Upload
hahuong
View
270
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA
KDNK Mengikut Komponen Perbelanjaan (pada harga malar tahun 2005)
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Permintaan Dalam Negeri Agregat (tidak termasuk stok) Penggunaan Sektor swasta Sektor awam
Pembentukan Modal Tetap Kasar Sektor swasta Sektor awam
Eksport BersihEksport Barangan dan Perkhidmatan
Import Barangan dan Perkhidmatan
5.46.56.66.0
2.77.6
-5.4
8.74.64.0
6.87.16.88.4
6.015.0-6.9
-13.33.26.5
9.77.47.47.3
16.119.810.3
-20.92.86.8
13.88.98.89.4
26.124.628.9
-36.22.18.1
11.88.18.18.4
21.322.419.5
-28.42.57.5
KDNK 4.3 4.7 4.9 5.4 5.1
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.4% pada suku kedua 2012 (S1 12: 4.9%). Pertumbuhan didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh dalam keadaan permintaan luar negeri yang lebih sederhana. Perbelanjaan sektor swasta dan awam, khususnya dalam pelaburan modal, mencatat pertumbuhan yang teguh pada suku kedua. Namun demikian, eksport barangan dan perkhidmatan menjadi lebih sederhana disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebih lembab dari ekonomi maju. Sementara import mencatat pertumbuhan lebih tinggi ekoran peningkatan yang berterusan dalam import barangan modal dan import penggunaan sejajar dengan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, eksport bersih menguncup pada suku kedua. Dari segi penawaran, hampir kesemua sektor ekonomi terus mencatat peningkatan. Walau bagaimanapun, sektor pertanian menguncup pada suku tersebut disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah. Permintaan dalam negeri teguh Permintaan dalam negeri mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 13.8% pada suku kedua 2012 (S1 12: 9.7%), disebabkan oleh prestasi kukuh aktiviti pelaburan dan penggunaan sektor swasta dan awam.
Pembentukan modal tetap kasar mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 26.1% pada suku kedua (S1 12: 16.1%), disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan awam. Pelaburan swasta menjadi lebih kukuh kepada 24.6% (S1 12: 19.8%) disebabkan oleh pengembangan subsektor perkhidmatan berorientasikan dalam negeri seperti harta tanah, telekomunikasi dan utiliti, selain projek huluan minyak dan gas yang sedang berjalan serta pelaburan dalam kelompok perkilangan berorientasikan
dalam negeri. Pelaburan awam meningkat dengan teguh sebanyak 28.9% (S1 12: 10.3%), didorong oleh perbelanjaan modal yang berterusan tinggi oleh perusahaan awam bukan kewangan (PABK) dalam sektor pengangkutan, minyak dan gas serta utiliti selain perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan yang terus meningkat. Sebahagian besar daripada perbelanjaan pembangunan disalurkan ke dalam sektor pengangkutan, perdagangan dan perindustrian, serta kemudahan awam dan pendidikan. Peningkatan yang kukuh dalam jumlah pelaburan turut dicerminkan oleh penunjuk pelaburan utama seperti jualan kenderaan perdagangan dan import barangan modal. Selain itu, sentimen perniagaan kekal positif pada suku kedua, seperti yang dicerminkan oleh Indeks Keadaan Perniagaan MIER yang melebihi paras penanda aras 100 mata (111.5 mata; S1 12: 116.5 mata).
Penggunaan swasta mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.8% pada suku kedua (S1 12: 7.4%). Perbelanjaan isi rumah telah disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang kukuh, kenaikan pendapatan yang teguh dan sentimen pengguna yang bertambah baik. Penggunaan juga telah mendapat manfaat daripada inisiatif Kerajaan baru-baru ini seperti kenaikan gaji kakitangan awam,
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
8
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPerkhidmatan
7.7-9.32.61.87.1
3.8-6.64.13.47.1
2.10.34.4
15.55.3
-4.72.35.6
22.26.3
-1.51.35.0
18.95.8
KDNK Benar (Perubahan Tahunan) 4.3 4.7 4.9 5.4 5.1
KDNK Benar (Perubahan Berbanding dengan Tempoh Sebelumnya) 2.5 -0.4 -3.0 3.0 -0.7
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
KDNK Mengikut Aktiviti Ekonomi (pada harga malar tahun 2005)
bantuan sekali sahaja kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan kenaikan pencen bagi pesara kerajaan. Di samping itu, pembayaran pertama (daripada tiga pembayaran) sebanyak RM5,000 kepada peneroka FELDA pada bulan Jun terus merangsang peningkatan perbelanjaan pengguna di kawasan luar bandar. Indeks Sentimen Pengguna MIER naik sedikit kepada 114.9 mata (S1 12: 114.3 mata), mencerminkan keyakinan pengguna yang bertambah baik pada suku tersebut. Penggunaan awam meningkat sebanyak 9.4% (S1 12: 7.3%) disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi untuk emolumen dan bekalan serta perkhidmatan.
Consumer confidence improved while businesssentiments remained optimistic
Business Conditions IndexConsumer Sentiments Index
Source: MIER
0
20
40
60
80
100
120
140
1Q 2009
2Q 3Q 4Q 1Q 2010
2Q 3Q 4Q 1Q 2011
2Q 3Q 4Q 1Q 2012
2Q
Points
Keyakinan pengguna meningkat dan sentimen perniagaan terus optimistik
Indeks Keadaan PerniagaanIndeks Sentimen Pengguna
Sumber: MIER
0
20
40
60
80
100
120
140
S1 2009
S2 S3 S4 S1 2010
S2 S3 S4 S1 2011
S2 S3 S4 S1 2012
S2
Mata
Kebanyakan sektor ekonomi terus berkembang Dari segi penawaran, hampir kesemua sektor ekonomi terus berkembang pada suku kedua, dipacu prestasi kukuh sektor perkhidmatan, perkilangan dan pembinaan. Prestasi sektor perkhidmatan adalah lebih baik mencerminkan sokongan kukuh daripada permintaan dalam negeri, manakala sektor perkilangan mendapat manfaat daripada daya tahan industri berorientasikan dalam negeri dan pertumbuhan kelompok berkaitan sumber serta elektronik dan keluaran elektrik (E & E) yang lebih baik. Sektor pembinaan meningkat dengan kukuh pada suku kedua, disokong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan
awam. Dalam sektor perlombongan, kadar pertumbuhan adalah lebih pantas, mencerminkan pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi, manakala sektor pertanian menguncup disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah.
