Percubaan Stpm Sejarah 2 Perlis 2011 + Skema

  • Upload
    hazryle

  • View
    374

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

SULIT* 940/2

STPM 2011

SKEMA SEJARAHKERTAS 2 (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)

Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011 1

1. Terangkan bagaimanakah kuasa raja-raja Melayu diperkukuh sebagai kuasa tertinggi dalam politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat. A. PENGENALAN (3M)

i. ii. iii.

Dalam hirarki masyarakat Melayu, raja berada dalam kedudukan paling atas. Ketinggian darjat raja telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang tertinggi. Raja dianggap orang paling suci dan dihormati. Peranan dan keistimewaan yang dimiliki raja-raja Melayulah yang memperkukuhkan kuasa tertinggi raja-raja Melayu. B. Isi-isi - Pengukuhan Kuasa Tertinggi Raja dalam Sistem Politik Melayu (20M) Konsep, kuasa dan keistimewaan i. Asal Keturunan Anak raja yang dilahirkan oleh permaisuri yang sah ditabalkan sebagai raja dengan penuh adat istiadat. Menurut Adat Raja-raja Melayu, sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin (pemimpin orang-orang mukmin)/Zulillahi-filalam (Khalifah Allah) iaitu wakil Allah di bumi. ii. Konsep daulat raja-raja Melayu Raja dianggap mempunyai kuasa sakti bagi tujuan mengagung-agungkan baginda. Setiap rakyat percaya sekiranya melanggar perintah atau engkar pasti akan ditimpa tulah atau malapetaka. Memandangkan anggapan rakyat bahawa raja itu wakil Allah, maka setiap titah perintah raja tidak wajar disanggah kerana mengengkari perintah raja bermakna melanggar perintah Allah. iii. Perlantikan dan Pertabalan Raja dilantik melalui upacara pertabalan. Pengesahan pertabalan dilakukan oleh raja yang lebih masyhur dan kedudukan yang lebih tinggi. Pertabalan mesti disertai oleh alat-alat kebesaran raja digelar regalia Pertabalan disokong oleh pembesar-pembesar dan rakyat daripada pelbagai lapisan.

iv.

Kedudukan dan kuasa raja Raja mempunyai kuasa mutlak atau berkuasa penuh dalam kerajaannya. Baginda dianggap sebagai ketua negeri yang tertinggi. Raja berkuasa menggubal undang-undang dan dasar dan rakyat tidak boleh mempersoalkan dasar yang digubal. Baginda juga tidak tertakluk pada undang-undang dan bebas daripada hukuman. Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka. Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan.

v.

Keistimewaan raja Beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah secara langsung dapat memperkukuh kuasa tertinggi. Kuasa istimewa tersebut dapat membezakan kedudukan raja dan rakyat jelata. Raja memiliki pelbagai alat kebesaran yang tidak dimiliki oleh kebanyakan antaranya cop mohor, keris, patung, tombak dan kendi. Keistimewaan raja juga dapat dibezakan dengan penggunaan warna dalam pemakaian. Warna kuning hanya dikhaskan untuk raja sahaja. Penggunaan bahasa juga dapat membezakan antara raja dengan rakyat jelata. Contohnya beradu, santap, bersiram dan sebagainya. Raja juga menggunakan bunyi-bunyian alat muzik khas seperti nobat. Hak istimewa bertujuan untuk membezakan raja dengan rakyat. Peranan dan tanggungjawab raja-raja Melayu

v. Pemerintahan dan pentadbiran Kuasa tertinggi raja-raja Melayu diperkukuh dengan peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang raja yang memerintah dalam politik dan pentadbiran. Raja mempunyai kuasa politik pusat ke atas semua kawasan yang ditadbir oleh baginda. Kuasa tersebut termasuklah muara-muara sungai hingga kawasan pergunungan yang terhad. Raja juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal keselamatan bagi mewujudkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat jelata. vi. Melantik Pengganti dan Pembesar Mempunyai keistimewaan melantik penggantinya di antara putera-puteranya daripada anak gahara walaupun sepatutnya mengikut umur yang lebih tua. Raja berkuasa melantik pembesar. Kekuatan pembesar akan memperkukuhkan kedudukan raja. Pembesar memberi sokongan kepada raja dalam menentukan kedudukannya sebagai raja, misalnya pelantikan Sultan Perak banyak bergantung kepada sokongan pembesar masa itu.

vii.Perundangan dan kehakiman. Dalam bidang perundangan dan kehakiman raja berperanan sebagai ketua hakim. Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat. Lama kelamaan, peraturan ditulis dan disusun dengan jelas seperti yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang dan sebagainya. Baginda bertanggungjawab dalam mengendali dan memutuskan hukuman. Hukuman mati hanya diputuskan oleh raja. viii.Ekonomi Dalam bidang ekonomi, khususnya kuasa memungut cukai adalah terletak di bawah bidang kuasa raja ke atas keseluruhan kawasan takluknya, misalnya cukai ke atas pertanian dan perlombongan bijih timah. Raja/sultan mempunyai sumber pendapatan melalui cukai yang diperoleh daripada pembesar sebagai tanda sokongan atau lambang kesetiaan kepada raja..Contohnya di Perak, Sultan Perak menerima $6 daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan. C. KESIMPULAN (2M) i. Peranan raja diperkukuh dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur mitos, keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana. Dalam memperteguh kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga amat penting bagi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan serta bertindak sebagai pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. ii. Kedudukan dan kuasa tertinggi raja mulai berkurang apabila Sistem Residen mula diperkenalkan tahun 1874 selepas Perjanjian Pangkor. Raja hanya berkuasa dalam hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

2. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada campur tangan British di Selangor dan Pahang pada abad ke-19. A. PENGENALAN ( 2/3 m ) a ) British campur tangan di Selangor pada tahun 1875 disebabkan oleh masalah huru-hara di dalam negeri ekoran perebutan kuasa antara pembesar-pembesar kerana berebut kawasan lombong bijih timah,pergaduhan kongsi gelap,dan masalah pelanunan. b) Pendudukan British di Selangor berlaku pada Oktober 1874 selepas J.G Davidson dilantik sebagai Residen. c) British cuba meluaskan kuasanya ke Pahang setelah berjaya menguasai Perak ( 1874 ) dan Selangor ( 1874 ) tetapi tidak berjaya kerana tiada sebarang masalah yang boleh dijadikan alasan untuk campur tangan.British perlu campur tangan di Pahang kerana minat yang mendalam ditunjukkan oleh Jerman di Pahang. d ) Terdapat pelbagai faktor yang mendorong British untuk campur tangan di Pahang dan Selangor pada pertengahan abad ke 19. B. ISI-ISI ( 20 markah ) Faktor-faktor Campur tangan di Selangor 1. Peristiwa Perang Saudara ( Perang Kelang 1867 1874 ) a) Perebutan kuasa berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah telah mencetuskan Perang Kelang yang meletus selama enam tahun ( 1867 1873 ).Perang Kelang disebabkan oleh ketiadaan pentadbiran yang kukuh,perebutan kawasan-kawasan melombong bijih timah oleh pembesar-pembesar Melayu serta campur tangan orang Bugis,Cina dan Mandeling. b) Sultan Muhammad Syah telah menyerahkan daerah Kelang kepada putera sulungnya iaitu Raja Sulaiman.Malangnya Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang.Pada tahun 1850,Raja Sulaiman mangkat.Sultan Muhammad telah menyerahkan kuasa memerintah Kelang kepada menantunya iaitu Raja Abdullah.Raja Abdullah kemudian memajukan kawasan bijih di Kelang dengan membawa masuk buruh-buruh Cina. c) Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan rasa tidak puas hati putera Raja Sulaiman iaitu Raja Mahadi.Raja Mahadi berpendapat baginda lebih berhak mewarisi daerah Kelang.Tuntutan Raja Mahadi ditolak oleh Sultan Abdul Samad.Bagi mengurangkan ketegangan Raja Abdullah membayar wang saguhati setiap bulan kepada Raja Mahadi.Raja Mahadi tidak berpuas hati dan berusaha untuk mendapat sokongan merampas semula Kelang daripada Raja Abdullah.

d) 1867, Raja Mahadi telah menyerang Kelang dan berjaya menguasainya.Raja Abdullah berundur ke Melaka dan bersetuju menerima $ 1500 sebulan.Raja Abdullah kemudiannya mangkat di Melaka.Raja Ismail putera Raja Abdullah meneruskan peperangan bagi mendapatkan semula Kelang dengan bantuan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan Abdul Samad. e) Kedua - dua pihak berusaha mencari sekutu masing-masing dengan membuat perikatan dengan pembesar-pembesar tempatan dan kongsi-konsgi gelap.Akhir tahun 1869 Yap Ah Loy dan Fui Chew ( Hai San ) menyokong Tengku Kudin dan Raja Ismail sementara Raja Mahadi pula disokong oleh Maharaja Abu Bakar dan kongsi gelap Ghee Hin. f) Pada awal peperangan kedua-dua belah pihak sama kuat.Perikatan Tengku Kudin dan Raja Ismail berjaya mengatasi Raja Mahadi dengan menyekat kemasukan barang-barang makanan dan perdagangan bijih timah ke Kelang. g) 1873,Tengku Kudin berjaya menguasai Kelang.Raja Mahadi berundur dan bertahan di Kuala Selangor.Pengusiran Raja Mahadi dan penawanan semula Kuala Lumpur menamatkan perang saudara yang berlangsung selama tujuh tahun. 2. Pergaduhan Kongsi Gelap a) Perang Kelang bertambah rumit dengan adanya pertelingkahan antara dua pelombong Cina di Selangor iaitu puak Kah Yeng Chew ( Ghee Hin ) yang berpusat di Kanching dan puak Fei Chew ( Hai San ) yang berpusat di Kuala Lumpur-Ampang. b) Pergaduhan tercetus apabila Ah Sze wakil Yap Ah Loy di Kanching telah dibunuh oleh puak Kah Yeng Chew yang diketuai oleh Chong Chong dan berjaya mengusirnya keluar dari Kanching.Pertelingkahan menjadi bertambah rumit apabila kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San terlibat dalam perang Klang. c) Chong Chong dari puak Ghee Hin berpihak kepada Raja Mahadi manakala Yap Ah Loy dan puak Hai San memihak kepada Tengku Kudin.Pada tahun 1872,Raja Mahadi dengan bantuan Chong Chong berjaya menawan Kuala Lumpur.Bulan November 1873,Tengku Kudin,Yap Ah Loy,dan Bendahara Wan Ahmad ( Pahang ) menyerang Kuala Lumpur dan berjaya menawannya kembali.Tengku Kudin kemudiannya telah melantik Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina di Kuala Lumpur. 3. Masalah pelanunan. a) Kegiatan lanun dan rompakan merebak di perairan Selangor.Kegiatan tidak dapat dikawal kerana ada di kalangan kumpulan lanun ini diketuai oleh putera-putera sultan

