Upload
muveena-thurairaju
View
233
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Sukan tahunan sekolah
Citation preview
KEJOHANAN OLAHRAGA SJKT NATESA PILLAY
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1. NAMA KEJOHANAN:
Kejohanan Olahraga SJKT Natesa Pillay.
2. TARIKH DAN MASA :
2.1 29/9/2014 Isnin 2.00 ptg
2.2 30/9/2014 Selasa 2.00 ptg
3. TEMPAT:
Padang SJK(T) Natesa Pillay (30.09.2014)
4. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN:
Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang KOAM serta syarat dan peraturan yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
5. JENIS PERTANDINGAN:
5.1 Pertandingan ini dijalankan secara Individu dan Berpasukan.
5.2 Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Bil Acara
Lelaki Perempuan
Kelas 1
12 tahun
Kelas 2
10 tahun
Kelas 1
12 tahun
Kelas 2
10 tahun
1. 100 m X X X X
2. 200 m X(T) - X(T) -
3. 80m lari berpagar X(T) - X(T) -
4. 2000m jalan Kaki X(T) - X(T) -
5. Lompat Jauh X X X X
6. Lontar Peluru X X X X
7. Lompat tinggi X(T) - X(T) -
8. 4X100m lari berganti X(T) - X(T) -
9. 4X200m lari berganti X(T) X(T)
(T) Terbuka
6. PENDAFTARAN PESERTA:
6.1 Tarikh tutup Pendaftaran Peserta adalah pada atau sebelum 19.09.2014 (Jumaat),
dengan menggunakan Borang Masuk Rasmi yang telah disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola berserta dengan salinan No.Surat beranak Peserta. Butir-butir mengenai
seseorang peserta hendaklah diisikan dengan penuh dan disahkan oleh guru rumah
sukan masing-masing. Sebarang pembetulan perlu dibuat pada atau sebelum
22.9.2014 (Isnin ).
6.2 Borang Masuk Rasmi yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada :
En.Palany a/l Suppiah,
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola,
Kejohanan Olahraga SJK(T) Natesa Pillay,
Batu 14 , Jalan Bidor,
36020 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.
6.3 Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diterima.
6.4 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti:-
Kumpulan Umur Individu Lari Berganti-ganti
12 tahun dan
kebawah
2 (termasuk acara terbuka) 2
10 tahun dan
kebawah
2(termasuk acara terbuka) 2
Pembahagian Kelas:
Kelas Kategori Tahun Lahir
Kelas 1Di bawah 12 tahun pada
01.01.20142002
Kelas 2Di bawah 10 tahun pada
01/01/20142004
6.4 Had Umur Peserta:
6.2.1 Kiraan umur peserta pada 1 Januari tahun pertandingan.
6.2.2 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan
umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
6.2.3 Seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai dalam kumpulan umur yang lebih
tinggi daripada kumpulan umurnya KECUALI dalam acara-acara TERBUKA.
6.5 Setiap rumah sukan adalah dibenarkan menghantar tidak melebihi 2 orang peserta
bagi setiap acara individu dan SATU pasukan bagi acara berpasukan.
7. UNDIAN LORONG:
7.1 Undian lorong akan dijalankan pada 23.09.2014 (Selasa) di Makmal Komputer, SJK(T)
Natesa Pillay. Pengurus pasukan/Jurulatih/Wakil setiap rumah sukan adalah di jemput
untuk menyaksikan pengundinan tersebut.
8. ACARA LARI BERGANTI-GANTI
8.1 Semua peserta acara Lari Berganti-ganti hendaklah didaftarkan di dalam Borang Masuk
rasmi dan hendaklah diserahkan kepada Ketua Penyelia Peserta satu ( 1 ) jam sebelum
acara tersebut dimulakan.
9. MELAPOR DIRI:
9.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Hakim Panggilan ( Call Room
Judge ) sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 40 minit bagi acara
padang sebelum acara berkenaan dijalankan.
9.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dengan nombor kain mesti disematkan
dengan pin pada setiap penjuru di baju masing-masing.
10. PEMBATALAN PENYERTAAN:
10.1 Semua pembatalan penyertaan ( scratchings ) dalam sesuatu acara hendaklah dibuat
oleh Pengurus Pasukan masing-masing kepada Ketua Hakim Panggilan sekurang-
kurangnya satu ( 1 ) jam sebelum acara berkenaan dijadualkan bermula.
11. GANTIAN DAN PENARIKAN DIRI:
11.1 Gantian kepada peserta yang telah disahkan bertanding tidak akan dibenarkan bagi
acara perseorangan sebelum 1 jam acara dimulakan.
11.2 Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dibenarkan kepada dua ( 2 ) peserta yang
dinamanya telah didaftarkan dalam Borang Masuk Rasmi. Peraturan ini juga
melibatkan pusingan saringan hingga ke pusingan akhir.
11.3 Jika didapati seseorang peserta yang didaftarkan tidak mengambil bahagian dalam
sesuatu acara, maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab. Oleh
yang demikian peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara lain
seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
11.4 Seseorang peserta yang menarik diri satu ( 1 ) jam sebelum acara saringan tanpa
surat pengesahan doktor / pegawai perubatan kejohanan adalah dianggap sebagai
menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
11.5 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acaranya atas nasihat
doktor/pegawai perubatan, hanya boleh mengambil bahagian semula dalam acara-
acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta berkenaan
mengemukakan surat pengesahan daripada doktor/pegawai perubatan kepada
Pengurus Kejohanan.
11.6 Tiada gantian bagi peserta-peserta yang menarik diri atau dianggap menarik diri.
12. SISTEM PERTANDINGAN:
12.1 Semua acara balapan akan dijalankan di atas lapan ( 8 ) lorong
12.2 Pertandingan bagi acara-cara balapan akan diadakan diperingkat separuh akhir dan
akhir sahaja.
12.3 Penentuan peserta ke peringkat akhir adalah seperti berikut:
3 S/Akhir 2 peserta (pertama dan kedua) dari setiap S/Akhir dan 2 peserta yang
mencatat masa terbaik dari ketiga-tiga S/Akhir layak ke peringkat akhir.
2 S/Akhir 3 peserta (pertama, kedua dan ketiga) dari setiap S/Akhir dan 2 peserta
yang mencatat masa terbaik dari ketiga-tiga S/Akhir layak ke peringkat
akhir.
Pertandingan Akhir bagi acara Lompat Tinggi dimulakan pada ketinggian minimum seperti
berikut:
Lelaki Perempuan
1.10 m 1.00 m
13. GELANGGANG DAN ALATAN:
13.1 Seperti undang-undang dan peraturan MSSPK.
14. NOMBOR-NOMBOR DAN HURUF PESERTA:
14.1 Semua peserta yang bertanding dalam acara lari berganti-ganti hendaklah
menggunakan nombor-nombor peserta/abjad yang ditetapkan.
14.2 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang kain nombor pengenalan (satu di dada
dan satu di belakang) dengan disematkan pada keempat-empat penjuru kain
dengan pin dan kain-kain tersebut hendaklah berwarna putih.
14.3 Nombor-nombor peserta hendaklah dicap dengan jelas dan tidak luntur apabila
basah. Nombor-nombor tersebut hendaklah berukuran seperti berikut:
14.4
Contoh Nombor
Saiz Kain 5in X 8in, Saiz Nombor:4 in, Tebal nombor 0.4in, Warna nombor Biru Tua
Tinggi Tulisan Lebar Tulisan
12 cm 1.5 cm
14.5 Nombor-nombor peserta hendaklah disediakan oleh sekolah atau pasukan masing-
masing.
14.6 Peserta-peserta yang tidak mematuhi peraturan pemakaian nombor tidak dibenarkan
bertanding.
14.7 Pembahagian nombor dan huruf adalah seperti pada Lampiran.
15. PAKAIAN/PERALATAN PESERTA:
15.1 Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas semasa mengambil
bahagian dan menerima hadiah.
15.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah.
15.3 Semua peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
16. BANTUAN KEPADA PESERTA:
16.1 Peserta tidak dibenarkan menerima apa jua bentuk bantuan yang memberi
kelebihan dalam pertandingan.
16.2 “Pacing” dari peserta lain atau sesiapa jua tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan
penyertaan peserta berkenaan dibatalkan.
16.3 Lain-lain peraturan mengenai bantuan adalah mengikut undang-undang dan
peraturan MSSM/MSSPk.
17. PENYINGKIRAN PENYERTAAN:
17.1 Peserta yang didapati tidak menepati mana-mana Peraturan Pertandingan ini tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
18. HADIAH DAN PEMBERIAN MATA:
18.1 Dalam semua acara, hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang pertama,
kedua dan ketiga sahaja.
18.2 Pengiraan Pemenang Keseluruhan bagi sesebuah pasukan itu akan dikira
berdasarkan kepada pungutan EMAS terbanyak.
18.3 Jika berlaku seri, jumlah pungutan perak atau gangsa terbanyak akan diambil kira.
Sekiranya seri juga, kedua-dua pasukan akan diumumkan sebagai pemenang
bersama.
19. ATLIT TERBAIK:
19.1 Atlit terbaik akan dipilih daripada setiap kelas (Lelaki dan Perempuan) berdasarkan
prestasi pencapaian terbaik dalam mana-mana acara yang disertai dan diputuskan
oleh panel Juri Rayuan Kejohanan.
19.2 Prestasi pencapaian terbaik lelaki 12TKB, Perempuan 12TKB, Lelaki 10TKB dan
Perempuan 10TKB ditentukan berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan berikut:
19.2.1 Mencipta rekod dalam mana-mana acara berkenaan. Jika tiada peserta yang
mendapat skor tertinggi.
19.2.2 Peserta yang dapat menyamai rekod dalam mana-mana acara mendapat
skor tertinggi.
19.2.3 Pencapaian individu dalam jumalah pungutan pingat Emas, Perak dan
Gangsa
20. BANTAHAN:
20.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan MSSM/MSSPk kecuali atas
perkara-perkara berikut:
20.2.1 Jika masalah bantahaan berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang
peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
dimulakan, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah
‘BANTAHAN’ dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pengerusi
Olahraga Sekolah-sekolah Tamil.
20.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan
serta-merta dan secara bertulis tidak lewat daripada:
i. Tiga puluh (30) minit setelah keputusan diumumkan bagi mana-mana peringkat.
ii. Menyertakan bersama-sama wang bantahan sebanyak RM100.00 ( RINGGIT
MALAYSAI: SERATUS SAHAJA ) kepada Referi.
21. KAWASAN PERTANDINGAN:
21.1 Hanya pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas dan peserta-peserta yang
sedang bertanding sahaja boleh berada di tempat pertandingan.
21.2 Pegawai-pegawai pasukan tidak dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan
kecuali diminta berbuat demikian oleh Pengurus Kejohanan.
21.3 Peserta-peserta dikehendaki berbaris sewaktu masuk dan keluar dari arena
pertandingan.
22. TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN :
22.1 Semua Pengurus Pasukan diwajibkan menghadiri taklimat-taklimat yang akan
diadakan.
22.2 Semua Pengurus Pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan peserta
masing-masing mematuhi semua peraturan pertandingan.
22.3 Pengurus-pengurus Pasukan hendaklah bekerjasama dengan Penyelia Peserta
untuk melaporkan peserta masing-masing mengikut masa ditetapkan apabila
dipanggil.
22.4 Pengurus-pengurus dan pegawai-pegawai pasukan masing-masing adalah
bertanggungjawab mengawal disiplin / keselamatan peserta-peserta di bawah
jagaan mereka.
23. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA:
23.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pindaan, pengumuman akan dibuat.
23.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia
dalam peraturan-peraturan ini atau Peraturan Am MSSM/MSSPk.
24. HAL-HAL LAIN:
24.1 Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawab atas kehilangan barang-
barang kepunyaan pegawai atau peserta di dalam atau berdekatan dengan tempat
pertandingan serta atas apa jua kecederaan atau kemalangan pada masa
pertandingan dijalankan sungguhpun beberapa persediaan akan diadakan untuk
mengelakkan kejadian-kejadian seumpama di atas.
24.2 Selain daripada pegawai-pegawai bertugas, tidak sesiapapun dibenarkan memberi
arahan mengenai pertandingan ini ataupun melibatkan diri dalam perjalanan
pertandingan.