24

PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif
Page 2: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif
Page 3: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP PERSEDIAAN

MAHASISWA ISLAM TAHUN EMPAT, SARJANA MUDA PENGURUSAN,

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

NOR AMALIA BINTI RUSLAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

ii

Page 5: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

iii

Khas buat Mak dan Abah tersayang,

Terima kasih atas segalanya….

Page 6: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

iv

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan

besar Nabi Muhammad S.A.W. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnia serta izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

projek yang dihormati, Ustaz Othman bin Napiah di atas segala nasihat, dorongan dan

bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.

Seterusnya, sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM, mahasiswa tahun 4 Sarjana Muda

Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UTM,

Cik Mastura binti Mahfar (kaunselor Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar, UTM), Cik

Fatin Aliah Phang binti Abdullah (pembantu pengajar Fakulti Pendidikan, UTM), rakan-

rakan kongsi Lampe Berger di UTM, dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun 4 Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang telah memberikan kerjasama dan

sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga berkat kerjasama ini, Allah s.w.t akan

melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya mengurniakan kejayaan di dunia dan

akhirat. Amin.

Page 7: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pola perancangan kerjaya dan tahap

persediaan mahasiswa terhadap kerjaya mereka di masa hadapan. Seramai 61 orang

mahasiswa Islam tahun empat daripada Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Manusia (FPPSM), UTM terlibat dalam kajian deskriptif ini. Set soal selidik telah

diedarkan kepada responden tiga bulan sebelum mereka menamatkan pengajian. Data

yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan dipersembahkan

dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan crosstabulation. Dapatan menunjukkan

pola perancangan kerjaya berkisar tentang bekerja atau makan gaji. Manakala persediaan

responden terhadap kerjaya pula berada di tahap yang sederhana. Kajian ini diharapkan

dapat membantu semua pihak yang terlibat bagi merangka jalan penyelesaian kepada

permasalahan ini.

Page 8: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

vi

ABSTRACT

This research was conducted to define the career planning pattern and the

preparation of undergraduates towards their future career. 61 of forth year Muslim

undergraduates from the Faculty of Management and Human Resource Development

(FPPSM), UTM was involved in this descriptive research. The questionnaires were

distributed among respondents three months before graduation. The data was analyzed

using descriptive statistical method and presented in the mode of frequencies,

percentages, mean and crosstabulation. The findings showed that career planning pattern

of the respondents are revolved around employment. While the degree of the

respondents’ preparation towards career in the medium level. This research is expected

to help those involved in such matters to create a solution for this problem.

Page 9: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 10: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

