30
PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH NORFARIZAN BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN PUSAT

KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MENINGKATKAN KUALITI

PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

NORFARIZAN BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada
Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada
Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN PUSAT

KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN

DI DALAM BILIK DARJAH

NORFARIZAN BINTI ABDULLAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

ii

Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

iii

DEDIKASI

Buat emak dan abah yang kukasihi,

Abdullah Bin Mat Ariffin dan Aishah Binti Ahmad.

Inilah hasil usaha emak dan abah dalam membesarkan

serta memberi pendidikan kepadaku.

Terima Kasih Mak Abah...

Buat suamiku yang tercinta,

Imran Bin Ahmad,

Terima Kasih di atas segala pengorbanan dan doronganmu kepada ku untuk

terus gigih meneruskan perjuangan ini.

Buat keluargaku yang tersayang,

Abang-abangku, kakak-kakakku dan adik-adikku,

Terima Kasih diatas berkat doa kalian terhadapku...

Buat teman-temanku yang dihormati,

Segala bantuan dan kerjasama yang diberi,

Insyaallah takkan kulupakan sama sekali.

Terima Kasih kalian...

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat jua

saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada Tuan Haji Zainuddin Bin Haji Hassan

selaku penyelia yang telah banyak memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bersabar dalam

membimbing saya menjayakan projek ini.

Penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan buat Penyelaras PKG Sungai

Limau, Yan, Kedah iaitu Encik Jamaluddin Bin Suaib yang telah membantu saya dalam

memberi maklumat-maklumat penting mengenai PKG dan sekolah-sekolah di kawasan

PKG tersebut. Selain itu juga, tidak dilupakan kepada pengetua dan guru besar di

sekolah-sekolah yang terbabit, kerana memberi kerjasama kepada saya ketika proses

pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan.

Akhir sekali ucapan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini. Semoga segala usaha mereka akan

memperolehi ganjaran dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk menunjau persepsi guru terhadap

keberkesanan peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dalam meningkatkan kualiti

pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini mengandungi 4 objektif kajian. Objektif

pertama adalah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap tahap keberkesanan peranan

PKG sebagai agen pusat sumber dalam membantu guru mendapatkan bahan rujukan

bagi meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah. Objektif kedua pula ialah

untuk mengenalpasti tahap keberkesanan peranan PKG sebagai agen penyelesaian

masalah dalam membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran di dalam bilik

darjah. Objektif ketiga adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan prasarana-

prasarana yang disediakan oleh PKG dalam membantu guru-guru menyediakan Alat

Bantu Mengajar (ABM) bagi meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

Objektif yang terakhir ialah untuk mengenalpasti perbezaan latar belakang responden

berdasarkan peranan PKG dalam meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah

Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian A mengandungi 12 item mengenai latar belakang responden dan Bahagian B

pula terdiri daripada 30 item mengenai dengan kajian ini. Seramai 217 responden

daripada 18 buah sekolah di dalam kawasan pentadbiran PKG Sungai Limau , Kedah

dipilih sebagai sampel kajian. Data dinalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package For The Social Sciences Version 12.0 (SPSS v 12.0) untuk mendapatkan nilai

peratus, kekerapan, min dan crosstab. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai

kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.966. Hasil analisis yang telah dijalankan,

nilai min yang diperolehi menunjukkan keseluruhan tahap keberkesanan peranan PKG

sebagai agen pusat sumber (3.43), agen penyelesaian masalah (3.24) dan prasarana-

prasarana yang disediakan ialah (3.31) berada pada tahap sederhana. Oleh itu,

diharapkan pihak PKG dapat mengambil maklumat ini sebagai langkah untuk

meningkatkan lagi peranannya bagi memastikan kuali pengajaran terjamin.

