PERNYATAAN PROFESIONAL

Embed Size (px)

Citation preview

PERNYATAAN PROFESIONAL Pernyataan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Sebelum melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah mengenalpasti apakah tujuan saya berada di sekolah kelak. Tujuan utama PBS ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih kepada situasi dan suasana sebenar ketika berada di sekolah. Tujuan (sampingan) yang seterusnya ialah melaksanakan tugasan kerja kursus pengajian profesional Perkembangan KanakKanak. Selepas mengenalpasti apa tujuan berada di sekolah kelak, saya terus menyediakan pelan tindakan untuk sepanjang saya berada di sekolah tersebut. Pelan tindakan adalah seperti berikut: PELAN TINDAKAN TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan St. John. Tuaran, Sabah Tarikh Hari Pertama 05 Mac 2012 Tindakan Berjumpa dengan pihak perntadbiran sekolah Catatan Lapor diri dan menjelaskan tugasan PBS yang diterima Perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan staf sokongan Mengumpul maklumat Taklimat

Hari Kedua 06 Mac 2012

Mendapatkan maklumat mengenai pentadbiran sekolah

Perjumpaan dan perbincangan dengan pihak-pihak pentadbiran, guru spenolong kanan,

Berjumpa dengan mentor dan guru Panatia untuk

guru-guru yang berkaitan

mendapatkan maklumat berkaitan sukatan pelajaran dan rekod pengajaran guru (khusus matapelajaran Kemahiran Hidup)

Sesi soal jawab dan pengumpulan bahan Hari Ketiga 07 Mac 2012 Perbincangan dengan PK Kokum dan Penyelia Petang Membuat soal selidik kepada pihak pengurusan sekolah

Meninjau program dan aktiviti

Perbincangan dengan guru-guru dan staf

Interaksi dengan muridmurid

Menemu bual murid-murid

Hari Keempat 08 Mac 2012

Sesi temuramah

Temuramah dengan pihak pengurusan sekolah

Mendapatkan maklumat tambahan Pemerhatian di sekitar sekolah

Hari Kelima 09 Mac 2012

Perbincangan akhir

Perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah

Meninjau keseluruhan sekolah Mendokumentasikan hasil dapatan

Melengkapkan semua keperluan tugasan

Saya juga turut mengenalpasti apakah instrumen pengumpulan maklumat yang sesuai untuk saya gunakan di SK St. John. Tuaran nanti. Selepas menganalisis permintaan tugasan PBS ini, saya telah memilih kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik, perbincangan, dan pengalaman sebenar sebagai instrumen yang akan saya gunakan bagi mendapatkan maklumat.

Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus Sepanjang saya berada di SK St. John. Tuaran untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk semester 1 ini, saya telah bergerak mencari maklumat mengikut dalam pelan tindakan yang sudah dirancang lebih awal. Selama lima hari berada di sekolah, saya sempat melaksanakan instrumen yang sudah saya sediakan seperti pemerhatian yang saya lakukan sepanjang saya berada di sekolah ini. Pemerhatian melalui gambar telah saya dokumentasikan sebagai sumber rujukan saya. Saya juga telah membuat temu bual, perbincangan dan soal selidik bersama dengan pihak pengurusan sekolah serta guru-guru.

Hari Pertama (05 Mac 2012) Hari pertama sampai di sekolah, saya terus melaporkan diri ke pejabat Guru Besar. Kelihatan pada ketika itu Guru Besar telah bertugas di luar kawasan dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Guru PK 1 ( Pn Deloris) yang telah bersedia menerima kehadiran guru pelatih ke sekolah tersebut, dengan senyuman yang lebar beliau mengalu-alukan saya duduk di pejabatnya. Selesai menyerahkan surat pengenalan diri dan melaporkan diri, saya juga telah diberi penerangan secara ringkas berkenaan dengan PBS oleh beliau dimana kami membuat perbincangan kendalian aktiviti yang perlu saya laksanakan sepanjang PBS. Perbincangan bersama Penolong Kanan 1 ditangguhkan seketika supaya kami dapat mengikuti acara perhimpunan rasmi pada pagi tersebut. Itulah kali pertama saya mengikuti perhimpunan bukan berdiri sebagai pelajar tetapi berdiri sebaris dengan para guru. Saya dan beberapa rakan guru pelatih yang lain telah diperkenalkan kepada warga sekolah oleh bekas guru saya sendiri ketika di sekolah rendah. Perbincangan yang tertangguh tersebut diteruskan setelah selesai perhimpunan. Pelbagai soalan dan pertanyaan yang saya kemukakan kepada guru tersebut mengenai perihal sekolah tersebut bagi memenuhi tugasan yang telah ditetapkan kepada kami.

Aktiviti membuat pemerhatian dan mencari serta mengumpul maklumat saya jalankan di sekitar sekolah tersebut. Saya juga diberi peluang untuk masuk ke dalam kelas yang gurunya tidak berada di sekolah itu untuk menjaga kelas tersebut buat sementara waktu. Banyak pendedahan yang saya perolehi mengenai keadaan dan suasana sebenar berada di sekolah berdasarkan perspektif bukan sebagai pelajar tetapi sebagai pendidik. Pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid dan iklim pembelajaran memberikan saya banyak pengetahuan yang baru.

Hari Kedua (06 Mac 2012) Hari kedua bermula dengan penuh semangat apabila lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku berkumandang di alat pembesar suara yang boleh didengari di segenap sekolah. Semua guru-guru, staf-staf dan murid-murid berdiri tegak dan menyanyikan bersamasama lagu kebangsaan itu tidak mengira tempat mereka berada ketika itu. Amalan tersebut amat wajar dipuji dan diteruskan lagi demi menanam sikap patriotik dan hormat dalam diri setiap individu dalam sekolah berkenaan. Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat saya teruskan lagi pada hari kedua dan telah berjumpa dengan staf-staf sokongan untuk mendapatkan maklumat dan data-data yang diperlukan mengenai sekolah tersebut. Di samping itu saya juga turut bertanyakan soalan berkenaan dengan amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) di sekolah tersebut. Pemerhatian terhadap kemudahan dan prasarana saya laksanakan sepanjang sesi persekolahan dan meninjau penggunaan kemudahan-kemudahan berkenaan oleh warga sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Selain itu, saya juga turut menemu bual guru-guru yang bertugas dalam bidang yang tertentu yang menguruskan kemudahan dan prasarana tersebut. Antara kemudahan dan prasarana yang saya lihat penting dalam sekolaht ersebut ialah pusat sumber sekolah yang banyak menyediakan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar yang sanagt diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran, serta Makmal Komputer yang diperlukan dalam mata pelajaran yang memerlukan bahan berbentuk ICT (gamabr boleh rujuk di lampiran 3).

Temu bual dan kolaborasi bersama guru panatia Kemahiran Hidup yang saya adakan setelah duru berkenaan mempunyai sedikit masa terluang. Pelbagai pertanyaan yangs saya ajukan kepada beliau dan terdapat juga beberapa perkara yang dibincangkan khasnya berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Begitu banyak input yang saya perolehi melalui interaksi-interaksi bersama warga sekolah tersebut. Di samping itu saya telah diarahkan untuk menjalankan kelas ganti dimana pada waktu tersebut saya amat gementar kerana buat pertama kalinya saya perlu berharapan dengan murid-murid seramai 44 orang di dalam kelas tersebut. Guru-guru turut menasihatkan saya agar bertindak serius jangan memberi layanan seperti kawankawan kerana sekiranya berbuat demikian keadaan kelas sukar untuk dikawal. Nyata nasihat guru tersebut adalah benar.

Hari Ketiga (07 Mac 2012) Hari ketiga merupakan hari yang paling sibuk diantara hari-hari yang saya hadir di sekolah tersebut. Ini kerana pada waktu tersebut guru-guru sibuk memberikan baju sekolah yang telah diberi peruntukan oleh kerajaan kepada murid-murid dan pada waktu tersebut juga terdapat banyak guru yang sibuk dengan aktiviti sukan dan perlawanan yang telah berlangsung di sekolah lain. Hari tersebut saya telah diminta untuk membuat kawalan terhadap murid-murid agar tidak berkeliaran di luar kelas sewaktu guru sedang sibuk melakukan pembahagian baju. Ternyata terdapt murid-murid yang degil dan seringkali keluar daripada kelas walaupun saya telah mengarahkan dengan anda yang tinggi supaya masuk ke dalam kelas buat kerja yang disuruh. Setelah menjalankan tugasan tersebut, saya turut

diberikan kelas ganti yang baru. Saya menggunakan peluang tersebut untuk menjalankan sesi temubual dan memeberi borang soal selidik terhadap murid-murid bagi membuktikan kritikan yang telah saya lakukan terhadap teori Jean Piaget dalam kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak. Daripada pengalaman tersebut juga peluang masuk ke kelas telah membuka mata saya kepada senario sebenar perbezaan individu tersebut dan cara berhadapan dengannya kerana terdapat banyak ragam murid

yang berbeza. Ilmu dan pengetahuan yang baru ini saya simpan dan cuba mengadaptasinya di dalam diri supaya kelak saya bergelar guru yang akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut dengan betul. Pada hari tersebut juga, saya telah membuat perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan saya berjumpa dengan penyelia petang dan guru mentor saya untuk memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana menjalankan aktiviti yang saya perlukan dengan lebih baik dan teratur.

