30
PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN 1.1. Majlis Konvokesyen ke-27 Politeknik Kuching Sarawak akan diadakan pada 6, 7 dan 8 Ogos 2019 (Rabu dan Khamis) di Dewan Jubli Perak (DJP), Politeknik Kuching Sarawak (PKS). 1.2. Berikut adalah jadual Majlis Konvokesyen PKS 2019. TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI 6 Ogos 2019 (Selasa) 8.00 am – 4.30 pm Persiapan AJK Pendaftaran graduan Majlis Raptai Konvokesyen PKS Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan (APKJ) PKS 7 Ogos 2019 (Rabu) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 1 Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 2 8 Ogos 2019 (Khamis) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 3 Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 4 1.3. Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen pada 7 dan 8 Ogos 2019 adalah seperti berikut: SIDANG TARIKH (HARI) SESI JABATAN SESI TAMAT 1 7 Ogos 2019 (Rabu) Pagi JKM JKE JTMK Disember 2017 2 7 Ogos 2019 (Rabu) Petang JKA JKPK JP Disember 2017 3 8 Ogos 2019 (Khamis) Pagi JKM JKE JTMK Jun 2018 4 8 Ogos 2019 (Khamis) Petang JKA JKPK JP Jun 2018 Nota: Graduan yang berkaitan adalah graduan diploma daripada pengajian Sepenuh Masa dan Separa Masa (kursus secara sambilan-(KSS).

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS

KONVOKESYEN KE-27

1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN

1.1. Majlis Konvokesyen ke-27 Politeknik Kuching Sarawak akan diadakan pada 6, 7 dan 8

Ogos 2019 (Rabu dan Khamis) di Dewan Jubli Perak (DJP), Politeknik Kuching Sarawak

(PKS).

1.2. Berikut adalah jadual Majlis Konvokesyen PKS 2019.

TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI

6 Ogos 2019 (Selasa) 8.00 am – 4.30 pm

Persiapan AJK Pendaftaran graduan Majlis Raptai Konvokesyen PKS Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan (APKJ) PKS

7 Ogos 2019 (Rabu) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 1

Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 2

8 Ogos 2019 (Khamis) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 3

Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 4

1.3. Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen pada 7 dan 8 Ogos 2019 adalah seperti

berikut:

SIDANG TARIKH (HARI) SESI JABATAN SESI TAMAT

1 7 Ogos 2019

(Rabu) Pagi

JKM JKE

JTMK Disember 2017

2 7 Ogos 2019

(Rabu) Petang

JKA JKPK

JP Disember 2017

3 8 Ogos 2019

(Khamis) Pagi

JKM JKE

JTMK Jun 2018

4 8 Ogos 2019

(Khamis) Petang

JKA JKPK

JP Jun 2018

Nota: Graduan yang berkaitan adalah graduan diploma daripada pengajian Sepenuh Masa dan Separa Masa (kursus secara sambilan-(KSS).

Page 2: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

2. PENYERTAAN MAJLIS KONVOKESYEN

2.1. Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat secara dalam talian

(online) melalui laman web http://www.poliku.edu.my dengan mengisi borang

permohonan sama ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan

bolehlah dirujuk terus ke laman web berkenaan. Sekiranya terdapat masalah, sila

berhubung terus dengan Urusetia konvokesyen melalui talian 082-845 596 (samb. 186

atau 182).

3. BAYARAN

3.1. Bayaran Konvokesyen :

3.1.1. Hadir Majlis : RM 260.00 (Bayaran termasuk yuran seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00)

3.1.2. Tidak Hadir Majlis : RM 210.00 (Bayaran termasuk yuran seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00)

3.2. Tarikh mula bayaran 13 Jun – 1 Ogos 2019.

3.3. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui mesin Cash Deposit Machine (CDM) BANK ISLAM sahaja.

3.4. Pembayaran secara Inter-Bank daripada bank selain Bank Islam adalah TIDAK DITERIMA. Hanya pembayaran melalui mesin CDM Bank Islam sahaja yang diterima.

3.5. Jika di kawasan anda TIADA cawangan BANK ISLAM, anda dinasihatkan membuat pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching.

Page 3: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

3.6. Berikut adalah tatacara bayaran di Bank Islam (Rujuk panduan bergambar di Lampiran E):

i. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT.

ii. Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

iii. Pilih POLI KUCHING

Bayaran RM260 jika HADIR

Bayaran RM210 jika TIDAK HADIR

iv. Sahkan data dan masukkan wang.

v. Sahkan jumlah wang yang dimasukkan.

vi. Transaksi selesai dan ambil Resit.

3.7. Slip bayaran atau resit CDM ASAL perlu disimpan oleh graduan dan dikehendaki menunjukkan slip bayaran semasa hari pendaftaran konvokesyen/raptai, pengambilan jubah dan pengambilan diploma nanti.

3.8. Graduan dinasihatkan agar membuat Salinan Slip Bayaran.

3.9. Graduan dinasihatkan untuk mengambil dan menghantar gambar slip bayaran tadi ke nombor WhatsApp 010-8588906. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pengesahan awal kehadiran.

4. PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENYERTAAN KONVOKESYEN

4.1. Semua graduan hendaklah mendaftar dan mengesahkan penyertaan konvokesyen kepada urusetia pada hari dan masa seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A.

4.2. Graduan hendaklah mengemukakan Slip Bayaran bersama-sama borang jawapan penyertaan Konvokesyen yang dicetak semula kepada urusetia sebagai bukti pembayaran konvokesyen telah dibuat. (Slip bayaran adalah bukti pembayaran dan tidak akan diambil)

5. RAPTAI / TAKLIMAT KONVOKESYEN / MAJLIS ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN

5.1. Jadual pendaftaran dan raptai konvokesyen sepertimana Lampiran A.

5.2. Graduan diminta membawa Kad Pengenalan, Slip Bayaran Asal dan Salinan Borang jawapan penyertaan Konvokesyen semasa pendaftaran pada hari raptai. (Slip bayaran adalah bukti pembayaran dan tidak akan diambil).

5.3. Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

5.4. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. (‘Jeans’, selipar dan T-Shirt tanpa kolar tidak dibenarkan semasa raptai).

Page 4: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

5.5. Graduan yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.50 dan ke atas layak untuk menerima pingat Anugerah Ketua Jabatan dan wajib menghadiri Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan.

5.6. Sila rujuk Lampiran A untuk Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan. Kerjasama untuk mematuhi Perkara 5.4 hendaklah dititikberatkan bagi gambaran menarik untuk majlis formal dan media.

6. MAJLIS KONVOKESYEN

6.1. Jadual majlis konvokesyen sepertimana Lampiran A.

6.2. Semua graduan hendaklah mendaftarkan diri di tempat yang ditetapkan semasa raptai.

6.3. Graduan yang gagal mendaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

6.4. Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris mengikut JABATAN MASING-MASING seperti yang telah dimaklumkan semasa raptai.

6.5. Semasa majlis sedang berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.

6.6. Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti beg, kamera DSLR, kamera perakam video atau sebagainya ke dalam dewan.

7. IBU BAPA / TETAMU

7.1. Setiap graduan hanya dibenarkan membawa DUA (2) orang ( ibu/bapa/penjaga/tetamu) memasuki dewan ketika majlis konvokesyen berlangsung.

7.2. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN berada di dalam dewan konvokesyen.

7.3. Ibu/bapa/tetamu yang tidak memasuki dewan, disediakan tempat khas untuk mengikuti upacara majlis konvokesyen melalui siaran terus CCTV.

7.4. Ibu/bapa/tetamu TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar graduan ketika majlis berlangsung.

7.5. Ibu/bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak keluar dari dewan atau membuat bising di dalam dewan.

7.6. Pakaian ibu/bapa/tetamu hendaklah kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi.

7.7. Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu/bapa/tetamu.

Page 5: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

8. PASS KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN

8.1. Graduan diberikan sekeping pass kenderaan (berbentuk stiker kenderaan) pada hari dan masa pendaftaran raptai (6 Ogos 2019). Pass kenderaan yang diberikan hendaklah dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan semasa Hari Konvokesyen.

8.2. Hanya kenderaan yang mempunyai pass kenderaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan PKS.

8.3. Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan oleh PKS.

8.4. Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pihak pengawal lalu lintas/JK Keselamatan, Kecemasan.

9. ETIKA PAKAIAN DAN RUPA DIRI GRADUAN

9.1. Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Lelaki

9.1.1. Graduan dimestikan memakai sama ada :

9.1.1.1. Baju Melayu cekak musang berwarna hitam berbutang lengkap, bersongkok hitam dan bersampin.

ATAU

9.1.1.2. Berkemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack hitam, bertali leher dan bersongkok (non Muslim digalakkan bersongkok). Graduan digalakkan memakai kot.

9.1.2. Kasut kulit dan sarung kaki berwarna hitam/gelap yang bersesuaian untuk majlis rasmi. KASUT SUKAN TIDAK DIBENARKAN.

9.1.3. Graduan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas.

9.1.4. Rambut berfesyen seperti ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.

Nota : Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitan seperti ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen

Page 6: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN LELAKI

Page 7: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

9.2. Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Wanita

9.2.1. Baju kurung, kebaya, kebarung, sari atau pakaian labuh yang sopan dan bertudung putih bagi yang beragama Islam.

9.2.2. Bagi yang bukan Islam, selain memilih mengenakan pakaian pada 9.2.1, boleh memakai blaus putih berlengan panjang dan skirt labuh hingga paras buku lali / seluar slack hitam.

9.2.3. Tudung berwarna putih sahaja dibenarkan dipakai oleh wanita muslim bagi tujuan penyeragaman warna untuk seri majlis.

9.2.4. Warna dan corak pakaian hendaklah sesuai dengan majlis rasmi.

9.2.5. Kasut atau sandal bertumit. KASUT SUKAN TIDAK DIBENARKAN.

9.2.6. Graduan bukan Islam hendaklah berambut kemas.

9.2.7. Rambut berfesyen seperti ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.

Nota: Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitan seperti ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen

Page 8: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN WANITA (warna dan corak hendaklah sesuai dengan majlis rasmi)

Page 9: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

10. JUBAH KONVOKESYEN

10.1. Pengambilan Jubah

10.1.1. Jadual pengambilan jubah seperti Lampiran B, Jadual 1.

10.1.2. Jubah boleh diambil sebelum majlis raptai dengan mengemukakan Slip Bayaran Asal Konvokesyen dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.

10.1.3. Urusan pengambilan jubah selain daripada Lampiran B tidak akan dilayan.

10.1.4. Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan.

10.2. Pemulangan Jubah

10.2.1. Jadual pemulangan jubah seperti Lampiran B, Jadual 1.

10.2.2. Jubah perlu dipulangkan selepas majlis konvokesyen tamat.

10.2.3. Pemulangan jubah selepas daripada tarikh 9 Ogos 2019 akan dikenakan denda RM10 sehari (hari bekerja sahaja)

10.2.4. Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat tuntutan diploma.

10.3. Kehilangan atau Kerosakan Jubah

10.3.1. Jadual Kehilangan atau Kerosakan Jubah jubah seperti Lampiran B, Jadual 2.

10.3.2. Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubah mana-mana bahagian jubah yang disewa.

10.3.3. Caj akan dikenakan kepada graduan bagi kos kehilangan/kerosakan pada jubah dan Diploma tidak akan dikeluarkan kepada graduan sehingga bayaran tersebut dijelaskan.

Page 10: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

11. PENGAMBILAN DIPLOMA

11.1. Graduan yang HADIR majlis konvokesyen boleh mengambil diploma di Unit Peperiksaan PKS selepas penghantaran jubah mengikut sidang.