Sektor perkhidmatan terus berkembang pada 6.3% pada suku kedua (S1 12: 5.3%), disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh. Subsektor perdagangan borong dan runcit terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, iaitu 5.9% (S1 12: 6.4%) akibat terjejas oleh aktiviti perdagangan borong komoditi yang lebih perlahan. Namun, pertumbuhan segmen runcit terus teguh hasil sokongan perbelanjaan isi rumah yang berterusan. Permintaan dalam negeri yang kukuh telah menyokong pertumbuhan yang teguh dalam subsektor komunikasi (9.5%; S1 12: 9.4%), yang telah mendapat sokongan daripada penggunaan khidmat komunikasi data yang tinggi. Dalam subsektor kewangan dan insurans, pertumbuhan meningkat kepada 6.6% (S1 12: 2%), disokong oleh pendapatan fi dan premium insurans yang lebih tinggi. Pertumbuhan subsektor harta tanah dan perkhidmatan perniagaan adalah lebih tinggi (7.6%; S1 12: 6.9%), memandangkan pelaburan yang teguh terus menyokong pertumbuhan segmen perkhidmatan perniagaan seperti kejuruteraan dan perkhidmatan profesional lain. Pertumbuhan subsektor pengangkutan dan penyimpanan kekal pada 5.9% (S1 12: 5.8%)
9
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
Bahagian2011(%)
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Perkhidmatan Pengantara 40.6 6.1 6.2 5.1 7.2 6.2
Kewangan & insuransHarta tanah & perkhidmatan perniagaanPengangkutan & penyimpananKomunikasi
17.010.06.86.8
5.77.15.16.5
6.76.44.66.3
2.06.95.99.4
6.67.65.89.5
4.37.35.99.4
Perkhidmatan Akhir 59.4 7.9 7.7 5.4 5.6 5.5
Perdagangan borong & runcitPenginapan & restoranUtilitiPerkhidmatan KerajaanPerkhidmatan lain
26.64.54.7
14.39.4
6.46.42.5
13.67.4
6.55.62.1
14.06.1
6.46.15.04.24.3
5.96.84.46.04.2
6.16.54.75.14.2
Jumlah Perkhidmatan 100.0 7.1 7.1 5.3 6.3 5.8
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perkhidmatan (nilai ditambah pada harga malar tahun 2005)
2011 2012
S1 S2 S3 S3 S1 S2
Indeks
Indeks Sentimen Pengguna MIERIndeks Perdagangan Runcit MIERIndeks Pasaran Pelancongan MIER
108.299.1
113.1
107.9120.8125.4
108.7150.0115.2
106.392.6
126.0
114.385.3
125.2
114.9119.4117.3
Perubahan tahunan (%)
Ketibaan pelancongJumlah penumpang di kesemua lapangan terbang Jumlah kredit penggunaan terkumpulPinjaman terkumpul kepada perdagangan borong & runcit, hotel & restoran Import barangan penggunaanJumlah jualan kenderaan bermotorKargo kontena yang dikendali (Pelabuhan Klang dan PTP)
-3.711.89.57.25.87.5
14.4
-4.813.48.76.8
17.5-9.79.6
4.710.88.59.6
26.50.69.8
5.47.09.5
11.525.4-1.511.5
0.46.47.8
11.120.3
-12.67.4
2.41
1.97.5
11.111.117.22.11
1 April-Mei 2012
Sumber: Pelbagai sumber
Penunjuk Suku Tahunan Terpilih Sektor Perkhidmatan
ekoran pertumbuhan yang berterusan dalam segmen pengangkutan darat sejajar dengan aktiviti pengeluaran dalam negeri yang kukuh. Nilai tambah sektor perkilangan meningkat kepada 5.6% pada suku kedua (S1 12: 4.4%), disokong pertumbuhan yang lebih tinggi dalam industri berorientasikan eksport dan pengembangan berterusan dalam industri berorientasikan dalam negeri. Prestasi industri berorientasikan eksport yang bertambah baik didorong terutamanya oleh pengeluaran kelompok berkaitan sumber yang lebih tinggi memandangkan
permintaan serantau yang teguh telah menyokong prestasi segmen utama seperti kimia dan keluaran kimia, petroleum bertapis dan kayu. Kelompok E & E juga terus berkembang pada suku kedua, susulan pemulihan dalam rantaian bekalan E & E global. Ini turut disokong oleh peningkatan permintaan yang berterusan terhadap peranti mudah alih, khususnya telefon pintar dan komputer tablet. Di dalam negeri, prestasi industri berorientasikan dalam negeri disokong terutamanya oleh daya tahan kelompok berkaitan pengguna dengan segmen kelengkapan pengangkutan serta
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
10
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan Tahunan (%)
Nilai Ditambah (RM juta pada harga tahun 2005) 2.6 4.1 4.4 5.6 5.0
Pengeluaran Perkilangan Keseluruhan1 2.1 4.0 4.6 5.7 5.2
Industri berorientasikan eksportKelompok elektronik dan keluaran
elektrikAntaranya:
ElektronikKeluaran elektrik
Kelompok keluaran berkaitan sumber
Antaranya:Kimia dan keluaran kimiaKeluaran petroleumKeluaran getahPemprosesan di luar estet
Industri berorientasikan pasaran dalam negeriKelompok berkaitan pembinaanAntaranya:
Keluaran berkaitan pembinaan Keluaran logam yang direka
Kelompok keluaran berkaitan penggunaAntaranya:
Kelengkapan pengangkutanMakanan, minuman & keluarantembakau
1.7
-5.5
-13.46.8
6.0
6.21.4
18.317.6
3.617.4
15.420.1
-6.6
-15.8
2.1
3.3
-5.4
-15.812.0
8.6
5.813.215.45.3
6.019.6
15.425.5
-3.7
-10.4
4.3
3.0
0.0
-3.64.6
4.5
9.13.83.42.2
10.08.3
0.917.4
11.4
9.9
11.5
5.1
2.8
3.32.2
6.4
10.411.64.5
-15.5
7.54.4
2.07.4
10.4
12.1
10.0
4.1
1.5
-0.13.4
5.4
9.77.54.0
-7.8
8.76.3
1.512.2
10.9
11.0
10.7
1Indeks Pengeluaran Perindustrian (2005=100)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perkilangan
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Kelulusan perumahanPermit jualan dan pengiklanan
perumahan baharuPengeluaran1 bahan berkaitan
pembinaan Besi asas dan keluliProduk tanah liat dan seramik
berstruktur bukan refraktori Konkrit siap dibancuh
Pinjaman untuk aktiviti pembinaan KelulusanPengeluaran
14.1
11.6
17.40.2
-11.141.0
31.9-3.6
22.1
17.7
19.66.1
-8.936.7
30.83.7
75.6
12.5
8.3-10.9
3.318.2
38.216.0
126.9
13.9
4.41.0
9.123.7
-9.017.9
101.7
13.2
6.3-4.9
6.121.1
12.316.9
1 Indeks Pengeluaran Perindustrian (2005=100)
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Penunjuk bagi Sektor PembinaanKadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan*
KeseluruhanIndeks Pengeluaran Perindustrian (skala kanan)Industri berorientasikan pasaran dalam negeri
Industri berorientasikan eksport
* Mulai tahun 2012, penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan telah diasaskan semula daripada nilai tambah tahun 2006 kepada nilai tambah tahun 2009
Sumber: Bank Negara Malaysia & Jabatan Perangkaan Malaysia
Capacity utilisation rate in the manufacturing sector*
OverallIPI (RHS)Domestic-oriented industries
Export-oriented industries
* Beginning 2012, the capacity utilisation rate in the manufacturing sector has been rebased from value-add in year 2006 to value-add in year 2009
Source: Bank Negara Malaysia & Department of Statistics, Malaysia
1Q 2008
2Q 3Q 4Q 1Q 20092Q 3Q 4Q 1Q
20102Q 3Q 4Q 1Q
20112Q 3Q 4Q 1Q
20122Q
% Index
80859095100105110115120125
45505560657075808590
S1 2008
S2 S3 S4 S1 2009S2 S3 S4 S1
2010S2 S3 S4 S1
2011S2 S3 S4 S1
2012S2
% Indeks
80859095100105110115120125
45505560657075808590
makanan, minuman dan tembakau mencatat pertumbuhan mampan seiring dengan pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta. Secara keseluruhan, kadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan meningkat pada suku kedua (81%; S1 12: 79%). Industri berorientasikan eksport beroperasi pada 82% daripada jumlah kapasiti, manakala kapasiti industri berorientasikan dalam negeri adalah pada 78% (S1 12: masing-masing 80% dan 75%). Pertumbuhan sektor pembinaan pada suku kedua adalah kukuh pada 22.2% (S1 12: 15.5%), didorong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan awam. Prestasi subsektor kejuruteraan awam yang lebih baik ini adalah hasil daripada kemajuan pelaksanaan yang sangat menggalakkan bagi projek-projek infrastruktur, utiliti serta minyak dan gas seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Laluan Berkembar Seremban-Gemas, Loji Kuasa Janamanjung, Terminal Minyak dan Gas Sabah dan Terminal Gas Melaka. Subsektor kediaman terus disokong oleh pembinaan harta kediaman berkos tinggi, manakala aktiviti dalam segmen bukan kediaman disokong oleh pembinaan bangunan perindustrian di Kawasan Perindustrian Samalaju di Sarawak.
11
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
Prestasi Sektor Pertanian2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Nilai Ditambah (pada harga malar tahun 2005) Tanaman IndustriAntaranya:
Kelapa SawitGetah
Tanaman MakananAntaranya:
PerikananTernakan
7.710.7
19.416.3
3.7
-3.99.4
3.81.9
6.58.8
6.3
1.59.6
2.11.4
3.5-9.4
2.8
-4.511.0
-4.7-12.3
-17.5-2.1
5.8
-0.27.7
-1.5-6.0
-8.6-6.1
4.3
-2.39.2
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Nilai Ditambah (pada harga malar tahun 2005)
Pengeluaran Antaranya: Minyak mentah dan kondensat Gas asli
-9.3
-18.32.1
-6.6
-13.20.7
0.3
0.1-0.2
2.3
5.7-4.4
1.3
2.7-2.2
Sumber: PETRONASJabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perlombongan
Nilai tambah sektor pertanian menguncup sebanyak 4.7% (S1 12: 2.1%), disebabkan terutamanya oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah. Sektor perlombongan berkembang sebanyak 2.3% (S1 12: 0.3%), mencerminkan peningkatan kukuh dalam pengeluaran minyak mentah, berikutan usaha pemulihan pengeluaran telaga minyak yang sedia ada dan kesan asas tahunan yang rendah berikutan pengeluaran yang lembab pada suku kedua 2011.