Hari Keempat (08 Mac 2012) Saya meneruskan tinjauan lagi pada hari keempat dan mengumpul maklumat data tambahan serta maklumat-maklumat menarik mengenai sekolah tersebut. Kesempatan berjumpa dengan Guru Besar (Pn. Helen Gasat) yang baru balik tidak saya lepaskan, apatah lagi beliau sangat sibuk dengan pelbagai tugas-tugas yang penting. Namun memandangkan beliau turut mengenali saya kerana saya merupakan bekas murid di sekolah tersebut kadang-kadang tajuk yang dibincangkan seakan-akan lari sedikit menjadi tajuk berbualan kedai kopi. Pelbagai persoalan saya utarakan kepada beliau mengenai peranan dan

tanggungjawab seorang guru besar dalam pentadbiran sekolah, memperkembangkan potensi individu bagi semua murid, kemudahan dan prasarana sekolah, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah tersebut dan hasrat beliau dalam menjadikan sekolah tersebut maju dan setanding dengan pendapaian sekolah-sekolah di bandar. Beliau menjawab kesemua persoalan saya dengan lengkap dan beliau juga banyak berkongsi rahsia-rahsia kejayaan beliau dalam tempoh yang begitu panjang berkecimpung dalam bidang pendidikan ini. Beliau tidak lupa memberi nasihat-nasihat yang berguna kepada diri saya sebagai seorang bakal guru. Interaksi yang sangat informatif tersebut amat saya hargai dan tunjuk ajar serta pesanan daripada beliau akan saya terus ingat sampai bila-bila.

Di sebelah petang pula saya membuat aktiviti pemerhatian terhadap bagaimana seorang guru mengawal situasi dalam kelas dan di samping itu melihat perkembangan kanak-kanak sewaktu sesi pembelajaran. Saya telah mengikuti mentor saya melihat situasi tersebut. Sememangnya kelas dapat dikawal dengan baik dan murid-murid turut mendengar arahan daripada guru yang mengajar di samping saya melihat guru tersebut memberikan ganjaran kepada mereka yang berjaya menjawab dengan betul terhadap soalan yang diberikan. Hari Kelima (09 Mac 2012) Hari kelima merupakan hari terakhir saya berada di sekolah tersebut. Pagi itu diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang diperdengarkan melalui alat pembesar suara. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan kepada warga SK. St. John Tuaran dan pada pendapat saya, amalan ini sepatutnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi. Untuk kali terakhir, saya berurusan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas perbincangan beberapa aspek-aspek mengenai sekolah berkenaan. Sebelum Guru Besar berangkat pergi atas tugasan yang penting, saya telah berbincang dengan beliau atas beberapa perkara yang penting mengenai tanggungjawab di sekolah dan juga beliau turut menyampaikan pesanan bernas kepada saya untuk diadaptasikan dalam diri kami masing-masing sewaktu menjalankan latihan perguruan ini. Saya amat berbesar hati atas kesanggupan beliau meluangkan masa bersama saya walaupun dihimpit dengan kesibukan masa. Saya berkesempatan menemu bual dan berbincang dengan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengenai data murid di sekolah itu dan beliau banyak menerangkan kepada saya bantuan-bantuan yang diberikan kepada murid-murid. Bantuan-bantuan tersebut sememangnya sangat membantu murid-murid dalam meneruskan

persekolahan mereka dan dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Pengalaman yang tidak saya akan lupakan sampai bila-bila adalah guru-guru di sana telah membuat majlis perpisahan dengan menyediakan sebuah kek. Kerana perasaan yang sangat terharu dan terhutang budi terhadap guru-guru yang telah saya anggap seperti sebuah keluarga saya sendiri dimana hampir kesemua mereka merupakan bekas guru saya sendiri kerana mereka sentiasa membantu saya apabila saya menghadapi masalah dan sering menjadikan suasana di dalam bilik guru ceria dan gembira dengan penceritaan dan perbualan mereka dan menjadikan saya tidak berasa keseorangan dengan bantuan guru-guru di sekolah tersebut. Di samping itu, saya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan turut mengambil gambar bersama- sama dengan guru sesi petang yang sentiasa menghiburkan dan ringan memberi bantuan sepanjang saya berada di sana. Di samping itu saya turut memberikan sokongan dan nasihat yang berguna kepada murid-murid di sana kerana kebanyakan daripada mereka telah menganggap saya sebagai guru tetap di sekolah tersebut. Perasaan rindu dan semangat membakar itu menjadikan saya ingin mencapai cita-cita menjadi seorang guru yang baik pada masa akan datang. Akhir aktiviti yang dilakukan adalah mengucapkan terima kasih yang tak terhingga terhadap semua guru, kakitangan dan murid yang banyak membantu saya dalam menjalankan PBS di sekolah tersebut.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA Sepanjang melaksanakan aktiviti mencari dan mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK. St. John.Tuaran, terdapat beberapa instrumen atau kaedah pengumpulan data yang saya gunakan. Kajian ini dilaksanakan dengan 4 kaedah iaitu: 1. Pemerhatian 2. Temu bual 3. Perbincangan Pemerhatian Kaedah ini dijalankan dengan melihat permandangan dan persekitaran sekolah. Di samping itu, saya juga telah melihat guru mengajar di dalam kelas. Pemerhatian dilakukan sepanjang berada di SK. St. John.Tuaran dan butiran direkodkan dengan membuat catatan dan didokumentasikan. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah: (i) Carta organisasi sekolah

