21
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985 Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438

PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

  • Upload
    tranque

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438

Page 2: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

HARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan

penuh semangat nasionalisme dan pa-triotisme.

Semangat kebangsaan ini menggi-lap kembali rasa kecintaan kita kepada watan serta menyuburkan perasaan cin-ta kepada tanah air khususnya di kala-ngan generasi pasca kemerdekaan.

Kita adalah pewaris masa hadapan negara. Kita bertanggungjawab un-tuk memelihara kebebasan dan ke-merdekaan ini daripada kembali dipa-sung oleh penjajah.

Semangat nasionalisme dan patrio-tisme perlu kembali disemarakkan di kalangan generasi muda agar masyara-

kat senantiasa memiliki rasa bang-ga sebagai sebuah bangsa yang

merdeka dan bermartabat serta hidup dalam kerukunan yang damai.

Kita harus sedar bahawa kemerdekaan bukan suatu hadiah yang mudah di-perolehi. Kemerdekaan memerlukan sebuah per-juangan dan pengorbanan untuk mengecapinya. Bu-kan sekadar harta dan wang ringgit, malah nyawa menjadi taruhan demi membebaskan ibu pertiwi.

Kemerdekaan ha-rus dimaknai dengan erti kebebasan yang menjadi tuntutan dan

asas kepada sebuah kemerdekaan yang tulen. Kemerdekaan

sebenar bagi setiap individu adalah kebe-

basan daripada belenggu hegemoni dan kebe-basan untuk berekspresi

tanpa menggangu hak-hak orang lain.

Kerajaan Negeri Sela-ngor tuntas menjunjung

tinggi prinsip demokrasi, ke-

bebasan dan keadilan serta memelihara martabat insan. Kita insaf, kemerdekaan menuntut kita melaksanakan yang ter-baik untuk bangsa dan pertiwi.

Justeru, saya menyeru agar kita kem-bali kepada semangat Pemasyhuran Kemerdekaan yang menjanjikan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berlandaskan prinsip-prinsip kebe-basan, keadilan dan keharmonian di ka-langan rakyat.

Sambutan kemerdekaan juga perlu mengukuhkan dukungan kita terhadap rukunegara yang mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyara-katnya, memelihara cara hidup de-mokratik, menciptakan satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adik dan saksa-ma, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan meng-gunakan sains dan teknologi moden.

Bagi Negeri Selangor perpaduan rakyat adalah laksana permata. Keren-caman kaum, bangsa dan agama adalah jati diri dan kekuatan Negeri Selangor.

Kita perlu meraikan kepelbagaian dengan memberikan tumpuan kepada nilai-nilai kebersamaan dalam masyara-kat. Nilai-nilai ini amat penting demi membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, toleran dan bersatu padu. Inilah Selangorku, Sehati Sejiwa.

Di Selangor, kita berjaya memper-tahankan dan menyuburkan perpaduan rakyat kerana penghayatan kita terha-dap cita-cita untuk hidup sebagai se-buah keluarga besar – Umat Malaysia.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama menggembeleng seluruh tenaga dan merangkul seluruh kekuatan untuk membina kesatuan rakyat yang utuh demi melakar masa depan Malaysia yang lebih gagah. Selamat Hari Merde-ka.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

SelangorkuSEHATI SEJIWA

Page 3: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijjah 1438

BERITA PENUH MUKA 4

Erti sebenarmerdeka

Persekutuan gagal bantu penduduk

6

7

BERITA LANJUT MUKA 5

Kuasai ekonomi Asia Tenggara

PELABURAN TERBESAR EROPAH

Ia memberi dokongan kuat membangunkan pusat pengedaran di Pulau Indah dengan

pelaburan berteknologi tinggi bernilai RM� bilion

dan yang ketigaterbesar di dunia

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

RAKYAT MALAYSIA SETUJU SELANGOR CEMERLANG

14&15

Page 4: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

UtamaSelangorKini 1 - 8 September 2017

Banyak lagi tindakan susulanSEPANG - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan pelbagai tin-dakan bakal dilakukan pihak berkuasa di bawah Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, ia bagi mem-beri persepsi negatif terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpinnya yang banyak mencatat pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi.

“Tindakan sebegini akan berte-rusan sehingga PRU-14 nanti.

“Memang kita menjangkakan

banyak pihak cemburu dengan kejayaan demi kejayaan dicatat Selangor,” katanya kepada media berhubung siasatan Suruhanja-ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Universiti Selangor (UNISEL).

Mohamed Azmin berkata demikian sekembalinya beliau dan rombongan daripada la-watan kerja ke Zurich, Switzer-land di Lapangan Terbang Anta-rabangsa Kuala Lumpur di sini, pada 26 Ogos lalu.

Bagaimanapun, katanya, Kera-jaan Negeri bersedia memberi kerjasama kepada SPRM, namun

agensi itu disaran menjalankan siasatan secara adil dan profe-sional bagi mengelak prasangka negatif masyarakat terhadap badan terbabit.

“Kita menuntut SPRM bertin-dak secara profesional kerana jika tidak, ia menimbulkan per-sepsi tidak baik masyarakat ke- rana gagal kembalikan keyaki-nan terhadap badan itu mem-banteras rasuah.

“Saya gembira beberapa pega-wai tertinggi MBI dan UNISEL memberi kerjasama baik dalam siasatan, maka Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama penuh berhubung perkara ini,” katanya.

Mohamed Azmin menyapa penyokong sebaik tiba dari lawatan kerja di Zurich, Switzerland

Pusat pengedaran ketiga terbesar dunia di Pulau Indah

Pelaburan IKEA bawa impak besar

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG - IKEA bakal mendiri-kan gudang penyimpanan dan pengagihan produk untuk pasa-ran Asia Pasifik di Pulau Indah, Klang, berkapasiti enam kali lebih besar dari IKEA Basel, Swit-zerland yang mampu memuat-kan 230,000 palet berbanding 48,000.

Kejayaan Kerajaan Negeri me-narik pelaburan besar bersama IKEA juga bakal membawa im-pak besar terhadap pertumbu-han ekonomi Selangor apabila mencapai persetujuan bersama syarikat itu yang bakal memba-ngunkan pusat pengedaran de-ngan nilai pelaburan RM1 bilion di Pulau Indah.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kesediaan syarikat itu mela-bur dan membangunkan pusat pengedaran di negeri itu disifat-kan perkembangan amat baik.

Pusat pengedaran dibina itu bakal menjadi ketiga terbesar di dunia selepas Chicago, Amerika Syarikat dan Dusseldorf, Jerman.

“IKEA memberi dokong- an kuat membangunkan pusat pengedaran di Pulau In-

dah, Klang, dengan pelaburan berteknologi tinggi bernilai RM1 bilion dan ia adalah yang ketiga terbesar, di dunia.

“Ia bakal mewujudkan pelu-ang pekerjaan untuk anak muda di Selangor khususnya yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini dapat menjana pertumbuhan ekono-mi mampan,” katanya.

Terdahulu, beliau menge-tuai delegasi Kerajaan Negeri ke Pejabat Korporat IKEA di Basel, Switzerland, bagi menyempur-nakan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) antara IKEA dan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB).

“Pemeteraian ini kemuncak kerja keras dan usaha berterus- an dua belah pihak. Kepada IKEA, terima kasih kerana mem-

buat pilihan tepat,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, kejayaan Selangor menarik pelaburan luar ke negeri itu seperti IKEA mendapat pengiktirafan dan liputan meluas media antara-bangsa.

Mohamed Azmin berkata, ia berbeza dengan media di Ma-laysia terutama arus perdana yang tidak menghebahkan perkara itu.

“Banyak pihak cemburu de-ngan kejayaan demi kejayaan dicatatkan Selangor. Saya ke Zurich dan kejayaan ini (per-setujuan IKEA membangun-kan pusat pengedaran di Sela- ngor) mendapat laporan me-luas Bangkok Post, The Edge dan media lain tetapi tidak di Utusan Malaysia,” katanya.

Mohamed Azmin berbincang berhubung pelaburan IKEA di Pulau Indah bernilai RM1 bilion

Manfaat pelaburan IKEA di Selangorl Pembukaan Gudang IKEA di Pulau Indah akan memenuhi keperluan penduduk di Asia Tenggara

l Kemudahan infrastruktur terbaik seiring komitmen menjadikan Selangor sebagai Smart State

l Operasi premis gudang dengan keluasan enam kali lebih besar berbanding gudang di Basel, Switzer-land selain pembaikan kapasiti simpanan gudang yang boleh memuatkan 230,000 palet berbanding 48,000

l Premis gudang ketiga terbesar di dunia selepas Chicago dan Dussefdorf dengan nilai pelaburan RM1 bilion sebagai jaringan perniagaan di rantau Asia

l Mempunyai kemudahan simpanan barang de-ngan ketinggian 36 meter berbanding kapasiti 24 meter di premis Ikea di Basel

l Gudang Pulau Indah akan menempatkan 24 kren, di samping penambahan fasiliti sedia ada

Page 5: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

Utama5SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Kajian Mood Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14

Hanya ��% sokong PersekutuanOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kaji selidik Insti-tut Darul Ehsan (IDE) mendapati 49 peratus rakyat Malaysia setuju pentadbiran Kerajaan Selangor sangat cemerlang dan cemer-lang berbanding hanya 29 pera-tus bagi Kerajaan Persekutuan.

Keputusan Kajian Mood Rak-yat Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 itu dibentangkan Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

“Di peringkat Persekutuan yang diketuai Umno atau Bari-san Nasional (BN), tahap keyaki-nan atau persepsi mereka yang menganggap cemerlang dan

sangat cemerlang cuma 29 pe-ratus, manakala Selangor (49%), Pulau Pinang (40%) dan Kelantan (39%).

“Ini gambaran seluruh pen-duduk Malaysia berkenaan apa yang berlaku di peringkat Perse-kutuan tetapi mereka memberi-kan gambaran menarik apabila ditanya berhubung Selangor, bagaimana pandangan rakyat Malaysia seluruhnya terhadap Selangor dan mereka memberi-kan prestasi Kerajaan Selangor adalah 49 peratus cemerlang.

“Itu bagi orang luar Selangor, kalau tanya penduduk negeri itu tentu akan lebih tinggi. Ini ber-makna mereka melihat Selangor jauh lebih cemerlang,” katanya

pada sidang media Survei Ma-laysia 2017, #MoodRakyat – Ka-jian Trend Masyarakat Malaysia Dalam Isu Semasa di Auditorium IDE, Bangunan IDE, di sini, pada 28 Ogos lalu.

Katanya, keputusan kajian itu menunjukkan rakyat mempu-nyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan pembangkang men-tadbir kerajaan dengan baik dan berkesan seperti ditunjukkan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Beliau berkata, dalam kajian membabitkan 4,486 responden dari 12,082,403 pengundi selu-ruh Malaysia itu mendapati ha-nya lapan peratus menganggap prestasi Kerajaan Persekutuan

sebagai sangat cemerlang diikuti 21 peratus cemerlang, 41 peratus sederhana, 21 peratus tidak ce-merlang dan 10 peratus sangat tidak cemerlang.

Sementara itu bagi Kerajaan Selangor pula, 11 peratus res- ponden setuju sangat cemer-lang, 38 peratus cemerlang, 46 peratus sederhana dan enam peratus lagi menganggap tidak cemerlang serta sangat tidak cemerlang.

Kajian itu dijalankan seren-tak seluruh Semenanjung Ma-laysia dengan kaedah masa sebenar dijalankan pada 11 hingga 16 Ogos lalu membabit-kan 64 enumerator yang ter-diri pelajar institusi pengajian

tinggi awam dan swasta, selu-ruh semenanjung.

Antaranya pelajar Universiti Ma-laya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Se-langor, Universiti Sains Islam Ma-laysia, Universiti Kebangsaan Ma-laysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Univerisiti Malaysia Kelantan, Universiti Selangor dan beberapa institusi pendidikan sekitar Lem-bah Klang.

Kajian secara bersemuka itu menggunakan aplikasi menggu-nakan tab yang dibangunkan IDE sendiri bagi membolehkan kepu-tusan diperolehi serta-merta oleh bilik gerakan yang berpusat, di Shah Alam.

