23
PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN . Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya. Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara- negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan- rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan. Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah. Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya dari usaha gigih Malaysia,

Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

  • Upload
    tasmira

  • View
    5.693

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k3

Citation preview

Page 1: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN.

Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya  adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.

Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.

Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah.

Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya  dari usaha gigih Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta Malaysia membayar pampas an kepada  Filipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat

Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro.  Hubungan ini perlu dipulihkan  adalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu Filipina.

Page 2: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain.  Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaran  persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun  1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancam  oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.

Tindakan Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, perjanjian AMDA ditandatangani  sebagai tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan antikomunis  kepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa:

Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika Syarikat  di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya lebih berorientasikan kepada aspek-aspek  ekonomi. Pada masa yang sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak , kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun. Evolusi dasar luar Malaysia ini menunjukkan bahawa keempat-empat Perdana Menteri telah memberikan respon yang bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi. [7]

Contoh dasar luar yang banyak membantu  dalam mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan kuasa-kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh Malaysia dan diumumkan pada dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi Kuala Lumpur. Objektif  ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai mana-mana pihak. Ia juga bertujuan

Page 3: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan kestabilan penduduk di Asia  Tenggara.

Langkah untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua strategi iaitu pakatan tentera yang dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara bagi menentang pencerobohan serta strategi diplomatik. Ini adalah kerana kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia masih lagi mempunyai  kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik, politik demi untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah sukar bagi kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang menghubungkan laluan laut Timur-Barat. Di samping itu juga, kawasan juga merupakan  sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran yang menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh semua negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat persaingan tenaga nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat hal ini telah menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa nuklear agar memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.[8]

Kesimpulannya, Malaysia mengalami banyak faedah dengan menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ ini. Kesan daripada dasar ini adalah Melaysia mempunyai banyak sahabat baru di dunia ini kerana tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa.[9]  Namun demikian, setelah hampir 20 tahun berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan negara-negara ASEAN  yang lain tidak merasakan kepentingannya. Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN  itu sesbagai sesuatu yang mendesak.  Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula menyediakan kemudhan  perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau Asia Tenggara.  Hal ini terjadi akibat tiadanya kepentingan nasional masing-masing. Lantas negara ini  berpura-pura memberikan sokongan walaupun disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang.

Di samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan diplomatic dalam mewujudkan kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara tahun 1972 hingga 1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara komunis seperti Republik Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik di Vietnam Selatan dan Kampuchea digulingkan dan digantikan dengan rejim komunis. Namun begitu kedua-dua kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang bersikap berkecuali.[10]

Di samping itu juga , Malaysia berusaha mencari sahabat-sahabat baru tanpa mengira ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik peringkat kedutaan atau konsol dengan hampir seluruh negara di dunia termasuk negara komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974, Malaysia  telah menempa sejarah apabila membuat hubungan  diplomatik dengan Republik Rakyat China iaitu negara blok komunis yang terbesar. [11] Hubungan diplomatik ini perlu untuk mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak campurtangan dalam urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Hasil daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan Kerajaan China dan menyokong usaha ASEAN mengenai isu di Kampuchea.[12]

Dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik  ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia. Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah.  Oleh yang demikian, jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh Malaysia berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan diplomatic dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik

Page 4: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

mereka dengan syarat mereka mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:

“…kita hendaklah menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaik-baik dengan negara komunis dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan menentang penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza.”[13]

Peranan dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu kepada hubungan diplomasi tetapi juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur. Pihak yang terlibat harus bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau idea masing-masing.[14]Sikap bertolak-ansur dan atas perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian Vietnam yang telah mendarat di wilayah Malaysia terutamanya  di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei 1978, Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang haram dari Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai 19 200 orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh terutamanya dari segi keselamatan.

Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menutup khemah pelarian yang terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua pendatang atau pelarian ini tidak dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di Malaysia. Justeru untuk menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu persidangan di Geneva pada tahun 1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia diminta memberikan perlindungan sementara kepada pelarianVietnam di mana kewangan an makanan di bawah tanggungan UNHCR.

Sehubungan dengan itu , satu pasukan petugas telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini  adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut kerajaan Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan tentera udara akan membuat tinjauan  udara di Laut China Selatan dan akan memaklumkan kepada pasukan  tentera laut yang meronda perairan Malaysia. Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata api yang boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga memberikan kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini.

Di samping itu juga, dari segi kebajikan sosial pelarian Vietnam  ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan. Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan Palang Merah Switzerland. Selain  daripada itu, Persatuan Bulan Sabit ini juga mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social, pendidikan serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara pelarian ini.[15]

Walaubagaimanapun, Malaysia tidak boleh meyelesaikan maslah ini sendirian dan telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelarian ini. Ini terbukti dalam mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN yang diadakan di Bangkok. Hal ini kemudiannya dibawa ke International Conference on Indochinese Refugee (ICIR) yang diadakan di Geneva di bawah anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan kesungguhan ini dapat dilihat apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Ghaffar Baba telah melawat Vietnam pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh persetujuan kerajaan itu untuk menrima kembali orang pelariannya.[16] Melalui usaha Malaysia seramai 237, 907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara

Page 5: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

ketiga sejak tahun 1975 hingga 1990. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada pelarian Vietnam ini. Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan memastikan keselamatan negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang berbangsa Cina memandagkan pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama.

