Click here to load reader

PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN · PDF file Kangar, berdasarkan laporan Survey Migrasi Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2018, kadar migrasi dari luar

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN · PDF file Kangar, berdasarkan laporan Survey...

  • Naskhah belum disemak

    PENYATA RASMI PARLIMEN

    DEWAN RAKYAT

    PARLIMEN KEEMPAT BELAS

    PENGGAL KEDUA

    MESYUARAT KETIGA

    Bil. 65 Isnin 2 Disember 2019

    K A N D U N G A N

    PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Memperkenankan Akta-akta (Halaman 1)

    JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) USUL MENTERI PERTAHANAN DI BAWAH P.M. 27(3) ■ Kertas Putih Pertahanan – Malaysia Yang Selamat, Berdaulat dan Makmur (Halaman 33) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan 2019 (Halaman 113) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2019 (Halaman 155) Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2019 (Halaman 159) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2019 (Halaman 161)

  • DR.2.12.2019 1

    MALAYSIA

    DEWAN RAKYAT

    PARLIMEN KEEMPAT BELAS

    PENGGAL KEDUA

    MESYUARAT KETIGA

    Isnin, 2 Disember 2019

    Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

    DOA

    [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

    PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

    MEMPERKENAN AKTA-AKTA

    Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat,

    saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

    Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-

    akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Keempat Belas dalam Mesyuarat Kedua, Penggal

    Kedua, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut:

    1. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan)

    (No.2) 2019;

    2. Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019;

    3. Akta Cap Dagangan (Pindaan) 2019; dan

    4. Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2019.

    JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

    1. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi menangani isu penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar kerana kurangnya peluang ekonomi di luar bandar. Menteri Pembangunan Luar Bandar [Datuk Seri Rina binti Mohd Harun]:

    Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Salam

    Bahagia, Salam Luar Bandar Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat

    Kangar, berdasarkan laporan Survey Migrasi Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk

    tahun 2018, kadar migrasi dari luar bandar ke bandar adalah 4.8% berbanding kadar migrasi dari

    bandar ke luar bandar adalah sebanyak 19.5%. Berdasarkan dari laporan ini maka adalah

  • DR.2.12.2019 2 disimpulkan bahawa lebih ramai lagi yang daripada bandar ini yang pindah ke luar bandar

    sekarang. Mengikut keluarga merupakan sebab utama migrasi iaitu 44.2%, diikuti dengan kerjaya

    24.35 dan persekitaran 22.4%.

    Antara strategi dan program yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi

    menangani isu penghijrahan penduduk luar bandar adalah dengan melengkapkan kawasan luar

    bandar dengan kemudahan jalan perhubungan, bekalan air, elektrik dan mempunyai pencapaian

    internet yang baik. Di samping itu pelaksanaan program ekonomi seperti projek bersepadu

    pembangunan ekonomi kampung ataupun lebih dikenali sebagai PROSPEK, Program

    Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Pemasaran

    Produk selain daripada program keusahawanan dan kemudahan pembiayaan perniagaan.

    Selain itu pihak kementerian juga sedang giat mempromosi pelaksanaan program

    pemasaran atas talian yang dikenali sebagai [email protected] yang bertujuan membantu

    usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara atas talian melalui platform e-dagang

    seperti Lazada, E Bay dan juga Shopee. Melalui platform ini pemasaran produk usahawan luar

    bandar tidak hanya terhad kepada pasaran domestik malah ianya juga boleh dicapai oleh

    pelanggan daripada luar negara. Bagi menyokong pelaksanaan Program [email protected] ini,

    pihak kementerian sedang dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi

    kerajaan untuk meningkatkan akses dan kemudahan prasarana internet di kawasan luar bandar.

    Kementerian yakin dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan seperti kemudahan

    prasarana program berbentuk ekonomi dan eko sistem usahawan yang lebih berkesan di luar

    bandar akan dapat membantu mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Di

    samping itu kementerian sedang meneliti program-program baru untuk dilaksanakan dalam

    Rancangan Malaysia Ke-12 khususnya untuk mewujudkan peluang ekonomi sekali gus dapat

    meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar. Terima kasih.

    Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya

    sedikit gembira mendengar, rupanya semakin ramai orang yang sudah berhijrah ke bandar mula

    kembali ke luar bandar sebab sebelum ini kalau tengok daripada segi data, kita tengok jumlah

    besar penduduk Malaysia ini berhijrah ke bandar untuk mengubah nasib hidup. Tetapi kita, itu

    juga menyumbang kepada kemiskinan bandar. Cuma saya hendak tanya sejak mungkin lima

    tahun yang lalu, di luar bandar ini berapa banyakkah, kita dapat mengurangkan kemiskinan dan

    juga menyediakan peluang kerja yang berpendapatan tinggi.

    Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Yang Berhormat Kangar, saya tidak ada jawapan

    itu sekarang. Kita akan jawab secara bertulis. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan Yang

    Berhormat Kangar, sekarang di pihak kementerian kita bukan sahaja fokus kepada

    pembangunan infrastruktur dan fizikal kerana kita tahu selama ini banyak peruntukan yang telah

    disalurkan melalui kementerian tetapi bila disebut tentang luar bandar, masih lagi dikaitkan

    dengan kemiskinan. Kerana itu fokus kementerian juga sekarang ini bukan sahaja daripada

  • DR.2.12.2019 3 pembangunan fizikal dan infrastruktur, tapi kita hendak bangunkan juga dari segi pembangunan

    sosio ekonomi dan pembangunan modal insan masyarakat luar bandar. Terima kasih.

    Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih. Soalan

    tambahan kedua.

    Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: [Bangun]

    Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya jemput Yang

    Berhormat Kuala Krau.

    Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan

    Yang di-Pertua yang hansom. Senyumannya manis, menarik. Ini semua petua daripada, nasihat

    daripada SUDR agaknya.

    Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Soalan, soalan.

    Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Soalan tambahan

    saya.

    Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Soalan tambahan, 30 saat.

    Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat Ketua

    Pembangkang dulu menjadi Menteri, dulu sebut KKLW. Ia ada program yang khusus bagi

    masyarakat luar bandar iaitu reverse migration daripada penduduk bandar yang ramai 77.6

    peratus ini berhijrah balik ke luar bandar.

    ■1010

    Banyak program yang diatur seperti daripada segi keusahawanan, daripada segi

    koperasi, usahawan desa. Apabila kita semak daripada segi perangkaan, data-data- 523 ribu

    penduduk kita tidak ada pekerjaan, penganggur.

    Yang Berhormat Menteri sebut fasal siswazah lepasan universiti yang menganggur. Jadi,

    saya ingin tahu, RM500 juta di bawah IKS- Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan

    ini senyum pun menarik, hendak buat kereta terbang.

    Jadi, saya percaya bahawa RM300 juta bagi wanita di bawah IKS ini cukup banyak. Saya

    ingin tahu, selain daripada program yang disebutkan oleh saya awal tadi, program kita hendak

    reverse migration daripada bandar kepada bandar, adakah program ini diteruskan?

    Kedua, saya hendak tahu adakah- kita percaya pada keikhlasan dan kesungguhan

    wanita, kaum hawa di dalam negara kita dalam membangunkan usahawan ini, sebanyak RM300

    juta disediakan.

    Jadi, saya ingin tahu, bagaimana peluang wanita ini hendak menjadi pembekal atau

    hendak mengusahakan kereta terbang di dalam negara kita? Bolehkah berbincang dengan

    Menteri Pembangunan Usahawan? Terima kasih.

    Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Kuala Krau,

    lebih 30 saat. Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.

    Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Lebih tidak apa dengan

    kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua.

  • DR.2.12.2019 4 Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Yang Berhormat Kuala Krau, tentang hendak buat

    kereta terbang itu saya belum bincang lagi. Akan tetapi, apa yang penting sekarang ini, apabila

    kita turun ke bawah, kita melihat ramai juga usahawan-usahawan wanita. Akan tetapi, apabila

    data statistik yang saya dapat hanyalah lebih kurang 24 peratus. Oleh sebab itu, apabila kita

    turun ke bawah kita lihat ramai juga daripada mereka ini tidak mendaftar dengan SSM.

    Jadi, program juga kita t