Sultan, Permaisuri sertai #AnakAnakMalaysia WalkSHAH ALAM - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli hadir dan melepaskan peserta #AnakAnakMalaysia Walk 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, pada 27 Ogos lalu.

Baginda disertai DYMM Tuanku Permaisuri Selangor, Tengku Per-maisuri Norashikin dan Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa #AnakAnakMalay-sia & Eco World Foundation, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Star Media Group Bhd, Datuk Fu Ah Kiow.

Kira-kira 5,000 peserta menyer-tai acara jalan kaki sejauh lima ki-lometer anjuran Star Media Group Bhd dan Eco World Development

Group Bhd itu.Sultan Sharafuddin dan Per-

maisuri serta tetamu kehor-mat lain turut menyertai acara #AnakAnakMalaysia Walk dalam jarak 2.2 kilometer.

Program memasuki tahun ke-dua itu diadakan bagi mewujud-kan semangat keharmonian dan perpaduan kaum, di Malaysia.

Ia satu tindakan sederhana tetapi berupaya menyemai ha-rapan untuk memupuk sema- ngat patriotisme dalam kala-ngan rakyat dan meraikan Hari Kebangsaan negara.

Acara terbabit turut menyak-sikan penyertaan beberapa sele-briti tanahair antaranya Maya Karin, Amber Chia, Neelofa ter-masuk lagenda bola sepak ne-gara, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh.

Teroka kaedah baru urus sisa pepejalPUCHONG - Kerajaan Negeri op- timis untuk meneroka kaedah baru berteknologi tinggi dan se-lamat bagi mengawal selia pe-ngurusan sisa pepejal negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berka-ta, Selangor perlu mencontohi pendekatan negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Aus-tralia dengan memperkenalkan kaedah moden pengurusan sam-pah bersistematik.

“Antara kaedah yang boleh di-laksanakan seperti kaedah waste to energy, energy from waste atau zero waste untuk memenuhi keperluan semasa.

"Melalui kaedah ini, kita dapat menjana tenaga baru daripada

sisa buangan dan mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sampah, sekali gus mengelakkan berlakunya pencemaran terha-dap alam sekitar,” katanya kpada Majlis Menandatangani Perjanji-an Penyelenggaraan Pasca Penu-tupan 3 Tapak Perlupusan Sani-tari, di sini, pada 28 Ogos lalu.

Ia membabitkan lanjutan ker-jasama Worldwide Holdings Ber-had (Worldwide Holdings) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menjalinkan rangka kerjasama un-tuk tempoh lima tahun.

Majlis pemeteraian perjanjian turut menyaksikan Worldwide Holdings memperkenalkan sistem E-World sebagai kaedah penguru-san kutipan sampah pepejal.

Inisaitif itu diperkenalkan ke-pada seluruh pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menga-wal selia pengurusan kutipan sam-pah di kawasan lokaliti pentadbi-ran tempatan.

Menyokong kepada pelaksa-naan sistem itu, Mohamed Azmin berkata, ia berupaya mendukung agenda Smart State menerusi penggunaan aplikasi pintar.

“Sistem ini seiring dengan matlamat dan agenda Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan ga-gasan Smart Selangor yang peduli. Saya yakin dan percaya dengan ap-likasi seperti ini, kita akan berjaya menghasilkan sistem penguru-san pelupusan yang efektif serta menjimatkan masa,” katanya.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli menyertai larian#AnakanakMalaysia Walk 2017

Page 6: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 6

UtamaSelangorKini 1 - 8 September 2017

Negara adil dan bebas

Singkap makna kemerdekaan sebenar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sebaliknya merangkumi tuntutan ma-syarakat ke arah pembentukan Malaysia sejahtera.

Exco Pendidikan, Pemba-ngunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pe-ngisian 60 tahun kemerdekaan perlu diisi dengan iltizam un-tuk menjadikan Malaysia se-bagai negara yang merasai nik-mat kemerdekaan sebenar.

"Sempena hari kemerdekaan Tanah Melayu ke-60, saya ber-harap Malaysia menjadi negara yang benar-benar bebas, adil dan merdeka. Selamat Hari Merdeka," katanya kepada Se-langorKini.

Bagi Exco Kemiskinan, Ke-rajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, senti-men kemerdekaan perlu diisi dengan semangat perpaduan dan cintakan negara.

Beliau berkata, jasa dan pengorbanan perajurit juga pejuang kemerdekaan juga

Nik Nazmi V Ganabatirau Mohd Khairuddin Othman

tidak seharusnya dilupakan walaupun negara kini sudah mengecapi kebebasan daripa-da penjajah.

"Pengisian kemerdekaan memerlukan rakyat mengim-bau kembali jasa tokoh negara yang cekal mempertahankan kedaulatan bangsa tanpa me-ngenal perbezaan agama dan kaum.

"Ditambah dengan kepel-bagaian agama dan bangsa di Malaysia menjadi lambang imej perpaduan negara, maka kita seharusnya bangga juga meraikan kepelbagaian ini," ka-tanya.

Sementara itu, Ahli De-wan Negeri Paya Jaras, Mohd

SHAH ALAM - Tanggal 31 Ogos seharusnya terus menjadi detik paling diingati seluruh warga Ma-laysia tanpa mengenal perbezaan lapisan masyarakat, warna kulit dan agama.

Tidak dinafikan setiap individu mempunyai pandangan serta ke-fahaman berbeza apabila berbi-cara tentang erti kemerdekaan.

Umumnya, definisi ke-merdekaan bagi sebuah negara adalah bebas daripada penjaja-han kuasa asing secara mutlak, namun pengertian kemerdekaan sebenarnya lebih luas daripada cengkaman kuasa asing.

Kemerdekaan menjurus kepa-da istilah kebebasan daripada se-gala bentuk penjajahan, sama ada lahir atau batin dan penguasaan pemikiran barat yang merosakkan jiwa bangsa.

Namun, apa pula erti ke-merdekaan daripada primitif golongan belia yang menjadi penanda aras kepada kemajuan negara akan datang?

Bagi, Vijayanathan Arjinam, 22, kemerdekaan tidak hanya bersan-darkan kepada sambutan maj- lis keraian yang diadakan secara mega membabitkan penyertaan segenap kaum.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Uni-versiti Selangor (UNISEL) itu ber-kata, beliau mempunyai tafsiran peribadi berhubung sambutan kemerdekaan

"Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dilahirkan di bumi ber-tuah ini. Dalam negara ini, kita bo-leh mempelajari dan mendapat

Semai erti kebebasan

ilmu yang berbeza daripada aga-ma lain.

"Perkara ini menjadi peluang terbaik kepada masyarakat untuk memahami isu sensitif bangsa lain. Lebih penting, istilah ke-merdekaan itu harus disanjung tinggi dengan amalan toleransi sesama kaum bagi menjadikan negara kita lebih maju," katanya.

Seorang lagi penuntut UNISEL, Daniel Syahmi Ahmad Kamal, 23, berkata, golongan belia seper-tinya mengharapkan keamanan

negara terus dipertahankan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, keamanan dan per-paduan seluruh masyarakat mam-pu membentuk sebuah negara yang lebih membangun serta ber-daya saing, di peringkat global.

Sementara itu, Muhammad Khair Al-Hakim Khairul Idrus, 19, berkata, kemerdekaan sebenar seharusnya diisi dengan daya pe-mikiran moden yang masih ber-landaskan prinsip perpaduan dan semangat jati diri yang cintakan

negara. "Jati diri yang kukuh men-

jadi asas terpenting dalam jiwa seorang belia merdeka. Tanpa mengenali jati diri, seorang be-lia itu ibarat tin kosong, berbunyi bingit namun tiada erti.

"Belia berjiwa merdeka faham akan tujuan hidup mereka, dari mana dirinya datang, mengapa dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Justeru, ke-fahaman ini perlu dihayati serta direalisasikan dalam menjalani ke-

hidupan seharian tanpa sebarang keraguan," katanya.

Mengimbau detik ke-merdekaan ke-60, masyarakat Malaysia terus melalui pelbagai cabaran mendatang dengan keti-daktentuan jurang ekonomi yang memungkinkan rakyat terpak-sa bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Faktor itu didorong hasil pe-ningkatan kos hidup terlalu tinggi, sekali gus memerlukan langkah lebih drastik dijalankan supaya masalah itu tidak menjadi duri dalam daging kepada warga Ma-laysia ketika negara ini sedang menuju ke arah status negara maju, menjelang 2020.

Tuntuan itu seiring hasrat, Shem- lahdewi Ganesh, 21 yang ber-harap masyarakat Malaysia lebih terbuka untuk memberi nilai tam-bah kepada pembentukan negara melalui pembabitan semua bang-sa.

Katanya, prinsis kesamarata-an dengan menjunjung Perlem-bagaan harus dipertahankan su-paya Malaysia menjadi negara yang aman, harmoni, makmur dan sejahtera untuk didiami war-ganya.

"Harapan saya tiada bezanya dengan seluruh rakyat Malaysia yang lain supaya negara ini mem-punyai persekitaran kondusif, selamat dan sejahtera untuk di-diami. Menjunjung prinsip Per-lembagaan dengan Rukun Negara harus diangkat selain mengamal-kan dasar terbuka untuk mene-rima pandangan seluruh warga Malaysia," katanya.

Vijayanathan Arjinam Daniel Syahmi Ahmad Kamal Shemlahdewi Ganesh

Khairuddin Othman berharap rakyat Selangor kekal utuh me-nyokong Kerajaan Negeri yang berpegang teguh kepada prin-

sip ketelusan untuk memba-ngunkan ekonomi negeri.

"Semoga rakyat Selangor menikmati kemerdekaan yang

sebenar dan terus mengecapi kemajuan di bawah pentadbi-ran Kerajaan Negeri sedia ada," katanya.

Page 7: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

Utama7SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR - Projek mem-bina semula jambatan di Kam-pung Baru Gurney, di sini, bernilai RM296,000 ditanggung Kerajaan Negeri walaupun ia sebenarnya tanggungjawab Kerajaan Perse-kutuan menerusi Jabatan Pengai-ran dan Saliran (JPS).

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, jambatan asal dibiayai Kerajaan Persekutu-an, namun tiada tindakan lanjut walaupun keperluan jambatan baru disuarakan, sejak 2012.

Katanya, Kerajaan Negeri bagaimanapun bersetuju menge-luarkan peruntukan selepas me- ngambil kira keperluan mende-sak lebih 1,000 penduduk, di kampung berkenaan.

“Seharusnya Kerajaan Perseku-tuan beri peruntukan, malangnya tiada walaupun ia tanggungja-wab mereka.

"Kita kesal dengan sikap begi-tu, namun tidak mengapa kerana

Bina semula jambatan

Persekutuan abai tanggungjawab

Kerajaan Negeri sentiasa berse-dia demi kemudahan penduduk,” katanya selepas menyertai la-watan kerja ke tapak jambatan, pada 25 Ogos lalu.

Sementara itu, Jurutera Dae-rah Hulu Selangor (JPS), Halim Masri berkata, kerja pembinaan yang bermula, pada 21 Julai lalu dijangka siap, pada 14 Septem-ber ini.

Katanya, ia bagaimanapun

hanya boleh dilalui kenderaan kecil seperti motosikal, basikal dan pejalan kaki.

“Penduduk minta bina jam-batan konkrit bagi laluan berkapasiti kecil memudahkan mereka terutama pelajar ke seko-lah.

“Ia tidak sesuai untuk laluan kereta, maka kita penuhi permin-taan penduduk seperti diminta Kerajaan Negeri,” katanya.

Ean Yong turun padang meninjau pembinaan semula jambatan bagi kemudahan penduduk

SHAH ALAM - Belia seluruh negeri disaran memainkan pe-ranan untuk terus menyanjung tinggi prinsip kebudayaan dan jati diri kukuh bagi memarta-batkan nilai pembinaan bang-sa.

Exco Pembangunan Genera-si Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, prin-sip itu membolehkan belia Se-langor lebih maju ke hadapan berpaksikan nilai adat dan bu-daya zaman yang tidak diping-girkan.

“Dunia yang semakin bergerak maju ke hadapan dengan kemajuan teknologi harus selari dengan perkem-bangan insan, akal, akhlak dan jati diri.

