Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Selamat Datang Ke
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
(PERKEM) KE – 13, 2018
26 – 27 SEPTEMBER 2018
HOTEL BANGI PUTRAJAYA
Anjuran
PUSAT PEMBANGUNAN INKLUSIF & LESTARI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Dengan Kerjasama
KURSI CEMERLANG YAYASAN TUN ISMAIL MOHAMED ALI (YTI)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
MENGGARAP CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
MENUJU NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Salam Sejahtera
Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya
lafazkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin serta kurnia-Nya, PERKEM kali ke-13 dapat dianjurkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), khususnya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali
(YTI-UKM) kerana telah bersama-sama menganjurkan persidangan ini.
Tema yang dipilih iaitu ‘Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi’
dan forum bertajuk ‘Belanjawan Negara Era Malaysia Baharu’ adalah amat bertepatan dengan senario dan
cabaran ekonomi semasa. Saya percaya bahawa persidangan ini akan menjadi sumber input berguna kepada pihak
kerajaan dalam merangka, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan negara. Tambahan lagi, isu-isu
nasional seperti revolusi industri 4.0; kos sara hidup dan kualiti hidup; agihan pendapatan; daya saing ekonomi;
ketahanan fiskal serta isu-isu di peringkat global lain yang dikupas dalam persidangan ini melalui ucaptama, forum
dan pembentangan kertas kerja adalah sangat relevan kepada negara dan masyarakat. Isu-isu ini memerlukan input
dan cadangan daripada ahli akademik bagi memastikan pembangunan yang lestari dan inklusif.
Saya berharap persidangan yang menemukan para ilmuan, penyelidik, penggubal dasar dan pengamal di sektor
awam dan swasta dapat menjadi platform bagi membincang dan memberi cadangan berguna kepada pihak kerajaan
untuk mengukuh dan membuat penambahbaikan dasar-dasar pembangunan negara. Selain itu, saya juga berharap
PERKEM ke-13 ini dapat mencipta inovasi dalam menjana hasil penyelidikan yang berimpak tinggi untuk
kepentingan negara. Bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, kami sentiasa menyokong sebarang inisiatif
penganjuran persidangan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Akhir kalam, saya doakan
semoga persidangan ini berjalan lancar dan memberi impak serta manfaat kepada semua pihak. Selamat maju jaya.
Sekian, terima kasih.
YB DR. RADZI JIDIN
Timbalan Menteri
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia
Sekapur Sirih YB Dr. Radzi Jidin
Timbalan Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Pembangunan Mampan dan Inklusif, Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM kerana sekali lagi berjaya menganjurkan Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) kali ke-13 pada tahun ini. Penganjuran persidangan kali ini
dengan kerjasama Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) diharapkan dapat memberi manfaat kepada
negara, industri dan masyarakat.
Kejayaan menganjurkan persidangan ini membuktikan keprihatinan dan kesungguhan ahli akademik di
Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari FEP, UKM bersama-sama dengan ahli akademik dari
universiti awam dan swasta serta pengamal ekonomi untuk mengupas isu-isu ekonomi semasa dalam
negara dan global. Justeru, saya berharap persidangan tahunan yang menghimpunkan mereka yang
memiliki kepakaran dalam bidang ekonomi ini dapat mencetuskan perkongsian idea baharu untuk
kepentingan negara dan masyarakat.
Saya juga berharap para pembentang kertas kerja dapat menjadikan persidangan ini sebagai satu
platform untuk menimba pengalaman dan ilmu penulisan dalam usaha menambah baik mutu penulisan
bagi menghasilkan karya dalam jurnal yang berimpak tinggi. Hasil penyelidikan yang dibentangkan
dalam persidangan ini juga diharap dapat memberi input yang relevan kepada penggubal dasar, pihak
swasta dan pelbagai pihak berkepentingan dalam memperkasa pembangunan ekonomi negara pada
masa hadapan.
Saya berharap agar penganjuran persidangan ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk
menyerlahkan lagi sumbangan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM kepada negara dan masyarakat.
Sekian.
