16
Peranan Integriti Sebagai Mediator Antara Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam dan Prestasi Kerja: Pendekatan Empirikal Menggunakan Model SEM/AMOS Halimatus Saadiah Mat Saad 1 Baharom Mohamad 1 Sharifah Hayaati Syed Ismail 2 1 Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah 2 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Abstrak Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI) mengikut dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) terhadap integriti dan prestasi kerja. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur peranan integriti sebagai variabel mediator dalam hubungan antara kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI) mengikut dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) dan prestasi kerja. Kaedah pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik dilaksanakan terhadap 390 orang responden yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah rendah yang terdapat di negeri Sabah. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen integriti InNi (Amini Abdullah et.al, 2005) dan instrumen prestasi kerja (Mohd. Zakaria, 2005). Sementara soal selidik kepuasan kerja menurut perspektif Islam dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan interpretasi unsur- unsur kejadian manusia oleh Imam Al-Ghazali (1980 dan 1976). Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian AMOS versi 18. Keputusan analisis Structural Equation Modeling (SEM) menunjukkan bahawa KKI Ruhiyyah (=0.425, p<0.01) KKI Intelek (0.207 p<0.01 dan KKI Sosial (0.128 p<0.05) memberi kesan secara signifikan terhadap integriti dengan menjelaskan sebanyak 33% varians. Selain itu, hubungan Integriti (0.622 p0.01 Material ( 0.111 p<0.05 dan KKI Sosial (0.102 p<0.05) memberi kesan langsung yang signifikan terhadap prestasi kerja dengan menyumbang sebanyak 49% varians. Manakala dapatan kajian menunjukkan bahawa integriti bertindak sebagai mediator penuh (full mediation) dalam model kajian antara KKI ruhiyyah dan KKI intelek dengan prestasi kerja, sementara hanya bertindak sebagai mediator separa ( partial mediation) antara KKI sosial dengan prestasi kerja. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang bagaimana integriti GPI yang diurus berdasarkan kepuasan kerja menurut perspektif Islam mampu menentukan prestasi kerja. Seterusnya, hasil penyelidikan ini juga diharapkan mempunyai signifikan dan impak positif dalam perancangan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan bagi melahirkan Guru Pendidikan Islam yang berprestasi tinggi. Kata kunci: Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam (KKI), Integriti, Prestasi Kerja. The Role of Integrity as a Mediator between Work Satisfaction and Work Performance in the Perspective of Islam: An Empirical Approach Using SEM/AMOS Model Abstract This survey research aimed to identify the influence of work satisfaction in the perspective of Islam (WSI) through the dimensions of Spiritual WSI, Intellectual WSI, Social WSI, and Material WSI towards work integrity and performance. Apart from that, this study was also conducted to measure the role of integrity as a mediator variable in the relation between work satisfaction in the perspective of Islam (WSI) through the dimensions of Spiritual WSI, Intellectual WSI, Social WSI, and Material WSI, and work performance. Data were collected using questionnaires given to 390 respondents, whom consisted of Islamic Education Teachers (IETs) in primary schools in the state of Sabah. The questionnaire was adapted from InNI integrity instrument (Amini Abdullah et.al, 2005) and work performance instrument (Mohd. Zakaria, 2005). The questionnaire for work satisfaction in the perspective of Islam, on the other hand, was constructed by the researchers themselves based on the interpretations of elements of human creation by

Peranan Integriti Sebagai Mediator Antara Kepuasan Kerja ...repository.um.edu.my/33042/1/prosiding istanbul, integriti sebagai mediator edited 16... · disokong oleh Abdul Rahim Abdul

  • Upload
    vongoc

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Peranan Integriti Sebagai Mediator Antara Kepuasan Kerja Menurut

Perspektif Islam dan Prestasi Kerja: Pendekatan Empirikal Menggunakan

Model SEM/AMOS

Halimatus Saadiah Mat Saad1

Baharom Mohamad1

Sharifah Hayaati Syed Ismail2

1Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah

2Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja menurut perspektif Islam

(KKI) mengikut dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) terhadap integriti

dan prestasi kerja. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur peranan integriti sebagai

variabel mediator dalam hubungan antara kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI) mengikut

dimensi (KKI Ruhiyyah, KKI Intelek, KKI Sosial dan KKI Material) dan prestasi kerja. Kaedah

pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik dilaksanakan terhadap 390 orang responden

yang terdiri daripada Guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah rendah yang terdapat di negeri Sabah.

Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen integriti InNi

(Amini Abdullah et.al, 2005) dan instrumen prestasi kerja (Mohd. Zakaria, 2005). Sementara soal selidik

kepuasan kerja menurut perspektif Islam dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan interpretasi unsur-

unsur kejadian manusia oleh Imam Al-Ghazali (1980 dan 1976). Data kajian dianalisis dengan

menggunakan perisian AMOS versi 18. Keputusan analisis Structural Equation Modeling (SEM)

menunjukkan bahawa KKI Ruhiyyah (=0.425, p<0.01) KKI Intelek (0.207p<0.01dan KKI

Sosial (0.128p<0.05) memberi kesan secara signifikan terhadap integriti dengan menjelaskan

sebanyak 33% varians. Selain itu, hubungan Integriti (0.622p0.01Material (0.111p<0.05

dan KKI Sosial (0.102p<0.05) memberi kesan langsung yang signifikan terhadap prestasi kerja

dengan menyumbang sebanyak 49% varians. Manakala dapatan kajian menunjukkan bahawa integriti

bertindak sebagai mediator penuh (full mediation) dalam model kajian antara KKI ruhiyyah dan KKI

intelek dengan prestasi kerja, sementara hanya bertindak sebagai mediator separa (partial mediation)

antara KKI sosial dengan prestasi kerja. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif

tentang bagaimana integriti GPI yang diurus berdasarkan kepuasan kerja menurut perspektif Islam

mampu menentukan prestasi kerja. Seterusnya, hasil penyelidikan ini juga diharapkan mempunyai

signifikan dan impak positif dalam perancangan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan bagi

melahirkan Guru Pendidikan Islam yang berprestasi tinggi.

Kata kunci: Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam (KKI), Integriti, Prestasi Kerja.

The Role of Integrity as a Mediator between Work Satisfaction and Work Performance in the

Perspective of Islam: An Empirical Approach Using SEM/AMOS Model

Abstract

This survey research aimed to identify the influence of work satisfaction in the perspective of Islam (WSI)

through the dimensions of Spiritual WSI, Intellectual WSI, Social WSI, and Material WSI towards work

integrity and performance. Apart from that, this study was also conducted to measure the role of integrity

as a mediator variable in the relation between work satisfaction in the perspective of Islam (WSI) through

the dimensions of Spiritual WSI, Intellectual WSI, Social WSI, and Material WSI, and work performance.

