Peraturan Frisbee

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1M1S

Citation preview

  • 1KEJOHANAN FRISBEE1MURID 1SUKANTAHUN 2015

    BAHAGIAN SUKAN, KPM

  • 2PERATURAN PERTANDINGAN FRISBEEKEJOHANAN FRISBEE 1MURID 1SUKAN

    TAHUN 2015__________________________________________________________1. NAMA PROGRAM

    Kejohanan Frisbee 1Murid 1Sukan Tahun 2015.

    2. PENGANJURBahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    3. PENGELOLABahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menyerahkankuasa pengelolaan kejohanan ini kepada mana-mana Jabatan PendidikanNegeri (JPN) yang akan ditentukan dari masa ke semasa.

    4. UNDANG-UNDANG PERMAINANKejohanan akan dijalankan mengikut Peraturan Undang-Undang WorldwideFlying Disc Federation (WDFD http://rules.wfdf.org/) dan Peraturan AmKejohanan Frisbee 1Murid 1Sukan (10 Peraturan Mudah http://ultimatemalaysia.com/what-is-ultimate/rules/) serta Peraturan AM MajlisSukan Sekolah Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang.

    5. JENIS PERTANDINGANPertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah dalam Malaysia.

    6. PENDAFTARAN PEMAIN6.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 6 orang pemain (3

    pemain dan 3 pemain simpanan), seorang pengurus pasukan danseorang jurulatih

    6.2 Pendaftaran menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan M02 danBorang Pendaftaran Individu M01

  • 36.3 Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

    7. JANGKA MASA PERMAINAN7.1 Jangkamasa permainan ditentukan oleh pihak penganjur. Jangkamasa

    permainan adalah selama 10 minit (Separuh masa pertama) + Rehat (5minit) + 10 minit (Separuh masa kedua).

    7.2 Permainan tamat apabila jaringan oleh satu pasukan mengatasijaringan pihak lawan apabila masa permainan tamat. (Walaubagaimanapun, perubahan jangka masa permainan tertakluk kepadapenganjur).

    7.3 Separuh masa / masa rehat selama (5 minit) diberikan setelah salahsatu pasukan mencapai separuh daripada gol maksimum.

    7.4 Masa Tambahan over time diberikan apabila jaringan kedua-duapasukan seri pada akhir tempoh permainan. Permainan diteruskansehingga satu pasukan mencapai dapat menjaringkan gol iaitu GoldenGoal.

    7.5 Masa Rehat/ Masa Henti / Masa Kecederaan / Time Out.7.5.1 Time Out ialah satu panggilan berhenti bermain dan masa henti

    dikira antara jaringan dibuat ataupun semasa pull.7.5.2 Team Time Out

    7.5.2.1 Penggunaan masa panggilan henti time out hanyaboleh digunakan dua kali sahaja dalam separuh masapermainan.

    7.5.2.2 Masa masa tambahan satu pasukan dibenarkan sekalitime out sahaja.

    7.5.2.3 Jangkamasa time out hanya 70 saat sahaja. Masadihentikan seketika semasa time out.

    7.5.2.4 Time out boleh diminta selepas jaringan gol dansebelum permainan dimulakan semula re-start.Pemain hendaklah mengangkat tangan dengan simbolT dan meminta time out.

    7.5.2.5 Time out juga boleh diminta semasa permainan dandipanggil oleh pemain yang memegang disk sahaja.Pemain hendaklah memberi isyarat T denganmenggunakan disk meminta time out, dan meletakkandisk di tanah dengan tidak melakukan gerak kaki.

  • 47.5.2.6 Selepas tamat masa time out, pemain yangmemegang disk perlu melempar disk untukmenyambung permainan.

    7.5.3 Injury Time Out / Masa Kecederaan7.5.3.1 Penggunaan masa kecederaan hanya dibenarkan

    sekiranya terdapat kecederaan pada mana-manapemain.

    7.5.3.2 Panggilan masa kecederaan boleh dilakukan daripadamana-mana ahli pasukan.

    7.5.3.3 Pemain yang cedera perlu diganti.7.5.3.4 Sekiranya pemain yang cedera tidak diganti, masa

    kecederaan injury time out akan dikira sebagai timeout kecuali kecederaan itu disebabkan oleh pasukanlawan.

