19
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 516 140 - Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013) PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN LESSON STUDY SEBAGAI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Muzirah Ab Mokhti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Nurhana Mohamad Rafiuddin Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia [email protected] ABSTRAK Pembangunan profesional guru merupakan suatu komponen penting dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Program pembangunan profesional guru yang berbentuk kursus semata-mata adalah tidak memadai dan terbukti tidak mampu untuk mengubah amalan lazim guru. Suatu program pembangunan guru yang diinstitusikan di peringkat sekolah perlu diwujudkan supaya guru sentiasa terdedah dengan peluang untuk meningkatkan profesionalisme mereka secara proaktif dengan cara membentuk komuniti belajar yang professional bersama rakan sekerja. Satu program pembangunan professional berasaskan sekolah yang telah dibuktikan sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan negara ialah Lesson Study. Lesson Study merupakan suatu program pembangunan guru yang berterusan dan menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dengan melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan reflektif dilihat berpotensi untuk mengubah amalan pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran pelajar. Program ini telah diguna pakai di Malaysia dalam usaha menambahbaik kualiti guru. Kajian yang berbentuk kajian kes ini melibatkan 100 orang guru Sains di daerah Klang yang melaksanakan Lesson Study sebagai program pembangunan professional. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan Lesson Study terhadap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru dan tahap keberkesanan pembelajaran pelajar berada di tahap yang sederhana tinggi. Selain itu, wujudnya hubungan yang signifikan antara 1) amalan Lesson Study dan keberkesanan pembelajaran pelajar, 2) amalan Lesson Study dan persepsi guru, 3) guru meneraju dan persepsi guru, 4) kolaboratif dan persepsi guru, 5) kandungan pengetahuan dan persepsi guru, dan 6) reflektif dan persepsi guru. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara 1) amalan Lesson Study dan keberkesanan pengajaran guru dan 2) pusat pelajar dan persepsi guru. Dapatan kajian ini bermanfaat untuk mendorong pihak tertentu untuk memperkemaskan amalan Lesson Study dengan merangka strategi dan intervensi yang bersesuaian dengan konteks pendidikan di Malaysia supaya program ini berupaya melonjakkan kualiti guru dan meningkatkan mutu pendidikan. Bidang Kajian: Program Pembangunan Profesional Guru, Lesson Study.

PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 516

140 - Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013)

PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN LESSON STUDY SEBAGAI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU TERHADAP

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Muzirah Ab Mokhti Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

Nurhana Mohamad Rafiuddin Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia [email protected]

ABSTRAK

Pembangunan profesional guru merupakan suatu komponen penting dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Program pembangunan profesional guru yang berbentuk kursus semata-mata adalah tidak memadai dan terbukti tidak mampu untuk mengubah amalan lazim guru. Suatu program pembangunan guru yang diinstitusikan di peringkat sekolah perlu diwujudkan supaya guru sentiasa terdedah dengan peluang untuk meningkatkan profesionalisme mereka secara proaktif dengan cara membentuk komuniti belajar yang professional bersama rakan sekerja. Satu program pembangunan professional berasaskan sekolah yang telah dibuktikan sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan negara ialah Lesson Study. Lesson Study merupakan suatu program pembangunan guru yang berterusan dan menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dengan melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan reflektif dilihat berpotensi untuk mengubah amalan pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran pelajar. Program ini telah diguna pakai di Malaysia dalam usaha menambahbaik kualiti guru. Kajian yang berbentuk kajian kes ini melibatkan 100 orang guru Sains di daerah Klang yang melaksanakan Lesson Study sebagai program pembangunan professional. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan Lesson Study terhadap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru dan tahap keberkesanan pembelajaran pelajar berada di tahap yang sederhana tinggi. Selain itu, wujudnya hubungan yang signifikan antara 1) amalan Lesson Study dan keberkesanan pembelajaran pelajar, 2) amalan Lesson Study dan persepsi guru, 3) guru meneraju dan persepsi guru, 4) kolaboratif dan persepsi guru, 5) kandungan pengetahuan dan persepsi guru, dan 6) reflektif dan persepsi guru. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara 1) amalan Lesson Study dan keberkesanan pengajaran guru dan 2) pusat pelajar dan persepsi guru. Dapatan kajian ini bermanfaat untuk mendorong pihak tertentu untuk memperkemaskan amalan Lesson Study dengan merangka strategi dan intervensi yang bersesuaian dengan konteks pendidikan di Malaysia supaya program ini berupaya melonjakkan kualiti guru dan meningkatkan mutu pendidikan.

Bidang Kajian: Program Pembangunan Profesional Guru, Lesson Study.

