Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JHid IV
Bil. 4 Bari Khamis
20hb April, 1978
PENYATA RASMI P ARLIMEN PARLIMENTARY DEBATES
DEWAN NEGARA SENATE
PARLIMEN KEEMPAT Fourth Parliament
PENGGAL KEEMPAT Fourth Session
KANDUNGANNYA
.JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 313]
USUL: Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Timbalan Yang di-Pertuan
Agong [Ruanpn 345]
-----------------------------------------·---------
MALAYSIA
PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA
Penyata Rasmi Parlimen
PENGGAL YANG KETIGA
AHLI AHLI DEWAN NEGARA
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK ff.An OMAR YOKB-LIN ONG, P.M.N., ,, S.P.M.S., D.P.M.S. (Dilantik).
..
..
..
..
Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua, TAN SRI DATU.IC s. 0. K. UBAIDULLA, P.S.M., D.P.M.S., J.M.N. (Dilantik).
Timbalan Menteri Penerangan, DATO' ff.An OTHMAN BIN !IA.JI ABDULLAH, D.P.M.J., P.C.M. (Dilantik).
Timbalan Menteri Kewangan, PUAN RAFIDAH Aziz, A.M.N. (Dilantik) •
Timbalan Menteri Pelajaran, TUAN !IA.JI SALLEH BIN JAFARUDDIN (Dilantik).
Setiausaha Parlimen Kementerian Sa.ins, Teknoloji clan Alam Sekitar, TuAN LAW llmNG DING (Dilantik).
JENERAL TAN SRI HA.JI ABDUL HAMID BIN BIDIN, P.S.M., S.P.M.K., D.I.M.P., J.M.N., P.M.P., P.P.T., P.J.K. (Dilantik).
DATUK HAJJ ABDUL RAzAK BIN ff.An HUSAIN, D.S.W., J.S.M., S.M.P. (Dilantik).
TuAN V. V. A.Boo, A.M.N., J.P. (Dilantik).
DATUK HAJI ABu BAKAR TITINGAN BIN DAMSANI, s.P.D.K., P.G.D.K., A.D.K., A.M.N. (Dilantik).
DATUK HAJJ AHMAD BIN ARSHAD, D.P.M.J., A.M.N., S.M.J. (Johor).
TUAN HAJJ AHMAD AzIZUDDIN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN, P.M.P. (Dilantik).
TUAN ALI BIN AHMAD, A.M.N. (Perlis).
DATUK CHONG Foo KHIN, D.S.K.D., P.J.K., P.P.T., J.P. (Negeri Sembilan).
TuAN CHoo CHING HWA, K.M.N., P.J.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).
TuAN CHUA CHING CHENG, P.J.K., J.P. (Melaka).
DATUK CHUA SONG LIM, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., J.P. (Johor).
PuAN 0ASIMAH DASIR, A.M.N., J.P. (Dilantik).
PUAN IIAJJAH FATIMAH BINTI ff.An SALIM, A.M.N., P.I.S. (Dilantik) .
TUAN T. s. GABRIEL (Dilantik).
DATUK SERI HAJI HUSSEIN BIN MOHD. NOORDIN, S.P.M.P., J.M.N., P.J.K., J.P. (Dilantik).
TuAN IBRAHIM BIN ABDULLAH, A.M.N., A.M.P., P.J.K., J.P. (Perak) .
DATO' HAJI IBRAHIM BIN HAJJ YAACOB, D.P.M.S., J.S.M., P.J.K., J.P. (Dilantik).
TuAN ISMAIL BIN HASHIM, A.M.N., P.B.M. (Melaka) .
307 20 APRIL 1978 308
Yang Berhormat TuAN ISMAIL BIN SHEIKH IBRAHIM. P.P.N. (Perlis).
..
..
TuAN JOSEPH UNTING ANAK UMANG, P.B.S. (Sarawak).
TuAN KAM WOON WAH. J.P. (Dilantik:).
TuAN IUMARUL ARIFFIN BIN MOHAMED Y ASSIN (Dilantik).
TuAN HA.JI KHALID BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., J.P. (Dilantik).
TAN SRI LEE BooN CmM. P.S.M., S.M.S. (Dilantik:).
DATUK LEE Loy SENG. J).P.M.P •• J.P. (Perak).
DR LIM KBNG Y AIK. (Dilantik) .
TuAN M. MAHALINGAM (Dilantik).
DATIN liAJJAH MAHIMON BINTI HAJJ HAR.UN. S.M.P., A.M.N., J.P. (Pahang).
TUAN HAJ1 MAHMOUD alias MAHMOUD SALIM BIN HAJ1 MOHAMAD, s.M.T., A.M.N., P.J.K. (Trengganu).
TUAN MICHAEL WONG KUAN LEE (Dilantik).
DATO' HAJJ MOHAMED BIN NASIR, S.P.M.K., J.M.N., J.P. (Kelantan).
TuAN HA.JI MOHD. AMIN BIN HA.JI y AAKUB, p .M.K. (Kelantan).
TAN SRI HAJI MOHD. GHAZAL! BIN HAJI JAWI, P.M.N., S.P.C.M. (Dilantik).
DATUK MOHD. TAHIR BIN ABDUL MAJID, D.P.M.S., S.M.S., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).
TUAN HAJI NORDIN BIN PESAH, A.M.N., J.P., P.J.K. (Negeri Sembilan).
TuAN OH Smw AUN. J.P. (Pulau Pinang).
TOK PANGKU PANDAK HAMID BIN PlJTEH JALI, P.J.K. (Dilantik.).
DATUK V. PONNUSAMY PILLAI, D.P.M.P., K.M.N .• P.M.P., P.J.K., J.P. (Dilantik).
RAJA DATUK NONO CHIK BIN RAJA ISHAK, D.P.M.S., J.S.M., S.M.S., P.J.K. (Selangor).
PuAN HAJJAH SALMAH BINTI SHEIKH HUSSAIN, A.M.N., P.K.T. (Dilantik).
DATUK DR c. SINNADURAI, P.S.D., P.N.B.S., D.P.M.P., J.M.N., S.M.B., P.J.K. (Dilantik).
DATUK STEPHEN ROBERT EVANS, P.G.D.K., J.P. (Sabah).
DATUK SYED HASSAN AIDID, D.P.M.N., J.M.N., P.J.K., J.P. (Pulau Pinang).
TUAN TING MING HIA alias TING MING HOI (Sarawak) .
PUAN HAJJAH TOM SAODAH BINTI HAJI OTHMAN, A.M.N., P.P.N. (Kedah).
TUAN v. s. M. VELLAYAPPA, S.D.K., A.M.N., J.P. (Kedah).
DATUK DR WEE KHOON HOCK, D.P.M.K., A.K., Datuk Kaya Pati (Dilantik).
TUAN WONG KIE NAI (Dilantik).
TuAN YAP PENG alias YAP PIAN TAU (Selangor).
TAN SRI DATUK YEH PAO Tzu, P.S.M., P.G.D.K., A.M.N. (Sabah).
PlJAN ZAWIAH BINTI ABDULLAH, P.J.K., P.P.N. (Trengganu).
309 20 APRIL 1978
DEWAN NEGARA
PEGAWAI-PEGAWAJ KANAN
Setiausaha Dewan Negara: Haji A. Hasmuni bin Haji Hussein.
Pemangku Timbalan Setiausaha: Mohd. Salleh bin Abu Bakar.
Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abd. Hamid.
BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN
Penyunting: Y ahya Manap.
Penolong Penyunting: P. B. Menon.
Penolong Penyunting: Osman bin Sidik.
Pemberita-pemberita:
N. Ramaswamy.
Louis Yeoh Sim Ngoh.
Abdul Rahman bin Haji Abu Sa.mah.
Suhor bin Husin.
Amran bin Ahmad.
Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.
Margaret Chye Kim Lian.
Puan Ng Chong Kin.
Puan Kong Y ooi Thong.
Juliah binti Awam.
Supiah binti Dewak.
Ismail bin Hassan.
Shamsiah binti Mohd. Yusof.
Kalsom binti Ghazali.
BENTARA MESYUARAT
Mejar (B) Shariff bin Md. Saad.
310
313 20 APRIL 1978
MALAYSIA
314
DEWAN NEGARA
Khamis, 20hb April, 1978
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN
PERTANYAAN
GELARAN "TUN" (S.M.N.)
1. Tuan T. S. Gabriel minta Perdana Menteri menyatakan samada beliau menganggap sesuai kurniaan gelaran Tun (s.M.N.) diberi kepada seseorang pemimpin Kerajaan yang dilantik menjadi Perdana Menteri sebaik: sahaja beliau dilantik. Ini memandangkan pada masa sekarang Yang di-Pertua Negara dan juga lain-lain pemimpin telah diberi gelaran Tun, sedangkan seorang pemimpin Kanan sekali di dalam negara (Chief Executive of the Nation) yang menjadi Perdana Menteri cuma bergelar Datuk.
Timbalan Perdana Menteri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad): Tuan Yang diPertua, saya mohon izin menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana soalan ini menyentuh tubuh badan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. J awapannya berbunyi demikian:
Pada anggapan saya, seseorang itu tidak semestinya diberi gelaran Tun semata-mata kerana ia dilantik menjadi Perdana Menteri. Gelaran Tun iaitu yang diberi kepada penerima darjah Seri Maharaja Mangku Negara (s.M.N.) adalah kurniaan kepada seseorang yang telah memberi jasa dan khidmat yang sangat cemerlang kepada bangsa dan negara. Jadi. sesiapa sahaja yang memenuhi syarat itu, termasuik: Perdana Menteri sendiri bolehlah dikumiakan gelaran Tun.
KILANG MARDEC DI RANTAU
2. Tuan Haji Nordin bin Pesah minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan samada pihak MARDEC akan membina semula kilangnya di Rantau, Negeri Sembilan yang telah terbakar pada tahun 1976 dahulu.
Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Tuan Paul Leong Khee Seong): Tuan Yang di-Pertua. pihak Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) akan mendirikan semula kilangnya di Rantau. Perkara tersebut telahpun dibincangkan dengan pihak Kerajaan Negeri Sembilan.
Adalah dipersetujui. kilang yang akan didirikan itu hanya untuk memproses getah sekerap sahaja kerana memandangkan terdapat sebuah lagi kilang MARDEC yang memproses susu getah yang berdekatan, iaitu di Ulu Ara, Negeri Sembilan. Kilang yang baru ini akan didirikan di tapak yang baru kerana tapak yang lama didapati tidak sesuai. Pada masa ini pihak MARDEC sedang menunggu kelulusan tapak tersebut dari Kerajaan Negeri Sembilan.
Datok Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah didapati oleh Kementerian yang berkenaan bahawa kebakaran kilang di Rantau ini dilakukan oleh anasir jahat dengan sebab tidak senang hati bahawa kilang ini didirikan mereka tidak dapat lagi mengutip getah-getah sekerap daripada pekebun-pekebun kecil? Yang kedua, adakah keba:karan itu telah menerima insuran?
Tuan Paul Leong Khee Seong: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini punca sebenar kebakaran belum lagi diketahui. Saya fikir itu syak hati Ahli Yang Berhormat itu sahaja. Setakat ini kita belum menerima bukti-bukti berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Waiau bagaimanapun, Ahli Yang Berhormat boleh memberitahu
315 20 APRIL 1978 316
Kementerian saya atau saya sendiri buktibukti berhubung dengan kes-kes ini, kita akan menyiasat kes ini.
Jumlah kerosakan dari kebakaran adalah sebanyak lebih 'kurang $1.8 juta dan ditanggung penuh oleh insuran. Baru-baru ini MARDEC telah menerima bayaran insuran.
PENCEN/GANJARAN PESARA-PESARA
3. Tuan M. Mahalingam minta Perdana Menteri menyatakan samada sistem perkiraan pencen pesara-pesara dapat diperbaiki untuk mencegah berlakunya kesilapan dan kekeliruan kerana tanpa diberitahu terlebih dahulu pencen bulanan mereka dikurangkan ataupun dipotong disebabkan kesilapankesilapan perkiraan seperti ini.
Menteri Tak Berpotfolio (Tuan Richard Ho Ung Hun): Tuan Yang di-Pertua, pencen dan ganjaran yang layak diterima oleh seseorang pesara itu adalah dikira berdasarkan faktor-faktor yang telah ditetapkan di bawah undang-undang pencen. Kesilapan pengiraan pencen tak mungkin berlaku kerana tiap-tiap perkiraan adalah diodit oleh Juru Odit Negara sebelum kertas pencen berkenaan diluluskan.
Waiau bagaimanapun, mungkin ada pesara-pesara berasa keliru sedikit tentang potongan-potongan yang dibuat daripada ganjaran atau pencen bulanan sungguhpun potongan-potongan tersebut dibuat dengan pengetahuan mereka semasa bayaran ganjaran dan pencen pertama dilakukan.
Ada masanya potongan-potongan daripada bayaran yang disebutkan itu tidak mencukupi bagi mengutip balik hutang-hutang pesara dengan Kerajaan. Di dalam keadaan demikian potongan-potongan dibuat daripada pencen bulanan sehinggalah hutang-hutang itu selesai.
Adalah menjadi amalan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memberi maklumat kepada pesara-pesara berkenaan, tentang potongan yang dibuat itu. Tetapi jika arahan-arahan potongan daripada Jabatan atau ajensi berkenaan telah juga disalinkan kepada pesara-pesara adalah difikir tidak perlu lagi untuk Bahagian Pencen memberikan penerangan kepada pesara berkenaan mengenai potongan yang sama.
Namun demikian, Bahagian Pencen sedang mengubahsuaikan sistem dan peraturan membuat potongan-potongan daripada pencen bulanan pesara~pesara dan akan menambahkan Iagi maklumat yang diberi kepada mereka agar kekeliruan dapat dielakkan di masa hadapan.
Tuan T. S. Gabriel: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu mengikut perenggan 10.16 Pekeliling Perkhidmatan No. 2/1977, perkhidmatan kakitangan Kerajaan yang diambil kerja waktu pemerintahan Jepun boleh diambil kira bagi tujuan perkiraan pencen. Bolehkah saya diberitahu samada syor tersebut akan dilaksanakan? Apakah keadaan pada masa sekarang dan bilakah masaalah ini akan dilaksanakan?
Tuan Richard Ho Ung Hun: Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab soalan pokok ini adalah berkenaan dengan sistem perkiraan pencen dan juga oleh sebab saya tidak tahu apakah kandungan dalam Pekeliling yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu? Saya minta notis.
Puan Dasimah Dasir: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya suka bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai pencen. sebagaimana yang telah diterangkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, mengatakan bayaran itu sangat senang, tetapi saya telah dapati susah, kerana baru-baru ini seorang telah mendapat $143 pencen tetapi sehingga tiga bulan lamanya beliau mendapat $34.10 kemudian isterinya telah pergi kepada saya membuat surat dan saya telah bawa ke Kuala Lumpur. Sehingga hari ini beliau pun sudah meninggal dunia dan saya belum menerima jawapan lagi. Apakah sebab kelambatan itu?
Tuan Richard Ho Ung Hun: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju pada masa yang Iampau itu ada kadangkala berlaku kelambatan pembayaran pencen. Ini telah diakibatkan oleh peruntukan-peruntukan di bawah arahan Perbendaharaan yang menghendaki semua pinjaman-pinjaman sesuatu itu dibayar terlebih dahulu dan kemudiannya pencen itu dibayar. Akan tetapi oleh sebab masaalah itu Kerajaan pun telah mengarahkan supaya pemakaian arahan Perbendaharaan itu dilonggarkan bagi membolehkan pencen dibayar dahulu sementara menunggu kepastian mengenai jumlah hutang yang akan ditolak daripada ganjaran pesara berkenaan
317 20 APRIL 1978 318
dan dengan arahan itu saya percaya dan yakin pada masa akan datang kelambatan itu akan dikurangkan seberapa yang boleh.
Tuan T. S. Gabriel: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Masaalah pencen bertambah buruk daripada masa ke masa. Masaalah ini bersangkut dengan segolongan rakyat yang telah berkhidmat demi untuk kepentingan negara beberapa tahun sebelum mereka pencen. Sungguhpun Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masaalah ini saya ingat Kerajaan belum lagi selesaikan dengan memuaskan pel'lkara pencen. Jadi rakyat melalui Dewan Negara ini ingin tahu ....
Tuan Yang di-Pertua: Ini pada pendapat saya perkara ini Yang Berhormat Menteri sudah jawab.
RAPAT UMUM PILIBANRAYA
4. Tuan Chua Ching Cheng minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan samada beliau bercadang untuk mengharamkan rapat-rapat umum diadakan semasa kempen pilihanraya di negara kita dalam pilihanraya umum akan datang untuk mengelakkan kemungkinan peristiwa-peristiwa yang tidak diingini berlaku.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Tuan Rais Yatbn): Tuan Yang diPertua, disebabkan tarikh pilihanraya umum belum lagi ditentukan Kerajaan masih belum membuat apa-apa keputusan samada membenar ataupun tidak membenarkan rapatrapat umum semasa kempen pilihanraya terse but.
Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Husain: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh sebab kawasan Morib akan mengadakan pilihanraya kecil tidak lama lagi, adakah Kerajaan bercadang hendak membuka supaya kempen pilihanraya boleh dibuat di majlis terbuka?
Toan Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, soal pilihanraya kecil Morib itu tidak ada sangkutan dengan soalan asal, tetapi pihak Polis memang mengkaji situasi itu.
Datuk Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Walaupun belum dapat ditentukan samada dibolehkan rapat umum atau tidak, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan pada kaca mata Kerajaan rapat umum ini diadakan pada tiap-tiap pilihanraya itu molek ataupun sebaliknya kita terus haramkan. Saya hendak tahu macam mana kaca mata Kerajaan dalam perkara ini?
Tuan Rais Yatiln: Tuan Yang di-Pertua, penilaian yang dibuat oleh Kerajaan bersabit dengan samada untuk membenarkan atau sebaliknya rapat-rapat umum menjelang pembuangan undi adalah bergantung kepada penilaian keselamatan dan kemungkinankemungkinan timbulnya huru-hara ataupun kemusnahan kepada harta-benda dan nyawa dari segi penelitian pihak-pihak yang menguatkuasakan Undang-undang Pilihanraya. Setelah dibuat penelitian terhadap peruntukanperuntukan tersebut dan jangkaan-jangkaannya, maka keputusan bolehlah diambil oleh penguasa yang berkenaan. J adi sesuatu situasi itu tidak dapat diberi keputusan am sahaja.
Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Masa hendak pilihanraya boleh jadi tidak lama lagi ataupun lama lagi. Jikalau tidak lama lagi, katakanlah 2 bulan-ini tekaan dalam 2 bulan itu kerana negeri kita sudah disiasat, 3-4 tahun kita sudah memerintah tentu kita sudah menyiasat bagaimana keadaan negeri kita, getahnya baik, bijihnya baik, lombongnya baik, kayu-kayannya semua baik, orangnya pun baik-tak ada apa-apa. Jadi, lagi 2 bulan sahaja hendak pilihanraya tentulah Polis sudah siasat, Special Branch sudah siasat, segala-gala sudah siasat situasi negeri itu, dan tentulah pada hari ini sudahpun dapat tahu. Ada atau tidak kempen macam mana diadakan dalam negeri-negeri yang demokrasi yang bukan demokrasi terpimpin.
Tuan Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, perasaan Ahli Yang Berhormat itu bahawa mungkin diadakan pilihanraya 2 bulan lagi itu tidaklah dapat diterima oleh Kerajaan p~~a hari ini sebab itu pendapat persendirian .....
Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Untuk penjelasart. Saya hendak menerangkan bukan saya mengatakan 2 bulan lagi-tidak. kalaulah 2 bulan lagi.
319 20 APRIL 1978 320
Tuan Rais Yatim: Mengikut Peraturan Mesyuarat; Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh membuat sangk:aan atas sesuatu perkara yang akan berlaku. Oleh itu, soalan Ahli Yang Berhormat itu tidak boleh diselesaikan dengan jangkaan (supposition).
LAMBANG BULAN SABIT MERAH
S. Tan Sri Datuk Yeh Pao Tzu (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Kebajikan Am menyatakan samada Bulan Sabit Merah diiktiraf oleh dunia, memandangkan bahawa Negara Republik Arab Bersatu pun menggunakan palang merah, semasa aman dan perang.
Menteri Kebajikan Am (Datin Paduka Hajjah Aishah binti Haji Abdul Ghani): Tuan Yang di-Pertua, Artikel 38, Geneva Convention, 1949 telah memberi pengiktirafan yang sama kepada lambang palang merah dan bulan sabit merah. Saudi Arabia dan Egypt juga menggunakan lambang bulan sabit merah.
