43
PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TERHADAP LITERASI PENTAKSIRAN DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH RASIDAYANTY BINTI SAION Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia JANUARI 2014 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TERHADAP

LITERASI PENTAKSIRAN DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

BERASASKAN SEKOLAH

RASIDAYANTY BINTI SAION

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

JANUARI 2014

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

v

ABSTRAK

Literasi pentaksiran merupakan kriteria penting dalam melaksanakan pentaksiran di

sekolah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid secara berterusan. Oleh

yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-

guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap literasi pentaksiran dalam melaksanakan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah, perbezaan persepsi mereka terhadap literasi

pentaksiran berdasarkan kepada jantina dan perbezaan di antara persepsi guru-guru

Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap literasi pentaksiran dan pengalaman mengajar.

Kajian berbentuk tinjauan diskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan

borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-

guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 dan 2

di mana populasinya seramai 189 dan responden adalah 127 orang. Data dianalisis

menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan

persepsi pentaksiran guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan

kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru

Kemahiran Hidup Bersepadu lelaki dan perempuan terhadap persepsi literasi

pentaksiran. Analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

pengalaman mengajar guru dengan persepsi literasi pentaksiran guru. Hasil kajian

ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan pentaksiran dan

program peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

Page 3: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

vi

ABSTRACT

Assessment literacy is the most imperative criterion in implementing assessment in

school to find out the strengths and weaknesses of students on an on-going basis.

Therefore, the purpose of this study is to identify the perception of Integrated Living

Skills teachers towards assessment literacy in implementing School Based

Assessment, the difference of their perception towards assessment literacy based on

gender and the difference of Integrated Living Skills teachers’ perception towards

assessment literacy and teaching experience. The design of this study is descriptive

survey involving quantitative data using a questionnaire as a study instrument. The

sample consisted of teachers who teach Integrated Living Skills subject for Forms 1

and 2 in which the population is 189 and 127 respondents. Data were analysed using

the Rasch measurement model approach. The analysis showed the assessment

perception of Integrated Living Skills teachers towards the implementation of the

School Based Assessment is high. The findings of the study also showed that no

significant differences between Integrated Living Skills male and female teachers in

their perceptions of assessment literacy. The analysis also found that no significant

difference between teachers’ teaching experience and their perception towards

assessment literacy. The results of this study can serve as a guideline for

implementation of assessment and teachers’ professional development programmes

in schools.

Page 4: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA

PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TERHADAP

LITERASI PENTAKSIRAN DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

BERASASKAN SEKOLAH

SESI PENGAJIAN : 2013/2014

Saya RASIDAYANTY BINTI SAION (771021-01-6200) mengaku membenarkan Laporan Projek

Sarjana ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Laporan Projek Sarjana adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ENCIK JAMIL BIN ABD BASER

Alamat Tetap:

NO.190 KG PUNGGUR DARAT,

83100 RENGIT,

BATU PAHAT, JOHOR.

Tarikh : _______________ Tarikh: _________________

CATATAN:

** Jika Laporan Projek Sarjana ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat

daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali

sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 5: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 8

1.4 Objektif kajian 8

1.5 Persoalan kajian 9

1.6 Kepentingan kajian 9

1.7 Skop kajian 10

1.8 Definisi operasional 10

1.8.1 Literasi pentaksiran 10

1.8.2 Guru 10

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 11

1.8.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 11

1.9 Kerangka konseptual kajian 11

1.10 Rumusan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

Page 6: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

viii

2.1 Pengenalan 13

2.2 Literasi pentaksiran 14

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 16

2.3.1 Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah 20

2.3.2 Aspek yang dinilai 21

2.3.3 Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah 23

2.4 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 24

2.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 25

2.5.1 Matlamat KBSM 25

2.5.2 Objektif KBSM 26

2.6 Kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus 27

2.7 Perbezaan tahap kemahiran guru KHB 27

2.8 Perbezaan tahap kemahiran guru KHB dan

pengalaman mengajar 28

2.9 Rumusan 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka bentuk kajian 30

3.3 Populasi dan sampel kajian 31

3.4 Instrumen kajian 33

3.5 Prosedur kajian 34

3.5.1 Fasa I: Proposal kajian 35

3.5.2 Fasa II Kajian sebenar 35

3.6 Kajian rintis 39

3..6.1 Kesahan muka dan kandungan 40

3.6.2 Kebolehpercayaan dan indeks pengasingan 40

3.6.3 Pemeriksaan terhadap polariti item (item polarity) 42

3.6.4 Kesesuaian item (item fit) 42

3.6.5 Pengukuran nilai korelasi residual terpiawai

(standardized residual correlations) 43

3.6.6 Ringkasan jumlah item yang kekal dan

digugurkan bagi soal selidik 44

3.7 Analisis data kajian sebenar 44

Page 7: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

ix

3.9 Rumusan 46

BAB 4 ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis demografi responden 47

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 47

4.2.2 Taburan responden mengikut pengalaman

mengajar 48

4.2.3 Taburan responden mengikut kekerapan guru

KHB berkursus berkaitan PBS 49

4.3 Analisis dapatan kajian 51

4.3.1 Persoalan kajian 1: Apakah persepsi guru-guru

KHB terhadap literasi pentaksiran dalam

melaksanakan PBS? 51

4.3.1.1 Analisis proses pembinaan 54

4.3.1.2 Analisis proses perancangan 54

4.3.1.3 Analisis proses pelaksanaan 55

4.3.1.4 Analisis proses perekodan 55

4.3.1.5 Analisis proses tindakan susulan 56

4.3.1.6 Analisis proses penganalisisan 56

4.3.1.7 Analisis proses pelaporan 57

4.3.2 Persoalan kajian 2: Adakah terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap literasi pentaksiran

di antara guru KHB lelaki dan perempuan? 57

4.3.3 Persoalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan

yang signifikan di antara persepsi guru-guru

KHB terhadap literasi pentaksiran dan

pengalaman mengajar? 60

4.4 Rumusan 61

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Rumusan dapatan Kajian 1: Persepsi guru-guru