Selain daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang perantaraan dalam isu di Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah atau pihak ketiga dalam proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai segala kepakaran serta pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti supaya tidak timbul kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah dilakukan oleh Malaysia dalam menangani pergolakan politik di Kemboja.

Setelah kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan Putra Norodom Sihanouk, negara itu terus mengalami masalah politik di mana rampasan kuasa sering berlaku silih berganti. Malahan negara ini mendapat bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan kepakaran tentera daipada Amerika Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula mendapat bantuan dari China iaitu dari segi sokongan kepada gerila komunis. Pengaruh Amerika Syarikat itu kemudiannya tamat apabila  Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge. Pemerintahan Polpot adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan kepada sebarang penentangan kerajaan.Sepanjang pemerintahan rejim Pol pot , rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan  akibat kawalan ketat oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah terlibat dalam kancah perang saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat peperangan,  wabak penyakiy dan kekurangan makanan.  Berasaskan sumber diplomatik  tidak rasmi  sehingga akhir tahun 1975, jumlah kematian yang dicatitkan seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan Amerika Syarikat melaporkan  1.2 juta rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran, pembunuhan dan peperangan.[17]

Namun begitu usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu Samphan dan kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat campurtangan mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil.

Kemudian isu wakil Kampuchea di Pertabuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu wakil Rejim Hang Samrin yang telah mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula timbul. Rejim ini mendapat sokogan Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN pula berusaha untuk mengekalkan wakil pimpinan Polpot dan telah dipersetujui oleh banyak negara di dunia. Malaysia telah menjadi orang perantaraan dengan dibantu oleh negara-negara ASEAN mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang tersbeut supaya bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di Kampuchea.

Di bawah formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan berkongsi kuasa samarata dalam pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar seorang perutusan khas menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani perjanjian. Pada 13 Jun 1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan campuran telah dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur.Menurut persetujuan ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom Sihanouk, Naib Presiden Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera itu portfolio hal-ehwal luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas membuktikan peranan dan penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk mewujudkan kestabilan di rantau ini.

Page 6: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ketika mengulas persetujuan ini berkata,

Kerjasama dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini dapat bergabung tenaga dalam mengusir keluar dan membebaskan negara mereka daripada tentera Vietnam. Malaysia bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk menangani pertikaian yang berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar sehingga ke Malaysia. Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan Malaysia tidak akan terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah belah dan berbagai haluan.

Malaysia begitu bijak dalam menangani permasalahan politik yang berlaku sekiranya Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam menjalankan sebarang tindakan. Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi konflik yang wujud . Objektif perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada bulan April 1975, Vietnam Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara. Kemenangan Khmer Rouge dan Barisan  Pembebasan  Kebangsaan di Vietnam telah mewujudkan teori domino yang membimbangkan negara bukan komunis di Asia Tenggara. Tambahan pula Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar di Asia Tenggara dan sebuah gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap yang telah dirampas oleh Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para pejuang yang handal dan berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam akan mempercepatkan pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh itu, ASEAN khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan menanganinya dengan perdamaian.

Pendekatan ini dimulakan dengan pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975 untuk mengeratkan perhubungan den persahabatan yang harmoni dengan negara-negara Indochina. Menurut Tun Razak, ini adalah satu peluang yang baik untuk mewujudkan satu dunia baru yang aman dan bebas dari penaklukan dan pengaruh luar serta bekerjasama bagi kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan tahun 1978, Vietnam enggan mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau. Penolakan ini adalah berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan Amerika di Vietnam secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975. Vietnam bimbang ASEAN sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian Vietnam menunjukkan kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah tertarik dengan aktiviti ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila pada 21 Julai 1992, Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut serta dalam kerjasama bersama ASEAN.

Kesimpulannya, peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina , isu pelarian Vietnam, Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan serantau melalui kerjasama tidak terhenti setakat isu-isu yang dibincangkan, malahan beberapa isu yang lain.

Kesimpulan:

            Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dn

Page 7: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya  mereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya.

            Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

            Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya  adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

Usaha memperkukuhkan Hubungan Serantau BHPerkembangan ke peringkat serantau tingkat perdagangan 

SEKTOR kewangan Malaysia akan dikembangkan ke peringkat serantau dan dihubungkan ke peringkat antarabangsa di bawah Pelan Sektor Kewangan 2011-2020. Bank Negara Malaysia dalam laporan pelan bagi tempoh 10 tahun itu berkata, hubungan rentas sempadan lebih kukuh akan meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan dengan mengembangkan pasaran bagi memenuhi permintaan yang muktamad, dengan meningkatkan pengumpulan modal dan menambah baik faktor produktiviti. 

“Hubungan rentas sempadan sedemikian akan turut meningkatkan peluang Malaysia dan rantau ini untuk mengambil kesempatan daripada kelebihan perbandingan yang pelbagai di rantau ini,” kata bank pusat itu. 

