41
IPG Kampus Darulaman JIP EDU 3101 Nama : Ong Chai Fei Lim Kian Hong Kumpulan : PISMP BC/PJ/PS SEM 1 Pensyarah : Pn. Hjh Mahanee binti Mahmood

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat

  • Upload
    ongalex

  • View
    1.408

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

IPG Kampus DarulamanJIP EDU 3101

Nama : Ong Chai Fei Lim Kian Hong

Kumpulan : PISMP BC/PJ/PS SEM 1Pensyarah : Pn. Hjh Mahanee binti Mahmood

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat

• Satu pedoman, arah tuju atau pandangan

terhadap perkara-perkara yang berkaitan

dengan pendidikan.

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat

Tradisional

REALISME PERENIALISME

IDEALISME ESENSIALISME

ModenPRAGMATISME

PROGRESIVISME

REKONSTRUKTIONISME

EKSISTENSIALISME

Falsafah Pendidikan Barat( Tradisional )

Tokoh –Tokoh Falsafah Pendidikan Barat

( Tradisional )

• Perenialisme

Robert Maynard (1936)

Beliau menegaskan bahawa:

“Pendidikan mengandungi pengajaran. Pengajaran mengandungi pengetahuan. Pengetahuan ialah kebenaran. Kebenaran adalah sama di mana-mana jua pun. Sepatutnya pendidikan adalah sama di mana-mana.”

• Esensialisme

Thomas briggs

Falsafah essensialisme mengamalkan 4 prinsip dasar seperti berikut :

Prinsip 1 – pembelajaran melibatkan kerja bersungguh-sungguh dan penggunaan.

Prinsip 2 – daya usaha dalam pendidikan adalah bergantung kepada guru daripada bergantung kepada murid.

Prinsip 3 – pemusatan proses pendidikan ialah penyerapan bahan pengajaran yang ditentukan.

• Realisme

“pentingnya mengoperasikan dimensi eksperimental dan penjelasan-penjelasan rasionalistis dalam sains”

Francis bacon (1561 – 1626)

Beliau menegaskan:

• Idealisme

Beliau menegaskan:

“falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara

sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara.”

Plato (427-347 s.m)

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Istilah

Perenialisme Perkataan asas: perennial bermaksud ‘tidak berubah’ Menurut ahli perenialisme, ketelusan merupakan

sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial.

Esensialisme Satu falsafah yang sistematik dalam bidang pendidikan pada tahun 1920an

Berpunca daripada realisme dan idealisme Pada dasarnya, mazhab falsafah ini bersifat konservatif

Realisme Realisme merupakan teori dalam ilmu hubungan internasional yang cukup popular.

Fahaman yang berdasarkan kenyataan.

Idealisme Idealisme adalah suatu ajaran/ faham atau aliran yang menganggap bahawa realitas ini terdiri atas roh-roh (sukma) atau jiwa.

Aliran ini merupakan aliran yang sangat penting dalam perkembangan sejarah fikiran manusia.

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Konsep

Perenialisme Berpunca daripada realisme. Pendidikan seharusnya berfokus kepada carian dan

sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang sepatutnya disemai sejak di bangku sekolah lagi.

Esensialisme Falsafah esensialisme menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang agar dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Esensialisme bersifat praktikal dan pragmatik.

Realisme Falsafah realisme mengkaji tentang objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain.

Idealisme Idealisme ialah sistem falsafah yang tertua sekali dalam masyarakat kebudayaan Barat.

Banyak mengkaji tentang idea, roh, akal, keadaan dunia yang nyata dan yang tidak nyata.

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Matlamat

Perenialisme Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa.

Esensialisme Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya.

Realisme Mengaji tentang objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain.

Idealisme Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, berbudi pekerti mulia dan pandai sesuaikan diri.

Terdapat 4 aspek yang diberi penumpuan dalam setiap falsafah yang dikemukakan iaitu :

TUMPUAN

Jenis Kurikulum

Peranan Murid Kaedah Mengajar

Peranan Guru

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Jenis kurikulum

Perenialisme Memberikan penumpuan terhadap mata pelajaran kritikal seperti bahasa, matematik, sains dan seni.Mata pelajaran kritikal diberi tumpuan kerana ia mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia.

Esensialisme Ahli-ahli esensialisme menyarankan supaya kurikulum sekolah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat.Bahan-bahan pelajaran disediakan secara rapi dan logikal.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai.

Realisme Mengikut Aristotle, kurikulum adalah mengikut perkembangan kanak-kanak.Mengutamakan pelajaran asas misalnya, menulis dan membaca.

Idealisme Mata pelajaran hisab dianggap pelajaran yang mencari kebenaran, sains, bahasa serta akhlak yang dianggap berdisplin tinggi.

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Peranan Guru

Perenialisme Guru dianggap pakar. Bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan membimbing perbincangan kumpulan .Perlu mendisplinkan anak murid mereka

Esensialisme Guru disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah .Mereka juga mahir dari segi kawalan bilik darjah serta menjadi teladan atau rol model kepada anak murid mereka .