Page 2: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 517

1. Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan. Kurikulum disemak dan dikemaskini untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang menjadi matlamat utama dalam usaha melahirkankan generasi alaf baru yang mampu menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Peranan guru dalam usaha melaksanakan dasar pendidikan negara dengan berkesan ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi sememangnya tidak dapat dinafikan. Masyarakat memberi harapan yang besar kepada guru untuk mendidik dan mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan yang ditetapkan. Guru dianggap mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Namun, akhir-akhir ini banyak kritikan disuarakan tentang kualiti guru (M Nur Mustafa & Norasmah 2008). Masih terdapat jurang antara perkara yang dirangka dalam kurikulum dengan perkara yang diamalkan di bilik darjah. Perkara ini telah mewujudkan banyak isu kritikal yang membelenggu pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

Menurut Cheah & Lim (2010), mengajar adalah profession yang unik. Sebelum melibatkan diri dalam latihan untuk melayakkan diri sebagai guru, calon guru telah mempunyai imej lampau tentang cara mengajar berdasarkan pengalaman mereka belajar sebagai pelajar. Walaupun ini mungkin memberi kelebihan kepada calon guru tapi kadang kala mereka terbawa-bawa dengan imej amalan tradisional yang sukar dilupakan. Guru memerlukan suatu bentuk program sokongan yang berterusan terhadap pembangunan profesional supaya mereka kekal efektif untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Oleh itu, menurut Cheah & Lim (2010) pembangunan guru melibatkan dua proses iaitu melupakan imej tradisional dan membina imej baru bagi trend amalan mengajar yang terkini. Pembangunan guru juga melibatkan tugas berterusan untuk melupakan cara lama dan mempelajari pengetahuan baru.

Proses pembangunan guru yang berkualiti adalah satu proses yang panjang dan berterusan bermula dari mereka mula berkhidmat sehinggalah mereka bersara (Mohamad Mortadza 2005). Satu bentuk program pembangunan profesional yang dapat menyokong proses memperkembangkan kemampuan guru secara terus menerus amat diperlukan bagi memastikan sikap dan minda guru berubah seiring dengan peredaran global. Justeru, pembangunan profesional guru tidak boleh diabaikan. Dalam keadaan apabila seseorang guru perlu melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka mungkin tidak mengetahui cara untuk menangani perubahan tersebut (Mohamad Mortadza 2005). Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan.

2. Program Pembangunan Profesional Guru

Menurut Amin Senin (2008), perkembangan awal dalam kajian pembangunan guru menunjukkan istilah yang sering menjadi fokus ialah konsep pendidikan guru dalam

Page 3: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 518

perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai latihan dalam perkhidmatan (LDP). LDP adalah terdiri daripada semua aktiviti yang bertujuan membangunkan kemahiran kerja dan kemahiran baru bagi membolehkan guru kekal produktif. Secara khususnya, dalam bidang pendidikan matlamat program LDP banyak menjurus kepada peningkatan dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohamad Mortadza 2005). Menurut Amin Senin (2008), pada peringkat perkembangan awal, pembangunan profesional guru sering kali dilaksanakan dengan pendekatan satu dimensi, “ atas-bawah” dan “peristiwa sekali sahaja” iaitu melalui kursus dan bengkel. Menurut Cheah & Lim (2010), guru yang menghadiri kursus LDP selalunya dikehendaki untuk melatih guru-guru lain apabila mereka kembali ke sekolah. Secara umum, ia kelihatan seperti sangat efisyen kerana lebih ramai guru yang akan terdedah dengan teori dan pedagogi baru dalam masa yang singkat. Namun, menurut Amin Senin (2008), pendekatan tradisional yang dianggap sebagai “suatu pakej pengetahuan yang dapat dipindahkan, untuk diagih-agihkan kepada guru-guru dalam cebisan-cebisan kecil” ini telah dikritik sebagai terpisah-pisah, tidak produktif, tidak efisyen, tiada kaitan dengan amalan guru, tidak melibatkan guru dan kekurangan tindak susul.

Pembangunan profesional guru bukan lagi suatu pilihan jika guru serius ingin memartabatkan profesion mereka dan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Program pembangunan guru yang sedia ada perlu dibuat penambahbaikan secara komprehensif untuk menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan keupayaan guru, komitmen guru, mengubah sikap guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Seseorang yang ingin berjaya sebagai guru harus menunjukkan motivasi yang tinggi dalam menambah ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang boleh diaplikasi dalam bilik darjah.