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

vi

ABSTRACT

This study was aim to find out teachers perception on roles played by Teacher

Activity Centre (TAC). This research has 4 objectives. The first objective is to

determine teacher’s perception about roles played by TAC as source centre to help

teacher get reference for upgrade teaching quality in the classroom. The second

objective is to determine teacher’s perception about TAC roles played as problem

solving centre to help teachers solve the teaching problem in the classroom. The third

objective is to determine teacher’s perception about equipment preparing a teching

equipment to upgrade a teaching quality in the classroom. The last objective is to

determine the related between roles TAC with respondent’s background. The research

instrument was asset questionnaire. It was utilized to gather data for the research and

was divided into 2 parts. The first part (A) has twelve items about respondent’s

background. The second part (B) has thirty items about this research. The study

involved teachers who are under the supervision of Sungai Limau District Teachers

Activity Centre in Kedah. The samples are Two hundred seventeen teachers from

eighteen schools. The data gathered through the questionnaire was analyzed using

Statistical Package for Social Sciences Version 12.0, to obtain values of mean,

percentage and frequencies. The result obtained from the pilot test showed that the

reliability of instrument was 0.966. The data were collected using questionnaire. The

information obtained was used to conduct by the Sungai Limau TAC to upgrade the

teaching qualities in the classroom. From the analysis shown the overall roles played by

the Sungai Limau TAC as source centre (3.43), solving problem centre (3.24) and

devices (3.31) in a medium level. However, perhaps this research can give more

information to upgrade the roles played of TAC for ensure the teaching qualities.

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

viii

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi / Istilah 10

1.9.1 Persepsi 10

1.9.2 Keberkesanan 11

1.9.3 Peranan 12

1.9.3.1 PKG sebagai Pusat Kegiatan 12

Ikhtisas dan Kurikulum

1.9.3.2 PKG sebagai Pusat Sumber 12

1.9.3.3 PKG sebagai Pusat Kegiatan Sosial 13

1.9.3.4 PKG sebagai Agen Perubahan 13

1.9.3.5 PKG sebagai Agen Penyelesaian 14

Masalah

1.9.4 Pusat Kegiatan Guru (PKG) 14

1.9.5 Kualiti Pengajaran 15

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Model yang berkaitan dengan PKG 18

2.2.1 Objektif PKG 18

2.2.2 Matlamat PKG 20

2.2.3 Konsep PKG 20

2.2.4 Peranan PKG 24

2.2.4.1 Pusat Kegiatan Ikhtisas 25

Kurikulum

2.2.4.2 Pusat Sumber 25

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

ix

2.2.4.3 Pusat Kegiatan Sosial/Komuniti 26

2.2.4.4 Agen Perubahan 26

2.2.4.5 Agen Penyelesaian Masalah 28

2.3 Kajian Lepas 31

2.3.1 Persepsi Guru Terhadap PKG 32

2.3.2 Persepsi Penyelaras Terhadap PKG 36

2.4 Rumusan Kajian Lepas 38

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Responden / Persampelan 42

3.4 Tempat Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 44

3.5.1 Bahagian A : Maklumat Diri Responden 44

3.5.2 Bahagian B : Keberkesanan Peranan PKG 45

3.6 Kajian Rintis 46

3.7 Prosedur Kajian 47

3.8 Analisis Data 48

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisa Data Latar Belakang Diri Responden 51

(Bahagian A)