PERDAGANGAN MALAYSIA-KOREA
6. Tuan V. S. M. Vellayappa min ta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menjelaskan faedahnya bagi Malaysia mengadakan perhubungan perdagangan dengan Korea Utara dan adakah Kementerian beliau akan menganjurkan satu rombongan para pedagang dari Malaysia melawat Korea Utara untuk meninjau lebih dekat mengenai hubungan perdagangan antara kedua negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Lew Sip Hon): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini jumlah perdagangan antara Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Korea adalah kecil. Dalam tahun 1976 jumlah perdagangan antara kedua negara ialah 16.8 juta ringgit iaitu kira-kira 0.073% daripada jumlah perdagangan luar Malaysia. Ekspot Malaysia ke Republik Demokratik Rakyat Korea secara direct hanyalah berjumlah 0.6 juta ringgit tetapi impotnya berjumlah 16.2 juta ringgit. Dengan demik.ian, Malaysia mengalami kuranga.n perdaganga.n sebanyak 15.6 juta ringgit dalam tahun 1976.
Sungguhpun jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Republik Demokratik Rakyat Korea sekarang ini kecil, tetapi ada kemungkinan perdagangan terns antara kedua negara akan bertambah. Ketika ini Republik Demokratik Rakyat Korea mengimpot sejumlah besar bahan-bahan keperluan seperti getah, timah dan minyak kelapa sawit melalui negara ketiga. Baru-baru ini, Delegasi Perdagangan daripada Republik Demokratik Rakyat Korea yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menterinya telah menyuarakan minat negaranya untuk membeli barangbarang tersebut terus daripada Malaysia.
Selanjutnya, sukalah saya mengesahkan kepada Yang Berhormat bahawa kedua-dua negara ini juga sedang mengambil tindakan untuk mengadakan satu "Perjanjian Perdagangan" antara kedua negara dengan tujuan mengujudkan perhubungan perdagangan terus.
Selain dari tindakan-tindakan yang saya nyatakan tadi, Kementerian saya juga akan memberi pertimbangan serta meneliti kemungkinan menghantar satu rombongan ke Republik Demokratik Rakyat Korea untuk merapat· kan lagi hubungan perdagangan di antara kedua negara.
BAHASA MANDARIN DI SEKOLAH
7. Tuan Michael Wong Kuan Lee minta Menteri Pelajaran menyatakan samada, memandangkan kemudahan-kemudahan yang tidak puashati dan pengajaran bahasa ibunda pelajar dalam sekolah-sekolah, misalnya, Mandarin, selalu terdapat tidak ada guru. guru merigajar bahasa itu sungguhpun ada seramai 15 atau lebih ibubapa-ibubapa membuat permintaan itu, dan jika tersedia ada sekalipun guru-guru itu pun tidak mempunyai kelayakan-kelayakan yang mencukupi, apakah tindakan-tindakan yang telah diambil supaya membetulkan keadaan itu dan jika ya, apakah tindakan-tindakan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran (Tuan Haji Salleh bin Jafaruddin): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran telah mengadakan peraturan untuk mengatasi kesulitan pengajaran bahasa ibunda seperti bahasa Mandarin. Mengikut peraturan ini Guru-guru Besar yang berkenaan boleh menggunakan guruguru yang terlatih dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) yang berhampiran untuk
321 20 APRIL 1978 322
mengajar Bahasa China di sekolah mereka. Guru-guru Bahasa China itu akan diberi kebenaran sebanyak 4 jam se$ggu untuk mengajar pengajaran bahasa ibunda. Jika perlu, misalnya masih kekurangan tenaga, Pengarah Pelajaran Negeri akan membenarkan guru-guru itu mengajar sehingga 6 jam seminggu. Kementerian Pelajaran telah mengarahkan bahawa hanya guru-guru yang mempunyai kelayakan yang sesuai sahaja boleh mengajar Bahasa China.
Datuk Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pihak Kerajaan mempunyai hasrat hendak mengembangkan bahasa-bahasa dalam negeri ini termasuk bahasa ibunda rakyat negeri ini, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian ini bahawa satu daripada perkembangan bahasa yang hendak diwujudkan iaitu bahasa Arab. Bila masanya bahasa Arab itu hendak dilaksanakan untuk dijadikan salah satu bahasa di sekolah-sekolah menengah kita dalam tanahair ini.
Tuan Haji Salleh bin Jafaroddin: Tuan Yang di-Pertua, bahasa Arab sebenarnya sudah diajar dalam matapelajaran Ugama Islam di sekolah-sekolah untuk penuntutpenuntut Islam sahaja.
Datuk Dr Wee Khoon Hock: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bilangan graduates dengan ijazah bahasa Mandarin daripada Chinese Language Department, Faculty of Arts, University Malaya pada tahun 1977 dan 1976.
Yang kedua, berapa orang daripada jumlah ini dilantik mengajar bahasa Mandarin di sekolah-sekolah menengah di negara kita.
Tuan Haji Salleb bin Jafaruddin: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya tidak ada mempunyai angka-angka pada saat ini, saya minta notis.
FILEM TEMP ATAN DI TELIVESYEN
8. Tuan V. V. Aboo minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengutamakan penayangan filem-filem tempaitan di telivisyen, daripada lebih mengutamakan filem-:filem dari luar seperti apa yang berlaku sekarang.
Timbalan Menteri Penerangan (Dato' Haji Othman bin Haji Abdullah): Tuan Yang diPertua, pada fahaman saya :filem-filem tempatan yang disebutkan di dalam soalan Ahli Yang Berhormat itu adalah mengenai dua jenis :filem, satu :filem-filem feature dan satu lagi filem-filem rencana atau dokumentasi. Bagi kedua-dua jenis :filem itu dari segi penayangan di TV memanglah menjadi dasar Kementerian Penerangan memberi keutamaan kepada filem-filem tempatan lebih daripada :filem-filem dari luar negeri.
Kini perlaksanaan dasar tersebut membayangkan bahawa filem-filem rencana keluaran tempatan telah memenuhi kehendak Kementerian ini. Ini adalah kerana hampir kesemua filem-filem rencana tempatan yang diperlukan oleh pihak R TM boleh dipenuhi oleh Filem Negara Malaysia dan pihak RTM sendiri. Namun demikian saya sedar dan telah memberi penerangan satu ketika dahulu bahawa :filem-filem feature tersebut terbitan tempatan masih berkurangan untuk memenuhi dasar tersebut dan perkara ini berlaku bukanlah dengan kehendak pihak RTM malahan disebabkan oleh kekurangan filem-filem feature tempatan dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya.
Filem-filem feature tempatan yang sesuai untuk tayangan TV adalah sangat berkurangan. Jika ada sekalipun bekalannya kadangkala soal kadar sewaannya yang tinggi yang tidak dianggap menasabah pada peraturan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan serta ketidak-sanggupan pihak pembekal-pembekal filem itu memberi sewa filem-filem mereka kerana sebab-sebab pemiagaan adalah faktor yang menyekat tercapainya tujuan dasar yang saya sebutkan tadi.
Datuk Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban, Ada tujuan Kementerian ini menayangkan :filem-fi.lem di TV, adakah dengan tujuan ,supaya memberi hiburan ataupun dengan tujuan bendak memberi pendidikan atau ilmu pengetahuan?
Dato' Haji Othman bin Haji Abdullall: Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali dasar RTM ialah memberi pendidikan mengikut rangka rencana yang dibuat dan di samping itu memberi hiburan kepada rakyat. Jadi, kalau sekiranya kita lihat bahawa kadang-kadang tayangan :filem di TV itu ada yang berbentuk filem biasa, ini merupakan
323 20 APRIL 1978 324
hiburan kepada rakyat yang sedang bekerja keras pada siang harinya dan malam mereka dihiburkan dengan filem-filem yang tersebut dan kadangkala kita boleh lihat rencanarencana TV. Ada rencana pendidikan, bukan sahaja pendidikan itu bagi orang dewasa, tetapi juga ada melibatkan pendidikan kepada sekolah dan kanak-kanak.
HAD LAJU KENDERAAN
9. Datuk Haji Abu Bakar Titingan bertanya kepada Menteri Kerjaraya dan Kemudahankemudahan Awam samada beliau sedar bahawa kemalangan jalanraya akibat lorilori dan kenderaan-kenderaan berat semakin bertambah dan samada beliau akan menghadkan laju kenderaan-kenderaan tersebut yakni lori-lori dan bas. Jika ya, bila dan jika tidak, mengapa.
Timbalan Menteri Kerjaraya tlan Kemndahan-kemodahan Awam (Dr Goh Cheng Teik): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian saya sedar. Tindakan kuatkuasa adalah dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak pihak yang berkenaan. Di samping itu langkah-langkah sedang diambil untuk mengenakan had laju di jalanraya dan lebuhraya bagi mengawal perjalanan kenderaankenderaan.
Perlu dimaklumkan bahawa had laju kenderaan yang ditetapkan bukanlah punca masaalah kemalangan jalanraya oleh sebab had laju yang dikenakan adalah tidak terlalu tinggi.
PENUNTUT BUMIPUTRA DI INSTITUSI PELAJARAN TINGGI
10. Datuk Haji Ahmad Arshad (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Pelajaran menyatakan langkah dan usaha yang konkrit yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kadar kegagalan di kalangan penuntut-penuntut Bumiputra di institusiinstitusi pelajaran tinggi dan bagaimana kajian mengenai mengadakan kemudahan asas dan tenaga pengajaran di seluruh negara dan kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian dalam bidang-bidang ini sekarang.
Tuan Haji Salleh bin Jafaruddin: Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya kadar kegagalan di kalangan penuntut-penuntut Bumiputra di institusi-institusi pelajaran tinggi adalah kecil dan tidak merupakan satu masaalah yang serius.
WaJau bagaimanapun, bagi mengurangkan kadar kegagalan yang terdapat sekarang, institusi-institusi pelajaran tinggi mengambil beberapa langkah seperti di bawah ini:
(a) Mengambil pelajar-pelajar yang benarbenar layak dari segi akademik dan yang benar-benar menunjukkan kemahuan dan minat untuk mengikuti satu-satu kursus.
( b) Mengadakan kelas bimbingan khas dan tutorial tambahan untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputra yang lemah. Kelas-kelas tutorial tambahan juga diadakan semasa cuti panjang bagi pelajar-pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan untuk menyediakan mereka menghadapi peperiksaan tambahan yang selalunya diadakan pada akhir cuti panjang.
(c) Pelajar-pelajar diberi bimbingan rapi dan digalak berbincang dengan tenaga pengajar untuk mengatasi sebarang masaalah serta mendapat nasihat tentang pelajaran mereka dan cara-cara untuk belajar dengan lebih berkesan.
(d) Institusi-institusi pelajaran tinggi menyediakan segala kemudahan asas untuk pelajamya. Begitu juga tiap-tiap institusi itu mengikut satu rancangan melatih tenaga iaitu tenaga pengajarnya untuk mendapatkan kakitangan pengajar yang benar-benar terlatih dan cekap.
(e) Khusus untuk Universiti Malaya pula pihak tersebut ada mengendalikan satu projek yang dinamakan "University of Malaya English for Special Purposes Project," bertujuan merangka dan mengembangkan cara-cara membantu pelajar membaca dan memahami bukubuku teks Bahasa Inggeris terutama sekali dalam bidang sains dan teknoloji.
325 20 APRIL 1978 326
MARDEC
11. Datuk Haji Ahmad Arshad minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan :
(a) sejak MARDEC ditubuhkan berapa jumlah kerugian yang dialami oleh Perbadanan ini dan apa langkah sedang diatur supaya kejadian ini tidak berterusan;
(b) apa faktor-faktor yang menyebabkan harga getah masa depan bertambah cerah; dan
(c) apa kemudahan dan kerjasama yang dapat diberi oleh Malaysia kepada negara-negara Inda-China dalam bidang peru&ahaan getah.
Tuan Paul Leong Khee Seong: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab kedua-dua soalan yang ditanya pada hari ini (20-4-1978) dan soalan yang akan ditanya pada 25-4-1978 oleh kerana keduadua soalan itu adalah lebih kurang sama.
Soalan...soalan ini telah dibangkitkan di dalam Dewan ini dari masa ke semasa, dan oleh itu saya rasa adalah wajar bagi pihak saya memberi jawapan yang lengkap. Jawapan mengikut perangkaan-perangkaan sahaja tidak akan memberi gambaran yang sebenar dan sebaliknya akan mengujudkan salah faham. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya harap tuan dapat membenarkan saya untuk menjelaskan dengan sedikit panjang lebar supaya dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan memuaskan.
Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.
Tuan Paul Leong Khee Seong: Terima kasih.
Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) telah ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai satu projek ujian di bawah Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) yang bertujuan meninggikan mutu pemerose&an getah Pekebun-pekebun Kecil daripada gred yang biasa (gred-gred RSS) kepada satu jenis getah yang baru dikenakan sebagai getah teknikal yang dispesify (SMR).
Oleh kerana berjayanya ujian permulaan tersebut maka telah diputuskan bahawa projek itu ditukar kepada satu usaha perniagaan. Syarikat Kemajuan Getah Malaysia Sendirian Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1968 dengan mengambilalih empat
kilang daripada Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) yang sekarang dipanggil Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada tahun 1971 iaitu semasa Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan, Kerajaan telah memperkenalkan satu Program Kilat bagi kemajuan kilang-kilang getah SMR di seluruh Semenanjung Malaysia berasaskan kepada satu kilang bagi tiap-tiap negeri. Di dalam masa ini Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) ditubuhkan.
Dengan Program Kilat itu MARDEC telah dipertanggungjawabkan dengan tujuantujuan sosial dan ekonomi untuk meninggikan pendapatan pekebun-pekebun kecil melalui:
(i) meninggikan kualiti getah pekebunpekebun kecil dengan cara-cara memproses yang moden berbanding dengan cara tradisional yang lama yang mengasapkan getah untuk menjadi getah RSS;
(ii) memperbaiki sistem pemasaran getah pekebun-pekebun kecil dengan memendekkan rantai pemasaran dan menjualkan getah tersebut terus keluar negeri.
Hingga 1977 MARDEC telahpun membina sebanyak 16 kilang tetapi satu daripadanya telah terbakar pada tahun 1976. Daripada Program Kilat itu dimulakan pada tahun 1971 hingga 1977, M.ARDEC telah berjaya membina 10 lagi kilang besar. Ini telah dilakukan di dalam tempoh masa 6 tahun dengan mempunyai sumber kewangan dan kakitangan yang terhad. Saya rasa 1tidak banyak organisasi-organisasi persendirian ataupun awam yang boleh berbuat demikian tanpa melibatkan kos yang tinggi. Dalam tempoh yang sama MARDEC telah mengadakan 5 projek usaha bersama untuk mengeluarkan barang yang diperbuat daripada getah dan semua projek-projek tersebut adalah sedang berjalan dengan memberi keuntungan.
Semenjak MARDEC ditubuhkan dalam tahun 1968 dan hingga bulan September, 1977 MARDEC telah mengalami kerugian operasi yang bertimbun sebanyak $14,821,226. Di dalam tempoh 6 tahun yang sudah ia telah mengalami kerugian sebanyak $13,402,412. Ia telah memperolehi keuntungan pada tahun 1974 berjumlah $1,735,214 dan pada tahun 1977 sejumlah $1.143,000. Dengan pengurusan yang baru yang ada pada masa ini adalah diharapkan bahawa MARDEC akan terus membuat keuntungan pada masa akan datang.
327 20 APRIL 1978 328
Sebagai menjawab kepada bahagian kedua soalan ini, saya turunkan di bawah ini sebabsebab kerugian itu berlaku. Saya juga akan menjawab soalan samada kerugian-kerugian tersebut dapat dikira dan diberi alasanalasan yang menasabah. Sebab-sebab kerugian-kerugian tersebut ialah:
(i) Apabila Program Kilat telah dilancarkan pada tahun 1971 di bawah Rancangan Malaysia Kedua, MARDEC telah dipertanggungjawabkan dengan tujuan-tujuan sosio-ekonomi bagi meninggikan pendapatan pekebun-pekebun kecil seperti yang dinyatakan di atas. Untuk mencapai tujuan-tujuan sosioekonomi MARDEC telah dan akan terus menanggung kos-kos sosial yang tinggi. Ini adalah kos-kos yang mana syarikat-syarikat pemiagaan yang lain yang sama dengan MARDEC tidak menanggungnya. Kos-kos sosial ini yang menjadi beban kepada MARDEC telah memberi munafaat kepada pekebunpekebun kecil di negara ini.
Satu daripada kos-kos sosial yang tinggi ialah bagi menubuhkan rangkaian pusat-pusat pungutan di negeri ini untuk memungut dan membeli susu getah daripada pekebun-pekebun kecil yang tinggal berselerak dan berjauhan antara satu sama lain. MARDEC juga terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi pengangkutan, alat-alat dan pegawai-pegawai luar. Kos sosial yang terbesar dan yang kedua adalah pembinaan kilang-kilang yang besar keupayaan di kawasan-kawasan yang terpencil tanpa prasaranan yang teratur seperti perbekalan letrik, air, kemudahan perhubungan, jalanraya, perumahan, kemudahan kejuruteraan untuk menjaga mesin-mesin dan lorilori, alat-alat pencegah pencemaran alam dan lain-lain lagi. Perlu ditegaskan di sini bahawa MARDEC tidak dapat munafaat-munafaat seperti yang dinikmati oleh penanam-penanam modal daripada luar negeri yang diberi insentif-insentif untuk menanam modal di luar bandar.
Selain daripada menanggung beban kos sosial, MARDEC juga dipertanggungjawabkan untuk mencapai keuntungan daripada perniagaannya
seperti syarikat-syarikat pemiagaan yang lain. Ini adalah satu tanggungjawab yang berat membebankan tenagatenaga pengurusan MARDEC.
Perlu saya maklumkan pada Dewan yang mulia ini dan untuk mengelakkan salah faham, bahawa MARDEC tidak mendapat apa-apa subsidi atau bantuan daripada Kerajaan. Ia juga tidak menerima apa-apa bahagian daripada ses tanaman semula atau ses penyelidikan yang dipungut daripada pekebunpekebun kecil getah. Seperti syarikatsyarikat perdagangan yang lain MARDEC dibiayai semata-mata daripada equity (saham) yang dipegang oleh Kerajaan dan daripada pinjaman jangka panjang yang diperolehi daripada Kerajaan dengan mengenakan faedah, dan juga overdraft daripada bank-bank pemiagaan dengan dikenakan faedah yang terdapat pada masa ini.
(ii) Sebab yang kedua kerugian ini berlaku adalah kerana tujuan mencapai matlamat-matlamat Program Kilat di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Dalam tempoh yang pendek selama 6 tahun sebanyak 10 kilang yang besar telah dibina berasaskan lebih daripada satu kilang setahun. Oleh kerana perkembangan ini berlaku dengan pantasnya maka tekanan ke atas pengurusan sangatlah berat. Tanpa kakitangankakitangan pengurusan dan teknikal yang terlatih maka kecekapan tidak dapat bertanding dengan perkembangan itu. Selain dari itu masa untuk membina dan memajukan kepakaran pengurusan untuk mengendalikan 15 kilang-kilang yang besar itu tidaklah cukup.
Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dijemput untuk melawat satu daripada kilang-kilang MARDEC yang terbesar supaya dapat memahami dengan jelas berapa besar dan kompleknya operasi MARDEC ini. Keupayaan pengeluaran MARDEC pada masa ini adalah 130,000 tan setahun dan memberi khidmat kepada 160,000 pekebunpekebun kecil. Ini telah menyebabkan kilang MARDEC sebagai pengeluar getah SMR yang terbesar di Malaysia dan jika tidakpun di seluruh dunia.
329 20 APRIL 1978 330
(iii) Oleh sebab tujuannya adalah untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Kedua kilang-kilang baharu telah dibiayai kebanyakannya daripada pinjaman-pinjaman jangka panjang yang mengakibatkan faedah yang tinggi yang mana dalam keadaan perniagaan yang biasa ini tidak sesuai.
(iv) Kilang-kilang yang besar dengan kemudahan-kemudahan prasaranan seperti set generator untuk membekal letrik, pem.bekalan air, jalan-jalanraya. perumahan kakitangan dan alat-alat pencegah pencemaran alam telah mengalami susutan nilai yang berat ke atas semua kilang-kilang yang baru. Sebalik· nya keadaan ini telah menjejas ke· untungan MARDEC.
Sebagai menjawab bahagian ketiga kepada soalan yang menanyakan apa langkah yang diatur supaya kejadian ini tidak berterusan saya perturunkan di bawah ini langkahlangkah yang telah diambil dan akan terus dilaksanakan :
(i) Pada bulan Mac, 1976 Kementerian saya telah mengarahkan MARDEC untuk mengkonsolidasikan kedudukannya. Ini bermakna semua projek-projek pembesaran telah dibekukan selama tempoh dua tahun mulai daripada bulan Mac, 1976.
(ii) Satu Kumpulan Pengurusan telah dilantik untuk menyusun semula struktur pengurusan MARDEC serta memperkenalkan teknik-teknik moden pengurusan yang termasuk pengawalan dan perancangan belanjawan yang teratur, memperbaiki operasi-operasi pemasaran, membaiki pengurusan stok, memperbaiki peraturan-peraturan dan cara-cara mengendalikan organisasi, mengadakan sistem pengawalan kos dan memperbaiki perancangan perniagaan.