    7.5.3.5 Jika pemain cedera diganti, pemain yang diganti akanmemulakan hantaran di tempat terakhir permainandihentikan.

    7.5.3.6 Pemain yang cedera boleh masuk semula selepasmendapat rawatan.

    7.5.4 Equipment Time Out7.5.4.1 Time Out boleh diambil untuk menggantikan disk yang

    rosak atau merbahaya atau mengikat tali kasut.7.5.4.2 Mana-mana pemain yang mendapati sebarang

    keadaan yang boleh membahayakan permainan ataupemain lain boleh meminta equipment time out.

    7.5.4.3 Hanya pemain yang memegang disk boleh memintaequipment time out untuk menggantikan disk yangrosak.

    7.5.4.4 Untuk menyambung permainan selepas time out,semua pemain mesti berada di kedudukan asal sepertisebelum time out.

    7.5.4.5 Pasukan yang sengaja memanggil equipment time outakan diberikan team time out. Jika team time outpasukan tersebut sudah habis maka turnover akanberlaku.

  • 58. PERLAKSANAAN PERMAINAN8.1 Permulaan Permainan

    8.1.1 Pasukan diberi pilihan sama ada melempar atau menerima disk.8.1.2 Pada separuh masa kedua dimulakan, pasukan yang melempar

    disk akan menerima disk.8.1.3 Jika salah satu pasukan lewat / gagal berada di tempat

    perlawanan pada masa yang ditetapkan, pihak penganjur bolehmemberikan gol percuma kepada pihak lawan pada kadar 1 golsetiap 5 minit.

    8.2 Pull8.2.1 Pull bermaksud seorang pemain dari pasukan pertahanan

    (defense) akan melempar disk kepada pasukan lawan (offense).8.2.2 Permainan dimulakan dengan lemparan (pull) pada separuh

    masa pertama dan kedua dan selepas setiap kutipan mata(goal).

    8.2.3 Setiap kali kutipan mata (goal), pasukan yang mendapatmenjaringkan gol akan membuat lemparan (pull) akan bertukarzon hujung (end zone).

    8.2.4 Lemparan (pull) hanya boleh dilakukan apabila pemain kedua-dua pasukan memberi isyarat sedia dengan mengangkat tangan.

    8.2.5 Kedudukan pemain sebelum (pull)8.2.5.1 Pemain dari pasukan (pull) adalah bebas bergerak

    kemana-mana di zon hujung (end zone) sehinggalahdisk dilemparkan.

    8.2.5.2 Pemain yang akan menerima lemparan disk mestilahberdiri dengan sebelah kaki memijak garisan gol (goalline) tanpa berubah kedudukan.

    8.2.5.3 Sebaik sahaja disk dilemparkan, semua pemain bolehbermain dan bergerak kemana-mana arah.

    8.2.5.4 Sekiranya salah satu pasukan gagal mematuhiperaturan ini, pasukan lawan dibenarkan menyebut off-sides dengan pantas dan jelas. Jika off-sides berlaku,re-pull akan dilakukan.

    8.2.6 Tiada seorang pemain dari pasukan pelempar disk (offence)dibenarkan menangkap disk di udara sebelum ia disentuh oleh

  • 6pasukan lawan (defence). Sekiranya kesalahan ini berlaku, pihaklawan boleh meminta re-pull.

    8.2.7 Jika lemparan (pull) jatuh ke tanah (tidak dapat ditangkap olehpasukan lawan)8.2.7.1 Jika disk dalam kawasan permainan, hantaran

    seterusnya dibuat di kawasan disk mendarat oleh pihaklawan.

    8.2.7.2 Jika disk mendarat dalam kawasan permainan danseterusnya keluar dari kawasan permainan dan belumdisentuh oleh pihak lawan, lemparan ke dalam (throwin) akan dilakukan oleh pihak lawan di tepi garisan dimana disk keluar.