dan pembesar-pembesar yang kehilangan pendapatan kerana kalah dalam perebutan kawasan perlombongan. b) Pada 8 November 1873,sebuah kapal dagang milik rakyat Britain diserang oleh lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad berhampiran Sungai Jugra.Serangan menyebabkan lapan anak kapal warga British terbunuh.British menangkap sembilan orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. c) Kerajaan British telah memaksa Sultan Abdul Samad membicarakan lanun-lanun yang ditangkap.Setelah dibicarakan semua didapati bersalah dan dihukum mati. d) Pada Januari 1874,lanun-lanun telah menyerang rumah api di Tanjung Richardo ( Tanjung Tuan ).Walaupun serangan gagal,Sir Andrew Clarke meminta Sultan Abdul Samad menghukum mereka yang terlibat. e) Peristiwa memberi peluang kepada Andrew Clarke untuk campur tangan di Selangor.Tahun 1874,British meminta Sultan Abdul Samad menerima seorang residen British.Pada mulanya Sultan Abdul Samad enggan menerimanya.Setelah dipujuk oleh Frank Swettenham,baginda bersetuju menerima residen British di Selangor. f) Pada Disember 1874, J.G Davidson telah dilantik sebagai residen British yang pertama dan Frank Swettwenham dilantik menjadi penolong residen di Kuala Langat.Tengku Kudin pula diiktiraf sebagai Wizurai Selangor. Faktor-faktor Campur tangan di Pahang Masalah Perang Saudara a) Pada tahun 1857 berlaku perang saudara di Pahang yang meletus akibat perebutan takhta antara Bendahara Wan Ahmad dan adiknya Wan Mutahir.Perang berlangsung selama enam tahun dan menyebabkan ekonomi golongan saudagar Singapura di Pahang terjejas. b) Wan Ahmad berjaya mengalahkan Wan Mutahir dan melantik dirinya sebagai Bendahara. Pada tahun 1884 Wan Ahmad melantik dirinya sebagai sultan dan memakai gelaran Sultan Ahmad. c) Pada bulan November British telah membuat satu usul untuk meluaskan pengaruh British di negeri-negeri Melayu,termasuk Pahang.Cecil Clementi telah menghantar Frank Swettenham untuk mengetuai satu perutusan ke Pahang bagi menyelesaikan masalah

pertikaian antara Sultan Ahmad dengan adiknya Wan Mansor serta memujuk baginda menerima seorang residen British. d) Usaha Swettenham gagal kerana Sultan Ahmad tidak mahu menerima bantuan British.Baginda memberi alasan perkara itu haruslah terlebih dahulu dirundingkan dengan pembesar-pembesar negeri sebelum keputusan dibuat.Sultan Ahmad merupakan seorang yang tidak mudah didesak.Baginda turut mendapat nasihat daripada Maharaja Abu Bakar Johor yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda. e) Setelah usaha Swettenham gagal,Gabenor NNS Sir Frederick Weld pergi sendiri ke Pahang untuk memujuk Sultan Ahmad menimbangkan tawaran British tetapi sekali lagi usaha British menemui kegagalan kerana Sultan Ahmad masih enggan meletakkan Pahang di bawah pengaruh dan perlindungan British. Pembukaan Pahang Kepada Pelaburan Asing. a) British pada ketika itu sedang menghadapi persaingan hebat dengan negara-negara barat yang lain bagi mendapatkan tanah jajahan.Pada ketika itu Peranchis telah bertapak di Indochina manakala Jerman,Amerika Syarikat dan Rusia juga menunjukkan minat terhadap negara-negara di Asia Tenggara. b) Sultan Ahmad pada masa itu berada dalam keadaan serba salah.Masalah politik dalaman,pergolakan di Perak dan Selangor dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan membangkitkan kebimbangan baginda. c) Baginda berhasrat untuk membangunkan Pahang dengan memberi kebenaran kepada pelabur asing untuk melabur di Pahang.Tindakan baginda didorong oleh kepentingan ekonomi.Kedudukan perbendaharaan Pahang hampir muflis akibat perang saudara yang berlarutan.Oleh itu Pahang perlu membenarkan kemasukan pelabur asing. d) Tindakan Sultan Ahmad tidak dipersetujui oleh golongan pembesar.Ini kerana tanahtanah milik mereka telah diberikan kepada kepada pedagang Eropah dan Cina.Pembesar melihat kemasukan pelaburan asing boleh menjejaskan kedudukan ekonomi dan kuasa politik mereka.Sultan Ahmad walau bagaimanapun tetap mempertahankan keputusan itu. Perutusan Hugh Clifford 1887. a) Bulan Mac 1887,Sir Frederick Weld menghantar Hugh Clifford untuk berunding dengan Sultan Ahmad bagi menggubal sebuah perjanjian untuk meletakkan Pahang di bawah perlindungan British dan melantik seorang wakil British bertaraf konsol.

b) Clifford mencadangkan Sultan Ahmad membuat perjanjian dengan kerajaan British kerana orang Eropah semakin ramai di Pahang.Peraturan perlu digubal untuk mengendalikan sebarang perbalahan yang melibatkan orang Pahang dengan rakyat asing. c) Clifford menegaskan keadaan tidak aman di Pahang memungkinkan negeri itu diserang oleh kuasa luar.Tanpa sebarang perjanjian yang ditandatangani antara Pahang dengan British menyukarkan pihak British memberikan sebarang bantuan jika Pahang diserang.Rundingan gagal kerana Sultan Ahmad masih tetap enggan menerima perlindungan British.Clifford diminta pulang ke Singapura. d) Walau bagaimanapun selepas itu Sultan Ahmad berubah sikap disebabkan oleh beberapa perubahan semasa yang berlaku di dalam dan di luar Pahang.Setelah menerima nasihat daripada Maharaja Abu Bakar,pada 8 Oktober 1887, Sultan Ahmad bersetuju menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British yang diwakili oleh Gabenor Weld.Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British di Pahang dan diberi tugas seperti seorang pegawai Konsol. Peristiwa Pembunuhan Go Hui a) Walaupun berjaya menempatkan wakil di Pahang,British belum berpuashati dan ingin campur tangan sepenuhnya di Pahang kerana kuasa ekonomi dan politik sultan terutama dalam pemberian konsesi masih tidak dapat dikawal. b) Pentadbiran negeri kian merosot,jenayah seperti pembunuhan dan kecurian semakin berleluasa.Perbalahan timbul dengan pemegang konsesi kerana mereka tidak berpuashati dengan sekatan yang dikenakan ke atas mereka. c) Sultan Ahmad mengurangkan kuasa pemegang konsesi dan membatalkan konsesi yang terdahulu.Ini membangkitkan kemarahan pemegang konsesi dan mereka mengadu kepada British. d) Februari 1888,seorang rakyat British berketurunan Cina dijumpai mati berhampiran istana sultan di Pekan.British menjadikan peristiwa pembunuhan Go Hui sebagai alasan mendesak Sultan Ahmad menerima campur tangan British sepenuhnya di Pahang. e) Setelah menerima nasihat daripada Maharaja Abu Bakar,Sultan Ahmad akhirnya bersetuju menerima seorang Residen British di Pahang.Oktober 1888,John Pickersgill Rodger dilantik menjadi residen British yang pertama di Pahang dan berakhirlah kedaulatan Pahang sebagai negeri yang bebas dan merdeka.

C.KESIMPULAN ( 2/3 markah ) a) British telah mengubah dasar dari tidak campur tangan kepada dasar campur tangan secara rasmi di Selangor dan Pahang dengan mengambil kesempatan ke atas masalah-masalah yang berlaku di negeri-negeri tersebut terutama yang melibatkan ekonomi. b) Masalah perang saudara,perebutan takhta,pergaduhan kongsi gelap dan ancaman lanun dijadikan alasan British untuk campur tangan di Selangor manakala di negeri Pahang pembunuhan Go Hui dijadikan alasan penting untuk British campur tangan dan seterusnya memaksa Sultan Ahmad untuk menerima seorang residen British. c) Perlantikan J.G Davidson dan J.P Rodger sebagai residen di Selangor dan Pahang menandakan bermulanya dasar campur tangan British secara rasmi di negeri-negeri tersebut dan berakhir pada tahun 1914 di Johor.

3. Huraikan faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya. A. Pendahuluan ( 4 markah ) I. Kelemahan dalam pelbagai masalah pentadbiran dan kewangan negeri Pahang telah menyebabkan pada tahun 1893, Frank Swettenham telah mencadangkan penggabungan negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. II. Penggabungan ini menjadi kenyataan selepas Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 1 Julai 1895 dan dilaksanakan pada 1 Julai 1896. III. Persekutuan 1896 ini yang merangkumi 4 buah negeri ini dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menyatukan pentadbiran dibawah kuasa Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur.

B. Isi-isi ( 20 markah ) Faktor-faktor penubuhan Persekutuan I. Masalah kewangan Pahang. Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk kerana perbelanjaan yang banyak dalam menangani pemberontakan rakyat. Melalui persekutuan lebihan pendapatan Perak dan Selangor boleh disalur untuk mengurangkan beban kewangan Pahang. Kecekapan pentadbiran dan keseragaman. Negeri-negeri Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang seragam. Pentadbiran berbeza dan bergantung kepada Residen masing-masing. Keseragaman pentadbiran amat perlu untuk menyelaras pelbagai dasar dan perancangan pembangunan negeri-negeri Melayu. Permasalahan yang ditimbulkan oleh JWW Birch menjadi antara sebab untuk British merombak pentadbiran sistem residen. Mengurangkan kuasa residen Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasa residen. Walaupun Gabenor menjadi pengawal residen tetapi kedudukan terlalu jauh di Singapura dan tiada pengetahuan yang cukup untuk mengawal residen. Residen terlalu memonopoli kuasa secara keterlaluan dan British juga bimbang perasaan tidak puashati dikalangan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Keselamatan Pembentukan persekutuan akan memudahkan pembentukan pasukan tentera bersama bagi mempertahankan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat.Keperluan pasukan tentera amat dirasakan kerana pemberontakan di Perak dan Pahang. Gabungan tentera dari kalangan negeri dalam persekutuan mampu melindungi diri tanpa bantuan dari pihak luar.

II.

III.

IV.

V.

Ekonomi Dasar ekonomi oleh Residen telah gagal menarik masuk pelabur Eropah dan hanya lebih menguntungkan orang China terutamanya dalam pengeluaran bijih timah. Dasar British Dasar persekutuan yang berjaya di Kanada, Afrika Selatan dan Australia telah mempengaruhi pentadbiran British di negeri-negeri Melayu. Dasar persekutuan membolehkan negeri kecil dan miskin dibantu dari sumber-sumber negeri dalam persekutuan.

IV.

Kesan-kesan penubuhan Persekutuan I. Kesan politik

a. Berlaku pemusatan kuasa residen jeneral Kesemua keputusan penting dibuat oleh Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Tiada pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. b. Kehilangan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Negeri. Penubuhan persekutuan telah menjejaskan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Kuasa ditangan Residen Jeneral, Sultan perlu menurut nasihat Residen Jeneral, Sultan hanya sebagai pengesah sesuatu keputusan. Residen pula terpaksa mematuhi segala arahn Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri juga kehilangan fungsi kerana hanya sebagai pelulus ketetapan dari Kuala Lumpur. MMN tidak boleh mencampuri dalam perbelanjaan umum. c. Penubuhan Persidangan raja-raja Melayu ( Durbar ) Yang berperanan sebagai medan persidangan keempat-empat raja-raja Melayu dengan pegawai British dan fungsi utamanya ialah mewujudkan perpaduan dan kerjasama di keempat-empat negeri Melayu dan membolehkan raja-raja Melayu menasihati kerajaan Persekutuan. d. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan bertujuan mengurangkan kuasa Residen Jeneral, menambahkuasa Pesuruhjaya Tinggi di Singapura dan mengembalikan kuasa pentadbiran kepada Sultan dan Residen yang telah kehilangan kuasa.