"Justeru, belia Selangor perlu ada ketahanan memper-tahankan ketamadunan, adat, budaya dan penyatuan ma-syarakat kerana ini yang akan membawa kita ke hadapan.

“Ini menjadi persoalan sepanjang zaman yang harus difikirkan untuk menjadikan rakyat Selangor lebih berdaya saing di peringkat global,” ka-tanya pada Townhall Session sempena penganjuran Kongres

Mahasiswa Selangor 2017, di Dewan Raja Muda Seksyen 7, baru-baru ini.

Amirudin berkata, aspek ke-budayaan dan jati diri berfung-si sebagai pendukung kejayaan belia, memandangkan peluang penerokaan terhadap bidang yang semakin meluas.

Katanya, keberkesanan itu turut dizahirkan Kerajaan Ne-geri menerusi pelbagai dasar yang tidak meminggirkan as-pek kebudayaan dan pembi-naan bangsa.

“Walaupun kemajuan zaman itu semakin dinikmati, namun elemen ini seharusnya diper-tahankan sebagai bukti agenda kebudayaan berkenaan tidak lenyap ditelan zaman,” katanya.

Kerajaan Negeri memberi tumpuan terhadap dasar pem-bangunan potensi mewujud-kan pembabitan belia aktif di Selangor antaranya teras ke-usahawanan dan pekerjaan, kepimpinan juga organisasi, teknologi maklumat dan or-ganisasi, kemasyarakatan, jaringan kesukarelaan, ke-budayaan dan kesenian, kese-jahteraan dan kesihatan, sukan dan kecergasan serta agama dan kepercayaan.

Belia disaran pertahan adat budaya

SHAH ALAM - Seramai 66 peserta daerah Hulu Selangor menerima peralatan bagi memulakan perniagaan menerusi program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pe-kerja Ladang, V Ganabatirau berkata, bantuan itu membabitkan peruntukan RM229,100.

Katanya, antara peralatan disumbangkan ialah mesin jahit, peralatan memasak apam balik dan pam angin.

“Program ini diteruskan setiap tahun bagi membantu golongan kurang bernasib baik menjana pendapatan tambahan, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Se-langor.

“Peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan bagi menambah pendapatan disarankan supaya memohon di pejabat ta-nah,” katanya kepada SelangorKini.

Ganabatirau berkata, program itu mene-rima sambutan menggalakkan di setiap dae-rah sejak dilancarkan, pada 2008.

“Saya berharap bantuan ini mampu men-jana dan meningkatkan pendapatan ke-luarga ke arah mewujudkan kehidupan se-jahtera,” katanya.

Program Blueprint Pembasmian Kemiski-nan Selangor bertujuan menyalurkan bantu-an berbentuk peralatan atau mesin diperlu-kan berdasarkan perusahaan dan perniagaan yang sedang dijalankan.

Program itu membabitkan golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahan dalam bidang seperti jahitan, per-niagaan runcit, perniagaan makanan, penga-suh kanak-kanak, perusahaan kecil dan kraf-tangan.

66 peserta terima Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta setiap tahun untuk meningkatkan ekonomi golongan sasar

Page 8: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 8

UtamaSelangorKini 1 - 8 September 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM - Pusat Pengum- pulan dan Pemasaran Produk Ja-batan Perkhidmatan Selangor (Vetmart) cawangan Parit Baru, di sini, dibuka sebagai inisiatif me-nempatkan produk usahawan kecil, di peringkat akar umbi.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam, Permodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pem-bukaannya juga diyakini mampu menjana pulangan pendapatan kepada pengusaha produk tem-patan.

“Kerajaan Negeri sentiasa beru-saha mencari ruang supaya pe-ngusaha tempatan mudah me-masarkan produk dikeluarkan.

“Salah satu usaha dilak-sanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan mengubah-suai bangunan kerajaan yang ti-dak digunakan lagi dan menjadi-kannya sebagai Vetmart.

“Kini, pengusaha industri asas tani di kampung ini dan kawasan sekitarnya mempunyai pilihan pemasaran untuk menghantar produk masing-masing ke Vet-mart,” katanya ketika Majlis Pe-rasmian Vetmart Parit Baru, pada 24 Ogos lalu.

Hadir sama, Pengarah Perkhid- matan Veterinar Negeri Selangor, Akma Ngah Hamid dan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam, Nurul Husna Aziz.

Difahamkan, ia adalah pre-mis ketiga pembukaan Vetmart selepas perasmian cawangan Sungai Nibong dan Sijangkang.

Zaidy berkata, masyarakat perlu mengambil manfaat da- ripada pembukaan premis baru itu untuk mendapatkan pelbagai produk tempatan ha-sil usahawan kecil dan seder-hana.

“Saya menyeru orang ra-mai dan ahli masyarakat di ka-wasan ini menyokong usaha

Recyle bangunan kerajaan

Vetmart jana pendapatan usahawan

membantu pengusaha indus-tri asas tani tempatan dengan menjadikan Vetmart sebagai lokasi beli-belah penduduk.

“Pengusaha tempatan juga perlu bijak menggunakan peluang ini untuk memasar-kan produk niaga, di samping

mengadakan perbincangan dengan operator supaya lebih banyak produk pengusaha di-pasarkan,” katanya.

SABAK BERNAM - Pengusaha industri asas tani disaran me-ngamalkan teknik pemasaran 4P sebagai kaedah mening-katkan produk jualan, sekali gus mampu menjana pulangan pendapatan lebih tinggi.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam, Permodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, e-lemen berkenaan dikelaskan mengikut pecahan elemen ter-tentu iaitu product, price, place dan promotion.

“Prinsip asas product ber-maksud produk pengeluaran barangan perlu bermutu. Jika ia jenis makanan, sudah ten-tu pelanggan mahu makanan yang sedap dan lazat.

“Maka, saya menyeru semua pengusaha pemprosesan supa-ya mencipta resipi, membuat percubaan dan mendapat-kan maklum balas penggu-na sehingga produk dihasil-kan benar-benar sedap juga berkualiti.

“Selain itu, kebersihan dan kesucian produk juga perlu diutamakan,” katanya.

Zaidy berkata, istilah price pula merujuk kepada kadar harga dengan galakan peng- usaha meletakkan harga ber-patutan supaya pelanggan ter-tarik membeli produk niaga.

“Salah satu cara mengekal-

Exco kongsi rahsia �P jana pendapatan

kan harga berpatutan dengan memaksimumkan kos operasi pengeluaran,” katanya.

Sementara itu, rujukan place pula merujuk kepada tempat barangan dijual perlu sesuai dengan cita rasa penduduk.

Katanya, produk niaga perlu memenuhi keperluan dan tun-tuan masyarakat supaya me-nepati citarasa serta kemahuan masyarakat.

Zaidy berkata, langkah pro-motion atau promosi menjurus kepada jualan produk kepada masyarakat tempatan.

“Promosi bermaksud peng- usaha dan operator perlu me-nganjurkan kempen jualan mu-rah dari semasa ke semasa atau menggunakan sistem pengum-pulan mata bagi mencipta pe- luang penambahan pelang-gan,” katanya.

SHAH ALAM - Worldwide Hol-dings Berhad (WHB) berjaya me-ngendalikan operasi Stesen Pe-mindahan Sisa Pepejal (SATS) di Seksyen 21, di sini, dengan baik sepanjang tempoh lima tahun pengurusannya.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemu-tihan Kilang Haram dan Pemba-ngunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah (gambar) berkata, anak syarikat Kerajaan Negeri itu tidak pernah menerima aduan negatif sepanjang pengoperasian.

Justeru, katanya, tuduhan dibuat ke atas WHB disifatkan tidak berasas.

“Tuduhan Menteri Kesejahate-raan Bandar, Perumahan dan Kera-jaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, berkenaan ketidakcekapan pengurusan WHB adalah fitnah dan tidak tepat.

“Ingin dimaklumkan sepanjang tempoh pengurusan tapak SATS, WHB tidak pernah menerima a-duan tidak baik berkenaan pengu-rusan dan perkhidmatannya dari-pada pihak berkuasa tempatan, KPKT juga agensi berkaitan pengu-rusannya,” katanya dalam kenyata-an kepada SelangorKini.

Beliau berkata, WHB turut menerima lawatan lebih 10 kali daripada KPKT dan pelbagai agen-si antaranya Perbadanan Penguru-san Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jabatan Pengu-rusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

WHB urus SATS dengan baik

Vetmart menjadi medan usahawan memasarkan produk mereka bagi diketengahkan

Elemen 4P dikelaskan mengikut pecahan tertentu iaitu product, price, place dan promotion

yang memberikan maklum balas baik.

“KPKT menempatkan dua pega-wai SWCorp selama dua bulan bagi menjalani latihan pengurusan alam sekitar di SATS dan laporan pengoperasian serta penyeleng-garaannya diberikan kepada ke-menterian secara berkala.

“Surat aduan daripada KPKT berhubung ketidakpuasan peng- operasian dan penyelenggaraan SATS tidak pernah diterima WHB sepanjang tempoh lima tahun,” ka-tanya.

Dalam laporan media, Noh ber-kata, KPKT akan segera membaiki stesen itu selepas mengambil alih operasinya, pada akhir Julai lalu untuk memudahkan penghanta-ran sisa pepejal ke stesen oleh em-pat PBT yang kini menghantar sisa itu ke tapak pelupusan, di Jeram.

KPKT juga dikatakan meng-hentikan kontrak kontraktor dilan-tik Kerajaan Selangor yang tamat, pada 21 Mei lalu kerana tidak ber-puas hati dengan kerja dijalankan.

Page 9: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

Nasional9SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Perbada-nan Harta Intelek Malaysia (My-IPO) menyarankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mendaftar-kan harta intelek m a s i n g - m a s i n g bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertang-gungjawab.

Ketua Pengarahnya, Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata, gesaan itu dibuat kerana PKS di negara ini masih kurang ke- sedaran berkenaan kepentingan mendaftarkan harta intelek ber-banding syarikat besar.

“Sasaran kami memberi pendedahan kepada golongan ini (PKS) berkenaan kepentingan perlindungan harta intelek se-perti cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta supaya tidak mudah ditiru atau diciplak pihak lain.

“Antara sebab usahawan PKS ini tidak membuat perlindungan harta intelek kerana kekurangan pengetahuan selain mempunyai tanggapan proses perlindungan-nya rumit dan membabitkan kos tinggi,” katanya lapor BERNAMA.

Daftar harta intelek elak eksploitasi

.

MyIPOMyIPO adalah agensi

dipertanggungja-wabkan melind-ungi hak harta intelek di Malaysia bagi membantu

rakyat tempatan terutama usahawan

tradisional juga dalam talian mendaftar dan melind-ungi harta intelek mereka

Shamsiah berkata, jumlah pendaftaran harta intelek ma-sih lagi didominasi syarikat dari negara asing seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun ber-banding syarikat tempatan.

Katanya, sebanyak 15,093 pendaftaran diterima daripa-da syarikat dari negara asing, manakala 8,226 pendaftaran bagi syarikat tempatan, sehing-ga Julai lalu,

"Tidak kira kecil atau besar syarikat, pendaftaran harta in-telek penting kerana ia adalah milik atau hak eksklusif bagi membolehkan pihak terbabit mendapatkan bayaran royalti jika digunakan pihak lain," ka-tanya.

Perpaduan semakin lusuh

Tun Razak kecewa kalau masih hidupSHAH ALAM - Tun Abdul Razak pasti "kecewa dan ralat" jika me-lihat senario yang berlaku, di Ma-laysia, hari ini, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, empat perkara yang akan mengece-wakan perdana menteri kedua itu berhubung perpaduan rakyat, pendidikan, ekonomi dan moral.

Titah baginda, wawasan Tun Abdul Razak yang bergantung kepada perpaduan rakyat ber-bilang kaum kini dirosakkan pe-mimpin politik.

“Tun Abdul Razak, andai kata masih bernafas, pastinya akan kecewa dan ralat melihat empat senario yang sedang berlaku, di dalam negara.

“Sedangkan dalam keghaira-han mendapat sokongan, parti politik pada masa ini semakin cenderung memilih menyalakan bara sensasi isu agama dan kaum,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Ful-filling a Legacy: Tun Razak Foun-

dation, di sebuah hotel di Kuala Lumpur, lapor The Malaysian In-sight.

