6
Volume 1, Issue 1 Jul - Sept 2014 Pada 08 hingga 10 September 2014 yang lalu ULPL & Unit Peperiksaan telah menganjurkan Kursus Pembinaan Soalan dan Peraturan Pemarkahan bertempat di Bilik Kuliah 2 Unit Fasiliti. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Program, Penyelaras Peperiksaan Jabatan serta para pensyarah telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang teknik pembinaan soalan yang betul mengikut aras kesukaran yang telah digariskan di dalam silibus setiap kursus. Penceramah bagi kursus ini ialah Prof Madya Dr Asri bin Selamat, Dekan Pusat Pembangunan dan Perkembangan Pelajar UTHM. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bi- dang analisis item dan pen- taksiran soalan. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini ternyata mem- berikan kepuasan kepada para peserta yang mendapat ilmu dan pengalaman hands-on membuat soalan. Para peserta juga tidak kering gusi dengan gelak tawa dengan cara penyampaian penceramah yang santai dan sangat bersahaja. Di akhir kursus ini para peserta telah menghasilkan satu modul pembinaan soalan yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang, Kursus Pembinaan Soalan 1 Bengkel Asas Pertolongan Cemas 2 Dari Meja Editor 2 Bengkel Pemurnian Item 3 Kursus Auditor Dala- man ISO 9001:200 3 Bengkel Audit kendiri MQA 3 Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 4 Intipati Berita Kursus Pembinaan Soalan Dan Peraturan Pemarkahan Buletin Cemara Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Prof Madya Dr Asri bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Politeknik Nilai dan peserta kursus

Peraturan Pemarkahan - polinilai.edu.my · memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang teknik pembinaan soalan yang betul mengikut aras kesukaran yang telah digariskan di dalam

  • Upload
    doanthu

  • View
    244

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Volume 1, Issue 1

Jul - Sept 2014

Pada 08 hingga 10 September 2014

yang lalu ULPL & Unit Peperiksaan

t e lah menganjurkan Kursus

Pembinaan Soalan dan Peraturan

Pemarkahan bertempat di Bilik

Kuliah 2 Unit Fasiliti.

Seramai 30 orang peserta yang

terdiri daripada Ketua-ketua

Program, Penyelaras Peperiksaan

Jabatan serta para pensyarah telah

mengikuti kursus tersebut. Kursus

ini diadakan bertujuan untuk

memberi pendedahan kepada para

pensyarah tentang teknik pembinaan

soalan yang betul mengikut aras

kesukaran yang telah digariskan di

dalam silibus setiap kursus.

Penceramah bagi kursus ini ialah

Prof Madya Dr Asri bin Selamat,

Dekan Pusat Pembangunan dan

Perkembangan Pelajar UTHM.

Beliau merupakan seorang yang

berpengalaman luas dalam bi-

dang analisis item dan pen-

taksiran soalan.

Kursus yang berlangsung selama

tiga hari ini ternyata mem-

berikan kepuasan kepada para

peserta yang mendapat ilmu dan

pengalaman hands-on membuat

soalan. Para peserta juga tidak

kering gusi dengan gelak tawa

dengan cara penyampaian

penceramah yang santai dan

sangat bersahaja. Di akhir

kursus ini para peserta telah

menghasilkan satu modul

pembinaan soalan yang boleh

dijadikan rujukan pada masa

akan datang,

Kursus Pembinaan

Soalan

1

Bengkel Asas

Pertolongan Cemas

2

Dari Meja Editor 2

Bengkel Pemurnian

Item

3

Kursus Auditor Dala-

man ISO 9001:200

3

Bengkel Audit

kendiri MQA

3

Seminar Keselamatan

dan Kesihatan

Pekerjaan

4

Intipati Berita

Kursus Pembinaan Soalan Dan

Peraturan Pemarkahan

Buletin Cemara Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL

Prof Madya Dr Asri bergambar kenangan bersama Timbalan

Pengarah Politeknik Nilai dan peserta kursus

Unit Latihan dan Pendidikan

Lanjutan Politeknik Nilai telah

menganjurkan Bengkel Asas

Pertolongan Cemas oleh

penceramah jemputan iaitu Mr

Tan Yeong Kwan jurulatih St

John Ambulans Malaysia pada

25 Ogos 2014 yang lalu.

Bengkel ini telah disertai oleh

30 orang staf Politeknik Nilai.

Bengkel sehari ini telah

d imulakan dengan sesi

pendaftaran para peserta

seawal jam 8.00 pagi yang

dikendalikan oleh Puan

Shamariza Binti Maarof.

Bengkel yang dianjurkan

bertujuan memberi pendedahan

kepada semua peserta tentang

bantuan awal sekiranya

berlaku kecemasan. Di antara

pengisian yang ditunjukkan

adalah taklimat dan demo

berkaitan pertolongan cemas,

penerangan item dan cara

penggunaan First Aid Box,

CPR, cara menggunakan kain

anduh, persediaan menghadapi

s ituas i kr it ikal seperti

kemalangan kecil, luka,

pengsan, pitam, keracunan dan

lain-lain lagi. Sepanjang

aktiviti dijalankan, semua

p e s e r t a m e n u n j u k k a n

komitmen dan kerjasama yang

baik untuk latihan amali yang

dijalankan. Semoga input yang

diperoleh memberi manfaat

yang besar kepada warga PNS.

Bengkel Asas Pertolongan Cemas

Dari Meja Editor….

Assalamualaikum w.b.k

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga

merealisasikan harapan untuk menerbit-

kan senaskah buletin dari Unit Latihan

dan Pendidikan Lanjutan (ULPL)

Politeknik Nilai.

Walaupun terlewat dari sasaran namun

berkat semangat yang membara, ULPL

berjaya juga mengekori langkah Jab-

atan-Jabatan Akademik dan Unit

Sokongan lain yang telah berjaya

menghasilkan buletin mereka terlebih

dahulu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada

Tuan Pengarah Politeknik Nilai yang

sentiasa memberikan dorongan,

cabartan dan peringatan mesra agar se-

tiap Jabatan dan Unit Sokongan dapat

menghasilkan buletin bagi memastikan

sebarang berita dan aktiviti yang dil-

akukan dapat dikongsi dan dihebahkan

kepada semua warga Politeknik Nilai

khasnya dan pihak luar amnya.

Buletin Cemara adalah garapan berita-

berita serta rangkuman aktiviti yang

dilaksanakan oleh staf Politeknik Nilai

serta dianjurkan oleh pihak ULPL khu-

susnya. Semoga buletin yang berbentuk

santai dan ringkas ini menjadi satu wa-

dah yang dapat menjadi perantara kepa-

da warga Politeknik Nilai serta pihak luar

untukmengetahui setiap aktiviti yang

dirancang dan dilaksanakan.

Ketua Editor Buletin Cemara

Page 2 Buletin Cemara

Ketua Editor

Zaiton

Editor

Shamariza, Khairil

Zainal & Hazwani

Politeknik Nilai telah menjadi

lokasi pilihan oleh Politeknik

Jeli Kelantan(PJK) dan

Politeknik Sandakan Sabah

(PSS) untuk mengadakan

Bengkel Pemurnian Item So-

alan.

Bengkel tersebut telah diada-

kan pada 17 –19 Sept 2014 ber-

tempat di Bilik Kuliah 1 & 2

Unit Fasiliti. Seramai 26

peserta dari kedua-dua

politeknik tersebut telah

menginap di Lodge Cemara Inn

Politeknik Nilai sepanjang

bengkel tersebut berlangsung.

Menurut pegawai peperiksaan

PJK, Pn. Rugayah, secara

keseluruhannya beliau selaku

urusetia berasa amat berpuas

hati dengan perjalanan bengkel

tersebut termasuk kemudahan

penginapan dan kemudahan

fasiliti lain yang disediakan

oleh pihak Politeknik Nilai.

Bengkel ini juga turut disertai

oleh Timbalan Pengarah PJK

dan PSS serta panel penilai lu-

ar. Beliau turut tidak menolak

kemungkinan akan mengada-

kan bengkel seumpama

ini lagi di Politeknik nilai pada

masa akan datang.

Kendiri bagi memenuhi

sebahagian daripada keperluan

penyediaan dokumen MQA.

Hari pertama bengkel tersebut

telah dikendalikan oleh En.

Suhairi Yunus yang dijemput

khas dari Politeknik Premier

Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah, manakala hari kedua

dan ketiga pula para peserta

dibahagikan kepada dua

kumpulan. Kumpulan per-

tama yang diketuai oleh Pn.

Seramai 27 orang peserta yang

terdiri daripada Ketua-ketua

Program serta para pensyarah

yang terpilih telah mengikuti

Bengkel Audit kendiri MQA

pada 10 –12 Sept 2014 yang la-

lu.

Menurut Pn Azalinda Mat

Saad, Pegawai Penyelaras

MQA Politeknik Nilai, bengkel

ini bertujuan untuk memberi

pendedahan kepada peserta

untuk melakukan Audit

Siti Jariah bt Ibrahim telah

melakukan audit kendiri di

J a b a t a n K e j u r u t e r a a n

Mekanikal (JKM) manakala

kumpulan kedua yang diketuai

oleh Pn Kalsom Sailan pula

melakukan audit kendiri di

Jabatan Agroteknologi dan Bio

Industri (JAB).

Hasil dapatan audit kendiri ini

telah dibentangkan di hadapan

Ahli Mesyuarat Pengurusan

yang turut dihadiri oleh Tuan

Pengarah pada petang Jumaat

di bilik mesyuarat Raflesia.

Bengkel Pemurnian Item Soalan Politeknik Jeli dan Politeknik Sandakan

Bengkel Audit Kendiri MQA

Ketua Unit Jaminan Kualiti,

pemilihan peserta adalah me-

rentas jabatan serta mengambil

kira pengalaman mereka yang

kebanyakannya terdiri da-

ripada pensyarah yang telah

biasa dengan sistem kualiti di

politeknik di mana mereka

pernah bertugas sebelum

berhijrah ke Politeknik Nilai

dahulu.

Kursus ini dikendalikan oleh

Dr Nor Asikin bt Salleh dari

Institut Aminuddin Baki,

Genting Highlands. Kursus

ini merupakan salah satu agen-

da penting yang akan memban-

tu usaha Politeknik Nilai untuk

m e r e a l i s a s i k a n h a s r a t

mendapatkan persijilan MS

ISO 9001:2008 pada tahun ini

juga.

Kursus Auditor Dalaman MS

ISO 9001:2008 telah berlang-

sung di Bilik Seminar Unit

Fasiliti pada 08 –10 Sept yang

lalu. Kursus anjuran Unit

Jaminan Kualiti (UJK) dengan

Kerjasama ULPL ini telah

disertai oleh 27 orang peserta

yang bakal menjadi Auditor

Dalaman MS ISO 9001:2008 di

Politeknik Nilai.

Menurut Pn Quyrul Zeta Ishak,

Kursus Auditor Dalaman MS ISO 9001:2008

27 peserta terlibat bakal

menjadi Auditor Dalaman MS

ISO 2008 di Politeknik Nilai

Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Page 3

Peserta bengkel bergambar di hadapan

pintu masuk Lodge Cemara Inn

Satu kursus Pembelajaran

Sepanjang Hayat (PSH) iaitu

Kursus Asas Fermentasi

Pembuatan Tempe telah di-

anjurkan o leh Jabatan

Agroteknologi dan Bio-industri

pada 26 Sept 2014.

Kursus yang bertempat di

Makmal Agroteknologi, JAB ini

bermula pada pukul 3 petang

dan tamat pada jam 5 petang.

Tenaga pengajarnya, Cik

Norshazila binti Senawi telah

menunjukcara langkah-langkah

menghasilkan tempe seperti

teknik rebusan kacang soya,

pengeringan, pencampuran in-

okulum dan pemeraman.

Diakhir kursus peserta telah

berjaya menghasilkan tempe

sendiri dan turut menerima kit

tempe untuk membuat tempe di

rumah. Kursus yang dihadiri 8

orang ahli PUSPANITA ini di-

harap akan dapat menjadikan

pembelajaran sepanjang hayat

dapat diaplikasikan dalam

kehidupan seharian.

dalam kehidupan kita, pekerjaan

dan pembelajaran adalah dua

faktor utama yang membawa

gejala kerunsingan sehingga

keadaan ketegangan atau stress.

Manusia seringkali mengadu

bahawa ia mengalami stress,

'tension' atau tegang. Bagi

golongan dewasa, stress sering-

kali melanda kehidupan berikutan

masalah kewangan dalam

rumahtangga.

Kursus ini telah dianjurkan oleh

Unit Latihan dan Pendidikan

Lanjutan bersama Unit Psikologi

dan Kaunseling, Politeknik Nilai

Negeri Sembilan pada 22 Ogos

2014 yang lalu.

Kursus ini dianjurkan sejajar

dengan program pengupayaan

kendiri untuk staf atau kakitangan

sesebuah organisasi bagi

membantu mereka dalam

pembangunan kendiri. Seringkali

Seramai 19 orang peserta yang

terdiri daripada kakitangan

akademik dan kakitangan

sokongan telah terpilih bagi

mengikuti kursus ini.

Di akhir kursus ini peserta

diharapkan telah dapat

menggunakan teknik relaksasi,

teknik psikologi dan secara

minda untuk berdepan dengan

masalah stress.

Kursus Asas Fermentasi Pembuatan Tempe

Kursus Asas Pembangunan Diri: Pemantapan Pengurusan Daya

Tindak; ‘Seronoknya Stress…’

Lodge Cemara Inn Politeknik

Nilai sekali lagi telah menjadi

lokasi pilihan oleh para pelajar

Politeknik METrO Kuala Lum-

pur untuk menjalani latihan

amali pada 22 September yang

lalu. Seramai 30 orang pelajar

Semester Tiga Program

Diploma Pengurusan Hotel dan

Katering telah melakukan

kelas amali di beberapa buah

bilik penginapan di Lodge

Cemara Inn.

Kelas Amali Pelajar Program Diploma Pengurusan Hotel & Katering PMKL

Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Page 4

Peserta kursus mempelajari teknik

pembuatan tempe

Para pelajar PMKL bersama pensyarah

kursus Pn Nor Zairina di Lobby Cemara

Inn Para pelajar sedang membuat amali

housekeeping

Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Page 5 Buletin Cemara

Pada 20 Jun 2014 yang lalu

ULPL telah menganjurkan

Seminar Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan ber-

tempat di Dewan Kuliah 1.

Semua para pensyarah telah

mengikuti kursus tersebut.

Kursus ini diadakan

bertujuan untuk memberi

pendedahan kepada para

pensyarah tentang betapa

p e n t i n g n y a m e n j a g a

keselamatan dan kesihatan

sepanjang mengendalikan

tugas yang diberikan.

Penceramah bagi kursus ini

ialah En Nazaruddin dan En

Syazwan Shah, Pegawai

Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Negeri Sembilan.

Mereka berpengalaman luas

dalam bidang Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan.

Kursus yang berlangsung

selama sehari ini ternyata

memberikan kepuasan kepa-

da para peserta yang

m e n d a p a t i l m u d a n

p e n g a l a m a n t e n t a n g

keselamatan dan kesihatan

pekerjaan. Para peserta juga

didedahkan dengan pelbagai

isu yang berkait dengan

keselamatan dan kesihatan

pekerjaan. Di akhir kursus ini

para peserta dapat me-

mahami dengan jelas dan be-

tapa peri pentingnya tentang

Keselamatan dan Kesihatan

dalam pekerjaan.

FAKTA DAN STATISTIK

BILANGAN HARI BERKURSUS STAF PNS(Sehingga Tarikh 30 Sept 2014)

4.0%

41.0%55.0%

Kurang 7Hari

7-10 Hari

>10 Hari

Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Page 6

Keselesaan Penginapan Bertaraf Berbintang-bintang

Pada Kadar Harga Hotel Tidak Berbintang