PROF. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR AZLAN GHAZALI
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Selayang Pandang Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pusat
Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM dengan kerjasama Yayasan
Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia untuk kali yang ke-13 pada tahun ini.
Saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua urusetia dari Pusat
Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM yang telah berganding
bahu dan berkorban masa serta tenaga untuk menjayakan penganjuran persidangan kali ini.
Setelah lebih sedekad penganjurannya, PERKEM ke-13, 2018 telah menunjukkan kematangannya
dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Semoga PERKEM kali ini akan terus
memberi input yang relevan dan berguna kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Akhir kata, saya mendoakan agar PERKEM ke-13 berlangsung dengan jayanya. Saya percaya dengan
kerja keras dan usaha yang gigih, PERKEM mampu muncul sebagai sebuah persidangan yang mampu
menyumbang kepada pembangunan negara ini. Semoga pada tahun hadapan kita akan bertemu lagi di
persidangan ini.
Sekian,
PROF. DR. NORMAN MOHD SALEH
Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
UKM
Seuntai Kata Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan penuh rasa kesyukuran, program tradisi anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM iaitu Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) telah berjaya
dilaksanakan buat kali ke-13 pada bulan September tahun 2018. Pada tahun ini, penganjuran persidangan ini sekali
lagi telah berkerjasama dengan Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI), UKM
Tema persidangan iaitu “Menggarap Cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi”
amatlah bertepatan dengan senario semasa ekonomi negara yang terdedah kepada pelbagai isu ekonomi global dan memerlukan pertimbangan perlaksanaan dasar secara bijak, cekap, serta pragmatik. Pada sesi pembukaan Sidang
Parlimen ke-14 pada 17 Julai 2018, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah supaya negara kita perlu
bersedia dengan cabaran baharu iaitu Era Revolusi 4.0 di mana perniagaan dan pengeluaran di Malaysia perlu dimangkinkan oleh teknologi agar negara tercinta ini dapat mencapai negara berpendapatan tinggi. Di samping itu,
walaupun pelbagai usaha oleh pihak kerajaan mahupun swasta telah diambil bagi memastikan tercapainya objektif
negara maju, namun kesejahteraan rakyat dan negara perlu turut dititikberatkan. Baginda menyarankan Kerajaan Baharu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dapat menjalankan pentadbiran dan pengurusan
kewangan secara berhemat bagi menangani isu kos sara hidup rakyat. Justeru, persidangan ini menjadi pencetus
kepada idea baharu bagi kepentingan pihak kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah intervensi yang bersesuaian untuk manfaat negara dan masyarakat. Selain itu, PERKEM ke-13 ini boleh menjadi satu platform
perbincangan tentang isu-isu ini khususnya menjelang perbentangan Belanjawan Malaysia Baharu pada bulan
Oktober 2018 ini serta perbentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke11 pada penghujung tahun ini nanti.
Pada tahun ini, sebanyak 80 kertas kerja akan dibentangkan pada hari pertama persidangan, di samping sesi ucaptama, dan sesi forum yang mengupas cabaran Revolusi 4.0, isu kesejahteraan rakyat dan hala tuju kerajaan
Malaysia Baharu oleh tokoh-tokoh tersohor negara. Di samping itu, persidangan ini telah disertai oleh individu
daripada pelbagai latar belakang kemahiran seperti ahli akademik, penyelidik, pentadbir, pembuat dasar, pelajar siswazah, serta kakitangan kerajaan dan swasta. Penyertaan mereka dapat mengupas pelbagai isu daripada perspektif
yang berbeza, di samping dapat menyumbang input yang bernas kepada pihak berkepentingan untuk mengukuhkan
lagi program pembangunan sosio-ekonomi negara.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia PERKEM ke-13 yang
bertungkus-lumus mencurahkan idea dan tenaga sehingga merealisasikan persidangan ini. Bagi pihak jawatankuasa penganjur PERKEM ke-13, dengan rendah hati saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang telah menjayakan persidangan pada kali ini, khususnya kepada penyumbang dana, perasmi, Yayasan Tun
Ismail Muhamed Ali (YTI), Lembaga Zakat Selangor (LZS), penyumbang kertas persidangan, kedekanan, Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari dan pusat-pusat lain di FEP, serta pihak lain yang telah membantu secara
langsung dan tidak langsung.
