Upload
others
View
26
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail
SIDANG PENGARANG : Noorisah Taljid HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie
PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH “MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT”
TAJUK : RAIKAN CINTA KEDUA
OLEH:
USTAZAH NOORISAH TALJID
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM KANAN
PUSAT ISLAM UMS
CINTA, satu kalimah yang dapat membuatkan hati terpana, jiwa resah
gundah gulana. Makan tak lalu tidur tak lena. Sekian banyaknya menyebabkan mata
manusia jadi buta. Bukan hanya buta mata malahan hatinya. Sering rasa tidak keruan.
Asyik rindu-rinduan. Sejauh mana kita menilai keagungan cinta dengan sang kekasih?
Sungguh tidak terkata dek pandangan mata dan tiada terungkap dengan kata-kata.
Bagaimana pula kita gambarkan kecintaan seorang manusia yang melangkaui batas waktu
dan zaman? Yang mencintai kita walau tak mengenal dan melihat kita secara zahiriah?
Yang hakikatnya belum terwujudkan lagi sezaman hidupnya. Bagaimana begitu dalamnya
cinta agung seorang manusia yang semasa hidupnya sentiasa menyebut nama kita selaku
ummatnya di akhir zaman? Dalam sebuah hadis diceritakan bahawa Rasulullah SAW
pernah menyatakan kerinduan dan kecintaan baginda terhadap umatnya yang lahir selepas
kewafatan Baginda. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersama sahabatnya telah
pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan Baginda bersabda yang bermaksud: “Sejahteralah
ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan
kehendak Allah SWT akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita
melihat saudara-saudara kita.” Apabila mendengarkan perkataan saudara itu, lalu sahabat
Baginda bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?”Baginda
SAW menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Akan tetapi, saudara-saudara
kita itu adalah (orang-orang Mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa
pernah melihat Rasulullah SAW).” (Hadis Riwayat Muslim, Ibn Majah, An-Nasa’i dan
Imam Malik). Begitulah sirah menceritakan bagaimana perlambangan cinta tiada tara
Rasulullah terhadap ummatnya di akhir zaman.
Indahnya gambaran cinta tersebut dan alangkah ruginya jika pemiliknya tidak
dihargai. Lalu, siapakah sebenarnya pemilik cinta agung dambaan manusia itu? Tidak lain
dan tidak bukan adalah Nabi Muhammad SAW.
Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran: Surah At-Taubah: 24
al-Anbiya, maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan
anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang
kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
Allah SWT telah menetapkan bahawa kecintaan kepada-Nya adalah cinta agung yang lebih
utama. Cinta kepada Rasulullah SAW adalah cinta kedua yang selayaknya kita raikan
sesudah Allah SWT. Dua turutan cinta agung yang utama iaitu Allah SWT dan Rasulnya.
Maka cinta sesudah keduanya itu adalah cinta kepada kedua orang tua, pasangan hidup,
zuriat dan keturunan kita. Cinta sesama saudara Islam dan seluruh manusia tanpa mengira
bangsa dan agama itu juga satu bentuk hubungan silaturrahim yang sangat dituntut dalam
Islam dengan batasan dan garis panduan pergaulan yang ditetapkan berdasarkan syariat
Islam. Bahkan Islam mengajarkan cinta bukan hanya kepada manusia tapi cinta yang
bersifat universal. Cinta alam dan seluruh isinya. Yang akhirnya, dengan wujudnya cinta,
kasih sayang dan kedamaian akan menjadi tunjang kehidupan agar kita hidup dalam
keadaan tenteram, aman dan saling bergantungan. Hebatnya cinta ajaran Islam yang
menggabungkan seluruh ekosistem dan rantaian alam semesta yang saling bertautan.
Subhanallah…indahnya kasih sayang Allah SWT, Tuhan semesta alam. Nikmat yang
seharusnya kita syukuri setiap masa siang dan malam kerana Rasulullah SAW merupakan
Rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT yang membawa begitu banyak perubahan dan
kebaikan. Memartabatkan kembali bangsa Arab Jahiliah kepada bangsa yang lebih mulia
daripada sebelumya, membebaskan perhambaan, mengangkat martabat dan darjat wanita
ke tempat yang selayaknya serta memuliakan anak yatim. Rasulullah SAW juga
memperkenalkan sistem kerajaan berperlembagaan pertama di dunia yang menjadi contoh
dan ikutan kepada sistem demokrasi yang kita amalkan sehingga ke hari ini.
