30
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005 PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA 1 Hashim Hj. Musa Pendahuluan: Melaka sebagai Pusat Tamadun Islam Dunia Kurun ke-9H/ 15M Empayar Melaka pada pertengahan kurun ke- 15 M merupakan kemuncak kegemilangannya, terutamanya pada zaman Sultan Mansur Syah yang menaiki takhta sekitar tahun 1456 (Muhammad Yusoff Hashim, 1989:114). Tiga tahun sebelum itu iaitu 1453 kerajaan Islam Uthmaniyyah telah menawan bandar Constantinople/Istanbul daripada Kerajaan Romawi Timur menandakan kemasukan Islam ke Eropah timur. Namun pada tahun 1492 iaitu 36 tahun kemudian, kerajaan Islam di Sepanyol telah dimusnahkan oleh kerajaan Kristian, menandakan kehancuran kuasa orang Islam di Eropah barat sehingga kini. Sesungguhnya, Melaka bersama Pasai dalam abad ke-15 telah menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam yang terkemuka di dunia dan menjadi nadi pengajaran dan penyebaran Islam ke seluruh Asia Tenggara. lstana Sultan menjadi semacam madrasah dan maktabah; pusat 0/

peranan tulisan jawi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penulisan ilmiah

Citation preview

Page 1: peranan tulisan jawi

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA 1

Hashim Hj. Musa

Pendahuluan: Melaka sebagai Pusat Tamadun Islam Dunia Kurun ke-9H/ 15M

Empayar Melaka pada pertengahan kurun ke- 15 M merupakan kemuncak kegemilangannya, terutamanya pada zaman Sultan Mansur Syah yang menaiki takhta sekitar tahun 1456 (Muhammad Yusoff Hashim, 1989:114). Tiga tahun sebelum itu iaitu 1453 kerajaan Islam Uthmaniyyah telah menawan bandar Constantinople/Istanbul daripada Kerajaan Romawi Timur menandakan kemasukan Islam ke Eropah timur. Namun pada tahun 1492 iaitu 36 tahun kemudian, kerajaan Islam di Sepanyol telah dimusnahkan oleh kerajaan Kristian, menandakan kehancuran kuasa orang Islam di Eropah barat sehingga kini.

Sesungguhnya, Melaka bersama Pasai dalam abad ke-15 telah menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam yang terkemuka di dunia dan menjadi nadi pengajaran dan penyebaran Islam ke seluruh Asia Tenggara. lstana Sultan menjadi semacam madrasah dan maktabah; pusat

0/

Page 2: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

pengajian, pusat penyalinan, penterjemahan, dan perpustakaan bagi khazanah persuratan Melayu Islam. Kitab-kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, al-Durr al-Manzum dan tentu sekali banyak lagi yang lain, tersalin/tersimpan di sini, manakala kitab Bahr Lahut karangan Sheikh Abdullah Arif (1177 M) dikatakan oleh Wan Muhammad Shaghir ( 1996: 1-2) telah diMelayukan di Melaka pada

zaman mi.

Ulama-ulama daripada Timur Tengah, Parsi, India dan lain-lain, antaranya Makhdun Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuf, Mualana Yusuf, Maulana Sadar Johan dan Maulana Jalaluddin telah mengunjungi atau menetap di Melaka untuk mengajar bangsawan dan pembesar Melaka termasuklah sultan sendiri (Sejarah Melayu, Ms Raffles

No 18, 1998: 122, 183, 185). Jawatan Qadhi dan Faqih menduduki barisan depan pembesar Melaka. Pelajar-pelajar daripada kawasan lain di Kepulauan Melayu belajar di Melaka dan apabila kembali ke tempat

masing-masing telah menjadi pendakwah Islam dan ada yang menubuhkan pusat pengajian mereka sendiri, termasuklan beberapa

tokoh Wali Songo Jawa iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri (R. 0. Winstedt, 1977:85).

Melaka juga pada masa itu merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di dunia, seperti yang dinyatakan oleh Tom Pires pencatat rasmi kerajaan Portugis ketika itu:

"No trading port as large as Malacca is known nor anywhere they deal in such fine and highly prized merchandise. (Tiada pelabuhan yang sebesar Melaka diketahui dan tiada yang berdagang barangan yang secantik dan semahal itu)." (Suma Oriental of Tome Pires, Armando Cortesao, 1944:286).

Simon Elegant dalam Far Eastern Econmic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka (Terjemahan):

"Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia ... Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di

87

Page 3: peranan tulisan jawi

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya."

Demikianlah Melaka pada masa itu benar-benar pusat tamadun Melayu Islam yang telah mencapai taraf dunia, dengan organisasi dan institusi sosial dalam bidang ekonomi, politik, pentadbiran, pendidikan, dan agama Islam yang kukuh dan berwibawa. Ini bermakna dalam masa sekitar 50 tahun selepas pembukaannya, para pemimpin dan rakyat jelatanya telah berjaya membina negara dan tamadun Melayu Melaka sebagai sebuah negara bertaraf dunia pada ketika itu. Asas yang menjadi tunjang tamadun itu ialah budaya Melayu, agama Islam, dan bahasa Melayu (dengan tulisan Jawi) sebagai wadah persuratan, perakaman dan pewarisan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaannya.

Tulisan Jawi dan kedatangan Islam di Kepulauan Melayu

Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang tiba ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Sememangnya sejarah penggunaan tulisan Jawi amat rapat dengan sejarah kemasukan dan penghayatan Islam di seluruh Kepulauan Melayu amnya dan di Malaysia khususnya.

Tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dengan berasaskan huruf Arab, untuk mengeja bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa agama Islam walaupun sebelum ini bahasa Melayu sudah mempunyai ejaan Kawi. Ini adalah kerana tulisan Jawi lebih serasi untuk melambangkan bunyi istilah-istilah agama Islam yang kebanyakannya bersumberkan al-Qur'an dan al-Hadith yang wajib disebut secara betul supaya tidak berlaku perubahan bunyi yang mudah terjadi jika dieja dalam tulisan Rumi dan dapat menjejas keimanan, seperti bagi istilah­istilah berikut kalau dieja dengan tulisan Rumi:

88

Page 4: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

Jawi Rumi Makna dalam Rumi

01•_,J Quran/Kuran surat akhbar

..:...;W. Sabit sejenis parang

.r-LA;; Takbir takbir sepatutnya ta'bir

t!:~ Tasyrik yang disyirikkan

<$-..!...( Bidah nama perempuan

.~ Isyak syak wasangka

Fl Ijmak yang dij imak

_,..a.i Kasar Keras

r:.r---'.r Mukmin yang menyembunyikan

~ Nikmat bala

~')J Rukyah nama perempuan

.J.J\ Allah alah/kalah

\..:._, .) Rabbana rabana, alat bunyian

~ Taklim yang diiklimkan

t_W Samak samak, dibasuh

t_.r->- Khusuk kusuk (masai)

Kesimpulannya, sememangnya datuk nenek orang Melayu dahulu apabila memeluk agama Islam dengan penuh kebijaksanaan dan dengan taufik hidayat Ilahi, mereka telah mencipta tulisan Jawi untuk merakamkan persuratan Islam dan menggunakannya selama hampir 1000 tahun (berbanding dengan tulisan Rumi hanya sekitar 50 tahun) supaya dapat memelihara kemurnian ajaran al-Quran dan al-Hadith demi ketakwaan dan keredaan Ilahi.

Dalam sejarah penyebaran agama Islam ada beberapa bahasa yang telah dijadikan bahasa agama Islam dengan penggunaan sistem tulisan yang diasaskan daripada skrip Arab, antaranya ialah bahasa Parsi, bahasa Turki, bahasa Swahili (Afrika), bahasa Urdu, dan bahasa Melayu.

89

Page 5: peranan tulisan jawi

]urnal Pmgajian Melayu, Ji/id 16, 2005

Daripada bahasa-bahasa itu yang masih kekal dengan skrip Arab ialah bahasa Parsi dan bahasa Urdu selain daripada bahasa Arab sendiri, manakala bahasa Turki, bahasa Swahili dan bahasa Melayu sudah mengambil tulisan Rumi. Bahasa Melayu hanya menggunakan skrip Arab/Jawi dalam bidang agama ataupun oleh orang-orang lama yang masih nostalgia dengannya seperti Utusan Melayu. Demikianlah suasana yang ada kini.

Dari segi sejarah sumber skrip Arab berpunca daripada keluarga skrip Semitik daripada cabang Semitik Utara yang menurunkan keluarga kecil Aramaik dan seterusnya skrip Nabataen dan akhirnya kepada skrip Arab. Manakala tulisan Rumi berasal daripada tulisan Eropah, iaitu seperti rajah berikut:

Penurunan Tulisan Jawi Dan Tulisan Rumi Bahasa Melayu

Skrip Semitik Purba

Skrip Semitik Utara Skrip Semitik Selatan Skrip Ethiopik

Skrip Skrip Skrip

Paleo-Hebrew Aramaik PhoenU<s~

Skrip Skrip Skrip-skrip Skrip-skrip Skrip Skrip

Syriak Nabataen Asia Tengah India Hebrew Bersegi Greek

/ Skrip Arab Skrip-skrip Skrip-skrip

l Asia Tenggara Eropah kini

SkrlpJawl Skrip Ruml

90

Page 6: peranan tulisan jawi

Peranan Tu/isan jawi Da/am Perkembangan Islam Di Malaysia

Bahasa Melayu sebelum menggunakan tulisan Jawi untuk mencatatkan agama Islam, telah menggunakan beberapa sistem tulisan yang lain yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu pada masa itu, antaranya ialah sistem tulisan Kawi dan sistem tulisan Rejang (Sumatra). Penggunaan tulisan Kawi terdapat dalam dua contoh batu bersurat iaitu satu di Minyak Tujuh Aceh bertarikh 1380 M dan satu lagi ialah Batu Nisan Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan bertarikh 1463 (sila lihat gambar batu bersurat tersebut yang terlampir). Batu nisan Ahmad Majunun mempunyai dua sistem tulisan sekali gus iaitu tulisan Kawi dan tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Kawi ini menunjukkan dengan jelas zaman transisi dari zaman dominasi Hindu-Buddha kepada zaman pemerkasaan Islam sepenuhnya apabila tulisan Jawi digunakan secara meluas di seluruh Kepulauan Melayu.

Tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, mungkin ada dua arah ketibaannya. Pertama ialah ketibaan daripada arah Timur iaitu daripada negara China. Syed M. Naquib al-Attas (1969) menyebut tentang catatan pengembara China yang menyatakan bahawa pada tahun 55 H I 674 M sudah ada penempatan orang-orang Islam di Sumatra Timur iaitu di San Fu Chi (Srivijaya). Penghijrahan dan penempatan yang lebih besar mungkin berlaku apabila orang-orang Islam, yang sudah bermastautin di Negeri China sejak awal Hijrah lagi, telah berpindah akibat daripada kekacauan yang berlaku pada zaman RajaJi-Tsung. Mereka telah turun ke bahagian selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan baru di Kalah (Kedah) sekitar tahun 878 M (S. Q. Fatimi, 1963:69) dan di sekitar Palembang sekarang (Syed M. Naquib Al-Attas, 1969: 11). Beberapa buah batu bersurat dalam tulisan Arab telah dijumpai pada awal kurun 5 H I 11 M membuktikan arah kedatangan dan penempatan Islam daripada arah Timur iaitu China; batu nisan Champa di Vietnam Selatan bertarikh 431 H I 1039 M, batu nisan di Pekan Pahang bertarikh 419 H I 1028 M, batu nisan al­Mukhdarah di Brunei bertarikh 440 H I 1048 M, batu nisan Fatimah di Leran Surabaya bertarikh 475 H I 1082 M dan batu bersurat di Kuala Berang Terengganu 702 HI 1303 M.

