119
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGALKEDUA Second Session Jilid II Bil. 50 Hari Khamis 26hb November 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN M0LUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1993 Jawatankuasa - Jadual: Maksud B.19 (Ruangan 39) Maksud B.20 (Ruangan 90) USUL: Anggaran Pembangunan 1993 Jawatankuasa - Maksud P.19 (Ruangan 39) Maksud P.20 (Ruangan 90)

PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANEighth Parliament

PENGGAL KEDUASecond Session

Jilid II Bil. 50 Hari Khamis 26hb November 1992

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN M0LUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1993

Jawatankuasa -

Jadual:

Maksud B.19 (Ruangan 39)

Maksud B.20 (Ruangan 90)

USUL:

Anggaran Pembangunan 1993

Jawatankuasa -

Maksud P.19 (Ruangan 39)

Maksud P.20 (Ruangan 90)

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

D R . 2 6 . 1 1 . 9 2 .

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 26hb November, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANTAAN

KELUARGA TERMISKIN DI SARAWAK - BANTUAN PPRT

l . Tuan Richard Riot Anak Jaem m i n t a Perdana M e n t o r i menya takan : -

(a) sama ada Kerajaan telah siap dengan Daf tar Asas Ke-luarga Terraiskin b a g i negeri Sarawak;

(b) jumlah keluarga termiskin di seluruh negeri Sarawakyang -telah d idaf ta rkan di dalam Daftar Asas KeluargaTermiskin; dan

(c) b t langan keluarga termiskin yang mener ima ban tuan .me-nerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dinegeri Sarawak.

Timbalaa Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Raja Dato' Ariffin

bin Raja Sulaiman]: Tuan Yang di-Pertua, da f t a r asas keluarga

termiskin bag i negeri Sarawak masih daLam proses penyiapan. Saiz*

negeri yang besar, s i s tem perhubungan yang sukar dan juga corak

penempatannya bertaburan telah m e l a m b a t k a n proses penda f t a r an

keluarga te rsebut .

Mengikut Kajian Pendapatan I s i r u m a h 1989 (Household Income

Survey), seramai 11,100 keluarga d ikena lpas t i sebagai keluarga

t e rmi sk in di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 b i langan keluarga

terraiskin yang menerima bantuan di bawah Program Pembangunan Rakya t

Termiskin di Sarawak ialah 5,191 keluarga.

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92. - 2 -

LEBUHRAYA KOTA BHARU-MERSING - PEKBINAAN

2. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta Menteri KerjaRaya menyatakan:-

(a) garis kasar pelan pembinaan lebuhraya antara Kota Bharudan Mersing, bila akan dimulakan dan dijangka siap, per-belanjaan dan adakah tendernya dibuat secara terbuka;

(b) adakah rundingan sudah dibuat dan akan dibuat denganKerajaan Kelantan berhubung dengan soal tanah pembinaanlebuhraya itu, jika ada sila terangkan hasiL rundinganItu; dan

(c) adakah pandangan Keraj aan Kelantan, j ika berbeza dengancadangan Kementerian, akan diambil kira.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Kerk Choo Ting]: Tuan Yang

di-Pertua, saya bercadang untuk menjawab soalan Yang Berhormat (a),

(b) dan (c) secara sekaligus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Lebuhraya antara Ko-

ta Bharu dan Mersing yang dicadangkan itu tidak termasuk dalam

senami projek-projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia

Keenam. Oleh sebab itu, soalan (a), (b) dan (c) itu tidaklah

tertimbul.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat Tuan Mohamed Khaled bin Nordin.

[Soalan No. 3 - T.B. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin tidak

hadir]

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) - MATLAMAT

4. Tuan Jason Wong Sing Nang minta Menteri Pendidikan menyata-kan:-

(a) kebanyakan ibu bapa tidak faham akan Peperiksaan PMR(Penilaian Menengah Rendah) yang akan dikemukakan padatahun 1993, menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) .Sama ada Kementerian sedia mengumumkan semua matlamattentang PMR ini kepada orang ramai melalui seminar di.bandar-bandar besar sebelum sekolah dibuka semula pada30hb November, 1992;

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92. - 3 -

(b) apakah perbezaan antara SRP dengan PMR. Apakah faedahatau kelebihan yang ada pada PMR terhadap murid-muridTingkatan 3; dan •

(c) sama ada Kementerin akan mewajibkan semua calon SPM 1993supaya mengambil matapelajaran Sejarah sebagai matapelaja-ran wajib. Jika ya, sama ada semua calon wajib lulusdalam matapelajaran itu untuk mendapat sijil. ApakahIkhtiar oleh Kementerian untuk mengatasi kekurangan guru-guru Sejarah di SekoLah Menengah Atas.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang

di-Pertua

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak sekolah

telahpun diberi maklumat tentang Penilaian Menengah

Rendah (PMR) melalui beberapa PekeLLling PMR yang di-

keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysla.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah-sekolah boleh

mengadakan sesi untuk mendapat maklumat tentang PMR

berdasarkan kepada peraturan dan panduan PMR 1993

yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah.

(b) PMR ialah suatu bentuk peniiaian yang akan diadakan

mulai tahun 1993 kepada semua pelajar Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) di akhir pelajaran Tingkatan

Tiga. PMR akan menggantikan peperiksaan SRP disebab-

kan peperiksaan SRP di dalam bentuk dan format yang

ada sokarang tidak dapat memenuhu hasrat dan kehendak

KBSM. SRP digunakan untuk menilai pembelajaran

pelajar yang lebih menekankan penilaian aspek

kognitif berasaskan kepada Kurikulum Lama Sekolah

Menengah.

Sistem Penilalan PMR pula mengambilkira ciri-

ciri yang ada dalam KBSM dan bertujuan untuk menilai

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92. - 4 -

pencapaian pelajar dalam bidang kognitif

(pengetahuan), afektif (amalan dan penghayatan) , dan

psikomotor (kemahiran). PMR juga bertujuan untuk

mengukur pencapaian kemahiran praktis, amalan dan

kajian tempatan. Oleh itu, dalam beberapa mata-

pelajaran KBSM terdapat komponen kerja khusus yang

akan diberikan penilaian. Mata-mata pelajaran

tersebut ialah Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi dan

Pendidikan Islam. Tujuan PMR ini jelas menunjukkan

bahawa PMR lebih menyeluruh daripada SRP.

(c) Matapelajaran Sejarah termasuk dalam kumpulan mata-

pelaj araa teras SPM dan wajib diambil oleh seraua

calon SPM. Walau bagaimanapun, matapelajaran ini

tidak diwajibkan untuk lulus bagi mendapatkan sijil.

Pada masa ini, Kementerian Pendidikan telah dan

sedang melatih guru-guru siswazah dalam bldang

sejarah melalui program Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLl). Di samping itu, guru-guru siswazah

dalara bidang berkenaan juga telah diperolehi daripada

latihan-latihan perguruan di universiti-universiti

tempatan , Kementerian Pendidikan akan berusaha untuk

menambah Lagi keperluan guru-guru siswazah terlatih

dalam bidang berkenaan untuk mengajar mata pelajaran

Sejarah di sekolah-sekolah.

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92. - 5 -

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua , soalan

tambahan. Pertamanya, adakah PMR iai bertaraf sijil ataupun semata-

mata suatu kenyataan kelulusan bagi sesuatu peringkat sahaja iaitu

sijil yang menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)?

Kedua, adakah pelajar-pelajar yang menduduki PMR, kesemuanya

secara autoraatis akan dinaikkan ke Tingkatan Empat tanpa mengira

kelulusan mereka?

Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli

Yang Berhormat bahawa PMR ini adalah suatu penilaian secara

menyeluruh di peringkat TLngkatan Tiga dan pelajar-pelajar yang

dinilai di bawah PMR ini secara peringkat dan tidaklah. kesemuanya

secara automatis akan dinaikkan, kecuali mengikut prestasi masing-

masing di dalam penilaian PRM ini.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang dl-Pertua, soalan

tarabahan. Soalan saya yang pertama, saya percaya PMR ini "kurang

ketat" daripada SRP daripada segi advancement, daripada Tingkatan

Tiga ke Tingkatan Empat. Jadi, itu bermakna kita berkehendakkan

lebih banyak lagi kelas-kelas tertentu. Soalan saya, sudahkah

Kerajaan meneliti sama ada kedudukan sekolah-sekolah terutama sekali

yang di luar bandar telah mencukupi kelas-kelas untuk menyediakan

murid-murid yang bakal dinaikkan ke Tingkatan Empat?

Yang kedua, saya juga terbaca berita mengatakan yang kebanyakan

murid-murid ini nanti boleh dimasukkan ataupun diserapkan ke

sekolah-sekolah private. Jadi, soalan saya, apakah rancangan

Kerajaan supaya mereka yang dimasukkan ataupun diserapkan ke

sekolah-sekolah private ini nanti mendapat supervision yang rapi

sebagaimana yang mereka dapati di sekolah-sekolah Kerajaan?

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

Dr.26.11.92 -6-

Dr. Leo Michael Toyad: Tyan Yang di-Pertua untuk menjawab

soalan pertama Yang Berhormat tadi bahawa kita telah mengkaji

keperluan-keperluan bilik-bilik darjah untuk sekolah menengah rendah

dan atas di bawah Program KBSM. Ini adalah fasa pertamanya untuk

kita menyediakan kemudahan mengikut keperluan KBSM, dan untuk

pelaksanaan PMR ini, kajian dan usaha untuk menambahkan bilik darjah

di mana perlu telah dibuat dalam kajian Kementerian. Dan untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan yang mendesak sekali ialah

di kawasan- kawasan bandar di mana penduduk-penduduknya lebih ramai

lagi.

Untuk penyerapan pelajar-pelajar sekolah-sekolah ini, ini

adalah seruan dari Kerajaan menerusi Kementerian bahawa

sekolah-sekolah swasta yang ada untuk menyokong program-prograra di

sekolah menengah, rendah dan atas ini untuk keperluan-keperluan di

mana bukan semestinya semua pelajar-pelajar ini berdaftar di

sekolah-sekolah Kerajaan tetapi ada juga yang di sekolah-sekolah•

swasta. Untuk meyakinkan Ahli Yang Berhormat, bahawa kita ada

jentera yang tertentu seperti Bahagian Nazir dan juga Lembaga

Peperiksaan di mana pegawai-pegawai tertentu ditugaskan untuk

menilai prestasi dan juga kemudahan- kemudahan yang cukup atau

memadai untuk melayakkan pelajar-pelajar ini menduduki penilaian.

KONDOMINIUM - PERATURAN PEMBINAAN

5. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim minta Perdana Menterimenyatakan adakah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakanperaturan tidak membenarkan mana-mana pihak membina kondominiumdekat. dengan pusat bandaraya sebagai langkah mengatasi kesesakanjalan di Kuala Lumpur.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -7-

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Drs.

Suleiman bin Mohamed]; Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur tidak akan mengadakan peraturan untuk tidak membenarkan mana-

mana pihak untuk membina kondominium berhampiran dengan pusat

bandaraya. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur menerima permohonan cadangan pembinaan kondominium di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beberapa perkara perlu

dipertimbangkan sebelum kelulusan pembinaan dibert.

Di antara perkara-perkara yang dipertimbangkan ialah kesesuaian

jenis pembinaan yang dipohon dengan keadaan sekeliling dan pandangan

dari penduduk setempat mengenai cadangan pembinaan itu. Buat masa

sekarang, Kerajaan telah mengambil keputusan membekukan pembinaan

kondominium mewah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur keseluruhannya

buat sementara waktu kerana didapati perabangunan bentuk ini telahpun

melebihi jangkaan (over supply).

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Taan Yang di-Pertua, saya

ingin tahu sama Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa banyak

kondominium yang telah dibina ini yang asalnya menjadi tempat•

kediaman yang diduduki oleh orang-orang yang bertaraf tinggi dan

sederhana tetapt kini telah ditukar menjadi tempat-tempat pusat

kegiatan maksiat seperti rumah urut dan rumah lain-lainlah yang saya

ingat Yang Berhormat sendiri faham. Kalau ya, adakah pihak Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur ingin mengadakan satu peraturan khas ataupun

syarat-syarat yang tertentu ataupun mengadakan serbuan-serbaan

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -8-

ataupun siasatan-siasatan agar rumah-rumah kondominium ini tidak

dijadikan tempat-tempat pusat pelacuran dan kemaksiatan,

Dato' Drs. Suleuian bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya•

tidak sedar keadaan ini berlaku dan kita akan siasat.

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan; Tuan Yang•

di-Pertua, soalan tambahan. Dalam jawapan tadi, Timbalan Menteri

mengatakan bahawa pembangunan-pembangunan kondominium diberhentikan

kerana sebab-sebab tertentu dan salah satu dari sebab-sebabnya,

kesesakan jalan raya dan lain-lain. Dalam masalah ini, kita dapati

bahawa kebanyakan kondomini.um-kondoraini.um ini tidak dapat dibeli

oleh kaum bumiputera. Apakah langkah-langkah dan rancangan

Kerajaan buat masa ini dan masa-masa akan datang?

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagi

memenuhi permintaan perumahan awam agar kaum bumiputera yang

berpendapatan rendah dapat membeli perumahan awam di Wilayah

Persekutuan, Kerajaan sentiasa membuat perancangan untuk membina

perumahan awam kos sederhana dan rendah dan ini menjadi penekanan

dari masa ke semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga hari ini Kerajaan

telah menandatangani 11 daripada 18 projek penswastaan untuk

perumahan awam dan dalam jangkamasa 6 tahun akan dibina sebanyak

19,855 unit perumahan awam untuk mereka yang berpendapatan rendah.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -9-

TANAH RIZAB MELAYU - JUMLAH KELUASAN YAN6 DIAMBIL OLEH KERAJAAN

Pembangunan Koperasi menyatakan:-•

(a) jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang diambil olehKerajaan atas apa-apa jua sebab sejak merdekamengikut negeri-negeri;

(b) untuk apakah tanah itu diambil dan apakahperkembangan dan kemajuan yang dilakukan atas tanah-tanah itu;

(c) adakah setiap tanah rizab Melayu yang diambil itudiganti dengan tanah baru. Jika tidak, mengapa danberapakah luas tanah yang tidak berganti itu; dan

(d) mengikut syarat pengambilan tanah setiap inci tanahrizab Melayu yang diambil hanya sah jika iadigantikan, sila terangkan kedudukan sebenar danadakah berlaku pengarabilan tanah yang tidak sah.

Setiausaha Parlimen Kementerian Taaah dan Pembangunan Koperasi

[Tuan Mohd. Noh bin Rajab]: Tuan Yang di-pertua, untuk makluman Yang

Berhormat,

(a) pada keseluruhannya jumlah keluasan tanah rizab

Melayu yang telah diambil oleh Kerajaan semenjak

merdeka dianggarkan berjumlah 58,341.55 hektar dan

pecahannya mengikut negeri-negeri adalah seperti

berikut:-

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -10-

NEGERI-NEGERI KELUASAN TANAH(HEKTAR)

Kelantan 8,183.53Perlis 153.78Perak 10,581.47Terengganu . 17.96Pahang 29,105.40Negeri Sembilan 1,926.00

Selangor 8,073.18Kuala Lumpur 10.47

- Johor 289.76Kedah Tiada rekod

(b) Tanah-tanah rizab Melayu yang diambil oleh Kerajaan

ialah bertujuan untuk melaksanakan projek-projek

pembangunan Kerajaan bagi kepentingan awam seperti

pembinaan taliair, jalan raya, sekolah, lapangan

terbang, masjid/surau, hospital, klinik, membuka

tanah rancangan dan sebagainya.

(c) (i) Tidak semua tanah rizab Melayu yang diambil oleh

Kerajaan diganti dengan tanah baru selagi ia

rizab Melayu yang diambil oleh Kerajaan itu

diisytihar dan diwartakan keluar dari rizab

Melayu, maka tanah yang sama luas dan sama

jenisnya atau dengan izin, similar ini character

hendaklah diganti mengikut kehendak Perkara

89(3) Perlembagaan Persekutuan.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -11-

(ii) Pihakberkuasa Negeri-Negeri sedang mengambil

langkah-langkah bagi menggantikan tanah rizab

Melayu yang telah diambil oleh Kerajaan.

(d) (i) Pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat ttu

tidak Cepat kerana sepertimana yang dijelaskan

tadi iaitu tidak seraua tanah rizab Melayu yang

diambil perlu digantikan selagi ianya tidak di-

isytiharkan keluar dari rizab Melayu. Jika

tanah yang diambil itu diisytiharkan keluar dari

rizab Melayu, barulah digantikan dengan tanah

Kerajaan yang setaraf dengannya mengikut Perkara

89(3) Perlembagaan Persekutuan.

(ii) Setahu Kementerian ini, tidak ada berlaku

pengambilan tanah rizab Melayu secara tidak sah

kerana ia dilaksanakan berlandaskan kepada Akta

Pengambilan Tanah 1960 yang berkuatkuasa.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 -12-

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Pertama, adakah Kerajaan berhasrat untuk menambahkan

keluasan jumlah tanah-tanah rizab Melayu yang ada di seluruh negara

terutamanya di negeri-negeri seperti Perak, Wilayah Persekutuan,

Pulau Pinang dan sebagainya.

Soalan yang kedua, pindaan kepada Perlembagaan Negara dan

pindaan kepada Akta Pengambilan Balik Tanah dalam penggal yang lepas

di Parlimen ini tidak mengadakan peruntukan untuk mengecualikan

pengambilan tanah terhadap tanah rizab Melayu; bermakna kedudukan

undang-undang sekarang Kerajaan boleh mengambil tanah rizab Welayu

dan memberinya kepada sesiapa sahaja yang mereka suka termasuk

orang-orang bukan Melayu ataupun pihak swasta. Adakah Kerajaan

berhasrat untuk mengkaji semula kedudukan ini bagi mengecualikan

tanah rizab Melayu daripada peruntukan undang-undang yang sedia ada

yang saya maksudkan tadi?

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana

yang kita tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukanlah satu

Kerajaan yang statik. Dari masa ke semasa kita memang mengkaji

undang-undang yang berkuatkuasa sekarang, sama ada Undang-undang

Tanah Rizab Melayu ataupun Pengambilan Tanah.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, satu•

soalan sahaja Yang Berhormat. Kalau boleh Yang Berhormat tolong

terangkan di sini, ada kita dapati bahawa tanah-tanah simpanan

Melayu yang berada di dalam kawasan bandar dan tempat yang begitu

berharga dicabut keluar dan digantikan dengan tanah-tanah yang

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 -13-

terletak di kawasan-kawasan hulu dan di pinggir-pinggir kampung.

Jadi, ini saya kira akan merugikan orang-orang Melayu. Sudahlah

harga tanah simpanan Melayu itu pihak bank tidak ambil kiraan begitu•

tinggi kalau dibandingkan dengan tanah yang bukan dalam rizab

Melayu. Jadi, kalau boleh, bolehkah Yang Berhormat berikan jawapan,

adakah banyak perkara-perkara seperti ini berlaku?

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana

yang saya cuba terangkan tadi bahawa apabila sesuatu bidang tanah

itu dikeluarkan daripada statusnya sebagai rizab Melayu, Kerajaan

Negeri hendaklah menggantinya dengan tanah yang similar in

character, dengan izin, yang sama. Oleh yang demikian, terdapat

beberapa Kerajaan -Negeri lagi yang sehingga kini terhutang bagi

merizab Melayukan tanah-tanah negeri itu kerana penukaran status

tanah itu tadi. Jadi, mungkin untuk makluman Yang Berhormat,

Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi terhutang, kalau boleb saya

gunakan perkataan "hutang" itu, 8,183.53 hektar yang belum diganti.•

Pihakberkuasa Negeri sedang mengambil langkah-langkah untuk

menggantikannya - sedang mengambil langkah-langkah, Yang Berhormat.

BANTUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI NEGERI PERAK

7. Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:

(a) berapa ramaikah orang-orang miskin yang mendapatbantuan 'welfare' kebajikan setakat 1.10.1992 dinegeri Perak Darul Fidzuan; daa

(b) bolehkah Kementerian memberitahu sebab-sebabkenapakah permohonan-permohonan yang disampaikankepada pegawai-pegawai kebajikan negeri kurangmendapat layanan. Apakah langkah-langkah yangdiambil berhubung dengan perkara ini dalam renunganerti kata masyarakat penyayang.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -14-

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat [Tuan Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 1992,

iaitu bagi tempoh daripada Januari sehingga Ihb

Oktober tahun ini, sebanyak 7,096 kes telah menerima

bantuan kebajikan masyarakat di negeri Perak Darul

Ridzuan.

(b) Setiap permohonan untuk mendapatkan bantuan dan

perkhidmatan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah

diberi layanan oleh pegawai-pegawai Kebajikan

Masyarakat. Adalah tidak betul permohonan kurang

mendapat layanan. Walau bagaimanapun, oleh kerana

pegawai-pegawai Kebaikan Masyarakat di negeri-negeri

dan daerah-daerah mendapat banyak permohonan dari

masa ke semasa dan bilangan pegawai yang terhad, maka

kelambatan tidak dapat dielakkan kerana setiap

permohonan dikaji mengikut keutamaan,

Keutamaan tersebut boleh dikategorikan seperti

berikut:-

(i) Kes-kes kecemasan seperti malapetaka,

kebakaran atau banjir yang memerlukan tindakan

segera;

(ii) mengikut tahap kecemasan dan seriusnya sesuatu

kes itu seperti kes-kes penderaan terhadap

kanak-kanak dan kes-kes yang memerlukan

tindakan Mahkamah terhadap perlindungan wanita

dan gadis; dan

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -15-

(iii) bagi kes-kes yang lain adalah mengikut giliran yang

dahulu didahulukan. Bagaimanapun, dalam apa jua

keadaan, pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat di-

perlukan bertugas mengikut peraturan, arahan dan

prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan.

Tuan Lau Dak Kec: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memberitahu Dewan ini

adakah kriteria yang berbeza-beza untuk mendapatkan bantuan daripada

program orang-orang miskin di bawah bantuan ini, sebab orang miskin

yang tinggal di bandar mungkin agak berbeza dengan orang miskin yang

tinggal di kampung. Pendapatannya pun berbeza dan taraf kehidupan

pun berbeza sangat. Oleh kerana itu, apakah kriteria untuk menentu-

kan di mana mereka layak mendapat bantuan daripada Kementeriannya?

Tuan Yong Rhoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada

peraturan di mana tahap kemiskinan ditetapkan, tetapi saya tidak ada

angka di sini. Kita ada skim-skim untuk membantu orang miskin atau

orang yang kurang bernasib baik seperti kita ada bantuan kanak-

kanak, bantuan orang tua, elaun pekerja orang cacat, bantuan cermin•

mata dan sebagainya. Kita memang ada peraturan yang tetap.

Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat; Setiausaha Parlimen,

apakah khususnya kriteria supaya seorang miskin boleh mendapat

bantuan ataupun dalam perkataan lain, apakah definisi miskin di

sini? Adakah ini bersama dengan detinisi bagi maksud program PPRT,

iaitu Program Rakyat Termiskin?

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -16-

Yang kedua, jika seorang layak untuk mendapat bantuan daripada

Jabatan Kebajikan Masyarakat, berapakah jumlah wang yang orang itu

layak mendapat pada tiap-tiap bulan?

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, ada dua kategori

bantuan yang diberikan; ada bantuan yang diberi secara bulanan dan

ada juga bantuan yang diberi sekaligus untuk kecemasan. Saya tak

ada angka-angka di sini, saya akan menjawab secara bertulis kepada

Yang Berhormat.

PELANCONGAN - GALAKAN DAN PROMOSI

8. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) apakah peningkatan dan perkembangan industripelancongan negara setakat hari ini hasil darikempen dan promosi pelancongan yang telah dilakukanoleh Kementerian;

(b) bilangan pelancong luar negara sejak 5 tahun yanglepas dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yanglain; dan

(c) apakah penemuan kawasan-kawasan atau produk-produkpelancongan terbaru yang diperolehi olehKementerian yang boleh menarik ramai pelancong-pelancong.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Pelancongan [Dato' Abdul Raman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Tidak dapat dinatikan bahawa usaha-usaha

penggalakan dan promosi yang telah dijalankan oleh

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -17-

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Malaysia telah secara langsung menyumbang kepada per-

tumbuhan dan perkembangan industri pelancongan di.

negara ini. Ini jelas terbukti dengan bertambahnya

kedatangan pelancong-pelancong dan jumlah pendapatan

pertukaran wang asing terutamanya pada tahun Kempen

Melawat Malaysia Tahun 1990.

(b) Bagi tahun 1987, Malaysia telah menerima bilangan

ketibaan pelancong yang ketiga ramainya iaitu 3.36

juta orang berbanding dengan negara-negara ASEAN yng

lain. Dua negara yang mengatasi Malaysia pada tahun

tersebut iaitu tahun 1987 adalah negara Thailand dan

Singapura. Bagi tahun 1988, Malaysia masih lagi men-

duduki tempat ketiga dengan mendapat 3.62 juta orang

pelancong iaitu negara kita masih di belakang

Singapura dan Thailand. Walau bagaimanapun, arah

aliran ini mula berubah pada tahun 19.89 apabila

Malaysia telah mula mendahului negara-negara ASEAN

lain iaitu dengan kedatangan pelancong sebanyak 4.85

juta orang pelancong; diikuti oleh Singapura iaitu

4.83 iuta orang; Thailand 4.8 juta orang Indonesia

1.6 juta orang pelancong; dan Filipina 1.2 juta orang

pelancong.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 18 -

Tahun Melawat Malaysia 1990 pula telah memperkukuhkan

kedudukan Malaysia dengan mendapat 7.45 juta orang

pelancong. Jika kita bandingkan dengan negara-negara

lain, iaitu negara Singapura mendapat 5.3 juta orang

pelancong, Thailand 5.3 juta orang pelancong,

Indonesia 2.2 juta orang pelancong dan Filipina l

juta orang pelancong. Bagi tahun 1991, Malaysia

masih berada di tangga teratas dengan kedatangan

pelancong seramai 5.85 juta orang pelancong

berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain di

mana Singapura 5.4 juta orang pelancong, Thailand 5.1

juta orang pelancong, Indonesia 2,5 juta orang

pelancong dan Filipina 850,000 orang pelancong.

(c) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Malaysia telah mengenal pasti produk-produk terbaru

pelancongan yang boleh diusahakan untuk menjadi

tarikan pelancong iaitu:-

(i) pembangunan kawasan-kawasan kolam air panas;•

(ii) pembangunan kampung-kampung nelayan, ladang-

ladang, dusun-dusun buah dengan tujuan memper-

kenalkannya sebagai industry agro-tourism;

(iii.) pembangunan tasik-tasik dan empangan-empangan

sebagai tempat peranginan untuk pelancong-

pelancong khususnya pelancong-pelancong

tempatan.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 - 19 -

Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Vang

di-Pertua, soalan tambahan. Sebentar tadi Yang Berhormat Setiausaha

Parlimen telah menerangkan rancangan-rancangan yang telah dijalankan

oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk

menarik lebih ratnai pelahcong-pelancong datang ke Malaysia. Baru-

baru ini kita dapat membaca dari akhbar-akhbar kenyataan Yang Amat

Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan satu kenyataan

yang menyatakan bahawa pelancong-pelancong dari setengah-setengah

negara yang hendak daLang ke Malaysia hendaklah menyediakan penaja-

penaja (sponsors). Jadi saya ingin tahulah mengenai hal ini oleh

sebab ini menimbulkan kekeliruan daripada kalangan setengah-secengah

pibak - bukan daripada pihak sayalah, saya tidak keliru. Jadi saya

ingin tahulah apakah maksud yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri itu dan jika tidak diberi penjelasan yang

secukupnya, adakah ini akan menjejaskan bilangan pelancong yang akan

datang ke negara kita pada tahun hadapan dan juga Tahun Melawat

Malaysia 1994?

Soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, untuk Tahun Melawat

Malaysia 1994, saya ingin tahu apakah persediaan-persediaan dari

segi promosi yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak Kementerian

dan apakah matlamat-matlamatnya dari segi bilangan pelancong yang

kita harapkan dan dari segi hasil kepada negara pada tahun 1994.

Dato' Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengenai

perlunya sponsor untuk pelancong-pelancong yang akan datang ke

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 20 -

Malaysia, pada pandangan Kementerian, tidak akan menjejaskan

kedatangan pelancong-pelancong. Kerana kita tahu bahawa pelancong-

pelancong yang datang, sama ada mereka diuruskan secara berkumpulan

ataupun sama ada mereka yang datang ke sini secara persendirian,

semuanya, pertama sekali bagi mereka yang datang secara berkumpulan,

sudah tentulah diuruskan oleh agensi-agensi pelancongan dan mereka

sebenarnya benar-benar datang ke sini untuk tujuan melancong. Jadi

jika adapun syarat ini, maka sudah tentulah agensi pelancongan dapat

mempastikan bahawa kumpulan-kumpulan ini datang ke sini dengan

tujuan untuk melancong dan mereka akan balik ke negara masing-masing

apabila selesai lawatan mereka ke negara kita.

Yang kedua, mereka yang lain datang sama ada untuk menghadiri

seminar ataupun perniagaan, sudah tentu juga mereka diperlukan oleh

pihak yang menguruskan sama ada seminar ataupun perniagaan mempasti-

kan bahawa mereka datang sini dengan tujuan akhirnya akan balik ke

negara mereka. Jadi perkara yang ditimbulkan oleh Yang Amat

Berhormat Timbalan Perdana Menteri, ini pada pandangan Kementerian,

tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong yang sebenar. Tetapi ia

akan menyekat mereka yang datang ke sini bukan dengan tujuan untuk

melancong. Jadi ini tidaklah akan menimbulkan sebarang masalah

kepada industri pelancongan negara kita.

Yang ketiga, Yang Berhormat telah juga menimbulkan iaitu apakah•

persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia 1994. Untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, kita telahpun sebenarnya menjalankan kempen-kempen.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.25.ll.92 - 21 -

Pada peringkat mulanya kita telahpun melancarkan permulaan kempen

Tahun Melawat Malaysia 1994 pada bulan Ogos yang lalu. Kita telah-

pun membekalkan sama ada penerbangan, kepada pihak Pejabat-pejabat

Lembaga Penggalakan Pelancongan kita di luar negeri dan juga dengan

kedutaan-kedutaan di luar negeri iaitu brochures dan sebagainya

serta iklan-iklan supaya mereka juga dapat memberi maklumat bahawa

tahun 1994 merupakan Tahun Melawat Malaysia bagi negara kita.

Di samping itu, kita juga telahpun sebenarnya mengambil tinda-

kan menjemput wartawan-wartawan asing dan juga penulis-penulis

pelancongan datang ke negara kita dengan kita memilih daripada

negara-negara yang kita kenalpasti supaya pelancong-pelancong ramai

datang ke negara kita, iaitu negara-negara yang telahpun kita kenal-

pasti sebagai negara yang kita beri keutamaan. Dengan diadakan

seminar-seminar ini kepada wartawan-wartawan, kita harap apabila

mereka balik mereka dapat menghebahkan iaitu Malaysia sekali lagi

akan melaksanakan Tahun Melawat Malaysia.

Di samping itu juga, di peringkat Kementerian kita sendiri,

bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain, melalui

Kementerian-kementerian yang lain, kita telahpun menubuhkan

jawatankuasa-jawatankuasa yang akan mempastikan pelaksanaan acara-

acara bagi Tahun Melawat Malaysia 1994. Sekarang ini kita telahpun

kenalpasti sebanyak 160 acara yang telah kita sediakan dan akan kita

tentukan acara-acara ini tidak akan juga dipinda tarikh-tarikhnya

dan dimasukkan sebagai 'calendar of events' bagi menyenangkan

agensi-agensi pelancongan mengaturkan pakej.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 22 -

Satu perkara baru dalam Tahun Melawat Malaysia 1994 ini, untuk

makluman Yang Berhormat, ialah kita juga telahpun meminta kerjasama

daripada agensi-agensi pelancongan dalam negeri kita bersama-sama

dengan agensi-agensi pelancongan luar negeri untuk mengaturkan

pakej-pakej pelancongan. Jadi kalau tahun 1990 dahulu kita tidak

mengaturkan, tetapi pada tahun 1994 kita "mengaturkan pakej-pakej

yang mana kita mahu supaya agensi-agenst pelancongan ini akan

membawa pelancong-pelancong, dan mereka telahpun mengaturkan perkara

ini. Jadi kita harap bahawa matlamat kita untuk membawa pelancong

lebih ramai lagi di mana matlamat kita ialah untuk menambahkan 10%

setiap tahun, bilangan pelancong-pelancong ke negara kita. Di

samping itu mereka juga kita harap akan dapat tinggal lebih lama di

dalam negara kita dan berbelanja lebih.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -23-

Inilah matlamat yang kita harapkan bagi kempen Tahun Melawat

Malaysia 1994. Di samping itu, tambahan strategi baru iaitu kita

menggalakkan kegiatan pelancongan dalam negeri (domestic tourism).

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Chian Heng Kai.

Tuan Chian Heng Kai: Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit

perabetulan. Oleh kerana ada beberapa perkataan hilang selepas baris

yang kelima, bahagian (a) pertanyaan saya, iaitu perkataan-perkataan

ialah "masuk kolej itu dan sekiranya kolej itu menerima murid-

murid".

Tuan Yang di-Pertua, saya baca sekali soalan yang sebenarnya,

iaitu:

"(a) satna ada benar bahawa Kerajaan Barisan Nasional

tidak mengizinkan Kolej Tunku Abdul Rahman

mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama

Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina

Malaysia sebagai salah satu kelayakan untuk•

murid-murid masuk kolej itu dan sekiranya kolej

itu menerima murid-murid yang merapunyai Sijil

tersebut itu, segala bantuan Kerajaan akan

dibatalkan; jtka ya, mengapa; dan"

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang ke 9.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR. 26. 11. 92 -24-

TUNKU ABDUL RAHMAN - BANTUAN KEWANGAN

9. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) sama ada benar bahawa Kerajaan Barisan Nasionaltidak mengizinkan Kolej Tunku Abdul Rahmanraengiktirafkan Siji.1 Peperiksaan BersamaSekolah-sekolah Menengah Persendirian CinaMalaysia sebagai salah satu kelayakan untukmurid-murid masuk kolej itu dan sekiranya kolejitu menerima murid-murid yang mempunyai Sijiltersebut itu, segala bantuan Kerajaan akandibatalkan; jika ya, mengapa; dan

(b) adakah Kolej Tunku Abdul Rahman pernah memohonmembuka Pusat Pengajian Bahasa Tionghua; jikatidak, sama ada Kerajaan akan membenarkan iamembuka Pusat ini , jika tidak, meagapa.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr Leo Michael Toyad] : Tuan Yang

di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak pernah

mengaitkan bantuan kewangan kepada Kolej Tunku Abdul

Rahman (TAR) dengan syarat menghalangkan pengiktirafan

Sijil Bersama (Unified Examination) Sekolah-sekolah

Menengah Swasta Bahasa Cina (Chinese Independent High

Schools) . Peruntukan kewangan yang diberi kepada Kolej

TAR adalah bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan

dan selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan

dari 'semasa 'ke semasa.

Sebenarnya kemasukan pelajar ke Kolej TAR ini adalah

berdasarkan keputusan peperiksaan SPM atau STPM, juga

kesesuaian dengan bidang kursus yang akan diambil oleh

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -25-

pelajar, sama aepertimana yang dijalankan di semua

institusi pengajian tinggi tempatan yang lain. Perkara

ini telahpun diputuskan oleh Majlis Kolej berkenaan. Oleh

yang demikian, perkara yang dibangkitkan tersebut tidak

timbul.

( b ) . Mengikut rekod Kementerian Pendidikan, Kolej Tunku Abdul

Rahman tidak ada memohon untuk menubuhkan Pusat Pengajian

Bahasa Tionghua. Sebenarnya ia lebih menekankan

kursus-kursus separa profesional dan profesional seperti

sasteca, iktisas, sains gunaan dan teknologi. Walau

bagaimanapun, program Pengajian Bahasa Cina boleh didapatt

di Universiti Malaya dan Jabatan berkenaan. mampu untuk

menampung permintaan pelajar-pelajar untuk mengikuti

pengajian Bahasa Cina di universiti berkenaan,

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-pertua, saya ingin

mengetahui sebab Kolej Tunku Abdul Rahman ini sering mendapat

perhatian daripada pihak Parti Pembangkang kerana timbul berbagai

masalah, termasuklah persoalan yang dibangkitkan dalam soalan pada•

hari ini. Bagi mengatasi semua masalah yang dihadapi oleh Kolej

Tunku Abdul Rahman, termasuklah masalah yang dibangkitkan ini,

apakah Kerajaan bercadang untuk menyerapkan Kole j Tunku Abdul Rahman

sebagai suatu institusi yang dipunyai penuh oleh Kera jaan . Er t inya

diserapkan di bawah Akta Univecsiti dan Kolej supaya tidak

berbangkit lagi 'masalah bantuan, pengiktirafan dan selaras dengan

dasar Kerajaan di mana perlantikan dan seumpamanya dibuat oleh•

Kementerian Pendidikan dan t idak sebagai institusi swasta yang

diamalkan sekarang ini?

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -26-

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, saya tidak tahu apa sebabnya pihak Pembangkang

sentiasa menyoalkan mengenai kolej ini, tetapi pada masa kini kita

merasakan Kolej Tunku Abdul Rahman ini tidak ada masalah untuk

melaksanakan program masing-masing dan cuma masalah adalah di

sebelah Pembangkang sahaja. [Ketawa]

Dr Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Kecuali orang yang berfikir seperti katak di bawah tempurung,

[Tepuk] kita boleh nampak di seluruh dunia pada hari ini tiap-tiap

negara, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan di mana-

mana telahpun mengiktirafkan sijil daripada Chinese- Independent

Schools ini, kecuali Kerajaan Malaysia. Ini adalah satu skandal.

[Disampuk] Di tiap-tiap negara di seluruh dunia telah mengiktiraf-

kan satu sijil dari sekolah-sekolah di Malaysia, kecuali negara

ini. Saya ingin tahu adakah komponen Parti Barisan Nasional seperti

MCA, GERAKAN pernah buat permohonan di dalam Kabinet atau di mana-

raana 'corridors of power, dengan izin, untuk izinkan murid-murid

dari sekolah-sekolah persendirian Cina masuk ke pusat pengajian

tinggi di sekolah ini, barangkali kalau mereka ada lulus satu ujian

bahasa atau apa?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak

memahami soalan Ahli Yang Berhormat ini. Cuma beliau telah menyata-

kan bahawa kalau kita melihat atau menjelajah seluruh dunia, tetapi

sebclum beliau menjelajah ke seluruh dunia, kalau boleh, Ahli Yang

Berhormat mungkin boleh mengkaji semula sejarah dan pembentukan

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -27-

negara kita ini, termasuk juga pembentukan Dasar Pendidikan Negara

kita. [Tepuk]

Tuan Chian Heng Kai: Soalan tambahan....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Cukup!

BALAI POLIS DAERAH MACHANG - PEMBINAAN

10. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan minta Menteri Dalam Negerimenyatakan, memandangkan Balai Polis Daerah Machang adalah kecil danlama, adakah Kerajaan bercadang untuk membina Balai Polis yang barudi Daerah Machang, jika tidak, mengapa.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, jawapannya ialah ya. Kementerian ini

bercadang untuk membina sebuah Komplek Ibu Pejabat Polis Daerah yang

baru bagi menampong penambahan pegawai dan anggota. Usaha-usaha

sedang dibuat untuk mendapat tapak tanah yang sesuai untuk tujuan

tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Maidom p. Pansai.

[Soalan No. 11 Y.B. Tuan Maidom P. Pansai tidak hadir)

Tinbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji*

Mahiruddin): Yang Berhormat Tuan Joseph Voon Shin Choi.

(Soalan No. 12 Y.B. Tuan Joseph Voon Shin Choi tidak hadir)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin): Yang Berhormat Tuan Nurnikman Abdullah.

(Soalan No. 13 Y.B. Tuan Nurnikman bin Abdullah tidak hadir)

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -28-

SEKOLAH POLITEKNIK DI SARAWAK - CADANGAN PEMBINAAN

14. Tuan James Jimbun Anak Pungga minta Menteri Pendidikanmenyatakan:-

(a) berapakah jumlah sekolah politeknik di negaraini; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk membinasebuah sekolah politeknik di kawasan RajangBasin di Sarawak.

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah politeknik di

seluruh negara sekarang ialah sebanyak 7 buah.

(b) Negeri Sarawak telahpun mempunyai sebuah politeknik iaitu

di Kuching. Politeknik ini masih boleh menampung

keperluan bagi negeri Sarawak pada masa kini. Oleh itu,

buat masa ini tidak ada rancangan untuk membina sebuah

lagi politeknik tambahan.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya

Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada boleh berikan senarai penuh

jumlah sekolah politeknik di negara ini dan juga di manakah

tempatnya, kerana ada sebuah politeknik di negeri Johor di mana

sungguhpun ia sudah siap dibina tetapi masih tidak boleh digunakan

oleh kerana dilaporkan bahawa politeknik itu tidak selamat. Adakah

ini benar dan bukankah ini satu pembaziran wang negara kerana

berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk membina politeknik

ini? Apakah cadangan Kerajaan untuk politeknik yang terbengkalai di

negeri Johor ini?

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -29-

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, walaupun soalan ini terkeluar dari kawasan

Sarawak, bahawa politeknik yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat

itu memang ada serba-sedikit masalah teknikal, tetapi pada masa kini

kita telah menaikkan taraf politeknik itu untuk menjadi satu pusat

di mana kita juga melatih guru-guru politeknik di seluruh negara.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya

hendak bertanya soalan yang orang tak tanya. Tahun yang lepas saya

pernah bertanya berhubung dengan matapelajaran diajar di politeknik

di Kuching, saya juga berterima kasih oleh kerana politeknik ini

memang diwujudkan.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -30-

Soalan saya ialah sama ada matapelajaran Wood Technology dan

Petroleum Engineering diajar di politeknik ini. Kalau tidak, kenapa

tidak dan bilakah rancangan untuk mengadakan matapelajaran tersebut

diadakan? Itu soalan yang pertama.

Yang kedua, ini perkara anih sedikit. Baru-baru ini saya

menerima banyak laporan yang mengatakan Politeknik Kuching ini

berhantu (haunted)! Jadi, adakah Kementerian sedar, dan kalau

tidak, adakah ingin membuat satu penyelidikan sapaya khabar-khabar

angin ini. tidak merebak ke sana-sini dan menakutkan orang untuk

pergi ke politeknik tersebut?

Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat

Ahli Yang Berhormat, Kementertan Pendidikan diketuai oleh Menteri.

Pendidikan sendiri telahpun berbincang dengan Kerajaan Negeri

ataupun Kementerian yang berkenaan di negeri Sarawak mengenai

kursus-kursus yang perli mengikut keperluan pembangunan industri di

negeri Sarawak dan begitu juga di mana-mana negeri mengikut

keperluan untuk membangunkan industri-industri menurut Pelan Induk

Negeri berkenaan dan Kerajaan Persekutuan .

Mengenai soalan yang kedua itu, mungkin kita belum ada

kemudahan untuk mengkajikan sama ada, ada hantu atau tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin): Yang Berhormat Dr. T. Marimuthu.

(Soalan No. 15 - Y.B. Dr. T. Marimuthu tidak hadir)

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -31-

DOKTOR/DOKTOR PAKAR/JURURAWAT/PEMBANTU KESIHATAN - BILANGAN

16. Datuk Haji Basri bin Bajuri minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilangan doktor dan doktor pakar mengikut bidang dankekurangannya hingga tahun 2000;

(b) bilangan jururawat hari ini dan keperluannya pada tahun2000; dan

(c) bilangan pembantu kesihatan hari ini dan keperluan padatahun 2000.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato Mohamed Farid bin

Ariffin): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pada masa ini, di Kementerian Kesihatan, bilangan doktor

ialah 2,623 orang dan doktor pakar ialah 461 orang.

Menjelang tahun 2000 kekurangan yang dijangka adalah 287

orang doktor dan 159 orang doktor pakar.*

(b) Bilangan jururawat terlatih (trained staff nurse) di

Kementerian Kesihatan ialah 10,403 orang, tidak termasuk

assistant nurse. Menjelang tahun 2000 keperluan yang

dijangka ialah seramai 21,372 orang.

(3) Bilangan pembantu kesihatan atau pembantu perubatan di

Kementerian Kesihatan ialah 3,681 orang. Menjelang tahun*

2000 keperluan yang dijangka ialah seramai 5,062 orang.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -32-

Dato Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-pertua, soalan

tambahan. Adakah kekurangan doktor-doktor pakar di negara ini

sebahagiannya disebabkan oleh ketidak mampuan pusat-pusat latihan

seperti di Universiti Hospital di Malaysia ini untuk menampung

kehendak itu? Dan apakah kita hanya berkiblat kepada

kemudahan-kemudahan di United Kingdom sahaja untuk melatih doktor

pakar dan mengapa tidak ditujukan kepada pusat-pusat lain seperti di

Amerika Syarikat dan juga di Eropah ataupun pusat-pusat yang lebih

murah di India dan Pakistan?

