48
13 Persekitaran Ekonomi Antarabangsa 16 Ekonomi Malaysia 27 Sektor Luaran 39 Rencana: Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah terhadap Ekonomi 48 Rencana: Penilaian Kritis Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017 · 2018-04-02 · permintaan dalam negeri terus menjadi tunjang bagi kebanyakan negara di Asia. Di RR China, ... Negara Maju Asia lain ... Pertubuhan

  • Upload
    ngocong

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

13 Persekitaran Ekonomi Antarabangsa 16 Ekonomi Malaysia 27 Sektor Luaran39 Rencana: Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah terhadap Ekonomi48 Rencana: Penilaian Kritis Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

12 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

PERSEKITARAN EKONOMI ANTARABANGSA

Ekonomi dunia bertambah baik secara menyeluruh dan serentak

Tahun 2017 menyaksikan aktiviti ekonomi kembali pulih dengan kukuh, lantas mendorong ekonomi global mencatat kadar pertumbuhan tertinggi sejak tahun 2011. Pertumbuhan perdagangan dunia melebihi pertumbuhan KDNK global buat kali pertama sejak tahun 2014. Aktiviti ekonomi bertambah baik secara menyeluruh, merentas ekonomi maju dan ekonomi sedang pesat membangun. Perkembangan ini mendorong organisasi antarabangsa dan pihak berkuasa negara untuk menaikkan semakan beberapa kali terhadap unjuran pertumbuhan sepanjang tahun. Keutuhan pertumbuhan KDNK yang baru ini didorong terutamanya oleh pelaburan yang mantap dalam ekonomi maju, yang menyumbang pula kepada permintaan luaran yang menggalakkan, terutamanya untuk Asia. Berikutan keadaan permintaan yang bertambah baik, beberapa bank pusat utama menaikkan kadar dasar utama sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan dasar monetari ke tahap wajar. Infl asi keseluruhan mencatat kenaikan, infl asi teras dalam banyak ekonomi maju kekal rendah, mencerminkan pertumbuhan upah yang lemah lantaran kelembapan pertumbuhan produktiviti. Pasaran kewangan global mencatat prestasi yang kukuh, sejajar dengan kepesatan pertumbuhan global. Walaupun terdapat ketidaktentuan ekoran ketegangan geopolitik, turun naik pasaran kewangan kekal rendah dan keadaan ini adalah di luar jangkaan. Keraguan mengenai proses globalisasi yang tercetus pada tahun sebelumnya semakin berkurang. Ini berdasarkan beberapa keputusan pilihan raya utama di EU yang menunjukkan risiko pergolakan yang timbul daripada pergerakan populis adalah lebih rendah. Dalam persekitaran ini, pembuat dasar terus melaksanakan pelbagai tindakan dasar, termasuk

pembaharuan monetari, fi skal dan struktur, bagi mencapai matlamat khusus untuk sesebuah negara seperti memperkukuh asas-asas makroekonomi dan memastikan pertumbuhan yang lebih mampan untuk jangka sederhana.

Pertumbuhan dunia yang lebih kukuh

Ekonomi global mencatat pertumbuhan terpantas sejak tahun 2011. Unjuran pertumbuhan global oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tahun 2017 disemak semula dengan menaikkan kadar pertumbuhan daripada 3.4% kepada 3.7% antara bulan Oktober 2016 hingga bulan Januari 2018. Semakan menaik oleh IMF ini mengubah satu rentetan panjang yang membabitkan sebelas semakan menurun sejak tahun 2010.

Ekonomi maju mengalami pertumbuhan ekonomi yang mantap, disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Di AS, pertumbuhan KDNK yang bertambah baik didorong oleh perbelanjaan pengguna yang semakin pulih, dalam keadaan pasaran pekerja yang lebih ketat dan sentimen pengguna yang lebih positif. Penyertaan dalam tenaga kerja yang semakin meningkat telah dipenuhi oleh pewujudan peluang pekerjaan yang banyak serta pertumbuhan pekerjaan yang kukuh. Perkembangan ini menurunkan kadar pengangguran ke paras terendah sejak tahun 2001. Di kawasan euro, pertumbuhan KDNK berkembang pada kadar yang lebih pantas. Ini disokong oleh keyakinan perniagaan dan pengguna yang bertambah baik serta keadaan pembiayaan yang menggalakkan yang seterusnya meningkatkan pendapatan dan perbelanjaan. Yang penting, ketidakpastian yang berterusan sepanjang tahun berhubung dengan beberapa pilihan raya utama di kawasan euro dan hasil rundingan Brexit memberikan kesan yang terhad terhadap trajektori pertumbuhan yang menaik.

Dalam persekitaran permintaan pengguna yang lebih kukuh, pelaburan di AS dan kawasan euro

13Laporan Tahunan 2017

14 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

juga meningkat serentak. Ini disokong oleh sentimen perniagaan yang memberangsangkan, keuntungan yang meningkat dan keperluan untuk menambahkan stok modal sedia ada merentas ekonomi utama. Aktiviti pelaburan yang kembali pulih dalam ekonomi maju merupakan satu perkembangan yang penting memandangkan terdapatnya kelemahan pada tahun sebelumnya, terutamanya dalam pelaburan jentera dan peralatan di AS. Lebih penting lagi, peningkatan pelaburan yang menyeluruh memainkan peranan yang lebih besar dalam memacu perdagangan global (Constantinescu dll., 2015). Oleh itu, perdagangan global mencatat pertumbuhan terpantas sejak tahun 2011 (2017: 4.2%; 2011: 7.1%). Peningkatan semula perdagangan yang memberangsangkan pada tahun 2017 adalah menyeluruh dan merentas kategori produk serta pasaran. Sektor teknologi yang terus meningkat turut membantu menyokong pemulihan jumlah perdagangan yang kukuh.

Pemulihan dalam perdagangan global sedemikian memberikan dorongan tambahan kepada pertumbuhan dalam banyak ekonomi utama di Asia. Permintaan yang lebih kukuh terhadap produk elektronik dan elektrik (E&E), terutamanya semi konduktor yang digunakan dalam cip memori untuk telefon pintar dan komputer peribadi merupakan faktor utama yang mendorong kepada meningkatnya perdagangan di Asia. Ini berikutan dedahan beberapa negara di rantau ini kepada kitaran teknologi global. Kesannya, pertumbuhan KDNK dalam ekonomi-ekonomi Asia adalah berdasarkan kekukuhan prestasi eksport yang mencatat pertumbuhan dua angka.

Di samping persekitaran luaran yang menggalakkan, permintaan dalam negeri terus menjadi tunjang bagi kebanyakan negara di Asia. Di RR China, masih terdapat pertumbuhan walaupun pembaharuan struktur terus dilaksanakan untuk mengimbangi semula ekonomi ke arah model pertumbuhan yang diterajui oleh penggunaan. Pendapatan isi rumah yang meningkat, khususnya di kawasan luar bandar, dan pewujudan peluang pekerjaan yang tinggi telah meningkatkan pertumbuhan penggunaan. Pelaburan keseluruhan kekal kukuh disokong oleh perbelanjaan perkilangan dan infrastruktur yang bertambah baik. Perbelanjaan modal oleh pengilang didorong oleh permintaan luaran yang lebih baik. Pelaburan harta tanah kediaman menjadi sederhana berikutan beberapa langkah yang dilaksanakan untuk menstabilkan pasaran harta tanah. Di rantau

ASEAN, perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi oleh sektor awam dan swasta menjadi pemacu utama pertumbuhan. Negara-negara di rantau ini mempertingkatkan mobiliti luar bandar dan bandar melalui kesalinghubungan pengangkutan bagi meneruskan pembangunan ekonomi. Sokongan fi skal, ditambah dengan langkah-langkah yang besar oleh kerajaan untuk menyokong aktiviti ekonomi isi rumah berpendapatan rendah, juga menjadi pencetus tambahan kepada permintaan dalam negeri di Asia.

Ekonomi Dunia: Penunjuk Ekonomi Utama

PertumbuhanKDNK Benar (Perubahan tahunan, %)

Infl asi (Perubahan tahunan, %)

2016 2017a 2016 2017a

Pertumbuhan Dunia 3.2 3.7 - -

Perdagangan Dunia 2.5 4.7 - -

Ekonomi Maju

Amerika Syarikat 1.5 2.3 1.3 2.1

Jepun 0.9 1.7 -0.1 0.4

Kawasan euro 1.8 2.3 0.2 1.5

United Kingdom 1.9 1.7 0.7 2.6

Negara Maju Asia lain

Korea 2.8 3.1 1.0 1.9

China Taipei 1.4 2.9 1.4 0.6

Singapura 2.0 3.6 -0.5 0.6

Hong Kong SAR 2.1 3.8 2.4 1.5

Republik Rakyat China

6.7 6.9 2.0 1.6

ASEAN-4

Malaysia 4.2 5.9 2.1 3.7

Thailand 3.3 3.9 0.2 0.7

Indonesia 5.0 5.1 3.5 3.8

Filipina 6.9 6.7 1.8 3.0

India1 7.1 6.6 5.0 3.3

1 Data KDNK bagi India ditunjukkan berdasarkan tahun fi skal a Anggaran

Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pihak Berkuasa Negara

Jadual 1.1

Infl asi keseluruhan global menunjukkan peningkatan tetapi infl asi teras kekal rendah

Kadar infl asi global meningkat lebih tinggi pada tahun 2017 disebabkan keadaan permintaan global yang bertambah baik dan harga komoditi yang

15Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Tindakan dasar yang pelbagai

Walaupun pertumbuhan global kembali pulih secara serentak, pendekatan dasar monetari dalam ekonomi maju dan Asia telah mengambil haluan berbeza. Tindakan dasar yang berbeza ini telah diambil berdasarkan faktor-faktor yang khusus untuk sesebuah ekonomi. Secara umumnya, pendirian dasar monetari dalam kalangan ekonomi maju lebih cenderung untuk kembali ke tahap yang wajar secara beransur-ansur. Federal Reserve AS terus bertindak mengembalikan dasar monetarinya ke tahap yang wajar dengan menaikkan sasaran kadar dana persekutuan sebanyak tiga kali pada tahun 2017 dengan jumlah 75 mata asas untuk mengakhiri tahun itu pada julat 1.25% -1.50%. Buat pertama kalinya dalam satu dekad Bank of England telah menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 25 mata asas memandangkan kenaikan pantas kadar inflasi. European Central Bank pula mengumumkan pengurangan pembelian aset dengan mengurangkan kadar pembelian bulanannya kepada EUR30 bilion sehingga bulan September 2018. Dalam kalangan ekonomi maju persekitaran pertumbuhan ekonomi yang kukuh membolehkan pengembalian dasar monetari ke tahap wajar dapat dilaksanakan secara teratur. Berbeza daripada ekonomi maju, kadar inflasi yang semakin menurun di beberapa ekonomi Asia, seperti Indonesia dan India, telah mendorong bank-bank pusat menurunkan kadar faedah dasar. Begitu juga, Bank of Japan yang telah mengekalkan program rangsangan besar-besaran dalam usaha untuk mendorong inflasi yang lebih tinggi, setelah gagal mencapai sasaran rasminya sebanyak 2% sejak suku pertama tahun 2015.

kembali pulih pada separuh tahun kedua. Walau bagaimanapun, kadar infl asi teras kekal sederhana di kebanyakan negara.

Pada separuh pertama tahun 2017, trend indeks harga komoditi IMF menurun, disebabkan terutamanya oleh pengeluaran syal di AS yang lebih tinggi daripada jangkaan dan peningkatan pengeluaran makanan pertanian yang mendorong kepada penurunan harga komoditi. Walau bagaimanapun, indeks ini kembali ke trend menaik pada separuh tahun kedua berikutan kenaikan indeks minyak mentah. Ini susulan pengumuman oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan beberapa pengeksport minyak bukan OPEC untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun 2018. Harga minyak mentah Brent melebihi USD60 setong, iaitu harga tertinggi dalam tempoh dua tahun. Harga logam seperti tembaga, besi dan zink juga bertambah baik, disokong oleh permintaan global yang kukuh, berserta usaha RR China untuk mengurangkan kapasiti lebihan dengan menyasarkan pengeluaran yang tidak cekap dan tidak sah. Harga komoditi pertanian, termasuk makanan, juga meningkat pada tahun 2017 mencerminkan permintaan dunia yang lebih kukuh dan kekurangan bekalan.

Pemulihan harga komoditi pada tahun 2017 menyumbang kepada infl asi keseluruhan yang lebih tinggi dalam ekonomi maju, dengan kadar purata 1.9% pada tahun 2017 (2016: 0.8%). Trend yang serupa diperhatikan di beberapa ekonomi Asia, contohnya di Filipina dan Thailand yang mengalami infl asi yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan utiliti.

Walaupun inflasi keseluruhan meningkat, keadaan inflasi teras masih rendah. Beberapa penjelasan telah diberikan bagi menggambarkan persekitaran inflasi yang rendah ini. Antaranya meningkatnya pengaruh produk, pekerja dan pasaran modal global yang lebih bersepadu; pertumbuhan produktiviti pekerja yang lemah yang memberikan kesan terhadap upah; dan peranan teknologi dalam meningkatkan kecekapan sambil menurunkan kos barangan. Walau bagaimanapun, terputusnya perkaitan antara pertumbuhan yang kukuh dengan tekanan inflasi yang rendah terus menimbulkan kerumitan bagi bank-bank pusat utama dunia. Dalam kalangan ekonomi maju, hanya United Kingdom terkecuali daripada trend ini. Penyusutan nilai paun sterling secara mendadak telah mengakibatkan kenaikan harga.

Rajah 1.1: Indeks Harga Komoditi Utama

0

50

100

150

200

250

2005 2007 2009 2011 2013 2015 2017

Indeks (2005 = 100)

Trend indeks harga komoditi utama menaik semula pada separuh tahun kedua 2017

Minyak mentah Makanan Logam

Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

16 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Di samping dasar monetari, beberapa ekonomi maju juga menggunakan dasar fiskal dan struktur tahun itu untuk memperkukuh asas-asas makroekonomi. Di AS, Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan diluluskan oleh kedua-dua dewan Kongres pada 20 Disember 2017, dengan membawa perubahan besar pada kadar cukai individu dan syarikat, serta percukaian perniagaan antarabangsa. Di kawasan Euro, usaha disasarkan untuk memaksimumkan kesan pembaharuan pasaran pekerja dan produk. Sebagai contoh, perubahan undang-undang di Perancis berkaitan rundingan kolektif desentralisasi (decentralised collective bargaining) telah menyebabkan pelarasan pasaran pekerja yang lebih cepat melalui tahap fleksibiliti yang lebih besar dalam proses pengambilan, penetapan upah dan mobiliti pekerja.

Bagi memperkukuh asas-asas makroekonomi dan mempertingkatkan tahap mampan prospek pertumbuhan jangka sederhana, pembuat dasar di Asia meneruskan pembaharuan struktur. Di RR China, usaha difokuskan pada pembaharuan dasar untuk mengurangkan lebihan kapasiti dan hutang, di samping mengekalkan peralihan secara beransur-ansur ke arah model pertumbuhan yang didorong oleh penggunaan yang lebih mampan. Kerajaan China juga memperhebatkan usaha menggalakkan pelaburan di bawah Belt and Road Initiative, khususnya untuk rangkaian infrastruktur. Ekonomi negara ASEAN khususnya telah mengumumkan beberapa langkah untuk mempercepatkan pelaburan infrastruktur, dengan mengutamakan infrastruktur fi zikal dan “soft” (modal insan dan institusi). Langkah-langkah yang dijalankan termasuk menaik taraf rangkaian pengangkutan, meningkatkan rangka kerja perkongsian awam-swasta yang sedia ada, dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.

Selepas tujuh tahun pertumbuhan yang lembab berikutan Krisis Kewangan Global, peningkatan kitaran membolehkan banyak ekonomi terus teguh melaksanakan pelbagai dasar untuk mencapai pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan. Walaupun pertumbuhan yang kukuh dicatat pada tahun 2017, pembuat dasar terus menghadapi pelbagai cabaran termasuk pertambahan penuaan penduduk, hutang global yang lebih tinggi, gangguan teknologi dan ketidaksamaan dalam pendapatan yang semakin meningkat. Pengubahsuaian dasar secara aktif dan konsisten adalah penting untuk melaksanakan pembaharuan struktur bagi meneguhkan asas-asas ekonomi dan mengekalkan momentum pertumbuhan semasa.

EKONOMI MALAYSIA

Gambaran Keseluruhan

Pada tahun 2017, Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 5.9% (2016: 4.2%). Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan dalam negeri, mencerminkan pengembangan yang lebih pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Seperti ekonomi lain di rantau ini, Malaysia meraih manfaat daripada pemulihan global yang menyeluruh dengan peningkatan eksport kasar paling pesat sejak tahun 2004. Limpahan positif daripada sektor luaran juga telah memperkukuh permintaan dalam negeri.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.9% pada tahun 2017, berikutan kekukuhan permintaan dalam negeri yang turut dirangsang oleh peningkatan eksport yang ketara

Pencapaian penting pada tahun 2017 ialah peningkatan eksport kasar, yang melonjak dengan ketara sebanyak 18.9% (2016: 1.2%). Prestasi yang lebih kukuh ini disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebih tinggi daripada rakan dagang utama seperti RR China, ASEAN, Kesatuan Eropah, AS dan Jepun, berikutan peningkatan yang pesat dalam kitaran teknologi global, pengembangan pelaburan dalam ekonomi maju dan pemulihan harga komoditi.

Rajah 1.2: Pertumbuhan KDNK Benar

Perubahan tahunan (%)

Prestasi KDNK benar yang kukuh pada tahun 2017

6.05.1

5.9

7.66.7 6.5

8.0

1.0

9.6

0

2

4

6

8

10

12

2003-2007 2012-2016 2017a

a Awalan

Nota: Tidak termasuk pertumbuhan KDNK benar semasa tempoh Krisis Kewangan Global

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

KDNK benar Permintaan dalam negeri benar Eksport benar

17Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Peningkatan pesat sektor teknologi global yang disokong oleh pelancaran beberapa peranti pintar jenama utama pada tahun 2017, mencetuskan gelombang pesanan baharu untuk syarikat di sepanjang rantaian bekalan produk ini. Malaysia yang merupakan pengeksport semikonduktor ketujuh terbesar di dunia dengan pertalian yang meluas dalam rantaian nilai global (global value chain, GVC) menerima kesan yang positif. Peningkatan kitaran teknologi (technology upcycle) menyumbang kepada permintaan yang mantap terhadap produk E&E daripada ekonomi serantau dan ekonomi maju. Hasilnya, eksport peranti semikonduktor melonjak sebanyak 23.1% pada tahun 2017 (2016: 5.2%). Persekitaran yang menggalakkan mendorong permintaan yang kukuh, khususnya daripada ekonomi serantau, dan pemulihan aktiviti pelaburan dalam ekonomi maju. Hal ini turut meningkatkan eksport produk bukan E&E (18.6%; 2016: 3.0%), seperti petroleum, bahan kimia, getah serta produk besi dan keluli. Setelah merosot selama dua tahun berturut-turut, eksport komoditi pulih pada tahun 2017 dengan mencatat pertumbuhan positif yang kukuh, sebahagian besarnya disokong oleh pemulihan harga komoditi utama, khususnya minyak mentah dan gas asli cecair (liquefi ed natural gas, LNG).

Walaupun pertumbuhan KDNK benar dipertingkatkan oleh permintaan luaran, permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan pada tahun 2017, didorong oleh asas yang kukuh serta keadaan pasaran pekerja dan sentimen yang lebih baik. Limpahan positif daripada sektor luaran kepada sektor

dalam negeri mula kelihatan pada separuh pertama tahun 2017. Permintaan luaran yang lebih kukuh ini memberi manfaat khususnya kepada pelaburan swasta, kerana syarikat dalam industri berorientasikan eksport dan dalam negeri mula mengembangkan kapasiti, termasuk penggantian dan perolehan jentera dan peralatan bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi. Perkembangan ini secara langsung memberikan manfaat kepada pasaran pekerja dengan pertumbuhan guna tenaga dan upah yang lebih pesat. Faktor ini, berserta dengan langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna, terus meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Perbelanjaan sektor awam terus menyokong pertumbuhan dengan perbelanjaan lebih tertumpu pada infrastruktur yang kritikal dan perkhidmatan awam yang penting. Berikutan pengembangan permintaan dalam dan luar negeri, import kasar mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 19.9% (2016: 1.9%). Import yang lebih tinggi ini disebabkan oleh barangan pengantara dan barangan modal, sejajar dengan eksport perkilangan yang mantap dan aktiviti pelaburan yang lebih pesat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Secara keseluruhan, lebihan perdagangan meningkat kepada RM97.2 bilion (2016: RM88.1 bilion), disokong oleh pertumbuhan eksport yang pesat. Akaun semasa imbangan pembayaran mencatat lebihan yang lebih tinggi, disebabkan terutamanya oleh lebihan akaun barangan yang lebih besar. Malaysia juga terus mengalami pergerakan aliran modal dua hala yang ketara. Sejajar dengan sentimen pelabur antarabangsa yang bertambah baik, aliran masuk portfolio bukan pemastautin diteruskan semula pada suku kedua 2017, manakala aliran masuk pelaburan langsung asing

Rajah 1.3: Prestasi Eksport Kasar Mengikut Produk

4.1

1.2

18.9

-5

0

5

10

15

20

2011-2015 2016 2017a

E&E Komoditi Eksport lain Eksport ( perubahan tahunan, %)

Permintaan yang kukuh untuk produk E&E meningkatkan prestasi eksport

a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Perubahan tahunan (%), sumbangan kepada pertumbuhan (mata peratusan)

Rajah 1.4: Indeks Sentimen Pengguna dan Keadaan Perniagaan MIER

79.3

107.9

50

60

70

80

90

100

110

120

2014 2015 2016 2017

Mata (purata tahunan)

Sentimen pengguna dan perniagaan bertambah baik pada tahun 2017

Had keyakinan = 100 mata

Sumber: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

Indeks Sentimen Pengguna Indeks Keadaan Perniagaan

18 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Jadual 1.2

Malaysia - Penunjuk Ekonomi Utama

2015 2016 2017a 2018r

Populasi (juta orang) 31.2 31.6 32.1 32.9Tenaga kerja (juta orang) 14.5 14.7 15.0 15.3Guna tenaga (juta orang) 14.1 14.2 14.5 14.8Pengangguran (% daripada tenaga kerja) 3.1 3.4 3.4 3.2 ~ 3.5Pendapatan Per Kapita (RM) 36,093 37,792 41,072 42,834

(USD) 9,242 9,110 9,551 10,8853

KELUARAN NEGARA (% perubahan)

KDNK benar pada harga tahun 2010 5.0 4.2 5.9 5.5 ~ 6.0 (RM bilion) 1,063.4 1,108.2 1,173.6 1,240.1Pertanian, perhutanan dan perikanan 1.3 -5.1 7.2 3.6Perlombongan dan pengkuarian 5.3 2.2 1.1 1.8Perkilangan 4.9 4.4 6.0 5.9Pembinaan 8.2 7.4 6.7 7.3Perkhidmatan 5.1 5.6 6.2 6.1PNK nominal 5.2 6.2 10.1 6.9 (RM bilion) 1,125.6 1,195.5 1,316.3 1,407.6PNK benar 6.8 4.4 6.1 5.6 (RM bilion) 1,039.0 1,084.9 1,150.8 1,215.0Agregat permintaan dalam negeri benar1 5.1 4.3 6.5 5.7Perbelanjaan swasta 6.1 5.6 7.5 7.6

