22
UICW 6023 (SECTION 04) PHILOSOPHY OF SCIENCE AND CIVILISATION Perkahwinan campur: Dari Perspektif Agama dan Masyarakat ASSOC. PROF. DR. AMINUDDIN RUSKAM DISEDIAKAN OLEH: LING SHEAU JING MSC142035

Perkahwinan Campur

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Report utk subjek FSK

Citation preview

Page 1: Perkahwinan Campur

UICW 6023 (SECTION 04)PHILOSOPHY OF SCIENCE AND CIVILISATION

Perkahwinan campur: Dari Perspektif Agama dan Masyarakat

ASSOC. PROF. DR. AMINUDDIN RUSKAM

DISEDIAKAN OLEH:

LING SHEAU JING MSC142035ASMIDA BINTI KAMARUDIN MSC143016

Page 2: Perkahwinan Campur

1.0 Pengenalan

Perkahwinan merupakan suatu syariat dalam kehidupan manusia kerana perkahwinan,

membina keluarga dan masyarakat. Perkahwinan dapat menghalalkan hubungan atau pergaulan

hidup manusia sebagai suami isteri dan seterusnya membentuk keluarga yang bahagia dan

harmoni. Melalui perkahwinan jugalah perbuatan maksiat dapat dikurangkan dan menjadi suatu

bentuk ibadah kerana melaksanakan salah satu perintah agama. Ini dibuktikan dalam surah An-

nisaa’ ayat 3,

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua,

tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil dia antara isteri-isteri

kamu, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.”

Definisi perkahwinan menurut islam adalah suatu ikatan atau akad yang menghalalkan

pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong menolong di antara seorang lelaki dan

perempuan yang di antara keduanya bukan mahram. Ia merupakan perikatan yang sah antara

lelaki dan perempuan yang menjadi suami isteri. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud,

“wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu,(mempunyai belanja serta

keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan

memejamkan matanya(terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya

dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi

benteng.” (Riwayat Muslim)

Page 3: Perkahwinan Campur

Manakala perkataan campur membawa maksud bergaul dalam suatu kumpulan.

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa

dan warganegara. Perkahwinan campur sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak gereja

Khatolik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik.

Perkahwinan yang menyatukan dua insan dari latar belakang dan golongan berbeza dari segi

agama atau bangsa juga dipanggil eksogami. Manakala perkahwinan endogami melibatkan

perkahwinan individu yang mempunyai persamaan dari segi kaum dan agama. Perkahwinan

campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dari

Negara China dengan Sultan Mansur Shah dari Kesultanan Melayu Melaka.

Perkahwinan campur dilihat sebagai sesuatu yang positif dari segi mengikis perasaan

perkauman dan lebih terbuka terhadap perbezaan antara kaum. Manfaat sebegitu amat diperlukan

di negara kita yang mempunyai majoriti masyarakat yang berbilang kaum dan berlainan nilai-

nilai budaya. Masyarakat yang harmoni dan bersatu padu diperlukan oleh sesebuah negara

kerana perpaduan adalah paksi untuk kejayaan dan tonggak kestabilan negara. Perpaduan juga

merupakan kunci kepada pembangunan negara dalam menuju wawasan 2020. Malaysia

mempunyai komposisi etnik yang berbeza dengan 91.8% adalah warganegara dan 8.2% bukan

warganegara dengan kumpulan etnik bumiputra sebanyak 67.4%, cina sebanyak 24.6%, india

sebanyak 7.3% dan lain-lain sebanyak 0.7%. carta di bawah menunjukkan taburan peratusan

penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia pada tahun 2010 (Portal Rasmi Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2010).

Page 4: Perkahwinan Campur

bumiputera cina india lain-lain

Series1 0.674 0.246 0.073 0.007

5.00%

15.00%

25.00%

35.00%

45.00%

55.00%

65.00%

75.00%

Taburan peratusan penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia pada tahun 2010

Per

atu

san

Carta 1.1: Taburan Peratusan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik di Malaysia pada

2010

Perkahwinan campur terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perkahwinan antara kaum,

antara agama dan antara negara. Perkahwinan antara kaum melibatkan dua individu yang

berlainan kaum, perkahwinan antara agama pula melibatkan dua individu yang berlainan agama

dan perkahwinan antara negara pula melibatkan dua individu yang berlainan kewarganegaraan.

