23
Kalam Analitik Sebagai Falsafah Sains | 1 PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK DAN SINTESIS SAINS ISLAM DAN SAINS SEMASA Dr Amran Muhammad Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI Malaysia) 1 (Sebagai makalah jemputan bagi Multaqa Ilmuwan Usuluddin pada 17 Disember 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia) Abstrak Inisiatif Tajdid Kalam yang dimulakan pada awal abad ke 20 dikalangan para sarjana Islam dari Mesir, India dan Turki dalam mendepani cabaran ilmu-ilmu moden ketika itu gagal menarik perhatian para reformis dan modenis disebabkan Kalam merupakan sebahagian dari tradisi silam yang dianggap tidak lagi relevan bagi umat Islam. Bagaimanapun setelah lebih 100 tahun berlalu, agenda reformis dan modenis ini masih belum berupaya mengemukakan manhaj atau metodologi yang jelas bagaimana umat Islam boleh mendepani ilmu-ilmu moden. Penulisan ini bertujuan menyahut kembali seruan Tajdid Kalam tersebut dengan menyambung semula tradisi analitik dalam Islam yang dipelopori oleh para Mutakallimun sejak abad kedua Hijrah membentuk satu manhaj atau metodologi yang dikenali sebagai Tariqah al-Mutakallimin merentasi disiplin Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh yang stabil dan konsisten selama lebih 1000 tahun sehingga ke abad 19 Masihi yang merupakan era permulaan tradisi keilmuan Islam yang utama seperti Falsafah, Kalam, Usul-Fiqh dan Tasawwuf mula dipinggirkan oleh pemikiran dan gerakan reformis dan modenis. Penulisan ini menampilkan Inisitif Tajdid Kalam Abad ke 21 sebagai kesinambungan tradisi penyelidikan Kalam Analitik berdasarkan Metodologi Mutakallimun (Tariqah al-Mutakallimin) sebagai pendekatan Analisis, Kritik dan Sintesis antara Sains- Sains Islam dengan Sains-Sains Semasa. Falsafah Sains 2 Falsafah Sains muncul pada awal abad ke 20 sebagai satu displin ilmu falsafah khusus yang mengkaji sifat dan tabiat ilmu pengetahuan sains moden semasa, dikembangkan mengikut pendekatan mazhab Logical Empiricism gagasan Vienna Circle yang pengaruhnya masih terus berleluasa dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan (sains-sains semasa seperti sains tabi’i, sains sosial, kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi - STI) hari ini. Para 1 ISSI-KRM Kalam Station, Suite C-3-4, 3 rd Floor, Tower C, Wisma Goshen, Plaza Pantai, No. 5, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel/Faks: +603-22020606, [email protected], 017-2437007. 2 Gillies, Donald, Philosophy of Science in the Twentieth Century, (Oxford: Blackwell, 1993).

PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 1

PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK

DAN SINTESIS SAINS ISLAM DAN SAINS SEMASA

Dr Amran Muhammad

Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI Malaysia)1

(Sebagai makalah jemputan bagi Multaqa Ilmuwan Usuluddin pada 17 Disember 2018 di Universiti

Kebangsaan Malaysia)

Abstrak

Inisiatif Tajdid Kalam yang dimulakan pada awal abad ke 20 dikalangan para sarjana Islam dari Mesir,

India dan Turki dalam mendepani cabaran ilmu-ilmu moden ketika itu gagal menarik perhatian para

reformis dan modenis disebabkan Kalam merupakan sebahagian dari tradisi silam yang dianggap tidak

lagi relevan bagi umat Islam. Bagaimanapun setelah lebih 100 tahun berlalu, agenda reformis dan

modenis ini masih belum berupaya mengemukakan manhaj atau metodologi yang jelas bagaimana umat

Islam boleh mendepani ilmu-ilmu moden. Penulisan ini bertujuan menyahut kembali seruan Tajdid

Kalam tersebut dengan menyambung semula tradisi analitik dalam Islam yang dipelopori oleh para

Mutakallimun sejak abad kedua Hijrah membentuk satu manhaj atau metodologi yang dikenali sebagai

Tariqah al-Mutakallimin merentasi disiplin Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh yang stabil dan konsisten

selama lebih 1000 tahun sehingga ke abad 19 Masihi yang merupakan era permulaan tradisi keilmuan

Islam yang utama seperti Falsafah, Kalam, Usul-Fiqh dan Tasawwuf mula dipinggirkan oleh

pemikiran dan gerakan reformis dan modenis. Penulisan ini menampilkan Inisitif Tajdid Kalam Abad

ke 21 sebagai kesinambungan tradisi penyelidikan Kalam Analitik berdasarkan Metodologi

Mutakallimun (Tariqah al-Mutakallimin) sebagai pendekatan Analisis, Kritik dan Sintesis antara Sains-

Sains Islam dengan Sains-Sains Semasa.

Falsafah Sains2

Falsafah Sains muncul pada awal abad ke 20 sebagai satu displin ilmu falsafah khusus yang

mengkaji sifat dan tabi’at ilmu pengetahuan sains moden semasa, dikembangkan mengikut

pendekatan mazhab Logical Empiricism gagasan Vienna Circle yang pengaruhnya masih terus

berleluasa dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan (sains-sains semasa seperti sains tabi’i,

sains sosial, kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi - STI) hari ini. Para

1 ISSI-KRM Kalam Station, Suite C-3-4, 3rd Floor, Tower C, Wisma Goshen, Plaza Pantai, No. 5, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel/Faks: +603-22020606, [email protected], 017-2437007. 2 Gillies, Donald, Philosophy of Science in the Twentieth Century, (Oxford: Blackwell, 1993).

Page 2: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 2

pelopor Falsafah Sains ini malah mengusulkan sebuah Manifesto Kesatuan Sains3 yang

mengemukakan sikap dan pegangan mereka mengenai definisi, penghuraian, justifikasi,

pemerhatian, nilai dan tujuan ilmu pengetahuan yang bebas nilai dan anti-metafizik. Oleh

kerana Falsafah Sains juga tumbuh dari bidang ilmu falsafah yang lebih luas, maka tidak dapat

tidak ia juga membahaskan persoalan-persoalan asasi Falsafah seperti Logik, Epistemologi,

Ontologi dan Aksiologi. Falsafah Sains juga disebut sebagai Metasains - sains aturan kedua

(second order science) kerana ia menyelidiki hal-ehwal disiplin-disiplin ilmu pengetahuan

semasa yang berada pada aturan pertama (first order science) seperti disiplin khusus Fizik,

Biologi, Matematik, Ekonomi, Politik, Psikologi, Teknologi, Kejuruteraan, Perubatan, Seni dan

seumpamanya.

Perkembangan Falsafah Sains turut disertai dengan perkembangan disiplin kajian mengenai

pelbagai aspek ilmu pengetahuan sains-sains semasa termasuklah Sejarah, Metodologi,

Sosiologi, Psikologi dan Politik sains-sains tersebut. Secara umumnya Falsafah Sains

menyelidik pelbagai dimensi ilmu pengetahuan saintifik dan disiplin-disiplin sains-sains

semasa berdasarkan pendekatan Kritik, Analisis dan Sintesis seperti yang dahulunya pernah

dilakukan oleh Aristotle dalam buku Posterior Analytics dan para Mutakallimun juga Failasuf

Muslim dalam kitab Al-Burhan (Pendalilan/Pembuktian). Dalam konteks ini perbincangan

Falsafah Sains Moden memiliki beberapa persamaan yang ketara dengan kitab Al-Burhan para

Mutakallimun yang juga mengambil pendekatan Kritik, Analisis dan Sintesis disamping kitab-

kitab disiplin ilmu Kalam yang didahulukan dengan persoalan Logik (Mantiq), Epistemologi

(Nazariyyah al-Ma’rifah), Ontologi (Mawjudat/Mumkinat) dan juga Aksiologi (Husn wa

Qubh) pada bahagian akhirnya.