Sultan Nazrin bertitah, Tun Abdul Razak juga pasti kecewa dan ralat melihat Dasar Pelajaran Kebangsaan gagal menjadikan sekolah sebagai “taman asuhan menyatupadukan warga”.

Baginda bertitah, bekas pe-mimpin itu juga akan kecewa melihat penyelewengan pem-bahagian kekayaan sehingga

berlakunya ketirisan pegangan ekonomi bumiputera yang me-nyebabkan mereka menyifatkan Dasar Ekonomi Baru sebagai dis-kriminatif dan mencetuskan ke-marahan.

Titah baginda, ia termasuk membabitkan amalan rasuah dan tahap integriti, di Malaysia, pada hari ini.

“Generasi muda pelbagai kaum yang melalui pelbagai aliran persekolahan tidak akan mempunyai peluang berinte- raksi dan saling mengenali anta-ra satu sama lain, di sebalik me- reka membesar secara berasi-ngan dalam kelompok kaum ma-sing-masing.

“Akan luluhlah hati Tun Abdul Razak, mengikuti pendedahan demi pendedahan, tangkapan demi tangkapan kerana perbua-tan rasuah secara besar-besaran membabitkan penjawat tinggi dan individu terpelajar dengan amaun banyak yang amat men-calar nama baik negara bangsa,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah

Page 10: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

10Ekonomi

SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) komited meneruskan tumpuan dalam menyediakan lebih ba-nyak rumah mampu milik khu-sus bagi golongan berpendapa-tan rendah dan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noraida Mohd Yusof berkata, sebanyak 9,000 unit rumah di bawah projek Rumah Sela-ngorku idaman PKNS (RSKU) akan dibina bermula tahun de-pan hingga 2020.

Katanya, perancangan projek itu membabitkan 12,000 unit termasuk unit siap sebanyak 3,000, tahun ini.

“Usaha ini sekali gus me-

nyumbang kepada pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS.

“Pembinaan rumah ini diba-ngunkan menerusi keutungan dijana daripada projek ekonomi dan berharga tinggi,” katanya ketika Majlis Pelancaran Insentif MyPKNS dan pameran koleksi hartanah di Kompleks PKNS, ba-ru-baru ini.

Noraida berkata, bagi pembi-naan rumah mampu milik, PKNS menanggung RM20,000 hing-ga RM30,000 bagi setiap unit rumah.

“Elemen cross subsidi ini hasil keuntungan projek harga tinggi PKNS yang dibangunkan untuk menampung projek sosial PKNS,” katanya.

Terdahulu, PKNS menyasar-kan penjualan 44 unit hartanah bernilai RM12 juta menerusi pa-meran Koleksi Hartanah di Plaza PKNS yang berlangsung selama 10 hari, bermula 18 Ogos lalu.

Pengurus Jualan Hartanah Wilayah Tengah PKNS, Mohd Wazir Abdul Gani berkata, pa-meran sempena ulang tahun PKNS ke-53 itu bertujuan mem-beri pendedahan dan informa-si terkini kepada pengunjung berkenaan projek hartanah serta komersial perbadanan terbabit.

Katanya, antara produk dita-warkan ialah Anggun 1 dan 2, Vega Residensi di City Berjaya, Citrina 2 dan 3 di Bernam Jaya, Opal Residensi di Shah Alam dan Puteri Daffina 2 di Kota Puteri.

Rumah Selangorku Idaman (RSKU)

PKNS sasar bina �,��� unit

Antara Gapi antara kawasan rumah mampu milik ditawarkan PKNS kepada rakyat

SHAH ALAM - Agen-da Smart Selangor di-aspirasikan Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendapat perhatian majalah perniagaan berprestij, Internatio-nal Business Review of National Leaders, Busi-nesses & Innovations, baru-baru ini.

Ia menamakan Ke-tua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman sebagai salah seorang dari 60 Drivers of Malay-sia’s Economy (60 Pema-cu Ekonomi Malaysia).

Beliau diletakkan se-baris nama besar eko-nomi Malaysia seperti Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibra-him dan Pengerusi CIMB Group, Dato’ Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.

Raja Shahreen dilantik Kera-jaan Negeri sebagai Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) untuk mengetuai unit pemacu bagi merealisasikan agenda Selangor sebagai Smart State terulung di ASEAN, menjelang 2025.

Smart Selangor memfokuskan kepada 12 domain iaitu Smart Governance, Smart Development, Smart Digital Infrastructure and Smart Waste Management, Smart

Education, Smart Energy, Smart Water Management, Smart Agro Smart Transport and Mobility, Smart Safety and Security, Smart Disaster Management dan Smart Healthcare.

Mula bertugas di MBI pada 2014, Raja Shahreen pernah memegang amanah sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Pos Malaysia Berhad dan Oman Oil Marketing Company.

International Business Re-view of National Leaders, Busi-nesses & Innovations adalah majalah terbitan The IBR Asia Group.

Raja Shahreen tersenarai �� Pemacu Ekonomi Malaysia

Raja Shahreen bertanggungjawab memacu agenda Selangor sebagai negeri pintar

SHAH ALAM - Taiwan berhas-rat mengurangkan kebergan-tungan kepada China dengan meneroka pasaran baru dan memberi tumpuan kepada Asia Tenggara.

Selangor Information Tech-nology and E-Commerce Coun-cil (SITEC) dalam kenyataan ber-kata, lebih 20 syarikat E-dagang Taiwan bakal menyertai Taiwan Day-Taiwan Malaysia Cross-Bor-der E-Commerce Forum di Se-langor Smart City and Future Commerce Convention 2017, pada 8 September ini.

Katanya, usahawan tempatan perlu merebut peluang menjalin hubungan dengan pemain in-dustri E-dagang Taiwan meneru-si penganjuran berkenaan.

“Tujuh syarikat E-dagang ber-pengalaman Taiwan yang ber-jaya mengembangkan sayap di Malaysia dan Asia Tenggara akan

berkongsi bagaimana pernia- gaan kecil (SME) boleh menem-busi pasaran lebih besar hanya dengan sumber terhad.

“Mereka juga dijangka berkongsi model terkini E-da-gang seperti penggunaan ran-taian blok, livestreaming dan Mo-bile Commerce,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekseku-tif SITEC, Yong Kai Ping dilapor berkata, Taiwan Day mengerat-kan lagi kerjasama E-dagang di antara dua negara.

Pengarah Akademi SITEC, Goh Boon Peng pula berkata, peser-ta juga berpeluang menyer- tai sesi business matching dan menyaksikan syarikat Taiwan membuka peluang kerjasama dengan syarikat tempatan.

“Ia membawa program ini setapak lebih maju ke hadapan dan kita mengalukan pedagang untuk menyertainya,” katanya.

Erat kerjasama E-dagang

KUALA LUMPUR - Rizab anta-rabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$100.4 bilion (bersamaan RM431.0 bilion), pada 15 Ogos lalu, berbanding US$99.4 bilion (RM427 bilion) yang dicatat-kan, pada 31 Julai lalu.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import ter-tangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek," menurut BNM dalam kenyataan.

Komponen utama rizab anta-rabangsa ialah rizab mata wang asing (US$93.9 bilion), kedudu-kan Rizab Dana Kewangan An-tarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bi-

Rizab Antarabangsa BNM RM��� bilion

llion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset pula termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.021 bi-lion), Kertas Kerajaan Malaysia

(RM5.355 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.434 bi-lion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.829 billion), tanah dan ba-ngunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM7.297 bilion).

Page 11: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

11SelangorKini 1 - 8 September 2017

ADN MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kurang 24 jam ru- ngutan penduduk Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berhubung isu paip bocor di perumahan itu, Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei pantas mengarahkan Syari-kat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menjalankan kerja pemeriksaan serta-merta.

Shuhaimi berkata, gesaan itu dibuat atas prinsip tanggungja-wabnya selaku wakil rakyat untuk memastikan mereka mendapat-kan hak sebagai pengguna.

“Aduan dikemukakan dibawa kepada Air Selangor cawangan Klang dan Shah Alam bagi tujuan semakan juga gerak kerja.

“Komitmen ini pasti dilakukan untuk kesejahteraan dan kepen-tingan rakyat serta menjadi tang-gungjawab saya selaku wakil rak-yat, di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pada 21 Ogos lalu, SelangorKini mendedahkan keluhan penduduk kawasan berkenaan berhubung masalah paip bocor yang menye-babkan gangguan air berlaku.

Penduduk berkata, 20 aduan sudah dibuat kepada pihak ber-wajib, namun masih tiada gerak

kerja dijalankan.Penyelesaian akhir, penduduk

membawa isu berkenaan kepada SelangoKini bagi mendapatkan respon balas daripada Shuhaimi berhubung kemelut, di kawasan berkenaan.

Susulan pendedahan itu, pa-sukan siasatan khas SYABAS yang diketuai Pengurus Teknikal SYA-BAS Wilayah Klang dan Shah Alam, Asrul Azam Abdullah turun padang menjalankan pemerik-saan.

Asrul Azam berkata, masalah paip bocor berpunca daripada paip lama yang memerlukan gan-tian

Sementara itu, penduduk Sufian Hadi Hosen menghargai respon pantas Shuhaimi dan kerjasama pelbagai agensi bagi menyele-saikan kemelut berkenaan.

“Terima kasih kepada wakil rakyat kerana bertindak segera atas aduan diterima. Sepatutnya pihak bertanggungjawab boleh selesaikan hal ini tanpa perlu me-lalui YB (Yang Berhormat).

“Kalau semua aduan daripada YB baru semua kerja dilaksanakan segera, tidak perlu wujud kaunter aduan rakyat, baik tukar kaunter aduan YB,” katanya.

ADN pantas respon masalah penduduk

Selesai gangguan air

Isu gangguan air di Kampung Baru Hicom berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam

Bil.

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TAWARAN1. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

2. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan mulai tarikh dokumen dijual pada waktu pejabat di Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur. Sila hubungi No. 03-2088 5798 / 5386 untuk sebarang pertanyaan urusan pembelian dokumen tender.

3. Dokumen dijual secara ‘softcopy’ dan tuan/puan dikehendaki membawa pen drive yang bebas dari virus bagi pembelian dokumen tersebut. Sekiranya pentender tidak membawa pen drive, caj bayaran akan dikenakan sebanyak DUA KALI GANDA HARGA TENDER untuk pembelian secara ‘Hardcopy’.

4. Setiap petender hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja berbentuk ‘Hardcopy’.

5. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki membuat pembayaran secara Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank yang dibuat atas nama “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.” sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima.

6. Jika tidak hadir sendiri, wakil syarikat/kontraktor hendaklah membawa surat pengesahan wakil yang telah ditauliahkan. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja.

7. Wakil-wakil kontraktor/syarikat hendaklah membawa sijil asal berkaitan; SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) atau KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (Jika bertaraf bumiputera) berserta salinannya.

8. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan pada tarikh tender ditutup di alamat :

Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

pada hari tersebut tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tersebut.

9. Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini boleh diakses melalui laman web https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1

Walaupun notis Tender ini dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., penganugerahan kepada penender yang berjaya untuk kerja-kerja/pembekalan yang disebutkan di atas juga boleh diberikan oleh mana-mana anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

*Harga dokumen tender/sebut harga termasuk 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP)/Goods & Services Tax (GST).

Perihal Kerja/No. Tender/ Harga Dokumen

Syarat Pendaftaran Tarikh Jual Dokumen / Tutup Tender

Taklimat & Lawatan Tapak (Diwajibkan)

PROPOSED RENOVATION WORKS FOR KUALA SELANGOR REGION’S NEW OFFICE

No. Tender: AIS/PCW/T4/8/2017Harga Dokumen*: RM530.00

1. CIDB Gred : Minimum G4

Tarikh & Masa Lawatan:5 / 9 / 2017 (Selasa), 11.00 pagi

Lokasi:Pejabat Wilayah Kuala Selangor

Pegawai Untuk Dihubungi:Shahrul Azizi (017 – 229 0106)

Tarikh Jual Dokumen

6 / 9 / 2017 hingga19 / 9 / 2017

Tarikh Tutup Tender

26 / 9 / 2017

1.