4.2.1 Sekolah 51

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

x

4.2.2 Gred Sekolah 52

4.2.3 Jantina 53

4.2.4 Umur 53

4.2.5 Bangsa 54

4.2.6 Kelulusan Akademik 55

4.2.7 Keluluasan Ikhtisas 55

4.2.8 Pengalaman sebagai Guru Terlatih 56

4.2.9 Jarak PKG dari Sekolah 57

4.2.10 Jarak PKG dari Rumah 57

4.2.11 Sebab Datang ke PKG 58

4.2.12 Jumlah Kekerapan Datang ke PKG 59

Dalam Tahun 2004

4.3 Analisis Data Bahagian B 59

4.3.1 Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan 60

Peranan PKG sebagai Agen Pusat Sumber

4.3.2 Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan 65

Peranan PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah

4.3.3 Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan 70

Prasarana-Prasarana yang disediakan oleh PKG

4.3.4 Perbezaan Latar Belakang Responden Berdasarkan 76

Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan

Peranan PKG dalam Meningkatkan

Kualiti Pengajaran di dalam Bilik Darjah

4.3.4.1 Perbezaan Kelulusan Ikhtisas 76

Berdasarkan Persepsi Guru Terhadap

Tahap Keberkesanan Peranan PKG

sebagai Agen Pusat Sumber

4.3.4.2 Perbezaan Kekerapan Datang 80

Ke PKG Berdasarkan Persepsi Guru

Terhadap Tahap Keberkesanan Peranan

PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xi

4.3.4.3 Perbezaan Jarak PKG dari Rumah 83

Responden Berdasarkan Persepsi Guru

Terhadap Tahap Keberkesanan

Prasarana-Prasarana yang

Disediakan oleh PKG

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Pencapaian Objektif 86

5.2.1 Mengenalpasti Persepsi Guru Terhadap 87

Tahap Keberkesanan Peranan PKG sebagai Agen

Pusat Sumber dalam Membantu Guru

Mendapatkan Bahan Rujukan bagi

Meningkatkan Kualiti Pengajaran di dalam

Bilik Darjah

5.2.2 Mengenalpasti Persepsi Guru Terhadap 89

Tahap Keberkesanan Peranan PKG sebagai Agen

Penyelesaian Masalah dalam Membantu Guru

Menyelesaikan Masalah Pengajaran di dalam

Bilik Darjah

5.2.3 Mengenalpasti Persepsi Guru Terhadap 90

Tahap Keberkesanan Prasarana-Prasarana yang

disediakan oleh PKG dalam Membantu Guru

Menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM)

bagi Meningkatkan Kualiti Pengajaran di dalam

Bilik Darjah

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xii

5.2.4 Mengenalpasti Perbezaan Latar Belakang 93

Responden Berdasarkan Persepsi Guru

Terhadap Tahap Keberkesanan Peranan PKG

dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran di dalam

Bilik Darjah

5.3 Rumusan dan Dapatan Kajian 94

5.4 Cadangan 95

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96

5.6 Penutup 96

BIBLIOGRAFI 98

LAMPIRAN 101

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nama dan alamat sekolah di dalam kawasan 43

