PERATURAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PERATURAN

Citation preview

PERATURAN-PERATURAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM

1.0 JENIS-JENIS AKTIVITI1.1. Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998, Jilid 42. No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan P.U. (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut : i. Mata Pelajaran di ajar di sekolah ii. Hobi dan Rekreasiiii. Sukan dan Permainaniv. Badan Beruniformv. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendafatar

1.2. Persatuan/Kelab dan Unit Beruniform yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Persatuan / Kelab

Bahasa MelayuSains / MatematikPelancongan & Kebudayaan

Bahasa InggerisGeografiBimbingan & Kaunseling

Bahasa CinaK.H.B.Pencegahan Jenayah

Bahasa TamilSejarah Komputer

Pendidikan IslamKerjayaPencinta Alam

KKQPenggunaWartawan & Fotografi

Badan Beruniform

KRSPandu Puteri

BBSMKadet Bomba

Kadet PolisPuteri Islam.

Sukan dan Permainan

Olahraga/Merentas DesaBola JaringPermainan Dalaman

SofballBola Sepak

Bola BalingSepak Takraw

Ping PongBola Tampar

2.0 PENYERTAAN

Penyertaaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan dalam buku laporan kokurikulum. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 1/1986. KP (B5) 8591 Jld. (41) bertarikh 15 Januari 1986).

2.1 Penyertaan Pelajar

Setiap pelajar diwajibkan menyertai ketiga-tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Subperkara 5.1 Bil 1/85)

2.2 Penyertaan Guru

2.2.1. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah.(Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Subperkara 5.2 Bil.1/1985. KP (B5) 8591 Jld.11(29) bertarikh 2 Januari 1985).

2.2.2.Guru-guru penasihat perlu ada bersama semasa menjalankan kegiatan kokurikulum bagi mengawasi sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah bagi mengawasi keselamatan pelajar. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 9/2000 dan tambahan Bil 9/2000)

2.3. Kakitangan Sekolah

Penyertaan kakitangan sekolah sangat-sangat digalakkan dan dialu-alukan untuk memastikan penyertaan yang menyeluruh untuk pelaksanaan gerakerja kokurikulum sekolah.

3.0. KEAHLIAN

3.1. Penentuan keahlian 3.1.1. Pelajar boleh memilih untuk menyertai mana-mana kelab/persatuan, sukan/permainan dan unit beruniform berdasarkan pilihan masing-masing.

3.1.2. Pelajar tingkatan 2 hingga 5 (termasuk pelajar 6 Atas ) tidak digalakkan menukar kelab / persatuan atau unit beruniform

3.2. Pengesahan keahlian

Keahlian dianggap sah sekiranya pelajar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan :

a. Berdaftar dengan Majlis Kokurikulumb. Membayar yuran keahlian yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.c. Peratus kehadiran mestilah 70% atau lebih .d. Pelajar yang tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan digugurkan keahliannyae. Bagi kes pemecatan jawatan AJK, guru penasihat perlulah memberi amaran sekurang-kurangnya 3 kali kepada AJK berkenaan. Kali pertama secara lisan, kali kedua dan kali ketiga secara bertulis. Bagi amaran kali kedua dan kali ketiga, satu salinan notis amaran perlulah diserahkan kepada GPK Kokurikulum. Guru penasihat perlulah memaklumkan masalah disiplin AJK berkenaan kepada Pengetua/GPK Kokurikulum. Pengetua/GPK Kokurikulum yang berkuasa memecatkan AJK yang dilantik.

3.3 Pemilihan AJK Tertinggi

3.3.1 AJK Tertinggi Unit Kokurikulum digalakkan dipilih di kalangan pelajar tingkatan 5.

3.3.2. Penolong AJK Tertinggi seperti Naib Pengerusi / Naib Setiausaha / Naib Bendahari adalah digalakkan dipilih daripada kelas-kelas bukan Peperiksaan iaitu Tingkatan 2 atau 4.

4.0. PERUNTUKAN MASA DAN TEMPAT

4.1 Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652, Jilid 11/Bil 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut :

a. Tingkatan Peralihan, 1-3 : 180 minit seminggu b. Tingkatan 4 & 5 Sastera/Perdagangan : 180 minit seminggu

4.2. Aktiviti dijalankan pada setiap minggu pada hari RABU dan KHAMIS (Sila rujuk Takwim)

Nota : Sila tanda tangan kehadiran tuan/puan di dalam Buku Kedatangan Kokurikulum di Pejabat.

4.3. Sekiranya aktiviti tidak dapat dijalankan seperti yang dijadualkan, guru-guru digalakkan mengganti aktiviti tersebut pada hari dan masa lain.

4.4 Semua Unit Kokurikulum akan menjalankan aktivitinya bermula minggu pertama bulan Januari (selepas Pendaftaran Keahlian)

5.0 Pakaian

5.1 Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan untuk kegiatan sukan/permainan dan digalakkan menggunakan uniform pakaian seragam untuk perjumpaan unit beruniform. Pelajar perlu juga menjaga kebersihan persekitaran. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 1 & 2 /1996)

5.2. Pakaian Unit Beruniform

Ahli Unit Beruniform dikehendaki memakai uniform unit yang lengkap atau Baju T berkolar Unit Beruniform.Kasut kansas yang berwarna putih.