(iii) Mengadakan program kilat untuk latihan pengurusan sebagai usaha meninggikan mutu kepakaran dan kerja di semua peringkat kakitangan.
(iv) Memperkenalkan satu sistem Pusat Keuntungan (Profit Centre) yang mana tiap-tiap kilang adalah dianggap sebagai satu Yunit Pusat Keuntungan seperti satu syarikat yang bebas dan bertanggungjawab ke atas operasi dan segala keuntungan dan kerugiannya sendiri.
(v) Memperbaiki dan memperkuatkan kedudukan pasaran antarabangsa dengan memperketatkan pengawalan kualiti ke atas barang-barang pengeluaran dan mengadakan penggalakan pemasaran yang agresif di luar negeri.
(vi) Memperbaiki bentuk mesin-mesin serta susunannya untuk memperbaiki kecekapan dan daya pengeluaran yang diakibatkan oleh perancangan yang tidak baik pada masa yang sudah.
(vii) Mengrasionalkan struktur kewangan Perbadanan ini untuk mengurangkan tanggungan ke atas hutang yang ban yak.
(viii) Memberi harga-harga yang lebih baik kepada pekebun-pekebun kecil getah, meninggikan pengeluaran tiap-tiap kilang dan mempergiatkan aktiviti· aktiviti "extension" supaya pekebunpekebun kecil merasai faedah-faedah yang didapati akibat pengeluaran getah SMR dan juga faedah-faedah kepada negara.
Sebagai penutup perlu saya maklumkan di sini bahawa kerugian-kerugian yang bertimbun yang dialami oleh MARDEC perlu dilihat dari segi satu usaha perniagaan kerana MARDEC adalah diharapkan untuk mencapai keuntungan perniagaan. Dalam konteks tujuan-tujuan sosio-ekonomi, kejayaan dan kegagalan MARDEC hendaklah dilihat dari segi munafaat-munafaat sosio-ekonomi yang diberinya. Ini hanya akan dapat dikira melalui analisa "cost benefit". Dengan ringkasnya jika jumlah munafaat sosioekonomi yang dikira mengikut wang ringgit berlebihan daripada jumlah kos sosial yang dialamai oleh projek itu, maka projek itu adalah dianggap sebagai memberi munafaat kepada negara.
Dalam hal ini, Kementerian ini suka memberi perangkaan-perangkaan untuk menyatakan bahawa berasaskan analisa "cost benefit" MARDEC bukan sahaja telah mencapai tujuan-tujuan sosio-ekonominya malahan dari segi wang ringgit telah dapat mengatasi kerugian-kerugian yang bertimbun yang telah dialami.
(i) Pendapatan ekspot yang bertambah yang telah diperolehi oleh MARDEC melalui peninggian gred-gred getah pekebun-pekebun kecil kepada getah teknikal yang di "specify" dan Susu
331 20 APRIL 1978 332
Getah Pekat yang sepatutnya diekspot sebagai getah RSS 1, 2 dan 3 ialah berjumlah $35,391,265 pada tahun 1972 hingga 1977. Jika kita ambil harga getah purata RSS 3 sahaja yang mengandungi sebahagian besar getah pekebun-pekebun kecil yang diekspot, pendapatan ekspot yang bertambah yang diperolehi oleh negara ini melalui MARDEC adalah berjumlah $44,334,539. Angka-angka ini tidak termasuk meninggikan gred getah sekerap kepada SMR 20. Ia hanya mengira gred getah yang diperbuat daripada susu.
(ii) Jika dilihat dari segi tambahan pendapatan pekebun-pekebun kecil akibat daripada opera&i MARDEC, jumlahnya adalah sebanyak $24,309,257 yang didapati daripada 220,993 tan getah yang telah diproses. Ini adalah dikira daripada perbezaan purata sebanyak 11 sen bagi satu kilo di antara harga yang diberi oleh MARDEC dan harga yang diberi oleh peniaga-peniaga getah yang lain. Ini adalah satu munafaat ke atas harga yang diterima oleh pekebunpekebun kecil secara langsung. Patut dimaklumkan di sini bahawa tambahan harga akibat daripada operasi MARDEC telah menaikkan harga keseluruhannya di kawasan-kawasan yang mana MARDEC tidak menjalankan operasinya. Oleh itu MARDEC juga dengan secara tidak langsung telah memberi munafaat kepada pekebunpekebun kecH getah yang lain yang tidak menjual getahnya kepada MARDEC.
Ini adalah pertama kalinya perangkaan-perangkaan ini dikeluarkan dan saya harap bahawa Dewan Yang Mulia ini dan orang-orang awam akan memahami kenyataan ini. Tanpa operasi MARDEC munafaat-munafaat yang disebut di atas tidak akan tercapai. Tiap-tiap usaha hendaklah dibuat bukan sahaja oleh Kerajaan malahan oleh pekebun-pekebun kecil sendiri dan agensi-agensi yang lain untuk memberi bantuan kepada organisasi ini bagi kepentingan pekebun-pekebun kecil. Jika MARDEC runtuh atau tidak lagi menjalankan operasinya di kalangan pekebun-pekebun kecil maka akibat-akibatnya
kepada negara dan pekebun-pekebun Kecil adalah sangat berat kerana ini ak:an menjejaskan batu asas sektor pekebun-pekebun kecil.
(iii) MARDEC adalah satu badan yang menjaga kepentingan-kepentingan pekebun-pekebun Kecil. Tidak berapa lama lagi saham-saham akan dikeluarkan kepada pekebun-pekebun kecil dan ini hanya dapat dibuat apabila kedudukan MARDEC sudah menjadi kukuh. Hanya melalui MARDEC sahaja pekebun-pekebun kecil boleh berharap bertanding dengan "gergasi-gergasi" yang lain di dalam perusahaan getah. Oleh kerana MARDEC sekarang ini mengekspot getahnya secara terus ke 44 buah negara di seluruh dunia dan ianya telahpun menegakkan kedudukan dan namanya dikalangan pasaran antarabangsa, maka ia telah dapat menjualkan getahnya terus kepada pengguna-pengguna getah yang terbesar seperti Uniroyal, Goodyear dan Firestone di Amerika Syarikat, Michelin di negara Peranchis, Syarikat Getah Yokohama di negeri Jepun dan perbadanan-perbadanan perdagangan negara-negara di Timor Eropah dan di negeri China. Oleh kerana MARDEC sekarang ini adalah kenali sebagai satu pengekspot getah antarabangsa maka pekebun-pekebun kecil melalui MARDEC dapat memperkenalkan diri mereka di kalangan antarabangsa.
Akhimya, satu perkara yang penting yang perlu saya tegaskan di sini ialah bahawa Kementerian saya dan MARDEC telahpun mengenal menganalisa dan mengetahui masaalah-masaalah yang dialami oleh MARDEC dan telahpun mengambil langkahlangkah yang serius untuk membetulkannya. Pengurusan yang ada sekarang ini akan mempastikan sedaya upayanya bahawa masaalahmasaalah yang berlaku pada masa yang sudah tidak akan berulang lagi.
Untuk menjawab soalan (b), faktor penting yang akan menentukan harga getah masa depan adalah diasaskan mengikut kadar pengeluaran dan permintaan getah' di seluruh dunia. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kita serta juga pakar-pakar dari Bank Dunia, misalnya, tahun-tahun 1980han akan mengalami keadaan kekurangan bekalan getah dan dengan demikian sukarlah untuk
333 20 APRIL 1978 334
menampong pennintaan atau penggunaan getah itu sepenuhnya. Faktor-faktor yang mustahak yang menentukan kenaikan harga getah tiruan di antaranya ialah inflasi yang dialami di negara-negara pengeluar getah tiruan, kenaikan kos pekerja (labour cost), kenaikan harga bahan mentah monomer untuk getah tiruan, kenaikan harga tenaga untuk memproses getah tiruan (energy cost) dan kenaikan kadar faedah (interest rate) atas modal. Dengan yang demikian, pengguna-pengguna getah tiruan dijangka akan bertukar menggunakan lebih getah asli pula, jika harga-harga getah asli berpatutan dan setabil. Tambahan pula, penggunaan tayar "radial ply" oleh kebanyakan trak, bas dan kereta sedang meningkat naik dan ini akan mengakibatkan penggunaan lebih getah as.Ii pada kadar sekarang, Selain daripada faktorfaktor tersebut di atas Perjanjian Pensetabilan Harga Getah Antarabangsa di peringkat Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) dan perbincangan-perbincangan selanjutnya untuk mengujudkan satu perjanjian getah asli di antara penggunapengguna dan pengeluar-pengeluar getah asli di peringkat Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCT AD) akan memainkan peranan yang penting yang akan menjaminkan kegunaan getah asli pada masa hadapan.
Untuk menjawab soalan (c), kemudahan dan kerjasama yang diberi oleh Malaysia kepada negara-negara Indo-China dalam bidang perusahaan getah pada masa sekarang tertumpu kepada pemulihan perusahaan getah dan latihan pegawai-pegawai sebagaimana yang dirundingkan dengan negara· negara tersebut.
Kerajaan telahpun meluluskan peruntukan sebanyak lebih kurang $900,000 pada awal tahun ini bagi membolehkan Malaysia memulih perusahaan getah negara Vietnam yang musnah akibat peperangan. Bantuan ini akan disampaikan dalam bentuk penyediaan alatalat kelengkapan bagi makmal di Institiut Penyelidikan Getah Vietnam dan juga memberi kemudahan-kemudahan latihan kepada pegawai-pegawai dari Institiut tersebut di negara ini. Adalah dijangkakan sebahagian daripada bantuan-bantuan ini akan mula di· laksanakan pada pertengahan tahun ini. Selain daripada bantuan-bantuan yang melibatkan kewangan yang di.sebutkan itu Malaysia juga telah menyerahkan satu lapuran lengkap kepada Vietnam yang
mengandungi. syor-syor untuk memulih semula perusahaan getah negara itu. Lapuran ini telah disediakan oleh Pasukan Pengkaji getah yang telah membuat kajian mengenai perusahaan getah Vietnam pada tahun lalu. Selain dari itu, Malaysia juga pernah memberi kemudahan-kemudahan latihan kepada pegawai-pegawai dari Vietnam pada masa yang lalu. Pada tahun 1974 Vietnam telah menghantar dua orang pegawai dari Jabatan Pertaniannya untuk menerima latihan di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia. Kemudahan-kemudahan latihan yang sama juga pemah diberikan kepada pegawai-pegawai dari Kampuchea pada tahun 1974. Bagaimanapun perbelanjaan menghadiri latihanlatihan adalah ditanggung oleh negara-negara peserta itu sendiri atau oleh mana-mana penganjur yang lain.
Kemudahan dan kerjasama yang diberi oleh Malaysia itu adalah selaras dengan dasar Malaysia untuk memperkukuhkan lagi perhubungannya dengan negara-negara jiran.
Datok Haji Abdul Ramk bin Husain: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan kerjasama Kementerian Penerangan supaya mengcap jawapan itu dan kalau dapat disibarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat di sana. Ini satu perkara yang penting, 30 minit membuat jawapan. Jadi saya mohon bolehkah dibuat begitu?
Toan Paul Leong Khee Seong: Terima kasih. Boleh, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Ahmad bio Anbacl: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soalan tambahan. Bagi pihak saya sebagai Senator Negeri J ohor dan pekebun kecil seluruh tanahair ini mengucapkan terima kasih atas jawapan ini dan mudah-mudahan ini akan mendapat penjelasan yang begitu jelas dan terang. (Tepuk)
BAJA DAGANGAN l.C.I
12. Tuan Haji Mohd. Amin bio Haji Y aakob minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan :
(a) samada beliau sedar bahawa bahan mentah dari Israel terutama bahan bagi pengeluaran baja dagangan oleh I.C.I. adalah diimpot ke negara ini melalui sebuah negara jiran, dan jika ya, samada beliau sedar bahawa dengan
335 20 APRIL 1978 336
berbuat demikian kita membantu Israel dalam segi ekonomi walaupun kita mengutuknya secara moral, jika ya, samada Kementerian akan berhenti daripada membeli bahan mentah dari Israel; dan
(b) jika hahan mentah ini tidak diimpot melalui sebuah negara jiran, sila nyatakan bahan mentah yang digunakan oleh · l.C.I. dalam pengeluaran bajanya dengan menyatakan negara asal bahanbahan ini dan peratus bahan tempatan yang digunakan oleh I.C.I.
Dato' Lew Sip Hon: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua pengimpotan dari Israel adalah dilarang dengan mutlaknya semenjak 23hb Februari, 1974. Ini adalah terkandung dalam Akta Kastam 1967, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Impot) 1978, Jadual Pertama.
(b) Mengikut rekod Kementerian saya bahan-bahan mentah yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk pengeluaran bajanya adalah seperti berikut:
(i) Ammonia : negeri tempatasalnya ialah Australia atau Jepun.
(ii) Muriate of potash : diimpot melalui Singapura dan negeri tempatasalnya ialah Jerman Barat.
(iii) Christmas Island rock phospate: negeri tempatasalnya ialah Christmas Island, Australia.
(iv) Kieserite: diimpot melalui Singapura dan negeri tempatasalnya ialah Jerman Barat.
(v) Calcined magnesite: negeri tem-patasalnya ialah Spaniol.
Peratus bahan tempatan yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk pengeluaran baja-bajanya ialah lebih kurang 48%.
Tuan Yang di-Pertua: Waktu untuk SoalJawab sudah cukup.
(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 13 hingga 26 adalah diberi di bawah ini)
PERLIS PLANTATIONS BERHAD/FELDA
13. Tuan Ali bin Ahmad minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan adakah beliau sedar bahawa pekerja-pekerja di ladang tebu Perlis Plantations Berhad dan FELDA di Chuping, Perlis, sentiasa dalam kebimbangan dan ketak:utan dalam masa berulang-alik ke sana, kerana adanya perompak-perompak yang menggunakan senjatapi, sentiasa merompak wang dan motosikal kemudian dilarikan ke sempadan Malaysia/ Thai. Jika sedar:
(a) apakah langkah yang telah dan sedang dipergiatkan sekarang bagi menjamin keselamatan pekerja-pekerja tersebut; dan
(b) adakah beliau bercadang hendak menempatkan Pasukan Polis Hutan, secara tetap di kawasan tersebut, bagi menjaminkan keselamatan.
Tuan Rais Yatim:
(a) Kerajaan memang sedar bahawa sebilangan kecil pekerja-pekerja di ladangladang tebu dan juga FELDA di Chuping telah menjadi mangsa-mangsa rompakan. Oleh yang demikian pihak Polis dengan kerjasama Unit Kawalan Kawasan dan Unit Pencegah Penyeludupan telah dan sedang mempergiatkan tindakan-tindakan pencegahan seperti membuat rondaan, pemeriksaan mengejut, serbuan dan serang hendap di kawasan tersebut. Kerajaan juga mengadakan kerjasama dengan pihak Polis Thailand melalui Pegawai Perhubungan Polis, khasnya di antara pihak Ketua Polis Kedah / Perlis dengan Ketua Polis Sadao supaya tind~kan bersama dapat diambil ke atas perompak tersebut di sebelah pihak Thailand. Satu Unit Kawalan Kawasan telahpun ditempatkan di Chuping khas untuk mengawal ladang-ladang tebu, termasuk juga FELDA.
(b) Memandangkan kepada tindakan-tindakan pencegahan yang diambil sekarang dianggap memadai dan keadaan keselamatan sedang terkawal, maka penempatan Pasukan Polis Hutan secara tetap di kawasan tersebut adalah dianggap tidak perlu buat sementara ini.
337 20 APRIL 1978 338
Unit Kawalan Kawasan yang sedia ada akan dibesarkan untuk mengambil alih tugas-tugas yang dijalankan oleh Pasukan Polis Hutan di situ.
BUMIPUTRA DI K.H,ANG/FIRMA SW ASTA
14. Puan Hajjah Fatimah binti Haji Salim minta Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat menyatakan samada benar bahawa ramai pekerja-pekerja Bumiputra dalam kilangkilang dan firma-firma swasta dibezakan dalam masaalah kenaikan pangkat dan jika ya. adakah Kementerian akan menubuhkan satu badan penyiasat bebas untuk menyiasat perkara ini.
Tuan K. Pathmanaban: Adalah tidak benar bahawa ramai pekerja-pekerja Bumiputra dalam kilang-kilang dan firma-firma swasta dibezakan dalam masaalah kenaikan pangkat. Siasatan Kementerian di atas rayuan-rayuan seperti ini tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa perbezaan ini dijalankan. Dengan itu, Kerajaan tidaklah berhajat memasukkan sebuah Badan Bebas untuk menyiasat perkara ini.
LETRIK LUAR BANDAR
15. Datuk Dr Wee Khoon Hock minta Menteri Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam menyatakan sebab-sebab mengapa hanya 10% daripada 380 buah projek Lembaga Letrik Negara bagi berbagai kampung di Kelantan telah dilaksanakan. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk: mengatasi kesukaran ini supaya semua projek LLN di Kelantan dapat dilaksanakan dengan cekapnya.
Dr Goh Cheng Teik: Seperti yang telah saya jelaskan beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini, di Dewan Rakyat dan di luar Dewan, perlaksanaan rancangan letrik luarbandar di Negeri Kelantan dan Negerinegeri lain telah menghadapi beberapa kesulitan seperti kekurangan kakitangan, tiangtiang kayu dan kebel dan masaalah izin lalu. Waiau bagaimanapun masaalah-masaalah ini sedang diatasi dan kadar perlaksanaan projek-projek sedang dipercepatkan.
Khususnya bagi Kelantan, satu pasukan petugas khas sedang bergerak dan pada waktu ini kemajuan yang dicapai sangatlah menggalakkan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat sebanyak 123 projek telah disiapkan menjelang 15-4-1978. Bakinya sebanyak 468 projek sedang dalam proses perlaksanaan. Adalah menjadi matlamat Lembaga Letrik Negara untuk menyiapkan semua projekprojek sebelum akhir tempoh Rancangan Malaysia Ketiga.
TELOR PENYU/TUNTUNG
16. Tuan Haji Mahmoud Salim bin Haji Mohamad minta Menteri Pertanian menyatakan adakah beliau sedar bahawa sebahagian besar daripada Bumiputra di Semenanjung Malaysia pada masa ini telah kehilangan makanan tradisi mereka ia1tu telor penyu dan telor tuntung (penyu di laut, tuntung di sungai) disebabkan ibu-ibu penyu dan tuntung sentiasa terdedah kepada kebinasaan dan kepupusan oleh bermacam-macam punca dan malapetaka, jika ya, jelaskan bilakah pihak Kementerian mencadangkan supaya dibuat satu undang-undang untuk mengawal penyu dan tuntung daripada dibinasakan (termasuk menangkapnya) atau diisytiharkan bahawa penyu dan tuntung adalah termasuk di dalam bahagian binatang-binatang yang diharamkan menangkapnya.
Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Edmund Langgu anak Saga): Kuasa melindungi penyu dan tuntung adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kementerian ini sedar bahawa Kerajaan Negeri khususnya di Pantai Timur, Malaysia ada menjalankan beberapa rancangan untuk menjamin yang penyu dan tuntung dapat terus membiak di kawasankawasan tertentu bagi pengeluaran telor bagi keperluan negara.
PERKHIDMATAN MAS MELAKA-SINGAPURA
17. Tuan Ismail bin Hashim minta Menteri Perhubungan menyatakan adakah beliau bercadang memulihkan semula perkhidmatan MAS di antara Melaka dan Singapura.
339 20 APRIL 1978 340
Timbalan Menteri Perhuboogan (Tuan Mohd. Ali bin M. Shariff): Syarikat MAS telah membatalkan perkhidmatannya di antara Melaka dan Singapura mulai pada 1 November, 1977 dan tidak ada rancangan untuk mengadakan semula perkhidmatan tersebut. Sebab-sebabnya ialah perkhidmatan di antara Melaka dan Singapura ini adalah tidak ekonomik kerana mengikut statistik cuma purata 17 orang penumpang sahaja telah menggunakan perkhidmatan ini bagi tiap-tiap penerbangan. Dengan demikian pihak MAS telah menanggung kerugian dengan banyaknya. Di samping itu sektor Melaka/Singapura dan balik adalah dianggap sebagai sektor antarabangsa. Maka adalah tidak perlu bagi MAS mengadakan perkhidmatan ini yang tidak menguntungkan oleh kerana kapalterbang yang digunakan bagi perkhidmatan ini akan memberi faedah yang lebih kepada penduduk-penduduk negara kita jika digunakan bagi perkhidmatan dalam negeri. Bagi maksud ini, dengan pembatalan penerbangan di antara Melaka dan Singapura pihak MAS dapat menambahkan lagi perkhidmatan dalam negeri ke Kuala Trengganu dan Kuantan.
Pihak MAS juga telah mengkaji tentang kemungkinan pengangkutan kargo di antara Melaka dan Singapura dan adalah didapati bahawa sedikit sahaja kargo yang telah dihantar melalui kapalterbang. Oleh itu tidaklah perlu diadakan perkhidmatan di antara Melaka dan Singapura.
