77
Penyeliaan Pengajaran & Pembelajaran PENYELIAAN KLINIKAL 1. Adalah suatu intervensi yang disengajakan ke dalam proses pengajaran. 2. Adalah berorientasikan matlamat. 3. Menyambungkan suatu hubungan kerja profesional di antara guru dan penyelia. 4. Memerlukan suatu tahap saling percaya yang tinggi, seperti yang tergambar dalam pemahaman, sokongan dan komitmen kepada pertumbuhan. 5. Adalah sistematik, walaupun ia memerlukan suatu metodologi yang fleksibel dan berterusan berubah. 6. Mengandaikan penyelia tahu tentang analisis pengajaran dan pembelajaran dan juga tentang interaksi manusia yang produktif. ANDAIAN-ANDAIAN DI SEBALIK PROSES PENYELIAAN KLINIKAL 1. Mengajar adalah suatu set aktiviti komplek yang memerlukan analisis yang teliti. 2. Guru-guru adalah profesional yang bertanggungjawab dan cekap yang memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan dalam cara yang mesra. 3. Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk membantu guru-guru mengubahsuai pola pengajaran sedia ada. SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL 1. Pra-persidangan dengan guru 2. Pemerhatian bilik darjah 3. Menganalisa dan mentafsir pemerhatian dan menentukan pendekatan persidangan 4. Pasca-persidangan dengan guru. BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN Pemerhatian Generik Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya. Penceritaan Terbuka Berkecuali. Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan yang signifikan. Kritikan Pendidikan Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku. Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas.

Penyeliaan Pengajaran Nota

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota penyeliaan Pengajaran

Citation preview

Page 1: Penyeliaan Pengajaran Nota

Penyeliaan Pengajaran & Pembelajaran

PENYELIAAN KLINIKAL 1.   Adalah suatu intervensi yang disengajakan ke dalam proses pengajaran.2.   Adalah berorientasikan matlamat.3.   Menyambungkan suatu hubungan kerja  profesional di antara guru dan penyelia.4.   Memerlukan suatu tahap saling percaya yang tinggi, seperti yang tergambar dalam      pemahaman, sokongan dan komitmen kepada pertumbuhan.5.   Adalah sistematik, walaupun ia memerlukan suatu metodologi yang fleksibel dan berterusan

berubah.6.   Mengandaikan penyelia tahu tentang analisis pengajaran dan pembelajaran dan      juga tentang interaksi manusia yang produktif. ANDAIAN-ANDAIAN DI SEBALIK PROSES PENYELIAAN KLINIKAL 1.   Mengajar adalah suatu set aktiviti komplek yang memerlukan analisis yang teliti.2.   Guru-guru adalah profesional yang bertanggungjawab dan cekap yang      memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan dalam cara yang mesra.3.   Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk membantu guru-guru mengubahsuai pola       pengajaran sedia ada. SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL 1.   Pra-persidangan dengan guru2.   Pemerhatian bilik darjah3.   Menganalisa dan mentafsir pemerhatian dan menentukan pendekatan persidangan4.   Pasca-persidangan dengan guru. BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN Pemerhatian Generik

 •    Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya. Penceritaan Terbuka Berkecuali.•    Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan yang signifikan. Kritikan Pendidikan•     Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku. Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas. Pola Soalan-Respon•     Pemerhati menggunakan carta tempat duduk untuk merekod sifat pelajar dan guru merespon kepda soalan-soalan yang dijana guru. 

Page 2: Penyeliaan Pengajaran Nota

Prosedur dalam Penyeliaan•     Sebelum penyeliaan – penyelia dan guru bincangkan rangka kerja dan bersependapat tentang bidang-bidang utama yang akan dinilai•     Semasa pelajaran – perhatikan kekuatan dan kelemahan, dan catatkan cadangan-cadangan•    Selepas pelajaran yang diperhatikan - 

–        penyelia membuat temujanji dengan guru untuk perbincangan susulan–        Guru membuat sedikit nota penilaian bebas–        Perbincangan bermula dengan bertukar-tukar nota penilaian.

  Kategori-kategori untuk Pemerhatian Bilik Darjah (Brown, J.D. 1995) •          Kadar kecepatan pelajaran

–        Semangat, hubungan mata, bahasa tubuh, suara, pergerakan, kelajuan, kawalan proses pembelajaran, teknik-teknik berbeza, dan latihan-latihan yang digunakan

 •          Penyampaian Guru

–        Pelajaran sebelumnya, organisasi, objektif, contoh-contoh, aktiviti berpusatkan pelajar, peluang untuk belajar, ringkasan perkara-perkara utama dll•          Pengurusan kelas–        Arahan, selok-belok daftar, gangguan, susunan tempat duduk, suasana selesa, dll•          Bahan bantu mengajar–        Menggunakan pandang-dengar, berguna, sedia, penggunaan berkesan, bahan sebaran jelas, bahan maujud digunakan, ICT, CALL, dll•          Hasilan pelajar–        Termotivasi, terlibat secara aktif dalam pelajaran/bahagian pelajaran berpusatkan pelajar, pembetulan, pentaksiran, dll,

 Rangka kerja •          Matlamat•          Bahan-bahan Mengajar•          Bentuk suatu Unit

–  Pembelajaran sebelumnya dan hubungannya–  Penyampaian–  Latihan–  Aplikasi

•          Komunikasi antara guru dan pelajar–  Set–  Penutupan–  Demonstrasi/Arahan/Penjelasan–  Penyoalan–  Penyeliaan kerja kelas

•          Pengurusan Pengajaran–  Pengurusan bilik darjah–  Penggunaan kadar kecepatan–  Penggunaan bahan bantu mengajar

 Penyeliaan – Pemerhatian dan Ulasan DataPemerhatian:•           Bilik darjah•           Pelajaran (pemerhatian formal dan tidak formal)

Page 3: Penyeliaan Pengajaran Nota

•           Penggunaan strategi pengajaran•           Penggunaan strategi pentaksiran•           Penjajaran kurikulum•           Penggunaan strategi pengurusan•           Paparan•           Persekitaran •          Membuat Pemerhatian Sistematik •          Jenis-jenis dan interaksi bilik darjah

–        Iklim Pembelajaran : Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar

–        Pengurusan Bilik Darjah:  Teratur _____ Tidak teratur–        Kejelasan Pelajaran: Jelas      ___ Tidak jelas–        Kepelbagaian Pengajaran: Berbagai  ___      Statik–        Penyesuaian Tugas Guru:   Berfokus   ___   Tidak berfokus–        Tarikan Minat Pelajar dalam Kemahiran Belajar:                 Pelajar Terbabit  ___   ___   Pelajar Tidak Terbabit–        Kejayaan Pelajar dalam Kemahiran Akademik Asas:    Tinggi    ___  Rendah–        Proses Pemikiran Tinggi dan Hasil Prestasi:  Banyak    ___      Sedikit

 Interaksi•           Guru dan pelajar•           Guru dan kakitangan•           Guru dan ibubapa Tindakan dan Aktiviti•           Penyampaian di sesi penerangan ibubapa•           Persidangan / perjumpaan ibubapa – guru •           Perjumpaan perancangan bekerjasama•           Penglibatan dan sumbangan kepada perjumpaan staf Lain-lain•          Amalan-amalan bilik darjah•          Inisiatif•          Tanggungjawab yang disandang•          Sumbangan kepada persekitaran sekolah•          Sumbangan kepada masyarakat•          Sumbangan kepada profesion•          Pembangunan profesional  Kajian Semula Data •          Pelan / buku pelan (jangka panjang, unit, harian; ringkasan kursus)•          Pelan untuk komunikasi pertumbuhan pelajar•          Pelan disiplin bilik darjah

Page 4: Penyeliaan Pengajaran Nota

•          Rekod pentaksiran (rekod bilik darjah, data laporan kemajuan, dan data pentaksiran formal)

•          Laporan kemajuan•          Keputusan ujian piawai•          Bahan disediakan guru•          Kerja pelajar•          Portfolio pelajar•          Risalah•          Bahan sebaran ibubapa, surat-surat•          Komunikasi dengan masyarakat•          Minit mesyuarat bahagian / jabatan GLOSARI ISTILAH •          Pemerhatian Tidak Formal - boleh berlaku pada bila-bila masa. Maklumbalas selepas pemerhatian sebegini diberi secara lisan. Guru boleh meminta maklumbalas diberi dalam bentuk tulisan. •          Pemerhatian Formal - berlaku pada waktu yang telah diaturkan sebelumnya dan melibatkan proses tiga langkah, disusuli oleh laporan bertulis. Langkah pertama adalah pra-persidangan, di mana matlamat dan objektif pelajaran atau siri pelajaran dikongsi dan niat diperjelaskan. Ini diikuti oleh pemerhatian dalam kelas dan pengumpulan data. Langkah ketiga, pasca-persidangan, mengikuti pemerhatian suatu pelajaran atau suatu siri pelajaran dalam tempoh masa, sekurang-kurangnya, tiga (3) hari mengajar. Data dan pemerhatian dikongsi dengan guru; pelajarannya adalah debriefed; pujian dibuat dan resolusi untuk tindakan dimulakan. Laporan yang menyenaraikan suatu ringkasan pemerhatian, kesimpulan, dan syor untuk tindakan adalah dibuat. •          Laporan Sumatif adalah satu sintesis semua pemerhatian dan syor yang dibuat dalam pemerhatian tidak formal dan formal. Laporan sumatif adalah berdasarkan minimum dua pemerhatian formal. •          Persidangan Kajian Semula Berkala adalah suatu perjumpaan yang berlaku dari semasa ke semasa antara pengetua dan guru mengusahakan suatu pelan pertumbuhan berarahkan pentadbir untuk membincangkan maklumbalas berikutan pemerhatian tidak formal atau satu siri pemerhatian tidak formal. Suatu ringkasan maklumbalas tersebut yang bertulis dan perbincangannya akan diberikan kepada guru tersebut. 

 Penyeliaan  Pengajaran dan Pembelajaran 3

PEMBANGUNAN STAF 

•          Guru yang baik dan pengajaran yang baik adalah nadi dan tenaga penggerak sebuah sekolah berkesan.

 Pengajaran Berkualiti Tinggi

 •         Mengiktiraf kecemerlangan dalam pengajaran

Page 5: Penyeliaan Pengajaran Nota

•         Mempromosikan pertumbuhan profesional berterusan di kalangan guru-guru•         Meneruskan fokus lebar sekolah atau lembaga ke atas pencapaian meningkat pelajar•          Enhance meningkatkan pengajaran melalui suatu proses yang mempromosikan dialog dan

refleksi kendiri berterusan•          Memaklumkan perancangan semasa pembangunan profesional seluas individu, sekolah dan lembaga•          Memaklumkan keputusan pekerjaan.

 Prestasi Guru

•          Perancangan dan persediaan•          Memasukkan semua pelajar dalam pembelajaran•          Mencipta persekitaran pembelajaran berkesan•          Amalan profesional

 Penyeliaan untuk Pertumbuhan

 

•          Suatu proses yang berpusat kepada pembangunan dan pelaksanaan suatu Pelan Pertumbuhan Profesional Tahunan yang mencerminkan keseimbangan antara matlamat profesional guru individu, inisiatif bilik darjah/sekolah/sistem dan Penunjuk Pengajaran Berkualiti Lembaga. Penyeliaan untuk Pertumbuhan adalah suatu proses formatif yang merangkumi:

–        peluang untuk refleksi kendiri, –        dialog antara guru dan penilai, –        pemerhatian bilik darjah formal dan tidak formal, dan pembangunan profesional (seluas individu, sekolah dan sistem).

 Penilaian

•          adalah suatu proses yang berlaku dalam lingkungan kitaran penilaian guru berterusan. Tujuan proses ini adalah untuk mengiktiraf kualiti kerja guru dan untuk membuat penghakiman ringkasan tentang prestasi guru pada suatu tempoh masa.

 Kajian Semula Prestasi

•          Suatu Penilaian Sumatif yang dimulakan oleh pengetua sekolah pada bila-bila masa dalam kes-kes di mana hal-hal signifikan telah dikenalpasti berkenaan prestasi guru.

 PEMBANGUNAN STAF

•          1. Menetapkan Matlamat dan Objektif•          2. Pertumbuhan Dalam Perkhidmatan dan Pertumbuhan Profesional•          3. Pemerhatian Bilik Darjah (Penyeliaan Klinikal)•          4. Penilaian Sumatif Tahunan (mengupah/memecat)

 Performance and/or Professional Growth 

•          Formative and summative judgments about teachers’ performance and/or professional growth will be based on consideration of a variety of information which may include, but is not limited to:•          Teacher maintained portfolios•          Self-evaluation documents•          Evidence of professional development activities•          Samples of short or long-term classroom plans, curriculum, assessments etc.•          Reflective journals

Page 6: Penyeliaan Pengajaran Nota

•          Participation in school-wide activities (e.g. Planning for Improvement, Home-school•          connections)•          Evidence of activities related to leadership development•          Peer Coaching•          Evidence of activities related to Department of Education and regional initiatives•          Other data as determined by the teacher based on his/her goals for professional growth•          Mentoring Experiences

Penyeliaan pengajaran-Pembelajaran Pengenalan

Boardman, et. al. (1953: 3) menyatakan bahawa " to oversee, to superintend, or to guide and to stimulate the activities of others with a view to their improvement" . Harris (1975) menyatakan penyeliaan dalam pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Alfonso et. al.(1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat tertentu.

Penyeliaan merupakan satu proses memerhati, membimbing dan memberi maklumbalas kepada aktiviti profesional oleh penyelia ke atas stafnya (Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987). Ini di antara caranya yang dapat dilaksanakan untuk mempastikan keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Jelas sekali penyeliaan bermakna memberi tumpuan utama kepada kesan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sesebuah organisasi ke atas stafnya merupakan satu perkhidmatan tidak langsung untuk pelanggannya.

Ibrahim Mamat(1993) menyatakan pula penyeliaan pendidikan bermakna memberi pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Rabiah Sidin(1994) menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Al Ramaiah(1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar(2000) menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimansi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang profesional pengurusan.

Keseluruhannya, staf profesional diamanahkan untuk melaksanakan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan. Jika staf profesional tidak diselia dan ianya melakukan kesilapan tanpa menyedarinya. Kebiasaan akan terbentuk. Kebiasaan ini akan menjadi sebati dan dianggap betul dan baik (Asnah : 1995) . Lama kelamaannya staf berkenaan akan berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab itu, melakukan proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah peningkatan mutu pencapaiannya.

Page 7: Penyeliaan Pengajaran Nota

Latar Belakang Penulisan

Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh pengetua dalam melaksanakan penyeliaan pengajaran ini. Menurut Ibrahim(1993), terdapat 2 cara penyeliaan yang selalu diamalkan oleh pengetua iaitu (i) Cara Autokratik di mana penyeliaan dilakukan untuk mengatahui sama ada arahan atau peraturan yang telah diberi dipatuhi atau tidak. Guru yang banyak kesalahan mendapat laporan buruk, manakala guru yang mengikut arahan mendapat laporan baik. Suasana antara guru di bawah pemimpin autokratik adalah tertekan dan tegang. Kegembiraan bekerja tidak ada sama sekali. (ii) Cara Demokrasi di mana pengawasan dijalankan mengikut program kerja tertentu. Pengetua memberi kepercayaan kepada semua guru sehingga masing-masing merasai diri mereka dihargai dan kebolehan mereka diakui. Dia menjalankan penyeliaan dengan ikut bekerja secara aktif, kadang-kadang dihadapan untuk menjadi teladan, kadang-kadang di tengah untuk membangkitkan semangat dan kadang-kadang di belakang untuk memberi kebebasan bekerja kepada guru-guru. Walaupun begitu terdapat halangan-halangan bagi pengetua yang menggunakan cara demokratik terutama apabila terdapat guru-guru yang mementingkan diri sendiri, yang mengira waktu, yang berupa tunggul mati, yang merasa dirinya sahaja yang betul. Apa yang dapat mengatasi halangan-halangan tersebut ialah seorang pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang sempurna, terutama kebijaksanaan dan kewibawaan yang luar biasa.

