewa pula MITI dalam mesyuarat-mesyuarat antarabangsanya mengambil maklum dalam hal ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah kejejasan professional standard, dengan izin. Kejuruteraan salah satu profesion yang amat penting untuk menentukan bersama-sama dengan arkitek supaya bukan sahaja bangunan-bangunan dan infrastruktur negara kita ini dibina dengan sempurna, selesa, cantik dan memberi faedah kepada penghuni dan rakyat dan menduduki bangunan-bangunan ini dengan selamat. Kita tidak mahu tragedi-tragedi yang lampau sungguhpun tidak banyak, tetapi seperti yang berlaku di Hill View beberapa tahun dahulu akan berlaku lagi.

Saya berharap bahawa pemegang-pemegang ekuiti ataupun shareholders, istimewa pula pemegang-pemegang dari luar negara yang dijemput menjadi equity holders tidak akan, dengan izin, influence dan mengkompromikan profesional standard yang tinggi yang kita ada sekarang demi mendapat kepentingan atau keuntungan yang melebihi. Maklumlah apabila mereka itu memegang ekuiti berkehendak keuntungan yang besar, kita takut standard profesional kita dicompromise oleh sebab influence daripada shareholders, ini dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua: Kompromi.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kompromi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mengkompromikan. Kadangkala

kita pun terlupa.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya faham. Teruskan.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Ketiga ialah kepentingan

syarikat-syarikat kecil yang baru ditubuhkan. Ada juga suara-suara di luar yang didengar bahawa dengan dasar liberalisasi ini, ia takut-takut profesion yang berkenaan akan dapat didominasi oleh syarikat-syarikat besar yang lebih attractive, dengan izin, kepada foreign shareholders. Maka, syarikat-syarikat kecil yang baru ditubuhkan tidak diberi peluang. Saya harap kementerian akan juga mengambil kira perkara ini dan berilah peluang juga kepada syarikat-syarikat tempatan, istimewa pula syarikat-syarikat yang baru sahaja hendak memulakan syarikat profesion masing-masing.

Keempat ini saya diberi, diminta untuk bertanya kepada Menteri, peluang untuk jurutera-jurutera wanita. Sungguhpun banyak sekarang penuntut-penuntut jurutera wanita yang menuntut, saya fahamkan ada 18 buah universiti di negara kita yang buat kursus kejuruteraan, tetapi tidak banyak kalau kita nampak engineers wanita yang kita jumpa. Kebanyakannya ialah engineers. Jadi saya minta untuk berilah peluang ini ataupun Lembaga semasa interview untuk mendaftar engineer ini, bagilah peluang juga kepada engineers wanita yang lain.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ingin saya hendak sebut juga sungguhpun tidak kena mengena dengan kementerian, tetapi yang terlibat Lembaga Jurutera. Kita ada kaedah pendaftaran untuk profesional-profesional yang menjaga bangunan apabila ia sudah siap atau dengan izin, to manage the building seperti air conditioning, lif dan sebagainya. Ada pihak-pihak yang telah cadang supaya penjagaan bangunan ini tidak payah dijaga oleh registered property managers, dengan izin. Ini bermakna any Tom, Dick and Harry boleh membuat pengurusan ini, penjual ikan pun boleh. Malangnya Lembaga Jurutera oleh sebab terpengaruh dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri, sokong cadangan ini. Saya harap Lembaga Jurutera kalau ada ahli-ahlinya di sini, menyemak kembali hal ini. Biarlah pengurusan selepas kita membina bangunan-bangunan ini safe and sound, dengan izin, biarlah pengurusan ini yang juga penting dijaga oleh profesional-profesional seperti engineer sendiri, arkitek dan sebagainya ataupun surveyors dan bukannya oleh sesiapa sahaja yang tidak berdaftar.

Itu sahaja yang saya hendak hujah berhubung dengan rang undang-undang ini. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada kementerian dan juga ahli-ahli lembaga kerana telah membawa rang undang-undang ini supaya ia dapat dilibralize. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

62 DN 17.12.2014

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah.

4.38 ptg.

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian kerana membawa pindaan kepada rang undang-undang kejuruteraan ini di masa yang amat diperlukan.

Seperti yang kita sedia maklum, tujuan pindaan kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1997 adalah untuk meliberalisasikan profesion kejuruteraan di Malaysia iaitu setelah mengambil kira komitmen negara dalam melaksana dasar perdagangan bebas dan mengamalkan prinsip persaingan perdagangan dan pasaran terbuka. Perkembangan dan perubahan struktur ekonomi dunia secara langsung dan tidak langsung memaksa kita untuk membuka bukan sahaja pasaran barangan dan perkhidmatan, tetapi juga penawaran dan permintaan tenaga mahir dan profesional antara negara-negara di dunia.

