34
NAMA : 1. MOHAMAD SHAHROL IKHWAN BIN DIN 2. MUIZUDDIN BIN MOHAMAD 3. NUR MADIHA BINTI RUSHDI 4. MIRZA BINTI MAHASAN LECTURE : PUAN AZWANI BINTI ABDUL MANAN TITLE : KISAH PENYINGKIRAN SINGAPURA PENGAJIAN MALAYSIA

Penyinkiran Singapura

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyinkiran Singapura

NAMA : 1. MOHAMAD SHAHROL IKHWAN BIN DIN

2. MUIZUDDIN BIN MOHAMAD

3. NUR MADIHA BINTI RUSHDI

4. MIRZA BINTI MAHASAN

LECTURE : PUAN AZWANI BINTI ABDUL MANAN

TITLE : KISAH PENYINGKIRAN SINGAPURA

PENGAJIAN

MALAYSIA

Page 2: Penyinkiran Singapura

PENGENALAN

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.

JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar:Eropah dan Asia,namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.Ternyata,kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan,melalui rundingan meja bulat tidak seperti Negara jajahan lain.

Page 3: Penyinkiran Singapura

Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama: Melayu.Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka.Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukan Malaysia kemudiannya.

Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk.Selain itu,pelbagai rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik,sosial dan ekonomi telah berlaku.

Artikel ini pertamanya membincangkan idea pembentukan Malaysia,selepas itu, proses pembentukan Malaysia. Kemudian ia akan menganalisa reaksi Singapura terhadap konsep.

Asnarulkhadi Abu samah dan Jayuim A.Jawan 1997.KENEGARAAN MALAYSIA. Malaysia Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia

Page 4: Penyinkiran Singapura

KRONOLOGI PENGANGGOTAAN SINGAPURA DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA SEHINGGA PENARIKAN DIRI SINGAPURA DARI PERSEKUTUAN

MALAYSIA

1961

1. Idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ( 27 Mei ).2. Kertas putih diisytiharkan secara rasmi ( November ). 3. Faktor-faktor penganggotaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia.

1962

1. Reaksi Singapura terhadap konsep Persekutuan Malaysia.2. Proses pembentukan Malaysia.

1963

1. Pengisytiharan Malaysia ( 16 September ).

1964

1. Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew bersama UPP ( Parti Rakyat Singapura ) telah mencetuskan rusuhan. Lebih-lebih lagi mereka memperjuangkan persamaan hak dan kempen “Malaysia untuk orang Malaysia “ (21 Julai ).

1965

1. Pemisahan Singapura ( 9 Ogos ).

Page 5: Penyinkiran Singapura

1961

IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman.

2. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengahari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Pada majlis yang sama, beliau turut menjelaskan faedah-faedah yang akan diperolehi oleh negeri-negeri gabungan jika penyatuan ini berjaya.

3. Penjelasan ini dibuat setelah Tunku mendapat maklum balas yang baik dari pemimpin Sabah, Sarawak, dan Brunei hasil keputusan tinjauan senu Abdul Rahman pada tahun 1960, dan setelah berunding dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Lee Kuan Yew ( Januari 1961 ) Mac Millan di London 1961.

4. Idea-idea gabungan yang lebih kecil melibatkan hanya Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali, terutamanya oleh ketua Menteri yang pertama Singapura, David Marshall. Kemudian dibangkitkan pula oleh menteri kedua, Lim Yey Hock.

5. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik. Namun dalam tempoh tersebut, cadangan ini tidak mendapat perhatian kerajaan perikatan di Tanah Melayu.

6. Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura di Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh persekutuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada politik Tanah Melayu.

7. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majority Melayu yang wujud pada waktu itu.

8. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitive kepada masyarakat Melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara ( hak-hak istimewa ) dalam Persekutuan Tanah Melayu.

9. Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Page 6: Penyinkiran Singapura

10. Misalnya, pada abad ke-19, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Lord Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan.