3 Carnap, Rudolf, “Logical Foundations of the Unity of Science.” Dalam International Encyclopaedia of Unified Science. Vol. 1 No. 1, (Chicago: Chicago University Press, 1938).

Page 3: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 3

Kedudukan Falsafah Sains dan Cabang-Cabang Kajiannya

Falsafah Sains dan Hubungannya dengan Falsafah Disiplin-Disiplin Sains

Analisis, Kritik dan Sintesis Sains

Ilmu pengetahuan dan pelbagai disiplin sains dahulu dan sekarang tercetus dan berkembang

melalui aktiviti-aktiviti Analisis, Kritik dan Sintesis. Hatta dalam ilmu-ilmu Agama Islam

(sains-sains Islam) yang tradisional seperti Tafsir dan Hadith, kemunculan dan kemajuan

disiplin-disiplin ini bergantung kepada penyelidikan para Mufassir dan Muhaddith yang

kesemuanya melalui proses Analisis, Kritik dan Sintesis. Jika bagi disiplin-disiplin ilmu yang

kandungan naqliyyahnya lebih dominan pun proses Analisis, Kritik dan Sintesis tidak dapat

dielakkan, inikan pula bagi disiplin-disiplin ilmu yang peranan aqliyyah/nazariyyahnya adalah

lebih jelas seperti Kalam, Falsafah, Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf. Hal ini mengisyaratkan

bahawa perkembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan Agama (sains-sains Islam) dan Bukan-

Page 4: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 4

Agama (sains-sains semasa) hanya boleh menjadi kelaziman dan kenyataan bagi sesebuah

masyarakat dan peradaban yang menguasai dan mengamalkan ketrampilan Analisis, Kritik dan

Sintesis ilmu.

Malah kita mendapati pemindahan ilmu pengetahuan dan disiplin-disiplin sains dari satu

peradaban ke satu peradaban lain terjadi bilamana kemahiran Analisis, Kritik dan Sintesis ilmu

ini menjadi tumpuan utama peradaban tersebut. Penghasilan karya-karya ilmu dan sains

Peradaban Yunani terbina dari tahun 500SM – 200SM atas keupayaan Analisis, Kritik dan

Sintesis Thales, Anaximander, Pythagoras, Socrates, Aristotle, Plato, Stoics dan Euclid

misalnya. Kemudiannya tradisi Analisis, Kritik dan Sintesis ini disambut pula oleh para

ilmuwan Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Haytham, Al-Jazari, Al-Ghazali, Ibn

Rushd, Fakharuddin Al-Razi, Al-Baydawi, Al-Taftazani, Ibn Khaldun dan ramai lagi bagi

membina peradaban keilmuan Islam yang cemerlang disekitar tahun 800M – 1500M. Bermula

dari gelombang penterjemahan sains dan ilmu Yunani, para ilmuwan Islam kemudiannya

mengolah dan menambah sains dan ilmu Yunani menjadi sains dan ilmu milik Peradaban Islam.

Kemudiannya kecekapan Analisis, Kritik dan Sintesis ini diusahakan pula oleh para sarjana

Teologi Kristian seperti Albert Magnus, Roger Bacon, Thomas Aquinas, William of Ockham

dan Don Scotus bagi menterjemahkan dan kemudian memindahkan pelbagai ilmu dan sains

Peradaban Islam menjadi ilmu dan sains Peradaban Kristian Abad Pertengahan dari tahun

1100M-1500M. Begitulah juga yang berlaku kepada Peradaban Barat Moden bermula sekitar

tahun 1600M melalui para sarjana seperti Francis Bacon, Nicholas Copernicus, Galileo Galilei,

Rene Descartes dan Isaac Newton yang menguasai aktiviti-aktiviti Analisis, Kritik dan Sintesis

sains dan ilmu bagi menghasilkan pelbagai disiplin sains dan ilmu pengetahuan yan kita masih

warisi sehingga ke hari ini. Menarik untuk kita menyelidik mengapa sains dan ilmu dari

Peradaban India dan China tidak berkembang dalam tradisi Analisis, Kritik dan Sintesis

sepertimana sains dan ilmu Peradaban Yunani, Islam, Kristian Abad Pertengahan dan Eropah

Barat Moden.

Page 5: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 5

Ilmu Kalam4

Ilmu Kalam memiliki tradisi dan trajektori yang panjang lagi penting dalam Peradaban

Keilmuan Islam. Dalam dunia keilmuan Islam, terdapat sekurang-kurangnya empat disiplin

ilmu aqliyyah/nazariyyah yang penting iaitu Kalam, Falsafah, Usul-Fiqh/Fiqh dan Tasawwuf.

Manakala disiplin ilmu yang menjadi sumber rujukan utama isi-kandungan ajaran Islam iaitu

Tafsir dan Hadith bolehlah dianggap lebih mendekati disiplin ilmu naqliyyah sepertimana yang

telah dinyatakan sebelum ini. Ilmu Kalam mempunyai kedudukan yang istimewa dalam tradisi

keilmuan Islam kerana ia diangap sebagai disiplin ilmu yang paling universal (kulliyyah)

berbanding dengan disiplin ilmu lain yang dianggap khusus (juz’iyyah). Ilmu Kalam juga

dinamakan oleh Abu Hanifa sebagai Fiqh al-Akbar (Fiqh yang Paling Besar) berbanding

dengan Fiqh-Fiqh yang lain. Pelbagai penamaan juga telah diberikan kepada Ilmu Kalam

seperti Usuluddin, Tawhid, Akidah dan seumpamanya yang kesemuanya merujuk kepada

perananya bagi memperjelas dan menghuraikan pokok-pokok ajaran Islam yang berkaitan

dengan Rukun Iman atau keimanan. Tidak menghairankan jika Ilmu Kalam diterima sebagai

ilmu yang paling mulia dan tertinggi dalam klasifikasi dan hiraki keilmuan Islam.

Keistimewaan Ilmu Kalam bukan sahaja kerana ia bersifat universal (kulliyyah) membicarakan

prinsip-prinsip atau aksiom-aksiom Keimanan, Ketuhanan (Ilahiyyat), Kenabian (Nubuwwat)

dan Kebangkitan (Akhirat/Sam’iyyat) tetapi juga kerana Ilmu Kalam didahulukan dengan

perbincangan tentang Logik (Mantiq), Epistemologi (Nazariyyah al-Ma’rifah) dan Ontologi

(Mawjudat/Mumkinat) yang kesemua ini merupakan sifat dan tabi’at utama Metasains atau

Falsafah Sains. Malah Ilmu Kalam turut membincangkan mengenai Aksiologi (Tahsin dan

Taqbih), faham nilai yang penting dalam persoalan hubungan antara Ilmu, Nilai dan Etika.

Dalam konteks inilah penulisan ini bertujuan mengemukakan betapa Ilmu Kalam sangat

relevan dan berpotensi memainkan peranan sebagai Falsafah Sains kerana ciri-ciri

Teoretikalnya (Nazariyyah), Universalnya (Kulliyyah) dan Fundamentalnya (Usuliyyah) pada

menghuraikan sifat dan tabiat ilmu pengetahuan dan disiplin-disiplin ilmu lainnya. Justeru

penulisan ini ingin mencadangkan sebagai permulaan bagaimana Ilmu Kalam dari tradisi

keilmuan Islam arus perdana ini boleh dihidupkan semula dengan lebih berkesan sebagai

Falsafah Sains ataupun Metasains Islam memandangkan sehingga kini belum wujud sebarang

4 Karya Winter, Tim, The Cambridge Companion to Classical Islamic Theology, (Cambridge University Press, 2008) memberi gambaran lebih terperinci mengenai mauduk Ilmu Kalam.

Page 6: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 6

usaha membina disiplin Falsafah Sains/Metasains yang benar-benar berakar dari tradisi

keilmuan Islam dikalangan para sarjana Muslim semasa secara lebih terperinci.