Perkahwinan campur juga bukan lah sesuatu yang asing dalam kehidupan masa kini dan tidak

mendapat tentangan dalam islam asalkan syarat-syarat dalam islam dipatuhi.

Page 5: Perkahwinan Campur

2.0 Objektif

Dalam laporan ini, perkahwinan campur antara agama akan dipertengahkan dengan lebih jelas

dari segi undang-undang di Malaysia. Antara objektif kajian adalah:

i. Membincangkan isu perkahwinan campur dari sudut agama islam dan prosedur memeluk

agama islam sebelum berkahwin,

ii. Mengenal pasti perkaitan perkahwinan campur dalam kesepaduan hubungan antara kaum

dalam masyarakat di Malaysia dan

iii. Mengupas kesan positif dan negatif perkahwinan campur dan cabaran yang dihadapi

dalam perkahwinan campur

Page 6: Perkahwinan Campur

3.0 Isu Perkahwinan Campur dari Sudut Agama Islam

Ajaran islam tidak membenarkan perkahwinan yang melibatkan individu yang berlainan

agama. Sebagai contoh, perkahwinan antara seorang penganut islam dan penganut Buddha. Ini

amat bertentangan dengan syarak dan perkahwinan sebegini tidak akan diiktiraf dan harus segera

difaraqkan atau dibubarkan. Islam tidak melarang perkahwinan campur asalkan ianya menurut

kehendak syarak, seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 221.

“Janganlah kamu menikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya

perempuan yang mukmin lebih baik dari perempuan yang musyrik, walaupun dia menarik hati

kalian. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang yang musyrik dengan perempuan-

perempuan mukmin sebelum mereka beriman. Sesungguhnya orang yang mukmin lebih baik dari

orang yang musyrik, walaupun dia menarik hati kalian. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan

Allah mengajak ke syurga dan keampunan dan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat Nya

kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran darinya.”

Peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984,

Seksyen 7 menyatakan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Persekutuan harus mengikut

peruntukan di dalam akta dan diakad nikahkan menurut hukum syarak. Merujuk pula pada

Seksyen 10 akta yang sama, “tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang yang

bukan islam kecuali seseorang kitabiyah”. Ahli kitabiyah bermaksud seorang perempuan

keturunan Bani Ya’qub atau seorang perempuan nasrani keturunan orang nasrani sebelum Nabi

Muhammad menjadi Rasul atau seorang perempuan Yahudi keturunan orang Yahudi sebelum

Nabi Isa menjadi Rasul ( Islam, M. Z., 2014). Dalam surah Al-Maidah ayat 5 ada menyatakan,

“dihalalkan bagimu menikahi perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari perempuan-

perempuan yang beriman di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, apabila kamu

Page 7: Perkahwinan Campur

membayar mas kahwin mereka untuk menikahinya dengan tidak bermaksud untuk berzina dan

bukan untuk dijadikan perempuan simpanan.”

Secara jelas ia menyatakan yang lelaki islam dibolehkan berkahwin dengan perempuan-

perempuan ahli kitab yang baik kerana lelaki menguasai urusan rumah tangga. Allah SWT

membezakan bukan islam dari golongan-golongan ahli kitab dengan bukan islam dari golongan-

golongan musyrik. Orang- orang bukan islam yang terdiri daripada ahli kitab mempunyai

kepercayaan agama yang tidak terlalu besar perbezaan nya dengan kepercayaan agama islam. Ini

kerana ahli kitab adalah penganut agama yang diberikan kitab injil, taurat dan zabur sebelum

turunnya kitab suci Al-Quran.

3.1 Prosedur Memeluk Agama Islam Sebelum Berkahwin

Golongan penganut agama lain selain islam hendaklah memeluk agama islam untuk

membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam Malaysia

dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan khidmat bantuan dalam soal

pemahaman tentang agama Islam dan bimbingan untuk menjadi muslim yang baik. Menurut

prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor, seseorang yang hendak memeluk

agama islam hendaklah terus ke Bahagian Pembangunan Insan di pejabat agama islam daerah

yang berhampiran dengan membawa kad pengenalan, dua orang saksi lelaki yang beragama

islam dan membawa empat keping gambar berukuran passport. Selepas mengucapkan dua

kalimah syahadah, beliau hendaklah hadir ke Kursus Intensif Saudara Kita (asas) dan hadir ke

kelas pengajian Fardhu Ain yang dianjurkan oleh pejabat agama islam daerah tersebut.