viii

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Perancangan Kerjaya 12

2.2.1 Konsep Perancangan Kerjaya 13

2.2.2 Kepentingan Perancangan Kerjaya 14

2.3 Persediaan Terhadap Kerjaya 18

2.3.1 Persediaan Kendiri 18

2.3.2 Persediaan Mendapatkan Pekerjaan 22

2.4 Peranan Universiti 23

2.4.1 Sukatan Pelajaran Kursus 24

2.4.2 Kokurikulum 25

2.4.3 Unit Khas 26

2.5 Isu: Pendidikan Tinggi Untuk Kerjaya 29

2.6 Kajian Yang Berkaitan 32

2.7 Penutup 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Kajian Rintis 39

Page 11: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

ix

3.7 Tatacara Kajian 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Penutup 42

BAB 4 ANALISA DATA 43 4.1 Pendahuluan 43

4.2 Analisa Data Bahagian A 45

4.2.1 Latar Belakang Responden 45

4.2.2 Cross-tabulation antara item-item

bahagian A 47

4.3 Analisa Data Bahagian B 48

4.3.1 Perancangan Kerjaya Mahasiswa 48

4.3.2 Cross-tabulation antara item-item

bahagian B 57

4.4 Analisa Data Bahagian C 59

4.4.1 Tahap Persediaan Kendiri 60

4.4.2 Tahap Persediaan untuk Mendapatkan

Pekerjaan 66

4.4.3 Tafsiran Taburan Min 70

4.5 Analisa Data Bahagian D 72

4.6 Penutup 73

Page 12: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pendahuluan 74

5.2 Perbincangan 75

5.2.1 Latar Belakang Responden 75

5.2.2 Perancangan Kerjaya Mahasiswa 76

i) Bentuk Perancangan yang Dibuat 76

ii) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Perancangan 81

iii) Keyakinan Terhadap Perancangan 83

5.2.3 Persediaan Terhadap Kerjaya 84

i) Persediaan Kendiri 84

ii) Persediaan Mendapatkan Pekerjaan 85

5.3 Rumusan 86

5.4 Cadangan 87

5.4.1 Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM 88

5.4.2 Universiti 88

5.4.3 Mahasiswa 90

5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.5 Penutup 91

SENARAI RUJUKAN 92

LAMPIRAN 98

Page 13: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36

3.2 Tafsiran Taburan Min 41

4.1 Jantina 45

4.2 Nilai Kumulatif Gred (CGPA) 46

4.3 Kokurikulum 46

4.4 CGPA mengikut penglibatan kokurikulum 47

4.5 Perancangan Utama Selepas Tamat Pengajian 48

4.6 Bekerja Dalam Bidang Yang Sama 49

4.7 Sektor Yang Dikehendaki 50

4.8 Faktor Pemilihan Pekerjaan 51

4.9 Sumber Maklumat Kerjaya 52

4.10 Pengalaman Bekerja 53

4.11 Kebimbangan Untuk Mendapatkan Pekerjaan 54

4.12 Persepsi Terhadap Masalah Pengangguran 55

4.13 Cita-Cita Tertinggi Dalam Kerjaya 56

4.14 Perancangan utama selepas tamat pengajian mengikut

cita-cita tertinggi dalam kerjaya 57

4.15 Perancangan bidang mengikut pengalaman bekerja 58

4.16 Kebimbangan untuk mendapatkan pekerjaan mengikut

persepsi terhadap pengangguran 59

4.17 Item 1 60

4.18 Item 2 60

4.19 Item 3 61

Page 14: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

xii

4.20 Item 4 61

4.21 Item 5 62

4.22 Item 6 63

4.23 Item 7 63

4.24 Item 8 64

4.25 Item 9 65

4.26 Item 10 66

4.27 Item 11 66

4.28 Item 12 67

4.29 Item 13 67

4.30 Item 14 68

4.31 Item 15 69

4.32 Item 16 69

4.33 Taburan Min bagi Item 1 hingga 9 70

4.34 Taburan Min bagi Item 10 hingga 16 71

Page 15: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Faktor Pemilihan Pekerjaan 51

4.2 Sumber Maklumat Kerjaya 52

4.3 Kesediaan untuk Memasuki Alam Kerjaya 72

Page 16: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

xiv

SENARAI SINGKATAN

BGC - Bengkel Graduan Cemerlang

CGPA - Collective Gred Pointer Average

FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

HEP - Hal Ehwal Pelajar

IPT - Institut Pendidikan Tinggi

JPT - Jabatan Pendidikan Tinggi

JTK - Jabatan Tenaga Kerja

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KSM - Kementerian Sumber Manusia

MAP - Motivasi Alihan Pelajar

MARA - Majlis Amanah Rakyat

MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara

UPSP - Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar

USM - Universiti Sains Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal selidik 99

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

(Fakulti Pendidikan) 106

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 107

Page 18: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan Dua tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menunjukkan satu anjakan

paradigma yang positif dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kenyataan ini dapat

dibuktikan menerusi laporan pasaran buruh 2002 yang telah dikeluarkan oleh

Kementerian Sumber Manusia (KSM), Malaysia (http://www.mohr.gov.my/new/

pasaran-buruh-thn2002.htm).