    8.2.7.3 Jika disk terkeluar dari padang selepas disentuh pihaklawan, lemparan ke dalam (throw in) akan dilakukandari tepi garisan di mana disk keluar oleh pasukanpenyerang.

    8.2.8 Jikapull disentuh oleh pasukan lawan dan terjatuh ke tanah,turnover akan berlaku.

    8.2.9 Jika pemain menjatuhkan disk semasa membawa disk kegarisan lemparan ke dalam (throw in), disk akan diberikankepada pihak lawan (turnover).

    8.2.10 Kecuali lemparan pull penghantar disk akan memberi isyaratmula dengan menyentuh disk ke tanah semasa dalam keadaanpivot.

    8.3 Antara Pull8.3.1 Masa maksimum yang dibenarkan antara jaringan dan membuat

    pull adalah 90 saat.8.3.2 Pasukan yang menerima mempunyai 70 saat dan mengangkat

    tangan untuk memberi isyarat sedia.8.3.3 Pasukan yang melempar (pull) diberi 20 saat masa tambahan

    untuk bersedia dalam posisi pertahanan dan membuat lemparan(pull).

    8.4 The Check8.4.1 Apabila permainan berhenti, semua pemain mesti berhenti di

    tempat masing-masing sehingga permainan dimulakan semula.

  • 78.4.2 Apabila permainan dimulakan semula, pemain yang mendapatdisk perlu memberikan disk kepada penghadang (marker) untukcheck.

    8.4.3 Penghadang (marker) perlu menyentuh disk yang dipegang olehpelempar (thrower). Jika pelempar (thrower) membuat hantaransebelum disk disentuh, hantaran itu dikira tidak sah dan akanmenyebabkan turnover.

    8.5 In- and Out Of Bounds8.5.1 Keseluruhan padang permainan ialah in-bounds. Garisan tepi

    dikira out-of-bounds.8.5.2 Sebarang benda atau pemain yang berada dalam kawasan

    garisan tepi (out-of-bound) adalah dikira out-of-bound.8.5.3 Maka, seorang pemain yang melompat dan mendarat di kawasan

    out-of-bound adalah dikira out-of-bound KECUALI :8.5.3.1 Jika pemain menangkap disk dalam padang dan

    kemudiannya terjatuh di luar kawasan garisan tepi (out-of-bound), pemain ini dikira in-bounds. Disk dilempardari tempat di mana ianya terkeluar pada garis tepi.

    8.5.3.2 Pelempar (thrower) boleh mengerakkan kaki di luargarisan, asalkan kaki pivot berada di dalam kawasanin-bound.

    8.5.4 Disk dikira in-bounds apabila permainan bermula atau re-start.8.5.5 Disk dikira out-of-bound apabila ia bersentuhan dengan

    kawasan out-of-bounds..8.5.6 Untuk memulakan permainan setelah disk dikira out-of-bounds,

    pemain dari pasukan yang mendapat disk mestilah membawadisk ke tempat disk terkeluar dan membuat lemparan ke dalam(throw in).

    8.6 End Zone Possession8.6.1 Jika pasukan pertahanan menerima disk akibat turnover dalam

    end zone, pemain pertahanan itu mesti memilih sama ada:8.6.1.1 Memainkan semula pada tempat berlakunya turnover

    atau8.6.1.2 Membawa disk ke garisan gol dan membuat hantaran

    dari garisan gol.

  • 88.6.2 Jika pasukan penyerang mendapat disk di dalam zon hujung(end zone) di kawasan gol sendiri, pemain dari pasukan ini perlumembawa disk ke garisan gol (goal line) dan membuat hantarandari sana.

    8.7 Score / Jaringan Gol / Kutipan Mata8.7.1 Gol dikira apabila seorang pemain menangkap hantaran yang

    sah dalam kawasan zon hujung (end zone) pihak lawan.8.7.2 Kaki mendarat pemain yang menerima disk dalam kawasan zon

    hujung (end zone) mesti berada dalam kawasan zon hujung (endzone) pihak lawan.