Tradisi, Trajektori dan Tajdid Ilmu Kalam5

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam mula dihadapkan dengan persoalan-persoalan

yang berkait-rapat dengan keimanan, kehendak, kebebasan, ketentuan dan kepimpinan.

Pengembangan pesat Islam juga menyebabkan pemikiran-pemikiran asing mula

mempengaruhi dan mencabar faham-faham asas keimanan umat Islam. Justeru perdebatan

tentang persoalan-persoalan ini menumbuhkan satu disiplin ilmu yang dinamakan Ilmu Kalam

menjelang abad kedua Islam. Antara tokoh-tokoh awal yang membicarakan persoalan-

persoalan Kalam ini termasuklah Hasan bin Muhammad bin al-Hanafiyyah (m.99/718-

101/720), Umar b. Abd al-Aziz (m.99/717-101/720) dan al-Hasan al-Basri (m.110/728).

Kemudiannya muncul kelompok Qadariyyah melalui Ma’bad dan Ghaylan; juga kelompok

Jahmiyyah melalui Jahm bin Safwan (m.128/745-6) dan Dirar bin Amr (m.200/815); sebelum

timbulnya mazhab Kalam pertama yang besar dan berpengaruh iaitu Muktazilah melalui tokoh-

tokoh seperti Wasil bin Ata (m.131/748-9), Amr bin Ubayd (m.144/761), Abul-Hudayl al-Allaf

(m.227/842), Abu Ali al-Jubba’i (m.303/915-16) dan Abul-Qasim al-Balkhi (m.319/931).

Sebagai reaksi balas kepada pemikiran-pemikiran Muktazilah, pemikiran tokoh-tokoh seperti

Ibn Kullab (m.240/854-5), al-Muhasibi (m.243/857) dan al-Qalanisi (hidup abad ketiga/9M)

menjadi rujukan awal kepada pembentukan mazhab Kalam Ashai’irah. Abu Hasan al-Ash’ari

(m.324/935-6) menjadi pengasas tradisi Kalam Asha’irah yang membentuk mazhab akidah

terbesar umat Islam sehingga ke hari ini bersama pengasas mazhab Kalam Maturidiyyah Abu

Mansur al-Maturidi (m.333/944) yang dinamakan sebagai akidah Asha’irah-Maturidiyyah.

Kalam Maturidiyyah mempunyai akar yang kuat dari pengaruh Abu Hanifa (m.150/767)

melalui kitab beliau Fiqh al-Akbar. Tradisi Kalam Asha’irah-Maturidiyyah inilah yang

mewakili akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai arus perdana akidah dan pemikiran Islam

di seluruh dunia umat Islam hari ini. Dalam konteks ini, Kalam Asha’irah-Maturidiyyah dengan

tradisi yang berakar dari awal Islam dan dengan trajektori yang panjang sepanjang sejarah

peradaban umat Islam berpotensi untuk dilakukan proses tajdid/pembaharuan bagi

menghasilkan sintesis baru sains-sains Islam dengan sains-sains semasa. Gambaran penuh

5 Rujukan terbaru dan lengkap tentang Tradisi, Trajektori dan Tajdid Kalam ialah Schmidtke, Sabine, The Oxford Handbook of Islamic Theology, (Oxford University Press, 2016).

Page 7: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 7

mengenai Tradisi, Trajektori dan Tajdid Kalam boleh dilihat seperti dalam gambar rajah di

bawah ini.

1000 Tahun Tradisi, Trajektori dan Tajdid Kalam

Kategori Ilmu Kalam dan Kedudukan Kalam Analitik

Abad ke 20 menyaksikan majoriti umat Islam memahami dan menghayati akidah dan

pemikiran Islam tanpa menggunakan sebarang kitab akidah muktabar yang khusus. Dengan

berkembangnya pengaruh modenis dan salafis selepas tahun 1970an, kitab-kitab akidah yang

masyhur dalam tradisi akidah Kalam Ahli Sunnah Wal Jamaah Ashairah-Maturidiyyah seperti

Umm al-Barahin Al-Sanusi, Jawharah al-Tawhid Al-Laqqani, Sharh Aqaid al-Nasafiyyah Al-

Taftazani dan Al-Iqtisad fil ‘Itiqad Al-Ghazali tidak langsung menjadi pembacaan dan

pengajian akidah dan pemikiran Islam bagi sebahagian besar umat Islam. Akibatnya

pembelajaran akidah dan pemikiran Islam menjadi sangat cetek dan simplistik tanpa keupayaan

analitik dan sistematik seperti yang lazimnya terdapat pada metodologi kitab-kitab yang

dinyatakan diatas. Justeru kelompongan pengisian akidah dan pemikiran Islam berasaskan

kitab-kitab muktabar akidah ini telah mencetuskan pelbagai kekeliruan dan pertentangan

akidah dan pemikiran Islam dikalangan pelbagai kelompok umat pada hari ini.

Sekiranya umat Islam hari ini berjiwa-besar, berhati terbuka dan bersedia belajar dari tradisi

akidah dan pemikiran Kalam Asha’irah-Maturidiyyah, mereka akan mendapati para

Page 8: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 8

Mutakallimun telah membina dan menyediakan satu manhaj atau pendekatan dalam beberapa

bentuk Kategori atau Metodologi Penyelidikan dan Penulisan tertentu untuk memahami dan

menghayati akidah dan pemikiran Islam dan persoalan yang berkaitan dengannya melalui Ilmu

Kalam. Bentuk-bentuk kategori yang berbeda ini diformulasi dengan kaedah ilmiah yang

kompleks, kompetitif lagi komprehensif bagi menangani pelbagai persoalan akidah dan

pemikiran meliputi zaman dan lingkungan semasa mereka. Berbekalkan pendekatan

mengharmonikan naqal dan aqal – wahyu dan rasionaliti, kaedah analisis yang logikal dan

rasional, sistemisasi dan sintesis ilmu agama, ilmu terdahulu dan ilmu terkini, para

Mutakallimun telah mewariskan kepada umat Islam hari ini, kategori khusus kitab-kitab Ilmu

Kalam yang berupaya untuk merungkai pelbagai persoalan yang melibatkan isu dan cabaran

akidah dan pemikiran berdasarkan konteks dan aplikasi semasa kita pula sekiranya kita mahu

dan tahu memanfaatkannya.

Pertama: Kalam Publik - Kategori Syarah atas Matan Akidah Awam sebagai Kalam untuk

Orang Awam

Dalam konteks dunia globalisasi dan teknologi komunikasi hari ini, pemisahan antara orang

awam dan orang khusus/khawwas (elit) hampir pupus berhubung dengan sebaran ilmu, akidah

dan pemikiran. Pembentukan apa yang kita boleh namakan sebagai Kalam Publik atau Kalam

Orang Awam sangat diperlukan sekarang ini bagi mendepani penularan dan penyebarluasan

idea, ideologi, isme, akidah dan pemikiran yang boleh mengganggu-gugat pokok-pokok

kefahaman akidah dan pemikiran umat. Apakah justifikasi kita untuk mengharamkan atau

membidaahkan atau menyesatkan umat Islam yang menggunakan disiplin Ilmu Kalam bagi

menolak bahaya atheisme, agnostisme, anarkisme, sekularisme, liberalisme, pascamodenisme

dan seumpamanya yang sedang berleluasa mempengaruhi pegangan akidah dan pemikiran

umat Islam? Justeru Kalam Publik atau Kalam Awam yang bersifat massa dan popular mestilah

dikembangkan bagi membina semula kesedaran keimanan, ketuhanan dan keagamaan dalam

kehidupan umat berdasarkan disiplin Ilmu Kalam.