Bank Negara berkata, Malaysia akan melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan hubungan sektor kewangan dengan ekonomi baru muncul yang lain bagi menyokong saling pengukuhan pertumbuhan. 

Hubungan lebih kukuh dengan ekonomi serantau dan antarabangsa adalah asas utama dalam peralihan Malaysia ke arah ekonomi bernilai tambah dan berpendapatan tinggi, katanya. 

Sementara itu, hubungan antarabangsa akan turut diperkukuhkan melalui pertumbuhan

Page 8: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

berterusan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) Labuan. Sehingga akhir 2010, aset seberang laut keseluruhan dan sumbangan keuntungan sebelum cukai seberang laut kumpulan perbankan Malaysia masing-masing ialah RM240.2 bilion dan 13.6 peratus berbanding RM3.3 bilion dan -4.3 peratus pada 2002. 

Di bawah pelan itu, Malaysia akan menggalakkan penyertaan asing yang lebih meluas dalam sektor kewangan mengikut pendekatan strategik dan terurus bagi menjadikan sektor kewangan dipelbagaikan dan bersepadu. 

Antara inisiatif utama di bawah strategi itu termasuk menerbitkan lesen baru kepada institusi kewangan yang mempunyai kepakaran khusus bagi menyokong aktiviti ekonomi bernilai tambah Malaysia yang tinggi, memberi perkhidmatan kepada kawasan pertumbuhan baharu, menggalakkan pembangunan pasaran kewangan dan menyumbang ke arah peningkatan pembangunan bakat mahir di Malaysia. 

Strategi lain termasuk inisiatif kolektif lebih maju yang menyokong integrasi ekonomi serantau di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN dan pewujudan wadah hubungan pelabur sektor kewangan yang akan menjadi satu titik tunggal antara muka yang komprehensif dan cekap.

Cabaran Yang dihadapi dalam Hubungan serantau

Cabaran ASEANEkonomiPengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.

SosialNegara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.

PolitikPerubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.

Sejarah~Kerjasama Serantau~1.0 Pengenalan

Kerjasama serantau merupakan usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Malah, pertubuhan kerjasama serantau selepas Perang Dunia Kedua bermula

Page 9: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

dengan pertubuhan pertahanan yang dilihat terpenting dalam suasana Perang Dingin. Walaubagaimanapun, wujudnya beberapa jenis kerjasama serantau yang berkembang pada era Perang Dingin iaitu alliance, alignment, non-alignment dan regionalism ataupun dikenali sebagai kerjasama serantau.Dalam erti kata yang lain, kerjasama serantau adalah konsep politik antarabangsa yang melibatkan kerjasama ataupun alignment antara negara yang berkedudukan geografi yang dekat antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama dalam bidang keketenteraan sebaliknya kerjasama yang lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik antarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah rantau.

2.0 KERJASAMA SERANTAU DI ASIA TENGGARA

Kerjasama serantau di Asia Tenggara bermula pada tahun 1954 iaitu Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) yang ditubuhkan atas usaha AS. SEATO dianggotai oleh Thailand dan Filipina. Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. Selepas tahun 1960 an, kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada tahun 1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) pada tahun 1967. 

Jika kita perhatikan, penubuhan ASA adalah disertai dengan Perisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961. Malah, tujuan ASA adalah menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk perundingan serta ingin menjadikan ASA sebagai sebuah pertubuhan bebas yang tidak terikat kepada mana-mana blok kuasa. Sungguhpun begitu, ASA tidak mempunyai tujuan politik tetapi hasrat yang tersirat menunjukkan arah politik dan keselamatan. Hal ini jelas dilihat, dengan keadaan ekonomi yang lebih terjamin akan mengurangkan berkembangnya pengaruh fahaman komunis. 

Selepas kegagalan ASA untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan negara Asia Tenggara, MAPHILINDO telah ditubuhkan bagi menggantikan ASA. Tujuan penubuhan MAPHILINDO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara melalui hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara melalui konsep penyatuan rumpun Melayu. Walaubagaimanapun, penubuhan MAPHILINDO yang sebenarnya adalah untuk menyelesaikan masalah pembentukan Malaysia yang di cadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan memelihara hubungan baik Malaysia dengan Filipina dan Indonesia yang terjejas oleh idea pembentukan Malaysia. Perundingan yang kerap di semua peringkat diadakan di antara ketiga-tiga negara berdasarkan persetujuan memelihara perhubungan persaudaraan. Namun begitu, MAPHILINDO mengalami nasib yang sama dengan ASA apabila Indonesia melancarkan Konfrontasi ke atas Malaysia pada 17 September 1963 sehingga gagal mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara. 

Selepas berakhirnya Konfrontasi, ASEAN telah ditubuhkan semasa Deklarasi Bangkok 1967 yang telah membuka lembaran baru dalam kerjasama serantau di Asia Tenggara. Malah, matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan perkembangan budaya serantau. Peryertaan dalam ASEAN diperluaskan kepada negara Asia Tenggara yang lain seperti Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984 dan Vietnam tahun 1995. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa, ASEAN merupakan negara kerjasama serantau yang berjaya dan berkesan dalam mewujudkan hubungan baik antara negara anggota sehinggakan rantau Asia Tenggara menjadi aman damai dan stabil. Kejayaan ini disebabkan oleh ASEAN mengamalkan dasar hidup bersama secara aman yakni setiap negara di rantau ini mestilah menghormati kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara dan tidak boleh mencampuri urusan negara ASEAN yang lain. 

