99
GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia Bab 3-5.ppt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perlembagaan Malaysia

Citation preview

GMGA 2013PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU

1. Pendahuluan - 12. Skop perbincangan – 0.53. Definisi – 24. Fakta-fakta perbincangan – 9 5. Kesimpulan – 36. Menulis rujukan - 17. Kelancaran bahasa – 2.58. Hantar mengikut masa - 1 Jumlah – 20. Nota:Tugasan Individu 20% (tajuk – pertemuan ke 1, serah pertemuan ke 3)

LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAB 3

OBJEKTIF

1. Membincangkan latar belakang perkembangan sejarah Perlembagaan Malaysia. 2. Memahami asas-asas sejarah yang mempengaruhi kandungan Perlembagaan. 3. Menjelaskan tentang kandungan bahagian-bahagian utama Perlembagaan Malaysia. 4. Menghuraikan tentang dimensi politik Perlembagaan Malaysia.

Perkembangan Perlembagaan

Malaysia

•Seiring dengan perkembangan Malaysia sebagai sebuah negara moden.

•Adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa Perlembagaan negara hanya muncul selepas Suruhanjaya Reid menamatkan tugas mereka sejurus sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.

•Apa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Perlembagaan Malaya merdeka adalah suatu manifestasi daripada realiti politik yang wujud sebelum dan ketika negara hampir mencapai kemerdekaan.

Perkembangan Perlembagaan

Malaysia

•Perlembagaan Malaysia dengan itu adalah satu manifestasi realiti pensejarahan negara, malah realiti politik moden masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang telah menerima pakai sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan sebagai asas sistem politiknya.

•Satu artifak sejarah negara Malaysia yang tersendiri dan unik.

•Perlembagaan Malaysia juga berasaskan model perlembagaan moden di Eropah, tetapi kemunculannya tidak ada kena mengena dengan ‘Renaissance’.

•Perlembagaan Malaysia lahir menerusi sejarahnya yang tersendiri. Sejarah ini berkait rapat dengan sejarah negeri-negeri Melayu yang berada di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu dan juga kesan-kesan yang dibawa oleh penjajahan British di Tanah Melayu.

Terdapat beberapa aspek ciri pemerintahan tradisi yang dikekalkan walaupun dalam bentuk yang lebih moden di dalam Perlembagaan Malaysia sekarang.

•Sistem kerajaan beraja di mana sembilan Raja-Raja Melayu masih kekal berdaulat dinegeri masing-masing walau pun mereka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak sebaliknya adalah merupakan Raja Berperlembagaan, yakni sistem beraja yang tertakluk kepada undang-undang.

•Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

•Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, adalah merupakan kesinambungan daripada kedudukan identiti tradisi negara ini serta pengikhtirafan kepada bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan utama di Tanah Melayu.

•Kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu yang memperlihatkan pengiktirafan ke atas kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini yang perlu diberikan perlindungan kerana kesediaan dan pengorbanan mereka memberikan hak berkongsi kerakyatan dan kuasa pemerintahan dengan orang-orang bukan Melayu dari keturunan Cina dan India.

•2 Tahap Perkembangan Perlembagaan Malaysia

•Tahap pertama ialah pembinaan asas-asas kukuh sistem politik Melayu tradisi sebelum kedatangan British.

•Tahap kedua ialah era perkembangan pengaruh British yang memperlihatkan bermulanya proses permodenan politik, pentadbiran dan undang-undang serta kemunculan masyarakat majmuk (plural society) di Tanah Melayu.

Pemerintahan dan

Perundangan di Tanah Melayu Sebelum Era Penjajahan

•Kedatangan British dan perlebaran pengaruh mereka di negeri-negeri Melayu tidak meruntuhkan sistem politik Melayu tradisi.

•British menempatkan penasihat atau Residen mereka di negeri-negeri Melayu untuk mengurus hal-ehwal pentadbiran, undang-undang dan percukaian, kedudukan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu terus dipelihara.

•Negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British telah pun mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undangnya yang tersendiri terutamanya yang berkaitan dengan hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

•Kerajaan-kerajaan tradisi Melayu mempunyai kewibawaan dan kedaulatan dalam mentadbir kekuasaan mereka di negeri-negeri Melayu.

Pemerintahan dan

Perundangan di Tanah Melayu Sebelum Era Penjajahan

•Istilah Kedaulatan Undang-undang dan Kedaulatan Perlembagaan juga seharusnya tidak menjadi sesuatu yang asing kepada rakyat Malaysia kerana istilah ‘DAULAT’ adalah sesuatu yang cukup dikenali di negara ini.

•Konsep ‘daulat’ dan ‘kedaulatan’ sering dikaitkan dengan kedudukan, keunggulan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu dalam menjalankan urusan pemerintahan mereka.

•Kedaulatan Raja tidak seharusnya dilihat dari sudut ‘legality’ semata-mata kerana konsep itu sebenarnya mencakupi juga dimensi budaya, mitos, dan ajaran agama. Semua unsur-unsur ini terkandung di dalam konsep ‘daulat’ yang bersifat holistik yang dimanifestasikan menerusi diri seseorang Raja.

Zainal Abidin Wahid (1966:446):

“Daulat can be interpreted as sovereignty. The sovereignty of a Malay ruler is not merely a legal concept; it is a cultural and religious one as well. And it lies in the person of the ruler.”

Pemerintahan dan

Perundangan di Tanah Melayu

Sebelum Era Penjajahan

•Orang Melayu mengenali istilah ‘daulat’ dan ‘kedaulatan Raja’ lama sebelum didedahkan dengan konsep kedaulatan undang-undang (rule of law) dan kedaulatan perlembagaan (constitutional sovereignty).

•Konsep kesetiaan kepada Raja serta hubungan Raja dan rakyat semuanya terjalin di dalam konsep ‘kedaulatan Raja’.

•Personaliti seseorang Raja atau institusi yang diwakilinya seperti mana institusi Yang Di Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan negara dan taat setia setiap orang rakyat Malaysia.

Pemerintahan dan

Perundangan di Tanah Melayu

Sebelum Era Penjajahan

•Sistem pemerintahan tradisi di bawah Raja-Raja Melayu telah pun memperkenalkan undang-undang bertulis dan tidak bertulis, lama sebelum kedatangan British contohnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan dua buah dokumen undang-undang bertulis yang telah wujud sejak abad yang ke-15.

•Johor telah melahirkan sebuah perlembagaan bertulis pada tahun 1895.

Pemerintahan dan

Perundangan di Tanah Melayu

Sebelum Era Penjajahan

•Sistem politik tradisi Melayu, pihak yang melaksanakan keadilan adalah juga pihak yang memiliki kuasa politik, bererti, kuasa kehakiman dan eksekutif berada pada pihak yang sama iaitu Raja dan para pembesar utama.

•Tidak wujud apa yang kita fahami sekarang sebagai doktrin pemisahan kuasa dalam sistem politik tradisional Melayu.