PKG Sungai Limau, Yan, Kedah

3.2 Susunan Item Dalam Soal Selidik 45

3.3 Skala Likert 46

3.4 Skala Pemeringkatan 48

3.5 Julat Min Bagi Tahap Keberkesanan Peranan PKG 49

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 52

Sekolah

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 53

Gred Sekolah

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 53

Jantina

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 54

Umur

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 54

Bangsa

4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 55

Kelulusan Akademik

4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 56

Kelulusan Ikhtisas

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xiv

4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 56

Pengalaman sebagai Guru Terlatih

4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 57

Jarak PKG dari Sekolah

4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 58

Jarak PKG dari Rumah

4.11 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 58

Sebab Datang ke PKG

4.12 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 59

Kekerapan datang ke PKG dalam Tahun 2005

4.13 Taburan Responden Mengikut Bilangan (f), Peratusan (%) 61

dan Min bagi Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan

Peranan PKG sebagai Agen Pusat Sumber

4.14 Taburan Responden Mengikut Bilangan (f), Peratusan (%) 66

dan Min bagi Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan

Peranan PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah

4.15 Taburan Responden Mengikut Bilangan (f), Peratusan (%) 71

dan Min bagi Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan

Prasarana-Prasarana yang Disediakan oleh PKG

4.16 Nilai Purata Min dan Tahap Keberkesanan Mengikut Persoalan 75

Kajian

4.17 Perbezaan Kelulusan Ikhtisas Berdasarkan Persepsi Guru 78

Terhadap Tahap Keberkesanan Peranan PKG sebagai

Agen Pusat Sumber

4.18 Perbezaan Kekerapan Darang ke PKG Berdasarkan Persepsi 81

Guru Terhadap Keberkesanan Peranan PKG sebagai

Agen Penyelesaian Masalah dengan Kekerapan

Datang ke PKG

4.19 Perbezaan Jarak PKG dari Rumah Berdasarkan Persepsi 84

Guru Terhadap Tahap Keberkesanan Prasarana-Prasarana

yang Terdapat di PKG

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 PKG sebagai Institusi Pendidikan 3

1.2 Kerangka Penyelesaian Masalah 6

2.1 Objektif Penubuhan PKG 19

2.2 Konsep Institusi Pendidikan 22

2.3 PKG dalam Rangkaian Pusat Sumber Pendidikan 24

2.4 PKG sebagai Agen Perubahan 27

2.5 PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah 29

2.6 Proses Mengatasi Masalah 30

2.7 Konsep dan Peranan PKG 31

4.1 Peratusan PKG Mempunyai Bahan Rujukan yang Mencukupi 62

4.2 Peratusan PKG Tempat untuk Mendapatkan Maklumat Terkini 63

4.3 Peratusan Bahan Rujukan PKG dapat Membantu Memberi 64

Maklumat Terperinci

4.4 Peratusan PKG Menyelesaikan Masalah Pengajaran yang telah 67

Dikemukakan dengan Berkesan

4.5 Peratusan PKG dalam Kejayaan Mengatasi Masalah Pengajaran 68

4.6 Peratusan Kerjasama yang Diberikan oleh PKG dalam 69

Menyelesaikan Masalah

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xvi

4.7 Peratusan PKG dalam Menyediakan Peralatan yang Lengkap 72

untuk Menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM)

4.8 Peratusan Peralatan PKG Mencukupi untuk Kegunaan Semasa 73

4.9 Peratusan Peralatan PKG boleh Mempengaruhi Proses 74

Pengajaran di dalam Bilik Darjah

4.10 Peratusan Perbezaan Kelulusan Ikhtisas Responden Berdasarkan 77

Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan Peranan PKG

sebagai Agen Pusat Sumber

4.11 Peratusan Perbezaan Kekerapan Responden Datang ke PKG 80

Berdasarkan Persepsi Guru Terhadap Tahap Keberkesanan

Peranan PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah

4.12 Peratusan Perbezaan Jarak PKG dari Rumah Responden 83

Berdasarkan Persepsi Guru Terhadap Tahap keberkesanan

Prasarana-Prasarana yang Disediakan oleh PKG

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xvii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

BTPN - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

J/K - Jawatankuasa

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

J/Kuasa - Jawatankuasa

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PKG - Pusat Kegiatan Guru

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

PPKG - Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

PSPD - Pusat Sumber Daerah

PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

PSS - Pusat Sumber Sekolah

SPSS - Statiscal Package For Social Science

UTP - Unit Teknologi Pendidikan

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A - Jadual Penentuan Saiz sampel Kriejci&Morgan

B - Borang Soal Selidik

C - Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

( BPPDP / EPRD )

D - Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran

Negeri Kedah Darul Aman

E - Surat Pengesahan Status Pelajar UTM

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wujudnya Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang ditubuhkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan satu inisiatif yang baik bagi menggerakkan

dan mempertingkatkan aktiviti pendidikan secara desentralisasi yang lebih berkesan di

peringkat daerah dan kawasan. Selain itu, ia juga dapat memenuhi aspirasi guru dan

dapat meningkatkan lagi profesionalisme perguruan.

Penubuhan PKG telah diumumkan secara rasminya oleh Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad dalam surat

pekeliling (BTP) 8804/23 Jilid 1 (54) yang bertarikh 14/8/1990 kepada semua

Pengarah Pendidikan Negeri (Bahagian Teknologi Pendidikan,1992).

Wujudnya PKG adalah kesinambungan daripada penubuhan Pusat Sumber, di

mana penubuhan Pusat Sumber bermula pada tahun 1978 dengan tertubuhnya Pusat

Sumber Tempatan yang kemudiannya ditukar namanya dengan Pusat Media Daerah

pada tahun 1981. Dalam tahun 1986, Pusat Media Daerah telah ditukar namanya

sekali lagi iaitu Pusat Sumber Daerah (PSPD) dan seterusnya pada tahun 1990 nama

PSPD telah ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Pertukaran nama ini adalah

untuk memberi satu gambaran yang sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat

ini (Bahagian Teknologi Pendidikan,1992).

Page 23: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

2

Kepentingan pendidikan di negara ini begitu terserlah ekoran dengan

perkembangan teknologi. Selaras dengan itu, kerajaan telah mewujudkan pelbagai

kemudahan fizikal kepada semua sekolah di seluruh negara agar usaha-usaha ke arah

pembentukan budaya ilmu dapat diterapkan dengan lebih berkesan. Salah satu usaha

yang dilaksanakan ialah dengan mewujudkan Rangkaian Pusat Sumber Pendidikan

iaitu Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan

Pusat Sumber Sekolah (PSS). Perkara utama yang menyebabkan Pusat Sumber

pendidikan ini diwujudkan adalah untuk memastikan setiap individu di negara ini

mendapatkan pendidikan yang berkualiti selaras dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Rajah 1.1, menggambarkan Pusat Kegiatan Guru sebagai sebuah Institusi

Pendidikan dimana ia berfungsi sebagai tempat untuk dibuat rujukan dalam segala

permasalahan yang melibatkan dengan pendidikan. Berpandukan rajah tersebut

dapat dihuraikan bahawa pendidikan profesional dalam perkhidmatan merupakan

satu proses berterusan yang boleh dikenalpasti oleh pengguna-pengguna yang terdiri

daripada guru-guru dan juga masyarakat, di mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan,

dilaksanakan oleh pelaksana-pelaksana program iaitu penyelaras PKG, Jawatankuasa

Penyelarasan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jawatankuasa Pengurusan

PKG. PKG ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan profesional keguruan

yang ditentukan oleh guru-guru setempat dan Kementerian Pelajaran. Penglibatan

pengguna melalui program-program yang dianjurkan oleh guru-guru setempat dan

Jawatankuasa Pengurusan PKG dapat memberi manfaat sepenuhnya mengikut

keperluan semasa dan juga bergantung kepada program yang dirancangkan.

Dengan menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana yang sesuai dan

penempatan PKG di tengah-tengah beberapa buah sekolah di sesuatu kawasan dapat

memberi banyak kesan yang positif dan ini dapat menunjukkan bahawa PKG ini

memenuhi peranan sebagai Institusi Pendidikan setempat.

Page 24: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

3

Rajah 1.1 : PKG sebagai Institusi Pendidikan

Sumber : Bahagian Teknologi Pendidikan, 1992

1.2 Latar Belakang Masalah

Impian kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran adalah untuk mewujudkan

pendidikan yang berkualiti secara optima dengan menggunakan kemudahan, seperti

kelengkapan, peralatan, bahan, tenaga dan keperluan yang ada tanpa melibatkan

pembaziran. Selaras dengan itu, adalah wajar kerajaan menubuhkan Pusat Sumber

Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara.

Keperluan pengajaran dan pembelajaran dengan penerapan teknologi pendidikan

PKG sebagai sebuah Institusi Pendidikan

SIAPA Pengguna : - Guru, masyarakat. Pentadbir : - Penyelaras dan

jawatankuasa PKG, PPD dan Jawatankuasa Pengurusan PKG

MENGAPA - memenuhi keperluan

pendidikan. - Profesional penggunaan

ditentukan oleh guru dan kementerian.