Dato Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, kita*

tidak menafikan bahawa universiti-universiti tempatan mampu untuk

melatih sebanyak mungkin doktor untuk keperluan negara. Tetapi*

seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, memang betul kebanyakan

daripada doktor-doktor kita terlatih di pusat-pusat pengajian tinggi

tradisional seperti di U.K. dan universiti-universiti di Australia,

New Zealand dan sebagainya.

Tetapi akhir-akhir ini kita telahpun mula berfikir supaya

anak-anak kita dapat dihantar ke tempat-tempat lain. Hanya kita

sedang mencari jalan bagi mendapatkan pengiktirafan untuk

sijil-sijil kedoktoran daripada pusat-pusat pengajian ini. Walau

bagaimanapun, jika sekiranya mereka pergi ke tempat-tempat ini

seperti. India dan beberapa universiti-universiti kedoktoran yang

lain, mereka tertakluk di bawah Seksyen 13 Medical Act yang

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -33-

memerlukan mereka menduduki satu peperiksaan yang menentukan taraf

mereka itu sama ataupun tinggi seperti doktor di negara kita.

Tuan Tan Kok Wai: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rancangan

yang diambil oleh Kerajaan bagi mencapai matlamat sedunia Bangsa-

Bangsa Bersatu iaitu, dengan izin, "Health for all for the year

2000, sebab saya dengar apa yang dijawab oleh Yang Berhormat tadi

bahawa masalah kekurangan doktor, doktor pakar dan jururawat akan

berterusan nampaknya menjelang tahun 2000. Macam mana Kementerian

dapat meyakinkan kita bahawa matlamat ini akan tercapai. dengan

masalah tersebut?

Dato Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pada

peringkat awalnya, mungkin ramai orang kurang faham tentang falsafah

perkhidmatan perubatan di negara kita ini. Sekarang ini kita sedang

melihat ke arah falsafah baru iaitu falsafah, dengan izin, the*

creatlon of health vis-a-vis the creation of health care, yang

mungkin berbeza daripada pendekatan-pendekatan lama. Oleh kerana

itulah maka falsafah ini telahpun dicadangkan oleh WHO untuk kita

mengamalkan di Malaysia dan sehingga kelmarin kita di Kementerian

telahpun bersetuju pada dasarnya supaya kita mengamalkan falsafah

pendekatan baru ini iaitu, dengan izin, "the creation of health as

opposed to the creation of health care".

Oleh kerana itulah maka jika sekiranya kita sentiasa hanya

untuk menampung kekurangan doktor, kita mungkin tidak dapat•

menampung selama-lamanya. Kerana the demand, Tuan Yang di-Pertua,

untuk services ataupun perkhidmatan perjawatan ini sentiasa

meningkat hinggakan kadang-kadang ia terlalu laju dan kadang-kadang

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -34-

lebih cepat dari-pada supply.

Walau bagaimanapun, kita telahpun mengambil langkah-langkah

sampingan seperti menggalakkan penubuhan hospital-hospital swasta

tanpa mungkin menjejaskan penumbuhan hospital-hospital Kerajaan.

Walau bagaimanpaun, jika sekiranya Ahli Yang Berhormat membaca

Rancangan Malaysia Keenam Kementerian, Kesihatan, Ahli Yang Berhormat

mesti dapat melihat bahawa rancangan kita dalam penubuhan

hospital-hospital baru adalah lebih daripada yang kita telah

jangkakan dan telahpun kita diberi peruntakan yang agak besar dalam

hal ini. oleh kerana itulah, maka dalam tahun 2000 berkemungkinan

besar kita dapat memenuhi, jika tidak sepenuhnya sebahagian daripada

hasrat falsafah kesihatan iaitu "health for all".

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin): Yang Berhormat Tuan Michael Asang.

(Soalan No. 17 - Y.B. Tuan Michael Asang tidak hadir]

KEKURANGAN TENAGA KERJA DI SEKTOR PERLADANGAN DAN PEMBINAAN

18. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Sumber Manusiamenyatakan:-

(a) apakah benar negara ini mengalami masalah kekurangantenaga kerja di sektor perladangan dan pembinaan;

(b) berapakah kekurangan yang dianggarkan mengikuit sektor dannegeri;

(c) apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah ini dalamjangka pendek dan jangka panjang; dan

(d) berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja di sektorperladangan dan pembinaan mengikut negeri.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -35-

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]; Tuan

Yang di-Pertua, menjawab soalan:

(a) adalah benar bahawa negara ini mengalami masalah

kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan

pembinaan.

(b) adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat atau meng-•

anggarkan jumlah sebenar kekurangan pekerja-pekerja di

kedua-dua sektor tersebut memandangkan bilangan dan

kedudukan tenaga kerja bagi. sektor-sektor itu sentiasa

berubah. Walau bagatmanapun, pihak Kementerian ada mem-

punyai petunjuk-petunjuk tertentu untuk dapat meraberi*

gambaran mengenai kekurangan pekerja di sektor perladangan

dan pembinaan. Petunjuk ini termasuklah bilangan jawatan

kosong yang diLaporkan oleh majikan-majikan kepada Jabatan

Tenaga Rakyat. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun

1992, sebanyak 4,176 jawatan kosong di sektor perladangan

dan 864 jawatan kosong di sektor pembinaan telah dilapor-

kan kepada jabatan tersebut di bawah Kementerian Sumber

Manusia.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -36-

(c) Di antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan

bagi raengatasi masalah tersebut adalah seperti bertkut:-

(i) membantu majikan mendapatkan pekerja daripada

kawasan yang mempunyai lebih tenaga kerja;

(ii) menggesa majikan memberikan kadar upah yang

lebih kompetitif kepada pekerj a-pekerj a dl

samping mengwujudkan suasana kerja yang lebih

balk;

(iii) menggalakkan majikan menyediakan kemudahan

perumahan dan penguatkuasaan bagl memudahkan

mobility buruh dari kawasan-kawasan yang mem-

punyai lebihan tenaga kerja;

(iv) memperluaskan penggunaan tenaga kerja asing

di sektoc tersebut;

(v) mengecuaLikan penduduk-penduduk tetap dan

pemegang-pemegang kad pengenalan merah

daripada mendapatkan permit kerja di bawah

Akta Sekatan Kerja 1968.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 37 -

(vi) menambahkan pengambilan pelatih oleh sepuluh buah

Institut Latihan Perindustrian di bawah kelolaan

Kementerian Sumber Manusia untuk mengatasi masalah

kekurangan tenaga kerja mahir.

Pengusaha-pengusaha sektor pertanian dan. perladangan

adalah juga digalakkan supaya berusaha untuk memoden dan

meningkatkan. penggunaan jentera dalam proses pengeluaran.

mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan

tenaga bnruh yang banyak.

(d) Mengikut rekod Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing yang

bekerja di sektor perladangan dan pembinaan adalah seperti

berikut:

WARGANEGARA(negara)

Indonesia

Thailand

Bangladesh

Myanmar

India

Pakistan

Lain-lain

PERLADANGAN(orang)

88,743'

14,029

2,514

409

431

85

34

BINAAN(orang)

183,579

4,927

16,399

8,900

8,046

1,705

1,266

Jumlah 106,245 224,822

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 38 -

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tarabahan. Mendengar jawapaa daripada Timbalan Menteri bahawa begitu

banyaknya pekerja asing di dalam sektor perladangan dan pembinaan,

saya ingin tahu:

(i) adakah pihak Kementerian mengawasi supaya pekerja-

pekerja tempatan yang ingin memasuki dalam bidang

perladangan dan pembinaan ini tidak menghadapi

sebarang halangan? Saya difahamkan bahawa di tempat-

tempat di mana pekerja-pekerja asing bekerja, sama

ada di ladang-ladang atau tempat-tempat pembinaan,

oleh sebab mereka ini terbanyak, pekerja-pekerja

tempatan. tidak langsung mempunyai peluang masuk oleh

kerana di ladang-ladang ini mereka ini sudah jadi

macam 'gangsters' dan pekerja tempatan hendak masuk

sudah tidak boleh;

(ii) saya ingin tahu berkenaan dengan tukang masak

'tomyam' yang berkeliaram di bandar-bandar kita.

Mereka ini masuk dalam golongan mana - perladangan

atau pembinaan?

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada

soalan yang kedua dahulu, mereka ini digolongkan kepada pekerja

mahir atau separuh mahir. They are under that category.

Mengenai pekerja-pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang,

ada satu cara yang hendak diikuti. Cara itu ialah sebelum seorang

pekerja asing diberi permit nntuk kerja dalam estet ataupun dala.n

dalam industri pembuiaan, pihak maj ikan yang headak melantik warga-

negara asiag itu, memang hendaklah mengikut prosedur yaag ditetap-

kan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup untuk Soal

Jawab.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Soalan No,3,11,12,13,15,17 dan 19 hingga 28 akan dimasukkan dalam naskah bercetak kelak]

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 .- 39 -

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran

Pembangunan, 1993 dalam Jawataakuasa sebuah-buah Majlis." [Hari

Kelima]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawataakuasa]

Maksud B.19 [Jadual] -

Maksud P.19 [Angaran Pembangunan, 1993] -

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bukit

Bintang, sambung. Enam minit sahaja.

3.36ptg.

Tuan Wee Choo Keong [Bukit Bintang]: Tuan Pengerusi, saya akan

sambung ucapan saya kelmarin. Sebagaimana yang saya sebutkan

kelmarin, Bank Pertanian mengenakan caj 3/4% sebagat processing fees,

dengan izin, untuk permohonan pinjaman daripada orang awam. Sama

ada Menteri berkenaan. sedar atau tidak bahawa bank-bank komersil,

walaupun tujuan mereka untuk mendapatkan keuntungan (profit-

orientated), tetapi mereka tidak mengenakan. processing fees ini

kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tetapi Bank Pertanian mengenakan

caj yang sebegini kepada pelanggan mereka.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 40 -

Juga setiap tahun bank komersal mendapat keuntungan. yang besar,

tetapi Bank Pertanian Malaysia mendapat kerugian beratus-ratus juta

ringgit. Saya tidak faham bagaimana Bank Pertanian yang mendapat

kemudahan daripada Kerajaan dari segi undang-undang serta juga

mendapat peruntukan daripada Kerajaan, pada hal bank

komersil tidak mendapat kemudahan daripada Kerajaan, tiap-tiap tahun

Bank Pertanian mendapat. kerugian bukannya sejuta dua juta ringgit

tetapi beratus-ratus juta ringgit. Saya harap Menteri berkenaan.

boleh memberitahu Dewan yang mulia ini kenapa Bank Pertanian yang

mendapat konsesi dan peruntukan daripada Kerajaan tetapi tiap-tiap

tahun Bank Pertanian ini mengalami kerugian beratus-ratus juta

ringgit. Saya harap Menteri berkenaan sedar bahawa tujuan Bank

Pertanian yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen ialah untuk pembangunan

pertanian. Oleh yang demikian, kenapakah Kerajaaa tidak mengarahkan

Bank Pertanian untuk menghentikan caj-caj seperti processing fees

ini, oleh kerana ini akan membebankan rakyat.

Saya ada diberitahu bahawa ada pelanggan Bank Pertanian yang

telah membayar processing fees sebanyak RM3,000 ataupun. RM5,000.

Walaupun mereka tidak mendapat pinjaman yang mereka minta tetapi

mereka perlu membayar wang ini. Wang ini akan diforfeited, dengan

izin, jikalau pinjaman mereka tidak diluluskan oleh Bank Partariiaa.

Ini saya rasa tidak adil. Jikalau piajaman mereka tidak dilulnskan,

oleh Bank Pertanian, yang paling adil sekali ialah processiag fees

yang mereka bayar mestilah dipulangkan kepada mereka. Kenapa Bank

Pertanian forfeit wang rakyat jelata? Tujuan Bank Pertanian ialah

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 41 -

untuk membantu rakyat jelata, bukannya mengambil profit sebegini.,

seperti 'day-light robbery', dengan izin Saya harap apa-apa caj

sebeginiyang telah dikenakan kepada pelanggan Bank Pertanian dibayar

balik.

Kedua, mengenai Agoes Salim Sdn. Bhd, saya dimaklumkan bahawa

BPM telah mendapat satu. judgeraent di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

terhadap Agoes Salim Sdn. Bhd. Syarikat ini dikawal oleh Agoes

Salim, seorang bekas pengerusi Bank Pertanian. Judgement ini. ialah

untuk lebih kurang RM8 juta oleh kerana beliau tidak membayar balik

harga penjualan sebuah syarikat yang bernama Syarikat KPM Holdings

Sdn. Bhd.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

D R . 2 6 . 1 1 . 9 2 - 42 -

*

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, minta gulung.

Tuan Wee Choo Keong: Ya, teriraa kasih. Dan walaupun Bank

Pertanian sudah dapat satu judgement terhadap Agoes Salim Sdn. Bhd.,

setakat hari ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh Bank Pertanian

terhadap Agoes Salim. Saya ingin tahu bahawa sama ada Agoes Salun

ini mempunyat pengaruh politik yang besar, dan oleh yang demikian

BPM tak berani mengambil sebarang tindakan yang patut diambil. Saya

juga mahu menarik perhatian Menteri berkenaan janganlah ada satu

double standard di atas banking practise, oleh kerana kalau orang

yang biasa, atau pelanggan yang biasa walaupun mereka hutang $2,000,

$3,000 tindakan akan diambil dengan selanjutnya, tetapi orang yang

besar sebegini, mereka akan diitnmune, dengan izin, daripada tindakan

undang-undang.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong: Saya hendak gulung, sedikit lagi.

Tuan Peagerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa

sudah cukup.

Tuan Wee Choo Keong: Laporan tahunan BPW (Bank Pertanian) yang

paling terakhir sekali ialah tahun 1989. Sekarang kita sudah

menjeLang akhur tahun 1992, dan pada hari ini Laporan tahunan tahun

1990 dan 1991 belum dibentangkan di dalam Parlimen ini, tetapi

berani Menteri yang berkenaan dataag ke ParlLmen pula, minta wang

lagi yang mana kita tak tahu sekarang perbelanjaannya bagaimana

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 43 -

untuk tahun 1990 dan 1991, sama ada wang yang kita sudah beri tiap-

tiap tahun ini sudah habis ataupun sudah dibazirkan oleh pihak-pihak

berkenaan.

Tuan Pengeruai [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong: Saya harap Menteri berkenaan boleh berikan

satu jawapan yang jelas kenapakah Laporan tahun 1990 dan 1991 pada

hari ini masih tak boleh dibentangkan di Parlimen, walaupun dalam

Akta-akta Ketua Audit Negara, mereka mesti dibentangkan semaa

Laporan....

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Hahiruddin]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong: ......dalam enam bulan selepas year ending

tiap-tiap tahun. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bagan

Serai.

3.43 ptg.

Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail [Bagan Serai]: Terima

kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk mengambil

bahagian untuk membahaskan dalam Maksud Bekalan 19 Kementerian

Pertanian, mukasurat 33, Butiran 02000 - Pertanian. Dan juga muka-

surat 90, Butiran 02800 - Kemudahan Perkhidmatan Pengembangan,

Pertanian.

Tuan Pengerusi, saya dahulu adalah seorang pegawai Pertanian,

dan jawatan yang terakhir ialah saya sebagai Pengarah Pertanian•

Negeri Perak. Perkhidmatan Pertanian telah ditetapkan dalam

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 44 -

kategori teknikal. Ahli-ahli profesional Ini. apabila berada di

dalam perkhidmatan Kerajaan, nasib mereka nampaknya tidaklah begitu•

baik jika dibandingkan dengan pegawai-pegawai di dalam bidang

pentadbiran. Peluang-peluang kenaikan pangkat sangatlah terhad, dan

kalau ada pun lambat pula. Sampai pencen pun, saya hanya berada di

Tingkatan Tertinggi F. "Di bidang lain, kawan-kawan yang sebaya

dengan saya iaitu dalam perkhidmatan pentadbiran, ramai mereka

telahpun mencapai Tingkatan Tertinggi D, C dan ada di antara mereka

setidak-tidaknya pun di dalam kategori ke Tingkatan Tertinggi. D dan

E. Jawatan Tertinggi Tingkatan Tertinggi G2 sekarang atau Tertinggi

F yang lama masih kekal di negeri-negeri sebagal Pengarah Pertanian

Negeri, berbanding dengan jawatan-jawatan yang disandang ataupun

dipegang oleh Pegawai Daerah pun dl peringkat-peringkat Daerah

sudahpun meningkat pada jawatan Tertinggi F. Maka saya dengan ini.

sukalah bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian

apakah usaha Kementerian Pertanian untuk meningkatkan jawatan-

jawatan pegawai-pegawai Pertanian di peringkat Persekutuan dan juga

Negeri-negeri. KaLau tidak, mereka ini menjaga sebuah negeri yang

begitu besar sama sahaja taraf mereka dengan Pegawai Daerah yang

menjaga hanya satu daerah. Ini adalah saya rasa sungguh ketinggalan

dan mereka ini patutlah diberikan satu insentif kerana bakan senang

untuk mendapat kelulusan Agriculture Science dan juga manakala

mereka diberi jawatan,. maka mereka ketinggalan jauh di belakang

dengan kawan-kawan yang hanya mengambil mata pelajaran

kesusasteraan.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 45 -

Tuan Pengerusi, seperkara lagi yang saya ingin bangkitkan ialah

berkenaan dengan jawatan Juruteknik Pertanian yang sekarang mereka

ini telah dikategorikan dalam jawatan Pembantu Pertanian. Maka di

atas kategori ini mereka telahpun ketinggalan - kedudukan mereka

telahpun beralih kepada satu jawatan yang seolah-olah non-technical.

Pada hal mereka ini telahpun dilatih tidak kurang daripada tiga

tahun di Institut-insititut Pertanian untuk mendapatkan sijil

pertanian, tetapi manakala dalam perubahan yang baru ini mereka

telahpun ketinggalan. Bilangan mereka hampir 2,000 orang d L dalam

Malaysia ini, dan mereka telahpun dibezakan daripada kawan-kawan

mereka yang pernah mengambiL latihan sama yang berada di dalam

jabatan-jabatan seperti MARDI dan juga teknisyen-teknisyen yang

lain. Maka mereka ini adalah pegawai-pegawai yang front line

officer, dengan izin, atau pegawai-pegawai garisan hadapan yang

berhadapan dengan rakyat membawa perubahan-perubahan yang diperlukan

kepada usaha peningkatan pertanian di dalam negara kita , te tapi

kedudukan mereka kita tidak beri layanan yang sewajarnya.

Saya berharaplah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian

mengambil tindakan yang segera membetulkan keadaan ini kerana apa

ada pada nama, tetapi nama ini tidaklah menyenangkan Juruteknik

Pertanian di dalam negara kLta kerana dari sugi imbuhannya t idak

sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf dengaa mereka, waLaupun

setengah-setengah pegawai teknisyen di jabatan-jabatan yang lain

mereka tidak melalui latihan yang selama itu, iaitu tiga tahun

memang lama, tetapi dalam perubahan tanggagaji yang baru ini mereka

ketinggalan. Selesai berkenaan perkara nasib-nasib pegawai di dalam

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 46 -

Jabatan Pertanian yang saya rasa sangat perlu kepada pembelaan,

kerana mereka ini jika diberi sumbangan yang baik dan juga diberikan•

motivation, maka saya percaya kerja-kerja mereka akan bertambah

lagi first class dan juga kuat dengan membangunkan petani-petani

moden

Saya ingin masuk kepada mukasurat 90 yang saya sebutkan tadi,

iaitu Butiran 02800 - Kemudahan Perkhidmatan Pembangunan. Yang saya

ingin sentuh di sini iaitu sistem 2L atau 'Lawat dan Latih' atau

'Latih dan Lawat" ataupun yang asalnya dalam bahasa Inggeris, dengan

izin, TV (Training and Visit) . Sistem ini telahpun diper kenalkan di

dalam negara kita, saya rasa lebih 10 tahun, dan telahpun membawa

kejayaan kepada pembangunan masyarakat petani di dalam kawasan-

kawasan yang peladang-peladang kecil. Tetapi sistem ini tidaklah

begitu bersemangat, dan juga kurang mencapai matlamatnya oleh kerana

pada mulanya kadang-kadang perjumpaan ini ramai, tetapi makin lama,

makin kurang. Ini telahpun diberitahu dan kita ketahui.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -47-

Saya pernah mengemukakan satu sistem lagi sebagai tambahan

ataupun memperbaiki sistem 2L ini yang mana saya panggil sistem itu

dengan nama "PAMIR" iaitu "P-A-M-I-R", ringkasan daripada "P -

Pembangunan, A - Ahli-ahli, M - Masjid, I - Ikut dan R - Rancangan -

PAMIR." Jadi sistem ini, saya ambil ilhamnya daripada ayat Al-Quran

yang bermaksud "Wahai sekalian orang yang beriman. Apabila kamu di-

panggil menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah

kamu kepada menunaikan zikr - ALLah iaitu bersembahyang. Apabila

selesai menunalkan sembahyang, maka kamu hondaklah bertebaran di

atas muka bumi dan menunduk apa-apa jaga kelebihan yang Tuhan telah

berikan di atas muka bumi ini semoga kamu dapat kejayaan". Demikian•

maksud tafsiran Al-Quran, Suratul Jumaah, Ayat 9.

Ilham daripada Ayat ini. telah pun saya jadikan satu kertas-

kerja yang mengambil masa lama memikirkannya untuk mempersepadukan

sistem 2L iaitu extension ataupun pengembangan ini dengan mengguna-

kan masjid-masjid dan surau-surau sebagai tempat penyebaran ilmu

pengetahuan pertanlan. Kerana untuk mendapatkan penduduk-pendudak

kampung yang bekerja di bidang pertanian ini untuk dipanggil ber-

kumpul memanglah susah kerana mereka sentiasa ada kerja.

Tetapi pada hari Jumaat, biasaaya secara tidak rasmi penduduk-

penduduk kampung menganggap hari ini cuti dan untuk menunaikan

sembahyang Jumaat. Jadi, di masjid-masjid ini, saya rasa sangat

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -48-

sesuai diadakan satu pameran kecil atas naraa projek itu "PAMIR'

iaitu ditunjukkan teknologi-teknologi moden pertanian yang kemas-

kini, iaitu secara kecil-kecilan di masjid iaitu sebeluranya menunai-

kan fardhu sembahyang dan juga bagi raereka yang berrainat bolehlah

menunggu selepas fardhu sembahyang untuk mendapat penerangan yang

lebih lanjut lagi di atas sistem itU.

Perkara-perkara yang boleh disampaikan di masjid-masjid ini

memang banyak mengikut kawasan-kawasannya. Kalau dalam kawasan padi

iaLah teknik bertanam padi yang termoden, yang d ipamirkan kepada

mereka secara memilih benih dan juga mengusahakan sawah. Dan kalau

kawaaan-kawasan buah-buahan, maka pokok buah-buahanlah yang dibawa

tunjuk bagaimana mencantumkan pokok-pokok dan menjaga pokok-pokok.