WARGANEGARA MALAYSIA MELAWAT CHINA
18. Tuan Chua Ching Cheng minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan samada beliau sedar bahawa baru-baru ini satu pengistiharan bagi membenarkan rakyat negeri Republik Rakyat China melawat saudara-mara mereka yang bermastautin di negara Malaysia oleh Ketua Pengarah Imigeresen telah mendapat sambutan baik dari rakyat jelata dan jika ya, samada beliau bercadang untuk melonggarkan undangundang imigeresen yang ada sekarang bagi memudahkan rakyat Malaysia berpeluang juga untuk mengunjungi saudara mara mereka di Negeri Republik Rakyat China.
Tuan Rais Yatbn: Saya memang sedar dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Imigeresen Malaysia barubaru ini berhubung dengan perkara lawatan warganegara Republik Rakyat China ke negeri ini. Tujuan sebenarnya kenyataan ini dibuat adalah untuk menerangkan cara-cara bagaimana seseorang warganegara tersebut boleh memohon visa untuk tujuan melawat negeri ini mengikut peraturan-peraturan lmigeresen yang telah sedia ada. Bagi warganegara Malaysia yang ingin melawat Republik Rakyat China untuk tujuan menziarahi saudara mara ataupun kerana sebab-sebab perubatan Kerajaan memang telah mengadakan kemudahan ini. Setiap permohonan ditimbang mengikut keperluannya. Dengan peraturan yang sedia ada, soal perlonggaran Undangundang Imigeresen tidaklah timbul.
PESURUHJAYA PERDAGANGAN DI SEBERANG LAUT
19. Datok Stephen Robert Evans minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:
(a) bilangan Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia mengikut kaum seperti berikut:
(i) Melayu; (ii) China; (iii) India; dan (iv) Iain-lain yang bertugas di se
berang laut; (b) nama-nama negara di mana mereka
berkhidmat.
Dato' Lew Sip Hon: (a) Sehingga ini Malaysia mempunyai
seramai 21 orang Pesuruhjaya Perdagangan di seberang laut. Pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
Melayu ... 13 China ... 4 India Lain-lain
4 Tidak ada
(b) Pegawai-pegawai tersebut bertugas di tempat-tempat seperti berikut:
Melayu-1. London (United Kingdom) 2. Hague {Netherlands) 3. Hong Kong
341 20 APRIL 1978 342
4. Kuwait 5. Stockholm (Sweden) 6. Moscow (USSR) 7. J eddah (Arab Saudi) 8. San Francisco (USA) 9. Brussels (Belgium)
10. Belgrade (Yugoslavia) 11. Jakarta (Indonesia) 12. Milan (Italy) 13. Dubai (U.A.E.)
China-14. New York (Amerika Syarikat) 15. Sydney (Australia) 16. Vienna (Austria) 17. Nairobi (Kenya)
lndia-18. Toronto (Canada) 19. Tokyo (Japan) 20. Cologne (German Barat) 21. Paris (France).
RAMPASAN KAPALTERBANG MAS B737
20. Toan T. S. Gabriel minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah keputusan siasatan pihak Polis di atas perampasan tersebut kapalterbang MAS jenis Boeing 737 yang jatuh terhempas di Selatan Johor tempoh hari. Adakah butir-butir perampas itu terdiri dari Tentera Merah Jepun atau Gurila-gurila Palestin atau sesiapa anasir-anasir komunis daripada tempatan dan mengapakah rakyat Malaysia belum diberitahu lagi tentang perkara yang amat penting ini.
Tuan Rais Yatim: Adalah dimaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak Polis dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Setakat ini Kerajaan tidaklah membuat keterangan.
PERA YAAN mAIPUSAM
21. Toan V. S. M. Vellayappa minta Perdana Menteri iaitu memandang kepada kenyataan yang dibuat olehnya dalam masa perayaan Thaipusam dalam bulan Januari, 1978, menyatakan samada Thaipusam akan diisytiharkan sebagai satu hari kelepasan am mulai tahun 1979.
Tuan Richard Ho Ung Hon: Perkara tersebut masih lagi dalam pertimbangan Kerajaan. Hal ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam memandangkan Kerajaan telahpun mengisytiharkan Cuti Am Persekutuan sebanyak 12 hari pada tiap-tiap tahun dan telah ditambah sebanyak 4 hari lagi puratanya oleh tiap-tiap Kerajaan Negeri pula. Dengan ini menjadikan jumlah cuti bagi tiap-tiap negeri puratanya sebanyak 16 hari setahun.
HOSPITAL BESAR TAWAU
22. Datuk Haji Abo Dakar Titingan minta Menteri Kesihatan menerangkan samada belian sedar bahawa Hospital Besar Tawau perlu diperbesar dan dipermodenkan. Jika sedar, apakah tindakan beliau akan ambil dan bila.
Menteri Kesibatan (Tan Sri Chong Hon Nyan): Hospital Besar Tawau sekarang mempunyai 250 buah katil dan buat masa ini adalah difikirkan bahawa kemudahan hospital ini mencukupi untuk keperluan kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kedudukan hospital ini akan dipertimbangkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketiga. Hospital ini adalah dianggap sebagai sebuah hospital yang moden dan mempunyai lain-lain perkhidmatan seperti Jabatan X-ray, Pesakit Luar, Ruang Makmal Perubatan dan Dispensari dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, Kementerian Kesihatan tiada bercadang untuk memperbesarkan hospital tersebut setakat ini.
MENCOLEK PERDANA MENTER!
23. Datuk Hj. Ahmad Arshad minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah kebenaran atas berita percubaan hendak mencolek Perdana Menteri Malaysia di Melbourne dalam lapuran yang diberikan oleh Kerajaan Australia, dan dalam trajedi lawatannya adakah Pegawai-pegawai dari berbagai jabatan di sini membantu Polis Australia menjalankan penyiasatan itu atas usaha sama yang dilakukan oleh kumpulan rakyat Malaysia yang berada di sini dan apa tindakan yang sedang diambil.
343 20 APRIL 1978 344
Tuan Rais Yathn: Pada pagi 19hb Februart, 1978 ketik:a Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di Sydney beliau telah diberitahu oleh pihak: berkuasa Australia bahawa mengikut punca yang mereka percayai satu pertubuhan yang dinamakan cayai ada ugutan untuk mencolek beliau Malaysian Freedom League (MFL). Pertubuhan Malaysia Freedom League itu tidaklah dapat dikesan di dalam rekod pihak berkuasa keselamatan kita. Siasatan di atas perkara ini tidak menimbulkan apa-apa kesan darihal pertubuhan tersebut. Kita mempunyai rekod di atas sebuah pertubuhan bawah tanah kominis dari Malaysia tetapi bukan Malaysian Freedom League dan perkara irii telahpun diberitahu terlebih dahulu kepada pihak Australia sebelum Y AB Perdana Menteri pergi di sana.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pihak-pihak keselamatan di kedua-dua negara masih lagi berusaha dengan giatnya menjalankan penyiasatan untuk mengesan mereka yang mungkin ada kaitan dengan pertubuhan tersebut. Apabila mereka ini dapat dikesan kelak pihak kita akan membuat keputusan atas tindakan sewajarnya yang patut diambil terhadap mereka yang berkenaan.
PERTIKAIAN ARAB/ISRAELPENDIRIAN MALAYSIA
24. Tuan Haji Mohd. Amin bin Haji Y aaknb minta Menteri Luar Negeri menyatakan :
(a) pendirian Malaysia terhadap Israel dan serangannya ke atas Palestine;
(b) samada tindakan untuk mengutuk tindakan demikian dan memutuskan hubungan diplomatik sambil menyatakan sokongan kita kepada Palestine sahajalah yang dapat kita lakukan; dan
(c) samada Kerajaan Malaysia akan memberi bantuan yang lebih berkesan kepada rakyat Palestine yang telah ditindas oleh penjajahan zionist, seperti menubuhkan satu pasukan sukarela di Malaysia untuk menentang kekejaman lsrael dan memberikan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa serangan-serangan itu, supaya sokongan yang dinyatakan oleh Malaysia itu tidak hanya dengan kata-kata sahaja.
Menteri Loar Negeri (Tengku Datuk Ahmad Rithauddeen Al-Haj):
(a) Yang Berhormat seharusnya menge· tahui dasar Malaysia terhadap Israel, iaitu, khususnya dalam pertikaian Arab/Israel. Dasar Malaysia adalah diketahui umum dan disanjung tinggi oleh negara-negara Arab dan Islam. Malaysia mengencam tindakan Israel baru-baru ini ke atas kedaulatan dan wilayah Republik Lubnan dan menyeru supaya tentera Isreal berundur dari Selatan Lubnan.
(b) Yang Berhormat seharusnya mengetahui yang Malaysia tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan dengan itu soal memutus hubungan diplomatik dengan Israel tidak berbangkit.
(c) Sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin bukannya sekadar di hujung bibir. Selain daripada sokongan moral dan politik di Persidangan-persidangan antarabangsa kita telah memberi sumbangan kewangan ala kadar terus kepada Persatuan Pembebasan Palestin (PLO) dan melalui Persidangan Islam. Kita juga telah memberi beberapa kemudahan kepada wakil PLO di Kuala Lumpur. Kita akan menimbangkan sumbangan-sumbangan lain termasuklah kemungkinan menghantar sukarelawan atau bahan-bahan perubatan bila difikirkan perlu. Pada masa ini kita penuh percaya bahawa negaranegara Arab sendiri mempunyai kemampuan untuk menghadapi segala ancaman Israel.
PELAN INDUK BANDAR-BANDAR
25. Tuan Ismail bin Hashim minta Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan menyatakan adakah beliau sedar bahawa tidak ada sebuah bandarpun di Malaysia ini yang mempunyai Pelan Induk sendiri yang rasmi, memandan*an bahawa Pelan Induk adalah penting bagi perancangan bandar yang teratur dan sistematik. Apakah langkah-langkah yang beliau telah ambil di dalam hal ini.
Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan (Tuan S. Subramaniam): Adalah tidak benar bahawa tidak ada sebuah bandar pun di Semenanjung Malaysia ini
345 20 APRIL 1978 346
yang mempunyai Pelan Induk yang rasrni. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat hingga ke saat ini, terdapat di Semenanjung \1alaysia lima buah bandar yang mana pelannya telah diwartakan sepenuhnya mengikut undang-undang yang berkuatkuasa di waktu itu. Bandar-bandar tecsebut adalah seperti berikut:
(i) Kuala Lumpur diwartakan pada 1970
(ii) Ipoh " .. 1931
(iii) Johor Bahru .. .. 1962
(iv) George Town " .. 1974
(v) Keluang .. .. 1960
Pelan-pelan Induk bagi bandar-bandar yang selainnya, usaha adalah dijalankan pada ketika ini bagi jabatan-jabatan di bawah Kementerian saya untuk membantu menyediakan Pelan-pelan Induk tersebut apabila Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 yang telah diluluskan oleh Parlimen diterima dan dilaksanakan oleh semua negeri-negeri yang berkenaan kelak. Pada ketika ini kajiankajian di peringkat awal sedang dimulakan dengan penyediaan beberapa ringkasan perancang (planning brief) bagi beberapa bandar utama.
UNIVERSITI DI MELAKA
26. Tuan Ismail bin Hashim minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah beliau mempunyai apa-apa rancangan hendak menubuhkan sebuah Universiti di Negeri Melaka di masa akan datang memandangkan bahawa Iatar belakang sejarahnya sangat sesuai bagi sebuah pusat pengajian tinggi.
Tuan Haji Salleh bin Jafaruddin: Kementerian Pelajaran tidak ada rancangan untuk menubuhkan sebuah Universiti di Melaka.
USUL
UCAPAN TERIMA KASm KEPADA D.Y.M.M. TIMBALAN YANG
DI-PERTUAN AGONG
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula Perbahasan yang ditangguhkan atas masaalah :
Bahawa suatu Ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong. demikian bunyinya:
"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli
Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Ke bawah Duli kerana Titah Ucapan Ke bawah Duli pada masa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Keempat." (19hb April, 1978) .
3.34 ptg.
Puan Hajjah Fatimah binti Haji Salim: Tuan Yang di-Pertua, saya turut sama menyampaikan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Titah Ucapan Baginda di Dewan Parlimen baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun. Ini dapat dibuktikan dengan adanya rancangan-rancangan pembangunan seperti Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua, . dan sekarang ini kita sedang menghadapi Rancangan Malaysia Ketiga hingga Kelima. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Kerajaan kerana setakat ini sudah banyak perubahan dilakukan demi kepentingan rakyat seluruhnya. Namun demikian masih ada masaalah-masaalah yang perlu diatasi dengan segera sekiranya Kerajaan inginkan rakyat terus menikmati hasilhasil pembangunan yang diaturkan.
Tuan Yang di-Pertua, telivisyen adalah satu-satunya alat mass media yang terpenting dan amat berfaedah bagi rakyat lebih-lebih lagi ianya telah dapat memberi sumbangan yang sangat besar terhadap pelajaran di negara kita ini melalui Rancangan T.V. Pendidikan. Usaha-usaha Kerajaan ke arah mewujudkan T.V. berwarna kepada satu tarikh yang lebih lanjut oleh kerana rakyat jelata, pihak perindustrian, kedai-kedai pemiagaan dan lain-lain sudahpun separuh bersedia menghadapi cadangan Kerajaan hendak: memulakan T.V. berwama pada akhir bulan Ogos, 1978 yang datang!J.ya saya merasa tidak payah lagi kita mesti tunggu. Tiap-tiap rakyat mesti sudah ada 20,000 yang hendaik membeli T.V. berwama sebagaimana kata Yang Berhormat Menteri berkenaan di Johor.
347 20 APRIL 1978 348
Sebabnya jika belum ada rancangan T.V. berwama bagaimana kita hendak mengetahuinya. Insya Allah jika ada rancangan T.V. berwarna lebih daripada itu rakyat di Malaysia ini akan membelinya.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya tidak adillah bagi orang-orang yang sudah membeli alat-alat T.V. berwama dan ada orang yang membeli T.V. berwama di Johor tetapi cuma dapat siaran dari Singapura. Oleh kerana mereka menjangka rancangan T.V. berwama akan dimulakan pada tahun ini, maka akan menyusah dan menghampakan harapan mereka lagi sekiranya tarikh permulaan T.V. berwama itu terus dilambatkan.
Rancangan T.V. hendaklah disesuaikan supaya dapat diminati oleh semua rakyat di negara ini. Apabila dibandingkan rancangan T.V. di negara lain kebanyakan rancangannya lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak selera penonton. Bagi kita, filemfilem yang ditayangk:an adalah tayangan kedua di mana di negara lain telah lebih dahulu menayangkan. Begitu juga dengan tayangan gambar filem-filem lama. Kebanyakan pelakun-pelakunnya telah meninggal dunia. Kadang-kadang heboh diperkatakan pelakun-pelakun itu masih hidup. Sudahlah begitu, apa yang mendukacitakan filem tersebut ditayangkan hingga dua tiga kali ulangannya, umpamanya filem Labu Labi, sudah tiga kali nampaknya T.V. Malaysia menayangkannya. Sudah jauh ketinggalan ke belakang ulangannya. Dalam masa khas yang telah ditetapkan sangat mengeciwakan. Oleh sebab itu kebanyakan penonton mengalih channelnya khasnya penonton-penonton di Johor ke negara asing iaitu Singapura yang dapat menghidangkan cerita-cerita yang lebih baik dan filem-filem yang terbaru.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah mengalami inflasi dan rakyat jelata khususnya golongan yang berpendapatan rendah adalah yang amat teruk menerima akibatnya. Di samping kejayaan Kerajaan mengatasi masaalah ini masih kedapatan rakyat jelata yang merasa resah dan gelisah akibat kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang semakin tidak terkawal. Walaupun berbagai usaha telah dijalankan seperti Kerajaan mengadakan kuatkuasa undang-undang bagi mengawal harga, namun ini masih tidak mendatangkan kesan yang sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi kepentingan rakyat seluruhnya saya ingi.n mengemukakan beberapa cadangan seperti berikut:
Kerajaan hendaklah menubuhkan sebuah Badan Penyiasat Kawalan Harga untuk mengkaji dan mengawal harga barangan samada di pasaran borong atau runcit. Dengan berbuat demikian akan dapat:
(i) mengawal keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga, membolehkan rakyat jelata membeli barang-barang dengan harga yang berpatutan yang akan meluaskan pasaran barang-barang di Malaysia dengan memotong kembali hargaharga yang berlebihan, dan membolehkan rakyat jelata mempunyai wang yang lebih untuk membeli barang-barang lain yang tidak mampu mereka beli ketika ini.
(ii) sekiranya pasaran mengikut sistem ini, besar kemungkinan menggalak dan menambahkan lagi pelaburan asing di pasaran tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang perindustrian usaha-usaha yang dijalankan selama ini nampaknya telah ada menunjukkan kesan-kesan ke arah mencapai matlamat Kerajaan hendak membasmi kemiskinan, menghapuskan pengangguran dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat khususnya melalui penubuhan kilang-kilang perindustrian samada di bandar mahupun di luar bandar. Hasil daripada usaha-usaha ini kita dapat semakin banyak barang-barang keluaran kilang-kilang di pasaran tempatan. Dari satu segi ini amatlah menggalakkan, tetapi saya ingin menarik perhatian Kerajaan dari segi kepentingan pengguna-pengguna supaya barang-barang keluaran tempatan ini benarbenar memberi faedah dan menepati keperluan pengguna-pengguna. Apa yang saya maksudkan ialah di samping kuantiti yang kian meningk:at, kualiti barang-barang keluaran tempatan hendaklah dijaga supaya masaalah pengusaha atau pengilang-pengilang mengeksploitasi pengguna-pengguna melalui barang-barang yang tidak bermutu atau yang rendah mutunya dapat dielakkan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang beralih saya kepada masaalah ekonomi. Satu perkara tidak dapat kita nafikan iaitu bagaimana rancaknya usaha-usaha pembangunan dijalankan maka bertambah pesatlah kegiatan ekonomi. Dalam usaha Kerajaan hendak
349 20 APRIL 1978 350
memperlipatgandakan penyertaan bumiputra di sektor ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru apabila dibandingkan dengan apa yang yang telah dicapai setakat ini maka masih banyak lagi usaha-usaha yang perlu dipergiatkan lagi di samping mencari jalan bagi mengatasi masaalah-masaalah yang sedia ada. Sekiranya usaha-usaha tidak dipergiatkan dan segala masaalah diatasi maka selama itulah matlamat yang dikejar akan terus menjadi cita-cita sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan ini saya ingin mengemukakan beberapa pendapat semoga berfaedah dan dapat dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, Pelaburan Kerajaan di dalam Syarikat-syarikat Asing di Malaysia :
(i) Kerajaan hendaklah membeli syer-syer dari syarikat-syarikat asing, yang mana syer-syer ini boleh dibeli pula kemudian oleh pelabur-pelabur bumiputra dari Kerajaan, bagi menambahkan sedikit demi sedikit penyertaan bumiputra dalam lapangan perindustrian di Malaysia menurut sebagaimana yang dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.
(iD Kerajaan hendaklah memudahkan penglibatan rakyat Malaysia di dalam syarikat asing yang menjalankan kegiatannya di Malaysia, dan memberikan basil yang lebih baik kepada ekonomi Malaysia melalui kepunyaan bersama oleh rakyat Malaysia.
(iii) Kerajaan hendaklah mendapatkan hak kawalan dan penglibatan di dalam syarikat-syarikat asing dengan mendapat hak kepunyaan bersama.
Mengkaji semula dasar pelaburan asing di negara ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, Kerajaan menggalakkan pelaburan asing menanam modal di negara ini tetapi sejauh manakah dasar ini dapat untung kepada rakyat dalam negara ini dan juga negara. Kerana sepanjang yang kita ketahui mereka menyedut keuntungan dan mengambil peluang-peluang seluas-luasnya di bidang pemiagaan. Mereka berkuasa penuh di atas syarikat yang ditubuhkan. Begitu juga dengan keuntungan yang diperolehi.