BILA - mengikut keperluan

semasa. - mengikut program

yang dirancang.

DI MANA -pemusatan meliputi beberapa sekolah.

BAGAIMANA - melibatkan kegiatan yang dianjur oleh guru-guru setempat dan J/kuasa Pengurusan PKG.

Page 25: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

4

yang ada merupakan unsur yang bersepadu dan saling melengkapi dan akan menjadi

lebih berkesan dengan pencapaian pendidikan dari segi kognitif, afektif dan juga

psikomotor. Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki

ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Tujuan

asalnya adalah untuk menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan

pembelajaran kos rendah.

Penubuhan PKG ini adalah salah satu inovasi baru dalam dunia pendidikan

bagi memenuhi hasrat untuk menyediakan ruang kepada guru-guru bagi

mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Ini merupakan satu keadaan

di mana ia lebih mengutamakan perubahan dan pembaharuan dalam pendidikan.

Matlamat PKG ialah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah melalui

peningkatan profesionalisme perguruan berdasarkan kepada penghayatan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Menurut Alimuddin (2002), peranan PKG merupakan pusat sumber yang

sememangnya di alu-alukan terutama bagi guru-guru yang tinggal jauh dari bandar

besar. Ini kerana, kemudahan buku, risalah dan nota-nota sangat penting kepada

guru-guru untuk dijadikan sebagai bahan rujukan bagi menambahkan pengetahuan

sebagai satu persediaan untuk proses pengajaran.

Selaras dengan peranan PKG sebagai pusat ikhtisas kurikulum, maka

lazimnya latihan, bengkel, perbincangan, seminar dan sebagainya diadakan di PKG

bagi merealisasikan isi kandungan. Sehubungan itu, bagi menjayakan rancangan

yang dirancang oleh pihak PKG, adalah diharapkan guru-guru dapat membantu dan

bersama-sama merancang program dan berbincang mengenai masalah yang telah

dihadapi dan seterusnya dapat mengikis sikap negatif yang terdapat di dalam diri

guru.

Peranan seterusnya ialah sebagai pusat sumber di mana, perkataan pusat

sumber adalah merujuk kepada bahan rujukan dan prasarana-prasarana yang

disediakan PKG. Peranan ini perlu ditekankan di mana hasil kajian yang telah

dijalankan oleh Fouziah (2001), membuktikan bahan rujukan dan prasarana-

prasarana teknologi pendidikan di PKG masih tidak mencukupi. Hasil kajian beliau

Page 26: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

5

menunjukkan tahap keberkesanan peranan PKG sebagai Pusat Sumber berada dalam

tahap yang sederhana. Selain itu Ali (1996) menyatakan bahawa antara sebab

mengapa guru-guru tidak datang ke PKG untuk membuat peminjaman adalah kerana

ada di antara sekolah yang telah mempunyai peralatan sendiri, dan tambahan pula

peralatan yang terdapat di PKG tidak mencukupi. Dengan perkembangan ini, guru

perlu meningkatkan ilmu dengan menambah pembacaan dan rujukan bagi

memantapkan lagi pengetahuan guru tersebut (Esah, 2003). Begitu juga dengan

peralatan di mana sekolah memerlukan peralatan terkini bagi memantapkan

penggunaan dalam pengajaran lebih-lebih lagi untuk memenuhi permintaan dari

pelanggan terutama sekali dalam ICT (Zulkifli, 2002). Pendapat Esah (2003) dan

Zulkifli (2002) telah menjelaskan bahawa peranan PKG sebagai pusat sumber

merupakan yang penting kerana PKG merupakan pusat yang paling hampir dengan

guru-guru setempat dan dapat membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan pendidikan. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu guru-guru

sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran terutamanya di dalam bilik darjah.