Data were collected using questionnaires given to 390 respondents, whom consisted of Islamic Education

Teachers (IETs) in primary schools in the state of Sabah. The questionnaire was adapted from InNI

integrity instrument (Amini Abdullah et.al, 2005) and work performance instrument (Mohd. Zakaria,

2005). The questionnaire for work satisfaction in the perspective of Islam, on the other hand, was

constructed by the researchers themselves based on the interpretations of elements of human creation by

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 46

Imam al-Ghazali (1980 and 1976). The data were analysed using the AMOS software version 18. The

results of the Structural Equation Modelling (SEM) analysis showed that Spiritual WSI (β=0.425,

p<0.01), Intellectual WSI (β=0.207, p<0.01), and Social WSI (β=0.128, p<0.05) gave a significant effect

to integrity by explaining 33% variance. Furthermore, the relation of Integrity (β=0.622, p<0.01), Material

(β=0.111, p<0.05), and Social WSI (β=0.102, p<0.05) gave a direct significant effect to work performance

by contributing 49% variance. On the other hand, study findings also showed that integrity acted as a full

mediator in the study model between Spiritual WSI and Intellectual WSI with work performance, while

only acted as partial mediator between Social WSI and work performance. As a whole, this research

provided an alternative answer on how the integrity of IETs managed based on work satisfaction in the

perspective of Islam can determine work performance. It is hoped that the findings of this research will

have a significant and positive impact in planning human capitals, especially in the field of education to

produce more high-performance IETs.

Keywords: Work Satisfaction in the Perspective of Islam (WSI), Integrity, Work Performance

Pengenalan

Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah menghasilkan modal insan yang

berprestasi tinggi. Ini kerana insan merupakan aset paling penting jika dibandingkan dengan aset seperti

modal, tanah, bangunan dan sebagainya (Abdul Shukor Abdullah, 2004). Prestasi kerja yang baik akan

terhasil apabila organisasi memberikan perhatian kepada aspek-aspek kepuasan kerja seperti hubungan

sosial dalam organisasi, gaji, pengiktirafan dan sebagainya (Narita Ramdzam, 2010). Namun, kepuasan

yang diperolehi menjadi tidak bermakna sekiranya tidak diselangi dengan nilai etika iaitu integriti. Ini

kerana, penerapan nilai integriti akan menjadi pemangkin kepada tindak tanduk yang lebih berhikmah

dalam organisasi dan memberi impak yang besar kepada pembentukan generasi berkemahiran dan

bertaqwa (muttaqin) yang terbangun akal budinya (Sapie Sabilan et. al, 2011).

Justeru dalam sektor pendidikan, Guru Pendidikan Islam yang merupakan tonggak pembentuk

nilai jati diri masyarakat umumnya dan pelajar khususnya perlu diperkukuhkan kreadibilitinya dengan

memberi penekanan terhadap kepuasan kerja, integriti dan prestasi kerja mereka. Ini kerana ketiga-tiga

variabel yang digunakan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan dua peranan

utama Guru Pendidikan Islam (GPI) iaitu yang pertama sebagai pendidik yang memberikan pendidikan

formal terhadap pelajar, pemantap ideologi sosial serta agen pembentuk integriti (Khadijah Abdul Razak

et.al 2011) dan kedua, sebagai penjawat awam yang bertugas dari segala aspek pentadbiran termasuklah

kewangan, kecekapan pengurusan dan juga menonjolkan imej dasar awam (Abdul Rahim Abdul Rashid,

2007).

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i. Memastikan adakah terdapat penyesuaian munasabah yang signifikan bagi model sumbangan

langsung dan tidak langsung variabel kepuasan kerja menurut perspektif Islam (mengikut dimensi

ruhiyyah, material, sosial dan intelek), integriti dan prestasi kerja terhadap Guru Pendidikan Islam.

ii. Menentukan sama ada Integriti mempunyai pengaruh sebagai pemboleh ubah mediator terhadap

hubungan antara KKI (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek) dengan prestasi kerja

dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Permasalahan Kajian

Penurunan ranking indeks persepsi rasuah oleh Transparency International memberikan gambaran

tentang berkurangnya kemantapan integriti masyarakat di negara ini (Syed Omar Sharifuddin, 2010).

Daripada kajian yang dijalankan oleh Badan Ketelusan Antarabangsa tentang persepsi tahap penerimaan

47 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

rasuah di 85 buah negara, mendapati 10 buah negara teratas yang mempunyai kadar penerimaan rasuah

yang rendah adalah dalam kalangan negara maju. Sementara 10 buah negara yang mempunyai kadar

penerimaan rasuah yang tinggi adalah dalam kalangan negara membangun dan miskin (Kurata, 1998).

Dalam kajian ini, pada tahun 1998, Malaysia menduduki tempat ke-29 pada skala 5.30 (Kurata, 1998),

pada tempat ke-32 pada skala 5.1 daripada 99 buah negara pada tahun 1999 (Transparency international,

1999), pada tempat ke-36 pada skala 4.8 daripada 90 buah negara (Eigen, 2000). Seterusnya berada di

tempat ke-36 pada skala 5.0 daripada 91 buah negara (Eigen, 2001), di tempat ke-33 pada skala 4.9

daripada 102 buah negara pada tahun 2002 (Eigen, 2002) dan di tempat ke-37 pada skala 5.2 daripada 133

buah negara pada tahun 2003 (Eigen, 2003). Sehubungan dengan itu juga, pada tahun 2007, negara berada

di tangga 43 daripada 179 buah negara di dunia pada skala 5.1 (Institut Integriti Malaysia(IIM), 2008).

(Skala 0 adalah paling dicemari rasuah dan 10 adalah paling bersih daripada rasuah).

Di samping itu, kepesatan pembangunan pengurusan organisasi menyebabkan istilah integriti

menjadi penting dan sering dijadikan kajian hubungan untuk menyelesaikan pelbagai kerumitan dalam

pengurusan profesionalisme (Pattison, S. dan Edgar, A., 2011). Golongan profesionalisme memerlukan

beberapa nilai peribadi (personel value) untuk membimbing strategi pengurusan agar mempunyai

kesinambungan dengan pemikiran dan tindakan organisasi. Oleh itu, istilah “integriti” merupakan istilah

nilai (value) yang paling sesuai digunakan (Pattison, S. dan Edgar, A.,2011). Perkara ini dibuktikan

dengan beberapa kajian yang pernah dilakukan berkenaan integriti dan produktiviti (Ones et. al., 1998,

Mikulay dan Goffin, 1998) integriti dan prestasi kerja (Ones dan Viswevaran, 1993) serta integriti dan

persekitaran kerja (Mehrabian, 2000). Mikulay dan Goffin (1998) menyatakan kebanyakan majikan

cenderung menggunakan alat ukuran integriti untuk menjangkakan sikap yang ada kepada bakal pekerja

mereka. Daripada analisis alat ukuran tersebut, pihak majikan berkemampuan untuk membuat tapisan

pekerja ataupun mengenal pasti langkah-langkah yang seharusnya diambil untuk mengatasi kepelbagaian

masalah integriti yang dilakukan oleh bekerja.