Menurut laporan tersebut, pemulihan ekonomi dunia yang diterajui oleh

Amerika Syarikat menyaksikan ekonomi negara tumbuh pada kadar 4.5 peratus pada

tahun 2002 berbanding 0.4 peratus pada tahun 2001. Guna tenaga pula mencatatkan

pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus iaitu 9.8 juta pada tahun 2002 berbanding 9.5 juta

pada tahun 2001. Pada tahun 2002, kadar pengangguran pula menurun sedikit kepada

3.5 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, KSM juga turut melaporkan bahawa jawatan kosong

turut meningkat dengan ketara sebanyak 23.8 peratus berbanding peningkatan pada

tahun sebelumnya sebanyak 6.5 peratus. Pada tahun 2002, sejumlah 162,787

kekosongan dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berbanding 131,459

kekosongan yang dilaporkan pada tahun 2000.

Page 19: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

Daripada perangkaan tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa kepesatan

ekonomi negara pada masa kini telah membuka ruang yang luas kepada semua

rakyat untuk merebut peluang pekerjaan di negara ini. Malaysia bukan sahaja

memerlukan kuantiti pekerja yang ramai, tetapi yang lebih penting adalah tenaga

kerja yang mahir dalam pelbagai sektor pekerjaan. Ini dipetik daripada kata-kata

bekas Perdana Menteri, Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika

membentangkan Rancangan Malaysia Kelima di Dewan Rakyat pada 21 Mac 1996.

(Koh Ah Moy, 1998: 3)

“ Apa yang diperlukan di Malaysia pada masa kini bukanlah pekerja yang

ramai tanpa kemahiran, tetapi panggilan ini adalah untuk buruh yang

terlatih, disertai dengan kemahiran produktiviti yang tinggi yang diperlukan

oleh industri.”

Sejajar dengan itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa industri pendidikan

adalah penyumbang utama tenaga kerja terlatih. Universiti diberikan mandat untuk

memainkan peranan sebagai pembekal tenaga kerja yang berpotensi. Hal ini

bertepatan dengan misi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) iaitu memajukan pendidikan tinggi bagi menghasilkan siswazah

berkualiti untuk keperluan guna tenaga negara (http://www2.moe.gov.my).

Seperti yang diketahui, pelbagai inisiatif dan kemudahan telah disediakan

untuk membantu golongan mahasiswa. Maka kini tibalah giliran mahasiswa untuk

melaksanakan tanggungjawab mereka, sekali gus menunjukkan kesungguhan dalam

meningkatkan prestasi diri, seterusnya berkhidmat dan berbakti untuk negara. Maka

dengan sebab itulah, setiap mahasiswa harus mempunyai aspirasi kerjaya yang

tersendiri bagi merealisasikan matlamat ini.

Justeru, strategi perancangan untuk kerjaya haruslah diatur dan disusun

dengan teliti sejak mahasiswa berada di universiti lagi. Walaupun perancangan

kerjaya tidak dapat memberikan jaminan sepenuhnya untuk menyelesaikan semua

masalah atau kesukaran dalam kerjaya, namun ia dapat membantu mahasiswa bagi

Page 20: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

menangani masalah baru dengan lebih baik pada masa akan datang (Bruce

Shertzer,1985: 55).

Namun begitu, perancangan tanpa tindakan sudah pasti tidak dapat

memberikan hasil yang baik kepada pelakunya. Oleh sebab itu, setiap perancangan

kerjaya perlulah disusuli dengan langkah-langkah persediaan atau persiapan untuk

merealisasikannya. Terdapat beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh

mahasiswa sewaktu berada dalam pengajian. Maka wajarlah ia dilaksanakan sebelum

mereka melangkahkan kaki ke alam pekerjaan. Persiapan yang rapi akan menjadikan

mahasiswa lebih yakin terhadap dirinya untuk mengharungi kehidupan dalam dunia

yang sebenar.

1.2 Latar Belakang Masalah Dalam membicarakan soal pelajar-pelajar masa kini, pelbagai citarasa cerita

dan irama boleh digendangkan. “Pelajar Melayu rosak akhlak!”, “budak Melayu

zaman sekarang tidak berwawasan”, “remaja Melayu suka berfoya-foya”, “mereka

suka mengikut nafsu dalam tindakan”, ini adalah ungkapan-ungkapan yang

seringkali kedengaran. Golongan ini sering sahaja dikaitkan dengan imej negatif.