Penggunaan 6.0 6.0 7.0 7.2 Pelaburan 6.3 4.3 9.3 9.1Perbelanjaan awam 2.1 0.4 3.3 -0.9 Penggunaan 4.4 0.9 5.4 0.6 Pelaburan -1.1 -0.5 0.1 -3.2Tabungan negara kasar (% daripada PNK) 29.0 29.1 29.2 28.8

IMBANGAN PEMBAYARAN (RM bilion)

Imbangan barangan 109.2 101.4 118.1 120.5 Eksport 681.3 686.1 808.9 865.9 Import 572.1 584.7 690.8 745.3Imbangan perkhidmatan -20.6 -19.1 -23.1 -23.2Pendapatan primer, bersih -32.1 -34.6 -36.1 -39.1Pendapatan sekunder, bersih -21.3 -18.6 -18.6 -19.3Imbangan akaun semasa 35.2 29.0 40.3 38.9 (% daripada PNK) 3.1 2.4 3.1 2.0 ~ 3.0Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia, bersih2 409.1 423.9 414.6 - (dalam bulan import tertangguh) 8.4 8.7 7.2 -

HARGA (% perubahan)

IHP (2010=100) 2.1 2.1 3.7 2.0 ~ 3.0IHPR (2010=100) -7.4 -1.1 6.7 -Upah benar bagi setiap pekerja dalam sektor perkilangan 3.7 4.1 2.2 -

1 Tidak termasuk stok 2 Semua aset dan liabiliti dalam mata wang asing telah dinilai semula kepada ringgit mengikut kadar pertukaran pada tarikh kunci kira-kira dan penambahan/

pengurangan nilai juga ditunjukkan dengan sewajarnya dalam akaun Bank 3 Berdasarkan kadar pertukaran purata dolar AS bagi tempoh Januari-Februari 2018 a Awalan r Ramalan Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

19Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Malaysia - Penunjuk Kewangan dan Monetari

KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (RM bilion) 2015 2016 2017a

Hasil 219.1 212.4 220.4

Perbelanjaan mengurus 217.0 210.2 217.7

Perbelanjaan pembangunan bersih 39.3 40.6 43.0

Imbangan keseluruhan -37.2 -38.4 -40.3

Imbangan keseluruhan (% daripada KDNK) -3.2 -3.1 -3.0

Perbelanjaan pembangunan bersih sektor awam 140.4 158.1 146.7

Imbangan keseluruhan sektor awam (% daripada KDNK) -7.7 -7.3 -4.7

HUTANG LUAR NEGERI

Jumlah hutang (RM bilion) 837.0 916.1 883.4

Hutang jangka sederhana dan panjang 485.1 539.1 506.3

Hutang jangka pendek 351.9 377.0 377.1

Nisbah khidmat bayaran hutang1

(% daripada eksport barangan dan perkhidmatan)

Jumlah hutang 22.7 24.8 22.1

Hutang jangka sederhana dan panjang 22.5 24.6 21.9

WANG DAN PERBANKANPerubahan 2015 Perubahan 2016 Perubahan 2017

RM bilion % RM bilion % RM bilion %

Bekalan wang M1 14.0 4.1 20.4 5.7 41.9 11.0 M3 41.3 2.7 49.3 3.1 76.7 4.7

Deposit sistem perbankan 28.8 1.8 26.5 1.6 67.8 4.0

Pinjaman sistem perbankan2 105.4 7.9 76.4 5.3 62.9 4.1

Nisbah pinjaman kepada dana (%, pada akhir tahun)3&4 83.0 84.3 84.0

Nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti (%, pada akhir tahun)3,4&5 74.6 75.3 73.7

KADAR FAEDAH (%, PADA AKHIR TAHUN) 2015 2016 2017

Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25 3.00 3.00

Kadar antara bank (1 bulan) 3.45 3.10 3.08

Bank perdagangan

Deposit tetap 3 bulan 3.13 2.92 2.94

12 bulan 3.31 3.06 3.10

Deposit tabungan 1.04 0.99 0.97

Kadar asas (BR) purata berwajaran 3.77 3.62 3.64

Kadar pinjaman asas (BLR) 6.79 6.65 6.68

Bil perbendaharaan (3 bulan) 2.74 3.06 2.86

Sekuriti Kerajaan Malaysia (1 tahun)6 2.59 3.26 2.89

Sekuriti Kerajaan Malaysia (5 tahun)6 3.47 3.70 3.56

KADAR PERTUKARAN (PADA AKHIR TAHUN) 2015 2016 2017

Pergerakan Ringgit (%)

Perubahan berbanding dengan SDR -15.1 -0.8 5.2

Perubahan berbanding dengan USD -18.6 -4.3 10.4

1 Termasuk prabayaran hutang jangka sederhana dan panjang 2 Termasuk pinjaman yang dijual kepada Cagamas 3 Deposit tidak termasuk deposit yang diterima daripada institusi perbankan. Pinjaman tidak termasuk pinjaman yang dijual kepada Cagamas dan pinjaman yang diberikan kepada institusi perbankan. Mulai Julai 2015, pinjaman tidak temasuk pembiayaan oleh akaun Pelaburan Islam 4 Dana terdiri daripada deposit dan semua instrumen hutang (termasuk hutang subordinat, sijil hutang/sukuk yang diterbitkan, kertas komersial dan nota berstruktur) 5 Ekuiti terdiri daripada saham biasa dan saham keutamaan, premium saham dan keuntungan tertahan 6 Merujuk data daripada Fully Automated System for Issuing/Tender (FAST), Bank Negara Malaysia

a Awalan

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Jadual 1.3

20 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

(foreign direct investment, FDI) melebihi aliran keluar pelaburan langsung luar negeri (direct investment abroad, DIA) pada tahun 2017. Prestasi cemerlang sektor luaran pada tahun 2017 mencerminkan kejayaan struktur dasar yang dilaksanakan selama ini yang membolehkan ekonomi menjadi lebih terbuka, pelbagai dan disokong oleh banyak sumber pertumbuhan. Misalnya, syarikat pengeluaran Malaysia sangat bersepadu dengan rantaian nilai global. Hasilnya, Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan ekonomi global yang menyeluruh. Pelaburan penting yang dibuat dalam sektor perkilangan, termasuk dalam subsektor E&E, dan infrastruktur yang kondusif seperti pengangkutan, logistik dan perkhidmatan komunikasi, juga membolehkan syarikat perniagaan untuk segera mengambil peluang daripada peningkatan permintaan global. Satu lagi faktor kritikal ialah wujudnya rantaian belakang (backward linkages) dan rantaian hadapan (forward linkages) daripada eksport kepada pelbagai industri dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Hubungan yang rapat dalam ekonomi Malaysia ini menguatkan limpahan positif daripada pesanan eksport yang lebih tinggi. Berserta dengan sentimen perniagaan yang bertambah baik, kesan ini juga telah mempertingkat aktiviti perniagaan, perbelanjaan pelaburan, pengambilan pekerja dan pertumbuhan pendapatan.

Pertumbuhan pesat dan perdagangan aktif yang terhasil daripada persekitaran ekonomi yang positif telah menyediakan peluang yang berharga untuk melaksanakan langkah awalan pembaharuan kritikal dan pelarasan struktur dalam ekonomi Malaysia.

Langkah konsolidasi fi skal berjalan lancar, manakala dasar monetari kekal akomodatif. Pelaburan berkualiti, contohnya dalam perkilangan berteknologi tinggi dan sektor perkhidmatan canggih, terus diberikan keutamaan untuk memastikan Malaysia bersedia pada masa hadapan. Ini dilakukan dengan memanfaatkan koridor ekonomi serantau yang sedia ada menurut bidang tumpuan masing-masing.

Inisiatif juga diambil untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan menghapuskan kekangan pertumbuhan. Inisiatif ini termasuk menggalakkan ekonomi perkongsian (sharing economy) dan membuat pelaburan yang berterusan dalam usaha meningkatkan kemahiran dan latihan tenaga kerja. Pada tahun 2017, guna tenaga bertambah selaras dengan peningkatan tenaga kerja, dengan guna tenaga yang lebih kukuh didorong oleh pekerja berkemahiran tinggi dan sederhana. Pertumbuhan produktiviti juga meningkat pada tahun 2017, kebanyakannya didorong oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan. Pada masa hadapan, usaha ke arah pertumbuhan yang dipacu oleh produktiviti menekankan kepentingan pengukuran dan pemantauan metrik dan penunjuk yang relevan untuk membantu penggubalan dasar. Bagi tujuan itu, Biro Statistik Buruh Malaysia1 (Malaysian Bureau of Labour Statistics, MBLS) telah ditubuhkan untuk menyepadukan pengumpulan maklumat tentang pasaran pekerja, termasuk data tentang produktiviti pekerja dan jurang kemahiran. Secara kolektif, langkah-langkah ini bertujuan untuk memaksimumkan sumber pertumbuhan baharu ekonomi melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan aset sedia ada.

Permintaan Dalam Negeri Memacu Pertumbuhan pada Tahun 2017

Pada tahun 2017, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang mantap sebanyak 5.9% (2016: 4.2%). Permintaan dalam negeri terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pengembangan pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Bagi sektor luaran, eksport benar mencatat kadar pertumbuhan yang paling teguh sejak tahun 2010, disokong oleh pengembangan global yang kukuh, khususnya yang melibatkan rakan dagangan utama Malaysia, dan harga komoditi global yang lebih tinggi. Pertumbuhan penggunaan swasta meningkat kepada 7.0% pada tahun 2017 (2016: 6.0%), disokong terutamanya oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan dengan rangsangan tambahan daripada langkah-langkah Kerajaan. Upah nominal agregat1 dalam sektor swasta dan awam meningkat masing-masing sebanyak 6.4% dan 6.2% pada tahun 2017 (2016: 4.3% dan 6.4%). Penjawat awam terus mendapat manfaat daripada kenaikan gaji mereka yang dibuat pada bulan Julai 2016. Perbelanjaan pengguna terus disokong oleh langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah, seperti pengurangan caruman

1 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana ‘Biro Statistik Buruh Malaysia’.

1 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana 'Keadaan Pasaran Pekerja Bertambah Baik'.

21Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja sebanyak tiga mata peratusan (11% kepada 8%) dan peningkatan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Beberapa langkah ini dilaksanakan pada bulan Mac 2016 untuk menyokong ekonomi disebabkan oleh prospek yang lebih mencabar. Pemulihan sentimen pengguna daripada tahap terendahnya pada tahun 2015 juga menyumbang kepada kekukuhan pertumbuhan penggunaan swasta pada tahun 2017.

Pertumbuhan penggunaan awam berkembang sebanyak 5.4% (2016: 0.9%) disebabkan oleh perbelanjaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dalam keadaan pertumbuhan emolumen yang mampan. Peningkatan perbelanjaan untuk bekalan dan perkhidmatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

Pembentukan modal tetap kasar (PMTK) meningkat dengan kadar yang lebih cepat sebanyak 6.2% pada tahun 2017 (2016: 2.7%), didorong oleh pelaburan awam dan swasta yang meningkat.

Pelaburan awam kembali pulih untuk mencatat pertumbuhan yang kecil sebanyak 0.1% pada tahun 2017 (2016: -0.5%). Pemulihan ini disokong oleh perbelanjaan yang berterusan oleh Kerajaan Am dan syarikat awam, sebahagian besarnya disalurkan kepada subsektor minyak dan gas hiliran serta pengangkutan dan utiliti. Pelaburan yang berterusan juga adalah untuk mempercepat pembangunan bandar dan luar bandar.

Pertumbuhan pelaburan swasta meningkat kepada 9.3% (2016: 4.3%), kerana syarikat berjaya memanfaatkan persekitaran operasi luaran dan dalam negeri yang kondusif. Pertumbuhan eksport yang kukuh memberi limpahan positif kepada ekonomi dalam negeri, apabila syarikat melaksanakan pengembangan kapasiti bagi memenuhi pesanan yang bertambah. Kedudukan pembiayaan, keberuntungan dan sentimen perniagaan juga semakin baik pada tahun itu. Mengikut sektor, pertumbuhan pelaburan swasta terus disokong oleh pelaksanaan projek yang baharu dan yang sedang dijalankan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Jadual 1

KDNK Benar Mengikut Perbelanjaan (2010=100)

2017a 2016 2017a 2016 2017a

% daripadaKDNK

Perubahan tahunan (%)Sumbangan kepada

pertumbuhan (mata peratusan)

Permintaan Dalam Negeri1 92.2 4.3 6.5 3.9 6.0

Perbelanjaan sektor swasta 71.2 5.6 7.5 3.8 5.3

Penggunaan 53.7 6.0 7.0 3.1 3.7

Pelaburan 17.4 4.3 9.3 0.7 1.6

Perbelanjaan sektor awam 21.0 0.4 3.3 0.1 0.7

Penggunaan 13.0 0.9 5.4 0.1 0.7

Pelaburan 8.0 -0.5 0.1 0.0 0.0

Pembentukan Modal Tetap Kasar 25.4 2.7 6.2 0.7 1.6

Perubahan dalam stok 0.0 0.2 0.0

Eksport Bersih Barangan dan Perkhidmatan 7.8 1.5 -1.1 0.1 -0.1

Eksport 72.9 1.1 9.6 0.8 6.7

Import 65.1 1.1 11.0 0.7 6.8

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar 100.0 4.2 5.9 4.2 5.9

1 Tidak termasuk stoka Awalan

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

22 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Dari segi aset, pelaburan dalam jentera dan peralatan meningkat sebanyak 11.3% (2016: 1.1%), disebabkan sebahagiannya oleh peningkatan pengeluaran dan kapasiti oleh syarikat berikutan permintaan yang lebih kukuh. Pertumbuhan pelaburan dalam struktur, yang mencakupi 54.7% daripada jumlah PMTK, kekal sederhana sebanyak 4.0% (2016: 4.9%), mencerminkan terutamanya pelaburan harta tanah kediaman yang menjadi perlahan. Pertumbuhan pelaburan dalam aset lain kekal menguncup pada -0.8% (2016: -4.3%) disebabkan oleh perbelanjaan modal yang lebih rendah dalam pembangunan produk harta intelek, khususnya penerokaan mineral.

Pada tahun 2017, tabungan negara kasar (TNK) meningkat sebanyak 10.8% (2016: 6.6%), dan bahagian TNK daripada pendapatan negara kasar (PNK) meningkat sedikit kepada 29.2% (2016: 29.1% daripada PNK). Ini berikutan pertumbuhan yang lebih pesat dalam tabungan swasta (11.5%; 2016: -1.9%) dan pertumbuhan tabungan awam kembali ke paras yang wajar (8.1%; 2016: 52.2%). Pembentukan modal kasar bertambah sebanyak 8.2% (2016: 9.5%), menyebabkan jurang tabungan-pelaburan melebar kepada 3.1% daripada PNK (2016: 2.4% daripada PNK).

Keadaan Pasaran Pekerja Bertambah Baik

Kadar pengangguran kekal stabil pada 3.4% pada tahun 2017 (2016: 3.4%, purata 2011-2016: 3.1%), berikutan tambahan guna tenaga berkadaran dengan pengembangan tenaga kerja. Tenaga kerja berkembang sebanyak 303,000 pekerja, sementara pewujudan pekerjaan bersih berjumlah 295,000 pekerjaan. Hasilnya, kadar penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 67.8% (2016: 67.7%) dan guna tenaga berkembang tiga kali ganda kepada 2.1% (2016: 0.7%). Perbincangan dan interaksi Bank dengan industri1 sepanjang tahun 2017 telah mengesahkan bahawa sentimen perniagaan bertambah baik. Majikan berasa optimistik tentang prospek perniagaan dan dengan itu terus mengembangkan tenaga kerja mengikut keperluan.

Pada peringkat makro, pertambahan guna tenaga dipacu terutamanya oleh pekerja berkemahiran tinggi dan pertengahan, dengan pertambahan masing-masing sebanyak 121,100 dan 150,700 pekerja. Pekerja berkemahiran tinggi sebagai bahagian daripada jumlah pekerja menokok kepada 27.6% (2016: 27.3%), manakala pekerja berkemahiran pertengahan masih menguasai bahagian terbesar sebanyak 59.5%. Bahagian pekerja berkemahiran rendah kekal pada 13.0%. Data terkini2 menunjukkan bahawa pekerja berkemahiran tinggi mengalami pertumbuhan upah median terendah, iaitu sebanyak 3.1% kepada RM3,994, berbanding dengan pekerja berkemahiran pertengahan (5%, RM1,447) dan pekerja berkemahiran rendah (10%, RM1,100). Bilangan pekerja asing tidak mahir dan separuh mahir yang berdaftar di Malaysia telah menurun kepada 1.8 juta pada tahun 2017 (2016: 1.9 juta). Oleh itu, bahagiannya dalam tenaga kerja turut menurun kepada 12.0% daripada 12.7% pada akhir tahun 2016, di bawah ambang 15% yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Jadual 1

Penunjuk Pasaran Pekerja Terpilih

2013 2014 2015 2016s 2017a

Guna tenaga ('000 orang) 13,545 13,853 14,068 14,164 14,459

Tenaga kerja ('000 orang) 13,981 14,264 14,518 14,668 14,971

Kadar pengangguran (% daripada tenaga kerja) 3.1 2.9 3.1 3.4 3.4

Pemberhentian pekerja1 (bil. orang) 33,086 25,917 38,499 37,699 35,097

Pekerja asing (‘000 orang) 2,250 2,073 2,135 1,866 1,797

a Awalans Angka-angka telah disemak semula bagi menunjukkan anggaran populasi terkini1 Merupakan pekerja yang terlibat dalam pemberhentian pekerja dan skim pemberhentian pekerja secara sukarela (VSS)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan anggaran Bank Negara Malaysia

1 Sebagai sebahagian daripada penilaian ekonomi Malaysia, Bank melaksanakan pengawasan ekonomi dan industri wilayah melalui pejabatnya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Untuk maklumat lanjut, lihat Rencana ‘Memperluas Pengawasan Ekonomi melalui Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2013.

2 Berdasarkan Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

23Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Trend pemberhentian pekerja yang dilaporkan pada tahun 2017 semakin menurun (35,097 pekerja; 2016: 37,699 pekerja), menghampiri purata jangka panjang3 30,000 pekerja setahun. Pemberhentian pekerja ini tertumpu pada sektor perkilangan, mencerminkan usaha penstrukturan semula industri khusus, kerana syarikat multinasional menyusun semula rantaian nilai global mereka untuk mencerminkan perubahan keperluan perniagaan. Walau bagaimanapun, prestasi sektor itu yang lebih kukuh telah menambah pekerjaan bersih sebanyak 23,709 pekerja dalam tempoh yang sama. Yang ketara, pemberhentian pekerja adalah sangat khusus dan sebahagiannya mencerminkan fl eksibiliti pasaran pekerja untuk berubah mengikut perubahan dalam persekitaran operasi, seperti peningkatan kecekapan dan penggunaan teknologi yang lebih meluas. Oleh itu, pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) pada 1 Januari 2018 merupakan tindakan penting untuk mengurangkan impak pemberhentian tanpa rela terhadap pekerja dengan melindungi kebajikan dan memastikan mereka menjalani latihan dan peningkatan kemahiran dalam tempoh peralihan kerja.

Upah nominal agregat dalam sektor swasta4 dan sektor awam meningkat masing-masing sebanyak 6.4% dan 6.2% pada tahun 2017 (2016: masing-masing sebanyak 4.3% dan 6.4%). Pertumbuhan upah dalam sektor swasta dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan. Secara khusus, pertumbuhan upah yang lebih kukuh dalam subsektor perkhidmatan utama5 (5.4%; 2016: 3.6%) disebabkan oleh subsektor perkhidmatan dagangan borong dan runcit serta perkhidmatan profesional. Dalam sektor perkilangan, pertumbuhan upah yang lebih tinggi (8.6%; 2016: 6.2%) adalah sejajar dengan pengeluaran yang kukuh dalam subsektor berorientasikan eksport dan dalam negeri. Impak positif yang berterusan daripada kenaikan gaji penjawat awam pada bulan Julai 2016 juga menyumbang kepada pertumbuhan upah secara keseluruhan.

Produktiviti pekerja, seperti yang diukur mengikut nilai ditambah benar bagi setiap pekerja, meningkat sebanyak 3.6% pada tahun 2017 (2016: 3.5%), dipacu terutamanya oleh peningkatan produktiviti dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan (masing-masing sebanyak 4.7% dan 4.2%; 2016: masing-masing sebanyak 4.1% dan 3.6%). Prestasi yang lebih baik dalam kedua-dua sektor ini adalah disebabkan oleh peningkatan produktiviti dalam subsektor perdagangan runcit, perkhidmatan kerajaan dan perkilangan peralatan pengangkutan.

3 Purata jangka panjang ialah purata pemberhentian pekerja tahunan dari 2000-2016, tidak termasuk tempoh krisis pada 2008-2009.4 Upah sektor swasta diperoleh daripada data gaji dan upah yang diterbitkan dalam Perangkaan Pembuatan Bulanan dan Perangkaan

Perkhidmatan Suku Tahunan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang mencakupi 62% jumlah pekerjaan.5 ‘Subsektor perkhidmatan utama’ termasuk subsektor perdagangan (borong dan runcit, penginapan serta makanan dan minuman,

maklumat dan komunikasi, pengangkutan dan penyimpanan, kesihatan, pendidikan, kesenian, hiburan dan riadah, serta perkhidmatan profesional dan hartanah).

Rajah 1: Peningkatan Guna Tenaga Bersih Mengikut Tahap Kemahiran, 2013-2017

a Awalan1 Merujuk kepada beza tahap guna tenaga antara satu tahun dengan tahun sebelumnya

Peningkatan guna tenaga bersih1 didorong oleh pewujudan pekerjaan kemahiran pertengahan dan kemahiran tinggiPeningkatan guna tenaga tahunan('000 orang)800

700

600

500

400

300

200

100

0

-100

-2002013 2014 2015 2016 2017a

Berkemahiran tinggi Berkemahiran pertengahan

Berkemahiran rendah Jumlah

Rajah 2: Pemberhentian Kerja, 2012-2017

Pemberhentian pekerja yang dilaporkan terus turun sejak tahun 2015

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan anggaranBank Negara Malaysia

34.0 33.1

44.3

37.7

35.1

25.9

2012

Pemberhentian kerja ('000 orang)

2013 2015 2016 20172014

Purata jangka masa panjang:30,000 orang

24 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS)

Selepas krisis kewangan pada tahun 2008-2009, lebih banyak tumpuan telah diberikan terhadap isu berkaitan dengan kualiti pertumbuhan ekonomi dan kesannya terhadap masyarakat dan komuniti. Semua perbincangan tentang pekerjaan, ketidaksamaan, mobiliti sosial dan kos sara hidup telah membawa kepada peningkatan permintaan daripada penggubal dasar dan komuniti penyelidikan untuk statistik pekerja yang terperinci dan kekerapan yang tinggi. Tujuannya adalah untuk menyerlahkan isu-isu ini bagi meningkatkan kualiti perbincangan awam serta pertimbangan dan pembentukan dasar yang lebih bermaklumat dapat dipertingkatkan.

Sepanjang dekad yang lalu, Malaysia telah mempertingkatkan landskap statistik pekerja. Penerbitan KDNK mengikut pendekatan pendapatan dan keadaan upah dalam industri perkhidmatan utama telah meningkatkan pengawasan dasar struktur dan dasar kitaran. Walaupun kemajuan telah dicapai, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Landskap ekonomi telah berubah dengan pesat dan jumlah aliran data turut meningkat dengan banyaknya. Pendekatan untuk mengumpul, mengurus dan menganalisis data juga telah diperbaharui secara menyeluruh.

