23
PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

PERLEMBAGAAN

BAGI

MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

Page 2: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

2

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN

MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

KANDUNGAN

FASAL 1 . . NAMA

FASAL 2 . . TEMPAT URUSAN

FASAL 3 . . BENDERA, LAMBANG, LENCANA

FASAL 4 . . TUJUAN/MATLAMAT

FASAL 5 . . KEAHLIAN

FASAL 6 . . BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

FASAL 7 . . PEMBAHARUAN KEAHLIAN

FASAL 8 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 9 . . MESYUARAT PERWAKILAN

FASAL 10 . . JAWATANKUASA

FASAL 11 . . KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

FASAL 12 . . KEWANGAN

FASAL 13 . . JURUAUDIT

FASAL 14 . . PENTADBIR HARTA

FASAL 15 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 16 . . PENASIHAT/PENAUNG

FASAL 17 . . LARANGAN

FASAL 18 . . PINDAAN UNDANG-UNDANG

FASAL 19 . . PEMBUBARAN

Page 3: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

3

UNDANG-UNDANG BAGI

MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MALAYSIA selepas ini disebut sebagai “Majlis ECCE”.

(2) Taglinenya ialah “Quality Care Growth &

Development”

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

(1) Alamat tempat urusan Majlis ECCE ialah LEVEL 3A, BLOCK 1A, PLAZA SENTRAL, JALAN STESEN SENTRAL 5, KL SENTRAL, 50470 KUALA LUMPUR

(2) atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari

semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

(3) dan alamat untuk surat menyurat ialah LEVEL 3A, BLOCK 1A, PLAZA SENTRAL, JALAN STESEN SENTRAL 5, KL SENTRAL, 50470 KUALA LUMPUR

(4) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat

menyurat Majlis ECCE tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Page 4: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

4

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

Seperti LAMPIRAN 1 FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT

Untuk mempromosikan kesejahteraan dan perkembangan awal kanak- kanak melalui perkhidmatan yang professional dan berkualiti dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak (lepas ini disebut sebagai ECCE) di sektor swasta dengan: (1) Memberi perkhidmatan sebagai penghubung dan

bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan yang berkenaan untuk mengalakkan pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang adil dan berkualiti.

(2) Menetapkan taraf piawaian dan panduan untuk

meningkatkan tahap professionalisme di kalangan pendidik awal kanak-kanak dalam sektor swasta. Kuasa menetapkan taraf dirujuk kepada badan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau daripada universiti/kolej yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau setaraf dengannya.

(3) Meningkatkan taraf professionalisme di kalangan

pendidik awal kanak-kanak dalam sektor swasta melalui pensijilan.

(4) Menggalakkan perkembangan professional dan

menyokong laluan kerjaya para pendidik awal kanak-kanak dalam sektor swasta melalui peningkatan kelayakan akademik dan program meningkatkan pembangunan kemahiran.

Page 5: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

5

(5) Meningkatkan kualiti perkhidmatan swasta dalam ECCE melalui pensijilan taman asuhan kanak kanak dan prasekolah.

(6) Menggalakkan program-program latihan dalam

sektor swasta untuk mematuhi taraf piawaian yang ditetapkan dan keperluan pensijilan yang professional.

(7) Menjalankan penyelidikan dan analisis keperluan industri ECCE serta menerbitkan hasil dapatan penyelidikan dan bahan.

(8) Mengemukakan kepada kerajaan kepentingan

dan perkara-perkara yang membimbangkan industri ECCE.

(9) Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan

kualiti dan professionalisme dalam ECCE. (10) Memberi khidmat rundingan dan rujukan.

(11) Menubuhkan jaringan dengan badan tempatan

dan global yang berkaitan.

FASAL 5 KEAHLIAN

(1) Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang telah memenuhi keperluan untuk bekerja di Malaysia serta memenuhi kriteria yang tersebut dalam 5(a) atau 5(b):

(a) Keahlian Biasa

Setiap individu layak menjadi ahli biasa jika dia:

Page 6: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

6

(i) Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak yang diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau daripada universiti/kolej yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau yang setaraf dengannya disahkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Majlis ECCE dan sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang asuhan kanak-kanak atau prasekolah selepas mendapat ijazah.

ATAU

(ii) Mempunyai ijazah dalam bidang yang berkaitan/diperlukan oleh program diploma/ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan tiga (3) tahun bekerja dalam institusi latihan pendidikan awal kanak-kanak.

ATAU

(iii) Dalam tempoh interim iaitu dari 2010

hingga 2015, jumlah tahun pengalaman bekerja akan digunakan sebagai ganti bagi keperluan diploma. Jumlah tahun akan dikira berdasarkan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mana-mana badan kelayakan yang diiktiraf.

Page 7: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

7

(b) Ahli Fellowship

Setiap individu yang layak untuk kategori ini:

(i) Ialah seorang yang mempunyai

authoriti yang diiktiraf dalam bidang asuhan kanak-kanak atau pendidikan prasekolah dan/atau pendidikan awal kanak-kanak atau dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

ATAU

(ii) Adalah pakar dalam bidang khusus dalam asuhan kanak-kanak, pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak atau dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

ATAU

(iii) Telah memberi sumbangan yang signifikan dalam perkembangan asuhan kanak-kanak, pendidikan prasekolah atau/dan pendidikan awal kanak-kanak.

(c) Ahli Fellow Kehormat

Ahli Fellow Kehormat diberikan kepada individu yang telah membuat sumbangan cemerlang kepada ECCE.

(2) (a) Ahli Biasa dan Ahli Fellowship adalah ahli-

ahli yang membayar yuran dan layak untuk

Page 8: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

8

mengundi dan memegang jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif.

(b) Ahli Fellow Kehormat ini tidak boleh

mengundi dan memegang jawatan sebagai ahli Jawatakuasa Eksekutif tetapi boleh memberi khidmat kepada mana-mana jawatankuasa yang memerlukan kepakaran, pengalaman dan kebijaksanaannya untuk meningkatkan kualiti dan professionalisme dalam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

(3) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk diluluskan. Jawatankuasa Eksekutif boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah

diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang ditetapkan diterima menjadi ahli Majlis ECCE dan berhaklah ia menjadi ahli.

(5) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti

tidak boleh diterima menjadi ahli Majlis ECCE ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor/Presiden/Rektor Universiti yang berkenaan.

Page 9: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

9

FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran bagi Ahli Biasa dan Ahli Fellowship yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :

Bayaran masuk RM50 (lima puluh ringgit) sahaja. Yuran tahunan RM100 (satu ratus ringgit) sahaja.

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada

Bendahari Kehormat dalam tempoh dua bulan sebelum tahun akhir.

(3) Ahli yang tidak menjelaskan hutang yurannya

lebih daripada enam bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha Kehormat atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

(4) Ahli yang tidak menjelaskan hutang yurannya

sebanyak lebih dari satu tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Majlis ECCE dan Jawatankuasa Eksekutif boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa Eksekutif mempunyai kuasa

menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang mengabaikan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli

untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.

Page 10: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

10

Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

FASAL 7 PEMBAHARUAN KEAHLIAN

(1) Pembaharuan keahlian biasa dan keahlian Fellowship berlaku tiga (3) tahun sekali. Untuk memperbaharui keahliannya, Ahli Biasa dikehendaki telah meningkatkan kemahiran professionalnya melalui jumlah jam kehadiran dalam ceramah/bengkel/seminar/persidangan/

kursus.

(2) Ahli yang masih belum mempunyai diploma pendidikan awal kanak kanak harus lulus peperiksaan bertulis Majlis ECCE sebelum keahlian yang pertama boleh diperbaharui.

(3) Walaupun yuran keahlian telah berbayar,

kedudukan keahlian tertakluk kepada Fasal 7 (1) dan (2) di atas dan tertakluk kepada keputusan muktamad Jawatankuasa Eksekutif Majlis ECCE.

FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang ingin berhenti daripada menjadi ahli Majlis ECCE hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu dari tarikh kuatkuasa pemberhentian nya kepada Setiausaha Kehormat dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli atau ahli Jawatankuasa

Eksekutif yang gagal mematuhi undang-undang Majlis ECCE atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Majlis ECCE

Page 11: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

11

boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Eksekutif. Sebelum Jawatankuasa Eksekutif memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 9 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolaan Majlis ECCE ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa Eksekutif, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam

daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Majlis ECCE dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

Page 12: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

12

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Majlis ECCE hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

(a) menerima laporan Jawatankuasa Eksekutif

berkenaan perjalanan Majlis ECCE di dalam tahun lalu;

(b) menerima laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah diodit bagi tahun yang lalu;

(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif dan juruodit untuk 2 tahun akan datang; dan

(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar

kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Majlis ECCE bagi tahun lalu yang telah diodit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Majlis ECCE.

(5) Mesyuarat Agung Khas bagi Majlis ECCE ini

boleh diadakan:

(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Eksekutif, atau

(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.

Page 13: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

13

Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat.

(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-

ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat

Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8) Fasal 9(1) dan 9(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(9) Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar

kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya Mesyuarat itu.

FASAL 10 JAWATANKUASA EKSEKUTIF

(1) Satu Jawatankuasa Eksekutif seperti berikut yang dinamakan Pegawai-pegawai Majlis ECCE

Page 14: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

14

hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap 2 tahun:

Seorang Presiden Seorang Naib Presiden Seorang Setiausaha Kehormat Seorang Penolong Setiausaha Kehormat Seorang Bendahari Kehormat Seorang Penolong Bendahari Kehormat

5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

(2) (i) Pemegang-pemegang jawatan Majlis ECCE ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Majlis ECCE ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia dan berkhidmat tidak lebih daripada dua (2) penggal berturut-turut yang mana setiap penggal ialah dua (2) tahun.

(ii)Jawatankuasa Biasa tidak dibenarkan

memegang jawatan yang sama lebih daripada dua (2) penggal berturut-turut yang mana setiap penggal ialah dua (2) tahun.

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas

hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai yang menjalankan tugas eksekutif Majlis ECCE ini boleh dilantik semula tiap-tiap 2 tahun tetapi tidak melebihi dua (2) penggal melainkan yang tertakluk kepada Fasal 10 seksyen 2(ii) di atas.

(4) Fungsi Jawatankuasa Eksekutif ialah mengelola

dan mengaturkan kerja-kerja harian Majlis ECCE dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Majlis ECCE mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat

Page 15: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

15

Agung. Jawatankuasa Eksekutif seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Eksekutif mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah bermesyuarat

sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Eksekutif hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang

berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Eksekutif dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Kehormat bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Eksekutif boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah

dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Eksekutif;

Page 16: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

16

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Eksekutif mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Kehormat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang mungkir

menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Eksekutif.

(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif

meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dipecat mengikut Fasal 8 (2) maka berkuasalah Jawatankuasa Eksekutif melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9) Jawatankuasa Eksekutif boleh memberi perintah

kepada Setiausaha Kehormat dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Majlis ECCE, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Eksekutif atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Majlis ECCE.

Page 17: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

17

(10) Jawatankuasa Eksekutif boleh menubuhkan

jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.

FASAL 11 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) Presiden, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat setelah diluluskan.

(2) Naib Presiden hendaklah memangku jawatan

Presiden semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Majlis ECCE mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Eksekutif. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha Kehormat hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Majlis ECCE kepada Pendafar

Page 18: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

18

Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

(4) Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah

menolong Setiausaha Kehormat menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Kehormat.

(5) Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab

berkenaan semua hal kewangan Majlis ECCE. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

(6) Penolong Bendahari Kehormat akan membantu

Bendahari Kehormat dalam menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari Kehormat.

(7) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu

Jawatankuasa Eksekutif dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 12 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Majlis ECCE ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Majlis ECCE, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan

wang runcit tidak lebih daripada RM2000 (dua ribu ringgit) pada sesuatu masa. Wang yang

Page 19: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

19

lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Majlis ECCE.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang

daripada kira-kira Majlis ECCE hendaklah ditandatangani oleh Presiden atau Naib Presiden bersama dengan Bendahari Kehormat atau Penolong Bendahari Kehormat.

(4) Perbelanjaan sehingga RM500,000 (Ringgit

Malaysia Lima Ratus Ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan

dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Juruodit yang dilantik di bawah Fasal 13 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Majlis ECCE.

(6) Tahun kewangan Majlis ECCE ini bermula dari

1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

Page 20: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

20

FASAL 13 JURUAUDIT

(1) Dua orang juruodit yang bukannya Pegawai Majlis ECCE boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan sebagai juruodit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Juruodit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira

Majlis ECCE bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Majlis ECCE bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Eksekutif.

(3) Jika juruodit didapati tidak menjalankan tugas

dan perkhidmatannya tidak memuaskan juruodit boleh dipecat oleh Jawatankuasa Eksekutif dan berkuasalah Jawatankuasa Eksekutif untuk melantik juruodit yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

FASAL 14 PENTADBIR HARTA

(1) Semua harta Majlis ECCE hendaklah dinamakan atas nama Majlis ECCE. Pemegang jawatan semasa dalam Jawatankuasa Eksekutif iaitu Presiden, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat hendaklah dilantik sebagai Pegawai Pentadbir Harta mengikut Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966 di mana sijil pengesahan akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan untuk ditadbir. Mereka akan menjalankan tugas sebagai Pegawai Pentadbir Harta selagi mereka

Page 21: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

21

memegang jawatan berkenaan di dalam Majlis ECCE.

(2) Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual,

menarik balik atau menukar milik harta kepunyaan Majlis ECCE tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Majlis ECCE.

(3) Sekiranya seseorang Pegawai Pentadbir Harta

itu tidak lagi memegang jawatan dalam Majlis ECCE, maka kuasanya dengan sendirinya terlucut.

FASAL 15 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa Eksekutif boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa Eksekutif, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau

tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa Eksekutif terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 16 PENASIHAT/PENAUNG

Jawatankuasa Eksekutif boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Majlis ECCE ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 17 LARANGAN

Page 22: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

22

(1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang

ditafsirkan dalam Jadual 1 dan 2, Akta Rumah Perjudian Terbuka, 1953 tidak boleh dimainkan di premis Majlis ECCE.

(2) Majlis ECCE atau ahli-ahlinya tidak harus cuba

menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harta barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

(3) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah

Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberikan oleh Majlis ECCE kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 18 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 19 PEMBUBARAN

(1) Majlis ECCE ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

Page 23: PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN …eccecouncil.org/wp-content/uploads/2013/04/ECCE-Constitution_web1.… · kanak dan prasekolah. (6) Menggalakkan program-program latihan

23

(2) Sekiranya Majlis ECCE hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Majlis ECCE yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu

hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.