Upload
dinhquynh
View
271
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
UNDANGUNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 018006WKL
PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT KHAS DAN MESYUARAT AHLI
JAWATANKUASA
PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA
AM
1. Membentangkan peraturan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang meliputi perlantikan Yang Dipertua, aturan mesyuarat, hak menghadiri mesyuarat, keperluan mesyuarat, kuasa pengerusi serta kaedah pencalonan dan pengundian.
TAKRIF
2. Bagi penggunaan dan kehendak Peraturan Mesyuarat, takrif yang digunapakai adalah seperti berikut:
a. “KSSKA” ertinya Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia.
b. “Peraturan” ertinya Peraturan Mesyuarat.
c. “Pencadang” ertinya ahli yang membawa sebarang cadangan.
d. “Penyokong” ertinya ahli yang menyokong sebarang cadangan.
e. “Penaung” ertinya Penaung KSSKA.
f. “Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua KSSKA.
g. “Naib Yang Dipertua” ertinya Naib Yang Dipertua KSSKA.
h. “Wakil” (proksi) ertinya seorang yang dipilih menjadi ahli Mesyuarat Agung KSSKA.
i. “AJK Biasa” ertinya Ahli Jawatankuasa Biasa.
j. “LLP” ertinya LainLain Pangkat untuk menjawat AJK Biasa.
k. “Perlembagaan” ertinya Perlembagaan KSSKA.
l. “Undi Pemutus” ertinya keputusan muktamad daripada Pengerusi untuk menentukan pemenang sebarang pemilihan.
KUASA PERATURAN
3. Pengurusan dan tertib melaksanakan mesyuarat hendaklah menurut Peraturan ini. Jika berbangkit sebarang masalah, maka Penaung berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu muktamad.
4. Jika Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas atau manamana mesyuarat jawatankuasanya didapati gagal mematuhi Peraturan Mesyuarat maka ini hendaklah dikira sebagai suatu perkara luar aturan dan ianya tidaklah boleh membatalkan perjalanan mesyuarat atau keputusan yang telah dibuatnya.
PELANTIKAN YANG DIPERTUA
5. Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua akan dilantik oleh Penaung secara giliran tiaptiap dua (2) tahun sekali mengikut Fasal 22 Perlembagaan.
6. Yang Dipertua hendaklah menjadi Pengerusi dalam sebarang mesyuarat melainkan jika Yang Dipertua itu tidak hadir maka Naib Yang Dipertua hendaklah mengambil tempatnya ataupun mereka bolehlah bergilirgilir mempengerusikan mesyuarat yang sama dan sekiranya keduadua Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua tidak hadir, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.
7. Jika keduadua Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua berhenti serentak maka Setiausaha hendaklah mencadangkan kepada Penaung agar membuat perlantikan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua yang baru.
MESYUARAT
8. Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa hendaklah diadakan menurut Perlembagaan.
9. Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah Bahasa Melayu.
TEMPAT DAN MASA
10. Mesyuarat Agung hendaklah dimulakan pada hari dan waktu di tempat yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa.
NOTIS MESYUARAT
11. Setiausaha hendaklah memberitahu kepada ahli dengan bertulis sekurangkurangnya empat belas (14) hari kerja terlebih dahulu daripada hari diadakan Mesyuarat Agung Tahunan tetapi jika ada sesuatu yang mustahak, Yang Dipertua berkuasa memanggil Mesyuarat Agung Khas dengan mengeluarkan pemberitahuan di dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari kerja.
12. Mesyuarat Agung yang telah ditetapkan boleh ditangguh ke suatu tarikh dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
13. Bagi Mesyuarat Jawatankuasa notis mengenai mesyuarat hendaklah disampaikan kepada semua ahli jawatankuasa sekurangkurangnya tiga (3) hari sebelum hari mesyuarat.
HAK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG KHAS
14. Hanya ahli yang telah menjelaskan yuran pada tahun lalu berhak hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat.
15. Seseorang yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh menghadiri Mesyuarat Agung sekiranya ia telah membayar denda yang dikenakan ke atasnya. Bagi ahli yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan, ia hilang hak untuk hadir dan mengambil bahagian dalam mesyuarat sebelum cukup lima (5) tahun keluar dari penjara atau tarikh ia dikenakan denda.
16. Setiap ahli hendaklah mengesahkan kehadiran untuk hadir menyuarat melalui perkhidmatan masingmasing.
ATURAN MESYUARAT
17. Setiausaha hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada semua ahli sekurangkurangnya empat belas (14) hari terlebih sebelum tarikh mesyuarat beserta agenda dan cadangan. Jika ada sebab yang mustahak pada fikiran Jawatankuasa, agenda mesyuarat ini bolehlah dihantarkan tidak lewat daripada tiga (3) hari.
18. Urusan Mesyuarat Agung hendaklah didahulukan daripada urusanurusan lain dan urusan Mesyuarat Agung hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan Pengerusi tetapi dengan tidak mengendahkan sebarang syarat lain dalam Peraturan Mesyuarat boleh menentukan sesuatu kerja itu didahulukan dengan tidak mengikut susunan yang telah ditetapkan.
PEMBERITAHUAN USUL
19. Apaapa usul yang hendak dikemukakan semasa mesyuarat perlu dimajukan kepada Jawatankuasa dalam tempoh tidak kurang dari sepuluh (10) hari kerja, kecuali jika usul tersebut dibuat oleh manamana AJK, tempoh memajukan usul adalah tidak kurang dari tujuh (7) hari bekerja.
20. Jika pada fikiran Pengerusi, sesuatu usul yang diterima oleh Setiausaha itu melanggar sebarang syarat Peraturan Mesyuarat ini Pengerusi bolehlah memerintah notis itu dipinda atau ditolak.
21. Dengan tertakluk kepada syarat usul atau pindaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha dengan bertulis. Contoh format usul adalah seperti di Kembaran A.
KUORUM
22. Kuorum bagi Mesyuarat Agung ialah satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau sekurangkurangnya dua (2) kali jumlah Ahli Jawatankuasa.
23. Sekiranya tidak cukup bilangan selepas setengah jam lamanya daripada waktu yang ditetapkan, maka Pengerusi hendaklah menangguhkan mesyuarat itu kepada satu masa yang lain, tetapi sekiranya ada sebab yang mustahak Pengerusi bolehlah menjalankan persidangan itu setelah berunding dengan Penaung dan keputusan Pengerusi adalah muktamad.
24. Hanya ahli yang hadir pada mesyuarat tahun yang lepas dibenarkan membuat pengesahan minit.
KEPERLUAN MESYUARAT AGUNG
25. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan secepat mungkin selepas penutupan tahunan kewangan tetapi tidak lewat dari 30 April setiap tahun. Tarikh serta masa hendaklah ditetapkan oleh AJK. Perkara berikut hendaklah dilaksanakan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan:
a. Mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat yang lepas.
b. Membincangkan perkara berbangkit.
c. Membentangkan Laporan AJK berkenaan kegiatan/aktiviti bagi tempoh berakhir pada 31 Disember.
d. Membentangkan laporan kewangan bagi tempoh berakhir pada 31 Disember.
e. Meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
f. Membincangkan dan memutuskan usul.
g. Melantik Ahli Jawatankuasa Biasa bagi tempoh dua (2) tahun tertakluk kepada Fasal 22 Perlembagaan.
h. Melantik pemeriksa kirakira dan menetapkan ganjaran khidmatnya setiap dua (2) tahun.
i. Halhal lain.
26. Pengundi oleh proksi tidak dibenarkan.
27. Dalam semua Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas atau Mesyuarat Jawatankuasa, segala keputusan hendaklah dijalankan dengan cara undian terbanyak. Pengerusi mempunyai Undi Penentu. Mesyuarat hendaklah menentukan sama ada undi itu dijalankan secara mengangkat tangan atau dengan menggunakan kertas undi.
28. Perlantikan AJK Biasa hendaklah dilantik setiap dua tahun sekali secara undi sulit dalam Mesyuarat Agung. AJK Biasa hendaklah mengandungi lima (5) ahli terdiri daripada dua (2) pegawai dan tiga (3) LLP (3 AJK daripada TD, 1 AJK daripada TLDM dan 1 AJK daripada TUDM). Pengundian tentang isu lain hendaklah dibuat secara mengangkat tangan oleh majoriti ahli yang hadir.
KEPERLUAN MESYUARAT AGUNG KHAS
29. Jawatankuasa boleh, pada bilabila masa dan boleh atas sebab yang tertentu mengadakan Mesyuarat Agung Khas dan hendaklah juga berbuat demikian dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan bertulis beramairamai yang ditandatangani oleh sekurangkurangnya satu perlima (1/5) daripada ahli yang berkelayakan untuk mengundi. Tiada isu lain yang boleh dibincangkan dalam sesuatu Mesyuarat Agung Khas kecuali perkara yang dimaksudkan sahaja. Ahliahli hendaklah diberi notis sekurangkurangnya seminggu sebelum Mesyuarat Agung Khas diadakan.
PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG
30. Pengerusi dengan restu manamana Mesyuarat Agung yang sah boleh menangguhkan sesuatu Mesyuarat Agung dari satu masa ke satu masa lain seperti yang telah diputuskan dan bolehlah menguruskan mesyuarat yang berikutnya yang ditangguhkan itu demi membincangkan perkara yang belum terlaksana seperti ketetapan mesyuarat yang ditangguhkan sebelumnya dan perkara lain yang tidak boleh dibincangkan semasa mesyuarat tertangguh itu. Notis peringatan penangguhan mesyuarat dan urusan perkara yang akan dibincangkan tidak perlu dikeluarkan lagi. Sekiranya mesyuarat itu hendak ditangguhkan ke satu jangkamasa yang melebihi tiga puluh (30) hari, notis bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah dikeluarkan.
31. Fasal 19 di dalam Perlembagaan Kelab berkenaan penangguhan Mesyuarat Agung boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan
syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli itu, maka enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
MENANGGUHKAN MESYUARAT KERANA MEMBAHAS PERKARA MUSTAHAK
32. Seorang ahli dengan kebenaran Pengerusi boleh mencadangkan supaya mesyuarat itu ditangguhkan kerana hendak membahaskan sesuatu perkara yang mustahak.
33. Ahli itu hendaklah menyatakan perkara itu dan menyerahkan satu kenyataan bertulis kepada Pengerusi atas perkara yang hendak dibahaskan dan jika Pengerusi mendapati perkara yang dikemukakan oleh ahli itu mustahak hendaklah Pengerusi meminta ahliahli yang menyokong bangun di tempat masingmasing dan jika tidak kurang daripada satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang hadir bangun menyokong maka Pengerusi bolehlah membenarkan perkara itu dibahaskan pada waktu yang ditetapkan olehnya.
USUL
34. Usul yang dikemukakan oleh ahli, atas budi bicara YDP/NYDP dan AJK boleh ditolak dan tidak dikemukakan di dalam mesyuarat sekiranya usul tersebut tiada kaitan dengan Kelab. Walau bagaimanapun Setiausaha perlu memberi maklumbalas semua usul yang telah ditolak.
PINDAAN USUL
35. Pada masa sesuatu usul itu dalam pertimbangan mesyuarat atau jawatankuasa bolehlah dicadangkan pindaanpindaan jika itu berkaitan dengan usul itu.
36. Pindaan itu pula dipinda jika berkaitan dengan pindaan asal.
37. Sesuatu masalah, apabila dikemukakan oleh Pengerusi, bolehlah dipinda menurut semua manamana jua cara yang tersebut di bawah ini:
a. Dengan dipotong apaapa perkataan supaya dapat dimasukkan perkataan lain.
b. Dengan dipotong apaapa perkataan.
c. Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan lain.
MENYOKONG USUL DAN PINDAAN
38. Dalam mesyuarat sesuatu usul atau pindaan itu tidak akan dikemukakan oleh Pengerusi kecuali jika usul atau pindaan itu telah disokong.
39. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa, penyokong usul tidak diperlukan.
PINDAAN USUL DENGAN BERTULIS
40. Sesuatu pindaan usul yang telah dikemukakan dalam mesyuarat atau dalam jawatankuasa, hendaklah diserahkan kepada Setiausaha kecuali jika Pengerusi membenarkan sebaliknya.
MENARIK BALIK USUL
41. Sesuatu usul atau pindaan jika diminta oleh pencadangnya dan diizinkan oleh Pengerusi atau jawatankuasa boleh ditarik balik.
42. Apabila pindaan ke atas sesuatu usul atau pindaan telah dikemukakan kepada Pengerusi maka usul atau pindaan yang hendak dipinda itu tidak boleh ditarik balik sehingga pindaan kepada usul atau pindaan ke atas pindaan itu telah diputuskan.
PERKARA YANG DITEGAH
43. Seseorang ahli tidak boleh menyentuh dalam ucapannya perkaraperkara yang tersebut di bawah ini:
a. Perkara yang tidak berkaitan dengan usul.
b. Perkara yang sedang dalam perbicaraan mahkamah.
c. Membangkitkan semula apaapa perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat kecuali dengan mengemukakan usul bersendirian bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu.
d. Menggunakan bahasa yang kasar atau tidak beradab.
e. Mempunyai prasangka ke atas lainlain ahli.
KUASA PENGERUSI
44. Pengerusi hendaklah menjalankan tugas secara adil dan berkecuali.
45. Pengerusi dalam mesyuarat atau dalam mesyuarat jawatankuasa adalah bertanggungjawab menjaga peraturan mesyuarat dipatuhi dan keputusan berkenaan dengan apaapa jua perkara tidak boleh dipertimbangkan semula dan tidak boleh diulangkaji oleh mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih dahulu.
46. Dalam masa mesyuarat, Pengerusi berkuasa memerintah manamana ahli yang degil atau tidak patuh kepada arahannya atau yang membuat kacau bilau keluar mesyuarat untuk tempoh baki hari itu dan jika ahli itu enggan keluar, maka pengerusi berkuasa memerintah pegawai atau kakitangan mesyuarat yang berada di dalam mesyuarat itu membawa wakil itu keluar.
47. Pengerusi tidak boleh mengundi untuk sebarang undian sama ada untuk pemilihan AJK Biasa atau sebarang usul kecuali untuk tujuan keputusan pemutus.
GANGGUAN MESYUARAT
48. Sekiranya berlaku sebarang gangguan yang boleh memudaratkan perjalanan mesyuarat, Pengerusi boleh menangguhkan mesyuarat berkenaan dan menentukan tarikh dan masa yang bersesuaian untuk meneruskan mesyuarat tersebut.
MEMUTUSKAN MASALAH PENGUNDIAN
49. Keputusan ke atas suatu perkara atau usul adalah berdasarkan kepada undian terbanyak dan jika berlaku undian sama banyak, Pengerusi boleh menggunakan undi pemutus untuk menentukan keputusan muktamad.
50. Jika berlaku undian sama banyak semasa pemilihan AJK Biasa, undian kali kedua hendaklah diadakan. Sekiranya keputusan undian kali kedua masih sama, Pengerusi boleh menggunakan undi pemutus untuk menentukan keputusan muktamad.
51. Sesuatu perkara itu adalah selesai dikemukakan bagi diputuskan apabila Pengerusi telah mengambil undiundi yang bersetuju dan yang tidak bersetuju.
52. Apabila perkara itu telah dikemukakan oleh Pengerusi kepada mesyuarat bagi diputuskan setelah tamat perbahasan maka keputusan hendaklah diambil menurut undi suara “setuju” atau “tidak” dengan mengangkat tangan dan keputusan itu hendaklah diumumkan oleh Pengerusi.
53. Undi sulit di atas sebarang usul yang dikemukakan boleh diadakan dengan kehendak Pengerusi atau dengan kehendak Penaung.
KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN
54. Pencalonan. Peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan yang bebas hendaklah ditubuhkan selaras untuk mengendalikan pemilihan bagi jawatan yang dipertandingkan.
b. Hak seseorang untuk dicalonkan tidak boleh dinafikan. Jika seseorang itu tidak bersetuju dirinya dicalonkan bagi sesuatu jawatan, ia tidak boleh dipaksa menerima pencalonan.
c. Mana ahli yang tidak dapat menghadiri mesyuarat semasa pemilihan berlangsung kerana sebab tertentu, adalah layak bertanding setelah memberi surat menyatakan persetujuannya.
d. Ahli yang dicalonkan untuk bertanding hendaklah ada pencadang dan penyokong. Pencalonan hanya boleh ditutup apabila nama calon dibaca dan Pengerusi Mesyuarat berpuas hati setelah semua ahli yang ingin bertanding sudah dicalonkan.
55. Pengundian. Peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a. Pemilihan Jawatankuasa hendaklah dijalankan dengan cara mengangkat tangan.
b. Tiaptiap ahli yang mengundi diwajibkan mengundi mengikut jumlah bilangan jawatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan. Undi yang tidak cukup atau lebih daripada bilangan jawatan yang dikehendaki itu dikira tidak sah.
c. Seseorang ahli yang tidak hadir di tempat mesyuarat tidak boleh mewakilkan undinya kepada ahli lain.
d. Seseorang yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan atau diisytiharkan muflis oleh mahkamah atau keahliannya digantung sementara tidak dibenarkan bertanding untuk sebarang jawatan.
e. Seseorang ahli yang jawatannya lucut kerana disytiharkan muflis oleh mahkamah tidak boleh memegang jawatannya kembali sehingga pemilihan akan datang, walaupun kesnya selesai.
f. Kertas yang sudah dipakai hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Pemilihan selama satu bulan untuk tujuan semakan jika timbul kemusykilan dan boleh dimusnahkan setelah tamat tempoh tersebut.
