29
TERHAD 1 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4) Penggal 3 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. __________________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 29 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …frdaus/PenelusuranInformasi/tugas2...TERHAD 1 TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIAN

  • Upload
    others

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

TERHAD

1 TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus Ekonomi

Kertas 4 (944/4)

Penggal 3 Tahun 2014

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.

__________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 29 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2014

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

TERHAD

2 TERHAD

Kandungan

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif Penilaian 3 − 4

2.1 Kemahiran kognitif

2.2 Kemahiran manipulatif

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 4 – 10

3.1 Arahan umum

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta

3.6 Tanggungjawab Calon

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 10 – 13

5.0 Langkah Melaksanakan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 13 – 14

6.0 Kaedah Kajian 14

7.0 Peralatan dan Kegunaannya 14

8.0 Format Penulisan 15

9.0 Struktur Penulisan 15 – 16

10.0 Penskoran 16 – 17

BAHAGIAN II : CALON

12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 18

13.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 19

14.0 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 20

13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 21 – 22

14.0 Format Penulisan 22 – 23

15.0 Struktur Penulisan 23

Lampiran 24 – 27

Soalan tugasan (944/4) 28 – 29

TERHAD

3 TERHAD

1.0 Pengenalan

Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah

bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus Ekonomi. Kerja kursus

ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis

Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif Penilaian

Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang

menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah.

2.1 Kemahiran kognitif

2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan

ekonomi dan mencadangkan langkah mengatasinya dalam konteks setempat

2.1.2 menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang

mempengaruhinya

2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar dalam bilik darjah dengan

keadaan sebenar

2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi

2.2 Kemahiran manipulatif

2.2.1 menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data

dan maklumat daripada sumber primer

2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk

mendapatkan data primer

2.2.3 mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder

melalui kajian kepustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat

turun bahan daripada sumber Internet

2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan

menganalisis data dan maklumat yang diperoleh

2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik,

jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk

menganalisis dan mempersembahkan data.

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan

2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja

sebagai satu pasukan

2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang

dilaksanakan secara berkumpulan

2.3.4 berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,

2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah

2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif

2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik

BAHAGIAN I : GURU

TERHAD

4 TERHAD

2.3.8 menyedari dan menghargai kepentingan isu ekonomi negara

2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika

2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan Umum

3.1.1 Kertas kerja kursus Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah

kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon

persendirian individu.

3.1.2 Kertas kerja kursus Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat

sekolah

3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail

Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan

enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing

3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi

3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai

dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan

3.2.5 Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan

menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-

submission

3.2.6 Memastikan guru menghantar borang markah kerja kursus calon (lampiran

4) dan borang rumusan markah yang dicetak daripada perisisan e-

submission ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-

lewatnya seminggu selepas penghantaran markah

3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah

Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon

3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus

dipenuhi

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja

kursus calon di sekolah

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan

menjalankan kerja kursus Ekonomi

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus

Ekonomi

3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan

memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

TERHAD

5 TERHAD

3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik

darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

Ekonomi

3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh

setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

secara individu

3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi

berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja

kursus Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran

Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar

menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf

penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang

berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi.

3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses

data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran

insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan

kerja kursus Ekonomi

3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan

penulisan kerja kursus Ekonomi

3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru

Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak

sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah menggunakan

muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada

tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap

tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas

944/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM

3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang

Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama

dengan kerja kursus Ekonomi

3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod

Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan

supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus

TERHAD

6 TERHAD

3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Ekonomi, BMKKC,

dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang

baharu

3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh

MPM ketika mentaksir kerja kursus Ekonomi calon

3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus Ekonomi

3.3.22 Menilai pembentangan calon, memberikan markah secara individu dan

mengisi markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon

(BMKKC) (Lampiran 4)

3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Ekonomi bagi setiap calon dan

mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)

(Lampiran 4)

3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-

submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

(MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan

menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi

dan tidak mengambil kertas 944/4

3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat

semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama

dengan seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat

sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon.

3.3.26 Menghantar borang markah kerja kursus calon (lampiran 4) dan borang

rumusan markah yang dicetak daripada perisisan e-submission ke MPM

(u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya seminggu

selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan

borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.)

3.3.27 Memastikan kerja kursus Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi

setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi

tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM

keseluruhan diumumkan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik

sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian

individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus

Ekonomi yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh

calon sebelum sesi pembentangan

(c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan kerja kursus mengikut jadual

yang diberikan oleh guru sekolah swasta

TERHAD

7 TERHAD

(d) Menilai pembentangan calon secara individu

(e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4)

(f) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM dengan

menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan

borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya

seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah

menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM

dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

(h) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus untuk penyelarasan

markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(i) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari

tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens

kerja kursus sahaja)

(j) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan

selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang

tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus

Ekonomi yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali,

iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi

semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja

kursus

(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus

kepada calon

(e) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang

ditetapkan

(f) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon

sebelum sesi pembentangan

(g) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya

kepada calon

(h) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus

(i) Menilai pembentangan calon

(j) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan

menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

TERHAD

8 TERHAD

(k) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan

borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya

seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah

menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM

dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

(l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2), borang rekod

kerja kursus calon (Lampiran 3), dan borang markah kerja kursus calon

(Lampiran 4)

(m) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus untuk penyelarasan

markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(n) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari

tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(o) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan

selepas arikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta

3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan

menjalankan kerja kursus Ekonomi

3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus

Ekonomi

3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan

memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik

darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

Ekonomi

3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh

setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

secara individu

3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi

berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja

kursus Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran

Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar

menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf

penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang

berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi.

TERHAD

9 TERHAD

3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses

data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran

insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat

3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan

penulisan kerja kursus Ekonomi

3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru

Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak

sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah menggunakan

muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada

tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap

tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas

944/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM

3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod

Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan

supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus

3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

dan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.6 Tanggungjawab Calon

3.6.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan

kerja kursus

3.6.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

3.6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,

dan selepas kerja kursus dijalankan

3.6.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

3.6.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

3.6.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan

penulisan kajian luar

3.6.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

pencarian/pengumpulan data/maklumat

3.6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis

penulisan kerja kursus

3.6.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh

pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus calon

TERHAD

10 TERHAD

3.6.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh

yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar

kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus

Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

3.6.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon

sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)

(Lampiran 2)

3.6.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus

Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada

guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi

membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

3.6.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh,

waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.6.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri

dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan

mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan

kerja kursus

3.6.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf

penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang

berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus Ekonomi ini

bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis

Peperiksaan Malaysia

4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus Ekonomi adalah

seperti berikut:

TERHAD

11 TERHAD

Tarikh

Perancangan dan

Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

26 Mei 2014

MPM memuat naik

dokumen berikut

dalam portal MPM

(www.mpm.edu.

my) pada

26 Mei 2014:

(i) Manual kerja

kursus yang

mengandungi

Bahagian I: Guru,

Bahagian II : Calon

dan soalan tugasan

(ii) Kriteria

penilaian dan

pemarkahan

Memuat turun bahan berikut

daripada portal MPM:

(i) Manual kerja kursus yang

mengandungi Bahagian I:

Guru, Bahagian II : Calon dan

soalan tugasan

(ii) Kriteria penilaian dan

pemarkahan

Memperbanyak manual kerja

kursus calon

Menerima manual kerja

kursus calon daripada

guru/pemeriksa

14 Jun

hingga

29 Jun 2014

Taklimat JU kepada

Guru Ekonomi

Tingkatan 6

Menghadiri taklimat tersebut

dan memberikan sepenuh

perhatian semasa taklimat

berlangsung

Tidak Berkenaan

16 Jun

hingga

29 Jun 2014

Pengenalan kerja

kursus dan

penentuan tajuk

kerja kursus

Memberikan taklimat tugasan

kepada calon

Memilih tema dan menetapkan

lokasi kajian

Merancang jadual kerja

Membuat tinjauan awal lokasi

Menghubungi agensi yang

berkaitan

Memohon kebenaran

lawatan/kajian luar daripada

JPN (jika perlu)

Menyediakan surat-menyurat

Mengagihkan calon mengikut

kumpulan

Menyediakan pengangkutan

dan guru pengiring

Menyediakan peralatan dan

instrumen kajian

Mengurus sumber kewangan

Menjelaskan calon tentang

elemen kemahiran manipulatif

dan kemahiran insaniah yang

akan dinilai

Menilai kemahiran insaniah

Menyediakan sumber

kewangan

Mendapatkan kebenaran

ibu bapa/penjaga

Membincangkan jadual

kerja bersama-sama dengan

ahli kumpulan

Mengagihkan kerja dan

membentuk struktur

organisasi kumpulan

Menyediakan kerangka

tugasan

Menyediakan peralatan dan

instrumen seperti borang

soal selidik

Mencari sumber rujukan

seperti sumber primer dan

sekunder

TERHAD

12 TERHAD

Tarikh

Perancangan dan

Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

16 Jun

hingga

27 Jun 2014

Perlaksanaan

kajian di luar bilik

darjah atau

pencarian data

sekunder yang

berkaitan

Membimbing calon

melaksanakan aktiviti di

luar bilik darjah

Membimbing calon untuk

mencari data sekunder

Menilai kemahiran

manipulatif

Menilai kemahiran insaniah

Mengumpul data dan

maklumat melalui

pemerhatian,

pencerapan, pengukuran,

temu bual, dan kaji

selidik

Memperoleh data dan

maklumat dari sumber

sekunder

1 Julai

hingga

25 Julai

2014

Penulisan kerja

kursus setelah

kembali daripada

aktiviti di luar bilik

darjah

Menjelaskan item-item yang

dinilai dalam penulisan

kerja kursus

Membimbing calon menulis

penulisan kerja kursus

mengikut format yang

ditetapkan

Menilai progres/kemajuan

hasil penulisan calon secara

berterusan

Membaiki kelemahan dan

membimbing calon

membuat penambahbaikan

Menetapkan tarikh akhir

penghantaran markah kerja

kursus mengikut arahan

Majlis Peperiksaan

Malaysia

Menilai kemahiran

manipulatif

Menilai kemahiran insaniah

Menyusun dapatan

(data dan maklumat)

mengikut keutamaan dan

struktur tugasan

Memproses, mentafsir,

menganalisis, dan

merumus data dan

maklumat

Mempersembahkan data

dan maklumat dalam

bentuk peta, jadual, graf,

carta, dan lain-lain yang

bersesuaian

Membincangkan dapatan

hasil kajian dan

menghubungkait dengan

teori yang dipelajari

Menulis penulisan kerja

kursus yang lengkap

mengikut format yang

ditetapkan

Menyemak dan membuat

penambahbaikan

penulisan kerja kursus

TERHAD

13 TERHAD

Tarikh

Perancangan dan

Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

4 Ogos

hingga

23

September

2014

Penilaian laporan

kerja kursus

Pembentangan

hasil kerja kursus

oleh semua calon

Pemantauan

kerja kursus oleh

Pegawai mata

pelajaran MPM

dan pengurusan

MPM.

Menerima penulisan kerja

kursus daripada setiap calon

Membuat penilaian dan

pemarkahan bagi setiap calon

mengikut kriteria penilaian

yang ditetapkan oleh MPM

Menilai kemahiran manipulatif

Menilai kemahiran insaniah

Menilai kebolehan dan

keupayaan setiap calon dalam

kemahiran yang diperlukan

Menghantar penulisan

kerja kursus masing-

masing kepada

guru/pemeriksa.

Membentangkan hasil kerja

kursus secara individu

24

September

hingga

24 Oktober

2014

Penyemakan silang markah kerja kursus

Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus ke

Majlis Peperiksaan Malaysia melalui perisian

e-submission

Tidak berkenaan

24

September

hingga

23 Oktober

2014

Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras

Kebangsaan

Tidak berkenaan

15 Oktober

2015

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh

keputusan STPM dikeluarkan)

Tidak berkenaan

5.0 Langkah melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah

5.1 Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal

seperti berikut:

5.1.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan

soalan tugasan

5.1.2 Menentukan kumpulan calon

5.1.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat

kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN)

5.1.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi

5.1.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring

5.1.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah

borang soal selidik

TERHAD

14 TERHAD

5.1.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan,

aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/diberikan soal

selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian

5.2 Semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon menjalankan pemerhatian,

pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan

yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer atau data sekunder

semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah).

5.3 Sekembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan

tugasan berikut:

5.3.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut

keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang

telah dipilih

5.3.2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung

kait antara dapatan yang diperoleh

5.3.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta,

dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai

5.3.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang

diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

5.3.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh

Majlis Peperiksaan Malaysia

5.3.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh

pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi

setiap calon

5.3.7 Penggunaan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) TMK dalam

pembentangan adalah digalakkan

6.0 Kaedah kajian

6.1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber

sekunder

6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: Kaedah

mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual,

pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik

6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: Kaedah

mengumpul, merekod, menyalin, kajian kepustakaan, mengumpul laporan agensi

kerajaan dan swasta serta muat turun sumber daripada Internet

7.0 Peralatan dan kegunaannya

Bagi menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, peralatan/bahan berikut boleh digunakan:

7.1 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian

7.2 Kamera digunakan untuk merakam gambar foto sebagai bukti tempat dan bahan

sokongan kajian

7.3 Alat perakam suara, jika perlu

TERHAD

15 TERHAD

8.0 Format Penulisan

8.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

8.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja

kursus mengikut format yang berikut:

8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat

sahaja

8.2.3 Langkau (spacing): 1.5

8.2.4 Panjang penulisan: Tidak melebihi 25 muka surat, termasuk jadual,

rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak

termasuk lampiran

8.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

8.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil

temu bual, dan lain-lain.

8.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti yang berikut:

8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

8.5.5 Penulisan kerja kursus Ekonomi

8.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam

bentuk bercetak dan berjilid.

9.0 Struktur Penulisan

Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu

dibuat setelah kembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu

hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

9.1 Penghargaan

9.2 Abstrak − Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak

mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian dan hasil kajian.

9.3 Isi kandungan

9.4 Latar belakang kajian – Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan

penjelasan kata kunci

9.5 Penyataan masalah – Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian

perlu/penting dilakukan

9.6 Tujuan/objektif kajian – Menyatakan dua atau lebih objektif.

9.7 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,

pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data

primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan

TERHAD

16 TERHAD

dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta,

seterusnya menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan

9.8 Hasil kajian dan perbincangan – Menjawab persoalan kajian/objektif kajian

secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

9.9 Cadangan – Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah

9.10 Penutup/Rumusan kajian – Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

9.11 Senarai rujukan – Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan

seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan

Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.12 Lampiran – Mesti melebihi dua lampiran yang terdiri daripada borang soal

selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam

teks

10.0 Penskoran

Bil Aspek Pemarkahan Markah penuh

1 Tajuk kajian dan abstrak 2

2 Pengenalan: Latar belakang kajian 3

3 Penyataan masalah 2

4 Tujuan/objektif kajian 2

5 Kaedah kajian 4

6 Hasil kajian dan perbincangan 20

7 Cadangan 4

8 Penutup/rumusan kajian 2

9 Senarai rujukan 2

10 Lampiran 1

11 Kemahiran manipulatif 3

12 Kemahiran insaniah 5

13 Pembentangan 10

JUMLAH MARKAH 60

TERHAD

17 TERHAD

10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu)

No Perkara Markah Markah Penuh

1

Kerelevanan

- Apa yang dibentangkan oleh pelajar sama

atau tidak dengan yang dihasilkan oleh

pelajar dalam penulisan kerja kursus.

2

10

2

Kreativiti

- Calon menggunakan alat bantuan, seperti

OHP, manila kad, flash kad, “power

point”

2

3

Keterampilan

- Keyakinan calon semasa sesi

pembentangan

- Pakaian yang sesuai

- Sahsiah diri

2

4

Kebahasaan

- Calon menggunakan istilah ekonomi

semasa pembentangan

2

5

Soal jawab

- Calon respons terhadap soalan guru

2

TERHAD

18 TERHAD

11.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

11.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja

kursus

11.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

11.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan

selepas kerja kursus dijalankan

11.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

11.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

11.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan

kerja kursus

11.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

pencarian/pengumpulan data/maklumat

11.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan

kerja kursus

11.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM

(Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus calon

11.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang

telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus

pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan

calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil

kertas 944/4

11.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri

dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

11.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon

(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru

Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi

membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

11.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu,

dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

11.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan

cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber

maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

11.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan

yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan

kerja kursus Ekonomi

BAHAGIAN II : CALON

TERHAD

19 TERHAD

12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

12.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja

kursus

12.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan

selepas kerja kursus dijalankan

12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

12.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan

kerja kursus

12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

pencarian/pengumpulan data/maklumat

12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan

kerja kursus

12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM

(Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus calon

12.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang

telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus

pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan

calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil

kertas 944/4

12.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri

dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon

(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru

Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi

membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

12.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu,

dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

12.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan

cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber

maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan

yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan

kerja kursus Ekonomi

TERHAD

20 TERHAD

13.0 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

13.1 Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

13.2 Mengikuti penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan kerja kursus

13.3 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan pemeriksa

berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

13.4 Merancang jadual kerja

13.5 Menyediakan kerja kursus secara individu berdasarkan tajuk yang dipilih dan

mengikut format yang ditetapkan oleh MPM

13.6 Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat

atau institusi, jika ada

13.7 Menghantar kerja kursus (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa

mengikut tarikh yang ditetapkan

13.8 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu,

dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa

TERHAD

21 TERHAD

14.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti Tindakan Calon

26 Mei

2014

MPM memuat naik bahan berikut

dalam portal MPM

(www.mpm.edu. my) pada

26 Mei 2014:

(i) Manual PBS yang

mengandungi Bahagian I : Guru,

Bahagian II : Calon, dan soalan

tugasan

(ii) Kriteria penilaian dan

pemarkahan

Menerima manual kerja kursus calon

daripada guru/pemeriksa

16 Jun

hingga

29 Jun 2014

Pengenalan kerja kursus dan

penentuan tajuk kerja kursus

Menyediakan sumber kewangan

Mendapatkan kebenaran ibu

bapa/penjaga

Membincangkan jadual kerja

bersama-sama dengan ahli kumpulan

Mengagihkan kerja dan membentuk

struktur organisasi kumpulan

Menyediakan kerangka tugasan

Menyediakan peralatan dan instrumen

seperti borang soal selidik

Mencari sumber rujukan seperti

sumber primer dan sekunder

16 Jun

hingga

27 Jun 2014

Perlaksanaan kajian di luar bilik

darjah atau pencarian data

sekunder yang berkaitan

Mengumpul data dan maklumat

melalui pemerhatian, pencerapan,

pengukuran, temu bual, dan kaji

selidik

Memperoleh data dan maklumat dari

sumber sekunder

TERHAD

22 TERHAD

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti Tindakan Calon

1 Julai

hingga

25 Julai

2014

Penulisan kerja kursus setelah

kembali daripada aktiviti di luar

bilik darjah

Menyusun dapatan (data dan

maklumat) mengikut keutamaan dan

struktur tugasan

Memproses, mentafsir, menganalisis,

dan merumus data dan maklumat

Mempersembahkan data dan

maklumat dalam bentuk peta, jadual,

graf, carta, dan lain-lain yang

bersesuaian

Membincangkan dapatan hasil kajian

dan menghubungkait dengan teori

yang dipelajari

Menulis penulisan kajian luar yang

lengkap mengikut format yang

ditetapkan

Menyemak dan membuat

penambahbaikan penulisan kajian

luar

4 Ogos

hingga

23

September

2014

Penilaian laporan kerja kursus

Pembentangan kerja kursus

oleh semua calon

Menghantar penulisan kerja kursus

masing-masing kepada

guru/pemeriksa

Membentangkan hasil kerja kursus

secara individu

15.0 Format Penulisan

15.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

15.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja

kursus mengikut format berikut:

15.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

15.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat

sahaja

15.2.3 Langkau (spacing): 1.5

15.2.4 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah,

graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk

lampiran

15.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

15.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil

temu bual, dan lain-lain.

15.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:

15.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

TERHAD

23 TERHAD

15.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

15.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

15.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)

15.5.5 Penulisan kerja kursus Ekonomi

15.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam

bentuk bercetak dan berjilid.

16.0 Struktur Penulisan

Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu

dibuat setelah kembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu

hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

16.1 Penghargaan

16.2 Abstrak − Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah

mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian dan hasil kajian.

16.3 Isi kandungan

16.4 Latar belakang kajian – Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan

penjelasan kata kunci

16.5 Penyataan masalah – Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian

perlu/penting dilakukan

16.6 Tujuan/objektif kajian – Menyatakan dua atau lebih objektif.

16.7 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,

pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data

primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan

dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

Seterusnya menjelaskan tentang kaedah analisis data yang digunakan

16.8 Hasil kajian dan perbincangan – Menjawab persoalan kajian/objektif kajian

secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

16.9 Cadangan – Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah

16.10 Penutup/Rumusan kajian – Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

16.11 Senarai rujukan – Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan

seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan

Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16.12 Lampiran – Mesti melebihi dua lampiran. Borang soal selidik, foto, maklumat-

maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

TERHAD

24 TERHAD

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN

GURU

TARIKH

MARKAH

TERHAD

25 TERHAD

Lampiran 2

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon,

dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon

menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang

markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat Kerja Kursus Calon

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja

kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau

membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau

calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus

Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh

pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah.

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi

yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa

sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru

Nama Guru

Tarikh

Alamat

TERHAD

26 TERHAD

Lampiran 3

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………

Tarikh

Aktiviti

Aktiviti dalam

Penghasilan

Kerja Kursus

(Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan

Calon

Tandatangan

Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru EKONOMI

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam

penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2014 mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………………..………………………………

Nama Guru: ……….……………………………………………….

Tarikh : …………………............................................................

Cop Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan

pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada

guru untuk dinilai.

TERHAD

27 TERHAD

Lampiran 4

BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014

EKONOMI 944/4

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ……………………………...... Angka Giliran ………………………………

No. Kad Pengenalan : ……………………………...

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Bil Kriteria Penilaian Markah Markah Guru atau

Pemeriksa

Markah

Penyelaras

A. Kerja Kursus

1 Tajuk/Abstrak 2

2 Latar belakang kajian 3

3 Penyataan masalah 2

4 Tujuan/objektif kajian 2

5 Kaedah kajian 4

6 Hasil kajian dan perbincangan 20

7 Cadangan 4

8 Penutup/rumusan 2

9 Senarai rujukan 2

10 Lampiran 1

11 Kemahiran manipulatif 3

12 Kemahiran insaniah 5

B. Pembentangan

1 Kerelevanan 2

2 Soal jawab 2

3 Kebahasaan 2

4 Kreativiti 2

5 Keterampilan 2

JUMLAH 60

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah

dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan

Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………

Nama : ………………………………………… Nama : ………………………………………

No. Kad Pengenalan : ………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………

Tarikh : ……………………………………….. Tarikh : ……………………………………..

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ……………………….

No. Telefon (sekolah) : ……………………

(bimbit) : …………………….

Nota: Salinan Borang Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan

Malaysia (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari)

TERHAD

28 TERHAD

TERHAD

29 TERHAD

Jawab satu soalan sahaja.

Tema 1

Imbangan akaun semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 [60]

Tema 2

Perusahaan Kecil dan Sederhana di kawasan anda [60]