Beliau menambah, halangan-halangan berikut terdapat di sekolah dalam usaha pengetua memastikan penyeliaan yang sempurna. Ibrahim Mamat melihat beberapa pihak yang mempengaruhinya iaitu pengetua, guru-guru, pelajar, dan Kelengkapan dan kemudahan di sekolah.

Kajian oleh Pinckney dalam Boardman et.al.(1953) telah mencadangkan penggunaan masa pengetua dalam aspek penyeliaan perlu ditingkatkan daripada 25 % kepada 30% . Bagaimana pengetua-pengetua di Malaysia dalam hal yang sama. Banyak masa yang digunakan oleh pengetua dijuruskan kepada pentadbiran bukannya pengajaran. Boardman et. al.(1953) juga mengariskan bahawa terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha pengetua menjalankan penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas seperti faktor pengetua itu sendiri, faktor sikap guru dan murid. Sementara itu, Ismail Abu Talib (1986) menyatakan halangan-halangan tersebut terdiri daripada 3 faktor utama iaiatu kekangan masa dan beban tugas, perhubungan pengetua dengan staf yang diselia dan kurangnya kemahiran dan keyakinan pengetua dalam menjalankan penyeliaan pengajaran-pembelajaran.

Sargiovanni(1995) dan Wan Mohd Zahid(1987) telah mengupas tentang penyeliaan ini dari aspek Teori X dan Teori Y (Douglas McGregor) dan Teori 2 Faktor ( Teori Motivator dan Hygiene) adalah penentu kepada penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Mengikut mereka, andaian Teori X yang bersifat lembut merupakan pendekatan penyeliaan perhubungan manusia manakala andaian Teori Y merupakan pendekatan penyeliaan sumber manusia. Lazimnya pengetua keliru di antara pendekatan yang digunakan sama ada human relations dengan humen resources dan kekeliruan ini menyebabkan penyeliaan yang dilakukan kurang berkesan. Penyelia lazimnya menyetujui andaian Teori Y tetapi dalam memperkatakan dalam amalan mereka sebenarnya menggunakan Teori X (humen reletions)

Page 8: Penyeliaan Pengajaran Nota

Dalam membicarakan Teori Motivator-Hygiene oleh Frederick Hergberg, Sargiovanni dan Wan Mohd. Zahid telah menyetakan bahawa faktor Motivator adalah faktor yang menjadi ransangan dalaman iaitu faktor-faktor yang boleh membuatkan guru-guru bekerja lebih daripada peraturan bekerja, namun ketiadaan faktor Motivator tidak akan menyebabkan berlakunya perasaan tidak puas hati dan tidak pula menggugatkan peraturan bekerja . Faktor Hygiene merupakan faktor luaran di mana keadaan-keadaan bekerja yang diperlukan oleh guru-guru sebagai sebahagian daripada peraturan-peraturan bekerja. Ketiadaan faktor ini akan menyebabkan guru berasa tidak puas hati dan ini akan menjejaskan performence mereka. Penyelia-penyelia yang menggunakan kepuasan kerja untuk memotivasikan guru adalah mempraktikan pendekatan hubungan manusia. Pendekatan ini jarang-jarang berkesan. Sebenarnya pendekatan hubungan manusia menekankan kepada faktor Hygiene.

Sementara itu, menurut satu kajian yang dijalankan di Selangor dalam Abdul Rahman (1987) berpendapat penyeliaan kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Menurut laporan akhbar pada tahun tersebut, guru-guru melalui persatuan perguruan akan mengadakan piket berhubung cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan pengetua melakukan penyeliaan ke atas semua guru. Bantahan secara terang-tenang dalam akhbar menunjukkan bahawa ramai guru tidak suka mereka diselia kerana mereka beranggapan tindakan itu tidak profesional dan menidakkan kebolehan mereka. Berbalik kepada kajian di Selangor, keseluruhannya didapati aspek penyeliaan ini tidak diberi perhatian yang serius oleh kebanyakan pengetua dan guru besar. Bilangan sekolah dan guru yang ramai memperlihatkan kadar kekerapan penyeliaan yang sedikit sahaja. Apakah masalah sebenarnya kepada pengetua dan guru besar ?

Berdasarkan kajian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada Nazaruddin Hj Mohd. Jali, Kamariah Haji Abu Bakar, Sharifah Mohd Nor dan Lee Chong Nim yang bertajuk "Penyeliaan Pendidikan : Kepimpinan Instruksi Guru Besar dan Pengetua" dalam Jurnal Pendidikan, 1993 telah menfokuskan kajian mereka terhadap kepimpinan profesional. Guru besar dan pengetua perlu memupuk pengajaran dan pembelajaran dengan merialisasikan peranannya sebagai pemimpin instruksi (Instructional Leader) Penyelidikan mengenai keberkesanan sekolah telah mengenalpasti kepimpinan instruksi sebagai faktor yang kritikal untuk sekolah yang efektif (Wellisch, 1978). Benjamin (1980) telah merumuskan bahawa guru besar dan pengetua yang efektif didapati menunjukkan ciri-ciri mengambil inisiatif untuk menentukan matlamat dan prioriti sekolah, memainkan peranan sebagai pemimpin instruksi dan bukan pemimpin pentadbiran sahaja, percaya bahawa guru basar dan guru harus bertanggungjawab bersama ke atas pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas, mudah dilihat dan senang dirunding oleh anggota sekolah, dan mengutamakan kemajuan akademik pelajar sekolahnya.

Sebagai pemimpin instruksi, pengetua perlu mengetahi perkembangan kurikulum, keberkesanan pengajaran, penyeliaan klinikal, perkembangan staf dan penilaian guru (Anserson,1987). Kepimpinan instruksi dapat dikesan daripada tingkahlaku pengurus instruksi yang dilakukan oleh seseorang guru besar atau pengetua. Menurut Hallinger dan Murphy(1985), kepimpinan instruksi merujuk kepada 3 dimensi dalam aktiviti-aktiviti kepimpinan pengetua untuk mentakrifkan matlamat sekolah, menguruskan program-program pengajaran dan memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran yang baik di sekolah.

Page 9: Penyeliaan Pengajaran Nota

Sekolah merupakan organisasi kompleks yang memperlihatkan sistem autoriti formal dan birokrasi profesional. Oleh itu, pengetua hendaklah menentukan aspek-aspek yang perlu dijadikan fokus bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat-matlamat tersebut hendaklah disampaikan untuk pengetahuan seluruh anggota warga sekolah agar mereka mempunyai tekad untuk menuju kepada pencapaian matlamat-matlamat yang telah ditetapkan.

Sebagai pemimpin instruksi, pengetua melibatkan dalam penyeliaan dan penilaian pengajaran, penyelaras kurikulum dan pengawasan kemajuan pelajar. Dalam negara kita, pengetua disarankan menggunakan 60% daripada masa mereka untuk penyeliaan pengajaran. Di Amarika Syarikat, pengetua meletakkan penyeliaan istruksi sebagai dimensi tugas yang utama.

Iklim pengajaran pembelajaran boleh dikelompokkan kepada iklim terbuka dan iklim tertutup. Pengetua harus berusaha mewujudkan iklim terbuka di sekolah bagi membolehkan pencapaian objektif sekolah yang tinggi. Likert(1961) menyatakan iklim merupakan proses pengurusan di dalam seebuah organisasi. Oleh itu, iklim sesebuah sekolah adalah bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan. Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan iklim sekolah sebagai norma dan sikap guru serta pelajar yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk tujuan itu, pengetua perlu memastikan supaya masa yang digunakan untuk guru mengajar tidak diganggu.

Al Ramaiah(1997) menegaskan bahawa keperluan untuk kecemerlangan dan kecekapan itu tidak dapat dipenuhi tanpa komitmen yang kukuh terhadap nilai perkembangan staf. Oleh itu, pekerja perlu mengakui keperluan untuk memperkembangkan potensi diri mereka sebelum sesuatu program perkembangan staf dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dalam kajian ini dapat diperhatikan kekerapan pengetua melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi menurut persepsi guru-guru mereka dan tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan instruksi pengetua mereka. Kajian ini melibatkan sampel sebanyak 401 orang guru dari 8 buah sekolah menengah dan 30 buah sekolah rendah di sebuah dearah dalam negeri Selangor. Kajian menggunakan soalselidik yang diubahsuai dari "Principal Instructional Management Rating Scale" oleh Hallinger dan Murphy (1987).

Secara keseluruhan, 25% daripada guru-guru sekolah menengah mempersepsikan pengetua mereka selaku melakukan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi. Dapatan kajian daripada ketiga-tiga dimensi tersebut didapati fungsi pencerapan dan penilaian pengajaran sebagai fungsi yang dilakukan dengan kekerapan yang paling tidak memuaskan. Guru-guru menyatakan mereka diberitahu oleh pengetua tentang kebaikan atau kelemahan pengajaran selepas pencerapan pengajaran adalah kurang daripada 15% sementara kurang 10% daripada guru-guru yang mempersepsikan kebaikan atau kelemahan pengajaran mereka direkodkan pada borang pencerapan.Dapatan untuk tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan istruksi pengetua pula memperlihatkan situasi guru-guru sekolah rendah dan menengah didapati mempersepsikan pencerapan pengajaran tidak wajar dilakukan walaupun 80% daripada mereka memahami tujuan-tujuan pencerapan pengajaran dalam bilik darjah.

Page 10: Penyeliaan Pengajaran Nota

Kesimpulannya, pengetua haruslah menimbulkan dayareka-dayareka dan dayacipta-dayacipta guru mereka dalam pelaksanaan kurikulum melalui kepimpinan instruksi yang berkesan. Dapatan ini dengan jelas menunjukkan bahawa hanya 25% daripada guru-guru sekolah menengah mempersepsikan pengetua mereka sebagai selalu melakukan fungsi kepimpinan instruksi secara keseluruhan. Oleh itu, potensi pengetua sebagai pemimpin instruksi masih perlu diperkembangkan lagi. Sebab-sebab kegagalan pengetua dalam menjalankan beberapa fungsi kepimpinan instruksi perlulah diselidiki secara mendalam oleh pihak-pihak atasan terutama Jabatan Pendidikan Dearah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Tidak ketinggalan juga, menurut kajian ini aspek pencerapan pengajaran kurang dilakukan oleh pengetua. Guru-guru dalam kajian ini didapati belum lagi menerima pencerapan pengajaran daripada pengetua mereka. Pencerapan seperti yang dilakukan sekarang tidak membantu kepada pencapaian kepuasan kendiri. Justeu itu, perlu dimanfaatkan komunikasi yang berkesan di antara guru dengan pengetua. Menurut Broadwell(1975) " sebagai supervisor, kita paling sering menyampaikan pesan-pesan yang seharusnya menghasilkan sesuatu tindakan, merubah sesuatu atau pertalian dengan tindakan yang telah dilaksanakan biarpun hanya untuk menyatakan bahawa hal itu betul atau salah ". Dengan itu, komunikasi yang berkesan akan dapat memyampaikan matlamat-matlamat dan memujuk guru-guru untuk mengubah sikap dan tingkahlaku mereka berhubung dengan pencerapan pengajaran. Tujuan pencerapan pengajaran hendaklah diterangkan supaya ia tidak menimbulkan keresahan dan merisaukan yang boleh menegangkan suasana pengajaran dan menerima pencerapan sebagai aktiviti profesional tanpa perasaan ancaman dan konflik.

Menyedari kegagalan pengetua-pengetua dalam menjalankan tanggungjawab sewajarnya berhubung dengan kepimpinan pengajaran, eloklah kita meninjau dengan lebih mendalam apakah bentuk-bentuk kekangan atau halangan-halangan yang menjurus kepada kegagalan tersebut terutama berhubung dengan kegagalan dalam penyeliaan pengajaran pembelajaran. Seterusnya kita akan melihat saranan untuk menangani masalah tersebut secara sepintas lalu.

Model Halangan-Halangan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Sekolah

Hussein Mahmood(1997) telah mengariskan 8 andaian dalam model teori yang dikemukakan iaitu

(i) Tingkah laku pengetua mempunyai pengaruh secara langsung terhadap pelajar.

(ii) Tingkah laku pengetua mempunyai pengaruh atau kesan secara tidak langsung ke atas pelajar iaitu melalui pembolehubah pengantaraan sama ada pembolehubah dalam sekolah atau pembolehubah luar sekolah.

(iii) Tingkah laku pengetua memberi kesan ke atas pembelajaran pelajar dan seterusnya ke atas hasilan pelajar.

(iv) Kesan tingkah laku pengetua mempengaruhi pembelajaran dan hasilan pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung dan secara serentak juga akan mempengaruhi pembolehubah dalam sekolah dan pembolehubah luar sekolah.

Page 11: Penyeliaan Pengajaran Nota

(v) Hasilan pelajar merupakan kesan daripada pembelajaran mereka dan sebaliknya.

(vi) Pembolehubah dalam sekolah juga merupakan kesan pembolehubah luar sekolah dan sebaliknya.

(vii) Pembolehubah dalam sekolah termasuk guru, iklim sekolah, organisasi dan amalan pengajaran saling mempengaruhi dan

(viii) Kedua-dua faktor dalaman dan luaran sekolah mempengaruhi falsafah sekolah, misi, matlamat dan dasar, begitu juga sebaliknya.

Halangan-Halangan Dalam Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

Halangan-halangan dalam penyelian pengajaran pembelajaran melibatkan empat faktor iaitu pengetua (masa, kurang kemahiran dan pengetahuan, tekanan dan ciri-ciri peribadi pengetua), guru (sikap dan motivasi guru), pelajar dan kelengkapan serta kemudahan.

Pengetua

Menurut Boardmen, et. al.(1953) menyatakan pengetua mempunyai masa yang terhad berhubung dengan penyeliaan. Mengikut kajian yang telah dilakukan, pengetua sepatutnya menggunakan 25 hingga 30% masa untuk tujuan penyeliaan. Kajian yang dilakukan oleh Natural Education Association untuk 1304 buah sekolah , hanya 11% buah sekolah yang menjurus kepada peningkatan profesional staf. Ini termasuklah hal-hal tentang penyeliaan pengajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa aspek penyeliaan pengajaran amat kurang diberi perhatian oleh pengetua walaupun mereka menyedari tentang kepentingan penyeliaan tersebut.

Sejak tamat Perang Dunia Kedua, beban tugas pengetua telah bertambah. Penyeliaan kakitangan atau guru memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang rapi ( Mohd. Salleh Lebar, 2000). Oleh kerana beban tugas pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbiran serentak menyebabkan masa yang digunakan untuk penyeliaan pengajaran menjadi terhad. Berikut adalah bidang tugas pengetua (Lampiran 1) yang terdapat di dalam buku Panduan Tugas Staf Sekolah yang disusun oleh Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Cawangan Selangor (1995).