Page 12: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

13SelangorKini 1 - 8 Sept 201712 SelangorKini 1 - 8 Sept 2017

Jiwa merdeka, jati diri terbelaJiwa merdeka, jati diri terbela

Jiwa merdeka, jati diri terbelaJiwa merdeka, jati diri terbela

Dis

edia

kan

oleh

: A

sri S

apfie

, Rem

y A

rifin,

Shu

aib

Ayob

Page 13: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

14Rencana

SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Wujud sejak zaman Hoabinhian

Sejarah buktikan Selangor kuasa ekonomi Asia Tenggara

OLEH NAZLI IBRAHIM

Selangor sebagai ne-geri termaju di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri

Mohamed Azmin Ali kini bangkit sebagai salah satu kuasa ekono-mi serantau.

Visi itu bukan satu impian kosong tetapi mampu dilak-sanakan. Hal itu ekoran sejarah panjang Selangor turut mem-buktikan negeri berkenaan per-nah menjadi satu kuasa ekonomi Asia Tenggara hingga menimbul-kan perasaan cemburu Kerajaan Belanda.

Seperti yang diketahui, seja-rah memainkan peranan penting bagi membina sesebuah keta-madunan. Sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-60, SelangorKini menyorot kembali sejarah penting Selangor dari za-man pra sejarah sehingga sebe-lum kemerdekaan.

Selangor dibentuk pada 1766 sebelumnya mempunyai seja-rah yang panjang. Berdasarkan penyelidikan arkeologi para sar-jana, perkembangan kehidupan di Selangor wujud sejak zaman Hoabinhian iaitu 12,000 hing-ga 5,000 tahun lampau dan le-bih ketara lagi di zaman neolitik (4,000 hingga 5,000 tahun) serta membawa ke zaman logam (ber-mula 500 tahun sebelum masihi).

Berdasar kajian ahli arkeologi, antara penempatan awal di Se-langor dikesan di Batang Berjun-tai, Batu Caves, Kampung Pan-dan, Ampang, Jenderam Hilir, Bukit Jati, Bukit Kuda, Bukit Badak di Klang dan Gombak.

Sungai peranan penting sejarah awal

Satu perkara yang nyata, su-ngai memainkan peranan pen-ting dalam sejarah awal pembu-kaan penempatan masyarakat, di Selangor.

Penyelidikan arkeologi mem-buktikan Selangor menjadi pengeluar bijih timah sejak za-man pra sejarah lagi. Hal itu diso-kong dengan penemuan gen-dang gangsa di Kuala Langat, Klang dan Jenderam Hilir. Ke-simpulannya kegiatan perlom-

bongan bijih timah sudah lama diusa-hakan orang Me-layu sebelum ke-hadiran British.

‘Negeri’ Klang terkenal sebagai pusat perdaga-ngan, sejak dahu-lu lagi. Hal itu jelas terbukti apabila pada tahun 1365, seorang punjangga Kerajaan Majapahit dalam kisah ‘Kekawin Ne- garakertagama’ yang ditu-lisnya turut mencatatkan nama Klang.

Selain itu, nama Klang turut disebut sarjana barat, Tom Pires

(Gambar dari atas ke bawah)

Peta lama Portugis menunjukkan kedudukan

Asia Tenggara

Gendang dan loceng gangsa Dong son (berusia kira-kira

500 tahun sebelum masihi) yang dijumpai di tapak arkeologi di Klang

Meriam Kota Malawati yang digunakan ketika Perang Bugis-Belanda

Gambar sumber internet

Page 14: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

15SelangorKini 1 - 8 September 2017

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

disebut sarjana barat, Tom Pires dalam catatannya ‘Suma Oriental’ pada 1512 hingga 1515 bahawa beliau pernah melawat ‘Clam’ (Klang) yang kaya dengan bijih timah.

Sarjana Portugis pula, De E-ridia dalam catatannya pada 1613 turut menyatakan Klang sebagai pengeluar bijih timah. Semua catatan ini membuktikan Selangor sudah pesat memba-ngun dan kuasa ekonomi seran-tau, sejak dahulu lagi.

Klang ibu kota Selangor

Sebelum kemunculan Kuala Lumpur sebagai pusat perlom-bongan utama bijih timah, Pekan Klang pernah menjadi ibu kota Selangor dengan Pengkalan Batu sebagai pelabuhan awalnya.

Selangor di era pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Salle-huddin dengan kekuatan dan pengaruh negeri itu bukan hanya dirasai oleh negeri Melayu saha-ja, malahan turut dirasai Belanda, sekali gus menganggap Selangor sebagai pesaing ekonomi khu-susnya berkaitan perdagangan bijih timah.

Keadaan ini membawa kepada perang Selangor-Belanda pada 1784 hingga 1786 yang berke-sudahan Selangor akur kepada kekuatan Belanda.

Perang saudara yang tercetus pada 1867 hingga 1873 adalah faktor yang membawa kejayaan British mengukuhkan kedudukan mereka di Selangor dengan me-letakkan seorang residen sebagai penasihat sultan.

Sistem residen di Selangor kekal selama 63 tahun bermula Residen James Gutrie Davidson (1875-1876) hingga ke Stan-ley Wilson Jones (1936-1938) membabitkan 13 residen keselu-ruhannya.

Aktiviti perdagangan luar ne-gara bukan perkara baru dalam kalangan masyarakat Melayu Se-langor. Berdasarkan penyelidikan arkeologi sarjana tempatan, ak-

tiviti perdagan-gan di Selangor bermula sejak zaman pra sejarah lagi. Lembah Langat dan Lembah Klang misalnya pernah bertindak sebagai pembekal bijih timah ke tanah besar Asia Teng-gara.

Seiring dengan kepe-satan ekonomi Sela-ngor, populasi di negeri itu turut meningkat de-ngan cepat. Satu ban-cian rasmi dijalankan British pada 1891, jum-lah penduduk Selangor dianggarkan berjum-lah 81,592 berbanding dicatatkan dalam ‘The Protected Malay States’ iaitu 17,097 orang, pada 1884.

Selain kelahiran baru, pertumbuhan populasi yang cepat ini turut dise-babkan kedatangan orang luar sama ada dari nusantara Me-layu atau Cina dan India akibat tarikan kepesatan ekonomi yang berlaku di Selangor. Pertamba-han populasi ini memainkan pe-ranan penting terhadap kema-juan Selangor.

Selangor bukan sahaja menge-luarkan bijih timah, malahan per-nah menjadi pengeluar ubi kayu pada lewat abad ke-19, gambir dan lada hitam pada 1870-an serta kopi pada 1880-an dengan skala besar-besaran.

Namun, tanaman itu diganti-kan dengan penanaman getah pada awal abad ke-20 disebab-kan dua faktor iaitu kejatuhan komoditi terbabit dan keduanya

tercetusnya kepesatan industri bermotor, di Amerika Syarikat.

Negeri semenanjung pertama tanam kelapa

sawit komersial

Selangor adalah negeri se-menanjung pertama mengusa-hakan tanaman kelapa sawit se-cara komersial di Tannamaran Oil Palm Estate, Kuala Selangor.

Pengeluaran bijih timah pada asalnya dikuasai pelombong Me-layu. Selepas kedatangan British, pengeluaran bijih timah yang di-kawal mereka meningkat drastik dengan Kuala Lumpur muncul daerah pengeluar terbesar.

Penguasaan pengeluaran bijih

Pada umumnya, perkemba-ngan sektor perlombongan bijih timah dan tanaman dagang lain banyak memberi impak positif kepada pembangunan fizikal Se-langor seperti pembukaan ban-dar, pembinaan jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan dan pusat kewangan.

Walaupun secara umumnya pembangunan yang dibawa Bri-tish itu membawa kesan positif, namun hanya pihak yang ter-babit secara langsung dalam per-lombongan bijih timah dan tana-man dagang berkenaan meraih manfaat kemudahan disediakan khususnya kapitalis barat.

Sementara itu, rakyat khasnya penduduk Melayu hanya mene-rima tempias daripada pem-bangunan ekonomi itu. Malah, tidak keterlaluan dikatakan Bri-tish pada masa itu menyingkir-kan orang Melayu daripada arus pembangunan ekonomi Sela-ngor.

* Sumber/kredit: ‘Sejarah Negeri Selangor, Dari Zaman Pra Sejarah ke Zaman Kemerdekaan’ terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawa-ngan Selangor.

# Nazli Ibrahim adalah Wartawan Kanan SelangorKini

(Gambar dari atas ke bawah)

Persidangan Durbar yang pertama. British mengukuhkan kuasa dengan melantik residen untuk mengawal politik dan ekonomi negeri-negeri melayu

Sungai Klang di awal abad ke 20

Pitis timah bercorak bunga dan bintang dijumpai di Kuala Selangor yang dipercayai diguna- kan secara meluas di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim

Perlombongan bijih timah men-jadikan Selangor kuasa ekonomi di rantau ini satu masa dulu

timah dalam kalangan masyara-kat Melayu sedikit demi sedikit terhakis ekoran tidak mampu menandingi modal yang dibawa masuk syarikat asing dari barat dan Cina.

Menurut Annual Report Se-langor 1883-1888, pada 1883 pengeluaran timah di Kuala Lum-pur, Hulu Langat dan Hulu Sela- ngor dicatatkan 71,814 pikul sebelum meningkat kepada 135,735 pikul, pada 1888.

Pada 1889, harga timah mula mengalami kejatuhan sehingga 21 peratus. Bagaimanapun, pelom-bong di Selangor paling lama mampu bertahan berbanding negeri lain ekoran mempunyai jumlah pengeluaran yang besar.

Page 15: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

16PBT

SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR - Kaedah Smart Partnership membolehkan Jeti Pekan Lama Kuala Selangor dibangunkan semula, selepas hampir 10 tahun terbiar.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, usa-ha membina dan membaik pulih jeti berkenaan membabitkan kos hampir RM500,000 yang dikongsi bersama syarikat Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd.

Katanya, ia dilaksanakan se-cara Build Operate Transfer (BOT) bagi tempoh 10 tahun, bermula 28 Oktober 2016 sehingga 27 Ok-tober 2026.

“Kita melihat terdapat keper-luan sangat mendesak memba-ngunkan jeti ini memandangkan ia menyediakan akses ke lokasi tarikan pelancongan, di Per-matang Angsa.

“Maka, kita jalinkan Smart Part-nership dengan sebahagian ka-wasan ditadbir MDKS dan dibuka kepada umum, manakala seba-hagian lagi pihak swasta,” katanya kepada SelangorKini selepas me-nyempurnakan Majlis Perasmian

Laksana kaedah 'Smart Partnership'

Bangun semula jeti Kuala SelangorJeti Pekan Lama Kuala Selangor, di sini, pada 24 Ogos lalu.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din dan Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sebelum ini, kawasan be-ting pasir di Sasaran, Sungai Buloh yang dikenali sebagai Permatang Angsa tular dalam kalangan pelancong tempatan dan asing.

Ia ekoran keunikan fenome-na Salar De Uyuni iaitu pantulan imej seakan cermin yang hanya berlaku setiap tiga hari pada awal bulan dan lima hari tera- khir, pada hujung bulan.

Ia satu-satunya lokasi dengan keunikan pantulan cermin di se-luruh Asia seperti di Bolivia. Jeti Pekan Lama Kuala Selangor bakal menerima wajah baru bagi kemudahan pelancong

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) atas usa-hanya menandatangani Ikrar Be-bas Rasuah (IBR) bersama suru-hanjaya itu, baru-baru ini.

Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah berkata, tindakan itu menunjuk-kan komitmen tinggi warga kerja MDKL dalam menjalankan ama-nah dan tangggungjawab secara telus, bersih serta bebas daripada anasir tidak sihat yang menjurus kepada rasuah.

Katanya, ia termasuk salah guna kuasa apabila melak-sanakan tugas demi memelihara

diri sendiri, tempat bekerja atau organisasi.

“Saya juga tabik dengan Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid yang berikrar tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pelanggaran atau un-sur rasuah mencemar reputasi MDKL.

“Penyertaan MDKL ini mem-buktikan keberanian warganya yang bertekad untuk bersama memastikan ia bebas daripada sebarang ancaman dan beleng-gu jenayah rasuah juga salah guna kuasa,” katanya lapor Unit Korporat dan Perhubungan Awam MDKL.