MEMBERHENTIKAN SEMENTARA KUATKUASA PERATURAN
56. Peraturan ini boleh digantung kuatkuasanya dan diberhentikan sementara dengan sesuatu cadangan yang dipersetujui oleh Penaung dengan tidak payah diberitahu terlebih dahulu dengan syarat cadangan itu hendaklah dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
57. Sekiranya cadangan itu dipersetujui oleh Mesyuarat Agung maka Peraturan ini hendaklah diberhentikan kuasanya selama tempoh yang perlu bagi menyempurnakan tujuan cadangan itu.
58. Cadangan bagi menggantungkan kuatkuasa Peraturan ini tidak boleh dibahaskan.
PAKAIAN
59. Jawatankuasa berkuasa membuat peraturan mengenai pakaian semasa mesyuarat.
MEMINDA PERATURAN
60. Peraturan Mesyuarat yang baru bolehlah diperbuat bilabila dikehendaki ataupun Peraturan Mesyuarat yang ada sekarang boleh dipinda atau dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut caracara yang ditentukan oleh Perlembagaan.
MINIT MESYUARAT
61. Segala perkara yang dibincangkan dan diputuskan semasa mesyuarat, Setiausaha hendaklah mencatatkan mengikut peraturan minit mesyuarat iaitu segala usul mesti merangkumi nama pencadang, penyokong dan keputusan.
62. Minit mesyuarat hendaklah diagihkan kepada semua ahli melalui saluran tertentu dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat.
KEMBARAN A
FORMAT USUL
MARKAS/PASUKAN/UNIT
Bil No/Pkt/Nama Jawatan Usul Justifikasi/ulasan terhadap usul
1.
2.
………………………………. ……………………… Disahkan Oleh Disahkan Oleh
………………………………. ………………………................... Cop Rasmi Markas/Pasukan/Unit Cop Rasmi Markas/Pasukan/Unit
Tarikh: ……………………………… Tarikh :
UNDANGUNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 018006WKL
KOD ETIKA AHLI JAWATANKUASA
KOD ETIKA AHLI JAWATANKUASA
DEFINISI
1. Kod Etika Ahli Jawatankuasa KSSKA (selepas ini disebut sebagai Kod Etika) adalah etika kerja serta nilainilai mulia yang perlu diamalkan oleh setiap ahli jawatankuasa KSSKA dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
KONSEP
2. Kod Etika dirangka dan dibina di atas paksi etika kerja yang efektif dan nilai mulia. Konsep ini menitikberatkan kepada tingkah laku yang baik dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Kelab.
TUJUAN
3. Kod Etika digubal untuk menjadi panduan kepada Ahli KSSKA selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan profesionalisme Kelab. Kod Etika ini bertujuan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Kelab. Sehubungan itu, Kelab perlu memperolehi keyakinan daripada anggota anggota bahawa hasil kerja telah dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan berasaskan etika kerja yang tinggi. Perlaksanaan tugas dan tanggungjawab oleh ahli jawatankuasa dengan mematuhi kod etika ini akan menjadi pemangkin kepada pencapaian tujuan dan objektif penubuhan KSSKA. Tujuan dan objektif penubuhan KSSKA seperti di Kembaran A.
TERAS KOD ETIKA
4. Kod Etika ini berteraskan etika kerja serta nilai mulia berikut:
a. Etika Kerja:
(1) Kerjasama.
(2) Komitmen.
(3) Profesional.
(4) Dedikasi.
(5) Teliti.
(6) Inovatif.
(7) Kerahsiaan.
(8) Tidak Bercangah Kepentingan (No Conflict of Interest).
(9) Urus Tadbir yang Baik (Good Governance).
b. NilaiNilai Mulia:
a. Amanah.
b. Bertanggungjawab.
c. Integriti.
d. Taat Setia.
e. Bersopan santun.
f. Merendah Diri.
g. Adil.
5. Definisi setiap etika kerja dan nilai mulia seperti di Kembaran B.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
6. Ahli Jawatankuasa KSSKA hendaklah mengamalkan etika kerja dan nilai mulia yang dinyatakan di perenggan 4 dalam melaksanakan tanggungjawab berikut:
a. Pengurusan Kewangan.
b. Pengurusan Harta Benda.
c. Pengurusan Pentadbiran.
d. Tanggungjawab yang dinyatakan meliputi tugastugas seperti di Kembaran C.
PELANGGARAN KOD ETIKA
7. Sebarang pelanggaran oleh manamana AJK terhadap perkaraperkara yang digariskan dalam Kod Etika adalah merupakan satu kesalahan dan AJK terlibat boleh diambil tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa KSSKA.
8. Jawatankuasa KSSKA tidak akan bertolak ansur dengan AJK yang bertindak bertentangan dengan Kod Etika ini. AJK KSSKA yang terbukti telah melanggar Kod Etika boleh digantung atau dipecat dari jawatannya oleh Jawatankuasa KSSKA.
9. Aduan/Laporan hendaklah dibuat kepada Yang Dipertua/Setiausaha KSSKA jika didapati terdapat penyelewengan atau pelanggaran terhadap Kod Etika oleh manamana AJK KSSKA.
10. Jawatankuasa Kecil Siasatan akan ditubuhkan oleh Jawatankuasa KSSKA untuk menyiasat aduan/laporan pelanggaran Kod Etika oleh manamana AJK KSSKA. Laporan siasatan hendaklah dimajukan kepada Jawatankuasa KSSKA dalam jangkamasa yang ditetapkan. Kaedah penyiasatan hendaklah berpandukan KaedahKaedah Angkatan Tentera (Lembaga Siasatan) 1976.
11. Sekiranya Jawatankuasa Kecil Siasatan mengesahkan berlaku pelanggaran Kod Etika oleh manamana AJK, Jawatankuasa KSSKA hendaklah mengarahkan AJK terlibat mengemukakan surat tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap beliau. AJK terlibat selanjutnya hendaklah memajukan surat tersebut kepada Jawatankuasa KSSKA dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat arahan tersebut.
12. Bagi tujuan memelihara nama baik dan kepentingan KSSKA, perenggan Fasal 9, 10 dan 11 di atas adalah terpakai terhadap apaapa salahlaku, perbuatan, kecuaian atau perkaraperkara lain yang pada pendapat Jawatankuasa KSSKA boleh membawa kesan negatif kepada KSSKA.
PINDAAN
13. Sebarang pindaan dan tambahan kepada UndangUndang Kecil ini perlulah mendapat kelulusan dan persetujuan Mesyuarat Agung.
KEMBARAN A
TUJUAN DAN OBJEKTIF KSSKA
1. Mengekalkan perasaan muhibah dan persefahaman di kalangan ahli ahlinya.
2. Menyediakan peruntukan kewangan bagi pembiayaan alatalat kelengkapan dan kemudahan sukan untuk ahliahlinya.
3. Menjalankan ikhtiar bagi kemajuan ekonomi, kebajikan, sosial dan kelas bimbingan untuk ahli dan keluarga mereka.
4. Memberikan bantuan kebajikan, kemudahan dan kesenangan yang difikirkan perlu serta dalam kemampuan KSSKA pada ahli dan keluarga mereka. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh KSSKA ini dari hasil penyertaan dalam manamana perniagaan atau pelaburan hendaklah digunakan sematamata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan KSSKA ini dan tidak sebahagian pun daripadanya atau keuntungan atau bonus diagihkan kepada manamana ahli KSSKA. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar saguhati atau imbuhan atau perbelanjaan atau keduaduanya kepada sebarang ahli atau pekerja KSSKA ini.
ETIKA KERJA
Bil Teras Kod Etika
Penjelasan Catatan
(a) (b) (c) (d) 1.
2.
3.
4.
5.
Kerjasama
Komitmen
Profesional
Dedikasi
Teliti
Saling tolong menolong antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Selain itu idea yang bernas dapat dicetuskan apabila sesuatu perkara itu dibincangkan bersamasama.
Untuk menjadikan KSSKA ini berjaya mencapai tujuan dan matlamatnya setiap AJK perlu melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang melibatkan KSSKA serta sedia menerima tanggungjawab dan menyertai programprogram yang dianjurkan.
Bertindak dengan arif, berdasarkan ilmu dan fakta, tertib dalam membuat keputusan, sentiasa kreatif dan proaktif dan berdaya saing di samping dapat bertindak dalam keadaan tenang tanpa dipengaruhi emosi.
Sedia dan rela menerima tanggungjawab dan menyertai program anjuran KSSKA pada bila bila masa demi kepentingan KSSKA.
Melaksanakan kerja dengan bersungguh sungguh tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’, menyemak dengan terperinci setiap tugasan yang dilaksanakan untuk mengelakkan kesilapan dan menjauhi sikap sambil lewa yang boleh mengakibatkan mutu kerja rendah.
6. Inovatif Mempunyai ideaidea baru dan terkini yang boleh diaplikasikan untuk kepentingan organisasi. Memberi cadangancadangan membina untuk memajukan KSSKA dari masa ke semasa.
KEMBARAN B
(a) (b) (c) (d) 7. Kerahsiaan Tidak mendedahkan maklumat yang
diperolehi daripada pengauditan yang dijalankan kepada manamana pihak yang tidak berkaitan, sama ada secara lisan atau bertulis kecuali dengan kebenaran yang sah. Sentiasa bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat yang diperolehinya.
8. Tidak Bercangah Kepentingan
Dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi kebebasan dan keutuhan tugasnya. Tidak menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi. Tidak menggunakan maklumat yang diperolehi semasa menjalankan tugasnya sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadi. Perhubungan yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap integriti dan kebebasannya hendaklah dielakkan.
9. Urus Tadbir yang Baik
Membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas, menyemak semula tugas yang telah dirancang dan menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan.
NILAINILAI MULIA
BIL TERAS KOD ETIKA CATATAN (a) (b) (c) (d) 1. Amanah Kepercayaan yang diberikan kepada seseorang
untuk dilaksanakan tugasan. Seorang yang amanah akan menjaga dirinya daripada perbuatan seperti menipu, menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas.
2. Bertanggungjawab Mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta menunaikan kewajipan dan amanah yang diberikan dan mengelakkan daripada menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk faedah diri sendiri.
3. Integriti Mengamalkan nilainilai kejujuran, keikhlasan dan keluhuran dalam semua urusan.
4. Taat Setia Sentiasa berusaha bersungguhsungguh yang tidak berbelah bagi kepada organisasi dan berjuang untuk kepentingannya.
5. Bersopan Santun Sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata terhadap orang lain. Memberi layanan yang baik kepada orang lain, bersopan santun tetapi tegas.
6. Merendah Diri Tidak bermegahmegah dengan sesuatu jawatan yang disandang, mengelakkan dari meninggi diri dalam pergaulan kerana sikap angkuh dan takbur akan merosakkan perhubungan sesama manusia.
7. Adil Memberikan kepada yang berhak itu haknya mengikut kadar masingmasing atau meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seseorang yang bersifat adil akan mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan dan undangundang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Prinsip keadilan juga melibatkan diri sendiri, orang bawahan, orang atasan dan teman sejawat.
KEMBARAN C
PENGURUSAN KEWANGAN
1. Pengurusan kewangan KSSKA juga meliputi tugas berikut:
a. Mengurus dan mentadbirkan kirakira/akaun KSSKA dengan sempurna.
b. Mengurus dan mentadbirkan pembayaran dan penerimaan dana dengan sempurna.
c. Mengurus dan mentadbirkan pembayaran dan penerimaan wang tunai dan cek KSSKA mengikut peraturan.
d. Mengamalkan perbelanjaan kewangan KSSKA secara berhemah.
e. Sebarang tugas/tanggungjawab yang melibatkan penggunaan kewangan KSSKA hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan.
2. Sebarang pelanggaran peraturan kewangan kerajaan dan/atau KSSKA adalah dianggap melanggar Kod Etika ini.
PENGURUSAN HARTA
3. Pengurusan harta benda KSSKA juga meliputi tugas berikut:
a. Memastikan bangunan dan harta KSSKA berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
b. Perolehan dan pelupusan harta KSSKA.
c. Mengurus dan menyelenggarakan peralatan dan harta benda KSSKA.
d. Menyedia dan mengemaskini rekod harta benda KSSKA.
4. Penyalahgunaan harta dan peralatan KSSKA dalam apa jua bentuk sekalipun adalah dilarang dan adalah merupakan pelanggaran kepada Kod Etika ini.
PENGURUSAN PENTADBIRAN
5. Pengurusan pentadbiran juga meliputi tugas berikut:
a. Pendaftaran ahli KSSKA dilaksanakan dengan sempurna.
b. Menyedia dan mengemaskini rekod keahlian KSSKA.
c. Mengurus dan mentadbirkan pejabat/bangunan KSSKA dengan sempurna.
d. Merancang dan melaksanakan aktivitiaktiviti KSSKA.
e. Merancang dan menentukan Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Jawatankuasa KSSKA dilaksanakan mengikut masa dan peraturan yang ditetapkan.
f. Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat di perenggan di atas dilaksanakan dengan sempurna.
g. Menyedia dan mengemaskini segala keperluan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
h. Lainlain pentadbiran KSSKA hendaklah dilaksanakan dengan sempurna.
6. Kepincangan dalam manamana aspek pentadbiran yang mencemarkan nama baik KSSKA adalah melanggar Kod Etika ini.
UNDANGUNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 018006WKL
TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAD SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
AM
1. UndangUndang Kecil ini hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan. Undangundang ini membentangkan peraturan serta prosedur kewangan dan perakaunan Kelab yang meliputi pendapatan dan perbelanjaan, pengurusan harta, penyediaan laporan kewangan, prosedur audit, pengurusan rekodrekod perakaunan serta keselamatan wang tunai dan buku cek.
TUJUAN
2. Untuk menentukan pentadbiran kewangan Kelab dilaksanakan mengikut prosedur kewangan semasa.
TAKRIF
3. Dalam UndangUndang Kecil ini, kecuali kandungan ayatnya mempunyai makna yang lain:
a. “Belanjawan Tahunan” ertinya perbelanjaan aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab yang mana peruntukan kewangan mengenainya telah diluluskan oleh ahli melalui Mesyuarat Agung.
b. “Perbelanjaan Luar Jangka” ertinya sesuatu perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Belanjawan Tahunan Kelab tetapi perlu dilaksanakan atas keperluan mendesak bagi kepentingan Kelab dan ahli.
TATACARA DAN PENYEDIAAN LAPORAN PERAKAUNAN
4. Tatacara perakaunan yang digunakan oleh Kelab adalah sebagaimana yang dipraktikkan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan. Format laporan perakaunan adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan seperti di Kembaran A.
PENDAPATAN KELAB
5. Sumber Pendapatan. Sumber pendapatan Kelab adalah terdiri dari:
a. Kutipan yuran ahli.
b. Sumbangan Kerajaan.
c. Lebihan dari aktiviti Kelab.
d. Faedah/keuntungan dari pelaburan.
e. Sumber pendapatan lain yang diperakui dan diluluskan oleh Jawatankuasa.
6. Rekod Penerimaan Pendapatan. Setiap penerimaan pendapatan hendaklah direkodkan dalam Buku Tunai (Cash Book) dan resit penerimaan dikeluarkan sebagai bukti penerimaan. Contoh buku tunai seperti di Kembaran B dan resit penerimaan seperti di Kembaran C.
PERBELANJAAN KELAB
7. Jenis Perbelanjaan Dibenarkan. Jenis perbelanjaan yang dibenarkan untuk Kelab ialah:
a. Perbelanjaan pengurusan Kelab.
b. Perbelanjaan bagi tujuan pelaburan.
c. Perbelanjaan untuk aktiviti sukan, sosial dan kebajikan.
d. Pembelian harta.
e. Sumbangan/hadiah/geran kepada badanbadan sukan, sosial dan kebajikan dalam ATM atau lainlain organisasi luar ATM.
f. Perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa demi kepentingan Kelab.
g. Perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung.
8. Transaksi Perbelanjaan dan Dokumen Sokongan. Setiap transaksi perbelanjaan hendaklah disokong dengan dokumen yang disahkan sebagai bukti perbelanjaan dan direkodkan dalam buku tunai. Setiap pembayaran (kecuali perbelanjaan runcit) hendaklah direkodkan dalam resit bayaran Kelab seperti di Kembaran D.
9. Kuasa Perbelanjaan Aktiviti Tahunan. Had dan kuasa sesuatu perbelanjaan bagi sesuatu aktiviti yang telah diluluskan dalam Belanjawan Tahunan Kelab ditetapkan seperti berikut:
a. Bawah RM5,000. Kuasa Setiausaha.
b Bawah RM50,000. Kuasa Naib Yang Dipertua.
c. RM50,000 ke atas. Kuasa Yang Dipertua.
10. Perbelanjaan Luar Jangka/Kontinjensi. Sesuatu perbelanjaan luar jangka bagi sesuatu aktiviti boleh diluluskan seperti berikut:
a. RM10,000 ke bawah. Kuasa Yang Dipertua.
b. Bawah RM50,000. Kuasa Jawatankuasa.
c. RM50,000 ke atas. Kuasa Mesyuarat Agung.
11. Borang Permohonan Membelanjakan Wang Kelab. Setiap permohonan untuk membelanjakan wang Kelab hendaklah dibuat melalui borang permohonan seperti di Kembaran E. Permohonan hendaklah disertai dengan surat sokongan/justifikasi bagi menyokong perbelanjaan.