Satu lagi kemungkinan arah kedatangan Islam ialah dari Barat, sama ada secara langsung daripada tanah Arab ataupun melalui Parsi dan India. Berdasarkan catatan Arab/Parsi/India oleh Abu Ishak Makarani al-Fasy, (lihat N.A. Baloch, Advent of Islam in Indonesia, 1980:17 dan

91

Page 7: peranan tulisan jawi

jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990:37) Islam mula-mula bertapak di Perlak Sumatra dengan kerajaan Islam pertama dirnbuhkan sekitar 225 H I 840 M oleh rajanya yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah anak kepada seorang Arab Quraisy Sayyid Ali hasil perkahwinannya dengan adik perempuan Meurah Perlak. Kemudian diikuti oleh Samudera-Pasai dengan kerajaan Islam pertamanya ditubuhkan oleh Meurah Giri dengan nama Islamnya Mahmud Shah pada tahun 1042. Di Pasai pula seorang rajanya bernama Meurah Silau diislamkan dengan nama Islamnya Malik al-Saleh oleh seorang pendakwah bernama Syeikh Ismail urnsan daripada Syarif Mekah. Kemangkatan Baginda pada tahun 696 HI 1297 M terpahat pada batu nisan baginda.

Syed M. Naquib al-Attas (1969:11) berdasarkan riwayat dalam Hikayat Aceh yang mengatakan bahawa Islam juga telah masuk ke Sumatra Utara sekitar tahun 505 H I 1112 M dengan kedatangan seorang mubaligh Islam bernama Syeikh Abdullah Ariff. Muridnya yang bernama Syeikh Burhan'l-din seterusnya telah membawa Islam ke Pantai Barat Sumatra. Tarikh penubuhan Islam di Sumatra Utara dikatakan bermula pada 601 H I 1204 M apabila Sultan Johan Shah menaiki takhtanya. (lihat Othman Mohd Yatim clan N. Halim, 1990:18). Marco Polo apabila singgah di sini pada tahun 1292 dalam perjalanannya ke China telah menyebut "The people of Ferlac (Perlak) used to be idolators but owing to contact with Saracen (Muslims) merchants they all have converted to Islam". Samudera-Pasai telah menjadi pusat tamadun Melayu Islam yang pertama dan semasa pemerintahan Malik al-Zahir pengembara Islam Ibnu Batutah telah sampai di sini clan menyatakan bahawa Rajanya Malik al-Zahir merupakan seorang Islam yang berpegang teguh kepada agama Islam, clan balai penghadapan Baginda senantiasa dikunjungi para ilmuwan clan sasterawan. Batu nisan Malik al-Zahir di Lhoksaumawe Aceh Utara bertarikh 726 H I 1326 M. Daripada Aceh Islam merebak ke kawasan pulau Sumatra yang lain. Peristiwa, tarikh, clan tinggalan sejarah di tempat-tempat ini membuktikan bahawa jalur kedatangan Islam mungkin juga daripada arah Barat. Seterusnya Islam telah merebak ke Melaka (1414 M), clan kawasan SemenanjungTanah Melayu yang lain, Patani (1500 M), Brunei (sekitar awal Kurun ke-15 M), Kepulauan Sulu (1405 M), Jawa (Gerisik 1419, Demak 1450 M, Surabaya 1525, Sunda Kelapa/Jakarta 1527,

92

Page 8: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

Mataram 1586), Mindanao 1475 M, Banjaramsin Kurun ke-15 M, dan lain-lain tempat di timur Kepulauan Melayu.

Penggunaan Tulisan Jawi dalam Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu 702 HI 1303 M

Para pengkaji menyebut catatan pertama yang mengandungi tulisan Jawi iaitu yang mencatat bahasa Melayu ialah Batu Bersurat Terengganu (702 H I 1303 M). Sebelum itu semua batu bersurat/batu nisan Islam tertulis dalam bahasa Arab. Batu Bersurat Terengganu mempunyai kedudukan yang amat penting dalam sejarah penyebaran dan penghayatan agama Islam di rantau Asia Tenggara, bukan sahaja kerana itulah tulisan Jawi pertama dalam bahasa Melayu, tetapi juga kandungannya merujuk kepada pelaksanaan hukum hudud atau undang­undang jenayah dalam sebuah negara Islam. Batu Bersurat menyebut 10 hukum, antaranya ialah:

1) Hukum zina:

(i) lelaki perempuan yang berzina ('berbuat balacara') jika merdeka dan bujang, dipalu seratus rotan,

(ii) lelaki perempuan merdeka yang berzina jika beristeri (bagi lelaki) dan bersuami (bagi perempuan), ditanam hingga ke pinggang dan baling ('dihembalang') dengan batu sehingga mati

(iii) Jika anak Raja ('Mandalika') bujang (berzina) dendanya (emas) sepuluh setengah (saga),

(iv) Jika Menteri bujang (berzina) dendanya (emas) tujuh tahil setengah tiga,

(v) Jika pembesar ('tetua') bujang (berzina), dendanya (emas) lima tahil (atau) tujuh tahil dan sepaha,

(vi) Jika menuduh perempuan berzina secara tidak benar dendanya (emas) setahil sepaha.

93

Page 9: peranan tulisan jawi

Jurnal l'engajian Melayu, jilid 16, 2005

Batu Bersurat Terengganu juga telah merakamkan kesemua lima huruf Jawi iaitu ..Y J \i. t_ ~ yang dicipta khusus untuk bahasa Melayu clan ridak ada dalam bahasa Arab. Ini menunjukkan bahawa sejak permulaan kurun ke-8 H I ke-14 M masyarakat Melayu sudah pun menyempurnakan huruf Jawi sepenuhnya, iaitu mengambil semua 29 huruf Arab dengan tambahan 5 huruf Jawi. Pada rahun 1986 satu huruf lagi ditambahkan iaitu j unruk huruf Rumi v.

Batu Nisan Ahmad Majnun Pengkalan Kempas Sungai Ujung 872H/ 1467M

Catatan tulisan Jawi seterusnya ialah Batu Nisan Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, yang amat menarik kerana mengandungi dua sistem tulisan sekali gus iaitu rulisan Jawi pada penampang Timur clan Barat clan tulisan Kawi pada penampang Utara clan Selatan, seperti dalam gambar terlampir. Kandungan dalam tulisan Jawi berbeza dengan kandungan tulisan Kawi. Seni khat Jawi tidak begitu ringgi nilainya bahkan terpengaruh dengan seni tulisan Kawi, clan kandungan kedua-dua penampang Jawi itu adalah sama iaitu menandakan maqam Syeikh Ahmad Majunun yang mati pada 801 Hijrah (1467/8 Masihi) iaitu pada zaman Sultan Mansur Shah memerinrah Melaka. Manakala kandungan kedua-dua penampang rulisan Kawi tidak sama bahkan penampang Selaran merupakan sambungan kesah daripada penempang Utara, iaitu meriwayarkan kematian Ahmad Majunun dengan isteri clan anaknya ketika mereka berjuang di sebuah jalan. Waiau bagaimanapun kandungan kedua-dua sistem tulisan itu dengan jelas menunjukkan pengaruh Islam iairu dimulai dengan Basmallah.

