Perkembangan Peribahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peribahasa melayu

Citation preview

Perkembangan Peribahasa

Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa beratus-ratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses evolusi ini, peribahasa akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana keindahan bahasanya yang tepat dan berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu, peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangan dan buah pertuturan yang diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak. Melalui proses ini, peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga ke abad ini.

Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar, mendidik, menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini pula, terdapat beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasa-peribahasa lama kerana nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi menyebabkan penggunaan peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini.

Antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsur-unsur kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam sesebuah peribahasa. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek yang mempamerkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak peribahasa Melayu yang menyentuh aspek ekonomi (seperti konsep rezeki), sosial (seperti nilai budaya, konsep sains dan teknologi)dan juga aspek politik (seperti konsep undang-undang, peraturan dan pentadbiran).

Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang pidata dan pidana seperti sekarang, corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis peribahasa. Jikalau dikaji semula pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak lagi sesuai dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan sekarang. Namun demikian, ada peribahasa yang dianggap tidak relevan pada masa kini tetapi mempunyai makna yang amat mendalam. Seperti contoh peribahasa biar mati anak, jangan mati adat.Ada yang berpendapat bahawa peribahasa ini tidak lagi relevan pada masa kini kerana mengapa seorang anak yang merupakan cahaya mata harus dibiarkan mati dan adat harus diteruskan. Jika kita melihat peribahasa ini daripada perspektif yang berbeza, kita boleh dapati bahawaadat di sini digunakan sebagai undang-undang dan sekiranya seseorang anak itu telah melanggar undang-undang, seorang ketua tidak seharusnya membebaskan anak tersebut daripada kesalahan yang telah dilakukannya. Mati pula tidak bermaksud anak itu harus dihukum mati sekiranya ia bersalah tetapi ia membawa maksud menerima padah atau pun akibat atas apa yang telah dilakukannya.

Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat pada zaman-zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan. Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.

Kesimpulan

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut terserlah melalui penciptaan peribahasa. Justeru, peribahasa menjadi khazanah budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata pepatah, bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal budi dan lambang jati diri orang Melayu.

-Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah-(Aktivis Jurnal Akademik Jilid III 2003)

Satu Kajian Aspek Kebudayaan Melayu :Tamadun Melayu danPembinaan Bangsa Malaysia (2000)

BukuTamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia(2000) karyaA. Aziz DeramanmembandingkanMelayu Klasikpada abad ke-19 denganBahasa Melayu Moden. A. Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam kebudayaan Melayu. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman memperlihatkan bahawa Melayu tidak memelihara budaya Melayu sendiri pada masa ini. Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz Deraman secara lebih mendalam terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan Melayu ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

1.0Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

1.1Pemerintahan BerajaPemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:...Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara. ...

1.2Sistem DemokrasiSistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:

...Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan. ...

2.0Ekonomi Masyarakat MelayuEkonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan AntarabangsaMelayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi:

...Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15. ...

2.2Sistem Sara Hidup Berasaskan PertanianSistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian.

...Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri. ...

3.0Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, dan bahasa.

3. 1 Nilai-nilai murni yang diamalkan

...Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat....

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:

...Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ....

3.2.0 KesenianHasil seni Melayujelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi:

...Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita. ... (Halaman 87).

3.2.1Kemahiran Seni HalusBangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang berikut merupakan antara kenyataan yang dikemukakan A.Aziz:

...Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita. ...

...Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan). ... (Halaman 6)

3.2.2Seni Busana/PakaianBangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:

...Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita. ... (Halaman 84)

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman. Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:

...Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu. ... (Halaman 111)

3.2.4Permainan TradisionalPermainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu pada waktu lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada halaman 127 seperti yang berikut:

...Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya. ...

3.2.5Seni SuaraSeni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran. Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:

...Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah. ... (Halaman 106)

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan...Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan....Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan tentang warisan masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.