Kerajaan sedar akan cabaran yang bakal ditempuh dan mengambil keputusan untuk menubuhkan Biro Statistik Buruh Malaysia (Malaysian Bureau of Labour Statistics, MBLS) di bawah seliaan Jabatan Perangkaan Malaysia. MBLS ditugaskan untuk menyediakan data pasaran pekerja yang berkualiti, tepat pada masanya dan menyeluruh. Maklumat yang tinggi permintaannya, seperti gaji, pewujudan pekerjaan dan kos pekerja mengikut industri akan dapat diakses oleh penggubal dasar dan orang awam secara lebih kerap (contohnya, secara bulanan atau suku tahunan berturut-turut) dan mempunyai perincian yang mencukupi (contohnya, pecahan mengikut sektor utama dan industri). Antara jurang besar (Rajah 1) yang terdapat dalam perangkaan rasmi semasa yang cuba diatasi oleh MBLS termasuklah kekurangan maklumat tentang “jumlah jam bekerja” dalam ekonomi. Hal ini akan menjadi penambahbaikan penting kepada statistik produktiviti pekerja sedia ada, yang diukur sebagai nilai ditambah benar bagi setiap orang yang bekerja. Meskipun data ini berguna, namun data ini berdepan dengan risiko terlebih anggaran terhadap peningkatan produktiviti, khususnya jika pengeluaran yang lebih tinggi diperoleh

daripada masa bekerja yang lebih panjang. Butiran seperti ini tidak dapat diperoleh daripada angka guna tenaga sahaja. Berdasarkan data yang berkaitan dengan jumlah jam bekerja yang dikumpulkan, MBLS boleh mengukur produktiviti pekerja dengan lebih tepat. Selain itu, pemahaman yang lebih mendalam tentang kos pekerja yang berskala dengan pengeluaran oleh industri utama akan membolehkan pemantauan yang lebih terperinci terhadap tekanan gaji dalam ekonomi. Tindakan ini boleh membantu penggubal dasar menilai dengan lebih jelas sama ada tekanan gaji adalah menyeluruh atau dalam industri tertentu sahaja. Maklumat tersebut penting untuk menjadi penentu pilihan tindakan dasar, jika ada, melalui pelarasan dasar monetari atau campur tangan dalam industri yang disasarkan.

Penggunaan konsep dan metodologi terkini untuk mengambil kira bidang pertumbuhan baharu seperti

ekonomi perkongsian (Airbnb, Uber) dan ekonomi digital (e-dagang) akan membolehkan penyesuaian dan penjajaran semula dasar yang berkaitan supaya dapat mencapai hasil yang dikehendaki. Penunjuk seperti guna tenaga jangka panjang mengikut pelbagai tempoh masa dan guna tenaga tidak penuh boleh menghasilkan analisis yang lebih mendalam tentang kelemahan yang wujud dalam ekonomi. Pada tempoh selepas Krisis Kewangan Global

Rajah 1: Jurang Semasa Dalam Perangkaan PasaranPekerja Terpilih

MBLS ditugaskan untuk menangani jurang semasadalam landskap perangkaan pekerja

Data tidak diperoleh Data diperoleh Beberapa penunjuk diperoleh

BulananSuku

tahunan TahunanPenunjuk Pekerja Terpilih mengikut

Sektor Ekonomi Utama

Gaji dan upah

Pemberhentian pekerja, kekosongan jawatandan perletakan jawatan, mengikut pekerjaan

Tempoh Bekerja (Jam)1

Sentimen pengambilan pekerja

1Data tahunan boleh diperolehi daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Pekerja (pecahanmengikut jantina). Pecahan mengikut industri tidak diperolehi.

Sumber: Penilaian Bank Negara Malaysia

Pengangguran jangka panjang(keseluruhan ekonomi)

25Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

(Global Financial Crisis, GFC), penunjuk-penunjuk ini banyak digunakan oleh penggubal dasar dalam ekonomi maju untuk mengukur kedudukan pasaran pekerja dan risiko kemerosotan kemahiran akibat lama menganggur. Dari segi bekalan pekerja, reka bentuk dan pelaksanaan program latihan semula boleh disesuaikan supaya dapat mencapai hasil yang lebih baik.

Terdapat keperluan yang jelas untuk meningkatkan lagi maklumat pasaran pekerja menerusi pemodenan pengumpulan dan pengurusan data. Bagi mencapai matlamat ini, penggunaan e-kajian dan penggunaan data pentadbiran daripada pelbagai agensi perlu ditingkatkan. Tindakan ini boleh dimajukan lagi dengan memanfaatkan analitis Data Raya untuk mendapatkan perangkaan yang diperlukan. Sebagai contoh, data yang diperoleh berkenaan dengan gaji dan upah daripada iklan kerja kosong dan portal kerja dalam talian boleh memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang perkembangan gaji mengikut tempat atau jawatan. Pada keseluruhannya, proses ini memerlukan kerjasama, piawaian dan perkongsian data yang lebih banyak dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan.

Menyedari akan perlunya perkongsian data yang lebih banyak dan penggunaan amalan perangkaan yang lebih moden, Jawatankuasa Perancang Statistik Buruh (Labour Statistics Planning Group, LSPG) ditubuhkan untuk memantau penubuhan dan operasi MBLS. LSPG yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (Economic Planning Unit, EPU), adalah teras dan platform penting untuk perkongsian data antara agensi pada masa depan dengan memanfaatkan data pentadbiran daripada lima ahli teras1 dan sepuluh ahli satelit2. Data pentadbiran yang sedia ada (contohnya pendaftaran, urus niaga dan penyimpanan rekod) daripada pelbagai kementerian dan agensi, boleh digabungkan dan digunakan dengan berkesan melalui kaedah perangkaan terkini. Gabungan dan penggunaan ini berpotensi untuk mengubah analisis data bagi pembentukan dasar menerusi pendekatan yang lebih berfokus dan berasas. Data ini termasuklah data pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh digunakan untuk mengukuhkan statistik guna tenaga bulanan. Selain itu, maklumat yang diambil daripada Sistem Insurans Pekerjaan (Employment Insurance System, EIS) yang baru dilaksanakan ini membolehkan keadaan pengangguran dalam ekonomi dikemas kini dengan kerap.

Meskipun masih pada peringkat awal penubuhannya, MBLS telah pun menerbitkan data tentang produktiviti pekerja, guna tenaga serta gaji dan upah berdasarkan Banci Ekonomi 2016, dengan matlamat jangka panjang yang merangkumi perangkaan daripada sektor tidak rasmi dan kos pekerja. Hal ini juga dijangka mendorong ke arah penyelidikan yang lebih mendalam oleh ahli akademik, kumpulan pemikir dan penganalisis, sementara menyumbang terhadap pengenalpastian perumusan dan campur tangan dasar yang lebih baik (contohnya, menambah baik program latihan dan pembangunan tenaga mahir, pembaharuan pendidikan).

MBLS merupakan kesinambungan usaha yang dibuat sebelum ini untuk mengukuhkan landskap perangkaan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk data yang lebih pelbagai, lebih kerap dan lebih terperinci. Inisiatif ini bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan secara bersendirian, namun usaha ini perlu dilakukan sejajar dengan kajian semula perangkaan dalam sektor awam untuk mengukuhkan tadbir urus semasa dan aturan institusi. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem perangkaan di Malaysia terus relevan, progresif dan berkesan untuk mendepani zaman yang cepat berubah.

1 Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Sumber Manusia (MOHR).

2 Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Institute of Labour Market Information and Analysis, ILMIA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (AGD).

26 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Kebanyakan Sektor Ekonomi Mencatat Pertumbuhan Lebih Tinggi

Dari segi penawaran, kebanyakan sektor mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun 2017. Prestasi pertumbuhan Malaysia tetap dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan, yang memperoleh manfaat daripada keadaan dalam dan luar negeri yang bertambah baik dengan ketara.

Sektor perkhidmatan berkembang pada kadar yang lebih pesat sebanyak 6.2% (2016: 5.6%) berikutan peningkatan prestasi dalam kebanyakan subsektor. Dari sudut pengguna, keadaan pasaran pekerja dan sentimen pengguna yang bertambah baik telah membantu pertumbuhan subsektor runcit, makanan & minuman dan penginapan serta kenderaan bermotor. Subsektor kewangan dan insurans mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi berikutan peningkatan yang kukuh dalam aktiviti pasaran modal, khususnya daripada tawaran awam awal. Pertumbuhan subsektor pengangkutan dan penyimpanan disokong oleh pertumbuhan yang lebih mantap dalam perdagangan dan trafi k penumpang udara. Pertumbuhan subsektor maklumat dan komunikasi juga lebih tinggi, mencerminkan permintaan yang meningkat terhadap perkhidmatan komunikasi data dan komputer.

Sektor perkilangan terus berkembang pada tahun 2017 (6.0%; 2016: 4.4%), dipacu oleh pertumbuhan industri berorientasikan dalam negeri yang lebih tinggi serta peningkatan yang berterusan dalam industri berorientasikan eksport. Dalam industri berorientasikan dalam negeri, pengeluaran kelengkapan pengangkutan komersial dan pengguna kembali pulih, setelah mengalami kemerosotan dalam pengeluaran kenderaan bermotor pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan industri berorientasikan dalam negeri terus disokong oleh permintaan yang stabil terhadap produk berkaitan makanan dan bahan berkaitan pembinaan. Pertumbuhan industri berorientasikan eksport berkadaran dengan pemulihan menyeluruh dalam permintaan global, yang menyokong peningkatan pengeluaran E&E dan produk berasaskan sumber seperti produk berkaitan minyak sawit dan petroleum.

Sektor pembinaan mencatat pertumbuhan yang sederhana sebanyak 6.7% (2016: 7.4%). Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disokong oleh subsektor kejuruteraan awam, disebabkan oleh kemajuan yang mantap dalam projek petrokimia, pengangkutan dan utiliti yang berskala besar. Subsektor pertukangan khas mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti projek yang berada pada peringkat awal pembinaan, seperti kerja pembersihan tanah, kerja cerucuk dan kerja penambakan tanah. Pertumbuhan subsektor harta tanah kediaman menjadi sederhana, sejajar dengan rekod tertinggi bilangan harta tanah kediaman yang tidak terjual. Dalam subsektor harta tanah bukan kediaman, pertumbuhan disokong oleh peningkatan aktiviti pembangunan campuran serta projek industri dan sosial seperti taman tema dan kompleks sukan, yang mengimbangi kelemahan yang berterusan dalam segmen komersial disebabkan oleh lebihan bekalan ruang pejabat dan kompleks beli-belah.

Pertumbuhan pengeluaran pertanian melonjak kepada 7.2% (2016: -5.1%), dipacu terutamanya oleh pemulihan pengeluaran minyak sawit mentah (crude palm oil, CPO), berikutan pemulihan kadar hasil selepas mengalami kesan negatif El Niño pada tahun 2016.

Jadual 1

KDNK Benar Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi (2010=100)

2017a 2016 2017a 2016 2017a

% daripada KDNK

Perubahan tahunan (%)Sumbangan kepada

pertumbuhan (mata peratusan)1

Perkhidmatan 54.4 5.6 6.2 3.0 3.4

Perkilangan 23.0 4.4 6.0 1.0 1.4

Perlombongan dan pengkuarian 8.4 2.2 1.1 0.2 0.1

Pertanian 8.2 -5.1 7.2 -0.4 0.6

Pembinaan 4.6 7.4 6.7 0.3 0.3

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar 100.01 4.2 5.9 4.2 5.9

1 Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan dan pengecualian komponen duti inport a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

27Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

SEKTOR LUARAN

Prestasi sektor luaran Malaysia kukuh, disokong oleh peningkatan ketara pertumbuhan dan aktiviti perdagangan global, serta sentimen pelabur antarabangsa yang bertambah baik Pada tahun 2017, sektor luaran Malaysia meningkat dengan ketara di persekitaran ekonomi global yang bertambah baik secara menyeluruh dan volatiliti pasaran kewangan antarabangsa yang secara relatif rendah. Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka terhadap aliran perdagangan dan pelaburan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada keadaan yang menggalakkan ini. Seterusnya, keadaan ini menyumbang kepada prestasi eksport yang memberangsangkan, lebihan akaun semasa yang lebih tinggi, aliran masuk FDI yang berterusan dan aliran masuk semula pelaburan portfolio oleh pelabur antarabangsa. Hutang luar negeri Malaysia menurun, dengan risikonya dikurangkan oleh profil mata wang dan tempoh matang yang memuaskan. Rizab antarabangsa yang mencukupi terus menjadi penampan daripada sebarang potensi kejutan dan volatiliti sektor luaran.

Eksport yang mantap, didorong oleh pertumbuhan dua angka dalam jumlah eksport dan harga eksport yang kembali pulih Berlatarkan pertumbuhan yang segerak dan semakin nyata di negara maju dan negara yang sedang pesat membangun, aktiviti perdagangan global meningkat semula, terutamanya di rantau Asia. Malaysia memperoleh manfaat yang besar daripada peningkatan semula permintaan luaran rakan-rakan perdagangannya, disokong oleh integrasi ekonomi Malaysia yang mendalam dengan rantaian nilai global, serta komposisi produk dan pasaran eksport yang sangat pelbagai.

Dalam sektor perlombongan, pertumbuhan menjadi sederhana kepada 1.1% (2016: 2.2%), mencerminkan pelarasan sukarela bekalan minyak mentah oleh PETRONAS, sejajar dengan perjanjian OPEC untuk membataskan pengeluaran minyak mentah sehingga akhir tahun 2018. Pertumbuhan ini terus disokong oleh peningkatan pengeluaran dalam subsektor gas asli yang mencerminkan pertambahan kemudahan kapasiti gas asli.

Kenaikan eksport kasar yang pesat pada tahun 2017 didorong terutamanya oleh jumlah eksport (Rajah 1.5), yang mencatat pertumbuhan dua angka buat kali pertama sejak tahun 2004 (11.1%, 2016: 2.6%). Pertumbuhan yang lebih cepat dalam jumlah eksport didorong oleh eksport perkilangan, berikutan permintaan global berwajaran eksport yang lebih tinggi (3.6%, 2016: 3.1%). Pemulihan perbelanjaan pengguna dan perniagaan global, sejajar dengan pelancaran peranti pintar utama yang popular dan pelaburan dalam jentera dan peralatan, telah mendorong peningkatan pesat kitaran teknologi global. Perkembangan ini menyebabkan permintaan yang lebih kukuh terhadap produk E&E, dengan jumlah eksport meningkat sebanyak 16.8% pada tahun 2017 (2016: 3.4%), didorong terutamanya oleh eksport semikonduktor. Hasilnya, bahagian pasaran global bagi eksport semikonduktor Malaysia meningkat kepada 5.9%2 (2016: 5.7%). Jumlah eksport produk perkilangan bukan E&E juga kembali pulih dengan ketara (11.4%; 2016: -0.9%),

Rajah 1.5: Sumbangan Jumlah Eksport, Harga Produk dan Kadar Pertukaran kepada Pertumbuhan Eksport Kasar

Pertumbuhan eksport kasar yang kukuh didorong oleh jumlah eksport

a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

1.6 1.2

18.9

-30

-20

-10

0

10

20

30

2015 2016 2017a

Jumlah eksport Harga produk Kadar pertukaranEksport nominal

Perubahan tahunan (%), sumbangan kepada pertumbuhan (mata peratusan)

2 Angka bagi bulan Januari-November 2017, seperti yang disiarkan oleh Global Trade Atlas.

28 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

dipacu oleh permintaan yang teguh terhadap keluaran petroleum, kimia dan getah serta besi dan keluli. Walau bagaimanapun, jumlah eksport komoditi meningkat sederhana kepada 2.2% (2016: 9.5%). Pengeluaran LNG daripada kemudahan pengeluaran baharu di Sarawak yang lebih tinggi. Ini sebahagiannya telah diimbangi oleh eksport minyak mentah yang lebih rendah berikutan persetujuan OPEC untuk mengehadkan pengeluaran minyak.

Harga produk eksport yang secara keseluruhan pulih (4.3%; 2016: -7.4%) memberikan dorongan tambahan kepada pertumbuhan eksport kasar. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya bagi eksport komoditi, yang meraih manfaat daripada pemulihan harga minyak mentah (+21.7%) dan LNG (+13.6%) pada tahun 2017 (2016: masing-masing sebanyak -16.1% dan -26.9%). Harga eksport perkilangan pada amnya kekal mampan selepas menurun selama tiga tahun berturut-turut (2014-2016: -9.2%), disokong sebahagiannya oleh harga jualan purata yang lebih tinggi bagi komponen elektronik seperti semikonduktor dan cip memori untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat dan keadaan penawaran yang lebih ketat. Hal ini ditunjukkan oleh kadar penggunaan kapasiti yang sangat tinggi dalam sektor perkilangan di kebanyakan ekonomi utama seperti EU, AS dan RR China, yang mencatat paras tertinggi selepas Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC).

Dengan mengetepikan kesan pergerakan kadar pertukaran mata wang, Malaysia muncul sebagai pengeksport ketiga terbaik di rantau ini dalam nilai dolar AS selepas Indonesia dan Korea, dengan peningkatan eksport kasar sebanyak 14.9% (2016: -4.8%, Rajah 1.6). Hal ini menunjukkan bahawa kadar pertukaran mata wang bukanlah pemacu utama bagi prestasi pertumbuhan eksport kasar yang kukuh. Import kasar mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 19.9% (2016: 1.9%), mencerminkan terutamanya import yang lebih tinggi untuk barangan pengantara, barangan modal, dan barangan untuk eksport semula. Import barangan pengantara dan barangan modal yang lebih kukuh (masing-masing sebanyak 20.0% dan 15.3%) adalah sejajar dengan eksport perkilangan yang mantap dan pelaburan yang lebih pesat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Import barangan bernilai tinggi, termasuk struktur terapung, kapal minyak dan gas serta pesawat udara memberi dorongan tambahan kepada import modal, terutamanya pada suku pertama tahun 2017. Aktiviti eksport semula yang lebih baik didorong terutamanya oleh produk petroleum dan E&E, bagi memenuhi terutamanya permintaan serantau.

Secara keseluruhan, imbangan perdagangan Malaysia meningkat kepada RM97.2 bilion

Rajah 1.7: Imbangan Perdagangan Mengikut Komoditi

Imbangan perdagangan yang lebih tinggi disokong oleh lebihan dalam E&E dan komoditi yanglebih besar RM bilion

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Perkilangan

Keluaran petroleumPetroleum mentah

Gas asli cecair (LNG)

Minyak sawit

Lain-lain

Imbangan perdagangan

a Awalan

2013 2014 2015 2016 2017a-50

0

50

100

150

Rajah 1.6: Prestasi Eksport Serantau dalam Nilai Dolar AS

Pertumbuhan eksport kasar yang lebih teguh (dalam nilai dolar AS) selaras dengan negara-negara serantau

2016 2017a

a Awalan*Eksport dalam negeri bukan minyak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg

-3.5-5.9

-4.8

-1.7 -2.4

16.4 15.814.9

13.2

10.1

0.5

-3.1

-7.7

9.9 9.5

7.9

-10

-5

0

5

10

15

20

Indonesia Korea Malaysia China Taipei Thailand Singapura*Filipina RR China

Perubahan tahunan (%)

29Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Perkembangan Kadar Syarat Perdagangan Malaysia

Kadar syarat perdagangan merujuk kepada harga eksport sesebuah negara berbanding dengan harga importnya. Kadar syarat perdagangan boleh ditafsirkan sebagai jumlah barangan yang diimport yang boleh dibeli oleh sesebuah negara untuk satu unit barangan yang dieksportnya. Kadar syarat perdagangan diwakili oleh suatu indeks, yang dikira dengan membahagikan indeks harga eksport dengan indeks harga import dan didarab dengan 100. Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik menunjukkan bahawa bagi setiap unit eksport yang dijual, lebih banyak unit barangan import yang boleh dibeli. Sebagai perbandingan, apabila kadar syarat perdagangan bertambah buruk, negara perlu mengeksport lebih banyak unit untuk paras import yang sama.

Kadar syarat perdagangan Malaysia bertambah baik pada tahun 2017, tetapi kadar ini mengalami trend yang menurun sejak tahun 2011. Ini disebabkan terutamanya oleh:• Kemerosotan harga komoditi; dan• Harga eksport perkilangan yang lemah disebabkan oleh persaingan yang lebih tinggi dan konsolidasi industri, terutamanya dalam sektor E&E.

Pada asas tahun ke tahun, kadar syarat perdagangan Malaysia mengukuh pada tahun 2017. Sejak mencatat paras terendah pada bulan Mac 2016 sebanyak 96.0 mata, kadar syarat perdagangan bertambah baik berikutan pemulihan harga komoditi dan harga yang lebih tinggi untuk eksport perkilangan. Kadar syarat perdagangan mencapai paras kemuncak pada 98.0 mata pada bulan Februari 2017, sebelum menjadi sederhana sedikit kepada 97.7 mata pada bulan Disember 2017.

Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik menjana kesan limpahan yang positif kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. Pertama, permintaan terhadap produk eksport Malaysia yang meningkat mendorong permintaan yang lebih tinggi terhadap pekerja dan peningkatan upah. Trend ini sangat ketara terutamanya dalam sektor perkilangan, yang mencatat pertumbuhan guna tenaga dan upah yang mantap. Pencerahan yang diperoleh daripada pengawasan yang dijalankan oleh pejabat wilayah Bank juga menunjukkan bahawa firma-firma dalam sektor perkilangan yang berorientasikan eksport melaporkan jumlah kerja lebih masa yang bertambah untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi pesanan. Seterusnya, keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik ini menghasilkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi. Kedua, pesanan eksport yang meningkat dan kadar penggunaan kapasiti yang lebih tinggi1 (82.6%; 2016: 77.5%) menyebabkan lebih banyak firma menjalankan aktiviti pelaburan. Hasil dan keuntungan yang lebih besar juga dijana kerana firma-firma memperoleh manfaat daripada harga jualan purata yang lebih tinggi dan jumlah jualan yang meningkat.

Rajah 1: Kadar Syarat Perdagangan Malaysia

Harga eksport Harga import Kadar syarat perdagangan

a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

95

100

105

110

115

120

Indeks

Kadar syarat perdagangan bertambah baik padatahun 2017

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a

1 Sumber: Kadar penggunaan kapasiti daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

(2016: RM88.1 bilion), disokong oleh lebihan E&E dan komoditi yang lebih tinggi, yang mengimbangi defi sit yang berterusan dalam barangan perkilangan bukan E&E, seperti jentera, peralatan dan alat ganti, peralatan pengangkutan serta keluaran besi dan keluli.