Howell(1980) melaporkan bahawa pihak atasan dalam hierarki pentadbiran pendidikan berpegang kuat pada kepercayaan bahawa para pengetua harus menjadi pemimpin pengajaran tetapi keadaan di Malaysia dewasa ini adalah berbeza sama sekali. Pengetua-pengetua lebih cenderong untuk menggunakan lebih banyak waktunya dalam bidang pentadbiran. Hanya sedikit masa sahaja digunakan oleh pengetua untuk tugas yang berunsur pengajaran (Willis;1980 : Martin dan Willawer; 1981 : Mangien dan Arnn; 1985 dalam Hussain, 1997).

Kajian yang dilakukan oleh Sergiovanni(1977) juga mendapati aspek penyeliaan pengajaran merupakan aktiviti yang paling rendah dalam susunan kajian tersebut. Keadaan ini memperlihatkan bahawa aspek penyeliaan pengajaran paling kurang

Page 12: Penyeliaan Pengajaran Nota

dilakukan oleh pengetua. Faktor ini juga disokong oleh dapatan kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia(1987) telah menyatakan bahawa pengetua-pengetua telah banyak menghabiskan masa dalam kerja-kerja pentadbiran terutama hal-hal berkaitan surat-menyurat dan perkhidmatan, kutipan data untuk pelbagai pihak.

Beban tugas pengetua yang banyak dapat dilihat dengan jelas dalam Buku Panduan Pentadbiran Sekolah(1982) yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (Lampiran 2) dan teguran Jawatankuasa Aziz(1971) yang berbunyi :

The standard of administration in schools is generally below the level expected. Some head teachers have little or no training in administration and have to rely on their own judgement, guided perhaps by the clerks who, in many cases, are themselves not well qualified or equipped to carry out the multifarious administrative functions.

Ternyata masa yang terhad telah menyebabkan penyeliaan pengajaran tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Diperhatikan juga pengetua-pengetua terpaksa menjalankan tugas hingga larut malam sekiranya ingin menjalankan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru kerana masa yang panjang diperlukan oleh pengetua untuk melaksanakan penyeliaan terutama untuk melaksanakan penyeliaan klinikal (Anderson ; 1993, Mohd. Salleh, 2000). Goldstein(1982) menegaskan bahawa pengetua tidak seharusnya melenggah-lenggahkan laporan berhubung dengan penyeliaan pengajaran di dalam kelas. Tanggapan guru terhadap pengetua mungkin akan terjejas sekiranya laporan penyeliaan tidak disiapkan secepat mungkin. Laporan ini seharusnya disiapkan dalam tempoh 24 jam selepas penyeliaan dilakukan.

Kajian lain oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia(1992) dalam Hussain(1997) memaparkan beban tugas para pengetua sekolah menengah rendah. Didapati pengetua sekolah menengah rendah di bandar bekerja sebanyak 65.33 jam seminggu berbanding dengan 44.61 jam seminggu bagi pengetua sekolah menengah rendah di luar bandar dan 41.97 jam seminggu bagi pengetua sekolah menengah rendah yang kecil (pelajar kurang 149 orang) di luar bandar. Bayangkan beban tugas pengetua jika sekolah mempunyai 2000 orang pelajar dengan 100 orang guru. Bagaimanakah penyeliaan boleh dilakukan. Pengetua lebih banyak menumpukan perhatian terhadap pentadbiran sekolah dan banyak berhubung dengan orang (Hussain, 1997).

Walau bagaimanapun, aspek pengajaran tidak boleh diabaikan. Pengetua harus bijak menguruskan masanya. Ini bersesuaian dengan surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1987 berbunyi :

Tugas dan fungsi pengetua sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang pengetua ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik dari pihak pengetua sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam keas yang

Page 13: Penyeliaan Pengajaran Nota

sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab pengetua. Oleh itu dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pngajaran-pembelajaran di sekolah, pengetua hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan yang amat penting.

Aspek penyeliaan ini ditegaskan sekali lagi dalam para 3 surat yang sama yang berbunyi :

"surat pekeliling ini adalah untuk memperingatkan kembali mengenai peri mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab pengetua. Ia tidak sekali-kali menafikan pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seseorang pengetua dalam lain-lain aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengetua perlu diingatkan mengenai peri pentingnya melaksanakan tugas-tugas secara seimbang agar pelaksanaan suatu tugas tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian sewajarnya.

Howell(1981) menemui 80% daripada pengetua sekolah rendah dan 30% daripada pengetua sekolah menengah yang menumpukan masa mereka terhadap penyeliaan pengajaran. Masa selebihnya dihabiskan untuk kerja-kerja bukan pengurusan. Manakala kajian Croft(1968) dalam Hussain (1997) menemui bahawa kira-kira 50% daripada guru-guru melaporkan pengetua mereka melihat mereka mengajar, itupun sekali. 60.7% daripada guru sampel ini menyatakan yang pengetua mereka tidak pernah atau amat jarang sekali memberi ulasan atau cadangan pengajaran kepada mereka. Oleh itu, Croft membuat kesimpulan bahawa pengetua tidak ada masa untuk menyelia guru. Daripada kajian ini, ada bukti yang menunjukkan bahawa beban kerja pengetua yang berlebihan. Kebijaksanaan menyusun keutamaan kerja atau tugas merupakan ciri pengetua yang berkesan. Howell(1981) pula menyuarakan agar pengetua dapat mencari jalan tentang bagaimana penggunaan dan pengurusan masa mereka dapat diperbaiki.

Untuk mengatasi masalah beban kerja yang berlebihan sehinggakan pengetua tiada banyak masa untuk melakukan penyeliaan pengajaran-pembelajaran, disarankan pemberian kuasa (empowerment) kepada penolong kanan atau penyelia petang. Amalan memberi kuasa sangat penting dalam sistem pentadbiran pendidikan sekarang. Keadaan ini kerana ia meringankan beban dan tanggungjawab seseorang pengetua. Mengikut Wan Mohd. Zahid Wam Mohd. Noordin(1993), penurunan kuasa bermakna pengurangan kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan jabatan Pendidikan Daerah. Dalam masalah ini bermakna pengetua boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru yang dipercayai agar matlamat yang dikehendaki oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri mudah dicapai. Perkara ini turut disokong oleh kenyataan sergiovanni(1995) :

" The empowerment rule that they follow is everyone is free to do the things that make sense to them providing the decision they make about what to do embody the values that are shared ".

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1987 juga menegaskan perkara yang sama. Antara lain kenyataan tersebut berbunyi :

"Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong kanan dan penyelia

Page 14: Penyeliaan Pengajaran Nota

petang. Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan pengetua / guru besar "

Dengan cara penurunan kuasa kepada penolong kanan, penyelia petang dan ketua bidang, ia boleh menambahkan pengayaan ilmu-ilmu pentadbiran kepada penyelia-penyelia yang dilantik. Oleh kerana tugas pengetua semakin banyak dan tidak sanggup memikulnya dalam masa yang amat terhad maka penurunan kuasa adalah cara terbaik bagi memastikan proses penyeliaan dapat dijalankan.

Dalam perbincangan lepas telah dinyatakan pengetua sebagai pemimpin pengajaran di samping menjalankan tugas sebagai pengurus dan pentadbiran. Namun daripada perbincangan lepas ternyata pengetua lebih banyak menjalankn tugas sebagai pengurus dan pentadbir daripada menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Mengikut Ginsberg (1988) tidak bersetuju bahawa para pengetua patut menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Namun menurut beliau , pemimpin pengajaran hanya boleh dilakonkan atau dilakukan oleh pengetua yang berkelibar tinggi dan cekap dalam aktiviti pengajaran dan pengurusan sekolah.

Kenyataan Ginsberg telah memperlihatkan kepada kita tentang ketidakupayaan sesetengah pengetua sebagai pemimpin pengajaran memandangkan pengetua tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan semasa menjalankan penyeliaan. Kenyataan ini turut disokong oleh Boardmen et.al.(1953: 14) yang berbunyi :

There are still many high school principals who have a very limited understanding of the meaning and scope of supervision and of the techniques and procedures available for their use "

Kebiasaannya pengetua hanya melakukan penyeliaan dengan cara masuk ke dalam kelas, memerhati pengajaran guru dan jarang memberi komen tentang pengajaran tersebut. Ini menjadikan penyeliaan pengajaran di dalam kelas tidak mencapai matlamatnya. Hal ini terjadi kerana pengetua tidak memahami proses atau prosudur yang sebenarnya. Penyeliaan pengajaran pembelajaran yang dilakukan lebih banyak bagi memenuhi keperluan pihak atasan. Oleh itu, pengetua lebih cenderong untuk mengumpul data-data atau markah-markah penyeliaan bagi maksud menyampaikan maklumat tersebut kepad apihak atasan. Dengan itu tujuan sebenar penyeliaan pengajaran pembelajaran tidak tercapai.

Menurut Ginsberg, beliau menyatakan bahawa halangan para pengetua dalam menjalankan tugas penyeliaan berpunca daripada pengalaman dan latihan mereka sebelum dan selepas menjadi pengetua. Walaupn latihan dan perkhidmatan di terima oleh para pengetua namun latihan tersebut lebih cenderong bagi pengurus sekolah dan bukannya sebagai pemimpin pengajaran. Oleh itu, mereka tidak bersedia menerima untuk melakonkan peranan sebagai pemimpin pengajaran seperti kata Ginsberg dalam kesimpulannya :

" …with no specific course offered institusi the training programme, the area if instructional leadership, and eith many of skills the implies concept never taught institusi the training program, the training of instructional leaders is institusi a sorry state"

Page 15: Penyeliaan Pengajaran Nota

Kenyataan ini turut disokong oleh Tunku Ismail Tunku Mohd. Jiwa (1989) yang menyatakan " apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, ia akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan ". Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Al Ramaiah(1999), Hussain Mohmood(1997), Asnah Abd. Hamid(1995), Ibrahim Mamat(1993), Nazaruddin et. al.(1993) dan Boardmen et. al. (1953). Hakikatnya pengalaman mengajar dan kekananan dalam perkhidmatan sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang guru itu sebagai pengetua. Maka langkah-langkah yang wajar perlulah dilakukan untuk mengembalikan fungsi pengetua ke landasan yang betul iaitu sebagai pemimpin pengajaran.

Seorang Prof. W. G. Walker seorang pentadbir dari Australia memberi komen tentang perkara tersebut (Tunku Ismail, 1986) yang berbunyi :

If a man is to be a teacher we train him to be a teacher; if an engineer, we train him to be an engineer; if a naval offiver, we train him to be a naval officer. But if a man is to be a good principal? Of course, we do not, unless we wish to delude ourselves by referring to several years of class teaching which may or may not provide some vicarious experiences in administration as "training".

Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961 masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak dimasukkan ke dalam senarai pegawai pentadbiran. Dalam Laporan Aziz(1971) pula, jawatan pengetua sekolah tidak dimasukkan ke dalam kategori profesional. Dalam keadaan sekarang nampaknya pentadbiran sekolah di negara ini belum diiktiraf sebagai satu bidang pengkhususan profesional seperti di Amerika Syarikat, Australia ataupun di Great Britain. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan pun tidak memberikan perhatian serius kepada aspek ini dan jaranglah seseorang pengetua diberi latihan sistematik sebelum dilantik sebagai pentadbir sekolah.

Pada tahun 1969, Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah menyediakan satu laporan yang bertajuk Training for Development in West Malaysia dan laporan berkenaan telah menyarankan kepentingan latihan profesional bagi pengetua sekolah. Kesimpulan bahagian yang relevan ialah yang berikut:

The report recognises school administration as an important aspect of training in the Education Service and therefore all principals should be given this training. It says that principals of large schools with enrolments of over 1,000 students should undergo long intensive training overseas while those of smaller schools should attend a shorter and more elementary course in school administration.

Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah(1971) juga telah menyentuh perkara yang sama dalam laporannya:

The Committee recognises that the school principal or head teacher is largely responsible for setting the tone and the standard of educational achievement in the school. We find that there has been no systematic process by which a teacher is prepared or trained for this very important role. The practice has been to leave, as it were, to chance as to how a person would shape up as a head of a school. The problem is also complicated by the

Page 16: Penyeliaan Pengajaran Nota

constraint of service practice where seniority, either by scheme of service or years of service, has often been used as the criterion for promotion. The technical difficulties of using aptitude and leadership qualities as criteria for promotion have not been resolved. We are of the opinion that it is false to assume that an experienced teacher or even a good teacher would naturally make a good head.

Tunku Ismail(1986) telah mencadangkan bentuk-bentuk kursus dan kegiatan profesional latihan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai tujuan ini, semua pengetua patutlah diberi peluang menghadiri kursus serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti profesional yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah.

Kemahiran dan kecekapan pentadbiran sekolah bukanlah sifat semulajadi pengetua sekolah dan oleh itu perlu diperolehi. Salah satu cara yang berkesan dan cepat untuk pengetua itu memperoleh pengetahuan dan kemahiran pentadbiran yang begitu penting baginya ia menghadiri kursus. Oleh yang demikian, rancangan latihan pengetua sekolah bolehlah diadakan secara berperingkat-peringkat dan kursus-kursus yang dianggap sesuai ialah yang merangkumi kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan, dan kegiatan-kegiatan perkembangan profesional yang berterusan.

Guru-guru siswazah boleh dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk menghadiri kursus sijil, diploma atau sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan di universiti-universiti di dalam atau di luar negeri. Jikalau guru siswazah ingin mengikuti kursus pada peringkat sarjana, tempat yang dapat menawarkan kursus pentadbiran pendidikan yang sesuai ialah universiti-universiti di Amerika Syarikat. Guru itu akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang banyak jikalau ia mengambil program ijazah sarjana menerusi kerja kursus.

Bilangan guru siswazah yang dapat dihantar oleh Kementerian Pendidikan mungkin terhad dan juga selepas pengijazahan guru-guru tersebut akan ditempatkan di bahagian lain di Kementerian Pendidikan dan akhirnya tidak dapat menjadi pengetua sekolah. Bakal-bakal pengetua sekolah boleh juga dihantar ke universiti-universiti tempatan untuk mengikuti kursus diploma dalam bidang pentadbiran pendidikan. Kursus seperti itu patut ada internship programme di model schools supaya bakal-bakal pengetua itu dapat memperolehi pengalaman amali serta nasihat daripada pengetua-pengetua di sekolah berkenaan.

Pada masa ini, kursus seperti itu belum diperkenalkan di universiti-universiti tempatan. Sebagai satu langkah alternatif Kementerian Pendidikan patut memikirkan, mungkin sudah tiba masanya keperluan membina sebuah post-graduate college of education untuk merancang dan mengendalikan semua kursus profesional dalam bidang pendidikan. Jika ini menjadi visi Menteri Pendidikan negara ini sudah tentu banyak masalah tentang pendidikan dapat diatasi. Keadaan ini mungkin tidak berlaku jikalau ada pool bakal-bakal pengetua yang telah menghadiri kursus pra-perkhidmatan untuk dipilih dan ditempatkan di sekolah yang tidak ada pengetua.

Kursus dalam perkhidmatan adalah sesuai untuk meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran pengetua sekolah yang sedang berkhidmat dan yang belum mendapat latihan sistematik dalam pentadbiran sekolah. Kursus seperti ini memberikan peluang bagi pengetua-pengetua berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran dan juga untuk mengatasi isu

Page 17: Penyeliaan Pengajaran Nota

dan masalah sekolah yang dialami oleh rakan-rakan sejawat. Dari aspek perbelanjaan, kursus ini kosnya tidaklah tinggi, dan untuk mengikutnya pengetua-pengetua tidak perlu mengambil cuti yang panjang.