    8.7.3 Pemain tidak dibenarkan berlari membawa disk ke dalamkawasan end zone.

    8.7.4 Jika seorang pemain menerima disk di luar kawasan end zonedan menyebabkannya terjatuh dalam kawasan end zone,pemain tersebut mesti membawa disk ke titik terdekat denganzon hujung pihak lawan dan membuat hantaran semula (restart).

    8.8 Turnovers / Change Possession8.8.1 Hantaran yang tidak sampai, dirampas oleh pihak lawan,

    hantaran disk yang dihalang ataupun keluar kawasan (out-of-bound) akan menyebabkan disk bertukar tangan.

    8.8.2 Disk dikira bertukar tangan apabila disk dirampas/ditepis olehpihak lawan meskipun pihak lawan menjatuhkan disk tersebut.

    8.8.3 Perkara berikut mengakibatkan pertukaran tangan (turnover) danpermainan diberhentikan sementara.8.8.3.1 Kiraan penghadang (stall count) mencapai angka

    maksimum (10 saat).8.8.3.2 Disk dihulurkan (short pass) kepada rakan sepasukan.8.8.3.3 Disk yang dihantar disambut semula oleh penghantar

    (thrower).8.8.3.4 Penghantar (thrower) meminta time-out apabila team

    time-out telah habis.8.8.3.5 Pergerakan menghadang pasukan pertahanan dibantu

    oleh rakan sepasukannya.8.9 The Thrower (Penghantar)

  • 98.9.1 Penghantar ialah pemain penyerang yang memegang disk ataumana-mana pemain yang baru sahaja membuat hantaran.

    8.9.2 Jika disk berada di permukaan tanah, mana-mana pemainpasukan yang akan mendapatkan disk boleh mengambil diskdalam situasi berikut:8.9.2.1 Setelah mengambil disk, pemain itu mesti membuat

    hantaran bagi menyambung permainan.8.9.2.2 Jika hantaran perlu dilakukan pada satu tempat yang

    lain, penghantar itu harus membawa disk ke tempatyang ditentukan, sentuh disk ke tanah dan kemudianmembuat hantaran.

    8.9.2.3 Jika disk berada dalam kawasan padang, seorangpemain yang mendapat disk perlu membuat hantarandalam masa 10 saat. Selepas 10saat, pemain pihaklawan boleh meminta permainan dimulakan denganmenyebut delay of game dan memulakan stall oncount (stalling 1, stalling 2, stalling 3,stalling 9,stalling 10).

    8.9.2.4 Jika disk berada di luar kawasan permainan (out-of-bound), pasukan yang mendapat disc mesti membuathantaran dalam masa 20 saat.

    8.9.3 Penghantar boleh membuat gerak kaki (pivot) dalam mana-manaarah.

    8.9.4 Penghantar boleh menghantar disk ke mana-mana arah danbebas menggunakan mana-mana teknik hantaran.

    8.9.5 Penghantar tidak dibenarkan membawa / berlari dengan disk ketempat lain. (travelling). Penghantar mesti (pivot) kaki pada satutitik.

    8.10 The Marker (Penghadang)8.10.1 Hanya seorang pemain pertahanan boleh menghadang

    penghantar (thrower) pada satu-satu masa.8.10.2 Penghadang ini dipanggil marker.8.10.3 Jarak hadangan yang dibenarkan antara pelempar dan

    penghadang adalah 1 meter / 3 kaki.8.10.4 Tangan dan kaki penghadang tidak boleh menghadkan

    pergerakan penghantar (thrower) daripada membuat hantaran.Sentuhan badan dikira foul.

  • 10

    8.10.5 Penghadang perlu membuat sebutan kiraan (stall count)selama 10 saat untuk pelempar membuat hantaran.

    8.10.6 Jika pelempar tidak membuat hantaran selepas kiraan (stalling10), turnover akan diberikan.

    8.10.7 Penghadang perlu memanggil stall dan permainan berhenti.8.10.8 Apabila ini berlaku, disk haruslah diberikan kepada penghadang

    sebelum check pada tempat stalling berlaku.8.10.9 Pemain itu, boleh meletakkan disk atas tanah mengambilnya

    semula dan menyebut in play atau memegang disk danmeminta pelempar asal (former thrower) menyentuh disc untukcheck dan menyambung permainan.