Dan juga di dalam kawasan masjid itu sebagai tanah warkah yang luas,

yang boLeh dijadikan tapak contoh untuk peladang-peladang mel ihat

sendiri bagaimana pokok-pokok yang sesuai bagi kawasan mereka itu

ditanam daripada mula, dipelihara, dibaja dan dipelihara lagi

sehingga ia menjadi pokok yang besar dan mengeluarkan buah. Jadi

dengan inilah, saya rasa pendekatan yang lebih rapat lagi dengan

peladang-peladang di kawasan-kawasan kampung.

Dan juga di kawasan-kawasaa masjid ini boLehlah diadakan tapak

semaian kecil-kecilan yang mongeluarkan benih pokok yang sesua i.

dengan baka yang terbaru kepada yang boleh dijual ataupun dibori

percuma kepada mereka yang datang berjumaat. Jadi, oleh kerana di

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -49-

masjid ini sentiasa ada air iaitu air untuk menunaikan dan mengambil

wuduk, maka dengan itu di terapat-tempat yang susah aif pun tetapi di

dalam masjid ada air. Jadi, kalau kita mengadakan tapak semaian,

saya rasa tidak susah untuk mendapatkan air. Dan pada hari-hari

yang tertentu, juruteknik-juruteknik pertanian boleh mengadakan

semaian kotak iaitu sayur-sayuran seperti anak cili, anak terung,

anak tomato dan berbagai-bagai lagi bila orang balik dari masjid,

berilah seorang 5 pokok atau 3 pokok untuk melatih mereka ini

ber tanam sayur-sayuran supaya klta dapat menghidupkan balik projek

bumi hijau dahulu dan mengurangkan inflasi bagi kawasan-kawasan

berkenaan.

Projek ini, saya rasa boleh kita adakan di seluruh Malaysia

menjadikan masjid-masjid ini bukan tempat orang berpolitik, tempat

kita untuk membangunkan masyarakat di dalam kawasan itu. Ini tidak

ada kena-mengena dengan hal-hal pembangunan kisah politik dan juga

khutbah-khutbah Jumaat yang ada kaitan dengan pembangunan pertanian

di setempat patut dikarang oleh pegawai-pegawai teknikal dan dibaca-

kan oleh imam-imam.

Di dalam projek ini, juga saya mencadangkan supaya imam-imam,

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -50-

bilal dan juga siak ini diberi latihan pertanian supaya mereka

sendiri boleh menyertai sebagai peraimpin di dalam kampung itu

menunjukkan bagaimana usaha pertanian ini boleh berkembang. Jadi,

PAMIR ini bukanlah terhad kepada rancangan pertanian pokok-pokok

buah-buahan dan sayur-sayuran , dan juga padi tetapi kalau ikut

huruf yang saya letakkan dihujung itu, mengikut rancangan iaitu IR

iaitu apa juga rancangan pembangunan luar bandar. Ini termasuk sama

ada haiwan ataupun perikanan ataupun yang lain-lain lagi daripada

itu boleh disebutkan, disamakan dan disekalikan dengaa projek PAMIR

ini. Umpamanya, apabila sebuah masjid itu telahpun dijadikan

sebagai pusat PAMIR, maka eloklah di sLtu diadakan satu signboard

yang menunjukkan PAMIR dan ada pula rancangan pertanian, haiwan,

perikanan dan sebagainya yang boleh ditambah dari satu masa ke satu

masa.

Saya haraplah kerana kertas ini telahpun saya majukan kepada

Kementerian Pertanian dan sekiranya dapat dikaji dan difikirkan,

saya rasa boleh menjadi satu sumbangan tambahan kepada projek 2L

yang ada sekarang ini yang telah lama dan ini boleh menjadikan satu

tambahan semangat baru kepada projek ini. Lebih-lebih lagi di dalam

projek 2L ini memorlukan binaan-binaan di sana sini tetapi mengikat

PAMIR ini tidak payah binaan tambahan, tidak payah mengeluarkan wang

yang banyak, ia sudah ada tnasj id-masj id .

Pada orang-orang yang beragama lain seperti agama Hindu ataupun

sebagainya, maka tempat ibadat mereka boleh juga dijadikan sebagai

pusat yang sama di dalam rancangan ini.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -51/52-

Seterusnya, saya sukalah pergi menyentuh berkenaan dengan.....

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat, nampaknya masa sudah cukup. Masa sudah

lebih seminit.

Tuan Qamaruz Zaman bin Haji Ismail: Apa itu?

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa

sudah lebih-satu minit,

Tuan Qamarauz Zaman bin Haji Ismail: Masa sudah lebih? Maka

dengan itu, itulah saya harap dalam ucapan akhir saya , saya mintalah

Kementerian Pertanian: Pertama, tentang kedudukan pegawai-pegawai,

dan kedua ialah tentang projek. Sekian. Terima kasih, Tuan

Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddiin] :•

Serian.

3.59 ptg.

Tuan Richard Riot Anak Jaem: Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Maksud P. 19, Kementerian Pertanian dan ingin

menyentuh Butiran 041000 - Rancangan Bantuan Lada Hitam di mukasurat

91, Butiran 40300 - Rancangan Bantuan Koko, juga di mukasurat 91

sekaligus.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 - 53 -

Tuan Pengerusi, sejak beberapa tahun yang lalu harga lada dan

koko telah jatuh begitu rendah. Ekoran dari kemerosotan harga

kedua-dua komoditi ini, ramai pekebun-pekebun kecil yang mengusaha-

kan tanaman lada dan koko, di negeri Sarawak amnya dan di kawasan

saya khasnya telah meninggalkan kebun-kebun nereka dan berhijrah ke

bandar untuk mencari nafkah di sektor binaan dan sebagainya sebagai

buruh. Saya percaya tnereka ini bukanlah suka meninggalkan kebun-

kebun mereka dan saya percaya mereka ini bukan suka berhijrah ke

bandar dan meninggalkan anak-isteri di kampung. Tetapi mereka

terpaksa berbuat demikian kerana periuk nasi. Kerana di kampung

dengan harga lada dan koko begitu rendah, agak sukar untuk mencari

makan. It is very difficult to make ends meet, dengan izin..

Keadaan sebegini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu

dan ianya akan terus berlaku dan akan menjadi-jadi kalau Kerajaan

tidak mengambil - tindakan untuk membantu mereka. Maka, Tuan

Pengerusi, bila saya mengetahui bahawa Kerajaan ada memperuntukkan

wang sebanyak $8 juta untuk Rancangan Bantuan Lada Hitam dan

sebanyak $4.76 juta lagi untuk Rancangan Pembangunan Koko bagi tahun

1993, saya amat gembira sekali.

Tuan Pengerusi, pihak Menteri Pertanian dalam jawapan bertulis-

nya kepada soalan saya pada tanggal 2.11.92 telah berkata, saya

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR. 26.11.92 - 54 -

"Untuk membantu pekebun-pekebun kecil koko di*

Sarawak, pelaksanaan Skim Pemulihan Koko bagi tanaman

tunggal dan selingan telah diperkenalkan di bawah

Rancangan Malaysia Keenam. Bantuan disediakan untuk

tempoh dua tahun pada kadar $880 sehektar di bawah

Skim Pemulihan Koko Tunggal dan $600 sehektar untuk

Skim Pemulihan Koko Selingan dengan tujuan untuk

mengurangkan kos pengeluaran terutamanya membantu

penanam-penanam koko membeli baja dan sebagainya.

Bagi penanam-penanam lada pula, selain daripada skim

penanaman lada yang sedia ada di bawah Rancangan

Malaysia Keenam, sebuah 3kim baru yang dipanggil Skim•

Penjagaan Lada akan diperkenalkan kepada penanam-

penanam lada pada tahun akan datang. 0bjektif ini

ialah untuk membantu penanam-penanam lada bagi terus

mengusahakan tanaman lada mereka dengan menyediakan

bantuan pada kadar $1,700 sehektar iaitu untuk 2,000

pokok lada untuk membeli baja serta bahan kimia

pertanian bagi pengawalan makhluk perosak dan

penyakit."

Tuan Pengerusi, itulah jawapan yang telah diberikan oleh pihak

Menteri Pertanian. Dalam ringkasnya, bagi tahua 1993 bagi membantu

penanam-penanam lada di bawah Skim Penjagaan Lada, Kerajaan

menyediakan bantuan pada kadar $1,700 sehektar iaitu untuk meng-

usahakan 2,000 pokok lada untuk khususnya membeli baja serta bahan-

bahan kimia pertanian.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 55 -

Bagi pekebun-pekebun kecil koko pula, Kerajaan menyediakan

bantuan pada kadar $880 sehektar di bawah Skim Pemulihan Koko

Tunggal dan $6'00 sehektar untuk Skim Pemulihan Koko Selingan

terutamanya un-tuk membantu penanam-penanam koko membeli baja.

Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada Kerajaan kerana

telah mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh pekebun-

pekebun kecil lada dan koko kita dan telah memberi bantuan di bawah

Skim Penjagaan Lada dan juga Skim Pemulihan Koko ini. Tetapi,

dalam saya berterima kasih kepada Kerajaan di atas usahanya membantu

para pekebun kita, saya tertanya-tanya kepada diri saya seadiri.

Berapa ramaikah pekebun-pekebun kecil kita yang mengusahakan tanainan

lada dan koko yang akan mendapat manfaat daripada skim-skim

tersebut? Tiga suku, separuh atau hanya satu suku? Adakah skim-

skim ini boleh membantu golongan ini? Ini soalan saya. Ini yang

saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri.

Kalau separuh daripada pekebun-pekebun kecil kita yang akan

mendapat manfaat dari skim-skim tersebut, apakah yang akan terjadi

kepada yang separuh lagi. Kalau hanya satu suku daripada mereka,

apakah yang akan terjadi dengan yang tiga suku lagi? Ini yang saya

khuatiri kerana, sebagai contoh, kalau hanya satu suku sahaja dari

pekebun-pekebun kecil kita mengusahakan tanaman lada dan koko yang

akan mendapat bantuan di bawah kedua-dua skim ini, saya percaya

usaha Kerajaan untuk membantu golongan ini tidak akan berjaya. Saya

percaya kebanyakan dari golongan mereka ini akan terus meninggalkan

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 56 -

tanaman mereka dan berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari

pekerjaan sebagai buruh. My main question is how many will actually

benefit from the two schemes, dengan izin.

Mengikut kiraan kasar iaitu rough calculation yang saya buat,

di bawah Skim Penjagaan Lada yang diperuntukkan $8 juta dengan

bantuan pada kadar $1,700 sehektar, sekiranya satu isi rumah atau

keluarga diberi bantuan untuk mengusahakan satu hektar iaitu untuk

mengusahakan 2,000 pokok lada, hanya 4,705. isi rumah sahaja yang

akan dapat mantaat dari skim tersebut. Kalau satu isi rumah iaitu

satu keluarga diberi bantuan untuk mengusahakan satu suku hektar

iaitu untuk mengusahakan 500 pokok lada, 18,820 isi rumah atau

keluarga yang akan dapat bantuan di bawah skim tersebut.

Tuan Pengerusi, jumlah keluarga atau isi rumah yang mengusaha-

kan taaaman lada dan koko di seluruh Sarawak adalah ramai. Di

kawasan saya sendiri iaitu di Serian, tidak kurang dari 5,000

keluarga atau isi rumah yang mengusahakan tanaman lada dan koko

secara kecil-kecilan. Oleh itu, saya kuatir dengan peruntukan yang

hanya $8 juta untuk lada itu, tidak sampai dari separuh para

pekebun-pekebun kecil kita yang mengusahakan tanaman lada akan

menikmati kemudahan di bawah Skim Penjagaan Lada itu. Perhaps, tbe

government can consider giving more allocations for these two

schemes.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu:

(i) apakah kriteria-kriteria bagi melayakkan

diri untuk mendapatkan bantuan di bawah

kedua-dua skim ini; dan

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 - 57 -

(ii) macama mana hendak memohonnya.

Dengan - itu, Tuan Pengerusi, saya benar-benar berharap bahawa

Skim Penjagaan Lada ini dan Skim Pemulihan Koko sama ada untuk Skim

Pemulihan Koko Tunggal atau Skim Pemulihan Koko Selingan ini akan

dapat benar-benar membantu rakyat khususnya para pekebun kecil kita

yang mengusahakan lada dan koko di seluruh negeri Sarawak. Dalam

perkara ini, saya memohon supaya Kerajaan tidak meninggalkan kawasan

saya iaitu Serian.

Tuan Pengerusi, Kerajaan telah menurunkan duti import ke atas

lebih dari 600 jenis barangan dan sebahagian lagi duti importnya

dihapuskan sama sekali. Malangnya, baja, racun serangga serta bahan

kimia pertanian tidak terlibat dalam penurunan dan penghapusan duti

import tersebut. Walaupun cukai ke atas baja dan racun serangga

yang ada pada sekarang tidak tinggi hanya di antara 5% hingga 7%

sahaja, saya percaya ia masih menjadi bebanan kepada para pekebun

kita. Oleb itu, saya menyarankan kepada Kerajaan supaya cukai ke

atas baja, . racun serangga, bahan kimia pertanian dan alat-alat

pertanian juga dihapuskan sama sekali. Saya percaya dengan peng-

hapusan cukai ke atas barangan pertanian ini, bebanan yang dipikul

oleh para pekebun kecil kita ini akan diringankan.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang Butiran 00200 iaitu Bank

Pertanian Malaysia, di muka surat 87, di bawah tajuk 03 iaitu Skim

Pinjaman Khas Pertanian yang mana wang sebanyak $30 juta telah

diperuntukkannya untuk tahun depan.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -58-

Saya hanya ingin tahu, satu, apakah syarat-syarat untuk

mendapatkan kemudahan di bawah Skim. Pinjaman Khas Pertanian ini?

Kedua, adakah collateral atau cagaran diperlukan? Kalau cagaran

diperlukan, soalan saya, adakah tanah di bawah Native Customary•

Rights (NCR) atau Tanah Hak Adat boleh diterima sebagai cagaran?

Dengan -kata-kata itu, Tuan Pengerusi, saya menyokong. Terima

kasih.

Tuan Pengerusi: Nilam Puri.

4.11 ptg.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Nilam Puri] : Tuan Pengerusi, saya

ingin menyentuh Butiran 020000 Pertanian di bawah Program 020100

Pentadbiran, Rancangan dan juga Penilaian.

Baru-baru ini diumumkan oleh pihak Kementerian Pertanian iaitu

beras akan digred semula. Apakah beras ini biLa digred semula, maka

harganya akan dinilai semula? Ertinya, harganya akan dinilal semula

dan harga beras akan naik selepas ini. Saya harap Kementerian

Pertanian dapat memberi penerangan dan kalau boleh kita mahu jami.nan

dalam menggred semula beras ini, harga beras tidak akan dinaikkan,

Seterusnya kita lihat peruntukan kepada Kementerian Pertanian

sepatutnya dilebihkan lagi kerana tokoh-tokoh korporat mengatakan

bahawa Belanjawan 1993 subsidi kepada perladangan adalah terlalu

kurang sedangkan dalam bidang perladangan dan pertanian ini , ia

adalah termasuk dalam kategori. keselamatan negara. Kita lihat juga

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -59-

perancangan di sini bagaimana Vietnam mampu berperang dengan Amerika•

begltu lama, di antaranya beras mereka cukup. Mereka tidak perlu

import untuk mempertahankan memberi rakyat mereka makan sedangkan

subsidi untuk pertanian kalau kita lihat agak mengeciwakan kalau

d ibandingkan subsidi kepada benda-benda perkilangan dan perkara-

perkara yang lain.

Begitu juga, alhamdulillah, sekarang ini tidak disekat lagi

macam dulunya disekat baja kepada Kelantan selama setahun.

Sebenarnya itu adalah sabotaj keselamatan aegara tetapi sekarang

telah diberi balik semula.

Seterusnya saya Lngin menyentuh Butiran 110000 iaitu KADA.

KADA di negeri KeLantan, saya melihat bahawa di antara program KADA

di negeri Kelantan ialah membuat "Kampungku". "Kampungku"

sepatutnya dibuat di kawasan kampung asli yang telah ada kampung

tetapi di Kelantan dibuat kampung di tepi parit taliair kiri dan

kanan lalu di buat perancangan untuk menjadikan tempat itu

"Kampungku". Belanjanya berjuta ringgit tambahan pula projek -itu

hendak disiapkan dengan segera. Katanya Perdana Menteri akan

melawat "Kampungku" pada bulan Oktober yang lalu. Oleh itu dibuat

dengan segera sehlngga taliair yang besar itu terpaksa dikeringkan

menyebabkan orang-orang kampung di sekitar Melor, Aril dan Bachok

yang menerima air dari sumber itu, padi mereka kekurangan aLr.

Jadi, hendak buat "Kampungku" menyusahkan "punghuniku" di Nilam

Puri.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -60-

Sebenarnya kalau hendak buat "Kampungku", kenapa tidak cari

kampung yang telah ada, macam yang dibuat di Hulu 'Langat. Di

Kelantan cari kampung sama ada kawasan Parlimen Nilam Puri atau

Parlimen mana pun yang di tepi sungai yang telah ada ataupun air

terjun yang telah ada, pertanian yang telah ada, KADA hanya•

mengeluarkan belanja untuk memperbaiki. Tetapi di Kelantan ini,

"Kampungku" dibuat. Ini memakan belanja yang banyak dan perancangan

yang kurang baik. Kita dengar masalah "Kampungku" ini menimbulkan

pertelingkahan politik yang besar di kalangan UMNO itu sendiri di.

negeri. Kelantan dan sekarang ini belanja telah dikeluarkan. Berapa

juta lagi hendak dikelaarkan uatuk siapkan "Kampungku" di Nilam

Puri .

Saya berbangga, projek itu di kawasan Parlimen saya tetapi yang

saya nampak, tidak kena. Kampung laln kalau minta pendapat kita,

kita boleh tunjuk di mana dia boleh buat "Kampungku" yang -Perdana

Menteri boleh datang rasmikan dan tidak perlu mengeluarkan belanja

yang begitu banyak. Hendak buat air terjun dalatn parit taliair.

Kenapa tidak pilih air terjun yang-sedia ada di raana-mana? Kemudian

hendak buat pula moteL dan sebagainya di situ. Kita lihat dalam

keadaan sekeliling di situ, apakah telah dibuat kajian dengan

teliti? Dibuat moteL, dibuat tempat polancongan di situ akan

mendapat sambutan .

Saya rasa kajian teliti tidak dLbuat sangat dan saya mendengar

laporan dari pegawai-pegawai KADA bahawa projek ini satu projek yang

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -61-

"rush". Rushing project, barangkali ada sesuatu hal dan bila

rushing project tidak apa, tetapi Kerajaan kena memperuntukkan wang

berjuta ringgit dan kita harap tidak terlambat untuk dikaji, untuk

difikirkan apakah projek ini sesuai. Kaiau sesuai, buat dengan baik.

dan tidak melibatkan belanja yang begitu besar yang Hibuat

"Kampungku", kampung "jadi-jadian" iaitu bukan kampung asli di situ.

Dalam bahagian yang Lain, kita harap pihak Kementerian ini

sekali lagi, melihat betul-betul masalah LPN walaupun telah

dibangkitkan berkali-kali di bawah pertanLan ini supaya jangan

sampai ke peringkat, walaupun pihak Menteri menafikan, saya tegaskan

lagi di sini, memang para pegawai bila disebut tukar untuk

berkhidmat di LPN mereka kurang senang hati kerana LPN tempat yang

tidak popular kepada rakyat tetapi pegawai-pegawai lebih senang

ditukar bukan kepada LPN kerana mereka dapati di tempat lain, mereka

lebih popular dan tidak bermasam muka dengan orang ramai. Sekian.

Tuan Pengerusi: Ya, Kota Setar.

4.17 ptg.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman [Kota Setar]: Terima kaslh,•

Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap sedikit mengenai dua, tiga

perkara terutama sekali berhubung dengan Butiran 020000, ButLran

080000, 150000, 160000 dengan sekaligus.

Tuan Pengerusi, terLebih dahulu saya ingin hendak menyokong

cadangan sahabat saya dari Kuala Langat iaitu mencadangkan supaya

Kerajaan atau Kementerian Pertanian mengkaji tentang tanaman seperti

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -62-

kunyit halia, serai, pandan, cengkih dan sebagainya iaitu benda-

benda yang dimakan banyak terutama sekali oleh masyarakat Melayu

kita.

Saya ingin mencadangkan supaya pihak MARDI membuat kajian

dengan lebih teliti. Sekarang ini kita tengok MARDI dok kahwinkan

pokok mempelam dan macam-macam pokok yang dia kahwinkan tetapi saya

minta supaya MARDI juga mengkaji tentang tempat-tempat, misalnya

seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dari Kuala Langat

semalam supaya kunyit kita tanam dan mengkaji di mana kunyit perlu

ditanam sabab kita hendak menuju ke arah "one village one pruduct"

seperti Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan supaya kita mewujudkan

keadaan "one village one product".

Jadi, saya minta supaya MARDI mengkaji tempat sama. Jangan dok

kaji tentang kahwin pokok. Kadang-kadang kita kahwinkan, lepas itu

kita suruh orang tanam, macam pokok mempelam kita tidak mengkaji

tempat, lepas itu bila seraua orang kampung pakat tanam mempelam,

kita hadapi masaLah penyengat yang mecosakkan buah mempelam. Jadi,

dengan sendirinya orang kampung rasa keciwa.

Jadi, kita minta supaya pthak MARDI ini mengkaji keadaan tempat

supaya kita akan khaskan seperti di lota, "one village one product"

ini, misalnya di kampung-kampung di kawasan saya, satu kampung i tu

dia tanam kunyit semuanya. Kalau tidak Kementerian selepas mengkaji

cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Langat minta setnua orang

tanam kunyit, habis semua pakat tanam kunyit rata-rata sampai habis

kuning muka orang, susah juga. Jadi, kita minta supaya perkara ini

dikhususkan tempat-tempat supaya kita dapat meniru cara lota di

negeri Jepun.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 63 -

Saya difahamkan bahawa di sana pada satu ketika di salah satu

negeri di Jepun yang bernama lota ini, at one time adalah satu

tempat yang tidak ada perkara-perkara ini, yang paling merosot dari

segi pertanian. Tetapi, selepas membuat kajian, mengadakan

rancangan satu kampung satu jenis pengeluaran ini, maka negeri lota

di Jepun itu sekarang sudah menjadi masyhur. Semua negeri-negeri,

terutama sekali di Malaysia kita, Perdana Menteri sendiri dan

Menteri Besar saya di negeri Kedah sendiri pun telah menghantar

pegawai-pegawai.