KHB terhadap literasi pentaksiran dalam

melaksanakan PBS 63

5.2.2 Rumusan dapatan Kajian 2: Perbezaan literasi

Page 8: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

x

pentaksiran di antara guru KHB lelaki dan

perempuan 65

5.2.3 Rumusan dapatan Kajian 3: Hubungan antara

persepsi guru-guru KHB terhadap literasi

pentaksiran dan pengalaman mengajar 66

5.3 Cadangan dapatan kajian 67

5.3.1 Pihak LPM 67

5.3.2 Pihak JPN dan PPD 68

5.3.3 Pihak pentadbir sekolah dan guru 68

5.4 Cadangan kajian lanjutan 70

5.5 Kesimpulan 70

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 78

Page 9: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

xi

SENARAI JADUAL

2.1 Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah 21

2.2 Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah 22

3.1 Populasi kajian mengikut sekolah 32

3.2 Jadual skala 5 mata 34

3.3 Interpretasi skor alpha Cronbach 41

3.4 Nilai kebolehpercayaan (alpha Cronbach)

bagi kajian rintis 41

3.5 Kebolehpercayaan responden yang diukur 41

3.6 Kobolehpercayaan item yang diukur 42

3.7 Nilai korelasi residual terpiawai 43

3.8 Ringkasan jumlah item yang kekal dan

Digugurkan 44

3.9 Objektif dan kaedah analisis data 45

3.10 Tahap skor min 46

4.1 Analisis responden mengikut jantina 48

4.2 Bilangan dan peratusan responden

mengikut pengalaman mengajar 49

4.3 Bilangan dan peratusan kekerapan

responden berkursus berkaitan PBS 50

4.4 Perbezaan jantina dengan konstruk

perancangan menggunakan DGF 58

4.5 Perbezaan jantina dengan konstruk

pembinaan menggunakan DGF 58

4.6 Perbezaan jantina dengan konstruk

pelaksanaan menggunakan DGF 58

Page 10: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

xii

4.7 Perbezaan jantina dengan konstruk

perekodan menggunakan DGF 59

4.8 Perbezaan jantina dengan konstruk

penganalisisan menggunakan DGF 59

4.9 Perbezaan jantina dengan konstruk

pelaporan menggunakan DGF 59

4.10 Perbezaan jantina dengan konstruk

tindakan susulan menggunakan DGF 60

4.11 Analisis pengalaman mengajar terhadap

literasi pentaksiran 61

Page 11: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konseptual kajian kemahiran

profesional guru KHB dalam pelaksanaan

PBS 12

2.1 Pelaksanaan PBS 23

3.1 Kerangka operasi kajian tahap kemahiran

guru KHB dalam pelaksanaan PBS 38

4.1 Graf taburan responden mengikut jantina 48

4.2 Graf taburan responden mengikut

pengalaman mengajar 49

4.3 Graf taburan responden mengikut kekerapan

berkursus berkaitan PBS 50

4.4 Peta taburan responden 52

4.5 Peta taburan item 53

Page 12: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

CALI - Classroom Assessment Literacy Inventory

DSP - Dokumen Standard Prestasi

IPG - Institut Pendidikan Guru

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PP - Pentaksiran Pusat

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PS - Pentaksiran Sekolah

PSi - Pentaksiran Psikometrik

RRJP3 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

- alpha

- nilai yang lebih kecil

- nilai yang lebih besar atau sama dengan

Page 13: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Pengesahan Pakar 78

B Surat Menjalankan Kajian 84

C Soal Selidik Kajian Rintis 90

D Soal Selidik Kajian Sebenar 99

E Analisis Data Kajian Rintis 107

F Analisis Dapatan Kajian Sebenar 110

G Carta Pelaksanaan Projek Sarjana 117

Page 14: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Literasi pentaksiran merupakan kriteria penting dalam melaksanakan pentaksiran di

sekolah dan bilik darjah. Kemahiran ini merupakan perkara yang perlu diberi

tumpuan dalam pembangunan profesional guru kerana mereka perlu memahami

dengan jelas tujuan dan keperluan penilaian pembelajaran dilakukan kepada murid.

Setiap guru terlibat mengendalikan proses pentaksiran sepanjang tahun dan menurut

Arter (2003), faktor literasi pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah

memperkayakan pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan

berkualiti. Pelaksanaan pentaksiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (KHB) adalah berterusan dan menyeluruh meliputi kemahiran teori dan

amali murid. Berdasarkan kajian Ahmad (2010), pentaksiran yang dilaksanakan

dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran

yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak

terhimpun seterusnya.

Pelaksanaan pentaksiran dalam mata pelajaran KHB memerlukan guru

mempunyai literasi pentaksiran di samping kemahiran profesional lain untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, guru mata pelajaran

ini perlu berkemahiran dalam pengurusan masa dan merancang setiap pengajaran

agar ianya berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan serta mahir

menjalankan pentaksiran yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM). Menurut Neil (2002), bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan,

seseorang ahli profesional perlu mengikuti latihan tertentu untuk memperolehi

kemahiran-kemahiran dalam sesuatu profesion. Guru-guru yang berpengalaman,

Page 15: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

2

cekap dan pakar dalam sesuatu bidang mata pelajaran perlu mempunyai pengetahuan

yang kukuh dan luas tentang kurikulum bagi membolehkan seseorang guru

melaksanakan tugasnya dengan berkesan (Abdul Rashid, 2003).

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHB perlu mempunyai kemahiran

dalam bidang reka bentuk, reka cipta, elektrik, elektronik, kerja paip, lukisan teknik,

jahitan, masakan, pertanian dan keusahawanan. Kemahiran yang dimiliki adalah

hasil daripada program latihan perguruan yang diikuti semasa di Institut Pendidikan

Guru (IPG) atau di Universiti serta berdasarkan tempoh pengalaman mengajar mata

pelajaran ini di sekolah. Melalui kemahiran tersebut guru-guru yang mengajar mata

pelajaran ini berkemampuan melaksanakan pentaksiran selaras dengan kehendak

LPM. Menurut Shaari (2008), guru perlu sentiasa sedia berhadapan dengan tekanan

untuk menguasai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan mereka ajar.

Ini kerana guru pada masa kini memerlukan seseorang yang mempunyai banyak

maklumat dan perlu bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku terutama

terhadap matlamat pendidikan yang semakin luas di samping jangkaan masyarakat

yang semakin tinggi terhadap peranan sekolah.

Satu perubahan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) adalah dengan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) pada

bulan Februari 2007. PIPP telah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan (SPPK) dengan memfokus kepada menyediakan pentaksiran alternatif,

mengkaji semula sistem peperiksaan dan memantapkan kualiti sistem pentaksiran

secara keseluruhan. LPM juga menyusun semula kerangka dan format pentaksiran

peringkat nasional dan merancang untuk memantapkan aktiviti Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS). Selaras dengan perubahan fokus dan format pentaksiran

ini, kompetensi para guru juga perlu dipertingkatkan agar dapat menjalankan tugas

secara profesional dan berwibawa. Salah satu faktor mempengaruhi keberkesanan

pelaksanaan pentaksiran di sekolah adalah pengetahuan dan kemahiran guru dalam

bidang pentaksiran pendidikan.

Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada

proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat

berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah

membuat keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dijalankan untuk mengetahui kekuatan

dan kelemahan murid secara berterusan serta dapat memberikan penilaian yang

Page 16: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

3

menyeluruh terhadap keseluruhan pencapaian murid. Oleh itu, guru-guru

terutamanya yang mengajar mata pelajaran KHB perlu bersedia dengan kemahiran

tertentu seperti kemahiran praktikal yang memerlukan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran secara hands-on. Pentaksiran yang diperkenalkan ini memberi

pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif

(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan

sekolah (LPM, 2012).

Perubahan dasar pendidikan menuntut perubahan perspektif masyarakat

terhadap peperiksaan di Malaysia dan mengiktiraf kredibiliti serta kemahiran guru

sebagai pentaksir di peringkat sekolah. Sulaiman (2003) mendapati guru merupakan

pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada murid setiap hari. Oleh itu, guru

hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran profesional keguruan

terutamanya literasi pentaksiran dan menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk

menghadapi perubahan dan cabaran yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kajian

yang dijalankan oleh Saad (2002), menyatakan bahawa kefahaman guru yang tinggi

dalam aspek kriteria penilaian adalah berkait dengan pengalaman mengajar guru-

guru dalam bidang KHB.

PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mempunyai literasi pentaksiran

kerana pemarkahan akan diberikan oleh guru yang mengajar berdasarkan kriteria

yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu menguasai bidang yang diajar kerana

mereka perlu menyediakan evidens-evidens bagi setiap topik pelajaran yang

diajarnya untuk tujuan pentaksiran. Setiap evidens yang dibina perlu mempunyai

kesahan yang tinggi dan dilaksanakan dengan telus agar menepati standard prestasi

yang digariskan oleh LPM. Standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan

dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid

(LPM, 2012). Mat Ali (2006), mencadangkan agar guru diberikan latihan berterusan

dalam bidang pentaksiran. Ini kerana guru yang kompeten pentaksiran dapat

merancang strategi pengajaran dengan berkesan selain mampu meningkatkan

motivasi murid.

Page 17: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

4

1.2 Latar belakang masalah

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza

dari masa lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks (Mok, 2007). Ini adalah akibat

daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Perubahan

sistem pendidikan memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap

dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

profesional keguruan yang canggih, khasnya pedagogi teknologi maklumat dan

komunikasi, demi meningkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerjaya

yang kian mencabar. Bagi guru-guru KHB pula, kemahiran dalam bidang teknikal

harus dikuasai dengan sepenuhnya bagi membolehkan mereka menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melaksanakan PBS.

Transformasi pendidikan yang dilancarkan menuntut guru-guru untuk

melakukan perubahan dalam peranan yang perlu dimainkan. Peranan guru yang lalu

merupakan seorang penyampai maklumat, tetapi pada masa kini, peranannya telah

ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik

darjah (Mok, 2007). Manakala, guru-guru yang terlibat dengan sistem Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, berhadapan dengan penambahbaikan

dalam proses pentaksiran dan bertanggungjawab sebagai pentaksir atau penilai di

peringkat sekolah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid

dengan ilmu pengetahuan, tetapi masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani

dan emosi serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup

serta berguna untuk pembangunan negara. Oleh sebab itu guru-guru perlu

meningkatkan kemahiran mereka dari masa ke semasa agar seiring dengan

perkembangan dunia pendidikan.

Kajian Abdul Rahman & Jaafar (2008) mendapati majoriti guru mengakui

bahawa mereka kurang mahir dalam semua bidang kemahiran hidup dan ini secara

tidak langsung menjejaskan pelaksanaan PBS. Guru-guru mata pelajaran ini perlu

mahir dalam semua bidang KHB bagi tujuan pengajaran dan pentaksiran. Ini kerana

proses pentaksiran memerlukan guru menilai perkembangan murid secara berterusan

dan menyeluruh. Masalah timbul apabila terdapat guru yang tidak mempunyai

kemahiran dari segi teori dan amali serta ada sesetengahnya merupakan guru bukan

opsyen KHB (Yahaya, Saidun & Raja Abdul Rahman, 2008). Keadaan berlaku

Page 18: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

5

disebabkan oleh kekurangan guru-guru opsyen ini di sekolah, sedangkan terdapat

sejumlah murid yang ramai mengambil mata pelajaran tersebut kerana ia merupakan

mata pelajaran wajib di tingkatan 1 hingga 3. Justeru, mereka yang tiada

pengalaman dalam bidang kemahiran teknikal mengharapkan kaedah pembelajaran

kendiri untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang berkaitan sebagai persediaan

untuk mengajar mata pelajaran ini.

Berdasarkan kajian Sulaiman (2004), guru hendaklah mempunyai ilmu

khususnya dalam bidang mata pelajarannya. Oleh itu, guru-guru mata pelajaran ini

perlu sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran dalam bidang berkaitan bagi

membolehkan mereka berkeyakinan menyampaikan isi pelajaran sama ada dalam

bentuk teori atau amali. Ini kerana mata pelajaran KHB bermatlamat untuk

melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,

berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk

kehidupan harian. Kajian Yahaya (2007) menunjukkan tahap keyakinan guru yang

mengajar mata pelajaran ini berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam sukatan

memperoleh tahap keyakinan yang tinggi, sederhana dan rendah. Daripada kajian

ini, mendapati guru mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam pengajaran

elektronik dan kerja paip. Hal ini kerana, kebanyakan guru tidak mempunyai

kemahiran dan pengalaman untuk mengajar mengikut topik-topik yang terdapat

dalam sukatan KHB dan juga terdiri daripada guru yang bukan bidang teknikal.

Hussin (2004) mendapati pertambahan pengetahuan berlaku melalui

pendedahan dan guru harus bersedia menambah pengetahuan dengan menghadiri

kursus, bengkel, seminar, persidangan dan forum yang melibatkan pendidikan.

Penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah dan dalam bilik

darjah memerlukan guru mendapat latihan yang sepenuhnya agar mereka bersedia

menjalankan proses pengajaran dan seterusnya pentaksiran. Guru yang tidak terlatih

mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak

dapat diagihkan dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut. PBS yang

dilaksanakan tanpa menyediakan latihan yang mencukupi kepada guru-guru

mewujudkan jurang yang besar antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan

realiti sebenar bilik darjah. Pihak pentadbir sekolah perlu memainkan peranan

mengadakan kursus dalaman bagi guru-guru yang tidak berpeluang menghadiri

kursus pentaksiran yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau KPM.

Page 19: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

6

Kajian yang dijalankan oleh Rahman & Ali (2008) mendapati terdapat

beberapa faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan PBS.

Faktor guru adalah yang paling penting dalam melaksanakan pentaksiran ini.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan

kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan PBS. Masalah yang dihadapi

oleh guru-guru KHB ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelia

dan membimbing murid serta menganggap proses melaksanakan pentaksiran

menganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Mohd

Noor & Sahip (2010), yang menunjukkan bahawa jadual waktu guru-guru yang agak

padat menyukarkan guru untuk melaksanakan pentaksiran tersebut.

Berdasarkan kajian Ahmad (2010), penggunaan kemudahan komputer dalam

pengujian memudahkan pentadbiran sesuatu ujian. Penambahbaikan PBS yang

dilaksanakan mulai tingkatan 1 pada tahun 2012 dalam sistem KBSM memerlukan

guru-guru berkemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga.

Mereka perlu cekap mengendalikan komputer kerana data-data dan markah murid

akan dimasukkan secara atas talian dalam perisian yang disediakan. Sistem

Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) merupakan sistem yang

dibangunkan oleh LPM bagi memudahkan markah dikumpulkan secara berpusat.

Sistem yang disediakan seringkali sukar dicapai dan membuang masa guru kerana

terpaksa menunggu lama, sedangkan markah murid perlu dikemaskini dari masa ke

semasa. Guru juga perlu mahir mengendalikan perisian tersebut untuk melicinkan

proses pengisian markah.

