26
TAJUK : TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK JEAN PIAGET SANTISKUMAR A/L SIVALIMGAM SANTHEKUMAR A/L SEKAR PUSPARANI A/P MUTTUSAMY KALAIARASI A/P RAJENDRAN

Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

Page 1: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

TAJUK : TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK JEAN PIAGET

SANTISKUMAR A/L SIVALIMGAMSANTHEKUMAR A/L SEKAR

PUSPARANI A/P MUTTUSAMYKALAIARASI A/P RAJENDRAN

Page 2: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Page 3: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak

Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchâtel, Switzerland.

Banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.

Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan

melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina

ilmu.

Mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-

kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang

meliputi kesemua budaya dan masyarakat.

Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.

JEAN PIAGET

Page 4: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

• Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara

menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai

kematangan.

• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan

mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di

persekitaran mereka.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Page 5: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET

Perkembangan kanak – kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya.

- Organisasi : Apabila skema baru dibentuk skema itu disusun semula dan dikaitkan kepada skema lain supaya membentuk satu sistem kognitif yang saling berkaitan.

- Adaptasi : Proses penyesuaian kepada persekitaran di mana skema berubah.

Page 6: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

- Asimilasi : Meletakkan pengalaman baru dalam struktur mental yang ada.

- Akomodasi : Proses mengubah struktur mental untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran. Penyusunan semula organisasi mental supaya maklumat baru dapat dimasukkan.

Page 7: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Menurut teori pembelajaran kognitif Piaget (1896 – 1980) mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur.

Secara ringkasnya :-

- bagaimana kanak-kanak bergerak balas terhadap peristiwa di persekitaran.

- apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perkembangan kanak-kanak.

Page 8: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Peringkat sensori motor

( 0 – 2 tahun)

Peringkat Pra - operasi

( 2 – 7 tahun)

Peringkat operasi konktrit

( 7 – 12 tahun)

Peringkat operasi Formal

( 12 tahun ke atas)

PIAGET MEMBAHAGIKAN KEPADA EMPAT TAHAP PERKEMBANGANT IAITU :-

Page 9: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Sensori motor ( 0 -2 tahun )

Page 10: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat.

1. Sensori motor ( 0 -2 tahun )

- Kanak-kanak akan menggunakan pancaindera sprt perhatian, pendengaran dan aktiviti-aktiviti motor utk meneroka persekitaran.

- menggunakan pergerakan fizikal utk mempelajari persekitaran dan mencapai matlamat.

- mula menggunakan imitasi terhdp tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan.

- mencapai tahap pengekalan objek

Page 11: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PERKEMBANGAN KOGNITIF CONTOH

Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran.

Menggunakan mulut untuk merasa objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

• Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap dan juga berminat dengan objek yang berada di persekitarannya.

• Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan tindakan terhadap objek dan menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut berulang-ulang.

Menghisap ibu jari, memasukkan objek kedalam mulut, mencapai objek yang berbunyi,bunyi yang dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatan tersebut.

Selain itu, mereka juga mula menunjukkan permulaan pemikiran logik dimana aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah.

Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.

Page 12: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Pra-operasi (2 – 7 tahun )

Page 13: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

2. Pra-operasi (2 – 7 tahun )

- menggunakan simbol ( imej atau perkataan )

- keupayaan dalam menggunakan bahasa.

- bersifat egosentrik ( melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri )

Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun (boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

- cenderung memberi “nyawa” kpd benda yang tidak hidup.

Page 14: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

• Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif

iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung

pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana mereka

masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.

• Ciri-ciri ini dikatakan sebagai “centered”/permusatan. Oleh itu,

mereka masih tidak dapat menguasai proses

transformasi,keterbalikan dan penaakulan.

Page 15: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan “buku” atau dengan menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik dimana perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat

Permainan membayangkan (pretend play) seperti mengambil watak kartun/karektor kegemaran (boboiboy,upin & ipin) atau menjadi ibu,ayah atau doktor.

Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup (animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum apabila menuang minyak.

KEBOLEHAN YANG DIPEROLEH PADA PERINGKAT PRA - OPERASI

Page 16: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Operasi konkrit ( 7 – 12 tahun )

Page 17: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Page 18: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

3. Operasi konkrit ( 7 – 12 tahun )

- Kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit.

- kanak-kanak sudah memahami konsep pengekalan.

- boleh menerima pendapat org lain, boleh melihat benda-benda drpd pandangan org lain.

- dpt mengklasifikasikan dan menyusun objek-objek dalam dimensi tertentu.

- dpt memahami konsep perhubungan.

- tidak boleh memahami perkara-perkara abstrak ( kebebasan )

- tidak boleh menaakul secara logik.

Page 19: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation).

PRINSIP ASAS

PRINSIP IDENTITI

PRINSIP GANTI RUGI (COMPENSATION)

PRINSIP KETERBALIKAN

Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah / dikurangkan, bilangan /amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah

Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain

Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada asal semula

Page 20: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

PROSES CONTOH

PROSES PENGELASAN :Mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.

Pengelasan mengikut ciri warna, saiz & bentuk.

PROSES MENYUSUN SECARA BERSIRI :Mengatur atau menyusun mengikut susunan menaik dan menurun.

Membuatsusunan logik seperti A<B<C , 1<2<3<4

• Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan,pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkanpelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik.

• Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulsi dalam situasi yang berbentuk konkrit.

Page 21: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

• Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered / objektif .

• Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka.

• Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama.

• Pada peringkat ini, masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak / masalah yang melibatkan gabungan faktor yang kompleks.

Page 22: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Operasi Formal ( 12 tahun ke atas/remaja )

Page 23: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

4. Operasi Formal ( 12 tahun ke atas/remaja )

- Mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.

- perkembangan kebolehan menguji hipotesis secara matang dan saintifik.

- dapat memahami ttg isu-isu yang kompleks yang memerlukan taakulan abstrak.

- kebolehan membuat ramalan, merancang tindakan yang dilakukan dan boleh menjangka akibat drpd tindakannya.

Contoh :

Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia /apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun 2020.

Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.

Page 24: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.Ianya berlainan dengan

egosentrik di peringkat pra-operasi

Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, susah

untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain serta mempunyai

perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

Page 25: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Page 26: Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

KESIMPULAN

Keseluruhannya teori ini telah membincangkan banyak perkara yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.