Kursus pendek untuk profesional pada masa kini sudah menjadi trend di Amerika Syarikat, Australia dan Great Britain, dan kajian-kajian kes yang dibincangkan dalam kursus itu ada relevannya dengan tugas harian peserta kursus. Kebanyakan kursus dalam perkhidmatan bagi pengetua sekolah adalah preskriptif kerana disediakan oleh pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan yang sebilangannya tidak pernah menjadi pengetua sekolah. Oleh yang demikian, pengetua sekolah patut dijemput untuk merancangkan kursus dalam perkhidmatan bersama-sama dengan pegawai lain.

Kementerian Pendidikan sekarang sedar akan betapa pentingnya kursus jangka pendek bagi pengetua sekolah, dan menerusi Institut Aminuddin Baki di Sri Layang, Genting Highlands kursus-kursus asas bagi pengetua telah dikendalikan dari masa ke masa. Pada tahun 1980-1988 seramai 3,347 orang pentadbir sekolah sudah menghadiri kursus seperti itu. Kursus asas yang disediakan oleh Institut Aminuddin Baki adalah bagi pengetua yang sedang berkhidmat tidak melebihi dua tahun dari tarikh pelantikan. Sebagai contoh, kursus itu mengandungi lima bidang iaitu

(i) Pengurusan Tadbiran Pejabat dan Kewangan.

(ii) Pengurusan Personel dan Sumber.

(iii) Pembangunan Diri Insan.

(iv) Penggunaan Bahasa Malaysia Baku Dalam Pengurusan.

(v) Pengurusan Kurikulum dan Ko-kurikulum.

Kursus itu telah direkabentuk untuk membolehkan lantikan baru memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang asas supaya mereka dapat mengurus perkara-perkara yang penting untuk mereka apabila mula bertugas sebagai pengetua sekolah.

Semua pengetua sekolah mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat kita terutama sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian, pengetua sekolah haruslah mengemaskinikan pengetahuan dan ilmu tentang profesion sendiri. Satu jalan yang baik ialah penglibatan diri sendiri dalam kegiatan-kegiatan profesional. Tetapi kegiatan-kegiatan profesional bagi pengetua sekolah di Malaysia sangat kurang. Oleh yang demikian, bolehlah dicadangkan satu pusat kegiatan profesional bagi pengetua-pengetua ditubuhkan di mana-mana universiti tempatan. Pusat seperti itu dapat membantu pengetua sekolah dalam perkara-perkara yang berikut

(i) Menaja bengkel dan seminar yang dikelolakan oleh pengetua dan pensyarah universiti tentang masalah dan isu pendidikan dan juga kepimpinan.

(ii) Memberikan perkhidmatan perundingan tentang masalah sekolah dan individu.

Page 18: Penyeliaan Pengajaran Nota

(iii) Menyediakan tempat perjumpaan pengetua sekolah.

(iv) Menyediakan tempat pameran buku, majalah, hasil penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan profesion pengetua sekolah dan

(v) Menyediakan pusat membantu pengetua menulis buku atau kajian kes.

Untuk menjadi seseorang pengetua yang cekap dan berkesan dalam pentadbiran sekolah, seseorang tidak boleh menganggap latihannya sudah lengkap selepas ia menghadiri kursus ataupun selepas mendapat ijazah. Kegiatan perkembangan profesionalnya harus diteruskan seperti penglibatan diri dalam kegiatan-kegiatan yang berikut

(i) Menghadiri kursus atau seminar yang dikendalikan oleh universiti.

(ii) Menghadiri bengkel atau klinik yang memberi tumpuan kepada masalah dan isu pentadbiran.

(iii) Membuat lawatan sambil belajar.

(iv) Membaca penerbitan profesional untuk mengemaskinikan pengetahuan sendiri.

(v) Menghadiri mesyuarat profesional pada peringkat negeri dan di luar negeri supaya dapat bertukar-tukar fikiran dengan rakan sejawat dan juga mengekalkan konteks di antara satu sama lain dan

(vi) Membuat kunjungan ke sekolah lain untuk mendapat idea baru atau melihat sendiri rancangan-rancangan yang inovatif.

Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama universiri tempatan telah merangka satu program persediaan kepada bakal-bakal pengetua mulai tahun 2000. Program ini dikenali sebagai Program Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) merupakan kesenambungan daripada rintihan-rintihan pemimpin-pemimpin pendidikan sejak 30 tahun dahulu yang mahukan pengetua-pengetua diberi latihan sebelum dilantik ke jawatan pengetua. Diharapkan program ini dapat memantapkan sistem pendidikan negara kerana bakal-bakal pengetua telah didedahkan dengan pelbagai keadah, teori dan amalannya. Peningkatan mutu pendidikan bakal pengetua kepada sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana juga memungkinkan mutu perkhidmatan pengetua pada masa akan datang lebih menyakinkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994)

Walaupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan bentuk latihan bagi meningkatkan kemahiran pengetua namun para pengetua juga akan menghadapi pelbagai bentuk tekanan daripada pihak luar sekolah. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan sedikit sebanyak bentuk penyeliaan pengajaran-pembelajaran yang akan dilakukan.

Menurut Sarason (1971) mendapati pengetua menerima tekanan kerja yang banyak daripada ketua-ketua dalam hierarki sistem persekolahan dalam bentuk arahan dan peraturan. Banyak surat-surat yang di terima perlukan tindakan segera. Pengetua-pengetua dewasa ini menghadapi masalah disiplin di kawasan sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi beban baru kepada pengetua untuk

Page 19: Penyeliaan Pengajaran Nota

menengani masalah ini. Dengan itu, pengetua telah terperangkap dalam keadaan serba salah antara tuntutan pihak atasan dengan kehendak-kehendak sekolah itu sendiri.

Selain daripada itu, pengetua juga menghadapi tekanan-tekanan daripada masyarakat setempat, ibu bapa atau kumpulan-kumpulan yang berkepentingan (Leithwood dan Montgomery, 1994). Pengetua terpaksa mengimbangi segala bentuk tekanan tersebut dengan visi sekolah. Contohnya, pengetua-pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat persatuan, jemputan perasmian, jamuan, ceramah dan sebagainya oleh badan-badan di dalam kawasan atau daerah di waktu pejabat. Semua ini sedikit sebanyak menjejaskan penyeliaan yang dirancang hendak dilakukan. Majlis-majlis kelolaan Pejabat Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, parti politik dan sebagainya turut melibatkan pengetua sekolah di dalam kawasan mereka.

Seterusnya, pengetua juga tidak dapat lari daripada tekanan daripada PIBG. Hambatan PIBG biasanya mengenakan bentuk tekanan dari aspek penyediaan kekurangan sumber yang terdapat di sekolah. Kekurangan guru, kelas, perabot sering dikaitkan dengan PIBG. Tuntutan PIBG menyebabkan beban tugas pengetua semakin meningkat. Peruntukan kewangan yang terhad kepada sekolah daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri sudah tentu membantutkan usaha pengetua menyediakan semua kemudahan kepad guru dan pelajar. Keadaan tertangguh institusi menyebabkan proses penyeliaan akan terjejas.

Lain pula ceritanya di Sabah dan Sarawak yang majoriti sekolahnya memerlukan pembinaan sekolah yang baru bagi menggantikan sekolah yang sudah usang. Sekolah yang dibina sejak Perang Dunia Kedua masih digunakan walaupun sekolah tersebut sudah tidak selamat digunakan. Keadaan sekolah ini ternayata amat sempit, uzur dan saiz kelasnya adalah kecil menyebabkan pengetua-pengetua terbabit lebih memberi perhatian untuk menyediakan pasarana daripada penyeliaan pengajaran-pembelajaran (Tibaw, 1995). Dengan itu, penyeliaan pengajaran-pembelajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Kesimpulannya, pengetua menghadapi 3 unsur utama dalam menghalang melakukan penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Bentuk-bentuk tekanan tersebut seperti tekanan daripada pihak atasan (Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia), tekanan dari masyarakat setempat, badan berkepentingan dan ibu bapa serta tekanan dalam penyediaan kekurangan sumber sama ada sumber manusia atau peralatan. Kesemua faktor ini menjejaskan fungsi pengetua sebagai pemimpin pengajaran terutamanya dalam aspek penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Walaupun seseorang pengetua itu bijak di dalam menangani tekanan namun beliau masih juga akan gagal melaksanakan tanggungjawab sekiranya sifat peribadinya yang lemah bagi maksud menjadi pemimpin pengajaran di sekolah.

Boardman et.al.(1953) telah menyatakan bahawa pengetua-pengetua belum bersedia untuk melakukan pencerapan memandangkan mereka tidak memahami pelbagai mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Penyeliaan yang dilakukan tidak mencapai objektif kerana mereka mengaplikasikan penyeliaan secara umum sahaja untuk semua mata pelajaran . Manakala menurut kajian Fullan dan Pomfret(1977) menyatakan bahawa seringkali program itu gagal. Kegagalan itu sebenarnya disebabkan oleh pengetua tidak bersedia untuk memainkan peranannya sebagai pemudahcara dan agen perubahan. Dengan itu, pengetua-pengetua akan hilang kewibawaan semasa melakukan penyeliaan

Page 20: Penyeliaan Pengajaran Nota

pengajaran. Asnah Abd. Hamid(1993) mengariskan beberapa kriteria peribadi pengetua yang menghalang pengetua melakukan penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru-gurunya seperti

(i) Pengetua dan guru yang terlalu mengenali antara satu sama lain akan mengganggu gugat proses penyeliaan pengajaran-pembelajaran. Persoalan timbul tentang sikap terhadap jantina mungkin timbul.

(ii) Pengetua yang menyelia guru-guru di dalam kelas mungkin mewujudkan keresahan di dalam diri guru yang diselia. Keadaan ini akan menyebabkan guru memaperkan perlakuan seperti patuh kepada arahan dan hanya melakonkan sahaja apa yang dilakukan di dalam kelas tersebut. Pernyataan ini turut disokong oleh Al Ramaiah(1999).

(iii) Jika motivasi pengetua tinggi di dalam penyeliaan akan menghasilkan keputusan penyeliaan pengajaran-pembelajaran yang memuaskan dan begitu sebaliknya.

(iv) Gaya pengetua memainkan peranan penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan dan cara arahan, penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Jika wujud pertembungan antara pengetua dan guru ia boleh mewujudkan ketidak sefahaman haluan.

(v) Perhubungan antara pengetua dengan guru yang diselia jika terlalu intim akan menyebabkan penyelia itu lebih bersifat peribadi. Pengetua akan menghadapi kesukaran untuk melakukan penyeliaan yang lebih objektif. Oleh itu, kemungkinan guru itu tidak dapat menerima teguran secara professional.

(vi) Kerapkali wujud penyeliaan pengjaaran-pembelajarn yang berkaitan dengan had ruang penyeliaan. Pengetua akan melakukan pencabulan hak staf yang diselia. Keadaan ini berlaku kerana pengetua menganggap dirinya serba tahu daripada guru-guru tadi. Oleh itu, hak guru perlulah dihormati.

(vii) Pengetua sering menggunakan penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai kayu ukur dalam penilaian prestasi dan menapis guru-guru yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Keadaan ini berkemungkinan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan guru-guru. Pengetua harus bijak menguruskan semua ini dan

(viii) Etika kerahsiaan mestilah dipatuhi. Perkara ini penting untuk membina, memupuk dan mengekalkan perhubungan. Penyelia yang sihat dan dinamik agar penyeliaan yang dilakukan mendapat keputusan yang diharapkan. Ada pengetua dengan terang-terang menyatakan mana-mana guru yang mengajar dengan cara yang lemah di dalam mesyuarat staf.

Jelas sekali bahawa aspek peribadi pengetua perlulah diberi perhatian. Pengetua harus bijak menangani sebarang halangan berhubung aspek peribadi agar guru-guru percaya akan kebolehan pengetua dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin pengajaran. Kebijaksanaan pengetua boleh menarik perhatian guru dan seterusnya mencapai matlamat yang diharapkan. Jika sebaliknya berlaku, maka apa yang diharapkan dari penyeliaan pengajaran–pembelajaran akan menjadi lakonan dan memenuhi kehendak-kehendak pihak atasan sahaja.

Page 21: Penyeliaan Pengajaran Nota

Faktor Guru

Boardmen et.al.(1953) telah menyata bahawa kebanyakan guru percaya bahawa soal pengajaran di dalam kelas adalah kepakaran mereka dan pengetua tidak berupaya memperbaiki tahap kecekapan pengajaran mereka. Mengikut kajian Nazaruddin et.al (1993) mendapati 80% guru-guru menyatakan penyeliaan pengajaran tidak wajar dilakukan oleh pengetua walaupun mereka memahami tujuan-tujuan penyeliaan dalam bilik darjah. Kebanyakan guru pula lebih suka pengetua mereka berperanan sebagai pengurus sekolah. Mereka juga lebih suka tugas dan perkara yang berkaitan dengan pengajaran dijadikan hak mereka tanpa gangguan atau campur tangan pengetua ( Kottkamp, et. al.(1986) dalam Husssain Mohmmad(1997). Metadologi dan sistem penyeliaan juga dipersoalkan oleh guru-guru (Al Ramaiah, 1995). Kepakaran pengetua sebagai penyelia turut diragui.

Daripada penyataan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa kesediaan guru-guru untiuk diselia juga membawa kepada penyeliaan yang dikehendaki. Tanpa sokongan daripada guru-guru maka matlamat sebenar penyeliaan pengajaran-pembalajaran tidak akan tercapai. Oleh itu, pengetua yang bijak perlulah memastikan tujuan dan objektif penyeliaan pengajaran-pembelajaran diketahui oleh semua pihak yang terlibat supaya tidak berlaku salah tafsir, salah faham dan salah guna penyeliaan pengajaran-pembelajaran (Al Ramaiah; 1995, Broadwell; 1975, Hussain Mahmood; 1997). Aspek komunikasi harus dipertajamkan oleh pengetua agar maksud di atas tercapai.

" Masalah yang berkaitan dengan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam mengamalkan pelajaran baru. Sesetengah guru didapati kurang mempunyai motivasi dan tidak mahu menerima dan tidak menjalankan perubahan " (Leithwood dan Montgomery, 1982). Asnah(1993) merujuk kepada motivasi staf sama ada bersifat luaran atau dalaman.

Ada guru-guru yang suka diselia terutama guru-guru baru kerana pada anggapan mereka pengetua merupakan orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Tunjuk ajar daripada pengetua sudah tentu dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka namun bagi guru-guru "tunggul mati" , mereka tidak suka diselia oleh pengetua (Ibrahim Mamat ,1993) . Bagi mereka, pengetua tidak tahu tentang kepakaran mereka dan anggap mereka sahaja yang betul. Walhal cara pengajaran akan berubah dalam masa 5 tahun ( Al Ramaiah, 1999).

Oleh yang demikian, pengetua akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas mereka terutama pengetua-pengetua yang baru dilantik sebagai pengetua dan belum menghadiri kursus berhubung dengan penyeliaan ini. Guru-guru lama sudah tentu menggunakan kesempatan ini untuk mengelak daripada diselia oleh pengetua dan pengetua-pengetua ini juga diperhatikan kurang melakukan penyeliaan terhadap guru-guru yang telah lama berkhidmat.

Faktor Pelajar

Dalam aspek penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas, pelajar-pelajar memainkan peranan yang penting . Keberkesanan pengajaran-pembelajaran guru dapat

Page 22: Penyeliaan Pengajaran Nota

diukur melalui kefahaman dan keputusan peperiksaan pelajar. Namun demikian, jika pengetua tidak berhati-hati di dalam melakukan penyeliaan di dalam kelas maka keputusan yang diperolehi tidak mencerminkan keadaan sebenar. Pelajar yang pelbagai tahap kecerdasan sudah tentu membawa pelbagai kesan kepada pengajaran-pembelajaran guru. Pelajar yang kurang berusaha, ketekunan, kurang mematuhi peraturan sekolah, kurang keinsafan dan kesedaran tentang perlunya pendidikan akan menjadikan halangan kepada pengetua semasa melakukan menyeliaan pengajaran-pembelajaran (Ibrahim Mamat, 1993).

