16
PERATURAN KESELAMATAN DI SEKOLAH NAMA AHLI THILAGESS A/P DEVARAJOO SELVASANGEETHA A/P DEVARAJOO

Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peraturan di sekolah

Citation preview

Page 1: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

PERATURAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

NAMA AHLI

THILAGESS A/P DEVARAJOO

SELVASANGEETHA A/P DEVARAJOO

Page 2: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

DEFINISI KESELAMATAN DI SEKOLAH

 

didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana wargaSekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana wargaSekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana wargaSekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

Persekitaran sekolah yang selamat di mana Warga

Sekolah merasa selamat tanpa gangguan  daripada 

Mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun di luar.

Page 3: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Keselamatan diri tidak boleh dikompromi. Menjaga keselamatan diri di sekolah penting untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan.

Dalam bilik darjah

Elakkan berlari dalam bilik darjah tidak bermain barangan yang boleh membahayakan diri seperti barangan elaktrik,

cermin tingkap dan sebagainya.

Di bilik khas

makmal sains – berhati-hati ketika menggunakan bahan / radas dalam makmal bilik kemahiran hidup – berhati-hati menggunakan alatan seperti gergaji, penukul

dan lain-lain

Di kawasan kantin

beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut elakkan berlari kerana lantai mungkin licin dan berminyak

Di Kawasan persekitaran

tidak bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan tidak berlari – terjatuh longkang tidak memanjat tiang gol berhati-hati ketika bermain di padang, dan ikut peraturan

Page 4: Peraturan Keselamatan Di Sekolah
Page 5: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

VID-20150427-WA0023.mp4

Page 6: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

KESELAMATAN DI PADANG SEKOLAH Sila beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti.

  Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas atau barang berharga ke

padang untuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.

  Pakai pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaian yang sesuai sahaja

ketika menjalani aktiviti-aktiviti sukan, senaman dan pendidikan jasmani di padang.

Murid dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.

  Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti yang lasak serta

tidak memaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had kemampuan.

Jaga kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalam tong sampah jika terjumpa objek-objek seperti sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya.

Page 7: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu mata pelajaran pendidikan jasmani, aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.

  Tidak dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan.

  Sila kembalikan dan susun peralatan-peralatan sukan di ‘Stor Peralatan

Sukan’ sekolah setelah digunakan.

  Pihak luar tidak dibenarkan untuk menggunakan padang selain daripada

murid, guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.

  Sila laporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang

kecederaan atau kecemasan untuk tindakan seterusnya.

  Tanamkan semangat kesukanan ketika berada di atas padang, sentiasa

berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Page 8: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

PERATURAN STOR PERALATAN SUKAN Dilarang masuk tanpa kebenaran guru

Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam stor sukan Sekolah.

Guru mestilah berada bersama pelajar semasa mengambil peralatan sukan.

Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.

Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa pengtahuan guru kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

Dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang terdapat didalam stor sukan.

Page 9: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Dilarang bermain di dalam stor sukan.

Dilarang membuang sampah di dalam stor sukan

Dilarang memasuki ke dalam stor sukan secara beramai-ramai

Sila letak dan susun semula peralatan yang digunakan di tempat asal.

Pastikan stor sukan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meninggalkan stor sukan

Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor sukan.

Page 10: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru. Beg pelajar, makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam makmal.

Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.

Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.

Jangan buang bahan pepejal ke dalam sinki.

Pelajar dilarang bermain dan berlari di dalam makmal

Segala kerosakan radas perlu dilaporkan kepada guru dengan segera.

Tutup pili air dan gas serta suis elektrik selepas digunakan.

Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asalnya.

Semua radas perlu dibersihkan dan diletakkan ke tempat asalnya selepas digunakan.  

Page 11: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Jika asid atau alkali terkena pada kulit atau mata, basuh segera dengan air yang banyak.

Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut, kumuh dengan air yang banyak.

Jika tertelan bahan kimia, minum air yang banyak dan laporkan kepada guru dengan segera.

Jika terkena renjatan elektrik, matikan suis elektrik utama dengan segera.

Jika berlaku kebakaran, laporkan kepada guru dengan segera.

Jika pakaian terbakar, gulingkan badan dengan cepat di atas lantai sehingga api padam.

 

Page 12: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

PERATURAN DI BENGKEL KH

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan

pencahayaan mencukupi.

6.Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

Page 13: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

PERATURAN DI MAKMAL KOMPUTER

Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.

Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

Page 14: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.

Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

Pastikan anda menggunakan Username danPassword yang dibenarkan sahaja.

Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini

Page 15: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.

Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.

Page 16: Peraturan Keselamatan Di Sekolah

Sekian terima kasih