Disinilah peranan Kalam Publik - Kategori Syarah atas Matan Akidah Awam seperti kitab-

kitab Umm al-Barahin Al-Sanusi, Jawharah al-Tawhid Al-Laqqani, Sharh Aqaid al-Nasafiyyah

Al-Taftazani dan Al-Iqtisad fil ‘Itiqad Al-Ghazali sewajarnya diperkenalkan semula ke dalam

kancah masyarakat umat Islam. Sehubungan dengan ini juga, Kalam Publik - Kategori Syarah

atas Matan Akidah Awam yang masyhur di Nusantara seperti Durr al-Thamin Shaykh Daud

Al-Fathani, Aqidat al-Najin Tuan Minal, Faridat al-Faraid Shaykh Ahmad Al-Fathani, Bakurat

Page 9: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 9

al-Amani Pak Da’el Al-Fathani dan pelbagai lagi kitab-kitab akidah Melayu Jawi perlu

disebarluaskan dikalangan masyarakat awam menggunakan pendekatan massa dan popular

semasa. Kewujudan pengajian dan wacana Kalam Publik ini berupaya memberikan ketahanan

dan pemantapan akidah dan pemikiran umat dalam mendepani pelbagai ancaman dan syubhat

idea, isme dan ideologi yang mendatang.

Kedua: Kalam Strategik - Kategori Al-Mihal wal-Nihal / Al-Farq Bayna Al-Firaq sebagai

Kalam untuk Dasar dan Ruang Awam

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan bernegara hari ini, umat berdepan dengan

pelbagai aliran berfikir sesama muslim dan juga dikalangan bukan muslim. Misalnya terdapat

kelompok masyarakat yang digelar liberal sedang bertentangan dengan kelompok masyarakat

yang dilabel literal. Terdapat juga kelompok-kelompok agama yang pelbagai yang perlu

berinteraksi atau bermuamalah secara aman-damai dalam sebuah negara majmuk seperti

Malaysia. Keupayaan untuk memahami, menyantuni serta melestari kepelbagaian pemikiran

ini memerlukan satu pembentukan Kalam Strategik atau Politik bagi mengurus kepelbagaian

yang ada serta membina permufakatan dan konsensus nasional yang lebih harmoni dan saling

memahami.

Pembentukan Kalam Strategik atau Politik ini boleh diasaskan dari Kalam Strategik - Kategori

Al-Mihal wal-Nihal / Al-Farq Bayna Firaq yang telah dihasilkan oleh para Mutakallimun yang

sangat berguna dalam menerang dan menjelaskan kepelbagaian bentuk pemikiran dikalangan

umat Islam juga bukan Islam bagi mendapat pendedahan terhadap orientasi, asal-usul, kaedah

berfikir serta hujah-hujah golongan pelbagai idea, isme dan ideologi ini. Termasuk Kalam

Strategik - Kategori Al-Mihal wal-Nihal / Al-Farq Bayna Firaq ini ialah kitab Maqalat

Islamiyyin Al-Asha’ri itu sendiri, Al-Farq Baina Al-Firaq Abu Mansur Abdul Qahir al-

Baghdadi dan Al-Mihal wal-Nihal Al-Shahrastani juga Al-Fashl fi Al-Mihal wal Nihal Ibn

Hazm dan seumpamanya. Kalam Strategik - Kategori Al-Mihal wal-Nihal / Al-Farq Bayna

Firaq sangat berpotensi diperkembangkan dalam Kalam Strategik dan Politik kerana ia

memperlihatkan objektiviti dan keterbukaan para Mutakallimun dalam menilai kepelbagaian

pemikiran sesama Islam, pemikiran falsafah dan juga agama-agama lain.

Page 10: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 10

Ketiga: Kalam Analitik - Kategori Syarah, Hasyiah dan Ta’liqat atas Syarah

(Supercommentary) sebagai Kalam untuk IPT Awam

Pada peringkat ilmiah tertingi pula, sangat perlu diusahakan pembentukan Kalam Analitik atau

Kalam Akademik akademik bagi menyumbang penghasilan ilmu-ilmu baru berdasarkan

pendekatan Kalam Analitik - Kategori Syarah, Hasyiah dan Ta’liqat atas Syarah

(Supercommentary) sebagai Kalam untuk IPT Awam seperti yang dilakukan oleh Fakharuddin

Al-Razi dalam Muhassal, Al-Taftazani dalam Maqasid dan Abdul Rahman Al-Iji dalam

Mawaqif juga Al-Jurjani dalam Sharh Mawaqif. Pendekatan yang menjurus kepada

penghuraian epistemologi dan ontologi dan juga aksiologi yang dilakukan oleh Fakharuddin

Al-Razi, Al-Taftazani, Abdul Rahman Al-Iji dan Al-Jurjani sangat relevan dalam konteks

perbahasan ilmu-ilmu sains semasa termasuklah sains tabi’i, sains sosial, sains psikologi dan

sains teknologi.

Kalam Analitik - Kategori Syarah, Hasyiah dan Ta’liqat atas Syarah (Supercommentary)

sebagai Kalam untuk IPT Awam ini membuktikan betapa para Mutakallimun bukan sahaja

menjelaskan persoalan akidah dan pemikiran dalam konteks memahami agama semata-mata

malah mereka menunjukkan bagaimana akidah dan pemikiran ini juga berguna untuk membina

kefahaman terhadap alam semesta, psikologi manusia dan penghasilan ilmu-ilmu baru. IPT

Awam khususnya para ahli akademik dan mahasiswa perlu memainkan peranan penting

membina dan menghidupkan projek dan program Kalam Analitik atau Kalam Akademik yang

akhirnya menuju kearah pembentukan ilmu dan sains Tawhidik bagi manfaat umat Islam dan

umat manusia umumnya.

Pembentukan tiga inisiatif Kalam Publik, Kalam Strategik dan Kalam Analitik berdasarkan

kepada tiga kategori kitab-kitab muktabar Ilmu Kalam; 1) Kategori Syarah atas Matan Akidah

Awam, 2) Kategori Al-Mihal wal-Nihal / Al-Farq Bayna Firaq dan 3) Kategori Syarah,

Hasyiah dan Ta’liqat atas Syarah (Supercommentary) adalah pembuktian bahawa tradisi

Kalam adalah tradisi keilmuan akidah dan pemikiran yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang

dek panas. Umat Islam Abad ke 21 perlulah menerima hakikat bahawa Ihya Ilmu Kalam atau

Tajdid Kalam / Kalam Jadid adalah peluang keemasan mereka bagi memperkukuhkan akidah

dan pemikiran Islam mereka dalam menghadapi krisis dan konflik akidah, pemikiran dan

peradaban semasa. Dengan menjadikan kitab-kitab muktabar Ilmu Kalam ini benar-benar

relevan dan sentral dalam kehidupan dengan segala bentuk penambahbaikan terhadap tradisi

Page 11: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 11

dan kandungannya yang telah berusia lebih 1000 tahun ini, peluang umat Islam Abad ke 21

untuk memaknai kehidupan dan peradaban kemanusiaan akan lebih meyakinkan.

Pembahagian Kalam Analitik, Strategik dan Awam

Peranan Ilmu Kalam Dalam Masyarakat Islam

Klasifikasi dan Sintesis Sains Islam dan Sains Semasa6

Dari perspektif Falsafah Sains/Metasains, pembentukan dan pembahagian disiplin-disiplin

ilmu pengetahuan (sains-sains) dari Zaman Permulaan Sains Rasional dan Sistematik yang

dikatakan bermula sekitar tahun 500SM sehingga ke Abad 21 ini tidaklah jauh berubah

meskipun telah menempuh lebih 2500 tahun Peradaban Keilmuan Insan. Klasifikasi

6 Contoh-contoh klasifikasi ilmu dalam Islam sila rujuk Osman Bakar, Classification of Knowledge in Islam: A Study in Islamic Philosophies of Science, (Kuala Lumpur: IKD, 1992). Juga Ibn Khaldun, The Muqaddimah: An Introduction to History, terj. Franz Rosenthal (Princeton University Press, 2005).