Menghadiri kursus semata-mata adalah tidak memadai untuk mengubah amalan lazim guru. Suatu program pembangunan guru yang diinstitusikan di peringkat sekolah perlu diwujudkan supaya guru sentiasa terdedah dengan peluang untuk meningkatkan profesionalisme mereka. Satu program pembangunan professional berasaskan sekolah yang telah dibuktikan sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan Negara ialah Lesson Study. Lesson Study sebagai program pembangunan guru yang berterusan menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dan melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan reflektif adalah satu model yang boleh diguna pakai dan diubahsuai dengan konteks pendidikan di Malaysia. Guru perlu merancang intervensi dalam profession supaya mereka yang dapat menambahbaik kualiti pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar. Guru-guru di sekolah perlu mengenalpasti jenis program pembangunan profesional yang mereka perlukan untuk membantu mereka menyiapkan diri menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan semasa.

3. Lesson Study

Lesson Study berasal dari bahasa Jepun, “jugyokenkyu” yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jugyo’ bermaksud pelajaran, dan ‘kenkyu’ yang bererti pengkajian. Oleh itu, Lesson Study merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pelajaran. Ia merupakan satu program pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan. Melalui kegiatan Lesson Study, guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian

Page 4: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 519

secara kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya dapat memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran pelajar.

4. Keberkesanan Pengajaran Guru

Penyelidik ingin meninjau persepsi guru terhadap keberkesanan pengajaran dari empat aspek iaitu penilaian terhadap pembelajaran pelajar, penilaian terhadap kerja pelajar, memadankan strategi pengajaran dengan pelajar dan keyakinan guru itu semasa mengajar. Aspek penilaian pembelajaran pelajar penting bagi memastikan guru mampu melihat perkembangan prestasi dan potensi pelajarnya sepanjang sesi pembelajaran. Penilaian terhadap kerja pelajar adalah aspek yang perlu dikaji memandangkan transformasi pendidikan menekankan supaya guru selalu memantau kemajuan pelajar melalui pelbagai bentuk penilaian seperti penilaian secara sumatif atau formatif pada setiap akhir sesuatu pengajaran. Selain itu, guru juga perlu bijak memadankan strategi pengajaran dengan amalan pengajaran yang berkesan seperti mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menyediakan alat bantu mengajar mengikut aras kognitif pelajar. Aspek keyakinan pula dilihat penting kerana .......

5. Keberkesanan Pembelajaran Pelajar

Penyelidik ingin meninjau persepsi guru terhadap aspek keberkesanan pembelajaran dari dua aspek iaitu minat pelajar terhadap pelajaran dan pengaplikasian kemahiran berfikir semasa proses pembelajaran. Minat pelajar terhadap pelajaran penting bagi memastikan kelangsungan pembelajaran. Malah, salah satu daripada aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah setiap pelajar perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat. Selainitu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang mestilah dapat mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif supaya dapat melatih pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dan berfikir di luar konteks akademik biasa. Justeru, penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif mampu meningkatkan minat, motivasi dan kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengekalkan kualiti pembelajaran pelajar.

5. Kerangka Konseptual Kajian

Page 5: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 520

Berdasarkan objektif kajian untuk mengenalpasti persepsi guru tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar, kerangka konseptual kajian dibina seperti dia atas. Program Lesson Study adalah ditunjangi oleh konstruktivisme di mana guru berkerjasama membangunkan rancangan pengajaran (Isoda et al 2007). Kajian juga ingin mengenalpasti komponen Lesson Study yang sangat menyumbang kepada keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar.

6. Metodologi

6.1 Sampel dan kaedah pemerolehan data

Sampel kajian ialah guru-guru Sains yang melaksanakan Lesson Study dari sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih di daerah Klang. Kaedah pemilihan adalah dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kajian yang dijalankan telah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada beberapa pihak iaitu :

a) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) b) Jabatan Pelajaran Negeri Selangor c) Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Selangor d) Semua sekolah yang dipilih sebagai sekolah kajian

Berikutnya, soal selidik diedarkan kepada semua guru melalui ketua panitia masing-masing. Responden diberi masa dua minggu untuk menjawab dan menyerahkan semula soal selidik yang telah dilengkapkan kepada ketua panitia masing-masing.

6.2 Instrumentasi

Soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kaedah pengumpulan data ini dianggap sesuai dengan faktor masa dan kos kajian yang terhad. 6.2.1 Pembinaan soal selidik

Instrumen yang disediakan merupakan satu set item yang diadaptasi daripada kajian Julie Ann Sickle (2011) setelah memohon kebenaran daripada beliau. Pemilihan ini dilakukan kerana soal selidik ini mampu menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan. Secara keseluruhan soal selidik ini mengandungi 45 item yang dibahagikan kepada empat bahagian utama.