Page 10: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KERJASAMA SERANTAU DALAM SOSIAL

3.1 KEKUATAN

3.1.1 Kerjasama Dalam Pendidikan

Melalui kerjasama serantau yang dilakukan antara negara ini, setiap negara dapat bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan. Ini dapat dilihat melalui program-program yang dilakukan oleh ASA ketika ianya masih berfungsi. Antara program yang dilakukan adalah pertukaran tenaga pengajar antara ahli anggota. Pertukaran tenaga pengajar di antara universiti contohnya, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dengan Universiti Filipina pada tahun 1965. ASA juga bercadang mengadakan kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama dan mepertingkatkan pengajian tentang Asia Tenggara.Disebabkan ASA telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu, namun, kerjasama dalam pendidikan ini tidak terhenti disini. Malah, dalam ASEAN juga, negara ahli ligat melakukan kerjasama dalam pendidikan sehingga tertubuhnya Southeast Asian Ministers Of Education Organization (SEAMEO). SEAMEO ditubuhkan pada bukan November 1965 di Bangkok dan piagamnya ditandatangani pada Februari 1968. Selain itu, Indonesia juga pernah menghantar 17 orang pensyarah bagi sesi pertama UKM yang dibuka pada 1970. Selain dapat mengeratkan perhubungan antara negara, ianya dapat menambahkan input-input yang berguna terutamanya dalam pendidikan. Peri pentingnya sumbangan Indonesia dalam perlaksanaan UKM dan dasar pelajaran kebangsaan dinyatakan oleh dua tokoh nasionalis melayu, iaitu Datuk Professor Zainal Abidin Wahid dan Datuk Abdul Rahman Yaakub. Kerjasama ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta persefahaman dan membantu pendidik agar mereka dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan kemasyarakatan di negara masing-masing.

3.1.2 Kerjasama Dalam Kebudayaan

Kerjasama dalam kebudayaan dimulai dalam penubuhan ASA. Disebabkan Negara anggota ASA merupakan negara yang hampir sama ataupun serumpun, maka, kerjasama dalam bidang kebudayaan penting supaya negara anggota dapat memahami kebudayaan masing-masing dan secara tidak langsung mampu untuk meningkatkan tahap kepercayaan antara negara anggota.

Kerjasama dalm kebudayaan ini diteruskan dalam SEAMEO. Walaupun SEAMEO merupakan pertubuhan yang lebih cenderung dalam bidang pendidikan, namun, tujuan utama penubuhannya adalah menggalakkan kerjasama dalam kalangan Negara Asia Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Antara contoh kerjasama dalam bidang kebudayaan ini adalah pesta filem dan pertunjukan kebudayaan ASEAN. 

3.1.3 Mengatasi Isu Pelarian

Peperangan saudara di Kampuchea ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Isu pelarian perang Kampuchea memberi masalah kepada negara Asia Tenggara seperti Thailand yang menerima hampir 17,000 pelarian Kampuchea setiap bulan pada tahun 1979 . Selain Thailand, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah pelarian ini. Menjelang 1988 pula, seramai 13 000 orang pelarian Vietnam ditempatkan di kem pelarian sementara di Sungai Besi dan Pulau Bidong di Terengganu. Selain itu, isu pelarian ini juga menyumbang kepada dampak kemerosotan hubungan negara ASEAN dengan Vietnam. Isu pelarian perang ini telah menyebabkan rantau Asia Tenggara menjadi tidak aman, iaitu kehadiran mereka ini menyebabkan masalah sosial dan penyakit serta membebankan negara Asia Tenggara yang terpaksa menyediakan bekalan makanan dan ubatan bagi pelarian perang yang datang ke negara mereka dan menyebabkan kesukaran menampung mereka. Bagi mengatasi masalah

Page 11: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

pelarian ini, ASEAN berpendapat keamanan negara Kampuchea perlu dikembalikan. Oleh itu, ASEAN telah menyusun beberapa strategi untuk mengatasi masalah tersebut seperti meminta kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang pelarian (United Nations High Commision for Refugees- UNHCR). Selepas itu, ASEAN telah memujuk Vietnam menerima rancangan Perpindahan Secara Teratur dan memujuk pelarian Vietnam supaya pulang ke negara asal mereka. Usaha untuk mencari negara ketiga bagi pelarian Vietnam sebagai penempatan baru. Malaysia berjaya mendapat sokongan Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Belgium, Britain, Jerman Barat, Kanada, Norway, Perancis dan Sweden untuk menerima pelarian Vietnam yang layak.