Page 12: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 12

keseluruhan ilmu pengetahuan manusia kepada sekurang-kurangnya empat disiplin utama yang

dimulakan oleh Peradaban Keilmuan Yunani masih terus berlaku sehingga ke hari ini iaitu

disiplin-disiplin Ilmu Teoria, Ilmu Praxis, Ilmu Psyche dan Ilmu Techne. Ilmu Teoria ialah

Sains Teoretikal meliputi Fizik, Biologi, Kimia, Matematik, Logik, Falsafah dan Metafizik

yang dalam Islam disebut Ulum Nazariyyah. Ilmu Praxis ialah Sains Praktikal dan

Kemanusiaan meliputi Politik, Ekonomi, Sosiologi, Undang-Undang, Perniagaan, Seni Budaya

yang dalam Islam dinamakan Ulum Amaliyyah. Ilmu Psyche ialah Sains Psikologikal yang

mengandungi disiplin-disiplin pembinaan diri-individu manusia seperti Psikologi, Pendidikan,

Kepimpinan yang dalam Islam dinamakan Ulum Ruhaniyyah. Manakala Ilmu Techne ialah

Sains Teknologikal mencakupi disiplin-disiplin kepandaian merekacipta dan merekayasa

artifak dan produk seperti Kejuruteraan, Perubatan, Seni Bina, Pertanian dan pelbagai disiplin

penghasilan teknologi yang dalam Islam dinamakan Ulum Sina’iyyah.

Meskipun perbincangan ini tidak dapat menyebut semua disiplin sains yang wujud, ini tidak

bermakna disiplin-displin sains tersebut terkeluar dari mana-mana empat disiplin utama

Teoretikal, Praktikal, Psikologikal dan Teknologikal. Begitu juga terdapat banyak pertindanan

antara disiplin-disiplin sains yang mungkin berada dalam lebih dari satu kategori utama

merupakan sifat dan tabi’at biasa bagi ilmu pengetahuan akibat dari pertindanan metodologi

atau objek kajian. Pun begitu klasifikasi ilmu pengetahuan kepada empat disiplin utama ini

secara umumnya masih menepati dan bermanfaat.

Dilema permisahan antara sains-sains Islam dan sains-sains semasa akan terus menghantui

sarjana-sarjana Islam yang peka tentang permasalahan yang timbul akibat pemisahan ini.

Antaranya ialah masalah kekeliruan pandangan alam dan nilai kehidupan yang berbeza terbit

dari dua sistem ilmu ini sekaligus melahirkan individu-individu terpelajar Muslim yang juga

akan keliru pandangan alam dan nilai kehidupan mereka. Setakat ini usaha-usaha gagasan

Islamisasi dan Integrasi Ilmu yang telah bergerak sejak lebih 30 tahun dahulu masih belum

mengatasi masalah ini dengan berkesan. Permisahan disiplin-disiplin sains dalam dua sistem

ilmu ini terus berlaku kerana tiada usaha lebih terperinci untuk melakukan kritik, analisis dan

sintesis terhadap disiplin-disiplin tersebut. Ditambah pula tiada usaha untuk menjambatani

disiplin-disiplin dalam dua sistem ilmu ini secara lebih praktikal dan sistematik.

Page 13: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 13

Kalam Nazari, Kalam (Usuluddin) dan Sains Tab’i

Sejak Abad ke 17 yang sering dirujuk sebagai Revolusi Saintifik di Eropah, disiplin-disiplin

Sains Tabi’i seperti Fizik, Kimia dan Biologi berkembang berlandaskan idea-idea teras dari

New Organon Francis Bacon (1561-1626), Dialogue Concerning the Two Chief World Systems

Galileo Galilei (1564-1642), Discourse on Method Rene Descartes (1596-1650), Skeptical

Chemist Robert Boyle (1627-1691) dan Philosopiae Naturalis Principia Mathematica Isaac

Newton (1642-1726). Meskipun tokoh-tokoh Revolusi Saintifik Abad ke 17 ini pada asalnya

masih berpegang kepada teologi Kristian dan karya-karya saintifik mereka masih berbicara

tentang peranan Tuhan dan hubungannya dengan alam semesta, menjelang Zaman Pencerahan

Eropah Abad ke 18 (Age of Enlightenment), pensekularan Revolusi Saintifik menjadi kegiatan

utama tokoh-tokoh Perancis seperti Voltaire (1694-1778), Rousseau (1712-1778) dan Diderot

(1713-1784); juga tokoh-tokoh Inggeris seperti David Hume (1711-1776) dan Adam Smith

(1723-1790); dan tokoh Jerman Immanuel Kant (1724-1804). Bermula dari Zaman Pencerahan

Eropah itulah metafizik dan metodologi sains mula berpegang kuat kepada falsafah atau

mazhab Naturalisme yang menolak sebarang peranan Ketuhanan, Keruhanian dan Keagamaan

dalam kegiatan sains.

Falsafah dan mazhab Naturalisme sains Zaman Pencerahan ini kekal sehingga hari ini sebagai

Mazhab Ortodoks sains semasa terutamanya melalui pengaruh Logical Empiricism cetusan

Vienna Circle pada awal Abad ke 20 seperti yang dinyatakan sebelum ini. Antara mauduk

utama Falsafah Sains Abad ke 20 ialah tentang status dan keabsahan metodologi saintifik itu

sendiri disamping Falsafah disiplin-disiplin khusus seperti Falsafah Fizik dan Falsafah Biologi.

Selepas Logical Empiricism, muncul tokoh-tokoh seperti Karl Popper, Thomas Kuhn, Imre

Lakatos, Larry Laudan dan Paul Feyeraband yang mengkritik Logical Empiricism dengan

Falsafah Sains yang dikenali sebagai Pasca Positivisme.

Dalam konteks perbahasan Falsafah Sains semasa, Kalam Nazari boleh memainkan peranan

penting mengemukakan pendekatan dan pandangan Kalam dalam mauduk perbincangan

seperti permasalahan induksi, sebab-musabab, atomisme, mekanik kuantum, evolusi,

kebarangkalian fenomena dan seumpamanya. Disamping itu juga Kalam Nazari boleh

mengenengahkan persoalan Naturalisme dan Atheisme yang menjadi pegangan Ortodoks sains

Page 14: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 14

untuk dinilai semula serta membawa hal-hal Ketuhanan, Keagamaan dan Keruhanian dalam

sains semasa.7

Kalam Amali, Usul-Fiqh dan Sains Sosial

Oleh kerana pengaruh Logical Positivisme yang sangat kuat dalam tradisi keilmuan Barat abad

ke 20, Falsafah Sains Sosial juga banyak dipengaruhi oleh pendekatan Falsafah Sains Tabi’i

dalam seperti yang berlaku dalam disiplin-disiplin Sosiologi, Ekonomi dan Politik. Antara

tokoh utama Sains Sosial Moden ialah Auguste Comte (1798-1857) yang mengarang buku The

Course in Positive Philosophy dan A General View of Positivism. Kemudiannya Karl Marx

(1818-1883), Emile Durkheim (1858-1917) dan Max Weber (1864-1920) mengasaskan apa

yang kita fahami sebagai disiplin-disiplin Sains Sosial Moden ketika ini. Secara umumnya

Falsafah Sains Sosial membicarakan tentang logik, kaedah dan prinsip-prinsip sosial dan

praktikal. Falsafah Sains Sosial juga berkaitan dengan Praxeologi iaitu teori tentang tindak-

tanduk manusia yang diasaskan oleh Ludwig von Mises (1881-1973) dan Tardeusz Kotarbinski

(1886-1981). Seperti Falsafah Sosial Sains, Praxeologi membahaskan tentang agensi atau

potensi tindak-tanduk manusia, hubungan tindak-tanduk manusia sebagai fenomena sosial dan

praktikal, hukum-hukum sosial dan praktikal dan juga isu-isu ontologi, epistemologi dan

aksiologi sosial dan praktikal.