Kita sepatutnya memberi peluang seluasluasnya kepada rakyat negara ini membuka perusahaan-perusahaan dan memajukan
perusahaan-perusahaan tersebut dan jika kita perlu, pakar-pakar diambil dari luar negeri bekerja dengan perusahaan yang kita majukan.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi keselamatan, Sekim Rukun Tetangga terbukti telah memainkan peranan yang penting. Semenjak Rukun Tetangga ditubuhkan banyak perkaraperkara yang tidak diingini telah dapat dikawal, di antaranya gerakan-gerakan pencuri, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah di kawasan-kawasan Rukun Tetangga telah dapat dikawal.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan samada kuasa yang diberi kepada ahli-ahli Rukun Tetangga dapat diperluaskan bagi membantu pihak Polis menjalankan tugas-tugas mereka dalam kes-kes yang tertentu. Saya suka memberi satu misalan, mengenai penagih-penagih dadah dan pengedar-pengedar dalam usaha mereka hendak membekal dan membahagibahagikan dadah. Dalam satu kejadian ahli Rukun Tetangga di sebuah sektor sebenarnya telah beberapa kali membuat serangan dan menangkap pembekal-pembekal dadah di dalam kawasan mereka sehingga tidak ada pembekal yang berjaya menyampaikan dadah kepada penagih-penagih di sektor Rukun Tetangga yang berkenaan. Dengan hal yang demikian, penagih-penagih di kawasan yang berkenaan terpaksa mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal-pembekal di sebelah kawasan Rukun Tetangga yang terkawal itu, supaya ahli-ahli Rukun Tetangga di sektor itu tidak dapat membuat serbuan dan menangkap pembekal-pembekal mereka. Sekiranya ahli-ahli Rukun Tetangga diberi kuasa dalam kes-kes seperti ini supaya mereka boleh menjalankan tugas di kawasan-kawasan lain, pembekal-pembekal yang terlibat mungkin akan dapat ditangkap atau mereka terpaksa menghentikan kegiatan mereka di kawasan yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah kaya dengan kecantikan alam semula jadi dan ini boleh merupakan satu sumber basil negara sekiranya industri pelancungan diusahakan bersungguh-sungguh.
351 20 APRIL 1978 352
Bagi membantu perkembangan industri pelancungan di Malaysia Kerajaan hendaklah mempergiatkan lagi penglibatannya di dalam industri pelancungan ini seperti berikut:
(i) Kerajaan hendaklah mengada dan mengawal kemudahan-kemudahan menginap.
(ii) Rombongan-rombongan dan kemudahan-kemudahan melancung yang sedia ada di Malaysia hendaklah diperbanyakkan.
(iii) Pelancung-pelancung luar negeri hendaklah dibolehkan membeli lebih banyak lagi barang-barang tanpa cukai daripada apa yang dibenarkan sekarang.
(iv) Kemudahan-kemudahan dan tempattempat melancung di Malaysia hendaklah lebih banyak diperkenalkan di luar negeri.
(v) Tambang-tambang udara ke Malaysia yang khusus dan murah bagi pelancungpelancung hendaklah dibanyakkan.
(vi) Tempat-tempat melancung kepunyaan Kerajaan Malaysia hendaklah diadakan di beberapa tempat di seluruh Malaysia dengan kadar yang murah bagi menyenangkan lebih banyak lagi pelancung datang ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja ucapan yang dapat saya sampaikan di Dewan yang mulia ini bagi menyokong usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
3.47 ptg.
Tuan Yap Peng @ Yap Pian Tau: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyokong usul mempersembahkan ucapan terima kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong di pembukaan Parlimen pada 20hb Mac, 1978.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita sungguh kaya dengan hasil-hasilnya. Penduduknya yang berbilang bangsa hidup aman dan damai dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Di dalam konteks Rukunegara, dasar ekonomi Kerajaan di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional adalah jelas dan nyata semata-mata untuk kebahagian dan kesejahteraan rakyat. Tidak siapa yang boleh
menyangkal dan menafikan dengan wakilnya bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak langsung menolong rakyat bagi menikmati pembangunan berjenis-jenis projek di merata negara menjadi bukti atas objektif Kerajaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka memberi contoh bahawa kemenangan Barisan Nasional di dalam pilihanraya Negeri Kelantan barubaru ini membuktikan kemahuan dan kesedaran rakyat untuk pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap perkara ada untung dan rugi atau ada baik dan buruknya. Negara-negara barat yang maju itu mempunyai berbagai-bagai kesulitan khasnya berkenaan dengan kemasyarakatan iaitu moral dan ugama. Saya berharap pihak yang berkenaan akan berwaspada tentang perkara ini, sebelum terlambat unsur-unsur barat terbiar menjadi unsur-unsur barat dan unsur-unsur timur yang kaya dengan kebudayaan tradisi yang kita hargai haruslah kita pelihara. Negara harus kita bangunkan dengan secepat yang boleh, tetapi kecepatan pembangunan ini janganlah sampai menjejaskan kebudayaan tradisi dan ugama kita. Apa jua pembangunan yang kita buat sekarang akan mempengaruhi samada baik atau buruk belia dan masyarakat di masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur saya rasa tidak ada koordinasi di dalam apa yang dirancang dan yang dijalankan. Salah satu daripada akibatnya ialah bila hujan lebat sedikit jalan-jalanraya banjir, pendudukpenduduk di tepi sungai mendapat kesusahan menjadi mangsa banjir. Salah satu daripada sebabnya ialah parit-parit dan longkanglongkang kurang dalam dan setengahnya pula penuh dengan sampah-sarap, keadaan trafik yang sudah tidak terkawal menjadi lebih rumit apabila banjir. Saya harap pihakpihak yang berkenaan hendaklah dengan segera mencari jalan untuk mengatasi masaalah-masaalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa setengah-setengah projek lambat dibuat atau tidak dijalankan langsung oleh kerana masaalah-masaalah red tape yang mengambil masa begitu lama. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sudah tentu lebih faham atas perkara ini dan berharap beliau akan mengeluarkan arahan
353 20 APRIL 1978 354
supaya masaalah red tape ini dapat diatasi supaya lebih ramai lagi orang-orang per· seorangan atau syarikat-syarikat luar negeri melabur di negara ini.
Akhir sekali, saya suk:a menyentuh sedikit berkenaan dengan perumahan. Untuk men· capai matlamat Dasar Ekonomi Baru khas· nya membantu mereka yang belum mem· punyai rumah, saya mencadangkan pihak Kementerian patutlah berunding dan bekerja· sama dengan bank-bank untuk mengadakan satu sekim pinjaman khas kepada mereka yang belum mempunyai rumah dan mampu membayar ansuran atau sewa bulanan supaya diberi pinjaman penuh mudah-mudahan lebih ramai lagi rakyat yang mempunyai rumah sendiri.
3.54 ptg.
Datuk Syed Hassan Aid.id: Tuan Yang diPertua, saya bangun untuk mengucapkan tahniah di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya pergi jauh saya suka menyentuh dua tiga perkara bersangkutan dengan perkara-perkara di Pulau Pinang.
Pertama, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kedudukan bumiputra di Pulau Pinang yang mana ini sudah diketahui iaitu orang Melayu di Pulau Pinang sangatlah ketinggalan beberapa tahun di dalam bidang eko· nomi. Perkara ini saya telah bercakap banyak kali di Dewan yang mulia ini dan pada awalnya tahun-tahun yang sudah UMNO telah berjuang mengenai perkara ini dan telah dibawa ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan, kerana kami memandang tidak ada lain jalan melainkan ekonomi bumiputra atau orang Melayu di Pulau Pinang hanya terletak kepada pertolongan daripada Kerajaan Perseku· tuan. Dan beberapa badan khasnya UMNO dan juga badan-badan lain, umpamanya, Dewan Pemiagaan Melayu telah mengemukakan memorandum kepada Kerajaan Persekutuan di dalam masa Allahyarham Tun Abdul Razak. Akhimya, lebih kurang setahun Alhamdulillah dengan usaha Yang Amat Berhormat Datuk Perdana Menteri, maka satu badan yang dinamakan Badan Petugas telahpun ditubuhkan di Pulau Pinang dan dihantar pula beberapa orang pegawai daripada Kuala Lumpur dan badan itu telahpun wujud dengan ada pejabatnya. Tetapi yang mendukacitakan hal ini setahun lebih kurang
badan ini telah ditubuhkan sampai hari ini orang Melayu di Pulau Pinang tidak mengetahui sama sek:ali apakah tugas yang dijalankan oleh badan ini dan apakah usaha-usaha yang dijalankan dan saya minta supaya Kementerian yang berkenaan memberitahu Dewan yang mulia ini apakah pertolongan yang telah diberi kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Ini perkara yang pertama.
Yang kedua, bersangkut dengan rakyat di Pulau Pinang untuk kesemua bangsa, Melayu, China, India iaitu dengan kehilangan pelabuhan bebas (free port) maka peniagapeniaga di Pulau Pinang sudahpun keciwa. Ramai peniaga-peniaga yang bersungut dan sudahpun bertukar tangan beberapa orang daripada satu tangan ke satu tangan kerana pemiagaan mereka merosot. Ini difahamkan oleh umum pada masa Pulau Pinang berjalan dengan free port harga barang di sana lebih murah daripada tanah besar. Hari ini dengan tidak adanya pelabuhan bebas ini maka segala barang-barang boleh didapati di Kuala Lumpur, lpoh, dan juga di mana tanah besar lebih murah daripada Pulau Pinang. Inilah yang menyebabkan kesusahan yang dialami oleh kesemua peniaga-peniaga khasnya di George Town dan pada satu ketika saya diberitahu umum iaitu dengan ditarik balik pelabuhan bebas ini (free port) maka Kerajaan berjanji untuk memberi compensation, dan setakat hari ini yang saya tahu compensation ialah tidak lain dan tidak bukan mengadakan beberapa buah kedai iaitu kedai duty free dan ini saya fikir tidak mencukupi. Saya harap Kementerian yang berkenaan tolonglah beritahu umum apakah pertolongan-pertolongan yang akan diberi supaya peniaga-peniaga di Pulau Pinang tidaklah merasa keciwa.
Ketiga, berkenaan Pulau Pinang juga iaitu mengenai Port Commission. Pada masa hari cuti khasnya saya sendiri telah melihat dengan mata kepala saya iaitu motokarmotokar terpaksa queue tidak kurang dari 2-3 batu untuk menyeberangi Pulau Pinang dan sebaliknya. Ini sungguh menyusahkan pengguna-pengguna sungguhpun saya telah melihat dalam akhbar yang Port Commission ini ada mendapat keuntungan yang besar. kalau tidak silap saya, tetapi keadaan yang buruk ini sedang berlaku. Saya berharap supaya Kementerian yang berkenaan menambahkan lagi feri-feri yang sedang berjalan kalau tidak silap saya antara 6 ke 8 feri sahaja khasnya pada masa cuti. Tidak bermakna kalau kita ada wang lebih tetapi
355 20 APRIL 1978 356
rakyat susah untuk berjalan antara Tanah Besar dan juga Pulau Pinang. Saya minta supaya Kementerian yang berkenaan ambil perhatian kerana ini berlaku dan di dalam akhbar banyak prospek-prospek yang ditulis atas perkara ini.
Selain daripada perkara kedudukan di Pulau Pinang, saya bercakap sedikit berkenaan dengan bahasa lnggeris. Bahasa lnggeris yang diajar di sekolah-sekolah, saya nampak standardnya sangat kurang, kerana saya dapati dalam kampung saya sendiri banyak kanak-kanak Melayu dan juga yang bukan Melayu yang telah lulus Tingkatan V tidak dapat bertutur dalam bahasa lnggeris. Ini tidak menjadi masaalah, tetapi masaalah besar apabila kanak-kanak ini hendak pergi belajar di institusi pelajaran tinggi, tidak usah katakan di universiti, bahkan di MARA sendiri, kerana saya dapati syarat-syarat yang MARA telah peruntukkan boleh dikatakan 90% daripada kursus-kursus yang penuntutpenuntut ini hendak masuk ke institusi MARA berkehendakkan kredit di dalam bahasa Inggeris dan saya dapati banyak kanak-kanak ini dapat kredit dalam semua mata pelajaran tetapi sangat mendukacitakan, mereka cuma dapat pass sahaja dalam bahasa lnggeris. Maka budak-budak ini terkandas, tidak dapat belajar di institusi pelajaran tinggi, terpaksalah mereka cari jalan lain dengan bekerja di kilang atau buruh kasar. Ini mendukacitakan. Saya minta Kementerian Pelajaran supaya mengatasi perkara ini supaya standard of English diperbaiki supaya budak-budak kita tidak teraniaya.
Lagi satu masaalah berkenaan dengan perkhidmatan keretapi. Di dalam Dewan ini juga banyak Ahli-ahli Yang Berhormat telah puas hati atas perjalanan perkhidmatan keretapi kbasnya Ekspress Rakyat, tetapi apa yang mendukacitakan saya kerapkali naik keretapi malam, Mel antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, saya dapati banyak sangat penumpang-penumpang terpaksa tidur di kantin ataupun berdiri di sana-sini, di tangga dan sebagainya. Ini sangat mendukacitakan dan menjolok mata dan kalau foreign tourists menaiki keretapi saya fikir ini kurang elok, ini akan menjatuhkan imej kita. Saya tidak tahu sebabnya tetapi boleh jadi penumpangpenumpang tidak mahu beli tiket tempat tidur ataupun sudah babis. Saya fikir satu
jalan yang baik sebagaimana dijalankan oleh Ekspress Rakyat, elok juga tiap-tiap penumpang bila hendak naik keretapi Mel malam ini hendaklah diberikan tempat tidur. Maknanya kalau tidak ada tempat tidur maka tiket tidak akan dijual kepada mereka tetapi saya fikir ini boleh jadi merugikan. Sebaliknya lagi satu jalan iaitu menambahkan lagi gerabakgerabak untuk perjalanan antara Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura khasnya untuk malam dan saya sungguh dukacita masaalah gerabak (coaches). Perkara ini telah dibawa dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali dan beberapa orang Menteri sudah berubah, dari satu Menteri ke satu Menteri berjanji hendak bawa coaches yang baru tetapi sampai hari ini tidak jadi kenyataan. Saya tidak tahu sebab-sebabnya, adakah kerana kekurangan wang atau sebagainya tetapi untuk menjaga nama baik kita saya fikir gerabak yang lama ini tidak patut ber· jalan lagi, ada kalanya sampai terlambat 2-3 jam. Untuk menjaga nama baik kita saya minta Kementerian yang berkenaan berfikir habis-habis supaya menjadi kenyataan, bawalah gerabak-gerabak yang baru.
Kita berasa syukur kepada Allah (s.w.t.) yang pembangunan kita berjalan dengan pesat. Boleh dikatakan banyak kemajuankemajuan yang dicapai semenjak kita merdeka tetapi apa yang mendukacitakan ialah berkenaan dengan Civil Service atau Perkhidmatan Awam. Saya telah bercakap beberapa tahun yang sudah di Dewan yang mulia ini, kalaulah Rancangan-rancangan Malaysia Yang Pertama, Kedua dan Ketiga sungguh-sungguh hendak berjalan dengan baik, faktor yang utama ialah Perkhidmatan Awam. Saya tidak kata kesemua sekali kakitangan Kerajaan tidak berjalan dengan betul tetapi ada juga yang berjalan dengan tidak memuaskan. Saya masih ingat pada satu ketika Menteri Kewangan kita. iaitu Yang Berhormat Tengku Tan Sri Razaleigh telah menyentuh perkara ini. Beliau telah berkata apabila Cabinet Report ini selesai maka kakitangan Kerajaan dapat gaji yang lebih, diharap sangat-sangat supaya mereka gunakan tenaga yang lebih, kerja masa yang lebih dan sebagainya tetapi sehingga hari ini saya tidak nampak ada satu perubahan. Saya misalkan di Pulau Pinang. beberapa kali saya telah menalefon, ada setengah-setengah pegawai pukul 9.00 pagi masih tidak sampai lagi, pukul 10.00 pergi kantin, pukul 12.00 sudah pulang. Saya fikir ini berlaku di manamana juga dan yang lebih anih lagi ada setengah-setengah pegawai yang berkenaan
357 20 APRIL 1978 358
telah bercuti dan pergi ke luar negeri dan tidak ada gantinya, oleh kerana ini maka segala kerja-kerja tidak berjalan. Ini saya minta supaya Kerajaan ambil perhatian.
Saya sungguh tertarik hati dengan ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir baru-baru ini hendak overhaul the Civil Service machinery ataupun Perkhidmatan Awam. Saya harap perkara ini akan berjalan dengan seberapa lekas dan ini sudah menjadi satu relief kepada orang ramai. Saya masih ingat lagi satu daripada jalan yang baik saya bercakap dalam Dewan ini iaitu tiap-1iap pejabat hendaklah ada satu complaint.s box supaya rakyat boleh membuat komplen menerusi complaints box ini.
Sa ya minta juga supaya Yang Berhormat Menteri di tiap-tiap Kementerian hendaklah juga pergi melawat dengan mengejut tiap-tiap pejabat supaya mereka sendiri tahu atas kepincangan tiap-tiap pejabat itu. Inilah satu daripada caranya supaya dapat kita melicinkan. Maksud saya di sini dengan niat baik, kalaulah pejabat-pejabat berjalan dengan baik maka Rancangan Malaysia Ketiga juga akan berjalan dengan baik.
Satu lagi masaalah yang akhir yang belum pemah saya bercakap, tetapi oleh kerana perkara ini saya pandang sudah berlanjutan di dalam banyak persidangan pada akhirakhir ini, nampaknya ada sahabat-sahabat kita yang membawa perkara-perkara sensitif khasnya perkara keistimewaan orang Melayu dan bahasa. Sepanjang pengetahuan saya perkara ini kalau menurut Yang Berhormat Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir, pada masa beliau menjadi Peguam Negara, melarang samasekali bercakap atas perkara ini. kerana perkara ini sangat merbahaya dan kita di Dewan yang mulia ini dianggap sebagai pemimpin yang tertinggi sekali.
Kita juga yang meluluskan undang-undang ini iaitu di dalam Perlembagaan. Article 153 telah meluluskan keistimewaan orang Melayu akan berjalan terus, tetapi saya hairan ada pihak-pihak yang berkenaan yang berasa tidak puas hati. Adakah mereka ini tidak tahu Perlembagaan atau sengaja tidak mahu tahu atau sengaja untuk memancing undi pilihanraya yang tidak berapa lama lagi? Saya fikir perkara ini tidak patut dibawa di dalam Dewan yang mulia ini. Kalau orang awam yang di bawah-bawah barangkali kita maafkan kerana mereka tidak tahu Perlembagaan
sama sekali. Tetapi kalau kita sebagai Ahliahli Dewan yang dihormati yang mencipta Perlembagaan ini, kita juga yang meluluskan undang-undang. kita juga yang tidak bersetuju atas perkara-perkara yang sensitif ini, saya fikir ini kurang elok. Yang susahnya apabila seorang bawah-yang masih tidak bersetuju maka ada pula kaunternya. jadi perkara ini akan menjadi satu debate. Saya minta supaya di persidangan yang akan datang perkara ini; we should put a stop to it. J anganlah lagi kita bawa kerana ini akan membahayakan bukan sahaja kita sama kita, bahkan juga rakyat jelata.
4.23 pig.
Dr Lim Keng Yaik: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usul atas nama Yang Berhormat Jenera! Tan Sri Haji Abdul Hamid bin Bidin.
Di dalam Titah Ucapan Di Raja Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa kemajuan sedang dicapai dalam proses melaksanakan Rancangan Malaysia Ketiga. Ini adalah sangat menggalakkan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berulang kali menerangkan sebab pentingnya untuk menyempumakan rancangan ini. Walaupun pada keseluruhannya kemajuan yang memuaskan sedang dicapai. akan tetapi ada beberapa aspek tentangnya yang agak membimbangkan.
Di bawah rancangan tersebut sejumlah $44.2 billion dijangka akan dilaburkan di mana $18.6 billion darinya dijangkakan akan dibelanjakan oleh pihak Kerajaan dan bakinya $13.7 billion akan dibelanjakan oleh sektor swasta. Setakat ini pihak Kerajaan telah melaburkan sebanyak yang dijangkakan itu tetapi sektor swasta telah jauh ketinggalan dalam pelaburannya. Jika sekiranya sesuatu tidak diusahakan untuk memperbaiki keadaan ini, maka pada tahun 1980 para pelaburan di sektor swasta akan turun lebih bawah lagi.
Kadar pelaburan yang semakin merosot di sektor swasta ini adalah menjejaskan kadar pembangunan negara kita. Pada tahun 1976 pengeluaran kasar negara telah meningkat sebanyak 11 % • pada tahun 1977 keluaran kasar negara telah merosot kepada 7% walaupun harga barangan-barangan tersebut meningkat
359 20 APRIL 1978 360
naik. Faktor yang menyebabkan kemerosotan ini adalah perusahaan membuat barang-ba· rang (manufacturing sectors). Pada tahun 1976 pengeluaran kilang-kilang telah meningkat sebanyak 19%, pada tahun 1972 ia hanya meningkat 12% sahaja. Kemerosotan pengeluaran di kalangan kilang-kilang akan merobawa kesan-kesan buruk bagi negara sebab sektor perindustrian, khasnya sektor swasta dijangka memberi sebanyak 170,000 peluang pekerjaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga. Dengan kadar pelaburan yang tidak memuaskan di sektor swasta ini matlamat ini tidak mungkin tercapai dan akibatnya masaalah pengangguran akan bertambah buruk.