•Undang-undang Islam yang dilaksanakan adalah bercampur-baur dengan adat tradisi tempatan yang pernah wujud sebelumnya.

Pemerintahan dan

Perundangan di Tanah Melayu

Sebelum Era Penjajahan

•Undang-undang 99 Perak dan Pahang dicatatkan pada 1596.

•Kurang tepat untuk menyatakan bahawa Perlembagaan Malaysia adalah merupakan satu produk penjajahan British atau hasil kerja Suruhanjaya Reid semata-mata. Kandungan Perlembagaan Malaysia merakamkan intipati ciri-ciri pemerintahan tradisi kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya, tetapi diberi nafas baru dan digarap dengan ciri-ciri pemerintahan moden demokrasi yang sebahagiannya dipinjam daripada tradisi demokrasi yang telah berkembang di dunia Barat.

•2 Kategori Adat

•Adat ‘Perpateh’ berasaskan kepada keunggulan nasab ibu yang berasal dari Minangkabau dan berkembang di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya

•Adat ‘Temenggung’ yang menekankan keunggulan nasab bapa.

Konsep ‘kerajaan’ dan undang-undang tradisi telah pun wujud di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British. Tun Salleh Abbas (1985:vii) dalam bukunya ‘Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia’:

‘Perlembagaan Malaysia bukanlah hasil fikiran yang mendadak, akan tetapi merupakan gambaran hasil pentadbiran penjajahan British selama satu abad yang membentuk negara ini daripada negeri-negeri Melayu dan tanah jajahan British yang berasingan kepada sebuah Persekutuan di bawah satu Perlembagaan moden. Akan tetapi jika kita ketepikan peruntukan yang bersangkutan dengan jentera Kerajaan, keutamaan Parlimen dan badan berkanun, serta peruntukan yang menyentuh kewarganegaraan, sejumlah besar peruntukan yang masih tinggal merupakan perkara-perkara yang boleh digolongkan sebagai ‘perkara tradisi’ dengan erti kata bahawa perkara-perkara ini telah pun diamalkan lama sebelum pemerintahan penjajah British di Tanah Melayu. Ia telah melalui beberapa perkembangan perlembagaan dan pembangunan politik yang turun-temurun; dan akhirnya dikekalkan dalam Perlembagaan sekarang.’

Pemodenan Pentadbiran dan Undang-

Undang di Zaman British

•Impak yang ditinggalkan oleh British sangat besar, bermula dengan kejatuhan Pulau Pinang ke tangan Francis Light setelah berjaya memperdaya Sultan Kedah pada tahun 1786. Pulau Pinang diserahkan kepada British dengan ganjaran ganti rugi sebanyak 6,000 dollar Sepanyol setahun dibayar kepada Sultan Kedah. Maka bermulalah era penjajahan British di Tanah Melayu.

•Penyerahan Singapura kepada Stamford Raffles pada 1819 oleh waris tertua Sultan Johor atas jaminan British akan mengikhtiraf beliau sebagai Sultan Johor yang sah.

•Tahun 1824 hasil perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka pula diserahkan kepada British, untuk pertukaran dengan Benkulen.

•Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 itu sangat penting kerana ia memulakan pemetaan wilayah yang berada di bawah pengaruh Inggeris dan Belanda.

Francis Light yang dilantik sebagai Superitenden British di Pulau Pinang telah diarahkan oleh Gabenor Jeneral British di India menerusi sepucuk surat bertarikh 26 Januari 1788 untuk:

‘memelihara peraturan di penempatan British setakat yang mampu menerusi tindakan penjara atau lain-lain hukuman yang wajar, selagi yang terlibat bukanlah subjek British’.

Pemodenan Pentadbiran dan Undang-

Undang di Zaman British

• Di Pulau Pinang pada 1807 The Royal Charter of Justice (Piagam Keadilan Di Raja - The Court of Judicature of Prince of Wales’ Island ) diperkenalkan sebagai satu perkembangan yang sangat signifikan dalam sejarah perundangan moden Malaysia kerana ia menandakan pengenalan undang-undang statut Inggeris di Tanah Melayu.

• Di Singapura, Stamford Raffles telah melantik 12 majistret dari kalangan peniaga-peniaga British yang tidak pernah mendapat latihan perundangan British untuk membicarakan kes-kes sivil dan jenayah yang kecil.

• Di Melaka, pada masa penyerahan negeri itu kepada British oleh Belanda pada 1824, ia telah pun mempunyai beberapa sistem perundangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Melayu Melaka seperti undang-undang adat Melayu, Undang-undang Islam, beberapa undang-undang penduduk tempatan bukan Melayu serta undang-undang yang diperkenalkan oleh Belanda.

Pemodenan Pentadbiran dan Undang-

Undang di Zaman British

•Tahun 1826 apabila Charter of Justice atau Piagam Keadilan diperkenalkan. Mahkamah baru yang dikenali sebagai The Court of Judicature of Prince of Wales Island, Singapore and Malacca diwujudkan serentak dengan pengenalan Piagam Keadilan 1826 itu.

•Undang-undang Perniagaan pada tahun 1878 dan Undang-undang Tanah Inggeris pada 1909.

Pemodenan Pentadbiran dan Undang-

Undang di Zaman British

•Menjelang 1888, British telah menguasai Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan, memperolehi kuasa yang sah menjalankan pentadbiran dan kekuasaannya menerusi sistem penjajahan secara tidak langsung (indirect rule). Sistem Residen diperkenalkan menjalankan urusan pentadbiran, perundangan dan pungutan cukai.

•Tahun 1895, kesemua negeri-negeri tersebut diletakkan di bawah satu sistem pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States-FMS), di mana empat Residen British di negeri-negeri tersebut diletakkan di bawah seorang Residen General yang bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang diangkat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pemodenan Pentadbiran dan Undang-

Undang di Zaman British

•Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor pula dikenali sebagai negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated Malay States-UMS) menerusi pemeteraian perjanjian Inggeris Siam 1909.

•Tahun 1910, Kelantan dan Terengganu menerima Residen British, dan 1923 Kedah mengikut langkah yang sama manakala Perlis menerima Residen British pada tahun 1930.

•Pada 1895, Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor telah memperkenalkan perlembagaan bertulis di Johor, dan ini mewujudkan satu sistem pentadbiran yang moden di negeri itu menjelang kehadiran Residen British di Johor pada tahun 1914.

Pemodenan Pentadbiran dan Undang-

Undang di Zaman British

•Pengenalan undang-undang statut Inggeris di FMS berlaku pada 1937, manakala di UMS pula pada 1951.

•Sabah dan Sarawak, sebelum 1946 adalah merupakan wilayah-wilayah yang berada di bawah perlindungan British. Mulai 1946 sahaja kedua-dua negeri tersebut menjadi koloni British secara langsung.

•Kesemua sistem dimansuhkan apabila tahun 1946 projek Malayan Union diperkenalkan.