■1640

Pada hari ini kita membahaskan liberalisasi profesion kejuruteraan melalui rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi jika kita lihat dari perspektif yang lebih luas, kita sebenarnya kita sedang membahaskan satu fenomena yang lebih besar lagi, iaitu fenomena migrasi tenaga berkemahiran tinggi atau profesional secara global, berdasarkan faktor-faktor penawaran dan permintaan yang akan menjadi suatu kelaziman di masa hadapan. Inilah trend sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan juga di masa akan datang. Bukan sahaja menyentuh golongan jurutera, tetapi juga lain-lain profesion, seperti doktor, peguam, akauntan dan sebagainya. Di mana graduan kita akan terpaksa bersaing di pasaran tenaga kerja dan lain-lain profesional dari seluruh dunia, bukan sahaja dengan graduan-graduan tempatan semata-mata di bawah struktur pasaran dan perdagangan bebas.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering diberitahu bahawa perdagangan mahupun pasaran bebas adalah baik untuk ekonomi kita. Ini adalah kerana, ia boleh membuka lebih banyak peluang kepada negara-negara yang mengamalkan dasar perdagangan bebas dan boleh meningkatkan daya saing negara melalui persaingan yang sihat dengan kemasukan profesional-profesional dari luar dengan akses pasaran yang lebih luas.

Sungguhpun demikian, sesetengah negara masih mengawal kemasukan tenaga profesional dari luar ke pasaran mereka termasuklah kita, demi memastikan agar profesional-profesional kita terutamanya graduan-graduan baru tidak diketepikan. Kementerian mestilah menentukan apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan, graduan profesional kita yang baru lulus, yang belum banyak pengalaman, tidak diganggu gugat kedudukan mereka.

Saya difahamkan bahawa kementerian telah mengadakan perbincangan ataupun engagement, dengan izin, dengan banyak pihak untuk memastikan bahawa perkara-perkara seperti kawalan perundangan dan peraturan diperketat terhadap amalan kejuruteraan supaya ia bukan sahaja menjadi tarikan pelaburan dan perdagangan tetapi juga menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat di negara kita.

Perkara-perkara ini adalah perlu dan baik, akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, perkara yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana kita menangani trend ini di masa hadapan. Kita perlu menangani ini bukan sahaja di peringkat badan-badan berkanun dan profesional sahaja, tetapi hendaklah dari awal lagi, iaitu hala tuju sistem pendidikan negara yang boleh melahirkan tenaga-tenaga berkemahiran tinggi yang bersesuaian dan yang boleh diterima di pasaran global.

Kita memerlukan sistem pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi agar graduan-graduan kita tidak akan menghadapi masalah dalam bersaing dengan profesional-profesional dari luar negara dalam apa jua bidang, ia perlu ditangani dari awal lagi.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 63

Kita perlu jelas mengenai tahap persediaan kita untuk bersaing di peringkat ini.

Bukanlah tujuan saya untuk kita mengamalkan dasar ‘protectionist’, akan tetapi kerana kita

tidak lagi boleh berbuat demikian. Akan tetapi apakah yang kita telah dan sedang lakukan untuk berhadapan dengan cabaran ini di masa hadapan?

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga akan membolehkan pembukaan, penerimaan capital daripada pemegang saham yang baru dari luar negara, untuk

membantu syarikat-syarikat yang kurang modal, yang tidak berupaya dengan sendirinya, untuk pergi meneroka ke pasaran baru. Ini kerana apabila kita ingin masuk dan beat untuk projek-projek yang besar di luar negara, memang kita memerlukan kekuatan ekonomi dan kewangan di dalam syarikat itu sendiri.

Oleh sebab ini semua, memang kita perlulah saya rasa syarikat-syarikat kecil yang ingin pergi ke pasaran antarabangsa memanglah perlu mereka mendapatkan partners yang boleh membawa kewangan. Ini kerana kita pun tahu bukan semua syarikat-syarikat yang ada di sini mempunyai kewangan yang kukuh. Jadi di dalam ini bolehkah juga saya dapat tahu bahawa, kementerian bolehkah huraikan apakah yang sebenarnya menjadi kebimbangan kepada badan-badan profesional kejuruteraan ini dan negara ini apabila kita membuka langkah bahawa 30 peratus saham boleh dibukakan kepada sesiapa sahaja dalam syarikat kejuruteraan ini? Apakah kebimbangan mereka ini?

Saya juga mengambil maklum, langkah kerajaan untuk membuka pasaran secara berperingkat-peringkat agar kesannya tidak mendadak. Akan tetapi saya juga ingin tahu apakah peranan kerajaan dalam membantu syarikat-syarikat kejuruteraan tempatan ini dalam meneroka peluang-peluang di luar negara, terutamanya mengenai perdagangan China-Malaysia umpamanya, ekoran kita difahamkan bahawa ada kerjasama dan perdagangan yang dianggarkan tadi disebutkan bernilai lebih daripada USD160 bilion menjelang tahun 2017.

Kita mesti memberi ruang dan tentukan bahawa segala projek usaha sama antara negara-negara yang melibatkan Malaysia mestilah diberi keutamaan kepada jurutera dari Malaysia. Mereka ini memang boleh bersaing jika peluang diberi dan ada capital injection, dengan izin, dan kewangan yang kukuh ini yang boleh mereka masuk dan pergi beat projek-projek mega di luar negara.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian selain dari engagement, dengan izin dengan badan-badan berkanun atau profesional dalam bidang kejuruteraan ini sama ada Lembaga Jurutera Malaysia, Institute of Engineers Malaysia ataupun Board of Engineers Malaysia? Adakah kementerian akan merangka strategi dengan Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Sumber Manusia untuk menghadapi cabaran untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, untuk menentukan bahawa soal penawaran dan keperluan jurutera ini dapat kita tangani. Kita juga hendak menentukan bahawa syarikat-syarikat perunding kejuruteraan Malaysia ini boleh bersaing di peringkat global. Kita mempunyai saya rasa berbagai-bagai pelan induk dalam jangka panjang dalam pelbagai bidang tetapi saya percaya kesemua pelan induk ini perlu melengkapi di antara satu sama lain supaya hasrat kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai. Saya rasa itulah sahaja yang ingin saya nyatakan, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh.