Proses pengubahsuaian instrumen terbahagi kepada beberapa fasa. Fasa pertama ialah menterjemah soal selidik ini daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu supaya lebih mudah difahami oleh responden. Berikutnya, pengkaji meneliti setiap item bagi memastikan tiada item yang kabur, sukar difahami maksudnya, mempunyai maksud yang tidak jelas, mengelirukan dan mempunyai ayat yang terlalu panjang. Item-item yang mempunyai ciri tersebut dianalisis dan diterjemahkan semula. Pada akhir fasa pertama, ujian pra dilakukan bagi meningkatkan kebolehpercayaan item. Dalam ujian pra, soal selidik diberi kepada lima individu secara berasingan. Individu yang dipilih mempunyai latar belakang yang sama dengan responden kajian iaitu mereka turut melaksanakan Lesson Study. Seterusnya pengkaji menggalakkan peserta ujian pra untuk bertanya soalan sekiranya mereka menghadapi masalah memahami item kajian dan membetulkan kesalahan ejaan.

Page 6: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 521

Fasa kedua ialah menentukan kesahan kandungan instrument dengan meminta pandangan daripada pensyarah di Fakulti Pendidikan. Mana-mana item yang tidak sesuai digugurkan.

Fasa ketiga pula menentukan kebolehpercayaaan instrument yang dianalisis selepas instrumen ditadbir kepada responden dalam kajian rintis. Akhirnya setelah penambahbaikan dilakukan, didapati instrumen soal selidik yang telah diubahsuai ini berkesan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan. Setelah itu, barulah instrument ditadbir kepada responden kajian bagi mengumpul data kajian sebenar. 6.2.2 Bahagian A : Demografi Responden

Bahagian ini memberi tumpuan kepada latar belakang responden untuk memperoleh maklumat seperti jantina, tempoh pengalaman melaksanakan Lesson Study, tempoh pengalaman mengajar, bilangan kitaran Lesson Study, faktor yang mempengaruhi penglibatan dalam Lesson Study dan tempoh masa mendapat taklimat tentang Lesson Study.

6.2.3 Bahagian B : Maklumat Keberkesanan Pengajaran Guru

Bahagian ini terdiri daripada 14 item yang memberi fokus kepada persepsi guru terhadap keberkesanan pengajaran dari aspek penilaian terhadap pembelajaran pelajar, penilaian terhadap kerja pelajar, penilaian terhadap strategi pengajaran dan keyakinan guru. Aspek penilaian terhadap pembelajaran pelajar adalah bagi item 1 hingga 4, aspek penilaian terhadap kerja pelajar adalah bagi item 5 hingga 7, aspek penilaian terhadap strategi pengajaran adalah bagi item 8 hingga 11 dan aspek keyakinan guru adalah bagi item 12 hingga 14. 6.2.4 Bahagian C : Maklumat Keberkesanan Pembelajaran Pelajar

Bahagian ini terdiri daripada 6 item yang memberi fokus kepada persepsi guru terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar dari aspek minat pelajar dan pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar. Aspek minat pelajar adalah bagi item 1 hingga 3 manakala aspek pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar adalah bagi item 4 hingga 6.

6.2.5 Bahagian D : Maklumat tentang Amalan Lesson Study Bahagian ini terdiri daripada 18 item yang memberi fokus kepada persepsi guru terhadap 5 komponen Lesson Study yang memberi pengaruh kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 5 komponen tersebut ialah berpusatkan pelajar, guru meneraju, kolaborasi, pengetahuan kandungan dan reflektif. Komponen berpusatkan pelajar adalah bagi item 1 hingga 3, komponen guru meneraju adalah bagi item 4 hingga 6, komponen kolaborasi adalah bagi item 7 hingga 10, komponen pengetahuan kandungan adalah bagi item 11 hingga 15 dan komponen reflektif adalah bagi item 16 hingga 18.

Untuk mengukur tahap persepsi guru bagi bahagian B, bahagian C, dan bahagian D, item-item ini diukur berdasarkan lima peringkat model Likert. Responden diminta untuk menilai tahap persepsi mereka berdasarkan lima pilihan jawapan seperti jadual 6.1.

Page 7: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 522

Jadual 6.1 Tahap persepsi Responden

Skor Persetujuan Terhadap Pernyataan

5 Sangat setuju

4 Setuju

3 Sederhana setuju

2 Tidak setuju

1 Sangat tidak setuju

7. Dapatan & Perbincangan

7.1 Analisis Kebolehpercayaan

Ujian kebolehpercayaan dilakukan bagi setiap alat kajian yang digunakan bertujuan untuk menguji ketekalan dalaman alat-alat ujian tersebut. Ia bertujuan bagi memastikan alat ujian tersebut sesuai digunakan dalam konteks suasana sekeliling. Sekiranya tidak sesuai, item-item dalam alat kajian tersebut perlu dipperbaiki atau digugurkan untuk membolehkan ia menghasilkan keputusan ujian yang boleh dipercayai. Dalam kajian ini, kaedah kebolehpercayaan yang digunakan dalam setiap bahagian di dalam instrumen adalah kaedah Alpha (α) dari Cronbach. Menurut Creswell (2005), nilai alfa melebihi 0.6 mencadangkan yang item-item dalam soal selidik mempunyai kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang memuaskan. Jadual 7.1 menunjukkan kebolehpercayaan ketekalan dalaman item dalam soal selidik.