•Malayan Union yang mendapat bantahan keras orang-orang Melayu tidak dapat bertahan lama dan pada 1948 apa yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.

•Perlembagaan 1948 inilah yang menjadi asas atau kerangka penting dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1956 oleh Suruhanjaya Reid.

Faktor paling utama British memperkenalkan Malayan Union ialah untuk menyeragamkan sistem pentadbiran Tanah Melayu yang mempunyai berbagai-bagai sistem sebelum tercetusnya perang dunia kedua iaitu Negeri-negeri Selat, FMS dan UMS ke dalam satu sistem negara Kesatuan yang akan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan British yang tertakluk kepada Pejabat Tanah Jajahan di London secara langsung.

Motifnya ialah ekonomi, kerana British ingin mengeksploitasi sepenuhnya hasil kekayaan Tanah Melayu bagi menampung dana perbendaharaan British yang hampir muflis setelah membiayai tentera Britsih dalam masa perang.

Sistem kerakyatan yang seragam untuk semua kelompok etnik yang diusulkan oleh Malayan Union juga adalah bagi memenuhi matlamat tersebut supaya memudahkan urusan pentadbiran dan undang-undang di Tanah Melayu.

Kelahiran Perlembagaan Malaysia

Orang Melayu menentang Malayan Union kerana projek tersebut akan menghilangkan identiti Tanah Melayu sebagai milik turun temurun mereka. Malayan Union akan hilangkan taraf mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu, dan Raja-raja mereka kehilangan kuasa dan kedaulatan mereka. Sebaliknya, menerusi dasar kerakyatan Jus Soli orang-orang bukan Melayu yang hanya datang ke Tanah Melayu dalam abad yang ke-19 akan menikmati taraf dan kedudukan yang sama dengan orang-orang Melayu.

Perkara ini tidak dapat diterima oleh orang Melayu kerana projek Malayan Union mengkhianati perjanjian perlindungan (protectorate agreement) yang ditanda tangani antara British dan Raja-Raja Melayu pada masa mereka mula bertapak di Tanah Melayu.

Kelahiran Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sangat penting kerana ia menjadi asas kepada pembentukan sebuah sistem Federal di Tanah Melayu. Perlembagaan 1948 inilah yang menjadi kerangka asas kepada Perlembagaan Tanah Melayu merdeka 1957 yang kemudiannya menjadi Perlembagaan Malaysia pada 1963 apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Malaysia. Perlembagaan 1948 juga telah mengembalikan kedudukan dan kehormatan Raja-Raja Melayu serta mengikhtiraf orang Melayu sebagai penduduk dan pemilik asal Tanah Melayu.

Kelahiran Perlembagaan Malaysia

5 ciri penting dalam

Perlembagaan Malaysia.

• Perkara 1 Perlembagaan Malaysia telah meletakkan bahawa sebagai sebuah negara persekutuan yang bernama ‘Malaysia’ terdapat peruntukan untuk kemasukan lain-lain negeri ke dalamnya. Lain-lain perkara memperuntukkan pembahagian kuasa antara Parlimen Persekutuan dan Dewan-dewan Negeri.

• Perkara 32 (1) yang harus dibaca bersama dengan Perkara 40 mengagaskan kewujudan sistem Raja Berpelembagaan; di mana Pemerintah Tertinggi bagi Persekutuan akan memakai gelaran ‘Yang di Pertuan Agong’.

• Bab 4 Bahagaian IV menggariskan kewujudan sistem demokrasi berparlimen.

• Perkara 3 memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi lain-lain agama boleh terus diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagaian Persekutuan. Walau pun Islam sebagai agama rasmi, tetapi Malaysia bukanlah sebuah negara teokratik.

• Pelbagai perkara lain menggariskan sistem kerajaan berparlimen ala Westminster yang tidak memisahkan badan legislatif dan eksekutif. Bagaimanapun badan kehakiman kekal bebas dan terasing.

4 sudut utama Perlembagaan

Malaysia

•Dimensi politik

•Dimensi pemerintahan

•Dimensi pengurusan kewangan negara

•Dimensi hak asasi manusia dan pengurusan keselamatan negara

Dimensi Politik Perlembagaan

Malaysia

•Kewarganegaraan – Terkandung di dalam Bahagian 3 yang bermula dengan Perkara 14 hingga Perkara 31 dan Jadual 2.

•Bahasa Kebangsaan – Terkandung di dalam Perkara 152.

•Hak Keistimewaan Orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan Kepentingan sah kaum-kaum lain – Terkandung di dalam Perkara 153.

•Agama Islam – Terkandung di dalam Perkara 3.

•Kedudukan Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu – Terkandung di dalam Perkara 32-40.

7 perkara penting dalam

Dimensi Pemerintahan Perlembagaan

Malaysia

•Sistem Demokrasi Berparlimen - Terkandung di dalam Perkara 44 hingga Perkara 65.

•Sistem Raja Berperlembagaan – Terkandung di dalam Perkara 39 hingga Perkara 43.

•Malaysia sebagai Negara Persekutuan – Bahagian 4 mulai Perkara 32-37, 39-43, Bahagian 5 mulai Perkara 70-72, Bahagaian 6 mulai Perkara 73 hingga Perkara 95E.

•Ketinggian Perlembagaan daripada Parlimen – Terkandung di dalam Perkara 4.

•Kebebasan Pilihan raya – terkandung di dalam Bahagaian 8 mulai Perkara 113 hingga Perkara 120.

•Kebebasan Kehakiman – Terkandung di dalam Bahagian 9 mulai Perkara 121 hingga Perkara 131A.

•Perkhidmatan Awam yang neutral – Terkandung di dalam Bahagian 10 mulai Perkara 132 hingga Perkara 148.

Dimensi Hak Asasi Manusia

dan Pengurusan Keselamatan

Negara

•Prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia yang diamalkan dan pengurusan keselamatan negara terkandung di dalam Bahagian 2 mulai Perkara 5 hingga Perkara 13.

•Aspek pengurusan keselamatan negara terkandung di dalam Bahagaian 11 mulai Perkara 149 hingga Perkara 151 yang menyentuh soal mengawal perbuatan subversif, perisytiharan darurat dan tahanan pencegahan.

Dimensi Pengurusan Kewangan

Negara

•Pengurusan kewangan negara yang terkandung di dalam Bahagian 7 mulai Perkara 96 hingga 112D.