    8.10.10 Jika penghadang mengira lebih cepat dari tempoh 1 saat ataupenghadang tidak menggunakan perkataan stalling pelemparboleh meminta fast count.

    8.10.11 Fast count pertama adalah amaran. Penghadang mestimengurangkan 1 daripada nombor terakhir yang disebut danmenyambung kiraan bermula dengan perkataan stalling.

    8.10.12 Jika fast count dipanggil sekali lagi oleh pelempar yang samapermainan akan dihentikan dan disambung semula dengancheck dan stalling count bermula dari 1.

    8.11 The Receiver8.11.1 Receiver ialah mana-mana pemain dari pasukan penyerang

    yang menangkap disc.8.11.2 Pemain tidak dibenarkan membantu pergerakan rakan

    sepasukannya untuk merampas disk.8.11.3 Selepas menerima disk, penerima boleh mengambil langkah

    (lajak) yang perlu sebelum (pivot) kaki.8.11.4 Jika penerima berlari atau melompat ketika menangkap disk,

    dia mesti membuat hantaran sebelum langkah ketiga. Walaubagaimanapun, penukaran arah atau berlari semasamemegang disk adalah kesalahan (travel).

    8.11.5 Jika disk ditangkap serentak oleh pemain penyerang danpertahanan, pemain penyerang mendapat disk (retainpossession), disk akan diberikan kepada pemain penyerang.

    8.11.6 Jika seorang pemain melompat untuk menangkap disk dikawasan permainan, disebabkan sentuhan pasukan lawan

  • 11

    pemain terjatuh ke out-of-bound. Pemain yang terjatuh bolehmemanggil foul. Disk dikekalkan permainan diteruskan daritempat berlakunya foul. Jika foul sebegini berlaku di kawasanend zone, mata boleh diberikan kepada pasukan penyerang.

    8.12 Pelanggaran Peraturan dan Fouls8.12.1 Apabila pelanggaran peraturan atau fouls permainan dihentikan

    dan semua pemain mesti berada di posisi ketika fouls itu berlaku.Permainan disambung dengan lemparan disk pada tempatberlakunya fouls.

    8.12.2 Fouls adalah disebabkan oleh sentuhan badan 2 orang pemainberlawanan yang menjejaskan permainan.

    8.12.3 Adalah tanggungjawab semua pemain dalam mengelakkansentuhan.

    8.12.4 Pemain yang menyebabkan sentuhan dikenakan fouls.8.12.5 Fouls hanya boleh dipanggil oleh pemain yang disentuh /

    dilanggar dengan memanggil fouls dengan kuat sejuruskesalahan dilakukan.

    8.12.6 Fouls juga bermaksud kelakuan yang aggresif dan berbahayaatau kecuaian dan boleh menyebabkan kecederaan kepadapemain lain.

    8.12.7 Hantaran dikira tidak sah apabila berlaku sentuhan antarapenghantar (thrower) dan penghadang (marker). Kesalahan iniakan menyebabkan turnover.

    8.12.8 Ada masanya sentuhan tidak dapat dielakkan setelah diskdihantar, ini tidak semestinya fouls KECUALI tindakan tersebutmendatangkan kecederaan.

    8.12.9 Fouls boleh berlaku apabila terdapat sentuhan antara pemainketika merebut untuk menangkap disk.

    8.12.10 Sebarang sentuhan yang tidak dapat dielakkan semasaperebutan disk tidak dikira fouls.

    8.12.11 Jika seorang pemain menyentuh / menolak pemain lawansebelum sempat menangkap disk, pemain itu dikenakan fouls.

    8.12.12 Pemain pertahanan tidak dibenarkan menyentuh ataumemegang disk yang di dalam pegangan pemain penyerang.Keadaan ini adalah fouls dan dipanggil strip. Jika strip tidakdibantah dalam end zone mata gol diberikan.

  • 12

    8.12.13 Pelanggaran peraturan berlaku apabila mana-mana pemainmelanggar peraturan yang tidak mengakibatkan sentuhan fizikal.