Imbangan akaun semasa meningkat kepada RM40.3 bilion, atau 3.1% daripada PNK, berbanding dengan tahun sebelumnya (2016: RM29.0 bilion atau 2.4% daripada PNK). Akaun semasa mencatat lebihan yang lebih tinggi, terutamanya disebabkan

30 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

oleh lebihan barangan yang lebih besar3 berikutan prestasi eksport yang kukuh. Ini lebih daripada mengimbangi defisit yang bertambah dalam akaun perkhidmatan dan akaun pendapatan primer. Sejajar dengan aktiviti perdagangan yang mantap dan pelaburan dalam negeri yang lebih tinggi, akaun perkhidmatan mencatat defisit yang lebih besar, terutamanya disebabkan oleh pertambahan defisit dalam perkhidmatan pengangkutan dan insurans (masing-masing sebanyak -RM29.7 bilion dan -RM8.9 bilion). Defisit pengangkutan mencerminkan pergantungan yang tinggi terhadap penyedia perkhidmatan asing terutamanya dalam segmen pengangkutan laut dan udara. Walau bagaimanapun, segmen penumpang udara dan pelabuhan terus mencatat lebihan imbangan bersih. Lebihan yang lebih tinggi dicatat dalam akaun perjalanan (RM33.0 bilion; 2016: RM31.5 bilion), didorong terutamanya oleh perbelanjaan per kapita yang lebih besar oleh pelancong di Malaysia. Ini mengimbangi jumlah ketibaan pelancong yang lebih rendah (25.9 juta pelancong; 2016: 26.8 juta pelancong), yang mencerminkan penurunan jumlah pelancong terutamanya dari ASEAN, India, UK dan Australia.

Dalam akaun pendapatan, defi sit pendapatan primer bertambah kepada RM36.1 bilion (2016: -RM34.6 bilion). Ini disebabkan oleh pendapatan pelaburan yang lebih besar terakru kepada FDI di Malaysia terutamanya dalam sektor perkilangan berikutan prestasi entiti multinasional yang berorientasikan eksport yang sangat memberangsangkan. Defisit ini sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan yang lebih tinggi daripada pelaburan langsung di luar negeri (direct investment abroad, DIA) oleh syarikat Malaysia terutamanya dalam sektor kewangan & insurans dan perkilangan, yang disokong oleh persekitaran ekonomi global yang lebih baik. Pulangan FDI terus mengatasi pulangan DIA, dengan masing-masing mencatat pulangan sebanyak 10.6% dan 5.1% (2016: masing-masing sebanyak 9.3% dan 3.7%). Akaun pendapatan sekunder mencatat defisit yang besar (-RM18.6 bilion: 2016: -RM18.6 bilion) didorong oleh pengiriman wang oleh pekerja asing.

Aliran modal rentas sempadan yang ketara

Akaun kewangan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM2.3 bilion (2016: aliran keluar bersih RM1.1 bilion), disebabkan oleh aliran masuk pelaburan jangka panjang yang berterusan oleh bukan pemastautin dalam bentuk FDI, dan pelaburan semula portfolio oleh bukan pemastautin. Keadaan ini didorong oleh pertumbuhan dalam negeri yang teguh, prospek pertumbuhan global yang bertambah baik, dan keadaan volatiliti dalam pasaran kewangan yang berkurang. Aliran masuk ini sebahagiannya diimbangi oleh DIA, meskipun pada kadar yang lebih sederhana, dan pelaburan portfolio di luar negeri oleh bank pemastautin dan pelabur institusi.

Akaun pelaburan langsung mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM12.4 bilion (2016: aliran masuk bersih RM14.1 bilion), disebabkan aliran masuk FDI bersih yang melebihi aliran keluar bersih DIA. Prestasi pertumbuhan dan prospek ekonomi yang bertambah baik memberi sokongan kepada daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur antarabangsa. Hal ini mendorong aliran masuk pelaburan langsung jangka panjang yang berterusan oleh bukan pemastautin. Aliran masuk FDI berjumlah RM39.2 bilion, bersamaan dengan 3.0% daripada PNK (2016: aliran masuk bersih RM47.2 bilion atau 3.9% daripada PNK),

3 Perbezaan antara lebihan barangan dengan lebihan perdagangan mungkin timbul berikutan pengecualian untuk barangan pemprosesan, penyimpanan dan pengagihan dalam akaun barangan mengikut Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (BPM6) Edisi Keenam oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

-80

-40

0

40

80

120

160

2013 2014 2015 2016 2017a

RM bilion % daripada PNK

Pendapatan primer

Barangan Perkhidmatan

Pendapatan sekunder

Rajah 1.8: Imbangan Akaun Semasa

Lebihan akaun semasa yang lebih tinggi pada tahun 2017 disebabkan terutamanya oleh lebihan barangan yang lebih besar

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

a Awalan

Imbangan akaun semasa, % daripada PNK (skala kanan)

-8

-4

0

4

8

12

16

31Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

terutamanya dalam bentuk suntikan modal ekuiti daripada syarikat induk di luar negeri dan keuntungan tertahan untuk pelaburan semula dalam ekonomi domestik berikutan keuntungan korporat yang lebih tinggi. Dari segi sektor ekonomi, FDI kekal menyeluruh. Sektor penerima terbesar ialah perkhidmatan bukan kewangan, terutamanya subsektor harta tanah dan maklumat dan komunikasi. FDI dalam sektor perlombongan juga lebih tinggi, dengan peningkatan sebanyak 54% daripada tahun sebelumnya untuk menyokong aktiviti penerokaan dan pengekstrakan minyak dan gas huluan yang berterusan berikutan pemulihan harga minyak global. Dari segi negara sumber, Eropah dan Asia merupakan penyumbang FDI yang besar, terutamanya Hong Kong SAR, RR China dan UK. DIA oleh syarikat Malaysia mencatat aliran keluar bersih yang lebih sederhana sebanyak RM26.8 bilion, bersamaan dengan 2.0% daripada PNK (2016: aliran keluar bersih RM33.1 bilion atau 2.8% daripada PNK). Punca pelaburan adalah terutamanya dalam bentuk pendapatan tertahan dan pemberian pinjaman antara syarikat kepada subsidiari di luar negeri. Berdasarkan sektor, DIA disalurkan terutamanya kepada subsektor kewangan dan insurans. DIA dalam sektor perlombongan pula merosot, berikutan penurunan dalam aktiviti pelaburan minyak dan gas huluan di luar negeri oleh syarikat minyak negara. ASEAN dan

Eropah merupakan penerima utama DIA daripada syarikat Malaysia, terutamanya Singapura, Indonesia serta UK.

Rizab mencukupi dan hutang luar negeri terurus, sementara aliran modal besar disalurkan secara cekap dalam pasaran kewangan domestik Akaun pelaburan portfolio mencatat aliran keluar bersih yang lebih rendah sebanyak RM9.2 bilion (2016: aliran keluar bersih RM15.4 bilion). Ini disebabkan terutamanya oleh perubahan aliran pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin yang mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM7.3 bilion (2016: aliran keluar bersih sebanyak RM0.4 bilion), dalam keadaan pemerolehan aset asing bersih oleh pengurus dana pemastautin (aliran keluar bersih RM16.5 bilion; 2016: aliran keluar bersih sebanyak RM15.0 bilion). Meskipun berlaku volatiliti pada suku pertama, aliran pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin telah kembali semula ke dalam pasaran modal domestik, mencerminkan pembelian sekuriti ekuiti domestik, yang sebahagiannya diimbangi oleh pelupusan bersih sekuriti hutang domestik jangka pendek pada suku pertama tahun 2017. Khususnya, pegangan asing Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) menurun pada suku pertama berikutan pengimbangan semula dedahan aset dalam ekonomi pasaran sedang pesat membangun oleh pengurus aset antarabangsa.

Rajah 1.9: Pelaburan Langsung Asing Bersih Mengikut Sektor

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

a Awalan

1 Pelaburan langsung asing seperti yang ditakrifkan mengikut Manual Imbangan Pembayaran Edisi Kelima (BPM5) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

2017a: RM39.2 bilion

Perkhidmatanbukan kewangan

40.0%

Perlombongan32.3%

Perkilangan15.6%

Perkhidmatankewangan

7.2%

Pembinaan4.6%

Pertanian0.2%

Pelaburan langsung asing1 disalurkan kebanyakannya ke dalam sub-sektor perkhidmatanbukan kewangan

Rajah 1.10: Pelaburan Langsung Luar Negeri BersihMengikut Sektor

Pelaburan langsung luar negeri1 disalurkan kebanyakannya ke dalam sektor perkhidmatan

1 Pelaburan langsung luar negeri seperti yang ditakrifkan mengikut Manual Imbangan Pembayaran Edisi Kelima (BPM5) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Perkhidmatankewangan 45.8%

Perkhidmatan bukankewangan

22.5%

Perlombongan10.3%

Perkilangan14.2%

Pertanian5.6%

Pembinaan1.7%

2017a:RM26.8 bilion

32 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Hal ini berlaku pada bulan Mac 2017, apabila pasaran menjangkakan bahawa Federal Reserve AS akan mengembalikan dasar monetarinya ke tahap wajar. Di samping itu, berlaku semula volatiliti dalam harga minyak global dan pengurangan yang ketara terhadap wajaran Malaysia dalam Indeks GBI-EM JP Morgan berikutan penyertaan Argentina, Republik Czech dan Uruguay dalam indeks tersebut. Akibatnya, pemegangan instrumen hutang awam oleh bukan pemastautin menurun kepada 16.4% pada akhir suku pertama (akhir bulan Disember 2016: 20.8%). Pasaran kewangan Malaysia yang mendalam dan pelbagai, serta sistem perbankan negara dengan permodalan dan mudah tunai yang tinggi telah menyalurkan dengan baik aliran dana yang besar itu. Kehadiran pelabur institusi domestik telah menyokong permintaan semasa tempoh tekanan pasaran kewangan dan aliran keluar modal. Walaupun sekuriti hutang mencatat aliran keluar bersih, pelabur asing kembali membeli sekuriti ekuiti pada suku pertama tahun 2017 (akhir bulan Mac 2017: bukan pemastautin memegang 22.4% daripada jumlah permodalan pasaran; akhir bulan Disember 2016: 22.3%), dalam keadaan pendapatan korporat yang lebih kukuh serta prestasi ringgit dan prospek ekonomi yang lebih baik. Aliran pelaburan portfolio bukan pemastautin masuk semula ke dalam pasaran kewangan domestik dalam keadaan volatiliti pasaran kewangan yang lebih rendah pada tahun 2017. Sentimen pelabur yang bertambah baik telah disokong oleh jangkaan pendapatan korporat yang lebih baik, pertumbuhan eksport yang terus kukuh, prestasi ekonomi

yang lebih baik daripada jangkaan dan prospek pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Faktor-faktor ini menyokong aliran masuk pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin ke dalam pasaran ekuiti dan hutang, walaupun terdapat beberapa bahagian MGS dan GII yang telah matang. Hasilnya, pemegangan sekuriti ekuiti dan instrumen hutang awam domestik masing-masing meningkat 23.2% dan 17.7% pada akhir bulan Disember 2017.

Akaun pelaburan lain mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM1.3 bilion (2016: aliran masuk bersih RM1.0 bilion), disebabkan terutamanya oleh aliran keluar bersih dalam sektor korporat. Hal ini mencerminkan terutamanya penempatan mata wang dan deposit di luar negeri serta pembayaran balik bersih pinjaman kepada bukan pemastautin. Aliran keluar ini sebahagiannya diimbangi oleh aliran masuk bersih dalam sektor perbankan, disebabkan terutamanya oleh penempatan mata wang dan deposit dalam institusi kewangan domestik, pemberian pinjaman kepada bank-bank Malaysia oleh institusi kewangan di luar negeri dan pembayaran balik pinjaman yang sebelum ini diberikan oleh bank tempatan. Urus niaga antara bank ini, yang berbeza dari segi magnitud dan arah pada setiap suku tahun, menekankan strategi pengurusan perbendaharaan oleh institusi perbankan individu. Sektor awam mencatat aliran keluar bersih, disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman jangka panjang oleh kerajaan. Kesilapan dan ketinggalan (errors and omissions, E&O) berjumlah -RM51.9 bilion, atau -2.9% daripada jumlah perdagangan (2016: -RM13.2 bilion atau -0.9% daripada jumlah perdagangan), sebahagiannya disebabkan oleh kerugian penilaian semula pertukaran asing ke atas rizab antarabangsa yang timbul daripada peningkatan nilai ringgit pada tahun 2017. Tidak termasuk kerugian penilaian semula, E&O menurun kepada -RM26.3 bilion, atau -1.5% daripada jumlah perdagangan.

Berikutan perkembangan ini, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD102.4 bilion pada akhir tahun 2017 berbanding dengan USD94.5 bilion pada akhir tahun 2016. Di samping sokongan daripada lebihan akaun semasa yang lebih tinggi dan aliran masuk FDI yang berterusan, paras rizab juga mencerminkan perubahan penilaian semula pertukaran asing. Penyusutan nilai dolar AS berbanding dengan kebanyakan mata wang dalam aset rizab pelbagai mata wang asing pada tahun 2017, kecuali pada suku tahun pertama, menyumbang kepada kenaikan paras rizab. Pada 15 Mac 2018, rizab antarabangsa

Rajah 1.11: Pelaburan Portfolio

Aliran masuk semula pelaburan portfolio oleh pelabur bukan pemastautin

a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

RM bilion

Bukan pemastautin Pemastautin Pelaburan portfolio bersih

2016

-40

-30

-20

-10

0

10

20

30

1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q

2017 a

33Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

berjumlah USD103.9 bilion. Rizab antarabangsa ini kekal mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa dan cukup untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, Malaysia telah membangunkan pelbagai instrumen dasar monetari dan meneruskan fl eksibiliti kadar pertukaran yang lebih tinggi melalui pengurangan kawal selia dan liberalisasi. Ini telah membolehkan ekonomi mengurangkan pergantungan pada rizab antarabangsa Bank dalam menguruskan tekanan luaran. Yang penting, rizab antarabangsa bukan satu-satunya cara bagi negara untuk memenuhi obligasi luarannya. Dianggarkan 75% aset luaran dipegang oleh syarikat, bank dan pelabur institusi tempatan. Aset luaran ini membolehkan entiti-entiti ini memenuhi obligasi luaran tanpa perlu membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa.

Hutang luar negeri terurus

Pada akhir tahun 2017, hutang luar negeri Malaysia menurun kepada RM883.4 bilion bersamaan dengan USD215.5 bilion atau 65.3% daripada KDNK (2016: RM916.1 bilion, bersamaan dengan USD202.3 bilion atau 74.5% daripada KDNK). Hutang luar negeri yang lebih rendah ini disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tahun 2017. Tidak termasuk kesan penilaian, kedudukan hutang luar negeri Malaysia meningkat 1.4% daripada KDNK, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam peminjaman antara bank dan deposit oleh bukan pemastautin.

Risiko daripada hutang luar negeri kekal terurus. Risiko ini dikurangkan oleh profi l mata wang dan tempoh matang. Lebih satu pertiga daripada hutang luar negeri adalah dalam denominasi ringgit (34.3%), yang terdiri terutamanya dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang ringgit domestik dan deposit ringgit dalam institusi perbankan domestik. Oleh itu, liabiliti ini tidak tertakluk pada perubahan penilaian akibat turun naik kadar pertukaran. Sepanjang tahun 2017, jumlah pemegangan sekuriti hutang domestik oleh bukan pemastautin menurun 3.2% kepada RM207.4 bilion (akhir 2016: RM214.2 bilion). Keadaan ini sebahagian besarnya mencerminkan tempoh matang MGS dan GII, serta Nota Monetari Bank Negara (BNMN). Sebaliknya, pemegangan deposit dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan domestik

meningkat sebanyak RM0.8 bilion atau 1.6% kepada RM50.1 bilion, bersamaan dengan 55.0% daripada jumlah deposit oleh bukan pemastautin.

Bahagian hutang luar negeri selebihnya yang berjumlah RM580.7 bilion (65.7%) adalah dalam mata wang asing, yang tertakluk pada keperluan kehematan dan lindung nilai terhadap institusi perbankan dan entiti korporat. Kebanyakan obligasi merupakan peminjaman luar pesisir4, yang diperoleh terutamanya untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan menguruskan sumber kewangan dengan lebih baik dalam kumpulan korporat. Pada akhir tahun 2017, peminjaman luar pesisir adalah lebih rendah pada 37.5% daripada KDNK berbanding dengan 60.0% daripada KDNK semasa Krisis Kewangan Asia.

Daripada jumlah hutang luar negeri dalam denominasi mata wang asing, kira-kira satu pertiga ialah peminjaman antara bank dan deposit mata wang asing dalam sistem perbankan domestik, yang meningkat sebanyak RM9.9 bilion sejak akhir tahun 2016. Hal ini mencerminkan pengurusan mudah tunai antara kumpulan bank dan penempatan deposit oleh syarikat induk asing, yang tertakluk pada amalan pengurusan mudah tunai berhemat, seperti had dalaman bagi pendanaan dan kematangan yang tidak sepadan. Komponen

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

1 Perubahan setiap instrumen hutang tidak termasuk kesan penilaian kadar pertukaran2 Terdiri daripada kredit perdagangan, peruntukan SDR IMF dan liabiliti hutang lainNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Rajah 1.12: Perubahan Jumlah Hutang Luar Negeri padaTahun 2017

- 51.1

- 6.9- 2.3 - 0.1

0.5 2.77.8

16.6

-60

-50

-40

-30

-20

-10

0

10

20

RM bilionPositif menunjukkan peminjaman bersih atau terbitan sekuriti hutang

Kesanpenilaian

kadarpertukaran

Pemegangansekuritihutang

domestikoleh bukanpemastautin

Pinjamanantara

syarikat

Lain-lain2 Bon dannota

Pinjaman Depositbukan

pemastautin

Peminjamanantarabank

Hutang luar negeri lebih rendah pada tahun 2017 Perubahan bersih1: -RM32.8 bilion

4 Merangkumi terutamanya pinjaman serta bon dan nota dalam mata wang asing yang diperoleh dan diterbitkan di luar pesisir.

34 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017terbesar seterusnya ialah bon dan nota jangka panjang yang diterbitkan di luar pesisir (26.6% bahagian atau RM154.2 bilion), terutamanya untuk membiayai pemerolehan aset di luar negeri yang akan menjana pendapatan akan datang. Pinjaman antara syarikat dalam denominasi mata wang asing adalah lebih rendah sebanyak RM12.9 bilion pada tahun itu, disebabkan oleh pembayaran balik bersih. Obligasi ini biasanya tertakluk pada syarat yang fleksibel dan berkonsesi, contohnya pinjaman yang

mempunyai jadual pembayaran balik yang fleksibel atau pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.

Dari perspektif tempoh matang, lebih separuh daripada jumlah hutang luar negeri cenderung ke arah tempoh berjangka sederhana hingga panjang (57.3% daripada jumlah hutang luar negeri), yang menggambarkan risiko pelanjutan yang terhad. Di samping itu, bukan semua hutang luar negeri jangka pendek memerlukan tuntutan terhadap rizab. Pada tahun 2017, Malaysia mencatat lebihan akaun semasa yang lebih tinggi berikutan persekitaran permintaan luaran yang menggalakkan, dan terus mengalami kedudukan aset luaran jangka pendek bersih. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan peminjam mempunyai aliran pendapatan mata wang asing yang stabil melalui aktiviti perdagangan dan telah mengumpul aset luaran yang membolehkan mereka memenuhi obligasi luaran. Pada akhir tahun 2017, Malaysia mencatat kedudukan aset jangka pendek bersih berjumlah RM268.1 bilion. Kedudukan aset jangka pendek bersih yang mampan ini mencerminkan keupayaan ekonomi untuk membayar hutang luar negeri jangka pendek apabila tempoh pembayarannya tiba. Selain itu, Malaysia mempunyai kedudukan aset mata wang asing bersih, disebabkan kebanyakan liabiliti adalah dalam ringgit dan aset pula kebanyakannya adalah dalam denominasi mata wang asing. Ini bermakna kedudukan luaran negara dilindungi dengan baik daripada susut nilai kadar pertukaran yang mendadak.

Rajah 1.13: Butiran Hutang Luar Negeri Malaysia (% bahagian)

Profil hutang luar negeri menggalakkan

Sumber: Bank Negara Malaysia

1 Termasuk kredit perdagangan, peruntukan SDR IMF dan pelbagai, seperti tuntutan insurans yang belum dibayar and faedah belum bayar untuk bon dan nota

Lain-lain1

8.8% Pemegangan sekuritihutang domestik olehbukan pemastautin

23.5%

Jangka pendek42.7%

Hutang dalamdenominasi ringgit

34.3%

Hutang dalam denominasimata wang asing

65.7%

Jangka sederhanadan panjang

57.3%

Peminjamanantara bank

19.5%

Bon dan nota17.6%

Pinjamanantara syarikat

14.3%

Pinjaman6.0%

Deposit bukanpemastautin

10.3%

Peminjamanluar pesisir

Risiko pembiayaansemula terhad

Tertakluk kepadakeperluan kehematandan lindung nilai

Mengikut instrumen Mengikut tempoh matang Mengikut mata wang

Rajah 1.14: Butiran Hutang Luar Negeri dalam DenominasiMata Wang Asing (% bahagian)

Hutang dalam denominasi mata wang asing tertakluk kepada keperluan amalan pengurusan mudah tunaiyang berhemat dan keperluan perlindungan nilai

Pinjaman antarasyarikat17.2%

Pinjaman8.9%

Lain-lain1 10.9%

Deposit bukanpemastautin

7.1%

Peminjamanantara bank

29.3%

Bon dan nota26.6%

Peminjamanluar pesisir

1 Termasuk kredit perdagangan dan pelbagai, seperti tuntutan insurans yang belum dibayar dan faedah belum bayar untuk bon dan nota

Sumber: Bank Negara Malaysia

35Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

RM bilion % daripada PNK

Rajah 1.15: Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Bersih

IIP mencatat liabiliti bersih pada tahun 2017

IIP bersih % daripada PNK (skala kanan)

d Disemak

a Awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

-10

-5

0

5

10

15

-100

-50

0

50

100

150

2011 2012 2013 2014 2015 2016d 2017a

sebagai penyerap kejutan dalam mempengaruhi IIP. Peningkatan nilai ringgit telah mengurangkan aset luaran negara, yang sebahagian besarnya adalah dalam denominasi mata wang asing, apabila dinilai dalam ringgit. Impak ringgit yang lebih kukuh ke atas liabiliti luaran adalah lebih kecil memandangkan bahagian liabiliti dalam denominasi ringgit yang tinggi, iaitu dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang domestik dan ekuiti serta penempatan deposit dalam sistem perbankan domestik oleh bukan pemastautin.

Infl asi keseluruhan meningkat pada tahun 2017

Infl asi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat kepada 3.7% pada tahun 2017 (2016: 2.1%). Walaupun kadar infl asi ini berada dalam julat unjuran Bank, infl asi pada tahun 2017 masih mengalami volatiliti dan didorong terutamanya oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi. Kos luar negeri dan kos dalam negeri yang lebih tinggi akibat harga komoditi global yang meningkat dan gangguan bekalan makanan dalam negeri juga menyumbang kepada infl asi pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh sejak bulan April 2017 membantu mengawal peningkatan dalam kos pengeluaran bagi barangan dalam negeri. Infl asi asas, seperti yang diukur oleh infl asi teras, juga lebih tinggi pada tahun 2017, dengan kadar purata 2.3% (2016: 2.1%).