4.48 ptg.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih saya ucapkan kepada

Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 ini. Saya difahami dan setelah mendengar perbahasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dan sebelum ini daripada taklimat bahawa sebenarnya akta yang telah disediakan ini memang objektif dia ialah memberi protection kepada pengguna, ataupun consumer yang menggunakan perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

64 DN 17.12.2014

Pemindahan yang kita lakukan sekarang ini, kita membuat pemindahan ini sebab kita hendak meliberalisasikan bidang kejuruteraan di Malaysia. Saya difahamkan disebabkan Malaysia kita telah mengambil bahagian di dalam satu agreement, World Trade Organization, di mana kita pun telah setuju membuka bidang-bidang profesional ini untuk semua yang menyertai agreement ini. Liberalisasi ini memang bagus, saya setuju. Kita buat ini dengan harapan, yang pertamanya pasaran untuk jurutera-jurutera di Malaysia ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di semua tempat seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara China begitu besar dan berkembang pesat, ekonominya sedang bertumbuh. Kita syarikat-syarikat jurutera Malaysia sekarang dapat mengambil bahagian dalam projek-projek mereka.

■1650

Sebaliknya, ekonomi kita pun tumbuh dengan begitu baik, projek-projek negara kita pun kita akan buka kepada jurutera-jurutera atau syarikat-syarikat profesional asing untuk mengambil bahagian. Saya hendak tahu di sini, berapa banyak jurutera profesional yang telah berdaftar dengan Lembaga buat masa sekarang ini dan berapa banyakkah sebenarnya Malaysia, negara kita mengeluarkan siswazah-siswazah jurutera tiap-tiap tahun? Saya difahamkan bukan semua akan berdaftar ia pakai peratusan yang berdaftar ini. Bila kita membawa, kita membuat liberalization ini terutamanya bila kita dapat lihat daripada apa yang berlaku 20 tahun, 30 tahun dahulu, kita bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mempunyai teknologi tinggi seperti currier, Amerika Syarikat, Perancis, macam-macam Jepun. Jadi ini akan membawa teknologi dan maklumat yang lebih, more experiences, dengan izin, kepada syarikat-syarikat kita. Jadi dengan itu, syarikat Malaysia ini boleh jadi lebih kompetitif.

Untuk consumer pula, bila kita buka bagi syarikat-syarikat dari luar negara datang ke sini, memang bagus untuk consumer, untuk pengguna. Kalau dia hendak buat rumah kah, hendak buat sebuah bangunan kah, dia mempunyai pilihan hendak cari jurutera Malaysia kah atau hendak cari jurutera dari luar negara, he got more choices. Bila kita buat macam ini, lima tahun atau sepuluh tahun, industri ini jadi lebih kompetitif, kualiti ia akan naik. Walaupun demikian, saya berasa sedikit ragu-ragulah, my observations, dengan izin, sebab kadang-kadang bila kita buat liberalisasi ini, kita terlalu banyak menumpukan, berapa banyak business kita akan buat di luar negara. Akan tetapi syarikat yang boleh berjaya di luar negara ini, kita boleh kira. Ia bukan macam ribu-ribu tetapi mungkin 100, 200, 300 tetapi kita telah membuka pasaran di Malaysia untuk syarikat-syarikat antarabangsa.

Saya tidak tahu sama ada bila konsep, bila kita hendak sign seperti hendak sign TPPA, bila kita hendak sign agreement, hendak buka pasaran ini, kita lihat atau tidak, social economic impact, bukan dari jangka masa pendek satu hari atau dua hari, satu tahun atau

dua tahun tetapi dalam jangka masa untuk 30 tahun. Sebab saya hendak beritahu ini, saya lihat Malaysia ini memang telah tumbuh begitu pesat ekonomi kita dalam masa 30 tahun ini, apakah kita tidak ada? Daripada Dayabumi, Look East Policy dahulu.

Kita buat Twin-Towers. Ada highways yang begitu canggih, macam-macam kita

telah buat sebab kita begitu pesat dan tidak melihat kepada impak sosioekonomi, ada masalah-masalah yang telah timbul sebab pesatnya pembangunan kita seperti banyak yang tidak merasa projek-projek ini, tidak merasai dan mereka ini sekarang sudah menjadi rakyat yang tidak tumbuh langsung dalam 20 tahun ini daripada pendapatan, masih tertinggal dalam pendapatan sebanyak RM1,000 atau RM1,200 sebulan. Tidak ada banyak yang pendapatannya begitu banyak sehingga boleh membeli 10 atau 20 buah rumah. Oleh sebab pembangunan yang begitu pesat, kita sekarang telah ada lebih kurang 2 juta atau 3 juta orang pekerja asing. Ini impak sosioekonomi bila kita tidak mengawal.

