21
PROSEDUR TETAP PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN PERKHEMAHAN A. A. Definisi Perkhemahan Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. utamakan.

Peraturan Tetap Perkhemahan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peraturan

Citation preview

  • PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

    Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

  • B. Tujuan Perkhemahan

    Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.Meningkatkan abiliti dan kendiri.Menghayati erti batasan kehidupan. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

    C. Peringkat Prosedur Tetap

    Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori:

    Sebelum.

    Semasa.

    Selepas.PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN

  • Prosedur Tetap Sebelum PerkhemahanPeraturan Pelaksanaan Perkhemahan

    1.Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dari Guru Besar / Pengetua / Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Johor Darul Takzim (JPNJ) (u.p Unit Perhubungan dan Pendaftaran)(mengikut keperluaan tempat perkhemahan) dengan mengemukakan permohonan bertulis. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :

    i)Sesalinan kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan (Rujuk Lampiran A)

    ii)Sesalinan nama peserta dan guru pengiring

    iii)Sesalinan surat / penyataan sokongan daripada Unit Kokurikulum, SPPK, JPNJ.

    iv)Sesalinan senarai jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan.

    v)Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.

    vi)Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.(Rujuk SP Bil 24 / 1998)

  • Peraturan Perlaksanaan Perkhemahan (sambung)2.Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SP 24/1998 ). Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada :

    i)Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

    ii)Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

    iii)Pejabat / Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

    iv)Pejabat Pentadbiran / Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.

  • Peraturan Perlaksanaan Perkhemahan (sambung)

    3.Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. ( Rujuk para 3F, SP Bil 24 /1998)

    i)Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

    ii)Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.

    iii)Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa. Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:

    -gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.-hakisan atau tanah runtuh.-banjir.-ribut atau gelombang besar.-wabak penyakit.

  • Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan (sambung)

    -Kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang,dahan jatuh dan sebagainya.( Rujuk para 2.4 SPI Bil 12 / 2000 dan SPI Bil 9 / 2000 )

    iv)Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan.( Rujuk para 3E, SP Bil 24 / 1998)

    v)Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.

    vi)Semua keperluan logistik (peralatan perkhemahan) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

    vii)Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, kebenaran dan peraturan pelancongan 1957 hendaklah dirujuk.

  • Peraturan Pelaaksanaan Perkhemahan (sambung)4. Organisasi Perkhemahan

    Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:

    Penganjur-Nama pihak yang menganjurkanperkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama. Peserta-Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.

    Saiz Kumpulan-Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

    Syarat-Menetapkan syarat-syarat tertentukepada peserta perkhemahan seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.

    Kepimpinan-Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan.

    Jawatankuasa-Ahli jawatankuasa induk perluditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakanperkhemahan.

  • Prosedur Tetap Semasa PerkhemahanSemasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:

    1.Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:-Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.-Keracunan makanan.-Kemudahan-kemudahan asas.-Sistem komunikasi.-Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakandan dipatuhi. ( Rujuk SPI. Bil. 12 / 2000 )2.Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.3.Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan. 4.Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

  • Prosedur Tetap Selepas Perkhemahan1.Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahanmencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik.

    Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya.

    Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan.

    Mengadakan post-mortem bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.

    Membentang dan membuat laporan:-Kewangan.-Aktiviti.Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.

    Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.

  • Lampiran A

    Contoh Tajuk-Tajuk Kertas Cadangan Perlaksanaan Perkhemahan

    1.Nama Perkhemahan2.Latar Blakang / Rasional.3.Matlamat.4.Objektif.5.Tarikh Dan Tmpat.6.Sasaran Penyertaan.7.Ahli Jawatankuasa Induk.8.Ahli Jawatankuasa Pelaksana.9.Aktiviti Dan Jadual Perkhemahan.10.Peraturan-Peraturan Perkhemahan.11.Anggaran Perbelanjaan. ( Rujuk Surat Pekeliling Bil 3 / 1997 Jabatan Pendidikan Negeri Johor )12.Harapan dan Penutup.

  • LampiranB

    Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkehmahan

    1. Semasa perkhemahan, hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal -mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh Kem Komandan. 3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program yang diatur.4. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan.6. Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.7. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.8. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang.9. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.10. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.

  • Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.12. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam.13. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. 14. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.15. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.16. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.17. Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian diutamakan.18. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan / pengawasan dan mendapat kebenaran.19. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.20. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.21. Peraturanperaturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

  • Contoh Surat Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Lampiran C

    SK Bandar Baru Uda 2,Rujukan Tuan :Jalan Padi Mahsuri,Rujukan Kami :81200 Johor Bahru. Johor Darul Takzim. Tarikh:

    Kepada SemuaIbu Bapa / Penjaga Pelajar Tahap 2SK Bandar Baru Uda 2.

    Tuan / Puan,

    PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2002.

    Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk

    2.Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-

    2.1Tajuk :Perkhemahan Tahunan PPS Peringkat Sekolah 2002.2.2Tarikh :21 Hingga 23 Julai 2002.2.3Masa :10.00pagi 21/7 hingga 4.30ptg 23/72.4Tempat :Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2.2.5Sasaran :Pelajar Tahap 2, SKBBU2.2.6Penyertaan :200 pelajar dan guru.

    Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    ()Cop & Nama Guru Besar,

    s.kPegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

  • Contoh surat memohon kebenaran mengadakan perkhemahan kepada Guru Besar Lampiran D

    Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana,Rujukan Tuan :Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam,Rujukan Kami : SK Bandar Baru Uda 2. Tarikh :

    Guru Besar,SK Bandar Baru Uda 2 , 81200 Johor Bahru, Tuan,

    MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2002.

    Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

    2.Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut :

    2.1 Tarikh :21 hingga 23 Julai 2002.2.2 Hari :Jumaat hingga Ahad.2.3 Masa :Sepenuh masa.2.4 Tempat :Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2.

    3.Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan tindakan tuan.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    (Abdul Sani bin Jumat)Penolong Kanan Kokurikulum,SK Bandar Baru Uda 2,Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam.

  • Contoh Surat Kelulusan Daripada Guru Besar Bagi Mengadakan Perkhemahan Lampiran E

    SK Bandar Baru Uda 2, Rujukan Kami : Jalan Padi Mahsuri, Rujukan Tuan :81200 Johor Bahru. Tarikh:

    Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana, Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam, Peringkat Sekolah 2002.

    Tuan,

    PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM 2002

    Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk

    2.Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi :

    2.1Tiada unsur-unsur paksaan.2.2Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga murid.2.3Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar.2.4Segala kutipan kewangan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa / Penjaga.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    ()Guru Besar SK Bandar Baru Uda 2,Merangkap Penolong Pendaftar Kelab/Persatuan Sekolah

  • Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Lampiran F

    Nama dan Alamat Ibu Bapa / PenjagaTarikh:

    Guru Besar,SK Bandar Baru Uda 2,81200 Johor Bahru.

    Tuan / Puan,

    KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2002

    Saya .. No K/PIbu / Bapa / Penjaga kepada Tahun . memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas pada 21 hingga 23 Julai 2002 dipadang sekolah.

    2.Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Bandaar Baru Uda 2 akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut.

    3.Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika di dapati perlu.

    Sekian, terima kasih.

    Pengakuan dibuat oleh:Saksi:.. TandatanganTandatanganNama:Nama:No. K/Pengenalan:No. K/Pengenalan:Tarikh:Tarikh:

  • Contoh Surat Memohon Khidmat Hakim Pertandingan Lampiraan G

    SK Bandar Baru Uda 2, Rujukan Tuan :Johor Bahru. Rujukan Kami :Tarikh:Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru,

    Tuan,

    PERMOHONAN KHIDMAT HAKIM PERTANDINGAN KAWAT KAKI SEMPENA PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2002

    Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

    2.Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan pertandingan kawat kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002. Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa baik tuan untuk memberikan pelepasan kepada L/Kpl 1047873 Abu Bakar bin Abu Talib dan Kpl 572137 Abd Khalib bin Abd Hamiddari tugas dari pejabat tuan untuk bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

    2.1Tarikh:22 Julai 20022.2Masa:Mulai 2.30 petang2.3Tempat:SK Bandar Baru Uda 2.

    3.Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,( ) Cop & Nama Guru Besar,s.k Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

  • Contoh surat permohonan khidmat bantuan daripada pihak-pihak tertentu Lampiran H

    SK Bandar Baru Uda 2, Rujukan Kami:81200 Johor Bahru, Johor Darul Taksim. Rujukan Tuan:Tuan Pengurus,Tarikh:Syarikat Air Johor,Jalan Larkin, 81200 Johor Bahru.

    Tuan,

    PERMOHONAN MEMBEKAL BEKALAN AIR SEPANJANG PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2002

    Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002 .

    2.Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-

    2.1Tarikh:21 hingga 23 Julai 20022.2Tempat:Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2,2.3Penyertaan:200 pelajar termasuk guru / jurulatih

    3.Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan membekalkan bekalan air sepanjang perkhemahan tersebut.

    4.Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan ucapan terima kasih

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah

    ( ) Cop & Nama Guru Besar.s.k Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

  • Contoh surat lampiran permohonan meminjam peralatan. Lampiran I

    SK Bandar Baru Uda 2, Rujukan Tuan:Jalan Padi Mahsuri, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Taksim. Rujukan Kami:Tuan Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat, Tarikh:Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu,Jalan Larkin, 81200 Johor Bahru.

    Tuan,

    MEMOHON MEMINJAM PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2002

    Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002 . Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-

    1.1Tarikh:21 hingga 23 Julai 20021.2Tempat:Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2,1.3Penyertaan:200 pelajar termasuk guru / jurulatih

    2.Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan meminjam peralatan berikut: ( Khemah 20 buah, Tali Karamental Dinamik 100 m, Tali Karamental Staqtik 100 m, 10 Topi, 6 Harnes, 10 Carabinar, 4 pulley dan 10 snap link )

    3.Barang-barang tersebut jika diluluskan akan diambil pada 18 Julai 2002 dan akan dipulang pada 25 Julai 2002. Kerjasama serta sokongan pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah

    ( ) Cop & Nama Guru Besar.s.k Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

  • Contoh surat pelantikan dalaman Lampiran J

    SK Bandar Baru Uda 2, Rujukan Kami:Jalan Padi Mahsuri, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Taksim. Rujukan Tuan:En. Samion bin Selamat, Tarikh:Guru Penasihat Pasukan Pengakap,SK Bandar Baru Uda 2, 81200 Johor Bahru.

    Tuan / Puan,

    Surat Pelantikan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam SKBBU2 2002

    Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

    2.Sehubungan itu tuan / puan dengan ini dilantik sebagai ____________________________________________________ dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002 yang akan diadakan pada ketetapan berikut: -

    Tarikh: 21 hingga 23 Julai 2002.Masa: 10.00 pagi 21/7 hingga 4.30 petang 23/7/2Tempat:Kawaasan Padang SKBBU2 3.Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan

    4.Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    ()Cop & Nama Guru Besar, s.k.Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.