14
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG TERPUJI Ahmad A‘toa’ Mokhtar 1 Dr. Ahmad Baha Bin Mokhtar 2 Dr. Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar 3 [email protected] ABSTRAK Ulama Ahli Sunnah Waljamaah meletakkan ilmu Kalam sebagai ilmu yang paling penting kerana ia adalah sebahagian daripada ilmu Usuluddin. Tetapi sebaliknya, terdapat sebahagian golongan berpendapat bahawa ilmu Kalam adalah ilmu yang dicela malah ia adalah pintu kepada kekufuran. Golongan ini bersandar kepada beberapa rujukan yang menukilkan bahawa terdapat sebilangan ulama salaf yang mencela ilmu ini antaranya ialah Imam Syafie. Perkara tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam khususnya di rantau ini yang mengamalkan mazhab Syafie sebagai mazhab yang utama. Kajian ini hanya menggunakan kajian perpustakaan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan. Sementara objektif kajian pula adalah untuk memperjelaskan ilmu Kalam yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan perbezaannya dengan ilmu Kalam yang dibincangkan oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Kajian ini mendapati bahawa ilmu Kalam yang dicela oleh Imam Syafie ialah ilmu Kalam yang menyalahi al-Quran dan Sunah. Kata kunci: Ahli Sunnah Waljamaah, Ilmu Kalam, Imam Syafie 1 Ketua Pusat Pemantapan Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (ASDEC)/Pensyarah Jabatan Dakwah Dan Pengurusan, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Malaysia. Email: [email protected] 2 Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Alim Brunei Darussalam (UNISSA). Email: [email protected] 3 Ketua Program Pengajian Akidah Dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Email: [email protected]

PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG TERPUJI

Ahmad A‘toa’ Mokhtar1

Dr. Ahmad Baha Bin Mokhtar2

Dr. Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar3

[email protected]

ABSTRAK

Ulama Ahli Sunnah Waljamaah meletakkan ilmu Kalam sebagai ilmu yang paling penting

kerana ia adalah sebahagian daripada ilmu Usuluddin. Tetapi sebaliknya, terdapat sebahagian

golongan berpendapat bahawa ilmu Kalam adalah ilmu yang dicela malah ia adalah pintu

kepada kekufuran. Golongan ini bersandar kepada beberapa rujukan yang menukilkan bahawa

terdapat sebilangan ulama salaf yang mencela ilmu ini antaranya ialah Imam Syafie. Perkara

tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam khususnya di rantau ini yang

mengamalkan mazhab Syafie sebagai mazhab yang utama. Kajian ini hanya menggunakan

kajian perpustakaan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan. Sementara objektif kajian

pula adalah untuk memperjelaskan ilmu Kalam yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan

perbezaannya dengan ilmu Kalam yang dibincangkan oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah.

Kajian ini mendapati bahawa ilmu Kalam yang dicela oleh Imam Syafie ialah ilmu Kalam yang

menyalahi al-Quran dan Sunah.

Kata kunci: Ahli Sunnah Waljamaah, Ilmu Kalam, Imam Syafie

1 Ketua Pusat Pemantapan Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (ASDEC)/Pensyarah Jabatan Dakwah Dan

Pengurusan, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang,

Selangor. Malaysia. Email: [email protected] 2 Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Alim Brunei Darussalam (UNISSA).

Email: [email protected] 3 Ketua Program Pengajian Akidah Dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Email: [email protected]

Page 2: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

PENGENALAN

Menurut al-Buti (1996), binaan agama islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat

manusia adalah terdiri daripada tiga asas utama, iaitu akidah, syariat dan akhlak