Kejayaan sesebuah sekolah sebagai institusi sosial yang bertemakan pendidikan juga perlu

berasaskan sistem yang berintegriti (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2007). Dalam konteks Pendidikan

Islam, suatu penyusunan, pengukuhan dan penyelarasan latihan Guru Pendidikan Islam juga dituntut agar

penerapan nilai-nilai murni dan nilai-nilai keagamaan dapat berjalan secara sepadu dan berkesan. Hal ini

disokong oleh Abdul Rahim Abdul Rashid (2007) yang menyatakan bahawa peranan institusi sosial

dalam abad ke 21 perlu diteliti khususnya dari aspek integriti. Sebagai salah satu institusi sosial,

kelemahan integriti di sektor pendidikan didapati memberi kesan negatif yang menimbulkan pelbagai

masalah sosial (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2007). Hal ini dipersetujui oleh Mohamad Yusoff Akope

(2000) yang menyatakan sektor pendidikan juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah yang

berkaitan dengan isu-isu integriti. Hasil kaji selidik sebuah universiti tempatan pada tahun 2003

menunjukkan 30.5 peratus pelajar universiti sanggup menerima rasuah sekiranya terdapat peluang untuk

melakukannya (Ku Seman Ku Hussain, 2008). Sikap pelajar dalam kajian ini tentunya mempunyai

perkaitan dengan sikap masyarakat terhadap integriti, justeru kajian ini dengan sendirinya memberikan

persoalan kepada kita, di manakah kesilapannya?. Sedangkan di peringkat rendah lagi mereka telah

didedahkan dengan subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral untuk membentuk sahsiah dan jati

diri untuk membentengi diri mereka daripada melakukan sebarang salah laku. Menurut Ku Seman Ku

Hussain (2008), segala permasalahan haruslah dikembalikan kepada analogi akar, iaitu dengan

memulakan usaha membanterasnya dari peringkat awal lagi. Oleh itu keperluan-keperluan untuk

meningkatkan tahap integriti Guru Pendidikan Islam yang sepatutnya menjadi teladan dalam memahami,

menghayati dan mengamalkan nilai integriti kepada diri pelajar, perlu diteliti dan diberi perhatian khusus.

Prestasi kerja juga merupakan keupayaan seseorang pekerja untuk mencapai tahap produktiviti

daripada segi kualiti mahupun kuantiti (Mohd. Zakaria, 2005). Dalam hal ini, terdapat isu yang

menyentuh prestasi kerja GPI yang dikatakan kurang kemampuan dari segi kepimpinan dan dedikasi

(Syed Najmuddin et.al, 2009). Justeru, pemantapan pengurusan sumber manusia yang merupakan salah

satu perkara yang menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja perkhidmatan awam (Syed Omar

Sharifuddin, 2010) amatlah diperlukan. Segala peraturan dan prosedur pengurusan sumber ini sangat

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 48

membantu penjawat awam untuk lebih teliti dalam setiap tugas yang dilaksanakan. Abdul Rahim Abdul

Rashid (2007) menyatakan sumber manusia yang berintegriti juga bergantung kepada prestasi tenaga

manusia itu sendiri seperti berpendidikan, mempunyai kemahiran, mudah menerima perubahan dan

inovasi, rajin, dedikasi serta dapat melaksanakan tugas juga tanggungjawab bagi menjayakan wawasan

organisasi. Secara bertimbal balik, kelemahan dari segi integriti juga merupakan salah satu punca negara

kurang produktif.

Sorotan kajian

Sorotan kajian adalah berkisar tentang variabel utama yang digunakan dalam kajian ini iaitu integriti,

kepuasan kerja menurut perspektif Islam dan prestasi kerja.

i. Integriti

Integriti dalam konteks penyelidikan ini didefinisikan sebagai:

“Pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni

secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut

dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan

organisasi.” (Jamiah Manap et.al, 2005)

Definisi ini digunapakai kerana kesesuaiannya dengan elemen tempatan kerana menurut Pattison dan

Edgar (2011) integriti merupakan kepatuhan sedaya mungkin kepada nilai komuniti setempat.

Sehubungan dengan itu juga, individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila

tindakannya selaras dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya (Jamiah Manap et.al, 2005). Oleh sebab

dalam kajian ini responden yang dikaji adalah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam, maka GPI yang

berintegriti adalah GPI yang mempunyai ciri-ciri yang selaras dengan nilai-nilai Islam.

Nilai-nilai komuniti setempat yang diterapkan dalam definisi ini juga merupakan nilai-nilai murni

yang dikongsikan bersama seluruh rakyat Malaysia termasuklah sektor pendidikan, yang terkandung di

dalam Tonggak Dua Belas iaitu, menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja,

kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan

menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat

mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1992). Kesemua nilai tersebut pula diklasifikasikan kepada

tiga kategori iaitu kesucian hati (bersih), amanah dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak.

Sungguhpun terdapat tiga dimensi, penyelidik hanya akan mengambil kira satu variabel utama sahaja iaitu

integriti sebagai ukuran dalam penyelidikan ini.

ii. Kepuasan Kerja menurut perspektif Islam (KKI)

Definisi bagi kepuasan kerja menurut perspektif Islam di dalam kajian ini ialah ketenangan yang

diperolehi sebelum, semasa dan selepas melakukan pekerjaan, berdasarkan keyakinan bahawa kerja itu

adalah ibadah yang dilaksanakan demi mencapai keredaan Allah S.W.T (Sharifah Hayaati, 2010,

Halimatus Saadiah, 2008). Perkara yang dimaksudkan dengan ketenangan sebelum melakukan kerja

adalah kerana adanya niat yang dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T,

sementara ketenangan semasa bekerja ialah apabila perjalanan pelaksanaan pekerjaan itu lurus dan tidak

melangggar syariat yang ditentukan oleh Allah S.W.T, dan ketenangan selepas bekerja secara tidak

langsung lahir apabila matlamat menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah tercapai. Sementara variabel

KKI yang akan digunakan adalah didasarkan kepada unsur penciptaan manusia menurut al-Quran dengan

merujuk kepada interpretasi kejadian oleh al-Ghazali berdasarkan empat dimensi KKI iaitu, dimensi

ruhiyyah, intelektual (‘aqliyyah), sosial (nafsiyyah) dan material (jasadiyyah).

a) Kepuasan Kerja Ruhiyyah

Menurut Al-Ghazali (1980) terdapat dua pengertian yang menjurus kepada unsur ruhiyyah atau

dinamakan juga sebagai unsur rabbaniyyah iaitu yang membawa maksud hati yang bersifat ketuhanan dan

49 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

disebut juga dengan tubuh halus (jism lathif), dan yang kedua membawa maksud nyawa yang hanya Allah

S.W.T sahaja Maha mengetahuiNya seperti mana firman Allah yang bermaksud :

“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan “Roh itu dari perkara urusan

Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”

(Surah al-Isra’ (17): 85)

Istilah ruhiyyah dalam penyelidikan ini adalah merujuk kepada maksud yang pertama iaitu hati. Unsur

ruhiyyah ini digambarkan oleh al-Ghazali sebagai raja dalam sebuah kerajaan. Fungsi ruh yang paling

utama ialah untuk melihat hakikat (kebenaran) kerana dari situlah ia mendapat keseronokan. Dalam

kepuasan ruhiyyah pula, apabila seseorang pekerja bekerja dengan mempunyai matlamat yang jelas dan

benar kerana TuhanNya maka dari situlah pekerja itu mencapai kepuasan dalam bekerja.