Melalui tinjauan awal yang dilakukan terhadap guru-guru KHB menunjukkan

terdapat permasalahan yang timbul dari aspek pelaksanaan pentaksiran ini yang

dapat dikenal pasti melalui maklum balas dan reaksi yang telah diberikan. Dalam isu

kemahiran TMK, guru tidak mempunyai latihan untuk mengendalikan perisian yang

dibekalkan dan mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dengan rakan guru lain atau

ahli keluarga yang mahir dalam bidang ini. Antara maklum balas yang diperoleh

ialah,

…saya memang tak mahir dalam bidang komputer. Jadi saya selalu minta

tolong anak untuk masukkan markah dalam sistem ini

(Guru 1, komunikasi peribadi, Mei 5, 2013)

Page 20: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

7

…saya tak faham la dengan sistem ini. Saya tak tahu macamana nak

keluarkan laporan dari markah murid

(Guru 2, komunikasi peribadi, Mei 7, 2013)

…guru-guru sering merungut susah nak key-in markah student. Tidak mahir

nak guna sistem SPPBS

(Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, komunikasi peribadi,

Mei 7, 2013)

Dapatan kajian Saad (2002) mendapati bahawa, guru-guru tidak mempunyai

masa yang mencukupi untuk mengajar semula murid yang lemah dan melakukan

semula sesuatu kriteria yang dinilai. Guru-guru mata pelajaran ini yang terlibat

dalam sistem KBSM berhadapan dengan masalah tidak dapat menghabiskan sukatan

pelajaran kerana terpaksa memperuntukkan masa yang lebih kepada tajuk-tajuk yang

perlu dibuat pentaksiran. Bagi memastikan semua murid dapat melaksanakan proses

PBS dengan sempurna, guru-guru KHB terpaksa membuat penyelarasan masa yang

sesuai dengan tahap pencapaian murid agar tidak terdapat murid yang ketinggalan

atau tidak dapat menyiapkan evidens dalam PBS. Guru-guru juga terpaksa

menyediakan bahan bukti lain sekiranya murid tidak dapat menguasai evidens yang

diberi. Oleh yang demikian, kemahiran guru dalam mengurus masa dan merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat penting agar keperluan menghabiskan

sukatan pelajaran dan pelaksanaan PBS dapat diselaraskan.

Selain daripada itu, kajian yang telah dijalankan oleh Mat Ali & Jamaluddin

(2007) mendapati guru lebih cenderung untuk tidak menggunakan Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU) atau Jadual Penentu Ujian (JPU) apabila menggubal item. Kajian yang

dijalankan oleh Mat Ali (2006) mengesahkan perkara ini. Guru-guru didapati lebih

cenderung untuk menggunakan soalan yang terdapat dalam buku panduan soalan

peperiksaan, mengubahsuai soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya atau

mengubahsuai soalan-soalan yang sedia ada daripada menggubal sendiri item ujian.

Menurut Alias (2003), JPU memainkan peranan penting untuk memastikan soalan

yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu tidak tersasar daripada

isi kandungan pelajaran yang telah diajar kepada murid.

Page 21: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

8

1.3 Pernyataan masalah

Hasil perbincangan di atas, didapati guru-guru KHB belum menguasai literasi

pentaksiran dalam melaksanakan PBS. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa

terdapat masalah dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran ini berdasarkan

penambahbaikan yang dibuat oleh LPM bermula pada tahun 2012. Kebanyakan guru

bidang ini kurang kemahiran dan keyakinan dalam topik-topik mata pelajaran yang

diajar. Ini disebabkan oleh kurangnya latihan dan pengalaman yang diterima oleh

guru-guru tersebut. Selain itu, guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini juga

terdiri daripada mereka yang bukan opsyen dan tiada kemahiran dalam bidang

teknikal. Tambahan lagi, mereka juga menghadapi masalah dari segi kemahiran

mengurus masa dan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Ini

mengakibatkan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan dan proses pentaksiran tidak

berjalan lancar. Di samping itu, SPPBS yang diperkenalkan untuk memudahkan

guru-guru ini mengurus dan merekodkan markah selain membuat pelaporan

pencapaian murid dilihat memberi tekanan kepada apabila ada di kalangan mereka

kurang pengetahuan dan kemahiran TMK. Kesukaran untuk mengakses sistem ini

juga membuang masa guru dan menjadikan pengurusan masa tidak efisyen. Guru

juga cenderung menggubal soalan tanpa menggunakan JSU sebagai panduan. Ini

menyebabkan item-item yang dibina tidak mempunyai kesahan kandungan dan

mungkin juga tersasar daripada isi kandungan pelajaran yang diajar. Oleh yang

demikian, satu kajian perlu dijalankan bagi tujuan mengenal pasti persepsi literasi

pentaksiran guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran, perbezaan persepsi

literasi pentaksiran antara guru lelaki dan perempuan dan perbezaan di antara

persepsi literasi pentaksiran guru subjek ini dengan pengalaman mengajar mereka.

Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dalam menyediakan pengetahuan

pentaksiran kepada guru KHB agar PBS dapat dilaksanakan dengan berkesan dan

lancar.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dalam

melaksanakan PBS;

Page 22: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

9

(ii) Mengenal pasti perbezaan persepsi guru-guru KHB terhadap literasi

pentaksiran berdasarkan kepada jantina; dan

(iii) Mengenal pasti perbezaan persepsi guru-guru KHB terhadap literasi

pentaksiran dan pengalaman mengajar.

1.5 Persoalan kajian

Secara amnya, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi

guru-guru KHB terhadap kemahiran mentaksir dalam pelaksanaan PBS. Antara

persoalan kajian ini ialah:

(i) Apakah persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dalam

melaksanakan PBS?

(ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru KHB lelaki dan

perempuan terhadap persepsi literasi pentaksiran?

(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi literasi

pentaksiran guru-guru KHB dan pengalaman mengajar?

1.6 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini adalah dapat memberi maklum balas untuk mengenal pasti

pendekatan yang wajar bagi menambah baik komponen dalam PBS kepada pihak-

pihak yang terlibat iaitu:

(i) Pihak LPM dalam mereka bentuk pentaksiran yang lebih sesuai dan dapat

dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kajian ini juga dapat memberi

maklumat terkini mengenai literasi pentaksiran yang diperlukan guru dalam

melaksanakan pentaksiran bagi mata pelajaran KHB;

(ii) Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah agar proses

pentaksiran di sekolah berjalan lancar tanpa sebarang masalah serius

mengikut perancangan yang telah ditetapkan;

(iii) Pihak pentadbir dan guru di peringkat sekolah agar pentaksiran mata

pelajaran ini diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang

telah ditetapkan oleh pihak LPM.

Page 23: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

10

1.7 Skop kajian

Skop kajian memperihalkan apa yang ingin diselidik oleh pengkaji dalam

penyelidikan mereka. Skop kajian yang tidak jelas boleh menimbulkan kerumitan

semasa penginterpretasian dapatam kajian (Idris, 2010). Kajian ini memberi

tumpuan kepada kemahiran guru dari aspek literasi pentaksiran dalam pengendalian

PBS. Terdapat tujuh kompetensi guru dalam pentaksiran yang disenaraikan dalam

kajian ini. Pengkaji menumpukan kajian kepada persepsi literasi pentaksiran guru

mata pelajaran KHB dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah. Selain itu,

tumpuan juga diberi kepada kajian perbezaan terhadap persepsi literasi pentaksiran di

antara guru lelaki dan perempuan yang mengajar subjek ini. Kajian ini juga akan

mengenal pasti perbezaan antara persepsi literasi pentaksiran guru mata pelajaran ini

dan pengalaman mengajar mereka.