Jarang sekali media dapat memaparkan kisah kecemerlangan yang ditempa oleh

pelajar Melayu yang beragama Islam. Seolah-olah budaya negatif sahaja yang

sinonim dengan pelajar-pelajar ini. Tidak kiralah sama ada pelajar yang menuntut di

peringkat sekolah, mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT), rata-rata mempunyai

prestasi yang sangat mengharukan. Lantas, pelajar Melayu yang beragama Islam

sering sahaja dianggap gagal dan tewas dengan kecemerlangan pelajar-pelajar bangsa

lain.

Berhubung dengan perkara tersebut, berikut adalah petikan kata-kata seorang

perunding motivasi yang terkenal, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad (2003)

dalam ceramahnya sewaktu mengadakan kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) di

ibu negara baru-baru ini.

Page 21: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

“Punca utama anak Melayu gagal bersaing sebab tidak menetapkan

matlamat, atau tidak meletakkan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan

matlamat.”

Dalam satu ucapan lain yang disampaikan oleh Prof. Baharuddin Salleh

selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia (USM)

menyatakan,

“Mahasiswa Melayu tidak mempunyai sikap amanah. Kebanyakannya tidak

jujur dalam menimba ilmu sebagai contoh sering lambat atau tidak

menghantar langsung tugasan yang diberikan oleh pensyarah, gemar

ponteng kelas, tutorial, kuliah dan sebagainya…”

(Kursus Bina Tatanegara, 2001)

Dalam satu kajian pembandingan yang telah dibuat oleh Nordin, Syed Syafeq

dan Mansur Abdullah (2000) terhadap 1000 orang pelajar Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), hasil dapatan menunjukkan bahawa antara punca pelajar

bumiputera tidak cemerlang ialah, suka menunda kerja (73.5% mahasiswa

bumiputera dan 39.2% mahasiswa non bumiputera), lemah Bahasa Inggeris (70.4%

mahasiswa bumiputera dan 48.6% mahasiswa non bumiputera), tidak mempunyai

cara belajar yang baik (67.2% mahasiswa bumiputera dan 49.9% mahasiswa non

bumiputera) dan lain-lain.

Oleh itu, apakah implikasi yang akan berlaku sekiranya mahasiswa Melayu

terutamanya yang beragama Islam terus mempunyai sikap sebegitu? Adakah sikap

ini akan menjejaskan kerjaya dan masa depan mereka?

Menjawab kepada persoalan tersebut, satu kajian telah dijalankan oleh

Coleman (1990) ke atas sifat semulajadi remaja. Kajian tersebut membuktikan

kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan mereka

lebih suka bersuka ria berbanding dengan belajar. Mereka tidak mahu memikirkan

masa depan sehinggalah mereka dipaksa untuk berbuat demikian. Justeru, sikap

Page 22: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

“tidak ambil kisah” ini telah memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian

akademik dan aspirasi kerjaya mereka. Selain itu, Koh Ah Moy (1998) pula

menyatakan dalam kajiannya, jika kesemua benda diserahkan kepada nasib, individu

tersebut tidak akan mempunyai aspirasi kerjaya yang tinggi dan sebahagiannya tidak

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerjaya kerana segala-galanya telah

diserahkan kepada takdir semata-mata.

Di sinilah terletaknya kepentingan merancang dan menyediakan persediaan

yang rapi sebelum melangkah ke alam kerjaya. Perancangan yang dimaksudkan di

sini ialah menyediakan diri dari segala aspek pengetahuan, kemahiran dan

pembangunan diri. Justeru, sikap negatif yang telah disenaraikan di atas akan

menjadikan diri mahasiswa terus lalai dibuai mimpi. Andainya amalan sambil lewa

ini terus berlanjutan, natijahnya mereka akan terus memasuki alam kerjaya tanpa

membuat sebarang perancangan dan persiapan.