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
12
Inflasi terus menjadi sederhana
Kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), menjadi sederhana kepada 1.7% pada suku kedua (S1 12: 2.3%), mencerminkan inflasi yang lebih rendah dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol serta kategori pengangkutan.
Inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol menjadi sederhana kepada 2.7% pada suku kedua (S1 12: 3.5%). Harga dalam subkategori daging dan sayur-sayuran masing-masing menurun sebanyak 1.9% dan 3.9% (S1 12: masing-masing +1.1% dan -3.7%) disebabkan oleh lebihan bekalan bahan makanan ini. Walau bagaimanapun, lebihan bekalan makanan ini berkurang sejak bulan Mei. Harga makanan yang amat tinggi pada suku kedua tahun 2011 juga menyumbang kepada peningkatan inflasi makanan yang lebih sederhana. Inflasi dalam kategori pengangkutan menjadi sederhana kepada 0.5% (S1 12: 1.4%) pada suku kedua apabila impak daripada pelarasan harga petrol RON97 pada bulan April dan Mei 2011 berkurang.
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) meningkat pada kadar tahunan yang lebih perlahan kepada 0.8% pada suku kedua (S1 12:
Sumbangan kepada Inflasi
Sumber: Bank Negara Malaysia
Contribution to Consumer Price Inflation
2Q ‘12 1Q ‘12
Source: Bank Negara Malaysia
-0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0
All Items
Food and non-alcoholic beverages
Housing, water, electricity, gas and other fuels
Miscellaneous goods and services
Restaurants and hotels
Furnishings, equipment and household maintenance routine
Transport
Recreation services and culture
Health
Education
Alcoholic beverages and tobacco
Clothing and footwear
Communication
percentage points
S2 ‘12 S1 ‘12
-0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0
IHP keseluruhan
Makanan dan minuman bukan alkohol
Perumahan, air, elektrik, gas danbahan api lain
Pelbagai barangan dan perkhidmatan
Restoran dan hotel
Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraanisi rumah
Pengangkutan
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan
Kesihatan
Pendidikan
Minuman alkohol dan tembakau
Pakaian dan kasut
Komunikasi
mata peratusan
3.8%). Dari segi komposisi, harga komponen berkaitan komoditi serta komponen tidak berkaitan komoditi masing-masing meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.7% dan 0.2% (S1 12: masing masing 9.2% dan 0.8%). Di samping itu, harga kedua-dua komponen IHPR tempatan dan yang diimport meningkat pada kadar yang sama sebanyak 0.8%, lebih rendah berbanding dengan suku pertama 2012 (masing-masing sebanyak 4.8% dan 1.4%).
Keadaan pasaran pekerja terus menggalakkan pada suku kedua
Keadaan pasaran pekerja secara keseluruhan kekal positif pada suku kedua, dengan kadar pengangguran tidak berubah pada 3.0% bagi dua bulan pertama suku pertama (S1 12: 3.0%). Jumlah guna tenaga pada bulan April dan Mei adalah pada purata 12.5 juta, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan bersih sebanyak 105,600 orang berbanding dengan suku pertama. Pemberhentian pekerja menurun lebih daripada separuh kepada 1,516 orang daripada 3,388 orang pada suku sebelumnya.
Permintaan terhadap pekerja kekal kukuh pada suku kedua, dengan bilangan kekosongan jawatan yang lebih tinggi seperti yang diiklankan melalui JobsMalaysia Portal (419,636 jawatan; S1 12: 316,016 jawatan), mencerminkan
Keadaan Pasaran Pekerja
Kekosongan Jawatan (skala kiri) Pemberhentian Pekerja (skala kanan)
Kekosongan Jawatan ('000 jawatan) Pemberhentian Pekerja (bil. org)
Nota: Mulai tahun 2012, data kekosongan jawatan mencerminkan kajian semula teknikalSumber: Kementerian Sumber Manusia
Labour Market Conditions
Vacancies (LHS) Retrenchments (RHS)
Vacancies ('000 positions) Retrenchments (persons)
Note: Beginning 2012, vacancies data reflected a technical reviewSource: Ministry of Human Resources
0
1,000
2,000
3,000
4,000
0100200300400500600700
Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q22010 2011 2012
0
1,000
2,000
3,000
4,000
0100200300400500600700
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S22010 2011 2012
13
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
RM bilion
Akaun Semasa(% daripada PNK)
BaranganPerkhidmatanPendapatanPindahan semasa
Akaun Kewangan Pelaburan langsung
di luar negeriPelaburan langsung
asingPelaburan portfolioDerivatif kewanganPelaburan lain- Sektor awam- Sektor swasta
Kesilapan dan ketinggalan
23.010.936.0-1.0-6.7-5.3
51.5
-7.8
9.848.00.41.2
-0.21.3
-12.7
47.311.473.5-3.2
-12.7-10.4
45.0
-19.0
21.056.50.6
-14.1-0.7
-13.4
-14.6
18.18.4
35.8-3.8-8.6-5.3
-10.3
-16.9
7.525.30.0
-26.1-0.5
-25.6
-14.9
9.64.4
29.4-3.6
-11.7-4.6
5.4
-2.5
6.1-5.01.05.9
-0.36.1
-2.2
27.76.3
65.3-7.4
-20.3-9.9
-4.8
-19.5
13.620.31.0
-20.2-0.7
-19.5
-17.1
Imbangan Keseluruhan 61.7 77.6 -7.2 12.7 5.5
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Imbangan Pembayaran
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Eksport Kasar Perkilangan
E&EBukan E&E
KomoditiPertanianMineral
Import KasarBarangan modalBarangan pengantaraBarangan penggunaan
Imbangan perdagangan (RM bilion)
8.81.6
-5.09.4
28.943.319.3
7.410.23.8
17.5
27.4
6.80.5
-6.28.5
24.134.717.0
9.813.27.9
11.8
59.1
4.40.9
-1.73.4
11.7-8.026.0
6.921.0-1.320.3
29.8
3.92.9
-1.27.25.6
-12.320.0
8.927.30.1
11.1
21.3
4.21.9
-1.45.48.6
-10.223.0
8.024.3-0.615.3
51.1
Sumber: MATRADE dan Jabatan Perangkaan Malaysia
Akaun Perdagangan peluang pekerjaan yang lebih tinggi merentas semua sektor utama. Walau bagaimanapun, upah benar dalam sektor perkilangan mencatat kenaikan yang lebih rendah sebanyak 5.2% berbanding dengan suku sebelumnya (S1 12: 6.5%).
Sektor luar negeri kekal kukuh
Imbangan pembayaran keseluruhan mencatat semula lebihan sebanyak RM12.7 bilion pada S2 12 (S1 12: -RM7.2 bilion), berikutan aliran masuk bersih dalam akaun kewangan dalam keadaan lebihan akaun semasa yang lebih rendah.
Lebihan akaun semasa mengecil kepada RM9.6 billion pada S2 12, bersamaan dengan 4.4% daripada PNK. Lebihan yang lebih kecil ini disebabkan oleh lebihan barangan yang lebih rendah sebanyak RM29.4 bilion (S1 12: RM35.8 bilion) dan defisit yang lebih besar dalam akaun pendapatan. Eksport kasar menjadi sederhana kepada 3.9% (S1 12: 4.4%), disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan eksport komoditi yang lebih rendah. Sementara itu, import kasar berkembang sebanyak 8.9% (S1 12: 6.9%) disebabkan oleh pertumbuhan import modal yang kukuh dan import barangan pengantara yang meningkat semula.
Pada suku kedua, eksport kasar menjadi sederhana disebabkan oleh pertumbuhan eksport komoditi yang lebih rendah, yang telah mengimbangi peningkatan dalam eksport perkilangan. Eksport komoditi meningkat pada kadar yang lebih sederhana disebabkan terutamanya oleh harga dan permintaan yang lebih rendah terhadap komoditi pertanian. Eksport mineral kekal tinggi ekoran permintaan serantau yang kukuh dalam keadaan harga gas asli yang lebih tinggi. Peningkatan eksport perkilangan mencerminkan terutamanya eksport produk bukan E&E yang lebih tinggi, manakala eksport E&E terus lemah. Peningkatan eksport bukan E&E disebabkan terutamanya oleh permintaan serantau yang lebih tinggi terhadap keluaran logam dan jentera, peralatan dan alat ganti. Eksport E&E terus mencatat penguncupan dalam keadaan permintaan yang lembab dari ekonomi maju.