Kepuasan kerja ruhiyyah dalam kajian ini merujuk kepada kepuasan yang ditunjangi oleh

kepuasan intrinsik seorang Muslim apabila pekerjaan itu dilakukan demi mencapai keredaan dan

pendekatan diri (taqarrub) kepada Allah, ikhlas dalam membuat perkara-perkara kebajikan dan takut

hukuman dosa sekiranya pekerjaan yang dilakukan tidak berada dalam landasan yang benar.

b) Kepuasan Kerja Intelektual (‘aqliyyah)

Unsur akal diumpamakan oleh al-Ghazali sebagai Perdana Menteri (al-Ghazali, 1976) dengan menyatakan

semakin tinggi ilmu yang diperolehi seseorang maka semakin tinggilah keseronokannya. Al-Ghazali juga

menekankan bahawa ruh yang berakal dan berpengetahuan akan dapat menguasai setiap segala cabang

ilmu dan akan memberi implikasi terhadap perilaku, sehinggakan beliau menyatakan bahawa dengan akal,

manusia dapat membezakan antara sifat-sifat asal semula jadi manusia yang inginkan kebaikan dengan

sifat yang buruk.

Dalam kajian ini kepuasan kerja intelektual adalah merujuk kepada pengiktirafan terhadap

intelektual dan keilmuan pekerja yang ditonjolkan melalui syura, perbincangan dan pembuatan keputusan.

c) Kepuasan Kerja Sosial (nafsiyyah)

Unsur nafsiyyah ini membawa maksud unsur nafsu yang merupakan himpunan bagi perasaan manusia.

Antara unsur nafsu yang dinyatakan oleh al-Ghazali (1976) ialah unsur pergaulan sosial. Di mana

menurutnya kegembiraan akan bertambah sekiranya mempunyai hubungan yang baik dengan raja. Dalam

konteks pekerjaan bolehlah diertikan ‘raja’ dengan majikan.

Dalam kajian ini seorang GPI yang mencapai kepuasan kerja sosial dalam bekerja adalah apabila

mencapai kepuasan dalam hubungan bersama individu sekelilingnya termasuklah pelanggan yang

berurusan dengan pihak sekolah dan majikannya. Di samping itu mereka juga selesa dengan persekitaran

pekerjaan sehinggakan tidak berkeinginan untuk meninggalkan pekerjaan itu, mempunyai matlamat yang

sama dengan organisasi sekolah dan mampu menimba pengalaman.

d)Kepuasan Kerja Material (jasadiyyah).

Unsur material (jasadiyyah) ini dinamakan juga oleh al-Ghazali sebagai unsur nafs yang membawa

maksud zat ataupun sifat fizikal manusia itu sendiri yang diciptakan daripada tanah. Beliau juga

menyatakan perkara yang dimaksudkan dengan unsur jasadiyyah ini ialah badan dan perkara-perkara yang

dapat dilihat dan disentuh. Bahkan al-Ghazali juga mengaitkan unsur jasad ini dengan pangkat dengan

menyatakan “Seseorang itu amat gembira diberi jawatan Perdana Menteri” (Pangkat sebagai Unsur

Jasadiyyah) (al-Ghazali, 1976:17).

Selain daripada pangkat, aspek gaji juga diklasifikasikan sebagai kepuasan kerja material kerana

sifatnya yang bertujuan memenuhi kehendak jasad. Dalam hal ini, Haron Din et.al (1989) menjelaskan, al-

Quran telah menegaskan bahawa manusia dicipta daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur

rohani, di mana oleh kerana unsur jasmani itu adalah tanah, maka segala tuntutan dan keperluan hidup

yang bersifat jasmani juga adalah dari tanah yang terkumpul daripada tiga perkara iaitu makanan dan

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 50

minuman, pakaian dan perhiasan serta kediaman dan keamanan (Haron Din et.al, 1989). Sepertimana

yang difirmankan oleh Allah S.W.T bermaksud:

“Maka Kami berfirman: "Wahai Adam, sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi

isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana

dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. Sesungguhnya telah

dikurniakan berbagai-bagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam

Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan

dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari."

(Surah Taha (20): 117-119)

Unsur jasad merupakan instrumen atau wasilah untuk melakukan aktiviti demi kesempurnaan diri.

Justeru dalam kajian ini kepuasan material (jasadiyyah) ini ialah kepuasan kerja daripada aspek gaji dan

pangkat.

iii) Prestasi kerja

Prestasi kerja di dalam kajian ini didefinisikan sebagai keupayaan seseorang pekerja mencapai tahap

produktiviti kerja samaada dari aspek kuantiti atau kualiti (Mohd. Zakaria, 2005). Terdapat tujuh dimensi

prestasi kerja iaitu merangkumi pengetahuan tentang kerja, sikap, membuat pertimbangan, delegasi,

kecekapan peribadi, kebolehan merancang dan kepimpinan, tetapi dalam penyelidikan ini, penyelidik

mengambil kira satu variabel utama sahaja sebagai variabel bersandar iaitu prestasi kerja.

Terdapat beberapa teori yang boleh menyumbang kepada pemahaman terhadap prestasi kerja.

Sungguhpun demikian, tiada satu teori yang mampu memberikan penjelasan terhadap prestasi kerja secara

lengkap (Rusli dan Shamsiyati, 2011). Justeru beberapa teori dan pemahaman perlu digabungkan untuk

menyumbang kepada perbahasan berkenaan prestasi kerja di dalam penyelidikan ini. Walaupun

kebanyakan teori-teori ini biasanya dikaitkan dengan teori motivasi, namun motivasi memainkan tiga

peranan iaitu pertama; menjana, kedua; mengubah tingkah laku dan ketiga; mengekalkan usaha untuk

mencapai matlamat yang disasarkan. Ketiga-tiga peranan ini boleh dikaitkan secara langsung mahupun

tidak langsung dengan prestasi kerja (Rusli dan Shamsiyati, 2011). Dalam kajian ini teori-teori prestasi

kerja yang bersifat keupayaan ataupun kebolehan individu dalam mencapai produktiviti dijadikan

sandaran untuk memenuhi tujuan penyelidikan dengan tumpuan kepada teori pengharapan oleh Victor

H.Vroom (1964) bagi merujuk dimensi prestasi kerja. Ini kerana, teori pengharapan yang dikemukakan

oleh Victor H.Vroom (1964) merupakan teori yang membuat pengenalpastian terhadap faktor yang

menyebabkan manusia ingin bekerja keras dan ingin berjaya dalam organisasi. Teori ini menyatakan

bahawa manusia akan melakukan apa yang terdaya mereka lakukan pada bila-bila masa mereka mahu

melakukannya. Pendekatan Vroom ini dilihat bersesuaian dengan kajian integriti, kepuasan kerja dan

prestasi kerja, di mana integriti merujuk kepada tingkahlaku, hasil daripada tingkahlaku pula akan

menghasilkan output yang merupakan petunjuk kepada prestasi kerja seseorang sementara kepuasan kerja

pula menjana prestasi kerja yang tinggi.Teori ini juga mengaitkan tiga perkara iaitu semangat bekerja,

prestasi kerja dan juga kepuasan kerja (Mohd. Zakaria, 2005).