Wassalam,
DR. MUSTAZAR MANSUR
Pengerusi Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke - 13 2018
Sebaris Tinta Pengerusi PERKEM ke-13, 2018
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejantera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi telah berjaya menganjurkan
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia untuk kali yang ke-13 (PERKEM ke-13) pada tahun 2018.
Pastinya, persidangan pada tahun ini amat lebih bermakna kerana dianjurkan bersama dengan Kursi
Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM).
Saya, bagi pihak jawatankuasa penganjur bersama dalam mengadakan sesi Ucaptama sangat berbesar
hati mengalu-alukan kehadiran para peserta dan tetamu jemputan dalam menjayakan persidangan ini,
juga merupakan tahun kedua bekerjasama dengan Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali
(YTI-UKM). Tema Ucaptama persidangan pada kali ini adalah A Three-Decade Performance of the
Malaysian IPOs atau Prestasi Tiga Dekad IPO Malaysia, yang bertujuan untuk menyalurkan informasi
terkini, berkongsi pengetahuan dan pengalaman pengucaptama dalam bidang ekonomi dan kewangan
selain dapat memberi sumbangan tanggungjawab sosial dan masyarakat ke arah meningkatkan
pembangunan modal insan negara. Selain itu, seminar ini juga merupakan platform komunikasi antara
penyelidik, wakil industri, tetamu jemputan, pendidik, ahli jawatankuasa dan masyarakat amnya.
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa seminar yang telah
berkorban masa, tenaga dan fikiran demi menjayakan Persidangan PERKEM ke-13 ini. Sokongan
daripada semua peserta dan tetamu jemputan bagi menjayakan dan melancarkan persidangan ini juga
amat dihargai. Semoga seminar ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.
Salam hormat
PROF. MADYA DR. NORAZLAN ALIAS
Pengurus
Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM)
Seuntai Kata Pengurus Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke -13 2018
Latar belakang
Revolusi perindustrian pertama dunia bermula pada tahun 1769
sehingga tahun 1830. Penciptaan enjin berkuasa wap merupakan
elemen penting dalam menrancakkan proses pengeluaran berskala
besar di negara-negara Eropah. Bermula tahun 1870, kuasa elektrik
mula menjadi sumber tenaga baru yang mencetus revolusi
perindustrian kedua. Pada era tahun 2000, perkembangan
penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses
pengeluaran telah mengubah lanskap perniagaan seluruh dunia.
Dunia perindustrian terus berkembang mengikut arus semasa
sehinggalah lahirnya penggunaan robotik, automasi, data raya,
integrasi sistem dan Internet of Thing (IoT) dalam perubahan dan
kemajuan ekonomi dunia moden. Ini merupakan titik tolak kepada
tercetusnya Revolusi Perindustrian keempat (RI 4.0).
Dalam era ini, setiap penduduk di dunia berhubung
melalui peranti mudah alih dan akses pada maklumat. Ini susulan
daripada RI 4.0 yang mempunyai halaju, skop dan sistem berbeza
dalam mencorakkan perubahan cara pembuatan keputusan, kaedah
pengeluaran dan urus tadbir. Ia juga telah menjadi salah satu faktor
yang mengubah stuktur setiap industri sedia ada di setiap negara
dengan sangat pantas. Malaysia yang mempunyai matlamat ke arah
negara maju tidak terkecuali menerima kesan langsung daripada RI
4.0 ini. Sebagai sebuah negara yang ekonominya berasaskan sumber
alam semulajadi, perkembangan RI 4.0 yang pantas boleh
menggugat perkembangan ekonomi negara jika sektor ekonomi
tidak bersedia untuk menerima perubahan arus kemodenan ini.