Oleh itu, pengetua harus memahami situasi pelajar sebelum melakukan pencerapan. Perbincangan dengan guru yang hendak diselia berhubung situasi pelajarnya mungkin memberi faedah kepada pengetua bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang situasi pelajar di dalam sesebuah kelas. Dengan cara itu, guru-guru tidak akan merasa takut atau resah jika mereka tahu pengetua sudah memahami situasi pelajar-pelajar yang bakal mereka hadapi. Oleh itu, objektif penyeliaan boleh dicapai.

Kelengkapan dan Kemudahan

Selain daripada faktor halangan daripada pengetua, guru dan pelajar para pengetua juga perlu memikirkan kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dan kawasan sekolah amnya bagi memastikan penyeliaan pengajaran-pembelajaran mencapai objektifnya. Bilik darjah yang kekurangan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan eletrik, kipas, alat-alat mengajar dan lain-lain akan menjejaskan pengajaran guru dan penerimaan pelajar (Ibrahim Mamat, 1993).

Jika sesebuah sekolah atau kelas itu sempurna, maka kadar pengajaran-pembelajaran akan bertambah baik. Sebagai contoh, kelas yang tidak mempunyai kipas angin akan mengganggu gugat proses pengajaran-pembelajaran kerana semua pihak ( guru dan pelajar) berada di dalam keadaan yang tidak selesa jika hari tersebut terlalu panas. Dengan itu, pengetua harus mengkaji semua faktor sebelum membuat atau melakukan penyeliaan terhadap guru-guru.

Kesimpulannya halangan-halangan kepada penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas yang baik seperti kekangan masa, kurang kemahiran dan latihan, tekanan dan cirri-ciri pengetua, faktor guru dari aspek sikap dan motivasi, faktor pelajar dan faktor kelengkapan dan kemudahan. Husain Mahmood (1997: 221) mengariskan beberapa cadangan untuk memperbaiki keadaan ini seperti

(i) Menjalankan kajian lanjutan tentang teori dan konsep kepimpinan pengajaran.

(ii) Mengubahsuaikan latihan dalam perkhidmatan bagi pengetua.

(iii) Mendapatkan sokongan dan dasar daripada pihak atasan dalam hierarki system pendidikan bagi memajukan peranan kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua.

(iv) memilih dan menaikkan pangkat guru-guru atau pengetua yang komited kepada kemajuan pengajaran. Ini bermakna pengetua yang dilantik terdiri daripada mereka yang benar-benar terbukti kejayaannya dalam memajukan sekolah dan

Page 23: Penyeliaan Pengajaran Nota

(v) Pengetua menilai peranan mereka secara meninjau kembali kekuatan dan kelemahan mereka dalam kepimpinan dan mencergaskan diri untuk menjadi pemimpin pengajaran iaitu satu peranan yang tidak mustahil dijalankan.

Penutup

Sungguhpun kepimpinan pengajaran itu satu konsep baru tetapi intipatinya adalah tidak baru. Perbalahan masih lagi wujud dikalangan penyelidik-penyelidik pendidikan berhubung dengan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Ada pihak menyatakan tidak wajar dan ada pihak yang menyetujui peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Pengetua menghadapi berbagai halangan semasa melakukan penyeliaan pengajaran-pembelajaran. Keadaan ini berpunca daripada pengetua, guru, pelajar dan kemudahan serta kelengkapan. Penulisan ini juga ada mengutarakan beberapa cadangan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

Bibliografi :

Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah – Isu Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 10-33.

Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.

Anderson, Coralyn S. (1987). Instructional Leadership Behaviours In High School Principals, Assistant Principal And Deparmant Chairpersons : The High School Journal. 70 (2) : 115 - 123.

Anderson, R. H. & Karolyn, J. S. (1993). Clinical Supervision : Coaching For Higher Performance. Pennsylvania : Technomic Publishing Company,Inc.

Arthur, J. Lewis & Alice, Miel (1972). Supervision For Improved Instruction. California: Wadsworth Publishing Campany,Inc.

Asnah Abdul Hamid,(1995)."Penyeliaan Dalam Pengurusan Organisasi Pendidikan : Satu Pendekatan Kaunseling". Jurnal Pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 4, Bil. 2.

Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision with vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478

Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing Company.

Boardman, W. Charles, Dougless R. Harl dan Bent K. Rudyard. (1953). Democratic Supervision In Secondary School. Massachusetts : Houghton Mifflin Company.

Page 24: Penyeliaan Pengajaran Nota

Broadwell, Martin M. (1975). Supervisior dan Masalahnya. Yogyakarta : Penerbitan Yayasan Kanisius.

Charles, A. (1987). The Leadership Style of the Elementary Principal and its Relationship to Curriculum Change in Reading. Ed. D dissertation, The State University of New Jersey (New Brunswick). (ERIC Dokument Reproduction Service No. ED 166686)

Duke, D.L. (1987). School Leadership and Instructional Improvement. New York : Random House.

Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and Outcomes in H.J. Walberg (Ed), Educational Enviroment and Effects. Berkerly, Cal. : McCutchan Publishing Corporation.

Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change. New York : Teacher College, Colombia University.

Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as Instructional Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82.

Glickman, Carl D. (1989). Supervision Of Instruction; A Developmental Approach. Massachusetts : Allyn & Bacon, Inc.

Goalstein, William (1982). Supervision Made Sample. Indiana : Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Goldhammer, R. et. al. (1980). Clinical Supervision : Special Methods for the Supervision of Teachers. (2nd. ed.) New York : Random House.

Haji Abdul Rahman b. Ahmad,(1987). Penyeliaan Bilik Darjah - Kajian Kes Sekolah-Sekolah Selangor. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Dearah kali ke 5 di Kota bahru, Kelantan.

Hallinger, P. & Murpy, J. F. (1982). The Supretendents Role in Promoting Instructional Leadership. Adminstrator's Notebook, Vol.30 (6), p.1-4.

Hallinger, P. & Murpy, J. F. (1985). Assessing The Instructional Management Behaviour of Principals. Educational Leadership. Nov. : p. 217-247.

Hallinger, P. & Murpy, J. F. (1987). Assessing and Developing Principal Instructional Leadership. Educational Leadership. Septembar : p. 54-61.

Harris, Ben M. (1975). Supervisory Behavior In Education. New Jersey : Prentice-Hall,Inc.

Hoy, W.K. & Forsyth. P.H. (1986). Effective Supervision. New York : McGraw Hill.

Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 25: Penyeliaan Pengajaran Nota

Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ismail Abu Talib, (1986). Penyeliaan Sekolah - Satu Harapan. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Peningkatan Profesionalisme Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Melaka, Melaka.

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, (1993). Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1994). Principal Work Targets. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah. Dato' Haji Murad bin Mohd. Noor, Pengerusi. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1977.

Likert, R. (1961). New Patterns Of Management. New York : McGraw Hill Book Company.

Mohd Salleh Lebar, (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et. al (1993). Penyeliaan Pendidikan : Kepimpinan Instruksi Guru Besar & Pengetua. Jurnal Pendidikan.

Panduan Pentadbiran Sekolah. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur, 1982.

Perangkaan Pendidikan di Malaysia 1986. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Cawangan Selangor, (1995) Panduan Tugas Staf Sekolah , Petaling Jaya, Selangor : Alpha Sigma Sdn. Bhd.

Revised Report of the Royal Commission on the Teaching Services, West Malaysia. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd. Zain, Chairman. Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan, 1971.

Ross, L. N. & Evans, N. D. (1980). Handbook For Effective Supervision Of Instruction (Third Edition). New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Sarasson, S. (1971). The Culture of the School and The Problem of Change. Boston : Allyn and Bacon.

Sergiovanni, T. J. (1983). Supervision : Human Perspectives. New York : McGraw Hill Book Company.

Page 26: Penyeliaan Pengajaran Nota

Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship : A Reflective Perspective. Boston : Allyn & Bacon.

Sukatan Kursus Asas Guru Besar (1) - 1/88. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Sri Layang, Genting Highlands. 1988.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999 bertajuk Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 / 1987 bertajuk Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / Guru Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Tibaw, (1995). Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Bantuan Di Mukah. Sekolah Menengah Bantuan Saint Patrick, Mukah.

Tunku Ismail b. Tunku Mohd. Jiwa, (1989). Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1989 bertajuk Profesor Dalam Bidang Pentadbiran Pendidikan . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia .

Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin, (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin,(1987). Ke Arah Pengurusan dan Penyeliaan Bilik Darjah.Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Dearah kali ke 5 di Kota bahru, Kelantan.

 

Page 27: Penyeliaan Pengajaran Nota

HURAIAN KANDUNGAN

1.0 PENYELIAAN PELAJAR

1.1 Definisi Penyeliaan

Dalam konteks pendidikan, pelbagai istilah berikut digunakan untuk penyeliaan: penyeliaan

pengajaran (instructional supervision), penyeliaan pendidikan (educational supervision), dan

penyeliaan pelajar (student supervision). Walau apapun istilah yang digunakan, penyeliaan

dalam pendidikan mempunyai “its central mission the facilitation of effective instruction” (Bruce

& Grimsley, 1987, hlm. 1). Definisi yang diberi oleh Glickman et al. (1998), juga menekankan

bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan adalah bertujuan mempertingkatkan

keberkesanan pengajaran. Mereka yang telah membuat tinjauan literatur tentang penyeliaan

merumuskan,

Almost all writers agree that the primary focus in educational supervision is – and should be – the improvement of teaching and learning. The term instructional supervision is widely used in the literature to embody all efforts to those ends. (Glickman et al.,1998, hlm. 8)

Apabila diaplikasikan dalam konteks institusi pendidikan tinggi, penyeliaan pelajar bermakna

penyeliaan pembelajaran pelajar bagi kedua-dua peringkat siswazah dan pasca-siswazah

walaupun di Malaysia istilah yang kerap digunakan pada peringkat siswazah ialah “Penasihat

Akademik” sementara istilah “Penyelia” lebih kerap digunakan di peringkat pasca-siswazah.

Dalam hal ini, definisi yang diberikan oleh Glickman et al. (1998) lebih sesuai iaitu, “supervision

is assistance for the improvement of instruction” (hlm. 8) kerana definisi ini membolehkan

penyeliaan dilihat sebagai satu fungsi dan proses, bukan sahaja sebagai satu peranan atau

jawatan. Perkara ini bermakna kesemua pensyarah terlibat dalam proses penyeliaan iaitu

usaha mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar mereka.

Page 28: Penyeliaan Pengajaran Nota

1.2 Peranan Penyelia dan Kemahiran Penyeliaan

Selaras dengan definisi penyeliaan dalam konteks pendidikan di atas, peranan utama penyelia

adalah:

Memberi motivasi

Menggalak, memotivasi dan menasihat pelajar merupakan satu daripada fungsi utama pendidik

pada mana-mana tahap pun, termasuk peringkat pendidikan tinggi. Pengalaman menunjukkan

perkara ini tidaklah mudah dilakukan seperti yang jelas daripada kenyataan berikut:

Perhaps the best way to motivate students is to develop a good rapport with the class, to fire them with your enthusiasm and persuade them of the interest and importance of your subject – not easy. It is sometimes possible to improve the motivation of students by choosing examples relevant to hteir interests, taking advantage of any topical issues or events involving you subject, and relating your material to the rest of their programme. Repeated reference to the examination helps too. (Cox, 1994, hlm. 52)

Walau bagaimanapun, terdapat teknik-teknik yang boleh pensyarah gunakan untuk

mempertingkatkan kemahiran mereka dalam hal ini (sila rujuk Modul 3 D bagi perbincangan

lanjut).

Memberi bimbingan

Satu lagi peranan penting penyelia adalah memberi tunjuk ajar termasuk mengarahkan pelajar

kepada sumber yang relevan, mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan

pelajar, mengesan kekuatan dan kelemahan, membetulkan kesalahan pelajar dengan serta-

merta dan memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik.

Berdasarkan peranan di atas, beberapa jenis kemahiran yang diperlukan bagi penyeliaan

walaupun kemahiran tersebut umumnya (lebih-lebih lagi pada peringkat pendidikan tinggi)

diperoleh on the job, bukan semasa program persediaan profesional dan internship (Alfonso et

al., dalam Bruce & Grimsley, 1987).

Daripada klasifikasi yang dikemukakan oleh Bruce dan Grimsley (1987) dan Glickman et al.

(1998), dapat dirumuskan bahawa terdapat dua jenis utama kemahiran yang diperlukan bagi

penyeliaan pelajar, iaitu:

Page 29: Penyeliaan Pengajaran Nota

Kemahiran hubungan manusia (human relations skill) atau kemahiran interpersonal

iaitu keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dan memotivasi

mereka agar mereka berusaha untuk memperoleh prestasi baik.

Kemahiran teknikal dan pengurusan iaitu pengetahuan dan keupayaan khusus yang

diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas utama sebagai penyelia merangkumi

aktiviti merancang, mentaksir, membuat pemerhatian, dan menilai program

pengajaran.

Jika kemahiran yang pertama boleh dipertingkatkan melalui pembacaan tentang cara-cara

memotivasi pelajar (sila lihat Modul 3 D), peningkatan kemahiran teknikal dan pengurusan

boleh dilakukan melalui pengumpulan dan penelitian terhadap garis panduan bagi pelbagai

bentuk pembelajaran yang dilalui oleh pelajar (perkara ini dibincangkan pada bahagian 1.4 di

bawah).

Semua penyeliaan mestilah dilakukan berpandukan kod etika akademik universiti masing-

masing khususnya yang berkaitan dengan hubungan antara kakitangan dengan kakitangan lain

dan pelajar, dan yang berkaitan dengan tugas pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, adalah

menjadi suatu pelanggaran etika bagi seseorang kakitangan akademik melakukan perkara

berikut: mencabul kehormatan pelajar di dalam kawasan kampus; merahsiakan kejadian

ketidakjujuran akademik yang dilakukan oleh pelajar supaya tidak diketahui oleh pihak

pengurusan universiti. Selaras dengan perkembangan semasa, kini terdapat juga etika bagi

penyeliaan yang dilakukan secara maya (virtual supervision).

1.3 Refleksi - Aktiviti Kajian Kes

1. Teliti senarai “Tugas dan Tanggungjawab Penasihat Akademik Pelajar” (bagi

penyeliaan peringkat siswazah) dan “Peranan Penyelia bagi Program Ijazah Tinggi”

(bagi penyeliaan peringkat pasca-siswazah) daripada sebuah intitusi yang diberikan di

bawah. Bagi setiap satunya kenal pasti jenis peranan dan kemahiran yang diperlukan.

Apakah perbezaan antara penyeliaan peringkat siswazah dan pasca-siswazah?

2. Dapatkan garis panduan sedemikian bagi fakulti anda dan bandingkan dengan

senarai yang diberikan. Apakah perbezaan dan persamaan yang anda boleh kenal pasti?

Page 30: Penyeliaan Pengajaran Nota

Tugas dan Tanggungjawab Penasihat Akademik Pelajar

1. Penasihat Akademik akan dibekalkan dan hendaklah menyimpan fail rekod pelajar di bawahnya. Maklumat mengenai latar belakang pelajar, program pengajiannya, kursus-kursus yang telah diambil dan yang dirancang akan diambil, dan hasil setiap perbincangan yang diadakan dengan pelajar hendaklah dimasukkan dalam fail ini.