Metodologi Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Persampelan terdiri daripada 390 orang

guru daripada sekolah-sekolah rendah kebangsaan di negeri Sabah yang dipilih secara rawak mudah. Data

bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen integriti INni (Amini

Abdullah et.al, 2005) dan instrumen prestasi kerja (Mohd. Zakaria, 2005). Sementara soal selidik

kepuasan kerja menurut perspektif Islam dibina sendiri oleh penyelidik dengan berpandukan kepada

interpretasi unsur-unsur kejadian manusia oleh Imam Al-Ghazali (1980 dan 1976).

51 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu, soalan mengenai maklumat demografi responden,

Instrumen Nilai Integriti (InNI), Instrumen Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam dan prestasi kerja

seperti jadual berikut :

Jadual 1:Instrumen Soal Selidik

Responden yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam seluruh negeri Sabah.

Sebanyak 450 keping borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dan sebanyak 390 (86.6 %)

soal selidik yang lengkap diisi dan boleh dianalisis.

Kerangka Kajian

Berdasarkan perbahasan sebelum ini, kerangka kajian adalah seperti berikut:

Rajah 1: Kerangka Kajian

Dapatan Kajian

i. Profil Responden

Analisis statistik berbentuk frekuensi dan peratus digunakan bagi menerangkan profil responden.

Keseluruhan maklumat adalah seperi jadual di bawah.

Jadual 2: Profil demografi responden (N-390)

Jantina Kekerapan Peratusan(%)

Lelaki 111 28.5

Perempuan 279 71.5

Total 390 100.0

Bahagian No.Item Jumlah Item

Bahagian I Demografi 8 Item

Bahagian II Integriti 48 Item

Bahagian III Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam 18 Item

Bahagian IV Prestasi Kerja 22 Item

Jumlah item keseluruhan 96 Item

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 52

Taraf Akademik

Tertinggi

Kekerapan Peratusan(%)

SRP/PMR 1 0.3

SPM/MCE 17 4.4

STPM 7 1.8

Diploma 80 20.5

Sarjana Muda 272 69.7

Sarjana 23 3.3

Total 390 100

Gaji (Termasuk

elaun)

Kekerapan Peratusan(%)

RM1000-RM2000 60 15.4

RM2000-RM3000 120 30.8

RM3001-RM4000 182 46.7

RM4001 Ke atas 28 7.2

Total 390 100

Kategori tempat

bertugas

Kekerapan Peratusan(%)

Bandar/Pekan 137 35.1

LuarBandar/Pedalaman 253 64.9

Total 390 100.0

ii. Analisis Data

Perisian AMOS 18.0 digunakan untuk menguji hipotesis yang menyatakan tidak terdapat penyesuaian

munasabah yang signifikan bagi model sumbangan langsung dan tidak langsung variabel kepuasan kerja

menurut perspektif Islam (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial dan intelek), integriti dan prestasi

kerja terhadap Guru Pendidikan Islam dan untuk menentukan sama ada Integriti mempunyai pengaruh

sebagai pemboleh ubah mediator terhadap hubungan antara KKI (mengikut dimensi ruhiyyah, material,

sosial dan intelek) dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Penggunaan analisis

lintasan SEM AMOS (Analysis of Moment Structure) ini berkemampuan untuk mengenal pasti kesan

langsung dan tidak langsung antara variabel eksogen (tidak bersandar), mediator dan juga variabel

endogen (bersandar) yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Perbandingan dan kekuatan

analisis laluan SEM berbanding analisis lain misalnya analisis regresi berganda ialah, analisis SEM akan

memberi cadangan untuk meningkatkan kesesuaian model dengan data, iaitu dengan mempamerkan nilai

Modification Indices (MI). Dengan nilai MI ini, penyelidik dapat mengenal pasti item-item yang bertindih

(redundant) dan membuat sambungan penghubung (covarians) antara item tersebut. Dalam masa yang

sama kekuatan hubungan antara variabel pendam (elipse/unobserve) dan variabel yang diperhatikan

(latent/observe) juga dapat dikenal pasti.

Sehubungan dengan itu, Hair et.al (2010) telah menyarankan dua langkah penganalisaan data

yang menggunanakan analisa statistik SEM (Structural Equation Modeling) iaitu menilai model

pengukuran dan model struktural. Terdapat tiga kesahan kriteria yang perlu dipenuhi dalam menganalisis

struktur lintasan SEM iaitu unidimensi (unidimensionality), kesahan (validity) dan kebolehpercayaan

(relibility). Kriteria tersebut dapat diringkaskan melalui jadual berikut:

53 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

Jadual 3: Kriteria Struktur Lintasan SEM

Kriteria Ciri-ciri

Unidimensi Apabila faktor pemuatan melebihi 0.5

Kesahan Kesahan konvergen

Nilai AVE melebihi 0.5

Kesahan konstruk

Persepadanan indeks (Fitness

indexes)

Chisq p>0.05

RMSEA<0.80

GFI>0.90

AGFI> 0.90

CFI>0.90

TLI<0.90

Chisq/df <5.0

Kesahan discriminant

korelasi antara variabel

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan dalaman

Alpha cronbach >0.7

Kebolehpercayaan konstruk

Nilai CR > 0.6

Averange Variance Extracted

AVE > 0.5

Sumber: Zainudin Awang. 2012. A Handbook on SEM (Structural Equation Modeling), Using AMOS

Graphic. Kota Baharu: Universiti Teknologi Mara Kelantan.

iii. Model Pengukuran

Berikut adalah rajah pengukuran SEM yang dapat dibina:

Rajah 2: Rajah pengukuran SEM (Structural Equation Modeling)

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 54

Jadual 4: Kesahan dan faktor Pemuatan (Reliability and factor loadings)

Jadual 5:Kesahan Discriminant (Discriminant Validity) : Korelasi Antara

Variabel

KRuhiyyah KIntelek KMaterial KSosial Prestasi

Kerja

Integriti

KRuhiyyah 0.709

KIntelek 0.272 0.716

KMaterial 0.137 0.273 0.711

KSosial 0.177 0.174 0.045 0.720

Prestasi

Kerja

0.348 0.228 0.000 0.204 0.708

Integriti 0.509 0.334 0.141 0.199 0.641 0.888

Jadual 6:Pengukuran Persepadanan Indeks

Penunjuk

persepadanan

(Fit Indices)

Aras Nilai Keputusan

Chisq p>0.05 322.817 Dicapai

RMSEA <0.80 .047 Dicapai

GFI >0.90 .926 Dicapai

AGFI >0.90 .901 Dicapai

CFI >0.90 .957 Dicapai

TLI >0.90 .948 Dicapai

Chisq/df <5.0 1.866 Dicapai

Daripada model pengukuran dan jadual pengukuran persepadanan indeks yang diperoleh, maka H1

mengatakan terdapat penyesuaian munasabah yang signifikan bagi model sumbangan langsung dan tidak

langsung variabel kepuasan kerja menurut perspektif Islam (mengikut dimensi ruhiyyah, material, sosial

dan intelek), integriti dan prestasi kerja terhadap Guru Pendidikan Islam adalah diterima.