11.2. Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen boleh menuntut diploma mereka di Unit Peperiksaan PKS selepas tarikh rasmi majlis konvokesyen berlangsung. Graduan perlu mengemukakan Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo), Resit Bayaran Konvokesyen (TIDAK HADIR), dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.

11.3. Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan diploma mereka secara pos dengan memenuhi tatacara berikut:

11.3.1. Memuat turun Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo) melalui laman web www.poliku.edu.my

11.3.2. Isi Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo) dan disertakan salinan kad pengenalan dan Slip Bank;

11.3.3. Datang sendiri untuk mengambilnya atau;-

11.3.4. Menghantar wakil untuk menuntutnya dengan memberikan surat kuasa yang dibawa bersama oleh wakil pihak anda atau;-

11.3.5. Pos borang tersebut yang telah lengkap diisi bersama dokumen berkaitan dan hantar ke:

Unit Peperiksaan, Politeknik Kuching Sarawak KM 22, Jalan Matang 93050, Kuching SARAWAK.

11.4. Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh Unit Peperiksaan PKS.

11.5. Pengambilan diploma melalui wakil hendaklah disertai surat rasmi yang mencatatkan nama graduan berserta no. kad pengenalan mewakilkan kepada nama wakil serta no. kad pengenalan wakil untuk mengambil diploma berkenaan.

Page 11: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

12. GAMBAR KONVOKESYEN

12.1. Gambar konvokesyen diurus oleh Urusetia Konvokesyen di bawah JK Fotografi & Multimedia dengan melantik syarikat fotografi luar.

12.2. Setiap graduan yang hadir akan menerima gambar secara pakej 1 keping size 6R, 1 keping size 8R dan 1 keping gambar 12R.

12.3. Penghantaran secara pos diuruskan oleh syarikat fotografi yang dilantik.

12.4. Perkhidmatan Studio Fotografi juga disediakan semasa majlis. Walaubagaimanapun, gambar studio tidak termasuk dalam pakej fotografi.

13. PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK KUCHING

13.1. Persatuan ini ditubuhkan bagi membentuk jaringan perhubungan di antara Alumni

Politeknik Kuching bersama Politeknik Kuching Sarawak dari segi pembangunan, kerjaya,

pengalaman dan infrastruktur politeknik.

13.2. Peranan Persatuan Alumni Politeknik Kuching :

Bekerjasama dengan CISEC Politeknik Kuching Sarawak dalam mengesan perkembangan status dan kerjaya graduan Politeknik Kuching Sarawak.

Membangunkan pangkalan data alumni Politeknik Kuching Sarawak.

Menggembeling kepakaran Alumni Politeknik Kuching Sarawak dalam melahirkan graduan berkualiti serta berdaya saing dari segi pembelajaran dan kerjaya.

Platform pertemuan di antara graduan Politeknik Kuching Sarawak.

Mempromosikan graduan Politeknik Kuching Sarawak melalui rangkaian hubungan dengan industri.

Menyalurkan maklumat mengenai graduan Politeknik Kuching Sarawak kepada agensi luar.

Mewujudkan jalinan bestari di antara Alumni Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik KPT bagi membantu graduan dalam pemajuan kecemerlangan akademik dan kerjaya.

Menyediakan berita-berita aktiviti persatuan Alumni.

13.3. Graduan Politeknik Kuching Sarawak adalah secara automatik menjadi ahli Persatuan

Alumni Politeknik Kuching.

13.4. Bayaran yuran keahlian seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00 dikenakan sekali dalam

yuran konvokesyen ini.

Page 12: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

13.5. Semua graduan yang telah membayar yuran keahlian wajib mengisi borang Permohonan

Keahlian Persatuan Alumni Politeknik Kuching dan sila bawa bersama borang yang

lengkap diisi semasa majlis konvokesyen nanti.

14. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

14.1. Panduan Kepada Bakal Graduan :

14.1.1. Semua Graduan yang HADIR konvokesyen diwajibkan menjawab

Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah.

14.1.2. Graduan yang TIDAK HADIR konvokesyen perlu menghubungi pegawai

CISEC jabatan masing-masing. Kegagalan menjawab kajian ini akan

mengakibatkan tidak dapat mengambil jubah dan DIPLOMA atau

TANSKRIP anda ditahan.

14.2. Tujuan/matlamat kajian ini

14.2.1. Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap

program, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda

mengikuti pengajian serta bagaimana anda memasuki dan menghadapi

alam pekerjaan.

14.2.2. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang

membina kepada institusi anda dan juga bagi pihak Kementerian

Pengajian Tinggi. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk

menyumbang kembali kepada institusi anda dan menyatakan rasa terima

kasih anda.

Proses Kerja Pengisian Kajian :

Jadual Pengisian Kajian kepada yang Hadir Konvokesyen mengikut waktu pengambilan Jubah:

1. Graduan yang akan mengambil Jubah mulai 30 Julai – 2 Ogos 2019 (Selasa – Jumaat), dan pada 5 Ogos 2019 (Isnin) dikehendaki mengisi kajian di :

Tempat Kajian : Bilik Seminar UIDM (Pendaftaran kajian) & Makmal E-Learning (bersebelahan DJP)

Masa : Jam 9:00am – 12:00pm Jam 2:00pm – 4:00pm

Page 13: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

2. Graduan yang akan mengambil Jubah pada Hari Raptai (6 Ogos 2019) :

Tempat Kajian : BK10 (Pendaftaran kajian) & MK1, MK2, MK3 (Blok Pentagon)

Masa : Sebelum majlis raptai

Sebarang masalah untuk sila hubungi :- Pegawai Pengesanan Graduan Politeknik Kuching Sarawak [email protected] 082-845596 ext 113 HP : 0168587660 15. PERINGATAN TAMBAHAN

15.1. Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan PKS atau belum

memulangkan buku perpustakaan atau barang-barang yang lain yang dipinjam dari

mana-mana bahagian di PKS, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan pihak

yang berkenaan dengan segera.

15.2. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan diploma dan transkrip

DITAHAN.

Page 14: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

LAMPIRAN A

JADUAL PENDAFTARAN & MAJLIS

KONVOKESYEN KE-27 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Atur cara : Majlis Raptai Konvokesyen

(PKS) Ke-27

Tarikh : 6 Ogos 2019 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi (Masa pendaftaran graduan bermula)

RINGKASAN TENTATIF MAJLIS KONVOKESYEN PKS 2019

TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI

6 Ogos 2019 (Selasa) 8.00 am – 4.30 pm

Persiapan AJK Pendaftaran graduan Majlis Raptai Konvokesyen PKS Majlis Pingat Ketua Jabatan (PKJ) PKS

7 Ogos 2019 (Rabu) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 1 Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 2

8 Ogos 2019 (Khamis) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 3 Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 4

TENTATIF PENDAFTARAN DAN MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PKS 2019

MASA

AKTIVITI

8.00 am

Persiapan Tempat dan Peranan Setiap Jawatankuasa Konvokesyen

9.00 am

Pendaftaran Graduan untuk semua sesi

10.30 am

Graduan berkumpul di Dewan Jubli Perak PKS untuk persediaan Majlis Raptai Konvokesyen PKS 2019

11.00 am

Majlis Raptai Konvokesyen PKS 2019 bermula

- Taklimat tatacara perjalanan majlis konvokesyen bermula

Page 15: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

MASA

AKTIVITI

12.30 pm

Perarakan masuk graduan Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian oleh VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan

Penyampaian diploma Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang

Penyampaian cenderamata kepada VIP Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

* Graduan penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan (APKJ) bersedia untuk Majlis APKJ Konvokesyen PKS Kali Ke 27 pada masa pendaftaran jam 1.30 pm