Sains Sosial atau Sains Praktikal jika ia membahaskan tentang teori-teori tindak-tanduk dan

perbuatan manusia sudah tentu ia sangat dekat dengan Usul-Fiqh dan juga Fiqh yang juga

berkaitan dengan hukum-hakam tindak-tanduk dan perbuatan manusia. Maka dalam konteks

ini Kalam Amali merupakan perbincangan khusus amaliyyah insaniyyah amal-perbuatan serta

tindak-tanduk manusia dilihat dari perspektif Islam khususnya dari perspektif Usul-Fiqh itu

sendiri. Kalam Amali boleh memberikan jawapan balas terhadap kritikan yang selama ini

dilemparkan kepada Ilmu Kalam Tradisi sebagai tidak praktikal dan tidak relevan dengan

kehidupan umat Islam. Perbincangan Imamah atau Kepimpinan yang dibahaskan dalam Kalam

Klasik boleh diangkat semula melalui Kalam Amali dengan penambahan mauduk-mauduk baru

seperti kebebasan, keadilan, kemajuan dan seumpamanya. Kalam Amali dengan bantuan Usul-

Fiqh berupaya menghuraikan tema-tema utama dalam disiplin Politik, Ekonomi, Sosiologi dan

disiplin Sains Sosial yang lain.

7 Usaha-usaha menghuraikan dapatan-dapatan penyelidikan Sains Moden khususnya Fizik dari perspektif Kalam telah dilakukan oleh Altaie, Basil, God, Nature, and the Cause: Essays on Islam and Science, (Kuala Lumpur: ISSI-KRM, 2017).

Page 15: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 15

Kalam Ruhani, Tasawwuf dan Psikologi

Sejak Descartes (1596-1650) memperkenalkan dualisme jiwa-raga, memisahkan Tuhan dan

Ruh dari kegiatan keilmuan manusiawi, lebih 300 tahun perkembangan sains dan ilmu

pengetahuan Barat Moden masih terus meraba-raba tentang kedudukan Ruh dan Tuhan dalam

kehidupan manusia. Psikologi Moden yang dimulakan oleh Wilhelm Wundt (1832-1920)

meneruskan legasi Descartes memisahkan kegiatan dan penyelidikan ilmiyyah Psikologi dari

membicangkan tentang Ruh atau Psyche. Psikologi tanpa Psyche atau ilmu ruh/jiwa tanpa

ruh/jiwa merupakan standard atau piawaian perbahasan Psikologi sehingga ke hari ini.

Tasawwuf merupakan sains tentang ruh/jiwa atau ilmu keruhanian/kejiwaan dalam tradisi

keilmuwan Islam. Melihat kepada kegagalan Psikologi Moden menjawab persoalan-persoalan

besar tentang manusia, ruh/jiwa dan Tuhan sudah sampai masanya bagi sarjana Islam

menjadikan Tasawwuf sebagai disiplin ilmiyyah lagi saintifik Psikologi Islam menggantikan

Psikologi Moden yang sebenarnya lebih bersifat ideologi (kepercayaan yang salah) bukannya

epistemologi (kebenaran ilmu).

Kalam Ruhani adalah satu percubaan Analisis, Kritik dan Sintesis disiplin Tasawwuf bagi

mendepani Falsafah Psikologi yang baru muncul di Barat ketika ini sebagai reaksi kepada

kegagalan pelbagai pendekatan Psikologi Moden selama ini. Psikologi Moden yang dipelopori

oleh Wilhelm Wundt dikenali sebagai Eksperimetalisme. Kemudian Sigmund Freud (1856-

1939) memperkenalkan pula pendekatan Psikoanalisis diikuti oleh Carl Jung (1875-1961)

dengan pendekatan yang hampir sama tetapi menggunakan konsep yang berbeda. Di Amerika

Syarikat pula Psikologi Moden lebih berkembang dari pemikiran William James (1842-1910)

sehingga B.F Skinner (1904-1990) yang dikenali sebagai Behaviorisme. Kemudiannya timbul

pendekatan Cognitivisme yang mencabar Behaviorisme melalui pemikiran Noam Chomsky

(Lahir 1928). Kini muncul pula pelbagai pendekatan baru Psikologi Moden seperti Psikologi

Evolutionari dan Neuropsikologi selain dari Psikologi Kognitif yang kesemuanya

menunjukkan betapa Psikologi Moden masih belum mendapat penjelasan yang pasti dan tetap

tentang hakikat, sifat dan tab’iat insan dan ruhnya.

Tasawwuf sebagai satu disiplin tentang hakikat, sifat dan tabi’at insan dan ruh memiliki tradisi

dan khazanah keilmuan yang sangat luas lagi mendalam yang berupaya memperjelaskan

banyak perkara yang jelas sehingga kini dalam Psikologi Moden. Setidak-tidaknya Tasawwuf

melalui Kalam Ruhani jika diperhalusi secara Analisis, Kritik dan Sintesis boleh dibina menjadi

disiplin Psikologi tersendiri untuk umat Islam sebagai ganti kepada Psikologi Moden yang tidak

Page 16: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 16

memuaskan setakat ini tentang penjelasannya mengenai hakikat, sifat dan tab’iat insan itu.

Begitu juga tentang potensi perubahan atau transformasi insan ke arah keadaan diri yang lebih

baik lebih jelas telah dihuraikan dalam Tasawwuf berbanding dengan Psikologi Moden. Malah

apa yang dikatakan sebagai amalan-amalan Tariqah atau dimensi praktikal Tasawwuf boleh

menjadi sebahagian dari Psikoterapi yang sesuai untuk umat Islam dan selari dengan ajaran

Islam itu sendiri. Begitu jugalah halnya dengan peranan Tasawwuf dalam disiplin-disiplin sains

yang lain seperti Kaunseling, Pendidikan, Kepimpinan dan Pembangunan Manusia yang

mempunyai peranan Psikologi dalamnya akan menjadikan Tasawwuf lebih relevan dan

berpotensi untuk dikembangkan secara Analisis, Kritik dan Sintesis.

Kalam Sina’i, Rekacipta Tradisi Islam dan Teknologi

Dalam perkembangan falsafah di Barat, Falsafah Teknologi adalah bidang perbincangan yang

masih baru disebabkan sikap dan pandangan tradisi keilmuan Barat yang mengikuti tradisi

keilmuan Yunani bahawa teknologi bukanlah ilmu pengetahuan yang hakiki tetapi sekadar

kerja-tangan artisan. Bagaimanapun bermula dari Revolusi Industri abad ke 18, teknologi

mengambil tempatnya yang tersendiri dalam dunia ilmu pengetahuan menjadi semakin penting

sehingga muncul apa yang disebut kompleks teknosains pada abad ke 20, iaitu teknologi

menjadi pemangkin perkembangan sains dalam hubungan antara universiti, kerajaan dan

industri. Oleh kerana itu boleh dikatakan wacana Falsafah Teknologi hanya muncul pada abad

ke 20 melalui dua tokoh utamanya iaitu Martin Heidegger (1889-1976) dan John Dewey (1859-

1952). Hampir kesemua sarjana yang membahaskan Falsafah Teknologi semasa tidak terlepas

dari merujuk kepada Heidegger khususnya karya klasik Falsafah Teknologi beliau Die Frage

nach der Technik (The Question Concerning Technology).

Cakupan Falsafah Teknologi semasa meliputi persoalan sejarah teknologi, kritik terhadap

teknologi, etika teknologi, kesan teknologi terhadap masyarakat dan politik teknologi. Dalam

konteks inilah mengapa Kalam Sina’i atau wacana Islam mengenai hakikat, sifat dan tabi’at

teknologi perlu dikemukakan oleh para ilmuwan Islam kerana di Barat pun wacana teknologi

ini masih diperingkat awal dan belum terdapat kata sepakat yang jelas mengenai disiplin

Falsafah Teknologi itu sendiri. Oleh kerana teknologi itu sendiri memberi kesan yang besar

mempengaruhi kehidupan umat Islam, maka perbahasan dan penyelidikan ilmiah tentangnya

perlu dilaksanakan melalui pendekatan Analisis, Kritik dan Sintesis Ilmu Kalam supaya

akhirnya umat Islam tahu hakikat, sifat dan tabi’at teknologi dan kemudiannya tahu pula

bagaimana berinteraksi dengan teknologi. Bukan sekadar itu berinteraksi dengan teknologi,

Page 17: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 17

malah umat Islam boleh berinovasi dan merekabentuk teknologi selari dengan faham

Ketuhanan, Kenabian dan Kebangkitan yang menjadi teras Ilmu Kalam.