Kemudian hendaklah membuat pindaan butiran pengenalan diri dalam kad pengenalan di Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN).

Page 8: Perkahwinan Campur

Pemohon yang hendak berkahwin hendaklah hadir ke kaunter JPN atau Pejabat

Perwakilan Malaysia di luar Negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

Pemohon yang bukan warganegara hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan selama temph

7 hari sebelum membuat permohonan di pejabat JPN yang berkenaan dan upacara kahwin

hendaklah dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi 6 bulan daripada tarikh perkahwinan.

Pemohon hendaklah membawa dokumen sokongan seperti kad pengenalan, passport bagi bukan

warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia. Pemohon

juga mesti membawa satu keeping gambar berukuran 32mm x 38mm) berlatar belakang biru dan

jika pemohon bertaraf duda atau janda, hendaklah mengemukakan Dekri Nisi Mutlak. Sekiranya

pemohon bertaraf duda atau balu hendaklah mengemukakan sijil kematian pasangan. Pemohon

bukan warganegara juga dikehendaki mengemukakan surat pengesahan taraf perkahwinan dari

Negara pemohon yang telah diendorskan oleh pihak kedutaan Malaysia di Negara pemohon atau

kedutaan Negara pemohon di Malaysia, seterusnya disahkan oleh bahagian Konsular,

Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Agama sangat penting di dalam sesebuah institusi perkahwinan. Oleh itu pasangan yang

beragama islam hendaklah sentiasa membimbing pasangan nya yang mualaf supaya keislaman

terus terpelihara, mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan secara tidak langsung

melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia (Rizki, F.,S., 2011).

Page 9: Perkahwinan Campur

4.0 Perkaitan perkahwinan campur dalam kesepaduan hubungan antara kaum dalam

masyarakat di Malaysia

Perkahwinan campur adalah permulaan budaya baru untuk sesebuah keluarga. Ini kerana

keluarga antara pasangan masing-masing akan mempelajari dan menghormati pegangan dan adat

sesuatu kaum lain dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan kehidupan seseorang ahli

keluarga mereka. Sebagai contoh, apabila orang india berkahwin dengan orang cina sudah tentu

pemahaman tentang budaya yang berlainan dapat difahami dengan jelas disebabkan sudah ada

pertalian perkahwinan (Idrus, et.al.,2011).

Kedua dua keluarga pasangan juga dapat mengenali, memahami dan menghormati

budaya masing-masing dan secara tidak langsung dapat menjalin dan mengekalkan jaringan

social dengan keluarga dan masyarakat. Rohana yusof, 2010 menyatakan bahawa keluarga

memainkan peranan yang penting untuk pembentukan sesebuah masyarakat kerana keluarga

merupakan aset untuk meneruskan kebudayaan dalam sesebuah masyarakat. Perkahwinan antara

dua kaum yang berbeza akan melahirkan budaya baru dan permulaan kepada sesuatu kehidupan

baru dalam erti kata lain membina sesebuah masyarakat.

Menurut Haji Ishak Saat, 2009, perkahwinan campur melahirkan beberapa etnik baru

contohnya etnik Cina Peranakan yang lebih dikenali dengan masyarakat Baba dan Nyonya,

masyarakat chite, masyarakat portugis, masyarakat Begus, masyarakat Syed dan sebagainya.

proses integrasi dalam sesebuah budaya berlaku dan mewujudkan beberapa ciri baru dalam

amalan budaya mereka tanpa menghilangkan ciri-ciri asal budaya mereka (Osman, 1981)

Kerjasama dan tolak ansur antara kaum mampu melahirkan suasana harmoni dalam kalangan

rakyat di Malaysia.

Page 10: Perkahwinan Campur

Perkahwinan campur dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum dan mengukuhkan

semangat perpaduan. Perpaduan adalah satu proses untuk menyatukan anggota masyarakat

melalui ideologi negara supaya anggota masyarakat tersebut dapat membina satu identiti

bersama dalam memacu kestabilan negara. Kerajaan telah berusaha memupuk semangat

perpaduan dalam membina kesejahteraan negara kita. Apabila perpaduan kaum dapat dicapai,

kemajuan Negara juga dapat ditingkatkan dan dikekalkan. Malah, salah satu daripada dasar-dasar

kerajaan dalam membentuk perpaduan adalah perpaduan boleh dicapai dengan perkahwinan

campur. Perkahwinan campur merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam

kotenks 1 Malaysia, ia adalah langkah yang positif kerana perkahwinan campur semakin

meningkat dari tahun ke tahun.

Perkahwinan campur amat digalakkan di negara kita untuk membuang perasaan prejudis

antara kaum dan agama, seterusnya dapat mewujudkan negara yang mempunyai rakyat yang

bersatu padu, aman dan harmoni.

Page 11: Perkahwinan Campur

5.0 Kesan Positif dan Negatif Perkahwinan Campur dan Cabaran yang

Dihadapi dalam Perkahwinan Campur

5.1 Kesan Positif kepada Perkahwinan Campur

Perkahwinan campur antara dua pihak yang berbeza agama dapat menyebarkan ajaran

islam dengan mensyariatkan bukan muslim wajib memeluk islam untuk berkahwin dengan

seorang muslim. Bagi muslim hendaklah dipastikan keislaman nya terpelihara untuk

membimbing pasangan yang baru memeluk islam. Keluarga pasangan yang berkahwin campur

ini berpeluang berkenalan dan bermesra di antara satu sama lain bertepatan dengan hikmah Allah

SWT mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan kaum. Perkahwinan campur adalah

peluang untk memahami dan mempelajari nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap kahwin

sebagaimana firman ALLAH SWT;

“wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami

telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.”

(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Zuriat yang terhasil daripada gen pasangan dari perkahwinan campur ini mempunyai

perkembangan fizikal dan mental yang lebih baik. Kajian saintifik mengatakan bahawa generasi

yang genius lahir daripada perkahwinan campur. Selain itu, anak yang terhasil kahwin campur

ini akan lebih terdedah dengan beberapa budaya dan mereka boleh mahir berkomunikasi dalam

tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda mereka. Anak-anak ini juga dapat didedahkan

Page 12: Perkahwinan Campur

dengan kepelbagaian adat dan budaya dan meningkat semangat kemasyarakat dalam diri mereka.

Dengan cara ini perpaduan antara masyarakat majmuk akan ditingkatkan dan dikekalkan demi

kesejahteraan dan keharmonian negara.

Perkahwinan campur juga dapat menggalakkan kesepaduan dan mengeratkan hubungan

antara kaum di Malaysia. Ia juga dapat mengikis perasaan perkauman dan saling bergantung

sesama kaum.

5.2 Kesan Negatif Perkahwinan Campur

Walaupun perkahwinan campur sering dilihat sebagai sesuatu yang positif namun ia tidak

terlepas dari pasang surut rumahtangga. Ini kerana pertembungan adat, budaya dan bahasa yang

berbeza sentiasa menjadi sebab kegagalan rumahtangga (Loy, T.C., 2011). Masalah menjadi

lebih serius jika pasangan itu tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam dan

tidak mahu bertolak ansur antara satu sama lain. Perkahwinan antara kaum yang berbeza patut

dijadikan peluang untuk mempelajari adat daripada setiap kaum dan bukan untuk menghapuskan

identiti kaum tersebut. Setiap kaum haruslah menghormati dan memahami setiap kelebihan dan

kekurangan yang dimiliki oleh kaum lain. Sesebuah kaum itu hendaklah tidak menganggap

kaum itu lebih mulia dari kaum lain hanya kerana faktor keturunan semata-mata, bertepatan

dengan sabda Nabi Muhammad SAW,

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah, tiada

kelebihan orang arab ke atas orang yang bukan arab atau yang berkulit merah ke atas yang

berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.”

(Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi, dinilai hasan oleh Al-Albani).

Page 13: Perkahwinan Campur

Salah satu sebab lain keretakkan rumahtangga adalah seseorang itu sukar untuk

mengubah persepsi dan kepercayaan yang sudah lama sebati dalam diri. Kepercayaan yang

sudah lama diamalkan dan sudah sebati dalam kehidupan seseorang itu menyebabkan ia sukar

untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai

contoh, jika seseorang itu sudah biasa melakukan amalan yang selama ini diamalkan contohnya

seperti meminum arak, berjudi dan bergaul bebas, ia menjadi sukar untuk melepaskan amalan

tersebut. Masalah ini dapat diatasi jika pasangan membantu dengan mengajar berkenaan ilmu

agama dan hendaklah membantu pasangan yang baru memeluk islam untuk tidak terjerumus

kepada kepercayaan dan fahaman lama.

Begitu juga dengan sikap prejudis terhadap kaum lain. terhadap kaum lain. Jika kaum

melayu sering dilabel sebagai seorang yang malas dan tidak berusaha, persepsi ini akan terus

kekal dalam diri keluarga pasangan yang berlainan kaum dan menyebabkan keluarga itu terus-

menerus berprasangka buruk terhadap pasangan kepada anak mereka. Secara tidak langsung ia

merosakkan hubungan sesama keluarga seterusnya mempengaruhi untuk gagal dalam

rumahtangga. Perkara ini sering terjadi terutama nya jika keluarga menghalang perkahwinan

tersebut dari mula lagi.

Hala tuju anak pasangan yang sudah bercerai juga menjadi kebimbangan kerana setelah

bercerai, hak penjagaan anak akan pergi kepada ibu kerana ibu adalah orang yang paling berhak

untuk menjaga anak kecil semasa dalam perkahwinan dan selepas penceraian, menurut seksyen

82, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah. Hal ini akan terus menjadi masalah jika

akidah isteri yang baru memeluk islam ini goyah dan tidak meyakinkan.

Tekanan dari pihak sekeliling juga menyumbang kepada keruntuhan perkahwinan dan

kembali kepada agama lama. Masyarakat juga menjadi penyebab dengan pandangan yang

tertutup mengenai perkahwinan campur. Pihak berkuasa haruslah mengadakan aktiviti dan

Page 14: Perkahwinan Campur

menyediakan saluran-saluran bantuan untuk membantu pasangan yang baru memeluk islam

untuk tetap teguh dengan agama dan perkahwinan.

Page 15: Perkahwinan Campur

6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan nya, perkahwinan campur mempunyak banyak impak positif yang

boleh dipupuk dalam mengharungi hidup bersama dan membina keluarga yang sakinah dan

berteraskan islam. Perkahwinan campur merupakan kaedah yang tepat untuk menyebarkan islam

dan meluaskan ajaran islam bertepatan dengan tugas kita sebagai khalifah iaitu harus

menyampaikan ajaran islam (Noor, A.,M., 2011). Perkahwinan antara kaum haruslah dijadikan

kesempatan untuk memahami nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum agar hubungan

kesatupaduan ini akan terus terpelihara. Perkahwinan campur dapat mengeratkan hubungan

sesama kaum dan menghapuskan sikap prejudis antara kaum.

Rujukan:

1. Al-Quran

2. Fitri Sri Rizki, 2011. Perkawinan Campuran Cina-Melayu di Kalimantan Barat,

Universitas Tanjungpura, Pontianak, Indonesia.

3. Johnben Teik-Cheok Loy, 2011, A Grounded Theory of Malaysian Chinese Family Firm,

University of Minnesota.

4. Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, (2010) Galakkan Perkahwinan Campur

Untuk Keharmonian Kaum, Minda Tajdid, Retrieved Nov 30,2014, from

http://drmaza.com/home/?p=1294

5. Noor, A.,M., (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam di Tanah Melayu. Jurnal Al-

Tamaddun, 29-50.

6. Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, Sumber Statistik Rasmi Malaysia, Laporan

Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, 2010, Retrieved Nov 28, 2014, From

http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?

option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basic-

Page 16: Perkahwinan Campur

demographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010-

updated-2972011&catid=130%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-

characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-

2010&Itemid=154&lang=bm

7. Gill, S.,S., 2001, Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah, Sari 19, 189-203

8. Dr Haji Ishak bin Saat, 2009, Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China, Universiti

Sains Malaysia.

9. Osman, S. 1981, Perkahwinan Antara Etnik: Satu Kajian di Bandar Melaka, Akademika

10. Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.Dewan Bahasa dan

Pustaka.