PKG sebagai agen penyelesaian masalah merupakan satu peranan yang dapat

membantu guru-guru dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan

yang dihadapi. Rajah 1.2 merujuk kepada kerangka penyelesaian masalah yang

boleh dijadikan sebagi rujukan kepada semua pihak mengenai tindakan yang perlu

diambil jika sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh guru boleh dirujuk kepada PKG.

Sekiranya pihak PKG tidak dapat menyelesaikannya, perkara ini akan terus dirujuk

kepada Jawatankuasa Penyelaras PKG Daerah, seterusnya ke Jawatankuasa PKG

Negeri dan seterusnya ke Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Masalah yang

telah berjaya diselesaikan akan dikembalikan semula ke PKG dan sekolah untuk

dikongsi bersama dengan PKG yang lain.

Page 27: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

6

SEKOLAH

(masalah pengajaran)

tidak selesai

PKG

(tidak selesai)

Jawatankuasa Penyelaras PKG Daerah

(tidak selesai)

Jawatankuasa Penyelaras PKG Negeri

(tidak selesai)

Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM

Rajah 1.2 : Kerangka Penyelesaian Masalah

Sumber : Bahagian Teknologi Pendidikan, 1992

Peranan Pusat Sumber Sekolah dan juga PKG semakin dipinggirkan kesan

daripada hasil ledakan teknologi maklumat berasaskan internet dan cakera padat.

Namun demikian, teknologi tradisi ini perlu digalakkan penggunaan dan

keupayaannya seiring dengan perkembangan teknologi moden seperti Pusat Sumber

Elektronik dan sebagainya. Ini dapat memastikan kesinambungan kaedah lama dan

baru dalam penyebaran maklumat menghasilkan suatu kualiti kerja yang lebih baik

dan terpimpin. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, semua pihak harus memainkan

peranan dan saling bantu membantu bagi memartabatkan dunia pendidikan setanding

dengan pendidikan antarabangsa dan seterusnya memartabatkan kualiti

profesionalisme perguruan.

Page 28: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

7

1.3 Pernyataan Masalah

Usaha bagi mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan negara dalam

bidang kurikulum dan ko-kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan giat

dilaksanakan. Salah satu usaha kerajaan ialah dengan penubuhan Pusat Kegiatan

Guru (PKG) yang berperanan sebagai pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan

pembelajaran sekolah-sekolah setempat serta sebagai pusat perbincangan untuk

guru-guru setempat menanggani isu dan masalah yang berkaitan dengan pendidikan.

Menyedari akan kepentingan dan peranan PKG di kalangan para pendidik,

Kerajaan Malaysia telah mengikhtirafkan PKG dengan mengurniakan Anugerah

Inovasi Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 yang ditandatangani oleh Tan Sri

Ahmad Sariji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara.

Namun begitu, dalam usaha meningkatkan peranan PKG kepada sekolah,

telah menampakkan kekurangan yang ketara, kerana ia sukar untuk menyaingi

teknologi terkini. Ini dapat dibuktikan melalui hasil kajian Fouziah (2001) di PKG

Sg. Sayong, mendapati peralatan yang terdapat di PKG masih belum mencukupi bagi

memenuhi kehendak guru-guru setempat. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan

oleh Abdul Ghaffar (1999) juga membuktikan bahawa masalah kekurangan peralatan

menjadi masalah utama, hasil kajian beliau membuktikan bahawa kemudahan dan

kelengkapan semasa yang ada di PKG perlu ditambah bagi menampung keperluan

perkembangan pendidikan terkini.