Oleh kerana teknologi yang bersifat intensif dan ekstensif ini adalah fenomena abad ke 20, kita

juga tidak menjumpai perbincangan tentang teknologi secara reflektif atau falsafi dalam tradisi

keilmuan Islam silam. Hanya seorang tokoh Islam iaitu Ibn Khaldun ada membicarakan

klasifikasi teknologi yang beliau namakan sebagai Sinaah atau Rekacipta dalam kitab agung

beliau Muqaddimah. Pun begitu seperti mana tradisi keilmuan Yunani dan tradisi keilmuan

Barat sebelum abad ke 20, Ibn Khaldun tidak meletakkan Sina’ah atau Rekacipta dalam

kategori klasifikasi disiplin-disiplin sains dan ilmu pengetahuan tetapi mengasingkannya

kedalam satu bab yang tersendiri. Bagaimanapun dari Ibn Khaldun ini kita dapat mengambil

pengajaran bahawa klasifikasi teknologi, Sina’ah atau Rekacipta ini boleh membantu kita

kemudiannya untuk melakukan Analisis, Kritik dan Sintesis tentang hakikat, sifat dan tabi’at

teknologi, Sinaah atau Rekacipta. Seperti yang telah dibuat oleh Ibn Khaldun, perlu juga

diklasifikasi disiplin-disiplin sains teknologi semasa misalnya kejuruteraan, perubatan,

pertanian, senibina, senikerjatangan, teknologi maklumat, alam sekitar dan seumpamanya bagi

memudahkan aktiviti Analisis, Kritik dan Sintesis teknologi tersebut.

Kalam Sina’i atau Kalam Teknologi, Rekacipta, Rekabentuk dan Inovasi boleh menjadi

sumbangan besar dan penting tradisi, tajdid dan trajektori Ilmu Kalam memandangkan tidak

wujud perbincangan ini dahulunya sedangkan ia merupakan isu yang sangat mendesak dalam

kehidupan umat Islam semasa. Malah Kalam Sina’i berpotensi menjadi ruang kreativiti dan

inovasi sarjana Islam dunia moden kerana ia bakal menggabungkan elemen-elemen Kalam

Tradisi yang asal, Usul-Fiqh dan Tasawwuf kerana hakikat, sifat dan tabia’t teknologi itu

sendiri yang terpadu dalamnya elemen-elemen teoria, praxis dan psyche menjadi techne.

Justeru Kalam Sina’i memerlukan sarjana Islam yang lebih versatile dalam menggarap intipati

ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu moden.

Sebagai permulaan Kalam Sina’i boleh dilaksanakan dengan mencetuskan terlebih dahulu

faham teknologi, rekacipta, rekabentuk dan inovasi dalam cakupan Falsafah Teknologi Barat

yang telah ada melalui tema-tema sejarah teknologi, kritik terhadap teknologi, etika teknologi,

kesan teknologi terhadap masyarakat dan politik teknologi. Kemudiannya sarjana Islam mesti

melakukan Analisis, Kritik dan Sintesis kandungan tema-tema ini berdasarkan Kalam, Usul-

Fiqh, Tasawwuf dan disiplin-disiplin ilmu Islam lain yang berkaitan. Diwaktu yang sama tema-

Page 18: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 18

tema khusus yang menyentuh keperluan dan kepentingan umat Islam boleh dikemukakan

supaya melaluinya faham teknologi, rekacipta, rekabentuk dan inovasi akan lebih dimiliki dan

dirasai oleh umat Islam itu sendiri. Lama-kelamaan akan terbina satu wacana Kalam Sina’i –

wacana teknologi, rekacipta, rekabentuk dan inovasi yang benar-benar terbit dari Rahim ilmu-

ilmu Islam tetapi sangat peka dan dinamik menangani dan mendepani cabaran-cabaran

teknologi terkini.

Penginstitusian Kalam Analitik dan Sintesis Sains-Sains Islam-Semasa: Pengemblengan

Peranan Universiti

Kalam Analitik yang dikemukakan oleh penulisan ini bertujuan mengembalikan peranan Ilmu

Kalam sebagai ilmu nazariyyah (teoretikal), kulliyyah (universal) dan usuliyyah (fundamental)

sepertimana yang telah sedia dipelopori dan menjadi kelaziman dalam tradisi keilmuan Islam

sejak dari abad kedua Islam lagi khususnya iaitu sebagai Fiqh al-Akbar. Sebagai ilmu atau sains

yang paling tinggi dalam hiraki atau maratib ilmu pengetahuan, Ilmu Kalam menjadi ilmu yang

menyediakan aksiom-aksiom dan prinsip-prinsip utama bagi postulat-postulat atau premis-

premis ilmu-ilmu dibawahnya khususnya berkaitang dengan aksiom dan prinsip Ketuhanan,

Kenabian dan Kebangkitan. Paling tidak semua ilmu-ilmu dibawah Ilmu Kalam mengguna-

pakai beberapa aksiom/prinsip penting Ilmu Kalam dalan pembentukan atau penghasilan ilmu-

ilmu tersebut seperti Usul al-Fiqh, Tasawwuf, Fizik, Biologi, Politik, Ekonomi, Kejuruteraan

dan Perubatan misalnya. Secara langsung dan tidak langsung Ilmu Kalam berperanan sebagai

ilmu atau sains pemersatu pelbagai disiplin sains-sains Islam dan semasa kerana perkongsian

aksiom/prinsip yang diambil dari Ilmu Kalam misalnya. Peranan sains pemersatu ini juga

sangat bertepatan dengan Ilmu Kalam sebagai Sains Tawhid atau Pengesaan Allah SWT yang

ketika ini belum wujud dalam sistem ilmu dan sains semasa.

Penginstitusian Ilmu Kalam bermula di Universiti khususnya di Jabatan-Jabatan Akidah,

Usuluddin dan Pemikiran Islam. Jabatan-Jabatan ini memiliki ramai pensyarah yang berlatar-

belakangkan Ilmu Kalam dari perspektif tradisional yang perlu didinamikkan dalam konteks

interaksi dengan sains-sains semasa. Para pensyarah Ilmu Kalam tradisional ini perlu

menumpukan pengkajian mereka kepada kategori Kalam Analitik berdasarkan karya-karya

Fakharuddin Al-Razi dalam Muhassal, Al-Taftazani dalam Maqasid dan Abdul Rahman Al-Iji

dalam Mawaqif juga Al-Jurjani dalam Sharh Mawaqif seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Para pensyarah Ilmu Kalam perlu didedahkan dengan kandungan-kandungan Logik,

Metodologi, Epistemologi, Ontologi dan Aksiologi dalam karya-karya Kalam Analitik ini

Page 19: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 19

sebagai persediaan bagi mereka mendepani sains-sains Islam dan semasa yang lainnya.

Kemudianya juga para pensyarah Ilmu Kalam ini perlu didedahkan dengan aksiom/prinsip

disiplin Usul al-Fiqh dan Tasawwuf supaya mereka menguasai logik dan metodologi sains-

sains Islam yang penting ini. Sudah pasti mereka perlu menguasai sistem logik/mantiq

tradisional Islam yang dengannya Ilmu Kalam dan Ilmu Usul al-Fiqh itu dibina. Tradisi

Analitik dalam Islam yang menggabungkan Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh inilah yang dikenali

sebagai Tariqah al-Mutakallimin oleh Ibn Khaldun dan para ulama dalam tradisi Usul-Fiqh.