Jadual 7.1 Kebolehpercayaan ketekalan dalaman item dalam soal selidik

Bahagian Perkara/ Konstruk Jumlah

Item Alpha

Cronbach

B Keberkesanan pengajaran guru 14 0.746

C Keberkesanan Pembelajaran Pelajar 6 0.666

D Amalan Lesson Study 18 0.862

Oleh kerana nilai Alpha Cronbach bagi setiap bahagian dalam soal selidik ini

adalah melebihi 0.6, soal selidik ini boleh digunakan dalam kajian sebenar tanpa perlu melakukan pengubahsuaian semula terhadap item-itemnya.

7.2 Statistik dan analisis deskriptif

Bahagian ini meliputi semua data terkumpul yang telah dianalisis menggunakan SPSS for Windows Version 12.0. Huraian dapatan kajian dimulai dengan menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan intrumen kajian iaitu soal selidik berdasarkan adaptasi daripada soal selidik yang dibina oleh Julian Ann Sickle (2011) dan diikuti oleh profil responden

Page 8: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 523

kajian. Berikutnya, skor min dikira bagi kedua-dua konstruk iaitu keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar bagi menjawab soalan kajian (1) dan (2). Seterusnya ujian normaliti dilakukan kerana ia merupakan syarat bagi penggunaan korelasi Pearson. Akhir sekali, bagi untuk menjawab soalan kajian (3), (4), (5) dan (6) ujian statistik korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis kekuatan dan arah perhubungan antara varaiabel.

7.2.1 Profil responden kajian Kaedah persampelan untuk memilih sampel kajian adalah persampelan tujuan. Jadual 7.1 menunjukkan profil demografi responden yang telah menjawab soal selidik kajian. Profil responden yang diperoleh ialah jantina, pengalaman melaksanakan Lesson Study, pengalaman mengajar, bilangan kitaran Lesson Study dan tempoh taklimat tentang Lesson Study.

Jadual 7.1 Profil demografi responden Faktor

Demografi Bilangan

(N) Faktor Frekuensi Peratus

Jantina 100 Lelaki 13 13

Perempuan 87 87

Pengalaman Melaksanakan Lesson Study

100 <6 bulan

6-12 bulan

>12 bulan

47

35

18

47

35

18

Pengalaman Mengajar

100 <5 tahun

6-15 tahun

<15 tahun

31

46

23

31

46

23

Bilangan Kitaran

Lesson Study

100 1

2

3

4

26

34

33

7

26

34

33

7

Page 9: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 524

Tempoh taklimat tentang

Lesson Study

100 <sehari

Sepanjang hari

>sehari

71

12

17

71

12

17

Daripada jadual di atas, bilangan responden perempuan (87.0%) melebihi responden lelaki (13.0%) dan bilangan responden guru yang berpengalaman mengajar selama 6-15 tahun adalah yang tertinggi iaitu 46.0% berbanding guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun dan melebihi 15 tahun. Untuk memahami sejauh mana Lesson Study telah dilaksanakan, reponden diminta menentukan tempoh pengalaman dan bilangan kitaran yang telah dilaksanakan. Dapatan menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengalaman melaksanakan Lesson Study dalam tempoh kurang daripada 6 bulan iaitu 47.0% diikuti oleh guru yang mempunyai pengalaman melaksanakan Lesson Study dalam tempoh 6-12 bulan dan lebih daripada 12 bulan. Manakala 34.0% telah melaksanakan 2 kitaran, 33.0% melaksanakan 3 kitaran, 26.0 % melaksanakan 1 kitaran dan 7.0% melaksanakan 4 kitaran. Akhir sekali, bilangan reponden yang menerima tempoh taklimat atau latihan tentang Lesson Study kurang daripada sehari adalah yang tertinggi iaitu 71.0 % berbanding responden yang menerima taklimat atau latihan sepanjang hari dan lebih daripada sehari. Apabila responden diminta untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam Lesson Study daripada senarai tujuh pilihan yang diberikan, kebanyakan responden mengenalpasti lebih daripada satu faktor. Jadual 7.2 menunjukkan nilai peratus bagi setiap faktor yang mempengaruhi penglibatan guru dalam Lesson Study.