Saya hendak tahu di sini, bila kita membuka pasaran kita, kita memberi peluang kepada syarikat besar dari luar negara datang sama ada daripada industri, the supporting industry, untuk engineers ini seperti industri pendidikan, universiti, training, kolej, teknologi yang kita ada ini, bolehkah kita bersaing dengan negara-negara lain yang mempunyai teknologi-teknologi yang lebih tinggi ataupun dengan silibus yang lagi bagus?

Bolehkah kita bersaing dalam jangka masa panjang, 20 tahun atau 30 tahun? Sebab saya lihat sekarang saya khuatir, kita ada tengok universiti-universiti kita pada masa dahulu, ranking universiti kita seperti Universiti Malaya yang saya belajar begitu tinggi. Akan tetapi sekarang ranking dia begitu rendah.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 65

Jadi, bila kita buka industri kita dalam masa 10 tahun, 20 tahun pengguna kita

ditengok, “Engineer ini daripada universiti, rankingnya sudah tidak bagus. Saya tidak percaya kerja dia sekarang. Saya lebih suka engineers luar negara”. Boleh menimbulkan satu masalah masa hadapan.

So, perlunya universiti-universiti kita, institusi supporting engineers ini, dia pun bertaraf tinggi, they have to catch up, dengan izin, with the other parts of the world sebab competition ini bukan sahaja mereka yang ada sekarang, memang kita bagus tetapi apa akan terjadi kepada mereka yang baru belajar yang hendak keluar dari universiti nanti.

Saya juga hendak tahu, bila syarikat-syarikat besar datang ke Malaysia membuka pejabat kah ataupun membuka satu service centre di Malaysia, mereka dapat membuat

kerja dengan kos yang lebih rendah. Ini telah kita belajar bila sistem perbankan telah buka untuk syarikat-syarikat antarabangsa. Bank seperti Citibank, ia dapat membuat satu transaksi dengan harga yang murah, malah bank di Malaysia, harga transaksi itu lebih mahal lima kali atau enam kali sebab mereka menumpukan kepada network mereka di seluruh dunia dan mempunyai consumer yang begitu banyak sekali dengan kejuruteraan pun saya rasa sama juga.

Saya hendak tahu, adakah daripada segi kawalan sebuah syarikat asing datang ke Malaysia, dia mendapat kerja tetapi semua kerja selepas dia mendapat kerja besar itu dilakukan di tempat lain seperti draughtsman, dia pakai komputer CAD. Services ini tidak payah digunakan di Malaysia. Dia boleh di India kah, di Australia, tempat lain. There is no multiplayer effects for this country, dengan izin. Saya hendak tahu sama ada benda seperti ini telah pun dikaji oleh kementerian.

Jadi, itu sahajalah perbahasan saya dan dengan ini, saya memang sokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya,

dipersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah. Silakan.

4.59 ptg.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah menjelaskan dengan begitu terang tentang isu ini. Yang Berhormat, saya memang cukup bersetuju dengan Kementerian Kerja Raya dan menyokong dasar kerajaan meliberalisasikan sektor perkhidmatan. Rang undang-undang ini antara lain adalah untuk membawa masuk jurutera-jurutera dari luar negara. Di sini saya merasa agak risau kerana pada hari ini kita mempunyai IPTA, IPTS kita sendiri yang menghasilkan agak ramai jurutera yang profesional, berkemahiran dan berwibawa untuk negara kita.

■1700

Saya risau, adakah dengan langkah ini akan menimbulkan masalah pengangguran di kalangan anak-anak kita, jurutera kita yang kita keluarkan melalui IPTA, IPTS di negara ini? Atau adakah jurutera-jurutera luar negara yang akan ditempatkan di negara ini akan ditempatkan di projek-projek khusus di negara kita? Soalan saya seterusnya, apakah kementerian bercadang atau ada perancangan dalam projek-projek tertentu untuk ditempatkan jurutera-jurutera ini?

Ini kerana Yang Berhormat kalau kita lihat rang undang-undang ini ia seolah-olah telah menganaktirikan jurutera-jurutera kita. Contohnya dinyatakan dalam fasal 15 rang undang-undang ini untuk meminda seksyen 10, Akta 138 iaitu antara lain berbunyi, “Membenarkan jurutera asing yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh lembaga didaftarkan sebagai jurutera profesional.” Bahkan dalam fasal 17 juga, seolah-olah memberi keistimewaan kepada jurutera asing ini sebagai penyemak bertauliah.

Saya faham, bagi suatu rang undang-undang untuk dibentang di dalam Dewan akan diadakan penelitian dan penerangan awam di mana pihak-pihak yang berkepentingan akan dijemput untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai rang undang-undang ini. Persoalan saya, adakah keputusan membuka peluang kepada jurutera asing ini hanya merupakan keputusan Lembaga Jurutera sahaja tanpa dirujuk kepada stakeholders?

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

66 DN 17.12.2014

Berikutnya juga, tidakkah langkah membuka peluang kepada jurutera asing akan akhirnya seperti pepatah Melayu, “Kera di hutan disusukan, anak dikendong mati kelaparan”.

Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan dalam Akta Pendaftaran Jurutera 1967 merupakan akta yang khusus bagi jurutera. Akan tetapi, saya perhatikan ada dua profesion yang dimasukkan ke dalam akta ini iaitu profesion teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak juga turut dimasukkan. Apakah rasional kedua-dua profesion ini dimasukkan?