GMGA 2013PERLEMBAGAAN MALAYSIA

DIMENSI POLITIK I PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAB 4

OBJEKTIF

1. Membincangkan dua daripada empat aspek dimensi politik Perlembagaan Malaysia. 2. Memahami kepentingan dimensi politik isu kewarganegaraan dan hak-hak istimewa orang Melayu. 3. Menjelaskan tentang bahagian-bahagian Perlembagaan Malaysia yang menyentuh tentang aspek kewarganegaraan dan hak-hak istimewa orang Melayu. 4. Menghuraikan tentang perkaitan undang-undang Perlembagaan dengan aspek politik isu kewarganegaraan dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Kandungan Perlembagaan

Malaysia dibahagikan kepada empat dimensi utama

•Dimensi politik

•Dimensi pemerintahan

•Dimensi pengurusan kewangan negara

•Dimensi hak asasi manusia dan pengurusan keselamatan negara

•Dimensi Politik Perlembagaan Malaysia

•Soal kewarganegaraan terkandung di dalam Bahagian III bermula daripada Perkara 14 hingga 31

•Soal hak-hak istimewa orang Melayu terkandung di dalam Bahagian XII di bawah Perkara 153.

•Aspek-aspek penting yang lahir hasil daripada realiti politik dan pensejarahan negara ini

Latar belakang politik isu

kewarganegaraan dan hak-hak

istimewa orang Melayu

•Politik etnik sangat berkesan dalam mempengaruhi kelahiran institusi-institusi politik utama negara Malaysia

•Perlembagaan Malaysia digubal hasil daripada proses tawar-menawar dan akomodasi politik antara etnik-etnik utama, iaitu Melayu dan bukan Melayu

•131 memorandum yang diterima oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956-1957 bagi proses mendraf Perlembagaan Malaya

•Memorandum daripada Perikatan memainkan peranan yang sangat besar khususnya dalam mempengaruhi kandungan terakhir Perlembagan tersebut

Latar belakang politik isu

kewarganegaraan dan hak-hak

istimewa orang Melayu

•Bagi orang-orang Melayu, keprihatinan mereka bukan sahaja ke atas nasib mereka yang jauh tertinggal dari segi sosio-ekonomi berbanding bukan Melayu, tetapi juga tentang identiti negara baru yang bakal dibina

•Orang-orang yang bukan Melayu, perkara yang paling penting ialah isu kewarganegaraan. Tanpa kewarganegaraan, kedudukan mereka dari apa segi sekali pun tidak terjamin

•Perlembagaan 1957 yang lahir itu menggambarkan kompromi yang telah dicapai antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu menerusi wakil-wakil mereka di dalam Perikatan

Milne dan Mauzy (1999:16) :“Setengah-setengah peruntukan di dalam Perlembagaan bukanlah hanya merupakan ‘terjemahan-terjemahan’ daripada perlembagaan-perlembagaan lain, tetapi adalah berasaskan perbezaan-perbezaan yang wujud di antara masyarakat British dan Malaya. Perlembagaan Malaysia telah digubal dengan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap etnik-etnik yang ada, dan sebahagian daripada klausa-klausa tersebut menetapkan peraturan-peraturan asas tentang perkara ini. Hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang disebut di dalam Perlembagaan, atau yang berasaskan perkara ini, jelas menonjolkan hakikat ini. Kedudukan istimewa orang Melayu dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan dua nilai simbolik yang begitu bermakna”.

Senario yang wujud sebelum Perlembagaan 1957 digubal

Tun Salleh Abbas (1985:25):

“Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak, akan tetapi diseimbangkan dengan kepentingan sah lain-lain kaum, yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan di dalam Perlembagaan, hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda, dan yang paling penting, hak untuk mendapat layanan yang sama rata.”

Senario yang wujud sebelum Perlembagaan 1957 digubal

Harold Crouch (1997:157):

“Dalam perundingan-perundingan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957, para pemimpin tiga masyarakat utama yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC telah mencapai persefahaman bahawa orang Melayu akan lebih dominan dalam kerajaan manakala orang-orang bukan Melayu pula diberikan taraf kewarganegaraan dan jaminan bahawa kedudukan mereka dalam ekonomi tidak diganggu. Walaupun hal ini tidak bertulis, tawar-menawar secara tidak rasmi atau kontrak sosial ini terus menjadi asas kepada dominan Melayu di dalam sebuah negara yang pada asasnya bercirikan Melayu. Adalah dipersetujui bahawa simbol-simbol negara baru ini adalah bercirikan Melayu – Yang di Pertuan Agong sebagai ketua negara, Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.”

Senario yang wujud sebelum Perlembagaan 1957 digubal

Tan Che Beng (1987:246):

“Kesimpulannya, sejumlah isu-isu dimensi etnik di dalam Perlembagaan merupakan hasil kompromi antara pemimpin-pemimpin Melayu dan bukan Melayu. Justeru itu, orang-orang Melayu menerima peruntukan-peruntukan liberal kewarganegaraan yang akan memberi faedah besar kepada bukan Melayu, manakala pemimpin-pemimpin Cina dan India pula bersetuju dengan peruntukan-peruntukan hak istimewa orang Melayu dan sebagainya. … Walau bagaimanapun, isu kewarganegaraan ketika itu dilihat sebagai satu cara kompromi penerimaan para pemimpin bukan Melayu ke atas peruntukan hak istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan (m.s. 249).”

Senario yang wujud sebelum Perlembagaan 1957 digubal

Kontrak Sosial telah berlaku di antara

elit-elit politik Melayu dan bukan

Melayu semasa Perlembagaan kemerdekaan

digubal

• Kontrak sosial ini merujuk kepada keadaan persetujuan orang-orang Melayu untuk menerima orang-orang bukan Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu Perlembagaan Malaysia digubal

• Kontrak sosial ini merujuk kepada keadaan persetujuan orang-orang Melayu untuk menerima orang-orang bukan Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu

• Mereka juga mahukan suatu jaminan perundangan daripada pemerintah bahawa kedudukan mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu diiktiraf secara rasmi

• Mereka juga mahukan jaminan bahawa kedudukan sosio-ekonomi mereka yang jauh tertinggal berbanding orang-orang bukan Melayu akan diberikan perhatian yang istimewa dan akan mendapat pembelaan negara setelah mereka bersetuju menerima orang-orang bukan Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu yang setaraf dengan mereka

Kewujudan Perkara 153

berhubung hak-hak istimewa

orang Melayu –Percaturan politik etnik sangat kuat

mempengaruhi proses penggubalan dan kandungan akhir

Perlembagaan 1957

•Menjamin hak-hak sah kaum-kaum lain tidak diganggu-gugat

•Hak keistimewaan yang diberi kepada orang-orang bukan Melayu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu yang sekaligus memberikan mereka hak milik ke atas negara ini haruslah diimbangkan dengan satu perakuan bahawa ketertinggalan orang-orang Melayu akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada negara dan kerajaan

•Identiti negara Malaysia juga tidak akan kehilangan ciri-ciri tradisional Melayunya walaupun rakyatnya sudah berbilang etnik

Kewujudan Perkara 153

berhubung hak-hak istimewa

orang Melayu –Percaturan politik etnik sangat kuat

mempengaruhi proses penggubalan dan kandungan akhir

Perlembagaan 1957

• Jawatan Ketua Negara yang disandang oleh Yang di Pertuan Agong (yang dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan orang raja Melayu), Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, sementara bahasa-bahasa etnik Cina dan India masih boleh diamalkan