Apabila seseorang itu gagal untuk merancang, maka dia sebenarnya

merancang untuk gagal. Ketidaktelitian dalam perancangan akan menyebabkan

pelbagai masalah tidak dapat diatasi di masa hadapan. Tidak hairanlah sekiranya

negara sering menerima rungutan daripada para majikan seumpama siswazah

universiti tidak berkualiti, graduan IPT tidak menunjukkan kesungguhan dalam

kerjaya dan sebagainya. Ini semua berpunca daripada sikap mahasiswa itu sendiri

yang tidak membuat persediaan yang rapi sewaktu berada di universiti.

Bukan setakat itu sahaja, lebih malang lagi apabila kemungkinan besar

jumlah siswazah Melayu yang menganggur akan bertambah dari hari ke hari. Ini

dikuatkan dengan kenyataan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)

berikutan kajian yang dibuat terhadap isu pengangguran di negara ini. Hasil tersebut

mendapati hampir 94 peratus penganggur adalah melibatkan siswazah tempatan

(http://www.tv3.com.my/news, 6 Mac 2003).

Page 23: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

Cerdik pandai pernah mengatakan, jika ingin melihat masa depan sesebuah

negara, maka lihatlah pemuda-pemudi atau belia di kawasan tersebut. Jika cemerlang

pemuda-pemudinya, maka bakal gemilanglah masa depan negara tersebut. Begitu

juga sebaliknya. Masakan tidak, pemuda-pemudi adalah aset sesebuah tamadun yang

bakal mewarisi tonggak kepimpinan dalam mencatur kehidupan di masa hadapan.

Jelasnya, peranan golongan mahasiswa sebagai wacana ke arah merealisasikan

wawasan negara adalah sangat penting.

Akan tetapi, sekiranya mahasiswa tidak mengatur strategi perancangan dan

persediaan dengan berkesan, negara akan terus melahirkan generasi yang tidak pro

aktif dan tidak berdaya saing di persada dunia. Ternyata bahawa perkara ini amat

merugikan negara. Selain pembaziran wang berjuta-juta ringgit, negara juga akan

turut mengalami kerugian yang besar dari sudut pembangunan sumber manusia.

Sedangkan untuk memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial, negara amat

memerlukan golongan tenaga kerja yang berpendidikan. Oleh itu, wajarlah

permasalahan ini dibendung sebelum ianya semakin parah di kemudian hari.

1.3 Pernyataan Masalah Sikap negatif mahasiswa Melayu yang beragama Islam pada masa kini telah

menjadikan mereka leka dan alpa sehingga perancangan dan persediaan memasuki

alam kerjaya dilakukan tanpa ketelitian dan kesungguhan. Kesannya, mahasiswa

akan menghadapi lebih banyak masalah dan kesukaran pada masa akan datang serta

fenomena ini sedikit sebanyak turut memberi impak negatif yang besar kepada

kemajuan negara.

Dengan itu, kajian dibuat untuk memastikan bahawa adakah benar

mahasiswa telah merangka perancangan kerjaya sewaktu berada di univesiti lagi.

Jika ya, apakah perancangan yang telah dibuat setakat ini dan sejauhmanakah

persediaan yang telah dilakukan oleh mereka selaku mahasiswa tahun akhir untuk

memasuki alam pekerjaan. Segala persoalan akan cuba dikupas dalam kajian ini.

Page 24: PERANCANGAN KERJAYA: SATU TINJAUAN TERHADAP …€¦ · NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Cara Pengambilan Sampel Kajian 36 3.2 Tafsiran Taburan Min 41 4.1 Jantina 45 4.2 Nilai Kumulatif

1.4 Persoalan Kajian Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada

beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah:

1.4.1 Adakah mahasiswa telah mempunyai perancangan kerjaya?

1.4.2 Apakah perancangan mahasiswa untuk memasuki alam kerjaya?

1.4.3 Bagaimanakah tahap persediaan mahasiswa untuk memasuki alam

kerjaya?

1.5 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk :

1.5.1 Mengetahui sama ada mahasiswa telah mempunyai perancangan

kerjaya ataupun belum.

1.5.2 Mengenal pasti pola perancangan mahasiswa untuk memasuki alam

kerjaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

1.5.3 Menganalisis tahap persediaan mahasiswa untuk memasuki alam

kerjaya.