14
PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR KE ARAB KEMANTAPAN DATUK OMAR MD HASHIM* MUKADIMAH Saya mesti berterus terang di sini bahawa dalam memperkatakan gerakan persatuan sejarah di Malaysia, saya amat sedar akan kekurangan-kekurangannya dan oleh itu usahanya harus dianggap sebagai satu tinjauan awal semata-mata kerana banyak bahan-bahan sertasumber-sumber belum kita terokai untuk memberi satu gambaran yang jelas. Tetapi berpandu kepada bahan-bahan yang sedia ada, seperti majalah, jumal serta fail-fail lama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan daripada ingatan kawan-kawan lama tentang peristiwa-peristiwa yang relevan dan daripada pengalaman bergerak aktif dengan PSM sejak 30 tabun kebelakangan, dengan bersua dan melalui konteks dengan tokoh-tokoh sejarah baik di pusat mahupun negeri-negeri, saya dapat juga membuat kerangka tentang gerakan warisan di tanah air, dan beberapa perhitungan dan anjuran masa depan gerakan tersebut. Saya harap bahawa usaha awalan ini akan disusurdengan kerja-kerja yang lebih· mantap dan komprehensif supaya dapat dibuat satu kajian yang hakiki mengenai sejarah PSM kbasnya sebagaimana yang dianjurkan oleh Y AB Encik Ghafar Baba tiga tahun dahulu dan kajian-kajian mengenai badan-badan lama yang lain yang telah bergerak dalam memperjuangkan kepentingan sejarah dan warisan. Dalam kerja-kerja ini saya akan memberi fokus utama kepada PSM, kerana ia merupakan badan sejarah yang terbesar dan di antara paling tua dan berpengaruh di dalam dan luar negeri. Penulis adaJah Pengerusi lawatankuasa Kerja, Persatuan Sejarah Malaysia

PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

  • Upload
    others

  • View
    54

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA:

MENGISAR KE ARAB KEMANTAPAN

DATUK OMAR MD HASHIM*

MUKADIMAH

Saya mesti berterus terang di sini bahawa dalam memperkatakan gerakan persatuan sejarah di Malaysia, saya amat sedar akan kekurangan-kekurangannya dan oleh itu usahanya harus dianggap sebagai satu tinjauan awal semata-mata kerana banyak bahan-bahan sertasumber-sumber belum kita terokai untuk memberi satu gambaran yang jelas. Tetapi berpandu kepada bahan-bahan yang sedia ada, seperti majalah, jumal serta fail-fail lama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan daripada ingatan kawan-kawan lama tentang peristiwa-peristiwa yang relevan dan daripada pengalaman bergerak aktif dengan PSM sejak 30 tabun kebelakangan, dengan bersua dan melalui konteks dengan tokoh-tokoh sejarah baik di pusat mahupun negeri-negeri, saya dapat juga membuat kerangka tentang gerakan warisan di tanah air, dan beberapa perhitungan dan anjuran masa depan gerakan tersebut.

Saya harap bahawa usaha awalan ini akan disusurdengan kerja-kerja yang lebih· mantap dan komprehensif supaya dapat dibuat satu kajian yang hakiki mengenai sejarah PSM kbasnya sebagaimana yang dianjurkan oleh Y AB Encik Ghafar Baba tiga tahun dahulu dan kajian-kajian mengenai badan-badan lama yang lain yang telah bergerak dalam memperjuangkan kepentingan sejarah dan warisan.

Dalam kerja-kerja ini saya akan memberi fokus utama kepada PSM, kerana ia merupakan badan sejarah yang terbesar dan di antara paling tua dan berpengaruh di dalam dan luar negeri.

• Penulis adaJah Pengerusi lawatankuasa Kerja, Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MALAYSIA da,i .f~gi SEJARAH

LATAR BELAKANG - Perkembangan Awal

Sebelum ditubuhkan PSM pada 30 April 1953 sudah wujud badan-badan yang telah bergerak di Tanah Melayu dan negeri-negeri seperti Singapura, Borneo Utara dan Sarawak serta Brunei. Badan yang paling tua dan masyhur sekali ialah The Malaysian Branch Royal Asiatic Society (dulu The Malayan Branch of Royal Asiatic Society) yangjika dikiradengan badan yang lebih awal iaitu Straits Branch of Royal Asiatic Society telah ditubuhkan pada 1878 lagi iaitu lebih kurang 118 tahun dahulu dan penerbitannya, The Journal of the Malaysian Branch of Royal Asiatic Society (JMBRAS) sudahpun termasyhur keseluruh dunia memperkatakan tentang sejarah, kebudayaan, sastera dan adat resam seluruh rantau ini iaitu Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara kecuali Indonesia.

Di negeri-negeri pula, Muzium Sarawak telah bergerak aktif dalam kerja-kelja kemuziuman dan arkeologi dan menghasilkan jurnalnya yang tinggi nilainya juga tersebar luas ke Eropah dan Amerika. Begitu juga di Sabah yang akhimya menubuhkan The Sabah Historical Society pada tahun 1960, juga dengan jurnal profesionalnya tersendiri . Tetapi sebagaimana diduga persatuan sejarah yang paling awal yang kita ketahui ialah The Malacca Historical Society (Persatuan Sejarah Melaka) yang ditubuhkan kira-kira pada tahun 1930 dan The Penang Historical Society (Persatuan Sejarah Pulau Pinang) yang dijangka juga telah ditubuhkan pada waktu yang sarna. Pertumbuhan awal persatuan-persatuan ini dapat dimaklumi kerana kedua-dua buah negeri ini ialah Negeri-Negeri Selat dan konteks masyarakatnya dengan barat serta kesedaran dan tradisi cintakan sejarah lebih menebal dan mempengaruhi pengasas-pengasasnya yang terdiri dari pegawai­pegawai Inggeris mempeloporinya hampir dua setengah dekad lebih awal daripada di negeri-negeri Melayu .

Saya kira persatuan-perasatuan sejarah juga wujud di pusat-pusat pengajian tinggi, maktab dan sekolah-sekolah Inggeris yang sudah banyak didirikan di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo sebelum Perang Dunia Kedua lagi tetapi saya tidak ada rekodnya. Historical Society tidak dapat dipasti wujud di Raffles College, Singapura tetapi ramai guru-guru siswazah hasilnya mengajar sejarah selepas perang. Bagaimanapun yang nyata, Historical Society sudah wujud di University Malaya, Singapura awaI50-an. Begitu juga di maktab-maktab perguruan. Tetapi yang agak masyhur, giat tertubuh selepas perang ialah The HistoricalSociety, Sultan Abdul Hamid College, Alor Setaryang berjaya menghasilkan majalahnya The Gate beberapa lama di bawah pimpinan Cikgu Radzi Puteh. Persatuan untuk guru-guru sejarah yang saya tahu cuma wujud tahun 1964, iaitu History Teachers Association (HITAM), tetapi selepas beberapakeluaran Peninjau Sejarahnyalenyap awal70an.

2

Page 3: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

PERGERAKAN PERSAnJAN SEJARAH DI MALAYS/A

PENGASASAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Saya kira hasrat mumi untuk menubuhkan PSM di taraf nasional tersimpul dalam surat Datuk E.E.C. Thuraisingam, Ahli Pendidikan (seakan Menteri Pendidikan waktu ini) salah seoran~ pengasas Persatuan Sejarah Malaysia yang dialamatkan kepada semua mereka yang diundang. Saya perturunkan separuh daripada surat ini untuk tatapan bersama kerana saya kira penting memahami matIamat asal PSM ditubuhkan.

Adalah dicadangkan kepada saya bahawa perlu ditubuhkan sebuah badan pusat atau persatuan yang akan bertanggungjawab untuk menggalakkan rakyat dari semua kaum supaya berminat dalam kebudayaan dan sejarah Malaya. Adalah difikirkan bahawa "Royal Asiatic Society" Cawangan Malaya dan "Nature Society" mungkin tidak mempunyai dayapenarik yang meluas dan adalah lebih elok kalau sebuah persatuan lain ditubuhkan. Ini secara langsung akan merangsangkan penubuhan persatuan-persatuan sejarah tempatan (mungkin berbentule seperti Persatuan Sejarah Melaka) dan seterusnya memberi sokongan aktif kepada persatuan-persatuan yang sedia wujud".

Tetapi bagi saya hasrat yang paling jelas baik tersurat mahupun yang tersirat mengenai penubuhan PSM terkandung di dalam ucapan Pesuruhjaya Tinggi, General Sir Gerald Templer dalam perasmiannya di Town Hall, Kuala Lumpur pada 30 April 1953. Saya perturunkan sepenuhnya ucapan tersebut kerana saya kira ucapannya ini amat bemas tersusun dan diflkirkan penting direnungkan kerana ia menyediakan pula satu wawasan dan dasar kepada PSM untuk bergerak di masa hadapan. (Sila lihat Appendix I).

Antara lain yang ditekankan ialah bahawa PSM merupakan satu usaha untuk menggemblingkan semua bangsa di Malaya ini untuk menjadi satu rupa bangsa yang tunggal menghadapi masa dan destini zaman menghadapai kemerdekaan. Keduanya kesedaran bahawakurang sekali pengetahuan mengenai perjuangan dan pencapaian datuk nenek di kalangan anak-anak muda dan ini adalah kesalahan generasi tuajuga yang tidak menanamk:an semangat dan tidak memberi petunjuk kepada anak-anak tentang tradisi serta pencapaian rakyatnya. Sesuatu bangsa yang tidak dapat menoleh kebelakang dengan bangga tidak mungkin dapat mara ke hadapan dengan yakin di masa hadapan, kata Templer. PSM juga dijangka tidak akan menandingi atau mengambil alih tempat Royal Asiatic Society. Ia cuma akan berganding dan akan menokok tambah kerja-kerja badan yang lebih tua itu. Tetapi PSM diharap akan menjadi satu gerakan yang sedikit berlainan iaitu dalam makna, pengetahuan yang dikutip, yang dihimpun mengenai sejarah itu akan disebar luas kepada rakyat jelata sekalian kemudian nanti.