Pada masa sama, Wan Ramli

berkata, SPRM menetapkan sa-saran tiga tahun bagi memasti-kan sektor kritikal negara bersih daripada amalan rasuah dan pe-nyelewengan.

Katanya, ia termasuk sek-tor perkhidmatan awam seperti agensi penguatkuasaan, badan pengawal dan pihak berkuasa tempatan serta negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga sektor swasta, institusi kewangan dan perbankan.

“Bagi memastikan sasaran ini tercapai, maka fokus dan penekanan turut diberikan terha-dap tindakan merampas semula semua harta dan hasil rasuah,” katanya.

SPRM Selangor puji MDKL

MDKL mengikuti langkah PBT lain menandatangi IBR bagi memerangi rasuah dan penyelewengan dalam pentadbirannya

SUBANG JAYA - Sebanyak 53 sekolah menyertai Skuad Denggi Peringkat Sekolah Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) sem-pena Program Anugerah Sekolah Sejahtera 2017.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, langkah itu antara ini-siatif MPSJ memberi pendeda-han kepada generasi muda ber-hubung bahaya denggi menerusi pendekatan edutainment (educa-tion and entertainment).

Katanya, ia juga dilihat se-bagai langkah proaktif menga-wal dan mencegah penularan denggi bermula daripada pering-kat akar umbi.

“Skuad ini akan berfungsi mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes serta menyebar maklumat juga pe-ngetahuan berhubung bahaya wabak denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

Program Eksplorasi dan Majlis Pelancaran Skuad Cegah Denggi, di Sunway Lagoon, di sini, pada 22 Ogos lalu.

Bertemakan ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’, program sulung itu mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor, Pe-jabat Pendidikan Petaling Perdana dan Sunway Lagoon Malaysia.

Ia disertai 39 sekolah rendah dan 14 sekolah menengah, semen-tara 14 daripadanya adalah sekolah jenis kebangsaan.

Pada 17 Mei lalu, program A-nugerah Sekolah Sejahtera di-lancarkan dan meliputi tiga komponen iaitu, kesihatan juga kebersihan, kelestarian alam sekitar serta landskap termasuk keceriaan.

Penubuhan Skuad Cegah Denggi Sekolah terletak di bawah komponen kesihatan dan ke-bersihan dan menerima penyer- taan paling tinggi berbanding komponen lain.

MPSJ lancar Skuad Denggi peringkat sekolah

Langkah mencegah dan mengawal penularan denggi perlu bermula dari awal

Page 16: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

17SelangorKini 1 - 8 September 2017

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Klang (MPK) komited melak-sanakan program kebersihan dan pengindahan lorong belakang premis perniagaan selaras hasrat Kerajaan Negeri dalam merea-lisasikan Smart Selangor.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, bagi menjayakan program itu, MPK menjadikan kawasan perniagaan Taman Eng Ann sebagai projek perintis untuk menjadi contoh kepada kawasan lain, di daerah berkenaan.

Katanya, MPK akan memas-tikan pembuangan dan kutipan sampah di kawasan perniagaan mengikut jadual ditetapkan serta lebih sistematik.

“Program ini salah satu an-juran MPK dan komuniti pernia- gaan setempat dalam usaha me-

ningkatkan kesedaran serta pen-jagaan kebersihan di premis per-niagaan gerai makan juga pasar pagi dalam keadaan bersih, ter-susun juga lebih menarik.

"Menerusinya, semua lorong belakang di kawasan perniagaan atau gerai makan akan lebih ber-sih, cantik dan indah,” katanya ketika Majlis Pelancaran Program Kebersihan dan Pengindahan Lo-rong Belakang 2017, di Kawasan Perniagaan Taman Eng Ann, ba-ru-baru ini.

Mohamad Yasid berkata, MPK juga akan mengetatkan rondaan dan pemeriksaan bagi memas-tikan program itu dilaksanakan sebaiknya serta pemilik premis mematuhi arahan dan undang-undang.

Katanya, sikap pemilik premis meletakkan barang dagangan di kaki lima dan lorong belakang menjadi punca halangan kepada

orang awam serta mencatatkan pemandangan.

“Sikap ini menyebabkan pem-biakan binatang bawaan penya-kit seperti tikus, nyamuk dan lipas, malahan longkang tersum-bat serta kontraktor pembersihan berdepan kesukaran membuat pembersihan hingga mendo-rong wujudnya longgokan sam-pah haram,” katanya.

Sehubungan itu, beliau ber-harap kawasan perniagaan itu dapat dijadikan tumpuan orang ramai dan sebagai tarikan pelan-cong selain mewujudkan Premis Bersih (Gred A) untuk keseluru-han premis perniagaan maka-nan.

“Kita mahu menggalakkan pembabitan sepenuhnya bagi membentuk masyarkat sihat dan selamat melalui pembela-jaran kesihatan yang berkesan serta berpengetahuan,” katanya.

Penuhi aspirasi Smart Selangor

MPK perindah lorong belakang

Mohamad Yasid bersama Dato' Teng Chang Khim melawat lorong belakang premis perniagaan di Taman Eng Ann

SHAH ALAM - Nor Azmi Abdul Kadir mengangkat sumpah se-bagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggan-tikan Shatiri Mansor yang tamat tempoh perkhidmatannya, pada 31 Julai lalu.

Majlis mengangkat sumpah dan lafaz ikrar diadakan di hada-pan Datuk Bandar, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain, di Ibu Pejabat MBPJ, pada 23 Ogos lalu.

Mohd Azizi berkata, ahli majlis itu akan menggalas tanggung-jawab sebagai penggubal dasar MBPJ selari dasar Kerajaan Ne-geri.

Katanya, mereka juga berpe-ranan menggerakkan masyarakat untuk membabitkan diri secara langsung dalam program yang dianjurkan serta sebagai peran-taraan antara MBPJ dan warga Petaling Jaya.

“Komposisi ahli majlis yang berpendidikan dan berpengala-man ini diharap dapat bekerja keras serta menjalin hubungan lebih akrab dengan masyarakat di zon pentadbirannya tanpa mengira kaum.

MBPJ lantik ahli majlis baru

Nor Azmi menerima watikah perlantikan daripada Mohd Azizi, pada 23 Ogos lalu

SUBANG JAYA - Sempena sambutan kemerdekaan ke-60, Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) menganjur-kan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan perasaan patrio- tik dalam kalangan warga kerjanya.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Zulkurnain Che Ali berkata, program itu salah satu inisiatif penyampaian Khidmat Pesanan Masyarakat MPSJ sempena bulan kemerdekaan Malay-sia, pada 31 Ogos ini.

“Kempen ini bertujuan mengga-lakkan warga kerja MPSJ dan rakyat di kawasan seliaan kami mengibarkan

bendera Malaysia bagi menunjukkan rasa cinta kepada negara, sekali gus menanam sikap patriotik.

“Secara tidak langsung, kempen ini turut menzahirkan penghargaan masyarakat terhadap pejuang ke-merdekaan tanah air, di samping menghayati pengorbanan mereka selama ini,” katanya.

Pada masa sama, Zulkurnain turut memasang Jalur Gemilang di kende-raan milik majlis itu antaranya kereta peronda unit trafik Jabatan Penguat-kuasa MPSJ, kenderaan pacuan em-pat roda dan motosikal.

Semarak kibarkan Jalur Gemilang

Zulkurnain memasang bendera di kereta peronda bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan

“Ia bagi membantu Petaling Jaya mencapai sasarannya serta menggalakkan masyarakat untuk turut sama ke arah merealisasi-kan hasrat MBPJ sebagai bandar raya peneraju, dinamik dan les-tari,” katanya dalam kenyataan.

Komposisi ahli majlis yang berpendidikan dan berpengalaman ini diharapkan dapat bekerja keras serta menjalin hubungan lebih akrab dengan masyarakat di zon pentadbiran-nya tanpa mengira kaum

AZIZI MOHD ZINDatuk Bandar MBPJ

Page 17: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

18Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AINA WAFI AB KADIR

Dialognya tidak banyak. Tetapi ekspresi muka dan getaran suara para pelakon, misalnya An-

gel yang menangis dengan setitis air mata cuma, menjadikan kita berasa sesak dan sebak. Begitu-lah tersentuhnya nurani saat me-nikmati filem Surat Kecil Untuk Tuhan.

Pengarahnya bijak mengalih- kan satu babak kepada babak lain walau plotnya masih terasa agak laju. Namun, sinematografi-nya cantik dan memikat hati. Kesedihan dan emosi banyak di-timbulkan melalui simbol dan pe-milihan warna - kita namakannya sebagai kemahiran semiotik.

Kisahnya tidak rumit untuk di-fahami tetapi mesejnya besar, be-rat, marhaen dan lebih sakit – itu-lah realiti masyarakat Indonesia, dan sebenarnya, Malaysia juga.

Filem itu membentang kisah watak Anton dan Angel, anak yatim bernasib malang apabila terlibat dalam sindiket menge-mis di jalanan. Kalau tidak cukup wang kutipan dalam jumlah yang ditetapkan penjaga mereka – Om Rudi, mereka akan dihukum de-ngan pelbagai bentuk seksaan. Inilah kisah, juga realiti yang bi-asa terjadi di kedua-dua negara ini. Kalau di Indonesia, anak-anak dipaksa mengemis dari kereta ke kereta; di Malaysia juga anak-anak disuruh mengemis memin-ta-minta wang atau dalam ben-tuk lain – berselindung atas nama sumbangan atau dana. Mereka sama ada berseorangan atau se-cara kumpulan kecil bergerak dari meja ke meja di setiap restoran dan tempat tumpuan awam.

Ketika Angel dan para saksi berdepan dengan kes ini, mereka tidak sesekali berkompromi dengan kezaliman yang dilakukan Om Rudi. Segala bentuk penindasan harus dilawan sampai ke penghujung, tidak boleh sekerat-kerat.

Surat Kecil Untuk TuhanMelawan falasi kehidupan

Media tempatan juga banyak membuat pendedahan tentang aktiviti sindiket mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja hing-ga mampu menghasilkan lebih kurang RM300 kutipan seorang untuk satu hari. Jika anak-anak yang diperas sekitar 20 orang, nah bayangkan kekayaan sindi-ket tersebut? Sedangkan, per-buatan itu menyalahi undang-undang khususnya Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Ia terang-terang salah di sisi moral, salah juga di sisi perundangan.

Filem ini, khabarnya digarap dari novel dengan judul sama dan pertama kali menemui kha-

layak pada 2011 hingga menjadi box office. Namun, kali ini, pener-bitnya Falcon Pictures mengha-dirkan kembali filem tersebut dengan judul sama tetapi jalan cerita berbeza. Namun, tema yang diangkat masih sama – peri-hal kemanusiaan.

Justeru, kesempatan menon-ton filem yang sutradaranya Fa-jar Bustomi di sebuah pawagam pusat beli-belah di Wangsa Walk, baru-baru ini sangat mengu-jakan. Ia ternyata membawa ni-lai keinsafan yang bukan sedikit, bahkan tajam menusuk sanubari. Ia juga langsung membuka pintu akal dalam melawan belit-belit falasi dalam jalur kehidupan yang

sarat simpang siur.Kita juga diheret dengan pa-

nah-panah pertanyaan. Apakah yang sewajarnya kita lakukan dalam mendepani isu begini? Serahkan sahaja solusi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)? Berdoa pusat agihan za-kat memberi lebih fokus kepada rumah anak yatim tanpa kita ber-buat apa-apa? Atau kita bersa-ma-sama menyinsing kaki turun menjenguk, mengambil baha-gian membantu anak-anak ini se-cara langsung sementelah mere-ka kehilangan kasih seorang ibu, sayang seorang bapa?

Babak seterusnya pula me-nyaksikan bagaimana Angel yang dewasa bertindak sebagai pelin-dung kepada mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan. Angel, salah seorang mangsa sindiket dan penderaan kini me- ngurus kes yang sama seperti pe-ngalaman kecilnya. Peranan yang dimainkan Angle dan kawan-kawannya dalam menyusun gerak menjatuhkan sindiket tersebut membawa kita pulang menelusuri nilai-nilai yang harus ada dalam diri seseorang manusia.