(ihsan). Kesemua bahan binaan itu bertunjang kepada akidah, akidah inilah asas pertama yang

semestinya ada dalam binaan Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Dalam

memahami Al-Quran dan al-Hadis yang merupakan sumber utama dalam menetapkan perkara-

perkara yang berkaitan dengan akidah dan syariat Islam. Untuk mengetahui sesuatu perkara itu

benar atau salah perlulah dinilai sejauh mana ia menepati al-Quran dan Sunnah. Setelah dinilai

dan didapati perkara tersebut bersesuaian dengan akal dan disokong dengan dalil-dalil yang tidak

menyalahi al-Quran dan Sunnah seharusnya diterima walaupun ilmu itu tidak terdapat pada

zaman sahabat atau tabicin. Tetapi sekiranya ilmu tersebut jelas bertentangan dengan keduanya

ianya perlu ditolak tanpa dipersoalkan lagi. Perkara ini telah ditegaskan oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir

dalam karyanya yang mempertahankan Imam al-Ashcari (1404 H):

Maksudnya: “Ilmu Kalam yang dicela itu ialah ilmu Kalam yang digunakan

oleh golongan yang mengikut hawa nafsu dan golongan ahli bidaah. Tetapi

ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan tentang ilmu

Usuluddin apabila timbul kemusykilan ia adalah ilmu yang dipuji oleh ulama.

Imam Syafie sendiri menganggap ia adalah ilmu yang baik serta beliau

menguasainya. Malah beliau telah berbahas melalui ilmu Kalam dengan ramai

daripada golongan ahli bidaah hingga beliau mampu mengalahkan mereka”.

Page 3: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

DEFINISI ILMU KALAM MENURUT AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Dalam proses untuk memahami soal kepercayaan atau pegangan (i`tiqad) dalam Islam, adalah

lebih utama memahami beberapa istilah penting yang diguna pakai berkenaannya. Akidah islam

dinamakan sebagai Usul al-Din atau Usuluddin kerana soal kepercayaan ini benar-benar

merupakan dasar atau pokok bagi segala persoalan yang lain dalam agama (Imam Zarkasyi.

1994), ia juga bermaksud segala perkara yang bersifat asasi di dalam sesuatu agama, dalam

konteks agama Islam, ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan persoalan keimanan

dan kepercayaan yang merupakan intipati utama bagi menentukan seseorang itu muslim atau

sebaliknya. Ilmu usuluddin disebut juga sebagai ilmu Akidah atau ilmu Kalam atau ilmu Tauhid.

Di dalam ilmu Usuluddin dibincangkan persoalan berkaitan i'tiqad yang menjadi asas atau dasar

bagi agama Islam, iaitu pertama kepercayaan (i'tiqad) mengenai ketuhanan (ilahiyat). Kedua

kepercayaan tentang kenabian (Nubuwwat) dan ketiga kepercayaan yang berhubung dengan

perkara yang ghaib (ghaibiyyat) seperti syurga dan neraka. Kebanyakan ulama akidah

mendefinasikan ilmu tauhid sebagai ilmu Kalam, misalnya Imam al-Baijuri (2010) menyatakan

bahawa ilmu tauhid dinamai sebagai ilmu kalam kerana ulama terdahulu dalam terjemahan

mereka mereka berkaitan dengan ilmu tauhid banyak menggunakan perkataan al-kalam yang

bermaksud perbincangan, tegasnya selain dari itu ilmu kalam ini terhasil daripada penamaan

keseluruhan ilmu itu dengan nama bahagiannya iaitu sifat kalam , hal demikian ini kerana sifat

itu adalah masalah terpenting yang memerlukan perbahasan dan banyak perselisihan kalangan

ulama mutakallimin tentang adakah kalam itu bersifat qadim (kekal) atau hadith (baharu).

Dinamakannya denga ilmu Kalam kerana dalam ilmu ini banyak dibicarakan sifat-sifat

Tuhan, diantaranya sifat Kalam (berkata). Oleh itu golongan yang membicarakan tentang ilmu

ini digelar Ulama kalam atau ahli ilmu Kalam atau Mutakallimuun dan Mutakallimin.

Page 4: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Sebelum memahami dan menilai dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri ilmu Kalam yang

dicela oleh Imam Syafie dan ulama yang lain dengan ilmu Kalam yang disusun oleh ulama Ahli

Sunah Waljamaah, perlu dilihat beberapa definisi ilmu Kalam yang diberikan oleh ulama Ahli

Sunah Waljamaah:

Imam Ghazali (2010) telah menerangkan di dalam kitab Ihya’ cUlum al-Din dalam bab ketiga,

Keperluan yang dipuji daripada ilmu-ilmu yang terpuji:

.

Bermaksud: Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu Kalam ialah ilmu yang

memelihara akidah yang diwarisi oleh ulama Ahli Sunnah daripada kalangan

ulama salaf sahaja… ia diperlukan untuk berhujah dengan golongan ahli bidaah

dan menolak bidaah mereka yang salah dan membersihkannya daripada

masyarakat umum.

Menurut Ibn Khaldun (1988):

Bermaksud: Ilmu Kalam iaitu ilmu yang mengandungi hujah yang membela

akidah menggunakan dalil-dalil akal dan cara menolak golongan ahli bidaah

yang sesat dalam ilmu akidah melalui pendapat salaf dan Ahli Sunnah. Intipati

akidah ini ialah ilmu tauhid.

Al-Iji (1997) pula menjelaskan:

Bermaksud: Ilmu Kalam ialah ilmu yang digunakan untuk mempertahankan

akidah dengan menggunakan dalil-dalil serta untuk menolak kekeliruan

tentangnya.

Al-Jurjani (1983) meletakkan definisi ilmu Kalam ialah:

Page 5: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Bermaksud: Ilmu Kalam ialah ilmu yang membincangkan tentang zat Allah

SWT dan sifatNya dan tentang perkara yang harus bagi akal yang terkandung

dalam perbincangan tentang permulaan kejadian dan hari kebangkitan

mengikut disiplin ilmu Islam. Keterangan ungkapan “على قانون اإلسالم” bertujuan

membezakan antara ilmu Kalam dengan ilmu ketuhanan bagi golongan ahli

falsafah.

Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa ilmu Kalam yang disusun oleh ulama Ahli

Sunnah Waljamaah adalah ilmu untuk menegakkan kebenaran akidah dengan hujah. Ia berbeza

dengan ilmu Kalam yang digunakan oleh ahli falsafah dan golongan bidaah. Walaupun namanya

serupa tetapi ilmu Kalam pada golongan Ahli Sunnah adalah berpandu kepada al-Quran dan

Sunah berbeza dengan golongan lain yang hanya menggunakan akal semata-mata. Kerana itu Ibn

Hajar al-Haytami (n.d) dalam fatwanya berkata:

Bermaksud: Mempelajari hujah dengan kaedah ilmu Kalam dan

mempertahankannya untuk berlawan hujah dengan golongan penentang adalah

termasuk fardu kifayah.

Beliau menegaskan lagi:

Bermaksud: Jika kamu meneliti kaedah ulama Ashcari dan mazhab mereka

kamu akan dapati segala dalil mereka adalah berkaitan ilmu Kalam bahkan

sesiapa yang mengingkari ilmu tauhid bererti ia mengingkari al-Quran itu

adalah kekufuran yang nyata.

SANDARAN GOLONGAN YANG MENOLAK ILMU KALAM

Golongan yang menolak ilmu Kalam sering bersandarkan kepada kata ulama Kalam yang

mencela ilmu tersebut. Antara yang selalu ditonjolkan oleh mereka ialah:

Page 6: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Bermaksud: “Imam Juwayni telah berwasiat sebelum meninggal supaya

menghindari ilmu Kalam, kata beliau: Wahai sahabat-sahabat kami janganlah

kalian sibuk dengan ilmu Kalam, jikalau aku ketahui kesan ilmu itu sebelum

ini nescaya aku tidak akan mempelajarinya” (Ibn Qudamah, 1990).

Imam Fakhr al-Din al-Razi (al-Zahabi: 2001):

Bermaksud: "Aku telah meneliti selok belok ilmu Kalam dan kaedah-kaedah

falsafah, aku dapati bahawa semuanya tidak memuaskan".

Ibn Khaldun (1998):

.

Bermaksud: "Ilmu Kalam ini tidak penting lagi pada masa ini bagi penuntut

ilmu kerana golongan Atheis dan bidaah telah lenyap, cukuplah kita dengan

peninggalan karya-karya ulama Ahli Sunah dalam masalah ini.

Mutakhir ini, kita dapati terdapat golongan yang mengkritik sesiapa yang mempelajari

ilmu Kalam dan perkara yang berhubung dengannya. Hal ini ditegaskan oleh Ibrahim

Muhammad (1424 H) bahawa ilmu Kalam telah bercampur antara yang haq dan yang batil serta

terdapat ketirisan ilmu, maka perlu dijauhi ilmu yang batil tersebut walaupun ia menggunakan

nama yang haq. Oleh demikian, kita perlu mengetahui sejauh mana ilmu Kalam yang tercela dan

terpuji menurut para ulama Ahli Sunah Waljamaah.

PERKATAAN IMAM SYAFIE YANG MENCELA ILMU KALAM

Mereka juga sering menukilkan bahawa Imam Syafie sangat mencela ilmu Kalam. Antara yang

selalu mereka nukilkan sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali (2010) di dalam

kitab Ihya’ beberapa pendapat Imam Syafie tentang larangan berkecimpung dangan ilmu Kalam,

antaranya:

Page 7: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Bermaksud: Ibn `Abd al-Barr meriwayatkan bahawa beliau mendengar pada

hari Imam Syafie berdebat dengan Hafs al-Fard iaitu salah seorang ulama

kalam golongan Muktazilah. Kata Imam Syafie: Lebih baik seseorang kembali

kepada Allah (meninggal) sedangkan ia telah melakukan segala bentuk dosa

melainkan syirik kepada Allah daripada ia terjebak dengan ilmu Kalam,

sesungguhnya aku telah mendengar daripada Hafs ungkapan yang aku tidak

mampu mengungkapnya.

Antara katanya lagi:

Bermaksud: Al-Karabisi meriwayatkan bahawa Imam Syafie telah ditanya satu

perkara tentang ilmu Kalam, lalu serta merta beliau menjadi marah dan

berkata: pergilah bertanya soalan ini kepada Hafs al-Fard dan sahabat-

sahabatnya moga Allah menghina mereka.

Antara katanya yang lain:

Bermaksud: Kata beliau lagi: Jikalau manusia mengetahui pengaruh hawa

nafsu yang terkandung dalam ilmu Kalam tentulah mereka akan lari

daripadanya seperti mereka lari daripada singa.

Antara katanya lagi:

Bermaksud: Hukum-ku terhadap ahli ilmu Kalam hendaklah ia dipukul dan

diusung dengan pelepah kurma dan dibawa dengan unta mengelilingi suku

Page 8: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

kaum serta diumumkan: ini adalah balasan orang yang meninggalkan al-Quran

dan hadis yang sibuk dengan ilmu Kalam.

Daripada petikan-petikan di atas dapat dirumuskan, ciri-ciri ilmu Kalam yang dicela oleh Imam

Syafie dan ulama yang lain ialah meninggalkan al-Quran dan Sunnah, mengikut hawa nafsu dan

mengikut golongan sesat seperti Muktazilah.

PENJELASAN ULAMA AHLI SUNNAH TERHADAP ILMU KALAM YANG DICELA

Terdapat ramai dalam kalangan ulama Ahli Sunnah telah menjawab dan menjelaskan maksud

sebenar ilmu Kalam yang dicela. Antaranya yang terkenal ialah Imam al-Bayhaqi (2003). Beliau

merupakan salah seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Waljamaah menjelaskan kepentingan ilmu

Kalam dan maksud ilmu Kalam yang dicela.