3

Page 4: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MALA YSIA dori .teR; SEJA.RA.H

Dalam ucapannya, Datuk Mahmood bin Mat, Yang Dipertua pertama PSM, menambah dengan menyatakan bahawa beliau berharap PSM akan menjadi satu persatuan yang akan mengabdi kepada rakyat biasa di kampung-kampung. Di sini jelas sekali bagi PSM dari awal lagi teras perjuangan utamanya ialah bagaimana membawa kesedaran sejarah kepada masyarakat umumatau dalam bahasasekarang "memasyarakatkan sejarah".

Badan-badan seperti Malaysian Branch of Royal Asiatic Society dan badan profesional dan muzium-muzium telah mencapai kejayaan yang besar dalam membuat penyelidikan-penyelidikan yang ilmiah dan profesional tetapi khalayaknya amat terhad kepada oriental is, pegawai-pegawai tinggi kolonial dan juga sarjana­sarjana di universlti. Untuk kali pertamanya sekarang telah timbul hakikat betapa pentingnyasejarah dari segi pengembelingan semangat kekitaan untuk pembangunan bangsa baru.

Di samping matlamat tersurat badan warisan ini saya kata ada sesuatu agenda yang tersembunyi mengapa PSM dilahirkan di tengah-tengah kancah zaman darurat. Bagi saya Templer sebagai seorang panglima tentera yang terlatih dan berpengalaman yang dikirim khas oleh Perdana Menteri Winston Churchill untuk memusnahkan ancaman pengganas komunis di Malaya, beliau sudah tentu akan menggunakan sebarang strategi dan tektik psikologi perang untuk mengalahkan musuhnya. Penubuhan badan warisan massa itu dapat dilihat sebagai satu strategi "winning the hearts and minds" rakyat jelata untuk sarna-sarna bersatu menentang komunism. Bolehjadi inijuga perkiraan apabilaSir Malcolm McDonald yang juga Commissioner General British di Tenggara Asia menyokong penuh pernubuhan persatuan sejarah sejak awal-awal lagi.

PENUBUHAN PERSATUAN SEJARAH MALA YSIA

PSM dilahirkan dalam satu majlis gilang-gemilang empat tahun sebelum merdeka iaitu pada 30 April 1953. Majlis yang penuh sesak itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer dengan disaksikan oleh beberapa orang Raja-raja Melayu seperti Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Tengku MahkotaJohor, Pemangku Sultan Perak, Wakil RajaPerlis dan Pembesar tempatan seperti Datuk Onn Jaafar, Datuk Thuraisingam, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Tan Cheng Loke, Datuk Mahmud Mat, Encik Mustapha AI-Bakri, Prof. C.N. Parkinson, Tuan Zaaba dan L.D. Whitfield dan lain-lain orang kenamaan.

Majlis Persatuan Yang Pertama dilantik pada penghujung persidangan tersebut terdiri daripada Yang Dipertua: Dato Mahmud bin Mat, "Member" Tanah, Galian dan Perhubungan, Naib Yang Dipertua: Dato EE.C. Thuraisingam, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Sir Cheng Lock Tan. Ahli-ahli Majlis pula ialah M.C.ff. Sheppard, Mustapha AI-Bakri, L.Whitfield, H.H. Beamish, Dato F.W. Douglas,

4

Page 5: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

PERGERAKAN PERSATUA.N SEJARAH DI MAL4 YSIA.

Haji Zainal Abidin bin Ahmad, Ng Seo Buck, Rev. Yeh Hua Fen, G. Hawkins, K. Ramanathan, S. Thuraisingam, J.C. Bottoms dan Mohd Mohideen. Setiausaha Kehormat J.e. Loch, M.e.S. Bendahari Kehormat: Yong Pun How.

Tujuan mumi PSM sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaannya adalah seperti berikut:

a. Untuk menimbulkan minat yang lebih luas terhadap sejarah, kebudayaan dan adat resam penduduk Malaysia dan wilayah-wilayah jiran;

b. Untuk menggalakkan pemeliharaan barang-barang binaan di kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah dan kebudayaan di wilayah-wilayah terse but.

c. Untuk membantu dalam penyelidikan rekod sejarah, cerita rakyat, .tradisi, bahasa dan adat resam penduduk di wilayah-wilayah tersebut.

d. Untuk menerbitkan sebuah Majalah dan Penerbitan lain yang berunsur sejarah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

CAWANGAN

Salah satu kelemahan yang dilihat pada badan diwariskan seperti RoyaL Asiatic Society adalah bahawa badan itu tidak mempunyai cawangan, cuma bergerak di pusatnya sahaja (Singapura). Oleh itu pengaruh dirasa oleh kalangan tidak lebih daripada 700 orang pegawai-pegawai expatriate, MCS dan pegawai-pegawai pendidikan. Ia tidak sampai kepada massa, kepada rakyat di bawah. mengambil iktibardan nasi hat daripada Gerald Templeryang mengatakan: "this is not a Society for tlje Government,for the educated, or for any class or section of the popuLations, it is for everybody, and everybody has something to contribute to it ". PSM telah dari mula-mula lagi cuba menggembelingkan seluruh ten~ga kepegawaian daripada yang paling tinggi hingga kepada orang perseorangan serendah yang mungkin untuk berganding bahu dan bergelut di dalam persatuan. Ini termasuklah Menteri­menteri Besar, Penasihat British, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai Daerah, Orang-orang Besar Jajahan, Pegawai-pegawai Pendidikan, Guru-guru Besar dan guru-guru serta orang-orang perseorangan. Ia dirancangkan sebagai satu pergerakan massa yang bermisi.