II.

Kesan ekonomi

a. Pembinaan jalanraya diperluaskan dengan menghubungkan bandar-bandar seperti Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. b. Berlaku perkembangan pesat dalam pengeluaran bijih timah dan penanaman getah. c. Peningkatan pendapatan persekutuan amat menguntungkan British dengan kemasukan ramai pelabur Eropah yang bermodal besar dalam industri bijih timah dan peladangan getah. Kesan sosial

III.

a. Berlaku perkembangan pesat di NNMB, kemasukan ramai buruh Cina, penempatan mereka menyebabkan perkembangan pesat bandar-bandar seperti Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur. b. Penduduk di NNMB meningkat dengan mendadak. Pada tahun 1891 terdapat seramai 420,000 orang meningkat kepada hampir 700,000 orang pada 1901.

C. Kesimpulan ( 1 markah ) I. Penubuhan persekutuan 1896 atan negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah bertujuan untuk membantu memajukan negeri yang kurang kemampuan dari segi kewangan dan pembangunan ekonomi.

II. Melalui Persekutuan, British dapat menyelesaikan masalah ketidak seragaman dalam pentadbiran. III. British berjaya mengurangkan perasaan tidak senang dikalangan pembesar tempatan dan meningkatkan perkembangan ekonomi yang menguntungkan British.

4. Huraikan peranan dan sumbangan golongan wartawan dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. A. Pendahuluan ( 4 markah ) i. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu tidak jauh bezanya daripada negara-negara lain di Asia. Penduduk di Tanah Melayu ingin membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan British yang telah lama bertapak di sini. Sukar dipastikan sejak bila semangat kebangsaan mula tumbuh di Tanah Melayu tetapi pejuangan menentang penjajah bermula sejak British mula campur tangan di Tanah Melayu.

ii. Kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran yang membantu kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu ialah gerakan Islah di Mesir, Gerakan Turki Muda, nasionalisme China dan India dan faktor dalaman seperti perkembangan pendidikan, paranan agama Islam, dasar British, peranan bidang kewartawanan dan lain-lain lagiiii. Golongan wartawan memainkan peranan penting dalam merangsang gerakan

nasionalisme di Tanah Melayu. Mereka berfungsi sebagai pemberi maklumat, penyebar berita dan menyedarkan rakyat tempatan. Keadaan ini amat jelas sebelum Perang Dunia Kedua apabila golongan wartawan di Tanah Melayu bergerak dengan menggunakan akhbar menyedarkan rakyat untuk menentang British.

B. Peranan dan sumbangan golongan wartawan dalam gerakan kesedaran (20 markah ) i. Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yang diterbitkan di Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialah Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Warta Negara. Antara golongan wartawan yang memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran ini ialah Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Golongan wartawan bukan hanya menyiarkan berita dan laporan sahaja, tetapi berperanan menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan dalam bidang kehidupan. Walaupun wartawan mempunyai peranan dan perjuangan tertentu tetapi kandungan tidak banyak berbeza. Sebelum tahun 1930-an tumpuan wartawan adalah kepada

ii.

iii.

iv.

berita-berita dunia, masalah sosial dan agama. Laporan perjuangan golongan nasionalis di luar negara menuntut kemerdekaan dan membangkitkan kesedaran penduduk tempatan menentang British. v. Syed Syeikh Ahmad al-Hadi telah mengeluarkan akhbar Al-Ikhwan di Pulau Pinang pada tahun 1926. Akhbar ini memberi tumpuan untuk menyebarkan pembaharuan agama, menimbulkan kesedaran sosial dan politik kepada orang Melayu. Tujuan penerbitannya ialah untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu serta menimbulkan kesedaran politik dan sosial kepada mereka. Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah emansipasi wanita dan kepentingan pelajaran Inggeris di kalangan orang Melayu dengan tujuan untuk meningkatkan taraf sosial orang Melayu melalui bidang pendidikan. Pada tahun 1928, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi telah menerbitkan akhbar Saudara. Akhbar ini cenderung memperjuangkan isu-su agama dan menjadi saluran menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam Kaum Muda. Pada peringkat awal akhbar ini diterbitkan pada setiap hari Sabtu tetapi apabila telah memiliki penerbitan sendiri, iaitu Jelutong Press di Pulau Pinang, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu. Saudara juga cenderung menerbitkan banyak rencana tentang Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertamanya ialah Mohd Yunos bin Abdul Hamid dan dibantu oleh Abdul Rahim Kajai sebagai Penolong Pengarang. Akhbar ini telah memainkan peranan penting sebagai wadah untuk menyalurkan idea-idea reformis Islam dari Kaum Muda. Akhbar ini telah menjadi pengkritik hebat terhadap cara hidup orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Selain isu-isu agama ia juga menyiarkan pelbagai rencana tentang ekonomi, politik, sejarah dan pelajaran. Menjelang tahun 1930-an akhbar ini telah memperlihatkan kesedaran politik yang jelas apabila ia mula menyeru umat Islam terutama orang Melayu supaya berusaha menjaga negeri agar tidak dikuasai oleh bangsa asing. Pada tahun 1934, akhbar Saudara memulakan ruangan baru yang dinamakan Halaman Sahabat Pena untuk menimbulkan minat membaca, mengembangkan persuratan Melayu dan bertukar-tukar pendapat di kalangan pembaca-pembaca Melayu. Ruangan Halaman Sahabat Pena telah ditukar kepada Persaudaraan sahabat Pena setelah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada tahun 1935 ruangan ini diawasi dan dikawal rapi pihak British. Menerusi pengawasan pasukan Cawangan Khas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British mula mengintip dan memerhatikan kegiatan ruangan ini dan semua tokoh yang terlibat. Pada tahun 1930, akhbar Warta Malaya telah diterbitkan di Singapura. Pada mulanya dicetak oleh Anglo Asiatic Press yang dimilki oleh Syed Hussein Ali al Sagoff bersama abangnya Syed Abdullah dan sepupunya Sharifah Shaikah. Akhbar ini merupakan akhbar harian Melayu terbesar setanding dengan akhbar-akhbar bangsa asing di Tanah Melayu.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

xi.

Pada tahun 1935, Warta Malaya membuka cawangannya di Kuala Lumpur dan mengeluarkan akhbar mingguannnya iaitu Warta Ahad, diikuti oleh Warta Jenaka yang merupakan sebuah majalah mingguan yang diterbitkan setiap hari Isnin. Pengarang pertamanya ialah Dato Onn bin Jaafar. Warta Malaya banyak menyiarkan rencana pengarangnya yang menyentuh keadaan sosioekonomi orang Melayu, soal pelajaran tinggi orang Melayu, dasar pemusatan kuasa British dan tindak tanduk golongan imigran terutama tuntutan mereka untuk mendapat hak yang lebih. Selepas Dato Onn meninggalkan Warta Malaya, ia digantikan oleh Sayid Alwi dan beliau meneruskan perjuangan Dato Onn. Warta Malaya sering mengemukakan kritikan mereka yang bersifat pro-Melayu dan anti-British tetapi akhbar itu tidak bersifat radikal terhadap British. Akhbar ini sering mendesak British supaya memberikan banyak jawatan pentadbir kanan kepada orang Melayu walaupun mereka sedar bahawa orang Melayu yang berpendidikan dan layak untuk jawatan itu adalah sedikit. Pada tahun 1931, akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Mohamad Amin bin Hj Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Ia merupakan akhbar kebangsaan pertama. Abdul Rahim Kajai telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Maljis yang pertama. Beliau adalah seorang peminat politik dan rencana yang disiarkan banyak berkisar kepada isu-isu politik. Pada masa ini Majlis lebih menjurus kepada isu-isu berkaitan dengan sosial dan politik. Akhbar Majlis merupakan akhbar Melayu yang pertama menyediakan ruangan membicarakan politik secara meluas dan membincangkan hak-hak orang Melayu. Penerbitannya juga bertujuan menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Selain politik ia juga banyak menerbitkan rencana tentang perpaduan bangsa, kesedaran dan kebangkitan untuk mengatasi kemunduran terutamanya mengenai hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dan tuntutan orang asing untuk hak dan kedudukan yang sama seperti orang Melayu tidak seharusnya diterima. Utusan Melayu diterbitkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan akhbar pertama yang dimiliki oleh syarikat orang Melayu sendiri kerana sebelumnya syarikat-syarikat akhbar banyak dimiliki oleh orang Arab. Pengarang utamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini melambangkan kegigihan orang Melayu. Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalam politik. Menekankan kepentingan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Salah seorang sidang pengarangnya ialah Ishak Hj Muhammad yang banyak menyeru masyarakat Melayu supaya bersatu. Syarikat ini turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika.

xii.

xiii.

xiv.

xv.

xvi.

A. KESIMPULAN ( 2 M ) i. Peranan wartawan dalam membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu Tanah Melayu memang tidak dapat dinafikan. Penulis-penulis yang aktif mengkritik tentang kemunduran orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi telah dipandang serius. Tulisan-tulisan mereka menjadi penggalak kepada orang Melayu untuk menjaga hak dan bangkit menentang penjajah. Rata-rata isu utama yang menjadi persoalan berkaitan dengan seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, masalah kemunduran orang Melayu,hak-hak istemewa orang Melayu,kepentingan ekonomi dan pendidikan yang bernilai komersil tidak ketinggalan perjuangan emansipasi wanita. Perjuangan wartawan semakin nyata dengan penerbitan Utusan Melayu terutamanya selepas perang dengan isu Malayan Union.

ii.

iii.

5. A. 1.

Bincangkan reaksi penduduk tempatan terhadap Perlembagaan Malayan Union dan Penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. PENGENALAN (3 M) Rancangan Malayan Union (MU) telah digubal oleh Unit Perancangan Tanah Melayu semasa meletusnya Perang Dunia Kedua. MU telah ditubuhkan pada 1 April 1946. MU mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana penghapusan kuasa politik dan kedaulatan sultan serta hak istimewa orang-orang Melayu. Gerakan Anti Penyerahan Sarawak yang tercetus akibat daripada keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Vyner Brooke ini bercanggah dengan Perlembagaan 1941 negeri Sarawak. ISI-ISI REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION (10 M) Pengumuman Rancangan Malayan Union oleh Setiausaha Tanah Jajahan British di Parlimen British pada 10 Oktober 1945 telah menyemarakkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang-orang Melayu. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Melaya telah memainkan peranan penting membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Utusan Melayu telah mendesak sultan-sultan Melayu mengkaji perlembagaan untuk menentang MU. Sementara akhbar Warta Malaya pula membantah dan mengutuk Rancangan MU serta mencadangkan orang-orang Melayu mengadakan Kongres Melayu SeMalaya bagi menyatukan orang-orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Cadangan akhbar Warta Malaya telah disokong oleh Dato Onn b. Jaafar yang menyeru orang-orang Melayu bersatu untuk memperjuangkan kedaulatan, maruah dan martabat orang-orang Melayu. Akibat seruan Dato Onn, beberapa pertubuhan separa-politik Negeri-negeri Melayu telah dihidupkan kembali seperti Persatuan Melayu Kedah, Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor untuk menentang MU. Sementara itu, di Johor lapan buah pertubuhan Melayu telah bergabung membentuk Ikatan Melayu Semenanjung Johor untuk menentang MU pada 20 November 1945. Pada 3 Januari 1946, Gerakan Melayu Semenanjung Johor telah ditubuhkan di bawah pimpinan Dato Onn bagi menentang MU. Orang Melayu turut mengadakan demonstrasi secara besar-besaran bagi menentang Malayan Union seperti di Kelantan yang melibatkan 10,000 orang pada 15 Disember 1945, di Kedah melibatkan 50,000 orang pada 19 Januari 1946 dan di Johor melibatkan 15,000 orang termasuk kaum wanita. Atas usaha Dato Onn Jaafar dan Setiausaha Persatuan Melayu Selangor satu Kongres Melayu SeMalaya yang dihadiri oleh 107 orang perwakilan, 56 orang pemerhati daripada 41 buah pertubuhan di seluruh Tanah Melayu telah diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hb-4 hb Mac 1946. Melalui kongres ini, Dato Onn telah dilantik sebagai pemimpin Kongres Melayu SeMalaya bagi menentang MU. Kongres Melayu SeMalaya turut memberi mandat kepada Dato Onn menghantar telegram kepada Perdana Menteri Britain bagi mengingat beliau bahawa British

2.

B. I. i. ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

xi.

hendaklah menepati janji bahawa Tanah Melayu merupakan hak raja-raja Melayu dan rakyatnya seperti yang termaktub dalam perjanjian antara British dengan raja-raja Melayu. Namun, British tetap dengan keputusannya untuk menubuhkan MU. Penubuhannya ditetapkan pada 1 April 1946. Keputusan British ini menyebabkan Kongres Melayu Semalaya mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946. Mesyuarat ini menyeru orang-orang Melayu bersatu menentang MU, memulaukan sebarang upacara berkaitan MU, menarik diri daripada menjadi anggota majlis mesyuarat atau ahli jawatankuasa dalam MU dan istiadat pelantikan Sir Edward Gent sebagai gabenor MU. Mesyuarat ini juga menyeru orang-orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilit kain putih di songkok. Dalam usaha menentang MU, Kongres Melayu Semalaya telah mengadakan mesyuaratnya yang kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dalam mesyuarat ini, Kongres Melayu Semalaya bersetuju menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi menggantikan Kongres Melayu SeMalaya dengan Dato Onn Jaafar sebagai presidennya yang pertama. Melalui UMNO, Dato Onn telah mendapat sokongan kuat daripada orang-orang Melayu untuk melancarkan penentangan secara besar-besaran terhadap MU di seluruh Tanah Melayu. UMNO telah menganjurkan rapat umum, demonstrasi dan tunjuk perasaan di seluruh negara. Sementara pemimpin UMNO telah menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan butir-butir perlembagaan MU yang merugikan orang Melayu dan mendesak orang Melayu bangun menentangnya. Hasilmya orang Melayu telah mengadakan rapat umum di seluruh negara dengan cara melilit kain putih di songkok sebagai tanda berkabung. Ketika menentang MU, UMNO melaungkan slogan Hidup Melayu untuk menyatukan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak keistimewaan dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. GERAKAN ANTI-PENYERAHAN SARAWAK (10 M) Keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada jajahan British selepas Perang Dunia Ke-2 menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat Sarawak. Pertubuhan yang pertama menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ialah Persatuan Melayu Sarawak (PMS). PMS menentang tindakan Vyner Brooke ini kerana menganggap penyerahan Sarawak kepada kerajaan British bercanggah dengan perlembagaan 1941 dan akan melambatkan kemerdekaan Sarawak. Pada 12 Februari 1946, PMS telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penyerahan Sarawak kepada British. Mesyuarat ini telah membuat keputusan untuk menghantar surat bantahan kepada Satiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London. Pada 1 hb Julai 1946, PMS telah menghantar telegram kepada Perdana Menteri Britain, Clement Attle sebagai tanda protes terhadap penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. PMS telah bertindak mengadakan beberapa demontrasi semasa upacara pengisytiharan Sir Arden Clarke sebagai gabenor Sarawak yang pertama pada 30 Oktober 1946. Pada 1 November 1946, PMS telah menganjurkan satu persidangan kebangsaan pertubuhan-pertubuhan seluruh Sarawak yang dihadiri oleh 40 wakil pelbagai pertubuhan termasuklah wakil kaum Iban.

2. i. ii.

iii. iv. v. vi.

vii.

Persidangan ini telah membuat keputusan mengadakan demontrasi secara besar-besaran pada hari ulang tahun pertama pengambilalihan Sarawak oleh kerajaan British dan menghantar surat makluman mengenai tunjuk perasaan tersebut kepada Sir Arden Clarke iaitu Gabenor British yang pertama di Sarawak. Malangnya, surat tersebut telah di balas dengan amaran keras oleh kerajaan British. viii. Sungguhpun begitu, tunjuk perasaan tetap diadakan juga. Pada 1 Julai 1947, satu demontrasi secara besar-besaran telah dianjurkan oleh PMS dengan kerjasama Persatuan Dayak Sarawak (PDS). ix. Ramai yang terlibat dalam demontrasi tersebut ialah kakitangan kerajaan yang berjawatan guru. Justeru itu, kerajaan British telah mengeluarkan satu pekeliling (pekeliling no.9) pada bulan Disember 1947 untuk menyekat kakitangan kerajaan menyertai gerakan antipenyerahan. Surat ini memberi amaran keras kepada mereka yang terlibat dalam gerakan anti-penyerahan. x. Pekeliling ini telah membangkitkan lagi sentimen anti-British dan menyebabkan 338 orang kakitangan meletakkan jawatan untuk meneruskan perjuangan mereka. Kebanyakan mereka terdiri daripada guru. Ini menyebabkan 22 daripada 87 buah sekolah Melayu terpaksa ditutup. xi. Namun begitu, kerajaan British tetap dengan keputusannya. Kempen kerajaan British dengan cara melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak telah berjaya melemahkan semangat pejuang gerakan anti-penyerahan. Menjelang tahun 1948, gerakan anti-penyerahan yang dipimpin oleh PMS semakin lemah dan ramai kakitangan kerajaan telah memohon kembali jawatan mereka. xii. Namun demikian, masih terdapat sebuah pertubuhann Melayu yang agak radikal iaitu Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) yang masih tetap menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. xiii. Pada 20 Ogos 1948, PPMS telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit iaitu Rukun Tiga Belas di bawah pemimpin Rosli Dhobi. xiv. Pada 3 Disember 1949, pemimpin Rukun Tiga Belas, Rosli Dhobi telah menikam gabenor Sarawak yang kedua, Duncan Steward ketika dalam lawatan ke Sibu. Duncan Steward meninggal dunia seminggu kemudian. xv. Akibat Rosli Dhobi dan 3 orang rakannya telah dihukum mati. Sementara yang lain telah dipenjarakan. Serentak dengan itu, PPMS telah diharamkan oleh kerajaan British. Tindakan ini telah melemahkan gerakan anti-penyerahan. xvi. PMS telah bangkit semula dan menyusun gerakan anti-penyerahan. Pada 18 hb April 1950, PMS telah menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak, Sir Anthony Abel dan menyatakan PMS ingin mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh British. xvii. Pada 30 Oktober 1950, wakil PMS telah berunding dengan wakil kerajaan British di Singapura tetapi gagal. xviii. Pada tahun 1951, terdapat perubahan sikap kedua-dua pihak baik PMS mahupun kerajaan British. PMS akhirnya akur dengan nasihat kerajaan British supaya tidak bersikap menentang lagi. xix. Sementara kerajaan British pula berjanji akan membimbing dan membantu Sarawak mencapai kemerdekaan dalam lingkungan negara Komanwel British. xx. Dengan janji kerajaan British ini, PMS telah menamatkan gerakan anti-penyerahan pada tahun 1951.

C. KESIMPULAN (2 M) i. Dengan ini, jelaslah bahawa penentangan orang Melayu terhadap MU lebih berjaya berbanding dengan gerakan anti-penyerahan Sarawak. ii. Akibat penentangan orang Melayu, British terpaksa memansuhkan Perlembagaan Malayan Union pada bulan Julai 1946 dan menggantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948. Kejayaan ini kerana penentangan terhadap MU mendapat sokongan padu orang Melayu. iii. Sementara gerakan anti-penyerahan Sarawak pula telah gagal untuk menghalang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Kegagalan gerakan anti-penyerahan kerana tidak mendapat sokongan meluas penduduk Sarawak.

6. Nyatakan ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia sehingga tahun 1963. A. PENGENALAN ( 2/3 markah ) a) Selepas Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957,sistem pemerintahan adalah berdasarkan konsep demokrasi berparlimen dan perlembagaan yang berkait rapat dengan hak rakyat dalam usaha kerajaan dalam menjaga kepentingan mereka. b) Sistem ini merangkumi ciri-ciri seperti ketua negara berpelembagaan,parlimen,ketua di peringkat negeri dan pilihanraya. B. ISI-ISI ( 20 markah ) 1. Ketua Negara/Yang Dipertuan Agong ( YDPA ) a) Merupakan ketua negara.Jawatan diwujudkan mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.Dalam melaksanakan kuasa eksekutif baginda haruslah dulu mendapat nasihat Perdana Menateri dan ahli kabinet.Antaranya termasuklah perkaraperkara yang berkaitan dengan perlantikan dan perlucutan jawatan Jemaah Menteri dan merasmikan Dewan Parlimen. b) Baginda dianggap sebagai lambang keagungan dan lambang perpaduan.Baginda menjalankan peranan dan tanggungjawab selari dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. c) Dalam menjalankan kuasa pemerintahan baginda tertakluk di bawah perlembagaan dan Jemaah Menteri.Perlembagaan juga memperuntukkan kuasa berdasarkan budi bicara sendiri.Contohnya dalam bidang perundangan ,baginda berkuasa memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum rang undang-undang itu menjadi undang-undang yang sah. d) Baginda juga berkuasa memanggil,menangguh dan membubarkan parlimen sebelum lima tahun.Baginda sendiri melantik Perdana Menteri dan berkuasa memanggil mesyuarat Raja-Raja terutamanya membincangkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu. e) Baginda berkuasa melantik hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi,menangguh dan meringankan hukuman atau berkuasa memberi pengampunan. f) Baginda juga pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan berkuasa mengisytiharkan darurat dan undang-undang tentera.Baginda mempunyai kuasa mengampun,meringankan serta menangguhkan hukuman ke atas setiap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. g) YDPA juga ketua Agama Islam di negeri baginda sendiri,Wilayah Persekutuan,Melaka,Pulau Pinang,Sabah dan Sarawak serta bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain.

h) Umumnya Majlis Raja-Raja Melayu dianggotai oleh 9 orang Raja-Raja Melayu dan 4 orang Yang Dipertuan Negeri.Hanya 9 orang sultan sahaja yang dipilih secara bergilirgilir sebagai YDPA dan dibantu oleh seorang timbalan YDPA.Kedua-duanya dilantik untuk memegang jawatan selama lima tahun. 2. Perlembagaan Persekutuan a) Merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undangundang yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan iaitu YDPA,Sultan/Raja,Badan Eksekutif,Badan Kehakiman,Pilihanraya,pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri dan hak-hak rakyat. b) Undang-undang tertinggi negara dan menjadi asas kepada semua undang-undang,sama ada yang sudah atau bakal digubal.Semua undang-undang yang ada tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.Jika berlaku undang-undang tersebut akan terbatal. c) Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia.Peruntukan ini memudahkan kerajaan pusat menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin tanpa bersaing dengan pihak lain. d) Seiring dengan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara,parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang yang di luar bidang kuasanya. e) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan semasa penubuhan Malaysia yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan ini mengandungi 183 perkara yang dibahagi dalam 15 bahagian. 3. Parlimen a) Merupakan institusi bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.Peranan parlimen adalah untuk menggubal undang-undang bagi Persekutuan Malaysia. b) Parlimen terdiri daripada YDPA,Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Dewan Rakyat berfungsi membincang ,membahas,dan menggubal rang undang-undang yang telah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan.Undang-undang tersebut akan dibahaskan sekali lagi sekiranya YDPA telah memperkenankannya.Walaupun demikian,undang-undang tersebut sah setelah diluluskan oleh kedua-dua dewan buat kali kedua walaupun tanpa perkenan YDPA.

c) Selain merangka undang-undang,parlimen juga berfungsi : i. ii. iii. iv. Mengawal kewangan negara dan meluluskan peruntukan belanjawan untuk sesebuah kementerian. Meminda perlembagaan mengikut keperluan negara Mengawasi pemerintahan dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan Mendengar rayuan orang ramai yang menyentuh tentang kepentingan rakyat.