Jadual 7.2 Faktor yang mempengaruhi penglibatan guru dalam Lesson Study

Item Peratus

Menghadiri kursus 31

Menonton video Lesson Study 25

Diminta oleh guru lain untuk melibatkan diri 50

Diminta oleh pentadbir untuk melibatkan diri 82

Mendengar perbualan orang lain tentang Lesson Study 11

Sebahagian daripada program atau geran yang mesti dilaksanakan

23

Mengetahui guru-guru lain melaksanakan Lesson Study 25

Membaca jurnal tentang Lesson Study 8

Faktor-faktor lain selain dari yang disenaraikan 5

Page 10: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 525

7.2.2 Dapatan persoalan kajian (1) dan (2) : tahap keberkesanan pengajaran guru yang melaksanakan lesson study dan tahap keberkesanan pembelajaran pelajar semasa proses lesson study

Bagi menjawab persoalan kajian (1) dan (2), skor min dikira bagi kedua-dua konstruk iaitu keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Jadual 7.3 dan jadual 7.4 menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru dari empat aspek dan tahap keberkesanan pembelajaran pelajar dari dua aspek.

Jadual 7.3 Tahap keberkesanan pengajaran guru.

Aspek keberkesanan pengajaran guru Min Sisihan Piawai

penilaian terhadap pembelajaran pelajar 3.7600 0.24340

penilaian terhadap kerja pelajar 3.5367 0.32788

penilaian terhadap strategi pengajaran 3.7775 0.23542

keyakinan guru 4.0267 0.35669

Jadual 7.4 Tahap Keberkesanan Pembelajaran Pelajar

Aspek keberkesanan pembelajaran pelajar

Min Sisihan piawai

minat pelajar 3.5533 0.30785

pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar 3.5633 0.28700

Dalam menilai respon dengan merujuk kepada Skala Likert berdasarkan item soal selidik yang dibina untuk mengukur keberkesanan pengajaran guru, dapatan menunjukkan guru mempunyai persepsi amalan Lesson Study memberi kesan yang paling tinggi terhadap keyakinan guru (M = 4.02, SP = 0.36) diikuti kesan terhadap strategi pengajaran (M = 3.78, SP = 0.24), kesan terhadap pembelajaran pelajar (M = 3.76, SP =0 .24) dan kesan yang terendah adalah terhadap kerja pelajar (M = 3.54, SP = 0.33).

Seterusnya, dalam menilai respon item soal selidik yang dibina untuk mengukur keberkesanan pembelajaran pelajar, dapatan menunjukkan responden mempunyai persepsi bahawa amalan Lesson Study memberi kesan paling tinggi dalam aspek pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar (M=3.5633, SP = 0.2870) dan diikuti aspek minat pelajar (M=3.5533, SP= 0.3079).

7.2.3 Pra analisis untuk ujian korelasi : Plot normal Q-Q

Bagi menjawab persoalan kajian ke 3, 4, 5 dan 6 analisis korelasi Pearson perlu digunakan. Syarat bagi penggunaan korelasi Pearson, data perlu bertabur secara normal. Oleh itu, sebelum analisa korelasi Pearson dijalankan ujian normaliti perlu

Page 11: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 526

dibuat bagi konstruk di bahagian B, C dan D. Plot normal Q-Q dalam rajah 7.1, rajah 7.2 dan rajah 7.3 menunjukkan hampir semua data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus yang mewakili nilai daripada taburan normal. Hal ini menyokong andaian bahawa semua skor di bahagian B (maklumat keberkesanan pengajaran guru), C (maklumat keberkesanan pembelajaran pelajar) dan D (maklumat amalan Lesson Study) bertabur secara normal.

Rajah 7.1

Rajah 7.2

Page 12: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 527

Rajah 7.3

7.2.4 Ujian korelasi bagi menjawab dapatan persoalan kajian (3), (4), (5) dan (6)

Analisis korelasi digunakan untuk menghuraikan kekuatan dan arah hubungan linear di antara dua pembolehubah (pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar). Oleh kerana skala pengukuran yang digunakan ialah skala sela dan data bagi pembolehubah bersandar (skor keberkesanan pengajaran guru) normal, maka pengkaji memilih ujian statistik korelasi Pearson untuk menganggarkan kekuatan dan arah perhubungan antara amalan lesson study dan keberkesanan pengajaran guru. Justeru, bagi mengintepretasi pekali korelasi (r) dapatan kajian, pengkaji menggunakan intepretasi yang dicadangkan oleh Chua (2006).

a) Pengujian Hipotesis Kajian Pertama

Hipotesis kajian pertama adalah bagi menjawab persoalan kajian ketiga iaitu apakah hubungan antara amalan Lesson Study dan keberkesanan pengajaran guru? Hipotesis kajian pertama adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Lesson Study dan keberkesanan pengajaran guru. Jadual 7.5 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara amalan lesson study dan keberkesanan pengajaran guru.