Cawangan-cawangan Persatuan telah ditubuhkan dibeberapa kawasan. Pada tahun 1955 Cawangan sudah ada di Perak Utara - Kuala Kangsar (1955), Taiping (1953), Kinta (1954) - Perak Selatan, Kuala Lumpur (1953), Seremban (1954), Kota Bharu (1954), Kuantan (54) dan Singapura (1953). Cawangan baru telah ditubuhkan puladi Kedah dan di Terengganu pada tahun 1956. Dwi persatuan yang pada mulanya bergabung dengan persatuan, iaitu Persatuan Sejarah Melaka dan Persatuan Sejarah Pulau Pi nang telah mengambil Reputusan bersatu dengan PSM pada tahun 1971. Pada tahun 1972 bilangan cawangan sudah berjumlah sebelas buah semuanya. PSM kini mempunyai 14 cawangan peringkat negeri iaitu Sabah

5

Page 6: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MALAYSIA dari se~i SEJARAH

(1973), Sarawak (1972), Johor (1969), Melaka (1971), Negeri Sembilan (1959), Selangor (1962), Perak (1955), Pulau Pinang (1971), Kedah (1957), Perlis (1968), Kelantan (1972), Terengganu (1971), Pahang (1962) dan Wilayah Persekutuan (1980). Di antara 14 kawasaJi atau daerah cuma Batu Pahat dan Muar masih tinggal aktif.

AKTIVITI PSM

Sesuai dengan kehendak Periembagaan, Persatuan telah bergerakdalam berbagai aktiviti dari masa ke semasa seperti mengelolakan ceramah, menganjur bersama persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar dan persidangan, karangan/ esei dan perdebatan, kuiz, pameran untuk belia dan dewasa, mengadakan lawatan­lawatan kajian di dalam dan di luar negeri, memperakukan peninggalan bangunan yang berunsur sejarah dipulih dan diabadikan dan kadangkala membuat pendirian umum terhadap isu-isu sejarah bahkan politik sekalipun di media. Di antara pencapaian yang kurang diketahui oleh ramai ialah PSM telah memperolehi kerjasama Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri membuat kajian dan menghasilkan buku-buku sejarah mengenai perkembangan sekolah dan pendidikan di Negeri Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembi lan, Kelantan, Selangor dan Johor. Sumbangan ini amat tinggi nilainya dari segi rakaman yang memungkin pengkaji melihat gambaran dan perkembangan pendidikan di negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Satu lagi kegiatan PSM ialah pembinaan batu atau papan peringatan yang diusahakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Pelancongan. Batu-batu peringatan ini dan pembinaan di tempat-tempat bersejarah seperti Kota Lukut, Makam Bendahara Abu I Jalil di Kota Tinggi, Makam Sultan Alauddin di Pagoh - Muar; Kota Kuala Kedah, Kota Raja Mahadi di Klang, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Makam Almarhum Kayang di Perlis dan beberapa tempat bersejarah di Negeri Melaka; Kota Tanjung Keramat dan Kota Melawati di Selangor. Dua projek besar iaitu menghasilkan buku sejarah Malaysia yang dicetuskan sebagai ide oleh Y AB Datuk Hussein Onn sebagai Yang Dipertua pada tahun 1973 masih tidak dapat dijalankan; projek yang pertama kerana kesuntukan wang dan tenaga kepakaran dan projek muzium sejarah telah diambilalih oleh kerajaan pusat sendiri dalam rangka rancangan pembangunan Kompleks Muzium Negara.

PENERBITAN.-PENERBITAN PSM

Tidak syak lagi aktiviti yang paling besar berkesan dar. yang menyebabkan PSM terkenal di dalam dan di luar negara ialah di dalam bidang penerbitan. Mulai pada tahun 1954 lagi jurnal pertama iaitu The Malayan Historica/Joumal telah diterbitkan di bawah pengarangnyaJ.c. Bottoms. Beliau telah bersara di bawahMaiayanization

6

Page 7: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

PERGERAKAN PERSltTUAN SEIARAH DI MALAYSIA

dan tempat beliau telah diganti oleh Tan Sri Mubin Sheppard yang terns menghasilkan jurnal dalam nama barn Malaya In History dan bertugas sebagai pengarang selama 15 tahun iaitu sehingga April 1972. Kemudian tanggungjawab menerbitkan majalah persatuan diambilalih oleh Prof. Zainal Abidin Abdul Wahid yang mula mengeluarkan versi dalam Bahasa Melayu - Malaysia DaTi Segi Sejarah. Prof. Khoo Khay Kim mula memegangjawatan redaksi mulai pada tahun 1978 sehingga tahun 1989 apabila tempat beliau diganti oleh Prof. Or. Nik Hassan Shuhaimi sehinggalah sekarang.

Sehingga pada hari ini lurnalMalaysiaDari SegiSejarah yang diterbitkan hampir 40 tahun kebelakangan berjumlah lebih kurang 100 nombor semuanya dan melalui penerbitannya inilah PSM telah berjaya memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Malaysia kepada khalayak ramai di dalam dan di luar negeri. Butir-butir penerbitannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang awam, mahasiswa, pengkaji sejarah, institusi-institusi pengajian tinggi. Kejayaan ini dapat ditafsirkan sebagai kejayaan dasar jumal ini yang berhasil mengadunkan kepakaran dan kebolehan pakar-pakar sejarah dengan amateur historian dan ini telah berhasil untuk merangsang minat di kalangan orang yang bukan ahli. Satu kajian indeks penyumbang dan mud uk yang dimuat dalam jumal PSM ini di antara tahun 1954 hingga 1979 telah diusaha oleh Prof. J .Chandran pada tahun 1979 dan ia mengandungi maklumat-maklumat yang amat penting untuk pengkaji-pengkaji di masa hadapan .

Meneliti penyumbang kepada majalah PSM di peringkat awal ini seolah-olah menatapi sebuilh buku who's who di zaman' sebelum merdeka. Penyumbang­penyumbang makalah umpamanya termasuk Oato Mahmud Mat, Sir Roland araddel, Prof. Parkinson, Prof. Tregoning, Wang Gang Wu, Oato Shahrom Hussein, Yap Sho Koon dan lain-lain. Oi antara penyumbang yang paling produktif sekali ialah Tan Sri Mubin Sheppard dan Prof. Khoo Khay Kim.

Oi samping Jurnal PSM dari masa ke semasa PSM juga menghasilkan buku monograf yang sehingga ini kira-kira 22 buah telah dihasilkan dan antara yang terbesar ialah Historical, Lembaran Akhbar Melayu, Tomb Stones in Southern Thailand dan Changi: The Lost Years . Usaha ini bertepatan dengan dasar PSM menggalakkan penerbitan karya-karya sejarah yang dihasilkan oleh individu ataupun pertubuhan untuk diterbitkan bagi bacaan umum. Oi samping PSM ?usat, PSM di peringkat negeri juga telah menerbitkan jumal masing-masing. Antaranya Setanggi oleh PSM Cawangan Wilayah Persekutuan, Kedah Dari Sejarah oleh Cawangan Kedah, Melawati oleh Cawangan Selangor, Misa Perak oleh Cawangan Perak, Sawaku oleh PSM Cawangan Sarawak, Warisanoleh PSM Cawangan Negeri Sembi lan, Melaka Dari Segi Sejarah oleh Cawangan Melaka dan Malaysia Dalam Sejarah oleh Cawangan Sabah. Cawangan-cawanganjugaaktif datam menerbitkan karya-karya sendiri umpamanya buku Sejarah Darullman karya Oato Selia Jasa Oato Haji Salleh bin Haji Awang yang merakamkan sejatah negeri Terengganu

7

Page 8: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MALAYSIA darl seg; SEJARAH

sehingga tahun 1924, risalah tentang tempat-tempat bersejarah di Pahang oleh Cawangan Pahang manakala Cawangan Sarawak pula menghasilkan sejarah biografi tentang TYT Yang Dipertua Sarawak Tun Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor.

TOKOH-TOKOH DAN AKTIVIS SEJARAH DALAM GERAKAN PSM

Pada tahun 1957 Raja Sir Uda bin Raja Muhamad telah dipilih untuk menggantikan Dato Mahmud yang telah meyandang jawatan presiden pertama. Raja Sir Uda telah diganti oleh Dato Abdul Razak bin Hussein sehingga tahun 1971 yang menyandangjawatan selama 13 tahun. Dato Hussein Onn mengganti tempat Tun Razak sebagai presiden daripada tahun 1972 hingga 1980dan diambilalih oleh Y AB Datuk Musa Hitam dan seterusnya oleh Y AB Encik Ghafar Baba.

TYT Tun Dr Haji Hamdan telah memainkan peranan yang amat penting di dalam kemajuan dan perkembangan Persatuan semenjak beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja pada tahun 1961. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja pada tahun 1966 menggantikan tempat Allahyarham Aminuddin Baki yang telah meninggal dunia pada Disember 1965. Tun Hamdan merupakan penggerak besar dalam kegiatan untuk menyemarakkan misi warisan khasnya di kalangan anak-anak muda di sekolah-sekolah dan di kalangan guru­guru. Beliau adalah di belakang projek besar menu lis sejarah sekolah-sekolah di seluruh negara yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Atas jasanya serta kepimpinannya, beliau telah dianugerahkan Fellow pertama PSM dan apabila beliau dilar.tik sebagai TYT Gabenor Pulau Pinang tempatnya telah diganti oleh Datuk Omar Md Hashim (Timbalan Pengerusi PSM sejak 1976) pada tahun 1989 sehinggalah sekarang.

Di ibupejabat PSM sendiri selain daripada yang di atas ramai tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan tenaga yang amat tinggi nilainyakepadaPSM. Di antaranya ialah Allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Sheikh Hussein, Tan Sri Syed Nasir, Prof. Khoo Khay Kim, 1.S Henry, Datuk Haji Sujak Rahiman dan Prof. Zainal Abidir. Abd Wahid. Di samping itu di cawangan-cawangan pula, ramai tokoh-tokoh sejarah dan aktivis yang berkecimpung dengan kegiatan-kegiatan setempat dan menyemarakkan nama mereka sebagai ahli sejarah dan perujuk tempatan. Di antaranya ialah Kapten Mohamad Nor bin Mohd (Cawangan Pulau Pinang), Kapten Mohd Ali bin Maidin, Cikgu YusofHarun, Dato Aziz Tapa (PSM Cawangan Melaka), Datuk Wan Ibrahim bin Wan Suloh, J.E. Augustine, Tuan Haji Shamsuddin bin Mohd Yusof(PSM Cawangan Kedah), Datuk Abdullah Mohamad dan Datuk Shahrom Hussein (PSM Cawangan Johor), Kapten Mohd Ali Mohamad dan Datuk Zakaria Hitam (PSM Cawangan Pahang), - Drs. Abdul Rahman AI­Ahmady, Encik Abdullah bin Mohd (Nakula) dan Datuk Nik Mohamad bin Nik Mohd Salleh (PSM Cawangan Kelantan), Datuk Haji Mohd Salleh Haji Awang

8

Page 9: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

PERGERAXAN PERSATUAN SEJARAH DI MAl.< YSIA

(PSM Cawangan Terengganu) dan lain-lain lagi. Tokoh-tokoh tersebut melalui kegiatan-kegiatan mereka, menulis, menggerakkan usaha-usaha penyelidikan dan membangunkan kesedaran telah turut memberikan sumbangan yang besar dalam mengharumkan nama PSM di seluruh negara.

BEBERAPA ISU MENGHADAPI KEMANTAPAN GERAKAN BERORGANISASI

Kelesuan Minat Untuk Kerja-Kerja Sukarela Generasi Bam

Sebetulnya, batu penghalangyangpaling besardalam menggendalikan organisasi ialah kelesuan minatatau sokongan ahli-ahli masyarakat menyumbang dan memberi khidrnat sukarela. Rata-rata badan seperti PSM ini dianggotai dan didokongi oleh generasi lama dan mereka telah memberi komitmen yang sepenuhnya sejak muda lagi kerana cita-cita perjuangan sendiri yang berlandaskan kepada "style" dan "ethic" kerja yang lama. Oi kalangan ahli-ahli atau bakal-bakal ahli generasi baru tidak begitu banyak minat yang diberi untuk melibatkan diri atau terjun dalam kegiatan-kegiatan badan sukarela. Amat sukar untuk membina angkatan pelapis bagi organisasi atau gerakan yang kegiatannya tertumpu kepada soal memupuk kesedaran dan seman gat kebangsaan, warisan dan perpaduan masyarakat kerana ia tidak produktif dari segi wang atau habuan. Sukar untuk mendapat pengganti kepimpinan yang telah berundur atau meninggal yang sepanjang hayat mencurah khidmat hakiki secara sukarela, dedikasi, gigih, amanah dan penuh pengorbanan.

Tegasnya orang sekarang nampaknaya tidak begitu mempunyai rnasa atau minat untuk organisasi bukan korporat yang tidak memberi keuntungan kebendaan. Apakah ini satu petanda atau natijah daripada satu masyarakat kita yang sudah "affluence" yang selalu mengejar masa dan wang sehingga tidak sanggup untuk mengorbankan sedikit masa untuk kerja-kerja amal, Oi kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan guru-guru, apakah ini secara tidak langsung - pengaruh atau himpitan daripada sistem SSB?

Apakah ini satu hasil kecenderongan yang menekan kepada perkiraan ekonomi dan materialism sehingga mengancam survival badan-badan yang bergerak secara tulus-ikhlas tanpa bergantung sangat kepada wang ringgit? Saya tidak tahu secara tepat jawapan-jawapannya tetapi dapat saya katakandaripada pengalaman kita di PSM sendiri tunjangan di kalangan genarasi pelapis akan datang tidaklah begitu kukuh sepertimana yang diharapkan, Saya juga tidak tahu samada badan-badan sukarela yang lain menghadapi nasib yang sarna. Tetapi jika ini suatu perkara yang benar maka ia bukanlah satu arah-aliran yang sihat atau dibanggakan, Oimanakah tempat asuhan untuk memupuk sifat-sifat murni , dan positif bagi kewujudan Melayu Baru yang diimpikan? Oi manakah akan wujud ahli-ahli masyarakat dan warganegara yang kuat, bersemangat, berdisiplin, berilmu pengetahuan', pandai

9

Page 10: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MA.L4YSIA. dari .J~gi SEJA.RAH

berorganisasi dan lebih daripada sanggup berkorban untuk menyahut seruan negara Malaysia baru yang sudahpun mencabar zaman dan menagih peranan kepimpinan di dunia sebelah sini?

KEWANGAN

Sebagai sebuah organisasi yang tidak dasarkan membuat untung, soaJ kewangan teJah menjadi satu masaJah besar kepada pergerakan kita. Semua pegawai dan ahJi majJis, lawatankuasa-lawatankuasa adaJah sukareJa beJaka, tidak bergaji atau eJaun, bahkan menampung bayaran sendiri untuk penginapan dan sara hidup biJa menghadiri mesyuarat atau seminar. Sepanjang hayat PSM, kita teJah bergantung kepada kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan dan labatan Pen;lana Menteri serta beberapa tajaan oJeh pihak-pihak dermawan dari masa ke semasa untuk pengurusan dan menjaJankan projek-projek. Cawangan-cawangan di negeri-

negeri pun adalah senasib, tetapi beberapa di antaranya Jebih beruntung, seperti MeJaka, Terengganu dan Sarawak kerana kerajaan negeri amat simpati sekaJi dengan gerakan warisan. OJeh itu soaJ mengadakan satu tabung kewangan yang kukuh amat penting daJam memastikan kejayaan badan NGO seperti PSM. Bagi PSM sendiri, projek memajukan hartanahnya akan menjamin kedudukan kewangan yang teguh dan mudah-mudahan dengan itu tidak payah Jagi PSM terpaksa meminta-minta untuk membiayai projek atau kerja-kerjanya di masa hadapan.

INSTITUSI YANG TETAP DAN KUKUH

Di Ibu pejabat PSM, ada 3 orang pekerja di paras rendah yang ditugaskan bekerja sepenuh masa tetapi diberi cuma eJauan buJanan dan bekerja daJam keadaan yang serba kurang dan tidak memuaskan. Tanpa kemudahan-kemudahan pejabat dan juga pegawai-pegawai bertaraf profesionaJ dan terlatih serta pengaJaman untuk mengurus kerja pentadbiran sepenuh masa, menjaJankan penyeJidikan dan penerbitan, maka tugas PSM dan prestasinya sukar hendak diperJuas dan dipertingkatkan supaya Jebih berkesan dan mantap, sesuai dengan cita-cita mumi perJembagaannya. Untuk ini kita perlu suatu Jembaga profesiuonal yang tetap dan tersusun, menerimagran kerajaan yang mencukupi tetapi bebas daripadagangguan­gangguan politik untuk menjaJankan kerja-kerjanya dengan Jebih berkesan dan berwibawa. Hakikat ini sebetuJnya teJah Jama disedari oJeh PSM, maka dimaju cadangan penubuhan sebuah Malaysian HiSTory Commission di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, BeJia dan Sukan pada awaJ 1987. Tetapi maJangnya kerajaan merasa tidak perlu ditubuhkan sebuah suruhanjaya atau majlis seperti ini "tetapi sebaJiknya bersetuju untuk kerajaan memberi bantuan dari segi kakitangan dan kewangan misaJnya dalam bentuk geran penyelidikan kepada PSM". Kerenah birokrasi dan Jain-lain tidak memungkinkan cadangan balas ini diterjemah kepada

to

Page 11: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

pERGERAKAN PERSATUAN SEJARAH DJ MALAYSIA

pelaksanaan sehingga hari ini.

Oleh ini apabila kerajaan Melaka mengambil inisiatif menubuhkan Institut Kajian Sejarah dan PatriotiSme Malaysia (IKSEP) tahun 1994, PSM memberi sokongan penuh dan menghulur kerjasama. PSM melihatIKSEP sebagai permulaan yang konkrit bagi mewujudkan gagasan yang lebih besardan nasional nanti apabila kerajaan pusat memberi perhatian yang lebih serius dan sensitif kepada usaha­usaha dan wawasannya.

KESIMPULAN

Dalam kertas kerja ini, telah saya cuba membuat satu tinjauan selengkap yang boleh mengenai gerakan persatuan sejarah di Malaysia. khasnya PSM: asal­usulnya, dasar perjuangan, tokoh-tokoh penting, kegitan-kegiatan dan penerbitan yang terhasil baik di cawangan mahupun di pusat. Saya juga mengemukakan beberapa masalah atau isu yang merunsingkan fikiran saya apabiJa kita merencanakan nasib dan masa depan badan amal dan sukarela seperti PSM - soal kelesuan sokongan dari angkatan muda. soal kewangan dan perlu adanya organisasi yang tetap dan ditel'ajui kepimpinan yang gigih dan amanah - iaitu soal-soal yang dapat menjamin kemantapan organisasi badan warisan yang berjiwa besar.

Selepas 42 tahun mengharungi zaman yangamatpesatmerubahdan membangun, PSM sudah mencapai beberapakejayaan dan kedewasaan; sudah punya pengalaman berorganisasi dan sekarang. dipersimpangan. Apabila membuat perhitungan secara objektif, nyata sekali PSM dan kaum kerabatnya tidak lagi dapat bergerak dengan tempo, stail dan struktur organisasi yang diamalkan selama ini. Dunia dan dunia Malaysia sudah berubah banyak dengan harapan masyarakat melambung tinggi . Kita wajib berubah mengikut peredaran masa. Undang-undang tubuhnya mesti dipinda dan dikemaskini. Masa keemasan yang sesuai sudahpun tiba. Kesedaran sudah timbul tentang pentingnya sejarah untuk pembangunan negara dan bangsa oleh masyarakat dan ramai pihak baik dermawan maupun politik.

II

Page 12: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MALAYSIA dar; .feR; SEJARAH

Appendix!

IDS EXCELLENCY THE IDGH COMMISSIONER'S ADDRESS TO THE INNAUGURAL MEETING OF THE MALAYAN

HISTORICAL SOCIETY ON THURSDAY, 30th APRIL 1953

Your Highnesses, Ladies and Gentleman,

First letme say to the Member for Education how much I appreciate the generous terms in which he has introduced me tonight. I feel, perhaps, he emphasises too much the part that I have played in this; I know that for many years men and women offoresight of all communities, many of whom are here tonight, have seen the need for a society of this kind and have been laying the foundations for it; and if I have been able, with the support of Your Highnesses and of you all, to help by providing the final impetus to bring it into being, it has still fallen to others to do the hard preparatory grind, and I congratulate them on the success which crown their work today.

As Dato Thuraisingham has said, the history of this peninsula takes little ac­count of modem political boundaries, and thought this society is being born here in Kuala Lumpur, and its active membershIp will be drawn from the Federation and from the Colony of Singapore, its field of study will indeed extend to wherever the differing races of our country have connections. You will be glad to hearthat I have recently received from the Governor of Singapore a message of warm support, in which, too, he makes valuable suggestions for extending the membership of this Society to the Colony, and for linking its activities with those of the Royal Asiatic Society. For the Malayan Historical Society can in no way supplant the Royal Asiatic Society; rather it will be complementary to it. For many years the members of that body, and kindred bodies, have been unravelling the past with scholarship and skill, and it is proof of the success of their work that the need has now arisen for a Historical Society of a different kind, which will spread the knowledge they have gained among the common people.

For, I am sorry to say, there is growing up in this country today a generation which knows little of the struggles and achievements of its ancestors. That is not their fault; it is the fault of an older generation which has not instructed its children in the knowledge and traditions of their country. But believe me, a nation which does not look back with pride upon its past, can never lookforward with confidence towards its future.

12

Page 13: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAH OJ MALAYSIA

If that past is not to be lost forever. we have to begin now to spread the appreciation of it among the people by every means that comes to hand. As some of you know. I am hoping that soon we shall seen written the simple history book which is so badly needed. which everybody will be able to read and understand. and which will. I hope. arouse in them the desire to read more and more search out new know/edge for themselves.

There are many people in Malaya who may feel that because their families have not lived here very long. they have no share in its history. and no part to play in the work which we are setting out upon. Nothing could be further from the truth. The story of this country is not the story of one race alone. but of all the peoples and all the circumstances which have shaped its course. Many do not realise at the present day that there have been Chinese and Indians in Malaya as far back as literature records. whose influence. particularly in the fields of commerce and religion. was often out of all proportion to their numbers. And for centuries there has been a constant interchange of culture and ideas. not to mention blows. between Malaya and her neighbours. Five hundred years ago. it is said. the kingdom of China sent to Malacca the exotic gift of a shipload or needles; in more recent yeras this custom has been allowed to lapse; but they have sent us. and India and the other countries of the East have sent us. something of more lasting value - sons and daughters whom we are glad to have with us as citizens now.

I f. then. we are going to work together to preserve our past. we must realise that time is not on our side. Much is lost already of both material and knowledge. Everything falls to bits in this climate; in Egypt you can go into a tomb thousands of years old. and find the pottery and the ornaments and the paint and the gold leaf still as they were when they were walled in by their makers. Here the heat and the damp and the termites would have destroyed them long ago. You can see some of the best of what is left in our new token National Museum here in Kuala Lumpur. housed in a building a fraction ofthe size of this hall. One of the tasks of this Society must be to ensure that things of beauty and historic value. old oniew.find their way /0 a place where they will be properly cared for. and are not allowed to moulder forgotten and unappreciated.

In England there is a voluntary organisation. the National Trust. which makes it its business to care for buildings and sites which have associations with the past. The story which Dato Thuraisingham related to us just now illustrates pointedly how much we need a body of that kind in our own country. The place-names which you see in the paper every day-Kota Bharu. Bukit Timah. Bagan Serai - were all given for a reason. but so often no memory remains of the buildings or the happenings for which the name was drawn. Those few historic sites which are left to us will go the same way. unless we are prepared to make the effort to see that they do not.

13

Page 14: PERGERAKAN PERSATUAN SEJARAB DI MALAYSIA: MENGISAR …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3138/1/MDSS_1994_Bil.22_1.pdf · persatuan-persatuan lain dan pihak universiti, seminar

MAlAYSIA duri.~eKi SEJARAH

And then again, there are still a few men and women living whose memory goes right back to the early days of the period of British influence, whose knowledge and reminiscences of those times are too precious to be left any longer unrecorded. I know that capable scholars are always on the look out for men like these, and have extracted from them a great deal that is of value; but their kowledge will only be exploited to the full if their own families and friends realise its worth and are prepared to worm it from them. And I am sure that when this Society has got il/fO its stride, we shallfind that a great deal of information will come to light which has passed unsuspected all this time. These are just a few of the avenues which the Malayan Historical Society should explore. But far more important than any concrete results it may achieve will be its intangible effects upon the spirit of the people. In this country a new nation is springing into being. A nation must have a common background, and must acknowledge it with a common pride. The interest and enthusiasm which the formation of this Society has evoked shows that that need is already widely felt. This is not a Society for the Government, for the educated. or for any class or section of the population; it isfor everybody, and everybody has something to contribute to it; And I appeal to men and women allover the Fed­eration, whoever they may be, to come forward and lend a hand in its work, and so help to build that sense of nationhood which we so badly need.

14