1.8 Definisi operasional

Terdapat pelbagai istilah yang telah digunakan dalam kajian ini. Bagi memberikan

pengertian yang jelas bagi setiap istilah tersebut berkaitan dengan tujuan kajian yang

dijalankan maka dijelaskan beberapa definisi terminologi penting yang terdapat

dalam kajian ini.

1.8.1 Literasi pentaksiran

Menurut Schaefer (1993), Stiggins (1999) dan Mertler (2005) literasi pentaksiran

merujuk kepada kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran. Ia

merangkumi pengetahuan deklaratif (mengenai fakta, konsep, prinsip – knowing

what) dan pengetahuan procedural (aplikasi pengetahuan kepada amalan – knowing

how) (Chen, 2001). Bagi kajian ini, literasi pentaksiran didefinisikan sebagai

kompetensi pengetahuan guru dalam bidang pentaksiran.

1.8.2 Guru

Menurut A. Rashid et al., (2012), guru ialah golongan yang berperanan memberi

ajaran dan bimbingan kepada golongan yang perlu diajar dan dididik. Guru

Page 24: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

11

merupakan golongan yang memiliki ilmu dan kemahiran serta diberi tanggungjawab

untuk menyampaikan ilmu dan pendidikan kepada masyarakat. Guru dalam kajian

ini adalah tenaga pengajar yang telah mengikuti Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan

atau Ijazah dengan Pendidikan dari Maktab atau Institut Pendidikan Guru (IPG) atau

Universiti, dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah dan mengajar mata

pelajaran KHB.

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1 (2003), dinyatakan mata

pelajaran ini dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan

produktif. KHB merupakan satu mata pelajaran yang terkandung di dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Di dalam kajian ini, guru-guru

mata pelajaran tersebut terlibat dengan pengajaran empat komponen pilihan iaitu

Kemahiran Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Perdagangan dan

Keusahawanan.

1.8.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Ahmad (2010), menyatakan Penilaian Berasaskan Sekolah dirancang dan

dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

harian secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Di dalam kajian ini, PBS ialah satu bentuk pentaksiran yang menilai aspek

kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial murid-

murid yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh

guru-guru mata pelajaran KHB.

1.9 Kerangka konseptual kajian

Kajian ini direka bentuk berdasarkan kerangka konseptual yang ditunjukkan dalam

Rajah 1.1. Kajian ini mengenal pasti persepsi literasi pentaksiran guru-guru KHB

dalam pelaksanaan PBS.

Page 25: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

12

Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian persepsi literasi pentaksiran guru KHB dalam

pelaksanaan PBS

1.10 Rumusan

Proses pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan berkualiti akan memberi

motivasi kepada murid untuk belajar dengan lebih gigih lagi. Oleh yang demikian,

setiap guru yang mengajar mata pelajaran KHB perlu meningkatkan kualiti

kemahiran diri dari segi teori dan juga praktikal. KPM perlu memastikan guru yang

bakal mengajar di sekolah telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran

pentaksiran berkaitan mata pelajaran ini dengan menyeluruh. Ini bertujuan

memastikan agar pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran dapat memenuhi

objektif pembelajaran yang digariskan dan seterusnya pelaksanaan PBS berjalan

dengan lancar dan telus. Guru-guru perlu sentiasa berfikiran positif dan menganggap

masalah yang timbul merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan jalan penyelesaian

yang diambil adalah cara yang terbaik yang akan memberi manfaat kepada

pendidikan murid dan profesion guru.

Guru KHB

Persepsi

Literasi

Pentaksiran

Guru KHB

dalam

pelaksanaan

PBS

Demografi

1. Jantina

2. Pengalaman

mengajar

Persepsi

literasi

pentaksiran

guru KHB

Perbezaan di

antara persepsi

literasi

pentaksiran

guru KHB dan

pengalaman

mengajar

Perbezaan

persepsi

literasi

pentaksiran

guru KHB

berdasarkan

kepada jantina

Proses PBS

1. Perancangan

2. Pembinaan

Instrumen

3. Pelaksanaan

4. Perekodan

5. Penganalisisan

6. Pelaporan

7. Tindakan

Susulan

(Pusat

Perkembangan

Kurikulum, 2001)

Page 26: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

13

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Sorotan kajian merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku,

dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu

penyelidikan baru. Proses tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu

penyelidikan yang dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain. Bahagian ini

membincangkan mengenai pengertian tentang beberapa konsep penting yang terlibat

dalam kajian ini. Konsep-konsep ini berdasarkan kepada pandangan para penyelidik

dari segi teori dan amalannya serta dapatan daripada kajian-kajian yang pernah

dijalankan. Melalui sorotan kajian ini, maklumat dan fakta membantu pengkaji bagi

membuktikan dan melaksanakan kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian

perbincangan dalam bab ini menjurus kepada topik-topik utama yang berikut:-

(i) Literasi pentaksiran;

(ii) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS);

(iii) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB);

(iv) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM);

(v) Kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus

KHB;

(vi) Perbezaan tahap kemahiaran guru KHB; dan

(vii) Perbezaan tahap kemahiran guru KHB dan pengalaman mengajar.

Page 27: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

14

2.2 Literasi pentaksiran

Peredaran masa dan tuntutan perkembangan dalam teknologi pendidikan dan juga

pekerjaan menuntut pentaksiran yang lebih sistematik serta dapat mengukur

pencapaian dan perkembangan sebenar murid secara holistik. Pentaksiran yang

dijalankan di sekolah dan bilik darjah bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan

kelemahan murid secara berterusan. Isu-isu pembaharuan dalam pentaksiran

dipengaruhi oleh perubahan dalam matlamat pendidikan. Pentaksiran alternatif yang

diperkenalkan telah menjadi satu kaedah penilaian yang semakin mempengaruhi

dunia pendidikan pada masa kini. Pentaksiran tradisional yang menggunakan pensel

dan kertas telah dirasakan semakin tidak sesuai dengan arus transformasi dalam

pendidikan. Reeves (2000), mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian

prestasi dapat memberi keupayaan kepada murid dalam mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada

perkataan Greek “assidere” yang bermaksud “duduk di sisi” (Adimin, 2011). Ghafar

(2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses

yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan

keterangan tentang tahap pencapaian murid terhadap objektif pengajaran. Proses ini

berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan

secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses

penambahbaikan pada masa akan datang. Berdasarkan Airasian (2004), pentaksiran

adalah pengumpulan, sintesis dan interpretasi maklumat di mana pengujian,

pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam

membuat keputusan pembelajaran.

Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi

maklumat tentang pembelajaran murid (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek,

ujian kertas dan pensel) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan

pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Justeru, pentaksiran yang dilaksanakan di

sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan

interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang

bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat

penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari

konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu siri dalam proses pembelajaran

Page 28: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

15

yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu

tujuan.

Perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan pentaksiran menuntut literasi

pentaksiran dalam kalangan guru. Literasi pentaksiran adalah merujuk kepada

kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran yang perlu dikuasai

oleh semua guru. Menurut Black & William (1998), literasi pentaksiran merupakan

kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan berkualiti. Dalam usaha

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, pengetahuan dan kemahiran

pentaksiran seharusnya dipertingkatkan bagi membolehkan guru melaksanakan

proses pembelajaran secara berkesan. Guru merupakan individu yang penting dalam

membuat keputusan yang tepat mengenai kebolehan murid dan secara langsung

menjaga kualiti pendidikan. Setiap guru mestilah mempunyai kemahiran pentaksiran

tertentu bagi melaksanakan pentaksiran yang lebih berkesan.