Pada kita ialah rasa simpati terhadap kecelakaan yang me-nimpa orang sekeliling, sikap bertanggungjawab dan paling

besar - kita harus mengikut lang-kah pesuruh Tuhan yang sentiasa membela dan membebaskan golongan tertindas. Itulah tu-juan sosial atas perutusan para anbiya. Seorang revolusioner ha-rus membawa perubahan radikal dalam suasana sosial yang tengik dan mengubahnya mengikut acuan yang sesuai dengan wah- yu.

Ketika Angel dan para saksi berdepan dengan kes ini, me-reka tidak sesekali berkompromi dengan kezaliman yang dilaku-kan Om Rudi. Segala bentuk pe-nindasan harus dilawan sampai ke penghujung, tidak boleh se-kerat-kerat. Mereka menjadikan kehidupan anak-anak lain yang tidak pernah pun mereka kenali sebagai tujuan utama dalam me-nyelesaikan kes ini. Walaupun pada awalnya ia kelihatan bersi-fat peribadi tetapi hal yang tak tersangkal ialah kecelakaan yang menimpa diri seseorang, boleh menimpa individu lain selagi ia tidak dikekang atau dicantas, ter-biar bermaharajalela.

Sebab itu, perbuatan Angel mensabitkan Om Rudi atas ke-salahannya, jauh ke depan ia-lah suatu bentuk perlindungan, pembebasan dan penghargaan buat anak-anak kecil lain yang seharusnya hidup selamat dan bahagia sepanjang proses pem-besarannya. Kita tidak harus me-mentingkan diri dan takut dalam memperjuang hak anak-anak dan orang tertindas kerana ia se-lari dengan prinsip luhur kebena-ran Tuhan, kesetaraan dan ikatan persaudaraan sesama manusia seperti yang disebutkan Prof Dr Ziaul Haque dalam Wahyu dan Revolusi: Misi Sosial Para Nabi-Revolusioner.

Dan pada akhir filem, Om Rudi dalam mempertahan kesala-hannya konon perbuatan beliau adalah suatu jalan keluar kepada anak-anak dalam memperoleh syurga, adalah falasi dalam men-justifikasi dosa besar yang di-lakukannya. Kata Om: “Kamu orang kaya! Kamu tidak tahu apa erti, apa rasanya menjadi miskin! Berapa banyak anak jalanan yang hidup layak dan mereka masuk syurga, kerana saya?”

Tidak ada kebaikan dan peng-hargaan untuk kehidupan indah anak-anak yang ditarik seorang lelaki dewasa berhati syaitan dengan mengambil kesempatan sedemikian. Kesusahan yang me-nimpa diri, adalah tanggungja-wab kita untuk menyelesaikan-nya, bukan sewenang-wenang meletakkan kesalahan itu ke bahu manusia lain.

Filem ini diakhiri dengan ade-gan yang membayangkan surat kecil yang dihantar Angel ke-pada Tuhan akhirnya termakbul setelah 15 tahun. Ia turut mem-bunuh kesengsaraan anak-anak lain yang layak mendapatkan ke-hidupan kanak-kanak mereka.

Page 18: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

19SelangorKini 1 - 8 September 2017

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Seramai 103 tenaga pengajar agama Islam di Selangor menerima tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas lulus ujian ditetapkan.

Penolong Pengarah Kanan, Baha-gian Dakwah JAIS, Suliani Ibrahim ber-kata, semua peserta yang menerima tauliah memenuhi prosedur ditetap-kan JAIS dan berpegang kepada faha-man Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Setiap peserta perlu melalui be-

berapa proses ujian ditetapkan dan majlis kali pertama ini antara penam-bahbaikan dilakukan juga penghar-gaan kepada mereka yang layak.

“Mereka boleh menyampaikan ce-ramah, mengadakan kelas agama dan pembelajaran al-Quran seperti ditetapkan JAIS selagi tidak bercang-gah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Majlis Penyampaian Kad Tauliah Mengajar Selangor itu disempurnakan Mufli Selangor, Dato’ Mohd Tamyes

Abd Wahid, di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada 24 Ogos lalu.

Pada masa sama, Suliani berkata, Bahagian Dakwah JAIS merancang mengadakan sekurang-kurangnya satu lagi majlis penyampaian kad tau-liah, pada tahun ini.

“Kita menjangkakan akan menga-dakan satu atau dua lagi majlis sama, pada tahun ini dan berusaha menga-dakan sekurang-kurangnya satu maj- lis dengan disertai lebih kurang 100 peserta,” katanya.

Lulus ujian dan prosedur JAIS

��� pengajar terima tauliah

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) terus menyemarakkan usaha mendidik umat Islam khususnya wanita me- ngukuhkan hubungan dengan Allah SWT menerusi penghayatan al-Quran.

Terbaru, seramai 430 peserta menyertai Program Khatam dan Tadabbur Al-Qur’an membabitkan wani-ta di Selangor kali ke-25, pada 22 Ogos lalu.

Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, program sejak 2015 itu diteruskan selepas mendapat sambutan memberangsangkan.

“Ini antara amalan kecil yang kita laksanakan se-cara berterusan dan istiqamah supaya ia diberi gan-jaran oleh Allah SWT.

“Program ini juga dapat mengukuhkan silaturra-him sesama wanita di Selangor tanpa mengira darjat juga pangkat,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, program berkenaan wajar disertai semua muslimah di Selangor dalam menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup.

Menariknya, program kali ini turut menampil-kan penceramah terkemuka, Ustazah Fatimah Zahra yang memberi tazkirah ringkas secara langsung, di Facebook.

Semarak Islam hayati al-Quran

Sebahagian tenaga pengajar yang memenuhi kriteria menerima kad tauliah JAIS

Sebahagian tenaga pengajar yang memenuhi kriteria menerima kad tauliah JAIS

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak Pertubuhan Bangsa-Bang-sa (PBB) mengambil tindakan segera berhubung operasi ketenteraan yang dilancarkan ke atas penduduk Rohing-nya, di daerah Maungdaw Buthidaung, pada 24 Ogos lalu.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk operasi ketenteraan itu yang menye-babkan beribu penduduk Rohingnya terkorban.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh bertolak ansur dengan pem-bunuhan beramai-ramai Rohingya yang sudah berapa dekad dilakukan.

“Kami mahu tentera perdamaian antarabangsa ditempatkan segera bagi menghentikan pertumpahan da-rah,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azmi berkata, kerajaan Myan-mar tidak bertanggungjawab terha-dap keputusan PBB dan Pertubuhan

PBB mesti bertindak isu RohingyaNegara Islam (OIC) yang mahu penin-dasan terhadap kaum itu dihentikan.

“Malah, perwakilan dari PBB di-halang memasuki Myanmar, justeru

agensi ini harus bertindak sekarang sebelum lebih banyak nyawa hilang ekoran pencerobohan ketenteraan,” katanya.

WAKTU SOLAT SELANGOR1 - 8 September 2017

10 - 17 Zulhijjah 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

01 Jumaat 5:42 5:52 7:07 1:16 4:24 7:20 8:3002 Sabtu 5:41 5:51 7:07 1:16 4:23 7:20 8:3003 Ahad 5:41 5:51 7:07 1:15 4:22 7:20 8:2904 Isnin 5:41 5:51 7:07 1:15 4:21 7:19 8:2905 Selasa 5:41 5:51 7:06 1:15 4:20 7:19 8:2806 Rabu 5:41 5:51 7:06 1:14 4:19 7:18 8:2807 Khamis 5:41 5:51 7:06 1:14 4:18 7:18 8:2708 Jumaat 5:40 5:50 7:06 1:14 4:17 7:17 8:27

01 Jumaat 5:44 5:54 7:08 1:18 4:26 7:23 8:3202 Sabtu 5:44 5:54 7:08 1:18 4:25 7:22 8:3203 Ahad 5:43 5:53 7:08 1:18 4:24 7:22 8:3104 Isnin 5:43 5:53 7:08 1:17 4:23 7:21 8:3105 Selasa 5:43 5:53 7:08 1:17 4:22 7:21 8:3006 Rabu 5:43 5:53 7:07 1:17 4:21 7:21 8:3007 Khamis 5:43 5:53 7:07 1:16 4:20 7:20 8:2908 Jumaat 5:43 5:53 7:07 1:16 4:19 7:20 8:29

Page 19: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

20Pendidikan

SelangorKini 1 - 8 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) mendukung sepenuhnya pucuk pimpinan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Moham-mad Redzuan Othman walaupun pelbagai tekanan dikenakan terhadap universiti mi-lik Kerajaan Negeri itu, kini.

Presiden Persatuan Akademik dan Pro-fesional UNISEL, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, kepercayaan warga kerja universiti itu terhadap pentadbiran beliau kekal utuh selepas diberi keperca-yaan mencorak kecemerlangan.

Beliau berkata, pentadbiran universiti juga terus kekal melaksanakan tanggung-jawab untuk memberikan pendidikan ter-baik kepada mahasiswa.

“Profesor Mohammad Redzuan terke-nal sebagai individu yang sangat telus dan berintegriti kerana sepanjang berada di UNISEL, pelbagai kecemerlangan dibawa.

“Semua elemen kualiti dan kecemer-langan diserap ke dalam UNISEL menerusi pelbagai penubuhan juga pembaharuan demi manfaat jangka panjang warga kerja, pendidik serta mahasiswa.

SHAH ALAM - Pelajar yang mendaftar di Universiti Selangor (UNISEL) sempena hari terbukanya, pada 26 dan 27 Ogos lalu menerima rebat yuran pendaftaran se-hingga 30 peratus.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, potongan itu ditawarkan selepas melihat peningkatan pendaftaran menggalakkan ketika Hari Terbuka UNISEL, pada Mei lalu.

Katanya, rebat ditawarkan untuk semua peringkat pengajian bermula daripada dip- loma sehingga doktor falsafah.

“Kesan hari terbuka lalu, kita menerima kemasukan 1,228 pelajar, pada sesi Julai iaitu antara kemasukan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Manakala hari terbuka 2.0 ini kita sasar-kan 2,000 pelajar untuk sesi September,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, J Sugania, 18, dan ibunya M Amotha mengambil peluang mendaftar sebagai pelajar, di universiti berkenaan.

Sugania berkata, pengiktirafan dimi-liki UNISEL membuatkan beliau yakin memilih universiti itu sebagai pusat pe-ngajiannya dalam bidang perakaunan.

“Kemudahan di UNISEL menjadi tari-kan kerana terletak di tengah pusat ban-dar dan memiliki pengangkutan bas per-cuma serta mudah didapati,” katanya.

Nurul Nabila Mohd Rezadzudin, 18, pula berkata, yuran pengajian berpatu-tan serta kelebihan lain yang terdapat di UNISEL antara salah satu faktor beliau memilihnya.

“Tiada perbezaan ketara daripada segi yuran, malahan UNISEL juga se-tanding dengan IPTA lain, di luar sana.

“Kursus yang saya minati iaitu teknologi fotografi juga terdapat di UNISEL dan lebih penting universiti ini berhampiran rumah saya,” katanya.

Pertahan integriti kecemerlangan akademik

UNISEL kekal kukuh

UNISEL tekad memberi pendidikan terbaik bagi melahirkan mahasiwa berkualiti dan berdaya saing

“Walaupun pelbagai tekanan dan caba-ran berlaku, namun beliau mempunyai kemampuan sebagai pemimpin dan pen-didik yang hebat juga boleh dipercayai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, di Lobi Utama UNISEL, kampus Shah Alam, pada 25 Ogos lalu.

Dr Mohd Zaidi berkata, sepanjang tempoh setahun pentadbiran Dr Mo-hammad Redzuan, antara pembaharuan kecemerlangan diteruskan merangkumi aspek pengurusan dan budaya integriti tinggi.

“Di bawah pentadbiran beliau, UNISEL merangka untuk memperkenalkan ISO 2015 dengan meletakkan semua agensi, pusat, unit dan fakulti di universiti ini akan menggunakan ISO.

“Tujuannya sebagai jaminan ketelu-

san dan penuh integriti, justeru semua isu ditimbulkan pihak berkenaan akan ditangani sistem yang sangat telus tan-pa penyelewengan,” katanya.

Dr Mohammad Redzuan menerajui

pentadbiran UNISEL sebagai Naib Can-selor ketujuh menggantikan Profesor Dr Anuar Ahmad, Naib Canselor UNISEL keenam, yang tamat tempoh perkhid-matannya, pada 15 Disember 2015.