Seterusnya juga soalan saya berkenaan dengan teknologis kejuruteraan seperti yang kita ketahui bidang teknologi kejuruteraan adalah satu bidang yang khusus. Tidakkah ia akan dianaktirikan apabila dimasukkan ke dalam pindaan Akta Pendaftaran Jurutera ini? Walaupun saya faham Lembaga Jurutera mengguna pakai penanda aras antarabangsa iaitu International Engineering Alliance di mana di bawahnya ada tiga Accord iaitu Washington Accord untuk jurutera, Sydney Accord untuk engineering technologies dan Dublin Accord untuk engineering technician.

Bahkan saya cukup faham kerana saya sendiri sebagai Naib Canselor UiTM, pada tahun 2007 terlibat untuk mendapatkan pengiktirafan Washington Accord dan kita satu-satunya universiti yang mendapat pengiktirafan sepenuhnya untuk lima tahun dari Washington Accord di dalam semua fakulti kejuruteraan di UiTM. Akan tetapi persoalannya, apabila kita membuat perkara ini tidakkah ia akan dianaktirikan dan tidakkah bidang teknologis kejuruteraan dianaktirikan apabila dimasukkan ke dalam pindaan pendaftaran jurutera ini.

Soalan saya berikutnya- saya pun kurang jelas, apakah- kalau saya melihat di sini Kementerian Kerja Raya ada, dan saya hendak tanya apakah fungsi Lembaga Jurutera Malaysia? Apakah kaitannya dengan Kementerian Kerja Raya?

Maka Yang Berhormat, itu sahaja soalan-soalan saya...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mohon mencelah?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Ya.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Sebelum Yang Berhormat Tan

Sri habiskan ucapan, boleh saya mencelah sikit?

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Sila.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai orang yang pernah menjadi Vice Chancellor di UiTM yang kita amat agungkan dan following Yang Berhormat Dato’ Jaspal punya komen berhubung dengan standard of education dalam negara kita ini, dalam pandangan Yang Berhormat Tan Sri, adakah standard of education khusus dalam bidang kejuruteraan kita di IPTA dan IPTS ini, adakah ia standard dunia ataupun sama dengan standard-standard universiti-universiti yang terkemuka? Ini kerana nampaknya Yang Berhormat Dato’ Jaspal mengatakan bahawa kedudukan universiti kita ini masih menurun kalau dibandingkan dengan standard-standard di luar negara. Hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Yang

Berhormat Tan Sri. Saya rasa mudah akan dapat menjawab melalui pengalaman saya sendiri. Ini kerana bercakap daripada segi standard di peringkat dunia di dalam bidang profesional agak berbeza dengan bidang akademik. Dalam bidang profesional contohnya bidang-bidang architecture, engineering, QS, accountancy, law yang paling penting jika ia diiktiraf oleh badan profesional bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di peringkat dunia, maka ia diiktiraf sebagai satu program di peringkat dunia.

Kalau kita lihat di UiTM, contohnya bidang accountancy ia diiktiraf oleh badan profesional seperti CPA, MICPA, ACCA dan lain-lain. Begitu juga engineering. Di bidang engineering buat kali pertama sebenarnya pada tahun 2007 UiTM telah mendapat pengiktirafan Washington Accord. Ia satu-satunya universiti yang diberi pengiktirafan

sepenuhnya lima tahun untuk semua fakulti kejuruteraan.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 67

Begitu juga architecture, QS yang pentingnya saya katakan tadi mestilah

mendapat pengiktirafan di peringkat global melalui badan-badan profesional global. Maka dengan itu ia bersifat global. Itu jawapan saya.

Maka dengan itu Yang Berhormat saya dengan ini mengucapkan terima kasih. Maka dengan itu saya mohon menyokong Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014. Terima kasih.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang

Berhormat Senator Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman, silakan.

5.09 ptg.

Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014.

Pindaan seksyen 2 iaitu pentakrifan mengenai jurutera, teknologis kejuruteraan dan juga lain-lain lagi. Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa Akta Pendaftaran Jurutera 1967 ini telah dipinda sebanyak enam kali. Ini dilakukan sebagai mengikut keperluan semasa dan perkembangan dunia kejuruteraan yang sentiasa progresif. Pindaan sebegini juga memberi maksud bahawa negara sekarang bersedia untuk bersama-sama dengan negara lain untuk maju lagi ke hadapan sambil memberi ruang untuk negara-negara bersama-sama maju dalam liberalisasi industri kejuruteraan.

Sehubungan dengan itu, negara telah mengambil satu langkah yang bermakna pada tahun 2009 dengan menandatangani Washington Accord yang memberi akreditasi

kepada kelulusan-kelulusan kejuruteraan dari negara-negara lain seperti Australia, Kanada, Taiwan, Hong Kong, India, Ireland, Jepun, Korea, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Turki, United Kingdom dan juga Amerika Syarikat. Maka bermula era kelulusan kita dan kelulusan negara yang menandatangani perjanjian itu membawa kita “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.

Untuk jangka masa yang panjang negara akan menerima manfaat yang tidak terhingga yang membolehkan jurutera kita bekerja di negara-negara yang disebutkan tadi dan begitu juga sebaliknya. Ini dinyatakan dengan meminda seksyen 7A dan 7B akta membenarkan 30 peratus ekuiti boleh dimiliki oleh jurutera profesional luar negara. Diperkuatkan lagi dengan seksyen 10, Akta 138 ini yang membolehkan pendaftaran jurutera asing yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh lembaga.

■1710

Setiap kebaikan mesti ada keburukannya. Jadi, apakah negara sudah bersedia menerima penghijrahan jurutera profesional luar ke Malaysia? Sudah kah negara bersedia bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dari luar negara? Mungkin pada peringkat awal, kita seronok, anak-anak kita yang bergelar engineer dapat bertugas di luar negara. Akan

tetapi kita lupa, lompangan yang kita benarkan bagi tenaga profesional asing mengisinya.

Sudahlah buruh kontrak kita 90 peratus dimonopoli oleh tenaga asing, kini tiba masanya para jurutera, teknologi jurutera, arkitek dan juruukur bahan luar negara mengisi penuh keperluan tenaga kerja profesional tanah air. Sungguhpun benar industri USD160 bilion pada tahun 2013, mungkin ada di antara kita berkata, “Let’s share the big cake”, dengan izin. Namun, mampu kah kita bersaing dengan mereka yang memang rakus di luar sana?

Kita kerdil di mana kita mempunyai industri yang terhad, modal yang kecil dan teknologi kejuruteraan yang begitu terkebelakang. Dijangka pada tahun hadapan akan lebih banyak lagi negara yang akan masuk ke dalam Washington Accord ini seperti Bangladesh, Jerman, Pakistan, Filipina dan juga Peru. Maka, persaingan akan lebih sengit di satu pihak yang hebat teknologi tinggi dan satu pihak lagi terkenal dengan harga kos tenaga profesionalnya yang murah.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

68 DN 17.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, kita terbuka kepada buruh asing. Sekarang kita membuka pintu kita kepada golongan profesional pula, ini bakal mengubah sosioekonomi, sosiobudaya dan landskap politik tanah air. Mereka akan datang dengan budaya dan ideologi serta pemahaman mereka yang liberal. Membawa kaum keluarga mereka dan segala jenis penyakit yang pelik. Mungkin pembawa AIDS, pembawa penyakit Tibi, Hepatitis B dan lain-lain penyakit lagi.

Sehubungan dengan itu, cadangan dipohon agar kerajaan mewajibkan setiap mereka diwajibkan melalui ujian psikologi dan ujian kesihatan bagi memastikan mereka stabil daripada segi mental dan sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit berjangkit. Hanya mereka yang sihat sahaja boleh mendaftar sebagai jurutera profesional di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dimohon janganlah pintu masuk sahaja yang kita sediakan, pintu keluar juga kita disediakan. Perlulah ada perlucutan kepada jurutera profesional ini jika mereka melanggar norma agama, kebudayaan dan konflik sosioekonomi negara. Ini mesti jelas dan dimaklumkan supaya kita jangan terperangkap dengan undang-undang yang kita buat sendiri.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berkenaan perjanjian di luar negara selain daripada Washington Accord tadi. Sebenarnya, kita masih lagi tidak termasuk dalam pengiktirafan juruteknik kejuruteraan yang dikenali sebagai Dublin Accord. Masih belum lagi termasuk dalam perjanjian mengiktiraf ahli-ahli teknologi kejuruteraan yang dikenali sebagai Sydney Accord. Masih belum lagi termasuk dalam perjanjian pengiktirafan berkaitan jurutera berlatarbelakangkan pengguna perisian komputer yang dikenali sebagai Seoul Accord.

Sehubungan dengan itu, kita jelas melihat sebahagian tetapi kita lupa bahawa bahagian lain yang penting juga dalam dunia kejuruteraan. Soalan kepada Yang Berhormat Menteri iaitu sejauh manakah kerajaan berusaha menyertai Accord tadi bagi membolehkan kita betul-betul bersaing dengan adil dengan negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, India sebagai negara yang paling aktif berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dunia kepada industri jurutera semenjak tahun 2007 lagi. Pelbagai langkah dilakukan termasuklah membawa tenaga pengajar yang terbaik untuk mengajar di universiti-universiti di India dan juga membawa kontraktor-kontraktor terhebat dunia membuat kerja di India serta termasuk syarikat gergasi dari Malaysia. Di sinilah mereka menerima pengalaman dan mendapatkan pengiktirafan.

Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, di mana pada tahun 2007, untuk mengangkat juruukur bangunan ke tahap tertinggi. Diura-urakan pada masa itu, akan diwujudkan satu akta iaitu Akta Juruukur Bangunan dan Penyelenggaraan. Sehingga kini, Malaysia telah melahirkan ramai juruukur bangunan tetapi tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. Ini bertitik tolak daripada segi keruntuhan beberapa buah bangunan kerajaan yang memberi pukulan hebat kepada dunia kejuruteraan tanah air. Di negara luar, juruukur bangunan mendapat pengiktirafan dan mempunyai akta mereka yang tersendiri. dIfikirkan sudah tiba masanya kita merealisasikan akta ini sebagai menyampaikan harapan daripada Royal Institution of Surveyors Malaysia...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Minta mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Ahli Yang Berhormat sebut berhubung dengan juruukur bangunan. Saya ada sedikit terlibat di dalam inilah sebab mereka itu adalah juga ahli profesional yang saya sendiri menjadi ahli. Kita telah banyak kali meminta kementerian supaya kalaulah ada lembaga juruukur, lembaga arkitek, lembaga engineering, sebab apa kementerian tidak boleh

menimbangkan supaya satu lembaga untuk juruukur bangunan yang boleh menjaga bangunan-bangunan kita ini dibuatkan? Kononnya apabila kementerian mencadangkan lembaga ini, lembaga jurutera dan lembaga arkitek tidak bersetuju dengan penubuhan lembaga ini. Saya juga ingin menambah apa Yang Berhormat katakan tadi dalam hal ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 69