Page 7: Penyinkiran Singapura

REAKSI SINGAPURA TERHADAP KONSEP

PERSEKUTUAN MALAYSIA

1. Pada asalnya, penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. Dalam hal ini, Singapura di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew & Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman.

2. Sebenarnya rancangan ini pada dasarnya adalah untuk menyelamatkan PAP di Singapura dari ancaman pihak golongan kiri.

3. Parti Buruh Singapura juga bersetuju dari segi prinsip, tetapi menganggapnya sebagai satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan.

4. Parti Rakyat Singapura ( UPP ) & Barisan Sosialis menentang gagasan Malaysia kerana mereka melihat cadangan itu merupakan rancangan Inggeris untuk terus berkuasa di Singapura.

5. Keadaan semakin keruh apabila dalam satu pilihanraya kecil di Hong Lim & Anson pada bulan April 1961, calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh.

6. Justeru, Lee Kuan Yew bersetuju dengan penggabungan Malaysia-Singapura. Walaupun menghadapi tentangan dari golongan berhaluan kiri kerajaan iaitu yang terdiri daripada Parti Rakyat Singapura ( UPP ), Parti Barisan Sosialis & Parti Buruh Singapura.

Page 8: Penyinkiran Singapura

1961

FAKTOR-FAKTOR PENGANGGOTAAN SINGAPURA

DI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA

1. Perkembangan pengaruh komunis di Singapura khususnya membimbangkan kerajaan persekutuan Tanah Melayu.

2. Pengaruh Komunis mula menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat Singapura @ People’s Action Party ( PAP ).

3. Kegiatan dan pengaruh Komunis semakin kuat apabila Lim Chin Siong menubuhkan Barisan Sosialis.

4. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil di kawasan Anson dan Hong Lim pada tahun 1961 menunjukkan pengaruh komunis semakin tersebar luas di Singapura.

5. Tunku bimbang ancaman tersebut merebak ke Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia dilihat mampu menyekat pengaruh komunis di Singapura.

Page 9: Penyinkiran Singapura

RENTETAN PERISTIWA 1961-1965

TARIKH PERISTIWA27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persekutuan Wartawan Luar

Negeri, Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik.

23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching

Sarawak.6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative

Assembly Chamber, Kuala Lumpur.17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri

di Borneo Utara ( Sabah ) dan ( Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr.H. Harris bertindak sebagai setiausaha.

3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British

dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman

dengan Tunku Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963 Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan telah dibacakan oelh Perdana Menteri.

Page 10: Penyinkiran Singapura

1962PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Referendum Singapura

Jawatankuasa antara

Kerajaan ( JAK )

Suruhanjaya Cobbold

Jawatankuasa Perundingan

Perpaduan Malaysia ( JPPM

Page 11: Penyinkiran Singapura

( RUNDINGAN )

REFERENDUM SINGAPURA

1. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum @ pungutan suara sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepasatian & pendirian Singapura berhubung penubuhan Malaysia.

2. Diketuai oleh kerajaan Singapura.

3. Tujuannya adalah untuk mendapat pungutan suara rakyat Singapura mengenai pembentukan Malaysia.

4. Dalam proses penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada pungutan suara tersebut, rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu :

a. Pilihan A = Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura & Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( 397, 626 Undi )

Page 12: Penyinkiran Singapura

b. Pilihan B = Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam Persekutuan Tanah Melayu ( 9,442 Undi )

c. Pilihan C = Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat & faedah yang hamper sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( 144,007 Undi )

5. Referendum Singapura ini telah diadakan pada November 1962. Barisan Sosialis dan komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, mereka telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong.

6. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 70% pengundi menyokong Pembentukan Malaysia.

7. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju menyertai Malaysia dengan memilih Syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.

8. Pada Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborought House, London. Perjanjian Penubuhan Pesekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

9. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya disytiharkan pada 16 September 1963.