3.2 KELEMAHAN

3.2.1 Tidak Mampu Mewujudkan Perpaduan.

Walaupun kerjasama serantau ini adalah berdasarkan rumpun yang sama, namun, ianya masih tidak mampu untuk mewujudkan perpaduan antara negara anggota. Contohnya, ketika berlakunya konfrontasi Indonesia dan Malaysia, walaupun terdapatnya pertubuhan ASA yang menjadi tunjang kepada kerjasama serantau pada ketika itu, ianya tidak menjadi halangan bagi Indonesia untuk menjalankan penentangan kepada rancangan penubuhan Malaysia. Begitu juga tuntutan Filipina terhadap Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, walaupun matlamat kerjasama ini adalah untuk mewujudkan perpaduan antara negara anggota, namun, kepincangan perpaduan yang berlaku menunjukkan kerjasama ini adalah di atas nama perpaduan semata-mata dan program-program penyemaian perpaduan adalah pada tahap yang terlalu sedikit.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KERJASAMA SERANTAU DALAM POLITIK

4.1 KEKUATAN

4.1.1 Menggelakkan Campur Tangan Kuasa Asing

Menggelakkan campur tangan kuasa asing dalam urusan Asia Tenggara amat penting bagi menggelakkan rantau Asia Tenggara menjadi tempat dalam mengembangkan pengaruh dan kuasa besar dunia seperti Soviet Union dan AS yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan serta kedaulatan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Peranan kerjasama serantau dalam menggelakkan campur tangan kuasa asing di rantau Asia Tenggara bermula dengan penubuhan ASEAN pada tahun 1967. ASEAN ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan negara-negara anggota dan menggelakkan campur tangan kuasa asing di Asia Tenggara seterusnya mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau ini. Kemampuan ASEAN menggelakkan campur tangan kuasa asing di Asia Tenggara dapat dilihat melalui prinsip asas berkecuali yang diamalkan oleh negara-negara anggota ASEAN. Melalui konsep ini, kuasa asing terutamanya kuasa-kuasa besar mesti keluar dari rantau ini. Konsep ini telah diperkukuhkan lagi melalui pengisytiharan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) pada tahun 1971 yang menjadi rantau Asia Tenggara bagi kawasan bebas dari sebarang kuasa dunia. 

4.1.2 Kejayaan dalam Menangani Isu Kampuchea

Penyelesaian isu Kampuchea telah membuktikan kejayaan dalam kerjasama serantau yang mampu membentuk suasana aman damai di Asia Tenggara. Isu Kampuchea bermula dengan serangan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Dalam serangan tersebut, Vietnam berjaya mengulingkan pemerintahan Kampuchea yang dikuasai oleh Khmer Rouge atau Demokratik Kampuchea (DK). Kerajaan Vietnam telah mendirikan kerajaan boneka di Phnom Penh iaitu Rejim Heng Samrin pada Januari 1979 bagi menggantikan kerajaan Khmer Rouge. Walaubagaimanapun, isu Kampuchea bertambah serius apabila berlaku perang saudara antara Rejim Khmer Rouge dengan Rejim Heng Samrin di Phnom Penh bagi merampas semula tampuk

Page 12: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

pemerintahan Kampuchea. Perang saudara ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang.

Namun, negara ASEAN telah bertindak dengan segera dalam memainkan peranan penting bagi mengatasi konflik Kampuchea yang telah menganggu kestabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara. ASEAN telah mengutuk serangan Vietnam ke atas Kampuchea kerana serangan tersebut bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh ASEAN iaitu konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Mengikut konsep ini seluruh kawasan Asia Tenggara merupakan kawasan aman, bebas dan berkecuali dan mana-mana negara Asia Tenggara tidak boleh menyerang atau mencampuri urusan negara Asia Tenggara. Bagi mengatasi masalah ini, ASEAN telah membawa Konflik Kampuchea ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Bangkok pada Januari 1979. Dalam mesyuarat ini, ASEAN juga bersetuju untuk meminta bantuan dari PBB bagi mengatasi konflik Kampuchea yang menganggu keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara. Akhirnya konflik Kampuchea berjaya diselesaikan secara aman pada tahun 1982 melalui penubuhan kerajaan campuran di Kampuchea. Kemampuan ASEAN menyelesaikan konflik Kampuchea dengan cara perbincangan dan tekanan serta menggelakkan menggunakan ketenteraan menyebabkan rantau Asia Tenggara kembali menjadi aman damai semula.

4.1.3 Penyelesaian Konflik di Asia Tenggara Secara Aman

Permasalahan isu ini diselesaikan tanpa melibatkan peperangan tetapi diselesaikan melalui meja rundingan. Malah, negara yang berhak dalam menyelesaikan masalah ini adalah satu-satunya negara yang ditubuhkan dalam menyelesaikan masalah bantahan Indonesia dan Filipina terhadap cadangan pembentukan Malaysia. Negara yang dimaksudkan ialah MAPHILINDO yang ditubuhkan oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia pada Julai 1963.

Melalui MAPHILINDO, ketiga-tiga negara bersetuju untuk duduk semeja bagi berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi konflik pembentukan Malaysia. Hasilnya, ketiga-tiga negara sepakat untuk menyelesaikan masalah ini secara aman dengan bantuan PBB dengan meminta PBB menjalankan pungutan suara penduduk Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Malaysia. 