Konstruk Item Faktor

pemuatan

Alpha Cronbach

(> 0.70)

CR

(>0.60)

AVE

(>0.50)

Keputusan

KRuhiyyah KK1 0.735 0.826 0.834 0.503 Dicapai

KK2 0.635

KK3 0.682

KK4 0.780

KK5 0.705

KIntelek KK6 0.668 0.758 0.760 0.514 Dicapai

KK7 0.764

KK8 0.715

KMaterial KK9 0.818 0.715 0.781 0.484 Marginal

KK10 0.836

KK11 0.520

KK12 0.544

KSosial KK13 0.838 0.871 0.865 0.520 Dicapai

KK14 0.748

KK15 0.801

KK16 0.681

KK17 0.615

KK18 0.614

Integriti bijaksana 0.936 0.928 0.928 0.812 Dicapai

amanah 0.890

bersih 0.877

55 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

iv. Model Struktural

Model struktural dianggarkan dengan menggunakan kaedah maximum likehood estimation (MLE). Rajah

di bawah memaparkan keputusan indeks fit yang terhasil. Didapati semua padanan yang diukur daripada

kajian ini adalah mencapai nilai-nilai yang dicadangkan untuk sebuah model yang baik. Model ini

memberikan sumbangan sebanyak 33% terhadap integriti dan 49% varian terhadap prestasi kerja guru.

Secara keseluruhan analisis SEM adalah berdasarkan model berikut:

Rajah 3: Model Sumbangan Langsung dan Tidak Langsung Kepuasan Kerja Menurut Perspektif

Islam (Mengikut Dimensi Ruhiyyah, Material, Sosial dan Intelek), Integriti dan

Prestasi Kerja Terhadap Guru Pendidikan Islam.

Perkaitan yang signifikan antara variabel dapat dilihat daripada jadual berikut:

Jadual 7: Anggaran parameter ( Regression Weight) Bagi model yang telah diubahsuai.

Catatan:

C.R = Critical Ratio * signifikan pada 0.05 S.E = Standard Error

Path Beta

Estimate

Estimate S.E C.R P Keputusan

Integriti <--- Material 0.011 0.024 0.022 0.495 0.621 Tidak

Signifikan

Integriti <--- Sosial 0.077 0.128 0.031 2.492 0.013 Signifikan

Integriti <--- Intelek 0.14 0.207 0.042 3.364 *** Signifikan

Integriti <--- Ruhiyyah 0.413 0.425 0.057 7.290 *** Signifikan

Prestasi <--- Integriti 0.559 0.622 0.065 8.543 *** Signifikan

Prestasi <--- Ruhiyyah 0.055 0.062 0.048 1.137 0.255 Tidak

Signifikan

Prestasi <--- Intelek 0.025 0.041 0.034 0.726 0.468 Tidak

Signifikan

Prestasi <--- Material 0.044 0.111 0.019 2.335 0.020 Signifikan

Prestasi <--- Sosial 0.055 0.102 0.025 2.163 0.031 Signifikan

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 56

Daripada keputusan yang diperoleh didapati terdapat model sumbangan yang signifikan antara tiga

dimensi KKI iaitu ruhiyyah, intelek dan sosial terhadap prestasi kerja melalui integriti. Jadual di bawah

menunjukkan ringkasan keputusan hipotesis-hipotesis kajian.

Jadual 8: Ringkasan keputusan hipotesis-hipotesis kajian.

Panduan Baron dan Kenny (1986) digunakan bagi hipotesis H2 yang menyatakan integriti mempunyai

pengaruh sebagai pemboleh ubah mediator terhadap hubungan antara KKI (mengikut dimensi ruhiyyah,

material, sosial dan intelek) dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Jadual 9: Keputusan Pengaruh Mediator Integriti terhadap KKI, ruhiyyah, KKI Intelek, KKI

Sosial, KKI Material dan Prestasi Kerja

Variabel Bebas Variabel

Mediator

Model 1

(IV & DV)

Std. Beta

Model 2

(IV & DV

Bersama MV)

Std. Beta

Keputusan

KKI Ruhiyyah Integriti .401* .070 Mediator Penuh

KKI Intelek Integriti .271* .024 Mediator Penuh

KKI Sosial Integriti .282* .106* Mediator Separa

Jadual di atas menunjukkan bahawa KKI ruhiyyah tidak memberi kesan signifikan terhadap prestasi kerja

GPI tanpa kehadiran integriti (=.070, p>0.01) namun signifikan bersama integriti (=.401, p<0.01) .

Oleh itu, integriti bertindak sebagai mediator penuh terhadap hubungan antara KKI ruhiyyah dengan

prestasi kerja GPI. Maka H2(a) disokong penuh. Begitu juga dengan KKI intelek juga tidak menunjukkan

kesan signifikan terhadap prestasi kerja tanpa kehadiran mediator integriti (=.024, p>0.01) namun

signifikan bersama integriti (=.271, p<0.01). Oleh itu KKI intelek juga berperanan sebagai mediator

penuh dalam hubungan antara KKI intelek dengan prestasi kerja. Maka H2(b) disokong penuh. Sementara

KKI sosial memberi kesan signifikan terhadap prestasi kerja tanpa kehadiran integriti (=.282, p<0.01)

dan juga signifikan bersama integriti (=.106, p<0.01) serta nilai beta koefisien ( berkurangan. Oleh itu

integriti bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan antara KKI sosial dengan prestasi kerja.

Maka H(c) disokong separa.

Perbincangan

Hipotesis Kajian Keputusan

H2(a) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara KKI

ruhiyyah dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Disokong

H2(b) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara

KKI intelek dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Disokong

H2(c) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara KKI

sosial dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.

Disokong separa

H2(d) Integriti berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara

KKI, material dengan prestasi kerja dalam kalangan Guru Pendidikan

Islam.

Tidak disokong

57 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa tanpa integriti, KKI material dan KKI sosial memberikan

pengaruh kepada prestasi kerja GPI, atau dengan kata lain, seseorang yang tidak mempunyai integriti

dalam dirinya dipengaruhi oleh kepuasan material dan sosialnya untuk meningkatkan prestasi kerjanya.

Sedangkan KKI yang dikaji dengan melalui integriti sebagai mediator memperlihatkan bahawa GPI

memerlukan KKI ruhiyyah, KKI intelek dan KKI sosial, sementara KKI material tidak mempengaruhi

seseorang GPI dalam prestasi kerjanya. Dengan kata lain, seseorang yang mempunyai integriti hanya

perlu dipuaskan kehendak rohani, akal dan sosialnya. Sedangkan kepuasan material tidak menjadi

kepentingan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa KKI ruhiyyah memberikan pengaruh yang lebih

kuat terhadap integriti GPI berbanding aspek kepuasan yang lain.

Justeru dapatan ini adalah selari dengan pandangan Imam al-Ghazali (1988) yang menyatakan

untuk mengubah sikap seseorang adalah dengan mengubah unsur dalaman manusia itu sendiri iaitu

kekuatan akal, kesempurnaan hikmah (ruhiyyah) dan kelurusan nafsu keinginan (Khairani Zakariya,2012)

. Di mana daripada ketiga-tiga unsur ini ketinggian akhlak seseorang itu adalah apabila matlamat utama

kehidupannya hanyalah kerana Allah semata. Penjelasan beliau dapat dilihat daripada petikan berikut (al-

Ghazali, 1988):

“Bagusnya akhlak itu kembali kepada kelurusan kuatnya akal dan sempurnanya hikmah dan

kepada kelurusan kuatnya amarah dan nafsu keinginan.”

Imam al-Ghazali juga melanjutkan perbincangannya dengan menyatakan bahawa ketinggian

akhlak ini terhasil dengan dua cara iaitu yang pertama melalui kurnia Ilahi secara fitrah dan kedua, dengan

cara mujahadah dan riadah. Dalam cara yang pertama beliau menjelaskan bahawa manusia yang

dianugerahi ketinggian akhlak dilahirkan dengan akal yang sempurna, akhlak yang baik dan kecukupan

nafsu, hal ini lumrahnya berlaku kepada para anbiya’. Sementara cara yang kedua bermaksud ketinggian

akhlak itu adalah dengan cara latihan diri melakukan perbuatan yang berakhlak. Misalnya untuk menjadi

seorang yang pemurah adalah dengan cara melakukan perbuatan orang yang pemurah.

Penerangan Imam al-Ghazali ini berkesinambungan dengan aspek perubahan yang difirmankan

Allah S.W.T bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka

mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Surah ar-Ra’d (13):11 )

Ayat ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb Rahimahullah (Sayyid Qutb,2001) bahawa terdapat hubungan

antara tindakan manusia dengan kehendak (masyi’ah) Allah. Di mana Allah tidak mengubah sesuatu

nikmat atau penderitaan manusia itu melainkan apabila manusia itu sendiri mengubah perasaan,

amalan dan realiti kehidupan mereka. Kehendak (masyi’ah) undang-undang Allah adalah berlaku

bergantung pada bagaimana cara manusia melayani undang-undang ini dengan tindak tanduk

mereka. Dalam menerangkan ayat ini juga Abu Bakar Jabir al-Jazairi (2007) menyatakan bahawa

antara sunnah kejadian manusia ialah Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga

mereka mengubahnya sendiri iaitu dengan cara memurnikan dan menyucikan diri daripada perkara-

perkara mungkar.

Dalam hal ini penyelidik ingin menegaskan bahawa kajian ini hanyalah menyokong apa

yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T. dan menjadi bukti bahawa sememangnya terdapat

keselarian antara apa yang telah dijelaskan oleh al-Quran dengan unsur kejadian makhluknya. Ini

kerana al-Quran bersifat tetap dan tidak boleh diubah. Justeru berdasarkan penaakulan akal manusia

dan bantuan perisian statistik manusia mampu menambah keimanan dan ketakwaan bahawa al-

Quran itu benar. Sesungguhnya manhaj yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah telah

berjaya merubah tindak tanduk orang mukminin melalui pendekatan ‘aqidah dan nilai-nilai Islam,

kerana keselarasannya dengan unsur kejadian manusia itu sendiri.

Kesimpulan

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 58

Kajian ini telah mengenal pasti elemen yang manakah dianggap paling penting untuk membangunkan

integriti individu sebagai mediator atau jambatan untuk mencapai prestasi kerja. Oleh itu kajian ini

menjelaskan bahawa elemen rohani, sosial dan intelek merupakan unsur yang perlu dibangunkan dan

digilap agar matlamat untuk menanam “personel value” (nilai peribadi) di dalam sesebuah organisasi

khususnya sekolah mampu dilaksanakan. Maka idealisme sekularisme yang bersifat material dan menjadi

penghalang kepada pencapaian Falsafah Pendidikan Islam perlulah ditepis.

Guru Pendidikan Islam bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu dan penjawat awam

semata-mata, tetapi lebih utama daripada itu, mempunyai tanggungjawab mendidik individu agar

memiliki sahsiah yang tinggi. Justeru Guru Pendidikan Islam haruslah terlebih dahulu mempunyai

kebijaksanaan dan profesionalisme dalam menginterpretasikan ilmu mereka dalam bentuk tingkah laku

berintegriti.

Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang bagaimana integriti GPI

yang diurus berdasarkan kepuasan kerja menurut perspektif Islam mampu menentukan prestasi kerja.

Iaitu, integriti GPI terbentuk melalui kepuasan ruhiyyah, penaakulan akal dan hubungan sosialnya.

Sumber manusia dalam pentadbiran pendidikan Islam ini perlulah dibangunkan secara menyeluruh

merangkumi aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani agar selari dengan kehendak syariat yang

melambangkan kewujudan paradigma tauhid dalam organisasi pendidikan. Dengan akal dan ruh manusia

mampu mengawal kehendak nafsu dan jasad untuk meningkatkan kualiti kehidupan berbanding makhluk

yang lain.

Rujukan

Abdul Rahim Abd. Rashid. 2007. Integriti Institusi Sosial: Resiliensi Terhadap Perubahan. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Shukor Abdullah. 2004. Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhamed Bin Muhammad. 1976. Kimya’us Saadah (Kimia Kebahagiaan).

Terj. Abdul Majid Bin Hj. Khatib. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kota Bharu, Kelantan dengan

Kerjasama SH. Muhammad Ashraf, Lahore Pakistan.

Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhamed Bin Muhammad. 1988. Ihya Ulumuddin. Terj. H. Ismail Yakub.

Victory Agensi: Kuala Lumpur.

Amini Abdullah, Azimi Hj. Hamzah, Ezhar Tammam, Sidek Mohd. Noah, Nurizan Yahya dan

Halimah@Alma Othman. 2005. Laporan Kajian Audit Nilai Integriti Staf Universiti Putra

Malaysia. Serdang : Bahagian Perancangan Korporat, UPM.