SAMBUNGAN….
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal mengikut kebanyakan pendapat
yang masyhur. Kehadiran bulan Rabiulawal kita raikan dengan selawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW. Bulan kelahiran pemilik agung cinta yang tiada bandingan. Bulan yang
kita raikan dengan kegembiraan kerana lahirnya Baginda ke dunia merupakan satu rahmat, cinta
dan kasih sayang Allah SWT ke seluruh alam. Bagaimana mungkin kita melupakan hari
kelahiran baginda SAW. Jika sang kekasih hati kita raikan dengan pelbagai cara samada
membelikan pelbagai bentuk hadiah atau bermacam acara penuh kejutan. Bagaimana pula kita
meraikan hari kelahiran Baginda SAW? Cinta kedua yang selayaknya kita raikan melebihi cinta
selainnya di dunia fana ini. Namun, tidaklah keraian itu dilakukan secara berlebihan dan
dilaksanakan penuh berhikmah agar tidak menyimpang dari pada sandaran dan ajaran Islam
yang sebenarnya. Sepertimana sabda Baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari, daripada Anas bin Malik: "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga
aku lebih dicintai daripada bapanya, anaknya dan semua manusia lainnya."
Teruskanlah mencintai baginda hingga akhir hayat kita. Hadirkanlah dalam jiwa tanda
cinta kepada Rasulullah SAW. Kita jadikan iktibar sirah hidup Rasulullah SAW. Kita contohi
kehebatan akhlak dan keagungan peribadi baginda Rasulullah SAW. Kita hidupkan sunnah
Rasulullah SAW sebagai suri teladan dalam amalan hidup seharian. Kita lahirkan generasi yang
meneruskan perjuangan Islam yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Kita teruskan
amalan selawat bukan hanya untuk mengejar syafaat tetapi sebagai tanda ingatan kita sebagai
PENCINTA kepada CINTA KEDUA yang agung selepas Allah SWT. Belajarlah mencintai
baginda sebagaimana hebatnya kecintaan baginda terhadap kita, umat baginda di akhir zaman.
Jangan diadu domba cinta kita dengan kecintaan dunia yang hanya bersifat sementara. Kita
tanamkan azam dan berdoa setulusnya agar di akhirat kelak kita akan dihimpun bersama
Rasulullah dalam syurga yang abadi. Alangkah indahnya hidup bersama Rasulullah, manusia
kecintaan Allah SWT.
Akhir kalam, hadirkan dalam hati dan sebutlah dengan lafaz ketika anda membaca
artikel ini dengan berselawat kepada baginda Rasullullah SAW dengan seikhlasnya. Daripada
Anas bin Malik r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barangsiapa yang
berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan
digugurkan sepuluh kesalahannya serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di Syurga
kelak).” (HR. An-Nasa’i)
SAMBUNGAN….
BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT
01 Lawatan Daripada Pusat Islam
USIM
19hb November 2018 PIUMS
02 Pendaftaran KAFA 2019 19hb Nov-7hb
Disember 2018
Pejabat PIUMS
03 Pertandingan Nasyid Sempena
Sambutan Maulidur Rasul
2018 Peringkat UMS
20hb November 2018 Padang Kawad
UMS
04 Kursus Pengurusan Jenazah
Sempena Sambutan Maulidur
Rasul 2018 Peringkat UMS
22hb November 2018 Masjid UMS
05 Halaqah Al-Quran PIUMS
Bil.20/2018
23hb November 2018 Bilik Mesyuarat
PIUMS
06 Khatan Perdana Peringkat
UMS 2018
25hb November 2018 Pusat Rawatan
Warga UMS
Dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda:”Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali
dan digugurkan sepuluh kesalahannya serta ditinggikan
baginya sepuluh darjat (di Syurga kelak).”
(HR. An-Nasa’i: No.1297)
********************
Pemimpin Yang Adil
Pemuda Yang Membesar Dalam
Ketaatan (Ibadah)
Seseorang Yang Hatinya Terikat
Dengan Masjid
Dua Orang Yang Saling Mencintai,
Berkumpul dan Berpisah Kerana
Allah
Lelaki yang Menolak Maksiat Kerana
Takut Pada Allah
Orang Yang Bersedekah Secara
Sembunyi-Sembunyi
Seseorang Yang Sentiasa Mengingati
Allah Sehingga Menitiskan Airmata
********************