    8.12.14 Seorang pemain yang mengesan berlakunya pelanggaranperaturan dalam permainan harus memanggil violation ataumenyebut jenis kesalahan dengan kuat.

    8.12.15 Permainan dihentikan dan dimulakan dengan check.8.12.16 Tiada pemain penyerang dibenarkan bergerak sehingga

    menyebabkan pasukan lawan (penghadang) dihalang olehpemain sepasukannya. Halangan (blocking) tersebutmengakibatkan sentuhan atau perlanggaran yang memberikankelebihan kepada penyerang. Keadaan ini dipanggil pick.

    8.12.17 Pemain pertahanan yang dihalang mesti memanggil pickdengan cepat dan kuat.

    8.12.18 Permainan akan berhenti dan dimulakan dengan check.8.13 Positioning / Posisi

    8.13.1 Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk mengelaksentuhan fizikal dalam apa cara sekalipun.

    8.13.2 Setiap pemain berhak mengambil posisi di mana-mana dalamkawasan permainan yang tidak diduduki oleh pemain lawan.Jika kawasan lain sudah dipenuhi maka pemain bolehmengambil posisi dengan bebas tanpa bersentuhan denganpihak lawan.

    8.13.3 Seorang pemain yang melompat berhak mendarat di tempatyang sama tanpa dihalang oleh pihak lawan.

    8.14 Observers / Pemerhati8.14.1 Pemerhati boleh digunakan jika diminta oleh kapten pasukan atau

    penganjur kejohanan.8.14.2 Fungsi umum pemerhati ialah memerhati perjalanan permainan

    dan mereka hendaklah dipilih dari kalangan bukan pemain.8.14.3 Tanggungjawab pemerhati ditentukan sebelum perlawanan

    bermula dan adalah seperti berikut:8.14.3.1 Memerhati jangkamasa pertandingan8.14.3.2 Mengumumkan amaran masa akan tamat dan telah

    tamat.

  • 13

    8.14.3.3 Mengadili perbalahan antara pemain.8.14.3.4 Mengeluarkan pemain yang melanggari peraturan

    permainan dan semangat kesukanan.8.14.3.5 Memberi pendapat berkenaan perjalanan dan

    pengadilan permainan mengikut skop yangdihadkan oleh pihak penganjur.

    8.14.4 Apabila terdapatnya pemerhati, semua pemain bersetujumematuhi keputusan yang ditentukan oleh pemerhati.

    8.15 Etika8.15.1 Jika kesalahan / fouls dilakukan dan pemain tidak memanggil

    fouls, pemain yang melakukan kesalahan itu mesti memberitahuakan kesalahannya kepada pihak lawan yang berhampirandengannya.

    8.15.2 Adalah menjadi tanggungjawab semua pemain untuk mengelakdaripada melengah-lengahkan permulaan permainan,penyambungan permainan (restarting) atau menyambung semulapermainan.

    8.15.3 Jika terdapat perbalahan atau kekeliruan di padang, permainanpatut dihentikan. Permainan akan dimulakan semula dengancheck setelah masalah itu diselesaikan.

    8.15.4 Jika pemain baru (novice) melakukan kesalahan tanpa disedariatau tanpa diketahui atau tanpa sengaja, permainan dihentikandan kesalahan tersebut dijelaskan.

    9. PERTUKARAN / PENGGANTIAN9.1 Pertukaran pemain adalah secara rolling dimana pemain bebas keluar

    masuk sepanjang masa permainan. Pemain yang akan masuk kepadang mesti masuk dari tengah padang. Pemain yang keluar bolehkeluar dimana-mana bahagian padang.

    10. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN10.1 Cara Liga

    10.1.1Cara memberi mata10.1.1.1 Menang 3 mata10.1.1.2 Seri 1 mata10.1.1.3 Kalah 0 mata

  • 14

    10.1.2 Jika dua ( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama,pemenang akan ditentukan seperti berikut:10.1.2.1 Secara PURATA GOL iaitu dengan membahagikan

    jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yangkena.

    10.1.2.2 Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akanditentukan secara perbezaan gol ialtu jumlah gol yangdijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

    10.1.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yangmenjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagaipemenang.

