12
PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN SISTEM TERBENAM MALAYSIA KALI KE-2 - GURU Berasaskan Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam Embedded System Programming Examination Certificate (ESPEC) PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA 2019 (PMM 2019) “Bersama Memacu Industri 4.0” Versi 1.0 (Tarikh kemaskini: 07/08/2019) DISEDIAKAN OLEH:

PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

PERATURAN-PERATURAN

CABARAN PENGATURCARAAN SISTEM

TERBENAM MALAYSIA KALI KE-2 - GURU

Berasaskan

Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam

Embedded System Programming Examination Certificate (ESPEC)

PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA 2019

(PMM 2019)

“Bersama Memacu Industri 4.0”

Versi 1.0

(Tarikh kemaskini: 07/08/2019)

DISEDIAKAN OLEH:

Page 2: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

2

PERATURAN-PERATURAN

CABARAN PENGATURCARAAN SISTEM TERBENAM MALAYSIA

KALI KE-2 GURU

PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA (PMM 2019) PERINGKAT: KEBANGSAAN

1. APA ITU ESPEC?

Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam/ Embedded System Programming Examination

Certificate (ESPEC) mengukur kemahiran pengaturcaraan sistem terbenam setiap calon peperiksaan.

Peperiksaan menggunakan skala sepuluh gred untuk mengenal pasti tahap kecekapan, dari orang

baru/ Novice (Gred 1) sehingga kepada pakar/ Expert (Gred 10).

ESPEC mengandungi 10 soalan berbentuk praktikal untuk mengenal pasti tahap kecekapan calon

peperiksaan. Tahap kesusahan soalan adalah semakin meningkat dari soalan 1 hingga soalan 10. Jika

calon peperiksaan tidak dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul, calon tersebut tidak dibenarkan

untuk menduduki peperiksaan untuk soalan seterusnya. Contohnya, jika calon peperiksaan gagal

menjawab soalan 1 dengan betul, calon tersebut dikehendaki meninggalkan dewan peperiksaan dan

dilarang menduduki peperiksaan untuk soalan nombor 2. Setiap calon yang berjaya menjawab soalan

1 dan ke atas sahaja akan diberikan Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam (ESPEC)

mengikut tahap pencapaian masing-masing (Gred 1 hingga Gred 10).

Gred Nombor Soalan ESPEC Tahap

1 1 Orang baru/

Novice 2 2

3 3 Pemula/

Beginner 4 4

5 5 Cekap/

Competent 6 6

7 7 Mahir/

Proficient 8 8

9 9 Pakar/

Expert 10 10

Page 3: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

3

2. MENGENAI PEPERIKSAAN

2.1 Kategori ESPEC

2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran

pengaturcaraan sistem terbenam berasaskan bahasa pengaturcaraan aras tinggi (high-

level programming language) mudah.

2.2 Peperiksaan Amali

ESPEC adalah berbentuk peperiksaan amali di mana para calon peperiksaan dikehendaki

menyelesaikan soalan-soalan berbentuk praktikal berdasarkan kategori masing-masing.

Para calon peperiksaan diwajibkan:

2.2.1 Membawa dan menggunakan komputer riba/ komputer yang menggunakan sistem

operasi Windows sahaja. Calon peperiksaan yang perlu memastikan komputer riba/

komputer tersebut dalam keadaan baik sebelum menduduki peperiksaan.

2.2.2 Membawa dan menggunakan kit rasmi peperiksaan untuk kategori sekolah menengah

iaitu DRABOT UNO Starter Kit. Calon peperiksaan yang perlu memastikan kit tersebut

dalam keadaan baik sebelum menduduki peperiksaan.

2.2.3 Menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C/C++ dalam perisian Arduino. Sebarang bahasa

pengaturcaraan visual adalah dilarang.

2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu. Dilarang berbincang dengan calon

peperiksaan yang lain atau dilarang untuk meniru atau cubaan meniru. Sekiranya

berlaku, anda akan diarahkan keluar dari dewan dan penyertaan anda akan dibatalkan.