Pegawai-pegawai Kerajaan berkata, ia ini adalah kemerosotan ekonomi dunia yang telah merosot pada keseluruhannya. Saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya mengkajikan nasihat pegawai-pegawai Kerajaan ini dengan teliti. Jika sekiranya keadaan yang tidak memuaskan ini adalah akibat kemerosotan ekonomi dunia, mengapa setengah negara seperti negara Korea, Hongkong dan Singapura di dalam kawasan Asia Pacific (in the Asian Pacific Region) tidak mengalami kemerosotan ini di kalangan perusahaan-perusahaan dan kadar pelaburannya. Mengapa sebabnya dalam dua tiga tahun yang lalu bank-bank dalam negara kita selalu sedia dengan wang simpanan begitu banyak dan para pelabur enggan menggunakannya iaitu for the last 2-3 years our banks have been very liquid. Saya menggesa pihak Kerajaan, khasnya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri agar mengkajikan angka-angka yang membimbangkan ini sendiri dan mengambil langkah-langkah yang segera untuk memupuk dan mengembalikan keyakinan para pelabur-pelabur di sektor swasta.
Ada banyak faktor yang menjadi sebabsebab kejatuhan pelaburan di dalam sektor swasta tetapi banyak faktor disebabkan oleh Undang-undang Penyelarasan Perindustrian (Industrial Coordination Act). Saya ingat pada keseluruhannya atmosphere pelaburan di negara ini tidak memuaskan pihak-pihak swasta yang berkenaan dan saya harap pada
masa akan datang apabila Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang baru dilantik, beliau akan membaiki keadaan ini. Saya berharap beliau akan bertindak supaya kemerosotan kadar kemajuan negara kita dapat diberhentikan sebelum terlewat.
Dalam Titah Di Raja Dull Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga mengatakan bahawa peruntukan yang paling besar adalah diberikan tiap-tiap tahun bagi belanjawan pelajaran. Ini sememangnya sesuai kerana Malaysia pada masa sekarang masih sebuah negara yang membangun dan rakyat kebanyakannya terdiri dari pemudapemudi. Tetapi saya ingin menarik perhatian Kerajaan kepada satu hakikat iaitu kandungan dasar pelajaran negara tidak menerima perhatian yang mencukupi.
Kita hanya pada masa sekarang ada suatu dasar bahasa bagi pelajaran dan belum ada suatu dasar pelajaran lagi. Dasar bahasa di dalam pelajaran pada masa ini sudah diterima oleh semua golongan di dalam negara kita. Apa yang sedang diajar untuk anakanak kita hanya ulangan daripada apa yang bekas pengajar itu pernah mengajar kita dengan perbezaannya. Kandungan itu diulangi dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam bahasa Inggeris lagi. Akibatnya lepasan sekolah-sekolah dan universiti-universiti kita lebih suka mernilih pekerjaan di pejabatpejabat daripada pekerjaan di kilang-kilang. What I mean to say is that we are still following the colonial attitude; that is, because of lack of a proper education policy, students are made to go for certificates that give them a white collar job and there is not much encouragement given to students who leave schools and universities to go for blue collar jobs or to go for the job that require skills.
Sa ya merayu kepada Yang Berhorrnat Menteri Pelajaran yang baru ini supaya mengkaji semula sistem pelajaran dan membawanya ke arah menampung keperluankeperluan negara. Memandangkan peluangpeluang yang kian bertambah untuk melanjutkan pelajaran tinggi memanglah wajar Kerajaan menimbangkan bagi membesarkan universiti-universiti dan kolej-kolej teknikal yang sekarang ada di negara kita supaya tempat pelajaran tinggi dapat diperbanyakkan, tambahan pula harus dikaji semula juga tanggungjawab Kerajaan terhadap pelajaran tinggi memandangkan keperluan yang kian bertambah untuic
361 20 APRIL 1978 362
menghasilkan lebih banyak lagi tenaga mahir yang dikehendaki di negara kita adalah perlu dalam masa akan datang untuk menggalakkan pihak swasta menubuhkan universiti-universiti persendirian, tetapi universitiuniversiti persendirian itu patutlah ditubuhkan dengan satu syarat iaitu memberi pelajaran mengikut dasar pelajaran negara.
Di dalam negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat sebahagian tanggungjawab bagi pelajaran tinggi itu adalah dibebankan kepada sektor swasta. Mengapa kita sebuah negara yang sedang membangun tidak menggunakan strategi s~erti yang saya sebutkan tadi untuk mengadakan lebih lagi peluangpeluang kepada pelajar-pelajar memasuki di dalam institusi pelajaran tinggi. Patutlah kita mempunyai satu dasar pelajaran yang mengandungi atau menampung keperluan semua kaum di negara ini supaya masyarakat berbagai kaum dapat disatukan sebagai sebuah masyarakat Malaysia, dengan itu dapatlah kita boleh memberhentikan pihakpihak yang tertentu dari menyuarakan seruanseruan untuk menubuhkan universiti yang memasukkan perkauman. Seruan-seruan terseibut tidak akan menyelesaikan masaalah pelajaran di dalam negara kita.
Selain daripada itu, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri Pelajaran bahawa kualiti lepasan universiti-universiti tempatan telah merosot juga. Saya ingin menarik perhatian beliau khasnya kepada Universiti Malaya seibab kedua-dua pihak swasta dan sektor awam telah memberikan ulasan masing-masing bahawa perkhidmatan lepasan-lepasan universiti ini pada umumnya tidak memuaskan dalam lima tahun yang lampau.
Titah Di Raja juga telah menekankan bahawa lebih banyak rumah murah akan dibina. Pada hakikatnya matlamat perumahan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah untuk membina 500,000 buah rumah sebelum tahun 1980. Dengan adanya rancangan perumahan raksaksa itu bahan-bahan pembinaan (building materials) tentu akan meningkat naik harganya. Dalam hubungan ini, Yang Berhormat Menteri Perumahan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa rumah murah akan lebih berharga lagi dalam masa akan datang. Pengumuman ini telah menyebabkan berlakunya spekulasi pembelian rumah terutama sekali di kawasan Kuala Lumpur. Akibatnya harga rumah telah naik
begitu banyak sehingga orang-orang berpendapatan rendah sekarang tidak mampu membeli rumah lagi. Jadi Kerajaan mestilah mengadakan suatu sistt:!m yang sesuai untuk mengawal kenaikan harga rumah atau harga barang-barang binaan rumah.
Salah satu cara menampung keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah iaitu memberi tanah kepada tiap-tiap keluarga untuk membina rumah masing-masing. eara ini telahpun diamalkan di negeri Perak untuk menyelesaikan masaalah penduduk kampungkampung baru di negeri itu. Kerajaan Negeri patut diberi pujian kerana berbuat demikian, sebaliknya Kerajaan-kerajaan Negeri mesti memahami juga bahawa jika sekiranya premium dan cukai tanah tidak dikurangkan maka tanah yang diberikan kepada penduduk· penduduk itu tidak akan menghasilkan kesankesan yang diingini. Umpamanya, di kawasan luar bandar Ipoh pada dua tahun lalu, Kerajaan Negeri Perak telah menjalankan tiga sekim dengan memberikan 800 lot tanah kepada penduduk-penduduk di kampungkampung baru yang berkenaan, tetapi sehingga hari ini hanya kira-kira 50 buah rumah telah didirikan semuanya-50 buah rumah sahaja dibina, sebab bayaran premium dan cukai tanah yang dikenakan di dalam kawasan itu telah 24 kali lebih mahal daripada premium dan cukai tanah dalam bandar Ipoh. Sesudah membayar premium dan cukai tanah itu penduduk-penduduk kampung baru itu kenalah menyediakan atau meratakan sendiri tanah-tanah yang diberi oleh Kerajaan itu kerana Kerajaan Negeri Perak hanya memberi tanah sahaja dengan tidak turut memberikan kemudahan-kemudahan infrasstruktur.
They have to look after themselves to prepare the site because the State Government bas not prepared the site and the infrastructure for them. Bila ditanya, Kerajaan Negeri memberi jawapan bahawa ini kerana penduduk-penduduk ingin membina-rumah masingmasing dengan serta-merta, tambahan pula Kerajaan Negeri itu akan cuba meminta kewangan dari Kerajaan Pusat untuk membina infrastructure tersebut, nyatalah suka sangat bagi penduduk:-penduduk: ini untuk meratakan tanah-tanah yang diberi oleh Kerajaan lebih-lebih lagi jikalau tanah itu terletak di kawasan lembah dan di kolam lombong pula.
363 20 APRIL 1978 364
Ada kes-kes yang mana empat lima orang sudah diberi tanah atas tapak perlombongan dan memberi tahu secara cepat-cepat untuk menyiapkan tanah itu.
Selain daripada kesukaran tersebut, pembinaan rumah mereka mesti juga dijalankan menurut undang-undang Kerajaan Tempatan. Ini bermakna menelan belanja lebih banyak. Pendek kata sek:urang-kurangnya $5,000 kena dibelanjakan U111tuk mendirikan sebuah rumah papan biasa termasuklah bayaran cukai premium, cukai tanah dan rumah tersebut mesti disiapkan dalam masa 6 bulan. Siapa sahaja ada $5,000 untuk digunakan sekali gus tidak boleh dikira golongan pendapatan rendah lagi. Oleh kerana ini saya merayu kepada Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan supaya memberi peruntukan untuk membina infrastructure bagi rumah penduduk tersebut.
Saya merasa gembira bila mendengar adanya sesuatu rancangan dari Yang Berhormat Menter:i Pertanian yang telah mengumumkan untuk menolong para petani khasnya meningkatkan pengeluaran basil tanahnya. Saya harap rancangan seumpama ini dapat dijalankan juga di kampung-kampung barn supaya tanahnya juga dapat digunakan dengan lebih baik lagi. Sebenamya sebahagian pendapatan penduduk-penduduk kampung baru didatangi dari penggunaan tanah-tanah Kerajaan Negeri secara haram untuk pertanian. Sekarang dengan pentadbiran tanah diketatkan di beberapa buah negeri terutama di negeri Perak maka pendudukpenduduk kampung barn ini akan menghadapi lebih banyak kesulitan-kesulitan dalam kehidupan harian mereka. Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kerajaan supaya mengada.kan satu rancangan tersebut bagi kampung-kampung barn juga. Dalam hubungan ini Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kemajuan Perkampungan selalu sedia dengan jawapan bahawa kuasa mengawal tanah adalah di tangan Kerajaan Negeri dan bukan di tangan Kerajaan Pusat. Di sini saya ingin mengulangi saranan saya agar bahagian Kementerian ini dikembalikan ke Jabatan Perdana Menteri supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri at.as nasi.hat Menteri yang berkenaan boleh berhubung dengan sebarang Menteri-menteri Besar tentang sesuatu masaalah tanah. Jika tidak diadakan sekarang sesuatu rancangan untuk memaju:kan kampung-kampung baru maka
tentu akan timbul satu keadaan yang tidak sihat di mana sebahagian besar rakyat Malaysia akan tertinggal di luar proses pembangunan negara.
Titah Di Raja telahpun mengatakan bahawa Kerajaan akan terus memberi perkhidmatan awam dan kemudahan-kemudahan awam yang sempurna. Dalam hubungan ini saya ingin menarik perhatian pihak-pihak yang berkuasa kepada keadaan Daerah Sitiawan, Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di LumUit dijadualkan akan siap dalam masa tiga tahun akan datang, malangnya kemudahan-kemudahan awam dan perkhidmatan awam yang mencukupi tidak ada di sana. Up to this present moment ancillary services development have not been brought to Sitiawan yet. Sekali pun pihak swasta ingin menawarkan pertolongan untuk membaiki kemudahan-kemudahan awam, pihak Kerajaan Tempatan di Sitiawan tidak bersedia tentang apa yang pa.tut dibuat, sebab Kerajaan Tempatan at.au Perbadanan Kerajaan Tempatan di bandar ini belum disusun semula dan pegawai-pegawai di Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPK1) tidak tahu mengapa pihak swasta boleh memajukan di dalam bandar itu pada masa sekarangi. Pegawai-pegawai tidak tahu macam mana membolehkan pihak swasta membina lebih bangunan empat tingkat atau mahu berhenti setakat empat tingkat atau dua tingkat sahaja. Mengikut keadaan ini kemaj.uan di kawasan ini akan diberhentikan dan tidak boleh mengikut pembangunan awam yang ada di Lumut iaitu di Naval Base Lumut.
Tuan Yang di-Pertua: Berapa minit lagi, Ahli Yang Berhormat?
Dr Um Keng Yaik: Tiga minit lagi. Tambahan pula Perbadanan Kemajuan Negeri telah mempunyai sikap yang negative terhadap perkara ini kerana ia ingin membenarkan sektor swasta memajukan kawasan Sitiawan sebelum dapat kemajuan yang dipilihnya di Telok Murok dua batu dari Sitiawan dimajukan sepenuhnya. Tapak di Telok Murok ini dianggapkan oleh setengah orang tidak begitu sesuai. Kesan~kesan yang buruk akan dirasak.an tidak lama lagi. kalau Kerajaan Tempatan tidak memainkan peranannya sejajar dengan kemajuan negara pada keseluruhannya.
365 20 APRIL 1978 366
Setahu saya kebanyakan Kerajaan-kerajaan Negeri belum dibe~i perhatiannya terhadap masaalah menyusun semula bagi organisasi atau Perbadanan Kerajaan Tempatan. Akibatnya perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan Tempatan semakin tidak memuaskan. Jadi tidak: hairan kalau ramai penduduk kampungkampung Melayu di sekeliling bandar-bandar tidak mahu masuk di dalam pentadbiran Kerajaan Tempatan yang ada di bandar ini, sebab kalau mereka masuk, mereka kena bayar cukai pintu tetapi tidak dapat perkhidmatan. Dan sesiapa yang sudah masuk di dalam kuasa Kerajaan Tempatan yang ada sekarai:tg akan menerima banyak kesusahan.
Saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan supaya mempercepatkan pengurusan semula structure Kerajaan Tempatan di Sitiawan clan di tempat-tempat lain di seluruh Malaysia supaya kemajuan di kawasan-kawasan Kerajaan Tempatan ini tidak akan terganggu.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang bercakap di dalam perbahasan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempoh selama 15 minit.
Persidangan ditempohkan pada pukul 4.30 petang.
Persidangan disambung semula pada pukul 5.04 petang.
(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)
USUL
UCAPAN TERIMA KASm KEPADA D.Y.M.M. TIMBALAN YANG
DI-PERTUA AGONG
Perbahasan disambung semula
5.05 ptg. Tuan Oh Siew Aun: Tuan Yang di-Pertua,
saya bangun membuat ucapan menyokong usul yang dibuat oleh Yang Berhormat Jenderal Tan Sri Haji Abdul Hamid bin Bidin bagi melafazkan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang diPertuan Agong kerana Titah Ucapan Baginda di dalam Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat pada 20hb Mac, 1978.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh beberapa perkara di dalam Titah Ucapan Baginda itu. Yang pertama, masaalah menghapu1skan rasuah. Tuan Yang di-Pertua, rasuah merupakan penyakit masyarakat yang sangat merbahaya jika ia tidak dicega.h kerana dia merupakan merosak ekonomi nega.ra dan akibatnya akan menjejaskan keselamatan nega.ra.
Menurut Biro Siasatan Negara kes-kes rasuah kian bertambah baru-baru ini. Sejak dari tahun 1973 hingga. 1977 bilangan kakitangan Kerajaan yang ,terlibat dalam rasuah lebih kurang ada 400 orang. Apa lagi kes-kes yang rnasih berlarutan yang belum dikesan. Dalam keadaan ini kalau tindakan sewajamya tidak diambil masaalah ini tentll! semakin serius dalam beberapa tahun sahaja. Para pegawai harus mendisiplinkan diri supaya tidak terlibat dalam kes rasuah. Inilah langkah yang paling baik untuk menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Hussein Onn untuk mencapai sebuah masyarakat yang cergas. jujul" dan bebas daripada sebarang kes rasuah.
Rasuah dalam bentuk apa pun haruslah diperangi dengan habis-habisan. Oleh itu, Biro Siasatan Negara memainkan peranan yang terpenting dalam kes ini cl.an ia harus menjalankan tugasnya dengan bersungguhsungguh tanpa menghirau:kan betapa tinggi pun pangkat clan kedurdukan orang yang terlibat itu. Dengan itu barulah imej negara kita yang jujur dan bersih dapat diujudkan. Oleh sebab itu saya menyokong sekuat-kuatnya keazaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Hussein Onn yang ingin membina sebuah Kerajaan yang jujm, integrity dan efficient.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua, latihan bakal guru. Masaalah guru sementara telah lama kita hadapi. Masaalah ini telah bertambah serius kerana jumlah muridmurid s'!makin bertambah dengan begitu cepat tiap-tiap tahun Maktab Perguruan yang terhad itu tidak bertambah pula. Untuk mengatasi masaalah ini Kementerian Pelajaran terpak.sa mengadakan kursus waktu cuti supaya orang yang layak mendapat latihan perguruan dan menjadi guru terlatih nanti. Dalam pengambilan guru sementara Kementerian Pelajaran telah nienetapkan syarat-syarat tertentu. Mereka yang memenuhi syarat-syarat tersebut patutlah &ecara otomatik · diambil untuk mengikuti kursus
367 20 APRIL 1978 368
yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran. Tetapi pada masa sekarang guru-guru sementara sudah menghadapi suatu masaalah baru iaitu Kementerian Pelajaran telah menentapkan syarat-syarat baharu itu iaitu mereka ini mesti mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya selama dua tahun untuk melayakkan diri untuk menjalani kursus tersebut.
Pada pendapat saya, syarat-syarat baru ini haruslah dilonggarkan sedikit kerana dalam sistem sekarang ini kontrek bagi guru sementara ialah bagi 9atu tahun sahaja. Ada yang hanya mengajar setahun sahaja kemudian tidak diambil semula tahun berikutnya. Dalam keadaan demikian mereka pun kehilanganlah peluang menjadi guru terlatih.
Saya merayu kepada pihak Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat baru ini supaya Iebih banyak lagi guru-guru sementara dapat peluang untuk menjadi guru terlatih sebagai career seumur hidupnya. Oleh kerana pemohon-pemohon dari semua kaum untuk menjalani kursus tersebut kian bertambah dengan begitu banyak tiap-tiap tahun, saya merayu pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran supaya mengambil bakal guru ini secara adil dan saksama supaya mereka dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga, nisbah pengambilan siswa-siswi masuk: universiti. Yang Berhormat Datuk Musa Hitam baru-baru ini menyatakan tentang ratio pengambilan penuntut-penuntut ke Pusat Pengajian Tinggi tidak seimbang. Saya merasa gembira bahawa beliau memberi perhatian kepada keadaan yang tidak seimbang itu, kerana masaalah ini semakin membimbangkan di kalangan orang-orang China yang menganggap dasar pengambilan yang tidak seimbang itu telah menyekat ramai mudamudi kaum China daripada masuk ke pusat pengajian tinggi dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, menurut jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad dalam Parlimen pada bulan Julai tahun lalu sebanyak 25,998 pemohon yang layak masuk universiti dalam negara kita hanya 5,953 pemohon sahaja yang berjaya di ambil untuk melanjutkan pelajaran di lima buah universiti kita. Di antaranya, Bumiputra ialah 4,457 orang, Tionghua 1,187 orang, India 266 orang dan bangsa-bangsa lain 43
orang. Kelima-lima universiti ini ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknoloji Malaysia. Jumlah orang Tionghua diambil masuk ke Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia agak besar sedikit dan bagi tiga universiti yang lain, pengambilan bagi setiap universiti tidak melebihi 100 orang. Kami anggap pelajaran haruslah dipandang sebagai 9atu masaalah negara yang tidak perkauman. Ini disebabkan negara kita ialah sebuah negara yang sedang membangun yang berkehendakkan banyak tenaga manusia yang mahir untuk membangunkannya. Dan juga setiap tenaga manusia yang terlatih ini digunakan maka negara kita pasti akan menuju ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Oleh yang demikian, pelajaran rakyat dan latihan tenaga manusia adalah kewajipan negara kita. Peluang patut diberi kepada Bumiputra untuk meningkatkan taraf sains dan teknoloji mereka. Dasar ini pada pendapat saya adalah kena pada tempatnya, akan tetapi semua yang layak masuk ke universiti itu patut diberi pertimbangan yang saksama pula.
Tuan Yang di-Pertua, apa lagi bilangan yang berkelulusan STP/HSC itu kalau dibandingkan dengan bilangan penduduk negara kita kecil sahaja. Jika mereka itu mempunyai kelayakan yang sesuai tetapi kerana tempat universiti itu terhad mereka pun terpaksa melepaskan peluang masuk ke universiti maka ini merupakan bukan sahaja kerugian kepada orang perseorangan sahaja, tetapi ia juga merupakan kerugian besar bagi negara kita.