Page 16: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

MASA

AKTIVITI

2.00 pm

MAJLIS ANUGERAH PINGAT KETUA JABATAN KONVOKESYEN PKS KALI KE-27 TAHUN 2019 Ketibaan Pengarah PKS

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan dan amanat Pengarah PKS Penyampaian Anugerah Pingat Ketua Jabatan Konvokesyen PKS Kali ke-

27 2019

Nyanyian Lagu Politeknik Malaysia

Sesi bergambar

Bersurai

Page 17: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI

KE 27 [SIDANG PERTAMA / PAGI]

GRADUAN : SESI DISEMBER 2017 bagi:

i) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

ii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

iii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

TARIKH : 7 OGOS 2019 [RABU]

MASA : 7.00 PAGI

MASA

AKTIVITI

7:00 am 8.15 am

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

8:30 am

Perarakan masuk graduan

8.40 am 9:00 am

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP

Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 18: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

MASA

AKTIVITI

12.30 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 19: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 27 [SIDANG KEDUA / PETANG]

GRADUAN : SESI DISEMBER 2017 bagi:

i) Jabatan Kejuruteraan Awam

ii) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

iii) Jabatan Perdagangan

TARIKH : 7 OGOS 2019 [RABU]

MASA : 1.00 PETANG

MASA

AKTIVITI

1.15 pm

1.30 pm

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

1.50 pm

Perarakan masuk graduan

2.00 pm 2.15 pm

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP

Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 20: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

MASA

AKTIVITI

5.00 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang

Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 21: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 27 [SIDANG KETIGA / PAGI]

GRADUAN : SESI JUN 2018 bagi :

i) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

ii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

iii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

TARIKH : 8 OGOS 2019 [KHAMIS]

MASA : 7.00 PAGI

MASA

AKTIVITI

7:00 am 8.15 am

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

8:30 am

Perarakan masuk graduan

8.40 am 9:00 am

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 22: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

MASA

AKTIVITI

12.30 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 23: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 27 [SIDANG KEEMPAT / PETANG]

GRADUAN : SESI JUN 2018 bagi:

i) Jabatan Kejuruteraan Awam

ii) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

iii) Jabatan Perdagangan

TARIKH : 8 OGOS 2019 [KHAMIS]

MASA : 1.00 petang

MASA

AKTIVITI

1.15 pm

1.30 pm

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

1.50 pm

Perarakan masuk graduan

2.00 pm 2.15 pm

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 24: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

MASA

AKTIVITI

5.00 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang

Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 25: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

LAMPIRAN B

JADUAL 1: PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING

Perkara Tarikh / Masa Lokasi

Pengambilan / Agihan

30 Julai – 2 Ogos 2019 ( Selasa – Jumaat ) dan

5 Ogos 2019 ( Isnin ) Jam 9:00am – 12:00pm Jam 2:00pm – 4:00pm

Cybercafe Koperasi

Politeknik Kuching Sarawak Berhad

6 Ogos 2019 ( Selasa ) Selepas selesai raptai Konvokesyen

Cafeteria Politeknik Kuching Sarawak

Pemulangan (Pemulangan jubah yang lewat daripada tarikh 9 Ogos 2019

akan dikenakan denda RM10 sehari)

7 – 8 Ogos 2019 ( Rabu – Khamis ) Selesai majlis konvokesyen hingga jam 5:00pm

Cafeteria Politeknik Kuching Sarawak

9 Ogos 2019 ( Jumaat ) Jam 9:00am – 12:00pm Jam 2:00pm – 4:00pm

Cybercafe Koperasi

Politeknik Kuching Sarawak Berhad

JADUAL 2 : KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN JUBAH KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING

Perkara Kadar Caj (RM)

Kehilangan Jubah 500.00

Kerosakan Jubah Bergantung kepada jenis kerosakan

Page 26: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

LAMPIRAN C

PERATURAN PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN

1. Semasa mengambil Jubah Konvokesyen, graduan mestilah meyertakan salinan

a. Slip Bayaran Asal Kovokesyen. b. Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.