Baron. R.M, and Kenny, D.A. 1986. The Moderator-Mediator Variable Distinction in Sosial

Psychological Research: Conceptual Strategic and Statistical Considerations. Journal of

Personality and Social Psychology, 56(6), 1173-1182.

Eigen,P. 2000. Transparency International releases the Year 2000 Corruption Perceptions index. (atas

talian) http://www.transparency.org/cpi/2000/cpi2000.html. Dicetak 3 Sept. 2012.

Eigen,P. 2002. Transparency International: Corruption Perceptions Index 2002. (atas talian)

http://www.transparency.org/cpi/2002/cpi2002.html. Dicetak 3 Sept. 2012.

Eigen,P. 2003. Transparency International: Corruption Perceptions Index 2003. (atas talian)

http://www.transparency.org/cpi/2003/cpi2003.html. Dicetak 3 Sept. 2012.

Hair, J.E., Anderson, R.E Tattham, R.L. and Black,W.C. 1998. Multivariate Data Analysis. 5th

Ed. Upper

Saddle River; Prentise Hall.

Halimatus Saadiah Mat Saad. 2008. Kepuasan Kerja Menurut Perspektif Islam: Kajian di Pejabat Daerah

Ranau Sabah. Tesis Sarjana. Bahagian Pengajian Syariah,Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Haron Din, Hassan Salleh, Sulaiman Yasin .1989. Manusia dan Islam. (Edisi Kelima). Selangor:Hizbi

Marketing Sdn. Bhd.

Institut Integriti Malaysia (IIM). 2008. Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007=National

Integrity Perception Index Study Report. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia (IIM).

59 International Conference On Research In Ethics Education 2013 (ICRIEEd 2013)

19th-21 November 2013, Fatih University, Istanbul, Turkey

Institut Tadbiran Awam Negara. 1992. Tonggak Dua Belas (The Twelve Pillars). Kuala Lumpur: Institut

Tadbiran Awam Negara.

Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan

Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsan. 2005. Pemantapan Nilai

Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti, Prosiding Seminar Kebangsaan

Sumber Manusia 2005, anjuran Universiti Teknologi Malaysia. 2- 3 Februari 2005.Hotel Sifitel,

Senai, Johor Bahru. http://jurnalakademik.blogspot.com/2006/09/pemantapan-nilai-integriti-

individu.html. Dicetak 25 Januari 2011.

Khadijah Abdul Razak. 2011. Profesionalisme Guru Pendidikan Islam: Konsep dan Amalan. Proceeding

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education

(ICERIALE) 2011. 26-28 September. Langkawi, Kedah. 453-462.

Khairani Zakariya @ Abd Hamid, 2012, Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam al-

Ghazali : Aplikasinya dalam Program Tarbiah Sekolah-sekolah Menengah Aliran Agama

Berasrama di Negeri Kedah, Malaysia, Jurnal ATIKAN, 2(1) 2012. 79.(atas talian) http://atikan-

jurnal. com/wpcontent/ uploads/2012/ 06/ 5.khairani. usm_ .jun_.12. pdf. Dicetak 15 Julai 2012.

Ku Seman Ku Hussain. 2008. Analogi Akar, Pokok dan Rasuah. Dalam Anis Yusal Yusoff dan Zubayry

Abady Sofian. Politik, Isu-Isu Integriti : 2000-2008. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors Sdn. Bhd., Institut Integriti Malaysia (IIM)., 38-41.

Kurata, P.1998. Eighty-five Countries Ranked for Perseived Corruption.(atas talian) http://www.usis-

australia.gov. Dicetak 10 Sept. 2012.

Mehrabian, A. 2000. Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success potential or

“Emotional Intelligence”. Genetic, Social & General Psychology Monographs, 126 (2), 133-239.

Mikulay, S.M., and Goffin, R.D. 1998. Measuring and Predicting Counter Productivity in the Laboratory

Using Integrity and Personality Testing, Educational and Psychological Measurement. Sage

Journal. 58(5):768-790.

Mohamad Yusoff Akope. 2000. Integriti Dalam Pendidikan: Ancaman Rasuah dan Cabaran

Menanganinya. Seminar Ke Arah Peningkatan Integriti di Kalangan Pendidik. 12 Julai 2000.

Melaka :Anjuran Badan Pencegah Rasuah Malaysia.

Mohd. Zakaria Bin Mat Khazani. 2005. Hubungan Antara Iklim Organisasi dan Prestasi Kerja di

Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah di Semenanjung Malaysia. Tesis Ijazah Doktor

Falsafah. Universiti Malaya.

Narita Ramdzam. 2010. Gelagat Pekerja dan Prestasi Kerja: Sejauh Mana Perkaitannya?. Buletin INTAN.

35 (1):31-40.

Ones, Deniz S., Viswesvaran, Chockalingam; Schmidt, Frank L. 1993. Comprehensive Meta-Analysis of

Integrity Test Validities: Findings and Implications for Personnel Selection and Theories of Job

Performance. Journal of Applied Psychology. 78(4), Aug 1993. 679-703.

Ones, Deniz S., Viswesvaran Chockalingam. 1998. The Effects of Social Desirability and Faking on

Personality and Integrity Assessment for Personnel Selection. Human Performance .11( 2-3):

245-269

Pattison, S. and Edgar, A. 2011. Integrity and the Moral Complexity of Proffessional Practise. Nursing

Philosophy .12(2): 94-106.

Rusli Ahmad dan Shamsiyati Shamsuddin. 2011. Pengurusan dan Penilaian Pestasi Pekerja. Kuching:

RS Publication.

Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suhana Mohamad Kip dan Mohd. Shahril Ahmad Razimi. 2011.

Membangun Personaliti Insan Guru dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja. Proceeding

International Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education

(ICERIALE) 2011. 26-28 September. Langkawi, Kedah. 913-920.

Sayyid Qutb Rahimahullah. 2001 . Tafsir fi Zilal Al-Quran. Terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. Kota Bharu

Kelantan : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy. 2010. Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan pustaka.

A New Paradigm of Ethics Education and Human Development International 60

Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab.Halim Tamuri, Isahak Othaman dan Mohd. Sabri Mamat. 2009. Kajian

Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of

Islamic and Arabic Education. 1(2): 31-50.

Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan. 2010. Mewujudkan Perkhidmatan Awam Cemerlang Melalui

Pementapan Etika Kerja dan Integriti.Buletin INTAN. 35 (1):3-10.

Transparency International. 1999. Corruption Perceptions Index. (atas

talian) http://www/transparency.org/cpi/1999/cpi1999.html. Dicetak 10 Sept 2012.

Vroom V.H. .1995. Work and Motivation. New York: John Wiley.

Zainudin Awang. 2012. A Handbook on SEM (Structural Equation Modeling), Using AMOS Graphic.

Kota Bharu: Universiti Teknologi Mara Kelantan.

Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota Kinabalu Sabah:

[email protected]

Prof Madya Dr. Baharom Mohamad, Pensyarah Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, Kota

Kinabalu Sabah.

Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.