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang

prestasi pembelajaran seseorang murid dalam sesuatu subjek atau aktiviti. Menerusi

pentaksiran yang sistematik, guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam

melaksanakan pentaksiran pembelajaran murid. Justeru, kualiti pentaksiran bilik

darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Keputusan yang tepat

tentang prestasi seorang murid boleh diperolehi daripada maklumat berkualiti yang

diperolehi daripada pentaksiran yang baik. Literasi pentaksiran guru membantu

proses pengajaran (Stiggins, 1995) dan membuat keputusan yang adil dan tepat

(Mertler, 2003). Guru akan mempelbagaikan teknik pentaksiran dan mengadaptasi

latihan yang bersesuaian yang pernah dipelajari dalam aspek pentaksiran dalam bilik

darjah dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang prestasi

murid mereka.

Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap

pembelajaran murid dan juga keberkesanan pengajaran mereka. Oleh yang

demikian, guru perlu mahir melaksanakan pentaksiran terhadap murid. Literasi

pentaksiran juga diperlukan dalam proses memerhatikan murid untuk mengumpul

dan mentaksir maklumat pengajaran kepada murid. Secara rasionalnya, literasi ini

memerlukan guru memiliki pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas terhadap

penilaian yang baik, pembangunan dan penggunaan penilaian, kaedah dan teknik,

berdasarkan piawaian dan kualiti dalam penilaian. Di samping itu, guru perlu mahir

Page 29: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

16

untuk menyediakan maklum balas dan menetapkan matlamat yang boleh dicapai oleh

murid serta menguasai pengetahuan pentaksiran. Justeru, Mertler (2005)

mencadangkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran dipertingkatkan secara

berterusan dalam konteks program pembangunan profesionalisme guru.

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sistem pendidikan negara seringkali dianggap sebagai terlalu berorientasikan

peperiksaan atau exam oriented. Perkara ini telah banyak dan lama dibahaskan serta

pelbagai cadangan untuk memperbaiki keadaan ini telah dikemukakan. Begitu juga

pandangan tentang bahaya memberikan terlalu banyak tumpuan kepada pencapaian

dalam peperiksaan dan pentaksiran yang lebih holistik perlu disarankan.

Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang &

Burry-Stock, 2003). Hasil kajian McMillan (2000), pentaksiran bilik darjah

merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang

dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melaporkan

dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat

sekolah ini dikenali sebagai PBS.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai

aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir proses dan produk

secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan

assessment of learning dalam bidang akademik dan bidang bukan akademik.

Pelaksanaan PBS ini dijalankan melalui evidens proses dan evidens projek. Setiap

evidens ini terbahagi dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid

merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat

secara lisan atau perlakuan. Manakala evidens bahan pula merujuk kepada apa-apa

bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang

dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. PBS dilaksanakan

untuk mendapat gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping

memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru (Ahmad, 2010).

Bermula tahun 2007, KPM di bawah tanggungjawab LPM telah

memperkenalkan sistem baru dalam menjalankan penilaian ke atas peningkatan

Page 30: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

17

pembelajaran murid (LPM, 2012). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran

yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-

guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengoperasian PBS mula dilaksanakan bagi Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun

2011 dan Tingkatan 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2012. PBS ditadbir mengikut

kuasa-kuasa yang diberikan oleh Menteri Pelajaran kepada Pengarah Peperiksaan

berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67-Penilaian Murid,

Seksyen 68-Peperiksaan dan Seksyen 69-Larangan Tentang Pengendalian

Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997,

Bahagian II, Perkara 3 iaitu:-

(i) Untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian

berasaskan sekolah;

(ii) Untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-

peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

(iii) Untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan

peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan

arahan tentang peperiksaan.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat

sekolah. Pentaksiran ini dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LPM. Ia dikendalikan oleh pihak sekolah

dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran di

peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) dan peringkat menengah masih mengekalkan Kurikulum Bersepadu

Menengah (KBSM). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS),

Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

(PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (Psi).

(a) Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran Sekolah adalah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,

direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Pentaksiran formatif

dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran

kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan dan tugasan rumah) dan

pentaksiran sumatif dijalankan di akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian

Page 31: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

18

bulanan, ujian semester). PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran

(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of

learning) dan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga

Peperiksaan berdasarkan KSSR dan KBSM. Proses pentaksiran sekolah adalah

seperti berikut:-

(i) Mengenal pasti konstruk atau perkara yang hendak ditaksir;

(ii) Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran

yang memberi peluang kepada murid mempamerkan atau mempersembahkan

hasil kerja yang relevan;

(iii) Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens

dalam standard prestasi untuk menentukan tahap penguasaan murid;

(iv) Memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan

kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah

penambahbaikan; dan

(v) Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan

ibu bapa.

(b) Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan

yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata

pelajaran tertentu berdasarkan standard prestasi dan penjaminan kualiti melalui

pemantauan dan penyelarasan. Kaedah pelaksanaan PP dikendalikan oleh pihak

sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam

tempoh yang ditetapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan,

peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan dihasilkan

oleh Lembaga Peperiksaan. Sekolah mentadbir, menskor hasil kerja murid dan

menyediakan pelaporan untuk mengukur proses dan produk yang autentik. PP

ditaksir menggunakan pelbagai kaedah, antaranya ialah:-

(i) Kerja Kursus;

(ii) Projek;

(iii) Ujian Lisan (Mata Pelajaran Teras dan Elektif);

(iv) Tugasan dan Folio;

(v) Pemerhatian;

(vi) Kemahiran Amali;

Page 32: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

19

(vii) Persembahan dan Pembentangan Lisan; dan

(viii) Ujian Bertulis (Mata Pelajaran Teras).

Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:-

(i) Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran;

(ii) Tugasan berbeza setiap tahun;

(iii) Dilaksana di sekolah;

(iv) Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih

dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib;

(v) Ditaksir oleh guru mata pelajaran;

(vi) Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan;

(vii) Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran

dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard; dan

(viii) Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan

akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.

(c) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan

menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani,

kesihatan, sukan dan kokurikulum. Dalam pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), setiap murid dikehendaki melibatkan

diri dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan sama ada di

dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu

aktiviti tersebut. Panduan instrumen pentaksiran PAJSK disediakan oleh Lembaga

Peperiksaan (KPM) dengan kerjasama badan-badan atau agensi professional yang

berkaitan mengikut kepakaran masing-masing. Pendokumentasian PAJSK dapat

memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid dalam

penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk

melalui proses pendidikan.

(d) Pentaksiran Psikometrik (PSi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur

kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat,

Page 33: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

20

kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran Psikometrik adalah

pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan

kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara

tertentu. Pentaksiran ini boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan

kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran

dan tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Lembaga

Peperiksaan menyediakan manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna.

Instrumen pentaksiran psikometrik dibangunkan oleh pakar psikometrik dan ahli

psikologi. Ia ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru

atau murid itu sendiri. Laporan pentaksiran dibuat dalam bentuk deskriptif.

Menurut Ahmad (2010), untuk mencapai hasrat PBS ini, penilaian di sekolah

haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap

perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PBS lebih bersifat formatif, iaitu

mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat.

Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke

semasa. Hal ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan

memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak

terhimpun. Di samping itu, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan

memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. PBS juga boleh menilai

kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara

berpusat. Namun, PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem

penilaian.

2.3.1 Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru

dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti

pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya

(Ahmad, 2010). Di samping itu, kekuatan murid yang telah menguasai pembelajaran

pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan

guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan

seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

Tindakan susulan yang dijalankan serta merta dapat membantu menyelesaikan murid

Page 34: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

21

bermasalah pembelajaran dengan lebih cepat. Pentaksiran ini dilaksanakan

berasaskan kepada ciri yang utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah (Sumber: Penilaian Kendalian

Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Dikendalikan oleh guru

Menilai muridnya sendiri. Berasaskan Kriteria

Menilai penguasaan murid berdasarkan hasil

pembelajaran yang telah ditentukan.

Formatif

Dijalankan berterusan.

Mengesan perkembangan, kemajuan dan

pencapaian murid.

Pelbagai kaedah

Pemerhatian.

Lisan.

Penulisan.

Mengesan perkembangan pembelajaran

secara menyeluruh

Intelek.

Rohani.

Emosi.

Jasmani.

Menekankan perkembangan individu

Berdasarkan kemampuan individu dan bukan

untuk perbandingan antara individu.

Bersistem

Merancang.

Menentukan instrumen.

Melaksanakan.

Menganalisis.

Merekodkan.

Melaporkan.

Tindakan susulan.

Menggalakkan penilaian kendiri

Melatih murid menilai kemajuan sendiri secara

berterusan.

Guru mendapat maklumat tambahan.

Membolehkan tindakan susulan

Mengatasi kelemahan pembelajaran.

Mempertingkatkan kekuatan pembelajaran.

2.3.2 Aspek yang dinilai

Melalui PBS murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai kecerdasan

dan perkembangan emosi dan sahsiah murid. Howard Gardner (1983)

memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences)

dalam bukunya Frames of Mind yang mencadangkan bahawa setiap individu

memiliki pelbagai jenis kecerdasan seperti berikut:-

(i) Kecerdasan verbal-linguistik;

(ii) Kecerdasan logikal-matematik;

(iii) Kecerdasan visual-ruang;

(iv) Kecerdasan kinestetik;

(v) Kecerdasan muzik;

(vi) Kecerdasan naturalistik;

(vii) Kecerdasan interpersonal; dan

Page 35: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

22

(viii) Kecerdasan intrapersonal.

Walaupun semua murid dianugerah dengan jenis-jenis kecerdasan ini, terdapat

individu tertentu yang lebih pintar dalam sesuatu jenis kecerdasan. Contohnya,

lukisan sesetengah murid lebih baik daripada murid lain, nyanyian sesetengah murid

lebih baik daripada murid lain dan seterusnya. Dengan menghargai kekuatan dan

kecerdasan yang dimiliki oleh individu tertentu, teori ini menuntut bahawa setiap

murid diberi peluang untuk berjaya dalam bidang yang diminati dan mempunyai

bakat. Oleh sebab itu, pengenalan PBS di sekolah menekankan kepada aspek-aspek

seperti yang diringkaskan dalam Jadual 2.2 bagi mengenalpasti dan

memperkembangkan lagi bakat setiap murid.

Jadual 2.2: Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah (Sumber: Penilaian Kendalian

Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Aspek Contoh

Daya kreatif. Mereka cipta.

Melukis.

Bermain alat muzik.

Kemahiran proses sains. Memerhati.

Membuat inferens.

Menganalisis maklumat.

Perlakuan dan amalan nilai

murni.

Membantu.

Berdikari.

Bertanggungjawab.

Sikap. Bersemangat untuk belajar.

Gigih bekerja.

Ingin tahu.

Kesihatan dan kecergasan. Sihat, cergas dan aktif.

Menjaga kebersihan diri dan

keselamatan.

Melibatkan diri dalam pelbagai aktviti.

Kemahiran kinestetik. Bersukan.

Bergerak secara kreatif.

Bergerak mengikut rangsangan.

Bakat dan minat. Kesungguhan membuat sesuatu.

Kelebihan dalam sesuatu bidang.

Kecenderungan kepada sesuatu.

Page 36: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

23

2.3.3 Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBS yang sistematik adalah mengikut langkah seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 2.1. Dalam pelaksanaan PBS, guru perlu menentukan hasil

pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang

perlu digunakan. Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu guru

membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JSU

guru dapat merangkakan tajuk atau kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya

dalam Taksonomi Kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap

peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini.

Rajah 2.1 Pelaksanaan PBS (Sumber: Penilaian Kendalian Sekolah, Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001)

Merancang

Membina Instrumen

Melaksanakan Penilaian

Merekod

Menganalisis Maklumat

Melapor

Penguasaan

Perkara yang

Diajar

Tindakan Susulan:

Pemulihan

Tindakan Susulan:

Pengukuhan

Pengayaan

Teruskan Pelajaran Baru

Page 37: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

24

2.4 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Kemahiran Hidup Bersepadu adalah mata pelajaran yang terkandung di dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini dirancang adalah

untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui

penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (Huraian Sukatan

Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003). Ianya bertujuan untuk membolehkan murid-

murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui pelbagai kaedah dan teknik

bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi

menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia

seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa

bergantung kepada individu lain.

Mata pelajaran KHB merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan

teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Matlamat pendidikan Kemahiran Hidup bertujuan melahirkan murid yang

mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang kemahiran hidup,

mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan projek mudah, berpotensi dalam

aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika dan dapat

mengamalkan nilai murni. Pembelajaran Kemahiran Hidup secara jelas melatih

murid mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara

bersepadu, dan ini sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang menjurus kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan

sumbangan kepada negara, masyarakat dan keluarga.

Pelaksanaan kurikulum mata pelajaran KHB ini dipecahkan kepada dua

bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi

komponen wajib untuk semua murid iaitu reka bentuk dan teknologi. Manakala,

bagi bahagian pilihan pula, empat komponen yang ditawarkan ialah kemahiran

teknikal, pertanian, ekonomi rumah tangga dan perdagangan dan keusahawanan.

Untuk bahagian ini murid hanya dibenarkan memilih satu sahaja mana-mana

bahagian pilihan yang ditawarkan oleh sekolah mereka. Menurut Muhammad Sani

(2004), secara amnya penggubalan semula ini seperti kembali kepada sistem Aneka

Jurusan yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 tetapi komponen teras dikekalkan

dan murid perlu memilih bahagian pilihan (elektif) yang mempunyai empat pilihan.

Page 38: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

72

RUJUKAN

A. Rashid, N., Lee, K. C., Mahayudin, Z. & Noordin, Z. (2012). Falsafah

Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman, M. A & Ali, Z. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah

Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Abdul Rahman, M. A & Jaafar, K. (2008). Pelaksanaan Pentaksiran kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah

Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Abdul Rashid, A. R. (2003). Falsafah Budaya Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Dicapai pada April 29, 2013, di

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPen

didikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm.

Ahmad, A. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Airasian, P. W. (2004). Classroom Assessment: Concepts and Aplications. Boston:

McGraw Hill Companies.