Tawar rebat yuran pendaftaran ��%

Hari Terbuka meriah penuh ilmiah

“Jika mereka anak Selangor, maka lebih banyak kelebihan diperolehi se-

perti Skim Dermasiswa, Hadiah Anak Masuk Universiti juga bantuan sara diri, selama tiga bulan,” katanya.

Pengunjung turut ber-

SHAH ALAM - Hari Terbuka Universiti Se-langor (UNISEL) 2.0 berlangsung meriah dengan pengisian pelbagai program me-narik berbentuk ilmiah dan hiburan santai buat pengunjung, pada 26 dan 27 Ogos lalu.

Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman berkata, karni-val itu adalah sebahagian inisiatif pihaknya mempamerkan kepada masyarakat berke-naan kegiataan yang sedang diusahakan universiti terbabit.

“UNISEL sebagai universiti milik penuh Kerajaan Selangor sedaya upaya cuba memberikan manfaat pendidikan kepada warga Selangor dan rakyat Malaysia se-cara keseluruhannya,” katanya.

Antara aktiviti tumpuan adalah slot pro-gram Bual Bicara Akademik yang disertai 700 pelajar dari 20 sekolah di seluruh ne-geri.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, program itu khusus untuk pelajar sekolah menerima pendedahan berkenaan UNISEL.

“Tujuannya supaya mereka didedahkan dengan kelebihan di UNISEL selain memberi pe-luang bertanya berkenaan ta-waran pengajian dan kursus.

peluang berhibur menerusi Konsert Amal GeMS dan The Stage Media Hiburan yang menampilkan artis terkenal seperti Amira Othman, Aiman Tino, Hakim Rusli, Akhil Hayy, Dayang Nurfaizah, Ramli Sarip, Wani Hasrita, Syamel AF, Lan Kristal serta Irfan Haris.

Hari TerbukaUNISEL kembali

selepas mendapat sambutan

menggalakkan sebelum ini

Page 20: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

21SelangorKini 1 - 8 September 2017

Wanita & Kebajikan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

GOMBAK - Pertubuhan Kebaji-kan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) terus konsisten membantu golongan kurang berkemampuan di negeri itu meneruskan kehidupan seharian secara berterusan.

Pengerusinya, Datin Seri Sham-shida Taharin berkata, pertubu-han itu kini sedang merangka pro-

gram khusus untuk meringankan beban golongan terbabit.

“Kita sedang merancang pro-gram bagi golongan ini yang ter-diri daripada pelbagai peringkat dan bangsa untuk meringankan beban mereka dengan memenuhi keperluan dikehendaki,” katanya kepada SelangorKini ketika Majlis Penyampaian Sumbangan kepa-da 15 asnaf di Masjid Asy Syakirin, di sini, pada 26 Ogos lalu.

Pada masa sama, isteri kepa-da Dato Menteri Besar itu ber-kata, PEKAWANIS sentiasa tu-run padang mendengar rintihan rakyat, sekali gus menyampaikan sumbangan kepada insan me-merlukan.

“Program ini sememangnya diteruskan sepanjang masa dan kita mahu memperluaskannya dengan kerjasama pihak bertang-gungjawab,” katanya.

PEKAWANIS bergerak aktif

Bantu golongan memerlukan

GOMBAK - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) me-merlukan kerjasama Kerajaan Negeri mewujudkan rumah perlindungan bagi wanita mualaf.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, hal itu supaya golo-ngan berkenaan terbela dalam pelbagai isu khususnya mangsa keganasan rumah tangga.

“Saya menerima beberapa aduan ber-hubung perkara ini yang meminta kita membantu saudara baru daripada ditin-das suami atau bekas suami mereka.

“Kita sedar, isu ini bukan baru dan wanita yang menjadi mangsa keganasan semakin berani menegakkan keadilan,” katanya kepada SelangorKini.

Shamsida berkata, walaupun banyak rumah perlindungan sudah diwujud-kan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),

namun tidak salah jika ia diwujudkan di bawah kelolaan PEKAWANIS seper-ti Rumah Perlindungan Puteri Arafiah (RPPA).

Pada masa sama, katanya, saudara baru juga dapat menyertai pelbagai pro-gram keagamaan dan dakwah di rumah perlindungan itu nanti.

“Kita sering terlupa masih ada saudara seagama bergelar mualaf tidak diterap-kan dakwah susulan terhadap pendidi-kan dan pengisian keimanan mereka.

“Di samping membantu daripada sudut itu, mereka juga dapat meman-tapkan kefahaman Islam peserta dengan lebih mendalam dan memupuk sema-ngat kekeluargaan,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu pemba-ngunan dan kebajikan wanita negeri di-beri perhatian khusus dalam Belanjawan Selangor 2018.

SHAH ALAM - Skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) terus rancak di negeri itu menerusi penyerahan baucar kepada 412 usahawan dengan peruntukan RM3.5 juta.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, HIJRAH

dijadikan sebagai matlamat me-mastikan Selangor miskin sifar selaras strategi pembangunan negeri.

“Skim ini bagi memastikan usa- hawan dan peniaga kecil dapat berniaga dengan baik meneru-si pemberian pinjaman dari RM3,000 hingga RM50,000.

“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf eko-nomi usahawan kecil supaya boleh terus maju dari satu tapak ke satu tapak yang lebih baik,” katanya sempena Karnival Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL) 2.0, di sini, pada 26 Ogos lalu.

Pada masa sama, katanya, ramai usahawan yang menge-luarkan produk sendiri mampu mengetengahkannya hingga peringkat antarabangsa.

Dr Daroyah berkata, ia dilak-sanakan menerusi program 4P (peningkatan, pengupayaan dan pembungkusan produk) un-

tuk membantu produk terbabit mempunyai penghasilan baik.

“Ada antara produk yang dibantu hingga dapat dipasarkan ke luar negara, justeru HIJRAH jelas membantu usahawan kecil meningkatkan keupayaan me-reka ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

SHAH ALAM - Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa satu mekanisme di-kaji dalam melaksanakan poligami berte-raskan keadilan khusus kepada wanita terbabit.

Ketua Angkatannya, Zuraida Kamarud-din berkata, walaupun kebenaran isteri pertama bukan satu kemestian, namun persetujuannya satu syarat penting menja-min kerukunan institusi kekeluargaan.

Katanya, kebenaran daripada isteri per-tama akan dapat memastikan hak mereka dan anak seperti nafkah juga kebajikan ter-jamin serta tidak diabaikan.

“Selain itu, satu undang-undang perlu digubal bagi memastikan lelaki itu mampu daripada sudut kewangan dan kesaksamaan mengahwini lebih dari seorang isteri,” katanya dalam sidang media, baru-baru ini.

Pada masa sama, Zuraida berkata, wanita PAKATAN menolak undang-undang yang

menekan hak wanita atas alasan remeh.Beliau percaya, terdapat langkah lain yang

boleh digunakan untuk memastikan perkah-winan didaftarkan tanpa menggugat hak wanita lain.

“Ia sekali gus memastikan undang-undang digubal selari hukum syarie sedia ada.

“Keadilan dalam institusi wanita dan kelu-arga perlu diangkat serta dijaga supaya wani-ta sentiasa dimartabatkan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, ne-geri itu akan menyelaraskan undang-undang syariah untuk hanya memaklumkan isteri per-tama jika suaminya berkahwin di luar negara dan persetujuan isteri pertama tidak diperlu-kan.

Undang-undang yang bakal digubal itu bagi memastikan perkahwinan kedua didaf-tarkan.

Shamshida menyerahkan bantuan kepada salah seorang asnaf bagi meringankan beban mereka

HIJRAH menawarkan pinjaman serendah RM3,000 hingga RM50,000 untuk usahawan mengembangkan perniagaan

Lebih ramai dibantu menerusi HIJRAH

Kaji mekanisme poligami, jamin institusi keluarga

Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf

Page 21: PERCUMA 1 - 8 September 2017, 10 - 17 Zulhijah 1438 # ... · H ARI ini seluruh rakyat Negeri Selangor berhimpun sem-pena Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 dengan penuh semangat nasionalisme

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta menganjurkan semula kejohanan Pestabola Merdeka selepas ia di-hentikan sejak 2013, seru bekas bintang bola sepak negara, Datuk Santokh Singh.

Katanya, kejohanan tahunan yang disertai beberapa negara serantau itu antara cara pemain negara menunjukkan semangat patriotisme mereka.

Beliau berkata, ia mungkin ber-punca daripada kesilapan FAM yang tidak menurunkan pemain utama dalam kejohanan itu hingga menyebabkan negara jemputan membariskan pemain simpanan.

“Ini menyebabkan kejohanan itu kurang mendapat sambutan dan akhirnya tidak dianjurkan. Apapun, saya mahu Pestabola Merdeka dikembalikan semula dan disertai semua negara Asia Teng-gara.

“Jika kita lihat ketika Pestabola Merdeka dianjurkan, semua rak- yat bersatu tidak kira Melayu, In-dia atau Cina menyokong pasu-kan kebangsaan. Saya rindu ke-nangan itu,” katanya yang dipetik portal Free Malaysia Today (FMT).

Kembalikan kegemilangan Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka menghimpunkan semua rakyat tanpa mengira bangsa mahupun agama bagi menyokong pasukan kebangsaan

Mengimbau kemeriahan Pes-tabola Merdeka, tanggal 31 Ogos 1957 bukan sahaja hari nega-ra bebas daripada jajahan Bri- tish, malahan permulaan soko-ngan rakyat berbilang bangsa, pada 60 tahun lalu.

Berkongsi pengalaman me-wakili negara di bawah pimpinan

Tunku Abdul Rahman yang ketika itu menjadi Presiden FAM, San-tokh berkata, pemain bola sepak pada zaman dahulu berbeza de-ngan sekarang.

Beliau turut menyifatkan per-dana menteri pertama Malaysia itu sebagai pemimpin istimewa, berhati lembut dan sentiasa men-

dengar keluhan pemain.“Dulu kita makan, tidur dan

mandi sama-sama. Kalau tidur juga di tempat terbuka begitu juga ketika makan, kita duduk sa-ma-sama, tidak kira bangsa atau kaum pemain.

“Masa ini sangat berbeza. Mereka tidur dan makan di ho-

tel, kadang-kadang pemain tidak tahu jiran bilik mereka pemain mana.

“Jika pemain nak jumpa terus dengan presiden FAM ketika itu tiada masalah, beliau sebagai perdana menteri yang bertang-gungjawab untuk semua kaum,” katanya.

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kerajaan Ne- geri merakamkan penghargaan kepada atlet negara khsusunya Selangor yang beraksi cemer-lang dalam Sukan Sea 2017 hingga berjaya mencapai sasa-ran kutipan 111 pingat emas.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, ber-kata kecemerlangan nega-ra dalam temasya sukan itu menyaksikan 142 atlet Sela-ngor menyumbang 74 pingat menerusi 41 acara sukan diper-tandingkan.

"Antaranya ialah 31 pingat emas, 23 pingat perak dan 20 pingat gangsa, sekali gus membolehkan kontinjen Ma-laysia mencapai sasaran 111 pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.

Bantu negara capai 111 emas

Atlet Selangor cemerlang

"Pencapaian gemilang atlet Selangor adalah hasil program pembangunan su-kan Kerajaan Negeri berte-raskan konsep 2I iaitu In-corporate dan Integrate bagi mencungkil bakat baharu bermula daripada peringkat

persekolahan lagi."Pencapaian atlet Sela-

ngor memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi sumber dan tenaga untuk menerus-kan program pembangunan sukan berkonsepkan 2I demi

melahirkan atlet berprestasi tinggi," katanya.

Beliau berkata, dalam se-tiap pertandingan pasti ada menang dan kalah, namun yang penting adalah sema-ngat kesukanan juga ke-ta-bahan dalam menghadapi

cabaran ditempuhi."Syabas kepada atlet ne-

gara khasnya Selangor yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam setiap acara dipertanding-kan dalam Sukan SEA 2017," katanya.

Pencapaian gemilang atlet Selangor adalah hasil program pembangunan sukan Kerajaan Negeri berteraskan konsep 2I iaitu Incorporate dan Integrate