3.4.0 BahasaBahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

3.4.1 DialekLoghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek. Buktinya adalah berikut:...Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan budaya dan tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa lain melingkungi rantau geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Indo cina dan berkembang ke Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan mencecah Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di bahagian utara ... (Halaman 10)

3.4.2 TulisanBahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini penting dapat dilihat dalam keterangan berikut:...Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan huruf jawi dan mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau disempurnakan. ... (Halaman 102)

NILAI DALAM BUDAYA MASYARAKAT MELAYU- Muada bin Ojihi [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]AbstrakBahasa dan budaya Melayu sebagai asas kepada pembentukan tamadun Malaysia. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Aspek nilai-nilai yang dikaji boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kajian ini memilih nilai budaya masyarakat Melayu dalam asas pembentukan negara bangsa kerana terdapat unsur-unsur nilai yang penting. Walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan, namun kajian ini menitikberatkan nilai budaya masyarakat Melayu. Dalam dunia sekarang, nilai-nilai ini seakan-akan tercabar dengan kehadiran pelbagai pengaruh dari luar. Perubahan demi perubahan memberi kesan yang amat mendalam dalam nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Hasil kajian ini didapati daripada pelbagai bahan ilmiah dan rujukan yang berkaitan dengan nilai budaya masyarakat Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa asas kepada pembentukan negara bangsa Malaysia adalah pengaruh agama Islam. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu menjadikan bahasa dan budaya Melayu menjadi semakin penting. Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Nilai bahasa dan budaya masyarakat Melayu perlu dipelihara dan dikembangkan untuk membentuk dan meneruskan masyarakat Malaysia yang harmoni dan sejahtera.PENGENALANPada saat perhatian hampir semua orang tertumpu pada globalisasi, dunia tanpa sempadan, dasar langit terbuka, ledakan maklumat, pencapaian taraf negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dan segala agenda besar lain yang merangsang cita manusia, terasa ironis juganya bangsa apabila kita masih perlu berbicara tentang nasib dan martabat bahasa dan budaya Melayu. Dasar-dasar kenegaraan, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan, seharusnya tidak menjadi barang tawar-menawar lagi, sesudah puluhan tahun dasar itu membuktikan hasilnya, baik dalam pemenuhan fungsi perlambangannya sebagai tanda kewujudan bangsa dan negara yang berdaulat, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa pendidikan. Namun, justeru kerana soal martabat bahasa dan budaya Melayu sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa dan negara masih terus-menerus menjadi atau dijadikan isu, maka ada kewajarannya kita terus membicarakannya. Bahasa mencakup banyak perkara, antaranya sistem komunikasi, alat berfikir, dan pemangkin untuk pembinaan ummah. Bahasa juga merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi kehidupan di alam ini. Nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang dapat dibedakan satu dan lainnya sebagai acuan prilaku dan tanggapan atas apa yang akan terjadi atau sedang terjadi. Nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan pokok moto suatu lingkungan atau organisasi. Ada tiga hal yang terkait dengan nilai-nilai budaya ini iaitu :1. Simbol-simbol, slogan atau yang lainnya yang kelihatan kasat mata (jelas)2. Sikap, tindak laku, gerak gerik yang muncul akibat slogan, moto tersebut3. Kepercayaan yang tertanam (believe system) yang mengakar dan menjadi kerangka acuan dalam bertindak dan berperilaku (tidak terlihat). Nilai budaya mencakup tradisi lisan, bahasa, festival budaya, ritus dan kepercayaan, muzik dan lagu-lagu, seni pertunjukan, pengubatan tradisional, literatur, makanan tradisional serta olah raga dan permainan tradisional. Budaya sesuatu masyarakat akan membezakan dengan masyarakat yang lain. Setiap masyarakat mempunyai nilai budaya yang tersendiri. Namun, terdapat banyak persamaan dari segi tujuan atau motif utamanya. Oleh itu, budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan nilai-nilai yang tinggi dan tertib telah menjadi tonggak utama pembangunan negara Malaysia sebagai negara Islam dan demokrasi berparlimen. Justeru, menerusi kajian ini akan menjelaskan nilai peradaban masyarakat Melayu berteraskan nilai-nilai agama Islam dalam pembinaan negara bangsa. Kajian ini juga akan menghuraikan asas-asas nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang kini berhadapan dengan pengaruh luar dalam era globalisasi serta permasalahan yang dihadapi oleh bangsa Melayu dalam konteks negara bangsa. Kajian ini akan menumpukan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya masyarakat Melayu. Nilai murni masyarakat Melayu perlu ditittikberatkan kerana asas kepada perkembangan kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini. Asas kepada nilai-nilai budaya masyarakat Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu yang telah membentuk budaya Melayu.Sejarah Ringkas Masyarakat MelayuKonsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan kepada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Dengan kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang membina masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas itu telah memberikan kekuatan yang menyatakan kekayaan khazanah budaya Melayu. Istilah Melayu merujuk kepada tiga pengertian atau dimensi yang berbeza, iaitu ras (genetik atau biologi), kebudayaan dan bahasa. Ras Melayu merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri genetik yang sama dan yang berasal dari alam Melayu. Kebudayaan Melayu merujuk kepada pegangan dan amalan yang didasarkan kepada agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu. Ia merangkumi subkeluarga seperti bahasa Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Selepas kedatangan Islam bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa terpenting di dunia (Osman Bakar, Azizan Baharudin, dan Zaid Ahmad, 2009: 63-64). Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. Amalan bermesyuarah dalam masyarakat Melayu diamalkan bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat yang menekankan nilai kesaksamaan antara ahli-ahlinya. Amalan ini lazimnya diamalkan dalam kalangan masyarakat desa manakala masyarakat bangsawan dan istana, raja atau sultan berkuasa mutlak. Selain daripada kemunculan nilai-nilai yang dibentuk sendiri dalam budaya Melayu, nilai-nilai baru juga diterima daripada interaksi dengan masyarakat luar. Perkembangan masyarakat Melayu selalu dikaitkan dengan kerajaan-kerajaan awal Melayu seperti Kerajaan Lembah Bujang (Kedah Tua), Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Kesultanan Johor dan seterusnya. Nilai-nilai masyarakat Melayu tergambar dalam setiap perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu. Kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam telah memantapkan lagi nilai-nilai yang sedia ada.Pandangan Semesta Alam Masyarakat MelayuBagi mengkaji nilai dalam budaya masyarakat Melayu, adalah penting untuk melihat secara ringkas pengaruh-pengaruh yang membentuk budaya masyarakat Melayu. Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu atau Buddha telah bertapak di dalam kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu. Pengaruh agama Hindu atau Buddha telah memberi kesan yang amat dalam dan kuat terutama sekali dalam sistem politik, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Kedatangan Islam dikatakan telah memantapkan keseluruhan Pandangan Semesta Melayu. Pandangan dunia Melayu (Malay World view) dilihat dari pelbagai aspek iaitu merangkumi pandangan terhadap: (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008: 57)a) Alam nyata yang meliputi pandangan dan cerapan (persepsi) terhadap objek alam seperti laut, sungai, hutan dan gunung.b) Alam ghaib yang meliputi makhluk ghaib, alam selepas mati dan konsepsi kuasa atau tenaga dalam alam seperti semangat, nyawa dan roh.c) Sesama manusia yang meliputi pandangan terhadap orang lain dalam rangka hubungan kita-mereka (we-they)Dalam budaya masyarakat Melayu, pelbagai upacara agama dilakukan yang menggambarkan interaksi manusia dengan kuasa ghaib. Penggunaan pelbagai lambang seperti bulan bintang juga melambangkan hubungan manusia dengan agama Islam. Cerita penglipur lara juga tidak hilang dalam budaya masyarakat Melayu. Amalan berpantun, pepatah, perbilangan dan sebagainya menggambarkan kebudayaan Melayu yang tinggi nilainya. Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme. Animisme adalah percaya kepada setiap benda ada jiwa, roh dan semangat. Dinamisme pula, kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk. Kedatangan Hindu atau Buddha telah menjadikan upacara keagamaan masyarakat Melayu lebih rapi dan formal. Kesan yang jelas sekali ialah pemisahan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata. Dan ini telah menular dalam budaya masyarakat Melayu. Kedatangan agama Islam telah memberi jawapan terhadap kejadian alam, memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan tertumpu kepada Tuhan (God-Centered) (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008: 60) Budaya masyarakat Melayu terbina dengan semulajadi sejak awal lagi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama Hindu atau Buddha dan agama Islam telah mengukuhkan lagi sistem kepercayaan, kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu. 314 Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat Melayu. Kesan dan pengaruh kedatangan Islam dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti, akidah, politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta pendidikan. Nilai-nilai keislaman dalam budaya Melayu amat jelas sekali. Agama Islam telah mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat Melayu. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar keada kepercayaan kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya. Walaupun Islam telah bertapak kuat alam kehidupan masyarakat Melayu, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis sepenuhnya daripada kehidupan masyarakat Melayu. Masih terdapat banyak petunjuk yang menggambarkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam.Proses Sosialisasi dan Pembudayaan dalam masyarakat MelayuSosialisasi merujuk kepada proses mempelajari aspek-aspek kemasyarakatan atau perkara-perkara yang diamalkan dalam masyarakat supaya seseorang itu dapat berfungsi dalam masyarakatnya. Pembudayaan (enculturation) merujuk kepada proses penerapan unsur-unsur budaya supaya seseorang bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai masyarakatnya. (Nadiah bt Abdul Rahman dan Priscilla law Nguik Hung, 2008:70). Kedua-duanya bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya Melayu. Keutamaan orang Melayu dalam proses sosialisasi dan pembudayaan ialah pembentukan jati-diri serta peribadi Melayu yang baik, berakhlak dan berbudi. Proses ini telah menanam nilai budaya yang kuat dalam masyarakat Melayu. Antara agen yang penting dalam proses ini ialah keluarga, kelompok, sekolah sekular dan agama, maktab-maktab dan universiti-universiti. Pembentukan budaya masyarakat Melayu mempunyai asas yang kukuh. Asas utama ialah agama Islam. Masyarakat Melayu akan mengazankan (membacakan kalimah azan) kepada bayi lelaki dan mengqamatkan bayi perempuan (membacakan kalimah qamat). Budaya ini telah dilakukan sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak dahulu lagi. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan seruan azan, kalimah syahadah dan untuk meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi. Asas kedua pula ialah mengamalkan dan mengekalkan adat turun menurun. Ini adalah amalan yang dilakukan sekian lama atas pengaruh Islam dan Arab. Konsep adat memancarkan hubungan mendalam serta bermakna antara manusia dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam sosial dan alam ghaib. Gabungan Islam dan adat terdapat dalam semua upacara kitaran hidup masyarakat Melayu seperti mencukur rambut, turun tanah atau mencecah tanah, membela mulut serta berkhatan. Antara unsur-unsur Islam yang diterapkan secara berterusan ialah kanak-kanak diajar konsep dosa, pahala, haram dan halal. Begitu juga dengan kanak-kanak diajar sembahyang, berpuasa dan mengaji al-Quran. Kesemua ini telah membentuk nilai budaya masyarakat Melayu yang tinggi sehingga kini. Terdapat beberapa daya kreativiti budaya masyarakat Melayu yang dapat dilihat melalui penggubalan peribahasa dan kata perbilangan yang bertujuan sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam proses sosialisasi. Contohnya:i. Seperti ayam mematuk anaknyaii. Tatkala rebung hendak dilentur jangan dinantikan menjadi auriii. Bapa borek anak rintikiv. Seperti ketam mengajar anak berjalan lurusv. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlariPemikiran Masyarakat MelayuPemikiran adalah perilaku penyelesaian masalah. Manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk penyesuaian diri dengan alam sekeliling. Kenyataan ini amat relevan dalam konteks pemikiran Melayu tradisional. (Che Ibrahim Salleh, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, 2008: 35). Masyarakat Melayu mengalami perubahan alam pemikiran secara evolusi bermula dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu, Buddha, Islam, dan sekularisme. Dalam hal ini, pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep kepercayaan tersebut. Perubahan ini menunjukkan alam pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu. Demikianlah hubungan Islam dengan masyarakat Melayu ketika awal kedatangannya sehingga meninggalkan kesan dalam jiwa bangsa Melayu. Kini Islam dan Melayu sudah menjadi suatu sinonim yang tidak dapat dipisahkan. Masyarakat Melayu dalam ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan, seperti zaman Hindu-Buddha, tetapi disebarkan juga dalam kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren. Penumpuan ilmu pengetahuan dan persuratan bukan lagi menekankan aspek estetik, romantik, ketakjuban, daya khayalan dan imaginasi, tetapi kepada yang lebih rasional, akali dan intelektual, cetusan dan dorongan secara langsung daripada al-Quran dan hadis yang menekankan kewarasan, kerasionalan berasaskan akal budi dan ilmu yang sahih dan nyata. Proses ini telah membentuk alam pemikiran masyarakat Melayu termasuk budayanya.Asas Nilai Pembentukan Kebudayaan MelayuMemandangkan kebudayaan mencakupi segala bidang kehidupan manusia, adalah penting untuk membincangkan secara ringkas aspek sosial, politik, adat dan istiadat, serta ekonomi. Aspek ini hampir menerangkan kebudayaan masyarkat Melayu sehingga kini. Aspek sosial meliputi kepercayaan dan agama sejak pra-sejarah hingga kedatangan Islam, struktur masyarakat, perhubungan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Aspek budaya politik termasuklah konsep raja dan kerajaan yang melibatkan asal keturunan raja, kebesaran, taat setia rakyat dan penubuhan sesebuah kerajaan atau negeri serta sistem pemerintahan. Aspek kebudayaan juga menyentuh adat istiadat yang merupakan undang-undang dan peraturan seperti pertabalan, perkahwinan dan kematian. Disini bentuk serta perlaksanaan adat istiadat akan dititikberatkan. Aspek ekonomi merujuk kepada ekonomi tradisional yang sering dikaitkan dengan orang Melayu seperti ekonomi sara diri (secukup hidup). Pendedahan dan penyesuaian masyarakat Melayu dengan budaya baru dari luar telah mengubah nilai budaya mereka. Namun bukan semua yang mengalami perubahan. Aspek kepercayaan animisme masih lagi dikekalkan. Pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.Akidah IslamNilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam.Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati PemimpinSejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang berdisiplin. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu:Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat matiHidup dikandung adat, mati dikandung tanahBiar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Berpegang Teguh kepada Adat ResamMasyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung. Terdapat beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan yang buruk atau keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak mewarisi perangai kedua-dua ibu bapaya (yang dilakukan semasa ibu mengandungkannya).Memuliakan yang TuaDalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain. Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang yang tua dan menyayangi orang yang orang muda. Menghormati dan mendengar nasihat orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat sekeliling.Saling MenghormatiSalah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah.Meraikan TetamuMeraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melyu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.Bertimbang RasaOrang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu.Bersopan Santun atau Berbudi PekertiNilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang penulisan, terutama dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan pemikiran masyarakat. Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam moden gemar mengamalkan budaya dedah. Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan. Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu.Bekerja bersungguh-sungguhMasyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok. Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat pemimpin Negara kita yang mengutamakan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai ini dalam kerjaya.Bergotong-royongSalah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan.Bermesyuarah dan BermuafakatNilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu menyebut Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran :Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka (surah al-Syura, ayat 38)Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan SilaturahimDalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan.KESIMPULANNilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuan-perlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang telah dibincangkan dalam kajian ini, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang jelas dalam kehidupan harian. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah menaikkan martabat bahasa dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini. Nilai utama Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. sehingga membentuk nilai-nilai baru dalam budaya Melayu. Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang 2020, apa yang pasti ialah budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan budaya orang Melayu perlu diperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia dan Negara Malaysia. Ini kerana Melayu pernah membuktikan kepada dunia bahawa mereka pernah mengecapi zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh dan menghayati sepenuhnya agama Islam. Dalam konteks negara bangsa, adalah amat penting bagi masyarakat kini menilai dan menghayati kembali nilai-nilai dalam budaya Melayu yang telah menjadi asas dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majmuk, seharusnya kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Penerapan nilai bahasa dan budaya Melayu perlu dilaksanakan oleh semua pihak dan pelbagai bidang. Walaupun amat dititikberatkan dalam pendidikan Islam dan Moral dalam pembelajaran, namun institusi lain juga harus menerapkan nilai-nilai tersebut. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengekalkan nilai-nilai budaya yang selama ini menjadi asas bagi keharmonian dan ketamadunan negara Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam haruslah diiringi dengan penerapaan nilai-nilai budaya Melayu. Begitu juga dengan nilai-nilai budaya masyarakat yang lain. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan lagi keharmonian masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan untuk memupuk nilai- nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman sekarang supaya dapat mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Untuk mengulangi zaman kegemilangan Melayu ketika dahulu, generasi hari ini perlu kembali memahami dan menghayati agama Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah dinamik dan progresif.BIBLIOGRAFIA.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.Ahmad Zaki Abd. Latif et al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar.Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Kertas 1 dan 2. Fajar Bakti Sdn. Bhd.Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia. Serdang.Dr. Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ishak Bin Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam.Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.Mohd Taib Othman. (2004). Budaya dan Bahasa Melayu, Masalah dan Harapan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung. (2008). Tamadun Islam dan Asia. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.Osman Bakar et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kuala Lumpur.Robiah Sidin dan Juriah Long. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang. Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Shamsul Amri baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.Wan Hashim Wan Teh dan Ismail Hamid. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis. Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Setiap tamadun mempunyai pandangan semestanya (world view) yang tersendiri. Pandangan semesta inilah yang berperanan besar dalam membentuk keseluruhan konsep, inti dalaman dan ciri-ciri fizikal sesuatu tamadun tersebut. Pandangan semesta atau world view secara sinonim disebut juga sebagai tasawwur. Secara literal, istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara.Ia juga merupakan nama kepada hasil renungan dan tilikan akal. Pandangan semesta pula bergantung kepada epistimologi atau sumber ilmu untuk menyarankan rupa bentuk dan kedudukan sesuatu perkara. Disebabkan itu, sekiranya pandangan semesta itu salah, seluruh persoalan yang dibicarakan juga turut menyimpang dari kebenaran. Pandangan semestalah yang akan menentukan sama ada ianya nanti mempunyai ciri-ciri persamaan atau perbezaan dari tamadun-tamadun lain.

Tamadun Melayu menjadi pemangkin kepada kewujudan dan pembentukan negara dan tamadun Malaysia dengan berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannya oleh masyarakat Melayu merubah hampir keseluruhan pandangan semesta orang Melayu para-Islam.

Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun-tamadun Melayu yang terawal dipengaruhi oleh agama-agama Hindu dan Buddha. Agama-agama Hindu Dan Buddha telah menghasilkan tamadun-tamadun Melayu yang berlainan dan berlawanan. Sentiasa mendapat persaingan antara tamadun-tamadun Melayu perdagangan. Namun dengan kedatangan agama Islam telah membentuk tamadun Melayu yang baru dan boleh dikatakan mengukuhkan Tamadun Melayu. Anjakan yang paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudah mamahami bahawa hidup mereka tertumpu dan terarah pada konsep tauhid atau kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Maha Esa. Berdasarkan hal itu, orang Melayu memahami bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Maha Esa yang wajib disembah seterusnya sebagai tempat bergantung harap dan dan bermohon. Tiada kuasa-kuasa lain sepertimana dalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.

DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD VIEW) Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Menurut pendapat seorang sarjana Barat,Albert Schweitzer, pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world. Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam,Syed Naquibb al-Attas,pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT MELAYUEvolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Namun semasa zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama iaitu;

i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddhaii) kedatangan agama Hindu dan Buddha

SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHAPada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk.Roh nenek moyang yang dinamakan hyang (seerti poyang/ moyang) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka.Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan.Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh menghubungi hyang melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.

KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHADengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.Menurut pendapatSyed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu.Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem feudal yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.

KEDATANGAN ISLAMSelewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialahKepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir danPemelihara Alam Semesta.Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.Menghormati maruah dan martabat manusia.Keadilan, kebebasan dan kesaksamaanKehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.

Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa seluruh hidup mereka terfokus kepada Tuhan (God-centered). Oleh itu masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah S.W.T. Maha Berkuasa. Sebagai kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan habluminallah (berbuat baik kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik kepada manusia).

Namun satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah walaupun Islam telah bertapak kuat, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis habis dalam kehidupan masyarakat Melayu. Masih banyak tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam tanpa merosakkan aqidah mereka.Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada pemikiran serta pandangan semesta Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai;arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya (main stream)arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya (marginal stream)

Secara keseluruhannya, pandangan semesta Tamadun Melayu telah melalui beberapa peringkat evolusi. Malah jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah mempengaruhi pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun secara amnya, umat Melayu meletakkan agama Islam sebagai sesuatu yang amat signifikan dalam pembinaan dan pembentukan tamadun Melayu Islam dari era awal Islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama Islamlah yang telah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalam satu rangkaian Pan-Islamika yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejagatan Islam itu sendiri. Namun unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.- See more at: http://www.puspitakirana.com/2012/09/pembentukan-pandangan-semesta-melayu.html#sthash.PcaIClAI.dpuf

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - GAMBARAN MASYARAKATGAMBARAN MASYARAKATKarya sastera adalah gambaran masyarakatnya, kerana hubungan yang erat antara karya sastera denganpengarangnya, dan hubungan pengarang dengan masyarakat yang melahirkan karya sastera itu. Proses kepengarangan pengarang. berhubung rapat dengan pengalamannya dalam masyarakat dan persekitarannya.Gambaran masyarakat dalam karya sastera Melayu tradisional, secara ekstrinsik dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut:Pandangan Hidup (World-View)Pandangan hidup masyarakat yang dapat dilihat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional ialah sepertiberikut:aKonsep Wira dan WirawatiKonsep ini dapat dilihat gambarannya dalam cerita-cerita panji. lsi cerita panji berkisar dalam kehidupan,pengembaraan. dan penyamaran watak wira dan wirawatinya..bKonsep Hukum KarmaHukum karma adalah gambaran konsep masyarakat Melayu tradisional yang percaya bahawa setiap perbuatanmanusia akan mendapat balasan yang setimpal, seperti buat balk dibalas balk dan perbuatan jahat pula akanmendapat pembalasan atau hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukan. Konsep ini dapat dilihatDalam cerita-cerita sastera rakyat.c.Konsep TakdirKonsep takdir yang ditentukan oleh kuasa yang agung iaitu tuhan ini digambarkan dalam sastera hikayat. Gambaran konsep ini menjelaskan kepercayaan masyarakat Melayu tradisional kepada ketentuan takdir dalamkehidupan manusia, yang hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi tidak berdaya melawan takdir yang ditentulkantuhan.

GAMBARAN KEMANUSIAANGambaran sifat-sifat kemanusiaan dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada tingkah laku watak, pemikiran dan sikap watak dalam karya-karya yang dikaji. Gambaran kemanusiaan ini tidak terbataskepada hubungan sesama manusia sahaja, tetapi juga dalam konteks hubungan manusia dengan alam dan makhluk-makhluk yang lain. Sifat-sifat kemanusiaan ini dilihat sama ada daripada aspek fizikal ataupun mental, yang dikaitkan dengan nilai-nilai balk dan buruk yang dilakukan oleh manusia seperti nilai sumpahan, pengorbanan, kesetiaan, dan sebagainya.

Gambaran KemasyarakatanGambaran kemasyarakatan memang banyak terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional, samaada dalam genre prosa mahupun dalam genre puisi. Antara gambaran kemasyarakatan yang paling menonjol ialah seperti berikut:a. Adat istiadatb. Institusi socialc. Nilai dan sikap masyarakatd. Susun lapis sosiale. Pekerjaan dan ekonomiPandangan Semesta Tamadun Melayu1. DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD VIEW/WELTANSCHAUUNG) Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dopengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Menurut pendapat seorang sarjana Barat,Albert Schweitzer, pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world. Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam,Syed Naquibb al-Attas,pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.2. EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT MELAYU Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Namun semasa zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama iaitu;i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddhaii) kedatangan agama Hindu dan Buddha2.1 SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk. Roh nenek moyang yang dinamakan hyang (seerti poyang/ moyang) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan. Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh menghubungi hyang melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.

2.2 KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan. Menurut pendapatSyed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu. Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem feudal yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.

2.3 KEDATANGAN ISLAM Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialahi.Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir danPemelihara Alam Semesta.ii. Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.iii. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.iv. Menghormati maruah dan martabat manusia.v. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaanvi. Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal. Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa seluruh hidup mereka terfokus kepada Tuhan (God-centered). Oleh itu masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah S.W.T. Maha Berkuasa. Sebagai kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan habluminallah (berbuat baik kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik kepada manusia). Namun satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah walaupun Islam telah bertapak kuat, ini tidak bermaknakepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis habis dalam kehidupan masyarakat Melayu. Masih banyak tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam tanpa merosakkan aqidah mereka. Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada pemikiran serta pandangan semesta Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai;a) arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya (main stream)b) arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya (marginal stream)4. KESIMPULANSecara keseluruhannya, pandangan semesta Tamadun Melayu telah melalui beberapa peringkat evolusi. Malah jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah mempengaruhi pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun secara amnya, Islam sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.