• Orang Melayu berkorban hak mutlak mereka ke atas negara ini dengan bersedia berkongsi hak kewarganegaraan dengan yang bukan Melayu, masyarakat bukan Melayu pula membalas pengorbanan itu dengan kesediaan memperakui secara politik dan perundangan bahawa sebagai penduduk asal negara ini, maka orang Melayu perlu diberi perlindungan undang-undang yang khusus supaya kedudukan mereka dari segi sejarah negara ini dipelihara manakala ketertinggalan sosio-ekonomi mereka mendapat pembelaan dari negara

PERUNTUKAN BERHUBUNG

KEWARGANEGARAANDALAM

PERLEMBAGAAN

•Isu kewarganegaraan merupakan satu isu penting yang berbangkit semasa rundingan kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan 1957 berlangsung

•Menggagalkan projek Malayan Union 1946 kerana penentangan orang-orang Melayu yang merasakan kedudukan mereka terancam apabila dasar pemberian kewarganegaraan yang terlalu liberal mahu dilaksanakan oleh British

•Orang-orang Melayu mahukan syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat, manakala orang-orang bukan Melayu tentunya mahukan satu syarat yang lebih liberal

•Ada juga tuntutan daripada masyarakat Cina di negeri-negeri Selat yang mahukan dasar dwi kewarganegaraan diamalkan kerana mereka mahu menikmati hak sebagai rakyat Malaya dan juga rakyat empayar Inggeris

PERUNTUKAN BERHUBUNG

KEWARGANEGARAANDALAM

PERLEMBAGAAN

•Akhirnya peruntukan-peruntukan berhubung dengan kewarganegaraan di dalam Perlembagaan nyata agak liberal apabila ia membolehkan mereka yang lahir di negara ini menjadi warganegara

•Sekiranya sejumlah penduduk yang besar dan lahir serta menetap di negara ini tidak mendapat taraf kewarganegaraan, maka proses pembentukan sebuah negara-bangsa yang kuat sukar dimantapkan manakala kestabilan politik pula akan tergugat

•Peruntukan untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada masyarakat bukan Melayu di Malaya begitu liberal, orang bukan Melayu telah mendapat faedah yang besar secara serta-merta

Perkara 14(1) jelas memperlihatkan dimensi politik etnik yang sangat penting:

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian ini, orang-orang yang berikut adalah warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang, iaitu: (a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia dan ianya adalah seorang warganegara Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan (b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan iannya adalah mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual Kedua.

Perkara 1 (a) Bahagian II Jadual Kedua:

‘tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya ibu atau bapanya, pada masa kelahiran itu, adalah seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan’ adalah warganegara menerusi kuat kuasa undang-undang jika ia dilahirkan selepas Hari Malaysia.

Prinsip yang diguna pakai ialah prinsip Jus Soli, iaitu kewarganegaraan berdasarkan negeri kelahiran dan mastautin dan bukannya darah keturunan atau bangsa, iaitu prinsip Jus Sanguinis.

Perkara 1 (a) Bahagian II Jadual Kedua:

Taraf kewarganegaraan menerusi pendaftaran kepada orang-orang yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Malaysia, syarat berhubung dengan bahasa dan tempoh mastautin (sekurang-kurangnya 7 tahun secara terus menerus daripada tempoh mastautin selama 15 tahun) dikenakan

Syarat berhubung dengan bahasa sangat mudah kerana apa yang diperlukan hanyalah ‘pengetahuan mudah dalam Bahasa Melayu’. Berbanding dengan syarat kewarganegaraan secara masukan yang memerlukan ‘pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu’

Perkara 1 (a) Bahagian II Jadual Kedua:

Wujud peruntukan untuk isteri-isteri dan anak-anak kepada warganegara untuk memohon kewarganegaraan secara pendaftaran walaupun tanpa maksud diskriminasi berdasarkan jantina, suami-suami kepada warganegara wanita boleh untuk memohon kewarganegaraan berdasarkan pendaftaran.

Perlembagaan juga membuat syarat bahawa kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan seseorang yang secara sukarela memiliki kewarganegaraan asing, atau menggunakan hak-hak kewarganegaraaan seumpama itu, iaitu hak-hak yang hanya diberikan kepada warganegara asing seperti di dalam Perkara 24, 25, 26, 27 dan 28. Perkara ini bagaimanapun harus dibezakan dengan taraf pemastautin tetap (permanent resident) yang boleh dimiliki oleh warganegara Malaysia. Begitu juga taraf kewarganegaraan komanwel yang diberikan kepada warganegara Malaysia menurut Perkara 29.

PERUNTUKAN BERHUBUNG HAK-HAK

ISTIMEWA ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

•Peruntukan yang berhubung dengan hak-hak istimewa orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 153

•Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak itu terletak pada hakikat sejarah mereka dan hubungannya dengan negara ini

•Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak merupakan penduduk asal negara ini. Negara ini pada suatu masa dahulu adalah milik mutlak mereka

•Walaupun setelah negara Malaysia yang merdeka telah menerima orang-orang Cina dan India sebagai rakyat yang sah, tetapi hakikat sejarah hubungan orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputra dengan negara ini tetap kekal abadi

Perkara 153 (1) menyebut bahawa:

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Tun Salleh Abbas (21-22):

Dalam perjanjian-perjanjian awal di antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan british, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Meleyu tidak diperlukan, kerana negara ini adalah sebuah negara Melayu dan tiada siapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan Kerajaan British iaitu Raja-Raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal-ehwal kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit tanpa disedari telah berkurangan. Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar ‘pintu terbuka’ imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan, mereka tidak dapat bersaing dengan kaum imigran yang masuk ke negeri ini untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang getah.

Perkara 153 (2), bentuk keistimewaan yang boleh diberi kepada orang Melayu:

Walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri–negeri Sabah dan Sarawak dan juga menentukan perezapan bagi orang Melayu dan Bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh yang di Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Perkara 153 (8A):

Perlembagan menambah bahawa Yang di Pertuan Agong boleh mengarahkan pihak berkuasa Universiti, Maktab atau yayasan pelajaran yang memberi pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia menetapkan sejumlah perezapan tempat untuk orang Melayu dan bumiputra Sabah serta Sarawak. Perezapan ini pada masa sekarang lebih dikenali sebagai kuota kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Amalan yang biasa berlaku ialah 55 peratus tempat untuk Melayu dan Bumiputra dan 45 peratus bukan Melayu.

Perkara 153:

Menetapkan bahawa hak-hak sah kaum-kaum lain juga dijamin dan berada dibawah peliharaan yang di rtuan Agong. Maksudnya ialah dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah perkara hak-hak istimewa orang Melayu, hak-hak sah kaum-kaum lain juga tidak boleh diketepikan atau dirampas.