Jadi, kita harap dengan kajian oleh MARDI ini kita dapat

membuat seperti ini. Saya harap Kementerian Pertanian menghantar

pegawai- pegawai atau pun orang-orang yang boleh menolong membantu-

untuk mewujudkan keadaan ini. Yang ini kita tak bolehlah hantar

orang- orang yang pergi, apabila balik untuk kepentingan dirinya

sahaja, sikap setengah-setengah pegawai itu. Kita hantar macam tok

penghulu, pegawai-pegawai daripada.Kementerian Pertanian yang boleh

membuat sesuatu kepada sesuatu kampung. Jadi, saya harap pihak

MARDI akan mengambil perhatian dalam perkara ini supaya kita dapat•

maju dari segi . pertanian seperti yang dibangkitkan oleh sahabat-

sahabat saya.

Tuan Pengerusi, lagi satu perkara saya terkejut juga apabila

mendengar jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kita semasa

menjawab salah sata soalan berhubung dengan pokok kelapa. Selama

ini saya ingat btla kita makan buah kelapa di hotel-hotel, harga

kelapa RM1.50, RM2.00, kita ingat orang kampung kita cukup senanglah

siapa yang tanam kelapa. Tetapi apabila mendengar jawapan daripada

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 64 -

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, berpuluh-puluh ribu kelapa telah

diimport masuk dari negara-negara jiran. Jadi, Menteri penat-penat

buat rancangan. dan mewujudkan keadaan ini, tetapi negara-negara

lain, orang lain yang mendapat untung. Jadi, adakah rancangan

Kerajaan untuk hendak menggalakkan sebab yang saya tahu banyak

pokok-pokok kelapa pun telah ditebang dan ditanam kelapa sawit.

Ladang-ladang kelapa pun. kita nampak hidup segan, mati tak mahu,

sebab kita tengok banyak tempat-tempat pokok kelapa yang masih

memerlukan petunjuk ataupun galakan daripada pihak Kerajaan.

Tuan Pengerusi, lagi satu perkara saya ingin bangkitkan ialah

masalah yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Yang Berhormat,

terutama sahabat-sahabat saya dan juga sahabat-sahabat saya di

sebelah Pembangkang, tadi Nilam . Puri pun ada juga raembangkitkan

masalah LPN. LPN ini tidak sesuai kalau saya tidak bangkitkan sebab

negeri Kedah adalah boleh dikatakan negeri yang terbabit dehgan LPN

sebab macam kawasan saya, 100% penanam padi, jadi, ada kaitannya.

Saya ingin bangkitkan di sini sebab LPN selama ini adalah menjadi

masalah kepada Kementerian seperti yang telah dibentangkan dan

dikatakan. oleh saudara saya dari Niiam Puri. LPN ini memang satu

Jabatan yang tidak popular, yang selalunya sama ada kadang-kadang

sampai menjatuhkan Menteri pun LPN iai juga sebab kadang-kadang bila

lori hendak masuk kisar pada satu ketika dalulu qufiue begitu

panjang, Menteri sampai kena tukar pergi Kementerian lain pun ada.

Jadi, Tuan Pengerusi, LPN sekarang ini pula kita tengok meng-

hadapi masalah dengan pengilang-pengilang bumiputera. Pada satu

ketika kilang-kilang bumiputera, bumiputera ini digalakkan membeli

kilang-kilang sebab LPN akan membantu untuk meraberi upah kisar,

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 65 -

memberi lesen ataupun permit membeli padi. Jadi, ramailah bumi-

putera yang menceburi dalam hal ini. Ada yang berhutang berbaris

daripada bank untuk membeli kilang ini, tetapi apabila perkara ini

berjalan, sekarang ini pula ada sedikit perubahan iaitu setengah-

setengahnya permit atau lesen raembeli padi dan mengisar padi ini

ditarik balik. Jadi, apabila ditarik balik ini, pengilang-

pengilang ini menghadapi masalah sebab duit yang digunakan untuk

merabeli ktlang itu adalah pinjaman daripada bank-bank. Apabila

pengilang-pengilang bumiputera ini tidak mendapat kebenaran antuk

membeli padi dan permit untuk mengupah mengisar padi, maka

pengilang-pengilang bumiputera, terutama sekali bumiputera ini

menghadapi kerumitan dan setengahnya hampir menuju ke arah bankrap.

Jadi, tujuan kita dapati tujuan Kerajaan, tujuan Menteri supaya

kita hendak memperbanyakkan ahli-ahli perusahaan kita, pengilang-

pengilang kita di kalangan bumiputera. Tetapi keadaan sekarang ini,

kita memperbanyakkan kaura bumiputera di dalam segi ini menuju ke

arah keadaan yang teruk, berhutang banyak, kadang-kadang sampai

bankrap. Ini berlaku dalara kawasan saya di mana ada banyak

pengilang-pengilang padi yang telah diberhentikan daripada mengupah

mengisar dan juga membeli padi dengan alasan-alasan bahawa mereka

ini melanggar peraturan atau kailang-kadang disebabkan oleh pegawai

LPN yang kadang-kadang rasuah, Jadi, bila pegawai itu ditangkap,

maka pengilang ini juga dituduh bersubahat dengan pegawai-pegawai

itu ditarik lesennya. Jadi, tujuan kita hendak menolong, saya harap

Kementerian dan LPN ini menyiasat betul-betul sama ada soal-soal

besar, soal kecil atau soal pegawai LPN supaya perkara ini disiasat

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 66 -

sebab tujuan asas kita adalah untuk hendak menolong pengilang-

pengilang ataupun pengusaha-pengusaha bumiputera ini, Jadi kalau

dengan jalan untuk hendak tarik permit, hendak beri bankrap

pengilang-pengilang Melayu itu, lepas itu hendak beri keputusan

dengan alasan- alasan yang tidak disiasat lebih lanjut, saya harap

perkara-perkara ini amatlah mendukacitakan. Terutama sekali di

dalam negeri Kedah di mana ramai pengilang-pengilang padi yang

menghabiskan duit berhutang untuk membeli kilang-kilang.

Jadi saya harap sedikit sebanyak ini pihak Kementerian dapat

mengambil perhatian supaya perjalanan Kementerian Pertanian Ini akan

berjalan dengan lebih lancar demi untuk kepentingan negara kita.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Batu Gajah. Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai

Ahli hendak berucap, saya rasa saya tak boleh beri semua yang

berucap. Selepas ini saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab

kerana kita ada satu Kementerian lagi untuk dihabiskan pada hari

ini.

4.27 ptg.

Tuan Foo Piew Kok [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, saya ingin

merujuk Butiran 000900, Tajuk II - Ladang Ternakan Khinzir di bawah

Maksud P. 19 yang mana peruntukan pinjaman sebanyak RM10 juta

disediakan juga Butiran 186000 - Kawalan Pencemaran Ladang-ladang

Khinzir yang mana sebanyak RM150,000 telah diperuntukkan.

Tuan Pengerusi, mula-raula sekali saya mesti menegaskan bahawa

pencemaran yang disebabkan oleh industri penternakan babi tidak

begitu serius jika berbanding dengan buangan sisa industri

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 67 -

perkilangan, raasalah yang disebabkan oleh industri penternakan babi

adalah kecil. Ini kerana Kerajaan tidak begitu mengambil berat

terhadap pembuangan sisa industri perkilangan atau masalah

pencemaran, tetapi sebaliknya bertindak terlalu sensitif terhadap

masalah pencemaran yang tidak mengancam kehidupan dan kesihatan.

Saya faham ini adalah disebabkan oleh sensitif keagamaan, tetapi ia

bukanlah satu alasan yang meyakinkan.

Tuan Pengerusi, dalam sebuah negara yang terdiri dari

berbilang kaum, budaya, pendidikan dan kepercayaan, semangat

bertoleransi dan saling menghormati haruslah diwujudkan supaya

rakyat akan bersatu-padu dan hidup dalam keharmonian dan seterusnya

berusaha ke arah pembangunan negara. Sakarang Kerajaan merancang

melaksanakan Akta Penternakan Babi dan raengadakan pusat penternakan

babi di 7 negeri itu. Masalah ini amat menjejaskan perpaduan rakyat

jika ianya tidak diselesaikan dengan semangat bertoleransi dan

saling menghormati.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -68-

Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalara

Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan pada bulan

Mac tahun . ini telah mengarahkan semua negeri memperuntukkan se-

kurang-kurangnya sebidang canah untuk tujuan penternakan babi secara

berpusat supaya penternakan babi tidak akan dijejaskan oleh Akta

tersebut, Ini adalah tindakan yang betul tetapi dalam beberapa

negeri pula terdapat kawasan penternakan babi di beberapa daerah.

Setakat pengatahuan saya Kerajaan negeri Perak bercadang memper-

untukkan tanah seluas 400 hektar di Bidor dan sebidang lagi di

Taiping untuk dijadikan pusat penternakan. Cuba kita bayangkan

keadaan ini di mana terdapat banyak kandang penternak babi di

beberapa daerah. Misalnya terdapat 340 kandang penternakan di

Daerah Kinta iaitu terdiri daripada kira-kira 67% penternak di

negeri Perak dan bersama dengan penternak-penternak dari Manjung,

Hulu Perak dan Hilir Perak terpaksa berpindah ke tempat yang ber-

puluh-puluh batu jauhnya dari tempat asal mereka -untuk memulakan

semula kerja penternakan mereka. Ini amatlah sukar untuk diterima.

Saya berharap Kerajaan akan memperuntukkan tanah untuk penternakan

babi di setiap daerah jika daerah itu ada penternak babi.

Soalan yang seterusnya, jika penternak yang sanggup mengenepi-

kan masalah keluarga, kehidupan dan persekitaran hidup dan berpiadah

ke pusat penternakan, mereka juga akan menghadapi masalah

perbelanjaan perpindahan dan modal pembelian kelengkapan. Kerajaan

perlu memberikan peruntukan untuk membantu pencernak babi untuk

menyelesaikan masalah kewangan mereka. Pinjaman khas dengan kadar

bunga yang rendah seharusnya diperuntukkan.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DK.26.11.92 -69-

Tuan Pengerusi, negara ini meraerlukan bekalan babi kira-kira

2.4 bilion ringgit ' setahun atau 74,5% daripada jumLah keperluan

daging. Pada masa yang sama, kita juga mengeksportkan babi yang

mendatangkan pendapatan sebanyak 0.3 bilion ringgii. Peranan

penternak babi dalam ekonomi negara tidak boleh diabaikan.

Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah men-

cadangkan supaya penternak babi melabur dalam bidang penternakan di

Vietnam. Beliau berkata syaratnya adalah lebih baik daripada negara

ini kerana bukan sahaja ia tidak terdapat soal sensitif keugamaan

tambahan pula kedudukan geografi, alam persekitaran dan gaji yang

murah di Vietnam tnenjadikannya tempat yang sesuai untuk pelaburan.

Tuan Pengerusi, kenyataan tersebut bermaksud untuk menghalau

penternak babi. Jika Kerajaan ingin menghalau penternak babi kerana

ia melibatkan soal sensitif keugamaan, ini menunjukkan bahawa

Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai semangat bertoleransi dan

saling menghormati dan mengharapkan satu kaum menyingkirkan cara

hidup dan kepercayaan mereka kerana satu kaura yang lain.

Tuan Pengerusi, jika kita benar-benar ingin melarang

penternakan babi atau sebagaimana yang dicadangkan oleh Kerajaan

untuk memindahkan - penternakan babi ke Vietnam, negara ini akan

kerugian 2.7 bilion ringgit dari segi pertukaran asing dan pada masa

yang sama menyebabkan kira-kira 30,000 orang yang secara langsung

dan tidak langsung terlibat dalam penternakan babi menghadapi

masalah pengangguran. Akhir sekali, saya berharap Kerajaan akan

bersikap lebih terbuka dalam mengendalikan perkara ini. Sekian

terima kasih.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -70-

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menceri menjawab.

4.35 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' S.

Subramaiam]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang

telah mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai Belanjawan

Kementerian Pertanian yang dikemukakan. Ahli-ahli daripada Kuala

Langat, Ipoh, Selangau, Sungai Petani, Bukit Bintang, Bagan Serai,

Serian, Nilam Puri, Kota Setar dan Batu Gajah, seramai sepuluh orang

telah mengambil bahagian. Saya ucap terima- kasih dan akan jawab

beberapa perkara yang dibangkitkan.

Tentang Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang yang membangkit-

kan mengenai beberapa perkara khasnya Bank Percanian Malaysia.

Adalah tidak benar beliau mengatakan bahawa Bank Pertanian Malaysia

mengenakan caj procesaing fee kepada pemohon-pemohon peminjam dan

bank-bank komersial tidak mengenakan processing fee. Ini adalah

tidak benar. Semua institusi-institusi kewangan mengenakan

processing fee dan caj yang dikenakan oleh Bank Pertanian Malaysia

adalah yang kurang sekali yang kita dapat dalam institusi-institusi

kewangan. Kadar yang dikenakan adalah di antara 3 1/4% daripada juralah

permohonan atau $5,000 mengikut yang mana rendah. Jadi, saya juga

berharap Ahli Yang Berhormat tidak akan menimbulkan perkara-perkara

yang tidak ada asas. Tetapi dari segi asas penubuhan bank ini ialah

untuk membantu petani-petani atau golongan yang terlibat -dalam

bidang pertanian. Untuk Cujuan ini peruntukan yang diperolehi oleh

Bank Pertanian Malaysia daripada Kementerian Kewangan atau Kerajaan

diberikan kepada golongan petani dengan kadar faedah yang terendah

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -71-

sekali iaitu dari 4% hingga 12% setahun dengan jadual pembayaran

balik yang mudah. Jadi 4% ini ialah satu keraudahan yang dibekalkan

kepada golongan petani-petani daripada peruntukan yang diterima

daripada Kerajaan.

Wakil dari Serian membangkitkan juga tentang pinjaman SPK? yang

dikendalikan oleh Bank Pertanian Malaysia. Ini adalah satu skim

pinjaman khas bagi golongan berpendapatan rendah dan jumlah pinjaman

ini adalah tidak melebihi 80% daripada kos projek dan jumlah ini

tidak melebihi $30,000. Cagaran bagi pinjaman ini adalah diperlukan

yang berupa harta tetap dan pihak- bank memerlukan cagaran bagi

menjaga kepentingan bank. Bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu

seperti di Sarawak di mana Ahli Yang Berhormat membangkitkan banyak

petani memiliki tanah Native Customary Land (NCL). Pihak Bank

Pertanian Malaysia metnpertimbangkan permohonan mengemukakan

penjamin. Kalau para petani digalak untuk mengusahakan secara

berkumpulan dan para petani dapat raenjamin pinjaman antara satu saraa

lain pihak bank boleh juga menimbangkan.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 72 -

Para petani di Sarawak juga berpeluang mendapat pinjaman dari Bank

Pertanian melalui skim SPKP itu.

Untuk menjawab perkara yang dibangkitkan juga oleh Ahli Yang

Berhormat dari Bukit Bintang tentang laporan tahunan oleh BPM,

Sebenarnya laporan tahunan BPM ialah semasa, iaitu untuk tahun 1989.

Laporan bagi tahun. 1990 dan 1991 masih belum diedarkan oleh kerana

sedang diaudit. Tetapi bagi tahun 1990, laporan akan diedarkan

dalam Dewan ini, dijangka dalam sidang yang akan datang. Bagi

laporan tahun 1991, laporan akan disiarkan selepas diaudit. Adalah

benar bahawa laporan tahunan Bank Pertanian Malaysia ini mengambil

masa oleh kerana kerja-kerja pengauditan akaun ini dibuat oleh

syarikat audit swasta yang mendapat tauliah dari pihak Ketua Audit

Negara dan pihak Ketua Audit Negara menyemak semula pengauditan yang

dibuat oleh finna audit yang dilantik oleh beliau, maka ini

mengambil masa. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian sendiri

adalah sentiasa mengambil berat tentang perkara ini untuk

membentangkan akaun audit selepas ianya siap.

Wakil dari Bukit Bintang juga telah menimbulkan kes tentang

Agoes Salim Holdings yang telah diberi pinjaman oleh Bank Pertanian

Malaysia dan beliau lagi sekali membangkitkan perkara yang tidak

benar bahawa kita menggunakan 'double standard', ini adalah tidak

benar oleh kerana dalam contoh yang beliau kemukakan itupun Bank

Pertanian telah mengambil tindakan yang tegas. Bank Pertanian telah

kemukakan saman mahkamah dengan mengemukakan notis kebankrapan ke

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 73 -

atas Agoes Salim Holdings dan pihak mahkamah telah membuat judge-

ment. Pihak defendan, iaitu Agoes Salim Holdings telah mengemukakan

rayuan dan kesnya telah diterima oleh mahkamah. Kes ini selanjutnya

dibawa ke Mahkamah Agung dan kes ini akan dijadualkan untuk didengar

pada bulan Februari, 1993. Maka dengan contoh yang Ahli Yang

Berhormat itu bangkitkan,, dengan jelas ini menunjukkan bahawa Bank

Pertanian tidak mempunyai 'double standard', Kita mengambil tinda—

kan terhadap sesiapa yang mengambil pinjaman. Cuma kalau perkara

ini dibawa ke mahkamah, kita perlu mengikut prosedur mahkamah

terhadap tindakan.

Tentang Ahli Yang Berhormat dari Bagan Serai yang membangkitkan

beberapa perkara mengenai jawatan-jawatan di Kementerian Pertanian,

saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat oleh kerana beliau

telah membangkitkan beberapa perkara mengenai perasaan dan juga

semangat bagi Pegawai-pegawai Percanian. Peluang kenaikan pangkat

bagi Pegawai Pertanian, Kementerian Pertanian baru-baru ini telah

menjalankan penyusunan semula organisasi Jabatan Pertanian di

peringkat Persekutuan dan Negeri. Antara lain tujuannya ialah•

menambahkan peluang kenaikan pangkat bagi Pegawai-pegawai Pertanian,

penyusunan semula organisasi Jabatan Pertanian Persekutuan telahpun

diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan beberapa jawatan-

jawatan kenaikan pangkat telah diwujudkan, penyusunan semula

struktur organisasi Jabatan Pertanian di peringkat negeri-negeri

masih lagi dalam tindakan Kerajaan Negeri dan Jabatan Pertanian.

Mengenai skim perkhidmatan Juruteknik Pertanian yang dikatakan

tidak memuaskan di bawah Sistem Saraan Baru (SS8), tindakan-tindakan

sedang diambil untuk meminta pihak Tribunal Perkhidraatan Awam untuk

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 74 -

mengkaji semula skim perkhidmatan tersebut supaya setaraf dengan

skim perkhidmatan juruteknik-juruteknik lain, seperti skim Juru-

teknik JKR.

Mengenai cadangan pembangunan pertanian yang menggunakan kaedah

'PAMIR' yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat tersebut, saya juga

berterima kasih ke atas cadangan itu, tetapi perkara ini kalau

beliau menyampaikan kertas kerja sepertiraana Ahli Yang Berhormat

sebutkan itu, ianya akan dikaji oleh agensi dan juga Kementerian

untuk menentukan kesesuaiannya dan kemungkinan pelaksanaannya.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Langat telah

membangkitkan beberapa perkara mengenai pekebun-pekebun kecil dan

masalah yang dihadapi oleh mereka. Perusahaan pertanian yang di-

jalankan oleh pekebun-pekebun kecil pada umumnya mempunyai ciri-ciri

seperti saiz kebun yang kecil- dan tidak ekonomik, tanaman yang

memberi keuntungan yang rendah, kaedah pengurusan yang tidak cekap

dan penggunaan teknologi yang rendah. Ini telah menyebabkan daya

pengeluaran yang rendah.

Untuk menghadapi masalah ini, Kementerian Pertanian telah dan

sedang melaksanakan ladang-ladang berkelompok serta dusun nukleus

untuk mewujudkan satu entiti perladangan yang berkomersial. Melalui

pendekatan ini, aspek-aspek pembangunan pertanian diintegrasikan,

iaitu pengurusan yang cekap, infrastruktur yang sempurna, pakej

teknologi pengeluaran yang moden, pemasaran teratur dan pembangunan

aktiviti hiliran,- Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian

menyediakan bantuan bagi membolehkan petani-petani memulakan projek

pertanian mereka, iaitu di bawah projek Demonstrasi Bersepadu.....

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 75 -

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Batang Lupar bangun.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Pengerusi,

tak boleh bercakap tadi, hendak tanya sahaja. Ini soalan kepada

Kementerian, tadi saya hendak tanya Timbalan Menteri apakah dasar

Kementerian Pertanian berhubung dengan penanaman barang makanan

(staple food) untuk negara ini. Adakah kita menuju. ke arah supaya

barang makanan yang pencing, umparaanya beras, untuk mencukupi

keperluan negara ini sendiri dan benda-benda yang lain sebagairaana

yang disebutkan oleh rakan saya dari Kuala Langat semalam, adakah

kita menuju ke arah mencukupi makanan agar dalam apa perkara sekali-

pun kita tidak perlu meminta daripada negara-negara lain dan kica

tidak akan kebuluran serta kita tidak akan mendapat masalah apa puna

seperti sayur, ikan dan semua sekali benda. Macatn raana dasar

Kementerian Pertanian?

Dato' S. Subramaniam: Tuan Pengerusi, saya harap lain-lain

Ahli tidak akan bertanya soalan-soalan lain oleh kerana masanya

terhad, maka ini saya akan jawab soalan Ahli Yang Berhormat. Ini

adalah mengenai dasar. Dasar buat masa sekarang tentang beras khas-

nya, oleh kerana beras itu adalah satu 'essential commodity', pihak

Kementerian telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan lebih

kurang 70% daripada keperluan dalam negara. Bakinya akan diimport

daripada negara-negara asing. Ini adalah dari fikiran dan pandangan

Kementerian 70% adalah satu angka peratusan yang mencukupi dengan

stok yang kita ada dan melebihi daripada itu untuk menghasilkan

dalam negara itu tidak begitu ekonomik.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -76-

Kita fikir tanah-tanah itu boleh digunakan untuk hasil-hasil

lain.dan golongan petani yang tnenghasilkan tanah itu dalam bidang-

bidang lain boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi.

Dalam komoditi-komoditi lain dari segi makanan ada komoditi-

komoditi dt raana kita telahpun mencapai self-sufficiency dan

sehingga kita ekspoct ke negara-negara asing - banyak kotnodici-

komoditi. Tetapi ada juga komoditi-koraoditi yang masih diimport dan

Kementerian sedang berusaha untuk meninggikan peratusan pengeluaran

daripada dalam negara. Itu sahajalah dengan ringkas jawapan saya.

Tuan Pengerusi, suka saya meneruskan dengan jawapan saya kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu.