Manuskrip dan Teks Jawi sebagai Pencatat Ilmu Islam dan Persuratan Melayu Sepanjang Zaman

Sepucuk surat Sultan Ternate (bertarikh 1522 M) iaitu di sebelah Timur Kepulauan Indonesia yang tertulis dalam tulisan Jawi walaupun ditujukan kepada Raja Portugal, dengan jelas menunjukkan kemerebakan sisrem Tulisan Jawi clan agama Islam ke sebelah Timur Kepulauan Melayu. Hakikat bahawa surat itu bermula dengan ucapan Al-

94

Page 10: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

Hamadulillahi Rabil 'Alamin. Ytl 'Aziz ya Ghaffar dan berakhir dengan Wassalam bi 1-khair menunjukkan pengaruh Islam yang mendalam.

Sebuah kitab terjemahan daripada Aqa'id al-Nasafi karya Abu Hafs 'Umar Najm al-Din al-Nasafi (meninggal 537 H I 1142 M) merupakan antara bukti teks awal (selain Bahr al-Lahut, Durr al-Manzum, Umm al-Barahin) tentang kemasukan sebuah karya ilmu Islam ke dalam bahasa Melayu iaitu ilmu tauhid yang membicarakan akidah Islam. Terjemahan itu ditulis pada tahun 998 H /1590 M yang mengikut pendapat Syed M. Naquib al-Attas (1988:34) mungkin di Aceh oleh seorang murid Syeikh Muhammad Al-Hamid (atas arahan beliau) iaitu bapa saudara kepada Syeikh Nuruddin al-Raniri. (lihat lampiran salinan tiga halaman Terjemahan Aqa'id al-Nasafi).

Kitab-kitab Bahr al-Lahut oleh 'Abdullah 'Arif (tertulis pada kurun 6 H I 12 M) dan Umm al-Barahin oleh al-Sanusi (meninggal 895 H I 1490 M), dikatakan telah diajarkan di Melaka pada zaman Kesultanannya. (lihat Mahayudin Hj Yahaya, 1994:3). Kitab Durr al­Manzum oleh Abu Ishak al-Sirazi (kurun ke-15 M) telah disebut oleh Sejarah Melayu (naskhah Shellabear, 1967: 149) sebagai kitab yang didatangkan ke Melaka pada zaman Sultan Mansur Shah (1456-1477 M) oleh murid Abu Ishak iaitu Maulana Abu Bakar kemudian diterjemahkan di Pasai oleh Makhdun Patakan dan diajarkannya kepada para pembesar Melaka termasuk Sultan sendiri. Ini membuktikan dengan jelas tradisi pengajian dan persuratan ilmu Islam yang kukuh di Melaka sejak 500 tahun dahulu lagi.

Kesemua persuratan itu ditulis dalam tulisan Jawi yang terus menerus digunakan oleh bahasa Melayu sehinggalah ke pertengahan kurun ke-20, apabila ratusan kitab agama Islam telah dihasilkan untuk memenuhi tradisi pengajian secara pondok yang ditubuhkan di merata pelosok Asia Tenggara selaras dengan tersebar luasnya penganutan agama Islam.

Kitab Kuning: Warisan Gemilang Persuratan Melayu Islam

Pada separuh kedua kurun ke-19 M kitab-kitab Jawi yang dikenali dengan nama "kitab kuning" mula dicetak apabila sebuah pencetak

95

Page 11: peranan tulisan jawi

Jurna/ Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

kerajaan di Mekah didirikan pada 1884 dengan editor pertamanya Syeikh Ahmad Muhammd Zain al-Fatani, selain pencetak di Kaherah (Mustafa al-Babi) dan juga di Bombay yang ditubuhkan sebelum itu. Seterusnya syarikat pencetak tempatan muncul untuk mencetak kitab­kitab kuning itu, seperti di Sumatra, Singapura, Jawa, Semenanjung, Patani, dan lain-lain. Seorang pengkaji Belanda, Martin Van Bruinessen telah menjelajah toko-toko buku Islam di Jakarta, Bogor, Bandung, Purwokerto, Semarang, Surabaya, Banda Aceh, Medan, Pontianak, Banjarmasin, Amuntai, Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Bharu, dan Patani dan membeli kitab-kitab kuning yang berjumlah sekitar 900 judul dan dipunggah ke Perpustakaan KITLV di Leiden, Belanda (M. Van Bruinessen, 1999:132-134).

Briunessen menyenaraikan lapan disiplin ilmu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab itu (dan menyenaraikan juga judul­judul kitab bagi setiap jenis disiplin itu), iaitu:

Fiqih

Akidah/usuluddin

Nahu Arab

Kumpulan Hadith

- 20 %

- 17 %

- 12 %

8%

Tasawuf dan tariqat 7 %

Akhlaq 6 %

Doa, wirid, mujarabat 5 %

Kisah ambia, maulid, munaqib dll. - 6 %

Mohd Noor bin Ngah (1980:9) telah memperturunkan beberapa kitab yang sangat popular dipelajari di Malaysia dan seluruh Kepulauan Melayu, iaitu:

96

1) Bidayat al-Hidayat, tawhid, usul al-din (Muhammad Zain Jalal al-Din Aceh, 1757M),

2) Siraj al-Huda, tawhid (Muhammad Zain al-Din al-Samabawi, 1886 M),

3) 'Aqidat al-Najin, tawhid, (Zain al-'Abidin al-Fatani, 1890), Ketiga-tiga itu merupakan terjemahan daripada kitab Umm al-Barahin oleh al-Sanusi,

Page 12: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

4) Sirat al-Mustaqim, feqah, (Nur al-Din al-Raniri, 1634-44),

5) Sabi! al-Muhtadin, feqah, (Muhammad Arsyad al-Banjari, 1780)