2. Penasihat Akademik hendaklah bertemu pelajar sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu semester .

3. Dalam memberi bimbingan, Penasihat Akademik tidak seharusnya memaksa pelajar membuat pemilihan program pengajian atau kursus yang hendak diambil oleh pelajar. Peranan Penasihat Akademik ialah sebagai pembimbing yang cuba memperjelaskan pemahaman dan fikiran pelajar tentang program pengajiannya. Pelajar sendiri bertanggungjawab membuat keputusan.

4. Penasihat Akademik hendaklah memberi peringatan kepada pelajar di bawahnya tentang peraturan-peraturan peperiksaan.

5. Dalam memberi bimbingan, hubungan antara Penasihat Akademik dan pelajarnya hendaklah mesra supaya perbincangan dapat dijalankan dengan terbuka dan objektif.

6. Penasihat Akademik hendaklah memberi sokongan dan motivasi yang sesuai kepada pelajar dalam pembelajarannya.

7. Penasihat Akademik digalakkan memahami dan membantu pelajar, di mana boleh dalam aspek peribadi dan sosial pelajarnya. Di mana terdapat masalah pelajar yang di luar kemampuan Penasihat Akademik untuk menyelesaikannya, beliau hendaklah merujuk pelajarnya kepada pakar lain yang lebih arif, misalnya kepada pegawai perubatan atau kaunselor.

8. Terserah kepada kebijaksanaan dan budi bicara Penasihat Akademik untuk menjadikan peranannya lebih efektif.

9. Penasihat Akademik hendaklah menetapkan dan mempamerkan dengan jelas jadual waktu khusus penemuan dengan pelajar dalam sesuatu semester.

Peranan Penyelia Bagi Program Ijazah Tinggi

(a) Sebelum memulakan tugas sebagai Penyelia kepada calon, beliau perlu mengetahui peraturan universiti terkini dan peraturan berkenaan dengan calon pasca ijazah.

Page 31: Penyeliaan Pengajaran Nota

(b) Penyelia perlu mempunyai kemantapan ilmu dan kerangka pendekatan teori dan konsep yang mencukupi dan terkini dalam bidang pengajian calon berkenaan.

(c) Penyelia perlu arif tentang jadual kerja yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu projek penyelidikan supaya ia mematuhi peruntukan masa bagi ijazah-ijazah yang tertentu. Ini bertujuan untuk memastikan projek penyelidikan calon berjalan lancer.

(d) Penyelia bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar dan sokongan akademik yang relevan dan mencukupi kepada calon dalam tempoh waktu penyeliaannya bagi membolehkan calon tersebut menjalankan penyelidikan dan penulisan dengan cemerlang. Tanggungjawab ini termasuk perancangan yang teliti mengenai penyelidikan, kajian latar belakang dan kajian perpustakaan, keperluan menghadiri kursus untuk melengkapkan bidang kajian termasuk kaedah-kaedah saintifik. Kesedaran mengenai kesan pemalsuan dan plagiarisme perlu dimaklumkan kepada calon.

(e) Penyelia perlu mewujudkan hubungan akrab dengan calon. Pertemuaan adalah untuk memantau dan memberi nasihat akademik kepada calon tersebut. Cara ini akan dapat memastikan bahawa calon dapat menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan untuk ijazah tersebut.

(f) Penyelia bertanggungjawab untuk memastikan bahawa calonnya dapat berhubung dengan pakar yang bersesuaian sekiranya bidang penyelidikan calon memerlukannya. Dalam kes-kes tertentu, Penyelia tambahan atau perunding mungkin boleh dilantik.

(g) Dalam kes yang melibatkan lebih daripada satu Penyelia/Perunding, tanggungjawab masing-masing perlu jelas dan hubungan bekerja yang efektif antara kesemua pihak perlu dikekalkan.

(h) Penyelia perlu membantu calon membuat persiapan dan persediaan dalam hal berkaitan dengan pembentangan di persidangan, seminar, mesyuarat dan bengkel.

(i) Penyelia perlu membuat penilaian kemajuan dengan mendapatkan laporan bertulis calon dan memantau pencapaian secara relative mengikut mutu yang ditetapkan untuk ijazah tertentu. Calon hendaklah dimaklumkan sekiranya mutu kerjanya tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika kemajuan calon tidak memuaskan, Penyelia perlu mengambil tindakan untuk membantu calon meningkatkan pencapaian beliau.

(j) Penyelia perlu menyediakan dan mengemaskini fail rekod pencapaian dan kemajuan projek penyelidikan untuk setiap calon.

(k)(l) Penyelia perlu memastikan laporan tahunan setiap 6 bulan untuk setiap calon seliaan

dihantar ke Akademik/Fakulti/Institut/Pusat seperti yang dijadualkan.(m) Penyelia perlu menggalakkan calon seliaannya untuk menulis kertas ilmiah untuk

dibentangkan dalam persidangan dan diterbitkan. Bagi semua kertas ilmiah yang dihantar untuk penerbitan yang ditulis bersama oleh Penyelia dan calon, maka kedua-duanya perlu memberikan kebenaran hak penulisan bagi tujuan penerbitan, penghargaan dan pengedaran.

(n) Penyelia perlu menguruskan sebarang dana (contoh: Vot PJP, IRPA, dan lain-lain) untuk projek penyelidikan.

(o) Penyelia perlu memastikan peraturan keselamatan bekerja dipatuhi semasa penyelidikan dijalankan mengikut polisi keselamatan dan kesihatan yang diperuntukkan.

(p) Penyelia perlu memberi komen yang membina dan kritis untuk draf tesis atau disertasi calon dalam jangka masa yang sepatutnya dan menasihatkan format tesis atau disertasi adalah mengikut format dan peraturan yang ditentukan oleh universiti.

(q) Penyelia perlu membantu dan menasihati proses penamaan dan penilaian kepakaran pemeriksa luar dan dalam. Beliau juga perlu memberitahu calon mengenai pembetulan yang perlu dilakukan berasaskan ulasan yang dikemukakan oleh

Page 32: Penyeliaan Pengajaran Nota

Jawatankuasa Pemeriksa. Penyelia perlu membantu calon dalam membuat pembetulan yang diperlukan dan terus menyelia dalam kes di mana tesis/disertasi dirujuk balik untuk kajian lanjut.

1.4 Pelbagai jenis penyeliaan pelajar ijazah pertama

Oleh sebab terdapat pelbagai jenis pembelajaran yang pelajar lalui semasa mereka menjalani

pengajian peringkat ijazah pertama atau ijazah dasar, terdapat pelbagai jenis penyeliaan yang

perlu dilakukan oleh pensyarah. Secara umumnya, pembelajaran peringkat ijazah pertama

boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) Pembelajaran teori

(b) Pembelajaran praktikal

(a) Pembelajaran teori

Bagi kebanyakan program, pembelajaran teori yang lazimnya dijalankan melalui kuliah dan

tutorial merupakan komponen terbesar dalam program pengajian dan penyeliaan pelajar dalam

hal ini bermaksud pensyarah memantau keberkesanan pengajarannya melalui pengujian,

pentaksiran dan penilaian yang dijalankan (sila lihat Modul 4).

(b) Pembelajaran praktikal

Oleh sebab aspek pembelajaran praktikal wujud dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan

disiplin masing-masing, penyeliaan setiap satunya juga dijalankan mengikut keperluan disiplin

masing-masing. Umumnya pembelajaran praktikal berlaku dalam dua situasi iaitu:

Di bilik-bilik khusus yang disediakan di fakulti/institusi seperti

makmal dan studio di mana peluang tersusun boleh diberikan kepada pelajar untuk

mengamalkan kemahiran dan teknik yang dijangkakan dimiliki oleh graduan dalam

sesuatu disiplin.

Apabila pelajar keluar daripada fakulti/institusi dan berada dalam

dunia/situasi sebenar seperti kerja lapangan (fieldwork), latihan klinikal, latihan

mengajar, dan praktikum. Termasuk dalam kategori ini adalah latihan industri atau

work placement.

Page 33: Penyeliaan Pengajaran Nota

Lazimnya, bagi kedua-dua situasi, terdapat pelbagai garis panduan yang telah disediakan oleh

fakulti/institusi masing-masing mengikut keperluan disiplin masing-masing. Pensyarah baru

perlulah mendapatkan dan menjalankan penyeliaan mengikut garis panduan tersebut.

Penyeliaan pembelajaran teori dan praktikal di atas telah dinamakan sebagai ‘penyeliaan rutin’

oleh Fry et al. (2003) dan mengikut mereka penyeliaan ini memerlukan “self-awareness (e.g., of

one’s personality style, gender, class and race) combined with an ability to engage in reflectice

practice and acute sensitivity to the needs of the student” (hlm. 108).

Di samping itu, terdapat satu lagi jenis pembelajaran yang perlu diselia oleh pensyarah iaitu

projek penyelidikan. Projek penyelidikan menyediakan pengalaman penyelidikan dalam

kehidupan sebenar (real-life) kepada pelajar dan boleh dijalankan secara individu,

berkumpulan, atau secara sangkutan (attachment) kepada sepasukan penyelidikan (pelajar

bertanggungjawab bagi aspek tertentu projek sedia ada itu). Walau apapun pendekatannya,

peranan penyelia sangat penting.

Oleh sebab di Malaysia kini, projek penyelidikan sedemikian lebih kerap dijalankan oleh pelajar

dalam pengajian peringkat pasca-siswazah, penyeliaannya dibincangkan dengan lebih

terperinci pada bahagian berikut.

1.5 Penyeliaan Projek/Disertasi/Tesis Peringkat Pasca-Siswazah

Penyeliaan projek/disertasi/tesis peringkat pasca-siswazah merupakan antara tugas yang

mendapat keprihatinan utama pensyarah baru mungkin kerana penyeliaan sedemikian lebih

merupakan satu pengurusan projek yang memerlukan kemahiran pengurusan projek (project

management skills) pada kedua-dua pihak penyelia dan pelajar (Fry et al., 2003). Dalam satu

kerangka masa, pelajar perlu menghasilkan output iaitu satu disertasi atau tesis mengikut

panjang dan format yang telah ditentukan. Oleh sebab pelajar menentukan skop (parameters)

kerja mereka sendiri dan ini menyediakan potensi untuk mereka mendalami minat mereka

sendiri dalam sesuatu bidang disiplin, peranan penyelia “moves away from that of teacher

providing the format within which students will be expected to perform to that of facilitator” (Fry

et al., 2003, hlm. 107). Malah, mengikut Fry et al. (2003), ciri inilah yang membezakan

penyeliaan projek/disertasi/tesis dengan penyeliaan rutin. Penyeliaan projek/disertasi/tesis

merupakan “a time-bound, managed activity that requires project management skills on the part

of both supervisor and supervisee” (hlm. 108).

Page 34: Penyeliaan Pengajaran Nota

Penyeliaan projek/disertasi/tesis memerlukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

meletakkan tanggungjawab terhadap pembelajaran atas diri pelajar, lantas memerlukan

penyelia mengubah peranannya daripada pensyarah kepada fasilitator. Implikasi anjakan

peranan ini menyediakan potensi yang luas untuk pembelajaran pelajar tetapi pada masa yang

sama memberikan banyak potensi untuk konflik peranan pada pihak penyelia – bahaya over-

atau under supervising. Oleh itu, penentuan dan persetujuan tentang hubungan yang

bersesuaian antara penyelia dan pelajar merupakan kunci kepada memaksimumkan potensi

pembelajaran bagi sesuatu projek/disertasi/tesis. Di bawah dihuraikan prinsip-prinsipnya:

Merangka penyeliaan: Sebelum memulakan projek/disertasi/tesis penyelia perlu menjawab

empat persoalan utama.

Apakah matlamat dan objektif strategi pembelajaran melalui

projek/disertasi/tesis? Penyelia perlu jelas mengapa kaedah pengajaran dan

pembelajaran sedemikian diplih untuk mencapai matlamat program. Lazimnya, rasional

projek/disertasi/tesis adalah untuk mengintegrasikan subjek/kandungan di samping

latihan dalam teknik dan kaedah penyelidikan.

Adakah penyelia akan menggunakan pendekatan berstruktur atau tidak

berstruktur? Banyak hujah yang telah dikemukakan bagi kedua-dua pendekatan. Pada

satu pihak, telah dipersetujui bahawa memberi struktur kepada pelajar mengurangkan

risiko kegagalan di samping menjadikan peranan penyelia lebih mudah dalam erti kata

penyelia dapat memantau kemajuan pelajar berdasarkan tahap-tahap yang telah

ditentukan dengan jelas. Kritikannya pula adalah, kaedah sedemikian tidak cukup

terbuka dan oleh itu tidak begitu mencabar pelajar. Pada pihak yang lagi satu,

dipersetujui bahawa projek yang terbuka/tidak berstruktur memberi peluang kepada

pelajar untuk mengumpulkan pelbagai data dan seterusnya menguji teori atau membuat

penjelasan. Walau bagaimanapun, pendekatan sedemikian dikritik kerana memberi

pelajar terlalu banyak pilihan dan skop, dan ini mungkin menyebabkan pelajar gagal.

Apakah peranannya sebagai penyelia? Empat ciri utama dalam kerangka

penyeliaan yang memerlukan perancangan dan perkongsian dengan pelajar adalah:

pertama, tentukan dan persetujui matlamat; kedua, tentukan dan persetujui objektif

spesifik yang merangkumi tarikh akhir; ketiga, persetujui sasaran yang ditentukan; dan

akhir sekali, nilai semula serta pastikan pemahaman tentang kriteria penilaian. Dalam

kerangka ini, peruntukan masa bagi penyeliaan perlu jelas untuk mengelakkan sebarang

kekeliruan pada masa hadapan, misalnya dengan menentukan waktu perjumpaan.

Page 35: Penyeliaan Pengajaran Nota

Bagi kedua-dua projek/disertasi/tesis tidak berstruktur dan berstruktur, penyeliaan

bermaksud membantu pelajar dalam membentuk persoalan kajian, memilih kaedah, dan

akhirnya menentukan skop pengumpulan data. Oleh sebab produk akhir sepatutnya

merupakan harta intelektual pelajar, penyelia mesti sensitif kepada keupayaan pelajar

untuk menentukan perkara-perkara ini dengan sendirinya. Penyelia perlu sedar

perbezaan antara membimbing dan memberitahu (guiding and telling), dan ini banyak

bergantung kepada kebolehan dan visi pelajar di samping sensitiviti penyelia.

Penyelia yang memfokus kepada peranannya sebagai fasilitator sepatutnya

menekankan respons yang merangkumi: menanyakan soalan-soalan terbuka kepada

pelajar, membuat refleksi terhadap persoalan, dan menggalakkan pelajar mencuba

strategi yang boleh menggerakkan kerja mereka ke hadapan.

Di samping itu, penyelia dan pelajar perlu tentukan dan persetujui bentuk hubungan

(working relationship) yang bersesuaian. Dalam perjumpaan pertama, kedua-duanya

perlu membincangkan jangkaan (expectatitions) dalam erti kata pembahagian

tanggungjawab. Pendekatan formal yang paling diiktiraf dalam hal ini ialah “kontrak

pembelajaran” (learning contract).

Bagaimana memperluas sokongan yang diberikan kepada pelajar? Satu cara

adalah dengan menggalakkan penubuhan kumpulan yang boleh memberi sokongan

sebaya seperti persatuan pasca-siswazah. Selain itu, boleh disediakan poster board

laman web yang mengandungi nota panduan seperti tentang format dan jawapan

kepada persoalan yang kerap ditanya (frequently asked questions – FAQs), dan

menggalakkan pelajar mengemukakan pertanyaan. Walau bagaimanapun, penyelia

perlu memantau poster board itu untuk memastikan ketepatan maklumat. Juga, penyelia

boleh mencadangkan buku-buku yang terdapat dalam pasaran yang memberi petua

cara (‘how to’ tips) melakukan sesuatu.