Perkara 153 ( 9):

‘Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi kuasa kepada Parlimen menyekat perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezapan untuk orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak’. Peruntukan ini dengan jelas menghalang apa-apa juga bentuk diskriminasi ke atas orang-orang bukan Melayu.

Perkara 89 (2)(a):

Mengenai tanah rezab Melayu menyebut bahawa, ‘ jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri adalah disiytiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu di bawah Fasal ini, maka sesuatu keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu dalam Negeri itu, yang belum dimajukan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan untuk diberi kepada umum’.

Perkara 89 (2)(b):

‘Jumlah luasnya tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu diisytiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa lebih daripada jumlah luasnya tanah di Negeri itu yang telah diadakan untuk diberi milik kepada umum menurut perenggan (a)’

Kedua-dua aspek ini dengan jelas dan nyata menetapkan bahawa walaupun kerajaan negeri, yang berkuasa dalam soal hal-ehwal tanah, boleh menentukan mana-mana bahagian tanah sebagai tanah rezab Melayu, tetapi jumlah yang sama harus diwujudkan untuk tanah yang boleh dimiliki oleh umum. Selain itu jumlah keluasan tanah rezab Melayu juga tidak boleh melebihi jumlah tanah yang boleh dimiliki oleh umum. Peruntukan dengan itu tidak menafikan peluang dan hak orang-orang bukan Melayu untuk memiliki tanah jika mereka berkeinginan dan berkeupayaan.

Namun satu hakikat yang berlaku ialah peruntukan Perkara 153 sebenarnya terlalu sempit bidangnya dan tidak banyak membantu menyediakan orang Melayu untuk berkecimpung dalam bidang pekerjaan yang bertaraf tinggi dalam ekonomi. Contohnya dari sudut menambah bilangan usahawan Melayu berbanding bilangan usahawan bukan Melayu yang wujud. Kekurangan peruntukan ini semakin nyata selepas peristiwa rusuhan pada tahun 1969 sehingga menyebabkan kerajaan melaksanakan DEB untuk memperbaiki segera ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu berbanding orang bukan Melayu dengan menggunakan peruntukan Perkara 153.

Isu kewarganegaraan, Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 10 (4) telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang yang perlu bagi mengelakkan hak kebebasan bersuara yang diberi tidak menyebabkan isu hak istimewa dipersoalkan oleh mana-mana pihak, walau di dalam Parlimen sekalipun. Perkara inilah yang terkandung di dalam Akta Hasutan 1948. Selain itu di bawah peruntukan Perkara 159 (5) mengenai pindaan Perlembagaan, undang-undang tertinggi negara ini telah menetapkan bahawa Perkara 153 beserta dengan Peruntukan Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, juga Perkara 10 (4), Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152 dan Perkara 159 (5) itu sendiri tidak boleh dipinda oleh Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja.

GMGA 2013PERLEMBAGAAN MALAYSIA

DIMENSI POLITIK II PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAB 5

OBJEKTIF

1. Memahami sejarah perkembangan pemakaian undang-undang Islam di Malaysia. 2. Mendefinisikan makna Islam mengikut Perlembagaan Malaysia. 3. Menjelaskan perbezaan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan mahkamah Sivil. 4. Mengetahui keterbatasan pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia. 5. Memahami kedudukan Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengikut Perlembagaan. 6. Mengetahui kuasa Yang di Pertuan Agong dan kuasa Raja-Raja Melayu. 7. Merumuskan tentang batasan-batasan kuasa YDPA dan Raja-Raja Melayu. 8. Membezakan kekebalan Raja-Raja Melayu sebelum dan selepas pindaan Perlembagaan.

Sandhu dan Wheatley (1983:192):

“The Undang-Undang Melaka provides penalties both under Islamic law as well as under the local customary law [adat] for every offence. Eighteen of the sections in the Undang-Undang Melaka provides penalties under Islamic Law … The Undang-Undang Melaka shows a stronger influence on Islamic Law.”

Sejarah Pemakaian Undang-undang Islam Di Tanah

Melayu

• Agama Islam bertapak di Malaysia semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

• Mengubah pemikiran pelbagai aspek seperti aspek politik, pemerintahan, undang-undang, ekonomi, sosial dan sebagainya.

• Hukum Kanun Melaka yang dipengaruhi oleh syariah Islam di Melaka.

• Wujudnya Perlembagaan Negeri Johor (1895) yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negeri, Negeri Terengganu (1891) dengan “Itqanul-Muluk bi Ta’dil as-Suluk” yang meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran negeri dan di dalam pentadbiran kehakiman di negeri itu, perlembagaan negeri Pahang dan perlembagaan negeri Kedah.

Sejarah Pemakaian Undang-undang Islam Di Tanah

Melayu

Undang-Undang Islam Selepas Kedatangan Inggeris

• Undang-undang Islam diketepikan, hanya diguna pakai di dalam urusan tertentu seperti nikah, perceraian, wasiat, pusaka atau yang menyentuh tentang hal-hal peribadi penganutnya sahaja.

• Undang-undang Islam bukanlah undang-undang yang asing di Tanah Melayu tetapi adalah undang-undang yang diguna pakai di Tanah Melayu, dan mahkamah mestilah memberi pengiktirafan dan memantapkan kegunaan undang-undang tersebut.

• Sistem undang-undang Inggeris ataupun Common Law sebagai asas perletakan hukum telah digunakan secara meluas di Tanah Melayu dan mahkamah majistret, seksyen dan tinggi diwujudkan.

Sejarah Pemakaian Undang-undang Islam Di Tanah

Melayu

Sebelum dan Selepas Kemerdekaan • Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun

1956 membincangkan perletakan perkara-perkara tertentu di dalam draf Perlembagaan bagi Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

• Kedudukan Islam di dalam Perlembagaan terutamanya berhubung dengan persoalan adakah perlu untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi Tanah Melayu seperti yang terkandung di dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan sebahagian besar negeri-negeri Melayu sebelum ini.

• Peringkat awal, Suruhanjaya Reid telah mencadangkan supaya Islam tidak diletakkan sebagai agama rasmi Tanah Melayu. Selepas memorandum yang dikeluarkan oleh Perikatan supaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

• Yang Arif, Hakim Abdul Hamid dari Pakistan juga mencadangkan supaya diletakkan Islam sebagai agama rasmi negara kerana hujahnya yang melihat ia adalah satu keperluan kepada negara, maka ia diluluskan oleh suruhanjaya

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1):

“Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Definisi Islam Sebagai Agama

Rasmi Persekutuan dan Kesannya Ke

Atas Sistem Perundangan

Yang Arif Salleh Abbas• Tidak syak lagi Islam adalah ad-Din, satu cara hidup

yang lengkap tetapi dalam konteks Perlembagaan Malaysia, istilah Islam atau agama Islam yang dimaksudkan adalah merujuk kepada tindakan-tindakan yang berkaitan dengan ritual dan upacara iaitu dengan merujuk kepada persetujuan dan pemahaman jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan Malaysia pada masa dahulu.