6) Hidayat al-Salikin, tasawuf, ('Abd al-Samad al-Falimbani, 1778),

7) Siyar al-Salikin, tasawuf, ('Abd al-Samad al-Falimabi),

8) Al-Durr al-Thamin, usul al-din, (Daud al-Fatani, 1816),

9) Jama' al-Fawa'id, hadith, (Daud al-Fatani, 1823),

10) Furu' al-Masa'il, feqah, (Daud al-Fatani, 1838-41),

11) Hikam, tasawuf, (penterjemah anonimus),

12) Taj al-'Arus, (penterjemah Uthman Shihab al-Din al­Funtiayani, 1886),

13) Fath al-'Arifin, tariqah (Ahmad Khatib Sambas, 1878),

14) Mat/a' al-Badrain, usul al-din & hukum (Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani, 1885/86),

15) Tanbih al-Ghafilin, hadith ('.Abdullah 'Abd al-Mubin al-Fatani, 1770 M),

16) ]awhar al-Mauhub ('.Ali bin 'Abd al-Rahman al-Kelantani, 1888),

17) Kitab Sifat Dua Pu/uh, 'usul al-din, ('Uthman bin 'Abdullah Betawi, 1886),

18) Kasyf al-Ghaibiyyah, (Zain al-'Abdin bin Muhammad al­Fatani, 1883)

Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dalam makalah beliau "Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau Daripada Pelbagai Peringkat" (1995/96) telah membincangkan dengan terperinci penulisan/ penterjemahan kitab-kitab dalam pelbagai ilmu Islam di Alam Melayu daripada tahap awal (Ku run ke 12 M) hingga ke tahap ke-9 (kurun 20-21 ). Dengan berdasarkan makalah beliau ada lagi beberapa kitab kuning

97

Page 13: peranan tulisan jawi

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

yang luas tersebar dan diajar di seluruh wilayah Alam Melayu. Antaranya Turjuman al-Mustafid atau Tafiir Anwar al-Baidhawi (Abdul Rauf al­Fansuri al-Singkili dan Baba Daud bin Ismail al-Jawi), Munabbih al­Ghafilin (l 868 M) dan Jal' al-Qulub (1870) kedua-duanya oleh Haji Abd al-Samad Muhammad Salleh atau Tuan Tabal, dan lain-lain.

Untuk tinjauan ringkas karya dalam tulisan Jawi, sila lihat salinan kitab Bahr al-Dahut (Lahut), Undang-Undang Laut Me/aka (tertulis pada 1066 H I 1655 M, lihat Perpustakaan Negara Malaysia, Manuskrip Melayu Kegemilangan Tamadun Melayu, 1990:63), Hidayat al-Salikin, Hikayat Abdullah (Abdullah Munsyi, 1256 H I 1840 M), Bustan al­Katibin (Raja Ali Haji, 1850 M), Kitab Pemimpin johor (Muhammad Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi, 1878 M), Hidayat al-Salikin ('Abd Samad al-Falembani, cetakan 1354 H I 1935 M), Al-Durr al-Thamin (Syeikh Daud al-Fatani, 1223 HI 1816 M), Tafiir Anwar al-Baidhawi (Abdul Ra'ufbin Muhammad 'Ali al-Fansurai, cetakan 1961 M), Hadith Empat Puluh (Matn al-'Arba'in al-Nawawiyyah), (diterjemah, disyarah, disusun oleh Mustafa 'Abdu al-Rahman, 1964), Mastika Hadith Rasulullah Sallallhu 'Alaihi Wasallam (terbitan Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, 1974), Kimia' al-Sa'adah Iman al­GAhazali (terjemahan 'Abd al-Majid bin Haji Khatib, 1976), Risa/ah al­Laduniyyah Iman al-Ghazali (terjemahan 'Abd al-Llah bin Muhammad (Nakula), 1977), dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Muhammad Mukhtar Shafi'e, dkk, 1994).

Peminggiran Tulisan Jawi

Pada tahun 1956 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Baharu telah mengambil keputusan " ... sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya". Seterusnya Jawatankuasa Ejaan telah ditubuhkan oleh kerajaan " ... untuk menimbangkan ketetapan yang dibuat oleh Kongres berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia dan mendatangkan syor­syor bagi satu Ejaan Kebangsaan Rumi yang tetap".

98

Page 14: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

Pada tahun 1963 berdasarkan keputusan Kongres dan juga Jawatankuasa Ejaan itu maka Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang memutuskan tulisan Rumi digunakan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu mengetepikan tulisan Jawi kecuali dalam pendidikan agama Islam. Dengan demikian tulisan Jawi tidak lagi digunakan dalam semua mata pelajaran termasuk mata pelajaran bahasa Melayu kecuali Pendidikan Islam. Seterusnya beberapa majalah dan akhbar yang diterbitkan dalam tulisan Jawi misalnya Majalah Dian, Majalah Mastika, Utusan Qiblat, dan lain-lain telah menukarkan sistem ejaan Jawi kepada ejaan Rumi, kecuali Utusan Melayu/Utusan Zaman yang meneruskan penerbitannya walaupun menanggung kerugian kerana pasaran yang mengecut akibat berkurangnya mereka yang celik Jawi, setelah bertahun-tahun pengajaran tulisan Jawi diabaikan di sekolah.

Pelaksanaan Kembali Tulisan Jawi di Sekolah

Pada tahun 1981, iaitu 18 tahun sesudah pelaksanaan dasar tulisan Rumi, Jawatankuasa Mengkaji Semula Penggunaan Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan telah mengesyorkan "supaya ejaan Jawi dikaji semula dan diperkemas dan dikeluarkan sebuah Daftar Ejaan Rumi-Jawi dengan tujuan untuk digunakannya di sekolah." Pada tahun 1983 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Jawatankuasa Ejaan Jawi untuk mengemaskinikan sistem ejaan Jawi Za'ba dan mengajukan satu sistem tulisan Jawi bagi penggunaan Kementerian Pendidikan. Hasilnya ialah penerbitan buku Pedoman Ejaan jawi yang Disempurnakan pada tahun 1986 (edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993). Seterusnya Dafiar Ejaan Rumi-jawi dan Pedoman Ejaan jawi Bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1996.

Pada tahun 1992 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan supaya menggunakan sistem ejaan jawi yang disempurnakan itu, iaitu:

"Mulai tarikh ini (22 Januari, 1992) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, menengah, maktab-maktab perguruan, oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara." (Sila lihat salinan surat terlampir.)