Pendekatan projek berkelompok yang saya sebutkan tadi telah

menunjukkan kemajuan di mana sehingga kini lebih kurang 3,000 projek

kelompok telah diwujudkan dengan satu 100,000 petani terlibat dan

keluasan lebih kurang 80,000 hektar. Tanaman-tanaman yang diusaha-

kan adalah seperti padi, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Di

mana sesuai rempah ratus termasuk serai dan kunyit serta pandan juga

digalakkan. Di samping itu .5 buah dusun nukleus telah dikenalpasti

untuk dimajukan dengan keluasan sejumlah 600 hektar dan penyertaan

seramai 640 petani.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -77-

Juga bagi pekebun-pekebun koko dan kelapa khasnya Kementerian

memang menggalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan untuk

menambahkan sumber pendapatan mereka. Antara aktiviti sampingan

yang boleh dilaksanakan adalah seperti menanam buah-buahan sebagai

tanaman lindungan koko dan mengusahakan gula kelapa dan lebah raadu.

Petani-petani juga digalakkan mencebur diri di dalam aktiviti-

aktiviti hiliran seperti pengeluaran sos cili, kerepek pisang dan

kerepek ubi.

Ahli Yang Berhormat dari Kuala Langat juga telah membangkitkan

raasalah banjir. Kerajaan sedar akan masalah banjir yang sering

berlaku di negara ini dan. Jabatan Pengairan dan Saliran adalah

agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk raelaksanakan program

tebatan banjir di Malaysia. Program tebatan banjir yang dilaksana-

kan adalah terdiri daripada rancangan-rancangan jangka panjang dan

jangka pendek - untuk tebatan banjir dati juga mencegah banjir,

banyak kerja-kerja dijalankan.

Di bawah Rancangan Malaysia Keenam sebanyak 121 projek tebatan

banjir telah diluluskan dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM530

juta untuk tempoh 5 tahun. Bagi tahun 1992 jutnlah peruntukkan yang

telah diluluskan untuk program tebatan banjir di seluruh negara

adalah sebanyak RM$88 juta. Walau bagaimanapun, memandangkan

masalah banjir ini sering berlaku dibanyak tempat, pihak JPS hanya

dapat melaksanakan rancangan-rancangan tebatan banjir mengikut

keutamaan dan tertakluk kepada adanya peruntukan yang mencukupi.

Mengenai program mengorek kuala-kuala sungai, ianya bermula

dari Rancangan Malaysia Keempat lagi di mana sebanyak RM64 juta

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -78-

telah dibelanjakan. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, peruntukkan

yang disediakan ialah sebanyak RM10 juta. Kuala-kuala sungai yang

terlibat ialah Sungai Chenang di Langkawi, Sungai Kuantan di Pahang,

Sungai Sedili di Johor, Sungai Tanjong Piandang di Perak dan Sungai

Besut di Terengganu. Projek mencegah banjir juga secara

kecil-kecilan akan dijalankan di beberapa sungai termasuk mengorek

pasir dan sebagainya.

Tuan Pengeruai, Ahli Yang Berhormat dari Selangau juga telah

membangkitkan raasalah mengenai lada hitam, harga lada hitam dan juga

koko. Pada amnya kejatuhan harga lada hitam baru-baru ini

disebabkan oleh cyclicle fluctuation harga tinggi dalam tempoh 1985

hingga 1989 telah menyebabkan pengeluaran yang terlalu banyak di

semua negara pengeluar utama iaitu Indonesia, India Brazil dan

Malaysia. Di samping itu negara pengeluar baru juga timbul seperti

Vietnam dan Thailand.

Dalam tahun ini harga lada hitam jatuh ke tahap yang terendah

pada bulan Ogos iaitu RM25 bagi 100 kilogram. Tetapi sejak bulan

September yang lepas harga telah naik kira-kira 50% iaitu ke RM200

ke 100 kilogram. Ini boleh dianggap sebagai tanda awal yang

menunjukkan bahawa prospek jangka masa panjang bagi lada hitam

adalah baik.

Jemaah Pasaran Lada Hitam Malaysia telah ambil beberapa langkah

untuk mempertingkatkan daya persaingan industri lada hitam tempatan

di pasaran antarabangsa. Ini termasuk kawalan mutu di peringkat

eksport, program galakan di luar negeri untuk mencari dan menembusi

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26,11.92 -79-

pasaran-pasaran baru dan menggalakkan pengeksportan produk-produk

penghasilan lada hitam seperti serbuk lada hitam dan green pepper tn

brine.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Selangau juga mem-

bangkitkan mengenai pinjaman bagi Bank Pertanian, saya telahpun men-

jawab teguran beliau metigenai kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan

juga skim STKP di rnana golongan petani boieh mendapat kemudahan

daripada bank.

Tentang sayur-sayuran yang diimport daripada negara-negara

asing, ini adalah benar, Ini dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat

dari Ipoh. Negara kita masih mengimport sayur-sayuran tetapi

keadaan sebenarnya ialah 70% daripada sayur yang kita import adalah

sayur-sayur seperti ubi kentang, bawang besar, bawang merah dan

bawang putih. Kita sedang buat kajian untuk meninggikan lagi peng-

hasilan kumpulan sayur-sayuran ini untuk membolehkan ianya diusaha-

kan di negara kita dengan ekonomik.

Bagi sayur-sayuran yang diusahakan di negara kita, pertumbuhan

yang pesat telah dikesan dalam 5-6 tahun kebelakangan ini. Keluasan

tanaman sayur-sayuran telahpun meningkat daripada seluas 13,000

hektar pada tahun 1985 kepada 35,900 hektar pada masa sekarang.

Pada tahun 1990; pengeluaran juga telah meningkat dari 210,000 tan

metrik pada tahun 1985 kepada 560,000 tan metrik.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -80-

Di samping itu,nilai eksport juga menunjukkan pertumbuhan se-

banyak 110% di antara 1985 hingga 1988 dalam terapoh 3 tahun iaitu

pada 1985 - RM28.4 juta tetapi pada tahun 1988 RM58.8 juta.lni

adalah satu kenaikan yang baik.

Tuan Pengerusi, dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu dari Kota

Setar dan juga dari Ipoh telah membangkitkan masalah kelapa muda.

Walaupun kempen yang dijalankan oleh Kementerian atau Yang Berhormat

Menteri Pertanian, "Kempen Meminum Air Kelapa Muda" telah mendapat

kejayaan yang baik di mana harga kelapa muda dan harga kelapa pada

keseluruhannya telah meningkat, Mereka metnikir bahawa kita tidak

mencukupi bekalan kelapa, ini adaLah tidak benar. Kita cuma import

kelapa 2% daripada jumlah penggunaan kelapa muda.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.U.92 -81-

Ini pun adalah oleh kerana beberapa pengguna dalam negara kita

begitu menggemari kelapa muda berbau pandan daripada negara asing.

Tecapi ini cuma- merupakan2%yang diimport, jadi tidak merupakan ser-

bagai satu masalah. Walau bagaimanapun kita akan terus mencuba

untuk menambahkan hasil dalam negara.

Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani telah membangkitkan

beberapa perkara mengenai projek akuakultur bagi meningkatkan taraf

hidup nelayan sungai. Di bawah Pancangan Malaysia Keenam, sebanyak

BM2.35 juta telah diperuntukkan untuk projek akuakultur di kawasan

Sungai Merbok. Projek-projek yang telah dikenalpasti untuk

pelaksanaan meliputi projek pendederaan benih siakap, ternakan udang

dalam kolam dan percubaan ternakan tilapia merah. dan ketam.

Projek-projek yang sedang dilaksanakan dan dicadang diperbesar-

kan ialah projek ternakan udang dalam kolam di mana kawasan

permukaan airnya ialah seluas 58 hektar dan dijalankan secara

komersil oleh LKIM. Seramai 50 orang nelayan akan diambil sebagai

pekerja. Selain daripada icu LKIM akan memberi bantuan kepada

keluarga nelayan dalam bentuk peralacan kraftangan. Peralatan untuk

projek pelancongan seperti Medan Ikan Bakar juga diberi iaitu

melalui Persatuan Nelayan. Untuk membantu nelayan pantai, unjam—

unjam juga akan dibina dan diperbesarkan di kawasan Tanjong Dawai.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Tpoh juga telah mem-

bangkitkan mengenai penyelewengan yang dilaporkan bertaku di LPN.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -82-

Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat, akibat daripada pendedahan

penyelewengan itu Kerajaan telahpun mengambil tindakan terhadap 32

orang kakitangan termasuk 3 pegawai pada bulan Septerober, 1992 dan

kesemua mereka ini telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Tindakan

dari segi undang-undang sedang diarabil oleh pihak BPR berasaskan

kepada bukti-bukti yang ada.

Tuan Pengerusi, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat dari Batu Gajah mengenai ternakan khinzir, apa yang

disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah tidak benar bahawa

Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai semangat bertoleransi.

Sebenarnya, kalau beliau nampak pembangunan dan juga jumlah daging

khinzir yang dieksport ke negara-negara lain, itu akan menjadi bukti

bahawa Kerajaan Barisan Nasional telahpun menggalakkan pencernak-

penternak khinzir dalam negara kita sehingga industri ini telah ber-

kembang dan sedang mengeksport ke negara-negara asing. Beliau

sendiri memberi angka-angka tnengenai berapa juta ringgit yang

Kerajaan dapat sebagai hasil daripada pengaksportan, Maka adalah

tidak benar dan tidak berasas mengatakan Kerajaan Barisan Nasional

tidak terbuka (tolerance) terhadap kaum-kaum lain ataupun mereka

yang menganuti agama-agama lain daripada Islam.

Apa yang telah dikenalpasti ialah masalah pencemaran yang

menjadi satu masalah yang begitu serius dan oleh kerana itu Kerajaan

telah memutuskan untuk menentukan kawasan-kawasan yang tertentu

sebagai tempat menternak khinzir. Inipun baru di peringkat

perancangan dan belum dilaksanakan. Sebenarnya, walaupun masalah

ini telah wujud lebih kurang dua dekad dan difikirkan masih

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -83-

dirancang oleh kerana kita telah membuat beberapa cadangan mengenai

tempat dan skim menempatkan semula dan sebagainya masih diteruskan

dalam perbincangan, oleh kerana kita sangat sensitif juga terhadap

penternak-penternak mengenai kehidupan mereka, Tidaklah benar aduan

yang dibuat oleh....

Tuan Lau Dak Kee: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ipoh bangun, Yang Berhormat.

Dato' S. Subramaniam: Tidak, Tuan Pengerusi. Masa tidak

cukup. Lain kalilah,

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Ipoh juga telah

membangkitkan mengenai peranan MARDI dalam meningkatkan bekalan

bahan-bahan makanan di negara kita. MARDI dalam memainkan peranan

Research and Development (R&D) sehingga sekarang telah menghasilkan

dari segi promosi banyak teknologi-teknologi baru bagi meninggikan

hasil keluaran pertanian, terutama bahan-bahan makanan. Tni adalah

satu prestasi yang baik. Antara lain, beberapa teknologi yang telah

dihasilkan oleh MARDI ialah seperti berikut:

(i) memperkenalkan variety padi baru, iaitu MR123, MR.127 dan

lain-lain variety yang saya sendiri tidak ingat

nama-namanya;

(ii) meningkatkan klon durian seperti MDUR78, MBUR79 dan

lain-lain vaciety yang telahpun dihasilkan sebelum itu;

(iii) menghasilkan benih betik exotika yang lebih tinggi

hasil dan mutunya;

(iv) mempelopori teknik-teknik pembiakan baka serti pengurusan

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -84-

ternakan yang lebih baik bagi menambah populasi ternakannegara sebagai, salah satu sumber makanan penting;

(v) raembangunkan teknologi lepas-tuai (post-harvest) yangwajar bagi produk-produk untuk kegunaan segar dan untukdiproses bagi menambahkan barangan keluaran dan mengurang-kan kehilangan hasil lepas-tuai.

Ini adalah sebagai contoh sahaja dan saya harap Ahli Yang Berhormatakan berpuas hati tentang R&D yang akan diteruskan di dalam beberapa

bidang yang lain dalam masa-masa yang akan datang.Tentang masalah tumpahan minyak dari kapal Nagasaki Spirit itu,

sukalah saya menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli YangBerhormat dari Ipoh bahawa Kementerian Pertanian telah mengambil

beberapa langkah terhadap masalah ini dan pegawai-pegawai daripadaJabatan Pertanian telah bersama-sama dengan Jabatan-jabatan laindalam mengesan dan melindungi turapahan minyak dari memasuki kawasan-

kawasan sensitif di perairan Malaysia seperti kavasan ternakan ikandan sebagainya.

Kedua, kita sentiasa memberikan maklumat dan nasihat kepadanelayan dan penternak yang terlibat dalam menghadapi trageditumpahan minyak ini. Kita juga menjalankan pengawalseliaan dankajian yang berterusan ke atas sumber perikanan bagi melihat kesan-nya terhadap sumber hidupan laut. Kesan tumpahan minyak boleh di-lihat dari tiga aspek:

(i) kesan techadap sumber kehidupan laut keranatumpahan minyak boleh menyebabkan kematian kepadahidupan laut, termasuk larvae, kerosakan kepada

plankton, kerosakan kepada kawasan pembiakan dan

sebagainya;

(ii) kesan terhadap sosio-ekonomi nelayan dan pen-

ternak yang mengakibatkan kemerosotan tangkapan,

pendapatan, kerosakan alat menangkap ikan dan se-

bagainya;

(iii) kesan terhadap pembiayaan kewangan oleh Kerajaan

bagi kerja-kerja pengawasan, pengesanan dan

pengawalan tumpahan minyak.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26 .11 .92 -85-

laporan kesan tumpahan minyak dari 'Nagasaki Spirit' ke atas

industri perikanan sedang disediakan dan akan dtserahkan kepada

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Ini sedang dibuat.

Dan tuntutan bagi mendapat pampasan akan juga dibuat kepada syarikat

perkapalan yang terlibat. Kementerian Pertanian akan menuntut

pampasan dari segi pembiayaan kewangan bagi kerja-kerja pengawasan

dan pengawalan yang meliputi perbelanjaan penggunaan kapal-kapal,

kenderaan dan elaun kakitangan. Tuntutan juga akan dibuac sekiranya

kajian dan pengawasan sumber yang sedang dilakukan menunjukkan kesan

yang negatif terhadap sumber. Ini akan mengambil masa sedikit. Apa

akibatnya suraber ini terhadap pendapatan nelayan-nelayan ini akan

mengambil masa sedikit. Oleh kerana itu, kita masih dalam proses

menyediakan butiran kerugian secara terperinci dan akan siap dengan

seberapa segera.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kota Setar telah men-

cadangkan kita menjalankan kajian untuk menentukan kesesuaian

tanaman bagi satu tempat supaya dapat mengadakan "satu kampung -

satu produk". Ini adalah satu cadangan yang baik. Berdasarkan

kajian yang telahpun dijalankan oleh pihak MARDI dari segi keadaan-

iklim dan kesesuaian tanah untuk jenis-jenis yang didapati di

Malaysia, pihak MARDI telah menghasilkan petak agro-cl imatology bagi

seluruh negara. Dengan ini maklumat-maklumat sudahpun mencukup i

bagi menentukan jenis-jenis tanaman yang sesuai dengan keadaan,

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -86-

iklim dan tanah bagi sesuatu kawasan pertanian. Apa yang perlu di-

wujudkan adalah satu rancangan pengeluaran tanaman yang Lebih

sistematik dengan mengambil hitung. kemampuan untuk memasarkan hasil-

hasil tanaman yang diusahakan kelak. Pihak Kementerian Pertanian

sentiasa mengkaji perancangan untuk penanaman tanaman karapung yang

sesuai berdasarkan kepada kawasan pertanian tertentu di samping

mengadakan galakan dan khidmat nasihat.

Ahli Yang Berhormat dari Nilam Puri telah membangkitkan masalah

mengenai beras yang d igred semula. Dalam pengumuman yang d ibuat

oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian, apablla mengumumkan mengenal

menggredkan semula beras, beliau juga mengumumkan bahawa harga juga

akan naik sedikit, oleh kerana kenaikan harga beras yang lalu itu

adalah dibuat beberapa tahun lalu - lebih kurang 15 tahun lalu -

maka adalah wajar bahawa beras itu digred seraula, dan juga harga itu

dibenarkan naik sedikit, tetapi ianya akan terus dikawal oleh

Kementerian .

Saya fikir program 'Kampung-ku' yang dilaksanakan oleh KADA

itu, saya harap Ahli Yang Berhormat tidak payahlah begitu khuatir

ataupun begitu mengambil berat terhadap program itu. Program itu

adalah satu program di mana infrastruktur akan disediakan untuk

memberi semangat yang baru kepada penduduk-penduduk d i kampung

supaya mereka, yang pertama, tinggal dalam keadaan harmoni dan

kedua, dengan semangat kerjasama dapat menghasilkan hasil pertanian

yang lebih baik, serta juga mendapat faedah-faodah lain. Saya fikir

selain dari itu, pro,gram 'Kampung-ku' ini merupakan satu program

agro-tourism KADA dan ini saya fikir akan membawa hasi1

kepada penduduk-pendudk di KADA ataupun kampung tersebut.

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -87-

Ahli Yang Berhormat kalau menakut bahawa ini akan usir

pengundi-pengundi, beliau sabarlah, fasal pengundi-pengundi itu akan

dapat pendapatan yang lebih oleh kerana kalau program agro-tourism

itu berjaya, penduduk-penduduk di tempat itu akan menikmati

kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan ini adalah bukan begitu

tinggi sekali - terhad juga. Kita akan menunggu kesan program itu

dan kita harap program itu akan berjaya.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kota Secar membangkit-

kan mengenai LPN yang menghadapi masalah pengllang bumiputera di

mana satu ketika LPN menggalakkan bumiputera membeli kilang, tetapi

sekarang terdapat perubahan, kerana ada lebih permit kisar pad i di-

tarik balik. Skim-skim upah kisar dari pusat belian LPN untuk mem-

bantu kilang-kilang bumiputera masih diteruskan. Tetapi kawalan ke

atas kilang-kilang tersebut telah ditingkatkan, kerana untuk

mengelakkan kecurian padi oleh segelintir kilang-kilang yang tidak

amanah. Penyertaan kiiang-kilang padi yang baru diambilalih oleh

bumiputera ke dalam skim pusat belian dibekukan buat sementara,

kerana sumber kewangan LPN untuk membeli padi adalah terhad.

Setakat ini tiada lesen kilang padi buraiputera yang ditarik balik.

Tuan Pengerusi, mengenai teguran Ahli Yang Berhormat dari. Kota

Setar tentang gred dan harga beras, tiga gred sahaja diubahsuaikan.

Untuk pengetahuan AhlL Yang Berhormat, tiga gred ini iaitu gred

Super, gred Premium dan gred Standard akan berkuat kuasa mulai Ihb

Januari, 1993. Harga Beras Super ini akan di .....

Wan Haaafiah bin Wan Mat Saman: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Kota Setar

bangun.

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -88-

Dato' S. Subramaniam: Biar saya habis dahulu.

Wan Hanafiah bin Wan Hat Saman: Sedikit sahaja.

Dato' S. Subramaniam: Sedikit sahaja? Okaylah.

Waa Hanafiah bin Wan Mat Saman: Untuk kepentingan Yang

Berhormat. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa

Lesen untuk beli dan upah kisar tidak ada yang ditarik balik. Saya

minta Yang Berhormat tolong siasat tentang kilang di Kampung Bukit,

itu sahaja. Saya baru sahaja pergi melawat kilang ini pada minggu

sudah, tengok tinggal mesin, dan kosong tidak ada apa. Saya takut

pengilang itu naik mana-mana bangunan, terjua turun ke bawah!

Dato' S. Subramaniam: Terima kaslh kepada Ahli Yang Berhormat.

Ini saya akan siasat, tetapi mengenai penarikan balik lesen itu,

sejauhmana yang saya tahu, belum lagi dibuat. . Mungkin kalau

melanggar peraturan-peraturan lain boleh berlakulah. Walau bagai-

manapun, saya akan siasat.

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -89-

Tentang harga beras ini, harga gred Super ini, harganya akan

ditentukan oleh pasaran. Jadi, ini beras Super, Harga beras

Premium dan Standard ini akan dikawalkan oleh LPN yang menetapkan•

harga maksimunmya mengikut zon. Pengubahsuaian harga adalah di-

sebabkan seperti yang saya kacakan tadi oleh kerana kenaikan kos

pengeluaran dan pemerosesan yang tidak diubah semenjak tahun 1974;

iaitu lebih kurang 18 tahun.

Tuan Pengerusi, sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk

mengucapkan setinggi-uinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara dan yang telah

membuat cadangan-cadangan yang berguna terhadap prestasi dan juga

masa hadapan Kementerian Pertanian,

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang Berhormat,

masalahnya ialah bahawa wang sejumlah $889,729,400 untuk Maksud B.19

di bawah Kementerian Pertanian jadi sebahagian daripada Jadual

hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak $889,729,400 untuk Maksud-B.19 diperintahkan jadi

sebahagian daripada Jadual.

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -90-

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Masalahnya ialah bahawa

perbelanjaan sebanyak $859,142,500 yang disebutkan untuk Maksud P.19

dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan,-

Masalah dikemuka bagi "diputuskan dan disetujukan.

Wang sebanyak $859,142,500 untuk Maksud P.19 diluluskan jadi

sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.

Maksud B.20 [Jadual] -Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan, 1993] -

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Kepala B.20 dan Kepala

P.20 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

terbuka untuk dibahas sekarang. Padang Terap.

5.23 ptg.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar [Padang Terap]: Tuan

Pengerusi, terima kasih. Saya merujuk kepada mukasurat 105, Butiran

020000 di bawah Program Penggalakan Perdagangan dan juga di bawah

Program Perdagangan Antarabangsa.

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan yang lebih

lanjut daripada pihak Kementerian mengenai dengan kedudukan AFTA

yang dipelopori di dalam ASEAN oleh negara Thailand. Di dalam

persidangan di Manila dahulu, Yang Berhormat Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri kita telah mengkritikkan Thailand kerana

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.lt.92 . -91-

nampaknya Thailand pada masa ini lembab di dalam membuat kerja untuk

meningkatkan dan juga memperkukuhkan AFTA. Saya ingin tanya apa

sebab? Mengapa Thailand berkelakuan begini? Walaupun secara apa

yang didakwa (stated) oleh Thailand, iuitu negara mereka baru sahaja

mengalami pertukaran Kerajaan, maka ianya perlu mengambil masa pada

saya ini adalah tidak memberi keyakinan kepada kita. Kerana apa

yang saya takut, Tuan Pengerusi, ialah mungkin ada tekanan-tekanan

daripada Amerika Syarikat di dalam usaha kita antuk menubuhkan satu

Persatuan Free Trade di Wilayah ASEAN ini.