Carta organisasi kurikulum dan kokurikulum

(ii)

Persekitaran Bilik Darjah

Kelas 1 C

Kelas 2 C

Kelas 3 C

(iii)

Prasarana dan kemudahan sekolah

Taman sekolah

Makmal sekolah

(iv)

Mural sekolah

Temu Bual Kaedah ini dijalankan dengan membuat temu bual bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan kokum, Penyelia Petang, Guru Panatia, guru-guru, staf sokongan, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan dalam borang rekod kolaborasi (lihat lampiran 1). Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Latar belakang sekolah Latar belakang murid-murid Maklumat guru dan kakitangan Laporan bulanan sekolah Jawatankuasa kurikulum Carta organisasi pentadbiran Carta organisasi induk Maklumat murid

Perbincangan Kaedah ini dijalankan dengan membuat perbincangan bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan kokum, Penyelia Petang, Guru Panatia, guru-guru, staf sokongan, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodka.. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Peranan guru besar, PK1, PK Hem, PK Kokum Maklumat guru Pengurusan kelas Sejarah sekolah Kemudahan dan prasarana sekolah Program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah

Pengalaman Sebenar Berdasarkan pengalaman sebenar yang saya alami sendiri ini membolehkan saya mempelajari pelbagai perkara baharu, menjadikan saya lebih bersedia dan matang dalam profesion perguruan, seterusnya menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan anak-anak didik kelak.

Diberi kepercayaan menjaga kelas 1 T

Berdiri bersama guru-guru sewaktu perhimpunan sekolah

ILMU DAN PENGETAHUAN BARU PEMERHATIAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan baru dalam profesion perguruan dan dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di SK.St.John.Tuaran. Walaupun kemudahan dan prasarana dilihat agak dititikberatkan di sekolah ini, namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan makmal komputer kurang memuaskan dari aspek keceriaan dan juga kekemasan. Keadaan ini mungkin kerana makmal komputer kurang diambil perhatian terutamanya ketika saya menjalankan PBS. Di samping itu, terlalu banyak kerosakan dan komputer yang tidak dapat digunakan selain dari kerusi dan tempat yang tidak beberapa kondusif lebih-lebih lagi apabila bilangan pelajar yang ramai menyebabkan keadaan makmal yang terlalu sesak dan pelajar harus bersilih ganti untuk menggunakan komputer kerana bilangannya hanyalah 10 komputer yang dapat digunakan. Keadaan ini harus dititik beratkan kerana tidak semua pelajar mampu merasa menggunakan komputer. Keadaan tempat yang bersih dan teratur juga haruslah diambil anisiatif bagi melahirkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Selain daripada itu, bahan seperti kata-kata pepatah tidak beberapa diselitkan di dalam persekitaran sekolah. Kata-kata pepatah ini haruslah diselitkan kerana pelajar dapat memperolehi sesuatu yang baru daripada perjalanan mereka untuk ke kelas mahupun sewaktu hendak balik kerana ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Dengan ini, muridmurid akan mendapat suntikan baru dalam melakukan pembelajaran disamping menguatkan lagi bahasa mereka dalam bidang bahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini daripada segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program serta pencapaian sekolah tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum kerana SK.St.John.Tuaran telah berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan bola sepak bagi kategori tahun 4,5 dan 6 bagi peringkat zon utara. Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggunakan bahan mural dan bahan bantu mengajar (BBM) dimana setiap kelas berjaya menghasilkan BBM sendiri dengan gaya pemikiran yang kreatif untuk dipersembahkan. Usaha seperti ini mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana dengan baik. Terdapat banyak kelebihan dan kekurangan yang saya telah lihat di sekolah ini termasuklah usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa menjadi antara sekolah yang terbaik di kawasan pekan. SK.St.John.Tuaran banyak mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam bidang kokurikulum , amalah dalam bidang akademik. Perkara ini telah saya perhatikan sejak saya masih bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini. Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah. Berikut merupakan peranan pihak pengurusan yang saya perolehi hasil daripada temubual dan pemerhatian yang dilakukan.