Pada satu ma9a dahulu ada orang berpendapat bahawa sebuah negara tidak perlu mempunyai terlalu banyak universiti supaya lepasan itu tidak akan masuk barisan penganggur. Menurut keadaan ke belakangan ini penubuhan sebuah universiti memang menelan belanja yang besar, tetapi sumbangannya akan jadi be9ar pula. Dalam keadaan ini universiti-universiti dalam negara kita tidak mencukupi untuk menampung keperluan beribu-ribu penuntut yang layak masuk ke universiti. Negara kita mempunyai rakyat lebih daripada 10 juta orang dan tiap-tiap tahun ada lebih kurang 6,000 penuntutpenuntut baru yang melanjutkan pelajaran. Dari itu nisbah ialah daripada 10,000 orang penduduk hanya ada 6 orang siswa-siswi
369 20 APRIL 1978 370
sahaja. Angka ini dianggap kecil sahaja, memang benar jumlah penduduk kian bertambah dan sejak perlaksanaan Dasar Pelajaran Percuma diadakan serta keciciran murid-murid sekolah rendah kian berkurangan. Penuntut-penuntut sekolah menengah pun kian meningkat dan ramai yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu tentu ingin melanjutkan pelajaran mereka di pusat pengajian tinggi. Baru-baru ini Menteri Pelajaran sendiri mengatakan bahawa langkah yang sewajamya akan di ambil untuk membetulkan ratio pengambilan bakal guru. bakal siswa-siswi berdasarkan kaum dan menyatakan rasa bimbang bahawa keadaan kepincangan ini jika dibiarkan akan menjejaskan perpaduan negara. Pandangan beliau atas perkara ini amatlah menggalakkan. Saya berasa kalau kita ingin merapatkan jurang-jurang ini langkah-langkah berikut patut di ambil :
(a) Meluaskan kemudahan-kemudahan di universiti-universiti di negara kita dan menambahkan bilangan pengajar supaya membolehkannya menampung lebih banyak bakal siswa-siswi.
(b) Membanyakkan cawangan universiti disetiap negeri supaya keadaan tersebut dapat diseimbangkan.
(c) Menambah bilangan universiti lagi atau mengelakkan pihak swasta menubuhkan universiti.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar dengan bertambahnya sebuah universiti, Kerajaan terpaksa menanggung biaya yang besar pula, oleh itu pihak swasta harus digalakkan menubuhkan universiti untuk meringankan beban Kerajaan. Saya ingin mengulangi ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 9hb April, 1978, ini ketika merasmikan Persidangan Ekonomi China Malaysia. Beliau mengatakan Kerajaan Malaysia adalah dipilih oleh rakyat dan jika Kerajaan ini hanya membela nasib sesuatu kaum tertentu sahaja ini akan merupakan sesuatu pembunuhan diri. Kerajaan kalau ingin mengekalkan kedudukannya ia harus bertindak dengan adil dan saksama terhadap setiap rakyat. Memandang keadaan ini kami harap Kerajaan akan memberi keizinan kepada pihak swasta menubuhkan universiti supaya keadaan kepincangan yang ditimbulkan itu dapat diluluskan, dengan ini dapatlah ketenteraman clan muhibbah dicapai di kalangan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan saya dan saya menyokong sepenuhnya Ucapan Terima Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
5.18 ptg.
Tuan V. S. M. Vellayappa: Tuan Yang diPertua, sambil menyokong sepenuhnya usul yang dibahaskan sekarang, saya memohon izin untuk berucap sepatah dua di dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin menyembahkan ucapan ribuan terima kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan bertitah dalam upacara pembukaan sidang Penggal Keempat, Parlimen Keempat pada 20hb Mac yang lalu. Dalam Titah Ucapan Baginda itu adalah mengandungi nilai-nilai falsafah hidup yang amat dalam, di samping menekankan berbagai aspek ekonomi, keselamatan dan langkah-langkah Kerajaan Malaysia dalam meninggikan taraf hidup berbagai lapisan rak:yat di dalam negara kita ini tanpa mengira asal keturunan mereka. Di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, negara kita telah mencapai berbagai tuah dan kemakmuran; beberapa sumber kekayaan alam seperti minyak dan lain-lain telah didapati, misalnya di perairan Pantai Timur. Kerajaan Barisan Nasional sangatlah disanjung tinggi oleh rakyat kerana sifat-sifat dan dasar-dasar Kerajaan yang amat tegas dalam mempertahankan keamanan dan perjalanan undang-undang negara dengan mengenepikan berbagai soa) emosi.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa bahagian di dalam kawasan perairan MUDA baru-baru ini telah dilanda musim kemarau yang amat teruk sekali sehinggakan beribu-ribu keluarga petani yang bergantung hidup kepada persawahan telah hilang mata pencarian mereka. Tetapi saya mengucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan jua Kerajaan negeri Kedah yang telah bersungguh-sungguh berusaha dengan berbagai cara untuk menolong meringankan penderitaan mereka itu dengan memberi berbagai bantuan subsidi dan peluang-peluang pekerjaan sementara. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad dan juga Yang Berhormat Menteri Pertanian, Dato' Shariff Ahmad telah beberapa kali berkunjung ke Kedah untuk melihat sendiri keadaan penderitaan rakyat yang terlibat dengan mala petaka musim kemarau di Kedah itu, dan sikap bertanggungjawab
371 20 APRIL 1978 372
Kerajaan itu sangatlah dipuji oleh semua kalangan rakyat. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri kita yang dikasihi itu amat sensible dan bertimbang rasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon melahirkan rasa dukacita mengenai satu berita dalam sebuah akhbar Inggeris, iaitu New Straits Times bertarikh 2hb Januari, 1978 yang telah menyilap-fahamkan saya sebagai berkata bahawa "Lack of dedication of many MADA staff" mengenai kejadian kemarau di Kedah itu. Saya hendak mengambil peluang ini untuk membetulkan salahfaham yang ditimbulkan itu. Di sini saya minta izin untuk berucap sepatah dua di dalam bahasa Inggeris.
(Dengan izin) Mr President, Sir, I wish to clarify regarding the speech made by me in the Dewan Negara on MADA on 22nd December, 1977 which was reported in the New Straits Times on December 23rd. I categorically deny that I had commented on the "lack of dedication of many MADA staff". Ironically, I had been misquoted. With your permission, Sir, I would like to quote the relevant text of my speech as appears in the Hansard:
"Dalam sebuah organisasi besar seperti MADA, peranan tenaga pelaksanaan adalah penting untuk mencapai matlamatmatlamat yang ditujui. Oleh itu, semangat dedikasi dan puashati mesti disemai dan dikukuhkan di kalangan kakitangan".
From the above extract, it can be clearly verified that the report in the New Straits Times about the lack of dedication of many MADA staff is a pure conjecture and is not what was actually said or meant by me. I had in fact appreciated and congratulated the staff in MADA for carrying out yeoman service under very trying conditions because of "an inadequate level of physical infrastructure". To be explicit, I had only expressed that the morale of the staff should be sustained by giving better remunerative terms.
MADA adalah satu-satunya badan yang amat unik di dalam negara kita ini. Seluruh pegawai dan kakitangannya amatlah jujur dan dedikasi, jika tidak demikian, MADA tentulah ada pada namanya sahaja, sedangkan kemajuan-kemajuan yang telah dan
sedang dicapai oleh pihak MADA adalah mengkagumkan bukan sahaja rakyat tempatan, tetapi jua para pelawat yang datang dari luar negeri.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan dengan gerakan pihak Polis pada masa ini mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu kereta yang mempunyai cermin gelap, saya sesungguhnya menyeru kepada pihak Polis supaya memikirkan dengan Iebih serius lagi samada tindakan mereka itu benar-benar perlu dilakukan bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan.
Saya bersetuju motokar-motokar yang digunakan oleh orang awam tidak boleh memakai cermin gelap oleh kerana itu akan menyebabkan pihak Polis merasa syak terhadap orang-orang di dalam motokar itu. Tetapi apa yang saya tidak faham ialah mengapa motokar yang memakai cermin gelap yang dipasang di kilang yang boleh tembus cahaya terang tidak lulus ujian. Sudah tentu pemasang-pemasang kereta mempunyai satu standard yang tertentu bagi motokarmotokar yang mereka pasang dan standard ini sepatutnya mendapat kelulusan Kerajaan. Oleh kerana begitu keadaannya maka dan dengan serta-merta kita mengatakan bahawa semua motokar-motokar itu tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki dan cermin motokar-motokar itu mesti dipasang semula, kita adalah melakukan satu perkara yang tidak patut bukan sahaja kepada pemasangpemasang motokar tetapi kepada beribu-ribu tuanpunya kenderaan yang membeli motokarmotokar, bas dan lain-lain kenderaan sudah beberapa lama dahulu, setengah-setengahnya membeli melalui pinjaman daripada syarikatsyarikat kewangan, Kerajaan dan sebagainya.
Kita juga telah mendengar daripada orang ramai melalui akhbar-akhbar dan Iain-lain yang menyatakan ketidak puasan hati mereka mengenai peraturan yang baru ini. Sebagai sebuah negara demokrasi, saya rasa adalah menjadi tanggungjawab kita menimbangkan kesan-kesannya secara membina dan patut memberikan apa-apa bantuan seberapa yang boleh.
Saya mencadangkan supaya semua cermincermin gelap yang dipasang di kilang hendaklah dikecualikan dan pemasang-pemasang kereta hendaklah diberi arahan supaya mulai daripada sekarang mereka hendaklah menggunakan cermin terang di motokar-motokar
373 20 APRIL 1978 374
dan bas-bas yang mereka pasang. Amaran hendaklah diberi kepada mereka yang membubuh cermin gelap sebagai tambahan selain dari cermin gelap yang dipasang di kilang dan mereka hendaklah menanggalkannya dalam tempoh yang tertentu. Pada fikiran saya tempoh ini boleh dilanjutkan dari dua minggu yang diberi pada masa sekarang untuk menukarkan cermin gelap kepada 6 bulan oleh sebab bilangan Bosch Meter yang baru sampai di negara ini tidak mencukupi untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kesemua ·kenderaan yang berkenaan di seluruh negara dan juga meter-meter ini juga menunjukkan suka.tan-sukatan cahaya yang berlainan pada masa-masa yang berlainan bagi motokar yang sama.
. Saya berharap Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam akan memberi pertimbangan yang serius terhadap masaalah ini yang telah menjadi perkara perbincangan awam pada hari ini dan menjalankan tindakan-tindakan yang boleh membantu menyenangkan kesusahan-kesusahan yang dialami oleh tuanpunya-tuanpunya motokar iaitu mereka di dalam satu kategori yang menjadi pembayar-pembayar cukai yang teruk.
Tuan Yang di-Pertua. saya mengucap tahniah kepada Kerajaan yang sedang berusaha mengkaji untuk memperbaiki lagi perjalanan jentera Pentadbiran Kerajaan bagi maksud mencapai perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga dengan lebih berkesan. Langkah ini memanglah disambut baik dari semua golongan. samada dari sektor swasta, individu dan juga anggota-anggota Kerajaan sendiri. Berbagai insentif dan jaminan hidup kepada pegawai-pegawai Kerajaan sekarang telah memberi dorongan semangat dan keinsafan untuk memikul tugas yang begitu ikhlas terhadap kepentingan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai soal cuti-cuti am terutamanya mengenai cuti:-cuti negeri bagi Wilayah Persekutuan, sementara semua negeri-negeri lain di Malaysia mempunyai tidak kurang daripada empat hari setahun malangnya Wilayah Persekutuan hanya mempunyai tiga hari setahun. Saya dengan itu menggesa kepada kerajaan supaya menimbang menambahkan cuti-cuti negeri dari tiga hari yang ada pada masa sekarang kepada empat hari supaya Wilayah Persekutuan akan juga menikmati keistimewaan yang sama dengan negeri-negeri lain.
Dalam hubungan ini, saya ingin mencadangkan babawa perayaan Thaipusam yang mana bukan kami yang berugama Hindu sahaja yang merayakannya, tetapi juga bangsa-bangsa lain mengambil bahagian di dalamnya patutlah diisytiharkan sebagai cuti Persekutuan jika tidak sebagai cuti Negeri bagi Wilayah Persekutuan.
Semasa perayaan Thaipusam baru-baru ini pada bulan Januari yang lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan murah hati bersetuju hendak membincangkan perkara mengisytiharkan Thaipusam sebagai satu cuti am dengan rakan-rakan Kabinet beliau. Saya dengan itu berharap apabila menggulung perbahasan ke atas usul ini Yang Berhormat Menteri Tak Berpotfolio akan membawa berita baik untuk mengisytiharkan hari perayaan ini sebagai cuti am mulai tahun hadapan.
Sekarang saya ingin menarik perhatian Menteri Sains, Teknoloji dan Alam Sekitar mengenai soal memecah batu yang dijalankan berhampiran Kuil di Batu Caves. Perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh beberapa orang termasuk saya di dalam Dewan ini dan luar Dewan ini, walau bagaimanapun adalah dikesalkan bahawa tindakan positif tidak diambil untuk memberhentikan pemecahan ini. Saya dengan itu menggesa Menteri memberi perhatian kepada perkara ini dengan seriusnya dan berusaha supaya mengekalkan kesucian Kuil Batu Caves yang bukan sahaja tempat yang suci bagi orangorang Hindu, tetapi juga suatu tempat pelancungan.
Moreover, the stopping of the blasting will save the health of thousands of people living in and around Batu Caves from the pollution caused by the explosion which is really very, very dangerous.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujukkan kepada soal buruh-buruh di kebun-kebun kecil dan estet-estet getah (smallholding) akibat daripada pemecahan kebun-kebun getah, pekerja-pekerja miskin di estet-estet yang telah dipecah tidak diberi kemudahankemudahan hidup yang sempuma. Gaji-gaji mereka tidaklah mencukupi dibanding dengan kenaikan kos hidup pada masa sekarang ini. Tidak ada kemudahan kebersihan dan perumaban yang sempuma. Kemudaban asas seperti air paip, letrik dan lainlain terlalu kurang di estet-estet ini. Oleh kerana adalah menjadi dasar Kerajaan kita
375 20 APRIL 1978 376
membaiki keadaan ekonomi pekerja-pekerja di. estet-estet, saya harap Yang Berhormat Menteri Buruh akan memberi perhatian kepada perkara ini dan mengawasi supaya pekerja-pekerja dibayar gaji yang menasabah dan diberi tempat tinggal yang bersih.
Sementara mengenai buruh-buruh estet, saya juga hendak mencadangkan bahawa Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat hendaklah menentukan bahawa pekerjapekerja di kebun-kebun kecil dan estet-estet memiliki rumah-rumah mereka sendiri di bawah sekim rumah kos murah supaya mereka mempunyai perasaan taatsetia kepada negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berdoa semoga negara kita sentiasa dalam keadaan aman, makmor dan rakyatnya akan terus bersatu dan saling memahami antara satu dengan lain dan saling bantu-membantu dengan ikhlas untuk mengujudkan satu masyarakat, Malaysia, satu bangsa Malaysia dan satu negara Malaysia yang unik di muka bumi ini.
5.40 ptg.
Datok Seri Hussein bin Mohd. Noordin: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersamasama dengan rakan-rakan saya menyokong usul mempersembahkan ucapan terima kasih Kebawah Dull Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Di-Raja semasa membuka Pengsal Keempat Parlimen Keempat. Dalam Titah Di-Raja Baginda menggesa supaya rakyat seluruhnya,, apa saja keturunan, apa saja bangsa, ugama dan lain-lain hendaklah bersatu-padu dengan satu rukun yang diisytiharkan menjadi rukun rasmi iaitu Rukunegara tetapi sukacita saya menyebut di sini bahawa kita semua tahu Malaysia ini telah merdeka lebih daripada 20 tahun tetapi ada juga daripada Senators di sini yang difikirkan oleh negara, yang difikirkan oleh rakyat adalah pemimpin yang teragung, pemimpin yang telahpun diwakilkan oleh negeri, setiap State mewakilkan dua orang dan juga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tidak faham, selalu salah faham tentang konsep yang ada di dalam negara kita ini. Konsep apa? Konsep yang termaktub di dalam Perlembagaan yang telah diluluskan oleh rakyat di negara ini.
Saal yang pertama ialah soal bahasa, ugama dan hak keistimewaan orang Melayu. Itu semua tidak boleh dipersoalkan lagi pada masa sekarang ini. Jika orang Melayu atau bumiputra hendak ungkit satu-satu perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kita bermesyuarat satu tahun pun tak habis dalam Dewan ini, tetapi mengapa perkaraperkara ini hendak diungkit walhasil kita pergi keluar daripada pintu Parlimen ini negara megah kitalah law makers iaitu pem· buat undang-undang, meluluskan undangundang tetapi adakah patut perkara semacam ini kita sendiri dalam Dewan ini mengungkit-ungkit iaitu perkara yang telah menjadikan suatu tanda semacam Kuran atau Bible beri panduan atau petunjuk kepada semua rakyat dalam negara. kita supaya memahami perkara-perkara yang telah ditentukan, telah dicati tkan dalam Perlembagaan kita.
Kita tak boleh bercakap berkenaan dengan Siamese twins. Siamese twins ini maknanya ''kucing Siam". Sa.ya ada membela banyak kucing Siam tetapi ada yang gemuk, ada yans kurus tak makan tetapi diberi makanan yang serupa tetapi jangan kira. Saya suka konsep Siamese twins, menpkui benar konsep Siamese twins iaitu kita tidak boleh berpisah di antara dua kaum yang besar di dalam nepra. kita.
Sebelum kita merdeka mengapakah pe· mimpin-pemimpin kita berani menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua iaitu kita mahu kemerdekaan tanahair kita ini. Mengapa? Ada juga pemimpin-pemimpin dari orang Melayu di waktu zaman penjajah dahulu mengatakan: Apa awak ada? Apa awak ada hendak menulll!.ut kemerdekaan? Tetapi orang yang memperjuangkan kemerdekaan itu sanggup merdekakan tanahair kita walaupun dia tahu bangsanya tidak ada apaapa pada masa itu, jauh tinggal kebelakang daripada bangsa-bangsa asing, tetapi kita sanggup merdeka. Kerana apa? Tidak lain kerana kita ya.kin bahawasanya kita boleh merancangkan segala-galanya yang kekurangan dalam negara ini seperti perbezaan di antara satu kaum dengan satu kaum tetapi orang-ora.ng itu adalah nasionalis yang menganjuran yang menghidupkan semangat perjuangan supaya mendapatkan kemerdekaan, dikatakan sekarang mengikut istilah daripada Lee Kuan Yew iaitu Perdana Menteri Singapura, yang membawa istilah
377 20 APRIL 1978 378
ultra dan extremist, kita dengar dalam Dewan ini. Siapakah ultra dan extremist? Hari ini kita tengok dalam Dewan ini ada yang memuji Dr Mahathir yang dahulu dikatakan extremist dan sekarang menjadi pemimpin nombor dua dalam negara kita. Siapakah lagi yang dikatak:an extremist. ialah Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar. Siapa lagi yang dikatakan extremist, ialah Tan Sri Syed Nasir iaitu Speaker Dewan Rakyat. Mereka dikatakan extremist dan ultra oleh kerana orang-orang itulab yang memperjuangkan bersama-sama, bukan mereka sabaja bahkan ada orang yang di dalam Dewan ini berjuang sama, tetapi jika orang itu sudah memperjuangkan kemerdekaan dan duduk di rumah mengatakan: aku sudah dapat kemerdekaan, bukan.
Itulah sebabnya ada rancangan luar bandar disusun oleh Allahyarham Tun Abdul Razak supaya mengisi makna kemerdakaan, barulah apa yang kita isi apa yang ki.ta tanam benar-benar berhasil pada hari ini dengan adanya jalan raya, bekalan letrik, surau dan berbagai tanaman seperti membuka tanah untuk tanaman padi. buahbuahan atau tanaman getah, semua mendapat hasil. Dahulu sebelum merdeka sebiji durian berharga hanya 30 sen tetapi hari ini di Kuala Lumpur berharga $8. Tidakkah ini satu basil daripada rancangan luar bandar? Adakah kita sekarang suka menengok kawan-kawan kita yang dinamakan Siamese twins dapat 30 sen menjual sebiji durian? Bukankah kita berasa megah hari ini durian jatuh di kampung, besok pagi atau tengah hari di Kuala Lumpur kita dapat makan? Itulah hasil daripada kemerdekaan. Baiklah, jika hendak ungkit perkara ini, inilah ungkitan saya, yang kita tahu makna Siamese Twins, ultra dan extremist kerana ramai penuntut bumiputra di universiti dan apabila lulus boleh jadi an extremist dan ultra kerana dia berkumpul bersama-sama dengan satu kaum sahaja? Tetapi sebelum merdeka, selepas merdeka ratio ikut perkauman, lebih dahsyat kita lebih bawah. orang bumiputra dapat ratio yang lebih rendab tetapi dengan adanya kemajuan dan ada perubahan bersama. ini telab menaikkan taraf kaumnya berlumba dalam pelajaran. Oleh itu, konsep ini kita kena terima. Hari ini bukan anakanak orang kaya yang pergi ke universiti tetapi orang daripada kampung. dahulu
memang budak-budak yang pergi ke kolej seperti Malay College Kuala Kangsar dan tempat .. tempat lain semua anak-anak orang kaya. Sekarang semua orang dari kampung. Kerajaan kita bersikap liberal, jika tidak liberal dan tolerant kita harus menjadi huruhara.