Tuan Pengerusi, mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa

pendakwaan saya tadi adalah satu dakwaan yang agak melulu, tetapi

jikalau kita tengok pattern semenjak Persidangan Rio dahulu lagi

yang mana Amerika telah menekankan dua, tiga negara di dalam per-

juangan kayu tropika, negara-negara yang ditekan telahpun berundur

daripada perjuangan bersama-sama kita uncuk mempertahankan nasib

kayu tropika.

Kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang, kes satu negara

yang menarik diri di dalam Persidangan Kemuncak G-15 yang telah ber-

langaung di Senegal baru-baru ini, penarikan diri itu adalah satu

tindakan yaag sungguh menghairankan. . Kaiau saya dibenarkan, saya

ingin menyatakan bahawa negara itu jugalah yang menarik diri dari-

pada kumpulan kayu tropika dahulu yang pada awalnya berjanji untuk

bersama kita tetapi akhirnya, dengan tekanan Kerajaan Amerika, dia

pun tnenarik diri daripada kumpulan kita. Jadi, apakah ge jala ini

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -92-

merupakan satu gejala yang sama? Dan jikalau ianya begitu, apakah

langkah-langkah kita dan negara-negara ASEAN lain untuk mengatasi

masalah yang saya katakan tadi? Mungkin ianya merupakan satu

masalah yang hypothetical tetapi perlu diawasi perkara ini. Tuan

Pengerusi, jikalau kita lihat perkembangan NAFTA pada masa ini,

satu artikel yang diCulis di 'dalam rencana pengarang Asia Week

menunjukkan bagaimana NAFTA merupakan sebagai satu, dan saya quote

di sini, dengan izin:

"NAFTA is a deceitful protectionist ploy palmed off

as free trade."

Dan NAFTA juga dikatakan oleh majalah ini sebagai "the super weapon

in the US arsenal" di dalam menentukan pembalikan penguasaan ekonomi

yang talah hilang daripada tangan Amerika,

Jadi, pada saya, kalau kita lihat AFTA dengan NAFTA, raetnanglah

AFTA tidak mungkin mencapai kekuatan NAFTA, kerana AFTA adalah satu

perkumpulan di antara negara-negara yang kita kata sama-sama kuat

ataupun sama-sama lemah, negara-negara yang mengeluarkan barang-

barang yang sama. Tetapi, jikalau usaha kita untuk mewujudkan. satu

perkumpulan.ini ditentang ataupun disabotaj oleh negara lain, saya

mintalah pihak Kementerian supaya berwaspada dan juga mencari

langkah-langkah tertentu untuk memastikan bahawa usaha kita menubuh-

kan AFTA ini sebagai satu usaha yang akan memberi manfaat dan men-

cetuskan pembangunan ekonomi di Wilayah ASEAN.

Saya mengambil peluang ini untuk memberi tahniah dan syabas

kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah mengambil

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

D R . 2 6 . 1 1 . 9 2 -93-

daya-usaha untuk mengurangkan tarif ke atas 600 barang-barangan yang

merupakan satu langkah pertama, satu inisiatif utama yang ditunjuk-

kan oleh Malaysia untuk diikuti oleh negara-negara anggota ASEAN

yang lain.

Perkara yang kedua, Tuan Pengerusi, ialah di mukasurat 106

iaitu Butiran 050000 - Pusat Daya Pengeluaran Negara Malaysia. Cuma

satu komen, yang mungkin tidak begitu penting. Tetapi saya ingin

bertanya apakah peranan Hotel Dayang sekarang ini yang diambilalih

oleh Pusat Daya Pengeluaran Negara ini? Saya ingin memberi sedikit

komen tentang hal ini. kerana dua minggu yang dulu saya telah pergi

ke Hotel Dayang dan masuk ke dalam coffee-housenya. Di dalam

coffee-house itu coffee house itu kecil sahaja, satu perlima Dewan

ini sahaja tetapi di coffee-house itu ada dua jenis pelayan: satu

kumpulan pelayan yang berpakaian putih dan satu jenis pelayan yang

berpakaian merah. Bila dipanggil untuk mendapat layanan, saya

memanggil yang berbaju putih untuk order mee goreng. Tetapi dia

kata "Minta maaf, saya hanya memberi khidmat kepada siapa yang order

minuman." Jadi, apakah ini satu pola untuk kita mengajar

productivity? Di dalam coffee-house Hotel Shangri-la ataupun HoteL

Hilton sekali pun, semua pelayan-pelayan adalah common usage,

Mengapakah kita mengajar penuntut-penuntut MARA yang berlatih di

situ begitu oleh kerana itu adalah anti-produktiviti?

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.il.92 -94-

Satu tempat yang kecil diadakan speciaiisasi kerja yang mana

pelanggannya tidak lebih daripada 20 orang. Jadi, apakah ini cara

kita mengajar produktiviti? Saya tidak tahulah, mungkin ada sebab-

sebabnya, tetapi saya cuba menjelajah pengalaman saya, tidak dapat

jawapan apakah sebab diadakan begitu. Kerana pelayan yang ada di

situ dia tidak mahu rserve' saya sebab dia 'serve' hanya 'coffee dan

tea'. Dia tidak 'serve' makanan, jadi saya terpaksa panggil pelayan

yang lain. untuk order makanan, Jadi, apakah perkara yang kecil

begini tidak dapat diperbetulkan kerana ianya merupakan satu langkah

yang boleh dikatakan anti-productivity dan juga latihan di situ satu

yang janggal ialah pelayan yang datang kepada saya dia bercakap

Inggeris. Apabila saya bercakap Melayu, dia bercakap Inggeris.

Jadi, ini walaupun hendak melatih pelayan bercakap Inggeris, tetapi

biarlah tiap-tiap pelayan ataupun orang yang berniaga itu dia

sesuaikan dengan kehendak pelanggan. Kalau pelanggan hendak cakap

Melayu, cakaplah Melayu dengan dia. Kalau dia hendak cakap Jepun,

cakaplah Jepun dengan dia. Tetapi janganlah satu perkara yang

menolak enthusiasm pelanggan yang masuk ke tempat kita itu diadakan.

Saya hendak tegur dua perkara ini kerana ianya mempakan

gejala-gejala ataupun fakta-fakta yang meningkatkan produktiviti dan

ini tidak seharusnya berlaku di Pusat Daya Pengeluaran Negara iaitu

the centre of Malaysiaa productivity. Dua gejala ini adalah merupa-

kan satu anti-climax, satu perkara yang sangat menghairan dan

mungkin memalukan.

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.1192 -95-

Perkara ketiga, Tuan Pengerusi, yang akhir saya ingin, bertanya

kepada pihak Kementerian iaitu mengenai Penubuhan SITTDEC di dalam

Butiran 01200, mukasurat 107. Setakat ini Malaysia sahaja yang

merupakan peneraju utama SITTDEC ini. Apakah peranan ini akan di-

mainkan oleh Malaysia terus-menerus, iaitu ianya tidak akan mewujud-

kan satu sekretariat bersama yang mana segala penanggungan kos dan

Lain-lain dikongsi bersama? Apakah usaha untuk kita menjadikan satu

permanent secretariat untuk SITTDEC yang mungkin diletak di Kuala

Lumpur ataupun di Brazil, di Rio de Janeiro ataupun. di mana-mana

negara yang menjadi anggota G15?

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian dan Timbalan

Menteri khususnya yang mana SITTDEC merupakan satu inisiatif

Malaysia yang dipuji oleh semua anggota G15, satu inisiatif yang

pada mulanya nampak agak kecil, tetapi akhirnya disedari bahawa ini

adalah satu perkara yang penting di dalam usaha kita mewujudkan

rangkaian ataupun network" perdagangan di antara negara-negara

Selatan. Sekian. Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ipoh.

5.35 ptg.

Tuan Lau Dak Kee [Ipoh]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil

bahagian di dalam perbahasan terhadap Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri. Saya merujuk kepada Maksud Bekalan 20,

Butiran 020000, Program 020100, dan juga P.20, Butiran 01200 dan

00200. Saya akan membahaskan semua ini dengan sekali gus.

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -96-

Tuan Pengerusi, yang pertamanya saya suka hendak menyebut

sedikit sebanyak berkenaau dengan satu perjaajian perdagangan dan

pelaburan dua hala antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah berkata pada • 29hb

Oktober tahun ini di Kuala Lumpur, bahawa Malaysia tidak berhasrat

hendak mewujudkan satu perjanjian antara Malaysia dengan Amerika

Syarikat. Kerana Duta Amerika telah menimbulkan perkara tersebut

maka Malaysia ingin menunggu untuk mendapatkan penerangan. yang lebih

lanjut lagi supaya dapat menimbangkan sama ada perjanjian itu perlu

diadakan atau tidak.

Tuan Pengerusi, menurut Duta Amerika, dikatakan perdagangan

antara dua hala itu, iaitu Amerika dan Malaysia, berjumlah hampir•

US$10 bilion pada tahun 1991. Ia akan meningkat kepada US$12 bilion'

pada tahun ini. Selain daripada perdagangan dan pelaburan daripada

Amerika Syarikat di Malaysia, pelabaran dan perdagangannya yang

telah berada setakat ini ialah US$70 bilion. Ia boleh diaaggapkan

satu pelaburan asing yang terbesar di Malaysia dan pertumbuhan

pelaburan oleh Amerika Syarikat dianggapkan oleh Duta Amerika itu

akan meningkat hampir 18% pada masa yang datang.

Tuan Pengerusi, berdasarkan angka-angka tersebut, saya ingin

mendapat penjelasan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri untuk memberi sedikit penjelasan terhadap satu cadangan

untuk mengadakan perjanjian perdagangan dan pelaburan. dua hala

antara Amerika dengan Malaysia. Memandangkan perdagangan dan

pelaburan oleh Amerika Syarikat dengan Malaysia yang begitu besar

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -97-

dan aktif, adakah keadaan ini menepati objektif Kementeriannya iaitu

merancang dan melaksanakan dasar perdagangan dan industri negara dan

menentukan prestasi eksport terus meningkat melalui penyertaan aktif

negara dalam rundingan-rundingan perdagangan dengan laiti-lain negara

bagi memesatkan pertumbuhan ekonorai serta menuju ke arah pencapaian

Wawasan 2020? Kalau jawapan itu ya, mengapakah kita menunggu-nunggu

lagi untuk mengadakan satu perjanjian di mana dapat memanfaatkan•

kepada kedua-dua negara kita? Kalau jawapannya tidak, apakah

alasan-alasan yang munasabah di mana pelaburan dan perdagangan

antara Amerika dan Malaysia yang begitu besar?

Tuan Pengerusi, perkara yang kedua berkenaan pelaburan di luar•

negeri, khasnya di negeri China. Timbalan Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, dalam satu interview khas apabila pulang

dari lawatan rasmi ke negeri China pada 19hb Oktober- tahun ini,

menyatakan, saya quote:

"Sejak tahun 1978 Kerajaan China telah mengubahkan

polisinya - polisi tutup menjadi polisi open".

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -98-

Negeri China dapat menarik pelaburan asing sebanyak 54,000

pelaburannya yang bernilai RM151.5 bllion. Kebanyakan pelabur*

adalah dari Hongkong, Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat. Timbalan-

Menteri pun menyatakan pelaburan-pelaburan asing ke negeri China

akan menikmati banyak insentif seperti gaj inya murah, tenaga

pekerjanya banyak, tidak seperti di Malaysia, susah hendak dapat

pekerja-pekerja khasnya pekerja-pekerja kasar dan juga bidang untuk

menanam pelaburannya begitu banyak dan cukai di negeri China

dibebaskan, bukan seperti Malaysia, lima tahun sahaja, ia sehingga

tujuh tahun dan selepas tujuh tahun itu, ia dikenakan setengah cukai

sahaja dan jangka itu mungkin sampai tujuh tahun lagi, yang dikata-

kan oleh Timbalan Menteri kita dan juga pekerja-pekerja raahir,

separuh mahir dan juga pekerja kasar boleh didapati dengan mudah

sahaja.

Tambahan pula, pertumbuhan ekonominya adalah tertinggi di dunia

pada setakat ini, ia akan terus mempertahankan pertumbuhannya di

paras 8% hingga 10%, sehingga tahun 2000.

Tuan Pengerusi, oleh kerana environment untuk menanam pelaburan

yang begitu menggalakkan Timbalan Menteri menyeru industrialists dan

peniaga-peniaga Malaysia patutlah ambil kesempatan Ini untuk melabur

ke negeri China sebagai reverse investment dan Timbalan Menteri pun

mengingatkan kita iaitu janganlah lambat Lagi. Dia kata, "early

bird gets the worm".

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 "99-

Tuan Pengerusi, maka Timbalan- Menteri telah berkata dan

menyeru kita melabur di negeri China lebih awal, maka saya ingin

mendapat penjelasan dari Timbalan Menteri yang berkenaan, apakah

peranan yang telah, sedang dan akan diatnbil oleh Kementeriannya

untuk menggalakkan pelabur tempatan melabur ke negeri China? Apakah

informasi atau keterangan yang tepat, persiapan yang telah diaturkan

oleh Kementeriannya untuk menyeru pelabur-pelabur kita melabur ke

negeri China. Yang ketiga, apakah perjanjian atau perjanjian perse-

fahaman yang telah dicapai oleh kedua-dua negara untuk menjamin

pelabur kita tidak menghadapi masalah apabila mereka melabur di

negeri China? Yang keempat, adakah galakan seumpama ini diberi

kepada pelabur China yang ingin melabur ke Malaysia?

Tuan Pengerusi, perkara yang ketiga yang saya ingin bangkitkan

ialah industri sederhana dan industri kecil. Saya dapati bahawa

Kerajaan Pusat sentiasa memberi lebih tumpuan kepada industri besar

dan induscri-industri sederhana dan industri-industri kecil kurang

dapat pandangan ataupun menitikberatkan oleh Kerajaan Pusat khasnya

daripada Menteri yang berkenaan.

Banyak industri khasnya industri kecil tidak dapat dikembangkan

oleh kerana modalnya kecil dan sukar dapat pinjaman atau bantuan

daripada Kerajaan ataupun inscitusi kewangan. Mereka ini

kebanyakannya, menjalankan kegiatan mereka di luar kawasan

perindustrian. Saya fikir, Timbalan Menteri pun faham, industri

kecil ini selalu dijalankan di kawasan-kawasan luar kawasan

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -100-

perindustrian seperti di kampung-kampung baru, seperti kawasan

perumahan di mana mereka tidak dapat sijil yang sah ataupun operasi

yang sah boleh dijalankan kegiatannya di bawah peraturan daripada

pihak-pihak berkuasa.

Tuan Pengerusi, di sini juga saya dapati bahawa industri-

industri sederhana dan industri-industri kecil pada hari

kebelakangannya, mereka kena berusaha dengan sendiri untuk

menjalankan kegiatannya tetapi tidak menghadapi apa-apa masalah

persaingan atau competition daripada industri-industri sederhana

dan kecil daripada luar negeri. Tetapi setakat ini, saya dapati,

Tuan Pengerusi, di mana pelabur-pelabur asing telah dibenarkan

melabur di negara ini di dalam bidang industri-industri sederhana

dan industri-industri kecil. Maka, ini menimbulkan " satu masalah

kepada industri kecil dan sederhana tempatan di mana mereka tidak

berdaya untuk bersaing dengan mereka oleh kerana kekurangan modal,

oleh kerana kekurangan pasaran, oleh kerana kekurangan technical

knowledge dan bantuan daripada Kerajaan.

Oleh kerana itu, Tuan Pengerusi, di sini saya ingin

mencadangkan jika. dapat dipersetujui dari Kementeriannya. Yang

pertama, saya mencadangkan memberi dan melonggarkan syarat-syarat

pinjaman kepada industri tersebut oleh badan-badan berkanun dan

institusi-institusi kewangan. Yang Kedua, memberi dan menyebarkan

keterangan-keterangan seluas-luasnya mengenai kemudahan dan bantuan

yang disediakan oleh Kerajaan dan institusi kewangan oleh kerana,

Page 101: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -101-

banyak saya dapati - saya baca dalam suratkhabar - di mana banyak

kesatuan-kesatuan pekilang telah mengadukan bahawa mereka tidak

dapat keterangan-keterangan lanjut yang betul. Mungkin yang

up-to-date pun tidak didapati tetapi jawapan dari Menteri, dia kata,

"kerana mereka tidak ambil berat tentang dasar dan peraturan-

peraturan yang dibuat oleh Kerajaan".

Saya minta, oleh kerana industri-industri kecil dan sederhana

ini, mereka memang menghadapi satu kepincangan di mana tidak boleh

bertanding dengan pelabur-pelabur asing atas bidang industri kecil

dan sederhana. Dan juga untuk menentukan mereka tidak dijejaskan

daripada pihak sesiapapun, di sini saya ingin mencadangkan, menentu-

kan tidak ada siapa yang akan dipaksa berpindah atau diperintah

keluar dari tempat mereka sebelum mereka dapat cari tempat gantian

atau tapak yang disediakan atas kemampuan mereka.

Page 102: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -102-

Ini mustahak walaupun tapak akan disediakan daripada pihak

swasta atau pihak Kerajaan, tetapi mereka tidak mampu untuk

berpindah. Bukan mereka tidak mahu berpindah, bukan mereka tidak

mahu kembangkan operasinya, tetapi mereka tidak mampu atas modalnya,

atas kewangannya, mungkin mereka boleh pindah, beli tapak tempat

kilangnya? Macam mana hendak dapat cash flownya? Itu susah.

Tuan Pengerusi, yang keempat, mewajibkan Kerajaan dan pihak

swasta membina kilang harga murah di setiap kawasan perindustrian

seperti dasar Kerajaan membina rumah kos rendah di merata-rata

tempat di mana jikalau Kerajaan menjalankan satu dasar di setiap

kawasan perindustrian itu dapat membina sebilangan kilang-kilang kos

murah di mana akan dapat membantu pengilang-pengilang kecil dan

sederhana untuk berpindah ke kawasan yang telah ditentukan itu.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah

cukup.

Tuan Lau Dak Kee: Satu minit.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sila gulung ya.

Tuan Lau Dak Kee: Satu minit.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sila gulung.

Tuan Lau Dak Kee: Hari kelmarin pada 25hb November tahun ini

Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri pun mengatakan dalam satu

sidang akhbar bahawa 6 Kementerian akan melibatkan diri untuk

membantu industri kecil dan sederhana. Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri bertanggungjawab untuk membantu dan

Page 103: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -103-

meneroka pasaran baru. Baru-baru ini sahaja dan bukan hanya Yang

Berhormat Timbalan Menteri telah membuat kenyataan begitu, saya

percaya Menteri sendiri pun membuat kenyataan begitu. Saya hendak

tahu macam mana kita dapat menunaikan kehendak-kehendak dan

cadangan-cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan

Timbalan Menterinya di mana kilang-kilang kecil dan kilang-kilang

sederhana, industri-industri kecil dan industri-industri sederhana

dapat menjalankan operasinya tanpa apa-apa halangan dan mereka dapat

berkembang sehingga dapat bersaing dengan negara-negara luar.

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Bagan Serai.

5.54 ptg.

Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail [Bagan Serai]: Tuan

Pengerusi, saya ingin menyertai perbahasan bagi Maksud Bekalan B.20,

Mukasurat 105, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

Butiran 030000 - Pembangunan Perindustrian.

Di tempat saya iaitu kawasan Parlimen Bagan Serai, sukalah saya

membangkitkan dan bertanya kepada Yang Berhormat,Timbalan Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkenaan kerosakan sebuah

kilang iaitu kilang Wembley Activated Clay yang mana telah

menyebabkan 700 orang terhidu gas beracun dan memerlukan rawatan di

rumah sakit. Jadi, daripada perkara ini adakah Kemencerian ini pada

masa hadapan akan berwaspada ataupun berhati-hati di dalam membawa

masuk atau membenarkan kilang-kilang yang mungkin mendatangkan

bencana kepada penduduk-penduduk supaya ia tidak ditempatkan di

tempat-tempat yang mana ramai penduduknya kerana dengan berlakunya

Page 104: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -104-

kebocoran ini maka penduduk-penduduk di situ sudah pun merasa takut

dan juga ada di kalangan mereka yang menyebutkan kepada saya mungkin

mereka mencari tempat lain untuk berpindah kerana mereka takut kalau

bocor lagi pada tengah malara atau pun semasa mereka tidak sedar,

boleh menjadi huru-hara.

Tuan Chian Heng Kai: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Bukit

Mertajam bangun.

Tuan Chian Heng Kai: Nampaknya tak cukup kuorum.

Tuan Pengerusi. [Tuan Ong Tee Keat]: Sila bilang. Sila

bunyikan loceng.

Loceng dibunyikan

[Ahli-ahli dikiraj lebih 26 Ahli ttadir]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: 29 orang. Cukup kuorum.

Yang Berhormat Bagan Serai diminta sambung.

Dato' Haji Qamruz Zaman bin Haji Ismail: Tuan Pengerusi, saya

ingin meneruskan perkara tadi iaitu adakah pihak Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menguruskan supaya mereka

yang bilang peluang pekerjaan untuk beberapa hari itu mendapat

pampasan mereka kerana mereka sakit oleh terhidu gas itu dan juga

adakah bayaran untuk rawatan mereka itu juga dapat diberi pampasan

kepada mereka ini?

Seterusnya sukalah saya membawa berkenaan dengan kemungkinan

atau peluang supaya kawasan di Bagan Serai ini diadakan industri.

Masalahnya sekarang ialah tempat-tempat pekerjaan perkilangan ini

Page 105: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -105-

jauh daripada penduduk Bagan Serai dan ramai penduduk-penduduk iaitu•

anak-anak muda, gadis-gadis yang pergi berhijrah danpada kawasan

ini seolah-olah mereka ini disedut keluar daripada kawasan Bagan

Serai ini berpindah ke bandar-bandar seperti Ipoh, Kuala Lumpur,

Penang dan juga Kulim di sebelah Kedah. Ini adalah satu perkara

yang berlaku di dalam zaman industrial revolution, dengan izin,

sekarang. Jadi apa yang terjadi ialah dasar ataupun hasrat Kerajaan

untuk memupuk rakyat penyayang itu akan terjejas kerana kita•

berharap sebagai budaya timur kita, ialah orang-orang tua itu tetap

duduk dipelihara oleh anak-anak mereka.

Page 106: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

D!U26.11.92 -106-

Jadi, sekarang ini nampaknya anak-anak mereka yang ber-

keupayaan atau mampu, telah keluar pindah ke tempat lain dan

meninggalkan kawasan ini dengan satu kawasan pertanian iaitu sawah

padi. Kawasan pertanian ini lebih-lebih lagi dalam bidang

pengeluaran padi ialah satu bidang yang rendah hasilnya. Maka

dengan itu kemampuan orang-orang di kawasan itu tidak berubah.