99

Page 15: peranan tulisan jawi

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

Maktab Perguruan Islam dan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian pendidikan telah mempelopori gerakan penyebaran dan pemapanan tulisan Jawi dengan melatih para guru dalam kemahiran Jawi, memperkemas ejaan dan menulis buku-buku teks pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Kementerian Pendidikan pada tahun 1992 telah memasukkan pelajaran Jawi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kemahiran membaca dan menulis Jawi. Satu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi tulisan Jawi telah dibentuk daripada tahun 1 hingga tahun 6. Satu semakan kedua-dua itu telah dibuat pada tahun 2000 untuk dilaksanakan pada tahun 2003.

Namun tulisan Jawi hanya diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bukannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, atas penjelasan pihak Peguam Negara yang berbunyi:

"Tidak ada percanggahan dari segi Perlembagaan menjadikan Jawi sebahagian daripada pelajaran Bahasa Malaysia dan memasukkannya dalam Sukatan Pelajaran. Juga tidak ada percanggahan undang-undang bagi Kementerian (Pendidikan) menyuruh sekolah mengajar pelajaran Jawi, tetapi adalah bercanggah dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963 memaksa penuntut-penuntut mempelajari Jawi sebahagian daripada (pelajaran) Bahasa Malaysia." ('Aishah Rabi' ah bin ti Muhammad Saleh, 2002, "Pelaksanaan Jawi di Sekolah: Satu Penyelesaian. ")

Penutup: Jawi Sebagai Citra clan Jati Diri Bangsa Malaysia

Satu-satunya milik asli negara bangsa Malaysia ialah bahasa Melayu dengan tulisan Jawinya yang berumur hampir 1,000 tahun, berbanding dengan tulisan Rumi yang kita gunakan kurang dari 50 tahun. Di Korea, Jepun dan China, bahasa Korea, Jepun dan China ialah milik negara bangsa masing-masing, dan setiap rakyat mereka untuk memasuki Universiti mesti lulus bahasa mereka dengan tulisan mereka sendiri supaya dapat dikekalkan dan disemaikan jati diri, citra dan semangat kebangsaan rakyat jelata mereka. Demikianlah juga kita bangsa Malaysia, jika kita berasa bangga dengan khazanah warisan bangsa kita dan mahu membina jati diri Malaysia yang tersendiri supaya dapat dibemuk citra asli negara bangsa Malaysia tersendiri demi perpaduan yang utuh di

100

Page 16: peranan tulisan jawi

Peranan Tu/isan jawi Da/am Perkembangan !slam Di Malaysia

kalangan rakyat jelatanya, mengapa kita tidak terns menekankan polisi bahasa Melayu ini clan ditambahkan lagi dengan kemahiran tulisan Jawinya?

Pada zaman penjajah dahulu, pegawai-pegawai penjajah clan pembesarnya bila berhubung dengan Raja-Raja clan pembesar Melayu, mereka menulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi. Bahkan seorang ketua Paderi Kristian Werndly telah menterjemahkan Ki tab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi. Begitu juga paderi-paderi lain misalnya Shellabear, Thompsen, clan pembesar-pembesar lnggeris seperti Raffles, Farquhar, Wilkinson, Winstedt, clan lain-lain, telah menguasai bahasa Melayu clan tulisan Jawi. Oleh itu tuduhan yang mengatakan bahawa dengan mempelajari Jawi maka pelajar-pelajar dipaksa masuk Islam, adalah tuduhan yang palsu clan penuh prasangka yang buruk. Bahkan semua pelajar yang menguasai tulisan Jawi tidak akan mengalami sebarang kerugian; dia akan bernilai tinggi kerana dapat menimba secara langsung khazanah warisan ilmu pengetahuan clan kebijaksanaan yang turun-temurun sebuah tamadun besar di rantau Asia Tenggara iaitu tamadun Melayu. Di samping itu satu jati diri yang asli clan utuh dapat disemai clan dipupuk sebagai milik khusus negara bangsa Malaysia.

Wti Allahu 'a'lamu bi al-ssawab, wa salla Allahu 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in wa al-hadulillahi Rabbi al- 'alamin.

No ta

Kertas kerja dalam Seminar Tulisan jawi Dunia Melayu 2003, anjuran kerajaan Melaka 1-3 Oktober, 2003 di Melaka.

Rujukan

Abdul Rahman Haj Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa clan Pustaka.

Aisyah Rabi'ah binti Muhammad Saleh, 2002. "Pelaksanaan Jawi di Sekolah: Satu Penyelesaian", kertas kerja sempena Mesyuarat Agung PENJAWIM 2002.

101

Page 17: peranan tulisan jawi

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16. 2005

Al-'Attas, S. M. Naquib, 1988. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Translation of the 'Aqa'id of al-Nasafi. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Al-'Attas, S. M. Naquib, 1984. The Correct Date of the Terengganu Inscription. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Al-'Attas, S. M. Naquib, 1969. Preliminary Statement on A General Theory of the Islamization of the Malay-Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain, 1996. Sejarah Aksara ]awi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bruinessen, 1999. Kitab Kuning: Pesantren dan Tarekat. Bandung: Penerbit Mizan.

Casparis, J. G. de, 1980. "Ahmad Majnun Tombstone at Pengkalan Kempas'',]MBRAS, Vol. 53, Pt. 1, h. 1-12.

Daftar Ejaan Rumi-]awi, 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa, 1997. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

------- , 1999. Sejarah Perkembangan Tulisan ]awi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

-------, 1999. A Brief Survey on the Study of the Malay Sastera Kitab on Malay-Islamic Thought., Kuala Lumpur: APMUM.

------- , 2001. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dun ia Ala/ Ketiga. Kuala Lumpur: APMUM.

Ismail Dahaman & Manshoor bin Hj Ahmand (peny.), 2000. Pedoman Ejaan ]awi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Hj Yahaya, 1994. Naskhah ]awi: Sejarah dan Teks, ]ii. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

102

Page 18: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

Mohd Nor bin Ngah, 1980. "Some Writing of the Traditional Malay Muslim Scholars Found in Malaysia", Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Mohd YusoffHashim, 1989. Kesultanan Melayu Me/aka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar bin Awang, 1985. "The Terengganu Inscription as the Earliest Known Evidence of the Finalisation of the Jawi Alphabaet, lslamika Ill. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Othman Mohd Yatim & Abdul Halim Nasir, 1990. Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sejarah Melayu (Ms. Raffles No. 18 Edisi Rumi Baru}, (penyusun Cheah Boon Kheng, perumi Abdul Rahman Hj Ismail), 1998, MBRAS.