12. Wang Tunai Dalam Tangan. Bendahari hanya dibenarkan menyimpan wang tunai ditangan tidak melebihi RM1,000 pada setiap masa.
BELANJA PENGURUSAN KELAB
13. Perbelanjaan ini dikhususkan untuk tujuan pentadbiran dan operasi Kelab. Ini termasuklah belanja makanan dan minuman semasa mesyuarat jawatankuasa kelab, perbelanjaan bagi menjelaskan bil utiliti seperti pos dan setem, telefon dan internet, elektrik, faksimili, astro, pembelian alat tulis pejabat, belanja keraian Jawatankuasa, penyelengaraan/ pembaikan kerosakan kecil pejabat, penyediaan laporan tahunan Kelab, belanja promosi dan publisiti kelab dan perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa atau Mesyuarat Agung.
14. Bagi tujuan sesuatu mesyuarat Kelab, belanja “refreshment’ hendaklah dihadkan kepada RM3 seorang ahli mesyuarat. Yang Dipertua/Naib Yang Dipertua boleh meluluskan sehingga RM15 atau sesuatu amaun lain yang berpatutan bagi setiap seorang ahli mesyuarat bagi menampung jamuan mesyuarat jika perlu.
15. Perbelanjaan bagi Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas meliputi kos sewa dewan termasuk kerusi dan meja, kelengkapan audio visual, penyediaan laporan tahunan, notis mesyuarat, makanan dan minuman dan lainlain perbelanjaan berkaitan hendaklah tidak melebihi jumlah yang diluluskan dalam Belanjawan Tahunan Kelab.
PELABURAN
16. Kelab boleh memperuntukan sejumlah wang bagi tujuan pelaburan ke arah meningkatkan pendapatan Kelab. Jenis pelaburan yang dibenarkan ialah simpanan tetap, pembelian sahamsaham tersiar harga (public listed), saham
terbitan permulaan awam (IPO), saham amanah (unit trust), deposit di Amanah Raya Berhad dan lainlain bentuk pelaburan di institusi kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia samada di dalam atau luar negeri.
17 Jawatankuasa boleh meluluskan tidak melebihi RM1 juta bagi tujuan pelaburan. Pelaburan melebihi RM1 juta hendaklah diluluskan Mesyuarat Agung.
AGIHAN PENDAPATAN KELAB
18. Semua penerimaan wang dalam akaun Kelab akan dijadikan pendapatan Kelab dan diagihkan kepada penerima faedah mengikut peratus berikut:
a. Kutipan Yuran. Kutipan wang yuran hendaklah diagihkan kepada perkhidmatan Darat/Laut/Udara/MK ATM mengikut kekuatan ahli/anggota setiap perkhidmatan. Agihan kepada perkhidmatan akan dibuat melalui ahli jawatankuasa yang dilantik yang bertanggungjawab menyalurkan wang berkenaan ke pasukan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh perkhidmatan atas nasihat Ketua Perkhidmatan masingmasing.
b. Sumbangan dari Kerajaan. Sumbangan yang diterima dari kerajaan (melalui sumbangan asas dan matching grant) hendaklah diagihkan kepada penerima faedah iaitu BAKAT, MSAT, KSSKA dan Perkhidmatan Darat/Laut/Udara. Peruntukan bagi MK ATM digabungkan dengan KSSKA. Agihan dibuat mengikut peratus berikut:
(1) BAKAT – 10% dari jumlah sumbangan kerajaan yang diterima oleh Kelab.
(2) MSAT – 30% dari jumlah sumbangan kerajaan yang diterima oleh Kelab.
(3) KSSKA – 10% dari jumlah sumbangan kerajaan yang diterima oleh Kelab. Jumlah ini juga adalah termasuk peruntukan untuk MK ATM.
(4) Perkhidmatan Darat/Laut/Udara menerima 50% dari jumlah sumbangan yang diterima oleh Kelab. Agihan kepada perkhidmatan ditentukan mengikut kekuatan ahli/anggota perkhidmatan masingmasing.
c. Mesyuarat Agihan Pendapatan. Mesyuarat ini perlu diadakan untuk menentukan kekuatan bagi tujuan pengagihan pendapatan, sekurangkurangnya sebulan sebelum pengagihan.
19. Mesyuarat Agung boleh menambah bilangan penerima faedah dana Kelab selain dari yang disenaraikan di perenggan 18 (b), jika perlu.
20. Kadar peratus agihan pendapatan di perenggan 18 (b) adalah tidak tetap dan akan diulangkaji dari masa ke semasa. Mesyuarat Agung boleh atas syor Jawatankuasa menetapkan peratus agihan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
21. Bagi maksud agihan pendapatan di peringkat perkhidmatan dan pasukan, bilangan kekuatan ahli setiap perkhidmatan dan pasukan adalah berdasarkan penyata kekuatan ahli/anggota pada 31 Dis setiap tahun.
22. Wang Kelab hendaklah dibelanjakan untuk tujuan aktiviti sukan, sosial dan kebajikan mengikut kelulusan pemerintah formasi/pasukan/pangkalan/unit. Peruntukan ini akan diagihkan melalui perkhidmatan kepada tabung yang berdaftar dalam pasukan seperti Tabung Kebajikan Rejimen (TKR), Tabung Kebajikan Unit (TKU) dan wismawisma.
23. Semua penerima faedah (BAKAT, MSAT, KSSKA, Perkhidmatan MK ATM/Darat/Laut/Udara) dikehendaki memajukan laporan perbelanjaan yang telah disahkan oleh pemerintah formasi/pasukan/pangkalan/unit sebelum 31 Jan setiap tahun untuk tujuan rekod. Laporan perbelanjaan dari penerima faedah akan digabungkan menjadi Laporan Kewangan Tahunan KSSKA dan akan dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
24. Format laporan tahunan adalah seperti di Kembaran F.
KUTIPAN YURAN AHLI
25. Yuran ahli dikutip mengikut kadar yang ditetapkan mengikut pangkat. Sekiranya berlaku perubahan pangkat, kadar yuran ahli akan dikutip mengikut tarikh pelaksanaan pembayaran gaji pokok pangkat baru ahli. Tiada tunggakan yuran akan dikenakan kepada ahli sekiranya tarikh pelaksanaan pembayaran gaji pangkat baru lewat dari tarikh berkuatkuasa kenaikan ke pangkat baru.
26. Yuran ahli bagi anggota ATM yang menjalani latihan peralihan akan diteruskan seperti biasa sehingga tarikh tamat tempoh perkhidmatan ahli.
PENGURUSAN BANK
27. Kelab hendaklah mempunyai akaun semasa yang akan diurus dan dikendalikan seperti berikut:
a. Pembukaan Akaun Bank. Kewangan Kelab hendaklah diurus melalui bank perdagangan berlesen yang dipilih oleh dan atas kelulusan Jawatankuasa.
b. Pegawai Pemegang Akaun Bank. Bendahari secara automatik dilantik sebagai Pegawai Pemegang Akaun Bank.
c. Tandatangan Timbal Cek.
(1) Bagi cek bernilai RM50,000 dan ke bawah hendaklah ditandatangani oleh pemegang akaun dan seorang penandatangan timbal. Bagi cek bernilai RM50,000 ke atas, hendaklah ditandatangani oleh pemegang akaun dan dua orang penandatangan timbal.
(2) Penandatangan timbal hendaklah terdiri dari ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa.
d. Rekod Perbankan. Pemegang akaun dikehendaki menyimpan rekodrekod perbankan seperti keratan buku cek, penyata bank, slip tunai ke bank dan sebagainya dengan selamat untuk tujuan pengesahan dan audit.
e. Penyata Pelarasan Bank. Pemegang akaun hendaklah memastikan bank reconciliation dibuat pada setiap hujung bulan bagi memastikan setiap transaksi kredit dan debit direkodkan dan baki akaun bank adalah tepat.
PENGURUSAN HARTA
28. Harta yang dibeli oleh Kelab atau disumbangkan kepada Kelab (sama ada harta mudah alih atau harta tidak alih) adalah menjadi aset/harta Kelab dan hendaklah direkodkan dalam Buku Pendaftaran Harta Kelab. Buku ini hendaklah mengandungi maklumatmaklumat mengenai harta tersebut iaitu jenis harta, tarikh dibeli atau tarikh diterima (jika sumbangan), nama penderma/penyumbang, nilai kos harta, jangka hayat harta dan nilai salvage (jika ada), peratus susutnilai dan tempat di mana harta ditempatkan.
29. Contoh format Buku Pendaftaran Harta Kelab adalah seperti di Kembaran G.
SUSUTNILAI HARTA
30. Susutnilai harta hendaklah dibuat pada setiap tahun kepada semua jenis harta Kelab mengikut cara pengurangan garis lurus (straight line method) atau apaapa cara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Bagi maksud ini, kadar peratusan susutnilai harta adalah ditetapkan mengikut kaedah berikut atau satu kadar lain yang ditetapkan Jawatankuasa:
a. Harta Bangunan 2% setahun.
b. Kenderaan bermotor 20% setahun.
c. Peralatan pejabat (termasuk komputer) 5% setahun
d. Peralatan sukan 5% setahun.
e. Lainlain peralatan 5% setahun.
31. Jumlah susutnilai harta hendaklah diiktiraf sebagai perbelanjaan Kelab dan dicajkan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan tahunan kelab.
INSURAN HARTA
32. Semua harta alih dan tak alih Kelab hendaklah direkodkan dan diinsurankan seperti berikut:
a. Semua harta alih dan tak alih Kelab hendaklah diinsurankan melalui syarikat insuran bertauliah/berlesen yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
b. Jenis insuran yang dibenarkan ialah insuran kecurian dan kebakaran.
LAPORAN KEWANGAN
33. Laporan Kewangan Tahunan. Bendahari bertanggungjawab menyedia dan membentangkan kepada Mesyuarat Agung Laporan Kewangan Kelab bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis setiap tahun.
34. Laporan Kewangan Semasa. Bendahari perlu juga dikehendaki menyediakan laporan kewangan atas keperluan semasa seperti pemeriksaan/audit khas atau keperluan Mesyuarat Jawatankuasa.
35. Aspek Pelaporan. Aspek yang perlu dalam laporan kewangan ialah:
a. Penyata Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (Income and Expenditure Accounts).
b. Kunci KiraKira (Balance Sheet).
c. Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement).
d. Lainlain penyata perakaunan/dokumen sokongan yang difikirkan perlu seperti senarai harta, senarai pelaburan, senarai siberhutang, sipiutang dan sebagainya.
PROSEDUR AUDIT
36. Pelantikan Pemeriksa KiraKira. Akaun Kelab hendaklah diaudit dan disahkan oleh sekurangkurangnya dua orang Pemeriksa KiraKira yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pemeriksa KiraKira ini hendaklah dilantik di kalangan ahli Kelab dan mereka hendaklah memegang jawatan untuk tempoh dua tahun.
37. Laporan Audit. Laporan audit oleh Pemeriksa KiraKira hendaklah dikepilkan dan dibentangkan bersamasama dengan Laporan Kewangan Kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Contoh format laporan audit/laporan audit khas adalah seperti di Kembaran H.
38. Audit Khas. Selain dari audit tahunan, akaun Kelab juga tertakluk kepada audit khas dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan Jawatankuasa dan pihak berkuasa Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta pihak berkuasa audit dari Kementerian Pertahanan (contoh BADSA) dan Persekutuan (contoh Audit Negara). Laporan audit khas disediakan berasingan oleh badan yang melaksanakan audit.
39. Audit Luar (External Auditor). Jawatankuasa boleh melantik juruaudit luar (external auditor) bertauliah untuk memeriksa/mengaudit akaun Kelab sekiranya perlu. Sekiranya audit luar dilantik, Mesyuarat Agung atas syor Jawatankuasa boleh meluluskan sesuatu amaun sebagai bayaran perkhidmatan kepada pihak audit yang dilantik. Laporan audit dari audit luar disediakan berasingan oleh tim audit itu sendiri.
KESELAMATAN WANG TUNAI/BUKU CEK/REKOD PERAKAUNAN
40. Bendahari/Pemegang Akaun hendaklah sentiasa memastikan wang tunai, buku cek dan rekod perakaunan sentiasa terpelihara dan disimpan ditempat selamat.
BELANJAWAN TAHUNAN KELAB
41. Jawatankuasa bertanggungjawab menyedia dan membentangkan belanjawan tahunan Kelab untuk diluluskan oleh ahli melalui Mesyuarat Agung.
42. Perbelanjaan Kelab terhad kepada aktiviti yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung sahaja. Perbelanjaan luar jangka boleh dilaksanakan mengikut keputusan Jawatankuasa demi kebajikan ahli tetapi maklumat berhubung dengan perbelanjaan tersebut hendaklah dimaklumkan dalam Mesyuarat Agung berikutnya.
Kembaran:
A. Format Laporan Perakaunan. B. Contoh Buku Tunai . C. Contoh Resit Penerimaan. D. Resit Bayaran Kelab. E. Borang Permohonan Membelanjakan Wang Kelab. F. Format Laporan Tahunan. G. Contoh Format Buku Pendaftaran Harta Kelab. H. Contoh Format Laporan Audit/Laporan Audit Khas.
KEMBARAN A
KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)
No Pendaftaran (018006WKL)
KUNCI KIRAKIRA PADA 31 DISEMBER 2006
NOTA 2006 RM
ASET TETAP Bangunan Kelab Komputer
ASET SEMASA Simpanan tetap Baki Tunai ditangan Baki Bank
Tolak LIABILITI SEMASA Sipiutang
ASET SEMASA BERSIH
ASET BERSIH
Dibiayai oleh: DANA TERKUMPUL
Baki dibawa ke hadapan Lebihan (excess of income over expenditure) tahun 2006 Baki dihantar ke hadapan
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:
………………………………………………. ……………………………………………….. Bendahari Kehormat Pengerusi
Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM
DISEMAK OLEH: DISEMAK OLEH:
……………………………………….. ……………………………………………. Pemeriksa Kirakira 1 Pemeriksa KiraKira 2
KEMBARAN B
EXCEL.......................................
KEMBARAN C
KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
RESIT PENERIMAAN
Diakui terima dari :
Nama:…................................................................................................……………………
Dari Pasukan/Jabatan/Organisasi……………………………………………………….. untuk tujuan berikut:
Bil ButirButir RM
Jumlah
Pengesahan Penerimaan
No Cek/Tunai: Bertarikh: Bank: Amaun RM: Ringgit Malaysia:
Tarikh: Tandatangan dan Cop Bendahari
KEMBARAN D
KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran (018006WKL)
BAUCER BAYARAN
No
Adalah disahkan pembayaran kepada :
Nama :…........................................................................................................................................ . Pasukan :………................................................. …………………………….untuk bayaran berikut:
Bil ButirButir RM
Jumlah
Pengesahan Pembayaran Pengesahan Penerimaan
Tarikh : Tarikh: No Cek: No : Amaun: Pangkat:
Tandatangan Bendahari
Nama:
Tandatangan Penerima
Nota: Pembayaran perlu disokong dengan suratsurat/resitresit yang sah yang mengandungi maklumat terperinci mengenai perbelanjaan yang akan/telah dilakukan.
KEMBARAN E
BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN/PERBELANJAAN WANG KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ATM (KSSKA)
BAHAGIAN 1 : BUTIRBUTIR PERMOHONAN
1. Adalah saya, No…….……..Pkt…………. Nama …………………….………..Pasukan…………….. Alamat Pasukan…………………………………………….. ………………………………………………………… Memohon wang Kelab berjumlah RM…….……... (Ringgit Malaysia………………………………………………) bagi tujuan berikut…………………………………………………………………………………………………..
2. Surat sokongan/justifikasi disertakan.
Tarikh: Mac 2006 Tandatangan……………………………………………
BAHAGIAN II: KELULUSAN
3. Perbelanjaan di atas diluluskan/tidak diluluskan (RM……………………)
Tarikh………………. Tandatangan………………………………………….
BAHAGIAN III: PEMBAYARAN
4.. Disahkan pembayaran melalui cek/tunai telah dibuat sebanyak RM………….. …(Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja………………………………………………………………………………………………………) No cek………………………bertarikh………………
Tarikh……Mac 2006… Tandatangan…………………….....………………. (Bendahari/Pemegang Akaun)
BAHAGIAN IV: AKUAN PENERIMAAN
5. Diakui penerimaan wang tunai/cek berjumlah RM….. ..(Ringgit Malaysia……………………………. Dua Ribu Sahaj…………………………………………………………………………………………….)
Tarikh………………. Tandatangan…………………………………
No ……………………………………………...
Pangkat :……………………………………….
Nama…………………………………………..
KEMBARAN F
LAPORAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN WANG KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ATM
BAHAGIAN A – PENERIMAAN
Bil ButirButir Penerimaan RM Catatan 1. Baki bawa ke hadapan
2. Terima dari KSSKA (pertama)
3. Terima dari KSSKA (kedua)
4. Jumlah Penerimaaan KSSKA
Tolak: BAHAGIAN B – PERBELANJAAN
Bil ButirButir Perbelanjaan RM Catatan 5. Aktiviti Sukan:
a. Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b.
c. 6. Aktiviti Sosial:
a. Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b.
c. 7. Aktiviti Kebajikan:
a. Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b.
c. 8. Aktiviti BAKAT: Disi oleh BAKAT pasukan dan
dimajukan ke Ahli Jawatankuasa BAKAT, KSSKA
a. Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b.
c.
9. Lainlain Perbelanjaan yang diluluskan oleh KSSKA (sekiranya ada)
a. b. c. Jumlah Perbelanjaan
Baki
BAHAGIAN C – AKUAN PEGAWAI PENGURUS AKAUN KSSKA PASUKAN
10. Adalah diakui penerimaan dan perbelanjaan di atas adalah benar dilakukan dan resitresit /baucerbaucer berkaitan telah direkodkan dan disimpan untuk tujuan audit/rujukan.
Tarikh: Tandatangan………………………………………..
BAHAGIAN D – PENGESAHAN PEGAWAI MEMERINTAH/PENGERUSI BAKAT
11. Adalah disahkan penerimaan dan perbelanjaan di atas adalah benar dilakukan dan resitresit /baucerbaucer berkaitan telah direkodkan dan disimpan untuk tujuan audit/rujukan.
Tarikh: Tandatangan …………………
KEMBARAN H
FORMAT LAPORAN AUDIT KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
BAHAGIAN A – BUTIRBUTIR PEMERIKSAAN
1 Tarikh Pemeriksaan
2 Nama Pemeriksa a. b c.
3 Tempat Pemeriksaan
4 Tujuan Pemeriksaan Tahunan/Khas atau lainlain nyatakan)…………………… 5 Kuasa 6. Tarikh audit Yang
lepas
BAHAGIAN B – LAPORAN PEMERIKSAAN DAN PEMERHATIAN
7 Wang tunai dalam tangan
RM Ringgit Malaysia
8 Wang tunai di bank RM Ringgit Malaysia
9 Nilai Simpanan Tetap RM Ringgit Malaysia
10 Nilai harta RM Ringgit Malaysia
11 Resit penerimaan terakhir
No
12 Baucer bayaran terakhir
No
13 Slip tunai ke bank No
14 No cek terakhir dikeluarkan dan tarikh cek dikeluarkan
Cek ………………… No………………….
Bertarikh…………………..berjumlah RM……………………
15 Tarikh transaksi terakhir/terkini seperti dalam cash book
16 Bilangan dan nilai siberhutang (Jika ada)
17 Bilangan dan nilai sipiutang (jika ada)
18 Adakah tunai dalam tangan mencukupi Ya/Tidak
19 Adakah tunai dalam bank mencukupi Ya/Tidak
20 Adakah semua penerimaan tunai/bank direkodkan
Ya/Tidak
21 Adakah resit penerimaan dikeluarkan Ya/Tidak
22 Adakah semua perbelanjaan diluluskan mengikut perlembagaan Kelab
Ya/Tidak
23 Adakah semua perbelanjaan direkodkan dengan tepat
Ya/Tidak
24 Adakah cek diselengarakan Ya/Tidak
25 Adakah buku tunai diselenggarakan Ya/Tidak
26 Adakah susutnilai tahunan ke atas harta kelab dibuat
Ya/Tidak
27 Adakah harta kelab dilindungi insuran kebakaran/kecurian/penipuan
Ya/Tidak
Premium insuran : RM 28 Adakah cek/wang tunai disimpan di tempat
selamat Ya/Tidak
29 Adakah Laporan Tahunan Kewangan Kelab disediakan
Ya/Tidak
30 Adakah senarai harta dikemaskini Ya/Tidak
31 Adakah pelupusan harta dibuat selepas kelulusan Jawatankuasa
Ya/Tidak
32 Adakah rekodrekod kutipan yuran diselenggarakan
Ya/Tidak
33 Adakah Sijil Simpananan Tetap disimpan dan dikemaskini
Ya/Tidak
34 Keputusan Pemerhatian:
a. 90 100% cemerlang b. 80 89% amat memuaskan c. 70 79% memuaskan d. 60 69% sederhana memuaskan e. 50 – 59% kurang memuaskan f. Bawah 50% tidak memuaskan
Nota: Tiaptiap perkara yang diperiksa di perenggan 18 hingga 33 diberi 1 markah penuh. Sebagai contoh, 16 markah penuh (16/16) mewakili 100% iaitu cemerlang, 14 markah penuh (14/16 x100) mewakili 87.5% iaitu amat memuaskan.
BAHAGIAN C – TEGURAN AUDIT
Pihak audit ingin mengemukakkan teguran berikut: (gunakan lampiran berasingan jika perlu)
Bil Perkara Teguran Cadangan Penambahbaikan 1
2
3
BAHAGIAN D – PENGESAHAN DAN ULASAN AUDIT
Saya/Kami mengesahkan telah melaksanakan audit ke atas Akaun Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM dan berpuashati/tidak berpusahati ke atas akaun Kelab ini. Secara keseluruhannya akaun Kelab telah diselenggarakan dengan cemerlang/amat memuaskan/sederhana memuaskan/kurang memuaskan/tidak memuaskan.
Tarikh: Tandatatangan Pemeriksa (1)………………………………
Tarikh: Tandatangan Pemeriksa (2)………………………………..
BAHAGIAN E – ULASAN PENGERUSI KELAB
Saya bersetuju dengan pandangan dan ulasan pihak Audit. Bendahari/Pemegang kira kira diminta mengambil perhatian ke atas pemerhatian dan teguran audit
Tarikh: Tandatangan …………………….........
BAHAGIAN F – TINDAKAN BENDAHARI/PEMEGANG AKAUN
Perkaraperkara yang ditegur oleh Lembaga Audit di beri perhatian dan diambil tindakan penyelesaian sewajarnya.
Tarikh: Tandatangan.............................................
UNDANGUNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 018006WKL
TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT
TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT
AM
1. Membentangkan prosedur kewangan dan perakaunan BAKAT ATM yang meliputi bidang tugas Bendahari, pendapatan dan perbelanjaan, perakaunan, insuran harta, penyediaan laporan kewangan, prosedur audit dan keselamatan rekod perakaunan wang BAKAT.
ORGANISASI
2. Organisasi BAKAT adalah sepertimana yang dibentangkan di dalam Perlembagaan BAKAT.
BIDANG TUGAS
3. Bidang tugas BAKAT ATM adalah sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan BAKAT.
PERAKAUNAN
4. Tatacara Perakaunan. Tatacara perakaunan yang digunakan adalah sebagaimana yang dipraktikan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan.
5. Laporan Kewangan Tahunan. Bendahari BAKAT bertanggungjawab menyediakan laporan perbelanjaan yang berakhir pada 31 Dis tiaptiap tahun kepada KSSKA.
6. Laporan Kewangan Semasa. Bendahari BAKAT juga perlu menyediakan laporan kewangan atas keperluan semasa oleh KSSKA.
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TABUNG BAKAT
7. Sumber Pendapatan. Sumber pendapatan utama BAKAT adalah merupakan geran tetap yang disalurkan oleh KSSKA yang berjumlah sepuluh peratus (10%) daripada sumbangan kerajaan atau tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung.
8. Rekod dan Penerimaan. Setiap transaksi penerimaan pendapatan hendaklah direkodkan dalam lejer dan resit penerimaan dikeluarkan sebagai bukti penerimaan.
9. Agihan Peruntukan. KSSKA akan memberi peruntukan kewangan kepada BAKAT ATM untuk diagihkan kepada BAKAT perkhidmatan/formasi dan unit. Pengagihan peruntukan ini adalah berdasarkan kepada suatu jumlah yang ditentukan oleh BAKAT ATM.
10. Perbelanjaan.
a. Jenis perbelanjaan.
(1) Perbelanjaan Pengurusan Tabung BAKAT.
(2) Perbelanjaan Pentadbiran/Operasi Tabung BAKAT.
(3) Perbelanjaan Pelaburan.
(4) Perbelanjaan untuk aktiviti sosial, sukan dan kebajikan.
(5) Pembelian harta.
(6) Sumbangan/hadiah/geran kepada badan sukan dan kebajikan ATM atau lainlain organisasi.
(7) Lainlain perbelanjaan yang diluluskan oleh Lembaga Jawatankuasa Pengurusan demi kepentingan BAKAT.
(8) Lainlain perbelanjaan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung dari masa ke semasa.
b. Transaksi Perbelanjaan dan Dokumen Sokongan. Setiap transaksi perbelanjaan hendaklah direkodkan dalam lejer dan disokong dengan dokumen yang disahkan sebagai bukti perbelanjaan telah dilaksanakan.
c. Susutnilai Harta. Susutnilai harta mengikut kadar perakaunan semasa.
d. Wang Tunai Dalam Tangan. Bendahari hanya dibenarkan menyimpan wang tunai dengan tidak melebihi RM500 pada setiap masa.
PENGURUSAN BANK
11. Pembukaan Akaun Bank. Kewangan Kelab hendaklah diurus melalui bank perdagangan berlesen yang dipilih oleh dan atas kelulusan Lembaga Jawatankuasa Pengurusan.
12. Pegawai Pemegang Akaun Bank. Bendahari secara automatik dilantik sebagai Pegawai Pemegang Akaun Bank.
13. Tandatangan Timbal Cek. Cek bernilai RM5,000 dan ke bawah hendaklah ditandatangani oleh pemegang akaun dan seorang penandatangan timbal. Cek bernilai RM5,000 ke atas hendaklah ditandatangani oleh pemegang
akaun, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM/Pengurusi BAKAT Perkhidmatan dan seorang penandatangan timbal.
14. Rekod Perbankan. Pemegang akaun dikehendaki menyimpan rekod perbankan seperti keratan buku cek, penyata bank, slip tunai ke bank dan sebagainya dengan selamat untuk tujuan pengesahan dan audit.
15. Pelarasan Penyata Bank. Pemegang akaun hendaklah memastikan pelarasan penyata bank dibuat pada setiap hujung bulan bagi memastikan setiap transaksi kredit dan debit direkodkan dan baki akaun bank adalah tepat.
LAPORAN KEWANGAN
16. Laporan Kewangan Tahunan. Bendahari bertanggungjawab menyedia laporan kewangan Kelab bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis tiaptiap tahun.
17. Laporan Kewangan Semasa. Bendahari perlu juga menyediakan Laporan Kewangan atas keperluan semasa seperti pemeriksaan/audit khas atau Mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Pengurusan.
18. Perkara yang perlu dalam laporan kewangan ialah:
a. Penyata Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (Income and Expenditure Accounts).
b. Kunci KiraKira (Balance sheet).
c. Lainlain penyata perakaunan/dokumen sokongan yang difikirkan perlu seperti senarai harta, senarai pelaburan, senarai siberhutang dan sipiutang dan sebagainya.
AUDIT
19. Akaun tahunan Kelab hendaklah diaudit dan disahkan oleh sekurang kurangnya dua (2) Pemeriksa KiraKira. Pemeriksa KiraKira ini hendaklah terdiri daripada pegawai bertauliah yang dilantik oleh formasi/unit masingmasing. Laporan Pemeriksaan KiraKira hendaklah dimajukan kepada Bendahari KSSKA.
KESELAMATAN WANG TUNAI/BUKU CEK/REKOD PERAKAUNAN
20. Bendahari/Pemegang Akaun hendaklah sentiasa memastikan wang tunai, buku cek dan rekodrekod perakaunan sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat selamat. Lejar dan dokumen perakaunan hendaklah dimajukan kepada Pegawai Memerintah pada minggu pertama pada setiap bulan. Pegawai Memerintah berhak membuat pemeriksaan mengejut ke atas akaun tersebut.
KEMBARAN A
SISTEM PENTADBIRAN JEMAAH TERTINGGI BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT)
Penaung DYMM SPB Raja Permaisuri
Agong
Pengerusi Isteri PAT
Ahliahli Isteri PTD
Isteri PTL
Isteri PTU
Isteri KSO
Isteri KSJA
Isteri KSPP
Isteri KSL
Penasihat KSJA
Pen.Penasihat Lantikan KSJA
Bendahari sama
Setiausaha sama
KEMENTAH Pengerusi Dilantik AhliAhli Dipilih
DARAT Pengerusi Isteri Panglima
Tentera DARAT
AhliAhli IsteriIsteri Panglima
UDARA Pengerusi Isteri Panglima
Tentera UDARA
AhliAhli IsteriIsteri Panglima
LAUT Pengerusi Isteri Panglima
Tentera LAUT
AhliAhli IsteriIsteri
KEMBARAN B
BIDANG TUGAS BENDAHARI
BIDANG TUGAS
1. Bidang tugas dalam hal ehwal kewangan dan perakaunan adalah seperti berikut:
a. Bendahari. Bertanggungjawab untuk menyelenggara rekodrekod perakaunan dan mengurus halehwal kewangan BAKAT. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, bendahari hendaklah:
(1) Mendapatkan peruntukan daripada KSSKA.
(2) Membuat pengagihan kewangan kepada BAKAT Perkhidmatan iaitu Darat/Laut/Udara.
(3) Menyelenggara maklumat kewangan BAKAT melalui:
(a) Penyimpanan rekod pendapatan dan perbelanjaan secara manual atau berkomputer.
(b) Merekod transaksi kewangan dalam lejer.
(c) Menentukan kedudukan kirakira sentiasa seimbang setiap masa.
(d) Mengkoordinasikan dan mendapatkan Laporan Kewangan daripada BAKAT Perkhidmatan.
(e) Memajukan laporan kewangan tahunan ke KSSKA.
(f) Selaku pemegang kirakira bagi pengurusan akaun BAKAT.
UNDANGUNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 018006WKL
TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN MAJLIS SUKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MSAT)
TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN MSAT
AM
1. Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) merupakan badan sukan tertinggi di dalam ATM yang bertanggungjawab terus kepada Panglima Angkatan Tentera dalam semua hal sukan ATM. Jawatankuasa Kerja (JKK) MSAT pula adalah badan bertugas MSAT yang menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam ATM. Walau bagaimanapun, kawalan harian aktiviti sukan adalah di bawah penyelarasan dan tanggungjawab Persatuan Sukan masingmasing. Peraturan dan pentadbiran MSAT adalah tertakluk kepada Perlembagaan MSAT yang telah diluluskan oleh MAT Ke292 pada 31 Jan 1991.
TAKRIF
2. Dalam mentafsirkan peraturan dan sesuatu undangundang kecil yang digubal di bawahnya melainkan kandungan ayatnya mengkehendaki makna yang lain:
a. Lembaga Sukan Perkhidmatan bermakna Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD), Lembaga Sukan Tentera Laut (LSTLDM) dan Lembaga Sukan Tentera Udara (LSTUDM).
b. Persatuan Sukan bermakna manamana persatuan yang menjalankan kawalan eksklusif ke atas manamana bidang sukan amatur di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
ORGANISASI
3. Organisasi MSAT adalah sepertimana yang dibentangkan di dalam Perlembagaan MSAT seperti di Kembaran A.
BIDANG TUGAS
4. Bidang tugas JKK MSAT adalah sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan MSAT seperti di Kembaran B.
KEWANGAN
5. Pada dasarnya, Pengurusan Kewangan MSAT adalah seperti yang telah digariskan di dalam Perlembagaan MSAT seperti berikut:
a. Sumber Pendapatan. Sumber pendapatan utama MSAT adalah merupakan geran tetap yang disalurkan oleh KSSKA yang berjumlah tiga puluh peratus (30%) daripada sumbangan kerajaan atau tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung. Pengarah UGAT selaku Bendahari MSAT adalah bertanggungjawab di atas penyelenggaraan kewangan ini.
b. Agihan Peruntukan. KSSKA akan memberi peruntukan sukan kepada MSAT untuk diagihkan kepada Lembaga Sukan Perkhidmatan (LSTD/LSTLDM/LSTUDM), PersatuanPersatuan Sukan ATM dan Sekretariat MSAT. Peruntukan hendaklah diagihkan 75% kepada Sekretariat MSAT untuk menampung perbelanjaan aktiviti Persatuan Persatuan Sukan ATM dan 25% kepada Lembaga Sukan Perkhidmatan mengikut kekuatan anggota.
c. Perbelanjaan. Semua perbelanjaan dan pembayaran mestilah mendapat kelulusan daripada JKK MSAT sepertimana yang digariskan di dalam Perlembagaan MSAT. Perbelanjaan kewangan MSAT adalah bagi tujuan pengurusan dan pembangunan Persatuan Sukan ATM seperti berikut:
(1) Pengurusan. Sumber Wang Pengurusan MSAT adalah diperuntukan kepada semua persatuan sukan dalam ATM untuk tujuan pengurusan persatuan yang meliputi pengelolaan dan penyertaan kejohanan sukan sama ada di peringkat ATM ataupun Kebangsaan serta pembayaran subsidi kepada atlit dan pentadbir sukan.
(2) Pembangunan. Sumber wang pembangunan adalah untuk tujuan pembangunan persatuan sukan ATM yang meliputi aktiviti seperti kursus dan seminar sukan serta program pembangunan atlit persatuan.
d. Perakuan Oleh Penerima. Sepertimana yang digariskan dalam Perlembagaan MSAT, semua perbelanjaan ke atas peruntukan MSAT hendaklah disokong dengan resit atau bukti yang sah dan ianya ditandatangani oleh Setiausaha atau Pengerusi Persatuan.
e. Audit Akaun. Audit terhadap akaun MSAT akan dijalankan sekali dalam masa enam (6) bulan oleh pegawai yang dilantik oleh Sekretariat MK ATM seperti di dalam Perlembagaan MSAT.
LAPORAN KEWANGAN
6. Laporan Kewangan Tahunan. Bendahari MSAT bertanggungjawab menyediakan laporan perbelanjaan yang berakhir pada 31 Dis tiaptiap tahun kepada KSSKA.
7. Laporan Kewangan Semasa. Bendahari MSAT juga perlu menyediakan laporan kewangan atas keperluan semasa oleh KSSKA.
Kembaran:
A. Organisasi MSAT. B. Bidang Tugas JKK MSAT.