Di luar negeri, harga komoditi global adalah lebih tinggi pada tahun 2017, didorong oleh kenaikan harga minyak

Sumber: Bank Negara Malaysia

Rajah 1.16: Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Mengikut Mata Wang

Aset luar negeri dalam mata wang asing melebihi liabiliti luar negeri dalam mata wang asing

Ringgit Mata wang asing

Aset Liabiliti0

200

400

600

800

1,000

1,200

1,400

1,600

1,800

RM billion

1,687.8 1,707.1

Inflasi terasInflasi keseluruhan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Pertumbuhan tahunan (%)

J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D

2015 20172016

Rajah 1.17: Inflasi Harga Pengguna

Inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.7% pada tahun 2017

0.0

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

Pada akhir tahun 2017, Malaysia mencatat kedudukan liabiliti bersih yang kecil sebanyak RM19.3 bilion, bersamaan dengan -1.5% daripada PNK, berbanding dengan kedudukan aset bersih RM70.1 bilion, atau 5.9% daripada PNK pada tahun 2016. Peningkatan kadar pertukaran (pada akhir tahun 2017) merupakan pemacu utama dalam perubahan kedudukan pelaburan antarabangsa (international investment position, IIP) bersih Malaysia. Ini menekankan peranan kadar pertukaran

36 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

dan makanan. Harga minyak global meningkat berikutan perjanjian OPEC untuk mengurangkan pengeluaran yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. Permintaan minyak global yang lebih tinggi daripada jangkaan sejak suku kedua tahun 2017, di samping keadaan pengeluaran yang berkurangan menyebabkan inventori menyusut, lantas turut membantu menaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak global juga diburukkan lagi oleh gangguan bekalan yang tidak dijangka di kawasan Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) akibat Taufan Harvey pada akhir bulan Ogos dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah menjelang akhir tahun 2017. Harga makanan global juga meningkat pada tahun tersebut, didorong terutamanya oleh permintaan

global yang lebih tinggi dalam keadaan kekurangan bekalan. Indeks Harga Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and Agriculture Organisation of the United Nations, FAO) meningkat sebanyak 8% pada tahun 2017 (2016: -1.5%). Selain bijirin, kadar kenaikan harga tahunan bagi kategori makanan lain, terutamanya kategori daging, minyak dan tenusu, meningkat dengan cepat pada suku ketiga tahun 2016, sebelum beransur perlahan pada suku kedua tahun 2017. Khususnya harga minyak sawit turut meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun pada suku keempat tahun 2016 akibat kekangan bekalan sebelum menyusut pada bulan Mac 2017. Harga bijirin hanya mula naik pada separuh kedua tahun 2017, sebahagiannya didorong oleh harga gandum yang lebih tinggi berikutan kebimbangan mengenai hasil tanaman susulan kemarau yang bertambah buruk di rantau AS dan Kanada. Harga komoditi global yang lebih tinggi, ditambah pula dengan kenaikan yang sedikit dalam infl asi di negara-negara rakan import, menyebabkan kos menjadi lebih tinggi bagi pengeluar dalam negeri. Di dalam negeri, kos yang lebih tinggi berpunca daripada gangguan bekalan dan penyelarasan harga yang telah berlaku sejak akhir tahun 2016. Pada tahun 2017, terdapat gangguan berselang-selang terhadap bekalan makanan segar disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk semasa musim tengkujuh pada bulan Januari, wabak selesema burung pada bulan Februari dan keadaan laut yang bergelora pada bulan Mei. Hal ini menyebabkan infl asi bagi barangan yang harganya tidak menentu kekal tinggi secara relatif

Inflasi teras Lain-lain*GSTBahan apiInflasi keseluruhan

Mata peratusan

* Lain-lain termasuk barangan yang harganya tidak menentu dan barangan harga ditadbir lain.Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Rajah 1.18: Sumbangan kepada Inflasi Keseluruhan Mengikut Komponen

Inflasi keseluruhan didorong terutamanya oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi

-2.0

-1.0

0.0

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D2015 2016 2017

Rajah 1.19: Sumbangan kepada Inflasi Mengikut Kategori

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Mata peratusan

Lain-lain*

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain

Makanan dan minuman bukan alkohol

Pengangkutan

2016 2017

* Lain-lain termasuk kategori pakaian dan kasut, minuman alkohol dan tembakau, kesihatan, pendidikan, komunikasi, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, restoran dan hotel serta pelbagai barangan dan perkhidmatan.

-1.0 -0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0

Sumbangan daripada kategori pengangkutan dan makanan dan minuman bukan alkohol lebih tinggi

Rajah 1.20: Indeks Harga Makanan FAO

Pertumbuhan tahunan (%)

-40

-30

-20

-10

0

10

20

30

40

50

60

J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D2016 2017

Indeks Harga Bijirin

Indeks Harga Daging

Indeks Harga Makanan

Indeks Harga Tenusu

Indeks Harga Minyak

Sumber: Indeks Harga Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Harga makanan global meningkat sebanyak 8%

37Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

pada 4.9% (2016: 5.6%, 2011 – 2015: 4.4%). Beberapa kenaikan harga yang berlaku pada separuh kedua tahun 2016 memberikan kesan yang berterusan kepada infl asi hingga tahun 2017, termasuk kenaikan caj TV satelit pada bulan Ogos 2016 dan penghapusan subsidi minyak masak pada bulan November 2016. Walau bagaimanapun menjelang hujung tahun 2017, kesan kenaikan harga ini berakhir dan kadar infl asi menjadi sederhana pada suku keempat.

Dari segi impak terhadap IHP, harga minyak global yang lebih tinggi pada tahun 2017 memberikan kesan langsung terhadap harga bahan api dalam negeri. Harga petrol RON 97, petrol RON 95 dan diesel diselaraskan lebih tinggi masing-masing sebanyak 34 sen, 41 sen dan 47 sen. Kesan terhadap infl asi diburukkan lagi dengan harga minyak global yang ketara lebih rendah dalam tempoh asas pada tahun 2016. Akibatnya, infl asi pengangkutan meningkat kepada 13.2% (2016: -4.6%). Kos luar negeri dan kos dalam negeri yang lebih tinggi memberikan kesan pindahan tidak langsung terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan perbincangan dan interaksi industri yang dijalankan oleh Bank5, syarikat-syarikat didapati mengambil peluang atas permintaan yang secara relatifnya lebih kukuh pada tahun 2017 untuk meningkatkan harga runcit mereka lalu mengurangkan kemampatan (compression) margin, terutamanya bagi syarikat dalam kategori makanan di luar rumah serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah. Sebagai contoh, makanan segera dan produk makanan berasaskan gandum mengalami semakan harga menaik pada tahun 2017. Peningkatan harga minyak sawit global juga menyebabkan peningkatan harga bagi barangan isi rumah yang tidak tahan lama, seperti serbuk pencuci dan bahan cuci. Walau bagaimanapun, penyelarasan telah dibuat secara sederhana kerana syarikat masih mengambil langkah berhati-hati. Impak tersebut juga agak terkawal disebabkan oleh pengukuhan kadar pertukaran ringgit sejak bulan April 2017. Kesemua semakan harga ini, di samping infl asi sewa yang naik sedikit, menyebabkan infl asi teras meningkat kepada 2.3% pada tahun 2017. Tekanan infl asi dalam ekonomi yang didorong oleh permintaan sebahagian besarnya kekal stabil pada tahun 2017, memandangkan pengurangan dalam stok modal tidak berterusan dan ketiadaan tekanan gaji yang ketara. Pada tahun 2017, fi rma

dalam sektor perkilangan beroperasi pada kadar penggunaan kapasiti yang secara relatifnya tinggi, iaitu sebanyak 82.6% (2016: 77.5%), disokong oleh peningkatan perbelanjaan sektor swasta dan eksport yang lebih tinggi. Walaupun kapasiti lebihan mengecil, keadaan ini tidak menyebabkan tekanan harga yang menyeluruh. Dari segi stok modal, penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dijangka menyebabkan keupayaan pengeluaran fi rma berkurangan. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebegini dijangka tidak akan berterusan dan tidak akan meningkatkan tekanan infl asi kerana pelaburan yang meningkat, terutamanya dalam

5 Perbincangan dan interaksi industri dijalankan oleh pasukan Pengawasan Ekonomi Wilayah (RES) Bank.

Tenaga kerja Guna tenaga Kadar pengangguran (skala kanan)

2.0

2.5

3.0

3.5

4.0

14,000

14,200

14,400

14,600

14,800

15,000

15,200

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4

% daripada tenaga kerja'000 orang

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

2016 2017

Rajah 1.22: Kadar Pengangguran, Guna Tenaga dan Tenaga Kerja

Kadar pengangguran kekal stabil kerana pertumbuhan guna tenaga sepadan dengan pertumbuhan dalam tenaga kerja

Rajah 1.21: Pelaburan Swasta di Malaysia dan Kadar Penggunaan Kapasiti dalam Sektor Perkilangan

Kadar penggunaan kapasiti Pelaburan swasta (skala kanan)

0

5

10

15

20

25

30

40

50

60

70

80

90

100

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4

Kadar (%) Pertumbuhan tahunan (%)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

2016 2017

Pertumbuhan pelaburan swasta yang lebih tinggi akan meningkatkan keupayaan pengeluaran firma dalam sektor perkilangan

38 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

jentera dan peralatan, akan meningkatkan keupayaan pengeluaran fi rma dalam jangka panjang bagi memenuhi permintaan yang semakin kukuh. Dalam pasaran pekerja, masih terdapat kapasiti lebihan, meskipun berlaku penurunan pada kadar kurang penggunaan pekerja. Kadar pengangguran pada tahun 2017 kekal stabil (3.4%; 2016: 3.4%) kerana pertumbuhan guna tenaga (2.1%; 2016: 0.7%)

sepadan dengan pertumbuhan dalam tenaga kerja (2.1%; 2016: 1.0%). Meskipun kadar upah pekerja sektor perkilangan meningkat, hal ini diimbangi oleh produktiviti yang lebih tinggi yang menyebabkan kos pekerja seunit menurun. Dalam sektor perkhidmatan, kos pekerja seunit juga lebih rendah berikutan kenaikan kadar upah setiap pekerja yang stabil di samping produktiviti yang meningkat.

39Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah1 terhadap Ekonomi

Oleh Ang Jian Wei, Athreya Murugasu, Chai Yi Wei

Pengenalan

Satu prasyarat untuk mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi adalah peralihan kepada tenaga kerja yang 'berproduktiviti tinggi, berpendapatan tinggi'. Pada dasarnya, Malaysia akan memperoleh manfaat dengan peralihan yang jelas daripada ekonomi berasaskan input dan bergantung pada pengurangan kos sebagai sumber kekuatan persaingan, kepada ekonomi yang bersaing berasaskan kualiti tenaga kerja, kemahiran teknikal dan penawaran produk. Peralihan yang sedemikian memerlukan pelaksanaan dasar awam yang selaras, sejajar dan konsisten. Dasar-dasar ini merangkumi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan, serta inisiatif penaiktarafan industri. Yang penting, dasar-dasar ini hendaklah berhubungan, disampaikan dengan baik, serta saling memperkukuh antara satu sama lain.

Wawasan negara adalah untuk menjadi sebuah ekonomi yang berlandaskan pengetahuan dan berdaya saing bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan canggih yang berupaya memperoleh harga pasaran pada tahap premium. Walaupun pada masa ini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam beberapa bidang, namun ia masih bergantung kuat pada model pengeluaran berkos rendah yang cenderung kepada penggunaan pekerja berkemahiran rendah yang mengekang upah bagi mengekalkan margin perniagaan. Kecenderungan ini berlaku disebabkan sebahagiannya oleh mudahnya pengambilan pekerja asing berkemahiran rendah di Malaysia.

Rencana ini bertujuan memaparkan kos yang ditanggung akibat kebergantungan yang tidak terkawal terhadap pekerja asing berkemahiran rendah dan menghuraikan bagaimana keadaan ini telah menjejaskan usaha Malaysia untuk meningkatkan produktiviti serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta pendapatan yang lebih baik. Beberapa teras dasar diterangkan bagi meneruskan kemajuan yang telah dicapai dan untuk memastikan dasar ini diselaraskan dengan matlamat ekonomi jangka panjang Malaysia.

Sejarah dan Konteks

Ekonomi Malaysia telah lama mendapat manfaat daripada pendirian mesra imigrasi. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai nisbah penghijrah yang tinggi berbanding dengan jumlah penduduk di Asia Pasifi k (Rajah 1).

1 Merujuk pekerja yang diambil bekerja di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Istilah ‘warga asing’ yang digunakan dalam rencana ini merujuk ‘bukan warganegara’ yang diambil daripada Penyiasatan Tenaga Buruh.

Rajah 1: Bahagian Jumlah Penghijrah kepada Populasi

Sumber: Conference Board, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, CEIC,'The World Factbook' CIA

Nisbah penghijrah kepada populasi di Malaysia lebihtinggi berbanding dengan kebanyakan negara serantau 55.3

44.539.5

28.9 25.922.6

8.85.3

2.2 1.8 0.9 0.7 0.6 0.5 0.2 0.1 0.1 0.1 0.1

Mac

au S

AR

Sin

gapu

ra

Hon

g K

ong

SA

R

Aus

tral

ia

Bru

nei

New

Zea

land

Mal

aysi

a

Thai

land

Kor

ea S

elat

an

Jepu

n

Tim

or-L

este

Laos

Mon

golia

Kem

boja

Filip

ina

Mya

nmar

Indo

nesi

a

Vie

tnam

RR

Chi

na

40 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Kebanyakan penghijrah ke Malaysia memiliki pencapaian pendidikan yang rendah. Hanya 5.2%2 daripada penghijrah yang berpendidikan tinggi. Sebaliknya, ekonomi lain seperti Australia, Singapura dan Hong Kong pula memang merancang untuk menarik lebih banyak penghijrah yang berkemahiran3. Pada tahun 1970-an, pekerja asing di Malaysia kebanyakannya diambil bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan di luar bandar dalam jumlah yang kecil bagi memenuhi permintaan bermusim. Proses perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1980-an telah mengubah situasi daripada kadar pengangguran yang tinggi pada pertengahan tahun 1980-an sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh menjelang awal 1990-an, dengan kekurangan tenaga kerja dan kemahiran yang meluas, serta upah yang meningkat4. Ini telah menarik sejumlah besar pekerja asing yang masuk secara berdaftar mahupun tanpa izin. Golongan pekerja ini meringankan tekanan pengeluaran dan serasi dengan pengeluaran nilai ditambah yang rendah di Malaysia pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, langkah yang pada awalnya bersifat sementara5 untuk membantu meringankan kekangan pengeluaran dan membolehkan fi rma mendaki rantaian nilai, kini telah berakar umbi dalam ekonomi Malaysia.

Peratusan pekerja asing yang berdaftar dalam tenaga kerja meningkat dengan ketara daripada 10.8% pada tahun 2002 kepada paras tertinggi 18.8% pada tahun 2007 (Rajah 2). Trend ini hanya mula menurun sejak 2013 meskipun industri kuat menentangnya. Warga asing menguasai lebih satu perlima daripada pekerjaan dalam sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan (Rajah 3).

Walaupun Malaysia mendapat manfaat pada masa lampau dengan keadaan ini, peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi memerlukan anjakan yang besar daripada model perniagaan yang berintensifkan pekerja kepada model ekonomi yang didorong oleh peningkatan produktiviti, kelebihan teknologi dan pengetahuan teknikal yang canggih. Lambakan pekerja kurang mahir pada kos yang rendah ini telah mewujudkan gangguan mendalam yang mengurangkan minat fi rma untuk berubah sikap.

Kos Makroekonomi daripada Pekerja Asing

Yang pentingnya, ketersediaan kumpulan pekerja asing yang berkemahiran rendah dan lebih murah yang mengherot harga faktor domestik adalah amat kritikal kerana keadaan ini tidak menggalakkan industri untuk berkembang. Firma

2 Merujuk pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia (Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia)3 8.8% daripada bukan warganegara yang bekerja di Malaysia merupakan pekerja berkemahiran tinggi. Bagi kumpulan yang sama di

Singapura, Hong Kong dan Australia, masing-masing adalah sebanyak 14.0%, 11.6% dan 58.5%.4 Vijayakumari Kanapathy, 2001. International Migration and Labour Market Adjustments in Malaysia: The Role of Foreign Labour

Management Policies. Asian and Pacifi c Migration Journal, Jilid 10, No. 3-4. Filipina.5 Carpio, X. et. al., 2015. Foreign Workers in Malaysia: Labour Market and Firm-Level Analysis.

Rajah 2: Bahagian Pekerja Asing Berdaftar (% daripada tenaga kerja)

Sumber: Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia

Bahagian pekerja asing berdaftar daripada tenaga kerja menurun sejak kebelakangan ini

10.8

18.8

12.0

2002 2005 2008 2011 2014 2017

Had tertinggi 15% yangditetapkan dalam RMK-11

Rajah 3: Bahagian Warga Asing* kepada Guna TenagaMengikut Sektor, 2016 (%)

*Merujuk kepada bukan warganegara dalam Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Warga asing membentuk lebih daripada satu perlima guna tenaga dalam sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan

37.3

22.4 21.2

9.24.9

Pertanian Pembinaan Perkilangan Perkhidmatan Perlombongan

41Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

6 Sheng, A. 2009. From Asian to Global Financial Crisis: An Asian Regulator’s View of Unfettered Finance in the 1990s and 2000s.7 World Bank 2015. Malaysia Economic Monitor: Immigrant Labour; Athukorala, P. et. al. 2012. The Impact of Foreign Labor on Host

Country Wages: The Experience of a Southern Host, Malaysia; Ismail, R. et. al. 2014. The Impact of Foreign Workers on Wages: A Case Study of Malaysian Firms.

8 International Monetary Fund (IMF) 2016. Economic Diversifi cation in Oil-Exporting Arab Countries.

kurang minat untuk menggantikan tenaga kerja dengan teknologi, atau untuk meningkatkan lagi aktiviti nilai ditambah menerusi pengambilan tenaga kerja berkemahiran tinggi kerana tenaga kerja adalah lebih murah berbanding modal. Walaupun pemberian geran dan insentif untuk automasi dan penggunaan teknologi dapat membantu, pakej ini sahaja tidak mencukupi untuk melonjakkan fi rma ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai. Sejak tahun 2008, sekitar RM8 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membantu fi rma dalam usaha mengadaptasi teknologi dan komersialisasi.

Pemerhatian terhadap ekonomi lain yang maju serta ekonomi Asia yang sedang pesat membangun boleh membantu menerangkan hal ini. Walaupun sokongan sektor awam untuk dasar automasi dan kemahiran adalah perkara biasa, usaha meningkat kecekapan dan kecanggihan keupayaan kerap diiringi oleh tekanan kenaikan kos, yang sebahagiannya disebabkan oleh dasar itu sendiri. Faktor-faktor inilah yang telah merangsang gelombang awal pelaburan Jepun ke bahagian lain di Asia pada tahun 1980-an6 dan pelaburan RR China ke Vietnam sejak kebelakangan ini. Walaupun pelaburan ini bertujuan untuk mengambil peluang daripada kos pekerja dan tanah yang lebih murah di negara tempat pelaburan dibuat, segmen perniagaan lain di Jepun dan RR China terpaksa meningkatkan produktiviti dengan mendadak dan menaik taraf industri mereka untuk terus berdaya saing.

Peralihan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju akan terhalang selagi fi rma masih berlumba-lumba untuk mengurangkan kos pekerja dan tidak sanggup membayar lebih, walaupun produktiviti boleh ditingkatkan sekiranya terdapat perubahan. Penggajian pekerja asing yang lebih murah berbanding dengan pekerja tempatan membolehkan majikan mengekalkan upah yang rendah dan dengan itu majikan tiada tekanan untuk mengubah status quo. Hal ini mengganggu mekanisme penetapan upah semula jadi yang sepatutnya boleh menaikkan upah. Kajian7 menunjukkan beberapa jenis tekanan pada upah keseluruhan, khususnya terhadap upah pekerja tempatan berkemahiran rendah. Upah median bagi pekerja asing pada umumnya lebih rendah daripada pekerja tempatan (Rajah 4), terutamanya bagi pekerjaan kemahiran sederhana yang 60.8% daripadanya dikuasai oleh pekerja tempatan. Tidak mustahil dengan kehadiran pekerja asing yang terlalu ramai di sektor swasta dapat melebarkan jurang perbezaan upah dan menghalang peluang pewujudan pekerjaan untuk pekerja tempatan. Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas dalam ekonomi Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council, GCC), dengan 88% daripada pekerjaan sektor swasta yang diwujudkan dari tahun 2000-2010 terdiri daripada pekerja asing, dan 85% daripada mereka berkemahiran rendah8.

Rajah 4: Gaji Bulanan Median Firma Mengikut Pekerjaan*dan Kewarganegaraan, RM

Penggunaan tenaga pekerja asing dengan upah yang rendah membolehkan majikan mengekalkan kadar gaji yang rendah

Warga tempatan Warga asing

*Berkemahiran tinggi: Klasifikasi Pekerjaan 1 hingga 3; Berkemahiran pertengahan: 4 hingga 8; Berkemahiran rendah: 9

Nota: 1: Pengurus , 2: Profesional, 3: Juruteknik dan profesional bersekutu, 4. Pekerja sokongan perkeranian, 5. Pekerja perkhidmatan dan jualan, 6. Pekerja mahir pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, 7. Pekerja kraf dan pekerja pertukangan yang berkaitan, 8. Operator dan pemasang mesin dan loji, 9. Pekerjaan asas

Sumber: National Employment Returns 2016

5,00

0

3,65

3

2,58

1

1,75

0

1,48

8

1,50

0

1,70

0

1,53

0

1,02

5

10,0

00

5,05

6

3,65

0

1,44

0

1,00

0

1,00

0

1,16

5

1,00

6

970

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Pekerjaan Kemahiran pertengahan

42 Laporan Tahunan 2017

Perkembangan Ekonom

i pada Tahun 2017

4 Laporan Tahunan 2017

Banyak yang telah diperkatakan tentang keengganan pekerja tempatan untuk melakukan kerja 'kotor, berbahaya dan sukar' (dirty, dangerous and diffi cult, 3D). Walaupun faktor budaya dan sifat kerja itu sendiri berperanan dalam menghalang penglibatan pekerja tempatan, namun keadaan upah tempatan juga boleh menjadi penyebab. Daripada kira-kira 200,000 penduduk Malaysia yang berulang-alik setiap hari ke Singapura untuk bekerja, 40% bekerja dalam kategori pekerjaan kemahiran sederhana dan rendah. Keadaan ini didorong terutamanya oleh upah yang lebih tinggi9. Pekerjaan yang dilakukan sama seperti kerja-kerja yang tidak diminati di Malaysia seperti operator dan pemasang jentera dan mesin, tukang cuci dan pekerja kasar. Dengan kata lain, dengan paras upah yang lebih menarik, tenaga kerja Malaysia akan sanggup membuat kerja 3D.

Walaupun ini hanyalah satu contoh, keadaan ini menunjukkan bahawa upah semasa di Malaysia mungkin terlalu rendah untuk menarik minat pekerja tempatan. Para majikan juga enggan menaikkan kadar upah dengan adanya alternatif yang lebih murah dan banyak. Selagi upah untuk pekerja kolar biru terus menghadapi tekanan yang menurun, majikan tidak akan terdesak untuk mengambil langkah meningkatkan produktiviti. Akibatnya, Malaysia berisiko untuk terperangkap dalam kemelut upah dan kemahiran yang rendah.