Justeru, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai dasar
untuk membentuk masa depan Malaysia pasca 2020 dan
beraspirasikan rakyat. Dalam hal ini, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) melalui PERKEM mengambil inisiatif untuk
menyediakan satu platform sumbang saran bagi setiap pemegang
taruh seperti ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar dan pemain
industri. PERKEM merupakan pentas terbaik untuk semua pihak
berbincang dan berkongsi idea bagi mencari resolusi dalam
mendepani cabaran RI 4.0 demi merealisasikan impian dan cita-cita
sebagai negara berpendapatan tinggi.
Tema MENGGARAP CABARAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
Objektif
Menyediakan platform untuk perbincangan pertumbuhan ekonomi yang holistik; Menyediakan platform untuk perbincangan pertumbuhan inklusif dan kelestarian
pembangunan dalam menyokong RI 4.0; dan Menyediakan platform untuk perbincangan tentang negara berpendapatan tinggi.
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Hari Pertama: 26 September 2018 (Rabu)- Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM
8.30 pagi
: Pendaftaran Pembentang / Peserta & Minum pagi
9.00 pagi
: Sesi Pembentangan Selari Pertama: 1A, 1B, 1C,1D, 1E
(Bilik Siswazah 16, 17, 18, 19 & 20)
11.00 pagi
: Sesi Pembentangan Selari Kedua: 2A, 2B, 2C, 2D, 2E
(Bilik Siswazah 16, 17, 18, 19 & 20)
1.00 petang : Makan Tengah Hari
2.10 petang : Sesi Pembentangan Selari Keempat: 3A, 3B, 3C, 3D, 3E
(Bilik Siswazah 16, 17, 18, 19 & 20)
5.00 petang : Minum Petang & Bersurai
ATURCARA PROGRAM PERKEM ke-13, 2018
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Hari Kedua: 27 September 2018 (Khamis)- Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi, Selangor
8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi : Ketibaan Para Jemputan
9.15 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali,
Naib Canselor UKM
9.25 pagi : Ketibaan YB Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
: Nyanyian Lagu NEGARAKU
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Dr. Mustazar Mansur Pengerusi PERKEM Ke – 13
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM
: Ucapan Perasmian YB Dr. Radzi Jidin Timbalan Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
: Tayangan Montaj
: Penyampaian Cenderamata
: Kudapan/Sidang Media
10.30 pagi : UCAPTAMA I YBhg. Prof. Dr. Mansor H. Ibrahim Timbalan Presiden Akademik & Dekan Pusat Pengajian Siswazah & Profesional INCEIF Tajuk : “Revolusi Industri 4.0, Pembangunan Lestari dan Inklusif di Malaysia”
11.30 pagi : SESI FORUM Tajuk : Belanjawan Negara Era Malaysia Baharu Ahli Panel: YBhg. Dr. Haji Ahmad Fauzi Haji Puasa
(Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, MIER) YBhg. Dato' Nik Azman Nik Abdul Majid
(Ketua Setiausaha, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi) YBhg. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
(Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB) Moderator: YBhg. Prof Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi (Pengerusi Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, FEP)
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
1.00 petang : Makan Tengah Hari
2.30 petang : UCAPTAMA II YBhg. Prof. Dr. Othman Yong Profesor, UKM-Graduate School of Business Tajuk: “A Three-Decade Performance of The Malaysian IPOs”
4.30 petang : Ucapan Penutup oleh YBhg. Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
4.45 petang : Minum petang/Bersurai
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Sempena
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-13 2018 (PERKEM KE-13)
27 September 2018 (Khamis) 9.25 pagi – 10.30 pagi
Bilik Melur, Hotel Bangi - Putrajaya
8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi : Ketibaan Para Jemputan
9.15 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali,
Naib Canselor UKM
9.25 pagi : Ketibaan YB Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
: Nyanyian Lagu NEGARAKU
