113
SULIT* PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B ______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 2009 STPM 940/1 ⌠Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat SULIT* 940/1 STPM 2009 SEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) papercollection

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SULIT* PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

______________________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 2009

STPM 940/1 ⌠Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat SULIT*

940/1 STPM 2009

SEJARAH

KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800

(Tiga jam)

papercollection

Page 2: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA ) JAWAB 2 ( DUA ) SOALAN SAHAJA

1. Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik.

2. Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ). 3. Huraikan faktor-faktor perubahan yang mendorong kepada kemunculan Negara

Bangsa di Eropah. 4. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar

tamadun-tamadun awal. 5. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya muncul sebagai

pusat perdagangan utama di Alam Melayu dari abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi. 6. Jelaskan tentang pemikiran ahli falsafah Yunani dan China.

7. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melakukan aktiviti

penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi

8. Bandingkan ciri-ciri senibina Tamadun Islam dan Tamadun Rom

BAHAGIAN B ( TAMADUN ISLAM ) JAWAB 2 ( DUA ) SOALAN SAHAJA

9. Jelaskan maksud Jahiliah serta huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

10. Jelaskan faktor-faktor serta cara penentangan Quraisy Mekkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W dan huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu. 11. Nyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah.

12. Bincangkan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan terangkan kesannya terhadap perkembangan syiar Islam.

13. Huraikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Khalifah

Umar al-Khatab. 14. Perang Uhud merupakan perang yang kedua dalam kalendar Islam dan ia berlaku pada tahun 3 Hijrah.Bincangkan faktor-faktor serta kesan dan pengajaran peristiwa Perang Uhud.

15. Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Ummaiyah.

16. Huraikan peranan pusat pendidikan Islam awal di Alam Melayu.

940/1* - SULIT

papercollection

Page 3: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SULIT* PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

______________________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 2009

STPM 940/2 ⌠Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat SULIT*

940/2 STPM 2009

SEJARAH

KERTAS 2 – MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA

SELATAN DAN ASIA TIMUT 1888 -1963

(Tiga jam)

papercollection

Page 4: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

-2-

BAHAGIAN A

1. Agama Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia sebelum campurtangan British. Bincangkan

2. Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlaku penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke 19

3. Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang

abad ke 19 4. Bincangkan peranan dan sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu

dalam membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

5. Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Tanah Melayu dari

tahun 1946-1957 6. Bincangkan faktor-faktor yang menentukan penggubalan dasar luar Persekutuan

Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga tahun 1963

BAHAGIAN B

7. Jelaskan peranan institusi pembesar di Myanmar (Burma) dan Thailand (Siam) pada awal abad ke 19

8. Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal

abad ke 19 9. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan peperangan di China dan Myanmar

pada awal abad ke 19 10. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa di Jepun dan Perjanjian Bowring

di Thailand terhadap kedua-dua negara 11. Bandingkan peranan dan sumbangan Jose Rizal dan Sukarno dalam gerakan

nasionalisme di Filipina dan Indonesia 12. Sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual menjadi

faktor utama dalam Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Thailand

sulit

papercollection

Page 5: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

1

SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A ( TAMADUN DUNIA )

1. Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan ( 3 markah ) 1 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang

tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.

2 Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti

beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara – Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu.

Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.

3. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik

adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

papercollection

Page 6: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

2

Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah ) 1 Tempat Tinggal / Petempatan

Paleolitik

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah ) Neolitik Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )

2. Kegiatan Ekonomi Utama Paleolitik

Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri. Neolitik Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru

papercollection

Page 7: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

3

3. Teknologi peralatan Paleolitik

Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif. Neolitik Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat.

4. Organisasi sosial Paleolitik

Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan.

papercollection

Page 8: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

4

5. Agama dan kepercayaan Paleolitik

Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini.

Neolitik Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme.

6. Kesenian / kebudayaan Paleolitik

Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Neolitik Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitik yang bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik

papercollection

Page 9: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

5

dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual.

7 Corak hidup Paleolitik

Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitar Neolitik Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku pada zaman Neolitik. Kesan daripada perkembangan revolusi pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus. Bagi memastikan keselamatan mereka, mereka sudah mula mencipta senjata-senjata seperti kapak dan pisau untuk mempertahankan diri. Perkembangan yang amat ketara dalam corak hidup mereka ialah mereka mula tinggal di rumah-rumah yang mereka bina daripada tanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita terutamanya, mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan.

8. Pengkhususan pekerjaan Paleolitik

Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal. Neolitik Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang

papercollection

Page 10: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

6

mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.

9. Institusi Politik Paleolitik Tidak wujud institusi politik pada zaman Paleolitik. Neolitik

Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya institusi politik kerana sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan ini menyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh

Kesimpulan ( 2 markah )

Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.

* Apa sahaja kesimpulan yang sesuai

papercollection

Page 11: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

7

2. Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ). Pendahuluan (3 markah)

1. Istilah agama dikenali sebagai religion dalam bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan Latin religare. Istilah agama dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit agama yang bermaksud jalan untuk memperolehi keredaan Tuhan dan kepercayaan pula adalah bermaksud sesuatu yang dianggap sebagai benar.

2. Agama merujuk kepada segala kepercayaan terhadap Tuhan, dewa dan roh nenek

moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya. Ahli-ahli sosiologi mentakrifkan agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan di mana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri terhadap apa yang dianggap suci atau kudus.

3. Masyarakat di Mohenjo-Daro dan Harappa atau Lembah Indus ini mempunyai tradisi

keagamaan dan kepercayaan yang tersendiri. Penemuan mohor-mohor, patung dan bahan-bahan tembikar menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian. Kebanyakan daripada unsur-unsur kepercayaan dan agama masyarakat Mohenjo-Daro dan Harappa ini telah diwarisi dan diamalkan oleh masyarakat Hindu pada masa kini dan ini menunjukkan bahawa bahawa masyarakat tamadun ini telah meninggalkan satu impak yang mendalam dalam aspek agama dan kepercayaan

4. Latar belakang tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus )

Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

1. Kepercayaan Politeisme

Masyarakat tamadun ini mengamalkan kepercayaan politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Sebagai contohnya, mereka menyembah banyak dewa-dewi dan dewa-dewi ini mempunyai kedudukan yang berlainan serta mewakili pelbagai fenomena alam seperti langit, bumi, air, api, bintang dan tumbuh-tumbuhan.

2. Penyembahan Dewi Ibu

Menurut Sir John Marshal, kepercayaan masyarakat yang paling popular dalam tamadun ini ialah penyembahan Dewi Ibu dan hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan patung-patung wanita di kawasan ini dan juga di selatan Baluchistan dan Lembah Zhob. Patung-patung wanita ini juga turut ditemui di Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin dan ini menunjukkan bahawa amalan ini turut tersebar luas di banyak kawasan. Amalan penyembahan Dewi Ibu ini mempunyai pengaruh yang amat mendalam di kalangan masyarakat India.

papercollection

Page 12: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

8

Dewi Ibu dianggap proto prakriti ( tenaga kosmik ) dan sebahagian daripada jiwa kosmik ( Purusha ). Kepercayaan ini juga terdapat dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nasab ibu ( matriarchal ). Amalan penyembahan Dewi Ibu ini juga telah meletakkan asas bagi penyembahan saktisme.

3. Penyembahan Dewa Siva

Penemuan sebuah mohor oleh Dr. E. Mackay pada tahun 1930 membuktikan bahawa terdapat amalan penyembahan Dewa Shiva dalam masyarakat tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa atau Tamadun Lembah Indus ini. Gambar dalam mohor ini menunjukkan seorang sedang duduk bersila dalam keadaan membuat yoga dan dia mempunyai tiga tanduk dan kepala. Tangannya dipenuhi gelang dan disekelilingnya terdapat beberapa ekor binatang seperti gajah, harimau, kerbau dan dua ekor rusa. Sir John Marshall mentafsirkan dewa berkepala tiga dalam gambar dalam mohor ini sebagai lambang Proto Shiva. Tiga kepala atau muka itu adalah mewakili konsep Trimurthi dan ianya melambangkan tiga fungsi utama Dewa Shiva iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Mohor ini juga melambangkan konsep Mahayogi dan Mahatapah yakni Dewa Shiva ialah ketua bagi para yogi. Hal ini menunjukkan bahawa yoga adalah berasal daripada masayarakat di Lembah Indus. Mohor ini juga dikaitkan dengan konsep Pasupati yang merupakan asas kepada falsafah Saivisme dan menurut falsafah ini, Tuhan adalah ketua bagi semua jiwa. Manusia yang terdapat dalam lambang ini ditafsirkan sebagai Pati manakala binatang-binatang yang terdapat disekelilingnya dilambangkan sebagai Pasu.

4. Penyembahan Lingam dan Yoni

Penyembahan Lingam dan Yoni merupakan satu lagi bentuk kepercayaan di Lembah Indus. Lingam ialah simbol Dewa Shiva dan Yoni adalah simbol Dewi Ibu. Penemuan batu-batu yang berbentuk kon di Mohenjo-Daro dan Harappa membuktikan kewujudan penyembahan Lingam. Para sarjana mengaitkan objek-objek berbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva. Sementara itu, penemuan batu-batu yang berbentuk gelang yang besar melambangkan Yoni yang merupakan simbol Dewi Ibu.

5. Penyembahan Pokok

Terdapat juga amalan penyembahan pokok dalam masyarakat di Lembah Indus di mana hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok Pipal dan Acacia di Mohenjo-Daro dan Harappa. Pokok Pipal Dan Acacia ini diatakan sebagai tempat tinggal dewa-dewi. Selain daripada pokok-pokok itu, pokok Udumbura, Bilva, Nimba dan Thulasi juga dianggap suci. Menurut Sastri, pokok Pipal adalah merupakan pokok yang paling suci dan ia melambangkan ilmu pengetahuan manakala pokok Acacia pula melambangkan jiwa. Dipercayai seseorang yang meletakkan atau mengikat daun pokok tersebut di kepala

papercollection

Page 13: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

9

akan memperolehi ilmu. Sebilangan besar mohor-mohor yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa menunjukkan Dewa Pipal berdiri di bawah pokok tersebut. Dewa Pipal dikatakan sebagai ketua bagi semua dewa orang Indus dan penyembahan Dewa Pipal amat popular dan meluas di kalangan masyarakat di Lembah Indus.

6. Upacara Mandi Ritual

Upacara mandi ritual diamalkan di Mohenjo-Daro di bawah pengawasan golongan pendeta. Kepentingan upacara mandi ritual ini dapat dibuktikan dengan kewujudan kolam mandi Great Bath yang dilengkapi dengan bilik-bilik kecil dan dewan bertiang. Kewujudan bilik air dengan salur keluar di kebanyakan kediaman merupakan satu lagi bukti amalan mandi ritual telah dipraktikkan di Lembah Indus. Upacara mandi ritual diadakan untuk menjaga kebersihan dan kesucian dan menghalau roh-roh jahat.

7. Tarian Ritual

Di Lembah Indus juga terdapat amalan tarian ritual. Penemuan patung gangsa yang menunjukkan seorang perempuan sedang menari membuktikan kewujudan amalan tarian ritual ini.

8. Upacara Pengebumian

Masyarakat Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Dalam hal ini, masyarakat ini mengebumikan mayat dengan berhati-hati di mana kepala dihalakan ke timur dan kaki menghala ke arah selatan. Upacara ini juga disertakan dengan barang-barang pengebumian seperti makanan dan senjata. Kajian oleh ahli sejarawan juga menunjukkan amalan membakar mayat dan membuang abu ke sungai sepertimana yang berlaku dalam masyarakat di Harappa. Kesimpulan ( 2 Markah ) Masyarakat di Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai kepercayaan dan agama yang unuk dan tersendiri. Dalam hal ini banyak kepercayaan masyarakat ini seperti penyembahan Dewi Ibu dan Dewa Shiva telah diwarisi dan diamalkan oleh orang India sehingga sekarang. Kewujudan pelbagai agama dan kepercayaan menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian dan idea keagamaan masyarakat ini telah tersebar ke kawasan lain seperti ke Mesopotamia. * Apa sahaja kesimpulan yang sesuai

papercollection

Page 14: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

10

3. Huraikan tentang faktor-faktor perubahan yang mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa di Eropah.

Pendahuluan ( 3 Markah )

Negara adalah satu badan atau autoriti dalam sesuatu wilayah yang menguruskan serta mengendalikan peraturan-peraturan dalam sesuatu masyarakat. Kerajaan yang mengubal dan menguruskan undang-undang itu telah diberi kuasa oleh masyarakat. Bangsa pula adalah sekumpulan manusia yang menetap di sesuatu kawasan dan mempunyai latar belakang, asal-usul, adat resam, kebudayaan, agama dan sistem politik. Negara bangsa bermakna sekumpulan manusia yang tinggal di sesuatu wilayah yang mempunyai persamaan ideologi dan sistem pemerintahan yang berdaulat dan merdeka.Kebiasaannya, sifat etnik merupakan sifat terpenting yang digunakan untuk menyatupadukan satu bangsa. Kuasa untuk mentadbir dan memerintah dipegang oleh raja dan bukan di tangan golongan bangsawan lagi. Perubahan dan perkembangan politik di Eropah pada Zaman Pertengahan telah membawa kepada pembentukan negara bangsa. Pembentukan negara bangsa dapat dilihat di beberapa buah negara Eropah seperti Perancis, Sepanyol, Jerman dan England.

Isi-isi ( 7 isi x 3markah = 21 Markah ) 1 Kemunculan Kesedaran Kebangsaan

Kesedaran kebangsaan adalah sifat utama bagi kemunculan negara bangsa. Pada zaman kemunculan negara bangsa, contohnya, seseorang yang dilahirkan di Perancis berfikir sebagai seorang Perancis dan bukan seorang Norman, Burgindian, dan lain-lain. Kuasa kedaulatan dipegang oleh raja ( tidak lagi dikongsi ) dalam satu unit politik yang besar dan kuat. Hal ini menyebabkan penyingkiran hak-hak warisan dan kuasa golongan berkuasa yang lebih rendah seperti golongan bangsawan, autonomi tempatan atau wilayah, keistimewaan tradisi dan pemansuhan kuasa politik gereja Katolik Rom. Sistem feudal dan vassal ditamatkan.

2. Keruntuhan Sistem Feudal

Sistem feudal dan keinginan raja untuk menegakkan kembali kuasanya telah mendorong pembentukan negara bangsa.Sistem feudal telah wujud di Eropah sejak keruntuhan empayar Rom pada abad ke 5 M. Hal ini telah menimbulkan susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat seperti Raja, Vassal ( golongan bangsawan ) dan Self ( petani dan rakyat biasa ). Raja memiliki semua tanah dalam negara dan baginda berperanan melindungi golongan bawahannya. Baginda telah memberi tanah kepada golongan

papercollection

Page 15: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

11

bangsawan atau lord atau vassal sebagai tanda taat setia kepadanya. Sebahagian daripada hasil tanaman pula diberi kepada raja sebagai balasan. Lama-kelamaan kedudukan vassal semakin kukuh dan berkuasa. Kedudukan dan kuasa raja semakin kurang dan terpaksa bergantung kepada sokongan vassal-vassalnya. Kesedaran raja untuk menegakkan semula kuasanya telah menyebabkan raja menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan berperang dengan vassal-vassalnya. Hal ini telah memulakan proses penyatuan kawasan persekitaran yang biasanya didiami oleh kelompok masyarakat dari bangsa yang sama.

3. Kesan Perang Salib

Perang Salib telah membawa kesan yang penting kepada proses pembentukan negara bangsa. Perang Salib berlaku antara orang Kristian di Eropah dengan orang Islam di Timur Tengah selama 200 tahun ( 1095 M – 1291 M ). Tujuan utama orang Kristian berperang dalam Perang Salib itu adalah untuk membebaskan Baitul Muqaddis dan Palestin daripada orang Islam. Paus ( Pope ) yang merupakan ketua agama Kristian telah meminta pemimpin negara-negara Eropah untuk membantu membebaskan tanah suci orang Kristian itu. Pemerintah-pemerintah di Eropah telah mendapatkan bantuan ketenteraan daripada vassal-vassal untuk menyumbangkan tenaga serf sebagai tentera. Hal ini telah menyebabkan kekuatan ketenteraan vassal berkurangan, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan serf yang pulang daripada medan peperangan tidak balik kepada vassal. Mereka berkunjung ke bandar-bandar. Peluang ini telah digunakan oleh raja-raja untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Mereka telah melaksanakan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan untuk membawa vassal-vassal ke bawah kekuasaannya dalam usaha membentuk negara bangsa.

4 Kepentingan Perkembangan Bandar

Perkembangan bandar dan kepentingan yang dimainkan olehnya telah mengubah sistem ekonomi tradisional yang mementingkan pertanian. Perang Salib telah membawa kepada pembentukan bandar-bandar baru dan kemunculan semula bandar-bandar lama. Ekonomi bandar berkembang pesat dengan bertambahnya penduduk dan penggunaan wang. Golongan serf mulai berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Askar-askar yang balik dari medan peperangan juga tidak balik ke kampung mereka. Hal ini telah melemahkan kekuasaan vassal yang bergantung kepada penguasaan tanah serta kesetiaan serf di tanah kawalan mereka. Kemerosotan kuasa vassal telah menambah kuasa dan pengaruh raja yang berjaya meluaskan kekuasaannya ke seluruh negeri.

5. Kemunculan Golongan Pertengahan

Kemunculan dan perkembangan golongan pertengahan di bandar akibat kemajuan pesat dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian telah menyebabkan golongan pertengahan menyokong pemerintah yang kuat,

papercollection

Page 16: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

12

yang boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk menjamin kestabilan dan kemakmuran negara. Mereka memerlukan perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang berkesan.Mereka sanggup membayar cukai untuk mendapatkan kestabilan politik untuk menjalankan perdagangan dan perniagaan. Kepentingan dan pengaruh golongan bangsawan atau vassal telah digantikan oleh golongan pertengahan dan pengusaha. Raja kini boleh mengumpul lebih banyak wang melalui percukaian yang dikenakan ke atas golongan pertengahan.Sebagai balasannya, baginda dapat menggaji tentera dan pegawai perkhidmatan awam untuk memberikan kelas pertengahan perlindungan dan bentuk kerajaan yang mereka perlukan.

6. Instutusi Kebangsaan

Penubuhan institusi kebangsaan juga memainkan penting dalam pembentukan negara bangsa. Kemajuan perdagangan dan ekonomi wang akibat Perang Salib menyebabkan sistem feudal tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Eropah seperti menjamin keamanan dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam, khususnya di kawasan bandar. Raja-raja di England dan Perancis melihat perkembangan ini sebagai memberi peluang kepada mereka untuk meluaskan kuasa dan kawalan.Mereka mula membentuk institusi-institusi kebangsaan bagi sebuah kerajaan, antaranya pentadbiran pusat, tentera kebangsaan dan undang-undang kebangsaan. Kesemua institusi ini merupakan permulaan negara bangsa dan membawa kepada kemerosotan sistem feudal.

7. Kemunduran Tamadun Eropah

Kesedaran raja-raja dan masyarakat Eropah tentang kemunduran tamadun mereka berbanding dengan tamadun dan kegemilangan Islam wujud apabila mereka bertembung dengan tamadun Islam semasa Perang Salib. Hal ini telah menyebabkan bangsa Eropah mula bertekad untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangan tamadun Yunani dan Rom. Pertembungan kebudayaan Arab dan Eropah telah melahirkan hasrat untuk membawa perubahan intelektual. Kesedaran ini telah membawa kepada tercetusnya hasrat untuk mewujudkan negara yang beridentitikan bangsa Eropah.

8. Perkembangan Bahasa Kebangsaan

Pembentukan negara bangsa juga dibantu oleh perkembangan bahasa kebangsaan. Selagi orang Norman dan Burgundi bertutur dalam dialek Perancis yang berlainan, sukar bagi mereka untuk mewujudkan persatuan yang kukuh.Tetapi di zaman Renaisans yang wujud setelah Perang Salib berakhir, buku-buku mula ditulis bukan dalam bahasa Latin tetapi dalam bahasa pertuturan masyarakat berkenaan. Hal ini berlaku berikutan penciptaan mesin pencetak. Hal ini juga telah menyebabkan penduduk di kawasan pedalaman Perancis mula bercakap serta berfikir seperti orang Perancis dan akhirnya

papercollection

Page 17: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

13

berjaya mewujudkan identiti yang sama untuk penduduk di sesuatu wilayah. Keadaan ini telah mempercepatkan kemunculan negara bangsa di Eropah.

Kesimpulan ( 1 Markah )

Sebagai penutup, jelaslah pembentukan negara bangsa di Eropah berlaku akibat perubahan dalam sistem ekonomi, politik dan sosial yang membawa kepada suatu fikiran baru. Fikiran ini memerlukan perubahan politik untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa masyarakat Eropah. Dengan penubuhan negara bangsa, tiap-tiap negeri mengandungi penduduk yang berteraskan satu bangsa, satu bahasa, satu kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan di bawah pemerintah raja berkuasa mutlak.

* Apa sahaja kesimpulan yang sesuai

papercollection

Page 18: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

14

4. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar tamadun-tamadun awal.

Pendahuluan (3 markah)

Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar

merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit .

Konsep ketahanan dan pertahanan.

Isi-isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah ) 1. Kekuatan ketenteraan

Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi mewujudkan keamanan dalam empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar. Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orang tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.

2. Perluasan wilayah

Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa. Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa besar

papercollection

Page 19: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

15

di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar. Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.

3. Sistem birokrasi yang teratur

Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera. 4. Keseragaman budaya

Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya, Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch.

5. Keseragaman sosial dan ekonomi

Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.

6. Kewibawaan pemimpin

Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik

papercollection

Page 20: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

16

kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan kesusasteraan.

7. Penyebaran agama

Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.

8. Kemajuan komunikasi

Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja.

Kesimpulan ( 1 markah )

Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Empayar akan mengalami kemerosotan apabila pemerintah gagal mengawal struktur empayar, mengukuhkan pentadbiran pusat, kemerosotan ekonomi dan sistem pertahanan lemah. * Apa-apa sahaja yang berkaitan

papercollection

Page 21: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

17

5. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu dari abad ke- 7 hingga abad ke-13 Masihi.

Pendahuluan ( 3 Markah ) Empayar Srivijaya merupakan kuasa utama dan berpengaruh di Asia Tenggara dari abad ke-7 hingga ke-13 masihi. Dengan kewibawaan pemerintahnya seperti Dapunta Hiyam, Srivijaya telah meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke atas beberapa negeri di Pulau Sumatera, sebahagian Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, selatan Siam dan persisiran Borneo sehingga menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan entrepot yang terkenal di Alam Melayu. Pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang adalah sangat strategik kerana dapat mengawal perairan Selat Melaka. Dalam hal ini, Srivijaya telah menggunakan angkatan lautnya yang kuat untuk menguasai perdagangan Timur- Barat terutamanya perdagangan antara Timur Tengah, China, India dan Asia Tenggara sendiri. Sebagai contohnya, pedagang-pedagang yang melalui perairan Selat Melaka telah dipujuk dan dipaksa untuk singgah di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.

Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah empayar maritim yang sangat bergantung kepada kekuatan dan kemahiran tentera lautnya, Srivijaya telah berjaya memonopoli perdagangan di Alam Melayu dengan menguasai bandar-bandar pelabuhan penting di sekitar Alam Melayu dan menjadikan Srivijaya sebagai emporium perdagangan yang terkenal. Rekod-rekod dari Negara China telah membuktikan perkara ini, di mana telah dicatatkan 14 kota raja telah membayar ufti kepada Srivijaya pada awal abad ke-11 masihi. Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya mampu muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

Isi-isi ( 7 isi x 3 markah = 21 Markah )

1. Kedudukan Yang Strategik Kedudukan Srivijaya dari segi geografinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat dan hal ini telah menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, Negara China dan Alam Melayu. Kelebihan Srivijaya yang menghadap monsun timur laut telah menyebabkan pelabuhan Srivijaya tidak mampu ditandingi oleh pelabuhan-pelabuhan lain.

2. Perlindungan Diplomatik Daripada Kerajaan China Kejayaan Srivijaya mendapatkan naungan daripada Negara China dengan cara menghantar ufti kepada Maharaja China telah mengukuhkan kuasa dan pengaruh Srivijaya. Dikatakan antara tahun 960-983 masihi, Srivijaya telah menghantar tidak kurang dari lapan utusan diplomatik ke Negara China.

papercollection

Page 22: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

18

Jaminan perlindungan daripada China telah berjaya mengelakkan Srivijaya daripada diserang oleh kerajaan Majapahit, Siam dan Burma. Lantaran itu, ini telah mengggalakkan kedatangan lebih ramai pedagang-pedagang dari Arab, China dan India ke pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.

3. Kekayaan Sumber Bahan Mentah Kemampuan empayar Srivijaya menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang banyak telah menyebabkan Srivijaya mampu muncul sebagai pelabuhan entrepot utama di Nusantara. Bahan-bahan mentah yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran tempatan dan pedagang-pedagang China telah diperolehi daripada kawasan hutan di Pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu serta daripada kawasan jajahan takluknya di Kepulauan Riau Lingga. Bahan-bahan mentah tersebut adalah seperti emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura-kura, lilin lebah, damar, kayu gaharu, kayu cendana, lada dan rempah ratus. Dalam hal ini, kekayaan sumber bahan mentah telah menjadikan Srivijaya tumpuan pedagang-pedagang dari negara luar.

4. Kemudahan-kemudahan Perdagangan/ Pelabuhan Para pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan-pelabuhan seperti stor, tempat penginapan sementara dan gudang-gudang menyimpan barang. Para pedagang yang datang ke Srivijaya dilayan dengan baik dan kemudahan dan layanan yang baik ini telah menyebabkan Srivijaya dikunjungi oleh ramai pedagang.

5. Peranan Orang Laut Peranan orang laut juga merupakan faktor penting dalam meningkatkan perkembangan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Kemampuan dan kejayaan pemerintah-pemerintah kerajaan Srivijaya mengawal orang laut menyebabkan masalah perlanunan di Selat Melaka dapat dibendung dan diatasi. Dalam hal ini, pemerintah Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai sebahagian daripada angkatan tentera laut. Kemahiran orang-orang laut tentang selok belok laut seperti beting pasir, beting karang, cuaca dan sebagainya telah membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut daripada ancaman lanun-lanun dengan berkesan. Di samping itu, orang laut juga berperanan memantau dan ada juga yang bertindak memaksa kapal-kapal pedagang-pedagang singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya. Sumbangan orang laut ini telah menyebabkan Srivijaya mampu memainkan peranan sebagai pusat persinggahan kapal-kapal dagangan, pusat pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan.

6. Sistem Pentadbiran Yang Baik dan Sistematik Kerajaan Srivijaya juga mempunyai sistem pentadbiran yang baik dan sistematik. Kajian terhadap inskripsi Telaga Batu menunjukkan bahawa Empayar Srivijaya dikenali sebagai Kedatuan. Kedatuan dibahagikan kepada Mandala yang

papercollection

Page 23: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

19

diketuai oleh seorang Datu dan beliau dibantu oleh seorang Parvanda ( Ketua Tentera ). Dengan adanya sistem pentadbiran yang baik dan teratur, maka perdagangan di Srivijaya dapat dijalankan dengan lancar.

7. Dasar Perdagangan Srivijaya Srivijaya juga mengamalkan beberapa dasar yang berhubung dengan sistem perdagangan. Antaranya ialah pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang secara langsung di kawasan pedalaman dan mereka hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat. Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan pedagang asing menghasut penduduk tempatan di kawasan pedalaman untuk menentang kerajaan pusat. Pedagang-pedagang juga dikehendaki untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dasar perdagangan ini menyebabkan pedagangan di Srivijaya mampu berkembang dengan baik sehingga menjadi satu pusat perdagangan utama di rantau ini.

8. Galakan Kerajaan Kerajaan Srivijaya telah menggalakkan pedagang tempatan agar terlibat dalam perdagangan antarabangsa. Terdapat kumpulan pedagang tempatan yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan China dan Asia Barat. Kumpulan yang terlibat dengan perdagangan luar negara dikenali sebagai Puhawang dan Vaniaga. Istilah Siddha-Yatra juga merujuk kepada pedagang-pedagang yang terlibat dengan perdagangan jarak jauh. Hal ini menunjukkan kerajaan Srivijaya menggalakkan penduduk tempatan bergiat dalam perdagangan antarabangsa dan seterusnya menjadikan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

Kesimpulan ( 1 markah )

Berdasarkan kepada faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi, kerajaan Srivijaya telah berjaya sebagai sebuah kuasa perdagangan yang unggul daripada abad ke-7 hingga abad ke-13 masihi. Menjelang abad ke-14 masihi, Srivijaya telah telah hilang pengaruhnya sebagai sebuah empayar dan pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

* Apa sahaja kesimpulan yang sesuai.

papercollection

Page 24: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

20

6. Jelaskan tentang pemikiran ahli falsafah Yunani dan China

Pendahuluan ( 3 markah )

Usaha untuk meningkatkan keilmuan manusia telah diteruskan oleh para cerdik pandai sejak zaman silam lagi. Satu daripada aspek ilmu ialah dalam bidang falsafah.

Menambah pengetahuan dan kepandaian dalam pelbagai perkara dan aspek kehidupan merupakan suatu proses yang diberi keutamaan oleh sarjana-sarjana Yunani dan China.

Kemunculan ilmu falsafah di Yunani adalah berkait rapat dengan sistem politik negara kota Athens yang mengamalkan sistem demokrasi yang banyak memberi kebebasan kepada golongan intelek sehingga lahirnya ramai ahli falsafah yang berpendapat bahawa pemimpin politik dan sosial mesti terdiri daripada golongan ahli falsafah.

Manakala perkembangan falsafah Tamadun China pula, wujud beberapa pemikir falsafah yang menekankan hal ehwal manusia dan hubungan manusia dalam masyarakat.

Antara ahli-ahli falsafah yang terkenal dalam Tamadun Yunani ialah Socrates, Plato dan Aristotle manakala aliran pemikiran utama China ialah Confucianisme, Taoisme dan Legalisme.

Isi Jawapan ( 20 markah)

A). Sumbangan Ahli Falsafah Yunani ( 10 markah )

1. Socrates

- Beliau dianggap sebagai bapa falsafah dan demokrasi Yunani.

- Socrates menggunakan kaedah bertanya untuk mencari jawapan, pengetahuan dan kebenaran. Segala perkara yang berlaku dalam alam ini harus dibuktikan. Kaedah ini menggalakkan orang ramai menggunakan akal.

- Persoalan yang dibangkitkan oleh Socrates menyentuh kehidupan manusia dan menanamkan nilai individualisme di jiwa rakyat Athens.

- Beliau mengajar manusia berkelakuan dan berakhlak baik serta berfikir dengan bijak. - Beliau dihukum mati kerana dituduh menafikan dewa dewi dan merosakkan pemikiran

golongan muda yang menggunakan kaedahnya iaitu menyampaikan pengetahuan melalui cara menyoal untuk mendapatkan kebenaran.

papercollection

Page 25: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

21

2. Plato

- Plato adalah anak murid Socrates.

- Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah yang bernama Akademi di Athens di mana sekolah itu telah melahirkan ramai ahli falsafah.

- Menurut beliau, sesuatu kerajaan dan juga kehidupan manusia haruslah berpandukan kepada prinsip-prinsip kebaikan, kemuliaan, keadilan dan kasih sayang. Beliau juga menegaskaan bahawa hak yang sama harus diberikan kepada golongan wanita.

- Plato dalam bukunya ‘ Republik ’ menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik kepada rakyat dan menekankan bahawa kerajaan yang ideal adalah kerajaan yang dipimpin oleh ahli falsafah.

- Selain itu, pemerintah harus memberi pendidikan kepada setiap warganegara supaya manusia boleh mempunyai hidup yang baik, sempurna, berbudi dan berdisiplin.

3. Aristotle

- Aristotle adalah pengikut Plato yang terkenal dan dikenali sebagai bapa logik.

- Menurutnya, ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah haruslah diperolehi melalui proses pemerhatian, pengumpulan, penyusunan fakta serta fikiran yang yang teratur, tepat atau berdasarkan hubungan sebab dan akibat.

- Beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran.

- Idea dan falsafah Aristotle terkandung dalam bukunya yang berjudul ‘ Ethics ’ dan

‘ Politic ’ .

- Dalam bukunya Politic, Aristotle menyarankan supaya manusia harus mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan.

- Menurut Aristotle, kerajaan bercorak demokrasi adalah sistem yang zalim dan menindas kerana mengabaikan perbezaan antara manusia. Bagi beliau, kerajaan yang baik adalah

papercollection

Page 26: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

22

politi di mana pemerintahannya dijalankan oleh orang ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik pemerintahan monarki dan oligarki.

- Beliau menubuhkan sebuah sekolah bernama Lyceum untuk mengembangkan falsafah dan kajian sainsnya.

B). Sumbangan Ahli Falsafah China ( 10 markah )

1. Mencius

- Falsafah tamadun awal China dipengaruhi oleh perubahan musim. Menurut Mencius, seorang ahli falsafah China, semua benda di dunia termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum iaitu Yin dan Yang.

- Yin dan Yang melambangkan keharmonian dan saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan seperti kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan di antara kedua-dua unsur ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China.

2. Confucianisme

- Falsafah China juga tertumpu kepada manusia dan hubungannya dengan orang lain dan di dalam masyarakat. Ahli-ahli falsafah China seperti Confucius juga berusaha untuk memperkukuhkan semula feudalisme di China untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian. Ia tidak menekankan manusia sebagai individu yang bebas.

- Confucianisme yang berasaskan kepada ajaran Confucius, wujud pada zaman Dinasti Chou yang mengalami keruntuhan akhlak akibat keruntuhan sistem feudal dan peperangan. Menurut Confucius, manusia tidak hidup berseorangan atau terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia diajar bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

- Ajaran Confucius memberikan penekanan tentang harga diri dan kemanusiaan. Penekanan diberikan kepada prinsip amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati. Kerajaan yang aman dan makmur dapat diwujudkan sekiranya pemerintah menunjukkan budi pekerti yang baik untuk dicontohi oleh rakyat.

- Pedoman untuk hubungan dalam masyarakat dibahagikan kepada lima bentuk iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat, ibubapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Sekiranya wujud hubungan hormat-

papercollection

Page 27: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

23

menghormati, kesopanan, kesusilaan dan bertanggungjawab, maka akan wujud keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

- Ajaran-ajaran Confucius boleh diperolehi daripada dua buku iaitu Klasik Confucius dan Analekta.

3. Taoisme

- Taoisme berasaskan kepada ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Ajaran falsafah mereka terkandung dalam dua buah buku mereka iaitu Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Ajaran ini ialah reaksi terhadap ajaran Confucius yang menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial.

- Ajaran Tao ini menekankan keharmonian manusia dengan alam semesta. Tao adalah suatu cara atau jalan untuk mencapai keharmonian itu. Menurut ajaran Tao, manusia tidak harus mementingkan keduniaan dan mencari kebahagiaan dengan mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Manusia harus hidup sederhana serta melakukan meditasi dan hidup berharmoni dengan peraturan alam semesta.

- Taoisme menegaskan bahawa kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang sedikit serta mudah difahami oleh rakyat. Penekanan kepada alam telah menggalakkan pengikut Taoisme menerokai sains dan teknologi. Pengaruh Taoisme juga terdapat dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

4. Legalisme

- Legalisme merupakan satu lagi falsafah yang penting di China. Ia mengajukan kepentingan penekanan undang-undang untuk mewujudkan kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat.

- Pemikir unggul Legalis adalah Han Fei yang menulis Han-fei-tzu yang merupakan falsafah legalis yang komprehensif. Pengikut Legalisme tidak percaya tentang kasih sayang dan belas kasihan. Kuasa harus dikekalkan dan dipelihara dalam apa jua keadaan.

- Menurut Han Fei, nilai-nilai yang dicadangkan oleh Confucius adalah hipokratik dan hanya digunakan untuk kepentingan sendiri.

- Falsafah ini digunakan oleh Maharaja Shih Huang Ti untuk memerintah dan mengekalkan kuasanya setelah beliau berjaya menyatukan Negeri China.

papercollection

Page 28: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

24

Kesimpulan ( 2 markah )

- Pelbagai jenis falsafah yang muncul di Yunani dan Negeri China muncul akibat keadaan politik dan sosial yang wujud pada zaman itu yang memerlukan pendapat dan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah pada zaman itu. Sumbangan ahli-ahli falsafah di Yunani dan China juga adalah relevan untuk kehidupan pada masa kini.

- Apa sahaja kesimpulan yang sesuai.

papercollection

Page 29: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

25

7. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan pada abad ke -15 dan ke-16 Masihi;

Pengenalan. ( 3 markah) - Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-

rata tempat atau daerah. - Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh

dan mengharungi.

- Sejak zaman pra sejarah, manusia mula melancarkan penjelajahan dan penerokaan untuk mencari sumber makanan, mengelakkan perubahan cuaca yang melampau dan ancaman daripada kumpulan lain.

- Kuasa-kuasa Barat seperti Portugal dan Sepanyol mula menjelajah dan

meneroka disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku pada zaman tersebut.

Isi Jawapan. ( 7 isi x 3 markah = 21 markah) 1. Perkembangan kapitalisme dan merkantilisme.

- Sistem ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatan mengumpul modal, hakmilik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.

- Perkembangan ekonomi kapitalisme telah mendorong kemunculan dasar ekonomi merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambahkan kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.

- Bagi memenuhi matlamat-matlamat tersebut, raja-raja Negara bangsa menggalakkan penjelajahan dan penerokaaan. 2. Pengaruh Renaisans.

- Pada zaman Ranaisans, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah.Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri individualisme, humanisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme.

- Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini. Keadaan ini mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi.

papercollection

Page 30: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

26

- Semangat inkuiri manusia iaitu daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang menggalakkan orang Eropah yang menggalakkan orang Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.

3. Penguasaan perdagangan orang Islam.

- Pasaran perdagangan orang Islam mula meluas semasa masyarakat Eropah masih hidup dalam Zaman Gelap. Pada ketika itu, orang Islam menguasai dua jalan iaitu Timur Tengah dan Afrika Utara.

- Mereka juga berdagang dengan saudagar Itali di Laut Mediterranean.

- Keuntungan yang diperoleh oleh orang –orang Islam melalui perdagangan dan keperluan barangan Timur secara langsung membangkitkan semangat kuasa- kuasa Barat untuk menjelajah ke Timur di samping menguasai perdagangan orang-orang Islam.

4. Persaingan Negara-negara bangsa .

- Negara bangsa seperti Sepanyol dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan Amerika.

- Tujuan mereka ialah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran

baru bagi barang-barang mereka. 5. Galakan daripada pemerintah.

- Raja-raja Negara bangsa memberi galakan kepada masyarakatnya untuk

menjelajah dan meneroka.

- Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan. Para pemerintah juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka.

6. Kesan Perang Salib.

- Membuka peluang kepada bangsa Eropah untuk mempelajari tamadun dan kebudayaan Timur. - Pertembungan budaya membenarkan masyarakat Eropah menimba ilmu

dalam pelbagai bidang seperti astronomi, matematik , sains dn geografi serta perebutan dari orang –orang Islam.

- Keadaan ini telah mengubah cara pemikiran bangsa Eropah kepada lebih terbuka.

papercollection

Page 31: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

27

- Perang salib juga membuka peluang kepada Eropah untuk mengenali dunia Timur dan memperolehi barang-barang berharga dari Timur yang dikuasai oleh saudagar- saudagar Arab .

- Masyarakat Eropah juga mempelajari ilmu pelayaran hasil daripada penaklukan Islam di Sepanyol. Ilmu ini dapat membantu mereka menjelajah ke dunia luar.

7. Kemajuan teknologi pelayaran. - Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran menggiatkan

kegiatan penjelajahan dan penerokaan. - Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk

memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menunjukkan arah dan astrolabe digunakan untuk menentukan longitude.

- Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua

Eropah dan laut Mediterranean pada abad ke 15 yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran.

- Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dapat dibina

untuk belayar di lautan yang luas.

8. Penyebaran agama Kristian. - Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk

mengembangkan agama Kristian di dunia luar. - Para pendakwah Kristian dengan para saudagar inginmeneroka ke

tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika.

- Contohnya, Portugal menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu daripada tujuannya ialah menyebarkan agama Kristian.

9. Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar.

- Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperolehi

daripada orang Islam Arab pada Zaman Pertengahan Awal - Catatan-catatan seperti pengalaman Marco Polo mengembara ke China

dan perkhidmatan rahib John Monte Corvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah.

- Maklumat-maklumat yang diperolehi tentang India dan China telah

menarik minat para penjelajah seperti Christopher Colombus.

papercollection

Page 32: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

28

10. Sumber ekonomi.

- Kuasa Barat seperti Portugal memerlukan barangan dari Timur seperti barangan mewah dan rempah ratus yang banyak untuk mengawet daging pada musim dingin.

Kesimpulan. ( 1 markah)

- Faktor-faktor yang dibincangkan ini telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah dan dilancarkan secara besar-besaran pada abad ke 15 dan ke 16 Masihi.

papercollection

Page 33: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

29

8. Bandingkan ciri-ciri seni bina Islam dan Rom. Pengenalan ( 3 markah )

1. Konsep seni bina

a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan yang indah sesuai dengan maksud dan tujuan.

b. Seni bina melibatkan peralatan, kekukuhan dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik .

2. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.

3. Latar belakang seni bina Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan pembinaan masjid Quba dan Nabawi. Bidang seni semakin berkembang bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab .

Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah ) 1. Tujuan

Seni bina Islam • menitik beratkan keseimbangan pembangunan aqidah, syarak dan

akhlak. Penekanannya kepada fungsinya, iaitu untuk pembangunan insaniah (rohani, jasmani dan aqidah).

• Dan bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan . • Oleh itu , senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan

menitik beratkan aspek kegunaan.

Seni bina Rom • Bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada

Maharaja. • Ciri-ciri bangunan dan hiasan ukirannya melambangkan kejayaan

dan kehebatan Maharaja. • Ini menyebabkan maharaja-maharaja yang memerintah Rom

berusaha membina bangunan yang besar. Bangunan Colosseum melambangkan kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M).

papercollection

Page 34: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

30

2. Kegunaan

Seni bina Islam

- mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina masjid , institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunan awam yang lain diselaraskan dengan fungsinya. Sebagai contoh, seni bina masjid juga mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan pusat pengajian.

Senibina Rom

- juga menekankan aspek utilitarian ( kegunaan ) dengan membina bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.

- Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi penonton seramai 50,000 orang.

- Seni bina awam yang lain ialah sarkas, kolam mandi dan saluran air (akuadak).

3. Keselesaan

Seni bina Islam

• menekankan ruang dalam bangunan yang selesa . Masjid dibina mempunyai ruang untuk kemasukan cahaya dan pengudaraan untuk

keselesaan beribadah. • Sementara itu, seni bina rumah kediaman, mempunyai ruang bersifat

persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita

Seni bina Rom • Bangunan-bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan. • Kebanyakan bangunannya besar dan luas. Bangunan Colosseum

mampu menampung150,000 orang penonton untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda.

4. Struktur binaan

Seni bina Islam - Dalam senibina Islam, bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk

masa yang lama. Masjid-masjid yang dibina di zaman Bani Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi tinggi dan dapat bertahan ribuan tahun. Bahan binaannya ialah seperti batu-bata dan besi.

papercollection

Page 35: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

31

Seni bina Rom - Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan

menggunakan batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct.

5. Kekemasan bangunan.

Seni bina Islam - Seni bina Islam di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan

untuk memperlihatkan nilai estatika . - Pembinaan masjid di zaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan

kemasan dalaman yang berharga . - Masjid Umawi telah dihiasi dengan tiang marmar dan lampu yang

hiasan menarik. - Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa

dengan hiasan batu permata kuning dan hijau. Jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah.

- Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan jubin yang berkilat dan berwarna- warni digunakan untuk menghiasi mihrab, dinding masjid dan bumbung istana.

Senibina Rom - sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar

dan mozek. - Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah

diperkenalkan dengan hiasan mozek dan lapis dinding daripada batu marmar.

6. Reka bentuk Seni bina Islam

• Melambangkan ketaatan kepada Allah. • Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan

dengan kerohanian. • Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara. • Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung • Bulan sabit dan bintang menjadi lambing kesenian islam di puncak

masjid dan istana

Seni bina Rom • Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia.

papercollection

Page 36: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

32

• Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar.

• Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh tiang

I

7. Hiasan tulisan dan Ukiran Seni bina Islam • Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan

dengan akidah dan akhlak Islam. • Tulisan khat dan corak awan larat menjadi motif ukiran yang terkenal. • Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah Seni bina Rom • Bangunan dihiasi dengan ukiran potret dan ukiran timbul • Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan

dan pintu gerbang dihiasi dengan ukiran timbul potret yang menggambarkan kemenangan dan pencapaian Rom.

• Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The Temple In Jurusalem.

Kesimpulan ( 2 markah ) * Apa sahaja yang berkaitan

papercollection

Page 37: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

33

SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN B

9. Jelaskan maksud Jahiliah serta huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan (3 markah) a) Maksud Jahiliah. -Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi. -Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. -Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak. -Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri.

Isi Jawapan ( 5 x 4 markah =20 markah) Bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam.

1) Agama Berhala Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.

2) Agama Majusi Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.

papercollection

Page 38: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

34

3) Agama Yahudi Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

3) Agama Nasrani Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.

4) Agama Hanif Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.

5) Kepercayaan Animisme Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

papercollection

Page 39: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

35

6) Kepercayaan Adat (Sunah) Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya. Kesimpulan ( 2 markah ) -Terdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat arab sebelum Islam. Semua agama itu bertentangan dengan agama Islam kecuali agama Hanif yang ada sedikit persamaan.

papercollection

Page 40: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

36

10. Jelaskan faktor serta cara penentangan Quraisy Mekkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W dan huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu. Pendahuluan (3 markah) Biodata Nabi Muhammad S.A.W. -Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan.

-Sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. -Wahyu kedua kepada Nabi Muhammad iaitu Surah al-Mudathir dan turunnya surah ini telah mengesahkan pelantikan baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah dan baginda wajib menyampaikan dakwah Islam. -Mulanya nabi menyampaikan dakwah secara sulit,bila mendapat perintah dari Allah maka nabi menyampaikan dakwah secara terbuka. Wujud penentangan daripada kaum Musyrikin Makkah. Isi Jawapan ( 20 markah ) A) Faktor-faktor penentangan ( 4 x 2 markah = 8markah) 1. Agama dan Kepercayaan: Ajaran agama Islam jelas bertentangan dengan kepercayaan mojoriti musyrikin Arab yang menganuti pelbagai bentuk agama dan kepercayaan seperti agama Wathani, Majusi, Nasrani dan Animisme. Ajaran Islam yang memberi amaran tentang adanya Hari Pembalasan telah menakutkan majoriti musyrikin Arab yang tidak percaya akan adanya Hari Pembalasan. 2. Ekonomi: Penyebaran agama Islam didakwa telah menyebabkan kemerosotanKota Makkah sebagai pusat perdagangan dan pembuatan patung-patung berhala di Semenanjung Tanah Arab dan tidak lagi dikunjungi oleh tetamu bangsa lain.Golongan artisan dan peniaga patung berhala terjejas pendapatan tetap mereka.

papercollection

Page 41: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

37

3. Politik: Kehadiran dan kegiatan Nabi Muhammad telah menyebabkan golongan Quraisy Bani Umaiyah yang merupakn penguasa kota Makkah berasa terancam dengan keturunan Rasulullah iaitu Bani Hashim. Pengaruh Bani lain turut merosot. 4. Sosial: Konsep persamaan taraf dalam Islam bertentangan dengan sistem feudal yang diamalkan oleh majoriti Musyrikin Arab. Musyrikin Arab memandang tinggi dan mulia terhadap golongan kaya, perkasa dan berpengaruh. Kegiatan sosial mereka yang lebih mementingkan keseronokan duniawi seperti berzina dan minum arak akan tersekat.

B) Cara-cara penentangan ( 4 x 2 markah = 8markah)

1. Menghina Nabi Muhammad dan juga ajaran Islam:

Orang Musyrikin mencabar Nabi Muhammad supaya menunjukkan mukjizat seprti nabi-nabi yang terdahulu.

2. Menghasut Abu Talib:

Pihak Quraisy cuba mempengaruhi bapa saudara baginda iaitu Abu Talib supaya menyerahkan baginda kepada mereka tetapi tawaran mereka tidak diterima oleh Abu Talib kerana beliau menyebelahi Rasulullah.

3. Menyogok Rasulullah:

Kaum Quraisy cuba memujuk Nabi dengan menawarkan perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan Islam, tetapi tawaran ini ditolak oleh baginda.

4. Menggunakan cara kompromi:

Kaum Quraisy mencadangkan agar Nabi Muhammad menyembah berhala dan mereka akan menyembah tuhan baginda.Tawaran ini juga ditolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah dalam surah Al-Kafirun.

5. Menggunakan tindakan keras:

Kaum Quraisy melakukan penyeksaan ke atas orang Islam. Ramai golongan-golongan hamba yang memeluk Islam khususnya dizalimi tanpa perikemanusiaan sehingga mereka menemui ajal dan gugur di jalan Allah. Namun begitu, bilangan orang yang memeluk Islam terus bertambah.

papercollection

Page 42: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

38

6. Memulaukan golongan Bani Hasyim:

Orang Quraisy telah menggunakan taktik baru untuk melemahkan umat Islam dengan cara memulaukan kaum keluarga Nabi. Pemulauan yang berlangsung selama kira-kira 3 tahun itu mengandungi larangan melakukan urusan jual beli, perkahwinan dan memberi pertolongan kepada keluarga Nabi.

C) Cara baginda menanganinya ( 4 x 1 markah = 4markah)

1. Menyeru umat Islam bersabar:

Baginda menyeru kepada umat Islam yang ditindas agar bersabar dengan dugaan Allah terhadap kezaliman dan penyeksaan yang dihadapi.

2. Merdekakan hamba

Menyeru golongan hartawan dan berkemampuan membeli dan menebus serta memerdekakan golongan hamba yang telah menganuti agama Islam yang diseksa seperti Bilal Bin Rabah.

3. Mencari perlindungan

Berlindung dengan pemimpin Quraisy yang berpengaruh yang bersikap berkecuali seperti Abu Talib Bin Abu Mutalib.

4. Bersabar dan meneruskan dakwah kepada golongan lain

Berdakwah kepada rombongan haji tradisi Arab dan langkah ini Berjaya menarik minat golongan Arab di Yathrib terhadap agama Islam dan menandatangani Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2.

5. Berhijrah:

Baginda menyeru kepada golongan umat Islam supaya berhijrah ke Habsyah kerana pemerintahnya yang bernama Najasyi ialah penganut agama Nasrani yang adil dan bertanggungjawab, berhijrah ke Taif dan ditolak oleh masyarakat Yahudi di sana serta berhijrah ke Yathrib pada tahun 622 Masihi.

Kesimpulan ( 2 markah ) -Penghijrahan Nabi Muhammad ke Yathrib pada tahun 622 Masihi telah meredakan penentangan hebat golongan Musyrikin Arab dan menjadi asas kemenangan umat Islam dari segi jangkamasa panjang.

papercollection

Page 43: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

39

11. Nyatakan faktor-faktor dan kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah.

Pendahuluan (3 markah) a) Konsep Hijrah

Hijrah ertinya ‘ perpindahan ‘, iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam.

Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah bagi memastikan

kejayaannya dari segi agama, moral, sosioekonomi dan politik. Madinah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosioekonomi.

Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad pada 1

Muharam tahun pertama Hijrah ( 16 julai 622 M ). Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah .

Isi Jawapan ( 20 markah )

Faktor-faktor penghijrahan ( 5x 2 markah = 10 markah)

1) Bai'at Aqabah

Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.

2) Tekanan Musyirikin Mekah Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

papercollection

Page 44: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

40

3) Kegagalan Dakwah di Taif Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.

4) Kematian Abu Talib dan Khadijah Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

5) Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.

6) Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

7) Kedudukan Madinah yang Strategik Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

8) Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.

papercollection

Page 45: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

41

9) Wahyu Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

Kesan-kesan penghijrahan.( 5 x 2markah = 10 markah)

1. Umum Dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam

Hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan teratur dari segi kerohanian dan kebendaan.

Nabi Muhammad (SAW ) mendapat teman yang setia, jujur dan ikhlas dalam mengharungi perjuangan iaitu Ali dan Abu Bakar. Keredaan dan restu daripada Allah perlu sentiasa dipohon terutama di waktu-waktu kesusahan. 2) Perubahan Pusat Gerakan Islam Perkembangan politik Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah. Bidang politik mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan ketenteraan di mana kegiatan ketenteraan Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.

3) Penyebaran Islam Semakin Meluas Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

4) Perubahan Kedudukan Nabi Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima

papercollection

Page 46: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

42

perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.

5) Pertambahan Umat Islam Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur-unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek keagamaan secara langsung dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

6) Penubuhan Negara Islam Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

7) Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

8) Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

9) Permulaan Kalendar Hijrah Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan.

papercollection

Page 47: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

43

Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

10) Perubahan Dasar Politik Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.

11). Pertumbuhan Ekonomi Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih makmur dan stabil.

12) .Sosial ( pembentukan ummah ) Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah sementara para peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk Ummah.

Kesimpulan ( 2 markah ) Sejarah penghijrahan Nabi Muhammad ( SAW ) merupakan perjuangan Baginda untuk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasullulah ( SAW ) untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.

Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan perkembangan agama Islam.Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.

papercollection

Page 48: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

44

12. Bincangkan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan terangkan kesannya terhadap perkembangan syiar Islam.

Pendahuluan. (3 markah) Peristiwa Hudaibiyah atau Latar Belakang Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah) di satu tempat bernama Hudaibiyah.

Isi Jawapan .( 20markah )

(a)Kandungan Perjanjian Hudaibiyah ( 5 x 2 markah =10 markah) 1) Genjatan senjata 10 tahun -Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan. 2) Musyrikin Makkah menganut Islam mesti dihantar balik -Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum

keluarganya atau kembali kepada agama asalnya. 3) Orang Islam memihak kepada Musyrikin tidak perlu dihantar balik

-Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain. 4) Suku/Kabilah Arab bebas meyokong Islam atau Musyrikin.

-Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam. 5) Ibadat Umrah boleh dilakukan tahun berikutnya.

-Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.

papercollection

Page 49: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

45

(b)Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ( 5 x 2 markah =10 markah)

1) Peluang menunaikan ibadat haji

-Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di kaabah pada bila-bila masa. 2) Dakwah Islam semakin tersebar -Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah.. 3) Pengislaman tokoh-tokoh penting Quraisy. -Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain. 4) Ketokohan/kebijaksanaan Nabi -Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan. 5) Negara Islam Madinah diiktiraf dan makin kukuh -Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

KESIMPULAN: (2markah)

Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani.Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.

papercollection

Page 50: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

46

13. Huraikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khatab.

Pengenalan (3m)

Biodata Khalifah Umar al-Khattab. - Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzzu bin Rabah

bin Abdullah bin Qartu bin Adi bin Kaab dan dilahirkan pada 583 Masihi. - Merupakan seorang yang tegas, berani dan berterus terang dan terdidik dalam

keluarga yang terkenal. Berasal daripada bani Adi dan merupakan seorang yang berketurunan bangsawan Quraisy. Beliau juga digelar al-Faruq (orang yang membezakan yang hak dan batil) dan Abu Hafs kerana kegagahan melindungi umat Islam.

- Dilantik menjadi khalifah pada 13 Ogos 634 M(13 hijrah) berikutan kemangkatan

Khalifah Abu Bakar al- Siddiq dan dibuat oleh Saidina Abu baker melalui wasiat ketika beliau sakit dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

- Beliau wafat ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama 10 tahun.Beliau mati

ditikam oleh Abu Lukluah, berbangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran makam Rasulullah dan Abu Bakar.

Isi jawapan (7x 3 markah = 21 markah)

1 Pembentukan Majlis al-Syura - Pembentukan satu majlis mesyuarat atau perundingan yang dinamakan sebagai majlis

al-Syura. Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis Syura yang dianggotai oleh beberapa orang sahabat yang mewakili seluruh rakyat. Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara. Ahli majlis terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar iaitu Uthman b. Affan, Zaid b. Thabit, Ali b. Abu Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saab b. Abi Waqqas dan Muaz b. Jabal Majlis Syura terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis harian.

- Segala masalah penting berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura ini

yang mana khalifah tidak mempunyai hak istimewa dalam menentukan atau membuat keputusantertentu tanpa mesyuarat majlis. Majlis juga berkewajipan untuk meneliti semua masalah umat Islam dan negara yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

2 Meluaskan wilayah pentadbiran - Beliau berjaya menakluki sebuah kawasan yang luas meliputi wilayah-wilayah Iraq,Syria

dan Mesir sehinggakan beliau terpaksa menghadapi masalah pentadbiran wilayah yang

papercollection

Page 51: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

47

ditakluki dari segi politik,sosial dan ekonomi.Kerajaan Islam pada masa itu berjaya menguasai Baitulmuqaddis dan Damsyik.

3 Mewujudkan Pembahagian wilayah - Mewujudkan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran negara. Wilayah-

wilayah pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah, Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai tertentu mengikut jabatan masing-masing. Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua Setiausaha Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah. Disetiap wilayah terdapat pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera.

4 Pelantikan pegawai secara bersurat.

- Dibuat secara bersurat dengan melampirkan senarai tugas dan bidang kuasa mereka. Antara pegawai terkenal dalam pentadbiran belaiu ialah Muawiyah b. abu Sufian, Amru b. al-As, Mughirah b. Syukbah dan Zaid b. Sumaiyah. Setiap pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk negara akan diberi gaji tetap. Terdapat sebilangan pegawai yang tidak mahu menerima gaji kerana sifat takwa mereka. Setiap pegawai juga tidak dibenarkan menunggang atau menaiki kuda Turki iaitu kuda yang cantik, memakai pakaian halus, tidak memakai tepung yang diayak dan tidak menggunakan penjaga rumah pintu kediaman. Ketika dilantik harta mereka turut direkodkan dan jika terdapat sebarang tambahan harta dan diragui pemilikannya maka mereka akan disiasat.

- Semua pegawai dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji untuk mendengar

taklimat daripada Khalifah Umar serta mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan mendengar aduan daripada orang ramai.

5 Penubuhan Jabatan baru - Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti

Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi. Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan. Sehubungan dengan itu beberapa jawatan penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut. Setiap jabatan diketuai oleh Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan.

- Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan penyelewengan

dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan. Hakim akan menerima 500 dirham sebulan.

papercollection

Page 52: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

48

6 Penyusunan Sistem ketenteraan - Khalifah Umat telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera

tetap dan tentera sukarela. Beliau menubuhkan Diwan al-Jund (Jabatan Ketenteraan) pada 20 hijrah untuk menjalankan urusan ketenteraan. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam dan gaji tentera dibayar setelah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan oleh Jabatan Tentera tersebut.

- Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap kawasan musuh seperti di Madinah, Kufah. Fustat dan Basrah. Tujuannya ialah untuk mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki serta meneruskan penyebaran agama Islam dikalangan penduduk tempatan

7 Pembaharuan Pembangunan Ekonomi - Beliau menubuhkan Baitulmal (Institusi Perbendaharaan Negara) bagi tujuan

mengumpul dan menguruskan harta dan khazanah kerajaan.Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai seperti Kharaj(cukai tanah),Jizyah(cukai perlindungan),Ghanimah (harta rampasan perang),Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan dimasukkan ke dalam Baitul Mal.

- Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan dan tali air bagi

menambahkan lagi hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di mesir. Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk membian pertanian disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar.

8 Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah - Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis : i) Tanah Dhimmah – tanah bertuan ditadbir pemilik asal. ii) Tanah Sawafi – tanah tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada ahli al-Ayyam (golongan peneroka) - Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan

perpecahan. Tentera atau umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembalian.

9 Penggunaan Kalendar Hijrah - Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam

Kalendar Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan Tarikh

papercollection

Page 53: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

49

Kesimpulan ( 1 markah) - Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum.

Pencapaiannya boleh dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum. Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin pada tahun ke-19 Hijrah

papercollection

Page 54: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

50

14. Perang Uhud merupakan perang yang kedua dalam kalendar Islam dan ia berlaku pada tahun 3 Hijrah.Bincangkan faktor-faktor serta kesan dan pengajaran peristiwa Perang Uhud.

Pendahuluan (3 markah)

a) Peristiwa Perang Uhud

Perang Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syaaban tahu 3 Hijrah (21 mac tahun 625 masihi).Peperangan ini nerlaku di kaki bukit Uhud yang terletak kira-kira 4 kilometer di sebelah utara Madinah. Peperangan ini berlaku antara tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan tentera musyrikin Makkah pimpinan Abu Sufyan bin Harb,pemimpin Kota Makkah.Peperangan ini melibatkan tentera Islam Madinah yang mulanya bertolak dalam rombongan seramai 1000 orang tetapi seramai 300 orang yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay bin Salul bertindak balik semula ke Kota Madinah.Maka jumlah sebenar tentera Islam adalah 700 orang berhadapan dengan 3000 orang tentera Musyrikin termasuk tentera berkuda diketuai oleh Khalid al-Walid.Bersama-sama mereka anak dan isteri mereka.Tentera Quraisy dibantu oleh orang0orang Arab Tiharah dan Kinanah dilengkapi 3000 ekor unta dan 200 ekor kuda.Mereka juga membawa ramai wanita diketuai oleh Hindun.Peperangan ini pada mulanya hampir dimenangi oleh tentera Islam,tetapi kerana tidak patuh kepada arahan Nabi dan asyik mendapatkan harta rampasan yang banyak akhirnya tentera Islam tewas.Nabi sendiri cedera dan hampir terbunuh.

Isi jawapan ( 20 M ) a) Faktor-faktor berlaku Perang Uhud ( 5 x 2 markah = 10 markah) 1) Keinginan menebus kekalahan Perang Badar Orang-orang musyrikin Makkah ingin membalas kekecewaan mereka kalah dalam perang Badar dahulu. 2) Menuntut bela Orang-orang Musyrikin Makkah ingin menuntut bela atas kematian ayah,saudara dan kaum kerabat semasa perang Badar.Misalnya Khalid al-Walid ingin menuntut bela kematian ayahnya Al-Walid dan Hindun menuntut bela kematian ayahnya Abu Jahal. 3) Angkara orang Yahudi Kekalahan Quraisy dalam perang Badar tidak disenangi oleh orang Yahudi di Madinah.Akibat tidak menyenangi Nabi Muhammad s.a.w. dan orang-orang Islam satu pakatan sulit dilakukan oleh Yahudi Bani Nadir dengan Musyrikin

papercollection

Page 55: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

51

Makkah.Mereka telah menyerang sebuah kampong berhampiran Madinah sebagai provokasi dan memberi maklumat pertahanan Kota Madinah kepada Abu sufyan. 4) Kebimbangan Quraisy terhadap perdagangan mereka. Perdagangan antara Kota Makkah dengan Syam merosot kerana Quraisy bimbang keselamatan mereka kerana terpaksa melalui Madinah sebab laluan alternative melalui Iraq sangat jauh dan berbahaya.Mereka berpendapat masalah mereka akan selesai jika Islam di Madinah dihapuskan.Sebab itu mereka merangcang untuk menyerang Madinah. 5) Mahu mengembalikan maruah pemimpin Quraisy Kekalahan dalam Perang Badar menyebabkan ramai pemimpin Quraisy mati dan maruah mereka tercalar.Pemimpin Quraisy yang masih ada cuba mengembalikan maruah mereka agar mereka sentiasa dipandang mulia dan dihormati.Sebab itu Abu Sufyan beriya-iya mencari jalan untuk berperang dan memenangi peperangan tersebut. b) Kesan-Kesan Perang Uhud ( 5 x 2 markah = 10 markah)

1. Islam dipandang rendah Kabilah-kabilah Arab mula memandang rendah dan serong terhadap umat Islam.Mereka kembali semula kepada kaum Quraisy.Ada yang berani membunuh umat Islam sewenang-wenangnya.Misalnya Bani Bakr yang membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di Bir Mauna. 2. Mesti patuh arahan ketua Perang Uhud memberi pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikut taktik yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. serta dilarang sama sekali mengingkari arahan ketuankerana padahnya amat besar sekiranya hal ini berlaku. 3. Krisis keyakinan di kalangan umat Islam. Perang Uhud telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya mengenai mengapa tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. yang membawa agama allah gagal mengalahkan tentera musuh. 4.. Berhati-hati dengan golongan Munafik

Perang Uhud menyebabkan umat Islam lebih berhati-hati ketika berhadapan atau berurusan dengan orang munafik. Selain itu memberi gambaran mengenai sifat-sifat dan bahaya yang ditimbulkan oleh

papercollection

Page 56: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

52

golongan munafik. 5.. Orang Yahudi mula tidak menghormati Islam Orang-orang Yahudi di Madinah mula tidak menghormati Islam dengan melanggar Piagam Madinah kerana mereka sangka Islam sudah lemah. Rasulullah telah bertindak menghalau Yahudi Bani Nadir dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan usaha mereka untuk membunuh Nabi. 6. Semangat orang Quraisy pulih

Kaum Quraisy semakin bersemangat untuk mengalahkan orang Islam kerana percaya kekuatan Islam mula lumpuh. 7. Orang Quraisy sentiasa berusaha hancurkan Islam

Perang Uhud membuktikan kaum Quraisy sentiasa berazam untuk menghancurkan Islam.

Kesimpulan ( 2 markah ) Perang Uhud amat besar ertinya kepada umat Islam kerana perang ini merupakan satu pengajaran pahit untuk mereka.Mereka mula sedar kesilapan dan sentiasa bersedia menghadapi musuh secara bersama.Orang-orang Islam juga mula menyedari bahawa golongan Yahudi dan Munafik tidak boleh diharapkan dan dipercayai.Orang Islam juga menyedari bahawa musuh-musuh Islam akan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun.

papercollection

Page 57: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

53

15. Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Pendahuluan. (3 markah) Konsep Mata wang - Mata Wang ialah benda yang dipersetujuai oleh masyarakat sebagai alat perantara untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan. Ciri-ciri mudah dibawa ,mudah disimpan,tanpa mengurangkan nilainya, tahan lama,jumlahnya terhad, bahannya daripada mutu yang sama. Sejarah-kemunculanya kerana keperluan manusia kepada mata wang dan kesukaran sistem barter. - Perkembangan mata wang Islam bermula di zaman Rasulullah lagi , Asas mata wang Islam berdasarkan berat timbangan satu dinar bersamaan setahil emas dan satu dirham setahil perak .Pada masa itu orang Islam tidak mempunyai matawang sendiri,kebanyakannya ditiru dan diubah suai dapada matawang asing seperti Rom (berbentuk dinar emas), Parsi (dirham perak) dan Yunani.

-Namun perkembangan matawang Islam dapat dilihat semasa pemerintahan khulafa’ al Rasyidin. Usaha-usaha ke arah memiliki matawang sendiri dilaksanakan oleh khalifah-khalifah ini.

Isi Jawapan (21 markah)

A. Perkembangan mata wang Islam di zaman Khulafa’ al-Rasyidin (7 markah)

-Di zaman Khulafa’al-Rasyidin sejarah pembentukan mata wang dikatakan bernula pada zaman Umar al-Khattab (634-644 M). Pada masa itu umat Islam mengadakan standardisi mata wang Perak dan Emas yang dikenali “nomisma”. Terdapat tiga jenis mata wang yang digunakan. Dirham Bajli untuk umat Islam di wilayah Parsi seperti Iraq, Kufah, Hirah, Basrah. Dirham Rumi dari Rom digunakan di wilayah Islam yang ditakhluki dari jajahan Rom seperti Afrika Timur, Mesir dan kepulauan Mediterranean. Dirham Tabari dari Asia Tengah ( digunakan oleh umat Islam di wilayah seperti Syria, Palestine, Constantinople dan sebagainya.

-Asas semua mata wang ini sama kadar dan nilainya bagi semua umat Islam di wilayah seperti Mesir, Syria, dan sebagainya pada masa ihu. Mata wang itu ditetapkan mengikut kadar piawaian 14 qirat atau 3.96 gram mengikut sukatan Yunani.

papercollection

Page 58: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

54

-Zaman Ali bin Abi Talib, baginda mengadakan pembaharuan dan pengubahsuaian mata wang Islam dengan memperkenalkan mata wang dirham yang ditulis dengan Khat Khafi. Mata wang pertama dikeluarkan pada tahun 660M di Kota Basrah. Sungguhpun begitu mata wang tersebut belum dapat diedarkan secara rasmi di seluruh wilayah Islam kerana kualiti rendah dan piawaiannya yang tidak lengkap.

B. Perkembangan Mata Wang Islam di Zaman Kerajaan Bani Umaiyyah (7 markah)

-Khalifah Bani Umaiyyah yang bertanggungjawab memperkenalkan mata wang baru Islam ialah Abdul Malik Bin Marwan (694-695M) di Damsyik. Beliau mencipta Dinar Emas dan Dirham Perak yang mempunyai unsur seni Arab-Islam.

-Penciptaan mata wang dilakukan juga oleh pegawainya. Antaranya oleh Gabenor di wilayah Iraq, al-Hajjaj Bin Yusof al-Thaqafi, mencipta mata wang Perak di Basrah. Manakala Gabenor Mesir adik Al-Malik, Abdul Aziz Bin Marwan menghasilkan Dinar Emas di Fustat berhampiran Mesir pada tahun 697M.

-Di zaman kerajaan Bani Umaiyyah,mata wang “fals” (tembaga) dihasilkan,pada tahun 763M di Damsyik. Mata wang ini sama ciri-cirinya dengan mata wang Dirham dan Dinar Emas seperti ukiran huruf Khat Khafi,nama Khalifah,tempat dikeluarkan.

C. Peranan mata wang dalam Islam. (7 markah)

1. Pembayaran zakat-zakat adalah wajib dibayar sebagaimana mengikut al-

Quran (pembayaran tersebut boleh dibayar mengikut nilai mata wang) apabila cukup nisab dan sebagainya. Zakat terbahagi kepada pelbagai jenis, zakat wang simpanan,zakat perniagaan,emas,perak dan sebagainya.

2. Cukai- menentukan kadar dan bayaran cukai umat Islam dan bukan Islam

seperti kadar cukai Jizyah, Khazraj, Usyur dan sebagainya.

3. Perbelanjaan- Zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Bani Ummaiyyah semua urusan perdagangan jual beli, hutang dan sebagainya menggunakan nilaian mata wang.

4. Belanjawan negara- setiap kerajaan Islam menggunakan nilaian mata

wang bagi belanjawan tahunan spt gaji, elaun, simpanan baitul mal,cukai tahunan dan sebagainya.

5. Alat pertimbangan sosial- memelihara pertimbangan sosial dlm

masyarakat. Dengan menggunakan mata wang menjamin keadilan sosial dlm mskt berbanding sistem barter.

papercollection

Page 59: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

55

6. Lambang Negara Islam- dengan menggunakan mata wang berunsur

Islam. Seperti ayat-ayat al-Quran, nama sultan dan sebagainya sebagai bukti keislaman sesebuah negara.

Kesimpulan ( 1 markah ) -Mata wang merupakan sebahagian daripada ciri ketamadunan Islam.Penciptaan dan penggunaan mata wang Islam adalah bertujuan menjamin perimbangan sosial dengan tujuan menegakkan keadilan bagi seluruh manusia.

papercollection

Page 60: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

56

16. Huraikan peranan pusat pendidikan Islam awal di Alam Melayu.

Pendahuluan. (3 markah) - Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yang berasaskan kepada pola kehidupan tradisional. - Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan sebagai asas kehidupan. - Asas permulaan pendidikan di alam Melayu adalah dengan mempelajari al-Quran dan juga hukum agama. - Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama seperti Pasai, Acheh dan Melaka.

Isi Jawapan (20 markah) A) Sistem pendidikan tidak formal ( 4markah)

1. Pendidikan awal di alam Melayu adalah tidak formal. 2. Ilmu diturunkan melalui proses pengalaman melalui kerja-kerja

pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak langsung.

3. Seni mempertahankan juga dipelajari.

4. Anak perempuan diasuh dengan kerja-kerja berasaskan kepada

pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak. Mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.

B)Sistem pendidikan Islam secara formal. ( 4 x 4 markah = 16 markah) 1) Sistem sekolah pondok

-Sistem sekolah pondok merupakan tempat pembelajaran agama yang berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal al-Quran secara insentif selama beberapa tahun. Lulusan sekolah pondok ini akan menjadi pendakwah Islam dan apabila kembali ke kampung masing-masing akan bertindak sebagai guru.

papercollection

Page 61: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

57

-Terdapat juga pelajar yang akan meneruskan pengajiannya ke sekolah pondok lainnya setelah tamat di sesebuah sekolah pondok untuk mendalami ilmu agama dengan guru lain. -Kitab agama karangan tokoh Islam dan ulama digunakan sebagai bahan pendidikan. -Sekolah pondok dapat dianggap sebagai sebuah sekolah berasrama pada waktu sekarang kerana dilengkapi dengan rumah murid, rumah guru agama, tempat beribadat dan tempat untuk menghadiri kuliah agama. -Sistem sekolah pondok yang terawal di alam Melayu adalah di Perak yang dikenali sebagai Dayah dan yang terkenal seperti Dayah Cot Kuala. -Di alam Melayu sekolah pondok dikenali dengan beberapa nama seperti di Tanah Melayu dan di selatan Thai dikenali dengan pondok, di Minangkabau dikenali sebagai surau, di Jawa dikenali sebagai pesantren, di Sulawesi dikenali sebagai pengajian, di Acheh dan Pasai dikenali sebagai dayah

2) Sistem pendidikan madrasah

-Perkembangan sistem pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrasah. -Pelajar masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. -Madrasah terkenal adalah seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, Madrasah Iqbal di Singapura, Madrasah al-Ahmadiyah di Riau, Madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, Madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan Madrasah Ma’ahad Mahmud di Kedah.

3) Pengajian Islam di Istana

-Peranan Istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama banyak disentuh di dalam kitab sastera Melayu, seperti sejarah Melayu. -Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terutama terhadap kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. -Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai pusat pendidikan bukan sahaja kepada kerabat diraja tetapi juga kepada wakil di jajahan takluknya untuk mempelajari agama di istana Melaka.

papercollection

Page 62: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

SEJARAH 1( 940/1 ) – TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 MASIHI PENILAIAN PERCUBAAN STPM 2009 - JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

58

-Sultan Mansur Syah juga telah menjemput ulama untuk ke istana bagi menyampaikan ajaran termasuk Tasawuf. Baginda sendiri telah memerintahkan agar kitab Darul Mazlum yang dibawa oleh Maulana Abu Bakar dari Jeddah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan bagi memudahkan dibaca oleh golongan yang tidak memahami bahasa Arab.

4) Peranan masjid

-Masjid juga berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu seperti yang terdapat di dalam catatan Ibn Battuta yang menjelaskan masjid di Pasai berperanan sebagai tempat pengajian pelbagai ilmu dan Sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk memperdalami ilmu agama.

5) Peranan rumah ulama

-Ulama turut menjadikan mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam sejarah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusuf untuk mempelajari agama.

Kesimpulan ( 2 markah ) -Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. -Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal dengan pendidikan lebih didasarkan kepada pengalaman dan bersifat tradisional dengan lelaki akan belajar untuk menjadi seorang petani atau sebagai tukang sementara wanita pula persediaan sebagai suri rumahtangga. -Pendidikan Islam di alam Melayu berkembang dengan kesedaran terhadap pentingnya penghayatan terhadap ajaran Islam sehingga wujud sistem pendidikan Islam berteraskan kepada sistem pondok, sistem madrasah, pengajian agama di Istana, dan peranan masjid yang bertindak sebagai pusat pengajian.

papercollection

Page 63: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

1

GRED PEMARKAHAN

GRED F 00 - 09 GAGAL

GRED E 10 - 12 LULUS

GRED D 13 - 15 KEPUJIAN RENDAH

GRED C 16 - 19 KEPUJIAN TINGGI

GRED B 20 - 22 BAIK

GRED A 23 - 25 CEMERLANG

PENILAIAN JAWAPAN

A) IMPRESSION : persembahan, kebolehan menganalisis, kedalaman menghujah,perspektif, konteks sejarah dan bahasa/gaya

B) ANALATIKAL : releven, fakta tepat, pengetahuan fakta luas, kedalaman menganalisis, rujukan atau sumber.

HURAIAN

MARKAH ULASAN

00-04 Jawapan terlalu lemah. Tidak memahami kehendak soalan, jawapan terpesong atau tidak releven langsung. Jawapan mengandungi satu atau dua pengetahuan fakta yang berguna tetapi huraiannya ringkas.

05-09

Jawapan lemah.Calon faham kehendak soalan tetapi jawapan terlalu umum, tidak tersusun kemas dan berulang-ulang. Pengetahuan fakta terhad atau cetek serta mengandungi beberapa kesalahan. Tidak dapat mengemukakan jawapan yang memuaskan kehendak soalan.

10-12 Jawapan pada peringkat ini menggambarkan kualiti minimum yang diperlukan untuk lulus di peringkat STPM. Pengetahuan fakta calon tepat dan mencukupi. Jawapan

papercollection

Page 64: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

2

pula relevan dengan kehendak soalan. Walau bagaimanapun, kualiti analisis pemahaman konsep dan kebolehan interpretasi berdasarkan kepada kehendak soalan adalah terhad. Jawapan lebih berbentuk naratif daripada analitik.

13-15

Jawapan pada peringkat ini menggambarkan lulus yang sederhana baik pada peringkat STPM. Jawapan calon adalah relevan, logik dan jelas serta ada kesedaran yang ditunjukkan mengenai interpretasi peristiwa yang berbeza. Walau bagaimanapun, kerja calon adalah tidak mencapai darjah tertinggi dalam beberapa perkara iaitu tertinggal beberapa fakta yang boleh menyokong hujah dan huraian. Jawapan masih boleh diperbaiki.

16-19 Jawapan pada peringkat ini layak untuk gred yang lebih tinggi. Jawapan relevan, lebih terperinci dan berbentuk analitik daripada berbentuk naratif. Jawapan calon menuju ke arah baik.

20-22 Jawapan yang baik. Jawapan menunjukkan semua kualiti yang dijangkakan daripada calon yang baik, kebetulan atau ketepatan fakta, pengetahuan fakta yang luas, kekesanan dalam persembahan, kedalaman analisis, rujukan atau sumber dan persembahan (bahasa, gaya atau style) yang manarik.

23-25 Jawapan yang cemerlang dan sukar dibaiki. Persembahan baik, jitu dan tidak mampu diperbaiki lagi oleh calon yang berumur 18 tahun dalam masa 35 minit. Di samping itu akan menunjukkan satu pendekatan yang tulin(authentic(asli)) kepada soalan dan kesimpulan yang dicapai.

papercollection

Page 65: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

3

1. AGAMA ISLAM TELAH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA SEBELUM CAMPURTANGAN BRITISH. BINCANGKAN

PENGENALAN(3m)

-Agama Islam telah berkembang di Tanah Melayu sejak abad ke-15 di bawah Kesultanan Melayu Melaka.

-Sebelum kedatangan Islam masyarakat menganut agama Hindu dan Buddha. Namun akhirnya Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu dari segi ekonomi, social dan politik.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) POLITIK ( 3M )

-Negeri-Negeri Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berasaskan Islam. Gelaran raja yang berasaskan gelaran raja Hindu-Buddha, iaitu konsep devaraja telah ditukar dengan gelaran Sultan yang bermaksud Khalifah Allah Di Bumi, serta menjadi pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam. Kedudukan raja-raja Melayu telah diperkukuhkan dengan perubahan gelaran ini.

-Dalam pentadbiran sultan menggunakan sistem pemerintahan yang berteraskan Quran dan Hadis. Sultan akan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan menasihati sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan hokum syarak.

-Pemimpin-pemimpin Islam ini menerima anugerah daripada Sultan seperti Imam Maharaja, Maharaja Kadi, dato Mufti dan Seri Utama. Di Terengganu golongan agama digelar Tokku dan keturunannya dikenali sebagai Engku atau Tuan.

-Pengaruh Islam juga dapat dilihat jelas dalam adat pertabalan sultan iaitu terdapat upacara menjunjung Al Quran dan memberi kesan yang jelas iaitu raja mesti memerintah secara adil dan saksama.

-Sistem penggantian sultan juga mengutamakan kaum lelaki dan upacara pertabalan akan dilaksanakan sebelum almarhum dimakamkan.

B) PERUNDANGAN ( 3M )

-Hukum syarak telah dijadikan sebagai sistem perundangan di Tanah Melayu. Hukum syarak telah dijadikan sistem perundangan secara meluas di Perak, Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor dan Kedah.

-Hukum syarak yang dilaksanakan di Tanah Melayu pada abad ke-19 termasuklah undang-undang jenayah yang melibatkan hokum bagi kesalahan mencuri, menyamun, membunuh, berzina dan liwat. Hukuman zina disebut dengan jelas seperti di dalam Undang-Undang Johor.

-Undang-undang muamalat pula melibatkan hukuman bagi kesalahan menjual beli, hutang piutang, sewa tanah, hokum berhuma, berladang, menternak dan larangan melakukan kerja-kerja mungkar seperti minum arak dan tuak.

papercollection

Page 66: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

4

-Di Terengganu pada abad ke-19, telah melaksanakan hokum Syariah Undang-Undang Islam. Hukuman yang dijatuhkan ialah kesalahan mencuri dipotong tangan, yang bersalah dipenjarakan, membunuh dihukum bunuh.

-Di dalam Undang-Undang Kedah pula dinyatakan hukuman orang yang tidak berpuasa di dalam Bulan Ramadhan iaitu diberi makan rumput di hadapan balai atau dipukul dengan kadarnya di tengah pasar.

C) ADAT ISTIADAT ( 3M )

-Selepas kedatangan Islam beberapa adat dan undang-undang tempatan telah disesuaikan dengan hukum syarak. Contohnya Adat Perpatih yang dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-17, telah menerima pengaruh Islam termasuk Adat Temenggung yang menggunakan hokum syarak berasaskan mahzab Shafie

-Adat istiadat yang dahulu dipengaruhi oleh unsur agama hindu telah digantikan dengan unsur agama Islam sepeti adat persandingan, pijak tanah, melenggang perut, berkhatan dan sebagainya.

-Upacara Khatam Quran telah diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang tamat mengaji Quran, kenduri arwah dan kesyukuran serta adat ebrkampung yang mengkehendaki semua penduduk kampung lelaki mengerjakan sembahyang Jumaat adalah merupakan unsur-unsur Islam

-Adat bercukur turut diadakan dan dimulakan dengan berzanji dan marhaban iaitu bacaan mengenai kisah-kisah kelahiran dan kebesaran Nabi Muhammad. Adat ini kebiasaannya akan diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai mengucap syukur kepada Allah

-Upacara pengkebumian juga telah menerima pengaruh Islam. Ianya dilakukan dengan bacaan talkin dan diakhiri dengan doa oleh imam atau orang alim

-Melalui kesenian pula, kumpulan-kumpulan Hadrah, Kompang akan mempersembahkan lagu-lagu memuji kebesaran dan kemuliaan nabi Muhammad pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Majlis Perkahwinan dan sebagainya

-Perayaan yang diadakan di istana juga akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan doa dan Al Quran

D) PENDIDIKAN ( 3M )

-Kedatangan Islam turut mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakat didedahkan dengan pendidikan Al Quran. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangkan khas dari Arab atau sekitar Asia Tenggara.

-Mata pelajaran seperti tauhid, fekah, sejarah Islam, tajwid, fardu ain dan menghafal doa-doa serta ayat-ayat dari kitab Quran mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah pondok.

-Pengajian agama Islam biasanya diadakan di surau-surau dan masjid-masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh golongan dewasa lelaki dan wanita.

papercollection

Page 67: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

5

-Sekolah-sekolah pondok telah didirikan dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak tinggi, berpengetahuan dan dapat beribadat dengan betul. Pengajian sekolah pondok adalah yang tertinggi di NNM sehingga tahun 1850an

E) KESENIAAN ( 3M )

-Dari aspek seni bina juga pengaruh Islam turut kelihatan di dalam pembinaan mimbar masjid, bangunan-bangunan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya.

-Ianya juga dapat dilihat melalui ukiran-ukiran dan tulisan-tulisan yang bercorak geometrid an ayat-ayat Al Quran dan hadis yang menghiasi rumah, masjid dan banguna-bangunan.

F) BAHASA DAN KESUSATERAAN ( 2M )

-Kedatangan Islam turut menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa Kuno (Sanskrit) yang menggunakan huruf-huruf dari India telah digantikan dengan tulisan Arab dan Jawi

-Tulisan Jawi juga mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Parsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan Jawi, ilmu pengetahuan dan kesusateraan Melayu telah mengalami perkembagan pesat.

G) EKONOMI ( 3M )

-Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarkat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan

-Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hokum jual beli, hutang piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undang-Undang Terengganu.

-Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis

-Islam juga menggalakan nilai-nilai murni dalam ekonomi seperti berjimat cermat dan berusaha bersungguh-sungguh.

KESIMPULAN ( 2M )

-Agama Islam mempunyai pengaruh dan kesan yang penting dalam Melayu serta menjadi amalan seharian dalam kehidupan

-Selepas kedatangan barat British telah mengubah amalan kehidupan masyarakat dalam bidang politik, perundangan, ekonomi, social dan sebagainya.

papercollection

Page 68: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

6

2. SEJAUHMANAKAH PERASAAN TIDAK PUAS HATI PEMBESAR MELAYU MENYEBABKAN BERLAKU PENENTANGAN DI PERAK DAN PAHANG PADA ABAD KE 19

PENDAHULUAN ( 3 M )

-Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger

-Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang paling penting ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas pemerintah di kedua-dua negeri.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK ( 10M )

1) PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH

-Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor ditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara

-Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yang memuaskan.

-Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal

-Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah

-Penghapusan system perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahan pembesar

-Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy

-Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya

papercollection

Page 69: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

7

2) KELEMAHAN PEMERINTAHAN RAJA ABDULLAH

-Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang

-Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg Perak kepada Lee Cheng Tee

-Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing

3) KELEMAHAN KEPERIBADIAN BIRCH

-Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dn adat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza

-Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan

-Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu

-Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai

4) PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN BIRCH

-Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari.

-Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia.

-Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.

papercollection

Page 70: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

8

5) PERASAAN TIDAK PUAS RAKYAT

-Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat.

-Birch memperkenalkan cukai bot dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah

-Beliau juga memperkenalkan unng-undang awam dan jenayah bagi mempastikan peraturan baru dipatuhi

6) KESILAPAN SIR WILLIAM JERVOIS

-Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan

-Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran

-Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak.

-Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf

B) FAKTOR PENENTANGAN DI PAHANG ( 10M )

1) PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH

-Pengenalan Sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja

-Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang dianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun

-Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah

-Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889

-Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang

papercollection

Page 71: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

9

digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah

-Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai Penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri

-Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya menawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000 setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British

-Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksa mematuhi undang-undang British

-Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun tambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila permintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.

2) PERASAAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT

-Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seeker dikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah

-Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendak memungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih dahulu

-Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalm setahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan

-Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris kemana sahaja mereka pergi

-Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat masyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi

-Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakat tempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong terhadap masyarakat Melayu

-Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang

papercollection

Page 72: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

10

3) KELEMAHAN PERIBADI J.P RODGER

-Beliau tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang

-Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak menghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan

KESIMPULAN

-Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Pahang dan Perak adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan dan bertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru

** PEMERIKSA MESTI MEMBAHAGIKAN KEPADA PERAK 10M, PAHANG 10M DAN BUAT PEMERIKSAAN SECARA IMPRESSION. CALON MESTI MENJELASKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI PEMBESAR DAN DIIKUTI OLEH FAKTOR-FAKTOR LAIN

papercollection

Page 73: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

11

3. JELASKAN IMPLIKASI PENUBUHAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 1896 SEPANJANG ABAD KE 19

PENGENALAN ( 3 M ) -Pada 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan ditandatangani. Perjanjian ini menandakan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada keempat-empat buah negeri Melayu

-Penubuhan Persekutuan telah membawa kesan dari segi politik,ekonomi dan sosial terhadap NNM

ISI JAWAPAN ( 20 M )

1) KEPENTINGAN POLITIK

-NNMB bukan satu bentuk persekutuan dalam erti kata yang sebenar. Ia lebih mirip kepada satu kesatuan politik kerana NNMB tidak memenuhi syarat-syarat bentuk pentadbiran yang serupa dengan sebuah persekutuan

-Dalam Persekutuan yang sebenar, sultan akan dijadikan Ketua Perlembagaan secara bergilir di kalangan empat buah negeri. Walau bagaimanapun dalam NNMB yang berkuasa ialah Residen Jeneral sebagai Ketua Perlembagaan Persekutuan

-Persekutuan yang ditubuhkan juga tidak terdapat pembahagian kuasa di antara kerajaan negeri dan pusat. Mengikut teori persekutuan merupakan gabungan antara beberapa buah negeri yang akan menyerahkan beberapa kuasa kepada kerajaan pusat dan masih mengekalkan beberapa kuasa untuk negerinya sendiri

-Kerajaan negeri hanya mengendalikan beberapa tugas yang amat kecil dan tidak penting. Segala tugas dan dasar-dasar penting termasuk undang-undang digubal oleh Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur

-Persekutuan memberikan kuasa yang amat luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa dan tugas residen dipindahkan ke tangan beliau. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi kerana berada di Singapura. Di samping itu Persekutuan tidak menjelaskan kedudukan dan perhubungan antara Residen Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi dengan sultan tiap-tiap negeri

-Lebih ramai pegawai-pegawai British diambil bertugas dalam jabatan persekutuan yang ditubuhkan. Ini secara implisitnya menuju ke arah pemerintah langsung berbeza dengan pemerintahan secara tak langsung semasa di bawah sistem Residen. Dengan demikian kuasa-kuasa sultan lebih merosot jika dibandingkan semasa sistem Residen. Buat pertama kalinya sultan-sultan terpaksa meyerahkan kuasa mereka secara sah kepada British(iaitu Residen General).

papercollection

Page 74: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

12

-Antara tahun-tahun 1874-1896,penyerahan kuasa ini tidak berlaku,di mana Residen hanya dihantar untuk membentuk dan membaiki pentadbiran. Melalui Persekutuan British seolah-olahnya mempunyai kuasa penuh di keempat-empat buah negeri itu. Pembentukan Persekutuan telah menghapuskan sebarang saki-baki keyakinan bahawa sultan memerintah dengan nasihat Residen. Pesekutuan telah menjauhkan lagi sultan-sultan dengan kuasa sebenarnya.

-Walau bagaimanapun sultan-sultan dan golongan intelek Melayu telah sedar terutama semasa perjumpaan mereka di dalam DURBAR dan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 yang membolehkan mereka berbincang mengenai hal-hal politik

-Melalui DURBAR sultan-sultan Melayu dapat membuat teguran mengenai pemusatan kuasa yang berlebihan kepada Residen General dan membantah tentang kehilangan kuasa masing-masing. Banyak urusan pentadbiran diputuskan oleh Residen General tanpa merujuk kepada sultan dan Majlis Negeri. Mereka juga tidak puashati terhadap pertambahan pegawai-pegawai British di dalam pentadbiran. Mereka mendesak supaya kuasa negeri-negeri dikembalikan

-Sultan Idris telah mencadangkan supaya diadakan desentraliasi (pengagihan kuasa pusat). Residen General sepatutnya membahagikan kuasanya di kalangan sultan, Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen

-Ekoran itu, langkh pertama ke arah pengagihan kuasa pusat bermula pda tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) yang telah dirasmikan pada 11 Disember 1909. Majlis ini terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi (Presiden), Residen General, empat orang sultan, empat orang residen dan empat orang ahli tidak rasmi (tig orang Eropah dan seorang Cina)

-MMP sepatutnya menjadi sebuah badan penasihat lepada sultan-sultan. Tetapi apa yang berlaku sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat MMP ataupun hak membatalkan usul-usul yang dibentngkan dalam MMP. MMP boleh menjalankan tugas-tugasnya tanpa kehadira sultan dan usul yang diluluskan oleh MMP ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya oleh sultan

-Penglibatan berlebihan MMP menyebabkan Majlis Mesyuarat Negeri hanya berfungsi dalam agama dan adat istiadat Melayu sahaja

-Pemusatan kuasa juga terdapat di tangan Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden MMP dan berkuasa mencalonkan ahli tidak rasmi dan rasmi, memberhentikan ahli-ahli tidak rasmi sebelum tamat perkhidmatan dan mempunyai kuasa pemutus

-Dalam hal ini sultan sebagai ahli bisa tidak dapat berbuat apa.

-Jelas MMP gagal mengembalikan kuasa serenar lepada sultan. Kuasa dipusatkan di tangan Pesuruhjaya Tinggi dan merupakan pentadbir kepada NNMB dan ini telah dibantah oleh Sir George Maxwell bahawa tindakan Pesuruhjaya Tinggi merupakan pembelotan kuasa yang idak disyaratkan di dalam Persekutuan

2) KEPENTINGAN EKONOMI

-Persekutuan telah menyebakan perkembangan ekonomi yang pesat di NNMB. Kemajuan yang paling pesat ahíla dalah perusahaan getah dan bijih timah. Getah menjadi penting selepas 1897

papercollection

Page 75: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

13

berikutan perkembangan perusahaan membuat kereta, basikal dan alat-alat elektrik di Eropah. Getah juga menjadi perhatian kibat merosotnya harga kopi. Pada tahun 1906 harga getah melambung tinggi dan banyak kawasan baru dibuja untuk penanaman getah. Semasa Perang Dunia Pertama keluaran getah Tanah Melayu melebihi eksport getah Brazil. Menjelang akhir tahun 1933 dianggarkan kawasan keluasan kawasan yang ditanami getah ialah 1 517 740 ekar.

-Perusahaan bijih timah juga turut berkembang pesat. alat-alat baru banyak diperkenalkan. Pada tahun 1913 terdapat hampir 230 000 pelombong Cina. Selepas tahun 1913 oleh sebab pengenalan kapal korek, perusahaan ini dikuasai oleh orang Eropah pula.

-Selain getah dan bijih timah hasil lain ialah padi dan kelapa. Pada tahun 1933 dianggarkan bahawa kawasan penanaman padi berjumlah 214 160 ekar dan kelapamsebanyak 240 408 ekar. Ianya turut memajukan ekonomi NNMB

-Kewangan negara turut bertambah. Pada tahun 1896 kewangan negara berjumlah $8 434 083 dan menjadi 105 404 458 pada tahun 1927. Keadaan ini disebabkan jumlah eksport yang meningkat daripada 28 396 855 pada tahun 1896 menjadi 445 600 203 pada tahun 1926

-Orang Melayu tidak mendapat keuntungan dari kepesatan ini ianya hanya dinikmati oleh saudagar-saudagar Cina, orang British yang menjadi tuan punya estet-estet yang besar serta golongan bangsawan Melayu yang dapat menikmatinya

3) KEPENTINGAN SOSIAL

-Perusahaan bijih timah dan getah serta kepesatan ekonomi telah membangunkan bidang infrastruktur. Sehingga terbentuknya Persekutuan 1896 jalan keret api yang ada hanya menghubungkan pusat-pusat perlombongan di Perak, selangor dan Negeri Sembilan dengan pelabuhan-pelabuhan.

-Tiada satu jalinan yang menyeluruh di Tanah Melayu. Di bawah Persekutuan Frank Swettenham telah merancang satu sistem jalan kereta api yang merangkumi lintasan panjang Tanah Melayu. Menjelang 1903 sambungan-sambungan jalan kereta api Sungai Ujong dari pihak swasta. Perbelanjaannya melebihi $54 juta dan dibiayai oleh hasil dari Persekutuan. Jalan raya dan kereta api yang lama disambungkan. Di bawah Persekutuan, NNM mempunyai 3 862km jalan raya dan 547km jalan kereta api

KESIMPULAN ( 2 M )

-Persekutuan telah membawa kesan ke atas ekonomi, sosial dan politik di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun penubuhan NNMB masih tidak dapat mengembalikan kuasa raja/sultan dan pembesar Melayu. Orang Melayu sendiri tidak dapat menikmati kemajuan ekonomi yang pesat. Terdapat usaha untuk memeprkenalkan desentralisasi di NNMB tetapi malangnya rancangan ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Perang Dunia Kedua

PEMBAHAGIAN MARKAH : P : 3M, ISI: 6X3=18 (MANA-MANA DETAIL TAMBAH 2M), K : 2

papercollection

Page 76: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

14

4. BINCANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN BIDANG KEWARTAWANAN DI TANAH MELAYU DALAM MEMBANGKITKAN GERAKAN NASIONALISME MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA

PENGENALAN ( 3 M )

-Media cetak atau bidang kewartawanan merupakan alat yang dapat merangsang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat, penyebar berita dan menyedarkan rakyat tempatan. Dengan kata lain media cetak dianggap sebagai lidah kepada gerakan nasionalisme. Keadaan ini amat jelas, sebelum Perang Dunia Kedua, golongan nasionalis di Tanah Melayu bergerak dengan menggunakan pen,berus dan kata-kata untuk menuntut pembebasan dari British di Tanah Melayu.

-Menerusi bidang kewartawanan akhbar dijadikan alat untuk menyebarkan semangat kebangsaan terutamanya untuk menyampaikan pendapat,pengajaran serta kritikan terhadap isu-isu masyarakat dan penjajahan. Akhbar-akhbar Melayu yang diusahakan oleh orang Melayu sendiri menjadi arena perbincangan orang Melayu berkenaan soal hak, terutamanya sekitar tahun 1930an apabila isu-isu hak yang diperjuangkan oleh kaum bukan Melayu.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

PERANAN DAN SUMBANGAN KEWARTAWANAN

-Sepanjang tahun 1930an hingga 1940 terdapat kira-kira 80 buah akhbar dan majalah yang telah diterbitkan. Perkara ini berlaku kerana bidang penerbitan menjadi satu sumber perniagaan yang menguntungkan kerana bilangan pembaca telah bertambah ramai.

-Pada umumnya isi kandungan dan berita-berita utama yang dimuatkan berkisar kepada berita-berita dunia,serta masalah sosial dan agama. Alirannya turut berubah apabila tumpuan lebih diberikan kepada kemasukan orang asing,keadaan sosioekonomi orang Melayu dan pergerakan politik di Tanah Melayu.

-Antara akhbar-akhbar yang penting ialah al Ikhwan,Saudara,Warta Malaya dan Majlis. Akhbar Al Ikhwan diterbitkan pada 16 sept 1926 di Pulau Pinang di bawah kelolaan Syed Syeikh Ahmad Al Hadi. Pada peringkat awal akhbar ini dicetak oleh The British Company dan kemudian oleh Jelutong Press.

-Tujuan penerbitannya ialah untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu, serta menimbulkan kesedaran politik dan sosial kepada mereka. Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah emansipasi wanita dan kepentingan pelajaran Inggeris di kalangan orang Melayu dengan tujuan untuk meningkatkan taraf sosial orang Melayu melalui bidang pendidikan.

-Selepas Al Ikhwan Syeikh Ahmad Al Hadi menerbitkan pula akhbar Saudara pada tahun 29 Sept 1928. Akhbar ini diterbitkan untuk meneruskan perjuangan Al Imam. Pada peringkat awal akhbar ini diterbitkan pada setiap hari Sabtu tetapi apabila telah memiliki penerbitan sendiri,

papercollection

Page 77: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

15

iaitu Jelutong Press di Pulau Pinang, pada bulan Mac 1934 ia dijadikan akhbar dua kali seminggu.

-Seperti Al Ikhwan ia juga cenderung menerbitkan banyak rencana tentang Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertamanya ialah Mohd Yunos b. Abdul Hamid dibantu oleh Abdul Rahim Kajai sebagai Penolong Pengarang. Akhbar ini telah memainkan peranan penting sebagai wadah untuk menyalurkan idea-idea reformis Islam dari Kaum Muda.

-Akhbar ini telah menjadi pengkritik hebat terhadap cara hidup orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Selain isu-isu agama ia juga menyiarkan pelbagai rencana tentang ekonomi,politik,sejarah dan pelajaran. Menjelang tahun 1930an akhbar ini telah memperlihatkan kesedaran politik yang jelas apabila ia mula menyeru umat Islam terutama orang Melayu supaya berusaha menjaga negeri agar tidak dikuasai oleh bangsa asing.

-Di bawah pimpinan pengarang utamanya iaitu Sayid Alwi b. Sayid Syeikh Ahmad Al Hadi ia telah memulakan satu ruangan baru iaitu ruangan Sahabat Pena 1934 yang kemudiaannya dikenali sebagai Persaudaraan Sahabat Pena untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan sehingga tahun 1935 ruangan ini diawasi dan dikawal rapi pihak British. Menerusi pengawasan pasukan Cawangan Khas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British mula mengintip dan memerhatikan kegiatan ruangan ini dan semua tokoh yang terlibat dengannya.

-Selain akhbar Saudara terdapat beberapa akhbar lain yang aktif seperti Warta Malaya dan Majlis. Warta Malaya diterbitkan pada 1 Januari 1930 di Singapura dan pada mulanya dicetak oleh Anglo Asiatic Press yang dimilki oleh Syed Hussein Ali al Sagoff bersama abangnya Syed Abdullah,sepupunya Sharifah Shaikah. Akhbar ini merupakan akhbar harian Melayu terbesar setanding dengan akhbar-akhbar bangsa asing di Tanah Melayu.

-Pada tahun 1935 Syarikat Warta Malaya telah membuka cawangan pertama di Kuala Lumpur dan telah menerbitkan akhbar mingguannya Warta Ahad, diikuti oleh Warta Jenaka yang merupakan sebuah majalah mingguan yang diterbitkan setiap hari Isnin. Pengarangnya yang pertama ialah Dato Onn b. Jaafar(Januari 1930-Disember 1933).

-Di bawahnya, banyak rencana pengarang yang disiarkan banyak menyentuh tentang kepentingan kemunduran orang Melayu dan penguasaan ekonomi kaum pendatang, rencana-rencana yang mengkritik kerajaan British khasnya dalam politik dan ekonomi orang Melayu, pemusatan kuasa British dan tindak tanduk kaum pendatang yang menuntut hak-hak yang lebih.

-Warta Malaya bersifat pro Melayu dan anti penjajah. Contohnya menuntut orang Melayu diberi banyak jawatan pentadbir kanan dalam pentadbiran penjajah dalam masa yang sama orang bukan Melayu dihalang dari mendapat kedudukan dalam pentadbiran atau kuasa politik negeri. Selepas Dato Onn meninggalkan Warta Malaya, ia digantikan oleh Sayid Alwi dan ia meneruskan perjuangan Dato Onn.

-Akhbar Majlis pula telah diterbitkan pada 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur oleh Mohamad Amin b. Hj Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Ia merupakan akhbar kebangsaan pertama. Pengarang utamanya ialah Abd Rahim Kajai. Beliau adalah seorang peminat politik dan rencana yang disiarkan banyak berkisar kepada isu-isu politik.

-Penerbitannya juga bertujuan menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Selain politik ia juga banyak menerbitkan rencana tentang perpaduan

papercollection

Page 78: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

16

bangsa,kesedaran dan kebangkitan untuk mengatasi kemunduran terutamanya mengenai hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dan tuntutan orang asing untuk hak dan kedudukan yang sama seperti orang Melayu tak seharusnya diterima.

-Selepas Perang Dunia Kedua akhbar ini dipimpin oleh Abdul Samad Ahmad seorang penulis yang terkenal dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Walau bagaimanapun ia juga berminat dalam isu politik dan pernah melibatkan diri dalam politik.

-Sumbangan akhbar ini dalam membangkitkan kesedaran Melayu jelas apabila Pejabat akhbar yang bertempat di No. 157, Batu Road (Jln. TAR) Kuala Lumpur dijadikan tempat tumpuan golongan pemuda Melayu yang bersemangat dan sedar akan kelemahan, serta nasib masa depan bangsa Melayu. Contohnya KMM dan pada tahun 1946 pejabatnya menjadi pusat mempelopori perjuangan politik kebangsaan Melayu.

-Utusan Melayu diterbitkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan syarikat pertama akhbar yang dipunyai oleh orang Melayu sendiri kerana sebelumnya syarikat-syarikat akhbar banyak dimiliki oleh orang Arab. Pengarang utamanya ialah Abd Rahim Kajai. Akhbar ini melambangkan kegigihan orang Melayu.

-Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalam politik. Menekankan kepentingan kegigihan dan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Salah seorang sidang pengarangnya Ishak Hj Muhamad yang banyak menyeru masyarakat Melayu supaya bersatu. Syarikat ini turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika

KESIMPULAN ( 2 M )

-Peranan bidang kewartawanan dalam membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu Tanah Melayu memang tidak dapat dinafikan. Penulis-penulis yang aktif mengkritik tentang kemunduran orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi dipandang serius. Tulisan-tulisan mereka menjadi penggalak kepada orang Melayu untuk menjaga hak dan bangkit menentang penjajah.

-Rata-rata isu-isu utama yang menjadi persoalan berkaitan dengan seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, masalah kemunduran orang Melayu,hak-hak istemewa orang Melayu,kepentingan ekonomi dan pendidikan yang bernilai komersil tidak ketinggalan perjuangan emansipasi wanita.

-Perjuangan bidang kewartawanan ini semakin nyata dengan penerbitan Utusan Melayu terutamanya selepas perang dengan isu Malayan Union.

PERIKSA SECARA IMPRESSION 20M UNTUK ISI

papercollection

Page 79: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

17

5. HURAIKAN PERUBAHAN-PERUBAHAN PENTADBIRAN YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU DARI TAHUN 1946-1957

PENGENALAN ( 3 M )

-Tanah Melayu secara rasmi telah dijajah oleh kuasa Inggeris sejak 1874. Sejak pemerintahan

British beberapa dasar telah dilaksanakan bermula dengan Sistem Residen, pembentukan

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896 hinggalah merdeka pada 1957. Perjuangan ke arah

kemerdekaan semakin meningkat selepas pendudukan Jepun bermula dari Malayan Union

1946 hinggalah negara diistiharkan

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) MALAYAN UNION 1946.

-Malayan Union adalah rancangan pentadbiran selepas perang. Harold Mc Michael telah

ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan Raja-Raja Melayu. Gagasan ini telah diistiharkan

pada 1 April 1946 tanpa kehadiran semua sultan,pemimpin,pembesar Melayu dan orang-orang

Melayu mengadakan mogok dan memulaukan pengistiharannya.

-Dari segi politik atau pentadbiran secara umumnya Malayan Union(MU) menggabungkan

Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

kecuali Singapura yang menjadi tanah jajahan British yang diperintah secara berasingan.

Singapura diketuai oleh Gabenor British yang berpusat di Singapura. Majlis Undangan

Persekutuan dan Majlis Kerja dibentuk untuk melicinkan pentadbiran MU.

-Kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan dan mereka dilantik sebagai pengerusi dalam Majlis

Penasihat. Majlis ini berfungsi untuk menguruskan agama dan adat Melayu.

-Dari segi kewarganegaraan syarat-syarat yang longgar berkaitan kerakyatan iaitu prinsip jus

soli diperkenalkan iaitu sebagai pembalasan budi kepada orang asing. Kerakyatan juga dibuat

menerusi kuat kuasa undang-undang dan kerakyatan melalui permohonan

papercollection

Page 80: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

18

-Selain itu hak istemewa orang-orang Melayu turut diketepikan. Perlembagaan ini ditentang

hebat oleh orang-orang Melayu dan digantikan oleh Perlembagaan Persekutuan 1948

B) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1948

-PTM diisytiharkan pada 1 Februari, 1948 akibat bantahan terhadap Malayan Union. PTM terdiri dari 9 buah negeri melayu dan Singapura kekal sebagai tanah jajahan British. Ketua kerajaan ialah Pesuruhjaya Tinggi British yang dibantu oleh Majlis Kerja. Kedudukan istemewa orang Melayu dikekalkan

-Kedaulatan sultan-sultan terpelihara. Pemberian taraf kerakyatan berdasarkan jus soli dihapuskan dan diperketatkan syaratnya. Pemohon mesti mengangkat sumpah dan mengaku taat setia, berkelakuan baik serta boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

-Selain itu pemohon mesti lahir di Tanah Melayu atau sekurang-kurangnya tinggal 8 tahun hingga 12 tahun atau telah menetap di Persekutuan Tanah Melayu sekurang-kurangnya 15 tahun hingga 20 tahun sebelum permohonan dibuat

-PTM 1948 telah mendapat reaksi positif dari orang Melayu. Pembentukan Persekutuan 1948 memperlihatkan British sedang memandu ke arah usaha memberikan taraf berkerajaan sendiri pada peringkat seterusnya

C) SISTEM AHLI 1951

-Sistem ini bertujuan memberikan pendedahkan dan pengalaman mentadbir dan keahliannya adalah terdiri dari pemimpin pelbagai kaum. British juga menjanjikan taraf berkerajaan sendiri dengan melantik beberapa orang anggota Majlis Perundangan

-Pada tahun 1951 keanggotaannya terdiri dari tiga orang Melayu, seorang Cina dan seorang Sri Lanka. Pada tahun 1954 keanggotaannya telah bertambah selepas menang pilihanraya 1952, mereka ialah Dato Onn b. Jaafar yang memegang portfolio Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr Lee Tiang Keng portfolio Kesihatan, Dato E.E.C Thuraisingham portfolio Pelajaran, Dato Nik Ahmad Kamil, Kerajaan Tempatan,Perubahan Dan Perancang Bandar, Kolonel H.S Lee portfolio Pengangkutan, Dr Ismail Abdul Rahman pula Hasil Bumi, Mustaffa Al Bakri Hassan portfolio Perhubungan Industri Dan Masyarakat dan V.M.N Menon portfolio Pos Dan Telekom

-Mereka diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kerajaan British di Tanah Melayu ketika itu. Dengan pengenalan sistem ini perpaduan antara kaum terbentuk khususnya selepas pembentukan Parti Perikatan iaitu gabungan antara UMNO-MCA. Akhirnya semua cawangan UMNO dan MCA di seluruh negara menubuhkan Perikatan

papercollection

Page 81: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

19

D) PILIHANRAYA 1952

-Langkah seterusnya yang diambil oleh British ke arah pemerintahan sendiri ialah memperkenalkan pilihanraya. Langkah ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemimpin dan penduduk tanah melayu kepada amalan demokrasi

-Oleh itu British memperkenalkan satu proses memilih ahli-ahli Mesyuarat Undangan melalui pilihanraya. Pada mulanya ianya diadakan untuk memilih anggota perwakilan di peringkat penguasa tempatan, sebelum diperluaskan kepada pilihanraya di peringkat negeri dan persekutuan.

-Sebagai permulaan British telah merancang untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli dalam kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan Majlis Tempatan yang lain. Pilihanraya pertama bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diadakan pada tahun 1951.

-Pilihanraya penguasa tempatan yang kedua diadakan untuk memilih anggota perwakilan Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Dalam pilihanraya ini UMNO Selangor telah membuat pakatan dengan MCA Selangor di bawah yang Di Pertuanya Kolonel H.S Lee bagi menguasai Majlis tersebut

-Hasil pakatan ini Parti Perikatan UMNO-MCA telah mengalahkan Parti IMP dengan teruk. Perikatan memenangi 9 dari 12 kerusi yang ditandingi. Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock berunding untuk membentuk Perikatan di peringkat kebangsaan. Akhirnya semua cawangan UMNO dan MCA di seluruh negara menubuhkan Perikatan. Pada tahun 1955 MIC memasuki perikatan untuk menghadapi pilihanraya 1955

E) PILIHANRAYA 1955

-Parti IMP pimpinan Dato Onn Jaafar gagal mendapat sokongan pengundi Cina dalam pilihanraya Majlis Bandaran 1952. IMP mengumumkan dua usul :

a) Pilihanraya Kebangsaan perlu diadakan pada 1956

b) 50% atau sebahagian daripada anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan dipilih melalui pilihanraya

-UMNO dan MCA tidak menghadiri perundingan sebaliknya menganjurkan Konvensyen Kebangsaan dengan usul :

a) Pilihanaya Kebangsaan diadakan pada tahun 1954

b) 60% atau 3/5 daripada anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan melalui pilihanraya

-Kerajaan British terpaksa memenuhi tuntutan parti perikatan kerana orang ramai menyokong menyokong tuntutan tersebut. Pilihanraya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 bagi merebut 52 kerusi. Seramai 1.6 juta layak mengundi dan daripada jumlah itu 1.28 juta orang berdaftar sebagai pengundi. Dari segi kedudukan kaum pengundi Melayu meliputi 84.2 %, China 11.2% , India 3.9% dan kaum lain 0.7%

-Tidak banyak parti yang mengambil bahagian selain dari parti Perikatan,Negara,Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan beberapa buah parti kecil yang lain. Perikatan terdiri dari tiga componen utama iaitu UMNO, MCA dan MIC

papercollection

Page 82: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

20

-Walaupun orang Melayu merupakan pengundi terbesar tetapi dari segi pengagihan kerusi ialah 69% UMNO,28% MCA dan selebihnya untuk MIC. Ini merupakan pengorbanan Besar UMNO dan orang Melayu demi kepentingan masa depan negara dan perpaduan kaum

-Parti Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kejayaan parti Perikatan besar setelah menewaskan Parti Negara dan PAS yang membawa isyarat bahawa wujud perpaduan yang menjadi syarat utama pemberia n kemerdekaan

-Kejayaan besar Perikatan ialah kerana membentangkan satu manifesto yang agak menyeluruh dengan bertemakan ‘Menuju Ke Arah Kemerdekaan’. Antara penting yang dijanjikan dalam manifestonya ialah

a) Mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun

b)Mempertahankan dan melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing

c) Menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu

d) Menamatkan darurat secepat mungkin

-Perikatan menekankan soal perpaduan kaum dan kemerdekaan sebagai tema utama dalam kempen-kempen sepanjang pilihanraya. Keputusan pilihanraya ini membuktikan pakatan kerjasama pelbagai kaum menjadi asas perjuangan Perikatan diterima oleh sebahagian besar pengundi

-Beikutan keputusan pilihanraya tersebut British bersetuju memenuhi janjinya memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu dan Sistem Ahli diubah kepada Sistem Kabinet. Pada 31 Julai 1955 sebuah cabinet dibentu mendapat persetujuan Pesuruhjaya Tinggi British. Turku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

-Dalam kabinet yang pertama beberapa jawatan penting masih dipegang oleh British seperti kewangan, hal ehwal ekonomi dan peguam negara. Kabinet ini mengandungi 10 orang menteri termasuk Ketua Menteri, 6 orang wakil UMNO, 3 MCA dan seorang MIC serta beberapa orang pegawai Eropah. Selain anggota kabinet Turku melantik lima orang Timbalan Menteri seperti Setiausaha Agung UMNO Khir Johari (Pertanian), Setiausha Agung MCA, Too Joon Hing (Pelajaran), Bahaman Shamsudin (Dalam Negeri), Abdul Rahman Talib (kesihatan) dan Khalid Awang Osman (Buruh)

F) RUNDINGAN KEMERDEKAAN

-Dalam manifesto pilihanraya umum tahun 1955, parti perikatan berjanji untuk berusaha mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun jika mendapat kemenangan. Untuk memenuhi janji satu rombongan pemimpin Tanah Melayu berangkat ke London pada 1 Januari 1956. Pemergian mereka setelah satu memorandum dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan British untuk melahirkan hasrat merundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu

-Parti Perikatan turut meminta dua perkara iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baru Tanah Melayu. Memo ini diserahkan kepada Setiausaha Tanah Jajahan iaitu Alan Lennox Byod pada 23 Ogos 1955 semasa persidangan Majlis Undangan Persekutuan. Rombongan ini diketuai

papercollection

Page 83: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

21

oleh Tunku Abdul Rahman dengan wakil 4 orang Raja Melayu dan empat orang menteri Parti Perikatan. Tujuan mereka adalah untuk berunding dengan Setiausaha Tanah Jajahan.

-Perbincangan berlansung dari 18 Januari 1956 dan memutuskan :

a) Pegawai-pegawai Tinggi British seperti jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantikan dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan yang akan dpegang oleh rakyat tempatan

b) Sebuah persekutuan British akan dibentuk bagi menjalankan urusan pentadbiran

c) Perkhidmatan Awam bercorak keinggerisan akan dirombak dengan mengambil kira sisten tempatan

d) British berjanji memebrikan bantuan dan sokongan kewangan ketenteraan selepas merdeka

e) Sebuah suruhanjaya akan dibentuk untuk mengkaji perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka

f) Kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957 . PTM diperintah secara demokrasi dan berada dalam lingkungan Komanwel

G) SURUHANJAYA REID

-Ia dibentuk untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu. Ahlinya terdiri dari Lord Reid, Sir

Ivor Jennings dari Britain, Sir William Mc Kell dari Australia, Tuan Hakim Malik dari India dan

Tuan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan

-Bagi menggubal perlembagaan ini mereka telah menerima 131 memorandum bertulis yang

dihantar oleh orang perseorangan dan parti politik. Dua yang dianggap penting dihantar Raja-

raja Melayu dan parti Perikatan

-Memorendun ini menyentuh beberapa perkara seperti dasar am perlembagaan,corak

kerajaan,pembahagian kuasa dalam badan-badan pemerintah serta hubungan antara kerajaan

persekutuan dengan negeri. Parti Perikatan juga memuatkan beberapa bahagian tertentu

berkaitan hak asasi,kerakyatan,agama Islam,bahasa Melayu dan kedudukan istemewa orang

Melayu. Memorandum Perikatan menggambarkan satu tolak ansur antara tiga kaum dan ia

dipanggil Pakatan Murni

-Pakatan ini seterusnya menjadi 4 unsur tradisi yang dimasukkan dalam perlembagaan iaitu Agama Islam,kedudukan Raja-raja Melayu,bahasa Melayu dan kedudukan istemewa orang Melayu.sementara orang Melayu memberi hak kerakyatan yang longgar kepada kaum-kaum lain.

-Suruhanjaya ini bersidang sebanyak 118 kali dan akhirnya walau terdapat beberapa perkara

papercollection

Page 84: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

22

masih belum diselesaikan Rangka Perlembagaan itu telah dibentangkan dalam Persidangan Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos, 1957. Ia mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos, 1957

H) PERISTIHARAN KEMERDEKAAN

-Perjanjian Persekutuan telah ditanda tangani oleh Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald Mac Gillivary pada 5 Ogos 1957 di King House Kuala Lumpur. Melalui perjanjian ini Tanah Melayu diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat

-Pada pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957 bendera Union Jack diturunkan di hadapan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad,Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penguasaan British di Tanah Melayu. Bendera itu digantikan dengan bendera persekutuan. Keesokkan harinya 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengistiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertma. Upacara ini disaksikan oleh YDPA Pertama Tunku Abdul Rahman Ibni al- Marhum Tunku Muhamad, kesemua raja Melayu dan pada hari yang sama Jemaah Menteri Persekutuan telah diumumkan

KESIMPULAN ( 2 M )

-Kemerdekaan dapat dicapai dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu dua tahun lebih awal ianya jelas menunjukkan kesanggupan tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bertolak ansur. Akhirnya Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos, 1957.

PERIKSA SECARA IMPRESSION 20M. PENGENALAN 3M KESIMPULAN 2M

papercollection

Page 85: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

23

6. Bincangkan faktor-faktor yang menentukan penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga tahun 1963

PENGENALAN ( 3 M )

-Pembentukan dasar luar sangat penting kerana ia mempengaruhi kedudukan sesebuah Negara dari segi pengukuhan ekonomi dan kewangan

-Penggubalan dasar luar Malaysia mengambil kira beberapa keperluan dalam dan luar antaranya faktor kepimpinan, sejarah, ekonomi, kependudukan dan lain-lain.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) FAKTOR KEPIMPINAN

-Sikap pemimpin mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Tunku Abdul Rahman seorang pemimpin yang mendapat pendidikan barat dan bersikap toleren terhadap barat

-British juga turut mempengaruhi Tunku menjalankan dasar luar yang turut pro barat dan benci kepada komunis

-Hubungan diplomatic Persekutuan Tanah Melayu terhad kepada Negara-negara bukan komunis seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan India. Tunku Abdul Rahman pernah mengecam dengan kerasnya ancaman komunis di Vietnam Utara ketika lawatan ke Republik Vietnam pada tahun 1958

B) FAKTOR SEJARAH

-Melalui pengalaman NNM menghadapi ancaman komunis dan darurat pada tahun 1948 keadaan ini menyebabkan Malaysia berhati-hati terhadap blok komunis. Pada 1 September 1957 Malaysia telah menjadi ahli PBB. Kemasukan dalam PBB menandakan Malaysia mengiktiraf semua negara termasuk negara komunis. Tetapi Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan negara tersebut sehingga tahun 1968

-Pengalaman dijajah oleh British di bawah sistem pentadbiran dan perundangan mereka dan terdedah kepada Bahasa Inggeris menjadikan dasar luar Malaysia lebih cenderung dan mempunyai hubungan yang amat baik dengan negara-negara Komanwel

-Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Selaras dengan itu dalam menentukan dasar luar negara menekankan tentang kebebasan manusia, menentang penindasan, penjajahan di kalangan masyarakat antarabangsa

-Malaysia turut mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis. Kerajaan Persekutuan telah melalui tempoh paling sukar akibat ancaman komunis. Negara telah menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain (AMDA) pada tahun 1957 di mana kerajaan membenarkan tentera

papercollection

Page 86: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

24

British, Australia dan New Zealand ditempatkan di Tanah Melayu bagi membendung ancaman komunis

C) MASYARAKAT BERBILANG KAUM

-Tiga kaum terbesar di Malaysia Melayu, Cina dan India turut mempengaruhi penggubaan dasar luarnya.

-Selepas merdeka kaum Cina dan India masih mempunyai hubungan dengan negara asalnya dan belum menanam taat setia kepada Tanah Melayu. Oleh itu dasar luar Malaysia tidak mengiktiraf Republik Rakyat China dan Malaysia turut menentang dasar perbezaan warna kulit (arpartheid) Malaysia berpendapat ia bercanggah dengan hak asasi manusia

D) FAKTOR AGAMA

-Israel adalah ahli PBB sebagai ahli PBB Tanah Melayu turut mengiktiraf Israel. Namun kerana sebahagian besar penduduk Tanah Melayu beragama Islam dan bencikan Yahudi Tanah Melayu tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

-Sebagai sebuah negara Islam Tanah Melayu mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Islam seperti Arab saudi, Indonesia dan Mesir

E) FAKTOR EKONOMI

-Tanah Melayu kaya dengan bijih timah dan getah. Untuk memastikan ekonomi berkembang dengan baik dasar luar perlu berbaik-baik dengan negara yang boleh memasarkan sumber tersebut dengan luas. Oleh itu selepas tahun 1957 Tanah Melayu membuat hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan Britain

F) UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

-Pembentukan dasar luar Tanah Melayu turut dipengaruhi oleh undang-undang antarabangsa. Menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam PBB serta undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa

-Peraturan-peraturan itu berhubung dengan tindak tanduk semua negara terutama mengenai diplomasi, menghormati keutuhan wilayah negara lain, komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikn masalah yang timbul antara negara. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua

papercollection

Page 87: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

25

G) FAKTOR GEOGRFI

-Malaysia turut mengadakan hubungan baik dengan negara-negara jiran yang berdekatan contohnya Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan negara-negara Asia yang lain.

-Malaysia harus meneliti setiap dasar yang digubal agar tidak mengganggu atau menyinggung hati negara jiran. Oleh itu Malaysia turut bergabung dengan jiran yang lain membentuk ASA dan MAPHILINDO

-Penubuhan ASA pada tahun 1961nadalah untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan Negara anggota khususnya berkaitan ekonomi dan kebudayaan serta menubuhkan satu mekanisme berkesan untuk rundingan dan saling membantu dalam pelbagai bidang

-MAPHILINDO ditubuhkan pada 5 Ogos 1963 bertujuan menyelesaikan masalah berkaitan penubuhan Malaysia dan menyelesaikan konfrantasi Indonesia dan bantahan Filipina terhadap gagasan Malaysia

KESIMPULAN ( 2 M )

-Pembentukan dasar luar Malaysia turut berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan, mengikut pemimpin dan perubahan-perubahan luar atau antarabangsa

CARA PEMERIKSAAN: PENGENALAN 3M, ISI IMPRESSION 20M, KESIMPULAN 2M

papercollection

Page 88: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

26

BAHAGIAN B

7. JELASKAN PERANAN INSTITUSI PEMBESAR DI MYANMAR (BURMA) DAN

THAILAND (SIAM) PADA AWAL ABAD KE 19

PENGENALAN ( 3 M )

-Sistem pemerintahan kerajaan di Asia turut didominasi oleh golongan pembesar. Golongan ini berperanan membantu raja/maharaja dalam pentadbiran selaras dengan kesucian dan ketinggian darjat/kedudukan maharaja/raja. Golongan pembesar atau hulubalang ditakrifkan sebagai golongan pentadbir atau pegawai yang ditugaskan untuk membantu raja atau maharaja mengendalikan urusan negara.

-Terdapat gelaran khusus kepada pembesar-pembesar dan ianya berbeza mengikut peringkat dan negara. Contohnya pembesar pusat, jajahan/daerah dan kampong. Contohnya di Burma yang menggunakan gelaran Myowun, Myoyon sementara di Thailand menggunakan gelaran Kalahon, Mahattai dan di Jepun Shogun, Daimyo.

-Walaupun mempunyai gelaran yang berbeza-beza tetapi pembesar mempunyai kesamaan dari segi peranan iaitu menasihati raja/maharaja, mengutip cukai, menjalankan tugas-tugas kerahan mengikut yang termaktub di dalam surat perlantikan atau tauliah. Terdapat peruntukan tugas berdasarkan jabatan/kawasan yang ditadbir. Bermakna pembesar tidak bebas melakukan sesuka hati dan mereka hanya memiliki kuasa yang terhad tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing berdasarkan arahan dan kuasa yang diberikan oleh raja atau maharaja.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) SISTEM PEMBESAR DI MYANMAR ( 10 M )

-Pembesar di Burma dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pembesar pusat, wilayah /daerah dan kampung. Terdapat empat orang pembesar yang paling tinggi tarafnya yang menguasai kerajaan pusat iaitu Wungyi(menteri). Mereka menjadi anggota Hlutdaw atau Dewan Kerja Tertinggi Diraja. Mereka juga dibantu oleh empat orang penolong menteri yang dipanggil Wundauk.

-Sungguhpun Hlutdaw hanya meluluskan semua titah perintah yang dikeluarkan raja ia bukan bermakna mereka tidak mempunyai kuasa sendiri. Ia juga membuat keputusan-keputusan bebas yang diperkenankan oleh raja dan semua hal ehwal negara termasuk bidang kuasa jenayah dan timbang tara awam. Semua undang-undang raja mempunyai cop Hlutdaw

-Pentadbiran istana pula berada di tangan Atwinwun. Bilangan mereka ialah di antara empat dan lapan. Orang-orang ini diberi tugas mengawal beberapa ratus orang yang melakukan berbagai tugas di dalam istana. Mereka juga bertindak sebagai privy councilor kepada raja. Hanya ahli-ahli keluarga di raja sahaja yang boleh menjadi Atwinwun. Oleh itu mereka mudah

papercollection

Page 89: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

27

mempengaruhi raja contohnya semasa pemerintahan Raja Thibaw Atwinwun lebih berpengaruh dari Wungyi.

-Peranan Hlutdaw sebagai Majlis Tertinggi kerajaan hanya terikat di ibu negeri sahaja. Sungguhpun kuasa mereka boleh menjangkau seluruh kerajaan tetapi pada amalannya Kerajaan Daerah atau Wilayah adalah di bawah tanggungjawab Myowun yang berada di bawah Sistem Myosa.

-Terdapat empat orang Myowun atau Gabenor Bandar yang berada di ibu negeri yang mengendalikan hal ehwal tempatan, tiap-tiap seorang menjalankan pentadbiran sebuah daerah-daerah bandar yang berlainan di ibu negeri.

-Terdapat juga Myowun yang berada di luar di kawasan luar kerajaan menjalankan yang menjalankan kuasa atas dasar feudal. Mereka memungut cukai-cukai rumah berdasarkan 10-15% dari hasil tahunan rakyat. Dari pungutan yang sah ini mereka menghantar di antara 60-80% kepada raja dan menyimpan bakinya untuk perbelanjaan sendiri.

-Myowun yang berada di sempadan mempunyai tambahan tugas yang penting iaitu menjadi juruiring diplomatik. Myowun-myowun yang terlibat contohnya seperti di Pegu,Bhamo dan Akyab. Myowun ini boleh memberi layanan yang baik atau buruk. Contohnya wakil kerajaan British Hiram Cox diberi layanan buruk oleh Myowun Pegu, tetapi memberi kerjasama kepada Michael Symes.

-Pembantu Myowun ialah Akunwun yang bertugas sebagai pemungut cukai dan pengawas jelapang.

-Sitke pula bertugas mengawal polis, unit-unit tentera tempatan dan hal ehwal agama. Di pelabuhan Rangoon pula terdapat wun-wun tambahan yang mengawal perkapalan,kastam dan eksais dan berkaitan kemudahan- kemudahan pelabuhan.

-Hlutdaw Wilayah pula dipanggil Myoyon juga berperanan sebagai mahkamah awam. Semua ahli-ahlinya adalah pegawai-pegawai kanan yang bertanggungjawab kepada Myowun. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Myoyon boleh ditolak oleh Myowun.

-Orang yang bertangungjawab mengawal nyawa rakyat ialah myothugyi(ketua-ketua Bandar). Mereka mendapat penghormatan dan taat setia dari orang kampung. Jawatan ini diwarisi turun temurun. Taraf mereka boleh dikenali melalui rumah-rumah mereka yang sempurna,pengiktirafan rasmi,10-15 orang pengawal peribadi dan penggunaan payung merah. -- Mereka juga dikecualikan dari cukai dan dibenarkan menggunakan barang-barang yang diperbuat dari perak. Bidang kuasa mereka mencakupi kehidupan semua aspek kehidupan rakyat dan rakyat sentiasa bekerjasama dengannya.

-Peringkat terakhir adalam pemerintahan Burma ialah kg atau bahagian-bahagian kecil Bandar myothugyi diberikan kepada pemerintahan ketua kampung yang dipanggil taikthugyi.

B) SISTEM PEMBESAR DI THAILAND ( 1O M )

-Pembesar turut membentuk satu bahagian yang penting di Siam. Biasanya mereka terdiri dari golongan bangsawan yang dipanggil Khunnang dan anak-anak raja. Pembesar atau Khunnang dibahagikan kepada beberapa Krom atau jabatan. Antara jabatan yang paling berprestij ialah

papercollection

Page 90: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

28

Krom Mahattai atau Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Krom Kalahon atau jabatan Pertahanan dan Krom Khlang atau jabatan Kewangan dan Hubungan Luar.

-Pembesar yang mengetuai ketiga-tiga Krom ialah pembesar kanan yangberhubung terus dengan raja. Dalam masa yang sama ketiga-tiga krom ini juga mempunyai mahkamah sendiri yang mempunyai kuasa mendengar kes-kes rayuan dari mahkamah Bandar.

-Ketua Krom Kalahon menggunakan gelaran Samuha Phra Kalahon atau KetuaMenteri yang mentadbir bahagian selatan dan turut menjaga aspek pertahanan. Ketua Krom Mahattai pula mengunakan gelaran Samuha Nayok yang bertanggungjawab mengawal wilayah-wilayah bahagian utara Siam sementara ketua Krom Khlang digelar Chao Phraya Phra Klang yang bertangungjawab mengawal pesisiran pantai dan Teluk Siam.

-Di bawah ketua kalahon dan Mahattai terdapat empat Krom yang termasuk dalam kabinet pemerintahan kerajaan Siam yang dikenali sebagai Jatu-sadom atau empat jabatan kanan yang bertanggungjawab melicinkan segala perjalanan kerajaan. Empat jabatan ini ialah Krom Muang atau Jabatan Ibu Kota yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran ibu kota dan kawasan persekitarannya, Krom Na atau Jabatan Tanah dengan tugas utamanya mengurus pentadbiran tanah, Krom Wang atau Jabatan Istana dan Krom Khlang.

-Pentadbiran di Siam juga dibahagikan pembesar daerah. Sejak Zaman Ayudhya Siam mempunyai empat kelas wilayah yang berbeza berdasarkan kepentingan dan kedudukan wilayah-wilayah tersebut.

-Kempat wilayah secara teorinya diperintah oleh raja tertapi pelaksana pemerintahan di tangan pembesar tertentu. Wilayah Kelas pertama meliputi kawasan strategi keselamatan termasuk Bandar-bandar besar dan penting seperti pusat pemerintahan Bangkok.

-Kelas kedua dan ketiga adalah kawasan Bandar yang agak besar namun tidak termasuk di bawah penyeliaan ibu kota. Tanggungjawab mengendalikan wilayah ini diletakkan di bahu Kalahon,Mahattai dan Phra Klang.

-Kelas terakhir ialah Bandar-bandar kecil sekitar ibu kota yang diletakkan di bawah pengawasan kerajaan pusat secara langsung. Pentadbiran wilayah di Thailand biasanya diserahkan kepada seorang pembesar yang dipanggil Phraya atau Chao Phraya. Pembesar ini akan diganti oleh palat atau pembantu gabenor, yok –krabat atau wakil raja dan sebuah majlis tempatan.

-Perlantikan pembesar-pembesar wilayah ini dilakukan oleh raja melalui surat tauliah diraja dan sesiapa yang layak akan dibolehkan untuk dilantik, namun begitu keadaan tidak berlaku kerana dengan matlamat untuk menjamin keberkesanan dan ketenteraman pentadbiran wilayah raja akan melantik pemimpin dari keluarga khunnang tempatan dan menjadi jawatan warisan.

-Secara umumnya sistem pentadbiran di Siam sejak abad ke-19 dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pusat dan wilayah. Pembesar-pembesar ini mempunyai matlamat yang samaiaitu menguasai dan menjalankan pentadbiran undang-undang. Perlantikan mereka bersifat warisan.Selain itu di peringkat daerah mereka tidak dibayar gaji tetapi dibenarkan untuk mengambil sebahagian hasil cukai yang dipungut.

papercollection

Page 91: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

29

KESIMPULAN ( 2 M )

-Sistem pembesar merupakan tunjang kepada sistem pentadbiran beraja atau pemerintahan di Asia.Pembesar menjadi tonggak atau nadi utama kepada sistem berkerajaan. Walaubagaimanapun peranan dan kepentingan sistem ini mula berubah setelah kedatangan kuasa barat yang mengenepikan penglibatan mereka terutama dalam menjawat jawatan penting. Peranan mereka digantikan oleh pegawai-pegawai barat dan institusi pembesar mengalami kemerosotan contohnya di Burma pembesar hanya diperlukan di peringkat bawahan contohnya di kampung

papercollection

Page 92: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

30

8. BINCANGKAN DASAR TUTUP PINTU YANG DIJALANKAN OLEH CHINA DAN JEPUN PADA AWAL ABAD KE 19

PENGENALAN

- Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat

- Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah menjalankan dasar agresif terhadap kedua-dua negara yang menyebabkan akhirnya mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) DASAR ISOLASI DI JEPUN

-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

-Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:

a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan

b) Perkembangan agama Kritian dijadikan landasan oleh kuasa barat untuk menjatuhkan dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China

c) Orang-orang asing sering mencetuskan huru hara di Jepun yang dianggap mengancam keamanan negara

d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki

e) Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan

-Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat

-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan

papercollection

Page 93: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

31

-Dasar ini mendapat perhatian barat: pada tahun 1884 Raja Belanda telah menasihati Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal

-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal Amerika juga menggunakan pelabuhan Jepun sebagai persinggahan terutama untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.

-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun

- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan ini menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika sebagai musuhnya

-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi Jepun akan senasib dengan China. Akhirnya Perjanjian Kanagawa ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun

B) DASAR TUTUP PINTU DI CHINA

-Pada peringkat awal China menjalankan hubungan dengan kuasa –kuasa barat, namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi

-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana :

a) Bimbang kuasa barat akan mengunakan peluang dari hubungan ini untuk campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan

b) Perluasan agama Kristian dan budaya barat dikuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina

c) Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina

d) Orang-orang Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun

e) Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan

papercollection

Page 94: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

32

barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

-Bermula pada abad ke 19 kuasa-kuasa barat mula memperlihatkan keinginan yang kuat untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera

-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar

-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei

-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan

-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya:

a) Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja

b) Orang-orang barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing

c) Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan

d) Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan

e) saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan

f) Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

g) Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina

h) Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas dan hanya dibenarkan melawat Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan ini menyukarkan pedagang-pedagang barat untuk berdagang dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus.

KESIMPULAN ( 2 M )

-China terpaksa membuka pintu melalui peperangan Candu 1 dan 2, manakala Jepun menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui Pemodenan Meiji

papercollection

Page 95: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

33

8. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan peperangan di China dan Myanmar pada awal abad ke 19.

PENGENALAN ( 2 M)

-Campur tangan British di Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu Perang British-Burma 1(1824-1826), Perang British-Burma II ( 1852-1853) dan Perang British-Burma III (1885-1886). Peperangan meletus disebabkan oleh konflik yang berlaku antara dua kuasa samada dari segi ekonomi, politik dan masalah sosial. Sementara itu di China dua siri peperangan telah berjaya menyebabkan barat campur tangan di China. Beberapa masalah telah berlaku antara China dan Barat menyebabkan Perang Candu I meletus pada 1839-1842 dan Perang Candu II berlaku pada 1856-1860.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) FAKTOR-FAKTOR PERANG BRITISH-BURMA 1 ( 10 M )

1) MASALAH PELARIAN ORANG-ORANG ARAKAN

-Hubungan antara British Myanmar mula mengalami krisis sejak pemerintahan Raja Bodawpaya. Raja Bodawpaya telah menjalankan dasar perluasan wilayah. Pada tahun 1784 wilayah Arakan yang bersempadan dengan wilayah British-India telah ditawan. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Myanmar.

-Raja Bodawpaya bertindak kejam ke atas penduduk Arakan. Baginda telah merampas harta benda penduduk dibawa balik ke Amarapura, ramai penduduk telah dihukum bunuh, mengerah tenaga penduduk untuk menjadi askar dan membuat kerja-kerja pembinaan pagoda tanpa dibayar upah dan ianya telah membangkitkan kemarahan orang-orang Arakan dan mereka telah bangkit menentang melalui beberapa siri penentangan pada 1794, 1799, 1811 tetapi gagal.

-Bagi mengelakkan serang balas daripada tentera Bodawpaya, pemberontak Arakan telah melarikan diri ke Chittagong yang merupakan wilayah Inggeris dan ianya tidak disenangi oleh Inggeris seterusnya mencetuskan mencetuskan masalah sempadan antara kedua-dua iaitu Myanmar dan Inggeris di India.

-Raja Bodawpaya meminta Inggeris menyerahkan pemberontak Arakan yang mendapatkan perlindungan Inggeris tetapi permintaan tersebut tidak dihiraukan oleh Inggeris. Tentera Myanmar telah memasuki wilayah Inggeris untuk menangkap mereka. Mereka juga telah mendirikan pangkalan tentera di seberang Sg Naaf untuk menangkap pemberontak. Keadaan ini menyebabkan Inggeris tidak berpuas hati dan merenggangkan hubungan antara Inggeris dan Myanmar.

papercollection

Page 96: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

34

2) PEMBERONTAKAN CHIN BYAN

-Pemberontakan Chin Byan berlaku pada tahun 1811. Chin Byan telah mendirikan sebuah pengkalan tentera di Chittagong dalam wilayah Inggeris. Beliau telah melancarkan beberapa serangan ke atas wilayah Myanmar dan berjaya menawan Mrohaung.

-Tentera Arakan telah menyerang balas dan cuba menangkapnya tetapi gagal dan telah berjaya melarikan diri dan memasuki Chittagong dengan mudah. Bodawpaya telah menuduh Inggeris memberi perlindungan dan membantu Chin Byan menyerang Myanmar tetapi Inggeris menafikannnya.

-Tuduhan Burma atas alasan Chin Byan mampu mengumpulkan 20 000 orang tentera dan dapat menyeberangi sempadan Arakan menggunakan perahu yang banyak. Inggeris juga telah menjalankan usaha untuk menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan ini menyebabkan maruah Inggeris jatuh dan hubungan diplomatik antara keduanya semakin rumit dan tegang. Ketegangan ini berlanjutan walaupun Chin Byan mati pada tahun 1815.

3) PENOLAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

-Inggeris perlu menjalinkan hubungan baik dengan Myanmar atas kepentingan perdagangan. Inggeris berminat menguasai perdagangan di Myanmar kerana ia kaya dengan kayu jati untuk perusahaan perkapalan.

-Penguasaan ke atas Myanmar perlu untuk menjamin bekalan yang secukupnya. Tambahan pula Inggeris berhasrat menjadikan Myanmar sebagai tempat memasarkan barangan industri Britain. Kedudukan Myanmar penting untuk meluaskan dan memantapkan lagi penguasaan ekonomi Inggeris di Asia.

- Inggeris telah menghantar wakilnya untuk berunding dengan Istana Ava antaranya ialah Kapten Michael Symes pada 1795. Beliau ditugaskan untuk berunding dengan pemerintah Myanmar berhubung menyelesaikan masalah sempadan Arakan, merundingkan perjanjian perdagangan dengan Myanmar, menutup pelabuhan Myanmar kepada perdagangan Perancis dan membincangkan perlantikan seorang wakil Inggeris di Myanmar

- Hasilnya Raja Bodawpaya bersetuju menerima seorang Residen Inggeris tetapi keberatan untuk menutup pelabuhannya kepada perdagangan Perancis serta enggan menyelesaikan masalah sempadan Arakan selagi pemberontak-pemberontak Arakan tidak diserahkan kepada baginda.

-Oktober 1796, Kapten Hiram Cox telah dihantar sebagai Residen Inggeris diMyanmar. Malangnya beliau tidak disukai kerana bongkak dan sering kali menghina rakyat Myanmar. Tingkah lakunya telah menimbulkan kebencian pihak istana Ava dan masyarakat tempatan. Kapten Hiram Cox akhirnya ditangkap oleh tentera Burma dan setelah dibebaskan beliau membuat kenyataan kepada Inggeris di India bahawa Raja Bodawpaya hendak menyerang Chittagong dan Assam. Keadaan ini menyemarakkan lagi ketegangan hubungan antara kedua kuasa.

-Inggeris kemudiannya menghantar John Canning sebagai Residen Inggeris kedua. Beliau juga tidak dapat bertugas lama di Myanmar kerana layanan tidak baik dari perintah. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan antara Inggeris-Myanmar. Peperangan dianggap sebagai jalan penyelesaian kerumitan hubungan antara dua pihak.

papercollection

Page 97: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

35

4) PERTENTANGAN KEBUDAYAAN

-Burma merupakan sebuah kuasa yang konservatif dan angkuh, merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Kejayaan Alaungpaya menyatukan Burma, menundukkan puak-puak Mon,Shan dan puak lain serta pemusnahan kota Ayuthia oleh Hsinbusyin menambah lagi kepercayaan orang-orang Burma tentang ketinggian kebudayaan dan kekuatan negaranya.

-Raja Burma berpendapat bahawa mereka mempunyai taraf yang sama dengan kuasa-kuasa asing. Dengan itu Burma hanya akan menjalinkan hubungan dengan Raja England sahaja dan bukan dengan Wizurai India. Inggeris marah kerana mendapat layanan yang kurang baik dan dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menyembah Raja Burma seperti menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum menghadap raja. British menganggap ia satu penghinaan. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan antara kedua kuasa.

5) ANCAMAN PERANCIS

-Perancis juga sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh di Myanmar. Perancis merupakan musuh Inggeris kerana dasar perluasan kuasa Perancis. Mereka pernah berperang di India pada tahun 1770an dan 1780an. Pada tahun 1807 Perancis telah mendatangani Perjanjian Tilsit dengan Rusia( Napoleon dengan Tsar Alexendar 1).

-Perjanjian ini membimbangkan Inggeris kerana memungkinkan Perancis bergerak melalui Rusia dan akan menyerang India. Memandangkan hakikat Burma berkongsi sempadan dengan India oleh itu Inggeris tidak mahu bermusuhan dengan Myanmar kerana khuatir negara itu akan cuba mendapatkan bantuan Perancis.

-Inggeris juga berasa curiga kemungkinan Perancis akan menggunakan peluang ini untuk menjadikan Myanmar sebagai pangkalan tentera bagi menyerang Inggeris di India. Jika ini terjadi hasrat Inggeris untuk menguasai perdagangan kayu jati di Myanmar akan terjejas. Malah hasrat Inggeris untuk menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke China juga tidak berjaya.

-1783 Perancis telah menghantar utusannya ke Istana Ava bagi membincangkan mengenai hak perdagangan dengan Raja Bodawpaya. Tindakan Perancis ini telah mencetuskan kebimbangan Inggeris. Tambahan pula Perancis sudah bertapak di Pulau Mergui dan menjadikan lokasi tersebut sebagai pangkalan membaiki kapal-kapal mereka di Asia Tenggara. Bagi menyekat perluasan kuasa Perancis di Myamnar Kapten Michael Symes telah dihantar untuk meminta supaya Kerajaan Myanmar menutup pelabuhannya kepada Perancis tetapi ia tidak dipersetujui oleh Raja Bodawpaya.

-British juga menyedari kekuatan tentera Burma dan keadaan huru hara di Burma. Keadaan ini disenangi oleh Inggeris kerana diharapkan pemberontak Arakan akan melemahkan Burma dan tidak akan mengancam kepentingan Inggeris di India dan membolehkan Inggeris mendesak Burma supaya memberi konsesi perdagangan.

papercollection

Page 98: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

36

6) DASAR CAMPURTANGAN MYANMAR DI ASSAM, MANIPUR DAN CACHAR.

-1879, Raja Bodawpaya mangkat dan digantikan oleh cucunya Bagyidaw. Baginda meneruskan dasar perluasan kuasa dengan bantuan General Maha Bandula yang bercita-cita untuk meluaskan kuasa ke Assam, Manipur dan Benggala Timur.

-Pada hari pertabalan Bagyidaw Raja Manipur tidak menghadirkan diri. Maha Bandula menggunakan alasan ini untuk menyerang Manipur. Raja Manipur dan rakyatnya telah melarikan diri ke Cachar dan mereka telah diburu oleh tentera Myanmar.Keadaan ini memaksa pemerintah Cachar melarikan diri ke Chittagong dan cuba mendapatkan bantuan Inggeris. Kerajaan Inggeris sedar bahawa sekiranya Cachar jatuh ke tangan Burma kedudukan Benggala Timur akan terancam. Oleh itu demi mencegah kemaraan Burma, Inggeris segera mengistiharkan pertuannnya ke atas Cachar, Manipur dan Assam.

7) PENAWANAN PULAU SHAHPURI

-1823 tentera-tentera Burma telah menyerang Pulau Shahpuri dan Sg Naaf. Tindakan Myanmar ini mencetuskan kebimbangan Inggeris kerana Inggeris telah mengakui pulau tersebut kepunyaannya dan sebuah kubu pertahanan telah didirikan di situ. Ekoran itu Inggeris mendesak agar tentera Myanmar segera meninggalkan pulau itu. Meskipun pulau itu dapat ditawan semula oleh Inggeris namun kedegilan Maha Bandula yang meneruskan usaha untuk menyerang Chittagong menambahkan kebencian Inggeris.

-Alasan ini digunakan oleh Inggeris untuk menunggu masa yang sesuai bagi melancarkan serangan ke atas Burma. Sebelum itu Inggeris sedang berperang di Mysore dan Martha. Sebaik sahaja peperangan tamat Inggeris di bawah Gabenor Jeneral Lord Amherst telah mengisytiharkan perang ke atas Burma pada 5 Mac 1824 dan bermulalah Perang Inggeris-Burma 1.

B) FAKTOR-FAKTOR PERANG CANDU 1 DI CHINA ( 10 M )

1) KEGAGALAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

-Orang-orang Cina menganggap negara mereka sebagai pusat tamadun dunia (middle kingdom). Mereka menganggap semua orang asing sebagai orang gasar atau barbarian dan negara-negara asing dianggap sebagai kurang bertamadun dan patut tunduk kepada kedaulatan negeri China.

-Maharaja China dianggap sebagai son of heaven yang diberi mandat memerintah. Semua duta asing dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti melakukan kowtow di depan maharaja. Penghantaran ufti dan amalan kowtow oleh pembawa ufti asing dianggap oleh China sebagai tanda pengiktirafan serta ketuanan China. Negara China juga menganggap kuasa-kuasa barat perlu menerima China sebagai kuasa ketuanan dan patut disanjung tinggi.

-Bagi kuasa barat konsep dan sikap ini tidak dapat diterima. Bagi mereka hubungan diplomatic di antara negara-negara patut dijalankan atas konsep persamaan taraf. Dasar ini dijalankan di

papercollection

Page 99: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

37

Eropah akibat perkembangan aliran politik baru iaitu sosialisme, demokrasi dan liberalisme. Ia tidak dapat diterima oleh rakyat China kerana dianggap akan meruntuhkan keagungan peradaban mereka.

-Walau apapun tindakan Kerajaan Manchu Inggeris tetap menghantar utusan untuk mewujudkan hubungan diplomatic atas konsep persamaan taraf. Beberapa utusan telah dihantar ke China antara tahun 1793-1816 namun gagal mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dari China.

-1793 King George 111 telah menghantar George Ma Cartney ke Peking untuk berunding dengan Maharaja Chien Lung mengenai perdagangan dan hubungan diplomatic. Walaupun disambut baik tetapi rundingan gagal kerana masalah adat. Setiba di Peking beliau enggan melakukan kowtow kerana dianggap asing dan bertentangan dengan kebudayaan negaranya. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat bahawa utusan dan hadiah dianggap sebagai tanda tunduk kepada Kerajaan Manchu. Sikapnya menimbulkan kemarahan Maharaja Chien Lung dan menolak perwakilan Mac Cartney.

-Pada tahun 1816, Lord Amherst telah dihantar ke Peking. Robongannya terus belayar ke Tientsin tanpa singgah di Canton. Utusan ini juga mengalami kegagalan kerana kengganan melakukan kowtow. Beliau juga dikatakan telah melanggar peraturan yang melarang orang asing berhubung terus dengan pegawai-pegawai kerajaan China sedangkan mereka perlu berhubung melalui Cohong di pelabuhan Canton.

-Lord William John Napier telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Inggeris di Canton pada tahun 1834 untuk menjaga kepentingan pedagang-pedagang dan ditugaskan juga untuk mewujudkan hubungan diplomatic atas konsep persamaan taraf. Beliau telah ditolak kerana tidak mengemukakan ‘surat ping’ iaitu surat kebenaran dari Cohong untuk berjumpa Gabenor Jeneral Canton. Akibatnya beliau terpaksa berundur ke Macao dan meninggal pada Oktober 1834.

-Sekali lagi Inggeris telah melantik Charles Elliot bagi mengantikan Napier pada 1839 dan beliau juga gagal. Kegagalannya menjalin hubungan secara langsung dengan pegawai-pegawai China telah menjadikan hubungan antara Inggeris dan China bertambah runcing. Akibatnya pihak Inggeris membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan ke atas China iaitu melalui peperangan.

2) MASALAH PERDAGANGAN

-Kawalan ketat ke atas perdagangan aing oleh orang Cina adalah berpunca daripada konsep perdagangan yang berbeza. Kerajaan China tidak berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan mana-mana negara barat kerana China lebih mementingkan ekonomi sara diri.

-Sebagai sebuah negara pertanian, perdagangan dengan negara barat tiadak perlu kerana China dapat membekalkan sendiri keperluan negara. Tambahan pula perdagangan mengikut masayarakat China dianggap sebagai satu kegiatan yang hina dan dipandang rendah.Akibatnya Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan satu dekri pada 1757 bagi menghadkan hubungannya dengan orang-orang barat terutama dari segi perdagangan.

-Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat di Canton. Pada tahun 1835 sekali lagi Kerajaan Manchu telah mengenalkan undang-undang baru yang dikenali sebagai ‘Lapan Peraturan’ bagi melarang saudagar-saudagar barat berdagang di China.

papercollection

Page 100: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

38

-Bagi orang-orang barat pula mengamalkan konsep perdagangan yang berbeza dengan China. Mereka mengamalkan perdagangan bebas atau laissez faire. Bagi Inggeris perdagangan antarabangsa sangat penting dan masyarakat pedagang dipandang tinggi. Inggeris perlu kepada perdagangan untuk mendapatkan bahan mentah untuk kilang dan pasaran barang keluaran kilang mereka. Inggeris memerlukan teh dan sutera dari China kerana ia mendapat permintaan yang tinggi di Britain.

-Perdagangan dengan China penting tetapi China mengamalkan dasar isolasi.Sekatan-sekatan yang dibuat oleh China menyukarkan Inggeris dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pedagang tambahan cohong selalu melakukan penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa melibatkan orang asing. Dengan kedudukan istemewa cohong telah mengenakan cukai yang tinggi, rasuah dan berhutang dengan pedagang asing. Rundingan-rundingan melalui utusan juga gagal dan akhirnya memaksa Inggeris melancarkan peperanggan.

3) MASALAH PERUNDANGAN

-Perbezaan sistem perundangan juga menyulitkan lagi keadaan. Dalam sistem perundangan China, tidak wujud Badan Penasihat Undang-Undang sebagaimana yang diamalkan di barat dan kehakiman tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata. Mengikut sistem keadilan China ‘ seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap salah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan’.

-Kerajaan China juga menjatuhkan hukuman berdasarkan ‘Doktrin Tanggungjawab Berkumpulan’. Mengikut doktrin ini jika terdapat individu yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan, ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan orang lain. Undang-Undang China juga menuntut nyawa dibalas nyawa. Lazimnya hukuman yang dikenakan kepada orang asing ialah cekik sampai mati.

-Undang-undang barat pula menekankan konsep Tanggungjawab Individu dan seseorang yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Masalah berlaku apabila beberapa kes atau kejadian melibatkan orang-orang Inggeris. Contohnya peristiwa Lady Hughes pada 4 November 1784.Di mana kapal tersebut telah melakukan tembakan pengormatan apabila memasuki pelabuhan Whampoa malangnya tembakan tersebut secara tidak sengaja telah menyebabkan kematian dua orang Cina dan seorang cedera. Pihak berkuasa Canton meminta supaya anak kapal terlibat diserahkan dan dibicarakan mengikut undang-undang China jika enggan mereka akan menyerang kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan. Anak kapal tersebut terpaksa diserahkan kepada kerajaan Manchu dan telah dicekik sampai mati.

-Pada tahun 1821 berlaku pula Peristiwa Terranova. Ia adalah bangsa Itali yang bekerja di atas kapal Amerika bernama Emily. Beliau dituduh menyebabkan kematian dua orang wanita Cina. Demi memelihara hubungan perdagangan beliau diserahkan kepada Kerajaan China dan ia juga dicekik sampai mati. Peristiwa seterusnya yang mencetuskan ketegangan ialah Peristiwa Lin Wei His yang telah dipukul hingga mati oleh anak-anak kapal Inggeris yang mabuk dan bergaduh di Kowloon. Inggeris enggan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa China dan dibicarakan mengikut undang-undang barat. China pula mendesak supaya mereka diserahkan kepada China untuk diadili. Keengganan Inggeris telah mencetuskan ketegangan antara dua pihak dan akhirnya membawa kepada perang.

papercollection

Page 101: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

39

4) MASALAH CANDU

-Penolakan hubungan perdagangan dan sekatan-sekatan yang dikenakan menyebabkan hungan perdagangan satu hala yang menyebabkan kerugian kepada Inggeris.Inggeris terpaksa mengelurkan perbelanjaan yang lebih untuk membeli teh dan sutera.

-Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang emas dan perak untuk berdagang. Untuk mengimbangi aliran keluar wang ke China dengan banyak Inggeris telah membawa masuk candu dengan banyak secara haram dari India dan Turki. Candu kemudian menjadi barang kegemaran masyarakat China. Pada tahun 1839 dianggarkan sebanyak 4 juta rakyat China menghisap candu. Bagi British perdagangan candu telah membawa keuntungan yang besar. Pada tahun 1832 SHTI telah mengaut keuntungan sebanyak 10 juta rupee dan pada 1838 menjadi 30 juta rupee.

-Perdagangan candu menyebabkan aliran wang keluar China tidak dapat mengimbani perdagangannya dengan barat. Pada tahun 1838 dan 1839 nilai wang perak yang dialirkan keluar berjumlah 37.9 juta paund. Kemasukan candu juga menyebabkan masalah kesihatan dan sosial. 2 Jun 1838 Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan perdagangan candu dan hukuman berat akan dikenakan kepada siapa yang melanggar arahan. Lin Tze Hsu Pesuruhjaya Tinggi di Canton pula telah dilantik untuk menghapuskan candu.

-Beliau telah merampas dan memusnahkan candu pada 3 Jun 1839 di Hu Men dan saudagar-saudagar asing diminta menandatangani surat untuk tidak berdagang candu di China. Kapten Charles Elliat selaku Ketua Penguasa Perdagangan Inggeris tidak bersetuju dan telah membawa Lord Palmerstone untuk menuntut ganti rugi dari Kerajaan China terhadap candu yang dimusnahkan tetapi gagal.

-Hubungan semakin runcing apabila Lin telah mengenakan larangan penjualan makanan dan keperluan lain kepada Inggeris di Macao dan meminta bantuan Perancis mengusir Ingeris. Ogos 1839 orang-orang Inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong. Kedegilan keduanya akhirnya menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan.

KESIMPULAN ( 2 M )

-Peperangan telah menyebabkan China dan Burma kalah ditangan Inggeris. Kekalahan Burma menyebabkan mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Yandabo sementara China Perjanjian Nangking yang menyebabkan Inggeris dapat memulakan langkah bertapak di Burama sementara di China pula menyebabkan maruah China sebagai negara yang bertamadun tinggi jatuh seterusnya terpaksa membuka negaranya kepada perdagangan barat dan menamatkan dasar isolasi secara terpaksa.

papercollection

Page 102: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

40

10. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa di Jepun dan Perjanjian Bowring di Thailand terhadap kedua-dua negara

PENDAHULUAN ( 3 M ) -Abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa2 barat berlumba2 untuk menguasai tanah jajahan di AT. -Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa2 barat akan mengancam keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma. Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa2 barat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah pencerobohan kuasa2 barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke arah pembukaan Thailand kepada kuasa2 barat, beliau telah menandatangani Perjanjian Bowring pada 18 April 1855.

-Pada awal abad ke 19 kuasa barat spt Rusia,British dan USA(Amerika) ingin meluaskan kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatic dan perdagangan di Jepun tetapi gagal. Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluaan bekalan bahan mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jpn diberi layanan yang buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika oada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) Kesan Perjanjian Bowring 1855 ( 10 M )

-Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden.

-Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa2 barat apabila menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark 1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden 1868.

-Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.

-Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadi sistem ekonomi perdagangan / komersial.

-Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun

papercollection

Page 103: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

41

1850 jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripadadaripada jumlah beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda menjelang 1865.

-Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkat meningkat 10 kali ganda.

-Britain muncul sebagai pelabur utama di siam. Singapura dan Hong Kong mula berdagang dengan Siam.

-Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanya memajakkan monopoli2 eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman keras sahaja kepada orang Cina.

-pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam-tidak ada sebarang alasan yang membolehkan kuasa barat campur tangan secara kekerasan-keadaan ini menyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal.

-pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses pembaratan telah mengakibatkan kemasukan golongan mubaligh,professional dan orang Eropah sebagai tukang, tutor, pegawai-pegawai polis,penterjemah dan penasihat tentera.

B) Kesan-kesan Perjanjian Perjanjian Kanagawa 1854 ( 10 M )

- Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa.

-Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak A merika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun

-Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya mendatangani perjanjian perdagangan yanglebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain.

-Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan di buka iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigate dan Hyogo (Kobe)

-Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui

-Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika. Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di jepun.

-Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah mengakibatkan pertambahan orang Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakan anti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan kedutaan British di serang. Shogun terpaksa membayar ganti rugi.

-Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnya merintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.

-Bermulanya era permodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar baru dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

papercollection

Page 104: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

42

KESIMPULAN ( 2 M )

-British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsure kekerasan digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk mengugat kedaulatan Thailand dan Jepun.

-Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand and Jepun daripada dijajah.

-Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian da ketenteraan.

papercollection

Page 105: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

43

11. Bandingkan peranan dan sumbangan Jose Rizal dan Sukarno dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia

PENGENALAN ( 3 M ) -Jose Rizal dilahirkan di Calamba, Luzon pada tahun 1861 dari keturunan Sepanyol-Cina. Beliau amat berminat dalam bidang bahasa dan kesusasteraan serta pernah melanjutkan pelajaran ke Maktab Jesuit dan Universiti Santo Thomas di Manila. Pada tahun 1879, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan falsafah di Madrid, Sepanyol. Beliau telah berusaha menuntut kemerdekaan bagi Filipina melalui idea penulisan. -Sukarno pula dilahirkan pada 6 Januari 1901 di Blitar, Jawa Timur. Ibunya berketurunan Bali dan ayahnya iaitu Raden Sukemi berketurunan Jawa yang berkhidmat sebagai guru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Belanda,Surabaya. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan antara tahun 1921-1925. -Aung San dilahirkan pada tahun 1914. Pernah menjadi Pengerusi Pergerakan Pelajar Se-Burma di Universiti Rangoon. Langkah pemerintah British mengadakan pembaharuan dalam bidang pendidikan turut sama telah melahirkan golongan nasionalis di Burma . Aung San yang juga memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme dan pembebasan di Burma. Beliau adalah seorang yang berpendidikan barat yang kecewa melihat Burma masih dikongkong dan dijajah oleh British. Beliau juga tidak berpuas hati dengan amalan diskriminasi oleh British terhadap orang-orang Burma. Penglibatannya dalam beberapa pertubuhan terutama bersama Thakin telah memberikan sumbangan yang besar dalam pergerakan nasionalisme .

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) SUMBANGAN DAN PERANAN JOSE RIZAL ( 10 M ) -Pembunuhan tiga orang paderi Filipina iaitu Mariano Gomez, Joze Burgos dan Jacinta Zamora dalam Pemberontakan Cavite 1872 telah mencetuskan kemarahan dan kesedaran nasionalisme di kalangan penduduk dalam menentang ketidakadilan Sepanyol. -Dasar pemerintahan Sepanyol yang menindas rakyat rakyat telah mendorong golongan ilustrado berhijrah ke Eropah, Jepun dan Hong Kong. Antaranya ialah Jose Rizal, Marcelo del Pilar dan Graciano Lopez Jaena. Golongan ilustrado ini bertanggungjawab menanamkan idea nasionalisme di kalangan rakyat di Filipina. -Jose Rizal mempunyai matlamat dan taktik perjuangan yang tersendiri. Ia memperlihatkan strategi nasionalisnya secara sederhana dan bergerak secara aman melalui pergerakan propaganda. Ia meminati bidang penulisan dan telah menggunakan kesempatan dengan mengungkapkan idea nasionalisnya melalui novel Noli Me Tangere atau yang bermaksud Jangan Sentuh Daku atau Barah Masyarakat .Novel ini dihasilkan di Berlin pada tahun 1887. Novel ini telah mendedahkan kepincangan hidup masyarakat Filipina yang dibelenggu

papercollection

Page 106: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

44

ketidakadilan dan penindasan pemerintahan Sepanyol. Beliau turut mengarang novel El Filibusterismo atau Pemerintah Yang Tamak untuk mengkritik undang-undang dan golongan agama di Filipina. -Beliau bersama golongan intelektual lain seperti Marcelo del Pilar dan Graciano Lopez telah menerbitkan akhbar La Solidaridad di Barcelona pada 1889 untuk mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol, keadaan petani yang ditindas dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina. Mereka juga menuntut keadilan sosial dari pemerintahan Sepanyol. -Dalam gerakan berpersatuan, Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina di Hong Kong pada tahun 1891 yang menekankan kepada pembangunan masyarakat. Beliau kemudiannya menubuhkan Liga Filipina ditubuhkan dengan tujuan untuk mendapatkan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik bagi negara dengan aman. Di samping itu Liga ini juga bertujuan untuk melindungi penduduk Filipina dari kekejaman dan ketidakadilan Sepanyol serta mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kepada kemerdekaan Filipina. Akibatnya beliau dibuang negeri ke Dapitan di Pulau Mindanao pada 7 Julai 1892. Idea kesedaran ini telah memberi ilham kepada Andres Bonifacio untuk menubuhkan Katipunan (Kesatuan Putera-Putera Republik) pada tahun 1892. -Katipunan merupakan sebuah pertubuhan yang cuba menyebarkan fahaman revolusi di Filipina sebagai cara menggulingkan penjajahan Sepanyol. Walau bagaimanapun Jose Rizal tidak bersetuju dengan Katipunan dan menasihati pemimpinnya agar tidak mencetuskan revolusi. Namun nasihat tersebut hanya sia-sia, kerana Jose Rizal dihukum tembak pada 30 Disember 1896 kerana disyaki menyokong golongan pemberontak.

B) PERANAN DAN SUMBANGAN SUKARNO -Sukarno pernah menjadi anak angkat pemimpin Sarekat Islam iaitu Hj Omar Said Tjokroaminoto. Ketika ini ia mula menimba pengalamandalam gerakan politik dan berpersatuan. Walau bagaimanapun beliau mula bergerak aktif dalam politik apabila dipengaruhi oleh golongan radikal seperti Dr Tjipto Mangun Kusomo dan Edward Douwes Dekker. -Sukarno mula bergiat aktif dalam politik ketika menjadi ahli Kelab Perbincangan Bandung yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Indonesia yang belajar di Holand untuk menentang Belanda. Beliau juga berminat dalam organisasi pelajar dan Perhimpunan Indonesia yang ditubuhkan di Belanda pada tahun 1922. -Pada 4 Julai 1927 beliau telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) dengan bantuan Dr R.M Sartono dan Dr Tjipto Mangun Kusomo selepas menarik diri dari menjadi anggota Sarekat Islam. Matlamat PNI adalah untuk menyatukan semua parti nasionalis agar menuntut kemerdekaan penuh dan menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi serta menentang fahaman imperialis dan kapitalis. -Awal tahun 1929, PNI mengalami perkembangan pesat di bawah Sukarno. Melalui pidatonya Sukarno berjaya mengumpulkan sejumlah 10 000 orang ahli dan pengaruh PNI telah telah meluas dari Pualau Jawa ke wilayah-wilayah Sumatera Timur. -Pada tahun 1928 Sukarno telah berusaha menyatukan semua pertubuhan politik di Indonesia untuk mewujudkan perpaduan nasional. Hasilnya Permuafakatan Parti-Parti Politik Kebangsaan ditubuhkan dengan disertai oleh Sarekat Islam, Budi Utomo, Pasondon Ikatan Sumatera dan Kelab Pelajar Surabaya.

papercollection

Page 107: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

45

-Tindakan Sukarno dianggap telah mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan kedudukan Belanda. Sehubungan itu pada Disember 1929 Sukarno telah ditangkap dan dipenjarakan. Penangkapan Sukarno menyebabkan PNI berpecah. -Pada tahun 1931 Sukarno dibebaskan dan beliau menyatukan ahli-ahli PNI tetapi gagal dan seterusnya beliau menyertai PARTINDO pada tahun 1933 kerana mempunyai perjuangan dan cita-cita yang sama dengan PNI. Sukarno berjaya mengembangkan idea-idea nasionalisme melalui pidato keseluruh Pulau Jawa dan sekali lagi ia ditangkap dan dibuang ke Flores di Indonesia Timur sehingga ia dibebaskan oleh Jepun pada tahun 1942. -Semasa pendudukan Jepun Sukarno telah dijadikan pengerusi PUTERA(Pusat Tenaga Rakyat). PUTERA mendapat sokongan Jepun. Ia terdiri dari daripada semua kumpulan nasionalis di Pulau Jawa. Akhirnya PUTERA menjadi bersifat nasionalis daripad pro Jepun. Akhirnya ia dibubarkan oleh Jepun pada tahun 1943. -Jepun telah bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1945 dan Sukarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Malangnya Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. -Apabila perang tamat Belanda telah kembali ke Indonesia seterusnya telah mengadakan rundingan dengan nasionalis Indonesia. Pada Oktober 1946 Perjanjian Linggajati telah ditandatangani. Hasilnya satu persetujuan telah dicapai pada 15 November 1946 di mana Belanda bersetuju untuk mengiktiraf Republik Indonesia( Jawa, Sumatera, Madura). Namun perjanjian ini tidak berjaya kerana rakyat tidak berpuas hati dan kekacauan telah berlaku. -Akhirnya PBB telah campur tangan satu Persidangan Meja Bulat diadakan di Hague pada 23 Ogos 1949 dan Belanda bersetuju mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 27 November 1949. Sukarno telah dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama.

KESIMPULAN ( 2 M )

-Kedua-dua pemimpin telah memainkan peranan penting dalam pergerakan nasionlisme di megara masing-masing. Malangnya Jose Rizal telah dibunuh sebelum melihat kejayaan perjuangan mereka. Sukarno pula telah menjadi Perdana Menteri Indonesia yang pertama.

papercollection

Page 108: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

46

12. Sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utama dalam Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Thailand

PENGENALAN ( 3 M ) -Revolusi ini meletus kerana wujudnya satu golongan pelajar yang ingin menamatkan sistem autokrasi bersama kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Golongan ini ingin menggantikan sistem autokrasi dengan sistem demokrasi berperlembagaan yang membuka peluang pentadbiran kepada orang Siam yang berkelayakan. Revolusi ini amat istemewa kerana ia tidak menumpahkan darah dan berlaku secara aman. Revolusi ini berlaku pada 24 Jun 1932 di bawah pimpinan Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol.

-Semenjak Dinasti Manchu memerintah China pada 1644, orang-orang Cina dari puak Han tidak mahu tunduk dengan Manchu yang dianggap sebagai orang asing. Banyak percubaan untuk menggulingkannya tetapi gagal. Namun kegagalan itu tidak melemahkan mereka dan terus bergerak melalui pertubuhan sulit seperti Triad Society, White Lotus Society. Pertubuhan atau pakatan ini telah membibitkan benih-benih revolusi ditambah oleh bebrapa faktor lain.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI SIAM 1932 ( 10 M )

1) Kemunculan gol. intelek berpendidikan barat -Ramai pelajar dihantar ke luar negeri semasa pemerintahan Mongkut dan Chulalongkorn. Di luar negara pelajar-pelajar ini telah mendapat pendedahan ide-ide politik baru seperti sosialisme,demokrasi dan liberalisme. Setelah tamat belajar mereka kembali ke Siam dengan ide-ide baru. Pendidikan moden telah mendedahkan mereka kepada segala kepincangan sistem autokrasi.

-Mereka terkejut kerana Siam masih dibelenggu oleh sistem pemerintahan beraja yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan ingin membawa pembaharuan dalam pentadbiran.

-Di samping itu mereka juga merasa terhina apabila mengetahui Siam masih dikenakan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditanda tangani oleh Mongkut dan Chulalongkorn dahulu. Pembentukan kerajaan Republik China yang telah menamatkan kerajaan autokrasi Manchu dan perjuangan Kongres Kebangsaan India mengilhamkan dan menguatkan lagi nasionalisme mereka tentang mustahaknya untuk membebaskan Siam. Golongan ini terdiri dari lebih kurang 70 orang pelajar termasuk Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol. Pridi telah memainkan peranan yang utama dalam menyatupadukan golongan revolusioner.

papercollection

Page 109: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

47

2) Pemerintahan Vajiravudh -Vajiravudh menaiki tahta dengan gelaran Rama VI pada tahun 1910. Baginda berusaha mengukuhkan kuasa autokrasinya yang mutlak. Baginda seorang yang boros, rasuah, pilih kasih dan tidak cekap dalam menjalankan pemerintahan. -Baginda juga banyal memberi tumpuan kepada kesenian. Baginda banyak membazirkan wang dengan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti membuat majlis keramaian dan membesarkan istana. -Selain itu beliau juga membentuk Pasukan Harimau Liar iaitu askar peribadi yang diberi banyak keistemewaan seperti kemudahan-kemudahan kelab, dewan latihan dan pakaian lengkap. Keistemewaan ini menimbulkan perasaan cemburudan telah menimbulkan penentangan golongan tentera. -Baginda juga menentang keras ide demokrasi walaupun mendapat pendidikan barat. Baginda jarang mengadakan mseyuarat kabinet, malah perjumpaan baginda dengan menteri dijalankan secara perseorangan bukan secara berkumpulan. -Kabinet Istana tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Baginda cuba mengurangkan pengaruh keluarga diraja dan fungsi kabinet dengan melantik sahabatnya tanpa mengiara kelayakan. Lapan dari 12 kementerian telah dikuasai oleh kelas Khun Nang (Kelas Orang Awam). Perlantikan ini dijalankan berdasarkan sikap pilih kasih dan keadaan ini mengakibatkan ketidak cekapan pentadbiran dan rasuah. -Pada tahun 1917, Raja Vajiravud memihak kuasa Berikat. Pada tahun 1918 baginda telah menghantar seramai 1 200 tentera Siam yang terdiri daripada pasukan pengangkutan, unit juruterbang dan unit pembaikan kapal ke Perancis. -Baginda berharap melalui dasar pro Berikat, Siam akan dapat menamatkan hak wilayah asingan yang dinikmati oleh kuasa Eropah dan syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah. Dasar ini telah mengukuhkan kedudukan Siam di Persidangan Keamanan Paris dan Liga bangsa-Bangsa. Siam memperolehi semula autonominya pada 1939. -Namun dasar ini telah ditentang hebat oleh para pegawai tentera Siam yang kebanyakkannya menerima pendidikan dan latihan dar Jerman. Pada tahun 1910-an perasaan anti Perancis dan British berterusan. Beberapa percubaan membunuh baginda cuba dilakukan pada tahun 1912 dan 1917, dua percubaan ini dibuat oleh golongan tentera tetapi gagal.

3) Pemerintahan Pradjahipok -Pada tahun 1925, Vajiravudh mangkat dan digantikan oleh Pradjahipok, anak bongsu Chulalongkorn. Raja Pradjahipok menghidupkan semula fungsi kabinet dan sentiasa berunding dengan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh lima orang putera dalam menjalankan pemerintahannya. -Pada 1927 baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Walau bagaimanapun kerana pengaruh kaum kerabatnya beliau tidak berniat untuk menubuhkan satu kerajaan demokratik. Keadaan ini menyebabkan beliau ditentang oleh golongan terpelajar.

papercollection

Page 110: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

48

-Semasa pemerintahan baginda telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan Siam turut merai bahang tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut baginda banyak melakukan perubahan-perubahan yang drastik seperti memecat ramai pegawai pentadbiran ,memotong gaji pegawai awam dan tentera, menyekat peluang kenaikan pangkat dan gaji, membubarkan Pasukan Harimau Liar dan mengurangkan bilangan pekerja istana dari 3000 kepada 300 orang. -Walaupun langkah penjimatan telah dilakukan ekonomi Siam terus merosot. Pada tahun 1931 Siam mengalami kekurangan belanjawan sebanyak 11 juta tikal. Bagi mengatasi masalah ekonomi, sekali lagi baginda telah memecat pegawai-pegawai awam dan tentera yang berlebihan, menyekat dan membeku peluang kenaikan pangkat, memotong gaji pegawai awam dan tentera serta mengenakan cukai baru ke atas gaji selain dari cukai pendapatan. -Langkah-langkah penjimatan ini telah mewujudkan satu golongan terpelajar yang menganggur. Di samping itu cukai ke atas gaji membebankan mereka yang sebelumnya mengalami pemotongan gaji dan pembekuan kenaikan pangkat. Golongan menganggur merasa marah dan yang masih berkhidmat tidak puas hati dengan tindakan baginda. -Baginda juga mengutamakan kaum kerabat dalam pentadbiran dan mengenepikan golongan pelajar yang layak. Baginda memecat kelas Khun Nang dari memegang jawatan tinggi dan ini menyebabkan lapan dari dua belas kementerian dalam kerajaannya dikuasai oleh pihak istana. -Perubahan ini menyebabkan kelas Khun Nang bersungut kerana tidak mempunyai cukup perwakilan dalam kerajaan. Kemarahan kelas ini semakin meningkat pabila mengetahui golongan istana Siam saling lindung melindungi dari dijatuhi hukuman tidak seperti pegawai dari kelas biasa yang terikat pada undang-undang. -Di samping itu pentadbiran dijalankan secara sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Semua amalan ini dianggap oleh golongan Khun Nang sebagai satu kepincangan yang hanya wujud dalam sistem autokrasi atau monarki mutlak dan ia patut ditamatkan. Kelemahan-kelemahan Pradjahipok menyebabkan ramai tidak berpuas hati terutama golongan tentera dan golongan berpendidikan barat.

4) Krisis politik -Pada Oktober 1931 telah berlaku berlaku krisis politik antara dua menteri iaitu Menteri Perang iaitu Putera Bovaradej dengan Menteri Perdagangan, Putera Purachatra mengenai masalah ekonomi. Menteri perang menuntut perbelanjaan yang lebih untuk golongan tentera dan mempersoalkan pemotongan belanjawan. Krisis ini menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada Kerabat Diraja

B) REVOLUSI 1911 DI CHINA ( 10 M ) 1) Peranan Golongan Pelajar

-Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 kerajaan Manchu telah menghantar ramai pelajar ke luar negeri. Pelajar-pelajar ini dihantar belajar ke luar negara seperti Amerika dan Eropah dan mempunyai pengetahuan tentang demokrasi,kebebasan,hak asasi manusia dan kemajuan negara-negara barat.

papercollection

Page 111: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

49

-Mereka menjadi lebih peka dan sedar tentang nasib China. Di samping itu Revolusi Perusahaan, Revolusi Perancis dan Britain, kemajuan-kemajuan Pemodenan Meiji dan Rusia telah mendorong mereka untuk menyertai revolusi dan membaiki keadaan negara. Mereka telah menyebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar-akhbar seperti Kuo Ming Pao, China Kurun Ke-20 di luar negara. Pelajar-pelajar yang telah balik pula telah menerbitkan surat khabar Su Pao (Kiangsu Tribune).

-Mereka berpendapat kegagalan gerakan pembaharuan yang dibuat di China menunjukkan tidak ada keberkesanan pembaharuan yang dilaksanakan secara sederhana. Oleh itu China hanya boleh diselamatkan melalui satu revolusi yang radikal.

2) Peranan Dr. Sun Yat Sen

-Bagi Dr Sun Yat Sen institusi monarki China bertanggung jawab menyebabkan kemerostan dan hura hura yang berlaku di China. Ia juga mengatakan pemerintahan beraja sudah ketinggalan dan mesti digantikan dengan pengasasan sebuah kerajaan republik melalui revolusi iaitu: a)Revolusi Kebangsaan untuk menggulingkan kerajaan Manchu dan menghapuskan penjajahan asing di China b) Revolusi Demokratik untuk menubuhkan sebuah republik yang memberikan 4 jenis hak kepada rakyat iaitu inisiatif, referendum, pilihanraya dan penarikan sokongan terhadap kerajaan yang tidak memenuhi hasrat rakyat c) Revolusi Sosial untuk menyamakan hak-hak tanah, memastikan pembahagian kekayaan nasional yang adil serta mencegah penyelewengan. -Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui dan menubuhkan juga cawangannya di Jepun, Singapura, Tanah Melayu,Honolulu, Brussels dan San Francisco untuk melancarkan pergerakannya. Pergerakan ini berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi: ia mesti diamalkan oleh rakyat dan untuk rakyat. Kuasa politik tertinggi terletak pada rakyat. Sosialisme : Pemilikan tanah dan pembahagian kekayaan negara secara adil mesti diusahakan supaya segala penyelewengan kapitalisme dapat dihapuskan. Sementara liberalisme pula: Rakyat mesti mengikis semangat kedaerahan dan digantikan dengan semangat kebangsaan. Tung Meng Hui bergerak sebagai sebuah organisasi pusat dan memrupakan sebuah parti politik kebangsaan. Ramai yang terpengaruh dengan ajarannya.

3) Pemerintahan Manchu yang lemah

-Sepanjang kurun ke-19 dan awal abad ke-20 Manchu lemah dalam melaksanakan mandatnya. Kuasa Manchu merosot kerana korupsi,rasuah dan penyelewengan. Ia juga gagal membaiki taraf hidup rakyat serta mengenakan cukai yang tinggi. Dari segi pentadbiran urusan kewangan tidak dijalankan dengan berekesan. Contohnya pada 1890, mengikut catatan, kerajaan Peking seharusnya menerima hasil pendapatan dari wilayah-wilayah tetapi mereka hanya memperolehi sebahagian kecil sahaja. Rasuah semakin berleluasa. -Pegawai-pegawai mengenakan cukai tiga kali ganda lebih tinggi daripada cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Li Hung Chang sendiri mengumpul hartanya sebanyak 40 juta tael.

papercollection

Page 112: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

50

Pada tahun 1809 pula sebuah Mahkamah daerah telah melenyapkan lebih kurang 30 000 tael wang yang sepatutnya digunakan membantu mangsa kebuluran. -Amalan rasuah juga berlaku dalam Suruhanjaya Kewangan Chihli, Jabatan Yellow River Conservancy dan Grand Canal Adiministration. Bantuan kewangan yang diperuntukkan untuk memperbaiki beban kewangan mangsa malapetaka dan membaiki jambatan, empangan dan tali air telah digunakan oleh pegawai Manchu sendiri. -Kekalahan tentera Manchu dalam perang juga menunjukkan kelemahan Manchu yang amat ketara sehingga terpaksa menanda tangani perjanjian dengan kuasa asing serta merugikan China.

4) Tindakan kuasa asing

-Pencerobohan kuasa asing telah menjatuhkan Manchu. Akibat dari kekalahan China terpaksa menanda datangi perjanjian-perjanjian yang berat sebelah terutama selepas Protokol Boxer. China terpaksa membayar ganti rugi. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas Perang China-Jepun dan tambahan 30 juta tael sebagai ganjaran mengugurkan haknya ke atas Semenanjung Liaotung. China juga terpaksa membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasa-kuasa barat selepas pembenrontakan Boxer. -Ini menambah burukkan ekonomi China yang memang merosot. Untuk membayar ganti rugi China terpaksa meminjam dari kuasa-kuasa asing contohnya 400 juta franc dari Russia dan Perancis. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai akibat langkah-langkah kerajaan meningkatkan hasilnya. Apa yang lebih merugikan China ialah setengah-setengah kuasa asing menggunakan pemberian pinjaman sebagai tekanan untuk membolehkan mereka memajak kawasan-kawasan China. Rusia misalnya secara paksa memajak Semenanjung Liaotung dari kerajaan Manchu.

5) Masalah Sosial

-Penduduk bertambah dan tidak seimbang dengan makanan. Pada tahun 1885 penduduk China berjumlah 377 juta orang tetapi pada tahun 1911 jumlah itu meningkat menjadi 430 juta. Keadaan diburukkan lagi dengan bencana alam yang sering berlaku contohnya kemarau dan banjir. Di antara tahun 1882 hingga 1898 banjir telah berlaku di Shantung mengakibatkan kira-kira 100 buah kampung dibanjiri. Pada tahun 1900 sebanyak tiga buah wilayah mengalami musim kemarau dan tujuh buah diserang belalang. -Pada tahun 1910 dan 1911 banjir dan kemarau telah berlaku di wilayah-wilayah Anhui, Kiangsu, Shantung, Chekiang dan Hupei. Banyak kebuluran berlaku. Dalam tahun 1910 dan 1911 kebuluran paling dahsyat semenjak 40 tahun yang lepas telah berlaku dan mengakibatkan seramai 3 juta orang menjadi mangsa. Rakyat semakin tertekan apabila kerajaan mengenakan cukai yang tinggi semata-mata untuk membiayai jalan keretapi dan gantirugi perang. -Masalah pengangguran menjadi semakin buruk apabila pengangkutan moden diperkenalkan seperti keretapi dan kapal wap telah menyebabkan mereka yang bergantung kepada system pengangkutan tradisonal di pelabuhan dan di Grand Canal menganggur.

papercollection

Page 113: PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 JABATAN  · PDF fileSEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 (Tiga jam) ... 5. Bincangkan faktor ... SKEMA JAWAPAN - BAHAGIAN A

51

-Kemasukan barang-barang asing yang membanjiri pasaran China mengakibatkan perusahaan tempatan muflis. Kaum tani yang tidak sanggup membayar hutang terpaksa menggadaikan tanah mereka kepada orang-orang kaya. Ini menyebabkan ramai petani terusir dari tanahnya pada akhir kurun ke-19.

6) Pengaruh Gerakan-Gerakan Pembaharuan

-Sejak tahun 1860 hingga akhir kurun ke-19, China telah melakukan beberapa siri pembaharuan untuk menguatkan dan memajukan negeri China. Seperti Gerakan Menguatkan Diri dan Pembaharuan Seratus Hari. Penyebaran idea-idea pembaharuan oleh reformis-reformis seperti Ho Kai, Wang Tao dan Kang Yu Wei telah meninggalkan kesan di kalangan masyarakat China.

-Sungguhpun gerakan tersebut gagal kesannya telah menyedarkan rakyat China tentang perlunya suatu pembaharuan yang bercorak revolusi untuk menyelamatkan China dan telah merintis jalan ke arah meletusnya Revolusi 1911.

7) Memilik Negara Jalan Keretapi

-Pada tahun 1911 kerajaan Manchu ingin menjadikan landasan keretapi Canton-Hankow dan Hankow-Szechwan sebagai milik negara. Untuk menjayakan program ini kerajaan telah meminjam wang darri Britain, Perancis dan Amerika Syarikat sebanyak 6 juta paun. Orang tempatan di wilayah-wilayah yang terlibat menyedari kesan buruk yang akan menimpa mereka.

-Landasan keretapi Manchuria yang dibina dengan pinjaman wang dari Rusia sebenarnya dikuasai oleh Rusia kerana Rusia telah menempatkan tenteranya di sepanjang landasan itu dengan alasan melindungi keselamatan penumpang-penumpang dan kelancaran perkhidmatan keretapi. Setelah Rusia kalah dalam perang Rusia-Jepun, ia telah memindahkan milik ke atas lanmdasan keretapi di kawasan Manchuria selatan kepada Jepun.

-Keadaan ini menyedarkan orang China, jika pinjaman asing diambil untuk membina landasan keretapi tersebut negeri China akhirnya akan kehilangan hak ke atas system pengangkutan dan kedaulatan politik di tanah sendiri. Di samping itu kerajaan wilayah terpaksa menanggung beban hutang itu. Apabila kerajaan berkeras meneruskan rancangan, satu rusuhan telah berlaku. Pada Ogos 1911 perjumpaan besar diadakan di Chengtu dan kerajaan bertindak menghalang serta mengakibatkan 32 terbunuh. Pada 9 Oktober 1911 satu letupan berlaku di kawasan pajakan Rusia di Ghankow. Peristiwa ini merupakan factor yang mempercepatkan revolusi.

Kesimpulan ( 2 M ) -Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan mutlak raja dan telah menjatuhkan Manchu. Republik China ditubuhkan. Pada 12 Februari 1912 Maharaja Hsuan Tung (Pu I) telah turun tahta dan pada 10 Mac 1912 Yuan Shih Kai menjadi presiden kerajaan sementara. Sementara di Thailand sistem raja mutlak dihapuskan dan digantikan dengan raja berperlembagaan

papercollection