    10.2 Cara Kalah Keluar10.2.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH KELUAR, jika

    pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusanpertandingan akan dinyatakan secara berikut:10.2.1.1 Apabila masa pertandingan tamat, pasukan akan diberi

    masa rehat selama 1 minit.10.2.1.2 Masa tambahan selama 3 minit akan diberikan.10.2.1.3 Jika berlaku seri pada akhir masa tambahan,

    permainan akan diteruskan.10.2.1.4 Pasukan yang menjaringkan gol seterusnya akan

    diisytiharkan sebagai pemenang.11. SISTEM PERTANDINGAN

    11.1 Sistem pertandingan dijalankan seperti berikut:11.1.1Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

    11.1.1.1 Pusingan PertamaSekiranya12 atau lebih pasukan mengambilbahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akandijalankan secara ligaPasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empatkumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikutundang-undang permainan berkenaan.

    11.1.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

  • 15

    Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiapkumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir danpertandingan akan dijalankan secara kalah mati.Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut;Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulanakan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan1,3,5 dan 7.Undian bagi 2 pasukan Pemenang Kedua Kumpulanuntuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika PasukanPemenang Pertama Kumpulannya telah diundi danditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi jugauntuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

    11.2 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akanmemasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan,sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untukmenentukan tempat ketiga dan keempat.

    11.3 Pasukan yang kalah diperingkat suku akhir akan bertanding untukmenentukan tempat kelima hingga kelapan.

    11.4 Pasukan yang mendapat tempat ketiga diperingkat kumpulan akanbertanding untuk menentukan tempat kesembilan hingga kedua belas.

    11.5 Pasukan yang mendapat tempat keempat diperingkat kumpulan akanbertanding untuk menentukan tempat ketiga belas hingga keenambelas.

    12. HADIAH12.1 Piala12.2 Pingat

    13. GELANGGANG DAN PERALATAN13.1 Ukuran Padang

    13.1.1Padang adalah berbentuk segi empat tepat di mana terdapatkawasan jaringan gol di penghujung padang end zone.

    13.1.2Ukuran Padang:

  • 16

    13.1.3Kawasan padang hendaklah rata dan bebas daripada sebaranghalangan.

    13.1.4Garisan gol adalah garisan yang memisahkan kawasanpermainan dari kawasan mendapatkan mata di zon hujung (endzone).

    13.1.5Setiap zon hujung (end zone) hendaklah ditandakan dengan konatau skitel yang berwarna cerah.

    13.2 Peralatan13.2.1 Alatan utama yang digunakan dalam Ultimate Frisbee ialah Disk

    seberat 175 gram dan diperakui sah oleh Ultimate PlayersAssociation (UPA).

    13.2.2 Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dan tidakmembahayakan diri sendiri dan pemain lain.

  • 17

    13.2.3 Setiap pemain dalam satu pasukan hendaklah memakai uniformatau jersi yang sama dan mempunyai nombor di bahagianbelakang bajunya.

    14. JADUAL PERLAWANAN14.1 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan jadual pertandingan

    dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian danpersetujuan penganjur.

    15. PEGAWAI PERLAWANAN15.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan

    bagi menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiappegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untukdikemukakan kepada urusetia setelah tamat kejohanan.

    16. BANTAHAN16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat

    secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklahditerima dalam tempoh masa (30) tiga puluh minit selepas berakhirnyaperlawanan tersebut beserta bayaran RM200.00 (Ringgit Malaysia DuaRatus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahantersebut tidak berjaya.

    16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara danfakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

    17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi

    memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokongmematuhi kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkankepada semangat sukan yang tulin.

    17.2 Tertakhluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelolaboleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikutperaturan atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan inimungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan,pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yangsesuai.

    17.3 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama adasengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etikapermainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar

  • 18

    padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dantidak sepatutnya diamalkan..

    18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan

    Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh JawatankuasaPengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalahmuktamad.

    Kejohanan Frisbee 1Murid 1Sukan Tahun 2015Kementerian Pendidikan Malaysia