Alias, M. (2003). Enhancing The Validity and Reliability of Classroom Test. Kertas

Kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan,

Kuala Lumpur, 5 – 8 Mei 2003.

Ariffin, S. R., Ariffin, R. & Mohamed, H. (2008). Contribution Factors in Multiple

Intelligences Among Adolescene Students. Journal of Education. 33: 35-46.

Page 39: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

73

Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve

Student Achievement and Well-Being. ERIC: US Department of Education.

Black, P. & William, D. (1998). Inside the Black Box: Raising Standard Through

Classroom Assessment. Phi Delta Kappan. October,139-148.

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model Fundamental

Measurement in the Human Sciences. 2nd

Ed. New Jersey: Lawrence

Erlbaum Associates.

Chen, J. (2001). The Great Importance of The Distinctinction Betweem Declarative

and Procedural Knowledge. Analise Psicologica, 4(21), 559 – 566.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Temubual. Buku 1. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison. (2000). Research Methods in Education (5th

Ed), Educational and Psychological Measurement. 30(1). ms. 607-610.

Gay, L. R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Compentencies for

Analysis and Application (6th

Ed). Upper Saddle River: Prentice-Hall Inc.

Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2Ed. Vol.

371.26). Skudai: Penerbit UTM Press.

Hussin, S. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Jamaluddin, M. K. A. M. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran,

dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33-48.

Dicapai pada Mei 12, 2013, di http://www.sosiohumanika-jpssk.com/.

Keeves, J. P. & Alagumalai, S. (1999). New Approaches to Measurement. In

Masters, G. N., and J. P. keeves (Eds), Advances in Measurement in

Educational Research and Assessment. Pergamon, 23 – 48.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

Kurikulum.

Konting, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement.

Page 40: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

74

Lembaga Peperiksaan. (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Likert, R. (1932. A Technique for the Measurement of Attitudes. Achives of

Psychology, 140, m.s 1-55. Dicapai pada 27 Mei 2013 di

http://www.psychology.about.com/od/lindex/g/likert-scale.htm.

Linacre, J. M. (2005). A User’s Guide to Winsteps®Ministeps: Rasch-Model

Computer Programs. Chicago: Winsteps.com.

Linacre, J. M. (2007). A User’s Guide to WINSTEPS Rasch-Model Computer

Programs. Chicago: MESA Press.

Linn, R. L. & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching.

Prentice Hall.

Maskan, N. (2013). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bagi

Mata Pelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Mat Ali, M. A. & Jamaluddin, S. (2007) Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran di

Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 27 (1), 19 – 39.

Mat Ali, M. A. (2006). Amalan Pentaksiran Sekolah Menengah di Malaysia.

Universiti Malaya: Tesis PhD.

McMillan, J. H. (2000). Fundamental Assessment Principles for Teachers and

School Administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

Mertler, C. A. (2003). Preservice Versus Inservice Terachers’ Assessment Literacy:

Does ClassroomExperience Make a Difference? Paper presented at The

Annual Meeting of The American Educational Research Association Oct 15 -

18, 2003. Columbus, OH.

Mertler, C. A. (2005). Measuring Teachers’ Knowledge and Application of

Classroom Paper presented at the Annual Meeting of the American

Educational Research Association. Apr 11-15, 2005. Montreal, Quebec,

Canada.

Mohd Kosnin, A. & Che Ahmad, M. (2010). Tahap Kesediaan dan Kemahiran

Amali Guru-guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di

Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mohd Noor, N & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran kemahiran Hidup di Sekolah

Page 41: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

75

Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mok, S. S. (2007). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Muhamad Sani, M. A (2004). Tinjauan Awal Terhadap Pelaksanaan Kurikulum

Baru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan Satu Di

Sekolah Menengah Sekitar Kawasan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis Sarjana Muda.

Neil, J. S. (2002). Exploring Research Sixth Edition. New Jersey: Prentice Hall.

Rahman, M. A. B. A., & Ali, Z. B. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah

Kuantan, Pahang. Dicapai pada April, 20, 2013 di

http://eprints.utm.my/10757/1/PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_KERJA_

KURSUS_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU_DI_SEKOLAH_MENEN

GAH_LUAR_BANDAR_DAERAH_KUANTAN.pdf.

Reeves, T. C. (2000). Alternative Assessment Approaches for Online Learning

Environment in Higher Education. Journal of Educational Computing

Research, 23(1).

Saad, J. (2002). Kefahaman Guru Terhadap Kriteria Penilaian Projek Kerja Kursus

Kemahiran Hidup di Peringkat Penilaian Menengah Rendah. Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Schaefer, W. D. (1993). Assessment Literacy For Teachers. Theory Into Practice,

32(2), 118-126.

Schulze, S. (2003). Views on the Combination of Quantitative and Qualitative

Research Approaches. University of South Africa, Progressi. 25(2). ms.8-20.

Schumacker, R. E. (2005). Item Response Theory. Applied Measurement

Associates. Dicapai pada Mei 15, 2013, di

http://www.appliedmeasurementassociates.com/.

Sekaran, U. (2004). Research Methods for Business: A Skill Building Approach.

USA: John and Wiley Inc.

Shaari, A. S. (2008). Guru Berkesan: Petua dan Panduan. Sintok: Penerbit

Universiti Utara Malaysia.

Page 42: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

76

Singh, J. R. K. (2007). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Stiggins, R. J. (1999). Are You Assessment Literate? The High School Journal,

6(5), 20-23.

Suah, S. L., Ong, S. L. & Osman, S. (2010). Pentaksiran Pembelajaran Pelajar:

Amalan Guru-guru di Malaysia. Malaysian Education Deans’ Council

Journal. 5: 68-83.

Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Pedagogi. UTM: Penerbit UTM.

Sulaiman, E. (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi Jabatan Asas Pendidikan,

Fakulti Pendidikan. UTM: Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Tahir, L. M., Mustafa, N. Q. & Yassin, M. H. (2009). Pendidikan Teknik dan

Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan

Pendidikan, 24, 73-74.

Talib, R. & Abd. Ghafar, M. N. (2009). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen

bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di

Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis PhD.

Wan Mohd Nor, W. N. (2010). Kesediaan Guru dalam Melaksanakan PEKA Sains

PMR di Sekolah Menengah Kuala Terengganu. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana.

Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction. London:

Pearson/Allyn and Bacon.

Yahaya, A. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

PTS Proffesional Sdn. Bhd.

Yahaya, A., Ramli, J., Hashim, S., Boon, Y. & Hamdan, A. R. (2006). Menguasai

Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Proffesional

Publishing Sdn. Bhd.

Yahaya, A., Saidun, N. & Raja Abdul Rahman, R. R. (2008). Persepsi Pelajar

Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Yusoff, A. (2003). Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mata

Pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi Sub Topik Unjuran Ortografik,

Pandangan Isometrik dan Pandangan Oblik di Sekolah Menengah Teknik

Negeri Pantai Timur. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Page 43: PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU … fileborang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup

77

Zakaria, M. B, Ismail, H & Abdullah, M. (2007). Pelaksanaan Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu. Kertas

dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan di Batu

Lintang.

Zhang, Z. & Burry-Stock, J. (2003). Classroom Assessment Practices and Teachers’

Self-Perceived Assessment Skills. Applied Measurement in Education, 16(4),

323-342.