Selain itu, Kerajaan junta Myanmar menjadi tumpuan dunia ekoran pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi serta penahanan Aung San Suu Kyi. Aung San Suu Kyi ditahan kerana beliau merupakan anak kepada Bogyoke iaitu Major Jeneral Aung San. Akibat daripada itu, ASEAN telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini, namun Myanmar ternyata tidak begitu berminat dengan penglibatan ASEAN dalam menangani isu tersebut. Malah, Myanmar telah menjemput Setiausaha Rendah Hal Ehwal Politik PBB, Ibrahim Gambari untuk ke Yangoon. Sedangkan, semasa ASEAN menghantar wakil, mereka tidak berkesempatan untuk bertemu dengan pemimpin Myanmar. Walaubagaimanapun, ASEAN tidak menganggap bahawa situasi ini adalah tamparan bagi mereka malah menganggap pembabitan PBB adalah langkah terbaik dalam mengendalikan isu berhubung Myanmar memandangkan ASEAN amat mematuhi dan menggalakkan dasar tidak campur tangan.

Syed Hamid selaku wakil Menteri Luar ASEAN telah mengulangi pendirian ASEAN bahawa tidak akan meminggirkan Myanmar sebaliknya akan terus mengekalkan kedudukan Myanmar dalam ASEAN kerana berminat dengan kebajikan rakyat Myanmar. Walaubagaimanapun, ASEAN tetap dengan pendirian mereka iaitu meminta Myanmar mempercepatkan proses pembaharuan demokrasinya secepat mungkin dan menggesa pembebasan tahanan politiknya. Tambahan pula, ASEAN turut berpendirian bahawa besar kemungkinan isu Myanmar dapat diselesaikan melalui rundingan dan tolak-ansur. 

4.2 KELEMAHAN

Page 13: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

4.2.1 Gagal Untuk Mewujudkan Kesepakatan Dalam Kalangan Anggota

Kegagalan ini dilihat dalam penubuhan ASA. Ini kerana, walaupun matlamatnya adalah untuk mewujudkan keamanan, namun, kesepakatan antara negara angggota adalah kurang. Ini ditunjukkan dengan konfrontasi Indonesia – Malaysia. Selain itu, selepas kewujudan ASEAN, kesepakatan antara negara juga masih lagi kurang. Ini dapat dilihat apabila dalam konsep ZOPFAN, terdapat juga negara anggota yang tidak bersetuju dengan konsep tersebut terutamanya Vietnam. Ini kerana, Vietnam Utara memberikan reaksi yang agak negatif terhadap gagasan ZOPFAN dan mengemukakan konsep ZOGIPAN (Zone Of Genuine Independence, Peace And Neutrality). 

Perkara ini dinyatakan oleh wakil Vietnam Utara iaitu Nguyen Thanh Le pada 20 januari 1972 dalam sidang akhbar di Paris bahawa Vietnam Utara mahukan kawasan yang benar-benar berkecuali di rantau ini. Penegasan ini diulangi lagi oleh wakil Vietnam Utara di Kuala Lumpur pada November 1972 ketika diminta mengulas mengenai pengecualian Asia Tenggara. Ulasan tersebut antara lain berbunyi “ apa yang kita mahu adalah menubuhkan kawasan berkecuali yang tulen, aman, bebas dan berkecuali meliputi negara-negara di rantau ini” (Utusan Malaysia: 1972:8).

Selain Vietnam Utara, Laos juga secara terang-terangan turut menentang ZOPFAN dan pendirian ini ditegaskan melalui wakli mereka yang mendakwa pengistiharan tersebut lebih bertujuan untuk mengaburi mata dunia terhadap tindakan Amerika Syarikat dalam konflik di Indochina khususnya Vietnam, Laos dan Kemboja serta mengalihkan perhatian dunia daripada perkara tersebut kepada tindak tanduk ASEAN. Oleh itu, daripada contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa walaupun konsep yang diamalkan adalah di atas tiket ASEAN, namun, kesepakatan dalam penubuhan konsep adalah dalam keadaan yang sangat mendukacitakan.

4.2.2 Kegagalan Mencari Penyelesaian.Namun, ASEAN juga gagal mencari penyelesaian bagi konflik Kepulauan. Antaranya perebutan kepulauan Spratly. Ini kerana semua negara ASEAN berminat hendak memiliki Kepulauan Spratly bagi menikmati hasil kekayaan Kepulauan Spratly dan mereka tidak mahu berkongsi dengan negara lain. Konflik tuntutan terhadap Kepuluan Spratly bermula pada tahun 1950-an lagi. Tuntutan pertama terhadap Kepulauan Spratly bermula dengan negara Filipina pada Mei 1956, yang mendakwa Kepuluan Spratly adalah hak miliknya berdasarkan penemuan yakni Kepuluan Spratly telah ditemui oleh penduduk Filipina yang bernama Thomas Cloma.Kemuncak konflik ini berlaku pada tahun 1972, apabila Filipina secara rasmi mengisytiharkan beberapa pulau di Kepulauan Spratly seperti Kepulauan Kayalan menjadi milik Filipina. Selain itu, Vietnam juga mendakwa Pulau Spratly adalah hak miliknya. Vietnam telah menghantar tenteranya berkawal di sekitar Pulau Spratly pada Julai 1956 bagi mengelakkan negara lain mencerobohi Kepulauan Spratly. Malaysia dan Brunei juga tidak terkecuali menuntut hak terhadap Kepulauan Spratly dengan alasan kepulauan tersebut terletak dalam Zon Ekonomi Eksklutif (ZEE) yang membenarkan negara mengurus dan menggunakan sumber Kepulauan Spratly. 

Pada tahun 1988, konflik tuntutan Kepulauan Spratly menjadi bertambah serius apabila Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik Kepulauan Spartly dengan mendakwa Kepulauan Spratly adalah milik China dan menghantar tenteranya berkawal di sekitar perairan Kepulauan Spratly. Tindakan China ini telah menggugat keamanan dan kestabilan Asia Tenggara apabila berlaku pertempuran antara tentera Vietnam dengan tentera China. Walaupun konflik tuntutan Kepulauan Spratly ini telah dibawa ke ASEAN bagi mencari jalan penyelesaian, namun ASEAN gagal mencari penyelesaian bagi konflik ini kerana semua negara ASEAN berminat hendak memiliki Kepulauan Spratly. Akhirnya, ASEAN menyelesaikan masalah ini melalui meja rundingan dan menggunakan PBB sebagai tempat terakhir untuk menyelesaikan konflik ini. Ini menunjukkan, ASEAN masih tidak mampu menyelesaikan masalah hanya dalam kalangan ahli anggota tetapi terpaksa menggunakan khidmat PBB.

Page 14: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KERJASAMA SERANTAU DALAM EKONOMI

5.1 KEKUATAN

5.1.1 Mengurangkan Jurang Kemiskinan

Pasaran bebas yang dimaksudkan adalah semua produk keluaran negara anggota ASEAN boleh menembusi pasaran sesama negara anggota tanpa dikenakan sebarang tarif atau tarif yang minimum. AFTA yang dilaksanakan menerusi Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (Common Effective Prefential Tariff Scheme-CEPT) telah memberikan sumbangan kepada jumlah perdagangan antara negara anggota ASEAN iaitu peningkatan sebanyak 34 % daripada kira-kira US$ 44 bilion pada tahun 1993 kepada US$ 59 bilion pada tahun 1994 dan berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama.

Pertumbuhan ekonomi yang baik mampu mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan. Malah, ASEAN turut menjalankan beberapa rancangan berpaksikan ekonominya mengikut kawasan. Antaranya, menubuhkan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). Kawasan pertumbuhan ini diwujudkan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti industri, infrastruktur, pelancongan, pertanian, telekomunikasi dan tenaga. Malah, menerusi rancangan pembangunan ekonomi mengikut kawasan ini, negara anggota yang terlibat secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama sesama mereka kerana rancangan bersifat ekonomi tidak akan berjaya jika negara anggota yang terlibat tidak sama-sama menggembleng tenaga. 

5.1.2 Mewujudkan Ekonomi Rantau ASEAN yang Stabil, Makmur dan Berdaya SaingRancangan ASEAN dalam penstrukturan ekonomi ternyata telah berjaya mewujudkan ekonomi rantau ASEAN yang stabil, makmur dan berdaya saing. Misalnya, bagi mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan dan sosioekonomi, ASEAN telah menggalakkan perkembangan kawasan pertumbuhan seperti BIMP-EAGA, IMS-GT dan IMT-GT. Sekiranya difikirkan, konsep ini adalah penting bagi menggalakkan pembangunan yang menggabungkan kerjasama bagi setiap ahli. Kerjasama yang wujud sudah pasti akan mewujudkan hubungan yang baik antara negara anggota dan sebarang pertelingkahan dapat dielakkan. 

Selain itu, ASEAN juga berusaha untuk mengatasi masalah kerjasama ekonomi serantau dengan melaksanakan beberapa usaha iaitu pada tahun 1977, ASEAN telah menandatangani Perjanjian Peraturan Perdagangan Istimewa ASEAN (Prefential Trading Arrangement-PTA) untuk menambahkan perdagangan antara anggota-anggota ASEAN. Bukti kejayaan PTA adalah pada 1989, sebanyak 14, 656 barangan telah dimasukkan ke dalam Senarai PTA. Manakala, pada tahun 1982, ASEAN telah melancarkan Skim Pelengkapan Industri ASEAN (ASEAN Industrial Complementary Scheme-AIC) untuk menggalakkan setiap negara ASEAN mengeluarkan komponen tertentu dalam sesuatu industri berat misalnya automobil. 

5.1.3 Perkongsian Sumber-sumber Alam dan Bahan Mentah

Kebergantungan antara negara amat penting dalam perkongsian sumber-sumber alam khususnya bahan mentah dan sumber tenaga. Bagi Negara yang memiliki sumber alam yang banyak, pelbagai faedah yang boleh diperolehi. Malah, sesetengah negara atau kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industri dalam negara. Oleh sebab itu, negara terpaksa bergantung kepada negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut. Misalnya, negara Jepun terpaksa bergantung kepada negara-negara Teluk dan Asia yang lain bagi memperoleh bekalan petroleum. Negara-negara Teluk atau Arab pula yang

Page 15: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

kekurangan sumber minyak kelapa sawit terpaksa bergantung kepada negara-negara Asia Tenggara khususnya Malaysia untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun, Malaysia juga bergantung kepada Thailand untuk mendapatkan bekalan beras.

5.1.4 Perkongsian Teknologi dan Galakkan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi juga merupakan kepentingan saling bergantung antara negara. Tanpa teknologi sesebuah negara atau kawasan, tidak boleh dibangunkan walaupun negara tersebut kaya dengan sumber alam. Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden, maka bidang-bidang pembangunan sumber alam, sumber tenaga, perindustrian, marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya di sesebuah negara boleh dimajukan. Contohnya, dalam usaha untuk memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi (HITEC) di Malaysia, negara bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun seperti teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu. Malaysia juga bergantung kepada perkongsian dan pemindahan teknologi maklumat (IT) dari Amerika Syarikat. Antaranya ialah seperti idea dan teknologi MSC di negara ini yang berkonsepkan teknologi lembah silikon di Amerika Syarikat.

5.1.5 Penubuhan Zon Ekonomi Eksklusif

Zon Ekonomi Eksklusif merujuk kepada tuntutan hak negara-negara untuk menguruskan sumber-sumber alam seperti ikan, petroleum dan gas di perairan pantai. Konsep Zon Ekonomi Eksklusif telah dikemukakan dalam Perjanjian Undang-undang Laut Dunia 1979. Perjanjian Undang-undang Laut Dunia 1979 telah menetapkan Zon Ekonomi Eksklusif berdasarkan jarak 321 kilometer (200) batu dari pantai sesebuah negara. Perjanjian itu menyatakan bahawa negara-negara berkenaan boleh menuntut sumber ekonomi yang ada di lautan dan di dasar laut untuk kepentingan masing-masing. 

Penubuhan ZEE banyak memberi faedah kepada negara anggotanya. Salah satu kebaikannnya adalah Malaysia boleh menguasai kepentingan perikanan, minyak petrol, gas dan beberapa buah pulau di Laut China Selatan. Selain itu, penubuhan Zon Eksklusif ini akan membantu sesebuah negara dalam mempertahankan hak mereka. Penubuhan ZEE akan membantu menyelesaikan sebarang masalah perebutan yang berlaku dalam keadaan aman dan damai tanpa berlakunya pergaduhan antara sesama negara. 

5.2 KELEMAHAN

5.2.1 Perebutan Ke Atas Kepulauan Spratly

Pelaksanaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) ternyata telah menyebabkan perebutan ke atas Kepulauan Spratly. Hal ini kerana Kepulauan Spratly selama ini dituntut oleh Malaysia sebagai kawasan bertindih. Kedudukan kepulauan ini di kawasan ZEE telah menyebabkan banyak negara bertelagah antara satu sama lain. 

Tindakan Malaysia telah menimbulkan masalah yang menjejaskan hubungan Malaysia dalam menghadapi tentangan daripada negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Negara Thai, Vietnam dan Singapura. Negara Thai dan Malaysia telah berkonflik kerana tuntuan ke atas kawasan perikanan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Filipina pula berkonflik kerana tuntutan Filipina ke atas beberapa Kepulauan Spratly. Singapura dan Malaysia pula berkonflik kerana tuntutan ke atas Pulau Batu Putih di Selatan Johor dan Indonesia pula menuntut Kepulauan Natuna dan Anambas. Oleh itu, ZEE yang menetapkan bahawa negara Asia boleh menuntut sumber ekonomi yang ada di lautan telah mendatangkan pertelingkahan antara negara anggota kerana masing-masing ingin mempertahankan kepentingan mereka.

Page 16: Peranan Dan Penglibatan Malaysia Dalam Kerjasama Serantau Dari Aspek Politik Dan Keselamatan

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penghujahan yang dikemukakan di atas, ternyata dasar kerjasama serantau yang dijalankan dalam kalangan negara anggota di Asia Tenggara mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri dalam sosial, politik dan ekonomi. Malah, jika diperhatikan, pada awal tahun 1947 iaitu semasa Perang Dingin berlaku di antara blok komunis dengan blok kapitalis menyebabkan keadaan dunia menjadi tidak aman. Keadaan ini juga berlaku di Asia Tenggara apabila Asia Tenggara menjadi medan perluasan kuasa komunis dan kapitalis. Selain itu, masalah dalaman Asia Tenggara seperti Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia, tuntutan Filipina terhadap Sabah dan isu Kampuchea juga menyumbang kepada ketidakstabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara. 

Bagi mengatasi masalah ini, negara-negara Asia Tenggara telah membentuk kerjasama serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Namun begitu, kerjasama serantau yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal mengatasi konflik dalaman negara Asia Tenggara tetapi kerjasama serantau tersebut berjaya mengurangkan ketidakstabilan rantau Asia Tenggara melalui dasar menyelesaikan masalah dalaman tanpa melibatkan orang luar. Dasar kerjasama serantau yang berjaya mewujudkan dan mengekalkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah ASEAN. Kejayaan ASEAN mengatasi konflik dan mewujudkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah disebabkan dasar berkecuali iaitu tidak mencampuri urusan negara lain yang dipegang oleh negara anggota ASEAN.