Buktinya boleh dilihat melalui analisis pewujudan pekerjaan mengikut kemahiran pada tahun 2011-2017. Apabila semua faktor diambil kira, peratusan pekerjaan kemahiran rendah yang diwujudkan di Malaysia pada tahun 2002-2010 meningkat kepada 16% daripada 8% (Rajah 5). Malah, 73% pekerjaan baharu bersih yang diwujudkan pada tahun 2015-2016 diisi oleh warga asing (Rajah 6), dengan kebanyakan mereka mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah sahaja. Sebaliknya, pada tempoh yang sama, bilangan graduan di Malaysia meningkat sekitar 880,000 orang, manakala pekerjaan kemahiran tinggi diwujudkan hanya untuk 650,000 orang. Ini bermakna kadar pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat dari tahun 2011-2016, mengatasi pengangguran dalam kalangan bukan graduan (Rajah 7). Diperhatikan juga bahawa industri yang mempunyai produktiviti rendah juga mempunyai peratusan pekerja asing berkemahiran rendah yang tinggi (Rajah 8), dengan pergantungan yang lebih tinggi pada waktu kerja yang lebih panjang untuk menghasilkan output. Satu kajian10 mendapati bahawa KDNK benar sejam bagi Korea Selatan bertambah daripada USD4.7 pada tahun 1980 kepada USD25.4 pada tahun 2010, manakala Malaysia hanya mencatat kenaikan daripada USD5.3 pada tahun 2000 kepada USD7.1 pada tahun 2010. Jumlah waktu kerja mingguan di Korea Selatan telah berkurang daripada 49 jam kepada 44 jam dari tahun 2000–2008, sementara

9 Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh 2017. A Study on Malaysians Working in Singapore.10 Rasiah, R. et. al. 2015. Industrialization and Labour in Malaysia.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia*Ditakrifkan sebagai perubahan tenaga kerja bersih

Kemahiran tinggi Kemahiran pertengahan Kemahiran rendah

Rajah 5: Bahagian Pekerjaan Baharu* Mengikut TahapKemahiran

Semakin banyak pekerjaan baharu bersih yang diambil oleh pekerja bekemahiran rendah sejak kebelakangan ini

8% 16%

47%47%

45% 37%

2002-2010 2011-2017

Rajah 6: Bahagian Pekerjaan Baharu* MengikutKewarganegaraan (%)

Sepanjang dua tahun yang lepas, sebahagian besar pekerjaan baharu bersih diambil oleh warga asing

95.5 94.9 87.998.2

35.618.5

4.5 5.112.1

1.8

64.481.5

2011 2012 2013 2014 2015 2016

Warga tempatan Warga asing

Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia dengan menggunakan data Jabatan Perangkaan Malaysia

*Ditakrifkan sebagai perubahan tenaga kerja bersih

43Laporan Tahunan 2017

Perkembangan Ekonom

i pada Tahun 2017

5Laporan Tahunan 2017

Malaysia kekal pada 49 jam. Kaedah berintensifkan pekerja dan waktu kerja yang lebih panjang di Malaysia jelas kurang efi sien berbanding dengan kaedah yang menggunakan kemajuan teknologi dan automasi. Buktinya dapat dilihat melalui jurang purata penggunaan robot dalam industri perkilangan antara Malaysia dengan Asia (Rajah 9). Hal ini menimbulkan persoalan penting. Kemunculan rantaian nilai global (global value chain, GVC) dan sifat teknologi yang menggugat kelaziman boleh menimbulkan dua kemungkinan. Pertama, persaingan dalam segmen nilai ditambah rendah dan yang berintensifkan pekerja berkemungkinan meningkat apabila lebih banyak negara

11 Merujuk bukan warganegara daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (Labour Force Survey, LFS) 2016. Meskipun angka ini turut termasuk penghijrah berkemahiran tinggi, 94.6% daripada bukan warganegara ini mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah sahaja, menjadikannya penunjuk yang berguna untuk mewakili pekerja asing berkemahiran rendah. LFS juga mengumpulkan maklumat pekerja asing berdaftar dan pekerja asing tanpa izin. Namun begitu, LFS tidak mengumpulkan maklumat pekerja yang tinggal di rumah kongsi, yang mungkin menyebabkan kurang anggaran bagi data pekerja dalam sektor pertanian dan perladangan. Sebaliknya, data Kementerian Dalam Negeri mengenai bilangan pekerja di bawah Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara) hanya mengukur bilangan pekerja asing yang berdaftar.

Rajah 8: Bahagian Produktiviti dan Warga Asing11 Mengikut Industri

Produktiviti industri berhubung kait secara negatif dengan bahagian pekerja warga asing

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia

0

20

40

0 100 200 300 400

Perkilangan

Perkhidmatan kewangan

Pertanian

Pembinaan

Maklumat dan komunikasi

Elektrik & gas

Tahap produktiviti, RM ribu

Peratusan pekerja asing, %

Rajah 7: Kadar Pengangguran Graduan dan Bukan Graduan (%)

Kadar pengangguran graduan telah meningkat secara mendadak sejak tahun 2011

4.1

3.3

20122000 2002 2004 2006 2008 2010 2014 2016

Graduan Bukan graduan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia

*Bilangan robot bagi setiap 10,000 pekerja

Rajah 9: Kepadatan Robot* dalam Sektor Perkilangan (2016)

Sumber: International Federation of Robotics

Kepadatan robot di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan purata Asia

631

488

309 303

189

6834

5

KoreaSelatan

Singapura Jerman Jepun AS RR China Malaysia Indonesia

Purata Asia: 63

44 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

menyertai GVC. Kedua, sifat kitaran teknologi yang pantas berubah apabila digandingkan dengan penurunan harga, akan memberi lebih banyak peluang kepada negara lain untuk memintas dan mengecilkan jurang kemajuan dengan cepat. Dalam dekad yang lalu, kos pekerja di Asia telah meningkat sebanyak 10–15%12, yang mengecilkan jurang kos pekerja dan automasi. Setiap tahun, tempoh yang diperlukan fi rma untuk memperoleh kembali pelaburan dengan penggunaan robot (atau "tempoh bayaran balik") semakin berkurang secara mendadak13. Negara saingan Malaysia juga aktif dalam menaik taraf industri. Pergantungan pada kaedah pengeluaran berasaskan upah dan kos yang rendah adalah strategi jangka panjang yang tidak dapat dipertahankan, dan boleh menyebabkan risiko negara akan tercicir ke belakang.

Kebergantungan Malaysia pada pekerja asing berkemahiran rendah mewujudkan reputasi dalam kalangan pelabur asing sebagai destinasi yang berintensifkan pekerja berkos rendah. Reputasi ini memberi kesan yang semakin besar terhadap jenis pelaburan awal yang dicadangkan oleh pelabur asing ke Malaysia. Kemungkinan besar pelaburan yang dibawa adalah dalam segmen yang kurang kompleks dalam rantaian pengeluaran yang dapat memanfaatkan pengambilan pekerja asing yang mudah diperolehi dan kos pekerja yang lebih rendah. Hal ini menyebabkan entiti multinasional asing memindahkan proses nilai ditambah yang lebih rendah ke Malaysia, dan memindahkan proses dengan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi ke negara jiran seperti Singapura dan RR China. Akhirnya, reputasi ini dengan sendirinya terus mengikat Malaysia sebagai pusat kos rendah yang akan memerlukan sumber yang besar untuk diperbetulkan. Keadaan ini juga diburukkan lagi oleh penghijrahan bakat tempatan ke negara-negara lain dengan gaji yang lebih tinggi, lantas mengakibatkan berlakunya ‘brain-drain’ (penghijrahan profesional ke luar negara).

Walaupun pengambilan lebih banyak pekerja asing yang berkemahiran rendah mewujudkan pekerjaan kemahiran sederhana dan berbentuk penyeliaan, kesesuaian kaedah ini boleh dipertikaikan. Automasi dan penggunaan teknologi canggih juga boleh mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran lebih tinggi. Keadaan ini biasanya disertai upah yang lebih baik dan boleh diisi oleh graduan menganggur yang dilatih semula.

Terdapat juga beberapa implikasi bukan ekonomi yang perlu dipertimbangkan. Penumpuan pekerja asing yang lebih ramai di kawasan bandar mungkin membebankan kemudahan dan infrastruktur awam, serta menambahkan kos fi skal kepada kerajaan. Sebahagian besar pekerja asing mengirimkan jumlah besar pendapatan mereka ke luar negeri, dan ini mengurangkan jumlah kesan limpahan kepada ekonomi dalam negeri. Pada tahun 2017, jumlah pengiriman wang ke luar negeri kekal besar sebanyak RM35.3 bilion, dengan pekerja asing mencakupi sebahagian besar daripada jumlah pengiriman tersebut.

Kehadiran banyak pendatang tanpa izin ke Malaysia juga menekan dan membimbangkan. Perbezaan anggaran jumlah mereka sangat besar14. Perkara ini menghalang perbincangan dasar dan proses membuat anggaran mengenai impak penuh pengambilan pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia. Selain itu, pendatang tanpa izin yang mengelakkan pemeriksaan kesihatan wajib berpotensi menjadi punca pelbagai penyakit berjangkit15.

Perubahan Dasar

Sejak awal tahun 2000, Malaysia, melalui Rancangan Malaysia ke-8, telah berusaha mengurangkan pergantungannya terhadap pekerja asing. Walaupun sukar, ia bukan sesuatu yang tidak dapat diatasi. Sejak Rancangan Malaysia ke-11, usaha untuk menyelesaikan isu ini lebih jelas dan tertumpu. Ikhtiar ini telah menghasilkan penurunan dalam peratusan pekerja asing yang berdaftar daripada 16.1% pada tahun 2013 kepada 12.0% daripada tenaga kerja pada tahun 2017.

12 RBC Global Asset Management. Global Megatrends: Automation In Emerging Markets. 13 Sirkin, H. et.al. 2015. The Robotics Revolution: The Next Great Leap in Manufacturing.14 Julat anggaran adalah antara angka rasmi sebanyak 600,000 orang oleh Jabatan Imigresen (2017) dengan sumber-sumber alternatif

seperti 1.3 juta pekerja tanpa dokumen yang didaftarkan di bawah program 6P pada tahun 2013 (tidak termasuk Sabah dan Sarawak serta pekerja asing tidak berdaftar) dan anggaran 1.7 juta orang yang diumumkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pada tahun 2017.

15 Kanapathy, V. 2004. International Migration and Labour Market Adjustments in Malaysia: Economic Recovery, The Labour Market, and Migrant Workers in Malaysia.

45Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Pada masa hadapan, banyak lagi daya usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai kemajuan yang dikehendaki. Matlamat akhir adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing masa hadapan disampaikan dengan jelas, dilaksanakan dengan tegas, dan lebih sejajar dengan matlamat ekonomi negara yang perlu dicapai. Untuk tujuan ini, terdapat lima perkara utama yang perlu dilakukan (Rajah 10).

Pertama, perlu ada pendirian yang jelas mengenai peranan pekerja asing berkemahiran rendah dalam senario ekonomi Malaysia. Walaupun pekerja-pekerja ini akan terus memainkan peranan yang penting dalam menyokong ekonomi, perlu ada maklumat yang jelas tentang industri yang paling memerlukan pekerja asing dan cara yang terbaik untuk menyokong pertumbuhan produktiviti dan penaiktarafan industri. Ini termasuk garis masa yang jelas untuk perubahan dasar atau kemudahan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai rangka kerja sedia ada. Lebih penting lagi, dasar-dasar mengenai perkara ini perlu dilakukan selaras dengan inisiatif lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan, termasuklah pembangunan bakat, pembaharuan pasaran pekerja, atau penambahbaikan struktur insentif sedia ada untuk menarik pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI)

Kedua, pelaksanaan dan perubahan dasar perlu dilakukan secara beransur-ansur dan dimaklumkan kepada industri dengan jelas. Walaupun pembaharuan terhadap dasar pekerja asing diperlukan untuk manfaat jangka panjang, tidak dapat dinafi kan bahawa hal ini akan menyebabkan pelarasan jangka pendek kepada ekonomi. Akan timbul tentangan daripada industri, dan lama-kelamaan, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berintensifkan pekerja dan bernilai tambah yang rendah akan berpindah ke negara lain yang mempunyai pekerja yang ramai dan murah. Hal ini akan membolehkan sumber bakat dan fi skal yang diperlukan bebas untuk dialihkan ke industri yang lebih produktif dan kompleks. Pentingnya, keadaan ini akan membolehkan industri dan pekerja yang terjejas membuat persediaan untuk berhadapan dengan perubahan yang mendatang. Ini mengurangkan risiko pembalikan dasar dan membantu pembuat dasar dalam menguruskan peralihan yang rumit ini.

Pembalikan dasar yang kerap telah merumitkan penguatkuasaan dan meningkatkan ketidakpastian perniagaan. Satu contoh yang melibatkan beberapa perubahan peraturan dalam levi pekerja asing adalah dalam menentukan pihak mana yang harus menanggung kos, sama ada majikan atau pekerja itu sendiri. Sejak levi diperkenalkan pada tahun 1992, Malaysia telah mengubah pendiriannya mengenai perkara ini sebanyak tiga kali, semuanya berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Pengenaan semula levi ke atas majikan baru-baru ini melalui Aku Janji Majikan (berkuat kuasa 1 Januari 2018) merupakan satu langkah yang wajar. Tindakan ini sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk membangunkan kaedah yang lebih berkesan bagi menguruskan permintaan terhadap pekerja asing dan menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan fi rma. Levi yang dikenakan ke atas pekerja tidak menyumbang kepada hasil ini.

Ketiga, instrumen pengurusan permintaan yang sedia ada (seperti kuota, had maksimum pergantungan dan levi) boleh diubah menjadi lebih didorong oleh kuasa pasaran, sambil menggalakkan penjanaan hasil yang sejajar

Rajah 10: Pelan Tindakan Menyeluruh Lima Perkara

Sumber: Bank Negara Malaysia

Pendekatan Mengurus Pekerja Asing:

1

2

4

5

3

Pendirian jelas mengenai peranan pekerja asing

Pelaksanaan dasar yang berperingkat dan komunikasi dasar yang jelas

Instrumen pengurusan permintaanyang didorong pasaran

Layanan adil terhadap pekerjaasing

Pemantauan dan penguatkuasaanyang berkesan

Prinsip Levi Ke Atas Pekerja Asing

Pariti: Mengecilkan jurang upah antara pekerja asing denganpekerja tempatan

Produktiviti: Levi disalurkankembali kepada industri bagimenyokong usaha automasi

Progresif: Firma/industridengan pergantungan yanglebih tinggi terhadap pekerjaasing dikenakan caj levi yanglebih tinggi

46 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

dengan matlamat ekonomi. Instrumen ini harus dapat mengesan masalah kekurangan pekerja dan kemahiran yang berasaskan bukti seperti yang terdapat di Australia dan Kanada yang bergantung pada gabungan metrik untuk memaklumkan usaha pengubahsuaian dasar imigresen mereka. Beberapa langkah berkaitan dengan pekerja asing, seperti had maksimum kebergantungan yang sedia ada, telah dipersoalkan kerana tidak mengikut keperluan sebenar industri, tidak cukup ketat, atau sukar untuk dilaksanakan dan dikuatkuasakan (Jadual 1). Pembaharuan terhadap sistem levi sedia ada boleh membantu menyekat insentif operasi berkos rendah dan menggalakkan fi rma untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dari semasa ke semasa. Terdapat tiga cara untuk melakukannya. Yang pertama melibatkan pengurangan jurang upah sejam antara pekerja tempatan dengan pekerja asing, yang timbul daripada pengecualian berkanun. Anggaran dalaman mengesyorkan bahawa kos purata menggaji pekerja asing bagi setiap jam ialah 30% lebih rendah daripada pekerja tempatan. Walaupun kos awalan (seperti pemeriksaan perubatan wajib, dan perjalanan) pengambilan pekerja asing mungkin kelihatan besar, mereka ini biasanya tertakluk pada waktu kerja yang lebih panjang dan mereka juga tidak menikmati faedah berkanun biasa (contohnya, sumbangan KWSP dan PERKESO oleh majikan) yang dinikmati oleh pekerja tempatan. Hasilnya, struktur kos yang lebih rendah meningkatkan daya tarikan majikan terhadap pekerja asing berbanding dengan pekerja tempatan. Memasukkan kos berkanun dalam pengiraan levi akan membantu mengurangkan jurang ini ke arah nilai yang setara.

Tindakan ini kemudiannya boleh diikuti dengan menjadikan sistem levi lebih progresif, supaya industri atau fi rma yang lebih bergantung pada pekerja asing akan menghadapi jumlah kos levi yang lebih tinggi. Pengiraannya boleh dibuat secara lebih terperinci, dengan mengambil kira kemungkinan automasi, pertumbuhan upah dan penambahbaikan produktiviti untuk setiap industri. Pelaksanaan levi berbilang peringkat yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 merupakan perkembangan yang dialu-alukan, kerana ini membolehkan mekanisme pencegahan yang boleh membezakan antara fi rma, berdasarkan profi l tenaga kerja mereka. Sebagai amalan terbaik, levi yang dikutip perlu disalurkan semula kepada industri untuk menyokong usaha automasi.

Keempat, masih ada ruang untuk memastikan layanan terhadap pekerja asing yang lebih baik, sama ada penambahbaikan dalam keadaan pekerjaan atau memastikan mereka dibayar seperti yang dipersetujui. Keadaan pekerjaan dan tempat tinggal pekerja asing yang kurang menyenangkan dalam industri tertentu bukan sahaja membangkitkan kebimbangan terhadap kebajikan pekerja, malah suasana ini memberi gambaran budaya perniagaan yang tidak sihat oleh majikan tertentu yang tidak bertanggungjawab, untuk mengurangkan kos daya saing. Terdapat usaha berterusan oleh Kerajaan untuk memperluas penguatkuasaan terhadap standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja, daripada industri perlombongan dan perladangan kepada semua sektor yang berkaitan. Di samping itu, pengumuman Belanjawan 2018 untuk memastikan pembayaran gaji pekerja asing dilakukan melalui akaun bank akan memanfaatkan teknologi dengan lebih baik bagi mengelakkan majikan daripada menahan upah atau membuat potongan daripada gaji mereka secara tidak adil.

Jadual 1

Had Kebergantungan* Terpilih Mengikut Industri

Industri Penentu kuota Penentu Bil. pekerja asing

Restoran Bilangan kerusi

70-139 kerusi 11 pembantu dapur, 12 pembantu am

140-250 kerusi 12 pembantu dapur, 20 pembantu am

> 250 kerusi 20 pembantu dapur, 30 pembantu am

Pertanian Hektar

Kelapa Sawit: 8 hektar 1

Getah: 4 hektar 1

Koko: 3.7 hektar 1

*Penetapan had atas pengambilan pekerja asing mengikut industri

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

47Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Akhir sekali, pembaharuan yang dicadangkan ini mestilah dilengkapi dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan di tempat kerja, terutamanya berkaitan dengan pekerja asing tanpa izin. Jika cabaran ini tidak ditangani dengan baik, sebarang usaha tambahan untuk memperketat dasar pekerja asing hanya akan menghukum majikan yang mematuhi undang-undang. Hal ini juga boleh meningkatkan risiko gejala rasuah dan majikan melanggar peraturan yang wujud dengan menggunakan kumpulan pekerja asing tanpa izin yang sedia ada.

Kesimpulan

Walaupun Malaysia jelas memperoleh manfaat daripada kehadiran pekerja asing pada masa lalu, peranan yang dimainkan oleh mereka dalam ekonomi negara perlu sejajar dengan keperluan semasa. Dasar pengurusan pekerja asing masa hadapan, jika tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan konsisten, hanya akan merencatkan kemajuan yang telah dicapai selama ini untuk mengurangkan pergantungan pada pekerja asing secara beransur-ansur.

Kebergantungan yang tinggi pada pekerja asing, jika dibiarkan tanpa sekatan, akan melemahkan usaha ke arah automasi, menekan upah secara keseluruhan, dan menghalang penerapan usaha untuk meningkatkan produktiviti. Keadaan ini juga akan menghalang pewujudan pekerjaan kemahiran tinggi dan mencorakkan reputasi yang tidak diingini terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkemahiran rendah dan berintensifkan pekerja. Apabila semua faktor ini diambil kira, negara akan terperangkap dalam kemelut upah dan produktiviti yang rendah. Kehadiran pekerja asing tanpa izin yang besar di Malaysia memburukkan lagi kos sosioekonomi.

Walaupun cabaran ini kelihatan agak sukar untuk diatasi, Malaysia cukup berupaya untuk melakukan pembaharuan yang kritikal. Komunikasi yang jelas dan pelaksanaan yang tegas akan membantu mengurangkan risiko pembalikan dasar, dan akan membantu peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Sekiranya sejarah boleh dijadikan panduan, kekuatan semasa ekonomi negara adalah hasil daripada pembaharuan berani yang diambil pada waktu yang paling kritikal. Malaysia perlu merebut peluang ini sekarang untuk meletakkannya di landasan pertumbuhan ekonomi yang lebih produktif, canggih dan mampan untuk generasi masa hadapan.

48 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Penilaian Kritis Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI)1

Pengenalan

Berlandaskan rencana terdahulu mengenai prestasi pelaburan langsung luar negeri (direct investments abroad, DIA)2 Malaysia dan rangka kerja insentif pelaburan3, rencana ini membentangkan penilaian kritis mengenai manfaat dan cabaran dasar DIA dan FDI terhadap ekonomi Malaysia. Rangka kerja yang menyeluruh untuk menilai kos dan manfaat DIA dan FDI digunakan dengan menggabungkan perspektif kuantitatif dan kualitatif. Ini termasuklah impak yang boleh diukur seperti pelaburan, eksport, nilai ditambah, dan guna tenaga, serta kos yang berkaitan seperti hasil cukai yang dilepaskan, dan pembayaran pendapatan pelaburan. Manfaat dan kos kurang ketara yang berkaitan dengan DIA dan FDI, serta latar belakang menyeluruh dalam trend ekonomi, industri dan teknologi global yang cepat berubah juga diambil kira. Rencana ini dirumuskan dengan perbincangan mengenai strategi dasar dengan tujuan untuk memastikan negara dapat memaksimumkan manfaat ekonomi dan kewangan daripada DIA dan FDI, di samping mengurangkan potensi pendedahan kepada risiko.

I. Perkembangan dan Pemacu Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) DIA syarikat Malaysia telah meningkat dengan ketara, mencerminkan kematangan syarikat domestik, sumber semula jadi domestik yang terhad, dan dibantu oleh inisiatif dasar strategik negara. Sejak tahun 2001, stok DIA Malaysia meningkat secara purata sebanyak 20.7% setahun, daripada RM31.7 bilion pada tahun 2001, untuk mencatat DIA terkumpul berjumlah RM522.5 bilion pada akhir tahun 2017. Dari tahun 2005 sehingga tahun 2014, aliran DIA berpurata sebanyak RM39.1 bilion setahun, atau 4.7% daripada KDNK nominal. Namun begitu, sejak tahun 2015, aliran DIA telah menjadi agak sederhana, dengan aliran purata berjumlah RM33.7 bilion setahun, atau 2.7% daripada KDNK antara tahun 2015 hingga tahun 2017. Keadaan ini mencerminkan pendekatan yang lebih berhati-hati berikutan ketidakpastian yang lebih ketara dalam persekitaran pertumbuhan global dan harga minyak serta komoditi global yang rendah sejak bulan Disember 2014. Penyusutan nilai ringgit pada tempoh ini, yang menyebabkan pelaburan di luar negeri menjadi lebih mahal untuk syarikat dalam negeri, juga mungkin menyumbang kepada aliran yang sederhana ini. Pada akhir tahun 2017, bahagian terbesar DIA terkumpul dalam subsektor perkhidmatan kewangan (34.7% daripada DIA terkumpul), diikuti oleh sektor perlombongan dan pertanian (masing-masing sebanyak 15.8% dan 7.8%), dan subsektor perkhidmatan maklumat dan komunikasi (9.1%). Dari segi destinasi4, DIA disalurkan terutamanya kepada ekonomi Asia Tenggara, khususnya Singapura dan Indonesia, diikuti oleh negara Eropah, dan Amerika Utara, terutamanya Kanada (Rajah 1)5.