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Dr. Mustazar Mansur Pengerusi PERKEM Ke – 13
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM
: Ucapan Perasmian YB Dr. Radzi Jidin Timbalan Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
: Tayangan Montaj
ATURCARA
MAJLIS PERASMIAN OLEH
YANG BERHORMAT SENATOR DR. MOHD RADZI MD JIDIN
TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Sempena
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-13 2018 (PERKEM KE-13)
27 September 2018 (Khamis)
10.30 pagi – 1.00 petang
Bilik Melur, Hotel Bangi - Putrajaya
UCAPTAMA I
Tajuk:
“Revolusi Industri 4.0, Pembangunan Lestari dan Inklusif di Malaysia”
Oleh:
YBhg. Prof. Dr. Mansor H.Ibrahim Timbalan Presiden Akademik & Dekan Pusat Pengajian Siswazah & Profesional INCEIF
SESI FORUM
Tajuk:
Belanjawan Negara Era Malaysia Baharu
Ahli Panel:
YBhg. Dr. Haji Ahmad Fauzi Haji Puasa (Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, MIER)
YBhg. Dato' Nik Azman Nik Abdul Majid
(Ketua Setiausaha, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi)
YBhg. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid (Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB)
Moderator: YBhg. Prof Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
(Pengerusi, Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, FEP)
ATURCARA
UCAPTAMA I DAN SESI FORUM PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
Sempena
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-13 2018 (PERKEM KE-13)
27 September 2018 (Khamis) 2.30 petang – 4.30 petang
Bilik Melur, Hotel Bangi – Putrajaya
UCAPTAMA I I
Tajuk:
A Three-Decade Performance of The Malaysian IPOs
Oleh:
YBhg. Prof. Dr. Othman Yong Profesor, UKM-Graduate School of Business
ATURCARA UCAPTAMA II
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
STRUKTUR ORGANISASI
JAWATANKUASA
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA KE – 13
(PERKEM KE-13) 2018
Penaung : Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Penasihat : Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Prof. Madya Dr. Tamat Sarmidi
Pengerusi : Dr. Mustazar Mansur
Timbalan Pengerusi 1 : Dr. Hazrul Izuan Shahiri
Timbalan Pengerusi 2 : Dr. Fathin Faizah Said
Setiausaha : Cik Nursyahidah Shahabuddin (K)
Pn. Rozita Mohamad Rashid
Bendahari : Pn. Azmafazilah Jauhari (K)
Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi
Kertas Kerja dan Buku Program : Dr. Hazrul Izuan Shahiri (K) Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
Prof. Madya Dr Basri Abdul Talib
Dr. Fathin Faizah Said
Dr. Mohd Adib Ismail
Dr. Norshamliza Chamhuri
Logistik : Pn. Norain Mod Asri (K)
Pn. Asnida Mat Daud
Publisiti (Media) & Laman Sesawang: Dr. Hairunnizam Wahid (K)
Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
Protokol : Dr. Lai Wei Sieng (K)
En. Anthony Ulek Anak Jeti
Urusetia : Prof Madya Dr Norlida Hanim (K)
Dr Norlin Khalid
Dr Roziana Baharin
Pn Nafisah Mohamed
AJK Kecil : Pn. Hamidah Atan (K)
Pn. Nur Syazwani Yahya
En. Ahmad Najat Muhmmed Ayub
AJK Teknikal : Pn. Syarina Abd Rahim (K)
Pn. Surina Ahmad
En. Mohammad Zukry Ahmad
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke – 13 2018
SEKALUNG PENGHARGAAN
Pejabat Naib Canselor, UKM
Bendahari, UKM
Pusat Komunikasi Korporat (PKK), UKM
Zakat UKM
Timbalan-Timbalan Dekan FEP, UKM
Pengerusi-Pengerusi Pusat FEP, UKM
Ketua-Ketua Program FEP, UKM
Pejabat Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Semua Ahli Akademik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
Ahli Panel Sesi Plenari
Para Pengucaptama
Para Pengerusi dan Penilai Kertas Kerja
Para Pembentang Kertas Kerja
Para Peserta
Moderator
Prof. Madya Dr. Azlan Shah Zaidi
Semua Ahli Jawatan Kuasa PERKEM Ke – 13 2018
serta
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke - 13 2018
No .Tel : 03-89214623/5748/5731/4488Faks : 03-89213162
Emel: [email protected]
Sekretariat PERKEM XIII 2018Fakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor
SILA HUBUNGI:
PENAJA: