8
NAMA KELAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 1 BAHASA MELAYU PENULISAN 012 JULAI 2015 TAHUN 6 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian . 3. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. Helaian tambahan ( jika ada ) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama kertas soalan. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak Kod Pemeriksa: Bahagian No.Soalan Markah A B C JUMLAH 60 %

Percubaan Upsr 1 Bm2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan

Citation preview

  • NAMA

    KELAS

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 1

    BAHASA MELAYU PENULISAN 012 JULAI 2015

    TAHUN 6 Satu jam lima belas minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian :

    Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

    2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga

    bahagian .

    3. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada

    menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

    4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang

    disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak

    mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan

    daripada pengawas peperiksaan. Helaian

    tambahan ( jika ada ) hendaklah diikat dan

    dihantar bersama-sama kertas soalan.

    Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

    Kod Pemeriksa:

    Bahagian No.Soalan Markah

    A

    B

    C

    JUMLAH

    60

    %

  • SULIT 012

    Ms | 2

    Bahagian A

    [Masa dicadangkan : 15 Minit]

    (10 Markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

  • SULIT 012

    Ms | 3

    Jawapan Bahagian A

    /10

  • SULIT 012

    Ms | 4

    Bahagian B

    [Masa dicadangkan : 40 minit]

    (30 markah)

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak

    kurang daripada 80 patah perkataan.

    1. Kamu telah menonton sebuah rancangan televisyen yang menarik.

    Tulis sebuah karangan tentang rancangan televisyen yang telah kamu tonton itu.

    .

    ATAU

    2. Kamu tclah menyertai lawatan sambil belajar ke sebuah tempat yang bersejarah.

    Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah yang kamu peroleh setelah menyertai

    lawatan tersebut.

    ATAU

    3. Kamu telah berpindah ke sekolah yang baharu. Kamu menerima sepucuk surat daripada seorang rakan yang ingin mengetahui tentang sekolah baharu kamu itu.

    Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menceritakan tentang sekolah baharu kamu itu.

  • SULIT 012

    Ms | 5

    No. Soalan

  • SULIT 012

    Ms | 6

    /30

  • SULIT 012

    Ms | 7

    Bahagian C

    [Masa dicadangkan : 20 minit]

    (20 markah)

    Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang

    sesuai berdasarkan petikan tersebut.

    Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

    Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Isnin.10 Mei 2014

    Aku bangun seawal jam 6.00 pagi. Selepas mengemaskan bilik tidur, aku bersarapan bersama-

    sama ayah dan ibu. Kemudian, aku dan rakan-rakan berkumpul di tapak perhimpunan sebelum

    bertolak ke Melaka. Sebagai ketua rombongan, Cikgu Jais memberikan taklimat ringkas tentang

    peraturan yang mesti dipatuhi oleh pcserta. Kami bcratur untuk menaiki bas. Dua jam dalam

    perjalanan, kami sampai di destinasi yang dituju. Kami melihat bangunan lama peninggalan

    penjajah di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku tidak mahu negaraku dijajah lagi. Kami tidak

    melepaskan peluang menaiki beca untuk mengelilingi Bandar Hilir.

    Selasa, 11 Mei 2014

    Selesai bersarapan, kami ke Zoo Melaka. Cikgu Azlin terpaksa beratur panjang semasa

    membeli tiket. Kawasan zoo itu dibersihkan oleh pekerja yang mahir. Kami menunaikan solat zuhur

    di surau yang terletak berhampiran dengan pintu masuk zoo. Kami turut berpeluang menyaksikan

    persembahan gajah bermain bola sepak dan melukis. Kami kagum melihat kesabaran pelatih haiwan

    tersebut melatih gajah-gajah itu dengan penuh kasih sayang.

    Rabu. 12 Mei 2014

    Kami mengemaskan barang-barang untuk pulang ke rumah. Kami memastikan tiada sampah

    yang bersepah di bilik penginapan kami. Kami membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan-

    rakan. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan ayah dan ibu yang dirindui. Lawatan yang kami

    sertai itu banyak memberikan pengalaman baharu kepada kami. Terima kasih guru-guru pengiring

    yang menjaga keselamatan kami sepanjang lawatan itu.

  • SULIT 012

    Ms | 8

    KERTAS SOALAN TAMAT

    /20