Perkembangan Kanak Kanak

  • View
    128

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

Transcript

  • Perkembangan Kanak-kanakTopik 1

  • HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti perbezaan keupayaan individu dari segiperkembangan fizikal, sosial dan emosi dan kognitif;

    2. Menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak dari peringkatbayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih, taska sehinggalah keprasekolah; dan

    3. Membincangkan perkaitan antara perkembangan kanak-kanakdengan persekitaran termasuk rakan sebaya, keluarga, komuniti danbudaya.

  • PENGENALANBahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan fizikal pembentukan dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.Sementara komunikasi adalah interaksi antara dua pihak, di mana kedua-duanya memainkan peranan sebagai penyampai dan penerima mesej.

  • PERBEZAAN KEUPAYAAN INDIVIDUPerkembangan kanak-kanak merupakan satu bidang kajian yang merangkumi pelbagai aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan sehinggalah mereka dewasa.

    Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun.

  • Perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain, seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial.

  • Perkembangan Fizikalpertumbuhan fizikal (perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang), kemahiran pergerakan (motor kasar dan halus) serta pengawalan dominan tangan (kanan dan kiri).

  • Berat Badan

    Purata berat badan bayi baru lahir sihat adalah 3 kilogram. Bayi akan kehilangan lima hingga sepuluh peratus berat badan ketika lahir kerana kehilangan cecair dari tubuhnya dan penyesuaian dengan persekitaran barunya. Walau bagaimanapun, berat badannya beransur-ansur meningkat kembali 10 hari kemudian.

    Berat badan bertambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Kebanyakan bayi bertambah berat badan sebanyak satu kilogram pada akhir bulan pertama. Kadar pertumbuhan pada tempoh ini dianggap paling cepat. Selepas peringkat ini kadar pertumbuhan beransur perlahan. Dari umur dua tahun hingga baligh, berat akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram setiap tahun.

  • Ketinggian BadanPerubahan ketinggian bayi juga berubah dengan cepat. Setelah mencapai umur dua tahun, ketinggian bayi meningkat sebanyak 75% daripada ketinggian badan ketika lahir.

    Pada umur dua tahun, kebanyakan kanak-kanak telah mempunyai kira-kira separuh daripada ketinggian sebenar yang akan dipunyai apabila mereka dewasa kelak.

    Seterusnya, pertambahan sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter ketinggian badan setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun.

    Kemudian pada usia 12 atau 13 tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

    Dalam lingkungan umur 14 tahun, ketinggian kanak-kanak lelaki meningkat kembali dan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak perempuan.

  • Kadar Pertumbuhan Fizikal(i) Lilitan Kepala Pada masa kelahiran, jisim otak mencapai nisbah 2/3 saiz kepala orang dewasa. Lilitan kepala bayi berusia dua tahun adalah 48 sentimeter. Peringkat perubahan lilitan kepala kanak-kanak pada 3 tahun dan ke atas lilitan kepalanya mencapai 50% daripada saiz remaja.

  • (ii) Lilitan Lengan Kadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesatnya pada awal kelahiran. Pada umur tersebut, lilitan purata lengan berukuran daripada 11 sentimeter kepada 16 sentimeter. Kadar perubahan fizikal ini bergantung kepada kesihatan yang baik dan penerimaan zat pemakanan yang seimbang dan mencukupi.

  • Pengkhususan OtakKorteks serebral merupakan bahagian terbesar dalam otak manusia iaitu lingkungan 85% daripada berat otak dan bertanggungjawab bagi kecergasan unik spesis manusia.

    Selain itu, korteks serebral adalah bahagian otak yang terakhir berhenti tahap perkembangannya. Terdapat dua hemisfera korteks serebral, iaitu otak kiri dan otak kanan, yang mempunyai rupa bentuk sama tetapi fungsi berbeza

  • Hemisfera Otak Kiri Ia mengawal kebolehan verbal seperti bahasa oral dan tulisan dan mengawal emosi positif seperti keriangan.

    Hemisfera Otak KananIa merupakan bahagian yang mengawal kebolehan spatial iaitu hal jangkaan jarak, bacaan peta, pengesan bentuk geometrik dan kawalan emosi negatif seperti kesedihan dan kemurungan.

  • Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan HalusPerkembangan motor bayi merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran setiap kemahiran bekerjasama antara satu sama lain untuk mengawal persekitaran berkesan.Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus.

  • Perkembangan Sosial dan EmosiPerkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.Perkembangan emosi kanak-kanak merupakan tindak balas terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

  • (a) Kemahiran Komunikasi

    Kanak-kanak berkomunikasi dengan orang lain dapat dilihat dengan jelas pada tingkah laku mereka semasa bermain bersama rakan-rakan ataupun membantu ibu bapa menjaga adik di rumah. Pada usia satu hingga dua tahun, walaupun kanak-kanak bermain di suatu lokasi yang sama, contohnya dalam bilik darjah, interaksi sosial yang berlaku di kalangan kanak-kanak tersebut adalah minimum.

  • (b) Perkembangan Konsep Kendiri

    Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai anggapan menyeluruh tentang diri sendiri, sama ada positif atau negatif.

    Konsep kendiri juga merangkumi identiti kendiri dan kepercayaan tentang diri sendiri. Misalnya, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri.

  • (c) Emosi DiskritEmosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih, atau duka minat, terkejut dan jijik.Nada perasaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal masa bayi.

  • Terdapat empat jenis keyakinan perapatan:(i) Yakin Kanak-kanak membina keyakinan perapatan dengan penjaga, merasa cemas apabila berpisah dengan penjaga dan berani meneroka persekitaran baru apabila penjaga kembali.

    (ii) Mengelak (Avoidant) Kanak-kanak yang mengelak penjaga apabila mereka kembali.

    (iii) Menolak (Resistant) Kanak-kanak memberi reaksi yang menunjukkan kekeliruan terhadap pengasuh mereka mungkin menolak atau memeluk pengasuh.

    (iv) Keliru (Ambivalent) Kanak-kanak menunjuk respon yang keliru kadang-kadang dia menolak dan kadang-kadang dia memeluk pengasuhnya.

  • (e) TemperamenTemperamen merupakan bahagian personaliti yang menentukan tingkah laku, reaksi dan respon, sama ada konsisten atau berubah kepada pelbagai stimuli. Temperamen individu boleh dibezakan berdasarkan sembilan ciri temperamen iaitu Paras aktiviti; Rentak; Senang terganggu; Boleh didekati atau kemesraan;Tahap penyesuaian; Penumpuan perhatian dan ketekunan; Intensiti reaksi; Perasaan yang sensitif; dan Kualiti perasaan.

  • (f) Tingkah Laku Prososial dan AntisosialTingkah laku prososial merupakan perasaan empati kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan sosial ke arah membantu orang lain.Antara persoalan yang sering dikaji oleh ahli-ahli psikologi ialah bagaimanakah wujudnya kecenderungan seseorang individu untuk bekerjasama dan apakah pengaruh persekitaran dalam membentuk tingkah laku prososial atau antisosial kanak-kanak.

  • Tingkah laku antisosial adalah seperti tingkah laku agresif, intrusif, disruptif, asertif dan suka mengawal orang lain atau melakukan keganasan dan mencederakan orang lain. Tingkah laku agressif sebegini biasanya apabila mereka menguasai kemahiran meluahkan perasaan secara verbal.

    Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang individu menjadi antisosial. Salah satunya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya merupakan konsekuen daripada proses peniruan (modeling), misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen.

  • Perkembangan KognitifPerkataan kognitif berasal daripada perkataan Latin cognitio yang bermaksudto know iaitu mengetahui atau memahami.

    Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui proses berfikir dan senses atau kesedaran mental.

  • PEMERINGKATAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK. BayiBayi ketika dilahirkan tidak memahami bahasa. Lazimnya kita telah pun mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semulajadi semenjak kecil lagi.

    Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara berperingkat-peringkat. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal.

    Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Bayi dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.

  • PEMERINGKATAN BAHASA KANAK-KANAKKanak-kanak taskaSemasa kanak-kanak berada di taska, pemerolehan bahasa kanak-kanak itu banyak dipengaruhi oleh rakan, pengasuh dan persekitarannya.

    Kanak-kanak itu akan mengikut sahaja apa yang mereka dengari dan lihat tanpa memikirkan baik buruknya atau implikasi bahasa atau pertuturanya itu. Kebanyakan aktiviti kebolehan berbahasa kanak-kanak taska dilaksanakan semasa kanak-kanak bermain bongkah, melihat gambar, bermain anak patung, bermain pondok-pondok dan sebagainya.

  • Pengasuh atau guru pula a