Pekan Bagan Serai dan pekan-pekan yang hampir, Kuala Kurau dan

kampung yang kecil seperti Masjid Tinggi, Simpang Empat - macam itu

juga. Kata orang Kedah "dok tang tu jugak" - tidak ada pem-

bangunan. Tidak nampak yang negara ini telah menuju ke arah per-

industrian kerana limpahan hasil pendapatan rakyat itu tidak di-

belanjakan di Bagan Serai. Mereka dapat, kalau bekerja di Kuala

Lumpur habis di Kuala Lumpur juga. Sebab hasil daripada pekerjaan

industri kilang ini barangkali dalam angka $500 atau $400 ini, kalau

dia duduk di Kuala Lumpur habis di situ juga.

Jadi, dengan itu sekiranya kilang-kilang ini dibawa ke kawasan

Bagan Serai tnaka pendapatan anak-anak muda yang walaupun sedikit

iaitu dalam angka yang saya sebut tadi, tapi saya percaya ada

lebihan wang itu untuk mereka berbelanja di tempat itu juga. Maka

dengan ini secara tidak langsung perniagaan, kedai-kedai akan ber-

tambah maju dan bertambah meriahlah di kawasan kampung-kampung.

Maka itulah saya merasakan sangat wajarlah pihak Kementerian

Perindustrian memikirkan di kawasan Bagan Serai ini yang ramai

penduduknya, anak-anak mudanya patut dibangunkan kawasan industri

Page 107: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -107-

tetapi dengan syarat industri yang tidak berbahayalah, industri yang

ditapis lebih dahulu kerana di sini penduduknya ramai yang tidak

mampu berpindah ke tempat lain oleh kerana kemiskinan yang sedia

ada. Dan industri yang saya fikirkan sesuai ialah mungkin industri

yang ada kaitan dengan agro-industry seperti pengeluaran bahan-bahan

makanannya yang datangnya daripada keluaran pertanian tempatan

juga.

Maka itulah sahaja Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang saya

ingin sebutkan dan saya harapkan Kementerian ini memberi fokasnya

lebih sikit ke dalam kawasan ini yang sedia miskin. Negeri Perak

dalam kajiannya kawasan Bagan Serai, Parit Buntar dan Selama adalah

kawasan yang very depressed economic area. Jadi, sekian sahaja.

Terima kasih.

Timbalan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Santubong. Yang

Berhormat, selepas Yang Berhormat berucap Timbalan Menteri: dimtinta

menjawab.

6.04 ptg.•

Puan Rohani binti Abd. Karim [Santubong]: Terima kasih Tuan

Pengerusi. Saya ingin hendak merujuk kepada Maksud Bekalan B.20,

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, iaitu di bawah

Butiran 020000 - Penggalakan Perdagangan.

Jadi, saya ingin hendak mendapat penjelasan secara terperinci

di sini iaitu mengenai hubungan di antara pihak Pusat dengan pihak

negeri-negeri, iaitu dari segi perancangan dan program-program iaitu

untuk menggalakkan perdagangan-perdagangan antarabangsa atau

pelabur-pelabur yang ingin hendak melabar di negeri-negeri atau

mungkin saya bertanya di sini iaitu peranan dimainkan oleh pihak

Page 108: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -108-

Jadi, sebelum itu saya Lngin mengucapkan berbanyak-banyak

terima kasihlah di atas langkah yang telah diambil oleh pihak

Kementerian supaya mengadakan beberapa siri-siri lawatan sambil ber-

dialog dengan pengusaha-pengusaha tempatan sebab saya rasa daripada•

dialog itu telah memberikan banyak maklum balas-maklum balas. Saya

rasa itu satu daripada perhubungan di antara peringkat Pusat dan

peringkat Negeri. Yang ingin saya hendak bangkitkan di sini ialah

pelabur-pelabur yang hendak melabur di negeri-negeri atau di negara

kita ini , bagaimanakah mereka ini diagih-agihkan. Sebab banyak kali

kita mendengar sungutan-sungutan bahawa pelabur-pelabur ini setakat

mungkin dl bandar-bandar besar di Kuala Lumpur sahaja tetapi mereka

tidak begitu yakin keluar daripada Kuala Lumpur iaitu melihat dan•

meneliti dengan keadaan-keadaan di peringkat Negeri-negeri. Jadi

daripada itu mungkin di peringkat Negeri-negeri tidak merasakan

pelabur atau tidak dapat berpeluang untuk memberi atau menarik minat

pelabur-pelabur. yang ingin hendak melabur di peringkat Negeri. . Di

sini. ingin saya tekankan kepada maklumat, supaya pelabur-pelabur Ini

dapat accessibility kepada Negeri-negerL.

Jadi, satu lagi saya ingin hendak mengetahui 030000 iaitu

Pembangunan Perindustrian dan juga 030100 - Kemajuan Perindustr ian

Saya ingin hendak mendapat penjelasan dari pihak Kementerian iaitu

mengenai apakah bantuan yang dlberikan oleh Kementerian dari

peringkat Pusat atau diagihkan di peringkat Negeri-negeri dari segi

Pembangunan Perindustrian iaitu dari segi menasihatkan Negeri

mengenai pengkhususan perindustrlan atau bidang-bidang perindustrian

yang harus ditubuhkan atau dibangunkan di Negeri-negeri. Jadi, sama

Page 109: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 -109-

ada pihak Kementerian ada satu garispanduan supaya negeri-negeri ini

tidak duplicate. dengan izin, barangan-barangan atau industri-

industri dan berapa berkesankah jawatankuasa yang telah ditubuhkan

oleh pihak Kementerian iaitu Jawatankuasa Penyelarasan, Namanya

saya tidak begitu pasti, yang telah ditubuhkan di peringkat Negeri-

negeri iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelesaian

masalah dan sebagainya. Berapa berkesankah jawatankuasa ini dan

siapakah yang menganggotai jawatankuasa yang telah ditubuhkan ini?

Tuan Pengerusi, saya iagin merujuk P.20, muka surat 107 iaitu

di bawah Butiran 01100 - Kemajuan Perindustrian. Saya tertarik hati

melihat bahawa di bawah Butiran ini iaitu Industri Kecil dan

Sederhana, banyak program-program yang. dicatitkan iaitu seperti

aktiviti sub-contracting, infrastruktur Kawasan Perindustrian TKS,

Kampung Batu Kuala Lumpur, Pemasaran Bersepadu, Konsep Payung, Skim

Pinjaman, macam-macam sampai Perbadanan Pembangunan Teknologi

Malaysia dan sebagainya.

Jadi, saya ingin mendapat penjelasan di sini, iaitu selalu saya

mendengar sungutan-sungutan pihak pengusaha-pengusaha khasnya di

Sarawak atau di Kuching iaitu kadang-kadang mereka tidak dapat men-

dapat maklumat mengenai program-program atau skim-skim yang telah

dirancangkan oleh pihak Kementerian. Jadi dengan secara tidak

langsung atau secara langsung it defeats the purpose, dengan izin.

Ada kalanya berlaku masalah di mana dikatakan sistetn sub-contracting

tetapi infrastrukturnya tidak lengkap. Jadi, perkara ini tidak

dapat dilaksanakan dengan jayanya. TDan juga seperti konsep payung,

Page 110: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.ll.92 -110-

kita selalu mendengar laungan konsep payung. Tetapi berapa ber-

kesankah skim-skim ini terutama sekali di penngkat negeri-negeri.

Mungkin di Kuala Lumpur ini dan bandar-bandar lain seperti tapak-

tapak perindustrian yang telah established, raungkin perkara ini

sangat berjaya sebab sistem infrastrukturnya semua sudah lengkap.

Tetapi kemungkinan perkara ini mengambil masa di peringkat atau di

kawasan-kawasan baru di negeri-negeri lain, terutama sekali mungkin

saya hanya dapat mengatakan di Sarawak bahawa kadang-kadang Skim

Payung ini tidak begitu mendatangkan kesan yang sangat diharap-

harapkan dan ini menimbulkan banyak pertanyaan pula dari segi

maklumat yang disampaikan tidak begitu jelas atau mereka tidak tahu

di mana hendak mendapatkan maklumat.

Page 111: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 111 -

Ini saya hendak kaitkan pula dengan maSalah mendapatkan

maklumat. Kadang-kadang pengusaha ini datang ke Kuala Lumpur untuk

mendapatkan maklumat, tetapi maklumat yang diberikan tidak lengkap

terutama sekali di peringkat Ibu Pejabat Kementerian, jadi,

maklumat ini tidak diadakan semua maklumat di bawah satu bumbung.

Jadi, kemungkinan ini saya akan kaitkan dengan. Butiran 01200

iaitu mungkin penubuhan SITTDEC. Masalahnya mereka datang ke satu

tempat berharapkan mendapat maklumat yang begitu lengkap, tetapi

kadang-kadang mereka dirujukkan pula semula ke tempat-tempat lain.

untuk mendapat maklumat-maklumat lain, sebagai contoh, mungkin*

hendak mendapat maklumat mengenai NPC. Jadi, mereka terpaksa

dirujukkan untuk pergi ke pejabat NPC di mana terletaknya di tempat

yang lain. Jadi, ini menimbulkan satu masalah sebab kadang-kadang

mereka ini datang dari jauh dan communication dan sebagainya akan

menyulitkan.

Saya juga seperti Yang Berhormat dari Padang Terap ingin

mengetahui dan mendapat penjelasan mengenai penubuhan SITTDEC. Kita

sangat-sangat berharap dengan penubuhan SITTDEC ini akan dapat

menyelesaikan banyak juga masalah-masalah yang telah ditimbulkan.

oleh entrepreneurs yaag saya rasa memerlukan banyak maklumat-

maklumat untuk mereka bersama-sama dapat menceburi bidang-bidang

perindustrian. Selain daripada itu, saya rasa usaha-usaha yang

telah dijalankan oleh pihak Kementerian adalah satu usaha yang baik,

terutama sekali untuk menuju kepada Wawasan 2020.

Dengan. itu, saya menyokong. Terima kasih.

Page 112: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 112 -

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Timbalan

Menteri diminta jawab.

6.12 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Tuan

Chua Jui Meng]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan teriraa kasih

kepada kesemua keempat-empat Ahli-ahli Parlimen yang telah memberi-

kan pandangan mereka dan idea-idea yang bernas terhadap tugas-tugas

yang dijalankan oleh Kementerian saya, iaitu Padang Terap, Ipoh,

Bagan Serai dan Santubong.

Mengenai teguran Padang Terap berkenaan, APTA dan SEAP, itu

memang benar ASEAN menghadapi sedikit masalah dari Thailand di dalam

usaha untuk melaksanakan skim CBT dan AFTA baru-baru ini. Namun

demikian, masalah tersebut telah dapat diatasi di Mesyuarat Ke 24

ASEAN Economic Ministers di Manila baru-baru ini.

Tuan Pengerusi, masalah Thailatid adalah masalah dalam negeri,

khususnya masalah-masalah politik di antara dua Kementerian, iaitu

Kementerian Perdagangan dengan Kementerian Kewangan ThaiLand.

Setakat ini kita tidak ada bukti yang menunjukkan peranan Amerika

Syarikat di dalam masalah yang dihadapi melalui Thailand. Malahan

Amerika Syarikat sendiri telah menyambut baik penububan AFTA.

Tuan Pengerusi, mengenai teguran lain yang dilafazkan oleh Yang

Berhormat dari Padang Terap, Amerika Syarikat pada hakikatnya

merupakan pasaran yang penting bagi keaemua negara di dunia.

Terdapat beberapa negara tertentu apabila dihadapi oleh isu-isu•

perdagangan mengambilkira pendirian dan pendekatan yang tidak akan

Page 113: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 113 -

menjejaskan pasaran barangannya. Misalnya, negara-negara yang

mempunyai lebihan dari dagangan dengan Amerika Syarikat sentiasa

mengambilkira reaksi Amerika- Syarikat dalam menghadapi isu

perdagangan seperti Jepun. Bagi Malaysia, MITI akan terus memberi

tekanan kepada penerokaan pasaran baru di negara-negara Selatan dan

mengambil peranan yang aktif dalam memajukan pengujudan pasaran

bebas ASEAN. Dalam masa yang sama, Malaysia akan terus menggunakan

forum di GATT bagi menentukan supaya isu-isu perdagangan dapat di-

selesaikan di peringkat pelbagai hala dan mengekalkan tekanan dua

hala seperti yang diambil oleh Amerika Syarikat di bawah seksyen 301

Akta Perdagangan. Amerika Syarikat.

Tuan Pengerusi, sebagaimana yang sentiasa ditekankan. oleh

Perdana Menteri kita, Malaysia perlu mempelbagaikan pasaran antara-

bangsa; kita jangan terlalu bergantung kepada beberapa negara

sahaja, seperti Amerika Syarikat atau Eropah atau kepada Jepun,

Method yang digunakan oleh Kerajaan kita untuk mempelbagaikan

pasaran antarabangsa kita ialah melalui dialog Selatan-Selatan.

Pada masa dahulu kita bergantung kepada negara maju. Kalau kita

hendak berdagang 'dengan Amerika Latin umpamanya, eksport barangan

kita ke Amerika Syarikat, ke California, ke Miami dan negeri-negeri

lain di Amerika Syarikat, selepas itu orang tengah di Amerika

Syarikat mengeksportkan barangan buatan Malaysia ke negara-negara

Latin. Amerika. Dengan konsep kerjasama atitara negara-negara Selatan

(South-South Co-operation), kita mengatasi masalah middleman negara-

negara Utara dengan melancarkan perdagangan dua hala secara direct

dengan negara-negara Latin Amerika, seperti yang dijalankan

Page 114: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 - 114 -

kini oleh Malaysia dengan Mexico, dengan Chile, Uruguay, Argentina

dan lain-lain. Dengati itu, kita remoye peranan middleman di negara-

negara Utara. Dengan method iui dan formula yang dijalan dan di-

tekankan oleh Malayaia di beberapa forum antarabangsa, kita telah

berjaya dalam aspek ini dan kini Malaysia lebih berdikari daripada

ini kita telah raerapelbagaikan perdagangan dua hala dengan sebanyak

140 buah negara-negara dati rantau-rantau di dunia kita.

Tuan Pengerusi, mengenai soalan lain yang dipusatkan. oleh Ahli

Yang Berhormat dari Padang Terap mengenai SITTDEC. SITTDEC telahpun

ditubuhkan dengan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, kita semua tahu

ini. Memang benar setakat ini pembiayaan SITTDEC dibuat daripada

sumbangan kewangan Kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, negara-

negara anggota SITJDEC sebanyak 12 buah negara telah membayangkan

akan membuat sumbangan kepada SITTDEC mulai tahun hadapan. Semasa

lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Namibia, Senegal dan

Tunisia sempena Sidang kemuncak G15, Malaysia telah menggalakkan

negara-negara membangun untuk menyertai SITTDEC. Buat masa ini,

Malaysia juga menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus SITTDEC. SITTDEC

ada satu formula yang digunakan oleh Negara-negara Selatan untuk

memupakkan perdagangan dua hala antara negara-negara South-South.

Oleh kerana SITTDEC ialah satu information technology data base,

kita boleh berhubung dengan negara-negara yang ingin menyertainya

pada masa ini yang saya katakan tadi 12 buah negara dan kita harap

menjelang 31hb Disember tahun ini, angka ini akan meningkat kepada

20 buah negara.

Page 115: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -115-

Dan kita buat international network atau dengan izin Highway of

SITTDEC. Dan ini menjadikan satu, dengan izin, yellow pages antara-

bangsa. Dalam pengkalan data terdapat siapa daripada sektor swasta

dari participating countries yang ingin mendapatkan maklumat

mengenai peraturan-peraturan mengenai pelaburan. Maklumat mengenai*

tariff dan bukan tariff untuk menggalakkan perdagangan. Semua

maklumat ini boleh diperolehi daripada SITTDEC. Dan SITTDEC seperti

yang saya katakan tadi ditempatkan di Kuala Lumpur dan di negara-

negara yang menyertainya kita akan menubuhkan National Focal

Centre. National Focal Centre akan berkomunikasi dengan KuaLadi-

Lumpur dan Kuala Lumpur dengan National Focal Centre yang diadakan di

12 negara-negara yang saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat daripada Padang Terap telah memberi pandangan

beliau mengenai pengalamannya bila dia melawat Coffce House di Hotel

Dagang di Pusat Daya Pengeluaran Negara.

Tuan Lau Dak Kee: Dayang.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Kea]; Dayang.

Tuan Chua Jui Meng: Terima "kasih Ipoh, terima kasih banyak.

Hotel Dayang. Sekarang nama NPC bukan NPC lagi, sekarang sudah j adi

Perbadanan Produktiviti Negara .

Page 116: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.1l.92 -116-

Hotel Dayang sudah diambil— alih oleh NPC, betul. Ini betul.•

Dan namanya ditukarkan sekarang kepada Hotel NPC. Hotel NPC mem-

punyai dua peranan. Yang pertama, sebagai tempat latihan kepada

peserta-peserta kursus yang dijalankan oleh Institut Pengurusan

Perhotelan di bawah NPC. Dengan ini peserta-peserta kursus dan

pelatih-pelatih Institut Penguruaan Perhotelan mendapat pendedahan

dan pengalaman suasana pengurusan perhotelan yang sebenar atau hands

on experience, dengan izin. Di samping itu, Hotel NPC juga dibuka

kepada orang ramal.

Mengenai pengalaman Yang Berhormat dari Padang Terap mengenai

pelayan yang tidak mahu ambil order makanan beliau tetapi hanya ter-

tumpu atau specialise kepada minuman sahaja, mungkinlah ini satu

insiden yang isolated bukan satu penglaman yang biasa dihadapi oleh

customer-customer atau client-client yang Lain. Mungkin pelayan itu

satu trainee yang baru sahaja...

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd . Hassan:[Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Larut bangun.

Tuan Chua Jui Meng: Ya, Yang Berhormat Larut.

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Hohd. Hassan: Isolated, memang

khas yang lelaki memakai baju putih se1uar hitam. Yang lagi satu

pakai. baju merah. Dia kata "Saya tidak boleh angkat makan. Saya

mesti angkat kopi." Kita boleh betulkan, insya Allah.

Tuan Chua Jui Meng: Terima kasih Larut . Larut ada bersamakah

dengan Padang Terap pada malam itu. Ada?

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Kami kawan baik.

Tiga-tiga ada.

Page 117: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -117-

Tuan Ghua Jui Meng: Pagoh pun ada? Yalah, terima kasihlah*

Larut yang memberi penjelasan. Ada ambil nama pelayan Itu? Ada

dicatit atau tidak? Nama dia ada tidak?

Dato' Haji Hohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Ambil nama?

Tuan Chu Jui Meng: Tidak payah...

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Hohd. Hassan: Tidak

cantik! [Ketawa]

Tuan Chua Jui Meng: Tetapi ini betullah Larut ada satu maklum

balas yang baik dan kita ambLl perhatuan mengenai perkara ini. dan

perkara ini akan disampaikan kepada Pengurus Hotel NPC untuk

diatasi.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Ipoh telah membawa beberapa

perkara kepada perhatian Dewan ini dan saya cubalah menjawab

perkara-perkara yang ditimbulkan oleh beliau.

Mengenai perjanjian perdagangan dua hala dengan Amerika

Syarikat, pihak Amerika Syarikat tidak pernah mencadangkan

perjanjian perdagangan duahala dengan Malayaia. Walau bagaimanapun,

diperingkat ASEAN satu perjanjian telah dimeterai iaitu Trade and

Investment Consultative Committee (TICC) yang membolehkan rundingan

perdagangan di antara Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dan wakil

perdagangan Amerika Syarikat.

Baru-baru ini pihak Amerika Syarikat teLah mencadangkan sapaya

dirundingkan perjanjian iaitu Trade and Investment Framework

Agreement (TIFA). TIFA hanyalah merupakan perjanjian rangka bagi

Page 118: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -118-

membolehkan dialog dan rundingan isu-isu dua hala berkaitan dengan•

perdagangan dan pelaburan. Perjanjian seperti ini telahpun di-

materai oleh Amerika Syarikat dengan Singapura dan dengan Filipina.

MITI akan menimbangkan mengadakan TIFA dengan Amerika Syarikat.

Walaupun Malaysia tidak mematerai Perjanjian Jaminan Pelaburan

dengan Amerika Syarikat, yang sebenarnya kedua negara ada perjanjian•

yang memberikan perlindungan sama seperti Perjanjian Jarainan

Pelaburan. Kita telah cuba untuk memperbaharui perjanjian tersebut

tetapi Amerika Syarikat kurang minat untuk berbuat demikian kecuali

jika Malaysia sanggup memberikan Layanan national atau national

treatment. Kurangnya minat Amerika Syarikat juga adalah kerana

keyakinan mereka terhadap sistem pentadbiran dan suasana pelaburan

Malaysia bagi menjamin pelaburan asing khasnya daripada Amerika

Syarikat. Keseraua pelaburan Amerika Syarikat adalah terlindung di

bawah Overseas Private Investment Corporation satu badan jaminan

pelaburan United States of America dan juga di bawah Multi lateral

Investment Guarantee Agreement anjuran Bank Dunia.

Mengenai kritik daripada Ipoh terhadap IKS, Kerajaan tidak

begitu menumpu perhatian terhadap IKS hanya kepada industri-industri

secara besar-besaran. Itu satu, kita tolak. Tidak betul, tidak

berasas sama sekali Yang Berhormat dari Ipoh.

Pihak Kerajaan memberi tumpuan berat kepada IKS. Kita ada

Majlis Pembangunan Negara dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Pada

bulan Ogos tahun ini Majlis Pembangunan Negara telah membuat satu

Page 119: PENYATA RASMI PARLIMEN fileSurvey), seramai 11,100 keluarga dikenalpasti sebagai keluarga termiskin di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 bilangan keluarga ... Raya menyatakan:-(a) garis

DR.26.11.92 -119-

pelan tindakan untuk IKS. Dengan itu mengadakan 5 lead agency,

dengan izin, bagi bertanggungjawab terhadap 6 program beritegrasi

untuk membantu IKS. Yang pertama, tugas yang akan dijalankan oleh'

Kementerian saya sebagai lead agency ialah untuk membuat promosi

pasaran untuk IKS. Yang kedua, untuk memberikan insentif-insentif

dan keraudahan kewangan kepada IKS. Lead agency yang lain,

Kementerian Kewangan untuk memberikan bantuan fiskal dan kewangan

kepada IKS. Dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk

meningkatkan kebolehan IKS dalam bidang teknologi. Dan kita hendak

pada hari ini teknologi-teknologi yang canggih untuk memajukan

bidang industri di negara kita.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah

auntuk.

Tuan Chua Jui Meng: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat diminta

sambung minggu hadapan.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang

Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang

Isnin hadapan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.