Wan Mohd Shaghir Abdullah, 1996. Koleksi Kertas Kerja llmiah HJ Wtin Mohd Shaghir Abdullah. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Winstedt, R. 0., 1977. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

103

Page 19: peranan tulisan jawi

0 .l:>.

LAMPIRAN I. Kedatangan Islam ke Nusantara berdasarkan penemuan epigrafi.

~ u ~ . 5 ~ ~;

. .. . .. ,:/f/1 ~ .. :'" ~ (·'

J' Ji!IU5ililel'lrl £"1- P..,t,~ ;-u,;d,..

~ , . / P>RSI

..... : C:klt.lA

··. \ \-1 ..1,

~ ·-., __ . / \ ·T•'"!'~ L/1),__ _ __..,. -- --- --· .. _, ' . --. .. . .. J /, \\~~, t•'"* ~·1'tr-•1 • , ·--/c,-" ·\?

\. ~~. rt... ..... >~\ 1r.;i:t" /.,::\. A__-'";' );,"':' ·.,,

~ ,. .. -. , 1~

/(~~ ~

. ,. l.1til ·.. .i.,,; \ ·, ,-L•U ·~~ ( \ ~~: Ct:iru W ff i I( v.-·.~:-~tm/ ~(

, ··- ...... -~~),~-. ·~.-\.~~v~9-~-: "'. V1 ; i7.mt.~ ·:·· "'. ~. - •6'1ft-c·

.-'/ LAO:»· "1NDI ~"\~ ~:'[ >.~ I ·~~~- ·-:~ ~~ . ~~ ..

Ila: lJ\llll:t\. • • • &trisn.-'11.- ~~ l'rr,,.i;.: T" ........ - 1111! 1 ~ If ~ .. bi ~~~ ....... !ltfdaQ"""" ~-- l't:nulis. 8- 4"' ~ll Jitrf}I ...,..._. .... ,. 'l -2 ·1£oct;s61 ~ ..... I.

,..-----------·-·-· • Q .'1 l;>

(<'°''> ........ ~ ., •• ;..., •.1rw. ¥AU;,. 1-14,;,. r&.~a}

.,,..

l ~

o§l ~ t= ;:s

~ ~ .!' ~ ~ ..... 9\

~ ~

Page 20: peranan tulisan jawi

........ 0 Vl

LAMPIRAN 2. Melaka Sebagai Pusat Perdagangan Melayu di Timur

I~~ . ·-

p.,...a.5-.. nwita. ~~nD'9n I ~H11D~t ~ M~liiic• . Cl-;-.r.•- M41tt•

ii14i0111 ... 1NT-....M..#1UK,.. .. ~ • • ~N· Pl"U ::ilui.. .. a.1•~4'£11iilt IJl6WlllUlll!41 ,.._... • Aupt ll•Ut HNI.» t/1 .. .la"" ;~\.I ...... ~•4"4t •. tCMr.&."'·JIM'" 11,.,~j.hM u,,... .. .f!i•.1< t.Allt...16.li-" C.-"'91' 1*"4lf\lolr.

(jil.l(;.air cl Cl~'M/' 911-or .... #ilq, ~·''" - J~lwr[.A ~·.,,..~ llllMRfM .... ~· 1.,, u•.1-11-r iU111GA.-. • ......c:.1 r,:;~•· ..,,...-... ~·L,,.: &'lil,J,.ii1Wt11,a..'4~ -- -:L • · _..,,;1 .. ,~ ~....,,_..., .......... -~ ---n1"."I"''''"""'" · ov.-~"'t P.IU,..t;)"""I... • , fwc•t.,......,,11111..,1\d. ~ . :If -~- . ·. \ . ~J I · I

t.' u 1\(· ~~ t·. \ "I! ,,,,.j. . ~}\ e. . u Nl!tOll-••.... ·~

. ~ . • .. ~'1u.ia ~ ..... ~ • Sl!\11111'1•~ ...

i . \ ~r : :.'.=-'.~'..~-\~ J!'I- "-••ab•na""

<'!,.r,....,.,,111.t - MMIJll& P....1tM~ML .C~U fll\.Ofiit.T

\ ••••.• ~.:..·i..· ...... :...;:. .. "" ..... • Oft:.S"~D.,_ MC:llllll Wl'lll\

11•wl.A!11l1.,,.w1t .... ~'~":«

~ ...

l:Sat•i.1•11Vn ·' Nol•~•: "•e•l•lllP Mall'tU

O..io1 C•IAJ11U• ... Ml........ • ,,. .. " ..................... I

.~! ::~~.:!~~ ~~ ...... ""' :lti11111•.1,... 111•1 ..... lt.4D'!c•16 ... , •• All .. u.,,P~ ~~~"'~"

U"'-..,....."""' .. ,.. ... ....... '4\. .. N lllJ~ !~11 CA\i tw.al

•ll:~il!l'J,"-JV.}44v"• <1Mta.-llk:., lllll'IMl,.Z,.&irlft1111o ................ rlP*H n• .. ~~·::.~..:.-:~~-:"~~ ._ ____ ,.,,_._--..:..:.:....:

I M ..._ ···' I .. - - • •••

. - p;;-.r.~:.. - . ill ... l:1,;,..,_ ~··J.· . iV

=::,;;;::~r:.-.. ~ -t'U.111.a.c- ..-·111'1:~~ ...... ........... ~ . "1,-...;~~·····-·'!"1· .... ~··1 . 0 tu .... »t I~.._. ....... ~,... '"'--~----___. l .... U~llol.l'l ~. 1 ..... ":;U4ro. •

: ,,.d~o•i;-11111 ~··u. -t·~••:

).UU'l•ltJIA.

::~ .. 't~ ~l\IL b..,, r \lht

-......,.~ ~ .. , ... <..)

o·· ""'~"4•"11~ ~-1111; ... - ... ~ .... h· . .........

~ ;;: ::s .. ::s ;;i E"=' .. ::s .... §.

