37
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM 1.0 Pengenalan Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 . Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan – latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program – program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara . Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri – ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) . Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri – ciri

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM1.0PengenalanProfesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :vpengetahuan (murid yang berpengetahuan).vkemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .vkemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .vkemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .vetika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) .videntiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

3.0Rumusan :Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.

TAJUK :PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION. BINCANGKAN.1. PengenalanSesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.2. Konsep Profesion dan nilaitaranyaSesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.3.2 Mempertingkatkan ProfesionalismeSebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan KreatifProfesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.3.4 Mahir Menggunakan ITBidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta BerakhlakSeseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.4. PenutupSistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.RujukanAmir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION.1. PengenalanSesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.2. Konsep Profesion dan nilaitaranyaSesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.3.2 Mempertingkatkan ProfesionalismeSebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan KreatifProfesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.3.4 Mahir Menggunakan ITBidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta BerakhlakSeseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.4. PenutupSistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.RujukanAmir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.ETIKA PROFESION PERGURUAN & ASPEK KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESIONDefinisi Etikaa.Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995).b.Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).c.Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.d.Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:a.Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.b.Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.c.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.d.Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.e.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

ASPEK KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESIONKonsep Profesion dan nilaitaranyaa.Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).b.Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)c.Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.d.Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).e.Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.Berikut merupakan aspek-aspek keguruan yang boleh dianggap sebagai satu profesion:a.Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.b.Mempertingkatkan Profesionalisme

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)PendahuluanAda beberapa istilah yang harus diterangkan dahulu maksudnya sebelum kita melanjutkan pembicaraan kita mengenai tajuk kertas ini.Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru.Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain sebagainya.Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan sebagainya.Kod etika adalah aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan, pengubatan dan sebagainya.Ketiga, nilai-nilai yang menyertai setiap kerjaya itu seperti memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada pelanggan dan sebagainya.Ini semua adalah nilai.Keempat pengamalan, memang semua kerjaya mementingkan amalan.Sebab setiap pemegang kerjaya itu dipanggil pengamal(practitioner) dalam bidang tertentu seperti keguruan, pengubatan, kejuruteraan dan lain-lain.Tetapi sebelum sampai kepada amalan, nilai-nilai kerjaya itu harus dihayati(intemalized) lebih dahulu, ini yang membawa kita kepada aspek terakhir pada kertas ini, iaitu penghayatan.Kelima penghayatan, iaitu penghayatan nilai-nilai.Kalau ilmu seperti matematik, perubatan dan lain-lain dipelajari, maka nilai-nilai seperti keikhlasan, kejujuran, dedikasi dan lain-lain itu dihayati.Kalau mahu dipertegaskan lagi kertas ini sebenarnya diharapkan menjawab persoalan bagaimana cara membimbing guru-guru pendidikan Islam agar menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam etika keguruan itu.Oleh yang demikian marilah kita membicarakan dahulu di bawah ini apakah dia etika keguruan itu.