Yang Arif Tun Muhammad Suffian Hashim• Tujuan dimasukkan Islam sebagai ugama rasmi

Persekutuan adalah untuk tujuan rasmi sahaja seperti membolehkan membaca doa di upacara-upacara rasmi. Prof. L.A Sheridan dan Harry E. Groves juga berpendapat sedemikian dengan mengatakan peruntukan Perkara 3(1) tidak mempunyai apa-apa aplikasi undang-undang di dalamnya.

Definisi Islam Sebagai Agama

Rasmi Persekutuan dan Kesannya Ke

Atas Sistem Perundangan

Kalangan Sarjana Islam• Peruntukan 3(1) sepatutnya tidak terikat dengan

penafsiran penjajah yang melihat pergentian agama di dalam kaca mata sekular yang sempit dengan membataskan pengamalan islam sebagai agarma rasmi dengan penempelan-penempelan kecil pelaksanaan Islam seperti pembacaan doa di majlis-majlis rasmi sahaja, tetapi seharusnya lebih luas daripada itu.

Tan Sri Ahmad Ibrahim • “Islam Ad-Din” iaitu satu cara hidup yang

merangkumi semua bidang kehidupan manusia sama ada peribadi atau umum, perundang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan keadilan. Penafsiran Islam di dalam Perkara 3(1) membawa maksud sebagai satu cara hidup, maka ia sebenarnya akan mempengaruhi peruntukan Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia pula. Perkara 11 memperuntukan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganitu dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan agamanya.”

Definisi Islam Sebagai Agama

Rasmi Persekutuan dan Kesannya Ke

Atas Sistem Perundangan

Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia • Memperuntukan bahawa “Tiap-tiap orang adalah

berhak menganitu dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan agamanya.”

Prof. Ahmad Ibrahim• Perkara 11 ini memberi satu kedudukan kepada

orang Islam untuk bebas mengamalkan agamanya dalam semua aspek yang terkandung di dalam agamanya. Orang-orang Islam berhak untuk mengamalkan undang-undang Islam dan mesti diadili mengikut syariah Islam di Malaysia ini kerana ia adalah sebahagian daripada agama Islam.

Jadual 9 Senarai ke 2 menyatakan tentang pembahagian hak-hak Persekutuan dan hak-hak negeri di dalam mengubal atau melaksanakan undang-undang syarak (Islam) :

“Kecuali di wilayah-wilayah Persekutuan, hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf dan ta’arif dan peraturan amanah dan khairat agama, pelantikan pemegang amanah dan perbadanan bagi orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam negeri; ‘adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan Baitulmal atau hasil agama yang seumpamanya; masjid dan mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap rukun Islam, kecuali mengenai perkara yang termasuk di dalam senarai Persekutuan, penubuhan, organisasi dan prosedur mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.”

•Perlembagaan dan Peruntukan Undang-Undang Islam

•Mahkamah Syariah dan Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia

Dalam konteks Undang-Undang Islam yang diamalkan di Malaysia, mahkamah Syariah ialah tempat yang akan menafsir dan memutuskan kes-kes yang menggunakan undang-undang Islam.

•Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil Secara Umum

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, mahkamah Syariah terletak secara langsung di bawah kuasa negeri. Oleh itu penubuhan, pentadbiran dan prosedur mahkamah Syariah di Malaysia diperuntukkan oleh enakmen negeri-negeri dan bukannya oleh akta-akta persekutuan atau peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil Secara Umum

Mahkamah Syariah •Bidang kuasa mahkamah Syariah hanya terhad kepada perkara-perkara yang terkandung di dalam Senarai Negeri sahaja, manakala perkara-perkara lain tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa mahkamah Sivil.•Status mahkamah Syariah adalah lebih rendah daripada mahkamah Sivil kerana keputusan mahkamah Syariah boleh dipinda oleh mahkamah Sivil.

Mahkamah Sivil •Bidang kuasa mahkamah ini diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan. Penubuhan dan pentadbiran mahkamah ini dikawal oleh dua akta: Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948 dan Akta mahkamah-mahkamah Keadilan 1964.•Sebelum pindaan ke atas Fasal 121 diluluskan oleh Parlimen pada 1988, mahkamah Sivil juga mempunyai kuasa untuk campurtangan di dalam perkara-perkara yang terletak di dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.•Keputusan mahkamah Sivil bertentangan dengan keputusan mahkamah Syariah, keputusan mahkamah Sivil adalah diterima pakai.

• Akta (Pindaaan) Perlembagaan 1988 klausa baru (1A) telah dimasukkan ke dalam Fasal 121 Perlembagaan Persekutuan

“Mahkamah-mahkamah yang dirujuk di dalam klausa (1) (iaitu mahkamah Tinggi sivil) tidak mempunyai bidangkuasa ke atas mana-mana perkara yang tertakluk di dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.”

Fasal 121 Perlembagaan Persekutuan

• Mahkamah syariah telah diberi satu kuasa yang menyamai dengan kuasa mahkamah sivil.

• Perkara 121 fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa yang selaras dan setaraf.

• Fasal (1A) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan memperuntukan, “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”.

• Kesannya ialah apa jua yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan seperti dalam soal harta pusaka, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya.

• Ia hanya mempunyai bidang kuasa ke atas orang yang beragama Islam dan dalam perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan.

Akta Mahkamah-mahkamah Islam

(Bidang Kuasa Jenayah)

1965, pindaan 1984

• Bidang kuasa mahkamah syariah hanya meliputi kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000.00, rotan yang tidak melebihi 6 kali atau kombinasi mana-mana daripada hukuman tersebut. Bidang kuasa ini terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Majistret kelas pertama yang boleh menghukum sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga RM10,000.00, rotan sehingga 12 kali atau mana-man kombinasi hukuman di atas.

• Pindaan kepada Perkara 5, memberi pengiktirafan yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah. Satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal (4) Perkara 5 untuk Mahkamah Syariah iaitu: Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim Mahkamah Syariah.

• Pindaan Perkara 5 menjadikan kuasa hakim Mahkamah Syariah setaraf dengan kuasa seorang Majistret.

KUASA YANG DI PERTUAN AGONG

(YDPA)

Perkara 32 (1) Perelembagaan Malaysia• ‘Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama bagi Persekutuan, digelar Yang Dipertuan Agong yang

mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan.’

• Pemilihan siapa yang akan menjadi YDPA adalah kuasa di kalangan “Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja”.

• Tempoh lantikan seorang YDPA adalah selama lima tahun.• Dibantu oleh seorang Timbalan YDPA yang juga

diplih di kalangan Raja-Raja Melayu.

Pemilihan YDPAMRR hendaklah merujuk kepada Perkara 2 Bahagian

1 di dalam Jadual Ketiga yang menyatakan ‘ . . . MRR hendaklah menawarkan jawatan YDPA kepada raja yang layak untuk dipilih yang negerinya ialh yang pertama dalam senarai pemilihan dan jika raja itu tidak menerima jaeatan itu maka MRR hendaklah menawarkan jaeatan itu kepada raja yang negerinya ialah yang kemudian selepas negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya

sehingga seorang raja menerima jawatan itu’.

Tugas-Tugas YDPA

•YDPA adalah orang yang paling utama di dalam Persekutuan Malaysia, namun segala tindakannya masih lagi dibatasi oleh Perlembagaan Malaysia.•YDPA adalah seorang raja berperlembagaan dan menjalankan kuasanya menurut Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan.•YDPA juga telah diberikan kuasa yang digelar kuasa budi bicaranya yang disebutkan secara khusus di dalam Perkara 40 (2). Salah satu kuasa budi bicaranya yang paling besar ialah melantik seorang Perdana Menteri.•YDPA perlu bertindak melantik hakim-hakim (Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi) tersebut mengikut nasihat Ketua Hakim Negara. Malah di dalam hal pemecatan seorang hakim, YDPA perlu bertindak selepas mendapat tribunal yang dilantik memutuskannya.

Tugas-Tugas YDPA

•Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa YDPA berkuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah.•Perkara 153 (1) YDPA adalah bertanggungjawab di dalam melindungi dan menjaga hak-hak istimewa orang-orang melayu dan kepentingan kaum-kaum yang lain mengikut perlembagaan. •Perkara 150 YDPA diperuntukan uasa sebelum dan semasa darurat.•YDPA adalah ketua agama bagi negeri yang tiak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Labuan, Sabah dan Sarawak. •YDPA adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia serta mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tentera.

Raja berhak mendapat apa-apa

maklumat berkenaan dengan Negerinya

yang boleh didapati melalui Majlis

Mesyuarat Kerajaan.

• Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai anggota Majlis Raja-raja, raja dikehendaki bertindak mengikut nasihat atau atas nasihat maka Raja hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

• Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada menjalankan tugas-tugas yang berikut (selain daripada tugas-tugas tersebut, bagina juga boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu :

(a) Melantik seorang Menteri Besar.(b)Tidak mempersetujui pembubaran Dewan

Undangan Negeri.

Raja berhak mendapat apa-apa

maklumat berkenaan dengan Negerinya

yang boleh didapati melalui Majlis

Mesyuarat Kerajaan.

(c) Meminta supaya dijalankan suatu Mesyuarat Majlis Raja-raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja atau perbuatan, amalan atau upacara keagamaan. (d) Apa-apa tugas sebagai Ketua Agama Islam atau mengenai Adat istiadat Melayu. (e) Melantik waris atau waris-waris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja. (f) Melantik orang memegang pangkat, gelaran kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas berkenaan dengannya. (g) Membuat peraturan-peraturan mengenai balai-balai diraja dan istana-istana.

Majlis Raja-Raja (MRR).

• Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948 mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

• Satu komponen penting di dalam pelaksanaan kuasa yang berasaskan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

• MRR dianggotai oleh semua raja-raja di Persekutuan dan empat orang Yang Dipertua Negeri.

• Berhak untuk memecat YDPA atas sebab-sebab yang dibenarkan dan juga berhak melantik YDPA.

• Satu entiti yang mampu menyelesaikan kerumitan yang timbul di antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Majlis Raja-Raja (MRR).

• Mesyuarat MRR yang agendanya membincangkan dasar-dasar negara perlu dihadiri oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Besar atau Ketua Menteri setiap negeri.

• Bersidang empat kali setahun.• Perkara 38(2) dan (6), Perkara 182 (1),

Perkara 42(12) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa dan bidang tugas MRR.

• MRR juga harus dirundingi bagi perkara-perkara berkaitan dengan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pekhidmatan Pendidikan dan lain-lain.

Kedaulatan dan Imuniti Raja-Raja

• Perkara 181 (1) Perlembagaan memperuntukan dengan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan yang lain, kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa raja-raja di ddalam negeri masing-masing adalah tidak boleh disentuh.

• Perkara 181 (2) menyatakan tidak ada apa-apa pembicaraan yang boleh dibawa ke mana-mana mahkamah terhadap kesalahan raja-raja bagi suatu negeri atas sifat peribadinya kecuali dalam mahkamah khas yang ditubuhkan di bahagian 15 Perlembagaan Persekutuan.

• Januari 1993 berlaku pindaan Perlembagaan yang menyentuh tentang kekebalan Raja-Raja Melayu daripada sebarang tindakan Mahkamah.

Kedaulatan dan Imuniti Raja-Raja

• Pindaan Perlembagaan tersebut menyatakan “Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang Dipertuan Agong atau Raja sesuatu negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1) Dalam Fasal (1) Perkara 182 menyatakan bahawa “Mahkamah Khas adalah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Tinggi, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan 2 orang yang memegamng atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi (dilantik oleh MRR)”.

Kedaulatan dan Imuniti Raja-Raja

• Fasal(3), Perlembagaan telah menggariskan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja sesuatu negeri dan segala kesalahan sivil oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di manapun kuasa tindakan berbangkit.

• Perkara 183 telah dinyatakan bahawa “Tiada tindakan sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap Yang Dipertuan Agong atau Raja sesuatu negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada yang dilakukan oleh baginda atas sifat peribadi baginda dengan izin Peguam Negara sendiri”.

• Selepas pindaan ini, YPDA dan raja-raja boleh didakwa di Mahkamah Khas tersebut walaupun ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang bersifat peribadi yang sebelum ini adalah kebal dan bebasa daripada sebarang tindakan undang-undang.

Perkara 152 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa – (a) tiada siapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

Francois Valentjin, seorang ahli sejarah berbangsa Belanda :

“ Bahasa mereka, bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri timur sebagai suatu bahasa yang difahami oleh mana-mana sahaja setiap orang . . .”

Dokumen rasmi

kerajaanPerkara 152 (2),

(3) dan (4)

•152 (2) memperuntukkan “Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi maksud rasmi yang lain”.•152 (3) menyatakan “Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskah yang sahih-(a) bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen, dan (b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Dokumen rasmi

kerajaanPerkara 152 (2),

(3) dan (4)

•Fasal (4) pula menyatakan, “Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi endaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris”.

Perbincangan Perlembagaan Malaysia

1.Lima sumber undang-undang bertulis dalam sistem perundangan di Malaysia.

2.Perbezaaan di antara perlembagaan bertulis dengan perlembagaan tidak bertulis.

3.Kriteria yang boleh digunakan untuk menilai sesebuah perlembagaan dianggap mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan yang baik.

4.Nama suruhanjaya itu ialah Suruhanjaya Reid dan dipengerusikan oleh Lord William Reid (bekas Hakim Mahkamah Rayuan Britain) a.Lima syarat rujukan yang diperuntukkan kepada Suruhanjaya Reid dalam mengubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdekab.Empat orang wakil Raja-Raja Melayu. c.Empat orang wakil Parti Perikatan.

5.Empat unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan.