Peribahasa Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

PerumpamaanA319 (Bagai) abu di atas tunggul [Sesuatu keadaan yang tidak tetap) 320 (Seperti) anai-anai bubus [Menunjukkan betapa ramainya manusia dalam sesuatu perhimpunanl 321 (Seperti) anak ayam kehilangan ibu [Akibat perceraian, orang yang ditinggalkan kehilangan pemimpin atau ibu bapa] 322 (Seperti) anjing bercawat ekor [Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah] 323 (Seperti) anjing berebut tulang [Orang tamak yang berebutkan bana] 324 (Bagai) anjing buruk kepala [Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat] 325 (Seperti) anjing dengan kucing [Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu] 326 (Seperti) anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya [Berbuat baik bukan dengan orang yang sepatutnya, mengada-ngadalah dia] 327 (Seperti) anjing menggonggong tulang [Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain] 328 (Seperti) api dalam sekam [Kejahatan yang berlaku secara diam-diam] 329 (Bagai) aur atas bukit [Menyerahkan diri kepada nasib] 330 (Seperti) aur dengan tebing [Hidup tolong-menolong antara satu dengan lain/saling bergantung antara satu sma lain] 331 (Seperti) ayam berak kapur [Tubuh yang kelihatan letih dan lesu] 332 (Bagai) ayam dibawa ke kepuk [Mendapat rezeki] 333 (Bagai) ayam disambar helang [Orang yang hilang dengan tiba-tiba] 334 (Bagai) ayam mengeram telur [Muka menjadi merah] 335 (Seperti) ayam patuk anaknya [Menghukum anak bukan bertujuan untuk menyeksa, tetapi untuk membaiki kelakuan si anak] 336 (Bagaimana) acuan begitulah kuihnya / Bagaimana rupa begitulah bayangnya [Seseorang anak akan mengikut tingkah laku bapanya]

B337 (Bagai) balak terendam [Orang gemuk yang malas bengerak] 338 (Bagai) bajak wangkang makan berangkat [Orang yang gemar dipuji] 339 (Seperti) batu jatuh ke lubuk [Hilang lenyap] 340 (Seperti) Belanda minta tanah [Apa yang diambil lebih banyak danipada apa yang diminta] 341 (Seperti) belangkas [Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan] 342 (Bagai) beliung dengan asahan [Tidak pernah benpisah] 343 (Seperti) belut pulang ke lumpur [Orang yang pulang tempat asalnya setelah puas menrantau] 344 (Bagai) kain tiga hasta [Orang miskin yang serba tidak mencukupi] 345 (Bagai) bertepuk sebelah tangan [Perasaan kasih sayang yang datang daripada sebelah pihak sahaja] 346 (Seperti) beruk berayam [Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu] 347 (Bagai) berumah di tepi tebing [Selalu dalam kebimbangan] 348 (Seperti) bertih digoreng [Bunyi pertuturan yang sangat petah] 349 (Seperti) budak sapu hingus [Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis] 350 (Seperti) bulan dengan matahari [Sudah sepadan benar] 351 (Seperti) bulan dipagari bintang [Seorang gadis yang cantik, dikelilingi pula oleh gadisgadis cantik yang lain akan kelihatan lebih cantik lagi gadis itu] 352 (Bagai) bulan jatuh ke riba [Mendapat untung banyak] 353 (Bagai) bulan penuh purnama [Keadaan atau wajah yang begitu cantik) 354 (Bagai) buluh ditarik songsang [Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki]

355 (Bagai) bumi dengan langit [Perbezaan yang terlalu besar] 356 (Bagai) bunga raya kembang pagi [Menggambarkan orang yang berkulit putih, mukanya selalu merah] 357 (Umpama) bunga mekar dipakai, layu dibuang [Perasaan kasih yang tidak kekal yang boleh bertukar benci apabila ada kekurangan] 358 (Seperti) buntal kembung [Seseorang menjadi malas akibat terlalu kenyang] 359 (Bagaimana) bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah yang dituruti dan bagaimana aksi begitulah reaksinya] 360 (Seperti) burung gagak pulang ke benua [Orang yang baru pulang dan merantau, tetapi perangainya seperti dahulu juga] 361 (Umpama) burung, mata terlepas, badan terkurung [Keadaan hidup seseorang yang berada dalam kawalan orang lain walaupun diberi kebebasan]

C362 (Bagai) cacing gila [Perempuan yang suka bertandang dan berpergian] 363 (Bagai) cacing kena air panas [Selalu gelisah kerana susah, sakit, malu, dan lain-lain] 364 (Bagai) cembul dapat tutupnya [Sesuai benar] 365 (Seperti) cicak makan kapur [Mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahan sendiri] 366 (Seperti) cincin dengan permata [Pasangan yang amat sesuai dan sepadan]

D367 (Bagai) dakwat dengan kertas [Tidak pernah bercerai atau sangat padan] 368 (Bagai) denai gajah lalu [Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang besar] 369 (Bagai) dihiris dengan sembilu [Rasa sakit dan pedih hati] 370 (Umpama) duduk di atas daun [Seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram] 371 (Bagai) daun dalam daging [Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati] 372 (Umpama) durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa [Orang

yang lemah tidak berdaya untuk menentang orang yang berkuasa dan menerima kerugian]

E373 (Bagai) emak mandul baru beranak [Gembira atau kasih-sayang yang terlalu amat] 374 (Seperti) elang menyongsong angin [Kehebatan rupa seseorang] 375 (Seperti) emas baru disepuh [Keelokan seseorang perempuan] 376 (Seperti) embun di atas daun [Niat yang selalu berubah-ubah] 377 (Seperti) embun di hujung rumput [Sesuatu yang tidak kekal, lama-kelamaan akan hilang juga] 378 (Seperti) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain]

G379 (Bagai) gagak menggonggong telur [Perempuan hodoh yang berpakaian cantik] 380 (Bagai) galah di tengah arus [Menggigil atau selalu berkeluh-kesah] 381 (Bagai) gelegar buluh [Bercakap besar] 382 (Bagai) gelombang dua belas [Kehebatan langkah seorang pendekarl 383 (Seperti) gergaji dua mata [Orang yang menjadi orang tengah atau pesuruh kepada dua pihak, akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak itu] 384 (Seperti) gunting makan di hujung [Orang yang kata-katanya tajam, tetapi tidak terasa akan ketajamannya kerana dia bijak menyusun kata-kata]

H385 (Seperti) halilintar membelah bumi [Menunjukkan bunyi yang sangat kuat] 386 (Seperti) harapkan pagar, pagar makan padi [Mengharapkan orang menolong kita, tetapi orang itu pula yang merosakkan kita] 387 (Seperti) harimau menunjukkan belangnya [Orang yang berkuasa atau berani menunjukkan kelebihannya]

388 (Bagai) haruan makan anak [Perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri] 389 (Seperti) helang menyongsong angin [Kehebatan seorang hulubalang di tengah gelanggang ketika menghunus pedangnya atau melawan musuh] 390 (Bagai) hempedu lekat di hati [Perhubungan yang sangat akrab] 391 (Seperti) hujan jatuh ke pasir [Berbuat baik terhadap seseorang yang tidak tahu membalas budi]

I392 (Seperti) ikan dalam belat [Menunjukkan sesuatu tempat itu terlalu sesak] 393 (Seperti) ikan kena tuba [Penduduk di sesuatu tempat atau kampung mendapat kemalangan secara beramai-ramai] 394 (Seperti) ikan pulang ke lubuk [Orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke kampung halamannya] 395 (Seperti) isi dengan kuku [Perhubungan yang sangat erat, tidak boleh dipisahkan] 396 (Seperti) itik mendapat air [Terlalu gembira kenana mendapat barang yang digemari] 397 (Bagai) itik pulang petang [Benjalan dalam keadaan berlenggang atau lambat]

K398 (Bagai) kaca jatuh ke batu [Perasaan hati yang remuk-redam atau hancur luluh kerana terlalu kecewa] 399 (Bagai) kacang direndang [Menunjukkan bunyi atau letupan yang berturut-turut] 400 (Seperti) kacang lupakan kulit [Orang yang tidak tahu mengenang budi] 401 (Seperti) kaduk naik junjung [Orang yang susah, tetapi mengada-ngada apabila mendapat pertolongan daripada orang lain] 402 (Seperti) kaduk kena siram air tahi [Orang yang tidak berguna dalam masyarakat, tetapi bertambah bilangannya] 403 (Bagai) kambing dihalau ke air [Memaksa seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak disukainya] 404 (Seperti) kambing dimandikan pagi [Orang yang sangat malas melakukan sesuatu

pekerjaan] 405 (Bagai) kapak naik peminangan [Perbuatan yang tidak sesuai dengan adat dan jika dibuat juga akan kelihatan ganjil] 406 (Bagai) katak di bawah tempurung [Orang yang kurang pengetahuan dan sempit pemikirannya] 407 (Seperti) katak kena simbah air [Orang yang tidak dapat menjawab sesuatu soalan] 408 (Bagai) keli kena ketuk / keli dalam lubang [Onang yang suka bersungut tetapi tidak tahu apa yang disungutkannya[] 409 (Seperti) kera dapat bunga [Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu] 410 (Seperti) kera sumbang [Takut atau malu hendak bencampur dengan orang] 411 (Bagai) kelip-kelip terbang malam [Rahsia yang tidak dapat disembunyikan] 412 (Seperti) kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu [Hidup miskin dan melarat] 413 (Seperti) kerbau dicucuk hidung [Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain] 414 (Seperti) kerbau runcing tanduk [Orang jahat yang terkenal akan kejahatannya] 415 (Seperti) ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menyuruh orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul] 416 (Laksana) kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga perginya [Orang yang ditawan oleh pihak musuh, jika dilayan dengan baik sekalipun, sekiranya terlepas akan pulang ke negerinya semula] 417 (Seperti) kucing berakkan rambut [Keadaan orang yang terlalu susah atau sakit] 418 (Seperti)kucing dengan panggang [Lelaki dengan perempuan tidak boleh dibiarkan bergaul bebas. Jika dibiarkan juga alamat akan berlaku sesuatu yang buruk] 419 (Seperti) kucing dibawakan lidi [Menunjukkan ketakutan yang amat sangat] 420 (Bagal) kucing kehilangan anak [Kehilangan akal atau binggung] 421 (Seperti) kucing miang [Terlalak-lalak membuat bising pada waktu tengah malam] 422 (Laksana) kulit udang terbakar [Kulit yang berkeadaan merah] 423 (Seperti) kumbang putus tali [Berasa gembira kerana baru terlepas daripada seksaan] 424 (Seperti) kunyit dengan kapur [Sesuatu yang amat bersesuaian atau kena pada

tempatnya] 425 (Seperti) kura-kura di atas dahan [Orang yang bodoh apabila menghadapi kesusahan tidak tahu berikhtiar untuk melepaskan diri daripada kesusahan itu]

L426 (Seperti) langau di belakang gajah [Orang yang terlalu manja dengan seseorang tentulah akan selalu sahaja berdamping dengan orang itu] 427 (Seperti) lebah mengumpulkan madu [Orang yang rajin bekerja dan tekun berusaha, akhirnya akan terlaksana cita-citanya] 428 (Seperti) lebah kasihkan telurnya [Kasih sayang yang amat sangat sehingga tidak boleh berpisah lagi] 429 (Umpama) lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat [Perempuan yang elok rupanya tetapi berperangai jahat] 430 (Bagai) lesung dengan antan [Dua orang yang secocok dan bersesuaian] 431 (Seperti) Limau masam sebelah [Hukuman yang tidak adil] 432 (Seperti) lipas kudung [Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja]

M433 (Bagai) melepaskan anjing tersepit [Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih] 434 (Bagai) melepaskan batuk di tangga [Membuat sesuatu kerja, tetapi tidak pernah selesai] 435 (Seperti) melukut di tepi gantang [Manusia yang merasakan dirinya tidak penting kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan pertolongan kerana dirinya sendiri susah] 436 (Bagai) menarik rambut dalam tepung [Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhatihati] 437 (Bagai) menatang minyak yang penuh [Memelihara anak dengan penub kasih sayang] 438 (Bagai) mencencang air [Melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah] 439 (Bagai) mencurah air di daun keladi [Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi

sebarang kesan] 440 (Bagai) mendukung biawak hidup [Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita] 441 (Bagai) menghitung bulu kambing [Pekerjaan yang sia-sia] 442 (Bagai) menjenguk jerat sial [Singgah ketempat jagaannya, tetapi tidak memberi perhatian yang bersungguh-sungguh] 443 (Bagai) murai tercabut ekor [Penempuan yang suka bercakap banyak]

P444 (Bagai) pahatdengan pemukul (Orang yang hanya membuat kerja apabila diawasi atau disuruh] 445 (Bagai) panas mengandung hujan [Tertawa dalam kesusahan] 446 (Bagai) pancang digoncang arus [Pendirian yang tidak tetap] 447 (Bagai) parang buruk, tali sabut tidak tergolok [Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah] 448 (Seperti) pinang dibelah dua [Pasangan yang sama cantik dan sama padan] 449 (Seperti) pinang pulang ke tampuk [Pasangan yang bercerai kemudian berbaik semula atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman atau sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya] 450 (Seperti) pipit menelan jagung [Orang yang kurang berada mahu menyamakan kedudukannya dengan orang kaya, kelak dirinya mendapat kesusahan] 451 (Umpama) pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri [Orang yang mempunyai kuasa dan harta kekayaan serta bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya] 452 (Bagai) pucuk dilancarkan [Menunjukkan sesuatu yang amat pantas] 453 (Seperti) pungguk rindukan bulan [Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya] 454 (Bagai) punggur rebah [Keadaan apabila orang gemuk terjatuh] 455 (Bagai) puyuh laga [Percakapan yang tidak pernah habis]

R456 (Bagai) rambut dibelah tujuh [Terlalu sedikit] 457 (Seperti) rumput di tepi jalan [Kehidupan yang melarat] 458 (Bagai) rotan, asal berinsang dicucuk belaka [Tidak memilih makanan atau pakaian] 459 (Seperti) rusa masuk kampung [Onang yang tidak pernah pergi ke bandar akan tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di bandar]

S460 (Seperti) sampah hanyut [Orang hina yang tidak dihiraukan lagi oleh orang lain] 461 (Bagai) si buta kehilangan tongkat [Orang yang dalam kesusahan apabila ditimpa kesusahan yang lain, maka bertambah susahlah dia] 462 (Seperti) si buta mendapat tongkat [Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat] 463 (Bagai) si kudung mendapat cincin [Beroleh keuntungan, tetapi tidak dapat merasakan keuntungan itu] 464 (Bagai) sirih pulang ke gagang [Pulang ke tempat yang sepatutnya]

T465 (Bagai) tanduk bersendi gading [Dua orang atau benda yang amat bensesuaian, jika disatukan akan menjadi padanan yang cantik] 466 (Seperti) tebu di mulut gajah [Sesuatu yang digemari dan apabila diperoleh tidak akan dilepaskan] 467 (Bagal) telur di hujung tanduk [Dalam keadaan yang amat genting silap sedikit sahaja boleh jadi rosak binasa] 468 (Bagai) tikus jatuh ke beras [Orang yang telah memperoleh kekayaan, tetapi tidak akan menceritakan bagaimana dia memperoleh kekayaan itu kepada orang lain] 469 (Bagai) tikus membaiki labu [Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi bertambah rosak]

U470 (Seperti) udang dibakar [Kulit yang putih bertukar menjadi kemerah-merahan akibat kepanasan] 471 (Seperti) udang tahi di kepala [Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang] 472 (Seperti) ular kena palu [Keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok tidak lurus] 473 (Seperti) uar lidah bercabang [Kata-kata yang tidak boleh dipercayai] 474 (Bagai) ulat nangka terhempas ke batu [Tidak pernah serik] 475 (Bagai) umang-umang [Orang yang suka berpakaian cantik walaupun pakaian itu bukan kepunyaannya] 476 (Bagai) unta menyerah diri [Orang lurus dan bodoh yang selalu menjadi mangsa orang yang cerdik]

W477 (Laksana) wau melawan angin [Kehendak orang besar atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang yang lemah] 478 (Bagai) wau putus tali [Berserah kepada nasib sahaja kerana sudah tidak mampu berusaha]

BidalanA479 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha] 480 Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim]

B

481 Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan] 482 Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman] 483 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira] 484 Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai] 485 Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain] 486 Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu] 487 Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak] 488 Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap] 489 Berkaul pada keramat [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya] 490 Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian] 491 Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain] 492 Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan] 493 Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai] 494 Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar] 495 Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati (Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia] 496 Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal] 497 Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]

498 Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak) 499 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat] 500 Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati] 501 Biar luka di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri] 502 Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban] 503 Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan] 504 Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatanl 505 Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia] 506 Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah] 507 Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah] 508 Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak] 509 Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak) 510 Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja] 511 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba] 512 Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat [Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]

C513 Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu] 514 Cicir dipungut, hilang dicari [jangan melakukan pembaziran]

D

515 Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan] 516 Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal [Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh] 517 Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung] 518 Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik] 519 Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah [Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan] 520 Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang [Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu]

E521 Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati] 522 Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnyal

G523 Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? [Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula] 524 Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan katakata orang] 525 Genggam bara api biar sampa jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya]

H526 Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan] 527 Habis alur maka beralu-alu [Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan] 528 Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia] 529 Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja]

530 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai [Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu] 531 Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat] 532 Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita] 533 Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat [Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus]

I534 Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]

J535 Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing] 536 Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah [Berhati-hati dalam semua perkara] 537 Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat suka] 538 Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [angan sombong apabi ia mendapat sesuatu kelebihan] 539 Jangan berebutkan tembikar pecah [Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya] 540 Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk] 541 Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orng lain] 542 Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apaapa] 543 Jangan dibiarkan sampai naik ke mata [Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas] 544 Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]

545 Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik] 546 Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya [Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik] 547 Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru] 548 Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang tidak baik (jahat) jangan dibiasakan] 549 Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak] 550 Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat] 551 Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri] 552 Jangan puntung berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan diungkit-ungkitkan lagi] 553 Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang] 554 Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar] 555 Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah [Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita] 556 Jikalau menampi, jangan tumpah padinya [Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna] 557 Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan [Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]

K558 Kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan] 559 Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan] 560 Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya [Kerja yang dimulai jangan dibiarkan terbengkalai] 561 Kerana sabut tebal, tempurung pun jadi kebal [Hidup akan senang jika kita banyak

mempunyai kawan] 562 Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik] 563 Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila bendepan dengan masalah, carilah puncanya]

L564 Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan [Jangan cepat percaya akan kata-kata manis orang dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat orang] 565 Lembu dogol jangan dibalun [Jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana jika dia melawan berbahaya]

M566 Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya] 567 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ] 568 Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang benguna dan tidak membuang masa begitu sahaja] 569 Mengais hendaklah berkuku [Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mencari kerja] 570 Mengambil contoh kepada orang yang sudah mengambil tuah kepada yang menang [Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja]

N571 Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba] 572 Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang jika kita berjimat cermat]