Page 13: Penyinkiran Singapura

1963

PENISYTIHARAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Hari perisytiharan pembentukan Malaysia diumumkan pada 16 September 1963

2. Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.

3. Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua Negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan.

4. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963.

5. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara besar-besaran.

6. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB YDPA, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota cabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

7. Peniisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30.000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohamad Said.

Page 14: Penyinkiran Singapura

1964-1965

ISU SINGAPURA

1. Sebelum pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura sendiri.

2. Penegasan ini bagi memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.

3. Pada 23 Ogos 1961, suatu mesyuarat rasmi diadakan antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu & mereka mencapai persetujuan atas beberapa perkara. Persetujuan ini telah termaktub didalam kertas putih yang antaranya menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan.

4. Tetapi soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura sendiri.

5. Kertas putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.

Page 15: Penyinkiran Singapura

KERTAS PUTIH

KANDUNGAN :

1. Aspek pertahanan, perhubungan luar & keselamatan tanggungjawab persekutuan.

2. Pendidikan & tenaga buruh tanggungjawab Singapura.

3. Ekonomi, perindustrian & perkilangan tanggungjawab bersama.

Page 16: Penyinkiran Singapura

SETELAH DUA TAHUN SINGAPURA

MENGANGGOTAI PERSEKUTUAN MALAYSIA

1. Setelah dua tahun Singapura berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula menjadi tegang.

2. Hal ini kerana, ketika Singapura berada dalam Malaysia, banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

- Singapura membentuk United Opposition Front yang memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia – desakan penghapusan keistimewaan hak orang Melayu.

ANTARA ISU YANG MENJADI PERBAHASAN HANGAT ADALAH SOAL

SOAL EKONOMI SOAL PARTI SOAL PERKAUMAN

Page 17: Penyinkiran Singapura

SOAL EKONOMI

1. Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk memajukan sector perindustrian dan perkilangan bersama.

2. Dalam hal ini, barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport keluar.

3. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini telah mengecewakan Singapura.

4. Singapura ingin mengekalkan statusnya sebagai pusat perindustrian perdagangan & pelabuhan bebas & tidak disaingi kerajaan pusat.

SOAL PARTI

1. Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba hendak bertanding dengan Parti Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.

2. PAP cuba menarik perhatian orang Cina sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan keatas hak keistimewaan Orang Melayu.

3. Di antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia.

a. Pertama, terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di persekutuan.

b. Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur.

c. Kedua, usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah Besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

d. Ketiga, pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam Convention ( MSC ) yang mendokong konsep ‘Malaysian Malaysia’.

e. Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika ini bukan

Page 18: Penyinkiran Singapura

sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.

f. Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuaan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina tanah besar dan Sarawak menghadirinya sertaturut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party ( UDP ). Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP.

4. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pelampau Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention.

5. Matlamat keselamatan Negara Singapura, strategi-strategi, dan keutamaan-keutamaan telah berkembang secara berbeza daripada Persekutuan. Konsep satu ‘Malaysian Malaysia’ telah menjadi asas pendekatan pembangunan PAP di Singapura.

6. Bagi Lee, pendekatan ini akan akhirnya menghasilkan masyarakat yang dinamik dan Negara yang progresif yang mendorong pertumbuhan ekonomi. Konsep ini juga turut diperdebatkan sebelum Singapura. Sebelum berpisah dari Malaysia.

7. Pada perhimpunan Malaysian Solidarity Convention yang diadakan di Singapura pada 6 Jun 1965. Timbalan Perdana Menteri Singapura, Toh Chin Chye, merangka agenda untuk gagasan ‘Malaysian Malaysia’ dengan kehadiran pemimpin-pemimpin daripada lima parti politik dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

8. Berbeza dengan PAP iyang mendokong pendekatan ‘Malaysian Malaysia’, kerajaan pimpinan UMNO cenderung untuk menegaskan pemilikan Melayu terhadap Negara, pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, semuanya boleh dirangkumi di dalam konsep Ketuanan Melayu, atau hegemoni Melayu di Negara ini.