DIA pada asalnya didorong oleh pencarian sumber semula jadi pada tahun 1980-an dan 1990-an, dan dijalankan terutamanya oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan (Government-linked companies, GLC) dalam industri minyak dan gas dan minyak sawit. Namun begitu, sejak pertengahan tahun 2000-an, syarikat swasta, terutamanya dalam industri perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi, mula menunjukkan minat yang lebih mendalam dan berkeupayaan untuk keluar negeri bagi mendapatkan pasaran dan pelanggan baharu, mencapai ekonomi bidangan besar, dan memperoleh aset strategik. Perkembangan ini berlaku dalam keadaan peningkatan kerjasama ekonomi serantau menerusi persetujuan dua hala dan serantau, dan diperlengkap oleh inisiatif dasar negara, terutamanya liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing (foreign exchange administration, FEA) yang progresif terhadap pelaburan pemastautin di luar negeri pada tahun 2005. Fleksibiliti untuk menggerakkan dana mata wang asing merupakan pendorong utama bagi syarikat di Malaysia untuk mencari peluang di luar negeri dan mewujudkan kerjasama strategik dengan peserta industri antarabangsa yang telah lama bertapak di negara tuan rumah, memasuki pasaran baharu, memperoleh kepakaran teknikal, dan mendapat manfaat daripada pemindahan teknologi yang pantas pada pelbagai peringkat proses

1 Rencana ini dikarang hasil kerjasama Jabatan Ekonomi dan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing.2 Laporan Tahunan BNM, 2016. ‘Manfaat Pelaburan ke Luar Negeri: Menilai Pulangan Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri’.3 Buletin Suku Tahunan BNM, S3 2017. ‘Menilai Semula Insentif Pelaburan’.4 Sejajar dengan Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Edisi Keenam (BPM6) oleh Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF), data DIA Malaysia dicatat berasaskan destinasi terdekat, dan bukan destinasi negara terakhir.5 Pengantaraan DIA melalui Pusat-pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (International Offshore Financial Centres, IOFC) menyumbang

29% daripada stok DIA terkumpul. Pelaburan melalui IOFC yang mengumpulkan dana boleh labur sebelum disalurkan kepada sektor ekonomi di pelbagai lokasi, merupakan amalan global yang lazim bagi syarikat yang beroperasi di peringkat antarabangsa.

49Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Rajah 1: Pelaburan Langsung Luar Negeri Terkumpul

Nota: Bank dan syarikat insurans menyumbang 23% daripada stok DIA dalam subsektorperkhidmatan kewangan (atau 8% daripada stok DIA keseluruhan). Baki sebanyak 77% (27% daripada stok DIA keseluruhan) syarikat pemegangan pelaburan. Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Nota: Pusat-pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) termasuklah Mauritius (7%) ,Kepulauan Cayman (6%), Isle of Man (5%), Bermuda (5%), Kepulauan Virgin British (3%),Netherland Antilles (2%), Kepulauan Marshall (1%), Bahamas (1%), Jersey dan Seychelles (1%). Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

i) Mengikut sektor ekonomi: DIA tertumpu kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan

ii) Mengikut destinasi negara terdekat: Asia Tenggara,Eropah dan Amerika Utara merupakan destinasi terbesarbagi DIA daripada Malaysia

Perlombongan16%

Pertanian8%

Perkilangan7%

Pembinaan2%

Perkhidmatan kewangan35%

Maklumat dan komunikasi9%

Harta tanah6%

Perkhidmatan lain-lain17%

Perkhidmatan67%

IOFCs1

29%

Singapura18%

Indonesia9%

Kanada5%

United Kingdom5%

Australia5%

India3%

Hong Kong SAR3%

Turkmenistan3%

Thailand2%

PR China1%

Lain-lain17%

pengeluaran. Selain itu, dasar industri dalam negeri telah membentuk peneraju pasaran yang berada pada kedudukan yang baik untuk memajukan kepentingan strategik negara dalam industri utama. Tambahan lagi, pembangunan sistem kewangan di Malaysia juga telah membentuk sistem perbankan yang kukuh dan kumpulan pelabur institusi domestik yang besar dan berkeupayaan, termasuklah kumpulan wang simpanan dan kumpulan wang pencen, serta pengurus aset swasta dan awam, yang melaburkan simpanan negara di luar negeri untuk memaksimumkan pulangan dan mempelbagaikan dedahan risiko. DIA juga disokong oleh dorongan faktor makro ekonomi yang telah menyebabkan aset asing dinilai dengan lebih menarik. Ini termasuk pengukuhan nilai ringgit antara tahun 2005 dan 2013, dan persekitaran kadar faedah yang lebih rendah serta kadar pertumbuhan pasaran sedang pesat membangun yang kukuh secara relatif selepas Krisis Kewangan Global.

II. Limpahan daripada DIA kepada Ekonomi Malaysia(i) Pengukuhan Jenama Malaysia dalam Pasaran Global

Sejak beberapa tahun yang lalu, limpahan positif daripada DIA dapat dilihat menerusi pengukuhan jenama Malaysia dalam pasaran global, dan peningkatan manfaat kepada konglomerat negara yang besar. Syarikat-syarikat ini yang sememangnya peneraju pasaran dalam industri masing-masing mempunyai pelaburan di seluruh dunia dan sudah terkenal sebagai peserta industri yang berkeupayaan. Hasilnya, empat belas konglomerat Malaysia berada dalam senarai “2017 Forbes Global 2000” syarikat awam terbesar di dunia6. Seperti yang dijangka, syarikat minyak dan gas negara adalah syarikat ke-125 terbesar dari segi jumlah hasil dalam senarai “Fortune Global 500”, iaitu kedudukan tertinggi bagi Malaysia. Perbincangan dan interaksi Bank dengan pihak industri juga telah mengenal pasti beberapa kes tentang manfaat tidak langsung, dalam bentuk pemindahan teknologi dan pengetahuan dalam industri terpilih seperti utiliti, perkhidmatan kewangan, riadah dan hospitaliti, dan pelancongan (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana bertajuk ‘Kajian Kes tentang Pelabur Pemastautin Terbesar’ di hujung rencana ini).

(ii) Bukti Limpahan Dalam Negeri dan Rantaian ke Hadapan yang TerhadDIA di Malaysia telah menjana pulangan aset (return on assets, ROA) terkumpul sebanyak 5.2% setahun antara tahun 2010 hingga tahun 2017. Berbanding dengan syarikat seangkatan dengannya di rantau ini, syarikat Malaysia telah menunjukkan prestasi yang agak baik hasil daripada pelaburan mereka di luar negeri (Rajah 2). Pendapatan pelaburan yang dihasilkan daripada DIA telah membantu mengimbangi pembayaran pendapatan primer dalam akaun semasa. Meskipun defi sit pendapatan primer kekal besar (secara purata berjumlah RM32.1 bilion antara

6 Mengikut urutan, syarikat ini ialah Malayan Banking Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Sime Darby Berhad, Genting Berhad, Petronas Chemicals Group Berhad, RHB Bank Berhad, Hong Leong Financial Group Berhad, Axiata Group Berhad, MISC Berhad, Maxis Berhad, AmBank Group dan Petronas Gas Berhad, seperti yang disenaraikan.

50 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

tahun 2010 dengan tahun 2017), tanpa pendapatan yang diterima daripada DIA, defi sit ini akan meningkat hampir satu kali ganda (pada RM63 bilion setahun). Daripada perspektif kedudukan pelaburan antarabangsa (international investment position, IIP), DIA juga telah mempelbagaikan komposisi aset luaran Malaysia. Pada tahun 2004, bahagian aset luaran didominasi oleh rizab antarabangsa rasmi (60.6% daripada jumlah aset dalam IIP; bahagian DIA: 11.7%). Namun begitu, pada akhir tahun 2017, bahagian DIA daripada jumlah aset luaran meningkat kepada 31%, dengan rizab antarabangsa mencakupi bahagian yang lebih kecil (24.6%). Kepelbagaian aset luar negeri ini penting, memandangkan bahawa syarikat tempatan dan bank mencakupi sebahagian besar daripada liabiliti luaran. Portfolio risiko yang lebih seimbang dari segi komposisi aset dan liabiliti luaran memastikan negara tidak bergantung sepenuhnya pada aset rizab untuk mengimbangi dedahan liabiliti luaran.

Nota:1. Data bagi China Taipei adalah pulangan atas DIA purata antara tahun 2010 hingga 20162. Stok DIA bagi Indonesia dan Filipina adalah pada akhir suku ketiga 20173. Data bagi Filipina adalah pendapatan tahunan 2017 yang dianggarkan

5.4% 5.2%

2.4%2.0% 2.0%

Korea Malaysia China Taipei Indonesia Filipina

Rajah 2: Pulangan Aset bagi Pelaburan Langsung ke Luar Negeri

Prestasi DIA Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau ini

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Pihak Berkuasa Negara dan anggaran Bank Negara Malaysia

Namun begitu, teori ekonomi menyatakan bahawa pelaburan di luar negeri sepatutnya meningkatkan hubungan dan prestasi perdagangan dan pelaburan, memupuk syarikat supaya mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa, meningkatkan kelompok industri berteknologi tinggi dan pekerjaan berkemahiran tinggi di dalam negeri, malah meningkatkan hasil cukai Kerajaan melalui pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan. Kajian tentang kesan DIA dalam negeri ke atas negara asal agak terhad, berbanding dengan kajian mengenai kesan FDI ke atas negara tuan rumah. Hal ini disebabkan sebahagiannya oleh kekurangan data yang boleh dibandingkan dan boleh diyakini, terutamanya untuk ekonomi baru muncul dan ekonomi membangun. Bagi ekonomi maju, walaupun dapatan (fi ndings) secara umumnya bercampur-campur, kajian menunjukkan bahawa DIA cenderung untuk mempunyai limpahan positif di negara asal, dari segi pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negeri, pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, pemindahan teknologi, dan prestasi eksport. Baru-baru ini, beberapa kajian melaporkan bahawa DIA Korea mempunyai hubung kait positif dengan eksport, produktiviti, dan pekerjaan dalam negeri. Trend ini mungkin berlainan mengikut sektor DIA yang berbeza, bahkan mungkin berbeza mengikut destinasi pelaburan7.

Bagi Malaysia, limpahan ekonomi dalam negeri bagi DIA belum dapat dilihat dengan jelas. Dapatan daripada kajian empirikal menunjukkan DIA tidak lagi mempunyai hubung kait positif kepada pertumbuhan atau prestasi perdagangan Malaysia. Hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa DIA mungkin menjejaskan pertumbuhan dalam negeri. Limpahan dalam negeri yang rendah juga boleh menunjukkan pembentukan yang terhad bagi rantaian belakang yang lebih mendalam8. Perkara ini mungkin disebabkan oleh struktur DIA yang sebahagian besarnya tertumpu pada sektor perkhidmatan, yang mungkin menawarkan kurang peluang untuk membentuk rantaian belakang, berbanding dengan sektor seperti perkilangan. Pandangan daripada perbincangan dan interaksi Bank dengan industri menunjukkan kekangan struktur yang lain, seperti keupayaan syarikat domestik yang lebih rendah

7 Kim, S (2000) dan Ahn et al (2005). Hubung kait positif dengan perdagangan adalah lebih ketara dari segi statistik bagi industri ‘berteknologi tinggi’ dan ‘berteknologi pertengahan’. Walaupun hubung kait DIA adalah positif dengan produktiviti faktor menyeluruh dan pekerjaan secara umum, DIA ke dalam RR China memaparkan kesan yang negatif.

8 Goh dan Wong (2014), Goh et al (2013), Wong (2013) dan Chen et al (2012).

51Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

dalam menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan di luar negeri dan syarikat asing yang beroperasi di Malaysia. Yang penting, dapatan daripada kajian ini juga menunjukkan kesukaran untuk membuat penilaian kuantitatif terhadap kesan domestik daripada pelaburan di luar negeri oleh syarikat pemastautin. Meskipun terdapat kesan ketara seperti eksport, pelaburan dan pekerjaan, namun kekangan data mungkin mengehadkan analisis kuantitatif yang lebih mendalam. Tambahan pula, penunjuk kualitatif seperti pemindahan teknologi dan pengetahuan, serta peningkatan rantaian nilai, menimbulkan cabaran yang lebih besar.

Penghantaran balik perolehan pendapatan dan dividen yang rendah daripada pelaburan di luar negeri merupakan satu lagi faktor yang mengurangkan kesan DIA terhadap ekonomi dalam negeri (untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana bertajuk ‘Kajian Kes Pelabur tentang Pemastautin Terbesar’). Antara tahun 2010 hingga tahun 2017, DIA telah memperoleh pendapatan terkumpul sebanyak RM149.4 bilion, dengan 30.1% daripadanya dikekalkan di luar negeri untuk pelaburan semula dan 51.8% diisytiharkan sebagai dividen. Anggaran yang menggunakan data dalaman pada aliran perbankan rentas sempadan menunjukkan bahawa hanya 51% pendapatan dihantar balik ke Malaysia. Daripada jumlah ini, bahagian yang lebih kecil dikekalkan dalam negeri dan disalurkan untuk pengembangan lanjut operasi dalam negeri atau pelaburan dalam aktiviti domestik. Paling penting, penilaian analisis kos dan faedah DIA perlu mengambil kira set pertimbangan yang lebih luas, dan bukan sekadar pertimbangan keuntungan untuk pelabur.

(iii) Cabaran dan Kebimbangan yang Timbul Mengenai DIA Ada kalanya, beberapa projek DIA juga telah menghadapi rintangan luaran dan dedahan kepada ketidakpastian peraturan pengawalseliaan, yang mungkin telah menjejaskan daya maju dan keberuntungan pelaburan DIA, dan mendapat perhatian media yang meluas. Hal ini termasuklah perubahan dan sekatan peraturan pengawalseliaan di negara tuan rumah, persaingan yang sengit dalam sektor tertentu, pemerolehan pelaburan pada nilaian yang tinggi, dan penerokaan aset di luar sektor perniagaan teras. Selain itu, pengembangan pesat kumpulan perbankan domestik merentas sempadan telah menyumbang kepada kesalinghubungan yang lebih luas dan keadaan yang lebih kompleks dalam menangani potensi risiko kepada kestabilan kewangan. Hal ini termasuklah keadaan yang bertambah rumit untuk memastikan pematuhan kepada perkembangan pengawalseliaan, mengurus permodalan di seluruh perusahaan, risiko mudah tunai dan perniagaan, dan menjalankan perancangan pemulihan dan penyelesaian. Namun begitu, pemerhatian ini tidak boleh dianggap sebagai mencerminkan keseluruhan DIA Malaysia. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, DIA Malaysia telah menunjukkan prestasi yang agak baik secara amnya. Antara tahun 2010 dengan tahun 2017, ROA pada 5.2% adalah lebih tinggi sedikit daripada purata pertumbuhan global sebanyak 3.9% pada tempoh yang sama, dan setanding dengan purata kadar pertumbuhan serantau9, iaitu 5.3%.

III. Pembangunan dan Pemacu Pelaburan Langsung Asing (FDI)Pelaburan langsung asing telah menjadi pemacu utama yang memudahkan pengembangan produktif Malaysia daripada negara berasaskan pertanian yang bergantung pada komoditi menjadi ekonomi perindustrian dengan asas perkilangan yang bertenaga dan kedudukan yang baik dalam rantaian nilai dan struktur perdagangan serantau dan global. Pembangunan industri yang pesat bagi negara-negara membangun pada tahun 1970an -1980an merupakan tempoh yang sangat penting, dengan pelaburan yang besar oleh syarikat multinasional di Malaysia, terutamanya dalam sektor perkilangan dan perlombongan. Perkembangan ini dibentuk oleh rantaian nilai perkilangan global yang menjadi bertambah hebat, kemajuan teknologi, profi l demografi yang menggalakkan, dan infrastruktur dalam negeri yang moden. Pada masa yang sama, dasar-dasar domestik utama seperti Akta Penggalakan Pelaburan 1986, liberalisasi peraturan ekuiti asing dalam sektor perkilangan, dan liberalisasi secara beransur-ansur peraturan ekuiti asing dalam subsektor perkhidmatan yang terpilih terus menarik pelaburan asing dan meningkatkan persekitaran yang kompetitif bagi industri dalam negeri. Dalam tempoh 16 tahun yang lalu, FDI terkumpul di Malaysia meningkat sebanyak 9.9% setahun, daripada RM129.1 bilion pada tahun 2001 kepada RM565 bilion pada akhir tahun 2017. Dari segi sektor ekonomi, FDI telah disalurkan terutamanya ke dalam sektor perkilangan (41% daripada FDI terkumpul), diikuti oleh perkhidmatan kewangan, perdagangan borong dan runcit, dan sektor perlombongan (masing-masing sebanyak 21.3%, 7.2% dan 6.9%). Kebanyakan aliran FDI adalah dari ekonomi serantau seperti Singapura, Jepun, dan Korea, sekali lagi menekankan kepentingan hubungan perdagangan dan pelaburan serantau; diikuti oleh pelaburan dari Eropah dan Amerika Utara (Rajah 3).

9 Negara serantau merujuk kepada Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, yang mencakupi 29% daripada stok DIA terkumpul.

52 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

IV. Manfaat dan Kos yang Berkaitan dengan FDI (i) Daya Pemangkin dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia

FDI diakui secara meluas sebagai pencetus perubahan dalam pembangunan ekonomi Malaysia dan keadaan ini membolehkan Malaysia untuk turut serta dalam gelombang globalisasi yang bermula pada tahun 1980an. Peningkatan FDI, yang mencapai kemuncaknya, mencatat aliran yang berjumlah 10.5% daripada KDNK pada tahun 1990an, telah membawa kenaikan yang sepadan terhadap hasil eksport perkilangan, pekerjaan bagi rakyat Malaysia, dan pendapatan per kapita. Menurut Statistik Affi liate Asing di Malaysia (Inward Foreign Affi liates Statistics) 2016 (Inward FATS 2016) yang baru diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, eksport yang dijana oleh fi rma asing berjumlah RM292.8 bilion, atau 31.8% daripada eksport kasar barangan dan perkhidmatan pada tahun 2016. Firma asing juga telah mewujudkan peluang pekerjaan secara langsung mengguna khidmat 847,300 pekerja (kira-kira 5% daripada jumlah guna tenaga)10. Produktiviti syarikat FDI juga jauh lebih tinggi daripada purata negara, dengan nilai ditambah setiap pekerja kira-kira tiga kali lebih tinggi daripada aras produktiviti negara, pada RM237,000 setiap pekerja setahun secara purata antara tahun 2010 hingga 2016, berbanding dengan RM72,520 setiap pekerja di peringkat negara. Pelaburan ini telah memudahkan pempelbagaian dan mengelakkan negara daripada pergantungan kepada sektor pertanian dan galian. Seterusnya, pencapaian ini telah menyumbang kepada kekuatan asas ekonomi. Dengan bantuan FDI dan ekosistem kemudahan pengeluaran, infrastruktur, perkhidmatan sokongan dan bakat dalam negeri yang kaya dan mendalam, Malaysia kini telah kukuh dalam rantaian nilai perdagangan serantau dan global.

(ii) Manfaat yang Semakin Berkurangan kepada EkonomiWalau bagaimanapun, terdapat petanda bahawa manfaat kepada negara telah mengecil. Kaedah pengeluaran yang berintensifkan pekerja dan kos yang rendah telah mengakibatkan perkembangan yang perlahan bagi rantaian nilai dan perkhidmatan bantuan dalam negeri dan menyebabkan pergantungan yang tinggi kepada barangan dan perkhidmatan yang diimport serta pekerja asing. Hal ini terbukti dengan pertumbuhan kandungan domestik yang lebih perlahan dalam eksport dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang lebih rendah oleh syarikat-syarikat asing. Mengikut data yang dikumpulkan oleh OECD, kandungan domestik dalam eksport kasar Malaysia adalah lebih rendah daripada purata serantau dan ekonomi serantau (60.9% pada tahun 2014; purata serantau: 69%; Filipina: 76.3%; RR China: 70.7%). Perbelanjaan R&D oleh syarikat-syarikat FDI Amerika Syarikat di Malaysia

10 Perbezaan utama antara FATS dengan data pelaburan langsung daripada BOP ialah ambang ekuiti yang digunakan. Di bawah BOP, hubungan langsung telah ditetapkan pada 10% kepentingan ekuiti minimum dalam perusahaan yang berkaitan. Di bawah FATS, kawalan gabungan oleh syarikat induk utama timbul apabila kepentingan ekuiti adalah melebihi 50%.

Rajah 3: Pelaburan Langsung Asing Terkumpul

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

i) Mengikut sektor ekonomi: FDI disalurkan terutamanyake dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan

ii) Mengikut negara sumber terdekat: Pelabur FDIterbesar adalah daripada ekonomi serantau, Eropahdan Amerika Utara

Perkilangan41%

Perlombongan7%

Pertanian2% Pembinaan

2%

Singapura21%

Jepun13%

IOFC1

12%Hong Kong

SAR 9%

Belanda7%

Amerika Syarikat6%

Switzerland5%

Jerman4%

Norway3%

United Kingdom3%

RR China3%

Korea2%

Lain-lain11%

Nota:Pusat-pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) termasuklah Kepulauan Virgin British (4%); Bermuda (3%); Jersey (2%); Kepulauan Cayman (1%); Bahamas (1%); dan Mauritius, Barbados, Panama, Samoa dan Isle of Man (1%). Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Nota: Bank dan syarikat insurans menyumbang 63% daripada stok FDI dalam subsektor perkhidmatan kewangan (atau 13% daripada stok keseluruhan FDI). Baki sebanyak 37% (8% daripada stok keseluruhan FDI) terdiri daripada syarikat pemegangan pelaburan. Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Perkhidmatan kewangan21%

Borong dan runcit7%

Maklumat dan komunikasi8%

Perkhidmatan lain-lain13%

Perkhidmatan49%

53Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

juga merosot sejak tahun 2012 (4.6% daripada jumlah keluaran; 3.6% bahagian keluaran pada tahun 2014), dan lebih rendah daripada ekonomi serantau (India: 11.1%; China Taipei: 4.9%; RR China: 4.5%)11, menunjukkan bahawa pemindahan teknologi oleh syarikat asing telah mencapai tahap yang mendatar. Inward FATS juga menunjukkan beberapa bukti manfaat yang semakin merosot kepada ekonomi dalam negeri, contohnya penurunan nilai ditambah daripada syarikat asing (2010: 19.5% daripada jumlah nilai ditambah; 2016: 18%), dan pelaburan (2010: 22.4% pembentukan modal tetap kasar; 2016: 20.1%). Syarikat asing juga telah menyumbang kepada trend umum peningkatan penyertaan pekerja asing berkemahiran rendah dalam industri dalam negeri12. Walaupun trend ini juga disumbangkan oleh syarikat tempatan, pergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah yang berlebihan juga telah membawa kepada kesan herotan yang mendalam, seperti pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran rendah dan upah yang tertekan dalam ekonomi Malaysia.

Lebih membimbangkan, impak yang lebih luas daripada isu-isu ini seperti gaji dan upah yang kekal tidak berubah dalam keadaan kemelut peningkatan kos sara hidup, mempunyai impak yang lebih besar kepada anggota masyarakat yang paling mudah terjejas. Sebagai contoh, pergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah cenderung untuk menggantikan pekerja tempatan dalam kategori berkemahiran rendah, yang juga kebanyakannya ahli isi rumah dalam kumpulan 40% terendah dalam pengagihan pendapatan isi rumah (B40). Trend industri seperti ini menyebabkan perkembangan pembentukan nilai yang perlahan dalam kalangan pembekal dan penyedia perkhidmatan dalam negeri, kadar yang rendah dalam inovasi dan penyerapan teknologi, dan herotan upah dan harga yang boleh menghilangkan sebahagian daripada manfaat FDI.

(iii) Kos dan Ketirisan kepada EkonomiKebimbangan ini amat ketara apabila mengambil kira kos mengundang pelaburan asing ke negara ini. Selama ini, Kerajaan telah menggunakan pelbagai insentif pelaburan untuk membangunkan industri strategik terpilih dan menggalakkan aktiviti ekonomi yang dikehendaki. Seperti anggaran Bank Negara Malaysia sebelum ini, kos insentif adalah antara RM10 bilion hingga RM15 bilion setahun dalam tempoh lima tahun yang lalu, bersamaan kira-kira 9% daripada jumlah hasil cukai Kerajaan. Ini adalah sumber-sumber yang boleh disalurkan untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan awam, yang merupakan daya tarikan yang penting untuk meningkatkan pelaburan ke negara ini. Mungkin juga terdapat ketidakpadanan antara pelaburan yang diterima dengan bidang pertumbuhan baharu yang sepatutnya dipupuk oleh negara. Misalnya, terdapat bukti baharu tentang peningkatan FDI dalam sektor yang kurang produktif seperti pembangunan harta tanah dan pembinaan, terutamanya dalam segmen yang dikenal pasti sebagai sektor yang menghadapi ketidakseimbangan. FDI dalam sektor harta tanah dan pembinaan telah meningkat dari segi bahagian, daripada purata 6.3% aliran FDI tahunan pada tahun 2010-2015, kepada 19.1% pada tahun 2016 dan 2017. Perbincangan dan interaksi dengan wakil industri menunjukkan bahawa pelaburan ini disalurkan terutamanya dalam segmen harta tanah bernilai lebih tinggi. Ketirisan lain termasuk limpahan dalam negeri yang rendah kerana kadar penghantaran balik pendapatan yang tinggi oleh syarikat-syarikat asing dan kiriman wang yang tinggi daripada pekerja asing, kedua-duanya merupakan faktor struktur yang menjejaskan imbangan akaun semasa Malaysia.

Tambahan pula, insentif fi skal yang digunakan secara meluas sebagai salah satu cara untuk menarik pelaburan telah mendapat lebih perhatian daripada pertubuhan antarabangsa, berikutan kebimbangan atas fenomena ‘perlumbaan ke bawah’ dan perubahan yang pelbagai dalam keadaan peraturan pengawalseliaan yang bertujuan untuk menghalang amalan cukai yang memudaratkan. Hal ini juga memberikan syarikat-syarikat multinasional kelebihan apabila membuat keputusan mengenai destinasi pelaburan, dan memberi tekanan kepada negara penerima pelaburan untuk tunduk kepada tuntutan segera industri, yang boleh mengorbankan hala tuju dasar strategik.

11 Untuk keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Menilai Semula Insentif Pelaburan’ dalam Buletin Suku Tahunan BNM, S3 2017.

12 Untuk keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah terhadap Ekonomi’.

54 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

V. Implikasi Dasar: Rangka Kerja Baharu untuk Menilai PelaburanPersekitaran ekonomi semasa semakin dinamik dan kompleks. Globalisasi dan gangguan teknologi pantas mengubah pilihan pengguna, trend industri dan model perniagaan. Pendekatan baharu diperlukan, dan penggubal dasar mestilah dapat menyesuaikan diri dengan rangka kerja baharu untuk menilai pelaburan. Walaupun penggubal dasar biasanya cenderung memberikan lebih banyak penekanan pada FDI, Malaysia sekarang berhadapan dengan titik perubahan yang menarik. Selain memastikan FDI kekal sebagai penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi, penggubal dasar juga mesti mempertimbangkan strategi untuk memaksimumkan limpahan ke belakang dan ke hadapan daripada DIA. Mandat ini mencabar, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Cara untuk maju ke hadapan adalah dengan memikirkan semula strategi pelaburan negara dan menggunakan pendekatan baharu terhadap rangka kerja analisis kos dan manfaat bagi pelaburan masuk dan keluar. Arah tuju dasar tenaga kerja juga perlu lebih jelas, terutamanya yang berkaitan dengan peranan pekerja asing berkemahiran rendah dalam ekonomi. Komunikasi tentang strategi Kerajaan mengenai pekerja asing perlu dipertingkatkan, bersama-sama kemudahan untuk mendapatkan maklumat tentang peraturan semasa, dan menawarkan garis masa yang ditakrifkan dengan jelas mengenai pelaksanaan yang berperingkat bagi kawal selia masa depan. Namun begitu, pada peringkat tertinggi, penggubal dasar perlu bersetuju tentang cara terbaik DIA dan FDI Malaysia dapat disesuaikan dengan trend industri global dan merangka strategi sewajarnya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara serantau seperti RR China dan Singapura.

Bagi mencapai matlamat ini, rangka kerja yang luas dalam menilai manfaat bersih DIA dan FDI diperlukan dengan menggabungkan perspektif kuantitatif dan kualitatif, serta latar belakang yang sebahagian besarnya merangkumi trend ekonomi, perindustrian dan teknologi global yang berubah dengan pantas (Ilustrasi 1). Kos dan manfaat yang berkaitan dengan FDI dan DIA termasuk impak yang boleh diukur seperti pelaburan, eksport, nilai ditambah, pekerjaan, serta kos yang berkaitan seperti hasil cukai yang terlepas dan bayaran pendapatan pelaburan. Manfaat dan kos yang kurang ketara yang berkaitan dengan DIA dan FDI juga diambil kira, seperti manfaat yang dibawa oleh penggunaan teknologi, pembangunan kluster perindustrian, dan herotan tingkah laku industri yang mungkin berlaku akibat sekatan peraturan dan kawal selia terdahulu.

Ilustrasi 1: Rangka Kerja Analisis Kos-Manfaat Aspirasi

Pertimbangan untuk pelaburan perlu lebih meluas daripada kesan segera serta keuntungan

Nota: Penunjuk-penunjuk yang disebut dalam rangka kerja di atas bukan senarai lengkap dan bertujuan sebagai gambaran perspektif yang komprehensif dalam menilai kosdan manfaat DIA dan FDI

Kos dan manfaat yang tidak ketara

Trend mega ekonomi dan pelaburan global

Kos dan manfaat yang ketara Perubahandalam modelperniagaan

Evolusiperubahanpengawal

seliaanglobal

Rintangansektorluaran

Pilihanpengguna

Gangguanteknologi

Trendindustri

Peristiwageopolitik

Perkembanganindustri

Penerapanteknologi

Rantaianke hadapandan rantaianke belakang

Peningkatankemahiran

tenagakerja

Kesan dasaryang tidak

diingini

Pemindahanpengetahuan

Reputasiantarabangsa

Akses kepadapasaran kewangan

Kos dan Ketirisan

Produktiviti dan inovasi yang rendah

Insentif pelaburan

Pekerja asing yang berkemahiran rendah

Manfaat dan Limpahan Positif

Pelaburan Domestik

Kecanggihan ekonomi

Nilai ditambah dan eksport

Pewujudan pekerjaandan pendapatan

Hasil cukai yang dilepaskan

55Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Rangka kerja baharu dalam memberi pertimbangan kos dan manfaat ini memberikan beberapa implikasi dasar. Pertama, keberkesanan strategi semasa untuk menarik pelaburan perlu dikaji semula. Peraturan mestilah mendorong pelabur supaya berinovasi, menggunakan teknologi baharu, serta memenuhi pilihan pengguna baru muncul dan trend industri. FDI dan pelaburan prospektif hendaklah berfungsi mengukuhkan hubungan dalam rantaian bekalan domestik dan membina kluster nilai baharu. Pelaburan ini juga hendaklah memperlihatkan ciri yang diingini seperti mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, serta meningkatkan kecanggihan ekonomi dan produk13. Bagi mencapai matlamat ini, rangka kerja insentif pelaburan perlu difi kirkan semula14. Keputusan untuk memberikan atau tidak memberikan insentif pelaburan hendaklah seimbang antara pendekatan berasaskan prinsip yang cerdas dan fl eksibel dengan pendekatan berasaskan prestasi dan hasil yang lebih tegas. Insentif-insentif yang diberikan hendaklah terikat pada masa dan penunjuk inovasi, produktiviti, pekerjaan berkualiti, dan kecanggihan ekonomi. Malaysia tidak boleh terus bergantung pada strategi kos rendah untuk menarik pelaburan asing dalam persekitaran persaingan yang semakin sengit dari negara lain di rantau ini.

Kedua, dan mungkin lebih mencabar untuk dicapai, ialah objektif memaksimumkan limpahan domestik daripada DIA. Usaha untuk menggalakkan aliran dua hala daripada aktiviti pelaburan serta rantaian ke belakang dan ke hadapan dalam ekonomi domestik hendaklah diperkukuh. Sebahagian daripada usaha ini termasuk mengoptimumkan prestasi syarikat Malaysia yang membuat pelaburan di luar negeri. Contohnya, Korea memudahkan syarikat dan PKS tempatannya menjalankan penerokaan di luar negeri dengan menawarkan khidmat perundingan pelaburan, yang memberikan konteks yang berkaitan tentang latar belakang sosial dan politik negara tempat syarikat membuat pelaburan. Menerusi agensi penggalakan pelaburan, Kerajaan memberikan khidmat nasihat dari segi undang-undang dan peraturan, dan cabaran yang biasanya dihadapi oleh syarikat asing yang memasuki pasaran ini. Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengurangkan insiden syarikat mengalami kesulitan yang tidak diduga dari segi undang-undang dan peraturan yang mungkin dapat dielakkan, dan persiapan untuk menghadapi cabaran yang khusus dalam sektor yang diceburi. Komunikasi tentang rancangan pelaburan secara strategik dan telus, terutamanya dalam kalangan GLC dan pelabur institusi negara, juga akan mendatangkan manfaat, memandangkan peranan penting yang dimainkan oleh syarikat-syarikat ini dalam ekonomi Malaysia. Seperti yang dibincangkan, rangka kerja insentif pelaburan yang lebih dinamik diperlukan untuk menyokong objektif ini, disertai dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi memastikan ukuran prestasi dicapai, selaras dengan keperluan kelulusan pelaburan dan undang-undang FEA. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila limpahan domestik daripada DIA mungkin tidak boleh diukur dengan mudah disebabkan kekurangan data dan rangka kerja semasa untuk menilai daya maju pelaburan di luar negeri. Oleh itu, senarai keperluan berasaskan prinsip yang jelas bagi melengkapi petunjuk kuantitatif adalah penting untuk menilai secara komprehensif impak kewangan dan ekonomi pelaburan di luar negeri oleh syarikat tempatan. Penggunaan dasar ini perlu dilaksanakan dengan cara yang benar-benar selaras dan bersepadu bagi memaksimumkan keberkesanan sokongan institusi untuk DIA.

Akhir sekali, persatuan-persatuan industri juga boleh memainkan peranan yang lebih membina dalam dialog tentang dasar, sama ada dengan memberikan pemahaman berkenaan industri kepada agensi negara atau dengan mengambil bahagian dalam pembentukan dasar. Syarikat yang beroperasi dalam ekonomi Malaysia mestilah berbuat demikian dengan tujuan untuk membina ekosistem industri yang lebih membantu, mempertingkat fungsi pasaran pekerja domestik dan meningkatkan produktiviti secara berterusan. Inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan, seperti Sistem Insurans Pekerjaan yang diperkenalkan baru-baru ini, dianggap perlu untuk menjadikan pasaran pekerja lebih fl eksibel dan menggalakkan saluran penjimatan sosial yang lebih cekap. Diperhatikan bahawa dengan terdapat banyak model kos rendah, sering kali berlaku penolakan yang hebat daripada industri apabila Kerajaan memperkenalkan peningkatan standard industri dan perburuhan yang lebih tinggi. Persetujuan syarikat dan penyertaan yang bermakna adalah amat penting dalam memastikan inisiatif pembaharuan ekonomi utama ini dilaksanakan dengan jayanya. Penting untuk diingati bahawa pelaburan dan kemajuan dalam ekonomi mestilah, pada akhirnya, mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan sahaja membawa pembangunan ekonomi, tetapi juga kemajuan sosial.

13 Untuk keterangan lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan dan Implikasi Dasar Malaysia’. 14 Untuk keterangan lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Menilai Semula Insentif Pelaburan’ dalam Buletin Suku Tahunan S3 2017 BNM.

56 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Kesimpulan dan Bidang Penyelidikan Pada Masa Depan

Ringkasnya, DIA terbukti menguntungkan syarikat tertentu dalam negeri, dengan beberapa bukti beranekdot tentang limpahan dalam negeri bagi sektor terpilih. Namun begitu, bukti tentang manfaat ekonomi DIA yang meluas masih belum jelas. Berkenaan FDI, walaupun manfaatnya kepada ekonomi adalah lebih jelas, manfaat tersebut bukanlah secara tetap atau automatik. Terdapat semakin banyak bukti bahawa manfaat bersih kepada ekonomi semakin berkurang, berikutan kos yang semakin meningkat untuk menarik pelaburan asing. Dasar pelaburan perlu disusun semula sedemikian rupa sehingga negara tidak bergantung semata-mata pada faktor tarikan kos untuk menarik pelaburan asing disamping mengurangkan kebocoran ekonomi. Rangka kerja dasar berhubung dengan pelaburan perlu dipertimbangkan semula, untuk kedua-dua DIA dan FDI, bagi memastikan negara kekal berada pada landasan yang betul dalam aspirasinya untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Bagi mencapai hasrat itu, negara perlu terus membuat pelaburan dalam infrastruktur dan modal insan serta menghapuskan halangan dalam negeri supaya ia sentiasa berada pada kedudukan yang baik untuk menempuh gelombang gangguan teknologi dan megatrend ekonomi global yang seterusnya. Pada masa hadapan, usaha yang lebih bersepadu perlu dilakukan untuk membuat pengukuran dan menilai dengan lebih baik kos dan manfaat FDI dan DIA. Usaha ini termasuk menjalankan lebih banyak penyelidikan tentang bidang DIA dalam negeri yang saling melengkapi dan kurang diterokai, menambah baik kaedah pengumpulan dan penyusunan maklumat supaya impak tak ketara diambil kira dan kuantitinya dapat dinyatakan dengan lebih baik, serta memperkenalkan disiplin yang lebih ketat dalam menguatkuasakan rangka kerja analisis kos-manfaat lebih menyeluruh yang memberikan tumpuan pada impak pelaburan yang lebih meluas. Penyesuaian dasar bagi mempertingkat rantaian ke belakang dan limpahan daripada DIA dan FDI ini adalah penting, dan ia merupakan ikhtiar yang saling melengkapi dalam usaha jangka panjang untuk menjadi pasaran ekonomi yang cekap dan berfungsi serta infrastruktur berkualiti tinggi. Penyelarasan yang dipertingkat antara agensi Kerajaan dan kerjasama yang lebih baik antara sektor awam dengan swasta sangat perlu untuk menguatkan daya tarikan ekosistem pelaburan dalam negeri, demi prospek jangka panjang ekonomi Malaysia yang mampan.

Kajian Kes tentang Pelabur Pemastautin Terbesar

Satu siri perbincangan industri dan kaji selidik bersama syarikat DIA besar yang terdiri daripada 52 syarikat yang menyumbang kepada 60% daripada jumlah terkumpul stok DIA pada separuh tahun pertama 20171 telah dijalankan. Kaji selidik tersebut bukan sahaja bertujuan untuk memperoleh pemahaman tentang prestasi kewangan DIA Malaysia, tetapi juga untuk menilai manfaat tidak ketara DIA kepada ekonomi dalam negeri.

Penghantaran balik pulangan kewangan hasil DIA sederhana• Meskipun persekitaran ekonomi global semakin mencabar, pendapatan DIA kekal stabil selama enam tahun yang

lalu sejak tahun 2012 mencerminkan daya tahan pelaburan ini. Daripada pendapatan DIA yang diperoleh, 51% (RM44.0 bilion)2 telah dihantar balik, dengan GLC dan syarikat swasta membuat sumbangan yang sama. Baki 49% (RM41.8 bilion)3 daripada pendapatan DIA yang disimpan di luar negeri telah digunakan untuk pelaburan semula atau untuk membayar balik pinjaman. Kaji selidik juga menunjukkan bahawa penukaran hasil pendapatan yang dihantar balik kepada ringgit adalah minimum4 kerana kebiasaannya pendapatan ini disimpan dalam mata wang asing untuk disalurkan semula ke dalam pelaburan baharu di luar negeri, dan mengakibatkan hanya jumlah kecil ditinggalkan untuk kegunaan dalam negeri.

• Pertumbuhan yang sederhana dalam pendapatan pelaburan juga mencerminkan DIA Malaysia yang, secara relatif, masih berada pada peringkat awal. Pada permulaannya, kebanyakan DIA dilaksanakan melalui usaha greenfi eld yang mempunyai tempoh bayar balik yang agak panjang, iaitu antara tiga hingga 18 tahun. Berikutan tempoh gestasi yang panjang, sesetengah DIA hanya mula menghasilkan pulangan baru-baru ini. Dari semasa ke semasa, syarikat Malaysia yang semakin matang mula mengembangkan pelaburan di luar negeri melalui usaha brownfi eld yang mempunyai tempoh gestasi yang lebih pendek, iaitu antara tiga hingga lima tahun.

1 Bagi tujuan rencana ini, syarikat yang diperbadankan di Wilayah Persekutuan Labuan diklasifi kasikan sebagai bukan pemastautin, selaras dengan olahan di bawah peraturan FEA.

2 Angka tidak termasuk pendapatan oleh institusi kewangan dan olahan FEA terhadap Labuan sebagai bukan pemastautin.3 Sumber: Bank Negara Malaysia.4 Sumber: Maklum balas daripada syarikat yang dikaji.

57Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Manfaat DIA lebih ketara dalam industri terpilih berikutan pemindahan teknologi kepada sesetengah sektor • DIA berkemungkinan boleh mempercepat pemindahan teknologi ke Malaysia, terutamanya dalam sektor

tenaga diperbaharui yang masih di peringkat permulaan. Usahasama dalam dua projek brownfi eld di United Kingdom dan Turki oleh syarikat utiliti negara boleh memacu pembangunan penjanaan tenaga suria dan angin di Malaysia menerusi pemindahan teknologi daripada syarikat tenaga global. Usaha ini selaras dengan strategi negara untuk menghasilkan sumber tenaga diperbaharui, seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia 2017 – 2030.

• Begitu juga, DIA dalam sektor riadah dan hospitaliti telah membantu membangunkan sebuah taman tema bertaraf antarabangsa yang unik di Malaysia menerusi penyertaan penerbit dan pengedar fi lem antarabangsa. Ini sejajar dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan industri pelancongan.

DIA belum lagi menjadi pemangkin untuk eksport Malaysia • Walaupun sering diakui bahawa DIA sepatutnya memudahkan akses yang lebih besar kepada pasaran global,

sumbangan DIA kepada eksport Malaysia belum lagi menjadi kenyataan. Hanya sektor perladangan sahaja merekodkan eksport seperti peralatan, jentera dan baja berjumlah RM121 juta antara tahun 2014 hingga 20165. Amaun ini amat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan eksport dari negara ini, iaitu sebanyak RM2,330 bilion dalam tempoh yang sama6. Dari perspektif ini, DIA telah gagal memacu eksport Malaysia.

DIA dalam projek infrastruktur di luar negara mempromosikan jenama dan nama baik Malaysia• Kejayaan syarikat Malaysia melaksanakan projek berskala besar di luar negeri seperti projek lebuh raya,

loji jana kuasa, serta projek kediaman dan komersil membantu mewujudkan dan meningkatkan reputasi syarikat Malaysia di luar negeri. Setakat bulan Mac 2017, syarikat Malaysia berjaya menyiapkan 866 projek antarabangsa bernilai RM92 bilion dan terdapat 55 projek bernilai RM25 bilion yang kini sedang dilaksanakan7.

Manfaat DIA masih belum direalisasikan sepenuhnya • Aliran DIA pada umumnya adalah satu hala, kerana pendapatan yang dihantar balik akan dilaburkan semula

ke dalam pelaburan baharu, dan proses ini sekali gus menjejaskan mudah tunai domestik dalam negeri secara berterusan. Perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja penghantaran balik pendapatan DIA tetapi yang lebih penting lagi adalah peningkatan penukaran kepada ringgit untuk menambah semula mudah tunai domestik dalam negeri dan menyumbang ke arah aliran yang lebih seimbang dalam pasaran pertukaran asing dalam negeri. Berdasarkan bukti anekdot, walaupun GLC dan syarikat swasta melaksanakan projek berskala besar dan membuat pelaburan besar di luar negeri, eksport negara masih belum menunjukkan peningkatan yang sepadan dengan DIA.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Pendapatan dijana Pendapatan dihantar balik

0

2

4

6

8

10

12

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

2012 2013 2014 2015 2016 2017

RM bilion

Rajah 1: Pendapatan Dijana dan Dihantar Balik

Pendapatan daripada DIA adalah stabil secara relatif RM bilion

5 Sumber: Maklum balas daripada syarikat yang dikaji.6 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.7 Sumber: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB).

58 Laporan Tahunan 2017

Perkem

bang

an Eko

nom

i pad

a Tahun 2017

Rujukan

Ahn, S., Lee, D., Lee, S. and Woo, C., 2005, November. ‘The Economic Impacts of Outbound FDI and Trade: The Case of Korea’. In OECD Workshop on the Globalisation of Production: Impacts on Employment, Productivity and Economic Growth, Paris.

Bank Negara Malaysia. 2017. ‘Annual Report. Complexity and Growth: Malaysia’s Position and Policy Implications’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.

______ 2017. ‘Low-Skilled Foreign Workers and Its Distortions to the Economy’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.

______ 2017. ‘Rethinking Investment Incentives’. Buletin Suku Tahunan Bank Negara. (3Q 2017).

______ 2016. ‘Payoffs from Going Global: Assessing the Returns from Malaysia’s Direct Investment Abroad’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.

______ 2009. ‘Nature and Trends of Capital Flows in Malaysia’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.

Chen, J.E. and Zulkifl i, S.A.M., 2012. ‘Malaysian Outward FDI and Economic Growth’. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 65, pp.717-722.

Goh, S.K. and Wong, K.N., 2014. ‘Could Inward FDI Offset the Substitution Effect of Outward FDI on Domestic Investment? Evidence from Malaysia’. Prague Economic Papers, 23(4).

Goh, S.K. and Tham, S.Y., 2013. ‘Trade Linkages of Inward and Outward FDI: Evidence from Malaysia’. Economic Modelling, 35, pp.224-230.

Kim, S., 2000. ‘Effects of Outward Foreign Direct Investment on Home Country Performance: Evidence from Korea’. In The Role of Foreign Direct Investment in East Asian Economic Development, NBER-EASE Volume 9 (pp. 295-317). University of Chicago Press.

Knoerich, J., 2017. ‘How Does Outward Foreign Direct Investment Contribute to Economic Development in Less Advanced Home Countries?’. Oxford Development Studies, 45(4), pp.443-459.

Wong, K.N., 2013. ‘Outward FDI and Economic Growth in Malaysia: An Empirical Study’. International Journal of Business and Society, 14(1), pp.163-172.