Peningkatan dalam import kasar didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang kukuh dalam import modal dan import barangan pengantara yang pulih. Import barangan modal terus meningkat berikutan peningkatan import kapal terbang dan jentera, selaras dengan keadaan permintaan dalam negeri yang teguh. Import barangan pengantara meningkat semula untuk mencatat pertumbuhan yang kecil sebanyak 0.1% (S1 12: -1.3%), sejajar dengan peningkatan eksport perkilangan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan import barangan penggunaan menjadi sederhana tetapi kekal
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
14
Malaysia: Destinasi Eksport
2011 2012 2011 2012
S1 S4 S1 S2 ST1 S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%) Bahagian daripada jumlah eksport (%)
Amerika SyarikatKesatuan Eropah (EU)Negara ASEAN terpilih1
Timur Laut AsiaRepublik Rakyat ChinaHong Kong SARChina TaipeiKorea
Asia BaratIndiaJumlah eksport
-7.13.46.39.09.7
-4.614.722.113.145.68.8
-7.54.43.15.76.7
-2.415.85.3
15.234.46.8
5.5-10.4
9.3-2.0-3.2-8.1-2.09.4
-4.8-5.14.4
4.4-8.710.62.2
10.2-3.1-2.6
-13.0-0.97.23.9
4.9-9.610.00.13.5
-5.5-2.3-2.2-2.81.34.2
8.510.224.624.512.54.73.34.03.74.1
100.0
8.410.424.624.512.74.63.23.93.74.0
100.0
8.39.1
25.822.911.94.03.04.03.43.6
100.0
8.69.0
26.224.113.24.43.13.43.64.2
100.0
8.59.1
26.023.512.64.23.03.73.53.9
100.0
1Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Vietnam
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
kukuh disebabkan terutamanya oleh import yang lebih rendah terhadap makanan yang diproses dan minuman.
Akaun perkhidmatan mencatat defisit yang lebih rendah sebanyak RM3.6 bilion. Pendapatan yang lebih tinggi daripada penyediaan perkhidmatan lain, terutama perkhidmatan komputer dan maklumat serta perkhidmatan profesional dan teknikal, lebih daripada mengimbangi pembayaran yang lebih besar untuk perkhidmatan import. Defisit dalam akaun pendapatan menjadi lebih besar kepada RM11.7 bilion disebabkan terutamanya oleh pendapatan pelaburan terakru yang lebih tinggi kepada syarikat milik bukan pemastautin yang melabur di Malaysia dan pendapatan pelaburan terakru yang lebih rendah kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri. Pada suku itu, keuntungan yang lebih tinggi dilaporkan dan dividen telah dibayar terutamanya oleh syarikat milik bukan pemastautin yang melabur dalam sektor kewangan, minyak dan gas dan perkilangan.
Akaun kewangan mencatat pemulihan dengan aliran masuk bersih sebanyak RM5.4 bilion pada S2 12 ( S1 12: -RM10.3 bilion) disebabkan oleh aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI) dan pelaburan lain, yang mengimbangi aliran keluar dana portfolio bukan pemastautin.
Pelaburan portfolio berubah arah daripada aliran masuk bersih untuk mencatat aliran
keluar bersih yang kecil sebanyak RM5 bilion pada suku kedua (S1 12: +RM25.3 bilion). Aliran keluar ini mencerminkan pelaburan portfolio luar negeri yang berterusan oleh pemastautin dan penjualan sekuriti hutang oleh bukan pemastautin, disebabkan terutamanya oleh penghindaran risiko yang meningkat dalam pasaran kewangan dalam keadaan krisis hutang yang bertambah buruk di Eropah. Aliran keluar ini mengimbangi pembelian bersih sekuriti ekuiti oleh bukan pemastautin. Perkembangan ini juga dilalui oleh beberapa negara lain di rantau ini.
Aliran masuk FDI kekal pada RM6.1 bilion (S1 12: +RM7.5 bilion), disokong oleh aliran masuk modal ekuiti yang berterusan dan pemberian pinjaman yang lebih tinggi antara syarikat kepada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia. Aliran masuk FDI terus menyeluruh pada suku kedua, yang sebahagian besarnya dilaksanakan oleh syarikat dalam sektor minyak dan gas dan sektor perkhidmatan, yang dipacu oleh aktiviti dalam subsektor kewangan dan insurans serta profesional dan teknikal. Sektor perkilangan juga menerima pelaburan dalam jumlah yang besar pada suku kedua, terutama subsektor E&E dan petrokimia.
Pelaburan langsung di luar negeri (direct investment abroad, DIA) oleh syarikat Malaysia menjadi sederhana kepada RM2.5 bilion pada suku kedua (S1 12: -RM16.9 bilion). Aliran keluar DIA bersih yang lebih kecil ini mencerminkan aliran keluar modal ekuiti dan pinjaman antara syarikat serta penghantaran
15
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
Hutang Luar Negeri Terkumpul2011 2012
akhir Jun akhir Mac akhir Juna
RM bilion
Hutang jangka sederhana dan panjangSektor awamSektor swasta
Hutang jangka pendek1 Jumlah hutang luar negeri
bersamaan USD bilion
149.280.069.292.3
241.579.1
148.384.264.1
101.2249.580.5
159.387.372.0
110.2269.583.5
Hutang luar negeri/PNK (%)Rizab antarabangsa/Hutang luar negeri jangka pendek (kali)
28.1
4.4
27.8
4.1
30.0
3.92
1 Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin
2 Berdasarkan rizab antarabangsa pada 31 Julai 2012a Awalan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
balik pendapatan bersih oleh syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negeri yang lebih rendah. DIA disalurkan terutamanya ke dalam sektor minyak dan gas dan perkhidmatan, khususnya subsektor kewangan dan insurans, serta harta tanah. Pelaburan yang agak besar di luar negeri oleh syarikat Malaysia juga terdapat dalam sektor pembinaan.
Pelaburan lain berubah arah untuk mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM5.9 bilion (S1 12: -RM26.1 bilion) pada suku kedua. Ini sebahagian besarnya mencerminkan aliran masuk deposit bukan pemastautin yang agak besar dan pelupusan aset di luar negeri oleh sektor perbankan. Aliran masuk ini sebahagiannya diimbangi oleh pemberian kredit perdagangan bersih yang lebih tinggi. Sektor awam mencatat aliran keluar bersih yang kecil disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman luar yang berterusan.
Kesilapan dan ketinggalan berjumlah -RM2.2 bilion pada suku kedua 2012 dan sebahagiannya mencerminkan peningkatan nilai rizab yang disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing pada suku itu berikutan penambahan nilai mata wang utama berbanding dengan ringgit.
Hutang luar negeri kekal terurus
Jumlah hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM269.5 bilion pada akhir bulan Jun (akhir bulan Mac: RM249.5 bilion). Jumlah ini bersamaan dengan 30% daripada PNK dan masih merupakan bahagian yang kecil kepada jumlah hutang2 (12.8%).
Hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang meningkat kepada RM159.3 bilion (akhir bulan Mac: RM148.3 bilion), mencerminkan ambilan bersih pinjaman luar negeri oleh sektor swasta serta pengukuhan mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada suku kedua. Pengukuhan mata wang utama dan serantau ini juga
menyebabkan hutang luar negeri sektor awam menjadi lebih tinggi meskipun terdapat pembayaran balik bersih pinjaman luar negeri, terutamanya oleh perusahaan awam bukan kewangan (PABK). Pada akhir bulan Jun, hutang luar negeri jangka pendek adalah lebih tinggi pada RM110.2 bilion disebabkan terutamanya oleh pinjaman antara bank yang lebih tinggi.