Para calon peperiksaan boleh:

2.2.5 Membawa sebarang bentuk rujukan (hardcopy atau softcopy).

2.2.6 Merujuk tutorial dan sebagainya.

2.2.7 Membawa dan menggunakan telefon pintar, komputer riba tambahan, dan tablet untuk

tujuan rujukan sahaja.

2.2.8 Menggunakan jaringan internet yang dibawa sendiri atau disediakan oleh pihat

penganjur (sekiranya ada) untuk tujuan mencari rujukan di Google dan sebagainya.

Page 4: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

4

2.2.9 Memohon untuk keluar ke tandas dengan mengangkat tangan dan menunggu pengawas

datang kepada anda. Walaubagaimanapun perlu diingat masa bacaan soalan (5 minit),

masa menjawab soalan (5 – 50 minit) dan masa memeriksa jawapan (10 minit) untuk

setiap soalan tetap akan berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Para calon peperiksaan dilarang:

2.2.10 Berbincang dengan calon peperiksaan yang lain atau meniru atau cubaan meniru.

2.2.11 Berkongsi sebarang bentuk rujukan (hardcopy atau softcopy) dengan calon peperiksaan

yang lain.

2.2.12 Melayari sebarang laman sesawang sosial seperti Facebook dan sebagainya ATAU

membuka email ATAU melayari apa sahaja laman sesawang dan aplikasi yang

memungkinkan untuk tujuan komunikasi.

2.2.13 Membuka telefon pintar atau tablet untuk tujuan melayari sebarang laman sesawang

sosial seperti Facebook dan sebagainya ATAU membuka email ATAU melayari apa sahaja

aplikasi yang memungkinkan untuk tujuan komunikasi.

2.2.14 Menangkap gambar atau merakam video dengan menggunakan telefon pintar anda

sepanjang peperiksaan berlangsung.

2.2.15 Bercakap walaupun sepatah kata kecuali apabila pengawas bertanyakan soalan kepada

anda.

2.3 Format Peperiksaan

2.3.1 ESPEC mengandungi 10 soalan berbentuk praktikal untuk mengenal pasti tahap

kecekapan calon peperiksaan. Tahap kesusahan soalan adalah semakin meningkat dari

soalan 1 hingga soalan 10. Peperiksaan diduduki oleh calon peperiksaan secara individu

dan bukannya berkumpulan. Untuk tahun 2019, ESPEC menggunakan Bahasa Melayu

dan English untuk setiap soalan yang ditanya kepada para calon peperiksaan.

Walaubagaimanapun, hanya Bahasa Melayu akan digunakan oleh Ketua Pengawas

untuk bacaan soalan.

2.3.2 Topik soalan. Soalan-soalan adalah terdiri daripada lima topik utama sistem terbenam

(input digital, output digital, input analog, komunikasi siri, Pulse Width Modulation

(PWM)), algoritma, operasi matematik, dan kawalan.

2.3.3 Tempoh persiapan. Tempoh persiapan selama 30 minit akan diberikan sebelum proses

peperiksaan sebenar berjalan. Beberapa perkara penting wajib dilaksanakan ketika

tempoh ini:

Page 5: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

5

2.3.3.1 Slip peperiksaan harus diisi oleh para calon peperiksaan dan diletakkan di

bahagian atas kanan meja seperti berikut:

Rajah 1 Pandangan atas kedudukan slip peperiksaan di atas meja calon peperiksaan.

2.3.3.2 Calon peperiksaan dikehendaki membuka komputer dan perisian yang bakal

digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

2.3.3.3 Calon peperiksaan dikehendaki mengambil folder soalan peperiksaan

menggunakan pemacu kilat USB (pen drive) dan meletakkan folder berkenaan

ke dalam komputer masing-masing.

