39
PITO Sejarah 105/2 Kuliah 6 · •Perjuangan pemimpin- pemimpin tempatan menentang penjajah British •Perkembangan kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu

Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

PITO Sejarah 105/2Kuliah 6

·

•Perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajah British•Perkembangan kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu

Page 2: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajah British·

•Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah•Dol Said Pahlawan Naning•Rentap Wira Sarawak•Sharif Masahor Wira Sarawak•Dato’ Maharaja Lela Pejuang Perak•Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang•Mat Salleh menentang SBUB•Antanom Pahlawan Murut•Tok Janggut pejuang jihad•Haji Abdul Rahman Limbong pejuang tani•Yamtuan Antah mempertahankan Seri Menanti

Page 3: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah

Page 4: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• 1821• Penjajahan Siam di edah• 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah• Askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang,

menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan supaya dibawa ke Siam sebagai tawanan/ hamba

• Kekejaman Siam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah

• 1823• Tuanku Abdullah menyerang Kedah dengan 3000 orang tentera

tetapi gagal kerana Siam mendapat bantuan British.

Page 5: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• 1831 Kuala Kedah ditawan oleh Tengku Kudin dari Melaka. British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah. Bekalan makanan dan tentera terputus, akhirnya Tengku Kudin terkorban.

Page 6: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• 1836 rancangan Sultan Ahmad Tajuddin untuk menyerang Siam melalui Bruas telah dapat dikesan dan beliau ditangkap

• 1838 Tunku Muhammad Saad menawan Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan masuk ke Songkla tetapi usaha baginda dipatahkan oleh Siam dengan bantuan British

Page 7: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah

• Kesan daripada peristiwa ini Tunku Daei dihantar ke Bangkok untuk berunding bagi mengembalikan takhta Kedah.

• Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin pada 1842

• Wilayah Perlis , Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

Page 8: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Dol Said Pahlawan Naning

• Penentangan ini dipimpin oleh Dol Said Penghulu Naning• British menganggap Naning sebagai jajahan Melaka• British mengenakan peraturan pembayaran cukai 1/10 daripada

hasil petani• Kuasa Penghulu Naning tergugat kerana beliau dilarang oleh British

membicarakan kes jenayah• Dol said menentang British dan beliau diisytiharkan sebagai

penderhaka• 1831 British di bawah Kapten Wyllie ditewaskan kerana Dol Said

mendapat bantuan ketenteraan (daripada Johor, Jelebu, Seri menanti, Muar dan Rembau) dan menggunakan taktik perang gerila

• 1832 Kolonel Herbert mengalahkan Naning dengan bantuan Rembau

Page 9: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Dol Said Penghulu Naning

Page 10: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• Kesan daripadanya, Dol Said diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka dan Naning diletakkan di bawah pentadbiran British British di Melaka

• Perang Naning menghidupkan semangat juang bangsa Melayu

Page 11: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Rentap Wira Sarawak

• Rentap berasal dari Ulu Skrang dan merupakan ketua orang Iban• Nama asalnya Libau bermaksud ‘Penggoncang Dunia’• Rentap tidak suka pemerintahan Brooke justeru Brooke menganggap

Rentap dan orang Iban sebagai lanun• Brooke membina kubu di Nanga Skrang bagi mengawasi orang Iban• Brooke menghapuskan petempatan penduduk Iban di sepanjang

Sungai Skrang dan ini menyebabkan Rentap menyerang kubu Brooke 1853 dan membunuh pegawai Brooke bernama Allan Lee. 1854 kubu Rentap di Sungai lang ditawan dan rentap membina kubu di Saduk. Serangan Brooke gagal pada tahun 1857 &1858. Akhirnya 1863 Rentap ditewaskan . Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia di tempat tersebut

• Penentangan rentap membuktikan beliau adalah pejuang bangsa.

Page 12: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Rentap Wira Sarawak

Page 13: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Sharif Masahor wira Sarawak

• Beliau merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang. Beliau dilantik oleh sultan Abdul Mu’mein, Brunei

• Berpengaruh dalam kalangan masyarakat Iban dan orang Melayu

• James Brooke mengambil alih Sungai Rajang dan Sarikei untuk diletakkan di bawah pentadbiran Brooke

• Pembinaan kubu oleh s Brooke di Kanowit telah menggugat kuasanya sebagai pembesar

• Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor• 1859 Sharif Masahor menyerang Kanowit. 1860 Sharif Masahor , Datu Patinggi Abdul

Ghapur dan Temenggung Hashim membuat pakatan sulit dan menyerang Kucing• Pertempuran antara Charles Brooke dengan Sharif Masahor berlaku di Sungai

Sadong• Akhirnya Sultan Brunei menyerahkan Mukah kepada Brooke dan Sharif Masahor

dibuang ke Singapura

Page 14: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Sharif Masahor Wira Sarawak