O573 Ombak yang kecil jangan ditidakkan [Jangan mengabaikan perkara yang kecil] 574 Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang [Jangan mencela kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui bentuknya]

P575 Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita] 576 Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapal jika malas berusaha] 577 Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya] 578 Pukul anjing tengok-tengok tuannya [Benhati-hati sebelum melakukan sesuatu]

S579 Sampah jangan ditendang disepak [Jangan menghina orang yang miskin] 580 Sarang tebuan jangan dijolok [angan sengaja mencari kesusahan) 581 Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu] 582 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan] 583 Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan 584 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaanl 585 Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan] 586 Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang] 587 Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan] 588 Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas [Hendaklah mengkaji sesuatu kerja dengan teliti dari awal sampai akhir supaya dapat dilakukan dengan selamat dan sempurna]

T589 Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan [Jika kita tidak tahu membuat sesuatu, jangan menghalang orang lain untuk mencubanya]

590 Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur] 591 Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya] 592 Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya] 593 Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil] 594 Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampal landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita] 595 Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan] 596 Tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri [Kalau kita bertemu dengan jalan buntu ketika mengerjakan sesuatu, hendaklah kita cari jalan lain untuk mengatasinya]

Y597 Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana] 598 Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]

PepatahA599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya] 600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya] 601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat] 602 Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh [Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita]

603 Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul] 604 Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat] 605 Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah] 606 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya] 607 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga] 608 Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan] 609 Air beriak tanda tak dalam [Banyak bercakap tanda tiada berilmu] 610 Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan] 611 Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja] 612 Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan] 613 Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah] 614 Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga [tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaikbaik, kita akan diketepikan] 615 Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan [Memperbesar perkara yang kecil] 616 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Onang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut] 617 Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan] 618 Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian] 619 Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama] 620 Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]

621 Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai) 622 Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai] 623 Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya] 624 Anak baik menantu molek [Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda] 625 Anak harimau jangan dibela pelihara [Orang yang jahat jangan dibuat kawan] 626 Angin berputar, ombak bersahut [Perkara yang amat sulit] 627 Angguk bukan, geleng ya [Lain di mulut, lain di hati] 628 Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya] 629 Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu] 630 Anjing galak, babi berani [Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat] 631 Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong] 632 Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang [Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya] 633 Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran] 634 Apa payhnya menaupkan bibir atas bawah [Banyak berjanji tetapi tidak ditepati] 635 Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan] 636 Arang habis besi binasa [Pekerjaan yang sia-sia] 637 Asal berinsang ikanlah [Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan] 638 Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]

639 Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur] 640 Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan] 641 Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya] 642 Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang [Nasib yang malang] 643 Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat] 644 Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya] 645 Ayam terlepas, tangan bau tahi [Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu]

B646 Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya] 647 Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan] 648 Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh] 649 Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan] 650 Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu] 651 Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil] 652 Balik belakang lain bicara [Mungkir janji] 653 Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai] 654 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]

655 Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tibatiba terlepas ke tangan orang lain] 656 Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar] 657 Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak mernulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah] 658 Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandai] 659 Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri] 660 Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya] 661 Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga] 662 Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin] 663 Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembiral 664 Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan] 665 Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya] 666 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenangsenang kemudian [Merempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan] 667 Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri] 668 Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar] 669 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya] 670 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah] 671 Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan] 672 Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian] 673 Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaikbaik semula]

674 Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang] 675 Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian] 676 Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang] 677 Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji] 678 Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal] 679 Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung] 680 Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan] 681 Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan] 682 Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan] 683 Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya] 684 Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung] 685 Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik] 686 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan ta adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat] 687 Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan] 688 Bunga disunting, perdu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya] 689 Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu] 690 Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan masyhur dan menjadi sebutan di mana-mana] 691 Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]

692 Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya] 693 Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat] 694 Busut juga yang ditimbuni anai-anai [Orang yang sememangnya kaya bertambah kaya]

C695 Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi] 696 Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan] 697 Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada) 698 Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar] 699 Calak-calak ganti asah, menaniti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara waktu sahaja sementara belum ada yang lebih baik] 700 Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk] 701 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan] 702 Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yang baik dan lumayan] 703 Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan] 704 Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu] 705 Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan basil kelak] 706 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga [Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah]

D707 Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui] 708 Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi] 709 Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya] 710 Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh] 711 Datang seperti ribut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih] 712 Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak pentingi] 713 Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain] 714 Dekat dapat ditunjal, jauh dapatditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya] 715 Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya] 716 Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian] 717 Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja] 718 Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang] 719 Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi] 720 Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kening, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa] 721 Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya] 722 Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain] 723 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat

dicapai] 724 Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu] 725 Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri] 726 Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yang kaya] 727 Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika tenjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga] 728 Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah] 729 Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib] 730 Dua kali dua empat [Dua orang yang sama sifat atau perangai] 731 Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu] 732 Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil] 733 Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau [Orang yang pendiam tetapi tangkas bekerja dan berfikir] 734 Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]

E735 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat] 736 Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat] 737 Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali] 738 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang mementingkan diri sendiri] 739 Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi / Seorang isteri yang menduakan suami]

740 Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya] 741 Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya] 742 Esa hilang, dua terbilang [Berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak takut menghadapi risikonya]

G743 Gagak bensuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya mendu dan baik budi bahasanya] 744 Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita] 745 Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia] 746 Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan hanta] 747 Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bengaduh, rakyat yang menderita] 748 Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseonang suami yang meninggalkan isteni tanpa memberi nafkah atau menceraikannyal 749 Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia] 750 Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi] 751 Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat] 752 Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri] 753 Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui] 754 Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak atau isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk] 755 Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]

756 Gigi tanggal, rawan murah (Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi] 757 Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah] 758 Guru kencing berdiri, murid kencing berlari [Murid mencontoh kelakuan guru terutama dalam perkara yang tidak baik]

H759 Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah] 760 Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit] 761 Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu] 762 Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain] 763 Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain] 764 Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya] 765 Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya] 766 Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan] 767 Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini] 768 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit samasama mendapat sedikit] 769 Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya mendapat malu] 770 Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha] 771 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan

berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan] 772 Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu] 773 Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada / Hilang budi bahasa, hilang darjat diri] 774 Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya] 775 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan] 776 Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang] 777 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri] 778 Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan] 779 Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak] 780 Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya] 781 Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati [Budi-baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya]

I782 Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan] 783 Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan] 784 Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat] 785 Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]

786 Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan] 787 Itik berenang dalam air mati kehausan [Menderita kesusahan walaupun banyak wang]

J788 Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu] 789 Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya] 790 Jauh panggang dan api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku] 791 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati] 792 Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu] 793 Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan] 794 Jiwa hergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya] 795 Jong pecah, yu yang kenyang [Dalam keadaan huru-hana tentu ada onang yang mendapat keuntungan] 796 Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]

K797 Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan] 798 Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin] 799 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja] 800 Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik,

ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik] 801 Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan tenjadi daripada satu pihak sahaja] 802 Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri] 803 Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan] 804 Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat] 805 Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi] 806 Karam berdua basah seorang [Dua onang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum] 807 Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi] 808 Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama] 809 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan] 810 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya] 811 Kecil tapaktangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain] 812 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya] 813 Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)] 814 Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya] 815 Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati] 816 Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar] 817 Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih

tajam daripada senjata] 818 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan] 819 Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri] 820 Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya] 821 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah] 822 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada] 823 Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain] 824 Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya] 825 Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendini yang lebih besar tidak disedari] 826 Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak] 827 Kura-kura hendak memanjat kayu [Melakukan sesuatu yang mustahil]

L828 Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi] 829 Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan] 830 Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza] 831 Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan] 832 Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]

833 Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan / Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya] 834 Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam] 835 Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan] 836 Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama] 837 Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu] 838 Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian berpurapura tidak tahu] 839 Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik] 840 Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya] 841 Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia] 842 Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing] 843 Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tencapai kehendak lain akan tercapai juga] 844 Lurus sumpitan hendak mengena [Tipu muslihat untuk mencani keuntungan bagi diri sendiri]

M845 Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan] 846 Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat] 847 Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain] 848 Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]

849 Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat] 850 Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan] 851 Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya] 852 Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan] 853 Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi] 854 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ] 855 Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima] 856 Melentur aur/buluh biarlah dan rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya] 857 Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluanga sendiri, diri sendiri juga yang malu] 858 Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib] 859 Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu] 860 Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja] 861 Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir] 862 Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan] 863 Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas] 864 Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia] 865 Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi] 866 Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan / Mengambil kesempatan daripada orang yang susahi]

867 Menantikan kucing bertanduk [Mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku] 868 Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya] 869 Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya] 870 Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang] 871 Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja] 872 Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari] 873 Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan] 874 Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu] 875 Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja] 876 Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]

N877 Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan] 878 Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian] 879 Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi] 880 Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang] 881 Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi] 882 Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan] 883 Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]

O884 Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada] 885 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik] 886 Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menenima akibatnya] 887 Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil] 888 Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja] 889 Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira] 890 Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? [Orang yang berdampingan dengan orang yang berilmu, lambat-laun akan berilmu juga]

P891 Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia] 892 Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir] 893 Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya] 894 Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu] 895 Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai] 896 Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya / Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula] 897 Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri] 898 Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin] 899 Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah

kekayaannya] 900 Pucuk dicita, ulam mendatang [Orang mengantuk disorongkan bantal] 901 Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain] 902 Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya] 903 Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali [Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa tetapi bercerai mati bercerai selama-lamanya]

R904 Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat] 905 Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki] 906 Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik] 907 Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati] 908 Rebung tidak jauh dan rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka] 909 Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain] 910 Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja] 911 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersamasama] 912 Ringan tulang berat perut (Rajin bekerja mudah belanja] 913 Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya] 914 Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri] 915 Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]

916 Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna] 917 Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan] 918 Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu mala petaka di sesebuah negara, rakyat di negara itu akan melarikan diri] 919 Runcing tanduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya] 920 Rupa harimau hati tikus [Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut]

S921 Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab] 922 Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa] 923 Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa] 924 Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya] 925 Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya] 926 Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan] 927 Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya] 928 Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datangl 929 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana panda] seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan] 930 Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan] 931 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari] 932 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]

933 Siapa makan nangka, maka kena getahnya ]Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya] 934 Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya] 935 Si bingung makanan Si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yang cerdik] 936 Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik] 937 Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka] 938 Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan] 939 Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya] 940 Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula] 941 Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui] 942 Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut] 943 Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa] 944 Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi] 945 Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat] 946 Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya] 947 Sumpit penuh tidak berisi lOrang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandaipandai]

T948 Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]

949 Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu] 950 Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu] 951 Takkan sama getah daun dengan getah batang [kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita] 952 Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula] 953 Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang] 954 Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri] 955 Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak] 956 Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun] 957 Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri] 958 Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik] 959 Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi] 960 Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah-lembut dan murah hati] kerap menjadi suruhan orang] 961 Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri] 962 Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis] 963 Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya] 964 Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik] 965 Terlepas dan mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula] 966 Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan din sendiri] 967 Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang

itu tentu ada cacatnya] 968 Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga] 969 Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina] 970 Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu] 971 Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kece]akaan] 972 Tong yang kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar] 973 Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda] 974 Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara] 975 Tunggang hilang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara] 976 Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]

U977 Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah] 978 Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri] 979 Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati] 980 Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan] 981 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian] 982 Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa] 983 Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau daripada baka yang tidak baik]

W984 Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik] 985 Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]

Y986 Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya] 987 Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri] 988 Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja] 989 Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman] 990 Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas akhirnya sia sia belaka] 991 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang] 992 Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan] 993 Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa] 994 Yang tegak disokong, yang lemah ditopang [Orang kaya dimuliakan, manakala orang miskin dibantu]

Z995 Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]