1
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting. Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada. Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa. Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.

Peranan teknologi maklumat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan teknologi maklumat

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi

sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di

dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan

kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio,

televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi,

menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan

ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam

mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita

supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita

dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan

peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam

bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi

komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat

menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya.

Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri

dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.

Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan

tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan

kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya.

Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh

melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang

disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai

banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi

oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan

gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam

menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan

pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa

masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan

berhati mulia.