2.3.3.4 Calon boleh melakukan persiapan untuk kit rasmi peperiksaan.

2.3.3.5 Calon boleh membuat ujian terhadap komputer, kit, dan perisian.

2.3.4 Selepas tempoh persiapan tamat. Setiap calon peperiksaan tidak lagi dibenarkan

berkomunikasi dengan calon lain secara lisan atau perbuatan, meniru atau cuba meniru,

dan melakukan aksi yang mencurigakan. ESPEC adalah peperiksaan yang sangat ketat

dan Ketua Pengawas/ Pemeriksa berhak mempersilakan calon peperiksaan untuk keluar

daripada dewan peperiksaan sekiranya melakukan salah laku tersebut.

2.3.5 Tempoh taklimat peperiksaan. Tempoh taklimat peperiksaan yang diberikan adalah

selama 15 minit kepada Ketua Pengawas/ Pemeriksa peperiksaan. Ketika tempoh ini,

setiap calon peperiksaan dibenarkan untuk bertanyakan sebarang soalan atau

mendapatkan sebarang penjelasan berkaitan ESPEC. Ketua Pengawas/ Pemeriksa

peperiksaan berhak untuk tidak menjawab sesuatu soalan sekiranya perlu.

2.3.6 Tempoh peperiksaan. Tempoh ini merangkumi proses bacaan soalan oleh Ketua

Pengawas/ Pemeriksa peperiksaan, proses menjawab soalan oleh setiap calon

peperiksaan dan proses pemeriksaan jawapan oleh para Pengawas/ Pemeriksa

peperiksaan.

Page 6: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

6

2.3.7 Proses bacaan soalan. Soalan akan dibacakan oleh Ketua Pengawas/ Pemeriksa dan

video jawapan akan ditayangkan kepada calon peperiksaan untuk setiap soalan sebelum

calon peperiksaan diberikan tempoh untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Masa

bacaan soalan dan tayangan video jawapan oleh Ketua Pengawas/ Pemeriksa adalah

selama 5 minit. Ketika tempoh tersebut, calon peperiksaan tidak dibenarkan menyentuh

komputer, kit rasmi peperiksaan atau apa-apa peralatan yang bakal digunakan untuk

menjawab soalan seperti pen dan kertas.

2.3.8 Proses menjawab soalan. Setelah tempoh bacaan soalan tamat, setiap calon

peperiksaan dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberi dalam suatu tempoh masa

yang ditetapkan seperti berikut:

Nombor soalan Tempoh masa yang diberikan (minit)

1 5

2 10

3 15

4 20

5 25

6 30

7 35

8 40

9 45

10 50

2.3.9 Calon peperiksaan berhak untuk keluar ke tandas ketika tempoh menjawab, tetapi

tempoh masa yang diberikan tidak akan ditambah dan sama dengan calon peperiksaan

yang lain.

2.3.10 Jika calon peperiksaan berjaya menyelesaikan soalan sebelum tempoh yang diberikan

tamat, calon tersebut boleh mengangkat tangan untuk proses pemeriksaan jawapan.

Walaubagaimanapun, jika jawapan yang diberikan calon adalah salah, Pengawas/

Pemeriksa akan mengarahkan calon peperiksaan untuk meninggalkan dewan

peperiksaan dengan segera dalam keadaan senyap dan slip peperiksaan calon tersebut

akan diambil oleh Pengawas/ Pemeriksa dan diserahkan kepada Ketua Pengawas/

Pemeriksa.

2.3.11 Selepas tempoh masa yang diberikan untuk menjawab soalan tamat, setiap calon

peperiksaan dilarang menyentuh komputer dan kit rasmi peperiksaan lagi.

Page 7: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

7

2.3.12 Proses pemeriksaan jawapan. Proses ini akan dilaksanakan oleh para Pengawas/

Pemeriksa yang dilantik dalam tempoh masa 5 - 10 minit. Setiap Pengawas/ Pemeriksa

akan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa jawapan maksimum 20 orang calon

peperiksaan. Pengawas/ Pemeriksa hanya perlu memeriksa hasil (jawapan) di kit rasmi

peperiksaan. Contohnya, LED menyala ataupun tidak seperti dalam video yang

ditayangkan ketika proses bacaan soalan. Pengawas/ Pemeriksa tidak perlu memeriksa

pengaturcaraan yang telah dibina oleh calon peperiksaan di komputer masing-masing.

Sebarang bantahan tidak boleh dilakukan ketika proses ini untuk memastikan

kelancaran peperiksaan. Pengawas/ Pemeriksa akan mencatat masa yang digunakan

oleh calon peperiksaan untuk menjawab sesuatu soalan dan menurunkan tanda tangan

ringkas di bahagian keputusan (Betul/ Salah) di dalam slip peperiksaan setiap calon. Jika

jawapan yang diberikan calon adalah salah, Pengawas/ Pemeriksa akan mengarahkan

calon peperiksaan untuk meninggalkan dewan peperiksaan dengan segera dalam

keadaan senyap dan slip peperiksaan calon tersebut akan diambil oleh Pengawas/

Pemeriksa dan diserahkan kepada Ketua Pengawas/ Pemeriksa.

2.3.13 Proses bacaan soalan, proses menjawab soalan, dan proses pemeriksaan jawapan

akan sentiasa berulang selagi masih ada calon peperiksaan di dewan peperiksaan dan

selagi soalan 10 belum tamat.

2.4 Contoh Soalan Peperiksaan

2.4.1 Kategori guru:

Soalan 1: Bina satu sistem LED berkelip yang dapat menyalakan LED merah dalam

tempoh 1 saat dan memadamkan LED merah tersebut selama 1 saat secara ulangan.

Rajah berikut adalah litar skematik dan sambungan perkakas untuk rujukan anda.

Question 1: Build a LED blinking system that can light up a red LED for 1 second and turn

off the red LED for 1 second repeatedly. The following figures are circuit schematic and

hardware connection for your reference.

Page 8: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

8

Nota: Jawapan akan diberi dalam bentuk video ketika proses bacaan soalan. Calon

peperiksaan dikehendaki menghasilkan jawapan yang sama seperti dalam video

tersebut.

2.5 Carta Alir

Page 9: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

9

2.6 Contoh Tentatif Peperiksaan

08:00 : Pendaftaran peserta

08:15 : Tempoh persiapan

- Peserta mula memasuki dewan peperiksaan dan melakukan persiapan

komputer riba dan sebagainya.

08:45 : Tempoh taklimat peperiksaan

- Ketua Pengawas memberi penerangan.

- Bacaan doa.

09:00 : Tempoh peperiksaan

- Bacaan Soalan 1 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba.

09:05 : Soalan 1 (5 minit) mula dijawab peserta

09:10 : Soalan 1 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 1 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

09:20 : Bacaan Soalan 2 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

09:25 : Soalan 2 (10 minit) mula dijawab peserta

09:35 : Soalan 2 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 2 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

09:45 : Bacaan Soalan 3 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

09:50 : Soalan 3 (15 minit) mula dijawab peserta

10:05 : Soalan 3 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 3 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

10:15 : Bacaan Soalan 4 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

10:20 : Soalan 4 (20 minit) mula dijawab peserta

10:40 : Soalan 4 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 4 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

10:50 : Bacaan Soalan 5 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

10:55 : Soalan 5 (25 minit) mula dijawab peserta

11:20 : Soalan 5 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 5 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

11:30 : Bacaan Soalan 6 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

11:35 : Soalan 6 (30 minit) mula dijawab peserta

12:05 : Soalan 6 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 6 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

12:15 : Bacaan Soalan 7 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

12:20 : Soalan 7 (35 minit) mula dijawab peserta

12:55 : Soalan 7 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

Page 10: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

10

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 7 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

13:05 : Rehat

13:50 : Peserta yang masih lulus masuk dewan peperiksaan

14:15 : Bacaan Soalan 8 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

14:20 : Soalan 8 (40 minit) mula dijawab peserta

15:00 : Soalan 8 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 8 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

15:10 : Bacaan Soalan 9 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

15:15 : Soalan 9 (45 minit) mula dijawab peserta

16:00 : Soalan 9 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 9 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

16:10 : Bacaan Soalan 10 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba

16:15 : Soalan 10 (50 minit) mula dijawab peserta

17:05 : Soalan 10 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa

- Peserta yang gagal menjawab Soalan 10 dikehendaki meninggalkan dewan

peperiksaan.

17:20 : Tamat

3. PENGLIBATAN & PENYERTAAN

3.1 Guru KSSM RBT sahaja.

3.2 Tiada yuran penyertaan dikenakan.

3.3 Sebolehnya, guru-guru ini terdiri daripada para jurulatih utama di setiap JPN yang terlibat/

MRSM/ YIK.

3.4 Tiada paksaan untuk para guru untuk menyertai cabaran ini.

4. SYARAT UMUM - GURU

4.1 Bertanding secara individu.

4.2 Peserta hendaklah mendapatkan sendiri kit rasmi pertandingan iaitu DRABOT UNO STARTER KIT

dan wajib menggunakan kit tersebut untuk cabaran. Penyertaan peserta akan terbatal

sekiranya menggunakan kit lain.

Page 11: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

pmm2019.drabot.com © DRABOT

11

5. MAKLUMAT CABARAN

5.1 Cabaran ini berasaskan peperiksaan amali iaitu Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem

Terbenam (Embedded System Programming Examination Certificate - ESPEC). Soalan

peperiksaan terdiri daripada 10 soalan berbentuk praktikal daripada tahap paling mudah

hinggalah ke tahap paling sukar. Setiap peserta akan diberikan sijil peperiksaan mengikut tahap

pencapaian masing-masing (Gred 1 hingga Gred 10 (Terbaik)).

5.2 Cabaran ini juga akan menghasilkan satu kajian terhadap keberkesanan dan kemampuan para

guru KSSM RBT dalam mengajar topik Reka Bentuk Elektronik dan Reka Bentuk Mekatronik yang

melibatkan sistem terbenam berasaskan mikropengawal.

6. LAIN-LAIN

6.1 Tiada peringkat negeri/ agensi.

6.2 Hanya peringkat kebangsaan.

6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan pencapaian gred dan tempoh masa yang digunakan

untuk menjawab soalan terakhir yang berjaya dijawab.

7. HAK PENGANJUR DAN KEPUTUSAN PENGADIL

Pihak penganjur berhak menambah atau meminda peraturan-peraturan pertandingan tanpa

mengeluarkan sebarang notis kepada peserta. Keputusan pengadil adalah muktamad dan

sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Page 12: PERATURAN-PERATURAN CABARAN PENGATURCARAAN … · 2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran ... 2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu

SIJIL PEPERIKSAAN PENGATURCARAAN SISTEM TERBENAM

EMBEDDED SYSTEM PROGRAMMING EXAMINATION CERTIFICATE (ESPEC)

SLIP PEPERIKSAAN

Nama calon: .................................................................................................................................

Nombor Kad Pengenalan: .............................................................................................................

Umur: .............. tahun

Jantina: Lelaki/ Perempuan*

Kaum: Melayu/ Cina/ India/ Orang Asli/ Lain-lain*

Kategori: Guru

Nama sekolah/ institusi: ..............................................................................................................

Daerah: .......................................................................................................................................

Negeri: .........................................................................................................................................

* Potong mana-mana tidak berkenaan.

Keputusan:

Nombor Soalan Betul Salah Masa (min & s)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Saya mengesahkan calon ini: hanya berjaya menjawab sehingga Soalan ....../ tidak berjaya

menjawab sebarang soalan.*

................................................. (Tandatangan pemeriksa terakhir)

Nama: No. KP:

* Potong mana-mana tidak berkenaan