5.3. Pakaian Sukan / Permainan

Ahli-ahli kelab permainan/sukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang dibenarkan oleh pihak sekolah semasa menjalankan aktiviti ( sama ada T-Shirt PJK Sekolah atau T-Shirt Persatuan)

5.4 Pakaian Kelab/Persatuan

5.4.1.Ahli-ahli Kelab/Persatuan dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dan dibenarkan semasa menjalankan aktiviti.5.4.2. Sebarang tempahan T-Shirt persatuan/kelab, design T-Shirt perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan (Pengetua/GPK Kokurikulum)

6.0 Sumbangan

6.1. Semua kelab/persatuan/permainan/unit beruniform perlu menghantar surat permohonan untuk mengutip sumbangan daripada ahli kelab (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 3/1997)6.2. Sumbangan ditetapkan oleh Unit / Kelab/Persatuan masing-masing setelah dililuskan oleh pihak pengurusan sekolah ( Pengetua / GPK Kokurikulum ).6.3. Kutipan sumbangan mesti disertai dengan resit penerimaan

7.0 AKTIVITI LUAR SEKOLAH

7.1 Semua aktiviti luar perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

7.2.1 Peserta (guru dan pelajar) tidak boleh ditukar dengan peserta lain dalam senarai yang telah diluluskan (Jika berlaku sebarang pertukaran setelah diluluskan ketua rombongan guru yang mengelolakan lawatan itu yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu kemalangan)7.2.2 Hanya ke tempat disenaraikan dalam borang permohonan lawatan yang telah diluluskan. (Boleh isikan lebih banyak tempat yang hendak dilawati dalam borang permohonan walaupun rombongan tidak sempat lawat tempat tersebut).

7.3Semua aktiviti luar perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah. Surat kebenaran ibu bapa perlu disimpan oleh guru penasihat dan dibawa bersama-sama semasa aktiviti luar sekolah.

7.2.3 Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis mengenai aspek-aspek keselamatan pelajar sebelum dan semasa lawatan.( Rujuk Surat PerkelilingIkthisas Bil. 9 /2000)

8 KESELAMATAN PELAJAR

8.2 Guru mesti mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan sukan (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 9/2000).

8.3 Alat bantu kecemasan perlu dibawa bersama setiap kali aktiviti luar sekolah dijalankan ( Boleh dapatkannya daripada Guru Penasihat PBSM)

8.4 Memastikan pelajar mendapat Skim Perlindungan Diri. ( Insuran Tambahan jika perlu )

8.4.1 Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah dipastikan mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.

8.4.2 Keselamatan dan kebajikan pelajar perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

8.4.3 Guru hendaklah mengiringi pelajar dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah. Sekirannya terdapat pelajar perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.

8.4.4 Bagi semua aktiviti lasak, pelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

8.4.5 Kesihatan pelajar perlu diberi perhatian dan diambil kira.8.4.6 Pelajar yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian. (perlu disertai surat pengesahan doktor)

8.4.7 Pelajar yang cedera, semput atau lelah tidak dibenarkan mengambil bahagian. ( Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil. 9 /2000)

9 PENGGUNAAN UBAT-UBATAN DAN DADAH

9.2.1 Penggunaan ubat-ubatan dan dadah di dalam sebarang aktiviti adalah dilarang sama sekali.9.2.2 Segala penggunaan ubat-ubatan dan dadah perlulah diperakukan oleh doktor.

10 ALAT BANTU KECEMASAN (ABK)

10.2 Memastikan ABK lengkap dengan alatan serta perubatan asas.10.3 Memastikan penggunaan alatan perubatan asas dalam ABK diawasi oleh pelajar atau guru yang mendapat latihan asas mengenainya10.4 Boleh dapatkan ABK daripada GPK Kokurikulum/Penyelaras Unit Beruniform/ Penyelaras Permainan / Penyelaras Kelab/ Persatuan.

11 CUACA / MUSIM

11.2 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan ditempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya petir atau kilat.11.3 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau diluar bilik darjah.11.4 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan. ( Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil. 9 /2000) 12 LAPORAN KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN

12.2 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua dengan segera.

12.3 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil. 9 /2000)

13 PELAPORAN AKTIVITI

13.1 Guru Pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 9/2000)13.2Semua Guru Penasihat perlu berkerjasama dalam membuat penilaian yang adil seperti yang ditetapkan dalam panduan penilaian kokurikulum.(Lampiran 14 )

14. NOMBOR RUJUKAN FAIL

14.1 Setiap surat-menyurat perlulah mempunyai nombor rujukan masing-masing.14.2 Nombor rujukan surat-menyurat bagi setiap unit kokurikulum adalah seperti ditetapkan. Sila rujuk dokumen sistem fail sekolah.