~ t'" :'i ~ ~ :'i ~ ~ .. "' :::;... t'" :'i

S? .-. ~ ~ ~-

Page 21: peranan tulisan jawi

furnal Pengajian Melayu, Ji/id 16. 2005

LAMPIRAN 3. Gambar Penampang Batu Bersurat Terengganu Bertarikh 702H/1303

106

Page 22: peranan tulisan jawi

Peranan Tu!isan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

LAMPIRAN 4. Penampang Timur dan Barat Batu Nesan Sheikh Ahmad Maj nun di Pengakalan Kem pas Bertarikh 801H/1467 -SM

·:.•' .:; .' ~ ...

~_;l· LJµ._Jltl_.U\~ . , \ ' "---'"' .... ..> i .. :.Y:..i " . .:...t.

' . <-.V·:...t:v ... H-'- \ /"-"' \ t.,._ ~-

~ :...L: (/,, o'J )\. - ~ I

t}...,.. ~~ .N ...___.,:..

~::) y \-:).._ ~>'\....ls. .. ~~)

i s ~..> \ ~-~---' (j --:..~ ..... ' ~ ..... _)' _:.

·:>-> ,..J J..)-1?.-'-". ;. \ __ :...

~ r I 'l~< "t_,..J.l\

107

Page 23: peranan tulisan jawi

jurnal Pengajian Melayu, ji!id 16, 2005

LAMPIRAN 5. Gambar Satu Batu Nesan Sultan Malik Al-Salleh Pasai Bertarikh 696H/1297M

... 181iL££J ••.••..

. . ~

108

Page 24: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

LAMPIRAN 6. Batu Nesan Seorang Wanita Bernama Makhdarah Bertarikh 440H/1048M di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam

109

Page 25: peranan tulisan jawi

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

LAMPIRAN 7

110

Page 26: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan ]awi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

LAMPIRAN 8. Salinan Beberapa Halaman Manuskrip Terjemahan Aqa'id Al-Nasafi

Dianggar Bertarikh 990H/1590M (Dipetik Daripada Buku S.M. Naguib Al-Attas: 1900)

el ···. f ~··. .··... / / . · ~·· I J .• . . / • ' 4'• \ \' \ '. ·. ...;r J

'.(f)/·,:~\~>9~ ~-\ rr +-

~~0· .. · ·~ u~~~~-~

111

Page 27: peranan tulisan jawi

jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

112

LAMPIRAN 9. Salinan Surat Asal Sultan Alaudin Shah Aceh Kepada Kaptain Kapal lnggeris Harry Middleton 1011H/1602M

Page 28: peranan tulisan jawi

.>J

Salinan foto beberapa halaman Hikayat Abdullah cetakan Klise Penerbit J ambatan dan Gunung Agung berasaskan cetakan batu Abdullah Munsyi tahun 1849 M.

Sistem Ejaan Jawi Abad Ke-19 M

s: ~ ~ -~ z ...... 0

~ ~

" "' " ;;;-J s-: "' "' .... s. ~ ~

" ~ ~ "' " <>--

"' ~ "' "' ::;-.

"' " S?.

~ { ;:;·

Page 29: peranan tulisan jawi

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16. 2005

LAMPIRAN 11. Surat Kedua Sultan Abu Hayat Ternade Bertarikh 1522M

Page 30: peranan tulisan jawi

Peranan Tulisan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

Salihah surat Ketua Pengaral:i P~nqidil<an Malaysia ter11ang arahan peng" gunaan Pedoman Ejaan J;iwi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa ~fan Pvstaka berfarikh 23 Januari 1992.

~E:Ml!l~IUAN 1.E.NOIOIMN MA!..AYSll\. ,;.,,....,s i. Bl.OK J, ,os;~T. !!ANO'-'· t'A).IA~s.A!<...,_, ~ lCIMLA LUMPUI\

[cl1/o•: Cl-ll~!>OO .r .. r: c;-~>101 K.....,: -,u_,.,,,.,....., ..

!lw/. X..J; KPIJS) est11.:rc:' VI I H l

Tori~· 22. Jl..°)UUi 1'92

Semu& hn91.::-ah. Pc:·n<!i~i)an Ne9eri 114!-lqsh

Sur&~ Pekdilin<; Il<h~~-u Hi. l1Hf2 Petakun&an P•oo~n :tj&Ln Jav·~.:!'J,1'9. Di~tJllpl>rUkan Olch Oe."AJ; llli.h.Hl!- d.!t-11 Pusi:.ak& f P.tJ'IO!

,R.r.~· ~ µ~"'."" tp-~ -

' . . . . . '1<.ll l-Su.ra~ PckeUlin9: .:.n.:. •d;&l&h U'l~Uk ••11&klW11kar; fl .1>cn9cnd pcn99unun ~epenu)\Jly• Pedoa•11 tju.n Jo1-.. 1 hi'l9 Db:e111pu:naltan Ohh De\i!1,n t&h.UJ. •hn A.

·Pu.ttak·a IPtJ:tDI. ..· . . .Yi.·.·.~ .. ·· ,l .• 2. l\ul&i d'arf ca:~kh i.ni Peao..;.:n i:)•il' J•"i Jf"!y.f V"" ran~ !iirnapur.,,akan Olen lie"&~ tl~J.i.u: d.0.11 hst.a"l.J/7~ t1'tJl'!ll u.11 1ic,ul&k.~lf1 di9una\:4" Ill hllu& lekol•h rel\d&l:, si:'lci:lllih ia'itlillint.i.h~, l!l&~tlb"''"&kUD puy1,l':-\l•n, cfi •dal&# buku eeks .d&n peperikuan. y&•ns •Hk.cnc! .. l'ili:&n ole:f1 !.&•b•<;& hj>e!'ik'Olin 'd&n ll•H~' Pcj>cdx:u·an ,.,,p·ays.!t seri•. dal·..,. •cmu.r;: .ael<tor .d•n. 111&·•::-:a:-:&)(a~ d~ ·•• luruh neq&.i:"•.

J; . Sih edai1e&11° Ptol<eliHi><; .i.ni kep;iid• .,.,,.,.. • . •t~o.li.11 d&ll iuk't&b -pe.-7uru•n \ln'<UX ~~11duan s"hn;11tt1y&·.

1 1 "