Fasa seterusnya ialah para pensyarah Ilmu Kalam perlu mula menguasai Falsafah Sains bagi

membolehkan mereka memahami hakikat, sifat dan tabi’at sains-sains semasa. Mereka perlu

berupaya melakukan Analisis, Kritik dan Sintesis antara aksiom/prinsip sains-sains Islam

dengan sains-sains semasa. Kefahaman dan penguasaan terhadap Falsafah Sains Tabi’i,

Falsafah Sosial Sains, Falsafah Psikologi dan Falsafah Teknologi adalah langkah permulaan

untuk berinteraksi dengan sains-sains semasa sebelum mereka meneroka disiplin-disiplin sains

yang lebih khusus dan terperinci seperti Fizik, Biologi, Neurosains, Politik, Ekonomi, Sosiologi

dan seumpamanya. Sepertimana sains-sains Islam, sains-sains semasa juga terhasil dan

berkembang berdasarkan aksiom-aksiom dan prinsip-prinsip asasi yang membina kerangka

bangunan sains-sains tersebut. Dalam proses interaksi antara sains-sains Islam dan sains-sains

semasa inilah, para pensyarah dapat menelitik aksiom-aksiom, prinsip-prinsip, postulat-

postulat, premis-premis, teori-teori dan seumpamanya yang saling bersamaan dan bertentangan

antara pelbagai sains-sains Islam dan semasa ini. Disinilah ketrampilan Analisis, Kritik dan

Sintesis dikalangan para pensyarah diperlukan bagi melaksanakan daya-usaha, ijtihad dan

tahqiq mereka terhadap dapatan-dapatan sains-sains Islam dan semasa ini antara satu sama lain

dan tidak semestinya sehala sahaja. Malah sains-sains Islam juga boleh mendapat manfaat dan

diperkasakan melalui interaksi dengan sains-sains semasa.

Sesungguhnya interaksi antara sains-sains Islam dan semasa merupakan langkah permulaan

sebelum sebarang proses integrasi dan Islamisasi ilmu pengetahuan ingin dijayakan. Ia adalah

proses yang panjang dan mesti diulang-ulangkan interaksi tersebut agar hakikat, sifat dan

tabi’at sains-sains itu benar-benar difahami dan diasimilasi dalam sistem ilmu dan akhirnya

nanti kehidupan umat Islam itu sendiri. Tidak semestinya semua interaksi ilmu berakhir dengan

Islamisasi malah Analisis, Kritik dan Sintesis sains-sains Islam dan semasa ini mungkin boleh

menghasilkan sains-sains baru yang lebih menyeluruh tanpa mesti dinamai dengan sains atau

ilmu Islam. Sepertimana yang telah dilakukan oleh sarjana-sarjana silam Islam, proses Analisis,

Page 20: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 20

Kritik dan Sintesis ilmu pengetahuan ini mesti dilakukan pula oleh para sarjana Islam semasa.

Meskipun sebagai permulaan Jabatan-Jabatan Akidah, Usuluddin dan Pemikiran Islam

bertanggungjawab mengambil amanah ini, kemudiannya Jabatan-Jabatan lain seperti Usul-

Fiqh, Al-Qur’an, Al-Sunnah dan lain-lain juga wajib meneroka proses yang sama demi

penghasilan ilmu-ilmu baru Islam yang dinamik, relevan dan kompeten dalam menghadapi

cabaran ilmu-ilmu semasa.

Peringkat-Peringkat Pembentukan Kalam Analitik Sebagai Falsafah Sains Islam

Kerangka Besar Pembinaan Falsafah Sains/Metasains Islam

Tahap Pertama: Pembinaan Asas Falsafah Sains/Metasains

Page 21: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 21

Tahap Kedua: Peringkat Pembinaan Struktur Sains-Sains

Tahap Ketiga: Peringkat Partisipasi Antara Sains Islam dan Sains Semasa

Silibus Pembentukan Falsafah Sains/Metasains Islam

Page 22: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 22

LATARBELAKANG PENULIS

Dr Amran Muhammad adalah Pengasas dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Islam dan Strategi – Islamic

and Strategic Studies Institute (ISSI), Kuala Lumpur, Malaysia dan Pengarah Kalam Research & Media

(KRM) Asia Tenggara yang berpusat di Abu Dhabi, UAE. Beliau menerima BSc Ekonomi dari University

of Alabama, Amerika Syarikat, MA dalam Sejarah dan Falsafah Sains Islam dari Institut Pemikiran dan

Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC, Kuala Lumpur) dan PhD dalam Polisi Sains dan Teknologi dari

Pusat Sejarah Sains , Teknologi dan Perubatan, Universiti Manchester, UK. Beliau kini mengetuai

Inisiatif Pembaharuan Kalam (Tajdid Kalam) di Malaysia dengan kerjasama beberapa universiti di

Malaysia yang menumpukan kepada pendekatan semula pendekatan analitik, logik dan sistematik

untuk memahami Islam dan hubungannya dengan perkembangan pemikiran, ilmu pengetahuan dan

peradaban. Inisiatif Malaysia ini melengkapkan projek 9 tahun Teologi/Kalam Analitik di peringkat

global antara Kalam Research and Media (KRM) dan John Templeton Foundation (Amerika Syarikat)

bermula dari tahun 2013. Sebelum ini, beliau telah dipilih sebagai Rakan Penyelidik Nasional Malaysia

untuk Projek Atlas Dunia Islam - Sains dan Inovasi di bawah Royal Society of United Kingdom dan

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dari 2009-2012. Semasa berkhidmat di Universiti Malaya, Kuala

Lumpur dari 1998-2013, beliau adalah Ketua Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan

Timbalan Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaysia. Dalam Inisiatif Pembangunan Kalam

(Tajdid Kalam) di Malaysia, beliau telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuklah Kuala Lumpur

International Kalam Symposium KLIKS 1-2016, KLIKS 2-2017, KLIKS 3-2018 yang mengemukakan tokoh-

tokoh Kalam antarabangsa; Konvensyen Kalam Kebangsaan 1.0 – 2016 dan 2.0 – 2018

menghimpunkan kepakaran tokoh-tokoh Kalam Negara; dan Siri Seminar Kalam dan Hari Kalam di

Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai pendedahan Ilmu Kalam kepada

para pelajar. ISSI telah mengadakan kerjasama erat dengan Jabatan dan Pusat Pengajian Akidah,

Usuluddin, Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama Universiti Malaya (UM), Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sultan Zainal

Abidin Terengganu (UNISZA) bagi menggalak dan meningkatkan kefahaman dan penghayatan serta

peningkatan kualiti pengajian Ilmu Kalam dikalangan para pensyarah universiti. ISSI sendiri dari masa

ke semasa terus mengadakan siri kuliah, talaqqi dan dawrah kitab-kitab Kalam Klasik termasuk

Mantiq/Logik dan Usul-Fiqh kepada para pelajar yang berminat dalam bidang ini. ISSI berusaha

membangunkan semula Tradisi Raya Analitik Dalam Islam sepertimana yang telah dipelopori oleh para

Mutakallimun melalui gabungan dan sintesis Ilmu Mantiq, Kalam dan Usul-Fiqh. Pendekatan atau

Metodologi Mutakalllimun atau Tariqah al-Mutakallimin yang sedang dibina oleh ISSI ini diharapkan

dapat memberi pencerahan dan kekuatan bagi umat Islam untuk melakukan Pembaharuan Pemikiran

dan Peradaban Islam bagi Abad ke 21 ini.

Page 23: PERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM … filePERANAN KALAM ANALITIK SEBAGAI FALSAFAH SAINS DALAM KRITIK ... kemanusiaan dan seni serta sains, teknologi dan inovasi -

K a l a m A n a l i t i k S e b a g a i F a l s a f a h S a i n s | 23