Menguruskan jadual: Pelbagai dokumen boleh digunakan untuk memastikan

projek/disertasi/tesis berjalan lancar. Antaranya, penggunaan kriteria panduan dan

kontrak pembelajaran sebagai permulaan. Jadual, pelan bertindak dan senarai semak

Page 36: Penyeliaan Pengajaran Nota

juga berguna (lihat contoh yang diberi di bawah). Senarai semak dan pendokumentasian

adalah berguna untuk mengelakkan memory overload, juga sebagai rekod bertulis

tentang perjumpaan yang merangkumi tindakan yang dipersetujui. Rekod bertulis

sedemikian sangat berguna dalam kes-kes rayuan pelajar.

Senarai Semak sebagai Persediaan bagi Perjumpaan Penyeliaan

Projek/Disertasi/Tesis

Merancang bagi penyeliaan – bagaimana anda akan:

membincangkan kekuatan dan kelemahan sedia ada

menggalakkan pelajar untuk merancang untuk bergerak kehadapan

menentukan objektif jangka pendek (termasuk rancangan kontigensi) dalam suatu

pelan tindakan

menentukan kerangka masa dan tindakan yang lebih terperinci

Apakah agenda anda?

persetujuan bagi pelan tindakan dan/atau

menilai semula kemajuan berdasarkan pelan tindakan

memberi maklum balas bagi prestasi

menyelesaikan sesuatu masalah

melihat semula kriteria penilaian

melihat semula dan mendefiniskan semula pelan tindakan dan skala masa

Apakah maklumat yang perlu anda rujuk?

laporan bertulis kemajuan oleh pelajar

bahan draf pelajar

peraturan berhubung dengan projek dan kriteria penilaian

Urusan bagi perjumpaan penyeliaan:

pastikan ‘waktu kualiti’ yang bebas daripada gangguan

pastikan tempat perjumpaan kondusif bagi perbincangan terbuka

Perjumpaan penyeliaan hendaklah berstruktur dan tersusun baik:

Page 37: Penyeliaan Pengajaran Nota

pembukaan – jelaskan tujuan dan bersetuju tentang agenda

pertengahan – memudahcarakan perbincangan tentang idea, bincangkan isu-isu

spesifik, pantau kemajuan, beri maklumbalas konstruktif, menyoal dengan berkesan,

tentukan dan capai persetujuan tentang objektif bagi perjumpaan penyeliaan yang

akan dating

akhir – catatkan/rekod pelan tindakan termasuk objektif jangka pendek; akhiri dalam

nada yang positif

(Sumber: Fry et al., 2003, hlm. 114-115)

Garis Panduan Penyeliaan

Glickman et al. (1998, hlm. 120-121) telah menyenaraikan perlakuan interpersonal yang sesuai

bagi sesi perjumpaan penyeliaan, iaitu apa yang mereka namakan sebagai ‘perlakuan

bertujuan’ (purposeful behavior) yang didefinisikan sebagai perlakuan yang menyumbang

kepada pembuatan keputusan semasa perjumpaan. Senarai itu diperturunkan di bawah (dalam

bahasa asal untuk mengekalkan maksud dengan tepat). Teliti senarai tersebut dan

pertimbangkan kesesuaiannya bagi penyeliaan dalam bidang anda.

Listening: The supervisor sits and looks at the speaker and nods his or her head

to show understanding. Gutteral utterances (“uh-huh,” “umm”) also indicate

listening.

Clarifying: The supervisor asks questions and statements to clarify the speaker’s

point of view: “Do you mean that?”, “Would you explain this further?”, “I’m confused

about this.”

Encouraging: The supervisor provides acknowledgment responses that help the

speaker continue to explain his or her positions: “Yes, I’m following you”, “Continue

on”, “Ah, I see what you’re saying: tell me more.”

Reflecting: The supervisor summarizes and paraphrases the speaker’s message

for verification of accuracy”, “I understand that you mean . . “, “So, the issue is . . .

“, “ I hear you saying . . . “

Presenting: The supervisor gives his or her own ideas about the issue being

discussed: “This is how I see it.”, “What can be done is . . . “, “I’d like us to consider

. . . “, “ I believe that . . . “

Problem solving: The supervisor takes the initiative, usually after a preliminary

discussion of the issue or problem, in pressing all those involved to generate a list

of possible solutions. This is usually done through statements such as: “Let’s stop

Page 38: Penyeliaan Pengajaran Nota

and each write down what can be done”, “What ideas do we have to solve this

problem?”, “Let’s think of all possible actions we can take.”

Negotiating: The supervisor moves the discussion from possible to probable

solutions by discussing the consequences of each proposed action, exploring

conflict or priorities, and narrowing down choices with questions such as “Where

do we agree?”, “How can we change that action to be acceptable to all?”, “Can we

find a compromise that will give each of us part of what we want?”

Directing: The supervisor tells the participant(s) either what the choices are”, “As I

see it, these are the alternatives: You could do A. . ., B. . . , or C . . . . Which of

these make the most sense to you and which will you use?” Or the supervisor tells

the participants what is to be done: “I’ve decided that we will do . . . “, “I want you

to do . . . “, “The policy will be . . .”, “This is how it is going to be”, “We will then

proceed as follows.”

Standardizing: The supervisor sets the expected criteria and time for the decision

to be implemented. Target objectives are set. Expectations are conveyed with

words, such as: “By next Monday, we want to see . . .”, Report back to me on this

change by . . . “, “Have the first two activities carried out by . . . “, “I want an

improvement of 25 percent involvement by the next meeting”, “We have agreed

that all tasks will be done before the next observation.”

Reinforcing: The supervisor strengthens the directive and the criteria to be met by

telling of possible consequences. Possible consequences can be positive, in the

form of praise: “I know you can do it!”, “I have confidence in your ability!”, “I want to

show others what you’ve done!” Consequences also can be negative: “If it’s not

done on time, we’ll lose the support of . . . “, “It must be understood that failure to

get this done on time will result in . . .”

1.6 Refleksi

Dalam Best Practices in Graduate Supervision Conference yang diadakan di University

of Saskatchewan, Kanada (lihat http://www.usask.ca/tlc/ grad_best_prac_forum_r.html),

pada tahun 2002, pelajar telah diminta menyenaraikan ciri-ciri (descriptors) penyelia

berkesan sementara penyelia telah diminta menyenaraikan ciri-ciri pelajar pasca-siswazah

berkesan. Lihat senarai yang terhasil di bawah dan fikirkan sejauh mana anda bersetuju dengan

senarai tersebut.

Effective Supervisor Effective Graduate Student

Page 39: Penyeliaan Pengajaran Nota

Balance

understanding

independence

accessible

guidance

encouraging

clear objectives

open and honest

time,motivation, interest

motivating

expert (credible)

approachable

supportive

patient

available

knowledgeable

motivated

unselfish

careful

focused

reliable

dedicated

open

organized

conscientious

professional

honest

willingness to work hard & learn

Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di DaerahKota Tinggi, JohorHamdan Bin Said & Nurlia Binti MohamadFakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

Abstrak

Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolahkebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untukmengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan disekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; danmengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segipeningkatan kualiti pengajaran, perkukuhan hubungan profesionalisme, perkongsian pengalamandan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Sampel kajian melibatkan321 orang guru dari sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi Johor. Soal selidik yangdiubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisismenggunakan perisian SPSS dan hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik diskriptif.Kebolehpercayaan instrument menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.914 bagi bahagian B dan0.889 bagi Bahagian C. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapanyang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalanpenyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yangdiamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru,

Page 40: Penyeliaan Pengajaran Nota

perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya penyeliaan pengajaran ini didapati kurangberkesan dalam memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru.Katakunci : penyeliaan pengajaran, pembelajaran, sekolah kebangsaan.

PengenalanSekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yangdimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebuahinstitusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka menggembeling seluruh tenagaguru dan pelajar diyakini matlamat menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akan tercapai.Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademikakan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka denganlebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usahauntuk menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmupengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.Dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau keberkesananpengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah amat perlu dalammemastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu gurumenyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yangcemerlang serta dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangansekiranya ada. Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu gurumeningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi, denganpenyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang sebenarnya berlaku dalambilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalanamalan yang baik dapat dikukuhkan.Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar danmendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran atau ilmuyang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar memperkembangkanintelek, sosial dan personal dengan baik. Setiap guru mesti merancang pengajarannya supayatersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran mestilah sesuai supaya dapatdisampaikan kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya guru mesti mudah difahamidan jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut perlu menentukan bahanbantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan kepada muriduntuk belajar.

Pernyataan MasalahKetidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan penyeliaan diberikantanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah untuk mencari salah. Jika iniberlaku maka peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan.Kekeliruan ini ditambah lagi berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyeliakepada guru penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalampenyeliaan pengajaran. Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan sudahtergelincir dari konsep asasnya.Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran danamalan pelaksanaan penyeliaan dalam kalangan guru di sekolahsekolah kebangsaan di daerahKota Tinggi, Johor. Kajian ini juga turut meninjau keberkesanan penyeliaan dalammeningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaandi Kota Tinggi, Johor.

Objektif Kajian

Page 41: Penyeliaan Pengajaran Nota

Kajian ini bertujuan untuk :i) Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yangdilaksanakan di sekolah.ii) Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah.iii) Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahapprofesionalisme guru.

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi panduan kepadaguru dan guru besar sekolah.i. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru besardalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.ii. Kajian diharap dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami prosespenyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar dan pengetua.Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapantanggapan negatifterhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Di samping itu,memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru besar dan guru.iii. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh guru besar untukmelaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan sertadapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaanpengajaran yang telah dijalankan.iv. Diharap melalui kajian ini, pandangan sebenar guru terhadap penyeliaan pengajarandiperolehi. Hasil maklum balas ini boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkankualiti pengajaran pada masa akan datang dan seterusnya menyediakan langkahlangkahterbaik untuk mengubah pandangan negative guru terhadap penyeliaan.

Rekabentuk KajianKajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan diskriptif bagi menerangkan tentang amalanpenyeliaan di sekolah. Kaedah ini dibuat untuk melihat tanggapan guru-guru, amalan penyeliaanpengajaran dan keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap tahap profesionalisme gurudalam aspek kualiti pengajaran, hubungan profesionalisme, perkongsian pengetahuan danpengalaman dan bantuan dalam proses pengajaran. Kajian ini adalah satu tinjauan yangmenggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dikumpul menggunakan kaedahkuantitatif. Data-data diperolehi melalui teknik soal selidik yang diedarkan kepada guru-gurusekolah yang dipilih.

Populasi dan PersampelanKajian ini dibuat dengan melibatkan guru-guru dari sekolah-sekolah kebangsaan dalam daerahKota Tinggi Johor. Terdapat 56 buah sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi dan pengkajimemilih sekolah secara rawak mudah. Ini dilakukan dengan berpandukan kepada senarai namasekolah yang terdapat dalam buku panduan telefon yang dikeluarkan oleh pihak JabatanPelajaran Negeri Johor. Pengkaji memilih sekolah bermula dengan sekolah pertama dalamsenarai dan diselangkan tiga sekolah berikutnya secara berturutan yang mana melibatkan 15 buahsekolah.Data statistik guru sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kota Tinggi yang diperolehi dariPejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi bagi tahun 2008 ialah seramai 1460 orang. Berdasarkan

Page 42: Penyeliaan Pengajaran Nota

Jadual Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel yang diperlukan untuk menjawab soal selidikialah seramai 302 hingga 306 orang guru. Pemilihan sampel akan ditentukan oleh guru besarsekolah-sekolah yang terlibat dengan mengambilkira guru-guru yang telah berkhidmat lebih 2tahun dan pernah diselia oleh guru besar. Pengkaji menyediakan sebanyak 350 set borang soalselidik yang dihantar ke sekolah-sekolah yang terlibat melalui dan dengan kebenaran guru besarsekolah berkenaan dengan memasukkan ke dalam peti surat sekolah yang ada di PejabatPelajaran Daerah Kota Tinggi. Bagi memudahkan responden mengembalikan soal selidik yangtelah dilengkapkan, sebuah sampul surat besar disediakan untuk mengisi semua borang soalselidik. Kesemua borang soal selidik yang dipulangkan diminta dimasukkan semula ke dalampeti surat sekolah di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi dalam tempoh dua minggu selepassoal selidik dihantar ke setiap sekolah berkenaan.

Instrumen KajianKajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. . Instrumen ini diubahsuai olehpengkaji daripada kajian yang dibuat oleh Mohd Ruzi bin Muhammad Shafie (2001) dariUniversiti Teknologi Malaysia yang bertajuk ‘Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran diLima Buah Sekolah Daerah Johor Bahru’. Instrumen ini kemudiannya dimurnikan lagi denganmengadakan perbincangan bersama 4 orang rakan seperjuangan yang melaksanakan kajian yangsama di lokasi yang berbeza. Soal selidik ini bertujuan mengumpul maklumat tentang tanggapanguru-guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dankeberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap peningkatan profesionalisme guru darisegi kualiti pengajaran, hubungan profesional, perkongsian pengetahuan dan pengalaman danbantuan dalam proses pengajaran. Soal selidik kajian ini mengandungi 44 item dan dibahagikankepada tiga bahagian seperti berikut:

Bahagian A : Latar Belakang RespondenBahagian ini mengandungi 5 item berkaitan dengan latar belakang responden kajian. Bahagianini mengandungi jantina, bangsa, kelulusan akademik tertinggi, pengalaman mengajar dankekerapan responden diselia. Responden perlu menandakan pilihan jawapan daripada cadanganjawapan yang disediakan.

Bahagian B : Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan dan Amalan Penyeliaan.Bahagian ini menyenaraikan soalan-soalan yang bertujuan untuk meninjau tanggapan guruterhadap penyeliaan pengajaran yang telah mereka lalui dan mengenalpasti tahap amalanpenyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah. Ia mengandungi 18 item yang menggunakanSkala Likert berdasarkan lima tahap persetujuan iaitu:1 = Sangat tidak setuju2 = Tidak setuju3 = Kurang setuju4 = Setuju5 = Sangat setujuSoalan berbentuk Skala Likert digunakan untuk mendapatkan darjah persetujuanresponden terhadap soalan yang diajukan. Skala Likert 5 mata dipilih berdasarkan kepadakematangan dan kesesuaian dengan tahap intelek responden yang dipilihkan. Di samping ituSkala Likert mempunyai darjah kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta memudahkan pengkaji

Page 43: Penyeliaan Pengajaran Nota

untuk menganalisa data yang diperolehi.Item di dalam Bahagian B adalah dikemukakan untuk memungut sebahagian daripadadata kajian ini. Responden dikehendaki menjawab soalan kajian tentang aspek-aspek beikut:Bahagian ini mengandungi sebanyak 18 item dari bahagian B yang meninjau tanggapandan amalan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh guru besar terhadap guruguru.Dalam kajian ini pengkaji melihat dari tiga aspek utama seperti berikut:

Jadual 1 : Taburan Item Dari Aspek Tanggapan Guru Terhadap Penyeliaan PengajaranSeterusnya bagi meninjau amalan guru terhadap penyeliaan pengajaran, dua aspek dikaji olehpengkaji seperti berikut:

Jadual 2 : Taburan Item dari Aspek Amalan Guru Terhadap Penyeliaan PengajaranBahagian C : Keberkesanan Penyeliaan PengajaranBahagian ini mengandungi sebanyak 21 item yang meninjau keberkesanan penyeliaanpengajaran yang dilakukan oleh guru besar terhadap guru-guru. Dalam kajian ini pengkajimelihat dari empat aspek utama seperti berikut:

Jadual 3 : Taburan Item dari Aspek Kajian Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran.Kajian RintisKebolehpercayaan soal selidik ini ditentukan melalui satu kajian rintis yang dijalankan denganmelibatkan 25 responden dari kalangan guru-guru dari sebuah sekolah kebangsaan di daerahKota Tinggi. Sekolah ini tidak terlibat dalam kajian sebenar. Analisa data dilaksanakan denganmenggunakan aplikasi SPSS 15.0 for Window. Nilai analisa Apha Cronbach bagi bahagian Badalah 0.914 manakala bagi bahagian C adalah 0.889. Nilai-nilai yang diperolehi inimenunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi.