2. Graduan digalakkan mengambil sendiri Jubah Konvokesyen dan menunjukkan kad

pengenalan diri sebagai bukti.

3. Graduan dikehendaki mengisi maklumat pada borang yang disediakan semasa melakukan pinjaman. Hanya graduan yang tersenarai dalam Buku Konvokesyen sahaja yang layak menerima Jubah Konvokesyen.

4. Graduan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan atau

kehilangan Jubah Konvokesyen semasa dalam jagaan mereka. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan, graduan berkenaan akan dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak RM500.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ).

5. Graduan tidak dibenarkan mencuci sendiri Jubah Konvokesyen. 6. Jika perlu, graduan dinasihatkan menggosok/seterika jubah pada suhu yang

rendah. 7. Graduan tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian pada Jubah

Konvokesyen. 8. Diploma tidak akan diserahkan kepada graduan yang gagal untuk memulangkan

Jubah Konvokesyen pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

Page 27: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

LAMPIRAN D

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN & PERATURAN KEPADA BAKAL GRADUAN

PROSES KERJA PENGISIAN KAJIAN UNTUK GRADUAN YANG HADIR KONVOKESYEN

** NOTA PENTING: Sekiranya menghantar wakil, pastikan segala maklumat yang diperlukan untuk kajian dibawa bersama.

GRADUAN (KATEGORI BEKERJA) • Bekerja Sepenuh Masa / Separa Masa

Bekerja Kontrak / Bekerja Sementara

• Freelance – baiki komputer/alatan elektrik/kenderaan, pereka grafik, dropship, mekanik, tour guide, catering, ejen insurans dll

• Membantu perniagaan keluarga – walaupun tidak diberi upah tetapi diberi makan/tempat tinggal

• Berniaga sendiri – gerai tepi jalan, pasar malam, online, bertani, menternak, menjual hasil pertanian, nelayan, pemborong dll

• Bekerja di luar bidang / kelayakan seperti petrol pam attendant, cashier, cleaner, pengasuh, salesman dll

• Bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji).

• Bekerja mengikut keperluan, tidak bekerja buat sementara waktu tetapi bergaji dan pasti akan dipanggil bekerja semula

PROSES SELESAI

GRADUAN

(KATEGORI TIDAK BEKERJA)

• Tidak bekerja • Lanjut pengajian • Tingkat kemahiran • Tunggu penempatan kerja

Dapatkan cop pengesahan dari urusetia Kajian Pengesanan Graduan setelah selesai mengisi kajian

Daftar dahulu di kaunter Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Maklumkan status sama ada bekerja atau belum bekerja

Pergi ke makmal komputer yang akan diberitahu pada hari berkenaan. Ikut arahan urusetia bertugas

Serahkan SLIP KAJIAN YANG TELAH DISAHKAN OLEH URUSETIA KAJIAN

PENGESANAN GRADUAN kepada urusetia Jubah untuk mengambil jubah

Page 28: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

LAMPIRAN E PANDUAN BERGAMBAR

1. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT.

2. Masukkan No Kad Pengenalan Graduan.

Hadir Konvokesyen : RM 260.00 Tidak Hadir Konvokesyen : RM 210.00

Page 29: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

3. Pilih POLI KUCHING (Pilih bayaran RM260 Hadir atau RM210 Tidak Hadir)

Page 30: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 1. … · pembayaran tersebut di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 3.6. Berikut adalah tatacara bayaran

** Pilih setiap satu pilihan mengikut pilihan HADIR atau TIDAK HADIR dan pastikan anda

membuat pembayaran mengikut pilihan yang betul.

4. Sahkan data dan masukkan wang.

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang.

Transaksi selesai dan ambil Resit. Jika tiada resit dikeluarkan, sila rujuk pihak bank untuk dapatkan resit transaksi tersebut.