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat. Ini kerana

saya juga amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Di mana kita mesti mewujudkan dan memikirkan akta yang sesuai untuk juruukur bangunan ini untuk meningkatkan keupayaan bidang ini. Okey, saya sambung ya. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Di negara luar, juruukur bangunan

mendapat pengiktirafan dan mempunyai akta mereka sendiri. Difikirkan sudah tiba masanya kita merealisasikan akta ini sebagai menyampaikan harapan daripada Royal Institution of Surveyors Malaysia, mohon kerajaan mempertimbangkan kewujudan mereka.

Sesungguhnya mereka sudah lama di persada industri negara, malah telah lama mendapat pengiktirafan dari Royal Institution of Surveyors United Kingdom dan sebagainya. Akhirnya, saya berharap dengan adanya akta ini akan lebih ramai lagilah anak bangsa menjadi jurutera profesional. Lebih ramai lagilah yang akan mengharumkan nama negara di luar negara. Inilah wadah perjuangan untuk menghasilkan insan-insan yang berjasa kepada bangsa dan negara. Tuan Yang di-Pertua, maka dengan ini saya memohon menyokong Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya,

dipersilakan Yang Berhormat Puan Shahanim.

5.18 ptg.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Saya ingin merakamkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pindaan dalam rang undang-undang ini dengan tujuan untuk meliberalisasikan profesion kejuruteraan di Malaysia demi melaksanakan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan prinsip persaingan perdagangan. Pindaan ini juga selaras dengan keputusan kerajaan supaya sektor perkhidmatan kejuruteraan dibuka untuk penyertaan dan pemegang ekuiti oleh sesiapa sebanyak 100 peratus menjelang 2020. Walaupun saya difahamkan terdapat sedikit kelewatan ia dilaksanakan kerana pindaan yang disyorkan perlu dirunding dan dijelaskan kepada pihak berkepentingan.

Namun, saya percaya beberapa pindaan yang ada dalam rang undang-undang ini dilakukan sejajar dengan tuntutan masa dan keperluan pasaran. Buat masa ini, saya melihat Lembaga Jurutera Malaysia (LGM) selaku badan penguat kuasa kejuruteraan selepas berunding dengan pihak berkepentingan bercadang agar pembukaan untuk penyertaan dan pemegang ekuiti perkhidmatan kejuruteraan akan dibuka secara berperingkat-peringkat sehingga 100 peratus jika perlu.

■1720

Jadi saya pohon kepada kerajaan, setakat mana cadangan LJM itu boleh diterima atau ada atau tidak perancangan tertentu dalam merealisasikan perkara tersebut?

Saya juga hendak bertanya selaras dengan pindaan akta ini, ia juga mengawal perkhidmatan kejuruteraan dengan mengambil kira perkara keperluan untuk mengadakan peraturan berkaitan amalan kejuruteraan supaya kelayakan berkaitan jurutera profesional, jurutera siswazah, teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak menepati penanda aras antarabangsa dan adalah berlandaskan piawaian perlakuan profesional yang tinggi. Jadi saya berharap ia dapat dicapai apabila rang undang-undang ini diluluskan kelak.

Saya juga hendak tahu setakat mana pindaan dalam rang undang-undang ini boleh memenuhi keperluan untuk memperketat kawalan perundangan terhadap amalan kejuruteraan, engineering practice dengan izin, oleh mereka yang tersebut di atas bagi

memastikan kesihatan, keselamatan, kepentingan rakyat dan negara sentiasa dipelihara.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

70 DN 17.12.2014

Saya juga berharap melalui pindaan ini, ada laluan atau pathway, dengan izin, teratur yang bersesuaian kepada graduan dan pekerja di bidang kerja kejuruteraan terlibat bagi meningkatkan kecekapan serta mobiliti menaik, upward mobility. Perkara ini penting.

Sebagai contohnya, dua bidang kerja kejuruteraan sebagai rantaian nilai, value chain, iaitu teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak yang juga merupakan rantaian perkhidmatan kejuruteraan dimasukkan juga di bawah LJM supaya bidang kerja yang dilaksanakan oleh mereka ini diselia dengan rapi. Ini selaras dan menyokong satu lagi langkah kerajaan memastikan mereka yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan dipertanggungjawabkan dengan penguatkuasaan Certificate of Completion and Compliances (CCC) yang menggantikan Certificate of Fitness (CF). Kalau boleh, mereka ini diletakkan di dalam satu akta di mana pekerjaan mereka tidak akan terkeliru oleh orang awam.

