4
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LELAKI TERBUKA IPGKRM 2015 1.0 UNDANG-UNDANG Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 Pengenalan 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LELAKI TERBUKA IPGKRM 2015 dianjurkan oleh Unit PJK(SJKC) AMB JAN 2013. 2.2 Tarikh, Tempat dan Undian 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 1 Julai 2015 (Rabu) bertempat di gelanggang sepak takraw di belakang bangunan HEP bermula 2.30 petang. 2.2.2 Undian akan dijalankan pada 29 Jun 2015 (Isnin) di Cafeteria pada pukul 4.30 petang. 2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil. 2.3 Format dan Peraturan Kejohanan 2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati). 2.3.2 Sistem kiraan 15 mata akan digunakan bagi semua perlawanan. Perlawanan dijalankan secara tiga set (Regu yang memenangi dua set terlebih dahulu dikira menang). Sekiranya deus mata maksima adalah 17 mata. Sekiranya memasuki perlawanan set

Peraturan Sepak Takraw.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peraturan Sepak Takraw.doc

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LELAKI TERBUKA IPGKRM 2015

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LELAKI TERBUKA IPGKRM 2015 dianjurkan oleh Unit PJK(SJKC) AMB JAN 2013.

2.2 Tarikh, Tempat dan Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 1 Julai 2015 (Rabu) bertempat di gelanggang sepak takraw di belakang bangunan HEP bermula 2.30 petang.

2.2.2 Undian akan dijalankan pada 29 Jun 2015 (Isnin) di Cafeteria pada pukul 4.30 petang.

2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3 Format dan Peraturan Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati).

2.3.2 Sistem kiraan 15 mata akan digunakan bagi semua perlawanan. Perlawanan dijalankan secara tiga set (Regu yang memenangi dua set terlebih dahulu dikira menang). Sekiranya deus mata maksima adalah 17 mata. Sekiranya memasuki perlawanan set penentuan (“rubber set“ ) sistem kiraan 11 mata akan digunakan dan sekiranya deus mata maksima adalah 13 mata.

2.3.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan dan Tempat ketiga.

2.4.2 Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Page 2: Peraturan Sepak Takraw.doc

i) Johan - Medal Emas (4 Keping)ii) Naib Johan - Medal Perak (4 Keping)iii) Ketiga - Medal Gangsa (4 Keping)

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua pelajar IPGKRM sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada 3 orang pemain serta 1 pemain simpanan.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM10.00.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 26 JUN 2015(JUMAAT) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

2.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang mengambil bahagian.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

Page 3: Peraturan Sepak Takraw.doc

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.10 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan Sepak Takraw Putrajaya 2008 adalah muktamad.

4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

5.0 Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1 Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh didapati dan dibuat dengan mana-mana pelajar Unit PJK(SJKC) AMB JAN 2013.