Perkembangan Tamadun India

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perkembangan Tamadun India mengikut zaman.

Citation preview

Perkembangan Tamadun India

Zaman Vedik (1,500-500SM)

~Kesan orang Indo-Arya dijumpai di kawasan antara Poland dan Asia Tengah.~Bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan dan berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan.~Mencipta teks-teks agama atau Veda-Veda~Berlaku pengkhususan kerja dan pengelasan masyarakat.~Diikat kepada cukai tanah.~Pertanian (barli dan gandum) dan penternakan sebagai aktiviti utama.

Zaman Vedik Terkemudian (600-320SM)

~Penubuhuan republik dan negeri-negeri beraja.~Republik-republik terdiri dari satu puak seperti Shakya, Koliya dan Malla.~Tidak ada sekatan atau tentangan terhadap pandangan individu yang berbeza.~Raja-raja dan golongan sami-sami menekankan konsep dewaraja.~Pemerintah Magadha, Bimbisara seorang raja yang gigih serta berwawasan politik.~Pemerintah: Bimbisara -> Ajatashatru -> Dinasti Shishunagapada -> Mahapadma Nanda -> Chandragupta Maurya

Empayar Maurya (321-185SM)

~Merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai sejumlah besar kawasan di India.~Pada tahun 297SM, Chandragupta telah memeluk agama Jainisme dan menyerahkan takhta kepada Bindusara.~Bindusara menguasai Mysore dan penggantinya, Asoka menakluki Kalinga.~Kemusnahan dalam peperangan menimbulkan kesedihan kepada Asoka. Baginda memeluk agama Buddha.~Sistem Buddhisme disusun semula dan dikembangkan.

Kemerosotan Empayar (200SM-300 TM)

~Empayar Maurya diganti oleh kemunculan dinasti Shunga (keluarga Brahmin). ~Kerajaan ini sering berperang dengan kerajaan di selatan, dengan Greek dan Kalinga.~Dikuasai oleh dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan.~Dinasti Kanva mencapai zaman kegemilangan di bawah pemerintahan Raja Kharavela.

Zaman Gupta (300-600 TM)

~Digelar sebagai Zaman Klasik/Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh. ~Suatu keluarga tuan tanah beransur-ansur menguasai arena politik kawasan Magadha.~Pemerintah: Chandra Gupta II -> Samudra Gupta.~Gupta II menggunakan gelaran Vikmmaditya (matahari kegagahan) ~Pemerintahannya lebih diingati kerana naungannya terhadap bidang kesusasteraan dan kesenian.~ Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah kerajaan.

Zaman Sangam

~ Kerajaan-kerajaan Chera, Chola dan Pandya sering berperang antara satu sama lain.~ Masyarakat India Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara.~Menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara.~Kewujudan pelabuhan atau pangkalan kapal, dermaga, menara api, pejabat kastam dan bangunan membuktikan terdapatnya perdagangan luar (antarabangsa).

Zaman Pallava (600-900)

~Selepas zaman Sangam (300SM-200 TM) sejarah India selatan amat kabur sehingga dirujuk sebagai zaman gelap. ~ Kalabhra (satu golongan) telah menguasai India Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan mementingkan bahasa Sanskrit.~Membangkitkan kemarahan orang-orang Tamil~Kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta mengusir golongan Kalabhra.~Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan bhakti iaitu mazhab Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi.

Zaman Chola (850-1200)

~Chola merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah kawasan yang dikenali sebagai Rayalaseema.~Raja-raja: Raja Rajendra I dan Kulotangga~Pemerintah-pemerintahnya menggunakan gelaran Chakravarthigal. ~ Cukai tanah merupakan sumber kewangan kerajaan yang paling besar.~ Raja-raja Chola menganuti agama Hindu.~ Banyak kuil-kuil dan matha (dewan awam) dibina.

Kerajaan Vijayanagar (1336-1565)

~Selepas empayar Chola lenyap, empat buah kerajaan muncul dan saling bermusuhan.~Serangan orang-orang Muslim lagi memporak-perandakan keadaan sehingga kemunculan kerajaan Vijayanagar.~Empayar ini telah mempertahankan kemaraan serta menyekat pemusnahan tradisi Hindu dari golongan Muslim.~ Harihara I: pengasas empayar.~Krishnadeva Raya: pemerintah yang agung.

Zaman Moden (1750-1947)

~Kedatangan kuasa-kuasa Barat.~ Dasar politik, ekonomi, sosial dan budaya yang dipengaruhi oleh British di India.~ Revolusi Perindustrian: kerajaan British mengimport barang-barang perkilangan buatan mesin dan menyebabkan barangan buatan India yang mengalami kerugian besar.~British tidak menghormati tradisi dan agama.~Pemberontak berlaku dan ditangani oleh British dengan kekerasan.~ Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan perjuangan kebangsaan melalui Indian National Congress (1885) yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi.~ British memberikan kemerdekaan.