Kajian Fouziah (2001) membuktikan peranan PKG sebagai agen

penyelesaian masalah masih berada pada tahap sederhana. Ini berikutan analisis

daripada kajian beliau mendapati tahap keberkesanan yang sederhana. Ini

disebabkan kakitangan profesional yang berada di PKG masih tidak mencukupi bagi

membantu membuat penyelesaian masalah yang dihadapi dengan cepat. Manakala

Noraini (2002) menyatakan PKG yang cemerlang melalui pengurusan yang baik

juga akan membuka ruang kepada mendorong ke arah usaha bersama bagi guru-guru

menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti pengajaran di

dalam bilik darjah.

Page 29: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

8

Menurut Mohamad Nawi (1999), kewujudan PKG merupakan sesuatu yang

masih muda. Perkembangan ini merupakan satu langkah yang penting dalam dunia

pendidikan di negara ini dalam penyediaan kemudahan prasarana bagi

meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah

khususnya mengimbangi kemudahan di antara sekolah-sekolah di bandar dan di luar

bandar serta meningkatkan lagi kualiti profesionalisme. Menurut Sufean (1995),

kepelbagaian penggunaan bahan dan alat bantuan mengajar seperti carta, kad

bergambar, video, filem, slaid, bahan alam dan keratan akhbar dapat meningkatkan

keberkesanan guru dalam pengajarannya dan secara langsung dapat meningkatkan

kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran

Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji ingin menilai sejauhmanakah tahap

keberkesanan peranan yang dimainkan oleh PKG dalam membantu guru-guru

setempat meningkatkan lagi kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian persepsi guru terhadap keberkesanan peranan PKG dalam

meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

a. Mengenalpasti tahap keberkesanan peranan PKG sebagai pusat sumber dalam

membantu guru mendapatkan bahan rujukan bagi meningkatkan kualiti

pengajaran di dalam bilik darjah.

b. Mengenalpasti tahap keberkesanan peranan PKG sebagai agen penyelesaian

masalah dalam membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran didalam

bilik darjah.

c. Mengenalpasti tahap keberkesanan prasarana-prasarana yang disediakan oleh

PKG dalam membantu guru-guru menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM)

bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

d. Mengenalpasti perbezaan latar belakang responden berdasarkan peranan

PKG dalam meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

Page 30: PERSEPSI GURU TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PERANAN … · saya menyiapkan kertas projek ini. Di sini, ingin saya memberi setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada

9

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan peranan PKG dalam meningkatkan kualiti pengajaran di dalam

bilik darjah, terdapat empat persoalan kajian. Antara persoalan kajian ini ialah :

a. Apakah tahap keberkesanan peranan PKG sebagai pusat sumber dalam

membantu guru-guru mendapatkan bahan rujukan bagi meningkatkan kualiti

pengajaran di dalam bilik darjah?

b. Apakah tahap keberkesanan peranan PKG sebagai agen penyelesaian masalah

pengajaran dalam membantu guru-guru bagi menyelesaikan masalah

pengajaran di dalam bilik darjah?

c. Apakah tahap keberkesanan prasarana-prasarana yang disediakan oleh PKG

dalam membantu guru menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi

meningkatkan lagi kualiti pengajaran di dalam bilik darjah?

d. Apakah perbezaan latar belakang responden berdasarkan peranan PKG dalam

meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah?

1.6 Kepentingan Kajian

Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini dapat memberi maklumat yang

tepat mengenai persepsi guru terhadap tahap keberkesanan peranan PKG dalam

meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah di kawasan PKG Sungai

Limau, Yan Kedah. Selain daripada itu, hasil kajian ini juga dapat memberi

maklumat yang penting kepada pihak yang terlibat dengan perancangan dan

pentadbiran PKG supaya mengambil langkah-langkah yang positif bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya dapat membantu guru-guru

setempat dalam meningkatkan kualiti pengajaran terutamanya di dalam bilik darjah.

Hasil daripada kesedaran ini, ia dapat memberi kesan yang positif terhadap tahap

pendidikan pelajar.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada penyelaras PKG di

mana ia dapat membantu dari segi pengurusan aktiviti, kelengkapan peralatan dan