9. Kebimbangan UMNO dalam hubungannya dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu dan Singapura juga disebabkan oleh status sosioekonomi yang rendah orang Melayu. Ringkasnya, kedudukan orang melayu dalam lingkungan politik perlu diperkuatkan untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungannya dengan masyarakat bukan melayu, terutamanya orang Cina yang pada umumnya dianggap rakus dan tidak sensitife kepada budaya masyarakat Melayu. Nada anti-Cina oleh golongan ultra-Melayu pada tahun 1960an sebahagian besarnya diarahkan kepada PAP dan LEE.

10. Politik dan perasaan tidak selamat masyarakat Melayu secara umum yang bertambah parah hasil pengembangan penduduk Cina di Malaysia.

Page 19: Penyinkiran Singapura

FAKTOR SINGAPURA DIKELUARKAN

1. Minat pemimpin Singapura Lee Kuan Yew terhadap pembentukan ini semakin berkurangan.

2. Polarisasi kaum ( sifat perkauman ) semakin melampau. Cina dengan pelampau Cina, Melayu dengan pelampau Melayu, iaitu antara PAP ( kerajaan Singapura) dengan Parti Perikatan ( Kerajaan Pusat ) .

3. Tentangan bermula apabila calon dari parti pimpinan Lee Kuan Yew tewas di dua tempat dalam pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964.

4. Lee Kuan Yew berpendapat, MCA tidak layak memimpin & menjaga kepentingan kaum Cina.

5. Perkara terakhir yang menyebabkan pemisahan singapura adalah penubuhan Malaysian Solidarity Convention ( MSC ) yang diketuai oleh PAP dan terdiri dari parti-parti pembangkang bukan Melayu. Slogannya, ‘Malaysian Malaysia’ mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk kepentingan masyarakat tertentu sahaja.

6. Bagi Perikatan, slogan tersebut adalah secara kesimpulan satu serangan ke atas keistimewaan orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu sebaga bahasa rasmi dan malahan Sultan Melayu.

7. Lee dituduh bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita politiknya yang tinggi. Penubuhan MSC telah menduga kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi dan pemisahan antara dua buah Negara telah dilihat sebagai satu penyelesaian yang berkesan dalam menghadapi konflik-konflik bersifat politik dan perkauman ini.

8. Dalam konteks ini, permintaan Singapura untuk mewujudkan satu masyarakat seimbang bertentangan dengan kepimpinan Malaysia yang pro Melayu. Sebaliknya, Lee Pula mencadangkan bahawa perbezaan utama di antara PAP dan Perikatan bukan berkenaan objektif-objektif mereka, tetapi dalam konteks kecepatan untuk mencapai objektif-objektif tersebut.

9. Tunku begitu sedih dan amat susah hati dengan pertemuaan Lee di Singapura dengan kumpulan-kumpulan pembangkang dari Borneo dan Tanah Melayu semata-mata untuk mengutuk isu perkauman. Razak pula merasakan yang Perikatan tidak harus menyerahkan kuasa keselamatan dalam negeri kepada Lee dalam masa ia masih berunding dengan Tunku

Page 20: Penyinkiran Singapura

1964

1. Rusuhan kaum berlaku pada 21 Julai 1964 dan pada 2 September 1964.

2. Hubungan kerajaan Singapura ( PAP ) dan Malaysia ( perikatan ) khususnya MCA semakin meruncing dan semakin buruk pada tahun 1964.

3. Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 juga telah berlaku, diantara kaum Melayu dan Cina.

1965

1. 27 April 1965, Singapura menubuhkan Barisan Pembangkang Bersatu ( UOP ) untuk memperjuangkan persamaan hak dengan Slogan ‘ Malaysia untuk Malaysia ‘ .

2. 9 Mei 1965, orang Melayu menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia ( KPM ) dengan slogan ‘ Melayu Bersatu ‘ dibawah pimpinan Jaafar Albar.