Rizab antarabangsa lebih tinggi
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM428.8 bilion (bersamaan dengan USD134.2 bilion) pada 29 Jun 2012. Paras rizab ini telah mengambil kira peningkatan nilai rizab kerana pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing
2 Jumlah hutang merangkumi hutang dalam dan luar negeri. Hutang dalam negeri terdiri daripada pinjaman oleh sistem perbankan, sekuriti hutang swasta dan hutang Kerajaan Persekutuan
Rizab Antarabangsa Bersih (pada akhir tempoh)
Rizab Tampungan import tertangguh (skala kanan)
Rizab berbanding dengan hutang luar negeri jangka pendek (skala kanan)
Bulan/KaliUSD bilion
Sumber: Bank Negara Malaysia
Reserves Retained import cover (RHS) Reserves/ST ext debt (RHS)
Net International Reserves (as at end period)
Source: Bank Negara Malaysia
Month/TimesUSD billion
0
2
4
6
8
10
12
60
70
80
90
100
110
120
130
140
150
J2010
F M A M J J A S O N D J2011
F M A M J J A S O N D J2012
F M A M J J
as at 31 July '12: USD134.5 billion
9.5 months
3.9 times
0
2
4
6
8
10
12
60
70
80
90
100
110
120
130
140
150
J2010
F M A M J J O S O N D J2011
F M A M J J O S O N D J2012
F M A M J J
31 Julai '12:USD134.5 billion
9.5 bulan
3.9 kali
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
16
berikutan pengukuhan mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada suku kedua. Pada 31 Julai 2012, rizab berjumlah RM429.6 bilion (bersamaan dengan USD134.5 bilion), yang memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Hasil Kerajaan yang lebih tinggi terus menyokong perbelanjaan
Hasil Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM50.7 bilion pada suku kedua (S1 12: RM47.9 bilion). Ini disebabkan terutamanya oleh pungutan cukai pendapatan yang lebih tinggi. Hasil yang lebih tinggi ini menyokong peningkatan perbelanjaan mengurus yang disalurkan terutamanya kepada emolumen dan bayaran subsidi. Perbelanjaan pembangunan meningkat kepada RM10.3 bilion (S1 12: RM8.5 bilion), disalurkan terutamanya kepada pelbagai sektor ekonomi. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan mencatat defisit fiskal sebanyak 3.4% daripada KDNK pada suku kedua (S1 12: -2.6% daripada KDNK). Defisit ini terus dibiayai melalui pinjaman dalam negeri. Pada akhir bulan Jun, hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan berjumlah sebanyak RM476.7 bilion atau 51.9% daripada anggaran KDNK 2012.
Kewangan Kerajaan Persekutuan
a AwalanSumber: Kementerian Kewangan
Federal Government Finance
p PreliminarySource: Ministry of Finance
-30
-20
-10
0
10
20
30
40
50
60
1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q
RM billion
Overall balance
Development expenditure
RevenueOperating expenditure
2008 2009 2010 2011p 2012p
-30
-20
-10
0
10
20
30
40
50
60
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2
RM bilion
Imbangan keseluruhan
Perbelanjaan pembangunan
HasilPerbelanjaan mengurus
2008 2009 2010 2011a 2012a
2011 2012
S2 ST1 S1 S2 ST1
RM bilion
Hasil % pertumbuhanPerbelanjaan mengurus % pertumbuhanAkaun semasa % daripada KDNKPerbelanjaan pembangunan kasar % pertumbuhanImbangan keseluruhan % daripada KDNK
49.618.340.69.59.14.28.3
-31.30.80.4
89.426.479.214.910.22.4
14.8-24.0-4.4-1.0
47.920.445.618.02.31.08.5
32.3-5.8-2.6
50.72.2
48.218.82.51.1
10.324.0-7.8-3.4
98.610.393.818.44.81.1
18.827.6
-13.6-3.0
Memo:Jumlah perbelanjaan kasar % pertumbuhanJumlah hutang Kerajaan Persekutuan (pada akhir tempoh) % daripada KDNKHutang dalam negeri % daripada KDNKHutang luar negeri % daripada KDNK
48.9-0.5
437.249.6
421.047.816.21.8
94.06.4
437.249.6
421.047.816.21.8
54.120.0
470.851.3
453.949.416.91.8
58.619.7
476.751.9
458.850.017.91.9
112.719.9
476.751.9
458.850.017.91.9
a Awalan
Sumber: Kementerian Kewangan
Kewangan Kerajaan Persekutuana
17
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
Keluaran Potensi dan Jurang Keluaran di Malaysia
1. PENGENALAN “Matlamat utama Bank (Bank Pusat) adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan”.
Akta Bank Negara Malaysia 2009
Ekonomi pada amnya dikatakan beroperasi pada kadar pertumbuhan yang mampan apabila berkembang pada kapasiti penuh dalam keadaan harga kekal rendah dan stabil. Tahap keluaran ini dikenali sebagai keluaran potensi dan merupakan salah satu faktor penting yang diambil kira oleh bank-bank pusat untuk merumuskan dasar monetari bagi mencapai mandat mereka. Terdapat sekurang-kurangnya dua faktor keluaran potensi yang perlu diberikan perhatian. Pertama, dalam jangka pendek, jurang keluaran iaitu perbezaan antara keluaran sebenar dengan keluaran potensi - mencerminkan kedudukan ekonomi dalam kitaran perniagaan, dan pada masa yang sama, kemungkinan wujudnya tekanan inflasi yang berpunca daripada tahap penggunaan faktor pengeluaran dan kemungkinan adanya kekangan kapasiti. Oleh sebab dasar monetari beroperasi dengan sela masa (with lags), adalah perlu untuk menganggar keluaran potensi masa akan datang untuk menilai sama ada pendirian dasar monetari semasa adalah sejajar dengan trajektori inflasi yang diingini. Kedua, keluaran potensi mencerminkan tahap maksimum keluaran yang boleh dijana secara berterusan oleh sesebuah ekonomi bagi tempoh yang lebih panjang. Pertumbuhan yang lebih pantas dalam keluaran potensi juga akan membolehkan pertumbuhan keluaran sebenar menjadi lebih pantas tanpa mengakibatkan tekanan harga yang keterlaluan. Oleh itu, pengetahuan tentang penentu keluaran potensi dapat membantu merumuskan dasar struktur yang menumpukan pada usaha meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan meningkatkan potensi pertumbuhannya. Sebagai contoh, beberapa inisiatif kerajaan dalam Model Ekonomi Baharu (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, ETP) berusaha untuk mencapai matlamat ini dengan merangsang pelaburan swasta dalam modal berintensif teknologi dan meningkatkan bekalan tenaga mahir bagi tenaga kerja.
Meskipun keluaran potensi merupakan konsep yang agak intuitif serta berguna, ia tidak tercerap (unobservable) dan dengan itu perlu dianggar. Ia tidak mudah untuk dimasukkan ke dalam fungsi dasar dengan pasti kerana telah diketahui umum bahawa anggarannya adalah berbeza dengan pendekatan anggaran yang berlainan. Dalam mengimbangi antara ketidaktentuan sekitar anggaran keluaran potensi dengan kebergunaannya yang tersirat, pembuat dasar pada amnya mengambil kira keluaran potensi hanya sebagai salah satu daripada pelbagai penunjuk untuk menilai keadaan ekonomi. Rencana ini menggariskan salah satu kaedah yang digunakan Bank Negara Malaysia untuk menganggar keluaran potensi ekonomi Malaysia. Pendekatan fungsi pengeluaran digunakan untuk menganggar keluaran potensi dan penentunya. Dengan berbuat demikian, hubungan antara inflasi, keadaan pasaran pekerja dan jurang keluaran juga dapat diwujudkan.