Page 15: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Dato’ Maharaja Lela Pejuang Perak

• Beliau merupakan Orang Besar Berlapan Perak dan juga dikenali sebagai Penghulu Pasir Salak

• Pegawai British mengambil hak mengutip cukai pembesar Melayu, mengenakan cukai baru

• ( cukai padi, perahu, atap, senjata, permit balak), setiap rumah dikenakan cukai kelamin sebanyak 2 dolar

• Residen mencabar ketuanan Melayu dengan mengambil alih kuasa sultan

• British juga mencampuri adat resam apabila mengharamkan amalan perhambaan

Page 16: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• Perbincangan antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela memutuskan untuk membunuh Birch

• Nov 1875 Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Sepuntum, Dato’ Sagor, dan Pandak Indut telah membunuh Birch

• British menyerang Pasir Salak tetapi kalah . Akhirnya dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong British berjaya menawan Pasir Salak

• Kesannya:i. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya dihukum gantung

sehingga matiii. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang ke pulau

Seychelles, Raja Ismail dibuang ke Johor

Page 17: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Dato’ Maharaja Lela

Page 18: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

• Beliau ialah pembesar Temerloh• Hilang hak mengutip cukai• Menentang E. A. Wise kerana mendirikan balai polis di Lubuk Terua di wilayahnya

tanpa berbincang• British ( Hugh Clifford) meminta Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’

Bahaman• 1891 beliau menentang British dan British memaksa sultan menubuhkan

pasukan tentera untuk menawan 11 kubu Dato’ Bahaman di Bentong• 1892 pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu• Di Terengganu Ulama Tok Ku Paloh meminta pejuang Pahang berjihad

menentang British• 1894 pejuang Pahang menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai- akhirnya

ditawan oleh British• Kesannya British menanggung hutang yang banyak dan Sultan Ahmad dipaksa

membayar 7200 dolar setahun untuk menyelesaikan hutang tersebut

Page 19: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

Page 20: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Mat Salleh menentang SBUB

• Mat Salleh sebagai pembesar di Sungai Sugut• Pejuang jihat menentang SBUB• Peraturan British seperti buruh paksa, cukai beras, lesen, dan

perahu membebankan rakyat• 1895 Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan

berunding dengan Gabenor Beaufort iaitu C. V. Creagh tentang masalah cukai dan tindakan keras pegawai SBUB tetapi gagal

• Perkampungan Mat Salleh dibakar dan dianggap mengancam SBUB

• Mat Salleh membakar Pulau Gaya dan mendirikan kubu di Ranau. Mat Salleh juga menyerang Ambong

Page 21: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Perundingan 1898 antara Mat Salleh dengan Cowie, Pengarah urusan SBUB

• Mat Salleh dan pengikutnya diampuni• Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah

Tambunan• Mat salleh perlu melaporkan pergerakannya

kpd SBUB• Penduduk Inanam yang melarikan diri

dibenarkan balik semula

Page 22: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• 1899 SBUB telah mungkiri janji dan mengambil alih Tambunan

• Mat Salleh rasa tertipu dan meneruskan penentangan tetapi akhirnya terbunuh 1900

• Perjuangan beliau diteruskan oleh Kamunta dan Mat Sator

Page 23: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Mat Salleh menentang SBUB

Page 24: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Antanom Pahlawan Anak Rimba

• Antanom ialah pemimpin orang Murut• Antara faktor-faktor perjuangan menentang SBUB ialah cukai yang

membebankan (cukai tangkapan ikan besar dan memelihara anjing satu dolar seekor). Cukai sebatang pokok kelapa dan minuman tuak 25 sen. Cukai kepala satu dolar seorang

• SBUB tidak membenarkan pembukaan tanah baru .• SBUB memaksa orang Murut membina jalan raya tanpa upah• SBUB menzalimi keluarga dan melanggar kepercayaan

( pencerobohan hutan mengganggu roh nenek moyang)• Mac 1915 Antanom menyerang Persiangan dan bangunan kerajaan

dibakar• Julai 1915 SBUB menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit,

Antanom dan 400 orang pengikutnya terkorban

Page 25: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Kesan penentangan

• Tinadakan tegas terhadap pengikut Antanom, 8 orang kanannya dibuang ke Daerah Kudat

• Orang Murut berpindah ke Kalimantan kerana bersumpah tidak mahu taat setia kepada SBUB

Page 26: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Antanom Pahlawan Anak Rimba

Page 27: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Tok Janggut pejuang jihad

• Kebangkitan berlaku di Pasir Puteh• British mewajibkan petani membayar cukai tanah yang membebankan• British juga mengenakan cukai baru ke atas kelapa, sirih, pinang dan kerbau• Pembayaran cukai menyukarkan kerana pejabat cukai terletak jauh di bandar• Menyahut seruan jihad kerajaan Turki Uthmaniyah menentang British• 1915 berlaku perbalahan apabila Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut• Tok Janggut dan pengikutnya menyerang dan menawan Pasir Puteh. Ungku Besar

Jeram , Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

• British menawarkan 500 dolar ke atas penangkapan Tok Janggut dan pengikutnya. Rumah tok janggut dibakar. Dalam pertempuran tersebut Tok Janggut terkorban. Mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Baharu dan digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam.

• Akhirnya dikebumikan di Pasir Puteh• Peristiwa ini menyemarakkan semangat juang menentang penjajah.

Page 28: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Haji Mat Hassan/ Tok Janggut

Page 29: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Haji Abdul Rahman Limbong pejuang tani

• Beliau membela nasib petani• Pengenalan pas kebenaran membuka tanah

bercucuk tanam, mengutip hasil hutan yang membebankan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk

• Pengaruh pemimpin agama membawa kepada perjuangan

• Peraturan pendaftaran tanah baru $2.50 setiap orang

• Penguatkuasaan undang-undang binatang buas.

Page 30: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• 1922 menentang peraturan baru di Kuala Telemong, petani membersihkan tanah tanpa pas kebenaran

• 43 orang petani telah ditangkap British dan dibicarakan di mahkamah• Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam menegaskan tanah

adalah hak Allah dan bukan hak negeri. Akhirnya petani dibebaskan• 1925- di Kuala Telemong- 300-500 petani membersihkan 200 ekar tanahmilik

tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan• British mendesak Sultan Sulaiman agar mengambil tindakan terhadap Haji

Abdul Rahman Limbong • 1928 British mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang

enggan membayar cukai• 1000 orang petani berhimpun mengisytiharkan perang ke atas British. Petani-

petani menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pertempuan berlaku dan Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut petani

Page 31: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Haji Abdul Rahman Limbong

Page 32: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Yamtuan Antah mempertahankan Seri Menanti

• Berkuasa di Seri Menanti 1875• Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana

menandatangani perjanjian dengan British • Beliau tidak bersetuju dengan campurtangan British dan perlantikan Kapten

Tatham di Sungai Ujong yang menggugat kedudukannya• Beliau tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pembesar Sungai Ujong• Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya• Pertempuran tercetus- 1875 Yamtuan Antah menawan Paroi tetapi

dikalahkan oleh British dengan bantuan NNS• Atas nasihat Maharaja Abu Bakar Johor, Yamtuan Antah berdamai dengan

British (William Jervois, Gabenor NNS)• Melalui rundingan dengan British, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan

Besar Seri Menanti• Kesannya British dapat meluaskan kuasanya ke seluruh Negeri Sembilan

Page 33: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Yamtuan Antah

Page 34: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Perkembangan kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu

• Perkembangan negara luari. Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah- Gerakan

Pan –Islamii. Gerakan Islah di Mesiriii. Revolusi China di bawah pimpinan Dr, Sun Yet Seniv. Kejayaan jepun mengalahkan Rusia 1905v. Perjuangan Jose Rizal di Filipinavi. Perjuangan Mahatma Gandhi di Indiavii. Kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia di

bawah pimpinan Soekarno

Page 35: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Gerakan Islah

• Dipelopori oleh orang Melayu yang berpendidikan di Timur Tengah khasnya Mesir

• Pelajar di universiti Al- Azhar terpengaruh dengan idea pemulihan Islam di Timur Tengah. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda

• Seruan Al- Iman meminta orang Melayu berpeganng kepada Al- Quran dan Hadis

• Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui Suara Benar dan Lidah Benar

Page 36: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Intelektual Mematangkan Perjuangan

• Golongan intelektual berpendidikan Melayu terdiri daripada guru-guru lepasan MPSI yang menjadi pemimpin masyarakat

• Golongan berpendidikan Inggeris memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran

Page 37: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Perjuangan nasionalisme melalui penulisan

• Akhbar dan majalah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu antaranya majalah Lembaga Melayu, Pengasuh, Majalah Guru, Al-Ikhwan, Saudara , Warta malaya, fajar Sarawak, Majlis dan Utusan Melayu

• Perjuangan nasionalisme juga dihasilkan melalui penulisan kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen

• Syed Sheikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu, Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad

Page 38: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

Kesepakatan menjamin keutuhan

• Orang Melayu menubuhkan pertubuhan untuk kepentingan perjuangan mereka

• Pada peringkat awal pertubuhan bersifat kenegerian• Pertubuhan tersebut dianggotai oleh orang Melayu

berpendidikan Inggeris – perjuangan bersifat sederhana.• 1926 Kesatuan Melayu Singapura- Mohammad Eunos

Abdullah• 1938 Kesatuan Melayu Muda- Ibrahim Haji Yaakub• KM Perak, KM P.Pinang, KM Melaka, KM Selangor, KM

Pahang dll

Page 39: Perjuangan Pemimpin-pemimpin Tempatan Menentang Penjajah British

• Terima kasih