3. Tan Siew Sin & T.H.Tan ( Pemimpin MCA ) mencadangkan pemisahan Malaysia dengan Singapura.

4. 9 Ogos 1965, Malaysia dan Singapura berpisah.

Page 21: Penyinkiran Singapura

1965

PEMISAHAN SINGAPURA

1. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan, tetapi tidak berjaya.

2. Timbul pelbagai konflik antara kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan di Tanah Melayu.

3. Faktor pemisahan adalah kerana isu perlembagaan, persaingan politik PAP dan MCA, masalah perkauman dan perbezaan pendekatan antara Perikatan dan PAP.

4. Akhirnya, pada 9 Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada mereka. Dalam keadaan terpaksa ini kerana Lee Kuan Yew sangat inginkan menguasai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, tetapi hal demikian telah di halang dan tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan rakyat-rakyat yang berkaum Melayu.

5. Ini keran Lee Kuan Yew melanggar perjanjian yang telah dimeterai oleh beliau sendiri pada awal pembentukan Malaysia ketika itu.

6. Beliau juga di anggap penceroboh atau musuh duri dalam daging oleh orang Melayu. Beliau juga telah mencetuskan banyak kekacauan dan pemberontakan serta banyak peperangan telah berlaku.

7. Singapura berpisah dengan Malaysia secara rasminya setelah Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Perpisahan.

Page 22: Penyinkiran Singapura

KESIMPULAN

1. Isu keselamatan politik seperti ancaman komunis dan masalah Singapura menjadi alasan membentuk Malaysia pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia didasarkan kepada tanggapan dan tafsiran pemimpin-pemimpin Tanah Melayu tentang ancaman-ancaman keselamatan politik di rantau ini. Dalam mewujudkan keselamatan politiknya, rejim pemerintah Tanah Melayu bersetuju untuk bergabung dengan Singapura.

2. Selain bertujuan untuk mewujudkan kesatuan politik dan keseimbangan kaum, rancangan itu sendiri telah dianggap sebagai satu formula untuk mengatasi masalah komunis dan tekanan parti-parti pembangkang. Oleh kerana itu, tidak hairanlah Malaysia ditolak oleh pergerakan komunis dan parti-parti politik haluan kiri.

3. Penubuhan Malaysia juga adalah hasil kemahiran manipulatife pemimpin politik Malaysia yang mengetengahkan isu ancaman komunis dalam agenda politik mereka. Maka, kepentingan terhadap keselamatan politik telah merubah kedudukan geo-politik dari Persekutuan Tanah Melayu kepada pembentukan Malaysia.

4. Tambahan lagi, oleh kerana isu keselamatan politik adalah sangat penting ia turut menjadikan isu lain sebagai kurang penting. Misalnya tuntutan politik untuk terus dengan konsep federalism lama oleh sesetengah pihak akhirnya tertolak dengan kewujudan Malaysia.

5. Sesetengah parti politik yang masih mahukan system Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak kewarganegaraan yang ketat akhirnya dinafikan.

6. Ia menjadikan episode baru dalam sejarah politik Malaysia dan hanya menguntungkan Singapura dan majority etnik yang menduduki pulau tersebut dan di Semenanjung Tanah Melayu.

7. Berkemungkinan besar, penubuhan Malaysia juga adalah hasil desakan Singapura yang ketika itu berjuang mendapatkan kemerdekaan negaranya dan hak warga Negara untuk sebilangan besar etnik bukan-Melayu. Hal ini sebenarnya memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Page 23: Penyinkiran Singapura

LAMPIRAN

Page 24: Penyinkiran Singapura
Page 25: Penyinkiran Singapura

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia pada 9 Julai 1963 di Malborough House, London.

Page 26: Penyinkiran Singapura

Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan

rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir pada 17 September 1963.

Page 27: Penyinkiran Singapura

Watikah pemasyuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963.