Realisme Guru perlu mahir dalam bidang disiplin yang terdapat dalam sejarah, ilmu alam, bahasa hisab, dan sebagainya.Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang teruji dan berkebolehan memberikan ilmu itu kepada muridnya.

Idealisme Mata pelajaran ilmu hisab dianggap pelajaran yang mencari kebenaran, sains, bahasa serta akhlak yang dianggap berdisplin tinggi.

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Kaedah Mengajar

Perenialisme Kaedah didaktik ditekankan di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan .

Esensialisme Pendekatan didaktik adalah ditegaskan .Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang semata-mata mensia-siakan masa sahaja .

Realisme Memberikan pengajaran yang menyenangkan iaitu pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.Menyampaikan pengajaran dengan bersungguh-sungguh.Guru perlu selalu memberi pujian kepada murid dan tidak memukul atau memarahinya.

Idealisme Menggunakan kaedah berpusatkan muridMementingkan penyelidikan sendiri murid-murid. (murid mencari kebenaran sendiri, guru sebagai panduan)

Falsafah P. Barat ( Tradisional )

Peranan Murid

Perenialisme Berusaha dengan bersungguh-sungguh agar dapat memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing .

Esensialisme Semua murid perlu rajin belajar dan menumpukan perhatian dan usaha mereka kepada apa yang diajar di sekolah .

Realisme Menggunakan kaedah berpusatkan muridMurid harus rajin mendapat ilmu pengetahuan dan guru sebagai penasihat.

Idealisme Pencapaian dalam bidang akademik dapat diperoleh dengan berkesan bergantung kepada kerajinan dan tumpuan pelajar itu sendiri.Minat tidak menjadi kunci kejayaan dalam pembelajaran.Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh hasil bimbingan guru secara terus-menerus.

Falsafah Pendidikan Barat( Moden )

Tokoh –Tokoh Falsafah Pendidikan Barat

( Moden )

• Progresivisme

Jean J. Rousseau (1712-1778)

Beliau menegaskan bahawa:

“Kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya.”

• Rekonstruktivisme

Thomas briggs

• Pengalaman ialah hasil interaksi antara manusia organisme dengan material dan sosial persekitaran.

• Pendidikan yang bercorak progressive lebih mementingkan kaedah-kaedah dalam pendidikan daripada matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan.

• Eksistentialisme

Friedrich Nietzsche

Beliau menegaskan:

“bahwa kreativitas adalah kemampuan manusia untuk memfokuskan dorongan-dorongan hasrat di dalam dirinya pada suatu tujuan yang produktif.”

• Pragmatisme

John Dewey (1859-1952)

Beliau menegaskan:

“konsep pengalaman merupakan intipati pendidikan”

Falsafah P. Barat ( Moden )

Istilah

Progresivisme mempertingkatkan kehidupan sosial yang demokratik.

Rekonstruktivisme Mengesyorkan supaya kita membaiki dan membina semula masyarakat.Sekolah merupakan satu landasan yang amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk.

Eksistentialisme Berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia.Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan.

Pragmatisme Satu aliran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada lewat kurun 1880an. Minat tidak menjadi kunci kejayaan dalam pembelajaran.Aliran pragmatisme menekankan bahawa kehasilan, kepenggunaan, kepraktikalan adalah komponent utama untuk kebenaran.

Falsafah P. Barat (Moden)

Konsep

Progresivisme Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realitiIlmu hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja.

Rekonstruktivisme Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia.

Eksistentialisme Berfokus kepada fitrah kewujudan manusia.Individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Pragmatisme Paragmatisme ialah satu kaedah untuk menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek.Teori ini terikat dengan fakta yang konkrit dan meninjau kebenaran melalui hasilnya.

Falsafah P. Barat (Moden)

Matlamat

Progresivisme Menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka .

Rekonstruktivisme Mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.

Eksistentialisme Sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid kita.

Pragmatisme Menerapkan pendidikan kajihayat dan sains sosial untuk intelek manusia.

Falsafah P. Barat (Moden)

Jenis Kurikulum

Progresivisme Anak murid seharusnya diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari.

Rekonstruktivisme Mata pelajaran kajian sosial memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan, di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa.

Eksistentialisme Tidak mempunyai mata pelajaran khusus.Mata pelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan dan drama difikirkan relevan.

Pragmatisme Memberikan tumpuan terhadap matapelajaran kajihayat dan sains sosial.Matapelajaran tersebut boleh membantu seseorang mengetahui proses yang berlaku pada manusia untuk mengarahkan penggunaan aktiviti intelek manusia kepada sosial.

Falsafah P. Barat (Moden)

Peranan Guru

Progresivisme Sebagai pembimbing dan membantu anak murid mereka untuk menangani sebarang masalah dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah-ubah .

Rekonstruktivisme Hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan.

Eksistentialisme Pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi.

Pragmatisme Melatih disiplin murid.Mengajar murid bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah.Membantu murid dalam menyesuaikan diri tanpa mengira apa jua keadaan.

Falsafah P. Barat (Moden)

Kaedah Mengajar

Progresivisme Beri peluang untuk memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlakudalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah.

Rekonstruktivisme Kaedah berpusatkan murid diberi penekanan di mana-mana murid-murid diajar kemahiran penyelesaikan masalah melalui aktiviti sumbangsaran, main peranan dan simulasi.

Eksistentialisme Berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid.Main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan, dan pemikiran mereka secara mendalam.

Pragmatisme Menggunakan kaedah menyelesaikan masalah supaya murid-murid tahu cara untuk menyelesaikan masalah mereka apabila menghadapinya.Memberi pendekatan tentang alam sekeliling kepada murid-murid supaya murid dapat menyesuaikan diri.

Falsafah P. Barat ( Moden )

Peranan Murid

Progresivisme Pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah yang menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan kaedah saintifik.Pengalaman langsung dengan persekitaran.

Rekonstruktivisme Murid-murid perlu mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan. Murid hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama masing-masing.

Eksistentialisme Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif

Pragmatisme Bertanggungjawab serta berusaha bersungguh-sungguh.Menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru supaya senang untuk menyelesaikan masalah.Berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

Pilih satu cabang falsafah pendidikan barat yang paling sesuai digunakan pada masa kini dan rasional pemilihan tersebut .

Selepas melakukan perbentangan ini,kami telah mengetahui dan memahami perkembangan dan falsafah pendidikan barat antara tradisional dan moden.

Kami berasa bahawa Falsafah Rekonstruktivisme paling sesuai diguna pada masa ini .

Falsafah-falsafah tradisional seperti perenialisme dan esensialisme diikritik kerana banyak memberi perhatian kepada guru dab mengumpul maklumat tidak mengira berguna atau tidak.Dalam falsafah tradisional,semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan diletakkan ke atas bahu guru untuk menentukan perkara yang perlu dipelajari dan bagaimana pelajar harus mempelajarinya.

Istilah falsafah Rekonstruktivisme moden mengesyorkan supaya kita membaiki dan membina semula masyarakat.Ini selaras dengan maklamat pendidikan negara yang bertujuan melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

Sekolah merupakan satu landasan yang amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk. Sekolah merupakan rumah kedua seorang murid kerana masa seorang murid di sekolah kadang-kala lebih panjang di rumah sendiri.

Dalam konsep Rekonstruktivisme , sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia.Konsep ini mencapai maklamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Matlamat Rekonstruktivisme ialah mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.Penyakit sosial pada abad ini amat menyakitkan kepala masyarakat.Penyakit sosial seperti berjudi, mat rempih, ponteng sekolah dan sebagainya. Matlamat Rekonstruktivisme ini selaras dengan FPG(Falsafah Pendidikan Guru) yang mengatakan membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, dan sebagai agen perubahan mendidik dan memimpin anak muridnya ke arah yang cerah sambil memajukan masyarakat.

Jenis Kurikulum Rekonstruktivisme , mata pelajaran kajian sosial memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan, di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menegaskan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Peranan guru dalam Rekonstruktivisme ialah guru bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan.Falsafah ini sama dengan FPG(Falsafah Pendidikan Guru) yang mengatakan membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, dan sebagai agen perubahan mendidik dan memimpin anak muridnya ke arah yang cerah sambil memajukan masyarakat.

Guru sebagai lilin yang membakar diri untuk mencahayakan masa depan seorang pelajar dan seluruh masyarakat.Perkorbanan seorang guru akan dapat berkat tuhan kerana perubahan ini akan memajukan masyarakat.

Kaedah mengajar Rekonstruktivisme berpusatkan murid diberi penekanan di mana-mana murid-murid diajar kemahiran penyelesaikan masalah melalui aktiviti sumbangsaran, main peranan dan simulasi.Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan supaya pelajar pada zaman ini tidak lagi belajar untuk meluluskan ujian, tetapi belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan dan mendapat kemahiran-kemahiran yang dapat digunakan pada masa semasa.

Peranan murid dalam Rekonstruktivisme ialah murid-murid perlu mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan dan murid hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama masing-masing.

Pada zaman dahulu,pelajar hanya fokus terhadap akedemik dan selepas dengan tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia, kokurikulum telah menjadi salah satu aspek untuk menentukan gred seorang pelajar cemerlang.Aktiviti kokurikulum seperti menyertai sukan ,khemah dan sebagainya.

Kesimpulannya, Jadi, kami percaya bahawa dengan penggunaan Falsafah Rekonstruktisme, kita dapat membaiki dan membina semula masyarakat yang aman dan menghapuskan penyakit sosial dengan kesedaran diri dalam setiap rakyat negara kita.

Rujukan :

• Arif, Arif Wibowo,Eksistensialisme, diambil pada 07 Feb 2011, http://staff.blog.ui.ac.id/arif51/2008/07/01/eksistensialisme/

• Norazidawati Nayan, Scrid, FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT, diambil pada 8 Feb 2011, http://staff.blog.ui.ac.id/arif51/2008/07/01/eksistensialisme/

•Choong Lean Keow, Siri Pendidikan Perguruan Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, 2008.

Sekian Terima Kasih …