Apa yang diminta oleh saudara kita dalam Siamese twins ini kita beri, kerana kita liberal. Buka pintu. buk:a kerak:yatan. bermacammacam lagi yang k:ita buka termasuk Rancangan Malaysia Ketiga. tetapi value of profit di mana perginya. Betul, kita mengatak:an Ali-Baba tetapi siapakah AliBaba? Orang putih tidak ada. Ali-Baba Siamese twins juga. Serupa. juga kita berasa hari ini orang ini dapat untung disebabkan keadaan sekarang. Tetapi yang saya fikir ada kaum yang terbesar yang tidak ditengokkan oleh Kerajaan, kita tidak salahkan Kerajaan llarisan Nasional. Kerajaan sudah melantik Menterinya untuk menengok hal ehwal Kampung-kampung Baru. Orang-orang kampung kalau dibawa ha1 Universiti Kebangsaan kata mereka kamu boleh balik. Mereka hendak jalan, mereka hendak air, merek:a hendak semua kemudahan yang ada di pekan di bawa ke kampung baru. Jika kita pergi di sana hendak disambut dengan dragon dance tak ada gunanya. Apa yang mereka hendak ialah supaya JKR buat jala~. itu sahaja. Kalau kawasan Kampung Baru ini tidak dapat layanan daripada Kerajaan, itu bukan salah Kerajaan, tetapi salah Menteri yang bertugas. Siapa Wakil Rakyatnya. Siapa wakil dalam Majlis Tempatan. Siapa wakilnya dalam Municipality, orang itulah yang bertanggungjawab bukan di sini, kerana ini adalah tanggungjawab bersama tetapi masing-masing ada collective responsibility, Menteri juga ada tugas-tugasnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana hendak mengemaskan lagi perjalanan pentadbiran di pejabatpejabat Kerajaan terutama sekali Pejab~t Tanah.
Kita tahu satu-satu rancangan berkenaan dengan grant, berkenaan dengan mengeluarkan lesen ianya tidak dapat dijalankan, selalunya jawapan yang kita terima ialah tidak ada cukup kakitangan. Tetapi di sini sa.ya hendak minta pihak Kerajaan, kita sudah dengar bermacam-macam perkara, Kerajaan menyelewang. pegawai lambat bekerja.
379 20 APRIL 1978 380
tidak ada bertanggungjawab dan bermacammacam lagi kita dengar dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Negeri ini ada beberapa rukun. Pertama sekali Rukunegara. Kalau Kerajaan mengadakan temuduga seseorang yang memohon kerja dan dia tidak tahu Rukunegara, tak usahlah diambil walaupun dia ada degree M.A. ataupun Ph.D kerana tidak ada gunanya jika Rukunegara pun dia tidak tahu. Spirit inilah yang kita mesti tanamkan daripada sekarang kepada anakanak kita di sekolah sampai kepada pegawaipegawai kita yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran Kerajaan. Denpn tidak tahunya Rukunegara ini maka dengan sendirinya dia tidak ada bertanggungjawab. dia tidak ada kasih sayang kepada Raja, negara dan segala-segalanya termasuk Perlembagaan yang ada di tangan kita ini. J adi, kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila menemuduga pegawai-pagawai ini. janganlah ditanya di mana Beirut, Thu Negeri Lebanon, sebab itu tidak ada kena-mengena dengan hal ehwal · negara kita. Hendaklah ditanya hal ehwal dalam negeri ini, bendera Persekutuan berapa bintangnya, siapa nama Yang di-Pertuan Agong dan juga lambang yang ada di belakang Tuan Yang di-Pertua itu, apa maknanya, ini yang kita mahu. Kalau kita ambil mengikut qualification dengan tidak ada taat setia kepada negara maka tidaklah dapat hendak kita jayakan segala rancangan seperti yang terkandung di dalam Titah Di-Raja.
Begitu juga dalam siaran talivisyen tidak disiarkan lagu semangat kebangsaan dahulu ada. Jika kita hendak habiskan siaran talivisyen pada pukul 12.00 malam. mengapa lagu Negara Ku tidak ada dimainkan dengan senikatanya sekali. Mengapa dimainkan lagunya sahaja tetapi senikata tidak ada. Jika tiap-tiap malam dimainkan bersama senikatanya, samada suka atau tidak ia terpaksa ikuti jmra tetapi dalam News programme yang dikatakan Berita Nasional. kalau hendak adakan Berita Nasional mengapa diadakan lepas iklan, baharu diadakan Berita Nasional, dan mengapa tidak diadakan 5 minit untuk lagu kebangsaaan: Maju Malaysia ataupun Malaysia telah Maju. mengapa tidak ada. Macam mana kita hendak didik seperti yang disebutkan di dalam Titah Di-Raja iaitu untuk membentuk latihan akhlak dan rohaniah. Kita juga mahu didikan akhlak dan kebangsaan. Lagu ini adalah membawa semangat.
Tuan Yang di-Pertua. waktu saya berada di Indonesia apabila upacara mengangkat sumpah President yang baharu dilangsungkan. bila President masuk dan istiadat hendak dijalankan. Lagu National AnthemIndonesia Raya dimainkan. Semua orang bangun. Saya pun naik semangat. Jikalau kita tahu senikatanya, kita akan terasa. Umpamanya Negara Ku. kalau kita tahu senikatanya, kita berasa naik semangat. Ini dapat mententeramkan fikiran orang ramai tanggungjawab dan juga ahli-ahli persidangan itu dan apabila habis upacara itu, Lagu Kebangsaan dimainkan. Semuanya di atas sernangat kebangsaan. Kita di sini lain istiadatnya. Teta.pi jikalau istiadat dibuat selepas rnerdeka ia harus diperbaiki dan ia hendaklah diubahsuaikan mengikut jiwa rakyat.
Saya suka bercakap sedikit berkenaan dengan perbezaan antara kaum yang berada dengan kaum yang miskin atau jurang perbezaan antara miskin dan atau jurang perbezaan antara miskin dan kaya atau kaya dan miskin.
Cita-cita Kerajaan kita ialah mengujudkan satu bahasa, mengujudkan satu kebudayaan. mengujudkan semua teras kebangsaan. Di sini saya dapati ada yang kita belum sentuh lagi di dalam Dewan ini mengenai tekanan yang kita tidak sebutkan iaitu fair distribution of wealth-pemberian kekayaan di dalam negara kita ini yang juga telah dimiliki oleh satu dua orang yang menjadi monopoli di atas pemiagaan film production.
Di dalam perkara ini telah berapa kali dibangkitkan di Dewan Rakyat dan Kerajaan telahpun sanggup mengkaji berkenaan local film industry. Kerajaan telah mengarahkan MARA atau UDA membangunkan pang~ung-panggung wayang di pekan-pekan besar. Sehingga hari ini kita tidak: nam pak: filem industri walau di mana negeri sekalipun revenue yang didapatinya adalah besar dan rakyat yang membayar tax juga mendapat kerja dan ia juga menolong artist-artist tempatan yang dahulunya di Singapura sekarang berhijrah dan bermastautin di Kuala Lumpur. setengahnya dapat kerja dan setengah tidak dapat.
Monopoli yang ada di dalarn filem industri di Malaysia ini ialah di antara Shaw dan Cathay Organisations yang ada panggungpanggung wayang di dalam negeri ini
381 20 APRIL 1978 382
sebanyak lebih kurang 500 panggung wayang dan 200 daripadanya dimiliki oleh persendirian. Tetapi panggung-panggung wayang yang besar di bandar-bandar ialah dikontrol atau dipunyai oleh Shaw dan Cathay Organisations. Harl ini kalau kita menengok gambar-gambar di kiri kanan maka apa yang kita dapati ia1ah gambar-gambar China (Tionghua) yang diimpot darlpada Hong Kong dan juga Taiwan. Apa kebudayaan yang diimpot? Silat Kong Fu. Hari ini Kerajaan telah menetapkan semua filem yang akan ditayang mesti didubbing dan jika tidakpun ada sub-title dalam Bahasa Kebangsaan. Tetapi apa culture yang kita hendak megahkan dalam Malaysia ini? Kebudayaan apa? Silat atau Kung Fu? Adakah ini kebudayaan China (Tionghua)? Ini adalah kebudayaan baru yang datang daripada tanah besar China?
Mengikut penyiasatan saya dalam setahun jikalau men_gikut peratus 63 % ialah gambar China yang ditayang dalam Malaysia ini datangnya dari Hong Kong dan Taiwan; 20% diimpot filem lnggeris yang kebanyakannya dari Amerika dan 10 % filem lagi datangnya dari India dan Hindustani. Berapa filem Melayu? 7% termasuk yang dibuat di sini dan juga diimpot dari Indonesia. Mengapakah kita tidak boleh buat filem? Orang Melayu tidak boleh buat filem? Bumiputra tidak boleh buat filcm?
Baru-baru ini saya terkejut bila mendengar filem Melayu yang bertajuk "Menanti Harl Esok" yang dibuat dengan perbelanjaan $300,000 iaitu dibuat di sini dan juga di United Kingdom, telah mendapat keuntungan sebanyak $1.2 juta dalam tiga bulan. Filem itu ditayangkan di mana? Ia ditayangkan di panggung wayang Coliseum, panggung wayang second class. Filem ini satu super film yang telah mengatasi filem yang didatangkan dari Hong Kong, Indonesia dan darl segi standard serta tekniknya adalah tinggi. Tetapi ia boleh untung lebih daripada $1.2 juta jikalau UDA telah membangunkan panggungnya sendiri. Itu belum sampai enam bulan lagi tayangan yang pertama belum habis seluruh Malaysia tidak termasuk Singapura dan juga Indonesia. Mengapakah kita tidak boleh? Kita bukan kekurangan. Betul, orang banyak komplen mengatakan Ali-Baba menjalankan balak tetapi di mana kapitalnya, di mana pasarannya walaupun kita tidak tahu ilmu pengetahuan technical
know-how tetapi ini semua boleh ada jika dicuba. Mengapa kita tidak boleh buat filem kita, hendak mengadakan filem, jikalau kita kata mesti adakah qota, kita tidak sanggup, kita tidak berani meminta iaitu mencadangkan kepada Kerajaan supaya diadakan qota filem ini. Tetapi jikalau kita tiada kontrol mengatasi filem ini yang datang semuanya 7% dari Indonesia dan juga Malaysia ditayang kepada orang ramai, ini akan merosakkan segala hubungan kita, segala culture kita, segala apa yang terkandung dalam Titah Ucapan di Raja pada tahun ini.
J adi di mana yang kita dengar Perbadanan Filem Bumiputra Berhad yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian-dipostponekan mengapa? Alasan yang didapati ialah kerana filem Melayu hari ini, ada satu filem telah dirasmikan dua hari lagi, sebulan, dua bulan tenggelam naik timbul. Apa sebabnya? Kerana pasarannya tidak ada. Panggung mana yang kita hendak tayang? Hendak minta Shaw, hendak minta Cathay menayangkan filem ini, taxnya dan segala-gala potongannya lebih daripada 70%. Kita yang buat filem mendapat 30% termasuk perbelanjaan kita sendiri. Tax untuk publicity, tax untuk pengangkutan, tax Kerajaan, entertainment tax dan tax untuk sewa panggungnya. J adi berapa yang dapat? Ini yang filem-filem tempatan tidak tahan. Tetapi jikalau ada guarantee daripada Kerajaan, saya percaya ini boleh berjaya. Barulah kita dapat mendesak Kerajaan supaya mengadakan quota dan ini jikalau tidak datang inisiatif daripada Kerajaan, perkara-perkara ini bukan soal wang, bukan technical knowhow, semua ada, kita ada semua dalam Malaysia ini. Kita ada artistes, kita ada semua bakal-bakal yang menjadi artiste yang akan datang pun banyak. Tetapi di mana kita minta pertolongan, jikalau tidak kepada Kerajaan supaya melalui agensi-agensi Kerajaan dapat menolong mengadakannya. Jikalau Kerajaan Negeri pula sanggup mendirikan panggung wayang di tiap-tiap pekan yang besar ini adalah satu masaalah yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh berkenaan dakwah, dakwah telinga sini, dakwah telinga sana, tetapi dakwah ini saya tengok di Indonesia baru-baru ini ialah dengan filem. Apa terjadi kepada masyarakat berkenaan dengan dakwah? Ini dia dakwah. Mengapakah isteri yang lawa boleh lari
383 20 APRIL 1978 384
duduk bersama dengan orang yang kaya, pegawai executive yang bergaji tinggi, kerana apa? Iaitu kerana kemiskinan. Dia lawa tetapi tidak ada persefahaman, tidak ada kepercayaan kepada Tuhan. Di mana yang kita kata heboh sana, heboh sini, dakwah sana, dakwah sini, di mana? Kita dengar sahaja. Apa yang kita tengok dalam TV Malaysia? Sia pa ingat cerita Melayu barubaru ini- tidak tentu hala. Filem yang tidak nampak, 30 tahun belum lagi Malaysia merdeka ada dalam TV kita. Ini adalah cukup menyedihkan hati kita.
Saya menyeru kepada Kem.enterian yang berkenaan supaya mengambil langkah ini untuk menghidupkan lagi perusahaan filem bumiputra, jangan dibiarkan sampai esok orang Melayu, saya .tahu waktu di Singapura sebelum kita merdeka dulu yang ada artiste seperti Allahyarham P. Ramlee yang terkenal, dialah yang buat Shaw Brothers untung banyak dan juga yang lain-lain yang buat untung. Mengapa kita tidak ada? Allahyarham P. Ramlee sebelum dia meninggal pemah mengesyorkan kepada Kerajaan supaya mengambil segala inisiatif mengadakan Perbadanan Filem Bumiputra supaya ada satu badan yang dijaga oleh rakyat. Pandangan itu saya sokong sangat iaitu rancangan yang dianjurkan, yang dilancar, yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan system franchise yang akan mengadakan satu buku panduan untuk perniagaan ini dan perniagaan ini akan diberi pimpinan supaya berjaya. Jikalau dulu sudah kita ada seperti ini, system franchise, saya ingat tidaklah hari ini kita hendak heboh-hebohkan sangat, hendak bangkit-bangkitkan dalam Dewan ini.
Saya pun tidak mahu dikatakan bumiputra. Istilah bumiputra inipun kadang-kadang saya bertanya Senator Kamarul Ariffin, apa istilah bumiputra. Saya bukan bumiputra, saya orang Melayu. Dia kata bumiputra pun boleh. Saya bercakap ini sebagai Melayuputra, bumiputra itu apabila dimasukkan Sabah dan Sarawak. J adi indigenous people, saya bukan indigenous people.
Tuan Yang di-Pertua, yang saya suka sebut di sini ialah jikalau tidak kena pedih, kena pedas bila mendengamya, serupa juga. Saya berharap kepada pemimpin-pemimpin iaitu parti yang ada di sini janganlah sangat kita
mengungkit-ungkit barang yang tidak ada. Jikalau saya hendak nilaikan Melayu, bumiputra yang ada dapat lepas 20 tahun kita merdeka, saya fikir tidaklah adil, sebab bumiputra yang dikatakan Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu apa yang mereka dapat? Harl ini Yang Berhormat dari Sungai Petani telah mengatakan macam mana dahsyatnya kemarau di Perlis dan Kedah. Berapa juta yang rugi, beribu-ribu juta hidup mereka terancam, hendak harapkan Kerajaan memberi bantuan, apa yang Kerajaan boleh beri bantuan? Bawa telur suruh ditemakkan, beri benih, suruh ditanam, menggalakkan bertanam bermacam cara tanaman supaya banyakkan basil. Sesungguhnya sesiapa yang tanam ia tidak akan membayar assessment atau basil kepada Tuhan, Tuhan yang memberi hasilnya kepada kita, jikalau kita bekerja kuat. Tetapi orang yang macam golongan yang mana? Golongan simiskinkah yang dikatakan megah, yang dikatakan senang?
Kita datang daripada kawasan luar bandar tahu penderitaan orang-orang luar bandar ini. Jikalau kita kata Kerajaan tidak modenaiskan pertanian, itu bohong. Bermacam-macam Kerajaan tolong seperti drillers, tractors dan sebagainya semuanya di bawa daripada kilang, tetapi kita mahu menentukan perkara ini jangan terjadi lagi. J angan berharap kepada padi. Kita mesti tanam jagung. J agung yang ada dan kita makan hari ini yang dipanggil cash crop tetapi minyak jagung itu datangnya daripada Amerika dinamakan Mazola Oil. Ini yang banyak orang makan sekarang di bandar-bandar. Mengapakah kita tidak cuba tanam jagung, .secara besar-besaran supaya mengeluarkan minyak jagung yang sekarang ini semua orang yang mengidap heartattack menggunakannya. Bukan itu sahaja orang yang gemok pun makan minyak itu. Sekarang sudah jadi popular dan harga Mazola Oil ini pula sudah naik dengan sebab dapat pasaran yang baik daripada corn oil. Kita menggalakkan orang tanam jagung dan dijual untuk orang makan tengah malam. Mengapa Jepun boleh mengarahkan rakyatnya makan jagung? Fasal tidak cukup beras. Mengapakah kita tidak boleh makan jagung dan mengapakah jagung tidak boleh ditanam di dalam negeri kita? Begitu juga berkenaan dengan kelapa sawit. Sekarang kita tanam
385 20 APRIL 1978 386
kelapa sawit. Adakah international seminar bersabit dengan kelapa sawit untuk mendapatkan pasaran. Ini tentu tidak dapat macam getah. sebab pricenya dikontrol oleh luar negeri samada naik atau turun.
Mengapakah kita tidak menggalakkan tanaman Iain seperti koko. J adikan koko hasil yang keempat? Koko yang begitu senang dan baik harganya di pasaran mengapa koko ini diberikan kepada golongan tertentu sahaja dan tidak diberikan kepada semua dan menggalakkan rakyat negeri ini mengambil bahagian dalam tanaman koko sebab koko ini kalau mengikut reportnya akan mendatangkan keuntungan lebih dua kali ganda daripada kelapa sawit. Jikalau koko ini terlampau banyak kita boleh beri minum percuma kepada murid-murid sekolah beri minum koko panas. Ini sebagai subsidi untuk menolong kanak-kanak sekolah dan jangan minum susu sahaja. Minum koko lagi banyak zatnya. Bukankah begitu?
Sebagai menggulung, Tuan Yang di-Pertua, daripada ucapan saya ini, saya juga sokong dan mengalu-alukan Yayasan Pelaburan Bumiputra yang diadakan oleh Kerajaan dan yang baru-baru ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana meminta orang ramai membeli sahamsaham yang diuntukkan kepada orang-orang Bumiputra yang tidak ada peluang untuk membeli segala saham-saham itu. Saya juga mengingatkan kepada rakan-rakan saya orang-orang Bumiputra yang telah berjaya dengan kerja yang kuat yang mempunyai inisiatif yang kuat telah mendapat keuntungan daripada pekerjaannya, daripada technical know-how dan mendapat pertolongan pula daripada Kerajaan dan bank untuk menjayakan lagi usaha-usaha mereka. Kepada mereka inilah patut lagi digalakkan supaya mereka maju. Kalau orang ini sudah kaya sedikit; maklumlah orang Melayu kalau
ada sesuatu sedikit hendak pakai motokar besar, coat besar dan hendak bawa "James Bond bag". Jadi janganlah kita iri hati.
Jikalau mereka tidak ada inisiatif sepertimana yang kita tahu, banyak pegawai-pegawai Kerajaan keluar daripada perkhidmatan Kerajaan dan masuk dalam bidang perniagaan dan banyak juga pelajar-pelajar yang keluar daripada universiti yang membayar balik biasiswa Kerajaan dan bekerja dengan swasta. lni mesti digalak. Berhubung dengan Yayasan Pelaburan ini jangan pula disangka oleh Kerajaan kerana tidak ada syarikatsyarikat pelaburan Bumiputra di dalam negeri kita ini, tetapi kita tidak boleh ambil segala saham-saham iaitu saham-saham kilang baru yang tidak menunjukkan keuntungan dan kerugiannya dan bila dia dapat untung. Orang Melayu khasnya orang Bumiputra masuk dengan tidak mengira facts ini terhadap kompani-kompani yang ada. Tetapi dengan adanya ini janganlah berlumba dengan syarikat-syarikat Bumiputra yang ada. Berl mereka peluang. Jika semua saham seperti Kuala Lumpur-Kepong dan UAC semuanya diambil oleh badan-badan Kerajaan, macam mana orang Melayu hendak contest untuk beli saham over-market? Tidak boleh. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian ada pejabat khas untuk menolong Bumiputra bemiaga, minta kepada mereka ini iaitu senarai-senarai yang telah dilaburkan samada dia orang jual atau tidak. Yang jual saya boleh kata, individual yang dapat yang besarbesar kepada individual mengambil untung bukan kepada syarikat ini. Jadi janganlah kita at random. Ini kita menikam balik kepada perusahaan kita . . . . . .
Tuan (Timhalan) YMll cJl.;PertQ: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang sehingga pukul 2.30 petang esok, 21-4-78. .
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.