Page 13: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 528

Jadual 7.5 Hubungan antara amalan Lesson Study dan Keberkesanan Pengajaran Guru

Peratus skor

Amalan Lesson Study

Peratus skor Keberkesanan

Pengajaran Guru

Peratus skor

Amalan Lesson Study

Korelasi Pearson 1 0.130

Sig. (2-tailed) 0.196

N 100 100

Peratus skor Keberkesanan

Pengajaran Guru

Korelasi Pearson 0.130 1

Sig. (2-tailed) 0.196

N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang tidak signifikan antara skor amalan lesson study dengan skor keberkesanan pengajaran guru dengan nilai (p= 0.196 ; p> 0.05). Oleh itu, hipotesis nul gagal ditolak.

b) Pengujian Hipotesis Kajian Kedua

Hipotesis kajian pertama adalah bagi menjawab persoalan kajian keempat iaitu apakah hubungan antara amalan Lesson Study dan keberkesanan pembelajaran pelajar? Hipotesis kajian kedua adalah seperti berikut: Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Lesson Study dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Jadual 7.6 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara amalan lesson study dan keberkesanan pembelajaran pelajar.

Page 14: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 529

Jadual 7.6 Hubungan antara Amalan Lesson Study dan Keberkesanan Pembelajaran Pelajar

Peratus skor

Amalan Lesson Study

Peratus skor Keberkesanan Pembelajaran

Pelajar

Peratus skor

Amalan Lesson Study

Korelasi Pearson 1 0.376

Sig. (2-tailed) 0.000

N 100 100

Peratus skor Keberkesanan Pembelajaran

Pelajar

Korelasi Pearson 0.376 1

Sig. (2-tailed) 0.000

N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor amalan lesson study dengan skor keberkesanan pembelajaran pelajar dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.376). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

c) Pengujian Hipotesis Kajian Ketiga

Hipotesis kajian ketiga adalah bagi menjawab persoalan kajian kelima iaitu apakah hubungan antara amalan Lesson Study dan persepsi guru? Hipotesis kajian ketiga adalah seperti berikut: Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Lesson Study dan persepsi guru. Jadual 7.7 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara amalan lesson study dan persepsi guru.

Page 15: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 530

7.7 Hubungan antara Amalan Lesson Study dan Persepsi Guru

Peratus skor

Amalan Lesson Study

Peratus skor Persepsi Guru

Peratus skor

Amalan Lesson Study

Korelasi Pearson 1 0.366

Sig. (2-tailed) 0.000

N 100 100

Peratus skor Persepsi Guru

Korelasi Pearson 0.366 1

Sig. (2-tailed) 0.000

N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor amalan lesson study dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.366). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

d) Pengujian Hipotesis Kajian Keempat

Hipotesis kajian keempat adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru? Hipotesis kajian keempat adalah seperti berikut: Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pusat pelajar dan persepsi guru. Jadual 7.8 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara pusat pelajar dan persepsi guru.

Jadual 7.8 Hubungan antara pusat pelajar dan persepsi guru

Peratus skor

Pusat Pelajar

Peratus skor Persepsi Guru

Peratus skor

Pusat Pelajar

Korelasi Pearson 1 0.032

Sig. (2-tailed) 0.749

N 100 100

Peratus skor Persepsi Guru

Korelasi Pearson 0.032 1

Sig. (2-tailed) 0.749

N 100 100

Page 16: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 531

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang tidak signifikan antara skor pusat pelajar dengan skor persepsi guru dengan nilai (p= 0.749 ; p> 0.05). Oleh itu, hipotesis nul gagal ditolak.

e) Pengujian Hipotesis Kajian Kelima

Hipotesis kajian kelima adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru? Hipotesis kajian kelima adalah seperti berikut: Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara guru meneraju dan persepsi guru. Jadual 7.9 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara guru meneraju dan persepsi guru.

Jadual 7.9 Hubungan antara guru meneraju dan persepsi guru

Peratus skor

Guru Meneraju

Peratus skor Persepsi Guru

Peratus skor

Guru Meneraju

Korelasi Pearson 1 0.215

Sig. (2-tailed) 0.032

N 100 100

Peratus skor Persepsi Guru

Korelasi Pearson 0.215 1

Sig. (2-tailed) 0.032

N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor guru meneraju dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.215). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

f) Pengujian Hipotesis Kajian Keenam

Hipotesis kajian keenam adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru? Hipotesis kajian keenam adalah seperti berikut: Ho6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kolaboratif dan persepsi guru. Jadual 7.10 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara kolaborasi dan persepsi guru.

Page 17: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 532

Jadual 7.10 Hubungan antara kolaborasi dan persepsi guru.

Peratus skor

Kolaboratif

Peratus skor Persepsi Guru

Peratus skor

Kolaboratif

Korelasi Pearson 1 0.338

Sig. (2-tailed) 0.001

N 100 100

Peratus skor Persepsi Guru

Korelasi Pearson 0.338 1

Sig. (2-tailed) 0.001

N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor kolaborasi dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.338). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

g) Pengujian Hipotesis Kajian Ketujuh

Hipotesis kajian ketujuh adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru? Hipotesis kajian ketujuh adalah seperti berikut: Ho7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kandungan pengetahuan dan persepsi guru. Jadual 7.11 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara kandungan pengetahuan dan persepsi guru.

Jadual 7.11 Hubungan antara kandungan pengetahuan dan persepsi guru.

Peratus skor

Kandungan Pengetahuan

Peratus skor Persepsi Guru

Peratus skor

Kandungan Pengetahuan

Korelasi Pearson 1 0.300

Sig. (2-tailed) 0.002

N 100 100

Peratus skor Persepsi Guru

Korelasi Pearson 0.300 1

Sig. (2-tailed) 0.002

N 100 100

Page 18: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 533

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor kandungan pengetahuan dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.300). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

h) Pengujian Hipotesis Kajian Kelapan

Hipotesis kajian kelapan adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru? Hipotesis kajian kelapan adalah seperti berikut: Ho8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara reflektif dan persepsi guru. Jadual 7.12 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan hubungan antara refleksi dan persepsi guru.

Jadual 7.12 hubungan antara refleksi dan persepsi guru.

Peratus skor

Reflektif

Peratus skor Persepsi Guru

Peratus skor

Reflektif

Korelasi Pearson 1 0.378

Sig. (2-tailed) 0.000

N 100 100

Peratus skor Persepsi Guru

Korelasi Pearson 0.378 1

Sig. (2-tailed) 0.000

N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor kandungan reflektif dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.378). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

8. Kesimpulan dan Cadangan Kajian Lanjutan Conclusion and Future Recommendation

Penilaian program pembangunan profesionl adalah perlu dilakukan bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan program dalam mencapai matlamat dan objektifnya. Kajian ini bermanfaat untuk perancangan proses penambahbaikan terhadap program pembangunan professional guru dan dapat dijadikan asas untuk membuat keputusan yang lebih berkesan pada masa akan datang dari pihak tertentu seperti pihak KPM, pihak pentadbir sekolah dan pihak guru. Kajian ini juga dapat menimbulkan kesedaran bahawa program pembangunan guru sangat bermakna dan dapat dilaksanakan dengan inisiatif guru tanpa bergantung sepenuhnya kepada program yang dirancang dari pihak lain demi untuk memantapkan prestasi perkhidmatan guru. Disarankan untuk kajian

Page 19: PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN · PDF fileKajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang mengamalkan

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 534

akan datang, penilaian yang menyeluruh dilakukan terhadap pembangunan Lesson Study yang dilaksanakan di Malaysia.

Rujukan

Cheah Ui Hock & Lim Chap Sam. (2010). Disseminating and Popularising Lesson Study in Malaysia and Southeast Asia. APEID Hiroshima Seminar “ Current Status and Issues on Lesson Study in Asia and the Pacific Region.

Lim Chap Sam. (2003). Lesson Study : Enhancing teacher’s language proficiency through collaborative processes. ELTC ETeMS Conference 2003 : Managing Curricular Change.

Lim Chap Sam, Allan Leslie White & Chiew Chin Mon. (2005). Promoting Mathematics Teacher Collaboration through Lesson Study: What Can We Learn from Two Countries’ Experience?. The Mathematics Education into the 21st Century Project Universiti Teknologi Malaysia Reform, Revolution and Paradigm Shifts in Mathematics Education.

Jennifer Stepanek, Gary Appel, Melinda Leong, Michelle Turner Mangan & Mark Mitchell. (2007). Leading Lesson Study, A Practical Guide for Teachers and Educators.

Kor Kiew Kee & Lim Chap Sam. (2009). Lesson Study : A Potencial Driving Force behind the Innovative Use Geometer’s Sketchpad. Journal of Mathematics Education. Vol (2), No. 1 (69-82)

Salleh Abd. Rashid. (2008). Pemikiran Profesionl Keguruan Terhadap Kurikulum dan Pengajaran.

William Cerbin & Bryan Kopp. (2006). Lesson Study as a Model for Building Pedagogical Knowledge and Improving Teaching. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education.