Etika KeguruanSebenarnya kod etika pada suatu kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan aqidah yang harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam kerjayanya.Lebih ketara lagi ciri-ciri ini jelas pada kerjaya keguruan.Dari segi pandangan Islam, maka agar seorang muslim itu berjaya menjalankan tugas yang dipikulkan kepadanya oleh Allah S.W.T pertama sekali dalam masyarakat Islam dan seterusnya di dalam masyarakat antarabangsa maka haruslah guru itu memiliki sifat-sifat yang berikut:1. Bahawa tujuan, tingkah laku dan pemikirannya mendapat bimbingan Tuhan (Rabbani), seperti disebutkan oleh surah Al-imran, ayat 79,"Tetapi jadilah kamu Rabbani (mendapat bimbingan Tuhan)".2. Bahawa ia mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu-ilmu pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keIslaman dan kebudayaan dunia dalam bidang pengkhususannya.3. Bahawa ia ikhlas dalam kerja-kerja kependidikan dan risalah Islamnya dengan tujuanmencarikeredhaanAllahS.W.Tdanmencarikebenaranserta melaksanakannya.4. Memiliki kebolehan untuk mendekatkan maklumat-maklumat kepada pemikiran murid-murid dan ia bersabar untuk menghadapi masalah yang timbul.5. Bahawa ia benar dalam hal yang didakwahkannya dan tanda kebenaran itu ialah tingkah lakunya sendiri, supaya dapat mempengaruhi jiwa murid-muridnya dan anggota-anggota masyarakat lainnya.Seperti makna sebuah hadith Nabi S.A.W,"Iman itu bukanlah berharap dan berhias tetapi meyakinkan dengan hati dan membuktikan dengan amal".6. Bahawa ia fleksibel dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang sesuai bagi suasana tertentu.Ini memerlukan bahawa guru dipersiapkan dari segi professional dan psikologikal yang baik.7. Bahawa ia memiliki sahsiah yang kuat dan sanggup membimbing murid-murid ke arah yang dikehendaki.8. Bahawa ia sedar akan pengaruh-pengaruh dantrend-trendglobal yang dapat mempengaruhi generasi dan segi aqidah dan pemikiran mereka.9. Bahawaiabersifatadilterhadapmurid-muridnya, tidakpilihkasih, ia mengutamakan yang benar.Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8,"Janganlah kamu terpengaruh oleh keadaan suatu kaum sehinga kamu tidak adil. Berbuat adillah, sebab itulah yang lebih dekat kepada taqwa.Bertaqwalah kepada Allah, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat".Inilah sifat-sifat terpenting yang patut dipunyai oleh seorang guru Muslim di atas mana proses penyediaan guru-guru itu harus dibina.Buku-buku pendidikan telah juga memberikan ciri-ciri umum seorang guru, ciri-ciri itu tidak terkeluar dan sifat-sifat dan aspek-aspek berikut:1. Tahap pencapaian ilmiah2. Pengetahuan umum dan keluasan bacaan3. Kecerdasan dan kecepatan berfikir4. Keseimbangan jiwa dan kestabilan emosi5. Optimisme dan entusiasme dalam pekerjaan6. Kekuatan sahsiah7. Memelihara penampilan(mazhar)8. Positif dan semangat optimisme9. Yakin bahawa ia mempunyai risalah(message)

ISU 4 : MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUANoleh :

SAZLINA BINTI NOR AZMI

1.0Pengenalan

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut Wikipedia,Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus diperkemaskan dari masa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus-kursus tersebut penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan.2.0Memartabatkan Profesion PerguruanDalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada empat agenda utama. Pertama memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama rakyat. Kedua ialah membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi yangdilahirkan mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan mereka yang berkeperluan khas.Ini bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus perkembangan negara. Keempat ialah memartabatkan profesion perguruan agar profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi, iaitu mereka yang benar-benar memahami hasrat dan matlamat negara,mempunyai semangat tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan keutuhan agama, bangsa dan negara, mempunyai berbagai kemahiran dari segi pedagogi, psikologi mahupun interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan daya kepimpinan yang cemerlang.Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka empat strategi utama. Pertama, memantapkan latihan perguruan. Kedua, menambah baik kerjaya guru. Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja. Keempat, memperkasa kerjaya perguruan.

2.1Memantapkan Latihan PerguruanPemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini, pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau master teacher.Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004. KPM telah memperkenalkan M-test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI. Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan untuk melhirakn guru yang lebih berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi mempersiapkan guru dengan segala kemahiran yang benar-benar menepati keperluan pendidikan. Memantapakan latihan perguruan dengan membaiki system latihan perguruan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

2.2Menambah Baik Kerjaya GuruKPMberusaha menambahbaik kerjaya guru dengan menyediakan peluang kenaikan pangkat secara, time base. Mempercepatkan kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan jawatan guru cemerlang yang member peluang guru dinaikkan pangkat secara fast track. Selai8nitu, KPM bercadang melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-guru cemerlang ke luar negara. Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia supaya mereka juga menjadi yang terbaik dan cemerlang. Seterusnya, menyediakan peluan-peluang pelajaran kepada guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana menawarkanpeluang menaikkan pangkat yang lebih baik.Bagi menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran supaya member inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal ini, secara tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat.2.3Memperbaiki Persekitaran Kerja Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan kajian bebantugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam menangani beban tugas guru. Dalam belanjawan RMK9, kementerian pelajaran Malaysia telah membaiki untuk membaik pulih dalam menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru. Ini menjamin kebajikan guru, kerajaan juga telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks kepada anak-anak guru samada yang telah bersara atau yang telah meninggal duni. Dasar init e;ah melibatkan peruntukan kira-kira RM 19 juta.Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuki guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi.

2.4Memperkasa Kerjaya PerguruanUntuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah. Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan member keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan.

3.0KesimpulanBidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.