Beliau menerangkan perkara ini dalam bab: “ ” semasa meriwayatkan

hadis daripada cUmar bin

cAbd al-

cAziz:

Bermaksud: “Beliau ditanya oleh seorang lelaki berkaitan dengan golongan

yang terpengaruh dengan hawa nafsu, lalu beliau menegaskan: Hendaklah

engkau berpegang dengan akidah sebagaimana yang dipercayai oleh seorang

kanak-kanak Arab Badwi yang masih belajar di kelas-kelas al-Quran dan

hendaklah engkau tinggalkan selain daripadanya.

Ini menggambarkan bahawa cUmar bin

cAbd al-

cAziz menganggap bahawa ilmu Kalam perlu

ditinggalkan. Seseorang itu sudah cukup dengan pegangan akidah yang ada pada fitrah kejadian

dalam diri seseorang.

Selepas memetik hadis ini, Imam al-Bayhaqi (2003) telah memberi kenyataan panjang

lebar mengenai perkara tersebut, antaranya beliau menegaskan, perkara yang disebut oleh cUmar

bin cAbd al-

cAziz ini juga telah disebut oleh ulama salaf yang lain. Perkara tersebut tidak tidak

perlu didatangi bukti dan dalil yang lain kerana ianya datang dengan kebenaran Islam sejak

zaman berzaman. Para sahabat yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W telah melihat

Page 9: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

sendiri bukti-bukti yang lengkap dan utuh berkaitan tauhid, kenabian dan perkara-perkara yang

lain yang kemudiannya disampaikan kepada generasi tabiin. Ini adalah antara sebab mereka tidak

sibuk dengan ilmu Kalam dan tidak bimbang orang yang lemah keyakinan tersesat disebabkan

dakyah golongan sesat atau kekeliruan yang ditimbulkan daripada golongan yang tidak percaya

tuhan. Ini bukanlah bererti mereka melarang belajar ilmu Kalam disebabkan ilmu Kalam itu sesat

atau tiada manfaat, malah ilmu tersebut boleh menyampaikan seseorang kepada mengenal Allah

(makrifatullah), mengenali sifat-sifatNya, mengetahui tentang rasul-rasulNya dan membezakan

antara nabi yang benar dan nabi palsu.

Seterusnya beliau menambah lagi:

“al-Halimi telah menerangkan perkara ini dengan panjang lebar. Beliau menyatakan golongan

salaf dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah melarang daripada belajar ilmu Kalam kerana

mereka sudah cukup dengan mukjizat-mukjizat yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. (kerana

zaman mereka masih hampir dengan zaman Nabi S.A.W.). Manakala pada zaman itu,

kebanyakan menggunakan ilmu Kalam terdiri daripada golongan yang terpengaruh dengan hawa

nafsu (ahl al-ahwa’), lalu mereka melarang daripada mempelajarinya. Sementara itu, golongan

yang terpengaruh dengan hawa nafsu (ahl al-ahwa’) mengecam ulama Ahli Sunnah Waljamaah

(yang bangkit menyangkal dakwaan mereka) kerana berhujah tidak berlandaskan akal yang

logik. Setelah itu, Allah telah menzahirkan dalam kalangan ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang

mempelajari cara-cara berhujah hingga mereka mahir. Ulama ini telah bangun memberi bukti

bahawa mazhab Ahli Sunnah Waljamaah tidak menyalahi logik akal sebagaimana mereka tidak

menyalahi al-Quran dan hadis. Namun begitu sebenarnya terdapat juga dalam kalangan ulama

salaf yang telah mula membincangkan ilmu Kalam untuk menolak golongan yang terpengaruh

dengan hawa nafsu (ahl al-ahwa’)”.

Demikian juga kenyataan Imam al-Qushayri (Ibn cAsakir, 1404 H) bahawa tidak ada golongan

yang menolak ilmu Kalam melainkan dua sahaja:

1. Golongan kedua : Seorang yang jahil yang bertaklid sedangkan ia tidak mampu melalui

selok-belok jalan ulama menuntut ilmu dan tidak mengetahui selok-belok ilmu

perdebatan (ilmu Kalam). Apabila dia tidak dapat mencapai tahap tersebut lalu dia

melarang orang lain supaya orang lain juga sesat sepertinya.

Page 10: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

2. Golongan kedua : Seorang yang mempunyai akidah yang rosak ia ingin

menyembunyikannya daripada orang lain supaya tembelangnya tidak pecah. Golongan

ini sangat mengetahui bahawa ulama yang pakar tentang selok-belok ilmu perdebatan

(ilmu Kalam) boleh membuka pekong kesesatan mereka”.

Menurut Imam cAbd al-Qahir al-Baghdadi (1928) sebenarnya ilmu Kalam dalam bentuk

yang dipelopori oleh golongan Ahli Sunnah Waljamaah telah wujud pada zaman sahabat lagi.

Beliau menyatakan bahawa sahabat yang pertama yang telah menyentuh tentang ilmu Kalam

ialah Saidina cAli bin Abi Talib ketika berhujah dengan golongan Khawarij tentang masalah al-

wacd dan al-wa

cid, juga perdebatan beliau dengan golongan Qadariyyah tentang qada’ dan qadar.

Demikian juga sahabat Nabi S.A.W cAbd Allah bin

cUmar telah menggunakan kaedah ilmu

Kalam ketika menolak golongan Qadariyyah dan beliau berlepas diri daripada mereka dan ketua

mereka yang dikenali sebagai Macbad al-Juhmi.

Seterusnya al-Baghdadi menyenaraikan bahawa ulama Ahli Sunah yang pertama dalam

kalangan tabiin yang telah menggunakan kaedah ilmu Kalam ialah cUmar bin

cAbd al-

cAziz,

beliau telah menulis sebuah risalah menolak golongan Qadariyyah. Begitu juga Zayd bin cAli bin

al-Husyn bin `Ali telah menulis sebuah risalah menolak golongan Qadariyyah.

Imam al-Ashcari (1344 H) sendiri telah mengarang satu karya tentang kepentingan ilmu

Kalam dan sekaligus menjawab tuduhan mereka yang menolak ilmu Kalam secara keseluruhan.

Menurut beliau, terdapat satu golongan manusia yang jahil yang mencela orang yang meneliti

ilmu Usuluddin. Mereka menuduh golongan ini sebagai sesat dan mereka menganggap bahawa

perbincangan tentang gerak, diam, jisim dan carad dan sebagainya adalah bidaah dan sesat.

Hujah mereka, jika perbincangan ini benar, tentulah Nabi SAW, khalifah-khalifahnya dan para

sahabat telah membincangkannya.

Imam al-Ashcari menjawab tuduhan ini dengan tiga jawapan.

1. Pertama: Jika kamu mengatakan ilmu ini bidaah dalalah sedangkan Nabi SAW tidak

pernah mengatakan sesiapa yang membincangkan ilmu ini ia adalah sesat, maka dengan

demikian kamu juga adalah bidaah dan sesat kerana kamu telah memperkatakan sesuatu

yang Nabi tidak pernah sabda.

Page 11: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

2. Kedua: Nabi SAW telah mengetahui perbincangan tentang gerak, diam, jisim dan carad

dan sebagainya walaupun Baginda dan para sahabat tidak menyentuhnya secara khusus

tetapi asas-asas perbincangan perkara-perkara tersebut sudah terdapat di dalam al-Quran

secara umum belum diperincikan.

3. Ketiga: Masalah-masalah yang ditimbulkan itu telah diketahui oleh Nabi SAW, tetapi

pada zaman Baginda tidak timbul masalah tersebut.

Imam al-Ghazali (2010) pula menjelaskan tentang perbezaan ilmu Kalam yang dipuji dan dicela:

.

Maksudnya: Ketahui bahawa hujah-hujah yang digunakan di dalam ilmu

Kalam sebenarnya telah terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Apa yang

terkeluar daripada al-Quran dan hadis adalah tergolong dalam pertelingkahan

yang dicela.

Menurut Ibn Hajar al-Haytami (n.d) terdapat perbezaan ilmu Kalam yang dipuji dan dicela:

Bermaksud: Pendapat yang mengatakan bahawa ulama salaf melarang

mempelajari ilmu Kalam adalah salah. Tetapi ilmu Kalam yang mereka larang

adalah ilmu Kalam yang dipelopori oleh golongan al-Jahmiyyah, al-

Qadariyyah dan lain-lain daripada golongan bidaah. Mereka itulah golongan

yang dicela oleh Imam Syafie dan ulama salaf yang lain.

Sementara Ibn Taymiyyah (1995) menegaskan:

Maksudnya: Ahli Salaf tidak mencela apa jua jenis Kalam. Apabila orang

ramai berbicara, mereka tidak mencela eksperimen, pemerhatian dan

perbahasan yang diperintah oleh Allah dan RasulNya. Jelasnya, eksperimen

Page 12: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

adalah salah satu perkara yang dijelaskan oleh Allah dan RasulNya. Sudah

tentu mereka juga tidak mencela ilmu Kalam kerana kebenarannya yang nyata

sementara yang dicela itu ilmu Kalam yang batil iaitu perkara yang dibincang

menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, ia sudah tentu juga bertentangan dengan

akal.

Di akhir perbincangan ini, kita dapat lihat penjelasan Shaykh Muhammad Sacid Ramadan

al-Buti (1997) tentang golongan yang mempertikai ilmu Kalam. Beliau menegaskan perkara

tersebut dalam mukadimah kitabnya Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah dengan menyatakan

bahawa orang yang mengatakan ulama Kalam telah mengeruh kejernihan ilmu Tauhid dengan

memasukkan perbincangan mereka dengan kaedah-kaedah ilmu Falsafah dan Mantik padahal

mereka sepatutnya berpada dengan metode al-Quran dalam membentangkan hujah dan dalil.

Sebenarnya mereka ini tidak bersikap adil dalam bicara ilmu kerana perbincangan ilmu Kalam

bukan ditulis untuk orang yang telah beriman atau hatinya telah bersinar dengan cahaya al-

Quran. Tetapi ilmu ini adalah disediakan oleh ulama untuk menolak golongan zindik yang

berpegang dengan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh ahli falsafah. Ulama Kalam berada

dalam dua situasi, sama ada mereka membiarkan sahaja masalah-masalah yang ditimbulkan

golongan zindik tersebar dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan akidah mereka (kerana

ia tidak diperincikan dalam al-Quran) atau mereka bangkit menentang dan menyingkap

kesesatan mereka. Maka sudah tentulah ulama kalam akan memberi keutamaan kepada situasi

kedua untuk menggalas tugas berdakwah sebagaimana yang diperintah kepada mereka.

PENUTUP

Jelas daripada perbincangan ini bahawa bukan semua ilmu Kalam itu dicela sebagaimana yang

dianggap oleh sebahagian golongan. al-Taftazani (2009) mengulas berkaitan ilmu Kalam, ia

adalah semulia-mulia ilmu kerana asasnya berpaksi kepada hukum syarak yang menjadi tunggak

kepada ilmu-ilmu agama, kandungannya ialah pati akidah Islam, matlamatnya ialah memperolehi

kebahagiaan hidup di dunia dan kebaikan dalam agama. Sementara, kebanyakan dalil-dalilnya

adalah dipetik daripada dalil naqli. Ilmu Kalam yang dilarang oleh ulama salaf adalah ilmu

Kalam yang dipelopori oleh golongan yang menyeleweng daripada agama yang ingin

merosakkan akidah umat Islam dan yang terpengaruh dengan falsafah yang tidak jelas. Jika

tidak, mana mungkin mereka melarang ilmu yang menjadi asas agama.

Page 13: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

RUJUKAN

Ahmad bin ‘Abd al-Halim, Ibn Taymiyyah. 1995. Majmu’ al-Fatawa (Vol. 13, pp. 147). Al-

Madinah al-Munawwarah: Majmac al-Malik Fahd.

Ahmad bin al-Husayn, al-Bayhaqi. 2003. Shucab al-Iman (Vol. 1, pp. 181), tahqiq:

cAbd al-Ali

cAbd al-Hamid. Beirut: Dar al-`Ilmiyyah.

Ahmad bin Muhammad, Ibn Hajar al-Haytami. n.d. al-Fatawa al-Hadithiyyah (pp. 147). Beirut:

Dar al-Fikr.

cAbd Allah bin Ahmad, Ibn Qudamah. 1990. Tahrim al-Nazar fi Kutub al-Kalam (pp. 18-19),

tahqiq cAbd al-Rahman bin Muhammad Dimashqiyyah. Riyad:

cAlam al-Kutub.

cAbd al-Rahman bin Ahmad al-Iji. 1997. al-Mawaqif (pp. 131), tahqiq `Abd al-Rahman

`Umayrah. Beirut: Dar al-Jayl.

cAbd al-Rahman bin Muhammad. Ibn Khaldun. 1988. Muqaddimah Ibn Khaldun, Tahqiq Khalil

Shahadah (pp. 580, 591). Beirut: Dar al-Fikr.

cAbd al-Qahir al-Baghdadi. 1928. Usul al-Din (pp. 307). Istanbul: Matba

cah al-Dawlah.

Al-Baijuri, al-Syaikh Ibrahim Muhammad al-Syafie. 2010. Tuhfat al-Murid.

(http://www.daraleman.net/uploads/syarhjawharabajuri.pdf (9/10/2010)

cAli bin Isma

cil, al-Ash

cari. 1344 H. Risalah Istihsan al-Khuwd fi

cIlm al-Kalam (pp. 3-9).

Haydarabad: Matbacah Majlis Da’irah al-Ma

carif al-Nizamiyyah.

cAli bin al-Hasan Ibn

cAsakir. 1404 H. Tabyin Kadhib al-Muftari fima Nusib ila al-Imam Abi al-

Hasan al-Ashcari (pp. 339, 359). Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi.

cAli bin Muhammad al-Jurjani. 1983. Kitab al-Ta

crifat (pp. 185), tahqiq pencetak. Beirut: Dar al-

Kutub al-`Ilmiyyah.

Ibrahim Muhammad. 1424 H. Majallah al-Buhuth al-Islamiyyah, ‘Ilm al-Kalamwa al-Ta’wil wa

Atharuhuma ‘Ala al-‘Aqidah al-Islamiyyah (Vols. 68, pp. 288). Riyad: The General

Presidency of Scholarly Research and Ifta.

Muhammad bin Ahmad, al-Zahabi. 2001. Siyar aclam al-Nubala’ (Vol. 32, pp. 501). Beirut:

Mu’assasah al-Risalah.

Muhammad bin Muhammad, al-Ghazali. 2010. Ihya’ cUlum al-Din (Vol. 1, pp. 22, 40, 95).

Beirut: Dar al-Macrifah.

Muhammad Sacid Ramadan, al-Buti. 1997. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (pp. 23). Beirut:

Dar al-Fikr.

Page 14: PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2015/1057-irsyad-2015.pdf · ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

Muhammad Sacid Ramadan, al-Buti. 1996. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah. Diterjemah Oleh

Muhammad Sulaiman Yassin. Keyakinan Hakiki. Petaling Jaya: Budaya Ilmu.

Sacd al-Din Mas`ud bin

cUmar al-Taftazani. 2009. Sharh al-

cAqa’id al-Nasafiyyah (pp. 59).

Pakistan: Maktabah al-Madinah.

Imam Zarkasyi. 1994. Usuluddin (`Aqa`id ) `ala Madzhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Ponorogo, Indonesia: trimurti Press.