4. Pilihanraya a) Merupakan ciri penting yang dijamin oleh perlembagaan Persekutuan.Pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali untuk memilih wakil bagi menduduki institusi perundangan sama ada untuk Badan Perundangan Persekutuan atau Badan Perundangan Negeri. b) Pilihanraya dianggap sebagai suara atau pilihan rakyat untuk membentuk kerajaan bagi mewakili kepentingan mereka.Proses ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. c) Suruhanjaya ini merupakan badan bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kepada mana-mana parti politik.Ahli-ahli ini adalah dilantik sendiri oleh YDPA dan bukannya kerajaan. d) Bagi Semenanjung Malaysia,Perlembagaan Persekutuan menetapkan supaya pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen manakala bagi Sabah dan Sarawak tempohnya tidak lebih daripada 90 hari. 5. Badan Eksekutif a) Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif.Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut. b) Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan. c) Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet,memimpin kerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan. d) Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri,Menterimenteri,Timbalan-Timbalan Menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran negara

e) Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara. f) Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua Setiausaha Kementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan. g) Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan daerah.Selain itu terdapat kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah. h) Pelantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik,misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman. C. KESIMPULAN ( 3/2 markah ) a) Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan ditadbir oleh rakyat sendiri selaras dengan dasar demokrasi. b) Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi.Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada. c) Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut.

7.

Jelaskan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.

A. PENGENALAN ( 3 Markah ) i. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia pada abad ke-19 kebanyakan negara Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan merupakan kerajaan berbentuk sistem feudal. Feudalisme bermaksud satu masyarakat yang bersusun lapis mengikut heiraki dan ianya merupakan cara hidup yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Feudalisme juga merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikat dengan kerajaan pusat. Di Asia Timur China dan Jepun, sistem feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan memerintah terdiri daripada raja dan pembesar sementara golongan yang diperintah pula ialah rakyat. Tujuan sistem feudal ini diamalkan adalah untuk menentukan kedudukan dan status golongan tertentu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian masyarakat.

ii.

iii.

B) ISI 1) Sistem Feudal Di China ( 10 Markah ) Golongan Pemerintah a) Maharaja i. Maharaja menduduki heiraki tertinggi, berkuasa mutlak dan mengawal seluruh masyarakat China. Maharaja sangat berkuasa dalam bidang pentadbiran iaitu eksekutif, lagislatif dan kehakiman. ii. Baginda mempamerkan dirinya sebagai pemimpin intelektual dan pemimpin agama tertinggi dan menganggap dirinya sebagai Anak Tuhan Dari Syurga. iii. Maharaja wajib mematuhi etika moral ajaran confucius dan harus menjadi contoh kepada rakyat. Maharaja yang jujur dan berkarisma akan disanjung , dihormati dan ditaati oleh rakyat. Jika berlaku sebaliknya rakyat berhak memberontak dan menggulingkan maharaja itu. b) Golongan Bangsawan Golongan bangsawan terdiri daripada kerabat diraja, bangsawan bergelar dan bangsawan perang.

i) Bangsawan Kerabat Diraja Bangsawan kerabat diraja terdiri daripada kaum lelaki keturunan nunhaci yang berjumlah kira- kira 700 orang. Sejak kurun ke-16 hingga kurun ke-19, seluruh kehidupan mereka diuruskan oleh maharaja sebagai kumpulan bangsawan yang utama. Mereka dianugerahkan oleh maharaja tanah, tempat tinggal rasmi dan elaun dalam bentuk perak dan beras. Namun demikian, mereka hidup terasing kerana tidak dibenarkan berhubung dengan pihak berkuasa wilayah dan Sekretariat/Majlis Agung. ii) Bangsawan Bergelar Bangsawan bergelar pula terdiri daripada 5 kelas yang tiap-tiap satunya terbahagi pula kepada beberapa kelas mengikut darjat. Bangsawan bergelar juga mempunyai keistimewaan dan menerima anugerah daripada maharaja seperti beras, perak dan tanah. Sebagai contoh, Duke kelas pertama menerima 260 taels. iii) Bangsawan Perang Bangsawan perang merupakan kumpulan bangsawan yang ketiga. Mereka adalah pemimpin elit tentera yang menjadi teras pertahanan Manchu sehingga kurun ke- 19. Sebahagian besar daripada mereka ditempatkan di Peking dan kawasan sekitarnya. Sebahagian lagi di tempatkan di markas-markas tentera yang jauh. Mereka diberi layanan yang baik oleh maharaja melalui pemberian pencen tahunan, tanah untuk ternakan lembu, beras dan kain. Selalunya bangsawan perang terdiri daripada keturunan Manchu, diberi layanan lebih baik daripada keturunan China dan Monggol. Semua bangsawan perang adalah dilarang mengambil bahagian dalam perburuhan bagi menjaga maruah dan status sosial mereka. Pemimpin tertinggi tentera Manchu boleh membicarakan mereka atas kesalahan-kesalahan tertentu. Golongan diperintah a) Sarjana i) Para sarjana menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat Cina dalam golongan yang diperintah. Mereka ini terdiri daripada yang lulus peperiksaan awam kerajaan dan juga yang gagal dalam peperiksaan tersebut. Termasuk dalam kumpulan ini ialah para literati(persuratan) yang sama ada atau enggan mengambil peperiksaan kerajaan atau telah memiliki ijazah akedemik atau telah menjawat jawatan rasmi dikenali sebagai gentry (Shan-Shin). Golongan Gentri terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang menjadi pegawai kerajaan dikenali sebagai official gentri dan yang tidak terlibat dalam birokrasi kerajaan dipanggil skolar gentri. ii) Golongan Gentri (Shan-Shin) mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat. Official gentry tergolong sebagai birokrat dan menganggotai kelas pemerintah. Skolar gentri pula menjadi orang perantaraan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah. Mereka selalunya menjadi pemimpin di tempat mereka. Peranan mereka yang dominan dalam masyarakat dan hak-hak unik yang mereka nikmati menjadikan mereka golongan istimewa. Mereka juga adalah bakal-bakal pegawai kerajaan yang akan mengetuai kelas pemerintahan bila tiba masanya. Golongan ini juga sentiasa menganggap kumpulan mereka sebagai pelindung warisan kebudayaan, prinsip-prinsip

moral dan pendidikan masyarakat Cina. b) Petani i) Golongan petani menduduki lapisan kedua selepas golongan sarjana. Golongan ini membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk China. Sebagai sebuah China sebuah negara argraria, maka status golongan petani ini lebih tinggi daripada golongan artisan dan saudagar. Mereka mencapai status ini kerana golongan mereka adalah yang terbesar, menghasilkan makanan dan sumber cukai kepada kerajaan serta membekalkan tenaga kerja untuk projek-projek kerajaan. ii) Pada umumnya, kehidupan petani di kampung-kampung kecil adalah bebas tanpa gangguan selagi mereka menjelaskan pembayaran cukai, menunaikan khidmat kerah dan akur dengan tanggungjawab terhadap sistem Poa-chia dan Li-chia. Namun demikian, kehidupan mereka belum tentu selesa dan makmur kerana pendapatan hasil beras daripada tanah yang dikerjakan hanya cukup untuk menyara keluarga. Mereka juga terpaksa menjelaskan bayaran cukai yang tinggi kepada kerajaan atau tuan-tuan tanah feudal. iii) Golongan petani bagaimanapun terbuka kepada mobiliti sosial secara menegak. Seorang anak petani yang pintar selalunya berusaha keras untuk maju dalam pelajaran dan lulus peperiksaan kerajaan serta mendapat ijazah. Kemudian dia menjadi ahli golongan sarjanadan mend apat jawatan yang boleh membawa penghormatan kepada keluarga dan mengelakkan diri daripada kemiskinan. c) Artisan i. Golongan artisan berada di lapisan ketiga dalam susun lapis masyarakat Cina selepas Skolar Gentri dan petani. ii. Mereka ini terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit, pelukis, tukang kasut dan seumpamanya. iii. Pekerja-pekerja dalam industri proto seperti menenun kain, melombong, pembuat barangan tembikar dan lain-lain termasuk dalam kumpulan ini. iv. Mereka membentuk persatuan mengikut jenis pekerjaan yang mereka jalankan bagi menetapkan harga dan mutu barangan yang dikeluarkan. v. Umumnya pendapatan mereka lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial adalah lebih rendah. d) Saudagar i. Golongan saudagar menduduki lapisan sosial paling bawah. ii. Mereka bukan sahaja terdiri daripada peniaga-peniaga kaya yang memegang monopoli tetapi juga peruncit-peruncit, dan kerani.

iii. Saudagar teh, sutera dan garam menjadi kaya raya serta menikmati hidup mewah. iv. Beberapa firma antarabangsa juga mencapai kekayaan dan terkenal. Walaupun kaya dan mempunyai perniagaan yang besar tetapi status sosial mereka lebih rendah berbanding Skolar Gentri dan golongan petani. v. Kegiatan mereka mengejar keuntungan dianggap bertentangan dengan ajaran Confucius. e) Masyarakat Tanpa Kelas i. Dalam masyarakat Cina, terdapat satu kumpulan masyarakat yang disisih atau tanpa kelas. Mereka ini terdiri daripada penyanyi, penghibur, peminta sedekah, pelacur, pelakon dan buruh kasar tertentu digelar palani. ii. Mereka ini disekat daripada menikmati peperiksaan kerajaan. Bagaimanapun, Maharaja Yung Cheng (1723-1735) telah membebaskan mereka daripada sekatan-sekatan tersebut. 2) Sistem Feudal Di Jepun Golongan Pemerintah a) Maharaja i. Maharaja tidak berkuasa langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan kerana diambil alih oleh Shogun. Kehidupan Maharaja di Kyoto dikawal ketat oleh Shogun dengan pelbagai undang-undang dan peraturan. Di Jepun, Maharaja dibonekakan dan terbelenggu di istana. b) Shogun i. Shogun Tokugawa adalah panglima tertinggi tentera di Jepun dan merupakan pemerintah diktator yang menampilkan dirinya sebagai pemimpin di lapisan teratas, memiliki autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja. ii. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni. iii. Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertanian negara. c) Daimyo/Tuan Tanah/Land Lord i. Daimyo terletak dilapisan selepas Shogun. Mereka diklasifikasikan mengikut hubungan dan pertalian darah dengan Shogun iaitu Daimyo Sanke yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Tokugawa dan dibahagi kepada Kii, Owari dan Mito. ii. Sunkyo bermaksud tiga pembesar yang mempunyai pertalian dengan Tokugawa.

Mereka memakai nama keluarga mereka iaitu Toyasu, Hitotsubashu dan Shimizan. iii. Koman bermaksud rumpun keluarga berkait. Bilangan mereka lebih ramai dan memakai nama keluarga mereka iaitu Matsudaimo. iv. Fudai merupakan penyokong kuat Tokugawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak istimewa seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negeri. v. Tozama terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal dan terpaksa tunduk kepada Tokugawa. Mereka dilarang memegang jawatan di peringkat pusat kerana dicurigai sebagai golongan penentang. Golongan Diperintah a) Samurai i. Menduduki hierarki tertinggi dalam golongan diperintah. Hanya segelintir samurai dibenarkan memiliki tanah sendiri. Samurai biasanya tidak mempunyai tanah dan upah mereka dibayar dalam bentuk beras. Pada zaman keamanan, peranan samurai mula berubahdan menjadi pentadbir ladang, wilayah, mengurus kewangan, mengawal dusun dan utusan. ii. Samurai terbahagi kepada tiga kelas iaitu kelas teratas namun bilangan mereka tidak ramai, kelas sederhana adalah taraf samurai sebenarnya dan kelas bawahan merupakan tentera berjalan kaki. b) Petani i. Golongan ini sangat dihormati dan dianggap sebagai asas pembinaan negara kerana petani terikat dengan tanah. ii. Mereka menghasilkan beras dan membayar cukai feudal. Pada zaman Tokugawa, golongan ini terikat dengan tanah dan tidak boleh menukar pekerjaan. Setelah berlaku perubahan ekonomi, golongan petani mula terlibat dalam kegiatan lain yang berkaitan dengan pertanian seperti menghasilkan sutera, kertas, lilin, menekap kain dan lain-lain. iii. Ada juga yang terlibat dalam pertanian konglomerat, menjadi pekedai runcit, peminjam wang disamping kekal sebagai tuan tanah. Walaupun golongan ini mengecap kekayaan tetapi taraf sosial mereka masih tidak berubah. c) Artisan i. Golongan ini memainkan peranan yang penting tetapi status sosial mereka lebih rendah daripada petani. Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit dan lain-lain. ii. Walaupun berpendapatan lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial mereka lebih rendah. d) Saudagar/ Pedagang i. Menduduki lapisan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Jepun. Saudagar

menguasai perdagangan tempatan yang kompleks merangkumi pelbagai jenis pekerjaan seperti jualan barangan, gudang, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga merupakan golongan yang memanipulasi pelbagai perniagaan. ii. Golongan saudagar juga menubuhkan persatuan dan melindungi diri mereka melalui tindakan berkumpulan. Mereka adalah golongan yang kaya tetapi status mereka kekal di lapisan paling bawah. C. KESIMPULAN ( 2 Markah ) i. Susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun mula berubah setelah campur tangan kuasa-kuasa Barat. Di negara China, sistem feudal ini mengalami perubahan setelah berlaku kemasukan kuasa-kuasa asing dan perubahan politik China terutama melalui dasar pembaharuan serta perubahan daripada Dinasti Manchu kepada kerajaan Republik mulai tahun 1911. ii. Di Jepun, perubahan turut berlaku apabila Shogun Tokugawa telah dijatuhkan dan digantikan dengan Maharaja Meiji. Baginda telah mengadakan pembaharuanpembaharuan di Jepun meliputi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial. Sistem ekonomi wang telah menyebabkan golongan saudagar menjadi golongan penting semasa zaman Maharaja Meiji.

8.Bincangkan sistem perundangan yang diamalkan di China dan Filipina sebelum campur tangan barat. A. PENGENALAN ( 2/3 markah ) a) Undang-undang merupakan peraturan yang digubal untuk mengawal tingkah laku seseorang dalam satu masyarakat oleh pemerintah seperti raja/maharaja dan pembesar. b) Undang-undang adalah berbeza dangan adat kerana terdapat dalam bentuk bertulis dan pelaksanaannya dikawal oleh pemerintah.Undang-undang ini bukan sahaja dipengaruhi oleh amalan tradisi tetapi juga dipengaruhi oleh agama. c) Sistem perundangan yang diamalkan oleh masyarakat China dan Filipina bertujuan untuk mengawal keharmonian serta menjadi panduan sesebuah masyarakat.Sistem perundangan terdapat dalam bentuk undang-undang lisan dan undang-undang bertulis. B. ISI-ISI ( 20 markah ) Sistem Undang-undang China. a) Sistem perundangan China berasaskan dua bahagian iaitu undang-undang Maharaja atau juga disebut sebagai Dikri Maharaja dan Undang-undang Pembesar. b) Dikri Maharaja dikeluarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.Contohnya Kod Undang-undang Dinasti Manchu merupakan koleksi hukuman yang menjurus kepada kes-kes tertentu.Tahun 1729,Maharaja Yung Cheng telah mengeluarkan undangundang melarang import dan penjualan candu serta mengharamkan kegiatan rumahrumah candu yang banyak didirikan di China.Hukuman yang berat dikenakan kepada mereka yang mengimport candu.Pada tahun 1800 undang-undang melarang penanaman pokok popi di China pula dikeluarkan. c) Undang-undang yang dikeluarkan juga berkaitan dengan dasar-dasar lain seperti perdagangan dan pentadbiran.Pada tahun 1757 satu dikri dikeluarkan mengenai perdagangan Canton.Undang-undang seterusnya dikeluarkan pada tahun 1835,iaitu dengan penggubalan lapan peraturan baru mengenai peraturan perdagangan barat di China. d) Perintah atau Dikri Maharaja adalah suci,sesuatu arahan atau dikri boleh dijadikan undang-undang baru.Perintah-perintah ini biasanya dijalankan oleh Pejabat Setiausaha Utama dan Majlis Utama. e) Undang-undang China juga berpegang kepada tanggungjawab masyarakat di mana setiap anggota masyarakat bertanggungjawab kepada kesalahan yang dilakukan individu jika individu tersebut tidak dapat ditangkap atau lari.Undang-undang China juga menekankan konsep nyawa dibalas nyawa.Ini bermakna kesalahan yang dilakukan mesti dibalas sama

dengan kesalahan yang dilakukannya.Contohnya hukuman bunuh mesti mesti dibalas dengan bunuh tidak kira apa sebabnya.Undang-undang China menekankan prinsip seorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga ia membuktikan ia tidak bersalah. f) Beberapa kes atau peristiwa yang berlaku contohnya peristiwa Lady Hughes di mana pesalah tanpa dibicarakan telah dihukum cekik sampai mati.Kejadian yang sama berlaku pada tahun 1821,iaitu kes Emily yang dibicarakan oleh golongan mandarin dan akhirnya dicekik sampai mati. g) Di China undang-undang jenayah menjadi tanggungjawab negara,hukumannya berat dan tidak terdapat satu sistem pembelaan,orang yang tidak bersalah bergantung kepada keadilan dan timbang rasa hakim yang bertugas. h) Sementara itu,undang-undang awam pula tidak di bawah kuasa kerajaan.Perselisihan yang berkaitan dengan kontrak perjanjian perniagaan,harta benda,perwarisan,perkahwinan dan perceraian,semuanya diselesaikan oleh orang tua-tua kampung,ketua keluarga yang tua,pegawai-pegawai dari persatuan peniaga atau orang yang bertanggungjawab dari badan-badan lain yang tidak rasmi. i) Tidak terdapat undang-undang bertulis berkaitan dengan kes-kes ini dan undang-undang jenayah hanya menyatakan tentang jenis hukuman yang dikenakan mengenai kesalahankesalahan jenayah yang berbeza. j) Undang-undang seterusnya ialah Dikri Pembesar atau Undang-Undang Pembesar yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah yang lebih bersifat tempatan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran termasuklah sebagai penguasa polis.Di peringkat wilayah Majistret pula bertindak sebagai hakim awam dan jenayah. k) Undang-undang China lebih menekankan kepada keharmonian sosial dan bukan penyelesaian kes.Dalam setiap kes yang berlaku mesti dihukum.Keadaan ini juga akhirnya membawa pertentangan apabila barat campur tangan di China. Sistem Undang-undang di Filipina. a) Sistem perundangan di Filipina terdiri daripada undang-undang lisan dan undang-undang bertulis.Undang-undang lisan disebut sebagai Ugali yang diturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. b) Undang-undang yang telah digubal akan diumumkan kepada masyarakat atau ahli masyarakat melalui upacara Umalahokan.Ini bermakna setiap undang-undang yang dibuat berdasar keperluan semasa dan boleh berubah-ubah.

c) Undang-undang bertulis pula digubal oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang dikenali sebagai Datu dan kebanyakannya telah lenyap.Hanya dua yang terselamat iaitu Kanun Marangtas dan Kanun Kalantiaw dari Panany. d) Undang-undang Filipina meliputi banyak perkara seperti perhubungan keluarga,hak pemilikan harta,warisan harta pusaka,urusan-urusan perjanjian,perkongsian,pinjaman wang dan bunga,kesalahan jenayah dan hukuman,pengambilan anak angkat dan perceraian. e) Kesalahan membunuh,menyamun,mengamalkan ilmu sihir,mencaci,menceroboh rumah datu pada waktu malam dan mencabul benda-benda suci dianggap kesalahan besar.Hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah adalah hukuman bunuh,menjadi abdi atau dibakar hidup-hidup atau membayar denda yang tinggi. f) Kesalahan-kesalahan kecil pula seperti mencuri,berzina,memberi keterangan palsu,menipu dalam menjalankan urus niaga akan dikenakan hukuman sebat,mendedahkan seluruh tubuh agar digigit kerengga,dikenakan denda atau berenang terus menerus selama beberapa jam. g) Terdapat perbicaraan cara ujian terutama dalam soal-soal yang menimbulkan keraguan.Jika timbul keraguan pesalah atau orang yang dituduh mesti melakukan ujian iaitu : i. ii. iii. Menyelam dan terjun ke dalam sungai bersama lembing mereka dan sesiapa yang menyelam lebih lama diisytiharkan tidak bersalah. Mengambil batu dalam air atau minyak yang mendidih,sesiapa yang teruk melecur diisytiharkan bersalah. Ujian menggunakan lilin pula,pesalah akan diberi sebatang lilin yang sama saiz dan telah dinyalakan terlebih dahulu.Lilin yang padam dulu dianggap bersalah.Perbicaraan diadakan secara terbuka dan diketuai oleh seorang datu.

h) Kanun Marangtas juga dikenalpasti sebagai Kanun Undang-undang Tertua yang ditulis oleh Datu Sumakwel pada tahun 1250 dan kadang kala juga dikenali sebagai Kanun Sumakwel i) Kanun Kalantiaw ditulis pada 1433 atau Kanun Keseksaan Rajah Kalantiaw,penghulu ketiga Pulau Panay.Kanun ini mengandungi 18 perintah ( Sugo ). j) Kanun Marangtas mengandungi empat bahagian utama iaitu : i. Sengaja malas atau enggan bekerja di ladang atau bercucuk tanam akan ditangkap dan dijual kepada keluarga yang kaya untuk bekerja sebagai hamba untuk mendapat pengajaran.Apabila telah rajin bekerja akan dipulangkan semula kepada

keluarganya dan harga yang dibayar untuk membelinya akan dipulangkan.Jika malas dan tidak berubah akan ditangkap semula oleh pihak berkuasa dan dihantar ke hutan serta tidak dibenarkan bercampur gaul dengan sesiapa kerana akan membawa contoh yang buruk kepada masyarakat. ii. iii. Menyamun akan dihukum dengan berat.Jari-jari penyamun akan dipotong. Perkahwinan dan memiliki anak isteri,hanya orang yang boleh menanggung satu keluarga atau beberapa keluarga sahaja boleh berkahwin lebih dari sekali dan boleh mempunyai ramai anak.Keluarga yang miskin tidak boleh memberi lebih daripada dua anak kerana ia tidak akan mampu mendidik atau menanggung anak yang lebih dari itu.Kanak-kanak yang tidak boleh ditanggung oleh ibu bapanya akan dibunuh dan dibuang ke dalam sungai. Jika seorang lelaki mempunyai hubungan dengan perempuan dan mempunyai anak serta enggan mengahwininya,anak tersebut akan dibunuh kerana akan mendatangkan kesusahan kepada perempuan tersebut kerana tidak bersuami.Ibu bapa perempuan akan memecat anak-anak dari menjadi waris.Pihak berkuasa akan mencari lelaki yang melarikan diri,jika masih enggan berkahwin,dia akan dipancung dan ditanam satu kubur bersama anaknya.

iv.

k) Kanun Kalantiaw pula mengandungi 13 perintah iaitu : i. ii. Larangan membunuh,mencuri atau mencederakan orang tua.Hukumnya dibenam dengan menggunakan batu ke dalam sungai atau ke dalam air mendidih. Mesti melunaskan hutang kepada penghulu.Sesiapa yang engkar akan disebat seratus kali bagi kesalahan pertama.Jika hutangnya banyak,tangan orang itu akan dicelup ke dalam air mendidih sebanyak tiga kali.Jika kesalahan berulang orang berhutang akan dihukum bunuh dengan direjam. Perkahwinan dengan gadis muda tidak dibenarkan dan tidak boleh kahwin melebihi kemampuan.Sesiapa yang engkar,bagi kesalahan pertama akan dipaksa berenang selama tiga jam dan bagi kesalahan kedua akan dibunuh dengan serampang. Jangan mengusik kubur.Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh dengan membiarkan kerengga menggigit badannya sampai mati atau disebat dengan serampang sampai mati. Pertukaran barang makanan mestilah dijalankan mengikut perjanjian.Jika mugkir dia akan disebat selama satu jam dan bagi kesalahan kedua akan diletakkan dalam sarang kerengga selama satu hari.

iii.

iv.

v.

vi.

Hukum tidak menghormati tempat suci.Bagi kesalahan pertama didenda membayar emas atau madu bersamaan hasil kerja sebulan.Kali kedua didenda bersamaan hasil kerja selama lima tahun. Hukuman bunuh pula dikenakan ke atas orang yang membinasakan tempattempat suci,memanah orang lelaki dan perempuan tua pada waktu malam hari,orang yang menceroboh rumah penghulu,orang yang membunuh ikan yu dan orang yang menyiat kulit buaya. Hukuman menjadi abdi selama setahun akan dikenakan kerana mencuri isteri penghulu,membela anjing yang menggigit penghulu dan membakar tanaman orang lain. Orang yang menyanyi pada waktu malam dipukul berturut-turut selama dua hari termasuk membunuh burung yang dinamakan Manual ", membinasakan rekod penghulu,menipu kerana niat jahat dan mempermainkan orang yang sudah mati. Ibu mesti mengajar anak perempuan tentang kesihatan jantina dan mendidik mereka untuk menjadi ibu.Suami pula mesti menghukum isteri jika berzina.Jika perintah dilanggar akan dikerat badan-badannya dan keratan badan akan dicampak kepada buaya. Dibakar hidup-hidup bagi orang yang melepaskan diri dari hukuman secara paksa/menggunakan helah,orang yang membunuh kanak-kanak masih terlalu kecil dan orang yang cuba mencuri isteri orang tua. Hukuman dibenam bagi abdi yang menyerang penghulu atau tuannya dan orang yang membinasakan patung persembahan. Diletakkan di sarang kerengga selama setengah hari bagi orang yang membunuh kucing hitam pada waktu bulan muda,mencuri dari penghulu atau orang lebih tua. Diturunkan taraf menjadi abdi seumur hidup bagi orang tua yang enggan mengahwinkan anak-anak gadis mereka yang cantik dengan anak penghulu atau menyembunyikan anak dengan tujuan menipu. Berkaitan dengan kepercayaan karut akan disebat termasuk makan bangkai daging serangga suci,makan daun-daun ubat yang berguna,membunuh monyet putih,dan membunuh anak burung Manual. Membinasakan patung persembahan di meja pemujaan,mematahkan alabangka yang digunakan oleh paderi-paderi perempuan untuk mengorbankan babi atau memecahkan tong-tong wain akan dikerat.

vii.

viii.

ix.

x.

xi.

xii. xiii. xiv.

xv.

xvi.

xvii. xviii.

Mencabul kesucian tempat-tempat patung persembahan dan benda-benda suci berhubung dengan dewa dan penghulu,hukumannya ialah dibakar hidup-hidup. Orang yang melanggar perintah-perintah di atas,jika orang tua akan dihumban ke dalam sungai supaya dimakan oleh ikan yu dan buaya.

C. KESIMPULAN ( 2/3 markah ) a) Terdapat perbandingan yang jelas antara undang-undang di Asia.Di China menekankan tanggungjawab individu sementara di Filipina lebih kepada individu. b) Fungsi undang-undang untuk mengawal tingkah laku dan keharmonian masyarakat tidak boleh disangkal dan dinafikan.Sistem perundangan juga menjamin hak pemerintah dan rakyat.Kesemua undang-undang walau bagaimanapun berubah setelah campur tangan kuasa barat.

9.

Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi faktor penting kemaraan pengaruh Barat di Jepun dan Thailand pada pertengahan abad ke-19.

A. Pengenalan ( 4 Markah ) i. Pada pertengahan abad ke-19 kebanyakan negara-negara di Asia telah jatuh ke tangan imperialis Barat. Negara-negara di benua Asia menjadi sasaran kuasa Barat kerana kekayaan yang dimilki dengan pelbagai bahan mentah. Negara-negara Asia menjadi tanah jajahan Barat melalui berbagai-bagai cara seperti peperangan, pengilhakan dan juga dengan cara perjanjian. Negara Thai dan Jepun juga tidak terlapas daripada menerima pengaruh Barat. Thailand menerima pengaruh British manakala Jepun menerima pengaruh Amerika Syarikat. Kemaraan British di Thailand dan Amerika Syarikat di Jepun bukan sahaja disebabkan oleh faktor ekonomi tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain.

ii. iii.

B. Kemaraan pengaruh Barat di Jepun ( 10 Markah ) Faktor Ekonomi i. Campur tangan Amerika Syarikat di Jepun didorong oleh faktor ekonomi sebagai alasan utama. Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan ekonomi di Jepun. Perkembangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan negara China menjadi pesat pada masa ini. Kapal-kapal Amerika memerlukan sebuah pelabuhan sebagai tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu, makanan dan air serta membaiki kapal. Perkembangan pesat industri menangkap ikan paus dan anjing laut oleh nelayan-nelayan Amerika.Kadang kala nelayan-nelayan Amerika memasuki Jepun secara tidak segaja. Nelayan-nelayan ini mendapat layanan buruk daripada pihak Jepun. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.Tambahan pula mereka memerlukan tempat persinggahan untuk membaiki kapal yang rosak. Nelayan dan pedagang Amerika Syarikat tidak mendapat layanan yang baik semasa mereka singgah di Jepun. Oleh itu kerajaan Amerika Syarikat memerlukan jaminan daripada Jepun untuk memberi layanan yang sepatutnya kepada nelayan dan pedagang mereka yang sampai di Jepun. Alasan-alasan itu menyebabkan Amerika Syarikat berminat menjalinkan hubungan luar dengan Jepun. Pedagang Amerika Syarikat tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Jepun. Amerika Syarikat telah menghantar Komoder Mathew Perry bersama satu angkatan tentera untuk mendapatkan kebenaran menjalinkan hubungan perdagangan dengan Jepun.

ii.

iii.

iv.

v.

Jepun pada masa ini tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa akur dengan permintaan Amerika Syarikat dengan menandatangani Perjanjian Kanagawa pada tahun 1854. Faktor Lain i. Amerika Syarikat berminat menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun. Sebaliknya Jepun pada masa ini menjalankan dasar tutup pintu bagi menghalang pencerobohan kuasa Barat di negara mereka. Jepun mempunyai prasangka buruk kepada kuasa Barat. Kuasa Barat dianggap akan megambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan. Amerika Syarikat telah berusaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun. Hubungan diplomatik akhirnya terjalin apabila perjanjian Kanagawa ditandatangani pada 31 Mac 1854. Jepun juga tidak ingin mejalinkan hubungan dengan kuasa Barat kerana mereka bimbang kuasa Barat akan menyebarkan ajaran Kristian di negara mereka. Kuasa Barat seperti Amerika memang berhasrat menyebarkan agama Kristian di Asia. Selaras dengan dasar tutup pintu Jepun juga mengamalkan dasar anti Kristian di negara mereka. Jepun menyekat kemasukan orang Barat termasuklah mubaligh Kristian. Selaras dengan itu, Jepun juga melarang penduduknya melawat negara-negara luar termasuklah negara Barat. Tindakan Jepun ini turut menimbulkan rasa tidak puas hati kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat.

ii.

iii.

C. Kemaraan Pengaruh Barat di Thailand ( 10 markah ) Faktor ekonomi i. Sebelum tahun 1855 Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana bimbang kemasukan Barat akan menjejaskan nilai budaya dan agama Buddha yang diamalnya serta Siam tidak memerlukan barangan dari Barat. Dasar tutup pintu yang diamalkan sejak pemerintahan zaman Rama I dan Rama II bukanlah satu dasar tertutup secara mutlak. Masih ada jalinan hubungan dengan orang asing sama ada dengan China atau kuasa-kuasa Barat. Hubungan berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang tekanan politik, contohnya semasa zaman Rama I lagi, Siam telah menjalinkan hubungan dengan Portugis. Malah hubungan ini makin erat semasa Rama II apabila Portugis dibenarkan mendirikan Konsul Residen di Bangkok pada tahun 1820. Kuasa Barat terutamanya British ingin berdagang di Thailand tetapi disekat oleh pemerintah-pemerintah negara tersebut. British telah berusaha untuk berunding dengan Thailand untuk membuka pusat perniagaan mereka di negara tersebut tetapi gagal. Bagi British, Thai amat penting dari segi ekonomi kerana kaya dengan sumber hasilnya seperti gading gajah, beras dan kayu jati. Oleh itu, Siam menjadi sasaran perdagangan British di Asia Tenggara. Walaubagaimana pun, dasar yang diamalkan oleh Siam tidak

ii.

iii.

memungkinkan pedagang-pedagang British bergerak secara bebas. Selain itu, Siam penting sebagai kawasan laluan kepada kapal-kapal dagang British ke China dan sebaliknya. iv. British berusaha menjalinkan hubungan dengan Thai dengan menghantar beberapa wakil untuk berunding dengan Thai. Usaha untuk membuka pintu Siam telah dilakukan oleh Marquis Hastings, Gabenor Jeneral India yang menghantar John Crowford sebagai utusan ke Siam. Misi John Crowford dilakukan pada tahun 1822. Antara lain beliau meminta agar Siam memulangkan Kedah yang telah berjaya dikuasai pada tahun 1821. Walau bagaimana pun permintaan ini tidak diterima oleh Siam, malah dilihat sebagai satu bentuk campur tangan dalam perihal Siam. Mereka juga enggan menerima syarat tentang cukai import-eksport bagi monopoli diraja. Kedatangan John Crowford juga dicurigai oleh Siam. Rama II merasakan bahawa kedatangan utusan ini bukan dengan niat yang jujur untuk mengadakan persahabatan dengan Siam tetapi membuat penyiasatan terhadap kekuasaan negara itu. Sikap tidak putus asa British untuk membuat hubungan dengan Siam dibuktikan dengan penghantaran utusan kedua ke negara itu. Utusan kali ini diketuai oleh Kapten Henry Burney. Atas kebijaksanaan diplomasi Henry Burney, akhirnya Siam bersetuju menanda tangani satu persetiaan dengan British. Perjanjian ini dikenali dengan Perjanjian Burney yang diadakan pada tahun 1826 semasa pemerintahan Rama III. Siam bukan sahaja menandatangani perjanjian dengan British, tetapi juga dengan Amerika Syarikat pada 1832. Perjanjian ini penting bagi Siam untuk mengelakkan British menjadi kuasa Barat tunggal di Siam. Namun begitu, tahap kedua pemerintahannya, Rama III dikatakan telah mengetatkan dasar negaranya. Rama III telah mengenakan beberapa cukai baru terhadap barang-barang di dalam negeri. Tindakan ini telah dipandang oleh British dan Amerika Syarikat sebagai telah melanggar syarat perjanjian. Usaha Barat untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Siam diteruskan apabila Amerika Syarikat telah menghantar Joseph Ballestier, konsulnya di Singapura sebagai duta khas ke Bangkok sementara James Brooke mewakili British. Walau bagaimanapun, pihak Siam enggan menerima sebarang permohonan dan ini bermakna utusan tersebut telah gagal. James Brooke dikatakan telah memberi amaran bahawa peristiwa yang berlaku di China mungkin akan menimpa negara itu jika Siam masih meneruskan dasar tutup pintu. Ini merupakan satu ancaman yang dipandang serius oleh Siam. Sebenarnya suasana di Siam menjelang tahun 1850 berada dalam keadaan kurang stabil. Rama III sedang sakit menyebabkan pentadbiran Siam diserahkan kepada dua orang pembesarnya, iaitu Chao Phraya Khlang dan Pya Siphiphat. Keputusan yang dibuat oleh dua orang pembesar ini memberikan imej bahawa Siam kembali menutup pintunya kepada orang asing. Secara ringkasnya dasar tutup pintu Siam dilihat berubah secara total sewaktu Raja Mongkut menaiki takhta pada 1851.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang Inggeris-Burma I, pencerobohan British di China yang menyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855. Faktor selain daripada ekonomi

i.

Kebijaksanaan Maharaja Mongkut dalam mengendalikan hubungan dengan negara Barat. Beliau ingin berbaik-baik dengan negara Barat supaya tidak berlaku seperti apa yang berlakau di Myanmar dan China. Apabila kedua-dua negara tersebut telah diserang apabila enggan membuka pintu negara mereka kepada kuasa Barat. Raja Mongkut peka kepada pergolakan politik yang berlaku di sekitar sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada peristiwa kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang Inggeris-Burma I, pencerobohan British di China selepas Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri dan kemungkinanan dijajah. Raja Mongkut dengan rela hati telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855 dan kemudiannya perjanjian dengan negara-negara lain.

ii.

C. Kesimpulan ( 2 Markah ) i. Negara Jepun dan Siam merupakan dua negara yang mengamalkan dasar tutup pintu pada awalnya tetapi telah membuka pintu negara mereka kepada kemasukan kuasa Barat untuk menyelamatkan negara mereka daripada serangan negara-negara Barat. Jepun dan Siam bukan hanya menjalinkan hubungan dengan negara Amerika Syarikat dan British sahaja tetapi menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain juga terutama sekali Siam yang menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat yang lain. Kebijaksanaan pemerintah Siam menjadikan negara tersebut sebagai negara yang tidak pernah dijajah di Asia. Jepun dan Siam kemudiannya menggunakan ciri-ciri pentadbiran negara Barat untuk memajukan negara masing-masing.

ii.

iii.

10.

Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkan kedaulatannya daripada penjajahan Barat berbanding dengan Myanmar pada abad ke-19. PENGENALAN (3 M) Berikutan dengan dasar imperialisme, kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan baru. Thailand merupakan satu-satunya negara yang terlepas daripada perebutan kuasa ini dan dapat mengekalkan kedaulatannya. Dasar buka pintu yang dijalankan semasa pemerintahan dua orang pemimpinnya iaitu Mongkut dan anaknya Chulalongkorn telah berjaya memberi sumbangan besar bagi negara Thailand dalam pelbagai bidang sekaligus menyelamatkan negara mereka daripada penjajahan Barat. Namun, situasi berbeza pula dengan negara Myanmar iaitu jiran Thailand yang telah menjadi mangsa penjajahan kuasa Barat iaitu British sehingga kehilangan negaranya secara berperingkat-peringkat melalui 3 siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Myanmar 1 (1824), Perang Inggeris-Myanmar 2 (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar 3 (1886) yang akhirnya menumbangkan Dinasti Konbaung yang selama ini utuh berdiri lebih daripada satu abad lamanya di tangan British. Kemenangan British menjatuhkan maruah raja dan rakyat Myanmar dan menghancurkan perasaan angkuh orang Myanmar. ISI-ISI THAILAND (10M) Mongkut (1851-1868) Politik dan pentadbiran Ketika Mongkut menjadi raja ia merupakan zaman kuasa-kuasa Barat berlumbalumba mencari tanah jajahan terutamanya di Asia. Mongkut sedar bahawa dia harus bijak menjalankan pentadbiran jika tidak mahu ditawan oleh kuasa Barat seperti yang berlaku ke atas Myanmar dan China. Mongkut telah mengenepikan kemegahan baginda dan merendah diri dengan Barat melalui hubungan peribadi yang dijalin dengan mereka. Baginda menamatkan dasar pemencilan Siam dengan menandatangani Perjanjian Bowring 1855 yang memberi hak wilayah asingan kepada British dan pelantikan Konsul British di Bangkok. Baginda juga menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Amerika Syarikat, Perancis pada tahun 1856. Melalui perjanjian dengan Perancis pada tahun 1857, Mongkut rela menggugurkan pengaruh dan kedaulatannya ke atas Kemboja demi hubungannya dengan Perancis. Demi mengimbangi kuasa-kuasa Barat di Siam, Mongkut juga mengadakan perjanjian dengan Denmark (1858), Portugal (1859), Belanda (1860) dan Prusia (1862). Mongkut tidak mahu memberi terlalu banyak keistimewaan kepada British dan dasar ini ternyata menyelamatkan Siam dari dijajah. Mongkut menyedari sejak awal bahawa jaminan kedudukan Thailand daripada penjajahan Barat memerlukan perubahan dalam pentadbiran negeri mengikut sistem pentadbiran Barat. Oleh itu, baginda mengambil kira-kira 80 orang pegawai Barat bertugas di Siam. Contohnya Rolin Jacquemius dari Belgium dilantik sebagai penasihat

A. 1.

2.

B. 1. I.1 1.1.1

pentadbiran, Major Gerin dari Itali mengetuai Maktab Tentera bagi melatih kadet-kadet tentera, pegawai British mengetuai bidang polis dan kewangan, Amerika Syarikat dalam bidang kastam dan sebagainya. Mongkut mengambil kepakaran daripada pelbagai negara untuk mengelakkan monopoli kuasa oleh sesuatu negara Barat. Kesempatan ini dilakukan oleh Mongkut bagi melatih rakyatnya berdikari untuk memaju dan memodenkan Siam pada masa akan datang. 1.1.2 Ekonomi Mongkut merintis jalan pemodenan ekonomi Siam melalui amalan Buka Pintu. Pembukaan Siam kepada perdagangan asing mengubah sistem ekonomi Siam daripada sara diri kepada komersil. Akibat Perjanjian Bowring Siam mengenakan cukai yang rendah kepada barangan Barat. Perdagangan luar Siam berkembang dan barangan seperti beras, kayu jati dan gula menjadi eksport terpenting. Mongkut juga memperkenalkan sistem mata wang mengikut Barat. Sistem pertukaran barang terhapus dengan penubuhan Royal Mint bagi mengeluarkan mata wang. Pada tahun 1861, Jabatan Cetakan Diraja ditubuhkan pada tahun 1861. Mongkut mendirikan kilang mencetak wang untuk mengeluarkan mata wang sendiri. Penggunaan mata wang Siam menambahkan keyakinan dan minat orang Barat untuk berdagang di Siam. Di samping itu, pelbagai kemudahan asas ditingkatkan untuk kemajuan ekonomi seperti pembinaan jalan raya di Charoen Krung (1862) dan tali air serta terusan di dataran tengah untuk mengairi tanaman dan jalan perhubungan. Sosial Mongkut mengadakan reformasi sosial dengan melonggarkan adat-adat sosial yang menekan orang-orang Barat sekaligus meningkatkan kemajuan rakyat. Baginda memecah tradisi Siam yang menghalang rakyat melihat wajah raja dan melonggarkan adat menyembah raja di istana. Orang asing tidak dipaksa sujud apabila mengadap raja dan dibenarkan mengikut cara mereka sendiri. Bagi meningkatkan taraf hidup dan kebajikan sosial rakyat, amalan buruh paksa dikurangkan dan menjadikan mereka buruh yang mahir dan bebas membuat sebarang pekerjaan. Amalan hamba abdi cuba dihapuskan namun tidak berjaya sepenuhnya. Baginda juga meluluskan undang-undang membaiki taraf hidup wanita dan kanak-kanak. Justeru pengambilan buruh kanak-kanak dilarang sama sekali. Mongkut juga mengadakan toleransi terhadap agama dengan memberi kebebasan agama kepada rakyatnya. Mubaligh kristian dibenarkan mendirikan gereja Kristian dan mendirikan sekolah-sekolah mubaligh di Siam. Baginda juga membenarkan mubaligh Kristian menerbitkan buku-buku, akhbar dan majalah untuk menggalakkan rakyat membaca dan mempelajari pengetahuan Barat. Selain itu, baginda memberi kebebasan akhbar dan sedia menerima sebarang kritikan. Di samping itu, pelbagai kemudahan asas ditingkatkan untuk kemajuan ekonomi seperti pembinaan jalan raya di Charoen Krung (1862) dan tali air serta terusan di dataran tengah untuk mengairi tanaman dan jalan perhubungan. Sungai Chao Phraya digunakan sebagai laluan air utama di Siam. Penggunaan telegraf juga diperkenalkan bagi mempercepatkan komunikasi.

1.1.3

Mongkut memberi tumpuan besar dalam bidang pendidikan. Ramai guru dari Eropah termasuk Anna Leonowens dibawa masuk untuk mengajar anak-anak bangsawan termasuk puteranya Chulalongkorn. Baginda menggalakkan pendidikan Barat khususnya Sains dan bahasa asing. Di samping itu, Mongkut m