6
SULIT Arahan: Jawab semua soalan. 1. (a) Gambar di bawah menunjukkan satu aktiviti pengeluaran Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu. [ 9 markah ] (b) Hierarki Keperluan Maslow terdiri daripada tiga tahap. Huraikan ketiga – tiga tahap tersebab. [ 8 markah ] (c) Gambarajah 1 menunjukkan perkembangan perniagaan Encik Rahmat di kawasan pelancongan Pantai Leka, Parit Jawa, Muar. 1 TAHUN TAHUN

Pep Ptghn Tahun t4, k2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perdagangan T4

Citation preview

SULITArahan: Jawab semua soalan.1. (a)Gambar di bawah menunjukkan satu aktiviti pengeluaran

Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu.[ 9 markah ](b)Hierarki Keperluan Maslow terdiri daripada tiga tahap.Huraikan ketiga tiga tahap tersebab.[ 8 markah ]

(c)Gambarajah 1 menunjukkan perkembangan perniagaan Encik Rahmat di kawasan pelancongan Pantai Leka, Parit Jawa, Muar.

TAHUN 2009TAHUN 2013

Jelaskan empat ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Encik Rahmat.[ 8 markah ]2. (a)Encik Rosly memiliki dua hektar tanah dan ingin menceburi aktiviti pertanian. Pegawai pertanian memaklumkan bahawa beliau boleh mengusahakan tanahnya secara pengeluaran langsung atau pengeluaran tak langsung. Encik Rosly memilih untuk mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak langsung.Mengapakah Encik Rosly membuat keputusan demikian?[ 5 markah ](b)Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh bantuan perniagaan berikut:(i)Perbankan[ 5 markah ](ii)Promosi[ 5 markah ]

(c)Terangkan empat sumbangan usahawan kepada masyarakat.[ 8 markah ](d)Nyatakan dua kelebihan menjual barang secara sewa beli.[ 2 markah ]

3.(a)Dialog berikut adalah di antara Husni dengan Helmi.

Husni: Wah! Nampaknya hasil tangkapan awak semakin banyak.Helmi: Pada zahirnya begitulah Husni. Tapi hasil tangkapan ikan yang banyak pun menimbulkan masalah terutama pada pengusaha kecil kecilan, seperti saya.Husni: Kalau begitu, saya mencadangkan awak mendapatkan khidmat pemborong.

Berdasarkan dialog itu, tentukan jenis pemborong yang sesuai untuk membantu Helmi menyelesaikan masalahnya dan berikan alasan anda.[ 5 markah ](b)Jelaskan setiap perkara berikut:(i)Jualan tunai[ 3 markah ](ii)Jualan prabayar[ 3 markah ](iii)Jualan sewa beli[ 4 markah ]

(c)Gambar di bawah ialah iklan mesin basuh di sebuah kedai elektrik.

SUPERB MS-667TUNAIRM2 500.00

KREDITDeposit : RM600Bayaran Bulanan: RM100 x 24

Hitungkan:(i)jumlah faedah yang perlu dibayar untuk belian secara kredit[ 2 markah ](ii)kadar faedah setahun[ 3 markah ]

(d)Gambar di bawah menunjukkan seorang tukang jahit mengambil tempahan membuat baju dari seorang pelanggan.

(i)Namakan jenis saluran agihan yang terlibat dalam situasi itu.[ 1 markah ](ii)Namakan dua sebab saluran tersebut digunakan.[ 4 markah ]

Kajian Kes

Puan Rahimah telah membuka sebuah kedai alatan sukan yang beroperasi di sebuah pasaraya di Bukit Gambir, yang telah beroperasi selama dua tahun. Beliau menerima tempahan yang banyak daripada pelanggannya yang terdiri daripada sekolah sekolah yang berhampiran selain daripada penduduk tempatan.

Perniagaan Puan Rahimah sentiasa mendapat sambutan ramai. Maka beliau sentiasa melayan pelanggan dengan baik. Beliau sentiasa memastikan agar barangan yang terdapat di kedai beliau adalah terbaik dari segi kualiti dan harganya. Oleh kerana itu, beliau sentiasa berhati hati dalam membuat pembelian barangan jualan supaya barangan dapat dijual semula dengan harga yang berpatutan.

Pada awal Mei, beliau mendapati stok raketnya telah berkurangan. Maka beliau perlu membuat pembelian raket untuk memenuhi permintaan pelanggan. Puan Rahimah telah meminta Syarikat Pemborong Jaya Sdn Bhd dan Syarikat Pemborong Maju Sdn Bhd menghantar sebut harga supaya beliau boleh membuat perbandingan harga.Syarikat Pemborong Megah Sdn BhdNo 78, Jalan PertamaBukit Gambir

No sebut harga: 089/2012

Kedai RahimahLot 4, Jalan SultanBukit Gambir 10 Mei 2012

Dengan akaun yang diakui.Untuk penerimaan dalam tempoh 10 hari.

Syarat Angkutan: Angkutan DibayarDiskaun niaga: 15%Syarat: 8% 7 hari 3% 14 hari

AbdRazakPengurusSyarikat Pemborong Jaya Sdn BhdNo 114, Jalan Paya LebarSerom

No sebut harga: 112/2012

Kedai RahimahLot 4, Jalan SultanBukit Gambir 16 Mei 2012

Dengan akaun yang diakui.Untuk penerimaan dalam tempoh 10 hari.

Syarat Angkutan: Angkutan DibayarDiskaun niaga: 20%Syarat: 5% 7 hari 2% 14 hari

HashimaPengurus

SEBUT HARGA 1

SEBUT HARGA 2

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan soalan berikut.(a)(i)Sebut harga yang manakah menjadi pilihan pengurus Kedai Murni?[ 1 markah ](ii)Jelaskan sebab sebabnya.[ 3 markah ](iii)Berdasarkan pilihan di 2 (a)(i), Kedai Rahimah membuat keputusan untuk membeli 50 unit raket Jaguh Kuning. Barang diterima pada 20 Mei 2012.Hitung jumah yang perlu dibayar oleh Kedai Rahimah sekiranya bayaran dijelaskan pada 25 Mei 2012.[ 4 markah ](b)Berikan empat perbezaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri.[ 8 markah ]

(c)Terangkan tiga sebab pasar raya menjadi pilihan pengguna.[ 6 markah ](d)Nyatakan 3 kesan syarat serahan tersebut kepada Kedai Rahimah.[ 3 markah ]

5