Untuk makluman, LJM mengguna pakai International Engineering Alliances sebagai penanda aras kelayakan dalam bidang tugas. Jadi, mana-mana negara yang telah menerima penandatangan dalam kumpulan accord atau perjanjian tersebut diiktiraf dalam

bidang kejuruteraannya dan diguna pakai sebagai satu piawaian antarabangsa.

Saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada UiTM yang pernah mendapat pengiktirafan Washington Accord. Sebagai anak Malaysia, saya amat-amatlah berbangga. Malaysia adalah di antara satu-satunya negara yang telah diterima sebagai penanda tangan accord tersebut.

Bidang tugas perkhidmatan kejuruteraan pula adalah diklasifikasikan dengan kod KPP seperti ditakrif oleh World Trade Organization (WTO). Mengikut definisi ini, seorang jurutera boleh melakukan apa yang seorang teknologis kejuruteraan boleh lakukan tetapi tidak sebaliknya. Teknologis kejuruteraan bukan profesion yang berasingan dengan sendirinya. Ia adalah sebahagian daripada kejuruteraan. Jadi, teknologis kejuruteraan adalah didaftar di bawah pelbagai badan kejuruteraan di negara-negara lain. Bermakna, penakrifan WTO, perkhidmatan kejuruteraan telah didefinisikan dalam takrifan perkhidmatan kejuruteraan profesional di bawah Akta Jurutera Malaysia. Ini adalah sama dengan akta kejuruteraan lain di negara-negara lain. Kesemua penandatangan terdiri dari negara maju di dunia. Ketiga-tiga kategori profesional tersebut bukan asing di antara satu dengan lain dan merupakan rantaian nilai bagi bidang kejuruteraan.

Dengan pindaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967, pindaan 2014 menangani isu-isu teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak, juruteknik kejuruteraan, maka saya berharap benar profesion ini akan dimartabatkan dengan menanda aras dengan piawaian antarabangsa.

Saya sangat berharap lulusan bidang ini kelak sama tinggi dengan lulusan negara maju. LGM dengan pengalamannya sebagai penandatangan tetap Washington Accord mampu membawa teknologis kejuruteraan dan pemeriksa tapak sebagai rantaian nilai ke persada antarabangsa.

Oleh yang demikian, dengan lulusan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 pindaan 2014 dan berasaskan fakta di atas, tidak timbul mana disiplin kejuruteraan memikirkan bahawa jurutera berlainan kelas dan dapat dikategorikan mengikut accord yang sesuai dan dapat berfungsi di dalam pindaan akta tersebut. Tidak dilupakan, pindaan ini juga telah membuat beberapa pindaan untuk menjaga kualiti kejuruteraan di negara ini.

Semoga dengan lulusnya pindaan ini, jurutera-jurutera Malaysia, rakan-rakan saya di luar sana harus mengambil peluang yang sedia ada dan mara ke hadapan untuk menjana pendapatan daripada perkhidmatan kejuruteraan di persada antarabangsa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan itu, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Puan Bathmavathi.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2014 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1) rang undang-undang:

DN 17.12.2014 71

5.26 ptg.

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya yang mengemukakan pindaan-pindaan dalam rang undang-undang ini demi meningkatkan kualiti profesionalisme jurutera di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pihak jurutera mempunyai peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sesebuah negara dan berkaitan ini, saya ingin menarik perhatian kepada tanggungjawab mereka dalam mengamalkan undang-undang dan juga undang-undang kecil berkaitan dengan kemudahan bagi orang kurang upaya. Di sini saya rujuk kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 34A.

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Mei 2013, pihak DBKL telah menganjurkan satu seminar bertajuk “Pemahaman Penyata Aksesibiliti Penyediaan Kemudahan Orang Kurang Upaya” dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak DBKL kerana bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan Bandar Raya Kuala Lumpur mesra OKU.

Berikutan seminar ini, satu garis panduan telah dikeluarkan yang bertajuk, “Arahan Pelaksanaan Dasar dan Polisi Penyediaan Kemudahan OKU DBKL”. Dalam Arahan ini disebut, seseorang principal submitting person yang mengemukakan pelan-pelan baru untuk bangunan perlu menandatangani suatu perakuan yang berbunyi begini, “Saya mengakui bahawa kesemua keperluan OKU yang akan dibina mematuhi piawaian Malaysia MS1183, 1184 dan Akta Orang Kurang Upaya 2008. Saya memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya”.

Tuan Yang di-Pertua, klausa ini diletakkan sebagai syarat bagi semua pemohon bagi kelulusan Development Order dan juga bagi kelulusan bangunan CCC dan sekiranya ia diingkari, tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap principal submitting person oleh DBKL sebagai PBT. Dengan ini, saya harap semua PBT akan mencontohi usaha baik DBKL dan juga pihak Lembaga Jurutera Malaysia mengambil maklum dan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap undang-undang ini.

Sekian sahaja. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah. Yang Berhormat, Yang Berhormat merupakan

Yang Berhormat yang terakhir membahaskan Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera. Waktu kita sekarang pun dah pukul 5.29 petang. Jadi oleh sebab kita tak ada lagi yang hendak membahaskan rang undang-undang ini, maka Yang Berhormat Menteri boleh menjawab esoklah Yang Berhormat sebab waktu kita sekarang dan tepat pukul 5.30 petang. Sambung balik esok ya, Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 18 Disember 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.]