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
18
Bahagian-bahagian lain rencana ini disusun seperti berikut. Bahagian II memperincikan kaedah untuk menganggar keluaran potensi. Bahagian III menunjukkan keputusannya. Bahagian akhir mengandungi rumusan kepada rencana ini. 2. KAEDAH
Keluaran potensi dan jurang keluaran memberikan maklumat penting mengenai keadaan ekonomi. Apabila keluaran melebihi paras potensi (dikenali sebagai jurang keluaran positif), ekonomi sedang melalui tempoh penggunaan sumbernya yang tinggi. Dalam tempoh ini, pasaran pekerja cenderung menjadi lebih ketat dan tekanan upah meningkat, yang boleh mengakibatkan kenaikan inflasi. Sebaliknya, ekonomi beroperasi dengan kapasiti lebihan apabila keluaran sebenar berada di bawah paras potensinya (jurang keluaran negatif). Keadaan ini seterusnya dikaitkan dengan pengangguran yang lebih tinggi, serta tekanan upah dan inflasi yang lebih rendah. Oleh itu, anggaran keluaran potensi yang wajar boleh membantu Bank Pusat melaksanakan dasar monetari bagi melaraskan turun naik kitaran perniagaan dan mengurus tekanan inflasi. Secara umum, terdapat dua pendekatan konseptual untuk menganggar keluaran potensi, dengan setiap pendekatan mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Yang pertama didasarkan kepada pendekatan statistik pengubah searah (univariate), yang melibatkan pertimbangan terhadap komponen keluaran yang kekal dan sementara. Komponen keluaran kekal dianggap sebagai ukuran keluaran potensi, manakala komponen keluaran sementara mencerminkan kitaran turun naik dan perubahan dalam keluaran. Antara contoh kaedah statistik sebegini ialah penuras Hodrick-Prescott (HP), penuras Baxter-King dan penuras pengubah searah Kalman. Kaedah-kaedah ini menarik kerana memerlukan data yang sedikit dan mudah digunakan. Walau bagaimanapun, satu kelemahan kaedah-kaedah tersebut ialah ia merupakan teknik yang tidak didorong data berbentuk teori dan dengan itu tidak memberikan panduan kepada pembuat dasar mengenai penentu keluaran potensi dan kaitannya dengan inflasi. Pendekatan kedua bergantung pada spesifikasi pengubah berbilang (multivariate) yang dicadangkan oleh teori ekonomi seperti keluk Phillips, Hukum Okun dan unsur-unsur lain ekonomi yang lebih kompleks. Model-model ini dianggarkan atau diubahsuaikan dengan menggunakan pelbagai teknik, termasuk pendekatan fungsi pengeluaran (Hong Kong Monetary Authority, 2001 & 2011 dan Congressional Budget Office, 2001), model Struktur Autoregressi Vektor (Structural Vector Autoregression, SVAR) (Arora dan Bhundia, 2003), penuras pengubah berbilang Kalman (Benes, Clinton, Garcia-Saltos, Johnson, Laxton, Manchev dan Matheson, 2010) dan lebih terkini, model stokastik keseimbangan am dinamik (dynamic stochastic general equilibrium, DSGE) (Edge, Kiley dan Laforte, 2007 dan Coenen, Smets dan Vetlov, 2009). Apa yang menarik mengenai pendekatan ini ialah kandungan ekonominya. Walau bagaimanapun, kesukaran untuk menganggar sebahagian daripada model ini sering menyebabkan anggaran keluaran potensi sangat sensitif kepada andaian asas yang digunakan oleh para penyelidik1.
1 Perbincangan mengenai pelbagai kaedah dan kelebihan/kekurangannya adalah di luar skop rencana ini. Rujuk Cotis, Elmeskov dan Mourougane (2003) untuk perbincangan terperinci mengenai isu-isu dan kaedah yang relevan, dan Mishkin (2007) untuk perbincangan isu-isu bukan teknikal dalam menganggar keluaran potensi.
19
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
2.1 Pendekatan Fungsi Pengeluaran
Salah satu kaedah yang digunakan Bank Negara Malaysia untuk menganggar keluaran potensi dan jurang keluaran ialah pendekatan fungsi pengeluaran, atau perakaunan pertumbuhan. Kelebihan terbesar kaedah ini ialah ia mengaitkan potensi keluaran kepada input faktor ekonomi - modal, pekerja dan tahap kemajuan teknologi. Oleh itu, perubahan struktur yang mempengaruhi mana-mana tiga penentu ini dimasukkan dalam pengiraan keluaran potensi. Kemantapan kaedah ini terhadap perubahan struktur berbanding dengan kaedah lain dan keupayaan untuk memberikan penjelasan kepada penentu keluaran potensi telah menyebabkan penggunaannya yang meluas oleh bank-bank pusat lain, agensi kerajaan dan ahli akademik. Sejajar dengan kerangka teori, fungsi pengeluaran diandaikan mengambil bentuk fungsi Cobb-Douglas seperti berikut:
(1)
Yt ialah keluaran terlaras secara bermusim, At ialah Produktiviti Faktor Keseluruhan (Total Factor Productivity, TFP), Lt ialah guna tenaga dan Kt ialah stok modal2. Fungsi pengeluaran diandaikan sebagai pulangan tetap mengikut skala, dengan dan (1- ) masing-masing sebagai bahagian pekerja dan modal. Kami menggunakan kaedah akaun pendapatan3 untuk memperoleh bahagian faktor. Ini menghasilkan yang kini ditetapkan pada 0.44, mencerminkan bahagian semasa pendapatan pekerja kepada KDNK. Nilai ini diselaraskan dari semasa ke semasa mengikut perubahan struktur ekonomi Malaysia.
A tidak tercerap dan dikira sebagai “lebihan Solow” dengan menolak sumbangan modal dan pekerja daripada keluaran sebenar dalam transformasi fungsi pengeluaran log-linear berikut:
(2) Keluaran potensi kemudian dikira dengan:
(3) dengan sebagai keluaran potensi, tahap trend TFP dan guna tenaga potensi. Trend asas TFP diperoleh daripada penuras Hodrick-Prescott. Jurang keluaran (Gap) dikira seperti berikut:
(4)
2 Stok modal suku tahunan diperoleh daripada data stok modal tahunan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.3 Akaun Pendapatan merujuk kepada Pengagihan dan Penggunaan Akaun Pendapatan dan Akaun Modal (2006-2008) yang diterbitkan
oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.4 Nilai ini terdiri daripada dua komponen dalam Akaun Pendapatan. Pertama, ia terdiri daripada ganjaran kepada pekerja. Kedua, ia
terdiri daripada pendapatan diperoleh orang yang bekerja sendiri atau orang yang bekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana, yang perbezaan antara pendapatan pekerja dengan keuntungan syarikat adalah tidak jelas. Aspek pendapatan ini diambil kira dengan menambah klasifikasi dalam Akaun Pendapatan yang dikenali sebagai “pendapatan campuran”.
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
20
2.2 Guna Tenaga Potensi dan Kadar Pengangguran Bukan Pemacu Inflasi (Non-Accelerating Inflation Rate of Unemployment, NAIRU)
Guna tenaga potensi, input dalam (3), mewakili tahap guna tenaga yang konsisten dengan kadar inflasi yang rendah dan stabil. Ia dinyatakan sebagai:
(5)
ialah tenaga kerja. NAIRU merujuk kepada tahap kadar pengangguran yang tekanan upah, dan seterusnya, tekanan inflasi tidak didapati dalam mana-mana arah. Tekanan upah cenderung untuk meningkat apabila pengangguran berada di bawah NAIRU (iaitu jurang pengangguran negatif), dan sebaliknya. NAIRU dianggar melalui prosedur dua langkah. Dalam langkah pertama, kadar pengangguran diuraikan kepada trend dan komponen kitaran5 . Komponen kitaran ini kemudiannya digunakan sebagai rujukan untuk menganggar jurang pengangguran dalam langkah berikutnya. Dalam langkah kedua, penuras Kalman digunakan untuk menganggar jurang pengangguran dan seterusnya NAIRU. Jurang pengangguran dimodelkan sebagai komponen tidak tercerap dalam rangka kerja keluk Philips. Pendekatan ini diperoleh daripada Turner et al.(2001), Greenslade et al.(2003) dan Epstein dan Macchiarelli (2010). Penerangan lanjut mengenai langkah-langkah ini adalah seperti yang berikut: Langkah 1: Penguraian pengangguran kepada trend dan komponen kitaranKadar pengangguran, Ut, diandaikan terdiri daripada trend, Tt, dan komponen kitaran, Ct:
(6) Langkah 2: Anggaran penuras Kalman bagi keluk PhilipsJurang pengangguran, Gt, dimodelkan sebagai komponen tidak tercerap dan dianggar daripada hubung kait keluk Philips, iaitu antara inflasi dengan penentunya. Model keluk Philips dinyatakan dalam bentuk fungsi berikut:
(7) πt ialah perubahan peratusan secara tahunan (year-on-year) dalam inflasi teras. Siri ini mengecualikan barangan harga ditadbir dan barangan harga tidak menentu daripada kumpulan penggunaan, dan digunakan untuk mengawal pengaruh penawaran (supply side) dan merupakan satu siri yang mencerminkan keadaan permintaan asas dalam ekonomi. Gt ialah jurang pengangguran, yang tidak tercerap dan diandaikan mengikut proses AR (1). Akhirnya, Zt ialah perubahan secara tahunan dalam inflasi harga import dan dimasukkan untuk mengawal pengaruh penawaran dan pengaruh kadar pertukaran. Untuk meningkatkan kejituan dalam menganggar persamaan (7), pekali dimulakan
5 Penguraian trend kitaran dilakukan dengan menggunakan penuras Hodrick-Prescott.
21
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
dengan nilai-nilai daripada regresi OLS bentuk fungsi yang serupa, tetapi dengan jurang pengangguran (Gt) yang dianggar oleh komponen kitaran daripada Langkah 1. Gt seterusnya dikira sebagai komponen tidak tercerap dan dianggar menggunakan penuras Kalman. Akhirnya, NAIRU dikira sebagai perbezaan antara kadar pengangguran dengan anggaran jurang pengangguran, Gt, dan dilaraskan dengan penuras HP.
3. KEPUTUSAN
3.1 Keluaran Potensi dan Jurang Keluaran
Anggaran keluaran potensi dan jurang keluaran ditunjukkan dalam Rajah 1. Jurang keluaran pada amnya positif atau hampir sifar bagi hampir sepanjang tempoh kajian, iaitu dari tahun 1995 hingga 2011. Terdapat tiga episod yang jurang keluaran negatif yang besar dapat dilihat: Krisis Kewangan Asia (Asian Financial Crisis, AFC), letusan gelembung teknologi di Amerika Syarikat (Tech Bust) dan krisis kewangan dalam ekonomi maju baru-baru ini. Dalam ketiga-tiga kes ini, jurang ini dirapatkan dalam tempoh dua tahun dengan peningkatan dalam permintaan apabila ekonomi pulih (Rajah 2). Tidak menghairankan, jurang keluaran menjadi negatif bagi tempoh yang paling lama (lapan suku tahun) dan mengalami penurunan paling teruk iaitu -8% daripada KDNK pada suku keempat 1998 semasa AFC, memandangkan KDNK sebenar menguncup sebanyak 7.2% pada tahun itu, yakni kemerosotan terburuk sepanjang tempoh kajian ini. Sebaliknya, pengalaman Malaysia semasa Tech Bust dan krisis baru-baru ini tidak begitu teruk dari segi kedalaman dan tempoh masanya kerana keluaran sebenar pulih ke tahap potensinya dalam tempoh enam suku tahun.
Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia
-10
-5
0
5
10
15
20
25
020406080
100120140160180200
1Q1995
1Q1997
1Q1999
1Q2001
1Q2003
1Q2005
1Q2007
1Q2009
1Q2011
RM billion % of potential
Asian Financial
Crisis
Global Financial
CrisisTech Bubble
Burst
Output gap (RHS)
Actual Output (LHS)
Potential Output (LHS)
Figure 1: Actual and Potential GDP in Malaysia
Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia
-10
-5
0
5
10
15
20
25
020406080
100120140160180200
S1
1995
S1
1997
S1
1999
S1
2001
S1
2003
S1
2005
S1
2007
S1
2009
S1
2011
RM bilion % daripada potensi
Krisis Kewangan
Asia
Krisis Kewangan
Global
Letusan Gelembung Teknologi
Jurang Keluaran (skala kanan)
Keluaran Sebenar (skala kiri)
Keluaran Potensi (kiri)
Rajah 1: KDNK Sebenar dan KDNK Potensi di Malaysia
Figure 2: Narrowing of Output Gap during Three Episodes of Economic Slowdown
-8
-6
-4
-2
0
2
4
6
T T+1 T+2 T+3 T+4 T+5 T+6 T+7 T+8 T+9
Asian Financial Crisis (T = 1997 Q4)
Tech Bubble Burst (T = 2000 Q4)
Global Financial Crisis (T = 2008 Q3)
Output Gap (% of Potential)
Source: Authors’ calculationsNote: T denotes the quarter before the output gap turned negative
Rajah 2: Pengecilan Jurang Keluaran semasa Tiga Episod Kelembapan Ekonomi
-8
-6
-4
-2
0
2
4
6
T T+1 T+2 T+3 T+4 T+5 T+6 T+7 T+8 T+9
Krisis Kewangan Asia (T = S4 1997)
Letusan Gelembung Teknologi (T = S4 2000)
Krisis Kewangan Global (T = S3 2008)
Jurang Keluaran (% daripada Potensi)
Sumber: Pengiraan penulis Nota: T menandakan suku sebelum jurang keluaran menjadi negatif
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
22
Rajah 3 menunjukkan pertumbuhan KDNK, keluaran potensi serta sumbangan modal, pekerja dan produktiviti faktor keseluruhan (total factor productivity,TFP). Pertumbuhan keluaran potensi lazimnya menjadi sederhana semasa ekonomi merosot ekoran pelaburan yang rendah dan keadaan guna tenaga yang lemah. Di Malaysia, keluaran potensi hanya merosot dengan ketara semasa AFC tetapi tidak menyimpang jauh daripada trend sebelum krisis semasa Tech Bust dan krisis baru-baru ini. Hal ini disebabkan terutamanya oleh kadar pengumpulan modal yang lebih perlahan memandangkan jumlah pelaburan yang menurun sebanyak 42% pada tahun 1998 ketika AFC, iaitu lebih besar jika dibandingkan dengan kadar pelaburan -1.8% pada tahun 2001 semasa Tech Bust dan -0.5% pada tahun 2009 semasa krisis baru-baru ini. Walau bagaimanapun, jurang keluaran menjadi negatif dalam ketiga-tiga episod tersebut memandangkan penguncupan permintaan dalam negeri dan luar negeri telah menyebabkan keluaran sebenar jatuh di bawah kapasiti produktif ekonomi negara.
3.2 Hubungan antara Inflasi, Pengangguran dan Jurang Keluaran Anggaran dalam persamaan 7 ditunjukkan dalam Jadual 1. Semua anggaran pekali mempunyai tanda-tanda yang dijangka dan menunjukkan bukti hubungan statistik yang ketara antara inflasi dengan jurang pengangguran. Khususnya, jurang pengangguran yang lebih tinggi menyebabkan inflasi yang lebih rendah, manakala harga import yang lebih tinggi6 menjadikan inflasi lebih tinggi.
Rajah 4 memaparkan kadar pengangguran bersama-sama NAIRU dari suku pertama 1995 hingga suku keempat 2011. Rajah ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran adalah di bawah NAIRU (jurang pengangguran negatif) pada suku-suku sejurus sebelum AFC, Tech Bust dan krisis baru-baru ini, yang berbetulan dengan tempoh ketika jurang keluaran sentiasa positif. Rajah 5 menyokong pemerhatian ini, dengan menunjukkan bukti hubungan negatif antara jurang pengangguran dengan jurang keluaran. Pasaran pekerja yang lebih kukuh, yang dicerminkan oleh jurang pengangguran yang lebih rendah, adalah sejajar dengan jurang keluaran yang lebih tinggi. Sebaliknya, jurang pengangguran ketara lebih tinggi dalam tempoh tiga episod yang dinyatakan di atas apabila keadaan ekonomi adalah lemah dan jurang keluaran negatif.
Pemboleh ubah bersandar ialah πt
Pemboleh ubah Penuras Kalman
Gt -0.9169
πt-1 0.7299
Zt 0.2258
Gt-1 0.5692
Nota: Semua anggaran adalah signi�kan pada paras 1%
Jadual 1: Anggaran Keluk Philips Menggunakan Penuras Kalman
6 Ini boleh berlaku melalui susut nilai dalam kadar pertukaran atau kos input barangan diimport yang lebih tinggi.
Figure 3: Factors Contributing to Potential Output Growth
Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia
-12
-8
-4
0
4
8
12
1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010
% yoy
Capital LabourTFP Potential OutputGDP
Rajah 3: Faktor yang Menyumbang kepada Pertumbuhan Keluaran Potensi
Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia
-12
-8
-4
0
4
8
12
1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010
% tahun ke tahun
Modal PekerjaTFP Keluaran PotensiKDNK
23
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
Walaupun inflasi yang lebih rendah biasanya dilihat bersama-sama jurang keluaran negatif, perkara ini hanya kelihatan dalam salah satu daripada tiga episod yang dipaparkan, iaitu semasa Tech Bust. Malah, dengan jurang keluaran negatif yang besar, ekonomi mengalami inflasi yang lebih tinggi semasa AFC dan krisis baru-baru ini (Rajah 6). Satu penjelasannya ialah penyusutan kadar pertukaran7 yang besar semasa AFC dan peningkatan harga komoditi global yang mendadak semasa krisis baru-baru ini. Rajah 7 menyokong hipotesis ini. Rajah tersebut menunjukkan hubungan positif antara inflasi teras dengan jurang keluaran lantas menandakan bahawa apabila kejutan berkaitan dengan penawaran dan kadar pertukaran tidak diambil kira dalam siri masa inflasi, hubungan antara jurang keluaran dengan inflasi sememangnya positif.
7 Penyusutan nilai dalam kadar pertukaran lazimnya mengakibatkan harga import yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan meningkatnya tekanan inflasi.
Figure 4: Actual Unemployment and NAIRU
Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia
0
1
2
3
4
5
1Q 1995
1Q 1997
1Q 1999
1Q 2001
1Q 2003
1Q 2005
1Q 2007
1Q 2009
1Q 2011
%
Unemployment rate NAIRU
AsianFinancial
Crisis
Global Financial
Crisis Tech Bubble
Burst
Rajah 4: Pengangguran Sebenar dan NAIRU
Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia
0
1
2
3
4
5
S1 1995
S1 1997
S1 1999
S1 2001
S1 2003
S1 2005
S1 2007
S12009
S1 2011
%
Kadar Pengangguran NAIRU
Krisis Kewangan
Asia
Krisis Kewangan
Global
Letusan Gelembung Teknologi
Figure 5: Output Gap and Unemployment Gap
Source: Authors’ calculations and Department of Statistics MalaysiaNote: Observations from 1995 Q1 to 2011 Q4
y = -0.08x + 0.01
-2
-1
-1
0
1
1
2
-8 -6 -4 -2 0 2 4 6
Unemployment Gap (ppt)
Output Gap (% of Potential)
Asian Financial CrisisTech Bubble BurstGlobal Financial Crisis
Rajah 5: Jurang Keluaran dan Jurang Pengangguran
Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan MalaysiaNota: Pemerhatian dari S1 1995 hingga S4 2011
y = -0.08x + 0.01
-1.5
-1.0
-0.5
0
0.5
1.0
1.5
-8 -6 -4 -2 0 2 4 6
Jurang Pengangguran (ppt)
Jurang keluaran (% daripada Potensi)
Krisis Kewangan Asia Letusan Gelembung Teknologi
Krisis Kewangan Global
Figure 6: Output Gap and Inflation
Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia
-10-8-6-4-202468
-4
-2
0
2
4
6
8
10
1Q 1995
1Q 1997
1Q 1999
1Q 2001
1Q 2003
1Q 2005
1Q 2007
1Q 2009
1Q 2011
% yoy
Output Gap
% of potential
Asian Financial Crisis
Global Financial Crisis
Tech Bubble Burst
Rajah 6: Jurang Keluaran dan Inflasi
Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia
-10-8-6-4-202468
-4
-2
0
2
4
6
8
10
S1 1995
S1 1997
S11999
S1 2001
S1 2003
S1 2005
S1 2007
S12009
S1 2011
% tahun ke tahun
Jurang Keluaran
% daripada potensi
Krisis Kewangan Asia
Krisis Kewangan Global
Letusan Gelembung Teknologi
Inflasi Teras (skala kiri)
Inflasi (skala kiri)
Inflation (LHS)
Core inflation (LHS)
Figure 7: Output Gap and Core Inflation
Source: Authors’ calculations and Department of Statistics MalaysiaNote: Observations from 1995 Q1 to 2011 Q4, excluding periods with supply shocks
y = 0.34x + 1.91
-2
-1
0
1
2
3
4
5
-4 -2 0 2 4
Core Inf lation (yoy %)
Output Gap (% of Potential)
Rajah 7: Jurang Keluaran dan Inflasi Teras
Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan MalaysiaNota: Pemerhatian dari S1 1995 hingga S4 2011, tidak termasuk tempoh dengan kejutan penawaran
y = 0.34x + 1.91
-2
-1
0
1
2
3
4
5
-4 -2 0 2 4
Inflasi Teras (% tahun ke tahun)
Jurang Keluaran (% daripada Potensi)
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012
24
4. RUMUSAN Rencana ini menggariskan salah satu kaedah yang digunakan Bank Negara Malaysia untuk menganggar keluaran potensi dan jurang keluaran bagi Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan fungsi pengeluaran, anggaran yang dibuat membuktikan hubungan antara inflasi, pengangguran dan jurang keluaran yang selaras dengan jangkaan, iaitu jurang keluaran yang lebih tinggi adalah sejajar dengan inflasi yang lebih tinggi (tidak termasuk kejutan penawaran) dan pengangguran yang lebih rendah, dan sebaliknya.
Keputusan kajian yang didapati menunjukkan jurang keluaran pada amnya positif atau hampir sifar bagi hampir sepanjang tempoh kajian (1995-2011) kecuali pada tiga episod yang jurang keluaran negatif yang besar dapat diperhatikan: Krisis Kewangan Asia (Asian Financial Crisis, AFC), letusan gelembung teknologi di Amerika Syarikat (Tech Bust) dan krisis kewangan dalam ekonomi maju baru-baru ini. Jurang keluaran negatif adalah paling besar dan paling lama semasa AFC, diikuti krisis kewangan baru-baru ini dan Tech Bust. Hal ini tidak mengejutkan memandangkan kemerosotan ekonomi ketika AFC adalah disebabkan oleh krisis kewangan serantau. Ini telah mengganggu pengantaraan kewangan dan pemberian kredit kepada syarikat perniagaan dan isi rumah dalam tempoh ini lantas menyebabkan penurunan besar dalam perbelanjaan sektor swasta. Sebaliknya, dua episod yang terkemudian merupakan kejutan permintaan luar negeri yang bersifat sementara. Meskipun negara terjejas akibat eksport yang lebih rendah semasa kedua-dua episod ini, kestabilan kewangan terus terpelihara dan permintaan dalam negeri secara relatif kekal berdaya tahan. Secara keseluruhan, hasil kukuh dan intuitif yang diperoleh ini menyokong penggunaan jurang keluaran sebagai salah satu daripada penunjuk penting yang dipantau Bank Negara Malaysia untuk menilai keadaan ekonomi.
Bibliografi
Arora, V. and Bhundia, A. (2003), “Potential Output and Total Factor Productivity Growth in Post-Apartheid South Africa”, IMF Working Paper WP/03/178
Benes, J., Clinton, K., Garcia-Saltos, R., Johnson, M., Laxton, D., Manchev, P. and Matheson, T. (2010), “Estimating Potential Output with a Multivariate Filter”, IMF Working Paper WP/10/285
Cheng, M., Chung, L. and Yu, I. (2011), “On the Estimation of the Output Gap of Hong Kong”, Hong Kong Monetary Authority Occasional Paper 03/2011
Coenen, G., Smets, F., Vetlov, I. (2009), “Estimation of the Euro Area Output Gap using the NAWM”, Bank of Lithuania Working Paper Series no. 5
Congressional Budget Office (2001), “CBO’s Method for Estimating Potential Output: An Update”
Cotis, J.P., Elmeskov, J., Mourougane, A. (2003), “Estimates of Potential Output: Benefits and Pitfalls from a Policy Perspective”, OECD Economics Department
Edge, R.M., Kiley, T.K. and Laforte, J.P. (2007), “Natural Rate Measures in an Estimated DSGE Model of the U.S. Economy”, Finance and Economics Discussion Series, Washington: Board of Governors of the Federal Reserve System
Epstein, N. and Macchiarelli, C. (2010), “Estimating Poland’s Potential Output: A Production Function Approach”, IMF Working Paper WP10/15
Greenslade, J. V., Pierse, R. G., Saleheen, J. (2003), “A Kalman filter approach to estimating the UK NAIRU”, Bank of England Working Paper no. 179
Ha, J. and Leung, C. (2001), “Estimating Hong Kong’s Output Gap and Its Impact on Inflation,” Hong Kong Monetary Authority Research Memoranda
Mishkin, F.S., (2007), “Estimating Potential Output”, Conference on Price Measurement for Monetary Policy, Federal Reserve Bank of Dallas
Turner, D., Boone, L., Giorno, C., Meacci, M., Rae, D., Richardson, P. (2001), “Estimating the Structural Rate of Unemployment for
the OECD Countries”, OECD Economic Studies No. 33, 2001/11
25
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2012