Analisis DataBab ini telah menjelaskan latarbelakang responden kajian dan membentangkan dapatan kajian.Bagi persoalan kajian pertama berhubung dengan tanggapan guru-guru terhadap penyeliaanpengajaran yang dilaksanakan, aspek-aspek penyeliaan adalah perlu dan penting dan pendapatdan kepercayaan menunjukkan secara keseluruhan didapati bahawa responden mempunyaitanggapan yang positif. Responden membuat tanggapan yang negatif dalam aspek penyeliaanadalah merupakan satu bentuk penilaian. Walau bagaimanapun min keseluruhan bagi ketiga-tigaaspek ialah 3.95 menunjukkan tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran secarakeseluruhan adalah positifBagi menjawab persoalan kajian yang kedua berhubung dengan amalan penyeliaanpengajaran yang dijalankan di sekolah, min keseluruhan ialah 4.16. Ini menunjukkan amalanpenyeliaan pengajaran adalah tinggi. Kedua-dua aspek iaitu amalan penyeliaan adalah pentingdan amalan penyeliaan adalah satu aktiviti rutin menunjukkan min berada pada tahap yang tinggiiaitu 4.16 dan 4.26.Seterusnya bagi persoalan kajian ketiga, aspek-aspek meningkatkan kualiti guru,berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan aspek membantu guru dalam proses pengajaranmenunjukkan amalan penyeliaan pengajaran berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru.Walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan amalan penyeliaan pengajaran kurangberkesan dalam memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dengan guru.Rumusan dapatan kajian mengenai ketiga-tiga persoalan kajian dirumuskan sebagaimanadi dalam jadual 4.

Page 44: Penyeliaan Pengajaran Nota

Jadual 4 : Rumusan Keseluruhan AnalisisPerbincanganHasil kajian mendapati bahawa dalam aspek tanggapan guru-guru terhadap penyeliaanpengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas secara keseluruhannya adalah positif dari aspekkeperluan dan kepentingannya.Kajian mendapati 89.5% responden bersetuju penyeliaan dijalankan terhadap semua guru.Ini bertentangan dengan hasil kajian yang dibuat oleh Nazaruddin (1992) dalam Subaidah (2001)yang melaporkan bahawa, guru sekolah menengah dan rendah yang terlibat dalam kajiannyamempunyai tanggapan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran tidak wajar dilakukan.Dapatan ini juga menyangkal satu kajian yang dijalankan di Selangor dalam Abdul Rahman(1987), yang menyatakan dalam laporan akhbar pada tahun tersebut, guru-guru melalui persatuankeguruan membuat bantahan ke atas cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa ituyang mengarahkan pengetua dan guru besar melakukan penyeliaan ke atas semua guru keranaberanggapan tindakan itu tidak profesional dan menidakkan kebolehan mereka.Hasil kajian juga mendapati 92.5% responden bersetuju bahawa penyeliaan perludilakukan untuk kecemerlangan akademik murid. Ini menunjukkan bahawa gurugurumempunyai tanggapan bahawa penyeliaan perlu dilakukan terhadap semua guru bagimemastikan kecemerlangan akademik murid. Ini disokong dengan pendapat Alimuddin (2006)yang menyatakan bahawa perbincangan dan pertukaran idea tentang kaedah dan teknikpengajaran yang berkesan boleh membawa kepada peningkatan prestasi pelajar-pelajar di bilikdarjah.Objektif kajian yang kedua dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalanpenyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah.10 item dikemukakan berhubung dengan objektif ini. Ianya dilihat dari dua aspek iaitudari sudut kepentingannya dan tanggapan bahawa amalan penyeliaan pengajaran tersebuthanyalah merupakan aktiviti rutin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagipersoalan ini adalah 4.13 yang mana menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengajaran adalahtinggi.Kajian mendapati min tertinggi yang diperolehi adalah bagi pernyataan item 11 yangdipersetujui oleh 93.1% responden diikuti dengan 92.9% responden bersetuju dengan item 17iaitu penyelia memberi salinan borang markah kepada guru selepas selesai sesi penyeliaan. Inimenunjukkan bahawa ini responden membuat tangapan ini adalah merupakan amalan yang rutindan menunjukkan tahap yang tinggi. Ianya jelas berlaku di sekolah-sekolah kajian. Walaubagaimanapun ini sebenarnya bukanlah aktiviti rutin sebagaimana yang dipersetujui olehresponden kajian. Dalam melaksanakan penyeliaan terutama untuk melaksanakan penyeliaanklinikal, Mohd Salleh (2000) menegaskan bahawa pengetua tidak seharusnya melengahlengahkanlaporan berhubung dengan penyeliaan pengajaran di kelas. Tanggapan guru terhadappengetua mungkin akan terjejas sekiranya laporan penyeliaan tidak disiapkan secepat mungkin.Laporan ini seharusnya disiapkan dalam tempoh 24 jam selepas penyeliaan dilakukan.Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan penyeliaandalam meningkatkan kualiti pengajaran guru. 5 item dikemukakan berhubung dengan kualitipengajaran guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penyeliaan pengajaran yangdijalankan di sekolah berkesan terhadap peningkatan kualiti pengajaran guru. Ini dapatdibuktikan berdasarkan nilai min yang tinggi diperolehi bagi kesemua item iaitu antara 3.87hingga 4.22. Peratusan guru-guru yang tidak bersetuju dengan item yang dikemukakan adalahkecil iaitu antara 0.3% hingga 3.4%.

Page 45: Penyeliaan Pengajaran Nota

90.3% responden bersetuju bahawa penyeliaan dapat meningkatkan kualiti pengajarandan pembelajaran. Ini bersesuaian dengan pendapat Mc Kean dan Mills (1964) yang menjelaskanbahawa tugas penyeliaan ialah untuk mengajar guru atau membimbing guru cara mengajar yangberkaitan dengan kurikulum dan bentuknya bagi meningkatkan mutu pengajaran danpembelajaran di sekolah. Dapatan kajian ini juga bersesuaian dengan pendapat Robiah (1984)yang mengatakan bahawa penyeliaan dapat membantu guru meningkatkan pengajaran danpembelajaran di sekolah. Ini disokong lagi dengan pendapat Ibrahim Mamat (1993) yangmenyatakan bahawa penyeliaan bermakna memberi pimpinan kepada para guru untukberkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka.Hanya 74% responden bersetuju bahawa dapatan penyeliaan yang baik dimaklumkankepada guru-guru yang lain. Ini bermakna guru-guru tidak atau kurang sanggup berkongsi hasilatau dapatan-dapatan dan komen-komen yang membina daripada penyelia dan rakan-rakanmereka. Dapatan ini menyangkal dapatan oleh Asnah (1995) yang menjelaskan bahawapenyeliaan pengajaran adalah merupakan satu proses memerhatikan, membimbing dan memberimaklumbalas kepada aktiviti profesional oleh penyelia terhadap organisasi yang diselianya untukmemastikan keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya.Hasil kajian mendapati bahawa amalan penyeliaan pengajaran kurang berkesan dalammemperkukuh hubungan profesional antara penyelia dan guru. Ini dapat dibuktikan di mana minskor keseluruhan secara puratanya adalah 3.78 hasil dari 5 item yang telah dikaji.Kajian mendapati bahawa 71.3% responden bersetuju bahawa proses penyeliaanmembataskan hubungan guru dengan penyelia. Walau bagaimanapun 84.4% responden bersetujubahawa penyeliaan membolehkan guru membina hubungan dengan penyelia. Ini menunjukkanpenyeliaan adalah berkesan dalam memperkukuh hubungan profesional antara penyelia dan guruwalaupun proses penyeliaan membataskan hubungan mereka.. Dapatan ini disokong olehkenyataan Algeswary (1980) yang menyatakan bahawa dengan adanya hubungan yang baikantara penyelia dan guru dalam penyeliaan pengajaran, implikasi yang sihat terhadap prosespendidikan keseluruhannya akan terbentuk dalam usaha meningkatkan perkembanganprofesionalisme dan menggalakkan pertumbuhan diri dalam kalangan guru.Kajian juga mendapati 86% responden yang pernah diselia bersetuju bahawa penyeliabersikap mesra dengan guru semasa penyeliaan. Ini mungkin menyebabkan 80% respondenbersetuju perbincangan yang dijalankan dalam proses penyeliaan memberikan keselesaan kepadaguru. 80.1% responden juga bersetuju penyelia membimbing pengajaran mereka.Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa penyeliaan berkesan dalam membantuguru dan penyelia berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Min skor keseluruhannya daripada 5item yang dikemukakan adalah 3.96.Kajian ini mendapati bahawa skop penyeliaan telah dibincang bersama antara penyeliadengan guru sebelum penyeliaan. Pernyataan ini telah dipersetujui oleh 71% responden. 90%responden pula bersetuju bahawa penyelia bersedia menerima pandangan daripada guru semasasesi perbincangan dan 93.2% daripada mereka pula bersetuju bahawa penyelia membericadangan penambahbaikan kepada guru. Ini menyebabkan idea, pengalaman dan pengetahuanyang ada pada guru dapat disampaikan kepada penyelia. Min skor untuk aspek ini adalah 4.15.Ini juga mungkin boleh menyebabkan penyeliaan menjadikan guru dapat meneroka kaedah barupengajaran yang mana dipersetujui oleh 87.8% daripada responden.Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan amalan penyeliaan berkesanmembantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Min skor keseluruhan bagi aspek iniadalah 4.01. 6 item telah dikemukakan dalam kajian ini.Hasil kajian mendapati bahawa 81.6% responden bersetuju penyeliaan dapat membantuguru memenuhi keperluan sesuatu topik pengajaran. 86.3% responden pula bersetuju penyeliamemberikan input terkini berkaitan pengajaran dan 77.9% bersetuju penyelia mencadangkan

Page 46: Penyeliaan Pengajaran Nota

kursus-kursus yang berkaitan dengan kaedah pengajaran terkini.Dapatan ini disokong oleh Cawelti (1982) dalam Mohd Hamsam yang menyatakanbahawa aspek yang perlu dilakukan oleh penyelia bagi membantu guru-guru dalammempertingkatkan proses pengajaran adalah melalui perkembangan staf dan perkembangankurikulum. Diharapkan bahawa penyelia terutamanya pihak pengetua dan guru besar lebihprihatin dengan perkembangan dunia pendidikan dengan memberikan lebih banyak pengetahuandan pengalaman kepada guru-guru dan usaha ini harus dikekalkan.

RujukanAminuddin Adam (2005). Penyeliaan dan Penilaian. Kertas kerja yang dibentang dalamSeminar Kepimpunan Instruktional Untuk Pengetua/Guru BesarAsnah Abdul Hamid (1995). Penyeliaan Dalam Pengurusan Organisasi Pendidikan: SatuPendekatan Kaunseling. Jurnal Pendidikan (Institut Aminuddin Baki, KementerianPendidikan Malaysia) 4(2)Blase, J., and Blase, J. (1999). Principals’ Instructional Leadership And Teacher Development:Teachers’ Perspectives. Educational Administration Quarterly, 35(3), 349-378.Boardman, W., Charles, Dougless R. Harl dan Bent K. Rudyard. (1953). Democratic SupervisionIn Secondary School. Massachusetts: Houghton Mifflin Company.Cogan, M. J. (1973). Clinical Supervision. Boston: Houghton Mifflin.Duke, D. L. (1993). Educational Leadership. London: Paul Chapman Fullan, M., & Hargreaves,A. (1996). What’s Worth Fighting for in Your School. New York: Teachers College Press.Glickman, C., Gordon, S., & Ross-Gordon, . (2003). Supervision and Instructional Leadership(6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.Glickman, C. D. (1989). Supervision of Instruction: A Developmental Approach. Georgia: Allynand Bacon Inc.Goldhammer, R. (1980). Clinical Supervision: Special Methods for The Supervision of Teachers.(2nd ed.). New York: Random House.Hamsah Abd Latif (2002). Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Penyeliaan Pengajaran TerhadapGuru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kluang, Johor. UniversitiTeknologi Malaysia: Tesis Sarjana PendidikanIbrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Ismail Abu Talib (1986). Penyeliaan Sekolah – Satu Harapan. Kertas kerja dibentang dalamSeminar Peningkatan Profesionalisme Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Melaka,Melaka.Lipsky, M. (1980). Street Level Bureaucracy. New York: Russel Sage Foundation. Mohd RuziMuhammad Shafie (2001). Persepsi Guru Terhadap Pencerapan Pengajaran di LimaBuah Sekolah Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et. al. (1992). Penyeliaan Pendidikan: Kepimpinan Instruksi GuruBesar dan Pengetua. Jurnal Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.Rahimah Hj Anuar (1986). Penyeliaan Klinikal : Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran DanPembelajaran di Sekolah. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, 32, 24-32Saedah Siraj (2001). Perkembangan Kurikulum: Teori dan Amalan. Selangor: Alam PintarEnterprise.Sergiovanni, T. J., and Starrat, R. J. (1998). Supervision: A Re-definition (6th ed.). New York:McGraw Hill.Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship: A Reflectives. Boston: Allyn and Bacon.Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin, (1987). Ke Arah Pengurusan dan Penyeliaan bilik Darjah.Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Kali ke

Page 47: Penyeliaan Pengajaran Nota

5 di Kota Bahru, Kelantan.

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka

1.TEKNIK BERSOAL JAWAB

Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.

2.TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat

Page 48: Penyeliaan Pengajaran Nota

gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya

3. TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI

Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :

1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.

2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.

3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.

4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz .

Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.

Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini

Page 49: Penyeliaan Pengajaran Nota

amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan

4. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan beberapa langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a) Kenal masalah Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas tanpa banyak sekatan .

5.TEKNIK BERCERITA

1. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

2. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

3. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

4. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

5. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

6. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

7. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

8. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

9. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Page 50: Penyeliaan Pengajaran Nota

10. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

11. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

12. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

13. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan

6.TEKNIK DRAMA

1. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

2. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

3. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

4. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

5. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

6. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu

Page 51: Penyeliaan Pengajaran Nota

perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :

7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

8.TEKNIK SUMBANGSARAN

1. Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

2. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

3.Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Page 52: Penyeliaan Pengajaran Nota

- Tujuan Sumbangsaran

1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.

4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi

9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )

10. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

11. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

9.TEKNIK SIMULASI

1. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

2. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

3. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

4. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Page 53: Penyeliaan Pengajaran Nota

5. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

10.TEKNIK PERMAINAN BAHASA

1. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

2. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

3. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

4. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

5. merangsang interaksi verbal pelajar

6. menambah kefasihan dan keyakinan

7. menyediakan konteks pembelajaran

8. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

9. bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan