Upload
jennythian
View
241
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
u
Citation preview
1. Bagai ayam disambat helang Maksud: Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.
2. Bagai minyak dengan airMaksud: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.
3. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud: Sangat sedih.
4. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Maksud: Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
5. Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung Maksud: Mematuhi peraturan di tempat yang didiami.
6. Seperti api dalam sekam Maksud: Sesuatu yang berlaku diam-diam.
7. Sediakan paying sebelum hujanMaksud: Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
8. Bagai kacang lupakan kulitMaksud: Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan.
9. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnyaMaksud: Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi.